minggu 8

64
MODEL PEMBENTUKAN KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN MINGGU 8

Upload: colleges

Post on 12-Apr-2017

553 views

Category:

Sports


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu 8

MODEL PEMBENTUKAN KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN

MINGGU 8

Page 2: Minggu 8

HASIL PEMBELAJARAN

• Mengulas konsep model kurikulum pendidikan.• Menghubungkait di antara model kurikulum

pendidikan dengan pembentukan kurikulum.• Mengenal pasti reka bentuk kurikulum

Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.• Merancang kurikulum Pendidikan Jasmani Dan

Pendidikan Kesihatan.

Page 3: Minggu 8

PENGENALAN

• Penggubalan sesuatu kurikulum kebiasaannya adalah berdasarkan sesuatu model dan direka bentuk berlandaskan prinsip serta falsafah.

• Dalam konteks mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, kurikulum digubal berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan Negara yang menjadi dasar kepada kurikulum sekolah.

Page 4: Minggu 8

• Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan sebagai model kurikulum

Page 5: Minggu 8

MODEL KURIKULUM

Raplh Tyler (1949)Hilda Taba (1966)Stenhouse (1975)

Stake (1976).

Page 6: Minggu 8

MODEL TYLER

• Model Tyler (1949), menekankan kepada pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan pendidikan bukan semata-mata untuk guru melakukan sesuatu aktiviti tetapi untuk membawa perubahan yang signifikan dalam pola tingkah laku murid.

Page 7: Minggu 8

• Proses pelaksanaan pembentukan kurikulum adalah sistematik dan memberi panduan yang kukuh untuk menentukan objektif tingkah laku dan menyediakan hasil yang jelas supaya kandungan kurikulum dan kaedah penyampaian dapat disusun dan hasilnya boleh dinilai.

Page 8: Minggu 8

4 persoalan asas dalam membentuk kurikulum:

1. Apakah matlamat atau tujuan atau objektif pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?

1. pelajar akan dapat stright A 2. Ingin mengekalkan sebagai sekolah terbaik.

2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin dapat mencapai tujuan tersebut ? Apakah kandungan kurikulum?

Page 9: Minggu 8

3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara berkesan? Bagaimanakah proses dan kaedah pelaksanaan?

4. Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau sebaliknya? Bagaimanakah penilaian dapat ditentukan?

Page 10: Minggu 8

Objektif Pendidikan

• Menggunakan falsafah dalam memilih objektif pendidikan. Falsafah pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk memilih objektif pendidikan. Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan sama ada menerima atau menolak sesuatu objektif.

Page 11: Minggu 8

• Menggunakan psikologi dalam memilih objektif pendidikan. Pengetahuan psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau tidak bagi tahap pencapaian dan umur murid. Pengetahuan psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar yang diperlukan oleh murid.

Page 12: Minggu 8

Kandungan Kurikulum

• Pemilihan kandungan kurikulum melalui keadaan semasa.

• Menentukan apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam masyarakat semasa.

• Memastikan pendidikan dapat dipindahkan ke alam pekerjaan.

Page 13: Minggu 8

• Pemilihan kandungan kurikulum melalui keperluan murid.

• Menentukan apakah keperluan murid dari segi fizikal, sosial, emosi, spiritual dan intelek.

• Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap, dan tabiat murid. Menentukan apakah minat murid.

Page 14: Minggu 8

Proses Pelaksanaan

• Melaksanakan kandungan kurikulum mengikut perancangan dan peruntukan masa.

• Melaksanakan kurikulum berdasarkan proses secara sistematik.

Page 15: Minggu 8

Penilaian

• Penilaian melalui penulisan dan cadangan pakar.

• Penilaian melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.

RAJAH 1 (MODEL TYLER)

Page 16: Minggu 8

MODEL TABA

• Memfokuskan pembentukan sesuatu kurikulum secara induktif berlainan dari kebiasaan yang bersifat deduktif.

