mesyuarat kedua penggal ketig a dewan undangan …

68
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020 PERKARA : 4(B)(XXll)1 SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG 1. Apakah status permohonan Penang Port Sdn Bhd dan tindakan susulan Kerajaan Negeri untuk menjadikan sebahagian pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth sebagai zon Free Commercial Zone untuk menghidupkan semula pelabuhan tersebut? YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 1. Penang Port Sdn Bhd (PPSB) telah mengemukakan permohonan melalui Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk mewartakan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) sedia ada berkeluasan 83.57 hektar sebagai zon bebas komersial (ZBK). Pewartaan PKBU sebagai ZBK dijangka akan berkuatkuasa sebelum akhir tahun 2020. Kerajaan Negeri tiada halangan dan menyokong cadangan PPSB dan SPPP untuk menjadikan 83.57 hektar PKBU sebagai ZBK dalam usaha untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Pelabuhan Pulau Pinang. 1D455/01

Upload: others

Post on 05-May-2022

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)1

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

1. Apakah status permohonan Penang Port Sdn Bhd dan tindakan susulan Kerajaan Negeri untuk menjadikan sebahagian pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth sebagai zon Free Commercial Zone untuk menghidupkan semula pelabuhan tersebut?

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

1. Penang Port Sdn Bhd (PPSB) telah mengemukakan permohonan melalui Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk mewartakan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) sedia ada berkeluasan 83.57 hektar sebagai zon bebas komersial (ZBK). Pewartaan PKBU sebagai ZBK dijangka akan berkuatkuasa sebelum akhir tahun 2020.

Kerajaan Negeri tiada halangan dan menyokong cadangan PPSB dan SPPP untuk menjadikan 83.57 hektar PKBU sebagai ZBK dalam usaha untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Pelabuhan Pulau Pinang.

1D455/01

Page 2: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)2

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

2. Adakah Kerajaan Negeri akan bercadang untuk mengiktirafkan dan meraikan Hari Warga Emas secara rasmi di Negeri Pulau Pinang sepertimana yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa­ Bangsa Bersatu (PBS) setiap tahun pada 1hb Oktober?

YB. PHEE BOON POH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

2. Warga emas merupakan kelompok masyarakat yang turut menyumbang kepada pembangunan negeri melalui sumbangan pengalaman dan juga idea-idea yang konstruktif. Di bawah Dasar Warga Emas Negara, Malaysia telah mengisytiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Kebangsaan selari dengan Resolusi 45 / 106 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Di peringkat Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam mengadakan program-program sempena sambutan Hari Warga Emas ini.

Sebagai sebuah kerajaan yang bersifat terbuka, Kerajaan Negeri menyambut baik dan akan mempertimbangkan cadangan tersebut selari dengan tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kerajaan Persekutuan. Secara dasarnya, Kerajaan Negeri berpendirian bahawa penghargaan kepada golongan warga emas tidak seharusnya terhad pada sambutan Hari Warga Emas semata-mata sebaliknya golongan ini perlu dihargai sepanjang tahun. Pendirian ini dibuktikan oleh inisiatif­ inisiatif Kerajaan Negeri seperti memberi sumbangan penghargaan melalui Program Penghargaan Warga Emas di bawah i-Sejahtera dan pemerkasaan Pusat-pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

ID457/14

Page 3: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)3

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

3. Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma kepada warga emas dan khususnya untuk pemeriksaan perubatan berkala mereka di hospital dan klinik awam?

(a) Sekiranya ada, berikan butiran rancangan tersebut.

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTER!

3. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma kepada warga emas khususnya untuk pemeriksaan perubatan berkala di hospital dan klinik awam.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma iaitu perkhidmatan Congestion Alleviation Transport (CAT) Bridge dan Central Area Transit (CAT) George Town. Perkhidmatan bas CAT bagi laluan-laluan lain telah diberhentikan operasinya sejak 1 April 2020 yang lalu berikutan penularan pandemik Covid-19. Sehingga kini, bas CAT masih belum beroperasi semula memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Selain itu, terdapat perkhidmatan pengangkutan awam (berbayar) yang dilaksanakan oleh Rapid Penang iaitu Rapid Mobiliti bagi menyediakan perkhidmatan kepada pesakit dan golongan kelainan upaya (OKU) yang berkerusi roda untuk ke destinasi yang ingin dituju termasuklah ke hospital dan klinik

1 1D458/06

Page 4: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

awam. Setakat ini, perkhidmatan Rapid Mobiliti hanya beroperasi dalam kawasan pulau sahaja.

2 1D458/06

Page 5: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)4

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

4. Sejak 1980. Nyatakan butiran bila, berapa lot tanah telah lulus dikeluarkan dari hutan simpan Bukit Juru dan kepada siapa pemberian milik pajakan tanah-tanah ini diberikan kepada oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan kuari?

(a) Apakah ulasan setiap jabatan teknikal kerajaan terhadap permohonan-permohonan tersebut pada waktu ketika itu?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI

4. Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Hutan Simpan Bukit Juru telah diwartakan bawah Forest Ordinance 1908 seluas 394 ekar (159.62 hektar) pada tahun 1909 (nombor warta 1108). Hutan Simpan ini kemudiannya mengalami beberapa siri pewartaan semula di bawah Ordinan ini seperti pembahagian kawasan di bawah pentadbiran Wellesley Province pada ketika itu termasuk tiga (3) kali pewartaan keluar daripada hutan simpanan kekal untuk tujuan pembangunan lain iaitu pada tahun 1940, 1955 dan terakhir dikeluarkan pada tahun 1981 yang dikeluarkan secara berperingkat. Sehingga kini Hutan Simpan Bukit Juru adalah seluas 150.18 hektar.

Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan pengeluaran sebahagian Lot 834 kepada tiga (3) lot daripada warta hutan simpan iaitu Lot PT 9 (Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai}, lot PT 659 (Saw Cheong Teak Kuari) dan PT 4005 (Syarikat Barkath Sdn. Bhd.)

1 10459/04

Page 6: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

(a) Ulasan setiap jabatan teknikal kerajaan terhadap permohonan-permohonan tersebut pada ketika itu adalah seperti berikut:

(i) Ulasan teknikal bagi tujuan kuari kepada Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai di atas PT 9 (Sebahagian Lot 843), Mukim 12, Seberang Perai Tengah.

(a) Jabatan Perancang Bandar dan Desa - Tidak menyokong

(b) Majlis Perbandaran Seberang Perai - Tiada halangan

(c) Jabatan Kerja Raya - Sokongan bersyarat

(d) Jabatan Alam Sekitar - Sokongan bersyarat

(e) Jabatan Mineral dan Geosains - Sokongan bersyarat

(f) Polis Diraja Malaysia - Tiada halangan

(ii) Ulasan teknikal bagi tujuan kuari kepada Syarikat Barkat Sdn. Bhd. di atas Lot 1545 (Lot Lama PT 4005), Mukim 12, Seberang Perai Tengah.

(a) Jabatan Perancang Bandar dan Desa - Tidak menyokong

(b) Jabatan Parit dan Taliair - Tiada ulasan

( c) Jabatan Kerja Raya - Tidak menyokong

(d) Jabatan Alam Sekitar - Tidak menyokong

( e) Jabatan Hutan Daerah Pulau Pinang - Tiada halangan

(f) Polis Diraja Malaysia - Tiada halangan

2 1D459/04

Page 7: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

1D459/04

(g) Jabatan Bomba dan Penyelamat -- Tiada halangan

(iii) Ulasan teknikal bagi tujuan kuari kepada Saw Chong Teck Kuari Sdn. Bhd. di atas PT 659 (sebahagian Lot 834 ), Mukim 12, Juru, Seberang Perai Tengah.

(a) Jabatan Perancang Bandar dan Desa -- Tidak menyokong

(b) Jabatan Parit dan Taliair -- Tiada ulasan

(c) Jabatan Kerja Raya -- Tidak menyokong

(d) Jabatan Alam Sekitar -- Tidak menyokong

(e) Jabatan Hutan Daerah Pulau Pinang - Tiada halangan

(f) Polis Diraja Malaysia -- Tiada halangan

(g) Jabatan Bomba dan Penyelamat -Tiada halangan

3

Page 8: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)5

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

5. Apakah tindakan Kerajaan Negeri yang telah diambil untuk menyiasat bantahan penduduk mengenai operasi kuari di Sungai Sembilang yang telah mencemar alam sekitar semulajadi, menganggu kehidupan seharian mereka sekian lama serta membawa kerosakan kepada hutan simpan Bukit Juru?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI

5. Hasil siasatan yang dijalankan oleh pentadbiran ini mendapati syarat nyata tanah bagi lot-lot yang terlibat adalah Perusahaan Kuari dan telah mempunyai Permit Bahan Batuan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Selain itu, semakan dengan Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/ Perlis/ Pulau Pinang (JMG) melalui lnspektor Kuari Kanan mendapati bahawa kuari tersebut mempunyai lesen operasi kuari di bawah Penang Quarry Rules 2018.

Pada 5 Oktober 2020, suatu Pemeriksaan Bersepadu ke kuari tersebut melibatkan jabatan-jabatan teknikal seperti JMG, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah dan Galian akan diadakan bagi menjalankan siasatan lebih lanjut terhadap aduan penduduk di kawasan tersebut.

ID460/14

Page 9: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)6

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

6. Nyatakan cabaran serta strategi dan rancangan Kerajaan Negeri untuk memenuhi permintaan bekalan air mentah negeri bagi jangka masa panjang dari tahun 2025 ke atas.

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTER!

6. PWSI 2050: PELAN KONTINGENSI PULAU PINANG UNTUK MENANGANI RISIKO AIR MENTAH

Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) belum dilaksanakan dan Sungai Muda hanya dapat memenuhi keperluan air mentah Pulau Pinang dan Kedah sehingga tahun 2025.

