minggu 1

Upload: fanera-jeffery

Post on 13-Mar-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Praktikum 3 Minggu 1

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU Feryn Fanera Jeffery KAMPUS IPOH Praktikum Fasa 3

JURNALBilangan Jurnal: Pertama

Minggu Praktikum: 1

Tarikh Peristiwa / Kejadian: 2 Februari 2015 hingga 6 Februari 2015

Tajuk Jurnal: Objektif pengajaran kurang tercapai semasa subjek pendidikan luar.

1. Masalah /Peristiwa

Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pertama saya semasa hari Khamis yang lalu. Pada minggu ini saya mendapati bahawa objektif pengajaran kurang tercapai semasa mengajar kemahiran melompat dan mendarat menggunakan kedua-dua kaki untuk murid prasekolah Cahaya Baiduri dalam subjek Pendidikan Luar. 2. Analisis

Masalah ini mungkin disebabkan oleh rancangan pengajaran saya yang tidak sesuai dan tidak mengikut rancangan aktiviti yang telah ditetapkan dalam rancangan mingguan sekolah. Antara punca yang lain adalah aktiviti pengajaran kemahiran ini tidak secara ansur maju dan saya lebih memberi penerangan dan kurang memberikan demonstrasi kepada murid-murid.

3. Cadangan Tindakan SusulanAntara langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut:a) Merancang aktiviti pengajaran seperti yang telah ditulis dalam rancangan mingguan prasekolah ini. Dengan ini, aktiviti pengajaran saya boleh dirancang dengan baik dan sesuai seperti yang telah ditetapkan dalam rancangan mingguan.b) Saya juga akan merujuk guru pembimbing dengan meminta tunjuk ajar dan bimbingan dari beliau semasa ingin melaksanakan sesuatu aktiviti atau kemahiran yang akan diajar sama ada aktiviti/ kemahiran tersebut bersesuaian dengan murid-murid prasekolah Cahaya Baiduri.c) Semasa melakukan penerangan tentang kemahiran yang hendak diajar, saya juga akan melakukan demonstrasi agar murid-murid senang memahami perkara yang diajar.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan mengambil langkah-langkah seperti yang telah dicadangkan bermula dari minggu depan iaitu 9hb Februari 2015 dan secara berterusan terutamanya semasa saya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :