mesyuarat pertama, penggal kedua parlimen keempat …

303
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2019 HARI ISNIN : 6 MEI 2019

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUAPARLIMEN KEEMPAT BELAS

2019

HARI ISNIN : 6 MEI 2019

Page 2: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI TENAGA, SAINS,

TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan

sejauh manakah kerjasama dengan Kerajaan negeri bagi mengatasi

pencemaran plastik dan sisa toksik di seluruh negara dan pelan jangka

panjang yang akan dirangka.

Page 3: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 1

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah

menubuhkan pasukan petugas di peringkat ibu pejabat dan negeri

yang merancang serta melaksanakan operasi bersepadu di negeri

masing-masing. Pasukan petugas di peringkat negeri dipengerusikan

oleh EXCO Alam Sekitar Negeri. Pasukan petugas ini diurusetia oleh

Jabatan Alam Sekitar Negeri dan dianggotai oleh PBT, Pejabat Tanah,

PDRM, Imigresen, KASTAM dan syarikat utiliti di negeri yang

berkaitan.

2. JAS tidak melesenkan kilang kitar semula plastik tetapi dilesenkan

oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, melalui

Penguatkuasaan Bersepadu yang telah dilaksanakan sehingga

11 April 2019 oleh JAS bersama dengan agensi-agensi yang

berkaitan, didapati bahawa daripada 300 buah kilang kitar semula sisa

plastik yang diperiksa di seluruh Malaysia, sebanyak 111 premis

beroperasi secara sah, 112 buah kilang adalah beroperasi secara

haram dan 148 buah kilang telah dihentikan atau ditahan operasinya.

3. Bagi menangani isu berkaitan kilang kitar semula sisa plastik yang

mencemarkan alam sekitar yang dihadapi oleh negara pada masa kini,

satu garis panduan berkenaan kualiti dan jenis sisa plastik yang

Page 4: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 1

dibenarkan untuk dikitar semula di premis-premis yang tertakluk di

bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 akan disediakan sebagai

rujukan dan panduan kepada pengusaha-pengusaha kilang kitar

semula sisa plastik bagi memastikan supaya mereka mematuhi

sepenuhnya standard seperti yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti

Alam Sekeliling, 1974. Selain itu, JAS juga telah menetapkan polisi-

polisi yang berikut bagi pematuhan kilang kitar semula sisa plastik di

Malaysia:

i) Kilang baharu kitar semula sisa plastik adalah tertakluk di

bawah Aktiviti 14(b)(ii), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti

Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling)

2015 yang dikehendaki menyediakan Laporan Penilaian Alam

Sekeliling (EIA);

ii) Premis sedia ada wajib memastikan semua komponen sistem

kawalan pencemaran alam sekitar seperti Alat Kawalan

Pencemaran Udara (AKPU) dan Sistem Pengolahan Effluen

Perindustrian (IETS) beroperasi dengan baik dan diselenggara;

iii) Premis hendaklah terletak di dalam kawasan perindustrian;

iv) Sistem Kawalan Pencemaran Alam Sekitar ini perlu mematuhi

standard seperti yang ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam

Sekeliling, 1974;

Page 5: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 1

v) Premis hendaklah mempunyai Orang Yang Berwibawa

(Competent Person) bagi pemantauan dan pengendalian Alat

Kawalan Pencemaran; dan

vi) Premis hendaklah sentiasa mengamalkan ‘good housekeeping’.

4. Bagi pelan jangka panjang, strategi JAS adalah seperti berikut:

i) Kawalan dari segi penempatan, di mana hanya kilang yang

terletak dalam kawasan industri sahaja akan disokong oleh JAS

untuk mendapatkan lesen operasi dari Pihak Berkuasa

Tempatan;

ii) Memastikan pematuhan berterusan kilang dengan

mempertingkatkan penguatkuasaan termasuk penguatkuasaan

yang dijalankan secara bersepadu dengan agensi-agensi

kerajaan yang berkaitan;

iii) Kawalan terhadap kualiti sisa plastik yang akan diproses dan

kilang hanya dibenarkan beroperasi berdasarkan kapasiti/had

sebenar sisa plastik yang dikendalikan; dan

iv) Kilang perlu menggunakan kelengkapan kawalan

pencemaran/teknologi yang lebih cekap untuk memastikan

pematuhan secara berterusan.

Page 6: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 1

5. Sebagai langkah menangani dan mengurangkan isu pencemaran sisa

plastik sekali guna, Kementerian telah melancarkan Malaysia’s

Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics, 2018–2030 pada 17

Oktober 2018. Selain itu, Kementerian juga telah mengedarkan Surat

Pekeliling Am Bil. 2/2019 mengenai Pelaksanaan Kempen Hindari

Penggunaan Plastik Sekali Guna di Kementerian, Agensi Kerajaan

Persekutuan dan Negeri yang berkuatkuasa pada 19 Mac 2019.

6. Melalui Roadmap dan Surat Pekeliling Am ini, Kerajaan menyarankan

semua Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk

memainkan peranan, antara lain dengan mengadakan kempen-

kempen seperti tiada penggunaan produk plastik sekali guna di

organisasi semasa mesyuarat, majlis rasmi serta program kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Page 7: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) adakah Kementerian bercadang memasang mesin pengimbas untuk

anggota badan dan kenderaan yang canggih seperti di Singapura,

Amerika Syarikat, Korea, di semua pintu keluar masuk sempadan

terutama di Negeri Perlis supaya dapat membendung aktiviti

penyeludupan barangan terlarang seperti senjata api, dadah, ketum

dan lain-lain lagi; dan

(b) adakah Kementerian bercadang membuka semula zon bebas cukai di

Wang Kelian, Perlis untuk menampung ekonomi rakyat Negeri Perlis.

Page 8: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 2

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Berhubung penggunaan mesin pengimbas untuk anggota badan dan

kenderaan yang canggih, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengalu-

alukan cadangan tersebut. Penggunaan teknologi tinggi dalam

penguatkuasaan pastinya akan membantu Agensi Penguatkuasaan

melaksanakan peranannya dengan lebih berkesan.

KDN mempunyai perancangan untuk membuat perolehan mesin pengimbas

kenderaan (mobile scanner) pada masa hadapan. Namun demikian,

kelulusan perolehan tersebut bergantung kepada kemampuan kewangan

semasa Kerajaan.

Walau bagaimanapun, KDN melalui Agensi Kawalan Sempadan Malaysia

(AKSEM) telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah

penyeludupan. KDN sentiasa mempertingkatkan serta menambahbaik

aspek risikan, berkongsi maklumat risikan bersama agensi penguatkuasa

yang lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Tentera

Malaysia dan pihak berkuasa Thailand serta mengadakan engagement

dengan masyarakat setempat dalam usaha membanteras aktiviti-aktiviti

penyeludupan di sempadan negara.

Mengenai kedudukan Zon Bebas Cukai, Wang Kelian, Perlis, untuk

makluman Yang Berhormat, Immigration and Passport (Wang Kelian Free

Flow Zone) (Exemption) Order 2009 merupakan satu perintah yang

Page 9: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 2

mengecualikan rakyat Thailand daripada keperluan mendapatkan pas

lawatan dan keperluan mengemukakan pasport ke kawasan pintu masuk

Wang Kelian di Malaysia serta mengecualikan rakyat Malaysia daripada

keperluan mengemukakan pasport ke kawasan Wang Prachan di Thailand.

Perintah Pengecualian ini mula berkuatkuasa sejak 19 Jun 2009.

Walau bagaimanapun, Kerajaan telah menghentikan kemudahan keluar

masuk (free flow) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan

Keselamatan Wang Kelian bermula 1 April 2015 bertujuan untuk

menguatkuasakan akta dan peraturan berkaitan kawalan keluar dan masuk

Malaysia. Ini bermakna rakyat Malaysia yang ingin menyeberangi sempadan

perlu melalui pintu masuk yang diwartakan dan perlu mempunyai pasport

antarabangsa dan dokumen perjalanan yang sah seperti pas sempadan dan

begitu juga sebaliknya untuk rakyat Thailand.

Peraturan ini dilaksanakan segera sebagai langkah kawalan pergerakan

keluar masuk dan kawalan sempadan yang bertujuan untuk mengekang

penyeludupan barangan terlarang dan melindungi sempadan negara

daripada sebarang ancaman. Sehubungan itu, kementerian tidak bercadang

untuk membuka semula Zon Bebas Cukai di Wang Kelian, Perlis atas

faktor-faktor keselamatan.

Page 10: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI

ASAS TANI menyatakan jumlah kes penderaan haiwan yang dilaporkan

pada tahun 2018 dan jenis haiwan serta tindakan yang diambil terhadap

mereka yang terbabit. Apakah langkah Kerajaan untuk

mengurangkan/mencegah kejadian tersebut.

Page 11: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 3

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pada tahun 2018, sebanyak 662

kes penderaan haiwan telah dilaporkan dan diambil tindakan di bawah Akta

Binatang 1953 dan Akta Kebajikan Haiwan 2015. Kes-kes penganiayaan

dan pengabaian haiwan adalah melibatkan kucing sebanyak 50 ekor,

anjing sebanyak 30 ekor, ayam sebanyak 13 ekor, lembu sebanyak

lapan (8) ekor dan burung sebanyak tiga (3) ekor. Daripada jumlah aduan

yang telah dilaporkan pada tahun 2018, 40 kes telah didapati mempunyai

asas untuk diambil tindakan di bawah Akta Binatang 1953 dan Akta

Kebajikan Haiwan 2015.

Sebanyak 10 kes telah disiasat di bawah Akta Binatang 1953. Daripada 10

kes yang disiasat di bawah akta tersebut, lima (5) kes tidak diteruskan

proses pendakwaan (No Further action, NFA) atas arahan Timbalan

Pendakwaraya. Manakala empat (4) kes masih lagi di dalam siasatan.

Terdapat satu (1) kes telah dituduh dan telah dikenakan hukuman bon untuk

berkelakuan baik selama tempoh setahun mengikut Seksyen 91 (1)(b) Akta

Kanak-Kanak 2015 kerana ianya melibatkan pesalah juvana.

Sebanyak 30 kes telah disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Daripada 30 kes yang telah disiasat di bawah akta tersebut, sebanyak 12

kes tidak diteruskan proses pendakwaan (No Further action, NFA) atas

arahan Timbalan Pendakwaraya. Manakala 13 kes masih lagi di dalam

siasatan. Sebanyak satu (1) kes telah dituduh dan telah dikenakan hukuman

Page 12: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 3

denda sebanyak RM25,000, satu (1) kes lagi telah dikenakan Acquittal (A)

dan Discharge (D), dan terdapat tiga (3) kes masih dalam proses

perbicaraan.

Jumlah keseluruhan denda sehingga 2018 adalah sebanyak RM46,200

yang turut melibatkan denda-denda kes yang dibawa daripada tahun 2017

dan telah dijatuh hukum pada tahun semasa.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan

Perkhidmatan Veterinar sentiasa berusaha untuk mengurangkan dan

mencegah kes kezaliman haiwan serta pengabaian kepada haiwan di

negara ini menerusi pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan antaranya:

i. mengadakan program promosi dan kesedaran berkaitan kebajikan

haiwan diseluruh negara kepada semua pihak tentang kepentingan

kebajikan haiwan ini.;

ii. penggubalan Akta Kebajikan Haiwan 2015 untuk memberi pendidikan

kepada masyarakat melalui pencegahan daripada melakukan

penganiayaan kepada haiwan; dan

iii. menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia

untuk menerapkan elemen-elemen kebajikan haiwan kepada pelajar-

pelajar sekolah bermula di peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan

peringkat sekolah menengah.

Sekian, terima kasih.

Page 13: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk John Ambrose minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan

hasil dapatan Kementerian dalam mengenal pasti sektor-sektor pekerjaan

yang banyak menggunakan khidmat pekerja asing, jumlah pendapatan yang

diperoleh serta sebab utama kenapa rakyat Malaysia tidak mahu pekerjaan

tersebut.

Page 14: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 4

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik Jabatan

Imigresen Malaysia sehingga 31 Mac 2019, sektor perkilangan mencatatkan

jumlah tertinggi penggunaan pekerja asing yang berdaftar dan dikeluarkan

Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), iaitu seramai 702,294 orang dan

dikuti oleh sektor pembinaan seramai 445,972 orang, sektor perladangan

279,256 orang, sektor perkhidmatan 311,393 orang dan sektor pertanian

seramai 157,538 orang,

2. Antara faktor-faktor pekerja warganegara tidak berminat untuk bekerja

dalam sub-sektor yang diluluskan pekerja migran adalah kerana tahap

pendidikan dan kemahiran mereka tidak bersesuaian dengan kategori

pekerjaan berkemahiran rendah. Perkembangan ekonomi telah berjaya

menawarkan peluang pekerjaan dan gaji yang lebih baik kepada pekerja

tempatan.

3. Kerajaan akan mengkaji semula pengambilan expatariat bergaji antara

RM3,000 hingga RM5,000 sebulan bagi membolehkan jawatan ini diisi oleh

rakyat Malaysia.

Page 15: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 5

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN

MOHAMED YASSIN

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan menerusi Bajet 2019,

apakah pihak Kementerian bercadang untuk menyediakan projek seperti

membina lebih banyak lagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik. Nyatakan

jumlah projek yang dicadangkan.

Page 16: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 5

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Program Perumahan Rakyat

Termiskin (PPRT) merupakan usaha Kerajaan bagi membolehkan rakyat

mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa kepada kumpulan sasar

golongan miskin dan miskin tegar di kawasan luar bandar. Kerajaan telah

memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi Projek Perumahan Rakyat

Termiskin (PPRT) untuk tahun 2019 meliputi bantuan bina baharu dan baik

pulih rumah.

Daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM86.038 juta telah diperuntukkan

bagi bantuan bina baharu rumah melibatkan sasaran pembinaan sebanyak

1,224 unit manakala untuk bantuan baik pulih rumah, sebanyak RM113.962

juta telah diperuntukkan bagi sasaran pembaikan 7,354 unit rumah di

seluruh negara.

Page 17: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 6

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' SRI TI LIAN KER

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Sri Ti Lian Ker minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan

sejauh manakah formula pelaksanaan agenda bumiputera tanpa 'apologetik'

yang dicadangkan pihak Kementerian boleh diperkasakan dalam situasi

ketidaktentuan ekonomi negara yang perlahan di samping persekitaran

ekonomi global yang mencabar dan apakah Kerajaan juga telah merangka

pelan pembangunan ekonomi untuk bukan bumiputera khususnya yang

tinggal di luar bandar.

Page 18: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 6

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Kerajaan telahpun memberi komitmen bahawa strategi pembangunan

Bumiputera akan terus menjadi agenda nasional yang penting tanpa

meminggirkan segmen masyarakat lain di negara ini. Melalui Kajian

Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11),

Kerajaan telah memberi keutamaan dan penekanan baharu termasuk

strategi di bawah Tonggak 2 bagi Memperkukuh Komuniti Ekonomi

Bumiputera (KEB) melalui beberapa inisiatif termasuklah

memperkukuh keberkesanan institusi dan program, memperkasa

pendidikan dan modal insan Bumiputera, meningkatkan kawalan

efektif dan kemampanan dalam pemilikan ekuiti korporat,

meningkatkan pemilikan kekayaan Bumiputera dan membina KEB

yang berdaya tahan dan mampan.

2. Selain itu, penekanan turut diberi terhadap penerapan nilai moral dan

etika yang baik seperti bekerja bersungguh-sungguh, berdisiplin dan

berdikari dalam meningkatkan status sosioekonomi serta memastikan

kejayaan KEB akan terus dipergiat. Untuk memastikan inisiatif

berkaitan dengan KEB mencapai matlamatnya, kerajaan akan

menumpukan kepada pelaksanaan yang cekap serta pemantauan

yang berkesan dan berterusan.

3. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, 71% daripada isi rumah

B40 adalah terdiri daripada Bumiputera manakala 29% lagi adalah

Page 19: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 6

Bukan Bumiputera. Usaha untuk meningkatkan taraf sosioekonomi

mereka, khususnya yang tinggal di luar bandar, sudah tentu akan

memberi kesan yang positif kepada rakyat dan negara secara

keseluruhannya.

4. Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas,

(KSP RMKe-11), dasar dan strategi untuk meningkatkan pendapatan

isi rumah B40 di seluruh negara telah diberi keutamaan khusus bagi

memastikan pengagihan kekayaan negara secara adil. Antara

langkah jangka masa panjang yang telah dikenal pasti adalah seperti

berikut:

(i) membangunkan kapasiti dan keupayaan dalam kalangan isi

rumah B40 melalui perluasan program pendidikan dan latihan.

Ini meliputi penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan dan

latihan bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran serta

peluang mereka memperoleh pekerjaan berpendapatan lebih

tinggi lalu dalam jangka masa panjang meningkatkan mobiliti

sosial isi rumah ini;

(ii) memperluaskan penglibatan dalam bidang perniagaan dan

keusahawanan, termasuk secara atas talian (online). Ini

dilaksanakan melalui pelbagai strategi termasuklah dengan

meningkatkan akses dan peluang kepada bantuan pembiayaan

kredit mikro, khidmat nasihat dan latihan keusahawan;

Page 20: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 6

(iii) meningkatkan produktiviti dan pendapatan para petani, pekebun

kecil dan nelayan melalui aplikasi teknologi moden, amalan

pertanian terbaik (good agricultural practices) dan aktiviti

ekonomi tambahan; dan

(iv) memperluas akses kepada kemudahan asas seperti infrastruktur

dan pengangkutan, utiliti dan ameniti sosial di kawasan luar

bandar bagi memperkukuh keterhubungan lalu merancakkan

aktiviti ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan dalam

kalangan rakyat B40 luar bandar.

5. Manakala bagi program jangka pendek, di bawah Belanjawan 2019,

Kerajaan telah memberi fokus kepada program meningkatkan

kesejahteraan dan kebajikan serta menangani kos sara hidup rakyat

seperti menambah baik Bantuan Sara Hidup (BSH), memperkenalkan

skim caruman KWSP i-Suri dan subsidi elektrik kepada penerima

program eKasih. Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan

dan perlindungan sosial, Dana Perlindungan Kesihatan B40 dan Skim

Perlindungan Kesihatan (PEKA) bagi B40 telah diperkenalkan.

Peruntukan perumahan mampu milik juga disediakan termasuk

penyediaan dana pembiayaan perumahan oleh Bank Negara

Malaysia.

6. Usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi golongan

B40 sudah tentu akan memberi kesan yang positif kepada rakyat dan

negara secara keseluruhannya. Melalui pendekatan pembangunan

Page 21: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 6

yang inklusif dan holisitik berasaskan “shared prosperity”, Kerajaan

yakin bahawa jurang ekonomi antara Semenanjung dengan Sabah

dan Sarawak, antara golongan kaya dan miskin dan antara kaum akan

dapat dirapatkan. Ini akan memastikan hasil pertumbuhan ekonomi

dapat dikongsi dan dinikmati oleh seluruh rakyat dan negara akan

mencapai Kemakmuran Bersama.

Sekian, terima kasih.

Page 22: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 7

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah kaedah Kerajaan bagi memastikan institusi Polis Diraja

Malaysia bebas rasuah dan berhubungan baik dengan rakyat serta bentuk

bantuan yang disediakan kepada para pegawai polis.

Page 23: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 7

JAWAPAN

Tuan Yang Di-pertua,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa melaksanakan usaha berterusan

untuk meningkatkan integriti dan profesionalisme Polis Diraja Malaysia

(PDRM). Ini termasuk melaksanakan perakuan-perakuan Suruhanjaya

Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan PDRM yang amat

menekankan aspek integriti dan profesionalisme PDRM. Ini termasuk

membendung dan memerangi gejala rasuah di samping memberikan

keutamaan kepada usaha-usaha meningkatkan kebajikan anggota polis.

Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan

Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang diperakukan oleh Suruhanjaya Diraja

Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan PDRM. Pada masa ini

sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil Suruhanjaya Integriti

Agensi Penguatkuasaan (SIAP), KDN dan PDRM sedang meneliti cadangan

pelaksanaan IPCMC secara terperinci sebelum Rang Undang-Undang

mengenainya digubal.

Kerajaan sedar bahawa pelaksanaan IPCMC hanya akan membuahkan

hasil yang diharapkan sekiranya ia disokong dan diterima baik oleh anggota

dan pegawai polis. Untuk itu, sesi libat urus dengan warga PDRM dan semua

pemegang taruh akan diadakan sebelum IPCMC dilaksanakan.

Page 24: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 7

KDN berpandangan bahawa satu pendekatan yang komprehensif perlu

diambil untuk meningkatkan integriti dan profesionalisme PDRM. Selain

penubuhan IPCMC, tidak kurang pentingnya juga ialah inisiatif berterusan

akan dilaksanakan oleh KDN untuk menambahbaik persekitaran kerja,

keselesaan tempat tinggal, kemudahan dan kebajikan anggota polis sebagai

usaha bersepadu untuk meningkatkan integriti dan profesionalisme mereka.

PDRM menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) juga

telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membendung gejala rasuah

dalam kalangan warga PDRM. Antaranya ialah:

i. Mengeluarkan Manual Pematuhan Standard PDRM yang merupakan

mekanisme “kawal selia” dalam memastikan pematuhan kepada

semua arahan, peraturan dan undang-undang;

ii. Mengeluarkan Pelan Integriti 2016-2020 yang bertindak sebagai

pemacu budaya organisasi berpaksikan Integriti dan Pematuhan

Standard;

iii. Mewujudkan kod Etika PDRM bagi memastikan setiap tingkah laku

hendaklah berasaskan nilai-nilai murni yang telah diperaku dan

diterjemahkan melalui Kod Etika PDRM;

iv. Menjalankan pemeriksaan dan integrity testing ke atas semua warga

kerja PDRM di semua penugasan dalam pasukan bagi memastikan

pematuhan kepada undang-undang, peraturan, arahan pentadbiran

dan prosedur kerja yang berkuat kuasa serta menepati standard yang

Page 25: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 7

ditetapkan;

v. Mengambil tindakan yang tegas ke atas warga PDRM yang

melakukan kesalahan tatatertib sehingga boleh dikenakan hukuman

buang kerja atau turun pangkat bagi kesalahan yang serius;

vi. Mengeluarkan Lesson Learnt sebagai iktibar dan pengajaran untuk

mengelakkan kejadian yang sama berulang di masa akan datang;

dan

vii. Membuat pemantauan dan penyeliaan yang rapi ke atas pegawai

polis yang menerima gaji bersih di bawah 40% dan anggota yang

bertugas di bahagian yang terdedah kepada gegala rasuah dan salah

guna kuasa.

Selain itu, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM juga berperanan

meningkatkan integriti warga PDRM menerusi program-program kerohanian

yang memberi fokus kepada usaha meningkatkan amalan nilai-nilai murni

dalam kehidupan seharian. Matlamat utama program-program ini adalah

untuk melahirkan warga PDRM yang beretika, mematuhi peraturan dan

undang-undang serta profesional dalam menyampaikan perkhidmatan.

Page 26: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 8

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Paul Igai minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah

Kerajaan bercadang untuk menubuhkan semula batalion yang dahulunya

terbilang dan bersifat patriotik iaitu Sarawak Rangers. Batalion ini suatu

ketika dahulu dikatakan setaraf dengan Askar Ghurkas dari Nepal yang di

tubuhkan oleh Britain.

Page 27: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 8

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pertahanan tiada rancangan untuk menubuhkan semula

Sarawak Rangers disebabkan Rejimen Renjer Diraja yang ditubuhkan sejak

16 September 1963 menggantikan Sarawak Rangers adalah masih relevan

dan kekal sehingga kini.

Sebagai imbasan, Sarawak Rangers telah ditubuhkan pada Oktober

1862. Semenjak penubuhannya, tidak dinafikan Sarawak Rangers telah

banyak menabur bakti di bumi Sarawak sehinggalah dibubarkan buat kali

pertama pada 23 Februari 1932. Namun begitu, Sarawak Rangers telah

dipanggil semula bertujuan mempertahankan Kuching dan Miri daripada

pencerobohan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Sarawak

Rangers terus bergiat aktif sehingga dibubarkan buat kali kedua pada 15

September 1963 bagi memberi laluan kepada penubuhan Askar Renjer

Malaysia.

Pada 16 September 1963, Askar Renjer Malaysia telah ditubuhkan

bagi meneruskan peranan dan tanggungjawab Sarawak Rangers.

Sehubungan itu, anggota Sarawak Rangers telah diserap masuk ke Askar

Renjer Malaysia dan bertindak sebagai pengasas kepada penubuhannya.

Askar Renjer Malaysia yang kini dikenali sebagai Rejimen Renjer Diraja

terus berpegang pada semangat dan cogan kata yang sama iaitu “Agi Idup

Agi Ngelaban”.

Page 28: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 9

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS

TANI menyatakan bilakah Kerajaan akan menggubal Dasar Agro Makanan

Negara 2.0 dan apakah fokus pembaharuan yang akan diberi penekanan.

Page 29: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 9

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Dasar Agromakanan Negara

(DAN 2.0) akan bermula pada tahun 2021 sebaik sahaja tempoh

pelaksanaan DAN sedia ada berakhir. Tiga (3) objektif DAN sedia ada iaitu

menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan,

menjadikan industri agromakanan berdaya saing dan mampan; dan

meningkatkan pendapatan usahawan tani akan diteruskan dalam

pelaksanaan DAN 2.0. Selain itu, DAN 2.0 akan terus menangani isu-isu

semasa sektor agromakanan seperti ketidakstabilan harga input pertanian,

penurunan kadar pertukaran wang asing, kebergantungan tinggi terhadap

pekerja asing, peningkatan defisit Imbangan Dagangan, dan sebagainya

dalam tempoh sedekad.

Ketika ini, Kajian Penyediaan DAN 2.0 sedang berada di peringkat pra-

pelaksanaan kajian dan kajian selama 18 bulan tersebut dijangka bermula

pada bulan Jun 2019. Kajian Penyediaan DAN 2.0 bertujuan untuk:

i. Melaksana penilaian dan analisis jurang terhadap pencapaian DAN

berbanding objektif dan sasaran ditetapkan;

ii. Mengkaji dan menganalisa trend industri agromakanan semasa dan

akan datang serta membangunkan cadangan DAN 2.0; dan

Page 30: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 9

iii. Menyedia pelan tindakan yang komprehensif bagi memastikan

kelancaran pelaksanaan objektif DAN 2.0.

Manakala, fokus pembaharuan yang akan diberikan penekanan dalam DAN

2.0 2021-2030 pula adalah seperti berikut:

i. Menjamin kecukupan bekalan makanan negara (food security);

ii. Memperkukuh penggunaan teknologi dalam sektor agromakanan

selaras dengan perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0);

iii. Memastikan sektor agromakanan adalah mampan dan selaras dengan

komitmen negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG); dan

iv. Membangun produk pertanian bernilai tinggi sebagai sumber kekayaan

negara.

Sekian, terima kasih.

Page 31: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN SOPIAH BINTI SHARIF

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Sopiah binti Sharif minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

menyatakan bilangan restoran atau gerai makanan (food stall) yang telah

diserbu oleh pihak berkuasa di Kuala Lumpur. Apakah jenis tindakan yang

diambil terhadap tuan punya premis yang dengan sengaja menggaji pekerja

asing dan melanggar pelbagai peraturan perniagaan lain.

Page 32: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 10

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, bermula Januari sehingga 31

Mac 2019, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur (DBKL) telah memeriksa 1,157 premis makanan. Sebanyak 109

restoran dan 54 gerai telah diarahkan tutup sementara untuk kerja kerja

pembersihan dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan UUK 28(1) UUK

Pelesenan dan Petempatan Makanan (WPKL) 2016

Sebanyak 538 kompaun telah dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan–kesalahan yang dikeluarkan kompaun adalah di bawah

Undang Undang Kecil Pelesenan dan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 :

Bil UUK Pelesenan dan Petempatan Makanan (WPKL)

2016 :

Jumlah

1 3(1) tidak mempunyai lesen perniagaan 39

2 15(1) tidak memasang perangkap minyak 82

3 15(4) tidak menyelenggara perangkap minyak 63

4 21(m) meletakkan bahan makanan untuk penyediaan

makanan di atas lantai

48

5 23(1)(b) tidak mendapat suntikan Tifoid 60

6 25(1) (c) terdapat urungan lipas,lalat,tikus 141

7 38(1) gagal memberi maklumat dan mengemukakan

Dokumen semasa pemeriksaan dijalankan

35

Page 33: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 10

(Sebanyak 222 kompaun telah dikeluarkan kerana peniaga premis makanan

gagal menggunakan bahan biodegradasi di premis masing masing)

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Wilayah

Persekutuan melalui DBKL telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke

atas peniaga-peniaga restoran dan gerai makanan yang didapati

meletakkan kerusi, meja dan lain-lain peralatan di tempat awam. Kesalahan

peletakan ini boleh diambil tindakan pindah halangan (sita) di bawah

Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu letak /

menyebab diletak barang, benda berhubung trednya di tempat awam.

Berdasarkan statistik tindakan sepanjang tahun 2018, DBKL telah

mengambil tindakan sebanyak 2,205 sitaan dengan bayaran pindah

halangan dan upah simpan sejumlah RM 138,511.00. Manakala bagi bulan

Januari hingga Mac 2019, sebanyak 597 sitaan diambil dengan bayaran

pindah halangan dan upah simpan sejumlah RM 48,919.00.

Page 34: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD

NORDIN

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI INDUSTRI UTAMA

menyatakan langkah-langkah realisasi yang diambil Kerajaan dalam

menjadikan penanaman buluh dapat menambah pendapatan pekebun kecil

getah dan sawit dan agensi manakah yang diberikan tanggungjawab

mengendalikan tanaman buluh ini secara komersial.

Page 35: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 11

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Buluh dilihat sebagai sumber tanaman komoditi yang berpotensi kerana

tempoh penanaman dan penuaian hasil yang lebih singkat iaitu tiga tahun.

Di samping itu, pertumbuhan buluh akan berterusan sepanjang tahun

dengan tunas-tunas baharu akan sentiasa tumbuh selepas ditanam. Ini

secara tidak langsung dapat mengurangkan modal pengusaha dalam

mengusahakan ladang buluh.

Sehubungan itu, tanaman buluh boleh dijadikan sebagai pendapatan

sampingan oleh pekebun kecil melalui integrasi tanaman. Antara hasil yang

boleh dituai ialah rebung sebagai sumber makanan dan batang buluh untuk

kegunaan kraftangan dan bahan bernilai tambah tinggi seperti perabot dan

pepanan lantai (laminated flooring).

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi negara beriklim tropika seperti Malaysia, jenis buluh yang sesuai

tumbuh adalah dari jenis buluh Simpodial iaitu buluh tumbuh berumpun.

Oleh yang demikian, Kementerian Industri Utama (MPI) melalui Lembaga

Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalankan satu kajian jangka panjang

terhadap potensi Buluh Madu (Gigantochloa Albociliata) untuk pengeluaran

rebung di plot sistem tanaman sawit dua baris kembar.