(a) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) telah merumuskan pelan kontingensi untuk menangani risiko air mentah Pulau Pinang. Pelan kontingensi ini perlu kerana 3 faktor utama:

(b) Perubahan iklim telah mengubah corak hujan di Pulau Pinang. Amat ketara, kekurangan hujan pada tahun 2019 telah mengurangkan kapasiti efektif Empangan Air ltam dan Empangan Teluk Bahang, sehingga mengancam keselamatan bekalan air di Pulau Pinang.

(c) Sungai Muda hanya dapat memenuhi keperluan air mentah Negeri Pulau Pinang hingga tahun 2025. Lebih-lebih lagi, isu pembalakan di Ulu Muda, kawasan tadahan air Sungai Muda di Kedah, muncul kembali pada tahun 2020.

(d) Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) belum dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Sehingga kini,

1 10461/02

Page 10: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

perbincangan langsung dengan Perak telah menemui jalan buntu kerana Negeri Perak ingin menjual 'air terawat' manakala Negeri Pulau Pinang ingin membeli air mentah.

Berdasarkan unjuran 2009, SPRWTS akan mengambil masa 7 tahun untuk disiapkan dan beroperasi. Sekiranya projek ini dilaksanakan dari 2021, ia mungkin beroperasi mulai tahun 2027 tetapi Negeri Pulau Pinang akan menghadapi kekurangan air mentah mulai tahun 2025.

Cadangan Projek PWSI 2050

Demi menjamin keselamatan bekalan air Negeri Pulau Pinang PBAPP telah menyediakan "Inisiatif Bekalan Air Pulau Pinang 2050" (PWSI 2050) melalui 3 pelan kontingensi seperti berikut:

1. Pakej 12A Loji Rawatan Air Sungai Dua

Kapasiti : 114 juta liter sehari (JLH)

Pakej 12A membabitkan pembinaan modul rawatan air 114 MLD baharu di LRA Sungai Dua. lni akan membolehkan PBAPP menghasilkan lebih banyak air terawat untuk memenuhi keperluan bekalan air di Pulau Pinang sehingga SPRWTS beroperasi.

2. Skim Bekalan Air Sungai Perai (SPWSS)

Kapasiti: 136 JLH

SPWSS bertujuan memanfaatkan Sungai Perai sebagai sumber air mentah tambahan untuk Pulau Pinang. Kajian kejuruteraan sebelum ini menunjukkan air mentah dari sungai ini mungkin tidak selamat dirawat dengan menggunakan teknologi rawatan air konvensional. Oleh itu, SPWSS akan meneroka kemungkinan menggunakan teknologi rawatan air alternatif untuk "merawat" air mentah dengan selamat.

3. Fasa 1 Skim Penyahgaraman Bekalan Air Pulau Pinang (PDWSS)

Kapasiti: 250 JLH

F asa 1 PDWSS mencadangkan pembinaan kemudahan penyahgaraman air laut di kawasan selatan Pulau Pinang. Tujuannya adalah untuk menangani peningkatan keperluan bekalan air di Balik Pulau dan kawasan sekitarnya, serta untuk projek Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR)

2 ID461/02

Page 11: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

menjelang tahun 2030. Fasa 1 dijadualkan beroperasi pada Disember 2024. Fasa-fasa berikutnya dapat dilaksanakan mengikut permintaan bekalan air dan perkembangan SPRWTS.

PBAPP telah melantik juru perunding kejuruteraan bebas bagi melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Projek PWSI 2050 pada bulan Julai 2020 dan ia dijangka siap pada bulan Januari 2021. Skop kajian ini terdiri daripada:

(a) Kaji semula unjuran permintaan bekalan air negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2050 berdasarkan kepada reokd sebenar dari tahun 2010 sehingga tahun 2019.

(b) Menentukan jadual waktu pelaksanaan projek bagi memenuhi permintaan bekalan air negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2050 kerana sumber utama sedia ada dari Sungai Muda tidak dapat memenuhi penambahan permintaan bekalan air selepas tahun 2024.

(c) Penentuan lokasi, proses rawatan air/teknologi yang sewajarnya bagi merawat air mentah Sungai Perai dan penyahgaraman air laut.

(d) Pemilihan projek berdasarkan kos dan jangka masa pembinaan.

(e) Kesemua aspek kos, jadual waktu, proses tender dan dasar pelaksanaan akan tertakluk kepada persetujuan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Perlu dinyatakan PWSI 2050 TIDAK menjejaskan perkara berikut:

(i) Pelaksanaan SPRWTS oleh Kerajaan Persekutuan

SPRWTS masih merupakan penyelesaian air mentah yang paling rasional, dari segi potensi hasil dan keberkesanan kos. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP akan meneruskan pelaksanaan SPRWTS kerana Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan skim sumber air mentah untuk Pulau Pinang ketika kita berhijrah ke lnisiatif Penstrukturan Semula lndustri Perkhidmatan Air Negara (NWSRI) pada tahun 2011.

3 10461/02

Page 12: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

(ii) Abstraksi air mentah dari Sungai Muda

PBAPP masih perlu mengabstrak air mentah dari Sungai Muda setiap hari untuk memenuhi keperluan bekalan air Pulau Pinang menjelang tahun 2050 dan seterusnya. Projek SPRWTS berfungsi sebagai sumber air mentah tambahan bagi Pulau Pinang untuk masa hadapan.

(iii) Pewartaan 160,000 hektar (ha.) kawasan tadahan air Ulu Muda

Ulu Muda adalah kawasan tadahan air terbesar dan terpenting di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP akan terus memperjuangkan pewartaan seluas 160,000 ha. di Ulu Muda sebagai "kawasan tadahan air" yang kekal. lni untuk memastikan keselamatan bekalan air bagi 4.2 juta rakyat Malaysia yang tinggal di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Objektif utama PWSI 2050 adalah untuk melaksanakan projek bekalan air tambahan bagi menjamin keselamatan bekalan air Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2050 disamping sumber air dari SPRWTS, air mentah dari Sungai Muda dan pewartaan kawasan tadahan air Ulu Muda.

4 ID461/02

Page 13: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(8)(XXll)7

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

7. Berapakah orang dan perniagaan telah didakwa di mahkamah atau didenda melanggari Standard Operating Procedure (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh pihak Polis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)?

JAWAPAN OLEH Y.A.8. KETUA MENTERI

7. Hasil operasi bersepadu antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri / Pejabat Kesihatan Daerah (JKN/PKD), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), sebanyak 1,574 kompaun telah dikeluarkan. la melibatkan tindakan berikut:

(i) 936 kompaun telah dibayar dangan nilai RM1 ,000.00 setiap satu.

(ii) 8 kes telah didaftar di mahkamah, 7 telah dijatuhkan hukuman:

(iii) 5 didenda RM1 ,000.00 setiap satu (iv) 1 didenda RM600.00 (v) 1 dijatuhkan hukuman penjara 1 bulan

Pihak PDRM melaporkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun 2020 hingga 22 September 2020 di dapati :

Jumlah individu : 678 individu

Jumlah premis : 205 premis

1 1D463/05

Page 14: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

Jumlah Kompaun : 883 kompaun

Pertuduhan : 5

Maklumat terperinci adalah seperti di LAMPIRAN A1.

MBPP juga telah menjalankan pemantauan PKPP (10 Jun 2020­ 22 September 2020) secara berterusan ke atas premis-premis perniagaan. Tindakan yang telah diambil oleh Majlis berikutan pelanggaran Prosedur Operasi Standard adalah seperti berikut:

Tindakan Bilangan Premis Bilangan lndividu Penutupan Premis 10 . Perniagaan Notis Bertulis Amaran 4 Pematuhan PKPP -

Amaran lisan (PKPP) 204 pemilik premis 10 Jun~ 31 Ogas 2020

. 764 pelanggan

Jumlah 14 968

Manakala bagi MBSP, sehingga kini tiada kes pendakwaan di mahkamah di bawa oleh MBSP terhadap peniaga yang didapati melanggari atau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa perintah kawasan pergerakan pemulihan berkuatkuasa. Waiau bagaimanapun, beberapa tindakan telah diambil seperti:

(i) 483 amaran lisan, (ii) 541 tawaran kompaun atas pelbagai kesalahan pelesenan,

(iii) 242 Notis Kesalahan Tidak Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan

(iv) 299 tindakan sitaan telah diambil oleh MBSP di atas kesalahan tidak mematuhi SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKPP).

(v) Sebanyak 29 premis perniagaan telah diarahkan menutup perniagaan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang kerana kesalahan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

2 10463/05

Page 15: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

"""" <( z <£ 0 cc z 0 <(

= z - <t 0.. ...J 2 < ...J

2 0.. z L ­ f z 0 ¥ 0 0 < 0. 0 <¥ 0 0

"""" c 0 ¢N

5 c N

0 - 0 c o - 0 ¢N LL cV ¥ <( z 0 < 0 r z - 2 r 0 c 2 cu h c r cN - w co 0 - - o z """" 2 < 0. = 0 < 0 < 0 ¥ f 0 le <( l 0

z <( I

I' r 25

I c cN ,r- cu o o to 2 I- r I ,1 w 0 '

I

I <( I

! (!) � <C Lo un co to

i - Ll t cu tr ,r- o o z ~ ,r- cu L ~ a

Ii

' i " 2 0 0 0 > et co cu 00 00 : o 00 co ""'" t w a c N ""'"

,r- co le z < .< •

I

l

z 2 < 0 o ,r- uo 00 M

l 0. <t 0o cv 00 z co e co ""'" ""'" 00 0 ¥

l <C <C < r 2

5 < 0 .. ± z I ...I w< Lu <(

l z r LI er <C <( • 2 • D. <

I < 2 . < -l I 0 z 0>- m < z 0 I 2 - < < LI LI LI WW 2 le n0 0D G) 0 0 ­ " a ""'" cu 0 t u0

Lo o --- 0o co <t 0

Page 16: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)8

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

8. Nyatakan insentif atau bantuan yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada orang ramai untuk menggalakkan pertanian komuniti bandar di Pulau Pinang setelah berjaya melancarkan "Kebun Kitar" di Penang Digital Library (PDL)