• Model ini melibatkan lima perkara dalam pembentukan sesuatu kurikulum seperti berikut:

Page 17: Minggu 8

1. Membentuk unit-unit eksperimen tentang hubungan di antara teori dan praktikal dengan kerjasama guru. Terdapat tujuh langkah dalam unit eksperimen iaitu: – mendiagnosis keperluan– pembentukan objektif– pemilihan kandungan– pengurusan kandungan– pemilihan pengalaman pembelajaran– pengelolaan aktiviti pembelajaran– penilaian

Page 18: Minggu 8

2. Menguji unit eksperimen. Langkah ini bertujuan untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehan mempraktikkan unit eksperimen di dalam kelas atau di luar kelas.

3. Mengadakan semakan dan penambahbaikan terhadap hasil unit eksperimen.

Page 19: Minggu 8

4. Menyusun kerangka kerja teoritis. Pembentukan kurikulum digunakan untuk melakukan kegiatan yang berdasarkan pada pertanyaan-pertanyaan tentang kandungan atau isi unit-unit kurikulum yang disusun secara berurutan sama ada seimbang dari segi kedalamannya dan keluasannya, dan apakah pengalaman belajar telah memungkinkan murid berkemampuan dari segi intelektual dan emosional.

Page 20: Minggu 8

5. Menyusun kurikulum, yang dikembangkan secara menyeluruh dan menyebar luas (menerapkan kurikulum pada daerah atau sekolah yang lebih luas).

Page 21: Minggu 8

MODEL STENHOUSE

• kurikulum sebagai satu proses. • Kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi

berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu.

• Kurikulum adalah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan dan penilaian.

Page 22: Minggu 8

• Kurikulum sebagai satu proses yang aktif dan dihubungkaitkan dengan set penaakulan.

• Cara penyampaian mengandungi prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam satu bentuk terbuka untuk kajian secara kritis dan boleh diterjemahkan ke bentuk prakital.

• Perlu penyediaan asas untuk merancang sesuatu kurikulum, mengkaji secara empirikal dan mempertimbangkan alasan secara praktikal.

Page 23: Minggu 8

Reka bentuk kurikulum Stenhouse

1. Perancangan tentang: – prinsip pemilihan kandungan – apa yang perlu diajar

dan dipelajari.– prinsip perkembangan strategi pengajaran -

bagaimana ia dipelajari dan diajar.– prinsip membuat keputusan tentang urutan.– panduan untuk guru bagi kesesuaian untuk

melaksanakan kurikulum dalam pelbagai konteks. – maklumat tentang kepelbagaian kesan dalam konteks

yang berbeza.

Page 24: Minggu 8

2. Justifikasi yang bermatlamatkan mudah diakses untuk diteliti dan dikritik.

3. Melihat Kurikulum sebagai sesuatu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran.

4. Hasil kurikulum ini adalah hasil perkembangan kandungan dan cara daripada kerjasama antara guru dan murid.

Page 25: Minggu 8

5. Pembelajaran adalah berpusatkan murid dengan fokusnya adalah interaksi.

6. Proses pembelajaran merupakan fokus utama guru.

Page 26: Minggu 8

MODEL STAKE• merujuk kepada konsep penilaian yang juga dikenali

sebagai model Countenance Stake. • enilaian pendidikan ada yang bersifat tidak formal dan

formal. • Penilaian tidak formal bergantung kepada pengamatan

tentang sebab-akibat, tujuan implisit, norma intuitif dan penilaian subjektif.

• Penilaian formal adalah berkaitan dengan data, penilaian rakan sebaya, perbandingan, dan pengujian piawaian.

Page 27: Minggu 8

• Model ini bukan hanya menjelaskan tentang apa yang harus diukur dan bagaimana cara mengukurnya tetapi lebih bersifat dinamis dan berorientasikan kepada kompleksiti pendidikan, salah satunya memberikan perhatian terhadap tujuan yang pelbagai dan penilaian secara praktikal.

