minggu 5

Upload: lishalini-rajandran

Post on 10-Jan-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pembangunan ekonomi dalam kontekss hubungan etnik

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIATUTORIAL MINGGU 5

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIASOALAN TUTORIAL 1JELASKAN HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS MODENISASI DI MALAYSIAKomponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau zaman pascakolonial khususnya dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, model). Bagi pihak penjajah British, komponen ekonomi penting untuk membangunkan ekonomi negara mereka.Begitu juga Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan pembinaan negara bangsa.

Cita-cita pembinaan negara bangsa selalu gagal sekirannya pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan berlaku di Afrika.

SOALAN 2 SILA BUAT ANALISIS RINGKAS BERKAITAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN SEBELUM 1970RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA PERTAMA(1956-1970)Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi.Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendirikan Malayan Union. Namun, dari segi ekonomi mereka telah berjaya.Dengan mengambil ilham daripada Rancangan Lima Tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, kolonial British telah memperkenalkan institusi Perancangan Pembangunan di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Pihak penjajah British telah merangkakan dan melaksanakan rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama Draft Development Plan of Malaya (1950-1955) .

Kejayaan sebelum kelahiran negara bangsa Malaysia telah meyakinkan pihak kolonial British untuk melanjutkannya .

RM-1 (1956-1960) adalah pelanjutan usaha tersebut.

Ketika pelaksanaan rancangan ini, pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendiri yang terbatas selepas Pilihan Raya 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Selepas pilihan raya umum 1959, RMK-2 (1961-1965) diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan.

Walaupun dari segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial British, namun dari segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menakjubkan banyak perubahan dan penyesuaian.Perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dan setelah Pilihan Raya Umum 1964 dilancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).Usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia pada masa itu lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomistik.Walaupun tumpuan utama diberikan kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin yang tertinggi namun usaha mengggerakkan perindustian gantian import, khasnya perusaan pembuatan juga dipekenalkan.Kelancaran pelaksanaan RMK-1 terbantut seketika akibat Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966. Namun begitu, pemerintah telah berjaya menunjukkan kemampuan yang dapat mereka.Setidak-tidaknya, dari segi kemudahan prasarana pembangunan dirasakan.Tentunya, segala usaha ini tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hal ini dijelmakan melalui pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian.Peristiwa 13 Mei 1969 terpahat dalam sejarah pembangunan Malaysia sebagai tinta hitam yang menginsafkan rakyat Malaysia.Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum 1969.Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah RMK-2 (1971-1975). Digarab kedalamnya DEB yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara.SOALAN 3:CIRI-CIRI ETNIK DALAM KONTEKS DEMOGRAFI, POLITIK DAN EKONOMI DI MALAYSIAKetuanan pihak etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana secara umum jumlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah undi yang diperolehi dan pilihan raya.Atas dasa itulah, terdapat kebimbangan dalam kalangan etnik cina tentang kenyataan yang menunjukan bahawa jumlah penduduk etnik Cina mengalami kemerosotan. Kebimbangan tersebut cukup berasa kerana mereka ingin memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.

Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait dengan maslah buruk dan produktiviti nasional.Meskipun, etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ini tidak bermakna etnik melayu turut majoriti dalam bidang lain. Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.Dalam hal ini etnik Cina merupakan majoriti kerana memiliki hak milik kekayaan yg lebih tinggi.SEKIAN, TERIMA KASIH