YB. DR. HAJAH NORLELA BINTI ARIFFIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

8. Antara perancangan yang akan dan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri bagi mengggalakkan pertanian bandar (urban farming) ialah:

(a) Melaksanakan Program Pertanian Bandar mengikut kategori projek iaitu projek individu, komuniti, sekolah dan institusi dengan kadar tertentu melalui peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan lndustri Makanan (MAFI). Agihan peruntukan mengikut kategori dan daerah adalah seperti berikut:

TAHUN 2020 DAERAH KATEGORI Bil. Bil. Peruntukan Projek Peserta

lndividu 1 12 1,750.00 Komuniti 6 115 17,025.00

SEBERANG Sekolah 3 150 9,925.00 PERAIUTARA Institusi 1 25 1,900.00 JUMLAH 11 302 30,600.00

1 1D465/08

Page 17: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

TAHUN 2020 DAERAH KATEGORI Bil. Bil. Peruntukan Projek Peserta

lndividu 1 10 1,750.00 SEBERANG Komuniti 3 60 12,100.00

PERAi Sekolah 3 150 10,150.00 TENGAH lnstitusi 2 50 3,800.00

JUMLAH 9 270 27,800.00 lndividu 2 20 2,700.00

SEBERANG Komuniti 4 80 13,050.00 PERAi Sekolah 3 150 8,250.00

SELATAN lnstitusi 2 50 5,000.00 JUMLAH 11 300 29,000.00 lndividu 2 44 12,950.00 Komuniti 10 206 51,475.00

BARAT DAYA/ Sekolah 6 270 26,550.00 TIMUR LAUT lnstitusi 3 90 11,375.00 JUMLAH 21 610 102,350.00 lndividu 6 86 19,150.00 Komuniti 23 461 93,650.00 JUMLAH Sekolah 15 720 54,875.00 BESAR lnstitusi 8 215 22,075.00 JUMLAH 52 1482 189,750.00

(b) Jabatan Pertanian Negeri juga akan bekerjasama dengan mana-mana komuniti, institusi atau agensi yang berminat untuk menjalankan Program Pertanian Bandar. Sekiranya pemohon mempunyai tapak yang sesuai dan telah mendapat kebenaran daripada pemilik tapak (jika berkenaan), pihak Jabatan akan mempertimbangkan sejumlah peruntukan bagi membangunkan Projek Pertanian Bandar bersama pihak yang terlibat, selain memberi khidmat nasihat teknikal berkenaan penanaman termasuk latihan.

(c) Selain itu, perancangan pihak Jabatan Pertanian Negeri juga adalah untuk menjalinkan kerjasama dengan Majlis

2 10465/08

Page 18: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya sesi penerangan mengenai program pertanian bandar dapat diadakan dan seterusnya mewujudkan satu projek pertanian bandar bagi setiap MPKK di negeri ini.

(d) Selain, Jabatan Pertanian Negeri juga menjalankan hebahan dan kempen bagi tujuan ini selain peruntukan untuk memulakan projek.

(e) Manakala untuk Projek Pertanian Bandar (PENJANA),Jabatan Pertanian Negeri telah menerima peruntukkan daripada kerjaaan persekutuan berjumlah RM200,000 pada tahun 2020 bagi perlaksanaan Program Pertanian Bandar. Selain itu Jabatan Pertanian Negeri juga menerima agihan peruntukkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negera(PENJANA) berjumlah RM600,000 untuk Projek Pertanian Bandar,yang disalurkan sebanyak 2 fasa bagi tempoh 2020 dan 2021. Manakala peruntukan disalurkan sebanyak RM300,000.00 pada tahun ini, dan selebihnya pada tahun 2021. Kumpulan sasar yang diberi tumpuan ialah dari kategori Komuniti dan lndividu. Kadar bantuan adalah sehingga RM500.00 untuk lndividu dan bagi kategori Komuniti bantuan adalah sehingga RM50,000.00. Pemilihan penerima atau peserta akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Kelulusan. Perlaksanaan di peringkat negeri melibatkan skop projek di bawah Pengukuhan Pertanian Komuniti di mana peserta yang layak akan dipertimbangkan bantuan pembinaan atau naik taraf infrastruktur, input pertanian, dan peralatan pertanian, mengikut kesesuaian projek. Di dalam kita menghadapi pandemik COVID-19 memberi impak kepada Community Farming sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu golongan terkesan. Urban farming bukan sahaja jana pendapatan isi rumah tetapi memberi peluang kepada rakyat nikmati sayuran organik. Di sini popular dengan kaedah vertikal farming dan akuaponik yang mana guna tanah yang diperlukan adalah minimum.

Dalam usaha naik taraf Penang sebagai bandar pintar,UPSI sediakan Internet of Thing (IOT) iaitu pemantauan dari jarak jauh selaras dengan tema PENANG 2030 82 (memodenkan dan mempelbagaikan pertanian mampan). Melalui Community Farming yang menggunakan baja kompos untuk tanaman batas yang mana 60% hasil diberi kepada golongan 840 dan selebihnya diberi kepada ThinkCity untuk komersil dan

3 1D465/08

Page 19: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

10465/08

pulangan pelaburan.Sisa makanan Kate Love A Loaf bersebelahan kantin Penang Free School akan dikompos dan dijdikan baja zero waste.

Tiga aspirasi yang diterapkan iaitu family,green &smart.Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan hab kebun komuniti berkonsepkan Urban Farming. Penang Digital Library berkeluasan 2000 kaki persegi dipilih sebgai lokasi perlaksanaan projek. Projek dapat biaya penuh dari Think City dan UPSI guna kepakaran. Hasil tanaman diagihkan melalui saluran sedia ada dengan kerjasama Mutiara Foodbank dan kepada wakil rakyat setempat.

Community Farming juga dalah keselamatan makanan dalam negeri dan 27 mesin kompos dicipta oleh Profesor Zalina diguna pakai di Butterworth dan berkolebrasi dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

4

Page 20: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XX.11)9

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

9. Jelaskan secara terperinci, inisiatif-inisiatif yang telah dilancarkan dan yang sedang dirancang oleh Digital Penang untuk bersepadukan pelbagai inisiatif agensi kerajaan sedia ada di bawah satu kerangka persamaan bandar pintar seperti yang dibayangkan dibawah Visi Pulau Pinang 2030.

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

9. Digital Penang kini dalam proses mengkaji dan mempertimbangkan kebolehlaksanaan persepaduan pelbagai inisiatif agensi kerajaan sedia ada. Satu baseline study telah dilaksanakan untuk mengenal pasti inisiatif dan struktur tadbir urus sedia ada. Penemuan daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Digital Penang untuk tindakan susulan.

ID466/13

Page 21: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)10

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

10. Apakah skop dan harapan Pelan lnduk Transformasi Digital yang sedang disediakan oleh Penang Digital ingin mencapai?

(a) Bilakah pelan ini akan disiapkan?

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

10. Skop Pelan lnduk Transformasi Digital meliputi domain Ekonomi Digital, lnfrastruktur Digital, Komuniti Digital dan Kerajaan Digital. Keutamaan bagi setiap domain adalah seperti yang berikut:

(a) Ekonomi Digital

(i) Pembangunan sektor ICT; (ii) Pembangunan ekosistem keusahawanan yang

berpaksikan teknologi dalaman (deep-tech); dan (iii) Penggunaan teknologi digital IR4.0 oleh

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

(b) lnfrastruktur Digital

(i) Ketersediaan jaringan fiber optic; dan (ii) Ketersediaan infrastruktur 5G.

1 1D468/10

Page 22: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

(c) Komuniti Digital

(i) Penggunaan dan pengalaman perkhidmatan atas talian oleh orang awam;

(ii) Penyertaan orang ramai dalam penjanaan dan penyampaian solusi kepada orang awam; dan

(iii) Penyertaan orang ramai dalam wacana pembangunan sosial negeri.

(d) Kerajaan Digital

(i) Pendigitalan dan automasi proses dalaman; (ii) Peningkatan kemahiran teknologi agensi kerajaan;

dan (iii) lntegrasi sistem serta rangka seni bina perisian.

Pelan lnduk Transformasi Digital diharapkan dapat menjamin kemampanan ekonomi digital sedia ada dan menjamin ketersediaan negeri untuk mengambil peluang baharu dalam era digital. Pelan ini dijangka siap pada Disember 2020.

2 ID468/10

Page 23: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)11

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

11. Dengan penukaran Kerajaan Persekutuan baru terkini.

(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan teruskan dengan rancangannya untuk mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Negeri Pulau Pinang?

YB. JAGDEEP SINGH DEO AIL KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

11. (a) Pada 9 Mei 2018, setelah Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan, seiring dengan manifesto Pakatan Harapan, YB Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam sidang media pada 26 Mei 2018 telah mengumumkan bahawa beliau akan memastikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan akan diadakan dalam tempoh 3 tahun lagi dengan mengambil kira Negeri Pulau Pinang dan Selangor sebagai panduan. Malah perkara mengenai Pilihan Raya Kerajaan Tempatan turut dibangkitkan semasa sesi perjumpaan YB Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh YB EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang.

KPKT telah menjemput Sahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memberi taklimat mengenai cadangan pelaksanaan Pilihan

1 1D470/08

Page 24: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

10470/08

Raya Kerajaan Tempatan yang telah diadakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 7 Jun 2018. Susulan daripada sesi taklimat tersebut, satu Focus Group Discussion (FGD) telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan terperinci mengenai Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

Pihak KPKT juga telah menganjurkan Bengkel Kajian Semula Pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 12 Julai 2018 bertempat di Putrajaya. Skop perbincangan dalam bengkel tersebut adalah merangkumi punca kuasa, mekanisma pelaksanaan, implikasi kewangan, penguatkuasaan dan nilai kadar. Perkara ini adalah penting bagi memastikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

KPKT telah mengadakan tiga (3) siri bengkel Kajian Kebolehlaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sepanjang tempoh 2018-2019. Lanjutan daripada siri bengkel tersebut, cadangan pindaan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) untuk memberi ruang kepada pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan melalui kaedah Pilihan Raya Kerajaan Tempatan disediakan untuk pertimbangan dan persetujuan dasar Jemaah Menteri ketika itu.