Page 28: Minggu 8

• Stake’s responsive model melihat penilaian kurikulum sebagai:– suatu isu daripada sebagai tujuan, – perpaduan perbezaan standard nilai yang

dipegang oleh kumpulan yang berbeza, – pengamatan penglibatan murid di dalam

kurikulum, dan – pemberi maklumat kepada kumpulan tertentu.

Page 29: Minggu 8

• Stake’s case study model melihat penilaian kurikulum untuk: – pemberi maklumat dan pembolehubah tanpa batas, – maklumat secara peribadi atau individu, – menggunakan generalisasi yang berdasarkan

pengalaman penilai, – menekankan pemahaman yang penting pada kursus

itu sendiri, dan – pelaporan dalam bentuk tidak formal.

Page 30: Minggu 8

PEMBENTUKAN KURIKULUM

Page 31: Minggu 8

• Pembentukan kurikulum memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik.

• kurikulum perlu didokumenkan dalam bentuk bertulis.

• Kurikulum yang dirancang adalah khusus bagi sesuatu kumpulan pelajar tertentu.

• Kurikulum berkenaan adalah bagi tujuan mencapai matlamat dan objektif yang telah ditentukan lebih awal.

Page 32: Minggu 8

• Dalam konteks kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang dan disediakan oleh pegawai di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 33: Minggu 8

• Rancangan kurikulum didokumenkan secara bertulis dalam bentuk sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran untuk ditawarkan kepada murid di sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan dalam falsafah dan matlamat Pendidikan Negara.

Page 34: Minggu 8

• Setakat ini, kurikulum sekolah yang didokumenkan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi pendidikan di peringkat sekolah menengah.

Page 35: Minggu 8

Faktor Mempengaruhi Pembentukan Dan Perubahan Kurikulum• Kerajaan• Matlamat dan prioriti program• Keperluan individu• Keperluan universal• Keperluan negara dan masyarakat• Kandungan kurikulum

Page 36: Minggu 8

Ciri-Ciri Pembentukan Kurikulum

• Seimbang dan boleh memberi pengalaman kepada murid yang akhirnya dapat menyumbang kepada diri, sekolah dan masyarakat untuk semua peringkat umur.

• Berpegang kepada falsafah, wawasan, arah aliran atau trend utama kaedah dan sumber bahan dalam sesuatu mata pelajaran.

Page 37: Minggu 8

• Berasaskan kepada kriteria yang ketat atau rapi untuk memilih kandungan mata pelajaran.

• Pelan pengajaran dan menggalakkan pertumbuhan profesional terhadap pengajar.

• Bersepadu dalam pelbagai bidang dan pendidikan yang signifikan dengan kehendak masyarakat setempat.

Page 38: Minggu 8

REKA BENTUK KURIKULUM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Page 39: Minggu 8

• Jewett, Bain, & Ennis, (1995) telah mengariskan lima model kurikulum Pendidikan Jasmani iaitu pendidikan sukan, pendidikan kecergasan, analisis pergerakan, pendidikan melalui pergerakan jasmani dan individu yang bermakna (personal meaning).

Page 40: Minggu 8

• Model ini merujuk kepada pelbagai perspektif tentang Pendidikan Jasmani dalam sistem pendidikan, berdasarkan pandangan murid, pembelajaran, tujuan pendidikan dan kepercayaan asas tentang peranan sekolah dalam masyarakat.

Page 41: Minggu 8

• Pembinaan kurikulum melibatkan konteks sekolah itu sendiri seperti:– Kebolehan menyesuai dan mengimplimentasi model

kurikulum yang boleh memberikan perkhidmatan kepada persekitaran masyarakat sekolah setempat.

– Keputusan berkaitan sesuatu bidang sebagai sumber penempatan, strategi pengajaran dan pilihan aktiviti yang ditentukan dan dijalankan berdasarkan keperluan dan keutamaan masyarakat sekolah.

