min mesy ke4

Upload: fha

Post on 06-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

zsfd

TRANSCRIPT

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JELUTONG

NO.6, JALAN SERAMBI U8/21

BUKIT JELUTONG, SEKSYEN U8

40150 SHAH ALAM , SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-78459457 FAX : 03-78459458E-mail : [email protected]

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL. 4 / TAHUN 2015

Tarikh: 3.11.2015

Masa: 1.15 petang

Tempat: Kelas 6 Angsana

Pengerusi: En. Amir Assokan bin Abdullah (Ketua Panitia)Kehadiran(Bilangan) : 7 orang

Nama Yang Hadir: 1. En. Amir Assokan b. Abdullah (Ketua Panitia)2. Cik Nurul Fairulain binti Azmi (Setiausaha)3. Pn. Chin Yuan Ling4. Pn Siti Marsita bt. Isterin5. Pn Zahrah bt. Nawi6. Puan Rosni binti Mat Noor7. Puan Tunku Saidatul Bariah bt. Tunku Nizam

Nama Yang Tidak Hadir:1. En. Prem Sai a/l Balakrishnan (Urusan Rasmi)2. En. Rohaizi b. Seman3. Cik Saraswathy a/p Ramasundrum (Cuti Rehat) 111. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Pengerusi, En. Amir Assokan, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadiri mesyuarat panitia kali keempat bagi sesi persekolahan tahun 2015. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus menyiapkan dan mengemaskini fail panitia pada waktu yang ditetapkan sebelum berakhirnya penggal kedua 2015. Tindakan: Pengerusi

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1. Pengerusi membentangkan mesyuarat yang lalu. Minit mesyuarat ini telah disahkan oleh Pn. Siti Marsita bt. Isterin dan disokong oleh Cik Pn. Rosni bt. Mat Noor.

Tindakan: Pengerusi

3. PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. KURIKULUM

4.1 Pengerusi memulakan perjumpaan dengan menyampaikan info terkini mengenai post mortem PKSR 2 yang dijalankan pada Oktober lalu. Pengerusi menyampaikan mandat pentadbir supaya mengenal pasti murid-murid yang lemah melalui keputusan PKSR 2 dan seterusnya merancang aktiviti pembelajaran untuk sesi pembelajaran tahun 2016 membantu meningkatkan prestasi murid-murid tersebut.

4.2 Pengerusi juga menyentuh mengenai penggubalan kertas soalan bagi UPSR 2016 di mana akan diadakan sesi penataran khas bagi mendedahkan guru-guru, terutamanya guru-guru Tahap 2. dengan format terkini kertas soalan Bahasa Inggeris.

4.3 Pengerusi juga memberi pendedahan mengenai LINUS Tahun 4 bagi tahun 2016. Cik Nurhazwani yang telah menghadiri bengkel LINUS Tahun 4 akan berkongsi info terkini mengenai pelaksaan LINUS dalam satu sesi khas yang akan dijalankan.

4.4 Pengerusi juga menyentuh mengenai Literature dalam sesi pembelajaran. Penekanan diberi oleh pengerusi untuk menggunakan sepenuhnya bahan yang telah diberi kepada guru. Cik Nurul Fairulain yang telah menghadiri bengkel literature akan berkongsi cara-cara melaksanakan literature dalam kelas dengan lebih efektif.

4.5 Pengerusi menyentuh mengenai penataran DSKP Tahun 6 untuk sesi 2016. Puan Siti Marsita yang telah menghadiri bengkel penataran tersebut akan mengadakan satu sesi khas untuk berkongsi mengenai format terkini DSKP bagi UPSR 2016.

Tindakan: Guru Bahasa Inggeris

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Ucapan En. Amir Assokan bin AbdullahBeliau mengingatkan guru-guru mengenai kepentingan KBAT dalam sesi pembelajaran murid-murid. Beliau mencadangkan supaya guru-guru menggunakan teknologi semasa untuk mencapai taraf Kelas Alaf 21 Tindakan: Guru-guru Bahasa Inggeris

6. PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kepada semua yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Urusetia Panitia Bahasa InggerisSK Bukit JelutongTarikh:: 4 November 2015