minggu 2 akt 4

7
Minggu 2 Aktiviti 4 Reka Bentuk Pengajaran Model Assure Tajuk: Marilah Mengenal Suku Kata Terbuka Nama Guru: Yap Pooi Yean Tahun: 1 Merah Bidang Isi Kandungan: Suku Kata Terbuka . A nalisis 1. Ciri-ciri umum: a) Jumlah Murid: 20 orang b) Bilangan lelaki dan perempuan: 8 lelaki dan 12 perempuan c) Umur: 7 tahun d) Latar belakang murid: berasal dari bandar 2. Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid telah menguasai 26 huruf dan sebutannya. 3. Gaya Pembelajaran: o Visualisasi: 60% o Auditori: 20% o Kinestetik: 20% Menentukan objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. menyenaraikan sekurang-kurang lima nama objek yang terdiri daripada suku kata terbuka berdasarkan video, gambar, word search, dan puzzle. 2. mencatatkan sekurang-kurang lima perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dari cerita yang didengar. 3. membatangkan sekurang-kurangnya lima suku kata terbuka dengan betul dan tepat. untuk melepasi permainan stesen. Page 1 of 7 Last Revised: December 11, 2005

Upload: yean-yap

Post on 09-Feb-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu 2 Akt 4

Minggu 2 Aktiviti 4Reka Bentuk Pengajaran Model Assure

Tajuk: Marilah Mengenal Suku Kata TerbukaNama Guru: Yap Pooi YeanTahun: 1 MerahBidang Isi Kandungan: Suku Kata Terbuka

.

Analisis

1. Ciri-ciri umum:a) Jumlah Murid: 20 orang

b) Bilangan lelaki dan perempuan: 8 lelaki dan 12 perempuan

c) Umur: 7 tahun

d) Latar belakang murid: berasal dari bandar

2. Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid telah menguasai 26 huruf dan sebutannya.

3. Gaya Pembelajaran:o Visualisasi: 60%

o Auditori: 20%

o Kinestetik: 20%

Menentukan objektif

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. menyenaraikan sekurang-kurang lima nama objek yang terdiri daripada suku kata

terbuka berdasarkan video, gambar, word search, dan puzzle.

2. mencatatkan sekurang-kurang lima perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka

dari cerita yang didengar.

3. membatangkan sekurang-kurangnya lima suku kata terbuka dengan betul dan tepat.

untuk melepasi permainan stesen.

4. menghasilkan sebuah buku skrap mengenai suku kata terbuka yang bertema “Makanan

Page 1 of 7 Last Revised: December 11, 2005

Page 2: Minggu 2 Akt 4

dan Minuman”.

5. menjawab sekurang-kurangnya lima soalan kuiz yang diberikan dengan betul.

Memilih Kaedah, Media dan Bahan

Guru menjalankan pratonton dan mengkaji bahan yang digunakan sebelum memilih bahan

untuk digunakan dalam kelas. Pratonton dapat membantu guru memastikan bahan tersebut

benar-benar sesuai dengan kumpulan murid, objektif pengajaran dan pembelajaran, tidak

mengandungi unsur-unsur negatif serta berada dalam keadaan yang baik.

Kaedah:(i) Belajar sambil bermain (berpasangan)

- Murid-murid dapat belajar secara aktif dengan berasa menarik dan seronok. Suasana

yang kondusif juga dapat diwujudkan dengan kaedah belajar sambil bermain.

(ii) Pembelajaran Koperatif (berkumpulan)

- Murid-murid dapat memupuk sifat bekerjasama dan semangat saling menolong antara

satu sama lain dalam kumpulan. Murid yang lebih cerdas juga dapat membantu murid yang

lemah. Mereka dapat belajar supaya menerima kelemahan orang lain.

(iii) Penyelesaian Masalah (berkumpulan)

- Murid-murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif

melalui aktiviti penyelesaian masalah. Mereka perlu terlibat secara aktif untuk berfikir

supaya dapat menjayakan tugas dan menyelesaikan masalah.

(iv) Penemuan inkuiri (individu)

- Perasaan ingin tahu murid-murid dapat dibangkitkan melalui kaedah ini dan mereka

berpeluang melibatkan diri secara aktif untuk mengumpul bahan dan maklumat dari

pelbagai sumber.

(v) Pembelajaran Berbantukan Komputer (individu)

- Murid-murid dapat mengembangkan penguasaan mereka dalam penggunaan komputer

melalui kaedah ini. Mereka juga berpeluang untuk mengetahui faedah penggunaan

komputer.

Page 2 of 7 Last Revised: December 11, 2005

Page 3: Minggu 2 Akt 4

Media: Laman web, power point, video, audio

Bahan:Komputer, LCD, alat pembesar suara

Gunakan Media dan Bahan Sumber

- Selepas menjalankan pratonton untuk memilihkan bahan dan media, guru merancang

langkah penggunaanya dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru perlu sediakan bahan

dan meramal masalah yang mungkin akan timbul dan menyediakan pelan alternatif.

- Guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media

dan bahan agar mudah dicapai. Susun atar bilik darjah juga hendak sesuai dengan kaedah

yang dipilih.

- Guru juga perlu menyediakan rangsangan dan menyediakan pengalaman pembelajaran

kepad murid-murid supaya mereka bersedia untuk belajar. Guru juga harus memberi

motivasi dan menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid agar mereka dapat terlibat secara

aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah:(i) Belajar sambil bermain: a) Puzzle: Murid-murid bermain puzzle dan menyatakan nama objek yang terdapat

dalam puzzle. Nama objek tersebut terdiri daripada suku kata terbuka.

b) Word search: Murid-murid membulatkan perkataan-perkataan yang terdiri daripada

suku kata terbuka dalam peta word search berdasarkan gambar klu yang diberi.

c) Find hidden object: Murid-murid menyenaraikan nama objek yang terdiri daripada

suku kata terbuka dalam gambar.

(ii) Pembelajaran Koperatif: a) Mendengar cerita: Secara berkumpulan, murid-murid mendengar rakaman audio

mengenai sebuah cerita dan mereka mencatatkan perkataan yang terdiri daripada

suku kata terbuka.

(iii) Penyelesaian Masalah:

a) Permainan Stesen: Secara berkumpulan, murid-murid menjawab soalan seperti

mengenalpasti dan membatangkan suku kata terbuka supaya dapat melanjutkan ke

stensen seterusnya untuk mendapatkan markah.

Page 3 of 7 Last Revised: December 11, 2005

Page 4: Minggu 2 Akt 4

(iv) Penemuan inkuiri: a) Buku Skrap: Secara individu, murid-murid diberi tugasan supaya menghasilkan

sebuah buku skrap mengenai suku kata terbuka yang bertema “Makanan dan

Minuman”.

(iv) Pembelajaran Berbantukan Komputer a) Kuiz atas talian: Murid-murid menjawab soalan kuiz atas talian dalam laman web.

Media: a) Laman web:

- Guru menjelaskan konsep suku kata terbuka dengan menggunakan laman web weebly.

- Murid-murid menjawab soalan kuiz atas talian dalam laman web

b) Power point- Murid bermain puzzle, word search dan find hidden object dalam slaid power point yang

disediakan oleh guru.

c) Video- Guru menunjukkan video dalam laman web untuk menerangkan konsep suku kata

terbuka.

d) Audio- Murid-murid diperdengarkan rakaman video tentang sebuah cerita dan mereka diminta

mencatatkan perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka.

Bahan:a) Komputer- Setiap murid belajar dengan menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

b) LCD- Guru menayangkan slaid power point dan video dengan menggunakan LCD.

c) Alat pembesar suara- Guru menggunakan alat pembesar suara semasa menayangkan video dan audio.