Selaras dengan prinsip demokrasi, Kerajaan Negeri turut berhasrat untuk melaksanakan pilihan raya di peringkat Kerajaan Tempatan. Waiau bagaimanapun, dengan penukaran Kerajaan Persekutuan pada Mac 2020, terdapat cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Akta Kerajaan Tempatan 1976 sedia ada tidak memperuntukkan seksyen yang membolehkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan diadakan.

Seksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan seperti berikut:

2

Page 25: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

1D470/08

Waiau apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, semua peruntukan berhubung dengan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan hendaklah terhenti berkuatkuasa atau mempunyai kesan.

Dalam melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh Seksyen 1 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah memutuskan pada 15 Disember 1976 bahawa keseluruhan Akta Kerajaan Tempatan 1976 hendaklah berkuatkuasa dalam Negeri Pulau Pinang. lni bererti Seksyen 15(1) berkuatkuasa di Negeri Pulau Pinang dan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan tidak boleh dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang sehingga peruntukan ini dipinda.

Terdapat dua pandangan untuk penyelesaian iaitu seperti berikut:

(i) Pihak Berkuasa Negeri boleh memutuskan untuk tidak menerima pakai Seksyen 15(1) tersebut dan lain-lain peruntukan berkaitan dengan pelantikan Ahli Majlis termasuk Yang Dipertua. Dengan itu, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan boleh dilaksanakan dengan mewujudkan perundangan baharu oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) berkaitan dengan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Waiau bagaimanapun, terdapat peruntukan dalam Akta Pilihan Raya yang memperuntukkan semua jenis pilihanraya hendaklah dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. lni akan menyebabkan kesukaran untuk mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi menguruskan Pilihanraya Kerajaan Tempatan, memandangkan pelbagai jabatan perlu dilibatkan untuk membantu khususnya pihak Polis bagi menjaga keselamatan semasa pilihan raya berlangsung.

(ii) Pandangan kedua ialah Pilihan Raya Kerajaan Tempatan tidak boleh diadakan memandangkan Pihak Berkuasa Negeri kini tidak boleh memilih untuk menerima pakai Seksyen 15(1) tersebut

3

Page 26: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

10470/08

memandangkan persetujuan telah diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri semasa Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) untuk menguatkuasakannya. Oleh itu, Seksyen 15(1) hendaklah dikuatkuasakan dan terpakai di Negeri Pulau Pinang sehingga ianya dipinda oleh Parlimen.

Kedua-dua pandangan melibatkan tafsiran perundangan Akta Kerajaan Tempatan, Akta Pilihan Raya dan termasuk Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini boleh dirujuk kepada Mahkamah Tinggi untuk memperolehi tafsiran yang sebenarnya dan deklarasi bahawa Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya dengan menamakan Kerajaan Persekutuan serta Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai pihak dalam presiding mahkamah. lni akan membolehkan Peguam Negara untuk mewakili Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya manakala Penasihat Undang-Undang Negeri boleh mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam prosiding mahkamah.

Kerajaan Negeri berharap akan mendapat kerjasama daripada pihak Kerajaan Persekutuan untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi membolehkan pilihan raya di peringkat Kerajaan Tempatan diadakan semula.

4

Page 27: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)12

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

12. Apakah usaha terperinci yang dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk menyelaras perkhidmatan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dalam pemberian perkhidmatan penjagaan terbaik dalam sektor awam dan swasta kepada orang tua di dalam Negeri Pulau Pinang?

YB. PHEE BOON POH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

12. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap nasib golongan warga emas. Golongan warga emas sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap perancangan agenda pembangunan infrastruktur dan sosial negeri. Keutamaan ini dibuktikan oleh Kerajaan Negeri dalam visi Penang2030 melalui inisiatif strategik Uplift vulnerable communities and reduce inequalities. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga menggalakkan kerjasama antara pihak swasta seperti syarikat-syarikat korporat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyemai semangat tanggungjawab sosial kepada semua pihak bahawa kebajikan mana-mana kelompok masyarakat bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri semata-mata. Antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyelaras perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta adalah:­

(i) Meningkatkan kemahiran kerja sosial dalam kalangan sukarelawan NGO yang mengendalikan rumah orang tua melalui penganjuran Sesi Promosi dan Pengenalan Kerja Sosial serta Kursus Persijilan Kemahiran Malaysia Sektor Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

1 ID471/04

Page 28: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

(ii) Mengawal standard perkhidmatan pusat-pusat jagaan orang tua dengan mengeluarkan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh JKM selaras dengan peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993;

(iii) Menggalakkan perkongsian data terbuka yang sesuai antara agensi dan pihak bukan kerajaan seperti data bilangan warga emas yang menerima sumbangan Program Penghargaan Warga Emas untuk digunakan dalam pembinaan papan pemuka (dashboard) bencana;

(iv) Mengoptimumkan Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (JKPKD) sebagai platform penyelarasan pemberian bantuan melalui agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang dijemput sebagai ahli jawatankuasa; dan

(v) Memperkaya fungsi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) sebagai pusat yang menyediakan ruang saluran perkhidmatan daripada pelbagai agensi seperti perkhidmatan pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan klinik kesihatan kerajaan dan saluran bantuan makanan daripada NGO-NGO kebajikan.

Kerajan Negeri di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat telah berusaha untuk menyelaras perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta dalam pemberian perkhidmatan penjagaan warga emas adalah dengan mewajibkan setiap pengusaha Pusat Jagaan Warga Emas berdaftar dengan JKM di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. Melalui perakuan ini operasi pengusaha akan dipantau dan dikawal selia bagi menjamin kebajikan penghuni warga emas.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga berusaha meningkatkan kualiti kehidupan warga emas dalam menyokong kesejahteraan golongan warga emas melalui usaha-usaha seperti berikut :

(a) Program Penghargaan Warga Emas yang diwujudkan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

(b) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memperkenalkan Pelan

2 ID471/04

Page 29: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) melalui beberapa strategi. Diantara obejktif (PTWEN) adalah berikut:-

(i) Membangun masyarakat prihatin mengenai penuaan dan mendayaupayakan masyarakat bagi menghadapi hari tua;

(ii) Memudahkan akses pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga emas, keluarga dan masyarakat;

(iii) Menjamin warga emas hidup selamat dan dilindungi;

(iv) Membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu;

(v) Meningkatkan penglibatan warga emas dalam masyarakat pelbagai umur; dan

(vi) Menjadikan penyelidikan sebagai asas dalam perancangan, pemantauan dan penilaian program

Selain itu Kerajaan Negeri juga menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di dalam komuniti untuk memberikan bantuan dan sokongan moral kepada warga tua terutama yang menggunakan kemudahan ini. Adalah diharapkan di Pusat Aktiviti mereka dapat berdikari dan dapat berinteraksi sesama mereka dan juga dengan komuniti setempat.

3 ID471/04

Page 30: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)13

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

13. Menjelaskan secara terperinci bagaimana, sekiranya ada, keupayaan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan Pelan lnduk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) akan terjejas dari segi kewangan atau sebaliknya dengan penukaran Kerajaan Persekutuan terkini.

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTER!

13. Pada ketika ini, projek Penang South Reclamation (PSR) masih merupakan model pembiayaan tunggal bagi Pelan lnduk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP). Pihak Project Delivery Partner (PDP) kini sedang dalam proses memuktamadkan model struktur pembiayaan (financial architecture) untuk pertimbangan dan penelitian Kerajaan Negeri. Berikutan itu, keupayaan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek PIPPP tidak terjejas dari segi kewangan dengan pertukaran Kerajaan Persekutuan pada bulan Mac 2020.

Waiau bagaimanapun, Kerajaan Negeri komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan projek PIPPP sekiranya Kerajaan Persekutuan dapat meneruskan cadangan untuk memberikan jaminan serta memberi sokongan menerbitkan bon bagi tujuan pembiayaan komponen PIPPP terutama sekali bagi projek Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT) seperti yang dicadangkan oleh mantan Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad demi

10472/07

Page 31: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

kepentingan rakyat dan perkembangan ekonomi di dalam dan di luar Pulau Pinang.

1D472/07

Page 32: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)14

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

14. Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan menangani kemerosotan dan kerugian besar kepada industri pelancongan perubatan negeri akibat daripada berlakunya pandemik COVID-19?

YB. YEOH SOON HIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

14. Pelancongan perubatan di negeri Pulau Pinang amat bergantung kepada pasaran antarabangsa. Susulan pandemik COVID-19, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan kawalan sempadan negara diperketatkan dan pelancong asing tidak dibenarkan untuk memasuki negara. Rancangan Kerajaan Negeri dalam menangani kemerosotan dan kerugian besar kepada industri pelancongan perubatan adalah seperti berikut:

(i) Pelancongan perubatan di peringkat domestik dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Oleh itu, keutamaan adalah diberikan untuk menggerakkan semula sektor pelancongan dengan memberi fokus kepada pasaran pelancongan domestik. Kempen promosi dan pemasaran akan giat dijalankan dengan sasaran kepada pelancong domestik. Pameran pelancongan dalam negara seperti Penang International Travel Exchange (PITE) yang akan diadakan pada 14-16 Oktober 2020 dan Business Events Penang (BE@Penang) yang akan diadakan pada 10-11 Disember 2020 merupakan platform yang sesuai untuk menonjolkan keistimewaan Pulau Pinang dan menarik pelancong perubatan domestik;

1 10473/07

Page 33: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

(ii) Untuk pasaran antarabangsa, promosi diteruskan melalui pameran maya seperti WHOLE 2020 dan Guiyang Belt & Road Exhibition bagi menghubungkan pasaran pelancongan perubatan domestik dan antarabangsa tanpa perlu melawat ke negara asing secara fizikal. Pameran ini juga akan membina minat pelancong perubatan yang berpotensi untuk melawat Pulau Pinang selepas sempadan negara dibuka kepada pelancong asing dan memastikan kesinambungan untuk pembangunan 'branding' Pulau Pinang; dan

(iii) Menilai dan mengenal pasti Laluan Penerbangan Antarabangsa (International Air Connectivity) yang kurang terkesan dengan kawalan kemasukan warga asing dan berpotensi untuk membangunkan pelancongan perubatan Pulau Pinang. Selepas PKPP ditarik balik, Kerajaan Negeri akan menggandakan aktiviti promosi dan pemasaran kepada bandar-bandar yang dibenarkan masuk dan mempunyai laluan penerbangan terus ke Pulau Pinang.

