minggu 6

90
KONSEP KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN MINGGU 6

Upload: colleges

Post on 12-Apr-2017

283 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu 6

KONSEP KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN

MINGGU 6

Page 2: Minggu 6

HASIL PEMBELAJARAN• Mengulas definisi kurikulum dengan menyenaraikan

elemen-elemen yang terdapat dalam kandungan kurikulum.• Menghubungkait kurikulum pendidikan kebangsaan dengan

kurikulum pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.• Mengenal pasti jenis kurikulum dan peranan guru dalam

pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.

• Membina kerangka konseptual struktur kurikulum pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.

Page 3: Minggu 6

DEFINISI KURIKULUM

Page 4: Minggu 6

• Kurikulum atau "currere" adalah bahasa Latin yang bermaksud laluan perlumbaan.

• Perkataan tersebut sinonim dengan institusi pendidikan yang digambarkan sebagai pusat yang mengendalikan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai proses “laluan perlumbaan” bagi seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajarannya.

Page 5: Minggu 6

• Taba (1962) - mendefinisikan kurikulum sebagai suatu perancangan untuk pembelajaran.

• Definisi tersebut merujuk kepada rangka atau model yang melibatkan proses dan kaedah pembelajaran individu.

• Proses-proses pembelajaran melibatkan elemen seperti objektif, isi kandungan pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pembelajaran (Taylor, 1979).

Page 6: Minggu 6

• Neagley & Evans (1967) - kurikulum merujuk kepada semua pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan pihak sekolah.

• Pengalaman tersebut adalah untuk membimbing pelajar memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan lebih awal berdasarkan kemampuan individu.

• Kurikulum dipersembahkan dalam keadaan yang mudah dan selesa supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam rancangan pembelajaran.

Page 7: Minggu 6

• Saylor & Alexander (1974) - Kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah.

• Peluang pembelajaran merupakan rancangan pelbagai aktiviti pelajaran dan di jalankan di tempat seperti dalam bilik darjah, makmal, bilik multimedia, padang, bilik sumber dan di mana-mana tempat di kawasan sekolah.

Page 8: Minggu 6

• Olivia (1997) - kurikulum ialah perkara-perkara yang diajar di sekolah, satu set pelajaran, kandungan pelajaran, satu program pengajian, satu set bahan, satu urutan kursus, satu set objektif pencapaian, kursus pengajian, semua perkara yang berlaku di sekolah termasuk kelas tambahan, kauseling dan hubungan interpersonal, perkara yang diajar di dalam dan di luar sekolah atas arahan pihak sekolah, kesemua perkara yang dirancang oleh kakitangan sekolah, beberapa siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah dan pengalaman yang dilalui oleh seseorang pelajar hasil daripada persekolahan.

Page 9: Minggu 6

Definisi oleh: Kurikulum mengandungi elemen berikut:

Taba (1962)

Taylor (1979)

Neagley & Evans (1967)

Saylor & Alexander (1974)

Olivia (1997)

Page 10: Minggu 6

• Dengan menggunakan ayat sendiri, berikan pengertian kurikulum anda.

Page 11: Minggu 6

APAKAH MAKSUD KURIKULUM KEBANGSAAN?

APAKAH PERKAITANNYA DENGAN KURIKULUM MATA

PELAJARAN PJ DAN SAINS SUKAN?

Page 12: Minggu 6

“Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” (PPK, 2001).

Page 13: Minggu 6

• Kurikulum Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Page 14: Minggu 6

Matlamat Kurikulum Kebangsaan:

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

• Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera

• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara

• Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Page 15: Minggu 6

Misi Kurikulum Kebangsaan

• Manakala misi kurikulum tersebut adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Page 16: Minggu 6

Hubungakait Falsafah dan Kurikulum

• Penyataan falsafah dan kurikulum adalah sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

• Falsafah dan kurikulum menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kandungan, bahan-bahan pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian supaya dapat diselaraskan dengan kurikulum mata pelajaran.

