mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan …dun.penang.gov.my/images/hansard...

154
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG KEEMPAT BELAS 15 OKTOBER 2020 (KHAMIS) Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Upload: others

Post on 11-Feb-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

    NEGERI PULAU PINANG

    PENYATA RASMI

    MESYUARAT KEDUA

    PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA

    DEWAN UNDANGAN NEGERI

    YANG KEEMPAT BELAS

    15 OKTOBER 2020 (KHAMIS)

    Dikeluarkan oleh

    BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

    PULAU PINANG

  • 2

    PENYATA RASMI

    MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA

    DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

    YANG KEEMPAT BELAS

    15 OKTOBER 2020 (KHAMIS)

    Kandungan Muka Surat

    Kehadiran Ahli Yang Berhormat 4 - 6

    SOALAN-SOALAN LISAN

    Soalan No., 26 – Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin) 7

    Soalan No. 27 – Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) 8

    Soalan No. 28 – Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) 11

    Soalan No. 29 – Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) 14

    Soalan No. 30 – Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) 15

    Soalan No. 31 – Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) 17

    Soalan No. 32 – Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) 20

    Soalan No. 33 – Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) 23

    Soalan No. 34 – Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) 25

    PENGUMUMAN MELANJUTKAN MASA PERSIDANGAN OLEH YAB. KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 6A(1)

    27

    PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2021 DAN USUL PEMBANGUNAN TAHUN 2021

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan

    28

    Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan

    39

  • 3

    Kandungan Muka Surat

    Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan

    49

    DEWAN DITANGGUHKAN

    DEWAN DISAMBUNG SEMULA

    Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan

    60

    Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan

    70

    Ahli Kawasan Bertam Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan

    73

    SESI PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2021 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2021

    Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan

    80

    Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan

    104

    DEWAN DITANGGUHKAN

    DEWAN DISAMBUNG SEMULA

    Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan

    124

    Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan

    132

    Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan

    141

    DEWAN DITANGGUHKAN

  • 4

    LAPORAN PERSIDANGAN

    MESYUARAT KEDUA

    PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA

    DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS

    Tarikh : 15 Oktober 2020 (KHAMIS) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Persidangan Dewan Sri Pinang, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah Pulau Pinang.

    BIL NAMA JAWATAN / AHLI KAWASAN

    1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua

    Dewan Undangan Negeri

    2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota

    3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd.

    Rahman

    Timbalan Ketua Menteri I /

    Pinang Tunggal

    4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai

    5. YB. Chong Eng Padang Lalang

    6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat

    7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu

    8. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga

    9. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung

    10. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong

    11. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal

    12. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti

    13. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai

    Bakap

    14. YB. Lim Guan Eng Air Putih

    15. YB. Teh Lai Heng KOMTAR

    16. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang

    17. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk

    18. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang

  • 5

    BIL NAMA JAWATAN / AHLI KAWASAN

    19. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam

    20. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima

    21. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah

    22. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga

    23. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus

    24. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas

    25. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir

    26. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam

    27. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar

    28. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban

    29. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

    30. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong

    31. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun

    32. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota

    33. YB. Heng Lee Lee Berapit

    34. YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua

    35. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan

    36. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

    37. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya

    38. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh

    39. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam

    40. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang

    TIDAK HADIR

    Bil. NAMA JAWATAN / AHLI KAWASAN

    1. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak

  • 6

    AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.

    Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

    1 YB. Dato’ Abdul Razak bin Jaafar Setiausaha Kerajaan Negeri

    2 YB. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri

    3 YB. Dato' Dr. Mohamad Farazi bin Johari Pegawai Kewangan Negeri

    TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri

  • 7

    Dewan bersidang semula pada jam 9.30 pagi.

    Setiausaha Dewan:

    Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

    Bacaan Doa.

    Timbalan Setiausaha Dewan:

    “Bacaan Doa”.

    Setiausaha Dewan:

    Soalan lisan.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita mempersilakan soalan 26, sila.

    Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):

    Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 26.

    26. Apakah status kewangan negeri termasuklah hutang bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini?

    (a) Apakah perancangan khusus jangka masa pendek dan sederhana dalam mengurangkan bebanan hutang negeri?

    YB. Timbalan Ketua Menteri I:

    Assalamualaikum wbr. wbt. YB. Yang di-Pertua, soalan dari Yang Berhormat Seberang Jaya. “Apakah status kewangan negeri termasuklah hutang bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini? Apakah perancangan khusus jangka masa pendek dan sederhana dalam mengurangkan bebanan hutang negeri? “

    Dato' Yang di-Pertua, meskipun berdepan dengan krisis pandemik COVID-19 dan berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana sebahagian program di bawah penganjuran Kerajaan Negeri dibatalkan seperti Pesta Pulau Pinang Tahun 2020, Kerajaan Negeri tetap berkeupayaan untuk membuat pembayaran balik untuk pinjaman. Kesemua pembayaran tersebut dibuat mengikut jadual bayar balik yang telah ditetapkan dan baki pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada akhir tahun 2020 kelak adalah sebanyak RM49,628,591.44. Selari dengan fokus Bajet Negeri yang telah dirangka untuk tahun 2020, untuk meminimumkan jumlah hutang Kerajaan Negeri dan mengambil kira kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri sehingga kini tiada pinjaman baharu yang dibuat dengan Kerajaan Persekutuan.

    Dato' Yang di-Pertua, antara usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan bebanan hutang negeri dan mempertingkatkan hasil pendapatan negeri adalah seperti berikut:

    (i) Di dalam jangka masa pendek, mengkaji semula projek yang berkos tinggi bagi memastikan kemampuan dan kecekapan perbelanjaan termasuk mendapatkan pinjaman yang lebih rendah.

    (ii) Dalam jangka masa sederhana, mengkaji peluang untuk mempelbagaikan pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang stabil melalui instrumen yang baru dalam pasaran kewangan, disamping meningkatkan pelaburan melalui Simpanan Tetap dan pasaran ekuiti dengan lebihan kewangan Kerajaan Negeri yang ada dan juga mempelbagaikan

  • 8

    sumber hasil negeri dan mengurangkan tunggakan hasil melalui tindakan penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan, sekian.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih.

    Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):

    Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal, kalau mengikutkan apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Pinang Tunggal, faham saya hutang Kerajaan Negeri hanyalah RM49 juta kepada Kerajaan Persekutuan sehingga akhir tahun ini dan bila kita merujuk tujuan saya menanyakan soalan ini kerana bila kita merujuk kepada perbentangan belanjawan pada Isnin yang lepas, memang ada cadangan dan niat untuk supaya menggunakan rizab Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM1.09 bilion iaitu separuh daripadanya digunakan untuk membiayai defisit bajet yang telah dibentangkan itu. Saya rasa adalah amalan biasa bahkan di peringkat individu pun untuk membuat pinjaman, saya tak pasti berapa pula pinjaman Kerajaan Negeri kepada institusi kewangan lain kalau ada. Adakah Kerajaan Negeri bercadang selain daripada hanya melihat kepada rizab sedia ada untuk melihat kepada mekanisme lain untuk menanggung defisit-defisit yang telah wujud akibat daripada seperti yang saya sebut dalam perbahasan saya semalam iaitu perbelanjaan kita bertambah sebagai kerajaan pada tempoh ketika PKP dan juga COVID-19 ini tetapi hasil kita juga berkurangan kerana kita memberikan rebat….(gangguan).

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Yang Berhormat Seberang Jaya, pendekkan kalau boleh.

    Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):

    Sikit lagi memberikan rebat dan juga pelbagai lagi program, hasil cukai itu berkurangan kalau ikut daripada laporan. Jadi, seharusnya kepada saya pandangan saya kita tidak harus melibat…(gangguan) kepada rizab semata-mata jadi saya harap adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan instrumen lain bagi menanggung defisit yang akan kita tanggung selepas daripada peristiwa COVID-19 ini.

    YB. Timbalan Ketua Menteri I:

    Buat masa sekarang Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan untuk mendapatkan pinjaman dari sumber-sumber lain.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih. Soalan Yang Berhormat Kebun Bunga.

    Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):

    Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 27.

    27. Nyatakan secara spesifik tarikh bila Kerajaan Negeri akan memulakan kerja-kerja Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang pada tahun 2021.

    Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

    Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kebun Bunga yang bertanya mengenai tarikh-tarikh pemulaan kerja-kerja projek-projek di bawah PTMP. Bagi makluman Yang Berhormat, jadual pelaksanaan bagi projek-projek PTMP adalah seperti berikut:

  • 9

    Projek Penang South Reclamation ataupun PSR sepertimana yang telah saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini tempoh hari, statusnya adalah pembentangan kepada MPFN (Majlis Perancangan Fizikal Negara) telah pun dibuat dan telah kita menerima 18 nasihat. Kelulusan EIA telah pun diperolehi dengan 72 syarat, kelulusan SIA telahpun diperolehi dan kini statusnya adalah dalam penyediaan EMP (Environmental Management Plan) dan EMP ini telahpun dikemukakan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar pada 17 Julai dan Kerajaan Negeri masih menunggu kelulusan.

    Selain daripada memenuhi syarat-syarat kelulusan seperti EMP, Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan Master Design Competition, di mana perunding telahpun dilantik untuk menjadi Master Planner untuk mereka bentuk pulau-pulau yang akan ditambak dan lantikan baru sahaja dibuat dan pihak perunding iaitu Bjarke Ingels Group (BIG) sedang menyediakan rekabentuk terperinci tersebut.

    Untuk projek Bayan Lepas LRT dan laporan EIA telahpun diluluskan dengan 63 syarat, Heritage Impact Assessment (HIA) juga telah diluluskan, Social Impact Assessment (SIA) juga telah diluluskan dan bagi skim rel, rail scheme kelulusan bersyarat telah pun diperolehi dalam 18 Julai. Jadi statusnya adalah menunggu kelulusan penuh final approval oleh agensi Pengangkutan Darat dan Kementerian Pengangkutan.

    Untuk projek Pan Island Link 1 (PIL1), laporan EIA telah diluluskan pada April 2019 dengan 56 syarat, laporan (TIA) Traffic Impact Assessment juga telah mendapat kelulusan. Sekarang ini, jadual pelaksanaan tertakluk kepada financial architecture yang sedang dimuktamadkan oleh pihak PDP (Project Delivery Partner) bersama-sama dengan Kerajaan Negeri. Kerja pembinaan bagi projek dibawah PDP juga dijangka boleh bermula setelah Work Package Contract (WPC) yang pertama dianugerahkan kepada kontraktor bagi setiap komponen PTMP selepas seperti saya sebut financial architecture dimuktamadkan. Untuk projek-projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong Dasar Laut, kelulusan wajib yang diperlukan iaitu Environmental Impact Assessment (EIA) telahpun diperolehi pada 7 November 2017 dengan 59 syarat. Kerajaan Negeri telahpun menandatangani perjanjian bagi fasa pembinaan untuk salah satu daripada projek 3 lebuh raya iaitu Pakej Dua yakni Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam. Kerja-kerja awalan bagi fasa pembinaan Pakej Dua telah bermula pada 31 Oktober 2019.

    Kerajaan Negeri telah menetapkan fasa pembinaan Pakej Dua dimulakan terlebih dahulu dan disusuli oleh fasa pembinaan bagi pakej-pakej lain. Bagi pakej-pakej lain seperti jalan berkembar, jalan pintasan dan juga terowong, pihak kontraktor kini sedang dalam tindakan memuktamadkan pindaan kepada rekabentuk terperinci. Untuk terowong dasar laut, kita sedang menunggu draf laporan atau pun pindaan kepada draf laporan kebolehlaksanaan (feasibility study) yang telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri pada akhir tahun lepas tetapi diminta untuk membuat penambahbaikan dan juga pindaan. Jadi secara amnya projek-projek di bawah PTMP telah mendapat hampir kesemua kelulusan wajib yang diperlukan daripada agensi-agensi kerajaan untuk memulakan fasa pembinaan. Kerajaan Negeri bersama dengan rakan pelaksana sedang memperhalusi langkah-langkah mitigasi bagi menangani segala impak sosial dan alam sekitar yang perlu dilaksanakan sebelum projek boleh bermula secara fizikal, terima kasih.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Bunga…(gangguan). Sila.

    Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):

    Tambahan.

  • 10

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Sila.

    Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):

    Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Tadi saya memang dapat satu jawapan yang cukup comprehensive daripada Yang Berhormat Tanjong Bunga. Cuma saya nak tahu samada kos untuk pakej pertama yang telah Yang Berhormat Tanjong Bunga telah meletakkan telah bermula dan juga komponen mana satu yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan juga memandangkan bukan semua EIA telah mendapat kelulusan. Jadi soalan saya sama ada tetap Kerajaan Negeri akan meneruskan komponen yang lain atau komponen yang dimana kelulusan telah diperolehi terlebih dahulu, terima kasih Dato’ Sepaker.

    Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

    Terima kasih Yang Berhormat Kebun Bunga. Saya rasa dari segi bagi pihak Kerajaan Negeri, kita cuma hanya akan teruskan dengan mana-mana pakej yang mendapat kelulusan iaitu sudah pasti Kerajaan Negeri komited untuk memastikan semua kelulusan dan syarat-syarat yang bersamaan dengan kelulusan tersebut adalah dipatuhi ya. Kerajaan Negeri tidak akan membuat sebarang projek tanpa kelulusan itu bukan cara yang bertanggungjawab. Jadi sepertimana yang disebut tadi Pakej Dua adalah antara projek yang telah mendapat kelulusan maka ia sedang apa ni berlangsung pembinaannya, untuk pakej pertama pakej 1 walaupun kelulusan EIA juga telah diperolehi namun untuk reka bentuknya masih ada sedikit penambahbaikan dan pindaan yang diminta oleh Kerajaan Negeri.

    Oleh itu, fasa pembinaan belum lagi kita mulakan. Jadi dalam semua projek pun Kerajaan Negeri akan memastikan segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh semua agensi-agensi, jabatan-jabatan yang wajib, perlu dipatuhi dan pada masa yang sama kita juga mengambil pandangan daripada rakyat, daripada pakar-pakar teknikal dan kadang-kadang perlu dibuat pindaan dan perlu dibuat penambahbaikan kepada reka bentuk yang asal jadi mungkin itulah yang kita lihat ada pakej yang sudah bermula, ada pakej yang belum bermula. Terima kasih Yang Berhormat.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih.

    Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):

    Satu lagi, sebab tadi saya dah tanya tentang kos juga untuk yang telah bermula tu, kos untuk Pakej Dua.

    Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

    Pakej Dua yang telah bermula saya. RM851,000,000.00 juta, itu lah kos yang telahpun termaktub dalam RFP yang telah di award kepada kontraktor. Terima Kasih Yang Berhormat.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Sila.

    Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yussof Bin Mohd Noor):

    Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Bunga yang menjelaskan tentang perlaksanaan PTMP. Cuma seperti yang dimaklumkan, PSR ataupun penambakan laut di sebelah selatan menjadi sumber ataupun sumber dana untuk projek PTMP ini. Adakah kerja-kerja tambakan ini akan dimulakan dahulu sebelum kerja-kerja yang lain pembinaan lebuh raya PIL1 ataupun LRT ataupun sebaliknya dan

  • 11

    saya takut dia jadi macam kajian untuk terowong, kita bagi tanah dahulu lepas tu tanah dibangunkan dengan projek yang besar seperti Dream City 1 dan 2 tapi kajian belum selesai.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Sila.

    Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

    Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Sungai Dua atas soalan. Berkenaan dengan isu yang pertama yang dibangkit iaitu mengenai PSR. Kalau kita ikut balik kepada model pembiayaan bagi projek-projek PTMP sememangnya ia akan dibiayai oleh penambakan pulau-pulau dalam PSR maka kalau kita ikut kepada garis masa yang asal sepatutnya pulau-pulau ditambak dahulu kemudian apabila Kerajaan Negeri dapat hasil daripada pulau-pulau tersebut maka baru kita boleh melaksanakan projek-projek seperti LRT dan PIL1.

    Namun demikian, Kerajaan Negeri berpendapat bahawa adalah penting untuk rakyat Pulau Pinang seterusnya bahawa projek-projek seperti PIL1 dan juga LRT dapat dilaksanakan dengan lebih awal. Itu sememangnya menjadi hasrat Kerajaan Negeri, supaya projek-projek boleh dimulakan kalau bukan serentak pun mungkin sejurus selepas projek tambakkan bermula tapi untuk merealisasikan hasrat tersebut kita memerlukan dana jadi oleh sebab itu, Kerajaan Negeri pun sedang mencari beberapa option untuk memastikan kita boleh melaksanakan projek-projek LRT bersamaan pada masa yang sama secara serentak bersama-sama dengan projek tambakan dan semasa kerajaan pimpinan Pakatan Harapan terdahulu sememangnya Kerajaan Negeri telahpun mendapat persetujuan daripada Yang Berhormat Mantan Perdana Menteri, yang bersetuju untuk memberi jaminan yang Kerajaan Persekutuan supaya memberi pembiayaan boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri.

    Sekarang ini kita Kerajaan Negeri masih sedang follow up dengan Kerajaan Persekutuan mengenai isu tersebut dan sekiranya dapat diperolehi kelulusan maka Kerajaan Negeri bolehlah membuat pinjaman ataupun menerbitkan bon bagi membiayai Projek LRT sementara projek tambakan berlangsung, jadi untuk soalan yang kedua yang ditanya oleh Sungai Dua berkenaan terowong dan kajian kebolehlaksanaan yang belum siap. Saya rasa Kerajaan Negeri sudah banyak kali menjelaskan kepada semua orang awam dan juga pihak Yang Berhormat juga bahawa tidak ada sebarang tanah yang telah diberi kepada kontraktor untuk feasibility study bagi terowong belum lagi sebab dia belum siap. Yang tanah yang telah diberi adalah untuk kajian kebolehlaksanaan serta reka bentuk terperinci bagi pakej 1, 2 dan 3. Jadi bagi terowong, jangan risau Yang Berhormat, tanah belum lagi diberi, kontraktor belum lagi dibayar. Terima kasih Yang Berhormat.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih Bukit Tambun, sila.

    Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

    Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan nombor 28.

    28. Huraikan purata kapasiti efektif air setiap bulan bagi tahun 2020 di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam.

    (a) Jelaskan kapasiti harian pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua.