Page 42: Minggu 8

• Model kurikulum perlu digabung dan diubahsuai untuk menyediakan kurikulum yang sesuai dengan ciri-ciri masyarakat sekolah.

Page 43: Minggu 8

KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM

• Kurikulum yang hendak dibangunkan melibatkan kriteria reka bentuk yang perlu dikaji, dianalisis dan dipilih.

• Terdapat tiga kategori reka bentuk kurikulum iaitu:– Berpusatkan Subjek– Berpusatkan Pelajar– Berpusatkan Masalah

Page 44: Minggu 8

Reka Bentuk Berpusatkan Subjek

1. Reka Bentuk Mata Pelajaran– Reka bentuk mata pelajaran adalah berkaitan dengan isi

kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks atau buku sumber guru.

– Isi kandungan ilmu bidang di susun berdasarkan sukatan pelajaran.

– Bagi memudahkan pembelajaran, konsep bagi setiap topik pelajaran di susun daripada yang mudah ke kompleks.

– Fokus pelajaran dalam reka bentuk ini adalah kepada proses mengingat dan memahami.

Page 45: Minggu 8

– Isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Jasmani berfokus kepada tiga tunjang iaitu:• Tunjang 1: Kecergasan, • Tunjang 2: Kemahiran dan • Tunjang 3: Kesukanan.

– Isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan berfokus kepada:• Tunjang 1: Kesihatan Diri dan Keluarga, • Tunjang 2: Gaya Hidup Sihat • Tunjang 3: Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

Page 46: Minggu 8

2. Reka Bentuk Disiplin– Reka bentuk disiplin memfokuskan kepada isi

kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. – Sebagai contoh, reka bentuk pendekatan mengajar

Pendidikan Jasmani selalunya dikaitkan dengan aktiviti kemahiran-kemahiran asas.

– Di samping itu, guru perlu mereka bentuk pengajaran yang melibatkan konsep disiplin ilmu sesuatu kemahiran atau permainan seperti prinsip-prinsip latihan, undang-undang dan peraturan dalam permainan.

Page 47: Minggu 8

– Contoh reka bentuk disiplin dalam Pendidikan Kesihatan seperti tajuk Pertolongan Cemas.

– Reka bentuk pengajaran bagi topik itu hendaklah melibatkan disiplin asas sains kesihatan dan prinsip-prinsip pertolongan cemas. Reka bentuk-reka bentuk tersebut dibina berdasarkan proses mengenal pasti struktur serta disiplin ilmu topik pelajaran dan kaedah atau proses yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang.

Page 48: Minggu 8

3. Reka Bentuk Bersepadu– Reka bentuk ini menggabungkan dua atau lebih

ilmu bidang menjadi satu mata pelajaran yang bersepadu.

– Mata pelajaran Pendidikan Jasmani mengandungi ilmu bidang seperti kecergasan, sukan dan permainan, rekreasi, pengurusan, psikologi, pengujian dan pengukuran dan lain-lain ilmu bidang pendidikan.

Page 49: Minggu 8

– Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan mengandungi ilmu bidang seperti pengurusan kesihatan diri dan keluarga, keselamatan persekitaran, kecederaan dan bantu mula dan lain-lain ilmu bidang asas sains kesihatan.

– Kurikulum ini direka bentuk untuk murid melihat ilmu bidang sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna.

Page 50: Minggu 8

4. Reka Bentuk Korelasi– Kurikulum reka bentuk korelasi melibatkan

perkaitan di antara maklumat yang terdapat dalam sesuatu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi tujuan pengukuhan ilmu.

– Sebagai contoh, topik Kecergasan - Daya Tahan Kardiovaskular dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh dikaitkan dengan topik mengira dalam mata pelajaran matematik.

Page 51: Minggu 8

• Guru korelasikan konsep perkiraan mencari kadar nadi latihan dengan menggunakan formula matematik.