Page 36: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 11

Pemerhatian awal mendapati tanaman buluh madu tumbuh dengan baik

serta ia tahan kepada serangan penyakit dan perosak. Selain itu, daun-daun

buluh kering yang gugur ke tanah dapat merencatkan pertumbuhan rumpai

secara berkesan serta dapat memperbaiki kesuburan tanah. Pengeluaran

rebung adalah sepanjang tahun dan rebung boleh dituai dalam masa

setahun selepas ditanam. Satu rumpun buluh madu berupaya mengeluarkan

5 ke 7 batang rebung dalam tempoh sebulan. Kajian MPOB di Sabah

menunjukkan jumlah hasil rebung yang direkodkan bagi tuaian tahun ke-2

boleh mencapai sehingga 1.13 tan sehektar setahun.

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi tanaman getah pula, 50 hingga 70 peratus kawasan kebun boleh

ditanam dengan tanaman buluh dari spesies buluh madu, buluh betung,

buluh semantan, buluh beting dan sebagainya sekiranya pekebun kecil

mengamalkan sistem tanaman perimeter.

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi merealisasikan tanaman buluh secara komersial, Lembaga

Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menyediakan bantuan pinjaman mudah

(soft loan) di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) melalui

anak syarikat Forest Plantation Development Sdn. Bhd. (FPDSB).

Jumlah pinjaman adalah RM10,000 per hektar dengan kadar faedah 0.5

peratus bagi skala kecil (4 hingga 40 hektar) dan 3.0 peratus bagi skala

sederhana (41 hingga 2,499 hektar) dan besar (2,500 hektar ke atas). 5

Page 37: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 11

spesis buluh yang diluluskan di bawah PPLH ialah buluh betung, buluh

semantan, buluh beting, buluh beti dan buluh hitam.

Walau bagaimanapun, pinjaman ini adalah ditawarkan kepada syarikat,

koperasi atau pertubuhan perladang dan bukan kepada pekebun kecil

individu. Oleh itu, pekebun kecil disyorkan untuk menubuhkan anak syarikat

atau koperasi bagi mengambil peluang ke atas program tersebut.

Sekian terima kasih.

Page 38: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Aknan Ehtook minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah

kaedah yang akan digunakan oleh Kerajaan untuk mewujudkan

Perkhidmatan Awam Kejat dan dalam masa yang sama memberikan

perkhidmatan yang optimum kepada orang awam. Apakah Kerajaan

bersedia untuk menghapuskan sesetengah perkhidmatan atau

menggantikannya dengan perkhidmatan secara atas talian seperti

pembaharuan lesen memandu.

Page 39: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 12

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan

Awam (DKSPA) telah dan akan dilaksanakan melalui pelbagai kaedah

seiring dengan perkembangan teknologi semasa meliputi antaranya kajian

pertindihan fungsi antara jabatan/agensi, rasionalisasi perjawatan,

pengoptimuman sumber manusia, serah urus fungsi (outsourcing),

penyampaian perkhidmatan alternatif (Alternative Service Delivery),

penswastaan, gabungan teknologi dan pengisian jawatan secara berhemah

mengikut keperluan. Ini bagi memastikan saiz perkhidmatan awam pada

tahap yang terbaik untuk meningkatkan kecekapan dan mengelakkan

ketirisan sumber.

Mengenai pertanyaan berkenaan ketersediaan Kerajaan dalam

menghapuskan sesetengah perkhidmatan atau mengantikannya dengan

perkhidmatan Kerajaan secara atas talian, penekanan dalam memanfaatkan

teknologi terkini bagi menyampaikan perkhidmatan Kerajaan dengan lebih

efisyen telahpun diperkenalkan sejak Ogos 1996 lagi dimana YAB Tun Dr.

Mahathir bin Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri ke-4 semasa

melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek yang merupakan

inisiatif terbesar dalam pembangunan teknologi maklumat di Malaysia ketika

itu mempunyai tujuh (7) Aplikasi Perdana (7 flagship) iaitu Kerajaan

Elektronik, Sekolah Bestari, Teleperubatan, Kad Pelbagai Guna, Kelompok

Kajian dan Pembangunan (R&D Cluster), Pusat Pemasaran Tanpa

Sempadan dan e-Perniagaan.

Page 40: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 12

Bagi aplikasi perdana Kerajaan Elektronik (Kerajaan Digital), kerajaan

berhasrat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan jentera pentadbiran

kerajaan serta pada masa yang sama bertindak sebagai pemangkin kepada

MSC. Dalam perkara ini, penyampaian perkhidmatan kerajaan secara

konvensional ditransisi kepada elektronik yang bukan sahaja melibatkan

perubahan terhadap sistem, prosedur dan proses penyampaian

perkhidmatan malah turut melibatkan cara orang ramai dan komuniti

perniagaan berurusan dengan kerajaan.

Untuk menjayakan hasrat ini, kerajaan sentiasa memberi perhatian dan

menyokong usaha-usaha sedia serta bagi merancakkan peralihan negara

ke arah Kerajaan Digital. Antara inisiatif yang telah diterjemahkan dalam

penyampaian perkhidmatan kerajaan adalah termasuk sistem eRating,

MyGovUC, sistem e-Filling, sistem eKehakiman, sistem eTanah, sistem

MyMesyuarat dan sistem Digital Document Management Systems (DDMS).

Walau bagaimanapun, sektor-sektor utama yang memberi perkhidmatan

terus kepada rakyat seperti sektor kesihatan, pendidikan dan keselamatan

tidak akan terjejas dengan pelaksanaan dasar ini.

Sekian, terima kasih.

Page 41: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI HUSAM BIN MUSA

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Haji Husam Bin Musa minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER

ASLI menyatakan keluasan hutan simpan yang telah dijadikan ladang

komersial di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan kesannya kepada

pencemaran sungai, alam sekitar dan kehidupan masyarakat setempat.

Page 42: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 13

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Tiada ladang komersial dibenarkan di dalam kawasan Hutan Simpanan

Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia kecuali ladang hutan. Penubuhan

projek ladang hutan di negeri-negeri adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan

Negeri selaras dengan Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan melalui

perjanjian di antara kerajaan negeri dan syarikat/pengusaha ladang hutan

yang diluluskan.

Majlis Tanah Negara (MTN) pada tahun 2012 telah meluluskan kawasan

seluas 439,189 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai Zon

Pembangunan Ladang Hutan di Semenanjung Malaysia. Kawasan yang

diluluskan ini adalah kurang daripada lima (5) peratus daripada jumlah

keluasan hutan asli dalam HSK.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, pembukaan tanah

jika tidak dirancang, diuruskan dan dikawal dengan baik boleh menyebabkan

pencemaran sungai dengan peningkatan kelodakan dalam sungai dan boleh

juga meyebabkan sungai menjadi cetek dan menyumbang kepada banjir.

Berdasarkan kepada pemantauan kualiti air sungai tahun 2018, 6% daripada

638 sungai yang dipantau seluruh Malaysia berada dalam Kelas IV dan V

berdasarkan sub-indeks Pepejal Terampai yang berkaitan dengan

kelodakan.

Page 43: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 13

Sekian, terima kasih.

Page 44: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rancangan

Kementerian untuk memupuk keharmonian di antara kaum supaya kejadian

seperti di Universiti Malaya (UM) di antara seorang pemimpin parti politik

bergaduh dengan mahasiswa tidak akan berlaku lagi.

Page 45: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 14

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) memandang serius berhubung keharmonian dan integrasi

kaum di kalangan pelajar. Universiti awam (UA) sentiasa digalakkan untuk

mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk keharmonian kaum dan

pemahaman adat bagi membina jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Selain daripada program dan aktiviti yang menyokong kepada penerapan

nilai murni dan perpaduan antara kaum, KPM juga telah mewajibkan mata

pelajaran umum yang menggariskan elemen kenegaraan, perpaduan, adat

dan budaya, kebudayaan serta keharmonian. Empat (4) perincian bagi mata

pelajaran umum yang diwajibkan ke atas pelajar ialah penghayatan falsafah,

nilai dan sejarah, penguasaan kemahiran insaniah, peluasan ilmu

pengetahuan tentang Malaysia, dan kemahiran pengurusan masyarakat

yang bersifat praktikal seperti khidmat masyarakat dan kokurikulum.

Pelbagai program yang bersifat holistik telah dirangka dan dilaksanakan bagi

memberi penekanan terhadap aspek perpaduan dan jati diri generasi baharu

negara. Program-program yang dijalankan juga melibatkan kerjasama UA,

institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS), badan-badan bukan Kerajaan

(NGO), agensi-agensi Kerajaan dan syarikat swasta.

Antara program yang dijalankan adalah Kembara Siswa Patriotik, Pitch For

Progress, Gap Year Volunteerism, Festival of Colour of the World 2017

Page 46: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 14

(FESCO), Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan, 1 World Vocal

Singing Competition, Projek Mural Hari Sukarelawan Sedunia, Hari

Perpaduan dan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu.

Program yang dijalankan ini merangkumi pelbagai aspek seperti patriotisme

dan jati diri, perpaduan, kepimpinan, inovasi, sukan, kesukarelawanan,

kebudayaan, kesenian, bahasa dan pengucapan awam yang mampu

menerapkan aspek perpaduan dan integrasi nasional. Penyertaan program

ini tidak dihadkan kepada satu-satu kaum atau agama sahaja, tetapi terbuka

kepada semua pelajar supaya mereka dapat bekerjasama, berinteraksi dan

menerima antara satu sama lain.

Sekian, terima kasih.

Page 47: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. NUING JELUING

TARIKH : 6 MEI 2019

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-

langkah yang diambil untuk memperbaiki sistem penyampaian kesihatan

khususnya di luar bandar Sarawak. Salah satu bahagian yang kurang

mendapat infrastruktur kesihatan ialah Kapit. Adakah terdapat rancangan

untuk membina sebuah hospital umum baru untuk Kapit. Hospital yang sedia

ada sekarang adalah dibina oleh para mubaligh semasa jajahan British.

Page 48: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 15

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kementerian sentiasa mengkaji keperluan untuk memperbaiki sistem

penyampaian kesihatan secara menyeluruh di seluruh negara meliputi

kawasan luar bandar. Usaha menambahbaik keperluan infrastruktur bagi

perkhidmatan kesihatan sedia ada dilaksanakan dengan pembinaan fasiliti

baru dan menaiktaraf fasiliti kesihatan sedia ada (merangkumi hospital dan

klinik kesihatan) termasuklah di Sarawak.

Perancangan bagi pembinaan sesebuah fasiliti kesihatan (hospital dan klinik

kesihatan) di sesuatu kawasan adalah berdasarkan keperluan kesihatan

penduduk setempat. Antara faktor yang diambil kira di dalam perancangan

sesebuah fasiliti kesihatan adalah kepadatan penduduk, kemudahan

kesihatan sedia ada di sekitarnya, Kadar Penggunaan Katil (BOR) hospital

sedia ada, akses atau kemudah- capaian terhadap perkhidmatan yang

disediakan seperti kemudahan perhubungan jalanraya dan lain-lain.

Selain itu, tahap keselamatan yang mendesak, bangunan dan peralatan

lama serta usang, peningkatan beban penyakit, peningkatan penduduk dan

keperluan meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan pesakit

dalam dan naik taraf akibat pertambahan skop perkhidmatan kesihatan di

hospital turut diambil kira dalam menaik taraf sesuatu fasiliti kesihatan.

KKM mengambil maklum akan keperluan menaiktaraf Hospital Kapit dari

aspek kemudahan infrastruktur termasuk peralatan perubatan untuk

Page 49: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 15

meningkatkan kualiti perkhidmatan selaras dengan perancangan

peningkatan kepakaran yang dirancang di hospital ini.

Hospital Kapit sedia ada telah dinaik taraf sebagai Hospital Berpakar sejak

tahun 2012 yang menyediakan perkhidmatan kepakaran asas serta

kemudahan klinik pakar dengan kapasiti 134 katil. Walau bagaimanapun,

Kadar Penggunaan Katil (Bed Occupancy Rate) ialah antara 55- 60% bagi

Tahun 2015 -2017.

Bagi menampung peningkatan bilangan pesakit yang memerlukan

perkhidmatan hemodialysis, tambahan mesin Hemodialisis sebanyak empat

(4) buah telah dilaksanakan pada tahun 2016. Selain itu, pada tahun 2017,

Kerajaan telah meluluskan projek pembinaan sebuah bangunan bagi

menempatkan sebuah unit mesin CT-scan serta menaiktaraf sistem bekalan

elektrik di Hospital Kapit ini. Bagi perancangan jangka panjang, KKM

bercadang untuk membina blok baru bagi menempatkan klinik pakar dan

wad (termasuk Katil Rawatan Rapi) yang akan dipohon di dalam Rolling Plan

RMK akan datang.

Dalam hal ini, pembinaan hospital baru, menaiktaraf hospital sedia serta

klinik kesihatan merupakan satu proses berterusan dan dilaksanakan secara

berperingkat mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan serta

keupayaan menyediakan sumber tenaga manusia.

Sekian, terima kasih.

Page 50: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Kementerian akan

mengadakan satu kempen besar-besaran di seluruh negara bagi

menyedarkan rakyat kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan

mewujudkan satu sikap baru untuk tidak membuang sampah merata-rata

tetapi di tempat yang disediakan dan juga menjaga kebersihan tandas di

semua tempat awam seperti kompleks membeli-belah, pejabat Kerajaan,

lapangan terbang, hospital dan lain-lain.

JAWAPAN

Page 51: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 16

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa menganjurkan pelbagai program

kesedaran dan promosi berkenaan kepentingan menjaga kebersihan dan

alam sekitar. Antara program yang telah dianjurkan adalah seperti yang

berikut:

(i) Pelancaran Kempen Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS) 2.0

pada 10 November 2018 di Putrajaya. Kempen tersebut bertujuan

memberi nafas baharu promosi SAS yang memberi penekanan

terhadap platform dan reka bentuk pengiklanan dengan memasukkan

elemen buang Sampah ke Dalam Tong Sampah;

(ii) Pelancaran kempen “Buang Sampah di Dalam Tong Sampah” yang

akan dilaksanakan secara berterusan dengan penglibatan persatuan

penduduk dan komuniti setempat. Kempen ini telah dimulakan sejak

awal tahun 2019 yang dimulakan dengan sesi libat urus bersama

penduduk, aktiviti keceriaan dan keindahan kawasan perumahan serta

program gotong-royong. Pada masa kini, tumpuan kempen adalah di

lokasi perumahan berstrata selaras dengan matlamat untuk

menangani masalah kebersihan di kawasan tersebut; dan

(iii) Penganjuran program Gotong Royong Perdana Basmi Denggi di lokasi

hotspot di 8 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor pada 14

April 2019 seperti berikut:

Page 52: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 16

(a) Majlis Perbandaran Ampang Jaya;

(b) Majlis Bandaraya Petaling Jaya;

(c) Majlis Perbandaran Subang Jaya;

(d) Majlis Perbandaran Klang;

(e) Majlis Perbandaran Sepang;

(f) Majlis Perbandaran Selayang;

(g) Majlis Perbandaran Kajang; dan

(h) Majlis Bandar raya Shah Alam.

2. Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPKT turut melaksanakan

pelbagai inisiatif lain secara besar-besaran dalam mewujudkan

kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan

tandas seperti berikut:

(i) Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan bermula

pada tahun 2010 hingga kini sebagai usaha mempromosikan

budaya penjagaan tandas yang bersih, selamat dan selesa di

Malaysia;

(ii) Program Pengiktirafan Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan

melibatkan 12 kategori yang dipertandingkan termasuk stesen

minyak, pusat membeli-belah, pejabat Kerajaan dan sebagainya

yang dilaksanakan setiap tahun; dan

(iii) melancarkan Aplikasi MyWC yang bertujuan untuk memudahkan

orang ramai mendapatkan maklumat tandas berdasarkan

Page 53: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 16

penarafan bintang (star rating), percuma atau berbayar serta

jenis-jenis kemudahan yang tersedia;

3. Dalam menyedarkan rakyat akan kepentingan menjaga kebersihan

alam sekitar dan mewujudkan satu sikap baru untuk tidak membuang

sampah merata-rata, KPKT telah melancarkan Dasar Komuniti Negara

(DKN) pada 17 Februari 2019 di mana semua komuniti digalakkan

bekerjasama dengan agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan

sektor swasta melalui Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti untuk

melaksanakan aktiviti pencegahan pembiakan nyamuk, pembuangan

sampah dan program kitar semula demi mengubah sikap komuniti untuk

menjaga kawasan setempat dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Page 54: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. ANANTHAN A/L

SOMASUNDARAM

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta PERDANA MENTERI

menyatakan pendirian terhadap konsep "Malaysia for Malaysian" kerana isu

perkauman dan diskriminasi semakin meruncing dalam kalangan anggota

masyarakat di negara kita.

Page 55: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 17

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Falsafah pentadbiran Kerajaan semasa adalah berlandaskan lunas-lunas

Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta visi yang telah dibawa

oleh para pejuang negara sebelum ini yang disesuaikan dengan realiti

zaman moden dan mendepani cabaran-cabaran mendatang bagi menjamin

kesejahteraan hidup seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan

agama. Ini adalah selaras dengan perjuangan Kerajaan semasa untuk

membawa Malaysia Baharu yang memberi penekanan kepada demokrasi

berparlimen, raja berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang dan

menghormati kehendak rakyat melalui urus tadbir negara yang baik, inklusif

dan progresif.

Ekoran dari itu, impian pucuk pimpinan Malaysia kini adalah menjadikan

Malaysia sebagai negara model kepada dunia sebagai satu negara yang

mempunyai bangsa, agama, bahasa, dan budaya yang pelbagai tetapi hidup

bersatu dalam suasana harmoni, demokratik, progresif dan makmur dengan

kerajaan yang berintegriti yang dipimpin melalui tadbir urus yang baik dan

bertanggungjawab.

Kerajaan masih belum membincangkan mengenai konsep “Malaysian

Malaysia” ini dalam mana-mana platform secara formal dan terbuka

sehingga kini memandangkan Kerajaan masih sedang meneliti banyak

perkara secara mendalam mengikut keutamaannya bagi memastikan tiada

implikasi negatif sekiranya dilaksanakan.

Page 56: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 17

Kerajaan yang mendukung kepada pemerintahan demokrasi berparlimen

dan raja berperlembagaan sentiasa berusaha memartabatkan kedudukan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang

bertanggungjawab menjaga kepentingan semua kelompok masyarakat

Malaysia dan merupakan simbol kepada perpaduan masyarakat Malaysia

akan memastikan kepentingan semua kaum di negara ini terus dilindungi

dan dijaga.

Sekian, terima kasih.

Page 57: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK SR. HAJI HANAFI BIN HAJI

MAMAT

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan jumlah terkini penamatan kakitangan oleh syarikat-

syarikat swasta mengikut sektor bagi dua tahun 2018 dan 2019.

Page 58: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 18

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Berdasarkan notifikasi yang diterima oleh kementerian ini, bilangan

pekerja yang diberhentikan di sektor swasta tahun 2018 adalah seramai

23,168 orang pekerja yang melibatkan 17,236 (74.4%) pemberhentian biasa

dan 5,932 (25.6%) pemberhentian sukarela (volunteer separation scheme,

VSS). Manakala bagi tempoh Januari hingga Mac 2019 seramai 10, 262

orang telah diberhentikan.

2. Perbandingan mengikut sektor menunjukkan pemberhentian pekerja

tertinggi berlaku dalam sektor pembuatan bagi tahun 2018 iaitu sebanyak

11,254 (48.58%) pekerja terlibat. Diikuti dengan sektor maklumat dan

komunikasi iaitu sebanyak 1,997 (8.62%) pekerja terlibat. Manakala sektor

perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan

motosikal sebanyak 1,425 (6.15%) pekerja terlibat.

3. Bagi tempoh Januari hingga Mac 2019 pula, kementerian telah

menerima notifikasi seramai 10,262 orang pekerja diberhentikan. Daripada

jumlah tersebut, seramai 9,030 pekerja terlibat dengan pemberhentian biasa

dan 1,232 pekerja pula terlibat dengan pemberhentian sukarela (VSS).

4. Sektor yang mencatatkan pemberhentian tertinggi bagi tempoh

Januari hingga Mac 2019 adalah sektor Aktiviti Pentadbiran dan Khidmat

Sokongan iaitu seramai 3,962 (38.61%) pekerja telah diberhentikan. Sektor

Pembuatan pula mencatatkan jumlah pemberhentian kedua tertinggi iaitu

Page 59: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 18

melibatkan seramai 3,307 (32.23%) pekerja. Diikuti sektor Kesenian, hiburan

dan rekreasi yang mencatatkan jumlah pemberhentian seramai 534 (5.20%)

pekerja.

Page 60: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATIN RAHIMAH BINTI HAJI

MAHAMAD

TARIKH : 6 MEI 2019

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI AIR, TANAH DAN

SUMBER ASLI menyatakan fokus Jabatan Pengairan dan Saliran dalam

memastikan sungai-sungai, terusan dan saliran diselenggarakan dengan

baik dan bebas ancaman pencemaran dari sumber buangan efluen domestik

dan industri.

Page 61: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 19

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan

dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Kerja Mencegah Hakisan di

Wilayah Persekutuan Labuan di bawah peruntukan Hakisan Pantai Pelbagai

Negeri bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan

Labuan. Kerja-kerja reka bentuk sedang dilaksanakan di mana kerja-kerja

fizikal di tapak dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

Page 62: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK SAMBANTHAN A/L

MANICKAM

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Sambanthan A/L Manickam minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan :-

(a) jumlah rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara dari tahun 2017

hingga sekarang; dan

(b) apakah sebab-sebab utama mereka ditahan di luar negara.

Page 63: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 20

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk

Sambanthan A/L Manickam di atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Sehingga 31 Mac 2019, terdapat seramai 2,616 orang warganegara

Malaysia yang ditahan atas pelbagai kesalahan di luar negara. Jumlah ini

merupakan peningkatan sebanyak 9 peratus berbanding 2,399 orang yang

ditahan pada tahun 2018. Statistik bagi tahun 2017 pula mencatatkan

seramai 2,235 orang warganegara Malaysia ditahan di luar negara.

3. Seramai 1,445 orang daripada 2,616 orang tahanan warganegara

Malaysia di luar negara atau 55.2% adalah ditahan atas kesalahan berkaitan

dadah. Ini diikuti dengan kesalahan membabitkan penipuan (414 orang), kad

kredit palsu (172 orang), kesalahan kastam (100 orang) dan kesalahan

berkaitan imigresen (79 orang). Kesalahan-kesalahan lain yang melibatkan

warganegara Malaysia di luar negara adalah berkaitan dengan jenayah

perdagangan, penyeludupan manusia serta lain-lain kesalahan yang

melanggar perundangan tempatan negara terbabit.

4. Berdasarkan statistik ini juga, tahanan warganegara Malaysia paling

ramai ditahan di luar negara adalah di Singapura (669 orang), diikuti

Thailand (414 orang), Indonesia (406 orang), China (308 orang) dan Korea

Page 64: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 20

Selatan (279 orang).

5. Bilangan tahanan ini adalah berdasarkan maklumat yang diterima oleh

Perwakilan Malaysia di luar negara. Ini memandangkan sesetengah negara

mengamalkan Akta Privasi yang membenarkan tahanan untuk tidak

mendedahkan/memaklumkan penahanan mereka kepada pihak Perwakilan.

6. Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan Malaysia di luar negara

akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya, termasuk

memaklumkan penahanan kepada waris di samping lawatan konsular

secara berkala bagi memastikan kebajikan para tahanan sentiasa terjamin.

7. Para tahanan yang telah selesai menjalani hukuman penjara di luar

negara akan melalui proses deportasi daripada pihak berkuasa tempatan, di

mana pihak Perwakilan Malaysia akan membantu dari segi pengeluaran Sijil

Perakuan Cemas sebagai dokumen perjalanan sementara untuk

membolehkan mereka pulang ke Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 65: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI

MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

TARIKH : 6 MEI 2019

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta

PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha Kementerian dalam

mengambil tindakan pengukuhan pemilikan Middle Rock dan South Ledge

dengan membina struktur binaan yang boleh dihuni oleh anggota

keselamatan kita.

Page 66: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sebuah pangkalan hadapan telah dibina pada 29 Ogos 2016 di Batuan

Tengah (Middle Rocks) bertujuan untuk pengukuhan kedaulatan dan

pemantauan keselamatan di kawasan tersebut. Pangkalan telah

diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

(APMM) pada 8 Nov 2016. Pangkalan tersebut telah dirasmikan oleh

DYMM Sultan Johor pada 1 Ogos 2017 dan diberi nama Abu Bakar

Maritime Base (ABMB).

2. Pada masa yang sama, antara tindakan pengukuhan di sekitar

perairan Batuan Tengah dan Tubir Selatan (South Ledge) adalah

dengan memastikan tindakan rondaan dan pemantauan maritim terus

dilaksanakan oleh aset-aset APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia

(TLDM), serta aktiviti perikanan, penyelidikan dan sebagainya

dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi negara.

3. Selain itu, berdasarkan persetujuan bersama semasa Annual Leaders’

Retreat Malaysia-Singapore pada 9 April 2019, Malaysia dan

Singapura telah bersetuju untuk meneruskan perbincangan di bawah

Malaysia-Singapore Joint Technical Committee yang antara lain akan

membincangkan perbatasan sempadan maritim Batu Puteh, Batuan

Tengah dan Tubir Selatan.

Sekian, terima kasih.

Page 67: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L

A.ACHYUTHAN NAIR

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk mengawal harga barangan

yang semakin naik sejak pelaksanaan SST pada 1 September 2018

walaupun harga petrol RON95 dihadkan pada RM2.08 seliter pada 9 Mei

2018.

Page 68: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 22

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Kementerian bertindak tegas dan tidak akan berkompromi terhadap peniaga

yang mengambil kesempatan mengekploitasi harga dan menjejas

kepentingan pengguna. Bagi 1 September 2018 hingga 31 Mac 2019

sebanyak 3,474 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Harga

dan Antipencatutan 2011 di seluruh negara atas kesalahan antaranya ialah

tiada penandaan harga (3264 kertas siasatan), Skim Kawalan Harga

Musim Perayaan (142 kertas siasatan), kesalahan berkaitan pencatutan

(50 kertas siasatan).

Antara langkah-langkah yang dilaksanakan Kementerian bagi memantau

peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan keuntungan tinggi yang

tidak munasabah adalah seperti berikut:

i. melaksanakan penguatkuasaan tegas di bawah Akta Kawalan Harga

dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 iaitu:

a. penguatkuasaan terhadap pencatutan atau pengambilan untung

secara tidak munasabah oleh peniaga di bawah Peraturan-

Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme

Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak

Munasabah) 2018 yang mula berkuatkuasa pada 6 Jun 2018;

Page 69: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 22

b. pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif meliputi

seluruh rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan di

seluruh negara di bawah Operasi Catut 5.0 bermula pada 8

Ogos 2018. Operasi ini telah menggerakkan semua anggota

penguatkuasa Kementerian seluruh negara bagi membendung

isu kenaikan harga barang di pasaran;

c. pengeluaran Notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011

ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga

secara mendadak dan ketara untuk mendapatkan maklum balas

dan penjelasan secara bertulis mengenai kenaikan harga bagi

menentukan berlakunya elemen pencatutan;

d. penguatkuasaan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga

oleh Penjual Runcit) 1993 yang mewajibkan peniaga meletak

tanda harga ke atas barangan yang dijual atau mempamerkan

senarai harga.

ii. mengadakan program libat urus untuk memberi penjelasan, khidmat

nasihat dan kerjasama bersama peniaga dalam memahami dan

mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan;

iii. meningkatkan keberadaan (omnipresence) pegawai-pegawai

penguatkuasa di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna bagi

mewujudkan ruang persekitaran perniagaan yang selamat dan

beretika.

Page 70: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 22

iv. menangani pertanyaan dan penyelesaian aduan rakyat dengan lebih

cepat dan pantas dengan menyediakan Skuad Tindakan Aduan dan

Resolusi Pengguna (STAR) dan Special Action Squad (SAS); dan

v. memudahkan rakyat mengemukakan aduan melalui pelbagai saluran

sedia ada di Kementerian seperti aplikasi whatsapp KPDNHEP 019-

2794317, Portal E-Aduan, aplikasi telefon pintar Ez Adu, talian

hotline KPDNHEP 1-800-886-800 dan hadir sendiri ke mana-mana

pejabat/cawangan KPDNHEP.

Page 71: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK MUSTAPA KAMAL BIN

MOHD YUSOFF

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan berapakah statistik kemasukan pekerja asing ke

dalam negara pada tahun ini dan nyatakan jumlah pecahan pekerja asing

tersebut mengikut negara masing-masing.

Page 72: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 23

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Pengambilan pekerja asing di Malaysia hanya dibenarkan untuk bekerja

dalam beberapa sektor tertentu sahaja iaitu Perkhidmatan, Perkilangan,

Pembinaan, Perladangan dan Pertanian.

Jumlah kemasukan pekerja asing yang dikeluarkan Pas Lawatan Kerja

Sementara (PLKS) bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac 2019 adalah

sebanyak 20,350 orang dan berikut adalah pecahan statistik tersebut

mengikut warganegara seperti di Jadual 1 di bawah:

BIL. WARGANEGARA JUMLAH (ORANG)

1 Indonesia 5,887

2 India 5,790

3 Myanmar 2,956

4 Filipina 1,392

5 Thailand 1,062

6 Bangladesh 1,038

7 Pakistan 699

8 Sri Lanka 672

9 Vietnam 560

10 Kemboja 96

11 Nepal 73

12 Kazakhtan 59

Page 73: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 23

13 Uzbekistan 37

14 Laos 29

JUMLAH KESELURUHAN (ORANG) 20,350

Jadual 1 : Jumlah Kemasukan Pekerja Asing Yang Dikeluarkan PLKS

Mengikut Warganegara Dari 1 Januari Sehingga 31 Mac 2019

Page 74: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN KHAIRUL AZWAN HARUN

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI

menyatakan :-

(a) apakah rancangan Kerajaan berkenaan dengan MA63 dan adakah

Sabah dan Sarawak diberi bahagian royalti yang lebih besar seperti

yang dijanjikan; dan

(b) jika Kerajaan memberikan royalti yang lebih besar ke Sabah dan

Sarawak seperti yang dijanjikan, apakah rancangan Kerajaan untuk

Petronas dalam jangka pendek.

Page 75: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perkara ini masih

dalam perbincangan di Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu) bagi

Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang

dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu pada 5 Mac 2019 bersetuju

supaya forum berasingan diwujudkan yang antara lain akan

membincangkan isu berkaitan agihan royalti kepada Sabah dan

Sarawak. Forum ini akan dipengerusikan secara bersama oleh YB

Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan YAB Ketua Menteri yang terlibat.

Keahlian forum berasingan ini adalah terdiri daripada wakil-wakil

seperti berikut:

(i) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA);

(ii) Kementerian Kewangan Malaysia (MOF);

(iii) Jabatan Peguam Negara (AGC);

(iv) Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS);

(v) Kerajaan Negeri berkaitan; dan

(vi) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana

Menteri (BHEUU) sebagai Urus setia.

3. Hasil perbincangan dan syor daripada forum berasingan ini akan

diangkat terus kepada Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu) MA63

Page 76: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 24

untuk pertimbangan dan persetujuan.

Sekian, terima kasih.

Page 77: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk menaik taraf

pelabuhan Labuan sebagai pusat Transhipment Hub utama untuk wilayah

Sabah dan Sarawak.

Page 78: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 25

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Lembaga Pelabuhan

Labuan telah ditubuhkan melalui pewartaan Perluasan Kuasa Menteri

yang digazetkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah

Lembaga Pelabuhan Bintulu (Perluasan Fungsi 2017) yang

berkuatkuasa pada 31 Januari 2017. Dengan tertubuhnya Lembaga

Pelabuhan Labuan, maka urusan pentadbiran Pelabuhan Labuan kini

terletak di bawah bidang kuasa dan kawal selia Lembaga Pelabuhan

Labuan yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Laut

Wilayah Persekutuan Labuan.

2. Kontena yad di Pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan mempunyai

kapasiti optimum sebanyak 800 TEUs dalam satu-satu masa bagi

menampung aktiviti pengendalian kargo tempatan termasuk kargo

industri minyak dan gas serta kargo pindah kapal atau transshipment.

Manakala jeti Dermaga Merdeka mempunyai spesifikasi dengan

panjang 244 meter dan lebar 19.5 meter.

3. Bagi menjadikan Pelabuhan Labuan sebagai pusat Transshipment

Hub utama untuk wilayah Sabah dan Sarawak pelan pembangunan

pelabuhan secara holistik perlu diwujudkan terlebih dahulu sebelum

kerja-kerja menaik taraf pelabuhan dapat dilaksanakan. Dalam hal ini,

kerjasama antara Agensi-Agensi termasuk Perbadanan Labuan perlu

diwujudkan supaya pembangunan pelabuhan dapat dilaksanakan

Page 79: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 25

sejajar dengan perancangan pembangunan bandar dan industri di

Wilayah Persekutuan Labuan.

4. Lembaga Pelabuhan Labuan kini dalam proses untuk

mempertingkatkan kecekapan pelabuhan, menggubal undang-

undang kecil pelabuhan dan memperkemaskan prosedur pelabuhan

bagi memastikan Pelabuhan Labuan kekal kompetitif. Lembaga

Pelabuhan Labuan juga sudah mengenalpasti beberapa lokasi yang

berpontesi untuk dibangunkan sebagai Pelabuhan Labuan yang baru

antaranya seperti di Rancha-Rancha bagi cadangan pembangunan

masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Page 80: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Donald Peter Mojuntin minta PERDANA MENTERI menyatakan

perkembangan terkini mengenai perbincangan perihal tuntutan sebulat hati

Sabah supaya Kerajaan Persekutuan melaksanakan sepenuhnya Perjanjian

Malaysia 1963.

Page 81: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 26

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator,

Semenjak daripada 17 Disember 2018 sehingga sekarang, Jawatankuasa

Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 telah

bersidang beberapa kali. Untuk makluman Dewan yang mulia ini,

Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan telah memulakan

perbincangan masing-masing bagi meneliti senarai isu-isu yang

dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak selaras dengan

rangka tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Untuk makluman dewan yang mulia ini, isu-isu yang telah dikemukakan oleh

Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak adalah terdiri daripada pelbagai

perkara seperti kewangan, ekonomi, kerja raya, perkhidmatan awam,

sumber manusia serta terdapat juga isu-isu yang melibatkan Kuasa Baki

Perundangan atau dengan izin, “Residual Powers of Legislation” seperti

yang diperuntukkan di bawah Perkara 77, Perlembagaan Persekutuan.

Isu-isu ini masih lagi dalam proses penelitian dan semakan oleh

jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan yang mana turut

dianggotai oleh agensi-agensi pusat di peringkat Persekutuan, wakil-wakil

agensi Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta pakar-pakar yang terdiri

daripada ahli akademik turut sama sama terlibat dalam mesyuarat-

mesyuarat yang telah diadakan.

Page 82: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 26

Jawatankuasa Khas Kabinet masih mempunyai tempoh sehingga bulan Jun

2019 untuk meneliti perkara-perkara yang diketengahkan dan

mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan hasil dari

rundingan semua pihak berkepentingan. Satu Laporan terperinci akan

disediakan berhubung dengan hasil semakan yang telah dibuat beserta

dengan cadangan hala tuju untuk diangkat kepada Jemaah Menteri untuk

pertimbangan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Page 83: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI MUHAMAD BIN

MUSTAFA

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) adakah Kementerian bercadang untuk mengatasi masalah

gelandangan dengan menyediakan peluang pekerjaan, pendidikan

dan bantuan saraan diri bagi membantu mereka meneruskan

kehidupan dengan lebih baik; dan

(b) berapakah jumlah kumpulan ini di seluruh negara.

Page 84: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 27

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian telah dan sentiasa memperkemas dan memperkukuhkan lagi

tindakan bersepadu pelbagai agensi yang telah dilaksanakan sebelum ini

bagi memastikan golongan gelandangan dibantu dengan lebih berkesan

dalam pelbagai aspek termasuk padanan kerjaya, pendidikan serta bantuan

yang bersesuaian melalui rujukan ke Agensi yang berkaitan. Pelbagai

pendekatan telah dilaksanakan dalam isu gelandangan melalui kerjasama

Kementerian, Agensi berkaitan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

secara berterusan.

Antara usaha-usaha yang telah diambil bagi menangani isu golongan

gelandangan adalah :

1. Operasi Menyelamat dan Akta Orang Papa 1977 (AOP) yang

berkaitan dengan gelandangan dan Institusi Kebajikan Desa Bina Diri

(berumur 59 tahun ke bawah), Rumah Seri Kenangan (60 tahun ke

atas) dan bantuan kewangan yang bersesuaian mengikut kes

gelandangan.

2. Kementerian ini telah mengambil inisiatif menubuhkan Anjung

Singgah yang ditadbir oleh Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia

(YKN). Anjung Singgah merupakan sebuah Pusat Khidmat Bantuan

Sosial membantu golongan gelandangan yang berpotensi untuk

berubah. Penekanan dalam aspek kaunseling, bimbingan dan

motivasi dilaksanakan kepada penghuni bagi meningkatkan daya

tahan dan daya juang dalam mengharungi cabaran kehidupan serta

Page 85: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 27

memangkinkan perubahan sikap dan tingkah laku. Dengan kapasiti

288 buah katil di lima (5) buah Anjung Singgah seramai 7,047 orang

gelandangan telah mendaftar masuk secara sukarela sejak ianya

ditubuhkan pada tahun 2011. Sehingga Mac 2019 seramai 151 orang

gelandangan telah mendapat pekerjaan melalui padanan kerjaya di

Anjung Singgah. Manakala Anjung Singgah akan merujuk kes yang

memerlukan bantuan sosial lain seperti permohonan sewaan

perumahan kos rendah, bantuan kewangan segera serta bantuan-

bantuan lain yang disediakan oleh Agensi yang berkaitan.

3. Selain itu, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Pusat

Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) dengan kapasiti 150

katil turut menerima hampir kesemua kategori gelandangan

warganegara di Kuala Lumpur. Sehingga kini seramai 2,315 orang

gelandangan telah mendaftar sebagai penghuni di PTGKL.

4. Seterusnya, Program Rumah Bimbingan Gelandangan Kuala

Lumpur telah dilaksanakan melalui kerjasama Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL) kepada gelandangan yang telah selesai

program intervensi di Anjung Singgah dan mempunyai pekerjaan.

Program ini melibatkan 20 buah unit rumah di Perumahan Awam Seri

Negeri Sembilan dan Perumahan Awam Seri Selangor, Kuala Lumpur

dengan kadar sewa RM1.00 sehari bagi seorang penghuni. Sehingga

kini seramai 53 orang gelandangan merupakan penghuni Rumah

Bimbingan Gelandangan ini.

5. Seterusnya, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku melalui

DBKL telah dijadikan tempat agihan makanan tengah hari dan makan

malam yang dilaksanakan secara berjadual oleh pihak NGO. Selain

agihan makanan, aktiviti lain yang turut dijalankan adalah agihan

Page 86: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 27

barangan keperluan, pemeriksaan kesihatan, aktiviti Free Market,

aktiviti kerohanian dan sambutan hari perayaan. Pusat ini tidak

menyediakan penginapan kepada gelandangan dan tertumpu kepada

aktiviti harian sahaja.

6. Seterusnya, Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat

prihatin dan sentiasa berusaha menyediakan akses pendidikan

kepada semua warganegara Malaysia. Kementerian ini juga

bertanggungjawab terhadap menyediakan akses pendidikan formal

dalam persekitaran kondusif bagi kanak-kanak gelandangan agar

tidak tercicir daripada mencapai pembangunan pendidikan Malaysia

selain sebagai persediaan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih

baik.

Sehubungan dengan itu, KPM telah menubuhkan Sekolah Bimbingan

Jalinan Kasih (SBJK) sejak 2013 bertempat di Lorong Haji Hussein Kuala

Lumpur khusus untuk menangani isu pendidikan bagi kanak-kanak

gelandangan di kawasan Kuala Lumpur.

Untuk makluman, SBJK menerima murid warganegara Malaysia dalam

peringkat persekolahan daripada prasekolah hingga menengah atas

(berumur 5 hingga 17 tahun). Kategori kanak-kanak yang diterima masuk ke

SBJK termasuklah:

i. Kanak-kanak jalanan;

ii. Kanak-kanak terpinggir;

iii. Kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri; dan

iv. Kanak-kanak yatim piatu yang tinggal di bawah pusat jagaan kanak-

kanak yang berdaftar.

Page 87: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 27

Latar belakang keluarga murid SBJK terdiri daripada anak-anak pekerja

sosial, ibu bapa yang terlibat dalam gejala dadah, perilaku jenayah, institusi

kekeluargaan yang kucar kacir, tidak mempunyai tempat tinggal tetap

(gelandangan) dan golongan miskin tegar. Pengoperasian SBJK adalah

secara day care dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran secara

formal dan tidak formal termasuk menyediakan makanan percuma kepada

semua murid dengan lima kali sajian sehari. Pembelajaran di SBJK pula

memberi penumpuan utama kepada pembangunan agama atau moral dan

sahsiah diri murid bagi membolehkan murid SBJK diterima oleh masyarakat.

Selain itu, pembangunan blok asrama SBJK berkapasiti 200 pelajar berserta

kemudahan lain telah pun diluluskan dan dalam proses pembinaan serta

dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.

KPM juga bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO)

mewujudkan Program Outreach yang dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur

meliputi Chow Kit, Bukit Bintang, Brickfield dan kekerapan paling tinggi

adalah di sekitar Kampung Baru. Program Outreach dilaksanakan melalui

pendekatan berbentuk temu ramah dan ramah mesra bagi menarik minat

dan menyedarkan tentang kepentingan bersekolah. Program Outreach ini

melibatkan pengetua, guru dan NGO yang aktif sejak 2013 hingga kini.

Program ini dilaksanakan setiap tiga bulan atau mengikut kesesuaian waktu.

Impak Program Outreach ini dapat dilihat melalui peningkatan enrolmen

murid SBJK iaitu daripada seramai 43 orang pada awal penubuhan (19 Ogos

2013) kepada 152 orang pada April 2019. Bilangan ini telah melebihi kapasiti

sebenar, iaitu 150 orang murid sahaja. Hal ini turut membantu KPM

Page 88: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 27

mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Kementerian sentiasa menyelaras dan memperkemas pelbagai inisiatif dan

program serta bantuan yang dilaksanakan dalam membantu gelandangan

melalui pendekatan menyeluruh dalam membantu golongan dan

diintegrasikan semula mereka ke dalam masyarakat.

Page 89: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

persediaan pengetahuan dan teknologi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi

menangani pertambahan 'New Psychoactive Substances' (NPS) atau turut

dikenali sebagai 'legal high' di Malaysia.

Page 90: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 28

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa agresif dalam membanteras

pengedaran dan penyalahgunaan dadah dengan kerjasama rapat pelbagai

peringkat agensi serta masyarakat.

Justeru, Kementerian sentiasa memandang serius ancaman bahan

psikoaktif baru yang dikenali dengan New Psychoactive Substances (NPS)

atau Legal Highs di negara ini di mana ia digunakan bagi menghasilkan

dadah sintetik baru. NPS bukan sahaja menjadi ancaman di Malaysia malah

di seluruh dunia. Terdapat sebanyak 891 jenis dadah yang disyaki

mengandungi NPS sudah dilaporkan di seluruh dunia. Di Malaysia sebanyak

27 jenis NPS telah berjaya dikenal pasti oleh Jabatan Kimia Malaysia sejak

tahun 2012 hingga 2018. Jumlah ini pasti akan bertambah berdasarkan

permintaan yang kian meningkat serta kebolehan pengubahsuaian struktur

dadah yang mudah diolah untuk menghasilkan dadah dengan izin ‘ahead of

the law’.

Oleh yang demikian, PDRM sentiasa berusaha mempertingkatkan

pengetahuan pegawai dan anggota seperti berikut:

i. Memperkasakan siasatan dan maklumat risikan bagi mengesan

kewujudan NPS di negara ini; dan

Page 91: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 28

ii. Menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan dadah

antarabangsa dan dalam negara serta Jabatan Kimia dalam

perkongsian maklumat berkaitan dadah jenis NPS.

Dalam usaha mengekang kewujudan pelbagai dadah jenis NPS ini daripada

terus meningkat, PDRM sentiasa berusaha dalam memantau dan

mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sindiket pengedaran dadah

yang disyaki terlibat dalam penghasilan dadah jenis NPS. Namun, buat

masa ini PDRM masih lagi belum memiliki teknologi yang khusus bagi

mengesan dadah jenis NPS. Namun, PDRM sentiasa menjalinkan

kerjasama yang erat dengan Jabatan Kimia dalam membantu untuk proses

analisis dadah atau bahan kimia yang dirampas disyaki mengandungi dadah

jenis NPS.

Page 92: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' ZAHARI BIN SARIP

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Zahari bin Sarip minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha

Kementerian dalam mengekalkan perpaduan di kalangan masyarakat

negara ini yang kelihatan semakin renggang.

Page 93: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 29

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Perpaduan negara adalah elemen penting dalam memacu kestabilan politik

dan kemajuan negara. Usaha berterusan telah dilaksanakan untuk

menerapkan elemen perpaduan semenjak negara mencapai kemerdekaan.

Umumnya, semua dasar sedia ada Kerajaan selama ini telah menyokong ke

arah perpaduan dan integrasi nasional. Kerajaan di bawah Malaysia Baharu

sentiasa mendokong dan meletakkan perpaduan dan keharmonian sebagai

agenda utama. Pelbagai inisiatif baru telah diperkenalkan agar dasar dan

polisi Kerajaan lebih inklusif dan memberi peluang yang saksama kepada

semua pihak.

Bagaimanapun, senario pada hari ini adalah jauh lebih berbeza dan usaha-

usaha pemupukan semangat perpaduan oleh kerajaan berhadapan dengan

situasi yang lebih mencabar. Ini kerana gaya hidup masyarakat terutamanya

di bandar sentiasa sibuk menjadikan mereka kurang berinteraksi antara satu

sama lain dan bersikap individualistik sehingga menyebabkan wujudnya

jurang perhubungan antara mereka. Ini dtambah lagi dengan kemunculan

media sosial secara meluas di mana pihak-pihak yang tidak

bertanggungjawab sengaja menularkan isu-isu sensitif seperti sentimen

perkauman dan agama melalui media sosial yang telah sedikit sebanyak

mengganggu-gugat perpaduan negara ini sehingga mengakibatkan

kesangsian antara kaum dan agama.

Page 94: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 29

Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

(PERPADUAN) merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk

memperkasakan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat

Malaysia. Dalam usaha memastikan perpaduan terus terpelihara, pelbagai

program dan aktiviti baru dirangka sebagai pendekatan baru untuk

melaksanakan program outreach secara lebih berkesan dan bersistematik

dengan penglibatan penduduk setempat. Pendekatan “mendamping dan

mendidik”, atau engage and educate diambil oleh pihak PERPADUAN

dalam mendepani cabaran mendatang bertujuan untuk menyatupadukan

rakyat jelata. Antara usaha-usaha tersebut adalah seperti berikut:

a) Meningkatkan persefahaman dalam kalangan penganut agama

melalui Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Dan

Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang terdiri

daripada wakil pemimpin Islam dan bukan Islam seperti Hindu,

Buddha, Kristian, Sikh, Tao dan Baha’i dengan mengadakan dialog-

dialog keagamaan dalam kalangan penganut-penganut agama.

b) Menyebarluaskan pendidikan pendamaian dalam kalangan komuniti

agar melakukan pencelahan atau intervensi terhadap konflik atau

perselisihan antara dua pihak dalam komuniti setempat. Untuk

mencapai objektif ini, PERPADUAN melatih pasukan Mediator

Komuniti sebagai kumpulan yang dirujuk oleh masyarakat dalam

menangani sebarang konflik di peringkat komuniti agar isu-isu

perkauman dan sensitiviti agama dapat dibendung sebelum ianya

menular menjadi isu lebih besar.

Page 95: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 29

c) Meningkatkan interaksi komuniti melalui pelaksanaan Program

Sayangi Komuniti di lokasi miskin bandar dan pinggir bandar yang

menyasarkan kepada kumpulan B40 yang berisiko tinggi dan

kepelbagaian kaum bertujuan untuk mengintegrasikan dan

menanamkan sikap saling hormat-menghormati dan kerjasama dalam

kalangan komuniti setempat.

d) Pengiktirafan sebagai Rakan Perpaduan kepada rakan strategik

Jabatan yang telah banyak menyokong dan bekerjasama dalam

melaksanakan program perpaduan dan keharmonian. Rakan

Perpaduan ini terdiri daripada badan korporat/swasta dan badan

bukan kerajaan yang bersedia menyumbang dana dan sumber ke arah

peningkatan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini sebagai

sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Menyedari akan kepentingan generasi muda sebagai barisan kepimpinan

negara di masa hadapan, PERPADUAN telah mengambil langkah proaktif

dalam usaha menanamkan semangat cintakan perpaduan dan patriostisme

dalam kalangan golongan remaja melalui inisiatif berikut:

a) Mendidik asas silang budaya melalui Modul Silang Budaya yang

diperkenalkan kepada pelajar dan Guru Penasihat Kelab Rukun

Negara di peringkat sekolah. Pendidikan melalui modul ini merupakan

pendedahan kebersamaan untuk membolehkan para pelajar

memahami dan menghormati bahasa, agama dan budaya kaum-kaum

lain serta menerima dan menghargai kepelbagaian tersebut.

Page 96: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 29

b) Pengamalan dan penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara

sebagai asas perpaduan nasional melalui program My Rukun Negara

yang diperkenalkan di 1,781 Tabika Perpaduan dan 6,458 Kelab

Rukun Negara di peringkat sekolah rendah dan peringkat menengah

serta 164 Sekretariat Rukun Negara di peringkat IPTA dan IPTS.

c) Program Latihan Industri Perpaduan terdiri daripada PLIP Fasa 1

yang memberi peluang penempatan latihan industri kepaa pelajar

Bumiputera menjalani latihan industri di syarikat bukan Bumiputera.

Manakala, PLIP Fasa 2 menempatkan pelajar bukan bumiputera

menjalani latihan industri di syarikat bumiputera. Pelaksanaan

program ini sebagai kaedah menggalakkan silang kerjaya untuk

pengukuhan perpaduan dan menerapkan unsur-unsur silang budaya,

pemahaman antara agama, inter-faith dan penerimaan antara kaum.

Adalah menjadi harapan kerajaan agar sokongan dan kerjasama semua

rakyat jelata dapat diteruskan agar keharmonian dan perpaduan negara

dapat terus dipertahankan demi keamanan negara ini dan kesejahteraan

hidup semua rakyat dan generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

Page 97: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan

adakah ada usaha-usaha yang progresif dari Kerajaan dalam membantu

peneroka dan pekebun-pekebun kecil ketika harga sawit dan getah jatuh

selain dari pemberian token sebagai bantuan khas.

Page 98: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 30

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Kerajaan amat sedar bahawa pekebun-pekebun kecil komoditi sangat

terkesan dengan ketidakstabilan harga sawit dan getah pada masa ini.

Tumpuan utama kerajaan adalah untuk meringankan kos operasi ladang

supaya pekebun-pekebun kecil ini mampu meraih pulangan yang

menguntungkan walaupun terdapat penurunan harga di peringkat ladang.

Sehubungan itu, bantuan yang disediakan oleh Kerajaan untuk tahun ini

kepada pekebun-pekebun kecil sawit adalah seperti berikut:

(a) memperuntukkan dana pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia

(MSPO) sebanyak RM30 juta bagi membantu pekebun kecil

mendapatkan pengiktirafan MSPO. Dana ini merangkumi kos yuran

pensijilan, pembelian peralatan perlindungan diri (PPE) dan pembinaan

rak bahan kimia. Selain itu, Kerajaan turut menanggung kos latihan dan

taklimat yang akan diberikan kepada pekebun kecil sawit di seluruh

negara;

(b) memberikan diskaun sehingga 20% melalui Skim Insentif Mekanisasi

Ladang Sawit (OPIMIS) kepada pengusaha ladang bagi setiap

pembelian jentera untuk digunakan di ladang sawit; dan

(c) mewujudkan Sustainable Palm Oil Cluster (SPOC) untuk menyatukan

pekebun kecil bagi menjalankan aktiviti untuk kebaikan bersama.

Page 99: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 30

Melalui SPOC, Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) telah

ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil

melalui penjualan buah tandan segar (BTS) secara berkelompok. Bagi

memperkasakan kemampuan KPSM dalam urusan jual beli BTS pula,

Kementerian telah memperuntukkan RM1 juta bagi mewujudkan Skim

Modal Pusingan bagi KPSM.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan juga memberi bantuan kepada pekebun-pekebun kecil getah

menerusi langkah-langkah berikut:

(a) menambah baik pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dengan

kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) IPG daripada RM2.20

kepada RM2.50 sekilogram getah sekerap. Sehingga 31 Januari 2019,

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM125.7 juta untuk IPG;

(b) memperuntukkan sebanyak RM6.4 juta melalui mekanisme penetapan

harga di ladang sebagai modal pusingan kepada koperasi yang terlibat

dalam aktiviti urus niaga getah; dan

(c) memperuntukkan sebanyak RM 128 juta pada tahun ini dalam bentuk

geran di bawah Program High Impact Project (HIP) Tanam Baharu dan

Tanam Semula Getah (TBTS) yang meliputi pemberian input pertanian,

pembelian peralatan dan latihan kepada pekebun kecil di Sabah dan

Sarawak.

Page 100: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 30

Sekian terima kasih.

Page 101: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI YAHAYA BIN MAT

GHANI @ ABBAS

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk

memartabatkan sekolah kebangsaan dan bagaimana untuk mendekatkan

sekolah vernakular dengan sekolah kebangsaan ke arah usaha memupuk

perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum.

Page 102: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 31

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Pendidikan (KPM) pada era ini, seperti yang

termaktub dalam Manifesto Pakatan Harapan mempunyai hala tuju yang

jelas iaitu untuk memastikan sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan

rakyat. Antara langkah yang dilakukan oleh KPM bagi memperkasakan

sekolah kebangsan (SK) agar menjadi sekolah pilihan semua kaum adalah

seperti berikut:

1. penyediaan infrastruktur yang lengkap dan berkualiti;

2. pengupayaan pemimpin dan guru supaya cekap, kompeten dan

berkualiti;

3. memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M (membaca, menulis

dan mengira);

4. memastikan kemenjadian murid secara holistik yang merangkumi aspek

kognitif, afektif dan psikomotor;

5. penyediaan sistem sokongan yang kuat dan mencukupi;

6. penyediaan iklim dan budaya sekolah yang sihat;

7. penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan; dan

8. pemantapan aktiviti kokurikulum dan sukan.

Di samping itu, KPM turut memperkenalkan pembelajaran bahasa ibunda di

SK. Kini, terdapat SK yang menyediakan peluang untuk murid mempelajari

bahasa ketiga seperti Bahasa Cina, Tamil, Arab, Iban dan Kadazandusun.

KPM juga berhasrat memperluas pengenalan bahasa ketiga di semua SK

Page 103: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 31

dan hal ini telah dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk Gelombang 3 pelaksanaannya.

Untuk makluman, KPM memerlukan lebih sumber dan peruntukan yang

khusus untuk memperkasakan SK yang kebanyakannya terletak di luar

bandar. Bagi tujuan ini, KPM sedang memperhebatkan bantuan kepada SK

melalui Program Transformasi Daerah, iaitu salah satu inisiatif di bawah

PPPM 2013-2025 yang menyalurkan bantuan kepada sekolah yang paling

memerlukan di setiap daerah.

Berhubung pemupukan perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum,

KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 9

Tahun 2018: Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Harian Bagi Perpaduan

Di Sekolah KPM bertarikh 9 November 2018. Garis panduan ini bertujuan

memberi panduan kepada pengetua dan guru besar (PGB) dalam

pelaksanaan amalan harian bagi perpaduan di sekolah kebangsaan,

sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), sekolah jenis kebangsaan Tamil

(SJKT) serta sekolah menengah.

Selain itu, Gelombang 2 (2016 - 2020) PPPM 2013-2025 turut menekankan

intervensi bagi memupuk perpaduan yang boleh dicapai melalui beberapa

inisiatif. Bagi aspirasi perpaduan, inisiatif perkukuhan perpaduan di sekolah

dilaksanakan termasuk di kelas prasekolah, sekolah rendah dan menengah.

Bermula pada peringkat prasekolah, KPM telah mengambil inisiatif dengan

menerapkan komponen perpaduan dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK) yang mula dilaksanakan pada 2010 di semua

prasekolah kerajaan dan tadika swasta.

Page 104: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 31

Di peringkat sekolah rendah dan menengah, Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (Semakan 2017) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah

(KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 2017 juga

menekankan kepada perpaduan antara kaum di Malaysia. Kurikulum ini

digubal selaras dengan PPPM 2013-2015 yang menekankan kepada tiga (3)

konstruk utama iaitu:

1. Menerima kepelbagaian;

2. Menghormati Kepelbagaian; dan

3. Mengurus Kepelbagaian.

Selain itu, Buku Panduan Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan Melalui

Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Kurikulum

Kebangsaan turut menekankan warga sekolah perlu menerima,

menghormati serta mengurus kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan

bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang dicadangkan. Murid juga terlibat dengan

aktiviti-aktiviti lain seperti khidmat masyarakat serta pembelajaran koperatif

adalah antara strategi pengajaran yang diterapkan bagi memperkukuh

perpaduan kaum.

Untuk makluman, di bawah Inisiatif #110 Pembangunan Nilai, Sahsiah dan

Perpaduan di sekolah, KPM melaksanakan penerapan nilai dan perpaduan

melalui program-program yang menekan empat (4) nilai teras iaitu kasih

sayang, hormat menghormati, tanggungjawab dan kegembiraan bagi

melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berilmu, beretika, efektif dan

berakhlak untuk memacu pertumbuhan negara bangsa yang mampan dan

inklusif.

Page 105: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 31

Selaras dengan itu, KPM melaksanakan program Rancangan Integrasi

Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) bagi memberi peluang kepada murid

pelbagai kaum daripada berlainan jenis atau aliran sekolah untuk

berinteraksi melalui aktiviti integrasi atau perpaduan. Aktiviti integrasi ini

telah dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum yang meliputi lima (5) elemen

iaitu Kesenian dan Kebudayaan, Sukan dan Permainan, Jati Diri dan

Patriotisme, Akademik dan Khidmat Masyarakat di sekolah.

Di samping itu, penerapan nilai perpaduan turut diterapkan melalui program

sukan dan aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform dan

kelab/persatuan sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan serta

antarabangsa. Penyertaan murid dalam aktiviti ini tidak terhad kepada

golongan tertentu sahaja malah terdiri daripada pelbagai latar belakang

sosioekonomi, agama dan etnik. Program-program ini mampu membentuk

kesedaran dalam diri individu dan menjadi platform terbaik dalam penerapan

nilai perpaduan seperti yang dihasratkan.

Sekian, terima kasih.

Page 106: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL

SINGH

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta PERDANA MENTERI

menyatakan statistik jumlah penjawat awam yang masih dalam "kontrak"

perkhidmatan di semua Kementerian dan adakah apa-apa pelan untuk

menjadikan penjawat awam kontrak yang telah berkhidmat lebih dari 10

tahun dijadikan pekerja tetap.

Page 107: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 32

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 1 Januari 2019, jumlah

keseluruhan pegawai lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam adalah

seramai 15,574 orang.

Bagi pertanyaan berkenaan dengan pelan untuk menjadikan penjawat awam

kontrak yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun dijadikan pekerja tetap,

Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai lantikan secara kontrak

perkhidmatan (Contract of Service) yang telah berkhidmat sekurang-

kurangnya 15 tahun boleh dilantik secara tetap mulai 1 Julai 2016 tertakluk

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Setakat ini Kerajaan tidak

bercadang untuk mengurangkan tempoh 15 tahun kepada melebihi 10 tahun

untuk diserap ke jawatan tetap.

Sekian, terima kasih.

Page 108: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK RABIYAH BINTI ALI

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN menyatakan bagaimanakah SWCorp memastikan syarikat-

syarikat pembersihan awam yang dilantik benar-benar menjalankan kerja

pembersihan di kawasan awam dengan cekap.

Page 109: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 33

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan pembersihan awam

yang dijalankan oleh syarikat konsesi adalah meliputi operasi

pembersihan jalan, longkang, rumput, tempat awam, tandas awam,

pusat penjaja, pasar awam, sampah haram, pantai awam dan

pengalihan bangkai.

2. Bagi memastikan perkhidmatan pembersihan awam tersebut

dilaksanakan dengan cekap, pemantauan adalah berdasarkan kepada

perkara-perkara berikut:

(a) Pematuhan terhadap Manual Operasi;

(b) Pemantauan jadual operasi melalui Intelligent Monitoring and

Enforcement Management System (Sistem i-MEMS);

(c) Penetapan Indek Petunjuk Prestasi (KPI);

(d) Pelaksanaan Notice to Correct (NTC); dan

(e) Pemantauan melalui Pusat Kawalan Command, Control,

Communications, Computers and Integration (C4i).

Pematuhan terhadap Manual Operasi

3. Manual operasi mengandungi penerangan berkenaan aktiviti, proses

kerja dan prosedur operasi standard (SOP) untuk skop perkhidmatan

yang ditetapkan di dalam Perjanjian Konsesi. Setiap jenis

Page 110: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 33

perkhidmatan pembersihan mempunyai perincian spesifikasi yang

perlu dipatuhi dengan penggunaan jentera yang bersesuaian.

Pemantauan jadual operasi melalui Sistem i-MEMS

4. Syarikat konsesi juga hendaklah mematuhi jadual pembersihan awam

yang telah ditetapkan dan dimuat naik ke dalam Sistem i-MEMS

dalam tempoh sebulan sebelum kerja dilaksanakan. Ia bertujuan untuk

memastikan perkhidmatan pembersihan awam dilaksanakan mengikut

kekerapan yang ditetapkan dan pemantauan dapat dilaksanakan

dengan lebih berkesan.

Indeks Petunjuk Prestasi (KPI)

5. SWCorp juga telah menetapkan kriteria dan standard tertentu dalam

memastikan perkhidmatan pembersihan awam menepati KPI yang

ditetapkan. Berikut merupakan contoh KPI bagi pembersihan jalan,

longkang dan pemotongan rumput:

a) Pembersihan jalan

PERKARA PERINCIAN

Kekerapan - Jalan protokol (harian)

- Jalan utama/komersial (6 kali seminggu)

- Jalan industri (1 kali sebulan)

Page 111: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 33

Spesifikasi Bebas daripada apa jua jenis sisa pepejal,

serpihan dan sebarang bentuk objek asing di

sepanjang kawasan sapuan jalan.

Peralatan /

jentera

Kaedah pembersihan iaitu manual dan mekanikal

yang melibatkan penggunaan road sweeper

suction vehicles.

b) Pembersihan longkang

PERKARA PERINCIAN

Kekerapan 1 kali sebulan yang merangkumi longkang jenis

terbuka, tertutup, longkang tanah dan longkang

monsun.

Spesifikasi Semua bahagian dibersihkan untuk mengeluarkan

halangan dan memastikan aliran air atau

pelepasan lain tidak terganggu dan kekal

berterusan bagi mengelak banjir disebabkan

longkang tersumbat.

Bersih dari semua enapcemar, sisa pepejal,

tumbuhan liar, rumpai, batu dan objek asing lain.

Termasuk lumut yang menghalang pengaliran air

di dalam longkang

Peralatan /

jentera

Jentera water-jetter dan sludge vacuum tanker

diguna pakai bagi pembersihan longkang tertutup

dan pembersihan sump.

Page 112: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 33

c) Pemotongan rumput

PERKARA PERINCIAN

Kekerapan 2 kali sebulan.

Spesifikasi Ketinggian rumput tidak kurang dari 2 sentimeter

dan tidak lebih daripada 4 sentimeter.

Pemotongan rumput bahu jalan juga dilaksanakan

sekurang-kurangnya 3 meter daripada longkang.

Peralatan /

jentera

Mesin rumput atau tractor rotor slasher.

Pelaksanaan Notice to Correct (NTC)

6. NTC merupakan pemberitahuan kepada syarikat konsesi untuk

mengambil tindakan pembetulan ke atas pematuhan jadual atau kualiti

kerja pembersihan di lapangan. Bagi setiap NTC yang dikenakan,

tindakan pembetulan perlu diambil dalam tempoh 24 jam. Sekiranya

syarikat konsesi gagal mengambil tindakan dalam tempoh tersebut,

Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) akan dijatuhkan kepada syarikat

konsesi menerusi denda dalam bentuk penalti pemotongan bayaran.

Pemantauan melalui Sistem Kawalan C4i

7. Inisiatif terbaharu dalam mempercekapkan pemantauan adalah

menerusi Pusat Kawalan C4i (Command, Control, Communications,

Computers and Integration) di Ibu Pejabat SWCorp. Kaedah yang

Page 113: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 33

dilaksanakan adalah menerusi pemantauan secara jarak jauh (remote)

dan real-time menerusi prinsip self-regulate yang diterapkan di Pusat

Kawalan C4i dengan menempatkan pusat kawalan bagi ketiga-tiga

syarikat konsesi.

8. Pada masa yang sama juga anggota penguatkuasa SWCorp turut

melaksanakan pemantauan di lapangan menerusi Sistem

Pemantauan Kawalan Kebersihan (SPKK) bagi mengukur kualiti kerja

agar mengikut SOP yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Page 114: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN

ABDULLAH

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan bahawa di Australia, di adakan 'evidence based policing' iaitu

meningkatkan jumlah rondaan setiap 13 minit oleh polis telah menurunkan

kadar jenayah di kawasan panas, apakah komitmen Kementerian dalam

mengikuti langkah terbabit.

Page 115: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 34

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Evidence-based policing merupakan satu pendekatan bagi merangka dasar

dan membuat keputusan strategik bagi jabatan polis. Ia menggalakkan

penggunaan bukti, dapatan kajian serta analisis statistik dalam pengurusan

polis berbanding polis hanya menggunakan prosedur yang telah ditetapkan

sebelum ini.

Kementerian berhasrat untuk meningkatkan kekerapan rondaan seperti

yang diamalkan di Australia dalam usaha untuk menurunkan kadar jenayah

terutamanya di kawasan-kawasan panas (yang kerap berlaku jenayah).

Namun demikian, Kementerian melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu

bergantung kepada kekuatan anggota PDRM bagi memastikan semua

kawasan di seluruh Malaysia menikmati kekerapan rondaan yang sama.

Berikut merupakan inisiatif-inisiatif PDRM dalam usaha meningkatkan

rondaan di kawasan panas iaitu:

i) Unit MPV adalah satu elemen yang menjadi barisan hadapan (front

liner) dalam melaksanakan tugasan rondaan di setiap kawasan

perumahan dan bertindak sebagai ‘first responder’ terhadap mana-

mana insiden yang berlaku jenayah, ketenteraman awam,

krisis,bencana dan kemalangan jalan raya. Rondaan yang dilaksanakan

di kawasan yang ditetapkan adalah berdasarkan kajian yang telah

dilaksanakan mengikut kriteria seperti kekerapan berlaku jenayah,

kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan-kawasan perindustrian;

Page 116: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 34

ii) Unit Rondaan Bermotosikal (URB) juga menjalankan tugas rondaan

dengan menggunakan motosikal. Tugasan rondaan ini bukan sahaja

untuk pemeriksaan di kawasan penduduk/premis dan meningkatkan

kesedaran tentang keselamatan semata-mata namun bertujuan

memberi maklumat kepada masyarakat mengenai tindakan yang perlu

diambil sekiranya berlaku jenayah. Penggunaan motosikal ini akan

meningkatkan lagi kekerapan dan kepantasan PDRM di kawasan-

kawasan yang sesak dengan kenderaan; dan

iii) Selain itu, bantuan rondaan dan pemantauan oleh balai-balai Polis di

dalam kawasan pentadbirannya juga menambah lagi kekerapan dan

pemantauan di sesuatu kawasan panas.

PDRM memerlukan kerjasama dari orang ramai untuk membanteras

masalah jenayah dan sekiranya kerjasama dan komitmen orang ramai

adalah rendah, tentulah sukar untuk PDRM membanterasnya. Masyarakat

harus melaporkan kepada pihak PDRM jika berlaku sesuatu kejadian

jenayah dan tidak seharusnya melindungi penjenayah berkenaan.

Kerjasama, penghormatan dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak

polis amat diperlukan demi keselamatan dan keamanan negara.

Kementerian akan memastikan bahawa permuafakatan antara polis dan

masyarakat terus berjalan dan juga memperlihatkan bahawa pentingnya

hubungan saling memerlukan antara polis dan masyarakat kerana

tanggungjawab memelihara keamanan dan ketenteraman di negara kita

bukan hanya terletak di bahu PDRM semata-mata tetapi juga semua lapisan

Page 117: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 34

masyarakat selari dengan tema polis ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Page 118: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan

apakah pelan tindakan Kerajaan untuk mengurangkan bilangan pekerja

asing di negara kita, serta apakah justifikasi Kerajaan untuk mengkaji

semula dasar pembekuan pengambilan pekerja asing di sektor borong dan

peruncit memandangkan langkah ini bertentangan dengan manifesto

Pakatan Harapan.

Page 119: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 35

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan dalam usaha

mengurangkan kebergantungan kepada guna tenaga asing, Kerajaan telah

dan sedang mengambil langkah-langkah seperti yang berikut:

(i) menetapkan had penggajian pekerja asing di Malaysia tidak melebihi

15% daripada jumlah guna tenaga Negara pada tahun 2020

sepertimana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11;

(ii) penggajian pekerja asing diluluskan kepada tujuh (7) sektor sahaja

iaitu pembinaan, pertanian, perladangan, perkilangan, perkhidmatan

dan perlombongan & kuari serta pekhidmat domestik;

(iii) menggalakkan sektor-sektor berintensifkan buruh beralih kepada

penggunaan mekanisasi dan automasi. Langkah ini dapat membantu

negara mencapai sasaran melahirkan 35% pekerja mahir di Malaysia

menjelang tahun 2020;

(iv) penggajian pekerja asing dari mana-mana Negara sumber hendaklah

berdasarkan kepada keperluan sebenar industri dan sektor-sektor

yang dibenarkan sahaja (real industrial demand);

Page 120: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 35

(v) syarat-syarat permohonan pekerja asing diperketatkan dari segi

penetapan nisbah pengambilan berdasarkan komposisi pekerja

warganegara dan pekerja asing;

(vi) Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan membuat saringan bagi memastikan

hanya majikan yang berkeupayaan (genuine) dan mematuhi standard

perburuhan seperti pematuhan gaji minimum, menyediakan

kemudahan kediaman berserta kemudahan asas dan tiada rekod

pelanggaran kes buruh sahaja dipertimbangkan memohon pekerja

asing;

(vii) menyediakan exit policy penggajian pekerja asing melalui

pelaksanaan pelan latihan kemahiran kepada pekerja warganegara,

memberi keutamaan kepada mekanisme Industrialised Building

System (IBS) dalam sektor pembinaan, peralihan kepada intensif

automasi dan mekanisasi, restoran berkonsepkan self-service dan

sebagainya.

2. Pada masa yang sama, pelbagai usaha dijalankan untuk

menempatkan lebih ramai pekerja warganegara dalam pekerjaan:

(i) majikan dikehendaki untuk mengiklankan kekosongan sesuatu

jawatan dalam Portal JobsMalaysia bagi memastikan kekosongan

jawatan ditawarkan kepada pencari kerja warganegara terlebih

dahulu;

Page 121: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 35

(ii) kolaborasi antara JTK dengan majikan melalui Program Penempatan

Pekerjaan (3P) untuk penawaran peluang pekerjaan kepada pencari

kerja warganegara;

(iii) memperkenalkan Sistem Latihan Dual Nasional untuk menyediakan

tenaga kerja mahir negara melalui kaedah latihan industri yang

komprehensif dan terkini bagi memastikan kemahiran tenaga kerja

dipertingkatkan;

(iv) pembiayaan latihan di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad

melalui caruman levi majikan untuk melatih semula pekerja bagi

meningkatkan kemahiran serta kepelbagaian kemahiran pekerja; dan

(v) cadangan untuk melaksanakan Multi-tier Levi yang mana pengambilan

pekerja asing adalah berdasarkan Dependency Ratio Ceiling (DRC)

iaitu nisbah antara pekerja warganegara dan pekerja asing.

3. Berhubung dengan kajian semula dasar pembekuan pengambilan

pekerja asing di sektor borong dan peruncit, adalah dimaklumkan bahawa

sebarang dasar berhubung pembukaan sektor beku untuk menggajikan

pekerja asing akan diperhalusi dan dikaji secara komprehensif oleh Agensi

Kawal Selia. Kajian tersebut akan merangkumi keperluan sebenar pekerja

asing yang diperlukan, jenis kategori pekerjaan, impak kepada pertumbuhan

ekonomi negara, pelaksanaan exit strategy dan sebagainya. Ini bagi

memastikan dasar penggajian pekerja asing tidak dibuat sewenang-

wenangnya sekali gus menepati hasrat negara dan manifesto Pakatan

Harapan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Page 122: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 35

4. Kesimpulannya, Kerajaan sememangnya sentiasa memastikan

pekerja warganegara diberi keutamaan dalam peluang pekerjaan dan pada

masa yang sama, Kerajaan juga sedang meneliti pelbagai aspek dalam

pengurusan pengambilan pekerja asing secara holistik supaya lebih

sistematik dan berintegriti.

Page 123: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI ABIDULLAH BIN

SALLEH

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta PERDANA MENTERI menyatakan

bilangan individu dan pihak yang telah ditangkap dan didakwa di mahkamah

di bawah Akta Komunikasi kerana telah menyebarkan berita tidak benar

(fake news) di negara ini.

Page 124: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 36

JAWAPAN

1. Input ini adalah untuk pertanyaan jawab lisan nombor 35 oleh YB

Senator Datuk Haji Abidullah bin Salleh untuk dijawab pada 6 Mei 2019 dan

pertanyaan jawab lisan nombor 88 oleh YB Senator Puan Sopiah binti Sharif

untuk dijawab pada 8 Mei 2019.

2. Pada tahun 2018 sebanyak lima puluh enam kes telah disiasat dan

didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]

manakala bagi tahun 2019 setakat ini tiada lagi kes yang disiasat dan

didakwa.

Page 125: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK MUSTAPA KAMAL BIN

MOHD YUSOFF

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan

berapakah jumlah pelaburan asing yang telah berjaya dibawa masuk hasil

daripada lawatan rasmi anggota kabinet ke luar negara semenjak Mei 2018.

Page 126: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Penganjuran Misi Perdagangan dan Pelaburan oleh Kementerian dan

agensi-agensi dibawahnya adalah program promosi utama dalam

usaha menarik pelaburan ke Malaysia dan ianya sentiasa diadakan

setiap tahun bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan

pelabur. Antara aktiviti-aktiviti promosi yang dijalankan adalah seminar,

mesyuarat meja bulat dan program-program berkaitan pelaburan dan

perdagangan yang berpotensi dalam sektor perkilangan dan

perkhidmatan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Sejak Mei 2018, sebanyak tiga Misi Perdagangan dan Pelaburan ke

destinasi berikut telah dijalankan di bawah Kementerian iaitu:

(i) Jepun dan Republik Korea pada 13-21 Oktober 2018;

(ii) Eropah pada 3-17 November 2018; dan

(iii) Amerika Syarikat pada 29 Mac - 10 April 2019.

3. Misi-misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan ini telah berjaya

menarik potensi pelaburan berjumlah RM14.8 billion dalam sektor-

sektor seperti berikut:

(iv) elektrikal dan elektronik;

(v) petrokimia;

(vi) kimia dan produk berasaskan kimia;

Page 127: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 37

(vii) jentera dan peralatan;

(viii) teknologi makanan;

(ix) farmaseutikal; dan

(x) perkhidmatan.

4. Sebagai kesinambungan kepada usaha menggalakkan pelaburan dan

perdagangan negara, misi-misi penggalakan pelaburan dan

perdagangan yang dirancang sehingga akhir tahun ini termasuklah ke

negara-negara Chile, China, Qatar dan Jepun.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Untuk makluman, bagi tahun 2018, Malaysia telah berjaya menarik

sejumlah RM201.7 bilion pelaburan yang diluluskan dalam sektor

perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama berbanding RM200.6

bilion pelaburan yang telah diluluskan pada tahun 2017. Sebanyak

4,887 projek telah diluluskan dan dijangka akan mewujudkan sebanyak

129,780 peluang pekerjaan untuk negara.

6. Pihak Kementerian serta agensinya Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia (MIDA) akan mengambil tindakan susulan yang

sewajarnya bagi membantu para pelabur bagi memastikan kelancaran

dan kejayaan pelaksanaan projek-projek pelaburan ini di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 128: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan rancangan dan usaha bagi memastikan e-sukan adalah bebas

daripada unsur proses radikalisasi.

Page 129: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 38

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa

bersungguh-sungguh dalam memastikan sukan elektronik bebas

daripada unsur proses radikalisasi.

2. Kementerian melalui MSN telah pun merangka “Blueprint Sukan

Elektronik Malaysia” yang pertama, di mana salah satu objektif

utamanya adalah membina kesedaran awam dan mempromosikan

permainan sukan elektronik yang sihat tanpa mengira had umur.

3. Kementerian juga dalam perancangan awal untuk bekerjasama dengan

Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjadikan sukan elektronik

sebagai ko-kurikulum tambahan di peringkat sekolah menengah. Ini

juga merupakan salah satu strategi yang telah dirangka dalam Blueprint

tersebut.

4. Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) akan mengambil langkah

mempromosikan sukan esports yang sihat secara jelas bersama-sama

ahli gabungannya kepada masyarakat awam melalui kempen-kempen

promosi dan kejohanan-kejohanan di peringkat daerah, negeri dan juga

kebangsaan. Kempen-kempen promosi ini akan memberi pendedahan

dan penekanan terhadap perbezaan antara permainan video game dan

sukan elektronik kompetitif.

Page 130: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 38

5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini tiada unsur proses

radikalisasi yang telah dinyatakan berpunca daripada sukan elektronik.

Malah sehingga kini tiada hasil kajian yang membuktikan ketagihan

permainan video game membuatkan seseorang menjadi pengganas.

6. Walau bagaimanapun, bagi menangani isu radikalisasi, pihak kerajaan

melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melaksanakan

program-program yang berikut:

(a) Mempromosi Kempen Healthy Gaming bagi memberi

pendedahan, pendidikan dan kesedaran kepada belia tentang

aspek kepentingan permainan digital dengan cara yang lebih

positif dan bertanggungjawab. Kempen ini memberi pendedahan

melalui program kesedaran yang dijalankan oleh para penggiat

sukan elektronik atau esports yang bukan sahaja para atlet

esports tetapi para jurulatih, pengurusan kejohanan, pencipta

kandungan serta golongan yang terlibat dalam pembangunan

bidang ini.

(b) Kempen Healthy Gaming ini juga dijalankan melalui Level Up @

Schools di peringkat sekolah dan program ini turut memberi

pendedahan kepada pelajar mengenai peluang yang boleh diraih

khususnya tentang kerjaya dalam bidang ini terutamanya sebagai

pembangun dan penghasil. Pada tahun 2018, MDEC telah

mengadakan lawatan ke 97 buah sekolah di seluruh negara dan

seramai 437 murid telah terlibat dengan program ini. Sebanyak

Page 131: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 38

114 buah permainan video digital telah dihasilkan melalui program

ini. Pada tahun ini, MDEC akan bekerjasama dengan Majlis

Amanah Rakyat (MARA) untuk mencungkil bakat-bakat pelajar

daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terpilih.

(c) MDEC juga bekerjasama dengan rakan industri seperti Media

Prima, Astro, EGG untuk menganjurkan program Healthy Gaming

di Institusi Pendidikan Tinggi di seluruh negara melalui platform

seperti Kejohanan eSukan Kampus. Program ini adalah untuk

memberi pendedahan kepada lebih sejuta siswa dan siswi dari

semua institusi pendidikan di seluruh negara tentang budaya

Healthy Gaming, seterusnya memberi pendedahan akan potensi

industri ini terhadap masa depan mereka.

Sekian, terima kasih.

Page 132: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan

berapakah jumlah peruntukan dan projek luar bandar bagi masyarakat

Orang Asli pada tahun 2019.

Page 133: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 39

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2019 Kerajaan telah

meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM56.54 juta kepada

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) selaku agensi pelaksana. Daripada

jumlah tersebut, sebanyak RM20.0 juta (65 projek) adalah untuk

pelaksanaan Program Pembangunan Infrastruktur di perkampungan Orang

Asli dan sebanyak RM15.0 juta (88 projek) untuk pelaksanaan Projek

Bekalan Air Terawat di perkampungan Orang Asli yang terletak di kawasan

luar bandar.

Manakala baki peruntukan sebanyak RM21.54 juta, diperuntukkan untuk

program berikut:

i. Pengambilan Balik Tanah / Ukur (20 projek);

ii. Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli

Sungai Siput (3 projek);

iii. Program Pembangunan Ekonomi Orang Asli (91 projek);

iv. Program Pembangunan Usahawan Orang Asli (75 projek);

v. Menaik taraf Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Rompin,

Pahang (1 projek);

vi. Menaik taraf Pusat Latihan Kluang (1 projek); dan

vii. Menyediakan kelengkapan Pusat Transformasi Modal Insan (Putra

Asli) Kuala Nerus, Terengganu (1 projek).

Sekian, terima kasih.

Page 134: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' SRI KHAIRUDIN SAMAD

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk

meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi meningkatkan hukuman

terhadap pelaku kesalahan jalan raya sehingga menyebabkan kematian

terutamanya memandu di bawah pengaruh dadah.

Page 135: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 40

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pihak Kementerian sangat

memandang serius terhadap kesalahan jalan raya yang diakibatkan

oleh memandu di bawah pengaruh dadah dan/atau alkohol. Masalah

ini harus dikurangkan dan dibendung melalui pendekatan yang

komprehensif termasuk kempen kesedaran yang lebih giat,

penekanan dalam modul dan sukatan pelajaran di sekolah,

pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas dan juga usaha

memperketatkan undang-undang yang sedai ada.

2. Kementerian akan meneliti dan menjalankan kajian secara mendalam

sebelum sebarang keputusan untuk meminda Akta Pengangkutan

Jalan 1987 (‘Akta 333’) sedia ada. Oleh kerana penguatkuasaan

terhadap kesalahan jalan raya berhubung kematian terutamanya

kematian memandu di bawah pengaruh alkohol/dadah adalah di

bawah bidang kuasa PDRM, maka pandangan dan kerjasama

daripada PDRM adalah sangat mustahak. Di samping itu, pandangan

daripada Jabatan Peguam Negara dan MIROS juga perlu diambilkira.

3. Pada ketika ini, Seksyen 41 Akta 333 telah memperuntukkan bahawa

mana-mana orang yang telah didapati bersalah menyebabkan

kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya

hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua

tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan dikenakan denda

Page 136: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 40

tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua

puluh ribu ringgit. Jika seseorang yang disabitkan melakukan

kesalahan di bawah Seksyen 41 ini adalah merupakan pemegang

lesen memandu percubaan, maka Mahkamah selepas menyabitkan

kesalahan akan membatalkan lesen memandu percubaan itu.

4. Di bawah peruntukkan Seksyen 44 pula, mana-mana orang yang

menyebabkan kematian atau kecederaan akibat memandu di bawah

pengaruh alkohol dan/atau dadah, apabila disabitkan, hendaklah

dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan

tidak lebih daripada sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada

lapan ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.

Pesalah yang memegang lesen percubaan juga apabila disabitkan

akan dibatalkan lesen tersebut.

5. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen 41 juga akan hilang

kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen

memandu selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun (dan lima

tahun bagi kesalahan di bawah Seksyen 44) dari tarikh sabitan dan

dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan

selama tempoh sepuluh tahun dari tarikh sabitan.

6. Selain dari itu, lesen memandu orang yang melakukan kesalahan yang

sedang dalam proses pertuduhan juga akan digantung bermula dan

berkuat kuasa dari tarikh pertuduhan itu dibacakan pertama kalinya

kepada orang itu sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad

terhadap pertuduhan itu.

Page 137: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 40

Sekian, terima kasih.

Page 138: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PELANCONGAN, SENI

DAN BUDAYA menyatakan bilangan pelancong asing yang datang ke

Malaysia dan berapakah jumlah kutipan cukai pelancongan yang dijana

pada tahun 2018 serta janaan pendapatan di sektor peruncitan,

perkhidmatan hotel dan pelancongan serta ekonomi pelancongan desa.

Page 139: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 41

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2018, seramai 25.9 juta pelancong asing telah

mengunjungi Malaysia dengan jumlah pendapatan pelancongan sebanyak

RM84.1 bilion. Hasil kutipan cukai pelancongan pada tahun 2018 adalah

sebanyak RM216.7 juta. Berdasarkan Akaun Satelit Pelancongan Tahun

2017 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, industri

perdagangan runcit dan penginapan masing-masing telah menyumbangkan

sebanyak 44.8% iaitu RM90.3 bilion dan 12.8% iaitu RM25.8 bilion kepada

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara. Di samping itu, melalui

pelaksanaan Program Pengalaman Homestay Malaysia di bawah

Kementerian ini, sejumlah RM27.6 juta pendapatan telah dijana oleh 4,070

pengusaha inap desa di seluruh negara pada tahun 2018. Selain itu,

Kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

(Kraftangan Malaysia) turut melaksanakan program-program pembangunan

komuniti dan usahawan kraf tempatan seperti projek Kraf Komuniti Ku bagi

mempromosi produk kraf tempatan yang seterusnya membantu menjana

pendapatan usahawan kraf. Pelaksanaan program-program ini telah

melibatkan seramai 5,572 orang usahawan kraf di seluruh negara dengan

penjanaan nilai jualan sebanyak RM506.5 juta bagi tempoh Januari

sehingga Disember 2018.

Sekian, terima kasih.

Page 140: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH RAHEMAH BINTI IDRIS

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta PERDANA MENTERI menyatakan

berapa banyak aset, nilai aset Khazanah mahupun subsidiari yang telah dan

akan dijual. Namakan aset-aset tersebut, kepada siapa ianya dijual serta

jumlah jualan setiap aset tersebut.

Page 141: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 42

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berikut adalah senarai aset dalam

bentuk saham syarikat tersenarai terpilih yang dikuasai oleh Khazanah

Nasional Berhad (Khazanah) yang telah dilupuskan sepanjang tahun 2018:

Syarikat Industri

Negara

penyenara

ian

Jumlah

Hasil

RM juta

Catata

n

CIMB Group Holdings

Berhad

Perbank

an Malaysia 363

Tiada

maklu

mat

pembel

i1

BDO Unibank Inc

Perbank

an Filipina 360

Infosys Limited Penggu

na India 284

PT Charoen Pokphand

Indonesia

Penggu

na Indonesia 222

Titan Industries Limited

Penggu

na India 212

Secara keseluruhannya, Khazanah telah memperoleh kira-kira RM1.4 bil

dalam bentuk hasil pelupusan aset yang dilaksanakan pada tahun 2018,

1 Kesemua pelupusan yang dinyatakan dalam jadual di atas adalah bagi syarikat-syarikat tersenarai awam sahaja.

Sesetengah pelupusan yang dilaksankana oleh Khazanah dalam syarikat-syarikat yang tersenarai awam dilakukan

di pasaran awam sekunder (open secondary market). Sehubungan itu, Khazanah tidak mempunyai senarai pembeli

untuk pelupusan tersebut

Page 142: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 42

yang mana hasil tersebut digunakan bagi tujuan pembayaran balik hutang,

pembayaran dividen dan pelaburan semula dalam aset-aset baharu.

Rasional serta pertimbangan dalam pelupusan aset

Sebagai sebahagian daripada proses semakan portfolio yang lazim,

Khazanah akan mempertimbangkan peluang pelupusan aset-aset sebaik

sahaja aset tersebut mencapai objektif pelaburan dan pulangan sasarannya.

Ini merupakan rasional utama bagi sebarang pelupusan yang dilakukannya.

Setiap satu peluang pelupusan akan dinilai berdasarkan sasaran kewangan

dan juga sasaran strategik yang ditetapkan, yang turut bergantung kepada

masa dan kekuatan pasaran serta ketersediaan, kualiti dan kredibiliti

pembeli, memandangkan pelupusan itu sendiri sememangnya bersifat

oportunistik.

Rancangan pelupusan aset

Khazanah tidak dapat menyatakan secara terpeinci aset-aset yang bakal

dilupuskannya pada tahun kewangan semasa memandangkan ia

memerlukan kelulusan pihak tertentu termasuk Lembaga Pengarah serta

pihak pengawal selia, baik di dalam mahupun di luar negara, bagi

memastikan ia dilaksanakan secara tertib dan teratur serta menurut undang-

undang dan peraturan yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Page 143: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

langkah yang bakal diambil oleh pihak Kementerian bagi membendung

pusat-pusat pengajian tinggi mengeluarkan kelulusan ijazah palsu.

Page 144: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 43

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memandang serius

sebarang isu yang melibatkan integriti dan pengiktirafan universiti awam

(UA) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). Bagi kes sijil-sijil palsu di

UA dan IPTS, KPM bertindak berdasarkan aduan yang diterima menerusi

saluran aduan yang telah disediakan. Sehingga hari ini, KPM telah

menerima dua kes aduan yang melibatkan pemalsuan Ijazah Kedoktoran

(Ph.D) dan universiti tersebut telah membuat laporan kepada pihak

berkuasa.

KPM telah mengambil inisiatif dalam menangani isu sijil palsu di UA dan

IPTS, antaranya adalah memperkenalkan sistem pemantauan dalaman,

seperti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan institusi

pendidikan tinggi pertama menggunakan Sistem Pengeluaran dan

Pengesahan Universiti atau e-Scroll yang menggunakan teknologi

Blockchain. Proses pengesahan dapat dibuat di seluruh dunia dengan

pantas dengan mengimbas kod respon pantas atau kod QR yang dicetak

pada ijazah berkenaan. Sistem e-Scroll ini turut diguna pakai di Universiti

Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dengan

menggunakan sistem ini, pihak-pihak berkepentingan seperti majikan boleh

membuat semakan bagi menentukan kesahihan dan ketulenan sijil tersebut.

Bagi menyokong usaha ini, KPM telah membangunkan sistem pangkalan

data bagi Penerima Ijazah Kehormat dan Ph.D di peringkat KPM. Pangkalan

Page 145: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 43

data ini melibatkan graduan Ph.D UA dan IPTS yang bergraduat di Malaysia.

Sistem ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Bagi fasa

seterusnya, penggunaan sistem ini akan diperluaskan ke peringkat sijil,

ijazah sarjana muda dan sarjana di UA dan IPTS dalam negara dan

pengumpulan data Ph.D dari luar negara. Semakan nama boleh dilayari di

pautan berikut: https://dohe.moe.gov.my/award/

Dalam konteks pengurusan pendidikan tinggi swasta, KPM sentiasa

memastikan IPTS mematuhi akta dan peraturan di bawah Akta Institusi

Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555]. Bagi mengekang penularan kes

kelulusan akademik palsu ini, KPM telah mengambil pelbagai inisiatif yang

mencakupi langkah-langkah pemantauan dan pencegahan serta tindakan

bersifat punitif sekiranya melibatkan IPTS, antaranya bekerjasama

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyekat

akses ke laman sesawang yang disyaki menawarkan atau menjual sijil

palsu, perkongsian maklumat dan risikan dengan agensi penguatkuasaan

lain, memberi penerangan dari semasa ke semasa kepada masyarakat

untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan teknologi

dan ciri keselamatan terkini bagi menjamin ketulenan sijil.

Pihak ibu bapa, pelajar, majikan, pihak berkuasa melantik boleh merujuk

kepada Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register,

MQR), bagi mendapatkan maklumat tepat berkaitan dengan kelayakan

akademik daripada program-program pengajian yang telah dinilai dan diberi

akreditasi. Maklumat kelayakan akademik yang telah mendapat akreditasi

boleh dirujuk di portal Agensi Kelayakan Malaysia:

http://www2.mqa.gov.my/mqr/

Page 146: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 43

Berhubung dengan sijil, diploma, ijazah atau kelulusan akademik yang

palsu, tindakan undang-undang boleh diambil melalui peruntukan undang-

undang sedia ada yang, antara lainnya, adalah di bawah Akta Universiti dan

Kolej Universiti 1971 [Akta 30] dan Akta 555.

Laporan berhubung perkara ini perlu dibuat kepada Polis Diraja Malaysia

untuk siasatan lanjut di bawah Kanun Keseksaan Malaysia [Akta 574].

Sekian, terima kasih.

Page 147: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L

A.ACHYUTHAN NAIR

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI INDUSTRI

UTAMA menyatakan mengenai eksport minyak sawit ke tiga buah negara

iaitu China, India dan Eropah untuk Januari dan Februari 2019 mencatatkan

peningkatan sebanyak 10.5% jika dibandingkan dengan bulan yang sama

bagi tahun lepas. Berapa lama momentum ini dapat bertahan melihat

kepada persaingan negara-negara pengeluar minyak sawit dan apakah

perancangan dibuat untuk menambahkan lagi negara-negara yang mahu

membeli minyak sawit dari Malaysia.

Page 148: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 44

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Momentum permintaan terhadap minyak sawit Malaysia dari negara-negara

tersebut adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti permintaan dan

penawaran; persaingan dengan minyak sayuran lain; harga; dan

ketersediaan minyak sayuran tempatan di negara-negara tersebut.

Kesemua faktor ini akan menentukan momentum jumlah eksport minyak

sawit Malaysia ke pasaran negara-negara pengimport tersebut.

Antara perancangan dan langkah yang di ambil untuk menambahkan lagi

pasaran baru minyak sawit negara adalah seperti berikut:

i. Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

Skim MSPO yang akan dijadikan mandatori pada 1 Januari 2020 akan

dijadikan satu langkah ke arah mewujudkan sistem kemampanan yang

diterima secara global dan menjenamakan minyak sawit milik Malaysia

yang seterusnya diterima sebagai pilihan utama pengguna. Ini akan

membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit

mampan Malaysia di negara-negara pengimport.

ii. Meningkatkan Permintaan dengan Memperkukuh Pasaran Sedia Ada

dan Meneroka Pasaran Baharu

Page 149: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 44

Kementerian dan agensi-agensinya giat menjalankan aktiviti promosi

dan pengembangan pasaran di dalam dan di luar negara melalui

penyertaan dalam pameran, ekspo perdagangan dan misi teknikal bagi

mempromosi dan meningkatkan tahap kesedaran tentang kebaikan

produk sawit keluaran Malaysia. Pada tahun ini, Kementerian akan

mengadakan beberapa misi antaranya ke negara China dan negara-

negara Afrika dalam usaha untuk mengukuhkan dan mencari pasaran

baharu minyak sawit. Kementerian akan terus menjalinkan kerjasama

dengan pihak berkepentingan dan pemain industri minyak sayuran dan

lelemak di negara pengimport dalam usaha untuk meningkatkan

penggunaaan minyak sawit dan seterusnya eksport minyak sawit.

Selain itu, Kementerian juga berusaha untuk meningkatkan akses

pasaran melalui perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua

hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau. Antara rundingan

FTA yang masih di peringkat rundingan adalah Regional

Comprehensive Economic Partnership (RCEP), Malaysia – EFTA

Economic Partshipment Agreeement (MEEPA) dan Malaysia – Iran

Preferential Trade Agreement.

iii. Mempergiatkan Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta

Memberi Nilai Tambah kepada Produk Hiliran Sawit

Bagi memastikan sektor sawit terus berdaya saing di pasaran minyak

sayuran dan lelemak antarabangsa, aktiviti R&D ditumpukan kepada

usaha untuk meningkatkan penggunaan minyak sawit dan penghasilan

produk nilai tambah tinggi untuk pasaran eksport. Industri minyak sawit

Page 150: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 44

negara digalakkan untuk meneroka dan memperluaskan perniagaan

mereka ke pasaran yang disifatkan sebagai niche markets untuk

mendapatkan nilai pasaran yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

Page 151: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk John Ambrose minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah

belanjawan pendidikan rendah dan pengajian tinggi akan mengalami

pemotongan lagi pada tahun 2020. Apakah pembaharuan yang telah

dilaksanakan pada tahun 2019 dari aspek perbelanjaan pihak Kementerian.

Page 152: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 45

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi tahun 2019, peruntukan bagi pendidikan rendah secara keseluruhan

adalah meningkat sebanyak RM575.9 juta berbanding tahun 2018 dan bagi

operasi pengajian tinggi secara keseluruhannya juga adalah meningkat

sebanyak RM190.2 juta.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan belanjawan

pendidikan rendah dan pengajian tinggi disediakan peruntukan yang

sewajarnya bagi tahun 2020. Walau bagaimanapun, kelulusan peruntukan

bagi tujuan tersebut juga perlu mengambil kira kedudukan kewangan

semasa Kerajaan. KPM juga sentiasa menekankan perbelanjaan secara

berhemah serta berbelanja mengikut keutamaan bagi memastikan

peruntukan yang diluluskan dibelanjakan dengan optimum.

Sekian, terima kasih.

Page 153: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK NG CHIANG CHIN

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI

menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menaikkan tarif air pada

tahun ini.

Page 154: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 46

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk

melaksanakan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism)

atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme

penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua.

TSM mempunyai dua ciri penting di mana ciri pertama ialah penyeragaman

struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan tarif sedia ada agar ia

tidak terlalu jauh berbanding dengan kos sebenar penyediaan perkhidmatan

bekalan air.

2. Dalam menetapkan kadar tarif air baharu di bawah TSM yang dijangka

akan dilaksanakan pada akhir tahun ini, Kerajaan mengambilkira

kepentingan serta hak golongan berpendapatan rendah terhadap akses

kepada bekalan air. Oleh itu, pelarasan tarif yang dicadangkan adalah

minimum iaitu melibatkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi

setiap 1,000 liter penggunaan. Kadar ini secara umumnya jauh lebih rendah

jika dibandingkan dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan

telekomunikasi.

3. Sebagai menjamin pelaksanaan TSM tidak membebankan isi rumah

berpendapatan rendah (B40), Kerajaan akan memastikan kenaikan

minimum dilakukan kepada jalur penggunaan antara 0 - 20 meter padu, di

mana mewakili 47.8% pengguna domestik di Malaysia. Dalam pada itu,

cadangan TSM ini juga mengambilkira keperluan untuk mendidik pengguna

Page 155: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 46

agar menggunakan air secara berhemah dan penjagaan alam sekitar. Oleh

itu, adalah adil sekiranya kadar tarif lebih tinggi dikenakan bagi julat

penggunaan air lebih tinggi (> 35 meter padu) dan bagi pengguna komersial.

Sekian, terima kasih.

Page 156: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. YAAKOB BIN SAPARI

TARIKH : 6 MEI 2019

Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

adakah Kerajaan bersedia untuk memberi insentif kepada anggota polis

yang mengeluarkan saman untuk mengelakkan anggota polis terlibat

dengan gejala rasuah.

Page 157: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 47

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Rasuah sentiasa tiada tempat di kalangan penjawat awam atau di mana-

mana peringkat dalam proses penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.

Keseluruhan pasukan polis adalah dilarang daripada mengambil atau

meminta rasuah pada bila-bila masa mereka dalam perkhidmatan PDRM.

Kerajaan tidak bercadang untuk memberikan insentif kepada anggota polis

yang mengeluarkan saman untuk mengelakkan anggota polis terlibat

dengan gejala rasuah. Sebaliknya, pada ketika ini semua anggota dan

pegawai polis yang mengeluarkan saman khususnya yang bertugas di

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sudah diberikan elaun

trafik sebanyak RM250 sebagai insentif kepada mereka.

Sementara itu, berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967, semua anggota

dan pegawai polis yang dilantik termasuklah anggota yang mengeluarkan

saman adalah bertanggungjawab untuk memelihara undang-undang dan

ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan, mencegah dan

mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah serta

mengumpulkan risikan jenayah.

Bagi menangani gejala rasuah, pucuk pimpinan polis sentiasa mengambil

perhatian dan pendekatan yang serius melalui Unit Kawalan Dalaman JSPT

dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) melalui program-

program psikologi dan spiritual atau agama bagi warga PDRM yang

Page 158: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 47

mempunyai masalah disiplin atau tatatertib, menjalankan pemeriksaan dan

integrity testing ke atas semua warga kerja PDRM di semua penugasan

dalam pasukan dan membuat pemantauan dan seliaan yang rapi terhadap

anggota yang menerima gaji bersih di bawah 40% dan anggota yang

bertugas di bahagian yang terdedah kepada gegala rasuah dan salah guna

kuasa.

Page 159: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

apakah keberkesanan larangan merokok di premis makanan dan apakah

langkah penguatkuasaan yang sedang dikendalikan bagi larangan merokok

ini.

Page 160: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 48

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Pewartaan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11, Peraturan-

Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004) adalah bertujuan untuk

melindungi golongan orang ramai terutama golongan bukan perokok

daripada terdedah kepada bahaya asap rokok. Ini adalah selaras dengan

komitmen Malaysia kepada Artikel 8, WHO Framework Convention on

Tobacco Control (FCTC). Selain daripada itu, tujuan lain adalah untuk

membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan masyarakat

Malaysia dengan menghadkan kawasan yang dibenarkan merokok terutama

di kawasan tumpuan orang awam.

Larangan merokok di tempat makan telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari

2019 di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau

(Pindaan) 2018. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil

pendekatan “soft approach” dengan memulakan aktiviti penguatkuasaan

pendidikan sehingga Jun 2019 bagi memberi peluang kepada segenap

lapisan masyarakat mengubah tabiat merokok sebagaimana yang

diperuntukkan oleh undang-undang.

Aktiviti penguatkuasaan pendidikan yang dijalankan merangkumi aktiviti

pemakluman berkenaan tempat-tempat larangan merokok melalui edaran

risalah, media massa, media sosial dan secara bersemuka. Aktiviti

Penguatkuasaan Pendidikan juga merangkumi aktiviti memperingatkan

Tuan Punya Premis akan tanggungjawab mereka untuk meletakkan tanda

Page 161: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 48

larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok sebagaimana

Peraturan 12, Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Sehingga 24 Mac 2019, sebanyak 25,574 amaran bertulis telah dikeluarkan

di mana 23,528 adalah amaran kepada Tuan Punya Premis yang gagal

meletakkan tanda amaran merokok dan 2046 amaran kepada individu yang

masih merokok di tempat makan. Selepas tempoh penguatkuasaan

pendidikan, penguatkuasaan sepenuhnya akan dilaksanakan bermula Julai

2019.

Yang di-Pertua,

KKM juga komited untuk memastikan mereka yang telah terjebak dengan

tabiat merokok diberikan rawatan melalui Perkhidmatan berhenti merokok

mQuit. Perkhidmatan ini telah diperluaskan bukan sahaja di fasiliti awam

seperti klinik kesihatan dan hospital malahan di fasiliti-fasiliti swasta

termasuk rangkaian farmasi komuniti, hospital dan klinik swasta. Selain itu,

semenjak pewartaan tempat makan sebagai tempat dilarang merokok,

laman web jomquit.moh.gov.my yang disediakan bagi kemudahan golongan

perokok untuk mendaftarkan diri ke mana-mana perkhidmatan berhenti

merokok telah menunjukkan sambutan luar biasa di mana sehingga awal

bulan April 2019, seramai 508 orang telah berdaftar untuk berhenti merokok.

Oleh itu, KKM berpandangan bahawa pewartaan tempat makan sebagai

tempat dilarang merokok adalah satu langkah yang positif bagi

meningkatkan tahap kesihatan seluruh rakyat Malaysia. Pelaksanaan ini

juga dapat membudayakan amalan tidak merokok terutama di kalangan

kanak-kanak dan remaja dalam menuju hasrat Kerajaan bagi mencapai

Page 162: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 48

sebuah Negara yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok.

KKM juga komited untuk terus meluaskan pewartaan tempat dilarang

merokok terutama di tempat-tempat awam demi melindungi kesihatan

masyarakat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 163: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PROF EMERITUS TAN SRI DATO'

SERI DR. IBRAHIM SHAH BIN ABU SHAH

TARIKH : 6 MEI 2019

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta

MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha yang diambil oleh

pihak Kementerian untuk membantu mereka yang ingin menyambung

Pendidikan ke peringkat PhD. Adakah MyBrain akan diwujudkan semula.

Page 164: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 49

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada masa ini menguruskan dua

(2) jenis program tajaan Biasiswa untuk orang awam iaitu:

1. Biasiswa MyBrain15; dan

2. Biasiswa MyBrainSc.

Program Biasiswa MyBrain15 ditawarkan untuk pengajian peringkat Sarjana

dan Ijazah Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti awam (UA) dalam

negara. Penawaran terakhir Program MyBrain15 adalah pada November

2016 dan Kementerian masih meneruskan pembiayaan sejumlah 1,606

orang pelajar MyBrain15 yang masih aktif sehingga tamat tempoh penajaan

pada tahun 2023.

Tajaan Biasiswa MyBrainSc adalah difokuskan kepada bidang Sains Tulen

sahaja (Fizik, Matematik, Kimia dan Biologi) bagi pelbagai peringkat

pengajian dari Ijazah Pertama hingga Ph.D di universiti dalam dan luar

negara. Tawaran baharu Program MyBrainSc masih diteruskan seperti

biasa. Iklan Biasiswa MyBrainSc telah dibuka dari 25 Januari - 10 Februari

2019 dan sesi temuduga diadakan dari 15 sehingga 26 April 2019.

Kedua-dua program MyBrain ini adalah hanya subset kecil untuk

menyokong objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk

mencapai sasaran melahirkan 60,000 orang graduan Ph.D warganegara

Malaysia menjelang tahun 2025. Program-progam lain seperti tajaan MARA,

Page 165: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 49

JPA, SLAB/SLAI dan tajaan Biasiswa keguruan juga adalah antara

penyumbang bagi mencapai sasaran ini.

Walaupun tawaran baharu Program MyBrain15 ditangguhkan pada masa ini,

namun Kementerian masih meneruskan pemberian Fundamental Research

Grant Scheme (FRGS). Ia ditawarkan kepada semua universiti awam (UA)

di Malaysia. Pada tahun 2018, dana skim adalah sejumlah RM200 juta

manakala untuk tahun 2019 pula ditambahkan sebanyak RM75.35 juta

menjadikannya RM275.35 juta.

Pemberian geran penyelidikan ini dilihat mampu untuk melahirkan

pemegang Sarjana dan Ph.D secara lebih bersasar. Penyelia projek iaitu

dalam kalangan profesor, pensyarah yang memantau supervisee atau

pelajar seliaan mereka akan dipantau dengan lebih dekat melalui

perkembangan projek penyelidikan. Ini seterusnya akan membantu

melahirkan graduan dalam tempoh pengajian seperti yang ditetapkan dalam

surat tawaran universiti.

Selain daripada pelaksanaan kedua-dua program MyBrain dan pemberian

geran penyelidikan dalam membantu melahirkan lebih ramai mahasiswa

berkelulusan Sarjana dan Ph.D, KPM juga masih meneruskan pemberian

biasiswa dan tajaan untuk 35 program tajaan biasiswa dalam perkhidmatan

di bawah Kementerian untuk melahirkan lebih ramai pemegang Sarjana dan

Ph.D daripada kalangan guru, pensyarah Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej

Matrikulasi dan UA seluruh negara dalam memenuhi keperluan

perkhidmatan di KPM.

Page 166: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 49

Sekian, terima kasih.

Page 167: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' CHAI KIM SEN

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Chai Kim Sen minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pelan

komprehensif yang dicadangkan oleh pihak Kementerian terhadap

Khazanah bagi menguruskan syarikat-syarikat yang tidak berprestasi baik

bagi meningkatkan semula keuntungan pada tahun ini.

Page 168: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 50

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang pelan strategik yang

komprehensif bagi menambah baik dan meningkatkan prestasi Syarikat-

syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dikuasai oleh Khazanah Nasional

Berhad (Khazanah) digubal sendiri oleh pengurusan GLC berkenaan.

Seterusnya, Khazanah, selaku pemegang saham, akan meneliti pelan-pelan

tersebut dan memberikan maklum balas yang sewajarnya bagi memastikan

ia berdaya maju.

Pada tahun 2018, beberapa buah syarikat milik Khazanah telah

mencatatkan prestasi yang kurang baik, sekali gus menyumbang kepada

kerugian RM6.3 bilion yang dicatatkan oleh Khazanah. Disebabkan prestasi

kurang baik tersebut, nilai wajar atu fair value syarikat-syarikat tersebut telah

susut secara mendadak. Sehubungan itu, Khazanah telah melaksanakan

peruntukan rosot-nilai atau impairment yang berjumlah RM7.3 bilion untuk

mengambil kira penurunan nilai syarikat-syarikat tersebut.

Walaupun perlu melakukan peruntukan rosot-nilai, kedudukan Khazanah

masih kukuh berdasarkan kualiti aset yang dimiliknya dan dijangka akan

kembali mencatatkan prestasi yang lebih baik pada tahun kewangan

semasa.

Sekian, terima kasih.

Page 169: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK

CHEE

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan terkini bagi projek

terbengkalai rumah kos rendah Taman Desa Kempas, Johor dan rumah

mampu milik Taman Setia Indah, Johor Bahru.

Page 170: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 51

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Taman Desa Kempas, Johor

Bahru, Johor adalah merupakan projek perumahan swasta kos

rendah yang dimajukan oleh Syarikat Maju Delima Sdn. Bhd. melalui

perjanjian usaha sama dengan Unit Perancang Ekonomi Kerajaan

Negeri Johor (UPENJ) selaku tuan tanah. Butiran pemajuan yang

dilesenkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan

Pelesenan) 1966 [Akta 118] adalah seperti berikut:

Jenis Rumah

Tahun

Perjanjian

Jual dan

Beli

Tahun

Patut

Siap

Bilangan Harga

Jualan

(RM) Rumah Pembeli

Rumah

Pangsa Lima

Tingkat

(RP5T) Kos

Rendah

2000 2003 179 157 22,000.00

Jumlah 179 157

2. Projek ini dimulakan pada tahun 2000 dan sepatutnya disiapkan pada

tahun 2003. Walau bagaimanapun, kemajuan projek tertangguh

disebabkan oleh masalah kewangan pihak pemaju pada masa

tersebut. Susulan itu, projek ini telah disahkan sebagai projek

Page 171: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 51

perumahan swasta terbengkalai pada 18 September 2013

berdasarkan peruntukan Seksyen 11(1)(ca) Akta 118.

3. Pemajuan projek diteruskan oleh pihak pemaju dan dipantau secara

langsung oleh Kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN)

yang memainkan peranan sebagai pemudah cara atau mediator

dengan kerjasama penuh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi memastikan proses

pemulihan projek berjalan dengan lancar dan kepentingan serta hak

para pembeli terjamin.

4. Lawatan tapak projek yang melibatkan JPN, wakil pihak MBJB, wakil

agensi-agensi teknikal, dan pemaju telah diadakan pada 28 Ogos

2018. Hasil perbincangan dan lawatan ke tapak projek mendapati

kemajuan projek secara keseluruhannya telah mencapai 90% bagi

3 blok yang dibina iaitu blok 3, 4, dan 7 dari keseluruhan 9 blok

sebagaimana kelulusan asal Kebenaran Merancang (KM). Pihak

pemaju telah mengemukakan permohonan pindaan KM bagi blok 3, 4

dan 7 kepada MBJB pada Oktober 2018 dan pihak MBJB telah

mengarahkan pihak pemaju untuk melengkapkan beberapa dokumen

sebelum permohonan KM diluluskan.

5. Pihak pemaju juga sedang dalam proses permohonan bekalan elektrik

daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan permohonan Perakuan

Kelayakan Menduduki (CFO) yang dijangka dapat diperolehi pada

penghujung tahun 2019.

Page 172: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 51

6. Manakala Projek Taman Setia Indah merupakan projek perumahan

swasta kos tinggi yang dimajukan oleh Syarikat YMN Properties Sdn.

Bhd. melalui perjanjian usaha sama dengan (UPENJ) selaku tuan

tanah dan telah dikategorikan sebagai Projek Sakit. Butiran pemajuan

yang dilesenkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan

Pelesenan) 1966 [Akta 118] adalah seperti berikut:

Jenis

Rumah Fasa

Tahun

Perjanjian

Jual dan

Beli

Tahun

Patut

Siap

Bilangan Harga

Jualan

(RM) Rumah Pembeli

Rumah

Teres

Dua

Tingkat

(RT2T)

Kos

Tinggi

Fasa

1 2012 2014 212 212

110,000

-

190,000

Fasa

2 2011 2013 136 136

Fasa

3A 2011 2013 95 93

Fasa

3B 2012 2014 94 93

Fasa

3C 2012 2014 102 82

Jumlah 639 616

7. Perjanjian jual beli pertama telah ditandatangani pada 5 November

2011 dan projek sepatutnya siap pada 5 November 2013. Kemajuan

kerja projek semasa adalah seperti berikut:

Page 173: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 51

Fasa Pembangunan Kemajuan Kerja Bil. Unit

Fasa 1 Siap dengan CCC 212

Fasa 2 90% 136

Fasa 3A 75% 95

Fasa 3B 75% 94

Fasa 3C 75% 102

Jumlah 639

8. Punca kelewatan projek adalah disebabkan oleh peningkatan kos

bahan binaan dan masalah dengan kontraktor utama. Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang diadakan pada 10 Oktober

2018 telah bersetuju melantik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor

(KPRJ) sebagai kontraktor penyelamat dan Syarikat YMN Properties

Sdn. Bhd. akan kekal sebagai pemaju. Pemaju akan

bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu tuntutan oleh pihak

pembeli, tuntutan oleh kontraktor yang dilantik oleh pemaju serta

hutang-hutang sedia ada. Kerajaan Negeri Johor akan menanggung

baki kos penyiapan projek.

9. Kontraktor asal bagi projek ini iaitu Syarikat Aceside (M) Sdn. Bhd.

telah mengambil tindakan mahkamah ke atas pemaju (Syarikat YMN

Properties Sdn. Bhd.) berkenaan kelewatan bayaran sebanyak RM3

juta. Pemaju telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Malaya

Johor Bahru pada 10 April 2018 di mana pemaju memohon

Page 174: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 51

pengurangan tuntutan RM3 juta kepada RM800,000.00. Pendengaran

kes berkenaan akan diadakan pada 7 Mei 2019. Implikasi daripada

tindakan mahkamah ini menyebabkan pihak KPRJ tidak dapat

memasuki tapak untuk meneruskan baki kerja.

10. Berdasarkan maklumat UPENJ pada 8 April 2019 mendapati:

i. Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk menamatkan perjanjian

dengan pihak pemaju. KPRJ akan dilantik sebagai kontraktor

penyelamat dan menyiapkan baki kerja sehingga tamat “Defect

Liability Period” (DLP);

ii. Kerajaan Negeri Johor sedang menyediakan draf pembatalan

perjanjian Syarikat YMN Properties Sdn. Bhd. sebagai pemaju;

dan

iii. UPENJ akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan

pihak pembeli.

Sekian, terima kasih.

Page 175: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan apakah kemudahan-kemudahan disediakan bagi peminat dan

penyokong OKU yang ingin menyaksikan pelbagai sukan di stadium dan

gelanggang sukan di seluruh Malaysia.

Page 176: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 52

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan

sentiasa menitikberatkan kemudahan bagi peminat dan penyokong

OKU yang ingin menyaksikan pelbagai sukan di stadium dan

gelanggang sukan di seluruh Malaysia.

2. Kementerian Belia dan Sukan turut mengguna pakai Garis Panduan

dan Piawaian Perancangan Kemudahan Golongan Kurang Upaya

yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai panduan

dalam pembinaan kemudahan sukan. Antara piawaian yang perlu

dipatuhi berdasarkan garis panduan tersebut ialah berkenaan

perancangan aksessibiliti, reruang dan kemudahan sokongan.

3. Oleh yang demikian, kemudahan OKU sedia ada yang telah

disediakan di stadium-stadium dan gelanggang sukan seperti ramp

laluan pengguna kerusi roda, tandas OKU, tempat letak kereta OKU

dan tactical guiding block untuk laluan penonton telah pun dibina bagi

memenuhi piawaian panduan tersebut.

4. Kementerian Belia dan Sukan sememangnya mengambil kira

penyediaan kemudahan OKU sebaik mungkin di dalam penyediaan

kemudahan sukan dan stadium.

Page 177: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 52

Sekian, terima kasih.

Page 178: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI HUSAM BIN MUSA

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Haji Husam Bin Musa minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR

BANDAR menyatakan langkah-langkah untuk memperkasakan kelas

Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Kemas dalam pengajaran dan

pembelajaran subjek Bahasa Inggeris dan Matematik bagi mengurangkan

jurang kemajuan antara bandar dan luar bandar.

Page 179: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 53

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, KEMAS sentiasa optimis dalam

memastikan kualiti pendidikan awal di KEMAS sentiasa seriring dengan

dasar pendidikan sedia ada terutamanya pendidikan awal di kawasan luar

bandar.

Oleh itu, KEMAS telah mengambil initiatif memperkasakan subjek Bahasa

Inggeris dan Matematik melalui beberapa program. Antaranya:

(i) Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris iaitu :

(a) Modul Saringan Pengukuhan dan Pengayaan (MSPP) : telah

digubal bagi menyediakan aktiviti saringan literasi Bahasa

Inggeris (reading & writing) terhadap kanak-kanak umur enam

(6) tahun yang dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali setahun.

Pencapaian kanak-kanak dikongsi bersama ibu bapa dan

pengukuhan diadakan semasa cuti sekolah pada bulan

Disember.

(b) Kajian kecekapan Bahasa Inggeris dikalangan Pemaju

Masyarakat TABIKA KEMAS : Kajian yang telah dimulakan

pada pertengahan 2018 mendapati pedagogi yang diaplikasi

oleh guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc)

Bahasa Inggeris di prasekolah KEMAS akan ditambahbaik

Page 180: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 53

melalui pemantauan dan pelaksanaan kursus tambahan dalam

bidang pedagogi Bahasa Inggeris.

(c) Kursus dan bengkel Bahasa Inggeris kepada Pemaju

Masyarakat TABIKA KEMAS : Kursus English for Teaching and

Learning (TnL) akan diperkasakan dalam kalangan guru KEMAS

supaya kaedah/ teknik yang lebih terkini serta berkesan boleh

diaplikasikan dalam menjadikan proses pembelajaran Bahasa

Inggeris lebih menarik dan bermakna.

(d) Program English Is Fun : Pada tahun 2019, program

berkonsepkan “English Day” ini akan dilaksanakan secara

serentak di TABIKA KEMAS seluruh Malaysia pada 23 April

sempena sambutan “ World English Language Day” pada hari

tersebut. Aktiviti pembelajaran English Is Fun secara interaktif

disediakan melalui bahan bantu mengajar dalam bentuk animasi

dan motion graphic dan turut dilaksanakan di dalam proses Pdpc

berdasarkan KSPK sebanyak 60 minit seminggu. Bahan bantu

mengajar yang telah dirangka untuk Program English Is Fun juga

digunakan semasa PdPc yang lain.

(ii) Memperkenalkan Modul e-STREAM (Science, Technology,

Religions, Engineering, Arts, Mathematics) : Kanak-kanak seawal

usia perlu diberikan pendedahan dalam bidang Sains, Teknologi,

Kejuruteraan dan Metamatik (STEM). Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2016 – 2025 telah meletakkan

Pendidikan STEM sebagai satu agenda utama dalam transformasi

Page 181: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 53

pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi

cabaran abad ke-21.

Selari dengan arus perdana, KEMAS juga turut menambahbaik

Pendidikan STEM di TABIKA dengan memperkenalkan Pendidikan

STREAM melalui pendekatan “belajar melalui bermain” bertujuan

memupuk minat kanak-kanak seawal usia dalam bidang berkaitan

STREAM terutamanya sains dan matematik.

Elemen matematik diterapkan bagi melatih kanak-kanak menaakul

secara logik dan rasional dengan meningkatkan pengetahuan dan

pengalaman tentang asas matematik disamping meningkatkan

kemahiran tertentu seperti berfikir dengan memberi pelbagai peluang

memegang, meneroka, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan

matematik.

Sebagai kesimpulannya, KEMAS sentiasa berusaha untuk

meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak melalui program-

program penambahbaikan yang dijalankan secara berterusan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

(i) KEMAS telah membangunkan Modul e-STREAM TABIKA KEMAS

dengan kerjasama pakar-pakar dari bidang pendidikan seperti

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan

Warisan Kebangsaan (ASWARA), Competency in Early Childhood

Page 182: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 53

Education (CECD Group – CACHE UK) dan Pertubuhan Sekolah

Belantara.

Projek STREAM yang dijenamakan sebagai TABIKA KEMAS PINTAR

STREAM telah dilancarkan pada 11 Oktober 2018 oleh YB Menteri

Pembangunan Luar Bandar.

(ii) Pada tahun 2019, KEMAS telah merancang 13 buah lagi TABIKA

KEMAS Pintar STREAM (1 negeri/ 1 TABIKA) mengikut tema yang

telah dirancang seperti:

BIL NEGERI TEMA

1 Sarawak Oil and Gas

2 Kedah Eco friendly

3 Perlis Agrotechnology

4 P.Pinang Aquatic Science

5 Perak Aerospace

6 Johor Astronomy

7 N. Sembilan Safety

8 Pahang Medical Science

9 Selangor Automotive

10 Kelantan Geoscience

11 Terengganu Oil and Gas

12 Wilayah Persekutuan Robotic

13 Sabah Marine

Page 183: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 53

(iii) Menjelang 2023, semua TABIKA KEMAS akan melaksanakan

Pendidikan STREAM, disamping menyediakan latihan

berteruskan berkaitan bidang sains dan teknologi (termasuk

matematik) kepada personal pendidikan awal kanak-kanak di

KEMAS.

Page 184: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI AIR, TANAH DAN

SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil

bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan Labuan.

Page 185: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 54

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan

dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Kerja Mencegah Hakisan di

Wilayah Persekutuan Labuan di bawah peruntukan Hakisan Pantai Pelbagai

Negeri bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan

Labuan. Kerja-kerja reka bentuk sedang dilaksanakan di mana kerja-kerja

fizikal di tapak dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

Page 186: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' ONG CHONG SWEN

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan

sejauh manakah rancangan pihak Kementerian untuk membina lebih banyak

sistem pangkalan laut atau "sea-basing" di perairan Semenanjung Malaysia

seperti yang dibina di perairan Timur Sabah dan adakah pihak Kementerian

juga bercadang untuk menambah baik keperluan di dua pangkalan laut

sedia ada bagi memantapkan operasi mengekang aktiviti jenayah rentas

sempadan.

Page 187: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pertahanan belum mempunyai sebarang perancangan

untuk membina pangkalan laut atau “sea-basing” di perairan Semenanjung

Malaysia. Buat masa ini penggunaan “sea-basing” tertumpu di kawasan

perairan Timur Sabah. Dua pangkalan laut iaitu Pangkalan Laut Tun

Sharifah Rodziah dan Kapal Auksiliari (KA) Tun Azizan akan dikekalkan

keupayaan operasinya dan usaha meningkatkan keupayaan perkongsian

maklumat di antara aset-aset semasa serta bersama pasukan sahabat akan

diteruskan.

Page 188: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN SOPIAH BINTI SHARIF

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Sopiah binti Sharif minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah

langkah-langkah dan perancangan masa depan Kerajaan dalam

memperkasakan penjawat awam di negara kita. Apakah peluang kerjaya

yang diberi oleh penjawat awam yang bukan dari skim PTD untuk menduduki

jawatan tertinggi di perkhidmatan awam.

Page 189: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 56

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kemudahan latihan dalam

perkhidmatan yang diberikan kepada penjawat awam adalah berpandukan

visi untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang par excellence dan

mempunyai tenaga kerja yang responsif, kompeten, kreatif dan inovatif serta

mempunyai bakat yang terbaik dalam usaha meningkatkan produktiviti dan

menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan awam.

Selaras dengan aspirasi Kerajaan dalam usaha memperkasakan

Perkhidmatan Awam, penjawat awam akan diberi sokongan dan peluang

untuk menikmati kemudahan latihan yang diperlukan supaya bakat,

kemahiran, kepakaran dan ilmu pengetahuan para penjawat awam akan

terus meningkat dan berkembang.

Program-program berbentuk komprehensif serta inklusif dirangka dan akan

dilaksanakan untuk memenuhi keperluan semasa, kumpulan sasar yang

tepat, peringkat pengajian yang bersesuaian dengan keperluan agensi dan

komposisi pegawai yang bersesuaian ke arah membangunkan modal insan

yang responsif dan kompeten. Justeru itu, Kerajaan tidak mempunyai

sebarang perancangan untuk membatalkan kemudahan-kemudahan

berkaitan memandangkan tindakan seumpama itu akan memberi kesan

kepada pembangunan modal insan di kalangan penjawat awam.

Sekian, terima kasih.

Page 190: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN NGA HOCK CHEH

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Nga Hock Cheh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

mengapakah Kerajaan tidak memperuntukkan jawatan untuk juru x-ray di

Klinik Kesihatan Sitiawan Perak.

Page 191: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 57

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Pada masa ini, terdapat dua (2) orang Juru X-ray Diagnostik telah

ditempatkan di Klinik Kesihatan Sitiawan bagi memastikan perkhidmatan x-

ray diagnostik dapat dilaksana di Klinik Kesihatan Sitiawan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih tertakluk dengan Dasar

Mengoptimumkan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam. Selaras dengan

ketetapan ini, tiada sebarang jawatan baharu/tambahan yang dibenarkan

dan hanya dapat dilaksanakan melalui penjajaran semula perjawatan

(redeployment) ataupun secara ’tukar-ganti’ dengan jawatan lain sedia ada.

Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan melaksanakan urusan

penyelarasan semula perjawatan bersama dengan urusan penjajaran

semula perjawatan Juru X-ray pelbagai gred di fasiliti-fasiliti kesihatan awam

di negeri Perak.

Sekian, terima kasih.

Page 192: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Razali bin Idris minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah

pelan holistik bagi transisi penjawat awam terjamin sekiranya Kerajaan

menerima pakai Dasar Penswastaan yang dilaksanakan pada tahun 1983

dalam mengecilkan saiz perkhidmatan awam bermula 2019.

Page 193: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 58

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan

Awam (DSKPA) telah dan akan dilaksanakan melalui pelbagai kaedah

seiring dengan perkembangan teknologi semasa meliputi antaranya kajian

pertindihan fungsi antara jabatan/agensi, rasionalisasi perjawatan,

pengoptimuman sumber manusia, serah urus fungsi (outsourcing),

penyampaian perkhidmatan alternatif (Alternative Service Delivery),

penswastaan, gabungan teknologi dan pengisian jawatan secara berhemah

mengikut keperluan. Ini bagi memastikan saiz perkhidmatan awam pada

tahap yang terbaik untuk meningkatkan kecekapan dan mengelakkan

pembaziran sumber.

Kerajaan menyasarkan pengurangan sebanyak 1% perjawatan bagi tahun

2019 melibatkan pelbagai gred dan skim perkhidmatan dengan anggaran

penjimatan sebanyak RM2.18 bilion. Perjawatan yang dikenal pasti untuk

dimansuhkan ini antaranya jawatan kosong yang tidak diperlukan, jawatan

di agensi yang mempunyai pertindihan fungsi, pemansuhan jawatan bagi

perkhidmatan yang boleh diautomasi dan diserah urus fungsi (outsourcing)

serta perkhidmatan alternatif.

Langkah penswastaan agensi dalam mengecilkan saiz perkhidmatan awam

masih dalam peringkat penelitian dan Kerajaan akan memberi pilihan

kepada pihak terbabit apabila ia dilaksanakan. Kerajaan akan memastikan

Page 194: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 58

kakitangan awam berkenaan tidak kehilangan pekerjaan dan boleh

berpindah ke sektor swasta.

Melalui Dasar Penswastaan pada tahun 1983, Kerajaan telah berjaya

mengurangkan bebanan kewangannya, meninggikan kecekapan dan

penghasilan kerja, malah menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan

pembangunan sumber secara cekap. Fungsi-fungsi tertentu yang

dilaksanakan oleh jabatan/agensi kerajaan yang boleh menjana hasil secara

konsisten dan berdaya maju adalah berpotensi untuk diswastakan. Menerusi

penswastaan, keupayaan dan kemampuan untuk menjana pendapatan

sendiri dapat dipertingkatkan serta mengurangkan pembiayaan kerajaan

terhadap perbelanjaan operasi jabatan/agensi berkenaan. Kerajaan

berhasrat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor swasta

dengan gaji yang lebih lumayan bagi mengurangkan pergantungan rakyat

terhadap pekerjaan di sektor awam.

Sekian, terima kasih.

Page 195: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

sejauh mana penggunaan ubat-ubatan generik telah mengatasi

penggunaan ubat-ubatan original di hospital-hospital Kerajaan.

Page 196: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 59

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Pada tahun 2018, sebanyak 61.1% perolehan ubat-ubatan di fasiliti KKM

adalah daripada produk generik dengan nilai perolehan sebanyak RM1.2

bilion. Perolehan ubat innovator pula merangkumi 38.9% dengan nilai

perolehan sebanyak RM1.1 bilion.

Peningkatan penggunaan ubat generik menunjukkan hasil usaha yang telah

diambil untuk menggalakkan persaingan yang sihat ke arah rawatan yang

sama rata, telus dan kos efektif serta mampu bertahan (sustainable). Kos

tidak sepatutnya menjadi penghalang dalam memastikan ketersediaan ubat-

ubatan di Malaysia dan penjagaan kesihatan yang berkualiti hendaklah

mampu dimiliki oleh semua.

Sekian, terima kasih.

Page 197: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN

BUDAYA menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk

memulihara kesenian dan kebudayaan masyarakat Siam seperti tarian

menora, seni bina tempat ibadat dan perubatan tradisional agar dapat

dijadikan sebahagian dari aset seni budaya negara.

Page 198: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 60

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini sentiasa memberi tumpuan dan perhatian dalam

memelihara kesenian dan kebudayaan masyarakat Siam melalui pelbagai

program yang telah dilaksanakan dan yang sedang dirancang seperti

berikut:

1. mewartakan seni persembahan Menora dan makanan yang

mempunyai pengaruh masyarakat Siam seperti Kerabu Mangga Muda

dan Pulut Mangga di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta

645]. Selain itu, tokoh budaya masyarakat siam iaitu Mendiang Siri

Neng Buah juga pernah diberikan pengiktirafan sebagai tokoh orang

hidup di bawah Akta yang sama. Pewartaan untuk tujuan

pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan di bawah Akta 645

merupakan proses yang berterusan. Mana-mana pihak boleh

mencadangkan apa-apa kesenian dan kebudayaan termasuk

kebudayaan masyarakat Siam kepada Jabatan Warisan Negara

(JWN) untuk dipertimbangkan pewartaannya;

2. Pihak JWN telah menjalankan kerja pembaikan dan menaiktaraf

Bangunan Wat Chonpraachumthat Chanaram, Kampung Dalam,

Tumpat, Kelantan;

Page 199: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 60

3. Melaksanakan Program Perantisan yang bertujuan untuk memulihara,

memelihara dan mengekalkan kesenian tradisional yang hampir

pupus termasuk kesenian masyarakat Siam melalui pewujudan

kumpulan pelapis dalam kalangan generasi muda yang mampu

mengadakan persembahan melalui bimbingan menggunakan kaedah

pembelajaran yang sistematik. Kesenian Menora telah diangkat

sebagai Program Perantisan di Negeri Kelantan pada tahun 2014

hingga 2016 dan di negeri Kedah pada tahun 2017; dan

4. Kementerian ini dari semasa ke semasa menjalankan aktiviti

penyemarakan kesenian masyarakat Siam seperti Citrawarna

Kelantan, Perayaan Tahun Baharu Siam (Songkran), Persembahan

Gendang Panjang Siam dalam Festival Kesenian Rakyat Kelate,

Temasya Orang Kedah dan Pesta Angin Timur, Perlis.

Sekian, terima kasih.

Page 200: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Hajah Sabani binti Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan

mengapakah Projek Landasan Keretapi Pantai Timur yang dijangka boleh

menjanakan pendapatan kepada penduduk setempat khasnya, di samping

menggalakkan pembangunan lebih pesat telah dihentikan dengan alasan

Kerajaan tidak mahu menanggung hutang.

Page 201: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 61

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Seperti mana Ahli Yang Berhormat

sedia maklum, baru-baru ini Kerajaan telah pun mengumumkan secara

rasmi bahawa projek ECRL akan diteruskan dengan pengurangan kos

projek yang ketara dan bakal melalui jajaran baharu yang akan memberi

manfaat secara langsung kepada lima buah negeri.

Oleh yang demikian, tidak berbangkit isu pampasan yang perlu ditanggung

Kerajaan ke atas pelanggaran kontrak pada masa ini malah projek

berkenaan mendapat pakej kontrak yang lebih baik dan menjimatkan.

Sekian, terima kasih.

Page 202: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' DR. ANANTHAN A/L

SOMASUNDARAM

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan dasar pengambilan pelajar

kaum India ke Maktab Rendah Sains Mara serta statistik bagi tiga tahun

kebelakangan ini.

Page 203: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 62

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, dasar pengambilan pelajar

bukan bumiputera ke MRSM adalah sebanyak 10% di setiap MRSM dan

tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang sama dengan pelajar

bumiputera lain yang mengambil kira pencapaian akademik, pengukuran

psikometrik dan pendapatan keluarga serta mengutamakan pelajar dari

keluarga B40.

Berikut ialah jumlah pengambilan pelajar India dari tahun 2017 hingga tahun

2019.

Tahun 2017- 44 orang (Tingkatan 1 sahaja)

Tahun 2018 – 73 orang

Tahun 2019 (setakat 31 Mac 2019) – 374 orang

Page 204: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD

NORDIN

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta PERDANA MENTERI

menyatakan senarai syarikat pengeluar makanan, produk, restoran dan

kedai makan yang diberi pengiktirafan HALAL oleh JAKIM serta bagaimana

langkah pemeriksaan berkala dan audit dilakukan agar pematuhan tata

amalan standard HALAL Malaysia dipatuhi.

Page 205: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 63

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,Kerajaan telah menyediakan

pelbagai kemudahan untuk membolehkan rakyat mendapat maklumat

berkaitan pensijilan halal, khususnya senarai pemegang Sijil Pengesahan

Halal Malaysia (SPHM) dan menyemak status produk yang berada di

pasaran. Semakan boleh dibuat melalui Portal Halal di www.halal.gov.my

atau melalui aplikasi di telefon pintar seperti ‘Smart Halal’ dan ‘Verify Halal’

yang boleh dimuat turun oleh pengguna sistem android mahupun iOS.

Pada masa ini jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

berjumlah 14,345 syarikat. Daripada jumlah tersebut sebanyak 180,371

produk makanan, 55,004 bagi premis makanan, 5,344 barang gunaan,

4,403 produk kosmetik, 4,120 produk farmaseutikal, 113 logistik telah

dipersijilkan halal. Rumah sembelihan turut tidak terkecuali dengan jumlah

315 rumah sembelihan telah dipersijilkan halal.

Setiap pemegang SPHM adalah tertakluk kepada prosedur dan peraturan

Pensijilan Halal Malaysia yang menggunakan asas rujukan Manual Prosedur

Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), Malaysia Standard (MS), Akta Perihal

Dagangan 2011 (APD 2011), Akta Makanan 1983 serta mana-mana

Akta/Peraturan-peraturan lain yang berkaitan dan sedang berkuatkuasa

seperti yang dinyatakan dalam MPPHM.

Page 206: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 63

Untuk memastikan setiap rantaian dalam proses pensijilan halal tidak

menjejaskan integriti, proses pensijilan halal melalui proses yang teliti.

Setiap produk yang telah mendapat SPHM telah dibuat pemeriksaan

terperinci dengan memastikan setiap ramuan bagi penghasilan sesuatu

produk adalah halal dan memiliki sijil halal, proses dan pengendalian dibuat

dengan menepati kehendak syarak dan berdasarkan prosedur kebersihan

dan keselamatan makanan. Pemeriksaan lapangan yang dijalankan

melibatkan pegawai syariah dan pegawai teknologi makanan.

Permohonan yang telah melalui pemeriksaan audit lapangan akan

dibentangkan kepada Panel Pengesahan Halal untuk diputuskan. Sijil

akan sah bagi tempoh dua(2) tahun bagi produk dan perkhidmatan dan

satu tahun (1) bagi Rumah Sembelih.

Setelah disahkan sesuatu permohonan, pemantauan berkala akan

dijalankan ke atas premis pemegang SPHM pada bila-bila masa tanpa

dimaklumkan kepada pemegang SPHM dalam tempoh sah SPHM. Ia

bertujuan untuk memastikan komitmen pemegang SPHM dalam mematuhi

peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan. Kegagalan pemohon atau

pemegang sijil mematuhi peraturan dan prosedur pensijilan halal akan

menyebabkan permohonan tidak diluluskan atau pemegang sijil dikenakan

tindakan sama ada teguran atau penggantungan atau penarikan sijil,

tertakluk kepada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Sekiranya didapati pemegang SPHM tidak mematuhi prosedur Pensijilan

Halal semasa pemeriksaan berkala dijalankan notis ketidakakuran akan

dikeluarkan yang perlu dijawab dalam tempoh 14 hari. Pegawai pemeriksa

akan melakukan pemeriksaan susulan selepas tamat tempoh yang

Page 207: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 63

ditetapkan. Jika didapati gagal melaksanakan tindakan pembetulan dalam

tempoh yang ditetapkan, notis penggantungan /penarikan SPHM akan

dikeluarkan dan SPHM akan digantung; dan status SPHM tersebut akan

ditentukan oleh Panel Pengesahan Halal.

Sekian, terima kasih.

Page 208: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 64

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS

TANI menyatakan senarai pengeluaran ikan di setiap negeri dari tahun 2013

sehingga 2018 mengikut kategori akuakultur dan perikanan tangkapan.

Page 209: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 64

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berikut adalah jumlah

pengeluaran ikan di setiap negeri yang direkodkan di jeti-jeti yang

diselia oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dari tahun 2013

sehingga 2018 mengikut kategori akuakultur dan perikanan tangkapan

seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2.

Sekian, terima kasih.

Page 210: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

Lampiran 1

Pengeluaran Akuakultur Mengikut Negeri Bagi Tahun 2013 - 2018

Negeri

2013 2014 2015 2016 2017 2018 (awalan)

Pengeluaran

(Tan Metrik)

Nilai

(RM '000)

Pengeluaran

(Tan Metrik)

Nilai

(RM '000)

Pengeluaran

(Tan Metrik)

Nilai

(RM '000)

Pengeluaran

(Tan Metrik)

Nilai

(RM '000)

Pengeluaran

(Tan Metrik)

Nilai

(RM '000)

Pengeluaran

(Tan Metrik)

Nilai

(RM '000)

Perlis

522.90

4,073.89

416.58

3,008.87

535.92

5,564.08

420.65

5,242.42

703.74

10,714.28

614.42

8,678.12

Kedah

9,859.95

96,396.15

8,598.97

99,324.01

6,683.98

69,144.53

6,452.45

82,272.23

7,343.77

84,028.16

10,169.97

142,555.96

Pulau Pinang

41,051.25

543,116.73

68,050.25

1,159,667.04

58,736.40 1,090,578.14

30,226.52

649,308.72

45,742.98

815,214.05

47,033.76

806,115.70

Perak

81,761.44

481,578.94

56,778.65

401,137.40

55,410.94

520,895.25

55,638.38

564,325.63

61,328.97

536,932.53

67,519.65

621,912.07

Selangor

29,645.48

249,244.52

34,302.65

293,188.63

26,144.74

266,413.93

23,009.46

239,207.24

20,386.86

258,528.54

19,357.95

258,306.60

Negeri Sembilan

8,812.44

52,157.26

7,593.90

51,892.83

7,277.58

49,305.35

5,291.25

45,837.58

4,874.07

46,299.82

4,371.33

42,515.74

Melaka

9,015.79

37,970.81

8,040.19

34,408.30

8,798.75

37,826.65

4,459.11

22,591.15

8,000.71

41,829.80

6,418.25

35,659.85

Johor

23,927.36

235,974.51

22,640.18

253,008.30

25,368.74

283,897.42

26,442.18

324,702.60

24,019.70

381,967.09

36,093.13

508,696.58

Pahang

15,143.70

184,885.76

15,545.62

218,404.35

13,609.09

174,253.57

14,010.32

214,650.51

12,557.35

207,281.32

12,829.90

213,203.32

Terengganu

6,142.57

76,816.03

8,041.33

104,197.06

7,170.27

108,566.23

8,540.05

102,015.49

8,813.55

114,230.41

5,351.61

72,704.57

Kelantan

3,519.93

30,699.33

4,310.41

33,061.40

4,597.64

47,651.34

3,979.63

41,117.76

6,167.58

57,748.71

8,713.69

76,932.68

Sarawak

13,288.70

137,790.76

15,355.23

181,304.47

10,374.24

153,574.60

7,354.77

95,907.39

7,289.78

117,380.88

7,289.79

117,380.88

Sabah

287,502.66

557,831.62

270,831.38

642,401.46

281,742.18

488,489.28

221,560.39

396,516.47

219,785.77

368,767.86

219,785.77

368,767.86

W.P. Labuan

10.88

177.95

9.55

202.58

14.78

302.95

2.15

52.86

0.60

15.33

1.39

41.72

Jumlah 530,205.05

2,688,714.26

520,514.89

3,475,206.70

506,465.25

3,296,463.32

407,387.31

2,783,748.05

427,015.43

3,040,938.78

445,550.61

3,273,471.65

Page 211: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

Lampiran 2

Pendaratan Ikan Laut Bagi Tahun 2013 hingga 2018

2013 2014 2015 2016 2017 2018 (Awalan) Jumlah

Daratan Nilai Borong

(RM) Daratan

Nilai Borong

(RM) Daratan

Nilai Borong

(RM) Daratan

Nilai Borong

(RM) Daratan

Nilai Borong

(RM) Daratan

Nilai Borong

(RM)

Daratan Nilai Borong (RM)

JOHOR BARAT 29,911.43 296,266,887.93 25,742.04 287,294,372.42 27,759.47 320,851,585.28 29,687.40 369,387,302.34 29,416.27 419,833,739.55 30,439.55 456,791,724.34 172,956.16 2,150,425,611.86

KEDAH 112,876.26 776,438,001.06 156,110.24 1,329,474,643.78 157,100.96 1,289,545,512.02 163,878.29 1,418,270,354.57 142,549.51 1,653,569,868.64 154,199.61 1,763,621,882.69 886,714.86 8,230,920,262.76

MELAKA 1,789.69 21,711,901.56 1,935.57 24,361,990.15 2,018.60 25,725,946.35 1,790.01 28,003,702.72 1,769.39 31,525,191.00 1,913.36 33,627,484.19 11,216.62 164,956,215.97

NEGERI SEMBILAN 567.78 6,309,414.60 805.97 9,953,323.23 704.50 8,215,943.45 717.37 8,869,366.05 659.48 9,562,116.98 670.29 8,815,301.54 4,125.40 51,725,465.85

PERAK 307,185.94 1,777,680,883.49 329,344.32 1,870,284,625.94 346,852.99 2,012,831,817.52 367,346.52 2,187,288,705.12 266,555.95 1,726,845,937.62 313,856.77 2,135,334,127.14 1,931,142.49 11,710,266,096.83

PERLIS 99,592.29 584,885,337.87 96,450.35 618,941,363.96 85,499.18 534,935,096.35 99,866.12 608,923,388.83 105,892.89 750,246,115.00 102,243.28 693,365,168.86 589,544.11 3,791,296,470.87

PULAU PINANG 58,200.72 449,972,636.37 45,880.33 463,131,128.30 49,782.72 482,231,061.37 57,012.84 605,409,259.27 51,184.65 555,218,517.29 54,498.18 517,494,136.08 316,559.44 3,073,456,738.68

SELANGOR 105,559.82 437,237,161.30 92,436.74 450,887,848.50 90,025.88 704,038,388.00 93,459.73 745,191,821.65 125,517.28 1,019,526,500.68 164,397.02 1,288,656,453.66 671,396.46 4,645,538,173.79

JOHOR TIMUR 101,012.53 475,713,997.54 99,591.13 525,543,238.37 75,612.96 348,423,715.14 51,535.54 346,041,361.90 40,437.06 293,501,601.35 40,349.66 377,183,938.01 408,538.89 2,366,407,852.31

KELANTAN 57,110.66 244,901,136.85 62,237.75 284,961,871.36 146,443.04 757,870,079.91 218,758.18 1,095,778,327.61 196,131.76 1,165,964,286.29 99,411.61 729,492,075.43 780,093.00 4,278,967,777.45

PAHANG 107,347.92 613,785,727.53 91,146.16 508,401,179.95 91,247.90 532,054,878.21 120,417.58 699,732,825.42 118,066.39 768,743,987.30 121,210.82 947,358,870.49 649,436.76 4,070,077,468.90

TERENGGANU 72,224.30 480,699,852.83 58,784.29 364,534,082.30 51,185.18 401,834,810.81 44,702.51 342,624,928.02 47,268.86 408,704,847.60 41,730.24 384,745,424.34 315,895.39 2,383,143,945.90

WP LABUAN 73,172.77 600,464,406.28 25,737.27 243,904,108.09 18,506.87 172,862,350.07 17,508.61 148,199,843.73 18,384.94 165,880,773.69 19,326.41 211,436,939.90 172,636.87 1,542,748,421.76

SABAH 196,521.79 903,620,885.03 214,676.15 1,043,112,277.87 175,443.25 902,476,468.53 159,773.11 820,011,069.37 162,342.50 914,966,815.40 163,055.28 945,322,921.52 1,071,812.08 5,529,510,437.72

SARAWAK 159,825.90 666,226,947.69 157,249.48 760,602,693.81 147,578.72 725,349,470.03 147,992.87 752,532,489.44 158,993.76 935,139,365.49 179,813.58 989,880,062.64 951,454.31 4,829,731,029.10

JUMLAH 1,482,899.80 8,335,915,177.93 1,458,127.80 8,785,388,748.03 1,465,762.22 9,219,247,123.04 1,574,446.67 10,176,264,746.04 1,465,170.70 10,819,229,663.88 1,487,115.65 11,483,126,510.83 8,933,522.84 58,819,171,969.75

Page 212: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah ada usaha atau

kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atau pemimpin

masyarakat Orang Asli untuk memberi kesedaran dan seterusnya dapat

mengurangkan jumlah bilangan perkahwinan di bawah umur.

Page 213: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 65

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam usaha Kerajaan menangani isu perkahwinan bawah umur, Kerajaan

telah mengadakan beberapa siri sesi libat urus dengan izin, engagement

dengan pelbagai pihak seperti Kementerian/Jabatan Kerajaan, ahli

akademik, pakar hak asasi kanak-kanak, NGO, ahli agamawan dan wakil

Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bagi memberikan gambaran situasi

perkahwinan orang Islam, orang bukan Islam termasuklah Orang Asli dan

perkahwinan adat di negeri masing- masing. Tujuan libat urus ini diadakan

adalah sebagai advokasi kepada agensi Kerajaan yang berkaitan dan NGO

supaya mengambil langkah dalam menggerakkan usaha memberikan

kesedaran kepada kumpulan sasar masing-masing mengenai isu

perkahwinan bawah umur.

Buat masa ini, Kementerian dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Orang

Asli (JAKOA) dalam tindakan menyediakan draf Garis Panduan Pendaftaran

Perkahwinan Orang Asli. Garis panduan ini akan dijadikan sebagai rujukan

berkenaan pendaftaran perkahwinan bagi Orang Asli yang berkahwin

mengikut adat. JAKOA berperanan mengeluarkan surat pengesahan

perkahwinan bagi memudahkan urusan pendaftaran perkahwinan dalam

kalangan masyarakat Orang Asli. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara

(JPN) adalah pihak berkuasa bagi urusan pendaftaran perkahwinan

mengikut adat berdasarkan Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.

Page 214: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 65

Bagi tujuan menyediakan draf Garis Panduan Pendaftaran Perkahwinan

Orang Asli yang komprehensif, JAKOA akan mengadakan konsultasi

dengan Jabatan Perdana Menteri dan agensi Kerajaan yang berkaitan.

Konsultasi khusus akan turut diadakan dengan masyarakat Orang Asli

khususnya Pemimpin Orang Asli bagi mendapatkan pandangan berkaitan

perkahwinan mengikut adat.

Page 215: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH RAHEMAH BINTI IDRIS

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan perkembangan terkini kajian holistik yang dibuat berkaitan

dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Page 216: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 66

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengkaji isu pengiktirafan

sijil Unified Examination Certificate (UEC). Bagi tujuan ini, satu Pasukan

Petugas Dasar UEC telah ditubuhkan dan mula menjalankan tugas secara

rasmi pada 21 November 2019.

Sehingga kini (seperti pada 16 April 2019), pasukan petugas tersebut telah

melaksanakan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk

mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pelbagai perspektif bagi

memuktamadkan isu ini. Pasukan petugas ini telah mengadakan pertemuan

dengan 17 orang tokoh individu (bidang pendidikan, politik dan sosial), 23

buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tiga (3) buah parti politik (UMNO,

MCA, PAS) dan empat (4) agensi kerajaan bagi memastikan pandangan dan

cadangan berkaitan isu pengiktirafan sijil UEC sebagai syarat am kelayakan

untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bersifat menyeluruh.

Pasukan petugas ini telah diberikan tempoh selama enam (6) bulan, iaitu

sehingga Julai 2019 untuk meneliti dan menyediakan syor-syor berkaitan isu

pengiktirafan sijil UEC sebagai kepada pengurusan tertinggi Kementerian.

Dapatan dan syor-syor berkaitan akan diteliti oleh pihak KPM dan

seterusnya akan diangkat kepada Jemaah Menteri untuk keputusan dasar

berkaitan isu pengiktirafan sijil UEC.

Sekian, terima kasih.

Page 217: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

(a) adakah negara dalam pertikaian wilayah Laut China Selatan seperti

Malaysia, Vietnam, Filipina akan dapat menyimpulkan "Code of

Conduct" mungkin seawal 2021 sebagaimana yang diseru oleh negara

China; dan

(b) apakah hasil kesepakatan yang dipersetujui oleh negara ASEAN

dengan negara China dan cabaran yang perlu diselesaikan ketika

mengubal "Code of Conduct" (COC) selepas 20 tahun "Declaration on

Conduct" (DOC).

Page 218: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 67

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin mengucapkan terima kasih saya ucapkan kepada Yang

Berhornat Senator Datuk Lim Pay Hen atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan

ketegangan di Laut China Selatan, negara-negara ASEAN dan China telah

menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak–pihak Berkepentingan di

Laut China Selatan, atau dengan izin, Declaration on the Conduct of

Parties in the South China Sea (DOC) pada 4 November 2002.

3. Melalui DOC, negara-negara ASEAN dan China bertekad untuk

melaksanakan usaha–usaha bagi membina dan meningkatkan

kesalingpercayaan serta menangani sebarang perbezaan secara aman.

4. Pada masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang

merundingkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan, atau dengan izin,

Code of Conduct in the South China Sea (COC).

Tuan Yang Di-Pertua,

Page 219: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 67

5. ASEAN dan China telah bersetuju dengan, dengan izin, Single Draft

COC Negotiating Text (SDNT) dan cuba untuk menyelesaikan bacaan

pertama SDNT tersebut pada tahun ini, 2019.

6. Mengenai menyimpulkan COC seawal 2021, pendekatan Malaysia

adalah memastikan kesemua hak dan kepentingan negara dipertahankan

dan diambilkira sebelum dokumen tersebut dimuktamadkan. Walaupun

negara-negara ASEAN dan China mempunyai aspirasi untuk

memuktamadkan COC dalam masa tiga tahun ini, namun tiada artificial

timeline yang ditetapkan. Sebaliknya, ASEAN dan China berusaha keras

untuk menghasilkan satu dokumen COC yang substantif dan efektif.

7. Walaupun begitu, keseluruhan isi kandungan SDNT yang bersifat

living document ini adalah sulit dan tidak dapat dimaklumkan pada masa ini.

8. Saya ingin tegaskan bahawa isu Laut China Selatan adalah kompleks

dan melibatkan hubungan antara negara. Saya juga ingin tegaskan bahawa

Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi di dalam perkara yang boleh

menjejaskan keutuhan wilayah dan kepentingan negara.

Sekian, terima kasih.

Page 220: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah

langkah kerjasama antara Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian

Kesihatan untuk mengurangkan penyakit HIV disebabkan oleh aktiviti

homoseksual dan heteroseksual di Malaysia.

Page 221: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 68

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, persoalan yang diutarakan ini

seharusnya lebih sesuai dijawab oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) yang merupakan Lead Agency yang berwibawa untuk menjawab

berkaitan isu tersebut. Walau bagaimanapun, Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) selaku salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana

Menteri sentiasa memberikan sokongan dalam memberi bimbingan dan

dakwah bagi membantu menangani gejala sosial di negara ini.

Salah satu gejala sosial adalah penyakit Human Immunodeficiency Virus

(HIV). Ia adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang menurunkan

sistem kekebalan tubuh sehingga memungkinkan penyakit, bakteria, virus

dan infeksi lainnya menyerang tubuh.

Kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan mengambil inisiatif

melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah ini. Antara usaha

yang dilaksanakan adalah melalui JAKIM dengan kerjasama beberapa pihak

seperti KKM melalui pendekatan yang berikut:

i. Pelaksanaan Program

JAKIM melaksanakan program-program kepada golongan LGBT

dalam usaha mengajak mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

Antara program yang dilaksanakan adalah dengan melaksanakan

aktiviti temuseru (outreach) ke kawasan yang dikenalpasti serta

Page 222: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 68

mengajak mereka yang beragama Islam terutamanya untuk

menyertai program rawatan dan pemulihan (‘Ilaj wa Syifa’) secara

sukarela iaitu Program Mukhayyam yang dilaksanakan dengan

kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) dan

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, aktiviti susulan seperti usrah dan kelas pengajian turut

dilaksanakan, sebagai suatu bentuk sokongan dan bimbingan yang

berterusan (peer support) agar kesedaran melakukan perubahan

adalah berpanjangan.Di samping itu, Program Pendidikan Advokasi

Dan Kesedaran HIV/AIDS berbentuk seminar telah mensasarkan

masyarakat awam termasuk pelajar-pelajar sekolah, Universiti

Awam (UA) dan Universiti Swasta (US), kaunselor-kaunselor di

sekolah-sekolah dan universiti-universiti, ibu bapa, sukarelawan

sosial Islam, staf kesihatan dan wakil NGO sosial Islam.

ii. Pembangunan Manual Islam dan HIV/AIDS

JAKIM juga dengan kerjasama KKM telah membangunkan Manual

Islam dan HIV/AIDS yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran

dan tanggungjawab masyarakat dalam menangani masalah

HIV/AIDS. Manual ini merangkumi maklumat mengenai perkara-

perkara berkaitan HIV/AIDS.

iii. Modul Praperkahwinan dan Ujian Saringan HIV

Kerjasama JAKIM dengan KKM turut merangkumi kepada aspek

pengisian kepada kandungan modul Kursus Praperkahwinan yang

Page 223: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 68

dilaksanakan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Kandungan modul ini turut meliputi aspek pengurusan kesihatan

termasuklah pemeriksaan kesihatan dan kebaikan pengurusan

kesihatan keluarga. Di samping itu, semua pasangan yang akan

berkahwin juga diwajibkan untuk menjalankan ujian saringan HIV.

iv. Teks Khutbah Jumaat

JAKIM dan JAIN juga turut bekerjasama dengan KKM dalam

menyediakan kandungan teks Khutbah Jumaat terutamanya

melibatkan isu-isu kesihatandalam memberikan maklumat dan data

statistik contohnya berkaitan isu HIV.

Sekian, terima kasih.

Page 224: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI

menyatakan usaha Kerajaan dalam memastikan objektif RMK-11 yang

semakin hampir kepada penghujungnya ini dapat dicapai khususnya

pelaburan dan infrastruktur yang lebih baik di negeri Sabah.

Page 225: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 69

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan telah memberikan perhatian khusus kepada usaha untuk

merapatkan jurang pembangunan antara wilayah melalui Tonggak ke-

3 KSP RMKe-11, Menuju ke arah Pembangunan Wilayah yang

Seimbang. Di bawah Tonggak ini, Kerajaan telah menggariskan

dengan jelas strategi-strategi untuk mempercepat pembangunan

negeri Sabah dan Sarawak sepertimana berikut:

(i) mempergiat pertumbuhan ekonomi dan

perancangan pembangunan;

(ii) mempertingkat infrastruktur untuk menambah

baik ketersambungan;

(iii) memperluas akses kepada infrastruktur, ameniti

dan perkhidmatan asas;

(iv) menambah peluang pekerjaan; dan

(v) meningkatkan pembangunan tanah adat.

2. Di bawah Rolling Plan 4 (2019) RMKe-11, Sabah dan Sarawak telah

pun diperuntukkan sejumlah RM9.36 billion atau 17.1% daripada

jumlah peruntukan pembangunan keseluruhan. Jumlah peruntukan

ini telah meningkat 10.5%, iaitu sebanyak RM889 juta daripada tahun

sebelumnya (RM8.47 bilion pada 2018).

Sekian, terima kasih.

Page 226: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 70

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL

SINGH

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil

untuk membantu atau menampung kos-kos pengendalian yang tinggi oleh

pengusaha-pengusaha bas tempatan (Stage Bus Operators) di kawasan

luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan rapid, LRT, MRT dan lain-

lain jenis perkhidmatan awam.

Page 227: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 70

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kerajaan telah mewujudkan

Dana Sokongan Bas Berhenti-henti (ISBSF) pada 2012 sebagai salah

satu usaha untuk membantu operator bas berhenti-henti menampung

kos operasi harian mereka. Dana ini diwujudkan berikutan situasi

beberapa operator bas berhenti-henti terpaksa menghentikan operasi

mereka disebabkan peningkatan kos dan kerugian yang dialami

disebabkan sebahagian laluan mereka tidak menguntungkan terutama

di kawasan luar bandar. Kerajaan memberi perhatian terhadap isu itu

kerana kebanyakan laluan yang terbabit terletak di kawasan luar bandar

dan perkhidmatan itu masih diperlukan oleh penduduk untuk

meneruskan aktiviti harian mereka. Dengan adanya dana ISBSF ini,

banyak syarikat dapat meneruskan operasi di kawasan luar bandar dan

pengguna di kawasan berkenaan boleh terus mendapatkan khidmat

pengangkutan bas berhenti-henti ini sehingga hari ini.

2. Namun begitu ISBSF ini hanya bersifat sementara. Oleh itu, Program

Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) diwujudkan

kerajaan pada 2015 sebagai alternatif kepada ISBSF. Perkhidmatan Bas

Berhenti-henti boleh menjadi lebih cekap apabila keperluan tahap

pekhidmatan (KTP) bagi perkhidmatan bas dibuat berdasarkan

kesesuaian keperluan dan KTP tersebut dipantau menggunakan

teknologi system pemantauan atas talian pada setiap masa. Tindakan

tegas dan kaedah penalti juga dipercayai akan membantu pihak

Page 228: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 70

berkuasa untuk memastikan pengendali perkhidmatan bas tersebut

menyediakan perkhidmatan mengikut KTP.

3. Antara KTP yang biasa digunakan adalah:

i. Pematuhan Laluan – pengendali perlu menjalankan

perkhidmatan bas mengikut laluan dan rangkaian yang telah

ditetapkan supaya perkhidmatan mengikut laluan secara

konsisten;

ii. Kekerapan Trip atau Perjalanan – pengendali perlu menjalankan

perkhidmatan mengikut jumlah trip atau perjalanan yang telah

ditetapkan bagi memastikan ketersediaan perkhidmatan pada

waktu atau jadual yang telah ditetapkan;

iii. Ketepatan Masa – pengendali perlu menjalankan perkhidmatan

mengikut jadual perjalanan yang telah dietatpkan bagi

mengelakkan bas tiba terlalu awal atau terlalu lewat; dan

iv. Kebolehpercayaan – pengendali perlu memastikan

penyelengaraan dan pembaikan bas dibuat mengikut jadual agar

tidak menjejaskan operasi dan perkhidmatan.

4. Namun begitu, terdapat banyak lagi aspek yang perlu dilihat dalam

penyediaan perkhidmatan pengangkutan awan yang lebih cekap dan

meluas. Antaranya ialah mengenalpasti keperluan penyediaan

perkhidmatan agar ianya berada di tahap optimum dan mengenalpasti

punca perkhidmatan tersebut tidak mendapat sambutan. Jika

pengangkutan awam hendak dijadikan sebagai mod pilihan, maka ia

Page 229: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 70

perlu mempunyai tarikan, mudah diakses, masa perjalanan yang

singkat, jaringan rangkaian untuk menghubungkan sesuatu tempat dan

kelebihan lain berbanding kemudahan opsyen kenderaan persendirian.

Sekiranya perkhidmatan bas ini dijadikan sebagai opsyen, maka ia

hanya akan digunakan pada masa-masa atau keadaan yang tertentu

sahaja berbanding keperluan kepada rakyat.

5. Kementerian Pengangkutan Malaysia sedang dalam proses untuk

meningkatkan perkhidmatan bas berhenti-henti di seluruh Negara

melalui SBST 2.0. Dalam usaha untuk meluaskan liputan perkhidmatan

bas berhenti-henti, SBST 2.0 akan menggunakan pendekatan model

tadbir urus baharu berdasarkan strategi desentralisasi dan strategi

pengagihan sumber dana antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri. Dengan strategi model tadbir urus ini, Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri akan mempunyai peranan dan tanggungjawab mereka

tersendiri. Antara peranan dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan

adalah penetapan polisi, piawaiaan dan garis panduan. Manakala,

peranan dan tangungjawab Kerajaan Negeri adalah merancangkan

rangkaian bas dan pelan operasi.

6. Tambahan pula, struktur dasar pembiayaan merupakan peranan dan

tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri. Oleh yang demikian, jumlah peruntukan yang disalurkan

Kerajaan Negeri dalam membangunkan system pengangkutan awam di

semua negeri akan dikenalpasti melalui analisa penilaian dan penarafan

keupayaan kewangan dan kemampanan ekonomi negeri. Strategi

Page 230: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 70

baharu ini dipercayai dapat memastikan kesinambungan perkhidmatan

bas berhenti-henti Negara disamping meningkatkan kuasa autonomi

pihak Kerajaan Negeri terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di

peringkat negeri.

7. Sehingga September tahun 2018, Kerajaan telah memperuntukkan dana

berjumlah RM767.7 juta untuk skim ISBSF dan RM112.8 juta untuk

SBST.

Sekian, terima kasih.

Page 231: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 71

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah

perkembangan terkini skim bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Nasional (PTPTN) dalam mencari penyelesaian terbaik dan adil

kepada peminjam.

Page 232: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 71

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Cadangan dasar baharu bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dirangka setelah mengambil kira

kesan ke atas kelestarian PTPTN serta kemampuan bayaran balik oleh

peminjam agar tidak membebankan. Walau bagaimanapun, hasil daripada

pelbagai reaksi dan pandangan rakyat, Jemaah Menteri pada 8 Disember

2018 telah mengarahkan agar pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB)

peminjam PTPTN ditangguhkan bagi mendapat pandangan pemegang

taruh.

Pada masa ini sesi libat urus sedang dijalankan melibatkan semua pihak

yang berkepentingan seperti Persatuan Majikan, Persatuan Pekerja,

Persatuan Belia, Majlis Perwakilan Pelajar, badan bukan Kerajaan dan lain-

lain pemegang taruh yang akan dijalankan selama enam bulan bermula

Januari 2019 hingga Jun 2019.

Cadangan baharu serta implikasi kewangan bagi pelaksanaan skim PGB

akan disediakan setelah mengambil kira semua pandangan daripada sesi

tersebut.

Sekian, terima kasih.

Page 233: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 72

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan apakah langkah Kerajaan mengawal selia perkhidmatan Doula

di Malaysia.

Page 234: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 72

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi penekanan yang utama

kepada kelahiran selamat yang disambut oleh anggota terlatih dan

bertauliah dalam bidang kebidanan. Ini adalah untuk memastikan ibu

bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat. Bagi ibu yang

berhasrat untuk bersalin di rumah, kriteria yang perlu dipenuhi ditetapkan

selepas saringan dan perbincangan di antara anggota kesihatan diadakan

bersama ibu dan pasangan semasa fasa antenatal.

Oleh itu, sebarang aktiviti oleh mana-mana pihak yang mempromosi serta

mempengaruhi masyarakat dan membawa kepada kelahiran tidak selamat

adalah bertentangan dengan pendirian KKM. Kumpulan doula atau bidan

tanpa pengiktirafan adalah bukan jururawat kebidanan kerana mereka tidak

berdaftar dibawah Akta Bidan 1966 (Akta 436).

Merujuk kepada seksyen 14(1) Akta Bidan 1966 (Akta 436) dengan izin,

“any person who, not being a midwife registered under this Act, practices

midwifery, shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a

fine not exceeding two thousand ringgit or imprisonment for a period not

exceeding one year or to both”

Sehubungan itu, Seksyen 14(1) Akta Bidan 1966 (Akta 436) menerangkan

bahawa mana-mana individu yang tidak didaftarkan dibawah akta ini, yang

menjalankan aktiviti kebidanan boleh dikenakan tindakan denda tidak

Page 235: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 72

melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-

duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Sekian, terima kasih.

Page 236: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 73

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATIN RAHIMAH BINTI HAJI

MAHAMAD

TARIKH : 6 MEI 2019

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR menyatakan jumlah permohonan Program Perumahan

Rakyat Termiskin tahun 2019 dan berapakah bilangan rumah PPRT yang

telah dibangunkan dan diserah hak kepada kumpulan sasaran.

Page 237: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 73

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, secara purata, permohonan

bantuan rumah yang diterima melalui Bank Data Kemiskinan Nasional (e-

Kasih) adalah berjumlah lebih 30 ribu permohonan pada setiap tahun. Selain

permohonan melalui data bank tersebut, Kementerian juga menerima

permohonan daripada Focus Group Daerah/Negeri, permohonan

individu/berkelompok, aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam

(SISPA) dan program Search and Assist oleh pegawai kementerian serta

agensi. Walau bagaimanapun, bantuan rumah yang dapat disalurkan

kepada kumpulan sasaran adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan

yang diterima oleh Kementerian.

Bagi tahun 2019, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta

bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) meliputi bantuan bina

baharu dan baik pulih rumah.

Daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM86.038 juta telah diperuntukkan

bagi bantuan bina baharu rumah melibatkan sasaran pembinaan sebanyak

1,224 unit manakala untuk bantuan baik pulih rumah, sebanyak RM113.962

juta telah diperuntukkan bagi sasaran pembaikan sebanyak 7,354 unit

rumah di seluruh negara. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-

kira 42,890 isi rumah secara keseluruhannya.

Page 238: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 73

Selain itu, bagi tempoh 2016 sehingga 2018, sebanyak RM879.5 juta telah

diperuntukkan di bawah program PPRT melibatkan sebanyak 5,703 bantuan

bina baharu rumah dan 30,485 bantuan baik pulih rumah yang memberi

manfaat kepada kira-kira 180,940 isi rumah.

Page 239: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI YAHAYA BIN MAT

GHANI @ ABBAS

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI TENAGA,

SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

menyatakan adakah Kerajaan perlu mengkaji semula perundangan dan

mekanisme pelupusan sisa kimia dan bahan radioaktif berjadual kerana

terdapat banyak bahan buangan merbahaya yang tidak dipantau yang boleh

mendatangkan bahaya dan ancaman kesihatan kepada orang ramai.

Page 240: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 74

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi memenuhi keperluan semasa untuk mencegah dan mengawal

pencemaran alam sekitar serta meningkatkan tahap kepatuhan dan

penguatkuasaan, Kementerian ini sedang dalam proses menggubal

Rang Undang-Undang baru bagi menggantikan Akta Kualiti Alam

Sekeliling (AKAS) 1974. RUU baru ini bertujuan untuk memperkukuh,

memantap dan memudah cara pelaksanaan kerja penguatkuasaan

yang lebih efektif dengan memberikan penekanan terhadap perkara-

perkara berikut:

i. Peningkatan terhadap jumlah penalti selaras dengan

kewujudan green court dengan denda yang tinggi sebagai

menunjukkan kesalahan mencemarkan alam sekitar adalah

merupakan kesalahan yang serius;

ii. Memantapkan penguatkuasaan dan mengemaskini kuasa-

kuasa Ketua Pengarah seperti meluluskan garis panduan

pengurusan alam sekitar, dokumen aturan tetap operasi

berkaitan pemeriksaan, penyiasatan, pemantauan prestasi,

rekabentuk, penggunaan peralatan pengukuran in-situ dan

sebagainya;

Page 241: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 74

iii. Pelaksanaan amalan industri hijau yang bertujuan sebagai

preventif, mengambilkira pengurusan alam sekitar yang

dinamik, perubahan iklim dan kehendak sosial dalam

pengoperasian industri;

iv. Kawalan terhadap buangan e-waste daripada isi rumah sebagai

penyumbang terbesar pembuangan barang elektronik dan

elektrik; dan

v. Mengiktiraf kepakaran pegawai Jabatan dan orang awam

melalui lantikan oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling

bagi memantapkan kes-kes pendakwaan.

2. Satu mekanisma telah diperkenalkan bagi pengurusan buangan

terjadual di kemudahan tapak pelupusan secara selamat dan mesra

alam iaitu Kriteria Penerimaan Buangan (Waste Acceptance Criteria -

WAC). WAC telah diperkembangkan kepada penerima buangan yang

lain yang dilesenkan di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS)

berdasarkan peruntukan Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling

(AKAS) 1974. Selain itu, pembangunan teknologi pemprosesan

buangan terjadual dikenal pasti yang berkait rapat dengan keadaan

atau jenis buangan terjadual yang hendak diproses untuk

pemerolehan kembali, pengolahan atau pelupusan sesuatu buangan

terjadual.

Page 242: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 74

3. Pada masa ini, kawalan undang-undang bagi pelupusan sisa radioaktif

dilaksanakan melalui Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304]

dan peraturan-peraturan subsidiari di bawahnya.

4. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk mengkaji semula dan

menambahbaik perundangan sedia ada selaras dengan panduan

terkini yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

(IAEA). Antara skop perundangan yang perlu diberi tumpuan ialah

kawalan dan kawalseliaan bagi:

i. keselamatan (safety) bahan radioaktif/nuklear;

ii. sekuriti bahan radioaktif/nuklear;

iii. kawalgunaan bahan radioaktif/nuklear; dan

iv. pengurusan sisa radioaktif.

5. Untuk maksud ini, Kementerian sedang dalam proses akhir

memuktamadkan kerangka perundangan yang berkaitan.

6. Pengwujudan kerangka perundangan yang baru akan membolehkan

Malaysia menyertai Konvensyen Keselamatan Pengurusan Bahan Api

Terpakai dan Keselamatan Pengurusan Sisa Radioaktif (Joint

Convention on the Safety of Spent Fuel Management and on the

Safety of Radioactive Waste Management - JCSFM&RWM) yang

merupakan satu perjanjian antarabangsa dengan IAEA bertujuan

untuk mewujudkan satu tanda aras keselamatan bahan api nuklear

terpakai (nuclear spent fuel) dan pengurusan sisa radioaktif di

peringkat antarabangsa.

Page 243: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 74

Sekian, terima kasih.

Page 244: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. YAAKOB BIN SAPARI

TARIKH : 6 MEI 2019

Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa

jumlah tunggakan terkumpul pinjaman PTPTN yang masih belum dijelaskan

sehingga 31 Disember 2018 dan melibatkan berapa jumlah bilangan pelajar.

Apakah rancangan Kerajaan untuk menghapuskan pinjaman PTPTN seperti

dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Page 245: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 75

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga 31 Disember 2018, jumlah tunggakan terkumpul pinjaman adalah

sebanyak RM6.35 bilion, melibatkan seramai 616,275 orang peminjam yang

membuat bayaran balik tetapi tidak konsisten dengan tunggakan sebanyak

RM3.55 bilion manakala 356,312 orang peminjam lagi tidak pernah

membuat bayaran balik yang melibatkan amaun berjumlah RM2.79 bilion.

Manifesto untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Nasional (PTPTN) tidak berbangkit, kerana antara 10 janji 100 hari

Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan berkaitan PTPTN adalah untuk

“menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua

peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan dan

memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam”.

Sekian, terima kasih.

Page 246: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 76

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah rancangan yang ada untuk menaik taraf balai-balai dan

pejabat-pejabat PDRM di seluruh negara bagi meningkatkan lagi imej

PDRM.

Page 247: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 76

JAWAPAN

Yang Di Pertua,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) amat

memahami keperluan untuk menambah baik dan membaiki pejabat dan

fasiliti PDRM demi memastikan PDRM dan warganya dapat melaksanakan

perkhidmatan yang cemerlang dan memastikan keselamatan negara

terjamin.

Bagi menjaga kebajikan anggota PDRM, KDN telah sedia membina dan

membaik pulih berbagai fasiliti PDRM setiap Rancangan Pembangunan

Lima Tahun Kerajaan. Bagi tempoh RMK10 dan RMK11 misalnya, Kerajaan

telah membina dan membaik pulih sebanyak 49 buah balai dan pembaikan

kuarters serta lif. Selain itu, sebanyak tujuh (7) projek pembinaan balai dan

kuarters juga dibuat melalui projek penswastaan di bawah PBLT.

KDN akan terus mengambil tindakan susulan untuk merealisasikan

pembangunan baru ini khususnya bagi bangunan-bangunan lama yang

mana ia tidak ekonomik lagi untuk diselenggara dan dibaiki. Bangunan-

bangunan yang dikenal pasti ini akan disenaraikan mengikut keutamaan

dalam Rolling Plan (RP) yang berikutnya.

Bagi tahun 2019, sebanyak lebih 2000 unit kuarters dan lif di apartmen

anggota akan dibaiki melalui peruntukan sebanyak RM200 juta yang

diluluskan.

Page 248: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 77

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' SRI KHAIRUDIN SAMAD

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

apakah usaha yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengekang

lambakan produk kesihatan yang tidak berdaftar dan meragukan.

Page 249: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 77

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Produk-produk kesihatan, kosmetik dan ubat-ubatan adalah dikawal di

bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah

dan Kosmetik 1984. Manakala, produk kosmetik pula perlu melalui prosedur

notifikasi sebelum ianya boleh dikilang, diimport atau dijual di pasaran.

Kawalan ini bertujuan untuk memastikan hanya produk yang berkualiti,

selamat dan berkesan sahaja dijual untuk kegunaan orang ramai.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan

Farmasi sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi

memastikan produk-produk kesihatan dan ubat-ubatan yang dipasarkan di

Malaysia berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)

sebelum dijual kepada orang awam.

Bagi mengekang penjualan produk kesihatan, produk kecantikan tidak

berdaftar dan meragukan serta kosmetik yang tidak bernotifikasi, pihak

kementerian menjalankan tindakan pemeriksaan dan operasi serbuan

secara berterusan ke atas premis-premis pengeluar atau penjual tersebut

berdasarkan pemantauan dalaman dan pengesahan ke atas aduan yang

diterima daripada orang awam. Syarikat atau individu yang didapati memiliki

atau menjual produk kesihatan, produk kecantikan tidak berdaftar serta

kosmetik tidak bernotifikasi akan disiasat dan didakwa di mahkamah di

bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Page 250: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 77

Jika sabit kesalahan, individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan

hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga

(3) tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak

melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

untuk kesalahan berikutnya. Bagi syarikat yang melakukan kesalahan, boleh

dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda

sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Selain itu, Kementerian juga menjalankan aktiviti persampelan produk di

pasaran, pemantauan penjualan produk dalam talian, pemantauan

pengiklanan melalui media massa dan cetak, pemeriksaan rutin ke atas

premis-premis penjualan produk kesihatan dan aktiviti saringan di pintu

masuk negara bersama pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kementerian telah menjalankan inisiatif Program DiPS (Didik, Pantau dan

Serbu) ke atas premis-premis yang telah dikenalpasti di lokasi hot-spot yang

menjadi tumpuan penjualan produk kesihatan dan kecantikan tidak berdaftar

di seluruh negara. Ini bertujuan mengurangkan bekalan (supply reduction)

dan membanteras penjualan produk kesihatan dan kecantikan tidak

berdaftar di pasaran secara terbuka.

Kementerian juga menjalankan pelbagai usaha pendidikan untuk

meningkatkan kesedaran awam mengenai penggunaan produk kesihatan

berdaftar melalui pameran, dialog awam, ceramah dan ̀ Kempen Kenali Ubat

Anda’ serta “Duta Kenali Ubat Anda” telah dijalankan di seluruh negara.

Melalui kempen tersebut, maklumat berkaitan produk kesihatan dan

kecantikan / ubat –ubatan berdaftar disampaikan kepada pelbagai golongan

Page 251: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 77

masyarakat untuk menyedarkan masyarakat supaya lebih berhati-hati

semasa membeli produk kesihatan di pasaran.

Sekian, terima kasih.

Page 252: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan

jumlah kutipan SST dari September 2018 sehingga Mac 2019 dan

perbandingan kutipan SST dan GST untuk tempoh sama 2017/2018.

Page 253: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 78

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah hasil cukai jualan dan cukai

perkhidmatan yang dikutip oleh Kerajaan bagi tempoh 1 September 2018

sehingga 31 Mac 2019 adalah sebanyak RM12.8 bilion. Daripada jumlah

tersebut, sebanyak RM5.43 bilion telah dikutip bagi tempoh September

sehingga Disember 2018, manakala sebanyak RM7.37 bilion telah dikutip

bagi tempoh Januari sehingga Mac 2019.

Berhubung dengan kutipan GST pula, bagi tempoh 1 September 2017

sehingga 31 Mac 2018, jumlah kutipan bersih GST adalah sebanyak RM26.0

bilion. Amaun tersebut adalah merupakan amaun kutipan bersih GST

setelah mengambil kira jumlah input tax credit yang telah dibayar dalam

tempoh tersebut. Namun begitu, ianya belum lagi mengambil kira tunggakan

bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion sehingga 31 Mei 2018 yang

telah dilaporkan sebelum ini.

Page 254: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 79

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK SAMBANTHAN A/L

MANICKAM

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Sambanthan A/L Manickam minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan tentang laporan daripada guru-guru sekolah yang terpaksa

mengeluarkan duit sendiri untuk urusan pentadbiran dan pengurusan

sekolah. Bagaimanakah pihak Kementerian menangani masalah kos

pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Page 255: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 79

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum akan

keperluan peruntukan oleh pihak sekolah untuk tujuan pentadbiran dan

pengurusan. Oleh kerana peruntukan yang diterima oleh KPM secara

keseluruhannya adalah terhad untuk menampung kos operasi harian di lebih

10,000 buah sekolah, maka pihak sekolah disyorkan untuk menyusun

semula keutamaan dan mengambil langkah penjimatan di mana

bersesuaian agar sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak terjejas.

Untuk makluman, KPM ada menyediakan peruntukan Elaun Tuntutan

Perjalanan Guru serta pelbagai bantuan seperti Bantuan Geran Perkapita

(PCG), Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP), Bantuan

Kokurikulum (BKK) dan Bantuan Sukan Sekolah (BSS) untuk membantu

pembelian peralatan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, KPM juga

akan menilai semula keperluan tambahan dengan menggunakan

peruntukan sedia ada kementerian. Penilaian semula dibuat pada

pertengahan tahun melalui penjimatan keseluruhan program dan aktiviti

kementerian. Pihak sekolah boleh membuat permohonan peruntukan untuk

pertimbangan pihak KPM dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun,

pertimbangan tersebut adalah tertakluk kepada keutamaan atau tahap

kritikal serta peruntukan yang sedia ada di KPM.

Berhubung dengan penyelenggaraan, sekolah-sekolah yang masih

ekonomik untuk dibaiki dilaksanakan pembaikan secara berperingkat

Page 256: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 79

berdasarkan keutamaan yang disyorkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri

(JPN) atau Jabatan Kerja Raya (JKR). Mulai tahun 2019, penyaluran

peruntukan dilaksanakan berdasarkan skala dalam Skor Gred Impak yang

disyorkan oleh JPN atau JKR bagi memastikan kerosakan-kerosakan kritikal

di sekolah dapat ditangani terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih.

Page 257: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 80

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' SRI TI LIAN KER

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Sri Ti Lian Ker minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN

BUDAYA menyatakan apakah terdapat kajian yang telah dilakukan oleh

pihak Kementerian berhubung cadangan untuk memberikan perjalanan

tanpa visa kepada pelancong dari China dan India susulan kemerosotan

jumlah pelancong dari negara berkenaan yang sedikit sebanyak telah

menjejaskan industri pelancongan negara.

Page 258: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 80

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyambut baik

cadangan pelaksanaan tanpa visa bagi menarik lebih ramai pelancong

China dan India ke negara kita seperti yang dilaksanakan oleh negara

Indonesia. Walau bagaimanapun, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa

Kementerian Dalam Negeri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2018 kedatangan

pelancong China dan India masing-masing sebenarnya telah meningkat

sebanyak 29% dan 8.6% berbanding tahun 2017.

Sekian, terima kasih.

Page 259: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 81

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN

ABDULLAH

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan apakah pelan pihak kerajaan untuk memastikan

tiada pengangguran di kalangan pekerja yang berpengalaman.

Page 260: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 81

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian telah menaik taraf Sistem Portal Pekerjaan JobsMalaysia 2.0

di bawah projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-

11). Pembangunan sistem pemadanan pekerjaan secara atas talian ini

bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatan di seluruh negara serta

sebagai hub utama pemadanan pekerjaan gerbang kerjaya di sektor awam

dan swasta. Capaian portal baharu itu boleh menampung sehingga 19 juta

pengguna berdaftar dan mampu mengendalikan 40,000 capaian serentak

pada satu-satu masa dan juga dilengkapi dengan ciri ujian minat kerjaya

berasaskan psikometrik sebagai panduan kepada pemohon dalam

menentukan kerjaya. JobsMalaysia 2.0 menampilkan ciri pemadanan

automatik dan memberikan syor berkenaan peluang pekerjaan yang sesuai

serta tawaran itu diemelkan terus kepada calon. Sistem baharu ini

menggunakan data geospatial bagi mencari peluang pekerjaan merentasi

pemetaan geografik mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan

Parlimen secara visual dan interaktif yang dipantau oleh pegawai-pegawai

jabatan di Jobs Commad Centre, Cyberjaya, akan memudahkan pencari

kerja yang mahu mendapatkan pekerjaan di kawasan tempat tinggalnya

atau kawasan tertentu.

2. Kementerian Sumber Manusia (KSM), melalui Jabatan Tenaga Kerja

(JTK) juga melaksanakan pelbagai program untuk membantu pencari baru

yang tamat pengajian atau pencari kerja yang telah bekerja atau telah ada

pengalaman kerja yang ingin bekerja kategori pekerjaan meningkatkan

Page 261: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 81

kerjaya. Antara program yang telah dilaksanakan ialah penganjuran Karnival

Pekerjaan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di seluruh negara

yang diadakan sepanjang tahun bagi memudahkan pencari untuk

dipadankan dengan kekosongan jawatan yang ditawarkan melalui program-

program berikut iaitu Penempatan Melalui Portal JobsMalaysia, Karnival

Kerjaya, Client Account, Temuduga Terbuka, Kerjasama Antara Agensi,

Holiday Placement For Student (HOPS), Penyesuaian Kerjaya, Kembara

Kerjaya, Penempatan Dengan Kerjasama Agensi Pekerjaan Swasta dan

Penempatan Golongan Khas.

3. Pada tahun 2018, JobsMalaysia telah melakukan sebanyak 3,726,966

pemadanan pekerjaan (jobs matching) terhadap 93,171 kekosongan aktif

terhadap semua kategori pekerjaan. Daripada usaha ini seramai 168,677

(98.1%) pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan (jobs placement).

Daripada jumlah tersebut, seramai 47,073 orang siswazah dan 121,604

orang bukan siswazah telah mendapat pekerjaan.

4. Kerajaan pada masa ini sedang memberi tumpuan kepada

pengukuhan ekonomi domestik serta merangsang Domestic Invesment (DI)

dan Foreign Direct Investment (FDI) yang dijangka menyumbang

penghasilan high value jobs dan knowledge worker berpendapatan tinggi

yang berterusan dalam jangka panjang. Antara lain fokus kerajaan ialah

memastikan pertumbuhan ekonomi melalui galakkan pelaburan berkualiti,

meningkatkan pertumbuhan ialah dalam bidang ekonomi digital,

pengeluaran dengan teknologi tinggi, kadar gaji tinggi serta kepesatan

sektor perkhidmatan. Dengan inisiatif-inisiatif tersebut akan meranggsang

pertumbuhan ekonomi negara seterusnya akan mewujudkan peluang-

Page 262: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 81

peluang pekerjaan baru (new jobs creation) di pelbagai sektor ekonomi

untuk warganegara yang mencari pekerjaan termasuk golongan pekerja

yang berpengalaman menceburi dan meningkatkan kerjaya di pelbagai

bidang pekerjaan.