    (b) Apakah status Empangan Mengkuang?

    (c) Sila perincikan isi padu penggunaan air oleh perumahan, perniagaan, perindustrian dan sebagainya.

  • 12

    Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

    Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Tambun atas soalan mengenai Empangan Teluk Bahang dan Air Itam serta Empangan Mengkuang dan Loji Rawatan Sungai Dua. Soalan pun cukup komprehensif, jawapan pun cukup komprehensif. Tapi saya akan pendekkan, Yang Berhormat. Untuk Capacity Effective bagi tahun 2020 untuk Empangan Teluk Bahang secara puratanya saya ada jadual ni nanti saya akan bagi dekat Yang Berhormat sebab kalau nak baca keseluruhan jadual susah, tapi saya boleh laporkan pada, data yang terkini Empangan Teluk Bahang kapasitinya adalah 27.5% sudah pun meningkat dengan adanya berlaku hujan pada minggu-minggu ini dan untuk Empangan Air Itam 46%. Semua lampiran nanti saya akan bagi untuk soalan mengenai Kapasiti Harian Pengeluaran Air Terawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua untuk memenuhi permintaan air, PBA telah mengoptimumkan pengeluaran air terawat di loji rawatan air terbesar Pulau Pinang iaitu Loji Rawatan Air Sungai Dua dan purata pengeluaran air terawat loji tersebut adalah 963.2 juta liter sehari sejak 1 Januari 2020. Lampiran dengan data penuh pun saya akan bagi pada Yang Berhormat.

    Untuk soalan mengenai Empangan Mengkuang. Capacity Effective Empangan Mengkuang kini berada pada 90.5% hampir penuh dan Empangan Mengkuang adalah empangan yang sangat besar jadi berkenaan dengan pengambilalihan Empangan Mengkuang, satu mesyuarat telah berlangsung di Kementerian Alam Sekitar dan Air pada 24 September 2020 yang telah dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sendiri bersama saya sendiri dan juga Menteri. Dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun bersetuju untuk menerima Empangan Mengkuang dan Majlis Penyerahan akan diadakan pada 26 Oktober hari Isnin saya rasa di Empangan Mengkuang yang akan turut dihadiri oleh Menteri sendiri. Jadi selepas daripada itu Kerajaan Negeri akan membuka Empangan Mengkuang kepada orang ramai dijangka dibuka pada 15 November dengan SOP-SOP yang tertentu. Jadi kawasan yang akan dibuka adalah sepanjang, saya rasa 2.7 Kilometer. Kita tak boleh lagi membuka kesemua satu lingkaran di empangan tersebut kerana pihak JKR masih lagi sedang membuat kerja-kerja membaiki cerun.

    Untuk soalan yang ketiga iaitu perincian isi padu penggunaan air. Yang ni saya akan bagi lampiran tapi saya akan baca jumlah saja lah. Bagi maklumat Yang Berhormat, consumption air bagi bulan Januari dan Febuari tahun 2020 adalah berjumlah 53.7 juta meter padu, bagi bulan Mac dan April 50.6 juta meter padu untuk bulan Mei dan Jun 48.9 juta meter padu dan untuk bulan Julai dan Ogos 56.2 juta meter padu. Terima kasih Yang Berhormat.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih.

    Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

    Soalan tambahan, Terima kasih di atas jawapan daripada Tanjong Bunga. Aktiviti pembalakan di Hulu Muda masih berterusan isu ini telah mengancam kemampanan bekalan air kepada Negeri Pulau Pinang untuk jangka panjang. Oleh yang demikian, kita perlu ada perancangan yang menyeluruh untuk mengurangkan kebergantungan sumber air dari Sungai Muda. Oleh yang demikian, disini soalan saya adalah walaupun hujan telah berlarutan beberapa minggu ini, peningkatan paras air di Empangan Teluk Bahang masih tidak ketara iaitu lebih kurang 27% sahaja. Apakah punca sebenarnya? Soalan kedua, memandangkan majlis penyerahan akan dilakukan di Empangan Mengkuang akan dilaksanakan pada 26 Oktober ini, adakah kelengkapan terutamanya pam berada di Empangan Mengkuang ni berada dalam keadaaan baik. Ketiga, di Pulau Aman terdapat station Kajian Penyahgaraman Air Laut. Adakah station ini masih berfungsi dan apakah hasil kajian tersebut? Terima kasih.

  • 13

    Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

    Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Mengenai Empangan Teluk Bahang, walaupun dia hujan banyak tapi apa ni, kita nampak peningkatan itu tidak begitu mendadak. Dia sebenarnya Yang Berhormat, Empangan Teluk Bahang ni adalah satu empangan yang besar walaupun tidak sebesar Empangan Mengkuang tapi boleh dikatakan besar juga dan untuk memenuhi Empangan Teluk Bahang sebenarnya kita memerlukan hujan setiap hari untuk enam (6) bulan iaitu setiap hari untuk enam bulan baru kita boleh isi penuh Empangan Teluk Bahang itu betapa banyak air yang diperlukan.

    Jadi untuk memenemui ataupun memenuhi objektif PBA kita perlukan hujan ataupun capacity sebanyak lebih kurang 45% pada hujung tahun ini agar kita dapat menampung permintaan air bagi tahun depan. Untuk bulan-bulan yang musim kemarau pada tahun depan. Jadi sekarang ni status 27% dan kita amat mengharap bahawa hujan akan berterusan supaya kita boleh dapat mencapai target 45%.

    Pada masa yang sama sebenarnya agak menarik juga Yang Berhormat, membangkitkan mengenai Empangan Teluk Bahang, dia sebenarnya Empangan Teluk Bahang ni adalah sesuatu kawasan tadahan semula jadi, it’s a natural water catchment area namun, pada sejak daripada tahun lepas kita melihat taburan hujan di kawasan tersebut adalah amat rendah dan tidak. Yang Berhormat ada tanya kenapa berlaku begitu, saya hanya boleh jawab ini adalah kesan daripada perubahan iklim ataupun climate change yang berlaku. Salah satu kesannya juga adalah di kawasan Mengkuang, yang di mana Empangan Mengkuang bukan lah dibina di sebuah kawasan nature water catchment, dia sebenarnya satu empangan strategik yang diguna sebagai storage dam dan Empangan Mengkuang ini kita akan mengisi dengan mengepam air dari Sungai Kulim ke dalam Empangan dan bukan daripada hujan. Namun demikian, Empangan Mengkuang berjaya untuk di isi, kebanyakkan daripadanya dari air hujan sebab corak hujan sudah berbeza dan berlainan di Negeri Pulau Pinang. Di kawasan yang biasa hujan, kurang hujan, di kawasan yang tidak sepatutnya menerima taburan hujan yang banyak, banyak pula dia hujan di situ. Jadi perkara ini tidak boleh dijelaskan oleh saya ini adalah corak climate change yang sukar untuk kita hendak predict.

    Dan untuk Empangan Mengkuang soalan berkenaan dengan pam, sebenarnya antara salah satu sebab kenapa mengambil masa yang begitu lama bagi Kerajaan Negeri mengambil alih Empangan Mengkuang adalah disebabkan kecacatan pam di rumah Pam Mat Sulung yang berlarutan dan cuma baru sahaja setelah banyak kali kita berbincang dengan pihak kementerian satu penyelesaian telahpun diperolehi dan segala kecacatan diperbaiki. Sepatutnya Empangan Mengkuang ini kita boleh terima lama dahulu tetapi disebabkan kecacatan oleh pihak kontraktor dan perunding oleh Kerajaan Persekutuan maka telah berlaku delay.

    Akhirnya Yang Berhormat telah bertanya mengenai penyahgaraman. Hasil kajian mendapati bahawa air laut dapat dinyahgaramkan menggunakan teknologi membran. Namun demikian kerja-kerja penambahbaikan sedang dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan operasi sistem tersebut. Jadi Yang Berhormat tanya mengenai sistem di Pulau Aman itu ia perlu ada penambahbaikan dan sedang dilakukan dan dijangka siap pada Mei tahun hadapan baru boleh kita guna balik. Terima kasih.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih. YB. Ahli Kawasan Batu Lancang, silakan.

  • 14

    Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya nombor 29

    29. Nyatakan fokus Pelancongan Bertanggungjawab dan Inisiatif-Inisiatif Berkaitan.

    Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

    Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Yang Berhormat Batu Lancang. Pulau Pinang memang merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular dan digemari oleh orang ramai dan telah kembali rancak khususnya pelancongan domestik sejak perjalanan merentas negeri dibenarkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam mengawal penularan wabak COVID-19, langkah-langkah kawalan perlu diambil khususnya dalam sektor pelancongan yang merupakan tunjang penting untuk ekonomi negeri. Dalam usaha memulihkan sektor pelancongan dan juga mempergiatkan aktiviti ekonomi pelancongan, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif yang dipuji oleh industri dengan memperkenalkan kempen atau pendekatan pelancongan bertanggungjawab (Responsible Tourism) untuk memastikan semua orang sedar tentang tanggungjawab yang dipikul dan harus dijalankan oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah selari dengan usaha Kerajaan Negeri dalam usaha Penang Lawan COVID-19.

    Pelancongan bertanggungjawab telah memberi fokus untuk mendidik pelancong dan juga penggiat pelancongan mengenai tanggungjawab masing-masing dan SOP dalam usaha mengurangkan wabak COVID-19. Bagi memberi keyakinan kepada pelancong untuk berkunjung ke Pulau Pinang Kerajaan Negeri telah mewujudkan sistem akreditasi bagi kesiapsiagaan COVID-19 di Pulau Pinang. Akreditasi ini memberikan pengiktirafan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan yang telah memenuhi dan mematuhi garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan. Pasukan penilaian adalah terdiri daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan kedua-dua pihak PBT, Pejabat EXCO dan juga Penang Global Tourism. Proses penilaian yang menyeluruh dan terperinci akan dijalankan di premis penggiat pelancongan untuk memastikan semua garis panduan dan prosedur operasi standard dipatuhi sebelum kelulusan permohonan akreditasi tersebut diberikan. Pihak yang telah memenuhi SOP akan diberikan logo rasmi seperti ini untuk tujuan pemasaran. Logo ini akan dipamerkan dipremis di hotel di tempat tarikan pelancong untuk memberi keyakinan yang tinggi kepada pelancong dan senarai nama penerima ini juga akan disenaraikan dipamerkan dalam laman website pihak Kerajaan Negeri. Secara rumusan kita senantiasa mencari ikhtiar untuk mewujudkan keseimbangan di antara aspek kesihatan dan juga aspek ekonomi, kedua-duanya adalah tunjang penting untuk Pulau Pinang. Sekian terima kasih.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih.

    Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

    Soalan tambahan Dato’ Speaker, saya hendak tahu apakah jangka masa yang akan ditetapkan untuk kempen ini?

    Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

    Kempen ini telah dirasmikan dan dilancarkan pada 30 Jun oleh YAB Ketua Menteri dan kempen ini akan diteruskan sehingga Pandemik, walau pun selepas Pandemik. Kita pun berpendapat bahawa kempen begini akan diteruskan untuk memastikan sustainability untuk sektor pelancongan Pulau Pinang.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih YB. Ahli Kawasan Machang Bubuk.

  • 15

    Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

    Soalan tambahan.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Sila, satu lagi.

    Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

    Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh YB. Paya Terubong, sememangnya ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dan saya kira satu-satunya negeri di dalam negara Malaysia ini yang melaksanakan akreditasi ini. Jadi soalan saya yang pertama adalah setakat ini berapakah premis yang telah memperolehi akreditasi ini dan soalan kedua saya, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan lagi tentang akreditasi ini khususnya kepada pelancong-pelancong domestik agar mereka memahami bahawa ini adalah akreditasi yang benar-benar diiktirafkan oleh Kerajaan Negeri dan adalah selamat khususnya untuk pelancong-pelancong domestik untuk datang berkunjung dan melancong di negeri Pulau Pinang ini.

    Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

    Terima kasih Pengkalan Kota, memang betul Negeri Pulau Pinang adalah the only satu-satunya negeri yang melancarkan kempen pelancongan bertanggungjawab ini dan setakat ini sejak pelancaran setakat ini lebih kurang 61 permohonan telah diterima oleh pejabat saya dan hampir semua penilaian telah dilaksanakan dan untuk rancangan tempoh panjang Negeri Pulau Pinang memang melalui media sosial untuk mewar-warkan untuk mewujudkan kesedaran pelancong-pelancong domestik terhadap konsep ini dan untuk masa yang lebih panjang kita juga ingin mewujudkan kesedaran ini dikalangan international travel also selepas border kita dibuka.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    YB. Machang Bubuk, silakan

    Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

    Terima kasih YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya soalan nombor 30

    30. Senaraikan bilangan kilang kitar semula plastik mengikut daerah, berlesen dan tidak berlesen.

    (a) Nyatakan jumlah bilangan penguatkuasaan yang telah dijalankan ke atas kilang-kilang yang beroperasi secara haram serta membakar secara terbuka

    (b) Terangkan kekangan yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) ke atas kilang haram tersebut.

    Ahli Kawasan Datuk Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

    Terima kasih Dato’ Speaker dan rakan saya daripada YB. Machang Bubuk atas satu soalan yang begitu penting sekali iaitu minta disenaraikan bilangan kilang kitar semula plastik di Pulau Pinang dan apakah penguatkuasaan yang sedang ataupun telah dilaksanakan dan apakah kekangan yang kita hadapi di dalam proses tersebut. Dato’ Speaker, saya ringkaskan Kerajaan Negeri telah pun kenalpasti sebanyak 102 buah kilang kitar semula plastik yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang. Kesemua kilang tersebut terletak di kawasan Seberang Perai. Sebanyak 91 buah kilang kitar semula plastik adalah berlesen manakala 11 adalah tidak berlesen.

  • 16

    Senarainya adalah seperti berikut, I just can very quickly tell you Dato’ Speaker, untuk makluman YB. Machang Bubuk, di Seberang Perai Utara yang berlesen 34, yang tidak berlesen 1 keseluruhannya 35, di Seberang Perai Tengah 36 berlesen, tidak berlesen 7, Seberang Perai Selatan 21 berlesen 3 tidak berlesen dan Dato’ Speaker, sebanyak 34 operasi penguatkuasaan telah dijalankan sehingga bulan September tahun ini dan di mana Pihak Berkuasa Tempatan telahpun keluarkan sebanyak 16 notis dan 11 tawaran kompaun bagi ketidakpatuhan yang kita dapati. Yang kedua, kekangan yang kita hadapi Dato’ Speaker, oleh pihak berkuasa atau agensi dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan kita ada beberapa kekangan.

    Saya ingin nyatakan nombor 1 ialah kesukaran mendapatkan maklumat lengkap berhubung syarikat yang menjalankan aktiviti operasi kilang bagi tujuan dokumentasi untuk tindakan undang-undang di mahkamah.

    Nombor 2, kesukaran mendapatkan pembuktian aktiviti ataupun kesalahan yang sedang dijalankan at the end of the day kalau kita hendak pergi ke mahkamah kita mesti ada bukti, I said this from the day one, at the end of the day we have to comply with the laws, so at the end of the day we need the evidence. I think ini adalah satu kekangan yang kita dapati and number 2, number 3 sorry Dato’ Speaker, proses tindakan mahkamah juga mengambil masa. Again we have to comply with the procedure in laws but of course, im very open if you have any idea as we can expedite or overcome this, but this, this is reality that we face.

    Nombor 4, Dato’ Speaker, infrastruktur dan pembangunan kilang kitar semula yang tidak mengikut ataupun melulus kebenaran merancang juga menjadi kekangan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam menjalankan penguatkuasaan.

    Nombor 5 dan yang terakhir tindakan penguatkuasaan yang dijalankan secara berasingan oleh semua jabatan atau agensi berikutan senarai peruntukan undang-undang yang berbeza dan tindakan penguatkuasaan yang menyeluruh, yang tidak menyeluruh. Ingin saya nyatakan di sini apabila saya nyatakan itu, kita ada pelbagai agensi yang perlu lihat kepada kes-kes sebegini di mana saya hendak tegaskan sekarang at the out set bahawasanya kita tidak akan kompromi terhadap mengambil tindakan terhadap mereka kerana ini adalah satu masalah yang tidak boleh kita terima. Sememangnya kita ada perundangan tetapi isunya Dato’ Speaker, kita ada pelbagai peruntukan perundangan yang wujud, yang menyebabkan sekiranya saya mengambil daripada Undang-undang A banding dengan Undang-undang B ataupun Undang-undang C dia punya penguatkuasaan berbeza, penguatkuasaan oleh agensi berbeza, hukuman yang akan dikenakan berbeza, that is the problem. Saya telahpun nyatakan kepada EXCO sebelum ini, and I think Dato’ LA, Penasihat Undang-Undang sedia dan dia tahu ini adalah isu yang kita sedang teliti untuk lihat bagaimana kita boleh seragamkan supaya kita boleh ambil tindakan dengan cepat dan pantas untuk mengatasi keadaan yang tersebut Machang Bubuk. Terima kasih.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih.

    Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

    Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Datok Keramat yang telah berikan satu jawapan yang tepat dan saya cuma hendak ada satu pertanyaan lagi sebab tadi YB. Datok Keramat ada sebut tentang kesukaran untuk penguatkuasa, kekangan tersebut dan mempunyai pelbagai agensi-agensi kerajaan, so apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mengkoordinasikan semua agensi-agensi penguatkuasaan supaya ia dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

    Kedua, saya juga ingin tahu bahawa kakitangan-kakitangan penguatkuasaan bagi setiap agensi penguatkuasa sama ada mereka ada melakukan pemantauan atau penguatkuasaan pada waktu malam kerana aktiviti-aktiviti yang mencemari udara ini khasnya di kawasan-kawasan

  • 17

    terpencil atau di dalam hutan atau di dalam ladang getah, kelapa sawit. Mereka membuat pembakaran secara terbuka pada waktu malam dan tidak dapat dikesan. Itu adalah salah satu cabaran yang saya rasa begitu besar. So adakah penguatkuasaan kita juga dilakukan 24 jam? Jika tidak, ini perlu dipertimbangkan semula. Sekian, terima kasih.

    Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

    Dato’ Speaker, terima kasih kepada rakan saya daripada Machang Bubuk. Sememangnya seperti mana saya nyatakan dalam jawapan asal saya, sememangnya kita ada banyak, pelbagai agensi yang mempunyai pelbagai peruntukan perundangan yang mana mereka boleh guna dan saya setujulah dengan Machang Bubuk itulah apa yang sedang kita buat, kita cuba koordinasi semua mereka. In fact, seperti mana saya nyatakan, kita sebenarnya sudahpun ada satu jawatankuasa kecil yang saya jemput Pegawai Penasihat Undang-Undang sendiri untuk hadir di mana kita hendak lihat di mana kita boleh coordinate antara satu sama lainlah, agensi-agensi tersebut supaya tindakan yang tertegas boleh diambil. Kita tidak mahu ambil tindakan melalui undang-undang yang begitu, it just a slap on the wrist like I said yesterday, in fact I answered this a bit yesterday comes to the second question.

    We want to have if there is many peruntukan yang available, kita hendak tegas, kita hendak guna yang tegas sekali and it’s very clear. I’ve discussed this, in fact I think in last assembly sitting, if I’m not mistaken, I’ve already mention this that we’re working on it. But like I said, at the end of the day, kita perlu ikut lunas undang-undang yang wujud. Itulah kekangan yang ada pada kita. Tetapi saya setuju, kita perlu koordinasikan antara semua agensi yang berkenaan. Nombor dua, nombor dua Dato’ Speaker, a very good question. I think semalam atau dua hari sebelum, saya ada jawab berkenaan apabila tindakan-tindakan yang tidak mengikut lunas undang-undang ini berlaku seperti kilang-kilang plastik yang haram ini, yang disebut oleh Machang Bubuk, how do we pantau? Yes, it is very important question but not just for this particular case. Bukan ini sahaja, Dato’ Speaker. Jadi kita perlu lihat dalam kita hendak jadi satu negeri menurut Visi Penang, Pulau Pinang2030 yang berteraskan satu negeri hijau dan bersatu, negeri yang pintar, yang berfokuskan keluarga, yang akan memberangsangkan negara, yang penting kita lihat pada isu pintar. Jadi kita guna teknologi baru, Dato’ Speaker. Kita guna teknologi baru untuk pantau untuk kesan mereka yang melakukan kesalahan. Saya telah nyatakan semalam ataupun dua hari sebelum, kita ada teknologi sekarang seperti CCTV. You cannot have one person there 24 hours. Like you said, Machang Bubuk, at night mereka lakukan kesalahan. That is the problem. It is not one small area, it is very big area. So we need to have new technology, innovation and that is a whole new idea Vision Penang2030 to be a smart state. So we are doing CCTV now, we are also doing drone. And I think we are going to extend it even to these areas that we fine. Ada kesalahan berlaku, Dato’ Speaker. Terima kasih.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih. Yang Berhormat Jawi, sila.

    Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye):

    Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 31.

    31. Berkenaan kitar sisa plastik dari negara asing.

    (a) Sila nyatakan jumlah diimport melalui Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) sejak 1 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2020.

    (b) Daripada jumlah tersebut berapakah adalah untuk kilang di Negeri Pulau Pinang?

  • 18

    Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

    Terima kasih Yang Berhormat daripada Jawi. Untuk menjawab soalan 31. Sebagai makluman Yang Berhormat, jabatan yang diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen import (AP) sisa-sisa pepejal plastik di bawah H.S. Kod 39.15 ialah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di bawah kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bagi maksud ini, JPSPN telah lantik di bawah Seksyen 10, Akta Kastam 1967 (Akta 235), sebagai pegawai kastam yang berhak bagi tujuan menandatangani, meminda dan membatalkan lesen-lesen import (AP) selaras dengan peruntukan butiran berkenaan pada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

    Jumlah sisa plastik yang diimport melalui Pelabuhan NBCT (P14) bermula dari tarikh 1 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2020 adalah sebanyak 153,441.26 metrik tan melibatkan 22 kilang yang mempunyai permit import sisa-sisa H.S. Kod 39.15. Daripada jumlah 13 kilang ini adalah daripada Pulau Pinang dan yang lain 9 adalah di luar Negeri Pulau Pinang. Jumlah pengimport sisa-sisa bagi kilang di Negeri Pulau Pinang sahaja hanya ada 95,136.93 metrik tan sepanjang tempoh 1 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2020. Manakala selebihnya itu 58,304.33 metrik tan adalah untuk kilang dari luar Pulau Pinang.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih.

    Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye):

    Soalan tambahan. Disebabkan kebelakangan ini, seperti apa yang dikatakan oleh Machang Bubuk, saya rasa kilang-kilang plastik haram masih aktif dekat di Negeri Pulau Pinang. So, soalan saya, adakah kontena sisa plastik yang ditahan di dermaga ini, masih dikawal oleh kastam ataupun kontena sisa plastik ini sudah dihantar balik ke negara asal. Sekiranya ada, sila nyatakan jumlahnya yang telah dihantar. Soalan yang kedua, mengapakah Kerajaan Negeri masih mengizinkan sisa plastik kotor ini diimport ke Negeri Pulau Pinang? Thank you.

    Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

    Jumlah kontena-kontena yang telah ditahan, iaitu kata yang diserah oleh JPSPN kepada JAS Pulau Pinang adalah 116 kontena. Yang telah dihantar balik ke negara asal adalah 81 dan ditarik keluar daripada pelabuhan dengan pelepasan kastam, 10. Baki kontena ada lagi 25. Yang kontena masa di tahanan di dermaga, dalam kawalan kastam iaitu kata, yang 30 hari yang kebelakangan ini adalah 129 kontena. Mereka tidak ada buat pengikraran tetapi sudah 30 hari, mereka tidak tarik keluar, ini berdasar daripada satu perubahan perundangan iaitu kata, wrong declaration and force declaration. Dulunya apabila mereka menggunakan wrong declaration, dendanya hanya tak sampai RM2,000.00. Pada kini sudah naik hingga RM30,000.00 dan force declaration boleh didenda RM50,000.00 tiap-tiap kontena. Itulah dasar yang telah diubah oleh Kerajaan PH.