(iv) Memberi keyakinan kepada pelancong perubatan bahawa Pulau Pinang merupakan destinasi yang selamat. Kerajaan Negeri telah mewujudkan Sistem Akreditasi bagi Kesiapsiagaan COVID-19 di Pulau Pinang (COVID-19 Safety Accreditation Programme) yang memberikan pengiktirafan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan yang telah memenuhi dan mematuhi garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan. Logo akreditasi yang dipamerkan di premis hotel dan tempat tarikan pelancong akan memberi keyakinan dan keamanan yang tinggi kepada pelancong semasa lawatan mereka di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga memperkenalkan kempen Pelancongan Bertanggungjawab (Responsible Tourism) untuk memastikan semua orang sedar tentang tanggungjawab yang dipikul dan harus dijalankan oleh setiap lapisan masyarakat. Video-video pelancongan bertajuk "Your Safety Is Our Priority", "Thank You For Keeping Penang Safe" dan "Penang Responsible Tourism" telah dihasilkan bagi menunjukkan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam

2 1D473/07

Page 34: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

1D473/07

memastikan Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat.

3

Page 35: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

,

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XX.11)15

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

15. Sudahkah Kerajaan Negeri menyatakan bantahannya kepada Kerajaan Persekutuan atas keputusannya untuk menggantungkan Projek Pengembangan Lapangan Antarabangsa Pulau P.inang sehingga kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) disiapkan pada 2023?

(a) Sekiranya ada, apakah maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan?

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

15. Satu perjumpaan antara Y.A.B. Ketua Menteri dengan YB. Menteri Pengangkutan telah diadakan pada 27 Ogos 2020. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan status pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LT APP).

Susulan daripada perjumpaan tersebut, Y.A.B. Ketua Menteri telah mengemukakan surat kepada YB. Menteri Pengangkutan pada 8 September 2020 di mana pihak Kerajaan Negeri telah memo hon agar cadangan pembesaran LT APP sehingga 12 MPPA (million passengers per annum) ataupun 16 MPPA ini diteruskan dan pelaksanaannya tidak terjejas akibat kajian National Airports Strategic Plan (NASP).

1 ID475/12

Page 36: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

(a) Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih belum menerima maklum balas daripada pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia.

2 ID475/12

Page 37: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)16

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

16. Apakah status terkini Projek Gurney Wharf.

(a) Apakah peringkat seterusnya yang akan dilaksanakan sehingga penyelesaian projek tersebut dan menjelaskan setakat mana projek ini akan dilambatkan oleh kerana pandemik COVID-19?

YB. JAGDEEP SINGH DEO AIL KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

16. Pembangunan Projek Gurney Wharf dijangka menjadi tempat ikonik kawasan awam di dalam bandar berhadapan laut. Perancangan projek telah dimulakan sejak tahun 2016 dengan Sesi Stakeholders Engagement dan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Pulau Pinang. Status terkini bagi pelaksanaan projek ini adalah Kerajaan Negeri telah melantik Tanjung Pinang Development Sdn. Bhd. (TPD) sebagai Project Management Office (PMO) dan perjanjian telah dimeterai bersama pihak TPD pada bulan Jun 2020.

(a) Kerajaan Negeri dalam proses penilaian dan pelantikan konsultan. Secara keseluruhan seramai tujuh (7) konsultan telah dipertimbangkan untuk dilantik iaitu terdiri daripada Arkitek (termasuk Pengurus Projek), Arkitek Landskap, Jurutera Awam & Struktur, Jurutera Mekanikal & Elektrik, Juruukur Bahan, Jurutera Marin Pantai & Tambakan dan Konsultan Alam Sekitar (termasuk Auditor Alam Sekitar). Pelantikan konsultan telah dibuat pada 8 Oktober 2020.

1 1D477/03

Page 38: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

1D477/03

Seterusnya, dokumen tender sedang disediakan bagi tujuan pelantikan kontraktor. Tempoh masa yang diperlukan bagi keseluruhan projek untuk siap adalah tiga (3) tahun, iaitu selepas pelantikan kontraktor projek, memuktamadkan reka bentuk dan tempoh pembinaan iaitu mulai awal tahun 2021 hingga pertengahan tahun 2023.

Ekoran penularan pandemik COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan berkuat kuasa dari 18 Mac sehingga 9 Jun 2020 dan menjejaskan perancangan projek terutamanya dari segi pelantikan konsultan dan kontraktor.

2

Page 39: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARATKEDUAPENGGALKETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)17

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

17. Apakah status terkini projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Parit 4 dan 5 di Bukit Tengah?

(a) Nyatakan pelan kontingensi kerajaan untuk menangani banjir kilat yang sering berlaku di kawasan terbabit dari bulan Oktober ke Disember musim tengkujuh ini sekiranya projek-projek tersebut tidak dapat disiapkan sepenuhnya pada waktu ini.

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTER!

17. Status kemajuan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Parit 4 adalah 85% (sebenar dan jadual) dan dijangka akan siap pada Februari 2021 manakala kemajuan projek RTB Parit 5 adalah 90% (sebenar) berbanding kemajuan dalam jadual 98% dan dijangka akan siap pada April 2021. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan.

(a) Bagi menangani masalah banjir kilat sekiranya berlaku pada bulan Oktober hingga Disember 2020, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan beberapa buah pam bergerak yang siap sedia untuk digunakan di beberapa kawasan yang telah dikenalpasti seperti di Parit 4, Parit 5, Kampung Nenas dan Junjung Mati.

10479/01

Page 40: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA: 4(B)(XX11)18

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

I8. Adakah Kerajaan Persekutuan akan atau telah membuat konsultasi secara terperinci dengan Kerajaan Negeri atas rancangannya untuk menaik taraf perkhidmatan feri Pulau Pinang.

(a) Sekiranya ada, jelaskan rancangan Kerajaan Persekutuan tersebut, dan sekiranya tidak, jelaskan kenapa?

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

18. Buat masa ini, Kerajaan Persekutuan belum membuat konsultansi secara terperinci dengan Kerajaan Negeri berkaitan rancangan untuk menaik taraf perkhidmatan feri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, satu sesi perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah diadakan pada 27 Ogos 2020 bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengangkutan di Pulau Pinang termasuk perkhidmatan feri.

Melalui perbincangan tersebut, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan bahawa pihak Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) akan memulakan proses pengambilalihan semula pengurusan perkhidmatan feri daripada pihak Rapid Ferry Sdn. Bhd.

Selain itu, Kerajaan Negeri telah memohon pihak MOT untuk mengemukakan pelan perancangan keseluruhan kerja-kerja naik taraf serta pengoperasian feri-feri baharu kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu memandangkan perkhidmatan feri

1 ID480/01

Page 41: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

merupakan salah satu mod pengangkutan awam yang penting kepada seluruh rakyat negeri ini.

Lanjutan daripada itu, pihak MOT melalui pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan mengadakan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri setelah model perniagaan perkhidmatan feri yang akan disediakan oleh pihak PPSB mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.

2 ID480/01

Page 42: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)19

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

19. Bilakah kaedah-kaedah perikanan (akuakultur) Negeri Pulau Pinang akan disiapkan, khususnya untuk kolam penternakan udang memandangkan industri ini mempunyai risiko tinggi untuk mencemarkan sungai-sungai dan alam sekitar, termasuk di kawasan Bukit Tengah?

YB. DR. HAJAH NORLELA BINTI ARIFFIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

19. Jabatan Perikanan Negeri telah menyediakan deraf Kaedah­ kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Pulau Pinang dan dokumen tersebut sedang disemak untuk kali kedua oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang sebelum diangkat untuk kelulusan MMK Negeri dan seterusnya diwartakan untuk dikuatkuasakan. Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang menjangkakan kaedah-kaedah ini dapat digunapakai dan dikuatkuasakan sebelum berakhir tahun 2021. Kaedah-kaedah ini telah diperhalusi dengan mengambilkira kesemua sistem ternakan akuakultur yang dilaksanakan di kawasan daratan di negeri Pulau Pinang.

Status terkini bagi projek Zen lndustri Akuakultur (ZIA) Penaga adalah masih di peringkat penyediaan laporan Environmental Impact Assessment (EIA) Jadual-2 yang merangkumi laporan Fisheries Impact Assessment (FIA). Terms of Reference (TOR) bagi Laporan EIA Jadual-2 ini dijangka siap pada suku pertama tahun 2021 setelah tergendala susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

1 ID481/13

Page 43: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

Kerajaan Negeri mengambil maklum akan kepentingan tanah paya bakau dan keperluan untuk mengekalkan kawasan tersebut. Kerajaan negeri juga mengambil berat akan usaha untuk pengekalan kawasan paya bakau yang sedang dirancang. Berikut adalah pandangan teknikal daripada:

(i) ULASAN TEKNIKAL JABATAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN 5 Jun 2020 NO.RUJUKAN PSUKPP/(R)/32/0603/1 Klt.9 ( ) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

(a) Pinggiran Pantai Telok Air Tawar di Seberang Perai Utara diliputi dengan pokok-pokok bakau lebih kurang tujuh (7) km. Bagi mana-mana pembangunan berhadapan pantai pemaju perlu merujuk kepada garis panduan had anjakan sedia ada berdasarkan JPS 1/97 dengan had anjakan bagi kawasan hutan paya bakau adalah 400 meter yang dikira bermula dari garisan tebing terakhir pokok bakau ke kawasan darat (Lampiran A).