Page 17: Minggu 6

KURIKULUM PJ

Page 18: Minggu 6

Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3/1979 bertarikh 2 Mei 1979

• Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang diwajibkan untuk diajar di sekolah-sekolah kerajaan.

• Waktu yang diperuntukan bagi pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu 60 waktu setahun x 40 minit.

• Tidak harus digunakan bagi mata pelajaran lain.

Page 19: Minggu 6

Surat Pekeliling Ikhtisas bil 25/1998 bertarikh 18 November

1998 • juga telah memaklumkan bahawa mata

pelajaran Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran teras sebagaimana diperuntukan dalam Akta Pendidikan 1996.

Page 20: Minggu 6

Matlamat PJ

• memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif (PPK, 2001).

• Matlamat tersebut bertujuan membantu pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Page 21: Minggu 6

Objektif PJ

• Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor;

• Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;

• Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;

Page 22: Minggu 6

• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal;

• Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan• Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Page 23: Minggu 6

• Oleh itu, Pendidikan Jasmani perlu dilaksanakan dalam konteks pendidikan yang berkesan.

• Guru seharusnya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berlandaskan sukatan pelajaran.

Page 24: Minggu 6

• Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani adalah dokumen rasmi yang diterbitkan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu guru merancang, melaksana dan menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

• Kandungan sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan.

Page 25: Minggu 6

Kurikulum Pendidikan Kesihatan

Page 26: Minggu 6

Surat Pekeliling Ikhtisas bil 25/1998 bertarikh 18 November

1998 • Pendidikan Kesihatan adalah mata pelajaran

teras sebagaimana yang diperuntukan dalam Akta Pendidikan 1996.

• Wajib diajar di sekolah-sekolah Malaysia. • Waktu yang diperuntukan bagi pelajaran

Pendidikan Kesihatan adalah 24 waktu setahun x 40 minit.

Page 27: Minggu 6

Matlamat PK

• Matlamat mata pelajaran Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Page 28: Minggu 6

Objektif PK

1. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran;

2. Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan;

3. Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman;

Page 29: Minggu 6

4. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan

5. Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

Page 30: Minggu 6

• Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Pendidikan Kesihatan digubal untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

• Kurikulum Pendidikan Kesihatan berhasrat mendukung cita-cita murni dan unggul serta membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Page 31: Minggu 6

• Skop dan kandungan mata pelajaran PK terbahagi kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat, Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

• Tiga tunjang ini membantu dalam mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan.

Page 32: Minggu 6

KURIKULUM SAINS SUKAN

Page 33: Minggu 6

Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1/2002 bertarikh 4 Januari 2002

• memaklumkan kepada semua sekolah menengah berkaitan dengan pelaksanaan mata pelajaran Sains Sukan

• berkuatkuasa mulai sesi persekolahan tahun 2002

• Sains Sukan adalah mata pelajaran elektif kumpulan teknologi dan ditawarkan keapda murid Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.

Page 34: Minggu 6

• Semua permohonan untuk menawarkan mata pelajaran Sains Sukan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri;

• Peruntukan masa bagi mata pelajaran Sains Sukan adalah 4 waktu seminggu

Page 35: Minggu 6

• Mata pelajaran Sains Sukan hendaklah diajar oleh guru yang berkelulusan Ijazah Pendidikan Jasmani atau yang setaraf dengannya;

• Sekolah boleh membuka kelas Sains Sukan dengan bilangan murid sekurangkurangnya 15 orang; dan

• Sekolah perlu mempunyai peralatan yang sesuai dengan kehendak kurikulum Sains Sukan.

Page 36: Minggu 6

• Sains Sukan telah ditawarkan sebagai mata pelajaran peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (Rujuk Surat Siaran Lembaga Peperiksaan bil. LP SPPP/16/6.44Jld.6(24) bertarikh 11 November 2000)

Page 37: Minggu 6

Matlamat Sains Sukan

• Sains Sukan bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sains sukan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan meningkatkan pengayaan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya.

