min mod median

Upload: bathma-nathan

Post on 16-Jul-2015

584 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Analisis data (ukp 6053)Perbezaan min, mod & medianDISEDIAKAN OLEH: MAISARA MOHAMMAD M20111000229

UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSATTerdapat tiga ukuran memusat yang biasa digunakan, iaitu:

MOD MEDIAN MIN

MODMod ialah nilai yang paling kerap berlaku dalam sesuatu kumpulan data. Jika satu kumpulan data tidak mempunyai nilai yang paling kerap berlaku maka data tersebut tiada mod. Mudah ditentukan sekiranya kita telah menyediakan taburan kekerapan skor/markah asal terlebih dahulu.

Jika sesuatu data tidak mempunyai nilai yang paling kerap berlaku maka kita katakan data tersebut tidak mempunyai mod.Jika satu kumpulan data itu mempunyai lebih daripada satu nilai yang kerap berlaku, maka kita katakan yang data itu mempunyai lebih daripada satu mod

CONTOH : Tentukan nilai mod untuk data berikut :A) 1,2,2,4,6,8,8,8,10,12 B) 10,20,40,60,80,120,150

C) 23,24,24,26,27,28,28

MEDIANMedian ialah skor tengah sesuatu set data/skor,misalnya markah tengah bagi set markah ujian mingguan. Sekiranya sesuatu set data mempunyai dua angka tengah,median data ini ialah purata kedua-dua data tengah tersebut.

Median mudah ditentukan sekiranya kita telah menyusun data daripada yang terendah hingga tertinggi atau sebaliknya.

CONTOH: Kirakan nilai median untuk data berikut 4,20,6,12,8,26,21 penyelesaian : 4,6,8,12,20,21,26

MINMin ialah purata sesuatu set data/skor,misalnya markah purata bagi set markah ujian mingguan. Min mudah dikira,sekiranya bilangan data adalah kecil,tetapi agak susah dikira bagi data yang banyak. Kita boleh menggunakan komputer untuk mengira min bagi data yang banyak. Jumlahkan semua skor/markah dan kemudian dibahagikan dengan bilangan markah/pelajar.

Jika kita dapat mengumpul data dari keseluruhan populasi,kita dapat mengira min populasi. Walau bagaimanapun dlm banyak keadaan kita tidak mungkin dapat mengumpul data daripada keseluruhan populasi disebabkan oleh faktor masa, kos dan tenaga kerja.Sebagai alternatif kita hanya mengumpul data menggunakan sampel. Dengan menggunakan min sampel inilah kita dapat menganggar min populasi

Contoh : Kirakan min untuk data berikut 4,5,8,10,13 penyelesaian 4+5+8+10+13 = 8.0 5

Kesimpulan Bagi suatu kumpulan data,min adalah nilai puratanya, median ialah nilai penengah manakala mod adalah nilai angkerap. Jika nilai min,mod,dan median mempunyai nilai yg sama maka taburan data tersebut dikatakan berbentuk simetri

Jika nilai mod adalah lebih kecil daripada nilai median dan min,kita katakan taburan data tersebut berbentuk pencong ke kanan

Jika nilai mod adalah lebih besar berbanding dengan nilai median dan min maka kita katakan taburan data tersebut mempunyai pencong ke kiri

SEKIAN TERIMA KASIH