Page 4 of 7 Last Revised: December 11, 2005

Page 5: Minggu 2 Akt 4

Penyertaan Pelajar

Set induksi:

- Secara berpasangan. murid-murid bermain puzzle dan diminta untuk menyatakan nama objek dalam puzzle. Puzzle yang diberi ialah mata, telinga, kaki, jari, meja, buku, baju,

lampu, almari dan kerusi, iaitu anggota badan dan nama objek yang berada di sekeliling

mereka. Guru mengaitkan nama-nama objek dengan isi pembelajaran, iaitu suku kata

terbuka.

Langkah satu:

- Guru menerangkan konsep suku kata terbuka melalui penggunaan laman web. Kemudian,

murid-murid diberi sebuah peta word search dengan klu yang berbentuk gambar di tepi

peta. Murid-murid diminta untuk mencari dan membulatkan nama-nama objek tersebut

dalam peta word search.

Langkah dua:

- Guru menunjukkan lima gambar. Secara berpasangan, murid-murid mencari dan menyenaraikan nama-nama objek yang terdiri daripada suku kata terbuka dalam gambar.

Langkah tiga:

- Secara berkumpulan, murid-murid diperdengarkan sebuah cerita melalui rakaman audio.

Murid-murid diminta mencatatkan nama-nama objek yang terdiri daripada suku kata

terbuka. Mereka perlu bekerjasama agar mereka boleh mendapat jawapan dengan betul.

Langkah empat:

- Secara berkumpulan, murid-murid menjalankan permainan stesen. Permainan ini

dibahagikan kepada sepuluh stesen. Dalam setiap stesen, murid-murid diberi dua gambar

dengan namanya. Murid-murid perlu memiilih gambar yang namanya terdiri daripada suku kata terbuka dan membatangkannya dengan betul. Murid-murid hanya boleh

melanjutkan ke stesen lain sekiranya menjawab dengan betul. Setiap stesen membawa

sebanyak 1 markah. Kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi dikira menang.

Murid-murid harus berbincang sesama ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah.

Page 5 of 7 Last Revised: December 11, 2005

Page 6: Minggu 2 Akt 4

Langkah lima:

- Secara individu, murid-murid diberi tugasan supaya menghasilkan sebuah buku skrap mengenai suku kata terbuka. Tema yang diberi ialah “Makanan dan Minuman”. Murid-

murid boleh mengakses maklumat dengan komputer serta mengumpul bahan dari pelbagai

sumber seperti majalah, iklan dan surat khabar.

Penutup:

- Murid-murid diminta menjawab kuiz atas talian dalam laman web yang disediakan. Guru

menilai prestasi murid-murid.

Nilai dan Semak Semula

Page 6 of 7 Last Revised: December 11, 2005

Page 7: Minggu 2 Akt 4

Penilaian dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian refleksi guru

termasuk:

1. Penilaian pembelajaran:

- Guru menilai prestasi murid melalui kaedah soal jawab, pemerhatian, kuiz dan

senarai semak.

Adakah objektif tercapai?

Adakah murid-murid terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran?

Adakah murid-murid menguasai isi kandungan yang disampaikan oleh guru?

2. Penilaian pengajaran:

- Guru menilai setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran melalui

amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan

pengajaran untuk melihat setakat mana perancangannya berjaya.

Adakah perancangan saya dijalankan dengan lancar dan berkesan?

Apakah kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran?

Apakah punca kelemahan tersebut?

Apakah tindakan susulannya?

3. Penilaian bahan dan media:

- Guru menilai keberkesanan penggunaan bahan dan media yang dipilih.

Adakah bahan menarik dan memotivasikan?

Adakah bahan sesuai dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid?

Adakah bahan tepat dengan objektif dan isi kandungan?

Selepas penilaian dibuat, guru harus mengambil tindakan susulan untuk melakukan

penambahbaikan supaya dapat merancang pengajaran yang lebih efektif.

Page 7 of 7 Last Revised: December 11, 2005