Page 38: Minggu 6

Objektif Sains Sukan

1. memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh badan secara saintifik semasa melakukan pergerakan;

2. menghayati perlakuan pergerakan fizikal terhadap kehidupan dan kesihatan diri;

3. mengaplikasi prinsip latihan bagi meningkatkan komponen kecergasan;

4. memahami proses fisiologi yang memberi kesan terhadap pencapaian sukan;

Page 39: Minggu 6

5. memahami prinsip asas kecederaan sukan dan aplikasinya dalam aktiviti fizikal; dan

6. merancang pemakanan yang sesuai berdasarkan keperluan latihan dan pertandingan.

Page 40: Minggu 6

• Tunjang 1 – Pengenalan Sains Sukan• Tunjang 2 – Anatomi dan Fisiologi• Tunjang 3 – Persediaan Fizikal• Tunjang 4 – Lakuan Motor dan Biomekanik

Page 41: Minggu 6

Kurikulum adalah terjemahan daripada falsafah pendidikan dan menjadi landasan dalam pembentukan kurikulum mata pelajaran. Sebagai guru dan pelajar, anda pasti boleh menghubungkait kurikulum pendidikan kebangsaan dengan kurikulum pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Jelaskan dalam bentuk grafik perkaitan tersebut dari aspek matlamat dan objektif.

Page 42: Minggu 6
Page 43: Minggu 6

PERKAITANNYA….

• Konsep Kurikulum– Dokumentasi khas dan panduan.– Tumpuan kepada kaedah penyampaian.– Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran.– Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.– Konsep yang tersirat.

Page 44: Minggu 6

• Matlamat dan Objektif Kurikulum– Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.– Penyampaian maklumat ikut peringkat.– Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.– Membina modal insan abad ke 21.– Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)– Kurikulum yang sama dari aspek ideologi masyarakat

yang sekata dan bersatu.– Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

Page 45: Minggu 6

JENIS KURIKULUM

Page 46: Minggu 6

KURIKULUM FORMAL

Page 47: Minggu 6

• rancangan eksplisit dan operasional yang menjelaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah pencapaian matlamat atau objektif pendidikan yang dihasratkan (Ornstein,& Hunkins,1983).

• berupa satu set dokumen tentang objektif, kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan untuk dilaksanakan.

Page 48: Minggu 6

• Mohd. Saleh (1996) - kurikulum formal ialah aktiviti pembelajaran yang nyata dan kemudian dipraktikkan oleh murid-murid serta bersesuaian dengan kehendak isi pelajaran sebagaimana yang dicadangkan oleh sesebuah sekolah.

• Kurikulum ini melibatkan segala bentuk aktiviti sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Page 49: Minggu 6

Beberapa orientasi dalam konsep Kurikulum Formal

• Kurikulum Akademik– Isi kandungan kurikulum ini adalah berdasarkan isi

kandungan daripada perkara yang susah kepada yang senang dan daripada gambaran yang umum kepada gambaran khusus.

– Mata pelajaran seperti Sains, Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris termasuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang diajarkan adalah berdasarkan keperluan atau kehendak kurikulum sesebuah organisasi pendidikan.

Page 50: Minggu 6

• Kurikulum Humanistik– Kurikulum ini melibatkan kesedaran yang diperoleh

daripada apa yang dipelajari oleh murid daripada mana-mana mata pelajaran.

– Mereka pasti akan merasa sesuatu yang bermakna dan berharga kerana mereka akan dapat mencampurkan emosi, intelek dan perlakuan dalam dirinya.

– Kurikulum berorientasi ini tidak tersusun, tetapi di dalamnya terdapat kesedaran agama, moral dan rohani kepada murid-murid yang sedia menghayatinya.

Page 51: Minggu 6

• Kurikulum Teknologi – Kurikulum ini berasaskan kepada aliran sains,

teknikal dan juga vokasional. – Mata pelajaran yang dipelajari meliputi pelbagai

perkara dan ada yang merupakan teras atau yang wajib.

– Untuk memasuki aliran ini, sekolah atau pusat-pusat pengajian perlu menyediakan keperluan fizikal yang cukup bagi menarik minat murid mempelajarinya.

