minggu 4

4
THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN Bilangan Jurnal : Keempat Minggu Praktikum : Minggu Keempat Tarikh : 5 hingga 7 April 2015 Tajuk Jurnal : Minggu keempat di SJKT Ladang Perbadanan. MASALAH Pada minggu ini, saya telah menemui masalah dari segi kawalan murid semasa aktiviti berkumpulan. Masalah ini saya hadapi di kelas iaitu semasa mata pelajaran Sejarah. Sebelum aktiviti kumpulan dijalankan, saya telah memberi arahan kepada murid-murid berkaitan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan. Walaubagaimanapun, apabila murid-murid mula bergerak ke kumpulan masing-masing dan ingin memulakan tugasan, mereka mula bertanya kepada saya berkaitan dengan tugasan yang perlu dilakukan dan perkara ini menyebabkan keadaan kelas bising. Saya agak terkejut dengan keadaan ini kerana saya telah memberi arahan kepada mereka apa yang perlu dilakukan sebelum bergerak melakukan aktiviti kumpulan. Saya dapat rasakan murid-murid tidak jelas dengan arahan dan tugasan yang perlu mereka lakukan. Ini menunjukkan teknik memberi arahan saya kurang jelas untuk difahami oleh mereka. . ANALISIS Semasa aktiviti kumpulan, saya telah memberi mereka kad warna yang akan digunakan untuk menentukan kumpulan mereka. Perkara 1

Upload: thilaga-rajandran

Post on 09-Apr-2016

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: minggu 4

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN

Bilangan Jurnal : Keempat

Minggu Praktikum : Minggu Keempat

Tarikh : 5 hingga 7 April 2015

Tajuk Jurnal : Minggu keempat di SJKT Ladang Perbadanan.

MASALAH

Pada minggu ini, saya telah menemui masalah dari segi kawalan murid semasa

aktiviti berkumpulan. Masalah ini saya hadapi di kelas iaitu semasa mata pelajaran

Sejarah. Sebelum aktiviti kumpulan dijalankan, saya telah memberi arahan kepada

murid-murid berkaitan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan. Walaubagaimanapun,

apabila murid-murid mula bergerak ke kumpulan masing-masing dan ingin memulakan

tugasan, mereka mula bertanya kepada saya berkaitan dengan tugasan yang perlu

dilakukan dan perkara ini menyebabkan keadaan kelas bising. Saya agak terkejut

dengan keadaan ini kerana saya telah memberi arahan kepada mereka apa yang perlu

dilakukan sebelum bergerak melakukan aktiviti kumpulan. Saya dapat rasakan murid-

murid tidak jelas dengan arahan dan tugasan yang perlu mereka lakukan. Ini

menunjukkan teknik memberi arahan saya kurang jelas untuk difahami oleh mereka.

ANALISIS

Semasa aktiviti kumpulan, saya telah memberi mereka kad warna yang akan

digunakan untuk menentukan kumpulan mereka. Perkara ini dapat menjimatkan masa

dan memudahkan mereka bergerak ke kumpulan masing-masing mengikut kad warna

yang telah diberikan. Selain itu, sebelum saya mengarahkan mereka bergerak ke

kumpulan masing-masing, saya juga telah memberikan arahan tugasan kepada

mereka. Walaubagaimanapun semasa mereka hendak memulakan tugasan dan

perbincangan, mereka mula keliru dan bertanya kepada saya berkaitan dengan

tugasan yang perlu mereka lakukan. Perkara ini menyebabkan kawalan kelas lemah

yang menyebabkan keadaan kelas bising dan mereka lambat untuk memulakan

tugasan.

1

Page 2: minggu 4

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Saya perlu meningkatkan teknik memberi arahan kepada murid-murid supaya

mereka jelas dan memahami apa yang saya sampaikan. Oleh itu, semasa memberi

arahan saya perlu pastikan semua murid berada dalam keadaan sedia dan memberi

peluang kepada mereka untuk bertanya selepas arahan diberikan. Untuk menguji

kefahaman mereka saya bertanya kembali berkaitan arahan yang telah disampaikan

dan memberi peluang mereka bertanya. Teknik memberi arahan perlu diperbaiki,

dimana arahan bukan sahaja disampaikan secara lisan tetapi juga secara tulisan

dengan memaparkannya di slide power point ataupun pada papan tulis. Semasa

memberi arahan secara lisan, saya akan pastikan intonasi suara bersesuaian, laras

bahasa bersesuaian dan arahan yang diberikan satu persatu supaya mereka lebih

mudah untuk faham.

TEMPOH MASA

Saya tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah ini, bagi

kelas seterusnya saya cuba untuk meningkatkan teknik memberi arahan kepada murid-

murid. Hasilnya, keadaan kawalan kelas lebih terkawal dan murid-murid dapat

membuat tugasan mengikut arahan yang ditetapkan.

2

Page 3: minggu 4

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN

TINDAKAN SUSULAN

Oleh demikian, bagi memastikan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran

berjalan lancar, langkah-langkah penambahbaikan perlu saya amalkan supaya

penerimaan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.Semasa membuat

rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti

yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya, saya hanya menggunakan satu

teknik pengajaran sahaja di dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi demi

mengatasi masalah saya, saya telah merancang beberapa teknik dan kaedah pengajaran

yang boleh digunakan di dalam bilik darjah.

Kesimpulanya, pendedahan selama dua minggu ini telah diterima oleh saya

memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal ini juga

memnberikan kesedaran yang tinggi kerana apa yang cuba dibayangkan oleh saya selama

ini tidak sama dengan dunia realiti yang berlaku di sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

3