(b) Manakala merujuk kepada garisan panduan terkini yang telah dikemaskini melalui National Coastal Erosion Study (NCES) 2015 yang telah dibentangkan pada 27 Mac 2018 bahawa had anjakan bagi kawasan hutan paya bakau adalah berdasarkan kepada kategori hakisan bagi pantai berkenaan yang dikira bermula dari garisan air pasang tinggi ke kawasan darat. Had anjakan berdasarkan kepada kategori hakisan adalah seperti:

• 60m bagi kawasan hakisan yang mengalami hakisan kategori 1

• 30m bagi kawasan hakisan yang mengalami hakisan kategori 2

• 20m bagi kawasan hakisan yang mengalami hakisan kategori 3

• 20m bagi kawasan pantai yang stabil • 20m bagi kawasan pantai yang telah dilindungi

dengan struktur kawalan hakisan

(c) Pokok bakau merupakan pelindung hakisan pantai semulajadi yang dapat menyerap kesan ombak

2 1D481/13

Page 44: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

z 0

T5 �< ¢ uU

O LL ( U

& ~

c m

0 0

0a

S. 0 c 0 .4

LL 4

(lJ •

0 - c •

b0 c c u c 0 u u l

I c0 14 - @ o - c

c0 - 0 - S

£ d 0

0- I- = u X Q

� - 9 <1

Bi' :r

! kt.' i. r«. >A

5,st % f;ye ) ••..•. •. I

7

·' %

? 5

Page 45: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …
Page 46: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

2 z 0

f

i5! z fE € a £ t O ut4 ve

i

4 4L-

� i i l,- t

t b0 ;

,,

c c0 c OJ

CL $

I ( i

c0 � d

cU l o 0 c o G. V')

c C: 0 u P u c

V) c 0 £ £ S c0

(]J 0 q b0 c c ..c: c c0 > )

d seer b0 u c o o

� c G. S. u Q)'

t 0 Q cU c u -- Q) • Q " 0 O

h cU ··- o 0 V') u

!,,_

0 !,,_

c u 0 � pl

0 I cU ) ..c: o 0

u " u u cN 0 cU ..4 .b b E-

one c E 4 Q 0 QJ

l

G.A u ) .b Q) S u c _ 0 N c 4- q 0

0 uo

QJ 0 0 0 S b0 Q) • V') > ...... C: 0 - Q) o

- Q ) > c . c U ­ (])

!,,_ 0 o ·- Q) 0 o c

c 0

o ...... 0 cU u c . .< "'O Q) Q) • u cU 0 U O I.... o > 0

u = cU _

) £ b 0 0 c Q) O

c ) }) u c !,,_ (.) • • (])

U o _

cU • h o l (]} • c co E c O tn I....

c

I 0 h l" o o c 0 o 0 u -

0 u _ c c 0 0 c Q) c Q)

c wk t O c ... ·- one Q,) 0

u 0 V') _ ro t wk c c (.)

c > £ 0 c 0 O ro c 0 )

Q) (.) 0 i QJ 0 o u LL > bl � 0

id S S . 0 cU 00 0

E 0 QJ QJ b0 > ·J > 0 0 0o � z Q,)

) C: 0 c0 Cl) 00 . 1n)

C: I o > 0 V') T""" e I. 0- w J b0 c0 0 • !,,_

co

.n • C: c 0 0

U cU c 0 0 Q) 9 £ > • •

,, CL 0- c • • • • 0

Page 47: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

t

r

I 0

� Q)

0 O L Q) Q) S _ _ o 0 ·- 0 0 0

Q) 0 (l) _ '- c 0 0 be - c o 0

I c c Q) ·-- U ....... u cU c c c (l)

u (1) ·- 0 o E 0 [

> Q) 0 S. (1) bl o c = 0 c (1) o c E 0 -1--' 0 >> = c 0 ·- c ro La (1) Q) C > (.) c V) bu E E Q) E 0

Q) (1) = 0 0) d do t) > @ 0 S .- CU (1) o E .bl c Q 0 c (U.-- ·- 0 _ c c o o c wt

0 0 ro en 0 = (.) > ­ u uc (1) LL O

a

LL • • • •

It I

I I

i %

f j

i

Page 48: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

0 h'

b c t !,.._

c0 c G £ u . c 0 c h >> u Q > h

i ....

a .

0 $ £ U

·- cU � z ..

.... cU ·- c0

c 0

2 •

V't

£ (JJ

a; ho u

di eii» > > /

V! "'O

"" -c ­ ,.__ c: • £

0 u (./j U

Q . Q

QJ de

LL Jo u

le' U

G . c V) C

> = l' >.

u u S. O

0 o cU

.. 0 ti) .

0 !,_ 0 s co 4

S. 0 9 «!

U

a ) .. cU z

I .. c -1,-1

c c . . OJ Q

!,,_ 0 u

u £ 0 . ·- 0..

b0

<£, -1-' 0 0

c0

c b.0 - = QJ

<1 0 cU u 0 . c

0 C

..

-4 = 0 ·- u

V) o . u

QJ c Q c0 0

0 • • • •

Page 49: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

� (l) o co C co o £ c

" co

Q) c c O 0

.la co , O o • c 9 ·- u o 0 ­ •

0 O a) C >,

c Q 0 Q) C Jh 0 ell

0 cu u E O £ c bl 0 2 (.)

-1-' c o ob Q) I- Q) o < E <D ­ c

(f) • a Q) � Cu

0 ­ E .o

c o 0 G)

Q) ab z c O c 0 o c c elf

I 0 o . ro (1) 0 3 0 (.) c r... o

cU 0 c o be 0

b > o c q:: (1) o 0 £ C 0 c o c ro c o c b" c

o o 0 wl b

c Q) 6 " (ij Cl.) C co ­ lt L.. £ U U

0 (l) 0 (1) O 00 0 (1) s.... c co 0 c 0 £ • lt o o· 0 s.... 00 U le bl Q) I- c «ex. o o � c

_. S (1) -- 0r c (l) a.. cN S c 0 cV (l) > CJ.) c o 0 O cU o 0 0 z id

£ l 0 o (l) 3 .lo cU cV c cN . I- ­ (I) c 0 o cV I c 3 s.... Lo Q) s.... 0 o cN

cU 9 cN (1) 9 0 C I- Q) bl fl 3 a 9 el (l)

> 0U s.... c £ c 0 0 s.... Q) 0 I- ,._ Q) o a., -- (1) 3 o Cl.)

0 Q} c Cl) o 0 (I) • 0 ld

cU wbl Q} l • (I) c le < z a c LL ·- 0 ,._ c0 c Q) -- s... _. .

0 0 E- f

tis !I,...

� a.. • • • a • • • OJ o • •

Page 50: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)20

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

20. Berapakah jumlah fasiliti sukan yang terdapat di kawasan kampung sekitar KADUN Bukit Tengah?

(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam aspek pembangunan sukan untuk golongan belia khususnya di kawasan-kawasan kampung?

YB. SOON LIP CHEE MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

20. Terdapat tujuh (7) buah fasiliti sukan di kawasan sekitar KADUN Bukit Tengah seperti berikut:

Bil Fasiliti Tempat

1 Gelanggang Futsal Kampung Kampung Jawa Jawa

2 Gelanggang Futsal Perkampungan Perkampungan Juru Juru

3 Gelanggang Bola Keranjang Jalan Bukit Terbuka Minyak 2, SPT

Gelanggang Bola Keranjang Perkampungan 4 Baru Juru, Perkampungan Baru Juru Bukit Tengah

5 Outdoor Gym dan Par Taman Seri Course Kijang

6 Peralatan Permainan Taman Sentul lndah

7 Laluan pejalan kaki untuk Taman Sentul aktiviti riadah Jaya

1 10482/05

Page 51: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

(a) Perancangan Kerajaan Negeri dalam aspek pembangunan sukan untuk golongan belia khususnya di kawasan­ kawasan kampung adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini sedang dalam usaha untuk mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai kemudahan sukan di Negeri Pulau Pinang bagi merangka Pelan Perancangan Strategik Sukan dengan kerjasama daripada agensi Kerajaan Negeri seperti Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang, dimana pelan untuk menaik taraf atau mewujudkan kemudahan sukan dapat dikenalpastikan mengikut keperluan;

(ii) Menaik taraf gelanggang sukan awam di setiap daerah untuk memberi kemudahan bersukan kepada penduduk setempat;

(iii) Menganjurkan klinik sukan dibawah Program Sports for All: '

(iv) Bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan dan ADUN-ADUN kawasan untuk menganjurkan aktiviti­ aktiviti sukan di kampung-kampung; dan

(v) Bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri dalam melaksanakan Program Mengenal Pasti Bakat (Talent Identification) di sekolah-sekolah sekitar kampung.

2 10482/05

Page 52: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)21

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

21. Adakah Kerajaan Negeri akan bersetuju untuk membina satu kawasan tadahan air di Kampung Dock yang berada di kawasan tanah rendah untuk menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku bagi jangka masa panjang?

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

21. Bagi menangani masalah banjir di kawasan Kampung Dock, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam proses membina Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Parit 4 yang dijangka akan disiapkan pada bulan Februari 2021 bagi mengurangkan kesan banjir di kawasan tersebut. Pada masa ini, terdapat dua (2) unit pam di kawasan Kampung Dock yang digunakan untuk mengurangkan kapasiti limpahan air di kawasan tersebut sekiranya berlaku banjir. Pembinaan satu kawasan tadahan air memerlukan kajian terperinci sebelum ianya boleh dilaksanakan.