Page 52: Minggu 6

– Masa yang diperuntukkan hendaklah mencukupi dan murid-murid perlu didedahkan kepada latihan dan praktikal bagi memudahkan proses pembelajaran.

Page 53: Minggu 6

• Kurikulum Berbidang Luas– Kurikulum ini mengkategorikan kumpulan mata

pelajaran yang mempunyai banyak persamaan. – Misalnya, mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa

Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil mengandungi bacaan, lisan serta kefahaman diletakkan dalam kumpulan atau bidang bahasa manakala sains dan geografi termasuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan diletakkan dalam bidang sains sosial.

Page 54: Minggu 6

• Kurikulum Pengembangan Kognitif– Kurikulum orientasi ini cuba menghubungkaitkan

unsur-unsur yang terdapat dalam mata pelajaran atau pengalaman yang diterima agar murid dapat memanfaatkan dirinya dan juga orang lain.

– Murid bukan sahaja diajar menghafal dan lulus dalam peperiksaan tetapi mereka juga boleh berfikir, menyelesaikan masalah dan boleh membuat keputusan yang munasabah.

Page 55: Minggu 6

• Kurikulum Pembangunan Masyarakat– Kurikulum ini mempunyai kaitan dengan sosio

budaya persekitarannya. – Institusi pendidikan bukan sahaja dianggap

sebagai tempat memberi pelajaran tetapi juga sebagai pusat yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat.

Page 56: Minggu 6

– Sebagai contoh, mata pelajaran Geografi, Ekonomi, Kajian Tempatan dan juga kerja-kerja projek serta aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar sekolah secara tidak langsung boleh mendekatkan murid-murid dengan kehidupan masyarakat.

Page 57: Minggu 6

Apakah kandungan kurikulum formal yang terdapat dalam sukatan pelajaran pj, pk dan

sains sukan?

Page 58: Minggu 6

• Sebagai guru dan pelajar, anda harus berupaya untuk mengenal pasti aspek-aspek yang terkandung dalam jenis kurikulum formal.

• Berikan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam PJ dan Sains Sukan berkaitan kurikulum formal.

• Nyatakan peranan anda sebagai guru dalam melaksanakan kurikulum formal ini

Page 59: Minggu 6

KURIKULUM TERSEMBUNYI

Page 60: Minggu 6

• aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak dirancang atau boleh disebut sebagai kurikulum ”tak rasmi” atau ”terlindung” atau ”tak formal” atau ”tersirat”.

• berlaku diluar konteks pengajaran rasmi dan murid belajar secara implisit dari peraturan yang tidak bertulis seperti adat resam, nilai budaya dan kerohanian.

• Perkara ini dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosio ekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

Page 61: Minggu 6

• Kurikulum jenis ini tidak dibuat atau dirancang secara formal, tetapi berlaku tanpa disedari oleh guru dan murid.

• Kurikulum ini dapat dihayati oleh murid melalui peraturan yang diinginkan untuk kebaikan bersama seperti perbarisan sebelum memasuki bilik darjah, perhimpunan mingguan, jadual harian pembersihan bilik darjah, peraturan waktu makan di kantin, disiplin semasa di bilik darjah, peraturan di perpustakaan dan lain-lain lagi.

Page 62: Minggu 6

• Pengalaman yang diterima itu sebenarnya boleh memberi panduan kepada masa hadapan murid-murid apabila mereka tamat belajar persekolahannya.

• Implikasi kurikulum tersembunyi ini lebih kepada kesedaran, keinsafan dan peraturan yang perlu dipatuhi murid.

Page 63: Minggu 6

• Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, kurikulum tersembunyi berlaku apabila pihak sekolah atau guru mengambil tindakan pelaksanaan terhadap surat-surat pekeliling.

Page 64: Minggu 6

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000Panduan keselamatan diri pelajar semasa pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan serta kegiatan kokurikulum dan sukan di dalam dan di luar kawasan sekolah. Berikut adalah petikan penyataan surat pada Para 2.