Page 263: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 82

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU

TARIKH : 6 MEI 2019

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

tidakkah Kerajaan berhasrat mengkaji semula kadar faedah 4% yang

dikenakan ke atas setiap peminjam PTPTN, sama ada daripada segi

kadarnya, hukumnya dan juga selari dengan dasar Peduli Rakyat.

Page 264: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 82

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, bermula 1 Jun 2008, semua

kenaan kos pentadbiran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional (PTPTN) telah diselaraskan kepada kenaan Ujrah (Upah)

sebanyak 1 peratus setahun atas kadar rata. Pelaksanaan dasar Ujrah ini

adalah setelah mengambil kira pandangan/keputusan mesyuarat

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada

28 Julai 2008, seterusnya diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada

6 Ogos 2008.

Sekian, terima kasih.

Page 265: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 83

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN

MOHAMED YASSIN

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan apakah Kementerian juga bercadang untuk membina jalan-

jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan jalan di Sabah dan

mengurangkan risiko kemalangan yang membimbangkan.

Page 266: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 83

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian mempunyai

perancangan yang lengkap untuk membina rangkaian jalan persekutuan

yang baru ataupun untuk menaiktaraf rangkaian jalan persekutuan yang

sedia ada di Negeri Sabah dan Sarawak, termasuk juga Wilayah

Persekutuan Labuan, demi untuk merancakkan kegiatan dan pertumbuhan

ekonomi di negeri-negeri tersebut. Pelan perancangan ini telah dinyatakan

secara terperinci di dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya

(Highway Network Development Plan atau ringkasannya HNDP) bagi negeri

Sabah dan Sarawak yang telah disediakan pada tahun 2010. Pelan

Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP) tersebut adalah merupakan

pelan induk bagi tujuan perancangan jalan di Negeri Sabah dan Sarawak

sehingga tahun 2025. Sekiranya peruntukan yang diperlukan disediakan

maka perancangan untuk membina jalan-jalan baru dan juga menaiktaraf

jalan-jalan sedia ada, yang akan menjadi laluan alternatif bagi mengatasi

jalan-jalan yang telah sesak, akan dapat dilaksanakan sebelum tahun 2025.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini juga sentiasa

melaksanakan pemantauan, menganalisa serta mengenalpasti lokasi-lokasi

yang kerap berlaku kemalangan (blackspot) supaya tindakan

penambahbaikan (rawatan) di lokasi terbabit dapat dibuat mengikut

keutamaan dan peruntukan yang diluluskan oleh Agensi Pusat.

Page 267: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 83

Bagi maksud tersebut, sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas

(RMKe-11), pihak Kerajaan telah menyediakan peruntukan di bawah

program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya untuk merawat

lokasi – lokasi blackspot di Jalan Persekutuan di seluruh negara. Untuk

makluman Ahli Yang Berhomat juga, Kerajaan telah memperuntukkan

sebanyak RM 5 Juta untuk 15 lokasi di negeri Sabah di bawah

program rawatan blackspot tersebut. Status terkini adalah sebanyak sepuluh

(10) lokasi akan dilaksanakan pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

Page 268: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 84

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan

rancangan bagi mengenakan tekanan ke atas Israel dan sekutunya Amerika

Syarikat supaya mematuhi resolusi PBB terutamanya dalam isu keganasan

terhadap Palestin.

Page 269: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 84

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Haji

Husain bin Awang di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Malaysia sesungguhnya sangat peka dan prihatin terhadap krisis di

Palestin yang telah berlanjutan selama lebih tujuh dekad. Ia telah

mengorbankan ratusan ribu nyawa dan meninggalkan kesengsaraan yang

berpanjangan kepada rakyatnya.

3. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan sejak dahulu

lagi konsisten dengan dasar luarnya terhadap isu Palestin. Malaysia komited

untuk memberi sokongan kepada Palestin untuk menubuhkan sebuah

negara yang merdeka dan berdaulat. Kerajaan senantiasa memberi

sokongan padu kepada Palestin dan rakyatnya baik dari segi politik,

ekonomi, moral dan termasuklah juga bantuan-bantuan berbentuk

kemanusiaan, sumbangan kewangan serta sumbangan untuk

pembangunan infrastruktur asas dan pembangunan kapasiti sama ada

secara langsung mahupun melalui pertubuhan antarabangsa dan badan

bukan Kerajaan.

4. Selain itu, Malaysia sentiasa memperjuangkan isu Palestin di platform

antarabangsa terutamanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Page 270: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 84

melalui resolusi-resolusi yang mampu memberi terkanan kepada Israel dan

sekutunya Amerika Syarikat. Semasa menjadi ahli tidak tetap Majlis

Keselamatan PBB bagi penggal 2015-2016, Malaysia lantang

mengetengahkan pendiriannya dengan memberikan tekanan kepada Israel

dan Amerika Syarikat untuk mematuhi resolusi-resolusi PBB yang berkaitan.

Hasil daripada usaha ini, Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334 mengenai

penempatan haram Israel telah diterima pakai oleh Majlis Keselamatan PBB.

5. Pada 13 Jun 2018, Malaysia telah menaja dan menyokong resolusi

mengenai perlindungan orang awam Palestin pada Sesi Khas Tergempar

Perhimpunan Agung PBB di New York, yang diluluskan dengan 120 undi

sokongan berbalas lapan undi tolak. Resolusi berkenaan mengutuk

serangan keganasan ke atas orang awam oleh Israel, terutamanya di

Semenanjung Gaza dan menggesa perlindungan ke atas orang awam

Palestin seperti yang termaktub di bawah undang – undang antarabangsa.

6. Pada 6 Disember 2018, Malaysia juga, bersama-sama negara anggota

PBB, telah menentang draf resolusi Perhimpunan Agung PBB yang ditaja

oleh Amerika Syarikat bertajuk “Activities of Hamas and Other Militant

Groups in Gaza”. Draf resolusi tersebut telah gagal menerima dua pertiga

sokongan daripada negara-negara anggota PBB dan seterusnya tidak

diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB. Secara lazimnya, majoriti

mudah diperlukan untuk sesebuah resolusi diterima pakai. Namun demikian,

untuk isu yang melibatkan pemeliharaan keamanan dan keselamatan

antarabangsa, dua pertiga sokongan negara anggota diperlukan untuk

sesebuah resolusi diterima pakai selaras dengan Peraturan 83, Prosedur

Perhimpunan Agung PBB.

Page 271: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 84

7. Sebagai suatu reaksi untuk mengenakan tekanan kepada pihak Israel

dan Amerika Syarikat, satu draf resolusi bertajuk “Comprehensive, Just and

Lasting Peace in the Middle East” telah dibentangkan oleh Republik Ireland

sebagai langkah balas kepada resolusi yang ditaja Amerika Syarikat.

Resolusi yang dibentangkan Ireland telah mendapat sokongan padu

daripada negara anggota PBB. Sebagai pendokong kuat terhadap usaha

menjadikan Palestin sebuah negara merdeka dan berdaulat, Malaysia telah

memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada resolusi ini.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Dalam apa-apa platform diplomasi pelbagai hala, Malaysia sentiasa

menyuarakan pendirian dengan menggesa masyarakat antarabangsa untuk

menggunakan segala saluran perundangan, politik dan diplomatik supaya

tekanan terus dikenakan terhadap Israel dan sekutunya Amerika Syarikat

untuk menghentikan kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat Palestin.

Usaha ini akan diteruskan sehingga wujudnya sebuah negara Palestin yang

merdeka dan berdaulat berdasarkan penubuhan dua negara (Two-State

Solution), di mana Palestin dan Israel akan wujud secara sebelah

menyebelah dengan aman berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967,

dan Baitulmaqdis (East Jerusalem) sebagai ibu negara Palestin.

Sekian, terima kasih.

Page 272: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 85

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN KHAIRUL AZWAN HARUN

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan adakah sebarang potensi pencerobohan

keselamatan siber oleh syarikat Huawei dan teknologi 5G dari China dan

apakah persediaan Kerajaan dalam menangani sebarang pencerobohan

siber.

Page 273: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 85

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, dari segi pengurusan

keselamatan, kesemua pembekal perkhidmatan akan dinilai Kerajaan

secara adil dan terbuka. Ancaman tidak semestinya daripada peralatan

Huawei sahaja.

Keselamatan siber secara khusus adalah di bawah seliaan National Cyber

Security Agency (atau NACSA) di bawah Majlis Keselamatan Negara

(MKN), yang menjadi agensi penyelaras kepada semua agensi

penguatkuasaan yang menguruskan ancaman keselamatan siber. Strategi

Keselamatan Siber Negara juga sedang dirangka pada ketika ini,

memfokuskan kepada rangka kerja pengurusan risiko yang menggariskan

strategi bagi mengurangkan kesan serangan siber dan tindak balas sewaktu

insiden keselamatan siber yang perlu dilaksanakan oleh agensi infrastruktur

maklumat kritikal negara ini yang terdiri daripada agensi awam dan swasta.

Kerajaan secara khusus telah mengambil langkah proaktif demi

perlindungan kepada agensi-agensi infrastruktur maklumat kritikal negara

daripada ancaman dan serangan siber melalui inisiatif di bawah Dasar

Keselamatan Siber Negara dan Pelan Pengurusan Keselamatan Siber

Negara.

Melalui dasar dan pelan ini, pelbagai langkah untuk memperkukuh

keselamatan dan melindungi ruang siber negara telah dilaksanakan. Antara

Page 274: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 85

langkah yang dilakukan kerajaan termasuk perwujudan Pusat Kawalan dan

Penyelarasan Siber Negara, dengan izin, National Cyber Coordination and

Command Centre (NC4) yang diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara

bagi memastikan sebarang serangan siber terhadap infrastruktur maklumat

kritikal negara dapat dikekang.

Kemeterian melalui Sruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM) juga merupakan salah satu daripada agensi yang terlibat di dalam

inisiatif ini. NC4 telah melaksanakan pemantauan mengeluarkan amaran

dan advisory berkaitan langkah pencegahan dan perlindungan bagi

menangani serangan siber kepada semua agensi infrastruktur maklumat

kritikal negara.

SKMM dengan kerjasama NACSA akan terus berganding bahu dengan

pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia dalam

mengenalpasti pelbagai risiko ancaman keselamatan siber terhadap

teknologi dan perkhidmatan 5G yang ditawarkan oleh kesemua pihak

berkepentingan yang terlibat di samping berperanan membantu

mengurangkan risiko-risiko ancaman tersebut.

Page 275: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 86

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK SR. HAJI HANAFI BIN HAJI

MAMAT

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah program sebagai persiapan bagi menyediakan para

pelajar sekolah mendepani Revolusi Industri 4.0.

Page 276: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 86

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi penekanan

kepada bidang teknikal, vokasional dan kemahiran di Sekolah Menengah

Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) supaya dapat menyediakan modal

insan yang berkemahiran tinggi dan mampu bersaing dalam teknologi global

serta menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

KPM amat sedar dengan keperluan persediaan KPM bagi menghadapi

gelombang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). KPM telah melaksanakan

pembelajaran abad ke-21 yang menepati IR 4.0. Tambahan lagi, antara

persediaan awal yang telah diambil tindakan oleh KPM iaitu menyemak dan

melaksanakan pemetaan program yang sedia ada dengan keperluan

industri bagi memastikan program tersebut selari dengan keperluan industri

(Industrial demand). Contohnya program Pengurusan Perniagaan yang

ditawarkan di KV sudah memasukkan modul tambahan khusus berkaitan

dengan Internet of Things (IoT) yang bertujuan untuk memberi peningkatan

ilmu dan kemahiran berkenaan pengaruh komputer dalam pengurusan

perniagaan seperti business on-line dan sebagainya. Keperluan

penambahbaikan terhadap peralatan dan teknologi juga dalam

pertimbangan KPM bagi memastikan program pembelajaran tidak

ketinggalan dengan IR 4.0.

Bermula tahun 2018, Kolej Vokasional melantik Technical Advisory

Committee (TAC) untuk setiap program diploma yang ditawarkan. TAC ini

Page 277: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 86

dianggotai oleh pakar akademik dan industri bagi menyemak dan menilai

pengisian kurikulum agar bersesuaian dengan keperluan IR 4.0.

Selain itu, kurikulum persekolahan bermula dari peringkat sekolah rendah

juga telah direka bentuk dengan menerapkan elemen-elemen asas

pendidikan TVET bagi memenuhi keperluan asas IR 4.0. Di peringkat

sekolah rendah, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mata

pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) telah mula mendedahkan murid

kepada elemen asas IR 4.0 terutamanya dalam aspek asas pengaturcaraan

mudah meliputi algorithma, pseudocode dan carta alir dengan penggunaan

perisian seperti Scratch, Arduino, Microbits dan sebagainya. Murid juga akan

didedahkan kepada elemen robotik dalam pembelajaran mereka.

Pada peringkat sekolah menengah rendah pula, murid yang mengikuti

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mata Pelajaran RBT

didedahkan kepada pengaturcaraan yang lebih kompleks yang memerlukan

penghasilan projek elektronik menggunakan pengaturcaraan di samping

turut diperkenalkan dengan sistem kawalan.

Pada peringkat menengah atas, murid boleh memilih salah satu mata

pelajaran elektif yang menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional

berdasarkan kepada minat dan kecenderungan murid. Antara mata

pelajaran yang terlibat adalah seperti Sains Komputer, Automotif, Pengajian

Kejuruteraan Eklektrik, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian

Kejuruteraan Awam dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Page 278: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 87

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan

kesediaan pihak Kementerian untuk membentangkan Laporan Inkuiri

SUHAKAM berkaitan Tanah Orang Asli di Dewan Rakyat dan Dewan

Negara kerana sehingga kini, ianya belum dibentangkan kepada Parlimen.

Page 279: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 87

JAWAPAN

Untuk makluman YB Senator, Kerajaan sentiasa komited untuk memenuhi

Janji 38 yang dinyatakan dalam Manifesto Pakatan Harapan iaitu

“Membela Nasib Orang Asal di Semenanjung Malaysia”. Pada masa ini,

Kerajaan sedang mengkaji dan menyelaraskan tindakan di antara agensi

Kerajaan di peringkat Persekutuan bagi menyelesaikan isu berkaitan tanah

adat yang selama ini dituntut oleh masyarakat orang asli di Semenanjung.

Ini kerana isu ini sangat kompleks dan memerlukan penglibatan banyak

pihak, baik di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat Negeri. Sehingga

kini, Kerajaan masih belum memutuskan secara spesifik mana-mana agensi

Kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan perkara ini

secara tuntas. Kerajaan juga pada peringkat ini sedang mengkaji berhubung

keperluan untuk membawa laporan ini ke perbahasan Parlimen. Cadangan

ini sedang diperhalusi dari pelbagai aspek sebelum sebarang keputusan

mengenainya boleh dibuat.

Sekian. Terima kasih.

Page 280: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 88

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

perkembangan terkini mengenai projek fasa kedua pembinaan projek Lebuh

raya Pan Borneo dari Miri ke Lawas tanpa melalui Negara Brunei serta

butiran kajian yang telah dijalankan dan bilakah projek jalan alternatif

tersebut akan bermula.

Page 281: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 88

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya (KKR)

sedang dalam proses akhir penelitian bagi mengenal pasti jajaran Jalan

Perhubungan Sarawak - Sabah (Sarawak - Sabah Link Road) yang tidak

melalui Negara Brunei Darussalam. Kajian tersebut turut mengambil kira

implikasi kos dan teknikal serta sosio-ekonomi dan guna tanah di kawasan

pedalaman di utara negeri Sarawak iaitu melibatkan kawasan Baram,

Limbang dan Lawas dan seterusnya menghubungkan ke negeri Sabah

(Sindumin dan Long Pasia). Anggaran kos terlibat ialah sebanyak RM 4

bilion melibatkan jarak sekitar 400km. Namun demikian, kajian tersebut juga

akan menentukan anggaran kos sebenar dengan mengambil kira tiada

pertindihan jajaran dengan agensi kerajaan lain iaitu Kerajaan Negeri

Sarawak dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Sekian, terima kasih.

Page 282: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 89

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status Projek Perumahan

Rakyat (PPR) setakat ini di Sabah dan berapakah belanjawan yang

diperuntukkan untuk tujuan membina lebih banyak rumah mampu milik dan

PPR bagi membantu golongan berpendapatan rendah serta mengurangkan

setinggan khasnya di kawasan pinggir bandar.

Page 283: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 89

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga April 2019, sebanyak 30

projek (20,799 unit) di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) telah

siap dibina di Negeri Sabah, manakala 7 projek (4,650 unit) masih

dalam peringkat pembinaan dan 3 projek (1,650 unit) masih dalam

pelbagai peringkat perancangan.

2. Bagi tujuan menyediakan lebih banyak Rumah Mampu Milik (RMM)

melalui PPR di Negeri Sabah, Kerajaan telah menyediakan

peruntukan sebanyak RM115.6 juta bagi tahun 2019 untuk

meneruskan pelaksanaan 7 projek yang masih dalam pembinaan.

Selain itu, Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM42 juta

bagi merancang pembinaan 3 projek baharu PPR yang mana akan

memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah serta

membantu mengatasi isu setinggan di Negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

Page 284: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 90

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' ONG CHONG SWEN

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan

apakah hasil daripada pengumuman yang dijalankan selepas setiap

penangguhan tren dan sebagainya, memandangkan bahasa dan terma-

terma yang dijelaskan kepada orang awam teramat teknikal dan tidak mudah

difahami.

Page 285: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 90

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Libat urus oleh Bahagian Penguatkuasaan Rel, Agensi Pengangkutan

Awam Darat (“APAD”) bersama semua operator kereta api pada

Februari 2019 telah memaklumkan kehendak untuk membuat

pengumuman dan laporan dalam bahasa yang mudah difahami dan

tidak terlalu teknikal dan kini penggunaan bahasa yang mudah

difahami semakin digunakan. Pengumuman bagi setiap gangguan

perkhidmatan kereta api dibuat melalui media sosial agar pengguna

maklum berkenaan gangguan tersebut.

2. Dalam pada masa yang sama, operator kereta api akan memaklumkan

kepada Pusat Kawalan Kemalangan Kereta Api (Train Accident

Control Centre – TACC), Bahagian Penguatkusaan Rel, APAD

berkenaan gangguan perkhidmatan untuk rekod. Laporan akan

dihantar kepada Bahagian Penguatkuasaan Rel APAD berkenaan

sebab, tindakan yang diambil terhadap gangguan perkhidmatan yang

berlaku serta tempoh masa gangguan perkhidmatan.

3. Tindakan penguatkuasaan syarat lesen dan kesalahan di bawah Akta

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 (“Akta 715”) belum

dijalankan memandangkan Bahagian Penguatkuasaan Rel APAD

masih dalam proses untuk memperolehi kuasa sebagai Pegawai

Pengangkutan Awam Darat di bawah Akta 715 dan hanya mempunyai

enam (6) orang anggota ketika ini.

Page 286: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 90

Sekian, terima kasih.

Page 287: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 91

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' CHAI KIM SEN

TARIKH : 6 MEI 2019

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

menyatakan adakah caj kesesakan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan

selepas pengambilalihan empat lebuh raya bertol merupakan satu cadangan

yang pernah dibangkitkan oleh DBKL pada tahun 2016.

Page 288: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 91

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pihak Kerajaan masih mengkaji

kaedah yang terbaik Caj Kesesakan ‘Congestion Charges’ yang boleh

digunakan jika cadangan pengambilalihan 4 lebuhraya bertol dilaksanakan.

Antara alternatif yang akan diambil kira termasuklah yang sedang

dilaksanakan di negara Singapura yang mengenakan caj pada kadar

tertentu terhadap semua kenderaan yang memasuki kawasan pusat bandar.

Lain-lain kaedah yang mungkin digunakan termasuk mengenakan caj hanya

terhadap kenderaan yang masuk ke pusat bandar hanya di waktu puncak,

larangan kenderaan satu pemandu memasuki pusat bandar dan kebenaran

kenderaan yang dibenarkan masuk ke pusat bandar mengikut nombot plat

masing-masing. Sebagai contoh kemasukan kenderaan yang bernombor

ganjil hanya dibenarkan masuk ke pusat bandar pada hari-hari tertentu.

Page 289: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 92

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

apakah Kerajaan bercadang membina sekolah rendah di Pos Simpor, Gua

Musang Kelantan memandang jarak ke Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi

sejauh 60km dan jumlah penduduk di sekitar Pos Simpor adalah lebih

daripada tiga ribu penduduk.

Page 290: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 92

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Buat masa ini, Kementerian Pendidikan Malaysia tiada perancangan untuk

membina sebuah sekolah baharu di Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan.

Hal ini demikian kerana sebuah sekolah baharu yang dilengkapi dengan

kemudahan asrama akan dibina di Kuala Ya, Gua Musang, Kelantan sejauh

30 km dari Pos Simpor bagi menggantikan Sekolah Kebangsaan Tohoi yang

terlibat dengan Projek Hidro Elektrik Nenggiri. Untuk makluman, kos

pembinaan sekolah baharu tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh

pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sekian, terima kasih.

Page 291: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 93

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD

YUSOFF

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan hasil laporan terkini siasatan kes pesawat

MH17.

Page 292: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 93

JAWAPAN

Yang Dipertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua siasatan

kemalangan MH17 iaitu pertama, Siasatan Keselamatan (Safety

Investigations) seperti mana yang perlu dijalankan di bawah

peruntukan Annex 13 Konvensyen International Civil Aviation

Organisation (ICAO) dan kedua, siasatan jenayah.

2. Siasatan keselamatan yang dijalankan di bawah Annex 13 ICAO

menumpu pada aspek teknikal dan keselamatan dengan tujuan untuk

mengelakkan insiden yang serupa daripada berulang pada masa

hadapan. Pasukan siasatan tersebut diketuai oleh negara Belanda dan

anggotanya terdiri daripada Malaysia, Ukraine, Rusia, Jerman,

Amerika Syarikat dan United Kingdom. Laporan siasatan keselamatan

Annex 13 ICAO telah diumumkan pada Oktober 2015 dan boleh

dimuat turun di laman web rasmi Kementerian Pengangkutan

(http://www.mot.gov.my/SiteCollectionImages/MH17/MH17.pdf).

3. Manakala siasatan jenayah berhubung nahas pesawat MH17 masih

dijalankan oleh Joint Investigation Team (JIT) yang diterajui oleh

Belanda dan dianggotai oleh Australia, Belgium, Malaysia dan

Ukraine. Dalam hubungan ini, usaha untuk mengenal pasti pihak yang

bertanggungjawab dalam nahas pesawat MH17 dan seterusnya

membuat pendakwaan nasional di Mahkamah Belanda adalah

bergantung kepada hasil siasatan jenayah tersebut.

Page 293: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 93

4. Siasatan jenayah tersebut perlu mendapatkan keterangan yang

konklusif dan boleh dipercayai yang dapat dipertahankan dalam

mahkamah menurut tatacara yang ditetapkan di bawah sistem

perundangan Belanda. Beban pembuktian dalam kes jenayah adalah

lebih berat dan dengan itu siasatan jenayah mengambil masa yang

lebih lama.

5. Pada 24 Mei 2018, pasukan JIT telah mengumumkan hasil dapatan

siasatan jenayah tragedi MH17 di mana sistem pertahanan BUK-

TELAR daripada 53rd Anti Aircraft Missile Brigade yang digunakan

untuk menembak jatuh pesawat MH17. Maklumata dan status terkini

siasatan jenayah akan dapat dirujuk di laman web rasmi pihak

berkuasa Belanda di https://www.om.nl/onderwerpen/mh17-crash/

6. Pada masa ini, penyiasatan tertumpu kepada usaha untuk mengenal

pasti pihak yang bertanggungjawab dalam nahas pesawat MH17.

Malaysia bersama-sama negara-negara yang diwakili dalam JIT telah

bersetuju untuk menyokong dan memberi komitmen sepenuhnya

kepada negara Belanda yang telah dipilih untuk menjalankan

pendakwaan nasional mengikut sistem perundangan negara tersebut

melalui sebarang bentuk kerjasama termasuklah menandatangani

MoU bagi meraih sokongan politik dan kewangan.

Sekian, terima kasih.

Page 294: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan bahawa dalam persidangan Dewan Negara pada bulan Ogos

2018, YB Timbalan Menteri KDN telah menyatakan Kementerian beliau telah

menerima permohonan kewarganegaraan daripada 3,853 orang dari kaum

India. Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan sehingga kini.

Page 295: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 94

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedang melaksanakan

tindakan segera terhadap semua permohonan kewarganegaraan tanpa

mengira kaum secara berperingkat selaras dengan syarat-syarat dalam

Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964 [LN.82.1964] dan

perundangan yang berkuat kuasa.

Merujuk kepada pertanyaan lisan daripada Ahli Yang Berhormat bertarikh

27 Ogos 2018 dalam sidang Dewan Negara yang lalu, semakan ke atas

rekod Kementerian dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga 31

Mac 2019, sebanyak 2,904 permohonan kewarganegaraan daripada

individu berketurunan India telah siap diproses dan diluluskan.

Sekian, terima kasih.

Page 296: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 95

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI MUHAMAD BIN

MUSTAFA

TARIKH : 6 MEI 2019

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PELANCONGAN, SENI

DAN BUDAYA menyatakan usaha Kementerian dalam memastikan

program Tahun Melawat Malaysia 2020 dilaksanakan dengan jayanya

terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.

Page 297: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 95

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah membuat

persiapan awal bagi menjayakan Visit Malaysia 2020 termasuklah memohon

kerjasama setiap negeri untuk sama-sama memperhebatkan kempen Visit

Malaysia 2020. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa

Kebangsaan Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Bil 1/2019 telah

diadakan pada 19 Mac 2019 bersama-sama Exco-exco Pelancongan negeri

bagi tujuan persiapan Visit Malaysia 2020 yang juga melibatkan negeri –

negeri di Pantai Timur.

Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, Kerajaan Negeri Terengganu

dan Kelantan telah mengambil inisiatif dengan mengadakan pelbagai

program bagi mencapai matlamat Visit Malaysia 2020 untuk meningkatkan

jumlah pelancong sebanyak 30 juta dan RM100 juta pendapatan kepada

negara.

Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan telah mula mengeluarkan

kalendar acara masing-masing dan telah menyerahkan kepada Tourism

Malaysia untuk dimasukkan sebagai kalendar acara tahunan 2019.

Sebagai persiapan kepada Visit Malaysia 2020, kerajaan negeri di

pantai timur telah membuat perancangan teliti bagi memastikan hala tuju

dan program yang dipromosikan bagi menyambut Visit Malaysia 2020.

Contohnya, program Santai Petang Bersama Industri Pelancongan di

Page 298: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 95

Bachok, Kelantan pada 28 Februari 2019 telah diadakan bersama pemain-

pemain industrI pelancongan, media dan NGO yang terlibat dalam program

ini.

Pihak Kerajaan juga akan melaksanakan Familiarization program atau

Famtrip dengan membawa masuk media, agensi pelancongan dari luar

negara dengan kerjasama pejabat Tourism Malaysia. Contohnya,

bersempena dengan Inaugural flight bersama Scoot Airlines pada 2-5

Julai 2019 Tourism Malaysia Singapura akan mengadakan Famtrip selama

4 hari yang melibatkan 20 orang peserta daripada agensi pelancongan.

Famtrip ini akan melibatkan Kelantan (Kota Bharu) dan Terengganu (Pulau

Perhentian) dengan tujuan menyediakan dan membangunkan pakej serta

mempromosikan mengenai destinasi pelancongan di negeri Kelantan dan

Terengganu. Scoot Airlines akan mengadakan penerbangan 3 kali

seminggu dengan Airbus 320.

Kerajaan Negeri juga akan turut mempamerkan logo Visit Malaysia

2020 di semua bahan cetak dan bahan promosi termasuk bunting dan

backdrop bagi acara yang akan berlangsung dan akan terlibat di dalam

‘Welcome Reception’ di pintu-pintu masuk utama Terengganu dan Kelantan

dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan pada

1 Januari 2020.

Pakej-pakej pelancongan turut dibangunkan sempena Visit Malaysia

2020 selain dari memperhebatkan lagi pakej-pakej sedia ada seperti pakej

mencandat sotong, pakej skuba, food trail, heritage dan sebagainya.

Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan akan

Page 299: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 95

meningkatkan imej dan perkhidmatan pelancongan di menjadikan negeri-

negeri di Pantai Timur sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini yakin bahawa dengan penganjuran Kempen Visit

Malaysia 2020, akan memberi manfaat besar kepada pelbagai lapisan

masyarakat serta pertambahan pendapatan tukaran asing kepada negara.

Penganjuran Visit Malaysia 2020 ini adalah misi negara dan tanggungjawab

bersama. Adalah diharapkan dengan kerjasama daripada kerajaan-kerajaan

negeri dan juga rakyat Malaysia maka kempen Visit Malaysia 2020 dapat

diperhebatkan dan mendapat publisiti meluas di seluruh negara.

Sekian, terima kasih.

Page 300: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 96

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK RABIYAH BINTI ALI

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER

ASLI menyatakan jumlah litupan hutan di seluruh negara serta berapakah

keluasan kawasan konsesi pembalakan yang direkodkan sehingga Mac

2019 di seluruh negara.

Page 301: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 96

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, sehingga tahun 2016, kawasan tanah negara yang dilitupi

dengan kawasan berhutan adalah sebanyak 55.2%. Catuan Tebangan

Tahunan yang telah diluluskan di bawah Majlis Tanah Negara untuk

Rancangan Malaysia ke Sebelas adalah sebanyak 209,440 hektar.

Sehingga Mac 2019, kawasan seluas 117,617 hektar telah diusahasil

dimana ia masih berada di bawah paras Catuan Tebangan Tahunan yang

telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Page 302: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 97

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

TARIKH : 6 MEI 2019

Datuk Lim Pay Hen minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan

penangguhan projek ECRL yang juga berkemungkinan dibatalkan, adakah

projek integrasi iaitu menaik taraf jalan kereta api ke Pantai Timur menjadi

rel berkembar sebagai alternatif kepada projek ECRL.

Page 303: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT …

NO SOALAN: 97

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Seperti mana Ahli Yang Berhormat

sedia maklum, baru-baru ini Kerajaan telah pun mengumumkan secara

rasmi bahawa projek ECRL akan diteruskan dengan pengurangan kos

projek yang ketara dan bakal melalui jajaran baharu yang akan memberi

manfaat secara langsung kepada lima buah negeri.

Oleh yang demikian, tidak berbangkit isu pampasan yang perlu ditanggung

Kerajaan ke atas pelanggaran kontrak pada masa ini malah projek

berkenaan mendapat pakej kontrak yang lebih baik dan menjimatkan.

Sekian, terima kasih.