10483/04

Page 53: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)22

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

22. Apakah usaha Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk membantu penjaja-penjaja kecil yang tidak berlesen di Bukit Tengah dan Seberang Perai untuk memperolehi lesen berniaga sementara waktu dalam masa kesusahan ini akibat daripada kesan COVID-19.

YB. JAGDEEP SINGH DEO AIL KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

22. Kesan dari pandemik COVID-19, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah menyediakan dua (2) lokasi penempatan semula penjaja bagi peniaga/penjaja yang tidak berlesen/tanpa kebenaran bagi tahun 2020 di Kayangan Resort, Bertam dan Alma Jaya. Lokasi-lokasi lain masih dibincangkan dan diperincikan dalam Task Force Penempatan Penjaja. MBSP juga sentiasa membantu penjaja tidak berlesen dari semasa ke semasa, melalui inisiatif seperti berikut :

(i) Membantu dalam memudahkan proses pengeluaran lesen/permit kepada penjaja/peniaga kecil dengan mengeluarkan lesen dalam tempoh 1 hari untuk permohonan yang lengkap;

(ii) Menyediakan garis panduan yang boleh diakses melalui laman sesawang MBSP sebagai panduan kepada penjaja dan peniaga kecil dalam menjalankan perniagaan seperti berikut:

ID484/13 1

Page 54: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

(a) Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih

(b) Garis Panduan Trak Makanan dan Trak Perkhidmatan

(iii) Memberikan keutamaan kepada peniaga-peniaga di tepi jalan ini untuk mengisi kekosongan ruang niaga milik MBSP melalui sesi temuduga ruang niaga yang diadakan pada setiap bulan;

(iv) Memberi taklimat dan sesi konsultasi kepada penjaja-penjaja ditapak;

(v) Meluluskan permit penjajaan secara sementara kepada peniaga/penjaja tepi jalanan mengikut kesesuaian lokasi penjajaan dan tidak menimbulkan kacau ganggu serta mematuhi Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih; dan

(vi) Mengeluarkan permit penjajaan untuk aktiviti perniagaan buah-buahan bermusim.

ID484/13 2

Page 55: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)23

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

23. Adakah Kerajaan Negeri akan bersetuju untuk melaksanakan satu kajian dan menyediakan laporan lalu lintas spesifik untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Chian Heng Kai - Jalan Kebun Nenas - Jalan Bukit Tengah dan Exit 160 Juru memandangkan kesemua langkah-langkah interim pihak berkuasa tidak berjaya mengatasi masalah ini?

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

23. Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan satu kajian Traffic Impact Assessment (TIA) secara menyeluruh di sekitar kawasan Jalan Chian Heng Kai - Jalan Kebun Nenas - Jalan Bukit Tengah dan Exit 160 Juru bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan ini. Kajian TIA ini akan dilaksanakan pada tahun 2021 dan dijadikan sebagai rujukan untuk perancangan kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut sekiranya perlu.

1D486/02

Page 56: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)24

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

24. Apakah Kerajaan Negeri akan menyemak semula dasar dan merancang secara menyeluruh bagaimana untuk membantu penjaja kecil tepi jalan terutamanya dalam pemberian permit dan lesen perniagaan di Bukit Tengah dan Sebarang Perai?

YB. JAGDEEP SINGH DEO AIL KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTER!

24. Kerajaan Negeri melalu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa berusaha untuk membantu penjaja kecil tepi jalan terutamanya dalam pemberian permit dan lesen perniagaan.

Bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), terdapat dua (2) garis panduan penjajaan yang telah diwujudkan untuk membantu penjaja kecil tepi jalan seperti berikut:

(i) Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih yang Telah diluluskan oleh Majlis Penuh Ke-501 (03/2016) pada 25 Mac 2016; dan

(ii) Garis Panduan Trak Makanan dan Trak Perkhidmatan yang telah diluluskan oleh Majlis Penuh Ke-545 (11/2019) pada 26 November 2019.

Buat masa ini, MBSP tidak mempunyai perancangan untuk menyemak semula garis panduan tersebut.

Bagi membantu penjaja tepi jalan dalam pemberian permit dan lesen perniagaan di Bukit Tengah dan Seberang Perai, MBSP telah melaksanakan beberapa cadangan dan sedang merancang secara menyeluruh seperti berikut:

1 1D487/02

Page 57: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

(i) Meluluskan permit penjajaan secara sementara kepada peniaga / penjaja tepi jalanan mengikut kesesuaian lokasi penjajaan dan tidak menimbulkan kaca u ganggu serta mematuhi Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih;

(ii) Menjalankan program penempatan semula penjaja di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti;

(iii) Mengeluarkan permit penjajaan untuk aktiviti perniagaan buah­ buahan bermusim di lokasi-lokasi bersesuaian; dan

(iv) Membantu dalam memudahkan proses pengeluaran lesen / permit kepada penjaja / peniaga kecil iaitu lesen dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari untuk permohonan yang lengkap.

2 10487/02

Page 58: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)25

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

25. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam mensaksamakan pembangunan infra dan pembangunan rakyat terutamanya bagi golongan B40?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI

25. Rancangan Kerajaan Negeri dalam mensaksamakan pembangunan infrastruktur dan pembangunan rakyat terutamanya bagi golongan 840 adalah dengan memperkenalkan visi Penang2030 yang menggariskan halatuju pembangunan negeri bagi tempoh 10 tahun yang akan datang. Keseimbangan pembangunan infrastruktur dan pembangunan sosial jelas dapat dilihat menerusi empat tema utama Penang2030 iaitu:

(i) meningkatkan daya huni sebagai peningkatan kualiti hidup rakyat;

(ii) menaik taraf ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah;

(iii) memperkasakan rakyat bagi meningkatkan penyertaan umum; dan

(iv) melabur dalam infrastruktur serta kemudahan awam bagi meningkatkan daya tahan dalam pelbagai keadaan.

Visi Penang2030 adalah wawasan berinovasi yang merangkumi semua aspek pembangunan tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Segala polisi yang diperincikan di bawah Penang2030 melalui enam belas (16) inisiatif strategik memberi tumpuan

1 1D488/04

Page 59: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

terhadap aspek pembangunan kekeluargaan dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau dan pintar, serta lonjakan ekonomi dan pembentukan rakyat sivil. Melalui kerangka kerja Penang2030, ianya dapat memastikan segala perancangan yang direncanakan akan dilaksanakan secara seimbang serta berhemah demi kelangsungan negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri melihat penglibatan rakyat Pulau Pinang dalam merealisasikan visi Penang2030 adalah amat kritikal kerana ia bukan hanya boleh dijayakan oleh Kerajaan Negeri, tetapi sebaliknya memerlukan penyertaan semua warga negeri secara menyeluruh.

Tambahan itu, situasi ketika ini dengan penularan pandemik COVID-19 menuntut Kerajaan Negeri bertindak proaktif untuk meneliti kesan-kesan sosio ekonomi wabak tersebut terhadap golongan yang paling terkesan seperti B40. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penang Socio Economic Recovery Consultative Council (PSERCC}, sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh YAB. Ketua Menteri dan dianggotai oleh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) serta wakil-wakil daripada industri berkaitan. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang menghalang pertumbuhan ekonomi dan mencadangkan langkah pemulihan yang sesuai untuk merangsang pertumbuhan ekonomi serta menentukan pembangunan sosio-ekonomi yang mampan demi kesejahteraan rakyat selepas penularan wabak COVID-19.

Di bawah jawatankuasa tersebut, enam (6) Jawatankuasa Kumpulan Kerja turut ditubuhkan untuk membantu PSERCC yang mana masing-masing diterajui oleh seorang pengerusi dan keahlian oleh wakil kerajaan dan industri yang berkaitan. Jawatankuasa Kerja tersebut terdiri daripada pelbagai sektor iaitu:

(i) lndustri/SMI/SME/Peruncitan;

(ii) Pasaran Tenaga Kerja;

(iii) Perumahan;

2 1D488/04

Page 60: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

(iv) lnfrastruktur dan Pengangkutan;

(v) Pelancongan; dan

(vi) lndustri Makanan.

Pada masa ini, semua Jawatankuasa Kerja telah mengenal pasti dan akan melaksanakan tindakan-tindakan jangka masa pendek dan sederhana untuk memulihkan ekonomi Pulau Pinang mengikut sektor masing-masing bagi semua golongan sasaran termasuk kumpulan 840. Tindakan dan inisiatif jangka masa panjang akan dirangka dengan mengambil kira kesan dan impak penularan COVID-19 serta keberhasilan tindakan jangka masa pendek dan sederhana yang dilaksanakan.

3 10488/04

Page 61: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)26

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

26. Apakah status projek pelebaran dan naiktaraf jalan dari Jalan Perusahaan sehingga persimpangan lampu isyarat Jalan Tok Kangar?

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

26. Pada tahun 2014, projek pelebaran dan naik taraf jalan dari Jalan Perusahaan sehingga persimpangan lampu isyarat Jalan Tok Kangar di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) diserahkan kepada Penang Development Corporation (PDC) sebagai agensi pelaksana dengan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri. Projek tersebut terbahagi kepada tiga (3) fasa dengan status pelaksanaan seperti berikut:

(i) Fasa 1: Pelebaran jambatan merentasi Sungai Juru dan tambahan dua (2) lorong kepada jambatan sedia ada. Projek telah disiapkan pada 12 Disember 2018;

(ii) Fasa 2: Pelebaran jalan daripada dua (2) lorong kepada empat (4) lorong dari persimpangan Jalan Perusahaan sehingga persimpangan Taman Seri Delima. Kemajuan kerja adalah jadual 33%, sebenar 32% dan tarikh siap menurut kontrak adalah 25 September 2021; dan

(iii) Fasa 3: Pelebaran jalan daripada dua (2) lorong kepada empat (4) lorong dari persimpangan Taman Seri Delima sehingga persimpangan Jalan Juru. Penyediaan pelan pengambilan balik tanah dilaksanakan oleh jurukur tanah yang akan dilantik oleh JKR dan seterusnya pengambilan balik tanah akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDT SPT).