Page 65: Minggu 6

Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk memastikan keselamatan diri pelajar terjamin semasa berada di sekolah.

Oleh itu langkah-langkah. keselamatan perlu diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan”.

Page 66: Minggu 6

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985 berkaitan pakaian seragam murid.

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1996 adalah mengenai penampilan diri pelajar, kekemasan dan kerapian berpakaian.

Page 67: Minggu 6

– Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan (Sekolah Rendah dan Menengah).

– Ketika bermain dan bersukan atau menjalani aktiviti pendidikan jasmani, murid-murid perempuan, terutamanya di Sekolah-Sekolah Menengah, adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai dan baju berlengan jika dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka.

Page 68: Minggu 6

– Dalam hal ini, sekolah-sekolah bolehlah menetapkan sendiri warna yang sesuai bagi seluar panjang dan baju berlengan” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983).

– Kasut - Kasut bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah kasut berwarna putih yang diperbuat daripada 'canvas' atau dari bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara.

Page 69: Minggu 6

– Sekiranya memakai stoking, stoking hendaklah berwama putih” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985).

– Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian - Meminta semua sekolah mengambil langkah-langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi mempastikan amalan-amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik di kawasan para pelajar” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1996).

Page 70: Minggu 6

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998: Menjaga kesihatan pelajar di sekolah. Berikut adalah petikan penyataan surat pada Para 3.– Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan mengingatkan

supaya proaktif dan prihatin terhadap aspek-aspek kesihatan pelajar, khususnya yang ada kaitan dengan perkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka.

– Perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara perlu sentiasa dihayati”.

Page 71: Minggu 6

• Sebagai guru dan pelajar, anda harus berupaya untuk mengenal pasti aspek-aspek yang terkandung dalam jenis kurikulum tersembunyi.

• Berikan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam PJ dan Sains Sukan berkaitan kurikulum tersembunyi.

• Nyatakan peranan anda sebagai guru dalam melaksanakan kurikulum tersembunyi ini.

Page 72: Minggu 6

Tanggungjawab guru pendidikan jasmani dan kesihatan, guru sukan dan guru kokurikulum terhadap keselamatan pelajar adalah:

• Merancang aktiviti dengan teliti dengan mengambil kira ruang dan alatan yang hendak digunakan itu selamat.

• Mempunyai pengetahuan tentang prosedur kecemasan dan memastikan alat bantu mula yang secukupnya bila berlaku sesuatu insiden.

• Mengadakan pelan kontijensi jika berlaku kecemasan dan kemalangan.

• Sentiasa memberi peringatan secara lisan dan bertulis mengenai aspek-aspek keselamatan pelajar.

Page 73: Minggu 6

Tindakan-tindakan yang perlu digerakkan dengan segera bagi menjaga kesihatan pelajar di sekolah adalah:

• Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar, untuk jangkamasa yang lama, kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka,seperti jerebu dan cuaca panas.

• Pastikan premis dan persekitaran sekolah, termasuk asrama dan kantin, sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat, supaya pelajar tidak dijangkiti penyakit.

Page 74: Minggu 6

• Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan di kantin dan asrama supaya kejadian keracunan makanan di sekolah dapat dielakkan.

• Mengawasi secara berterusan penjualan makanan di kantin, supaya makanan untuk pelajar mencukupi, harga jualan dipatuhi seperti dalam perianjian, dan sesuai dengan kemampuan perbelanjaan harian pelajar.

Page 75: Minggu 6

• Menangani masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan persekitaran social sekolah yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang sihat.

• Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensiagensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai dengan konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat yang telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1997.

Page 76: Minggu 6

• Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam surat-surat siaran, pekeliling-pekeliling ikhtisas dan buku-buku panduan yang disediakan dan disiarkan dan semasa ke semasa.

Page 77: Minggu 6

CIRI-CIRI DAN STRUKTUR KURIKULUM

Page 78: Minggu 6

• Kurikulum adalah rancangan pembelajaran yang berlandaskan falsafah, visi dan misi pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan bersepadu.