• Reka bentuk ini melibatkan guru perlu menimba ilmu asas bidang matematik dalam mengukuhkan penerangan konsep kecergasan.

• Topik Penyalahgunaan Bahan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dikorelasikan dengan akta dan undang-undang.

Page 52: Minggu 8

• Guru korelasikan konsep liabiliti dan perundangan yang telah ditentukan oleh kerajaan Malaysia berkaitan akta dadah.

• Reka bentuk ini melibatkan guru perlu menimba ilmu asas bidang perundangan dalam mengukuhkan penerangan tentang konsep penyalahgunaan bahan.

Page 53: Minggu 8

Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

1. Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar– berdasarkan kepada pendekatan semula jadi

murid ketika belajar. – enganggap pemikiran murid akan berkembang jika

mereka di beri peluang untuk belajar berdasarkan minat dan keperluan murid.

– Contohnya; sifat semula jadi murid adalah suka bermain, dengan itu dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani unsur permainan diselitkan.

Page 54: Minggu 8

– Begitu juga dengan sifat semula jadi murid yang mudah memberikan tumpuan terhadap pelajaran sekiranya mereka diberi peluang meneroka dan melakukan aktiviti secara hands on.

– Dengan itu, guru perlu mereka bentuk kurikulum Pendidikan Kesihatan dengan aktiviti simulasi misalnya melakukan aktiviti bantu mula dalam pertolongan cemas.

Page 55: Minggu 8

2. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman– memberi penekanan terhadap minat dan keperluan

pelajar ketika membina kurikulum. – Minat dan keperluan pelajar tidak boleh di jangka

oleh itu kurikulum bentuk ini tidak akan dapat dirancang dengan awal.

– Guru perlu mendapatkan maklumat tentang minat dan keperluan murid atau mengenali murid terlebih dahulu sebelum mereka bentuk kurikulum pelajaran.

Page 56: Minggu 8

– Justeru itu, guru seharusnya menjelaskan kepada murid sukatan kandungan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk mengenal pasti pengalaman sedia ada murid terhadap mata pelajaran tersebut.

Page 57: Minggu 8

3. Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik– mementingkan konsep kendiri, murid belajar dan

melakukan tugasan belajar atas kesedaran diri sendiri.

– berpusatkan humanistik menyepadukan unsur kognitif (pemikiran), afektif (perasaan) dan amalan.

– memberi penekanan kepada isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Reka bentuk ini menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan.

Page 58: Minggu 8

– Dalam mereka bentuk kurikulum pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan kesihatan misalnya, guru hendaklah memasukkan aspek nilai murni seperti bersyukur, hormat menghormati, kejujuran, dan nilai-nilai yang melibatkan perasaan dan amalan.

Page 59: Minggu 8

Reka Bentuk Berpusatkan Masalah

1. Reka Bentuk Situasi – Kehidupan– melibatkan teori kontekstual. – pembelajaran akan menjadi bermakna jika

pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan secara terus.

– Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk ini.

Page 60: Minggu 8

– Oleh itu, kurikulum perlu di bina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian kepada masalah-masalah dalam kehidupan sebenar.

– Dengan kata lain kurikulum yang terbentuk dalam reka bentuk ini membantu pelajar membuat generalisasi tentang masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang sebenar.

Page 61: Minggu 8

2. Reka Bentuk Semula Masyarakat– berorientasikan masyarakat, mengaitkan

hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat dan aspek sosial, politik dan ekonomi.

– Kurikulum dilihat berupaya menjadi agen perubahan dalam masyarakat.

– Kurikulum ini menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti.

Page 62: Minggu 8

IMPLIKASI KURIKULUM DAN HUBUNGKAITNYA DENGAN

SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

Page 63: Minggu 8

• Sukatan Pelajaran (SP), Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.

• Guru perlu menghayati, mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Page 64: Minggu 8

KERANGKA KONSEPTUAL KURIKULUM PJPK/SAINS SUKAN

RUMUSAN