1D489/02

Page 62: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA: 4(B)(XXll)27

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

27. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan sektor pelancongan di Pulau Pinang akibat daripada wabak COVID- 19?

YB. YEOH SOON HIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

27. Rancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan sektor pelancongan di Pulau Pinang akibat daripada wabak COVID-19 adalah seperti berikut:

(i) Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan Negeri telah mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat 1.0 dan 2.0 yang bertujuan membantu golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang turut merangkumi peniaga kecil dan penjaja berlesen, pemandu pelancong; pemandu teksi, penarik beca, pemandu e-hailing, pemandu bas/van persiaran, pemandu kereta sewa/limousin, pengusaha kuda, pengusaha lancang air. Selain itu, pengecualian sewa juga diberikan kepada premis-premis perniagaan milik Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Penang Development Corporation (PDC);

(ii) Kerajaan Negeri turut memperkenalkan skim pinjaman tanpa faedah untuk sektor pelancongan Pulau Pinang melalui Skim PEKA 2.0 kepada syarikat/pengusaha pelancongan sebagai langkah pemulihan pelancongan. Peruntukan RM10 juta disediakan di bawah skim ini. Pinjaman tanpa faedah ini dapat meringankan beban

1 1D490/08

Page 63: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

tunai aliran kewangan dan memperbaiki syarikat/peng usaha pelancongan;

(iii) Memperkenalkan kempen Pelancongan Bertanggungjawab (Responsible Tourism) untuk memastikan semua orang sedar tentang tanggungjawab yang dipikul dan harus dijalankan oleh setiap lapisan masyarakat. Pelancongan Bertanggungjawab memberi fokus kepada lima (5) tanggungjawab pelancong iaitu penjarakan sosial, kerapkan pembasuhan tangan, memakai pelitup muka, pembuangan pelitup muka secara betul, dan mendapatkan rawatan segera sekiranya kurang sihat; dan lima (5) tanggungjawab penggiat pelancong iaitu menyediakan aplikasi MySejahtera/PGCare, periksa suhu badan, sediakan pembersih tangan dan sabun, pastikan penjarakan sosial dan menyediakan tong sampah yang mencukupi;

(iv) Mewujudkan Sistem Akreditasi bagi kesiapsiagaan COVID-19 di Pulau Pinang (COVID-19 Safety Accreditation Programme). Akreditasi ini memberikan pengiktirafan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan yang telah memenuhi dan mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan. Logo akreditasi yang dipamerkan di premis hotel dan tempat tarikan pelancong akan memberi keyakinan dan keamanan yang tinggi kepada pelancong semasa lawatan mereka di Pulau Pinang;

(v) Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pelancongan domestik adalah dibenarkan. Oleh itu, keutamaan adalah diberikan untuk menggerakkan semula sektor pelancongan dengan fokus kepada pasaran pelancongan domestik. Kempen promosi dan pemasaran giat dijalankan dengan sasaran kepada pelancong domestik. Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan penggiat industri pelancongan seperti hotel penginapan, tempat tarikan pelancong dan agen pelancongan untuk membentuk pakej pelancongan bagi menarik pelancong ke Pulau Pinang. Pakej-pakej pelancongan tersebut dipromosikan di laman web penangtraveldeals.com. Selain itu, pameran pelancongan

2 10490/08

Page 64: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

dalam negara seperti Penang International Travel Exchange (PITE) yang akan diadakan pada 14-16 Oktober 2020 dan Business Events Penang (BE@Penang) yang akan diadakan pada 10-11 Disember 2020 merupakan platform yang sesuai untuk menonjolkan keistimewaan Pulau Pinang dan menarik pelancong domestik;

(vi) Penubuhan PETERAB dan Pasukan Kerja Next Norm Pelancongan Pulau Pinang untuk membantu pemulihan ekonomi pelancongan supaya mengurangkan pandemik COVID-19 terhadap industri pelancongan dan mempercepatkan proses pemulihan;

(vii) Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism dan Penang Convention and Exhibition Bureau telah melaksanakan kempen bagi mempromosikan pelancongan Pu lau Pinang kepada pelancong dalam pelbagai kategori. Antaranya, kempen "Yes, This is Penang & Penang Through Lenses" menggalakkan lawatan semula (revisitation) ke Pulau Pinang, kempen "7 World Wonders of Penang" menjenamakan 7 tarikan utama di Pulau Pinang, kempen "JOM! Experience Penang" bagi mengukuhkan pelancongan domestik di kalangan penduduk tempatan, kempen "Thank You Frontliners" menawarkan pakej menarik kepada pekerja barisan hadapan dan kempen "Penang Here For Tomorrow" yang memberi tumpuan kepada bidang pelancongan business events;

(viii) Mempromosikan pelancongan Pulau Pinang melalui radio dan media sosial dengan menonjolkan keistimewaan Pulau Pinang khususnya dalam aspek makanan tempatan, gaya hidup, alam semula jadi, pengembaraan, budaya dan warisan. Saluran promosi media sosial merangkumi Facebook, lnstagram, Linkedin, Youtube, Youku, Weibo, Wechat dan TikTok, manakala saluran radio merangkumi Mix FM, Sinar FM, Melody FM, HITZ FM, MY FM dan ERA FM. Video-video pelancongan juga dihasilkan bagi menunjukkan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam memastikan Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat. Video yang dihasilkan bertajuk "Your Safety Is Our Priority", "Thank

3 10490/08

Page 65: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

You For Keeping Penang Safe" dan "Penang Responsible Tourism" meningkatkan keyakinan pelancong. Promosi ini akan membantu memperkukuhkan jenama Pulau Pinang dan menggalakkan lebih ramai pelancong melawat Pulau Pinang, lantas meningkatkan ekonomi negeri; dan

(ix) Kerajaan Negeri turut mempertingkatkan infrastruktur serta menyediakan lebih banyak kemudahan mesra pelancong di samping melaksanakan penyelenggaraan berterusan bagi infrastruktur sedia ada. Stesen Atas Bukit Bendera akan dinaik taraf dengan memperluaskan ruang menunggu, penyediaan lif dan eskalator serta pelaksanaan Sistem Electronic Queue Management System. Di kawasan George Town pula, Kerajaan Negeri melalui Pelan lnduk Pesisir Utara George Town sedang dalam perancangan untuk menaik taraf kawasan Padang Kota, Esplanade, English Garden dan Kota Cornwallis yang merupakan tempat tumpuan pelancong.

4 10490/08

Page 66: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)28

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

28. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf Jeti Nelayan Kuala Juru yang semakin usang?

YB. DR. HAJAH NORLELA BINTI ARIFFIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

28. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang sememangnya bercadang untuk melakukan kerja-kerja menaik taraf Jeti Nelayan Kuala Juru yang dijangka akan dimulakan pada 16 Oktober 2020 dan siap pada 25 November 2020.

ID492/14

Page 67: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

MESYUARATKEDUAPENGGALKETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(B)(XXll)29

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG

29. Apakah inisiatif-inisiatif yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri dalam latihan dan peningkatan kemahiran pekerjaan kepada orang ramai untuk mereka yang dihentikan kerja atau mengalami kesusahan mendapat kerja setelah berlakunya pandemik COVID-19?

YB. PROF. DR. P. RAMASAMY AIL PALANISAMY MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

29. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kerja Sektor Pasaran Tenaga Kerja di bawah Penang Socio Economic Recovery Consultative Council (PSERCC) telah mengenal pasti pelaksanaan program peningkatan kemahiran pekerja sebagai salah satu pelan tindakan untuk menangani kesan penularan pandemik COVID-19 terhadap tenaga kerja di Pulau Pinang. Sehubungan itu, Penang Skills Development Centre (PSDC) sedang dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi program-program latihan dan peningkatan kemahiran khusus untuk graduan diploma yang belum mendapat pekerjaan dan para penganggur yang akan ditawarkan pekerjaan di bawah program latihan PenjanaKerjaya.

Untuk program latihan ini, majikan yang mengambil pekerja (kecuali perantis) di bawah PenjanaKerjaya layak memohon agar pekerja tersebut menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran (re-skilling & upskilling) berdasarkan keperluan pekerjaan atau industri berkenaan. Jenis kursus yang ditawarkan merangkumi soft skill, hard skill, transferable skill, occupation-specific dan hybrid.

1 1D493/15

Page 68: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIG A DEWAN UNDANGAN …

Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang (Penang Career Assistance and Talent (CAT) Centre) juga melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang kehilangan kerja disebabkan oleh pandemik COVID-19 seperti berikut:

(i) Menjalani pemadanan kerja secara berkumpulan (group job matching) untuk membantu pencari kerja dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan dari majikan/syarikat. Pusat CAT akan mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan untuk syarikat yang mengalami penutupan. Susulan itu, Pusat CAT akan menjalani prosedur pemadanan kerja secara berkumpulan dengan syarikat yang perluaskan operasi;

(ii) Laman sesawang Pusat CAT menjadi satu titik tumpuan kepada majikan dan juga pencari kerja. Melalui perkhidmatan percuma laman sesawang Pusat CAT ini, pihak majikan dapat mempromosi peluang pekerjaan yang ditawarkan manakala pencari kerja juga dapat memohon pekerjaan yang ditawarkan menerusi laman sesawang tersebut;

(iii) Jangkauan kepada agensi-agensi pekerjaan lain secara proaktif bagi memahami peluang-peluang pekerjaan yang aktif untuk dipanjangkan kepada pencari kerja melalui la man sesawang serta Facebook Pusat CAT;

(iv) Bekerjasama dengan Persatuan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam membantu pencari kerja melalui program-program seperti latihan, kaunseling, insentif kewangan dan lain-lain; dan

(v) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk mempromosikan maklumat tentang peluang pekerjaan yang tersedia seperti dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi program JomKerja dan JomNiaga di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan TalentCorp untuk program Career Comeback.

2 ID493/15