• Rancangan pembelajaran mengandungi ciri-ciri dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman belajar untuk murid dan pengalaman mengajar untuk guru bagi mentakrifkan kurikulum abad ke21

Page 79: Minggu 6

Fungsi Kurikulum

• sebagai alat atau media untuk mencapai matlamat dan tujuan pendidikan

Page 80: Minggu 6

Ciri-ciri Kurikulum1. Bersifat futuristik, fleksibel, dinamik, responsif, holistik,

dan bersepadu. 2. Berkonsepkan “the personhood” dan fokus kepada

pendekatan humanistik. 3. Relevan dan koheran dengan keadaan semasa mengikut

aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.4. Mengandungi elemen kemahiran berfikir kreatif, kritis

dan innovatif serta berkebolehan menyelesaikan masalah dan berdaya saing.

5. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Page 81: Minggu 6

STRUKTUR KURIKULUM

• Struktur kurikulum dikonsepsikan sebagai kerangka yang merangkumi komponen:1. Tujuan2. Kandungan3. Kaedah4. Sumber dan maklumat5. Penilaian.

Page 82: Minggu 6

Tujuan

• Kurikulum merupakan suatu program yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan pendidikan.

• Tujuan itulah yang dijadikan arah atau acuan segala kegiatan pendidikan yang dijalankan.

Page 83: Minggu 6

• Tujuan kurikulum terbahagi kepada tiga aras iaitu– Tujuan Jangka Panjang

• menggambarkan tujuan kehidupan yang diharapkan berdasarkan pada nilai yang diambil dari falsafah.

• Tujuan ini tiada kaitan secara langsung dengan tujuan mata pelajaran tetapi sebagai hala tuju setelah murid menyelesaikan alam persekolahannya.

– Tujuan Jangka Sederhana • hasrat visi dan matlamat sekolah terhadap pencapaian dan

kemajuan murid semasa berada di alam persekolahannya.

Page 84: Minggu 6

– Tujuan Jangka Pendek• dikhususkan bagi mencapai pembelajaran dalam kelas. • Tujuan kurikulum yang meliputi aspek pengetahuan

(kognitif), kemahiran (psikomotor), sikap (afektif) dan nilai-nilai yang diharapkan dapat dimiliki oleh murid bagi setiap mata pelajaran.

Page 85: Minggu 6

Kandungan• Kandungan kurikulum pendidikan menengah

digubal berdasarkan mata pelajaran teras dan elektif.

• Mata pelajaran teras melibatkan bidang seperti a) komunikasi, b) matematik, sains dan teknologi, c) kerohanian, nilai dan sikap, dan d) perkembangan diri.

• Mata pelajaran elektif melibatkan pelbagai bidang ke arah pengkhususan atau alam pekerjaan.

Page 86: Minggu 6

Kaedah

• Aspek penting terhadap pelaksanaan kurikulum dalam proses pembelajaran.

• Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran.

• Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajaran secara akses kendiri.

Page 87: Minggu 6

Sumber dan maklumat

• Sumber pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta sistem penyampaian maklumat tentang aktiviti, bahan, dan bimbingan.

• Melibatkan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Kemudahan seperti komputer, multi media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan semua murid di samping kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran.

Page 88: Minggu 6

Penilaian

• Kurikulum yang telah dibentuk dan dilaksana perlu dinilai bagi memastikan ianya sentiasa kemaskini bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang.

• Penilaian kurikulum boleh dilakukan secara berterusan melalui penilaian formatif dan pada peringkat akhir atau selesai sesuatu program melalui penilaian sumatif.

Page 89: Minggu 6

• Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan dan usaha penambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu.

• Penilaian sumatif pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkan keputusan dibuat untuk penambahbaikan seterusnya.

Page 90: Minggu 6

• Dalam bentuk gambarajah, bina kerangka konseptual struktur Kurikulum Kebangsaan untuk PJ, PK dan Sains Sukan, dan huraikan.