    Di sini saya ingin nak menarik perhatian. Perhatian bahawanya Pulau Pinang memang tidak sokong dasar apa yang digunakan pada kini untuk mereka mengimport tanpa rujukan kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri tidak ada kuasa sehingga kini walaupun telah minta daripada Kementerian KPKT. Semua import, semua AP-AP mestilah dapat ulasan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, di mana Pihak Kerajaan Tempatan akan siasat. Kilang ini ada kebenaran atau tidak? Kilang ini ada berlesen atau tak ada? Kilang ini ada di zon tak? Selepas itu JAS Pulau Pinang akan menyiasat. Siasat adakah mereka ada kemudahan-kemudahan peralatan yang boleh kawal pelepasan air dan juga udara. Untuk memantau kualiti air mereka kehendak membeli water test discharge. Untuk udara, kita telah mencadangkan bahawa semua

  • 19

    pelepasan udara mesti ada alternated air quality report di mana kerana teknologi yang begitu terkini boleh full alert kepada siapa-siapa yang telah diberi kuasa untuk buat siasatan.

    Selepas itu, Kerajaan Negeri juga ingin bahawanya daripada negara asal, exporting country, dia punya kerajaan mesti bagi satu surat pengesahan bahawa sisa-sisa plastik ini ada yang bersih dan ini adalah pre-consumer waste, bukan daripada municipal waste. Kita hendak surat itu, pengesahan kerana bahasa convention. Kerana bahasa convention, you cannot export any waste at the country without the country to accept. So oleh demikian apabila mereka export keluar, mereka kata ini adalah sumber, resources. Bila sampai negara Malaysia, Pulau Pinang, bila kami confirm ini sisa-sisa telah ditolak, we fight…(gangguan).

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Sungai Puyu, sila ringkaskan.

    Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

    Saya bagi sudah ringkaskan. Ini amat penting. Udara…(gangguan).

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Sila jawab kepada yang ditanya sudah. Nanti Yang Berhormat masih ada masa untuk…(gangguan).

    Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

    Dia tanya. Dato’ Speaker, you have got to be fair. This is…(gangguan).

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Very fair.

    Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

    Okay, let me finish.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Sila finish.

    Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

    Oleh yang demikian, we will have got to, dengan surat itu, kita baru boleh hantar balik to the exporting country. Itu amat penting. So apabila orang di luar mengatakan bahawa Kerajaan Negeri membenarkan mereka ini tak betul. Langsung tak betul kerana ini semua kehendak dapat kelulusan daripada JPSPN di bawah kuasa KPKT. Itulah sebab-sebabnya dan satu syarat yang juga kita telah minta daripada Kerajaan Pusat, bahawa semua recycling factory jikalau akan lihat kepada kapasitinya. Kapasitinya tidak boleh dibagi 100%, akan tetapi 70% daripadanya kapasiti kerana mereka juga bertanggungjawab untuk bantu pengusaha-pengusaha tempatan. The recyclers yang kutip plastik daripada municipal waste. This is the benefits because dasar adalah mereka kena bring benefits to the local people, local industry.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Okey, terima kasih Sungai Puyu. Saya persilakan Sungai Pinang.

  • 20

    Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):

    Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 32.

    32. Data Pecahan Jantina di peringkat pembuat keputusan termasuk penjawat awam dan pewakilan rakyat kini masih menunjukkan terdapat jurang gender yang ketara.

    (a) Apakah dasar yang telah dan akan diadakan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penyertaan wanita di tahap pembuat keputusan?

    (b) Apakah program-program yang telah dilaksanakan dalam merapatkan jurang tersebut?

    Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

    Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Pinang dan Dato’ Speaker. Soalan 32 ialah data, dia minta apakah dasar yang telah dan akan diadakan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penyertaan wanita di tahap membuat keputusan. Ini soalan (a). Jadi antara dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam peringkat pembuat keputusan adalah seperti berikut:

    (i) Kerajaan Negeri telah melancarkan Dasar Keterangkuman Gender pada Mac 2019 yang bertujuan untuk menyediakan kerangka yang jelas bagi memastikan golongan wanita dan lelaki mempunyai akses yang sama melalui pengamalan nisbah 40% wanita, 40% lelaki dan 20% terbuka untuk wanita dan lelaki. Pelaksanaan pendekatan ini adalah untuk mengurangkan dominasi satu golongan serta meningkatkan penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan.

    (ii) Kerajaan Negeri telah menambah penglibatan wanita di bawah pentadbirannya dengan kini menambah dua orang EXCO. Dahulu seorang, sekarang sudah ada dua orang.

    (iii) Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya sekurang-kurangnya 30% keanggotaan terdiri daripada golongan wanita pada tahun 2021 iaitu lima (5) orang ahli wanita daripada jumlah 15 ahli MPKK. Pelaksanaan inisiatif ini, dilaksanakan secara berperingkat di mana MPKK mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) seorang ahli wanita pada tahun 2017 dan setelah menambah pada kepada sekurang-kurangnya tiga (3) orang pada 2019; dan tahun depan akan kepada lima (5) orang.

    (iv) Seterusnya, Kerajaan Negeri pada tahun 2019 telah meluluskan pelaksanaan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga di setiap 40 KADUN di Pulau Pinang. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh 15 wanita yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Program Pembangunan Wanita dan Keluarga. Jawatankuasa ini juga menjadi platform kepada golongan wanita untuk tampil ke hadapan bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan. Kerajaan Negeri telah meluluskan pelanjutan pelaksanaan JPWK disetiap KADUN selama dua (2) tahun sehingga 2021.

    Sebagai perancangan masa hadapan, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menteliti cadangan penggunaan perspektif keterangkuman gender dalam pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan Ahli Lembaga Pengarah di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri.

  • 21

    Soalan kedua ataupun bahagian B ialah, apakah program-progam yang telah dilaksanakan dalam merapatkan jurang tersebut?

    Jadi antara program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan jurang perbezaan jantina adalah seperti berikut:

    (i) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Kapasiti Dasar Keterangkuman Gender kepada pengawai agensi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Semua Bahagian, Jabatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan didedahkan dengan pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender di Negeri Pulau Pinang. Melalui pelaksanaan dasar ini, Kerajaan Negeri menyasarkan 30% pengisian pengawai wanita dapat dicapai melalui Pihak Berkuasa Melantik;

    (ii) Pelaksanaan program Sidang Wanita yang dilancarkan pada Julai 2020 yang bertujuan untuk mencungkil bakat kepimpinan wanita di Pulau Pinang serta memberikan pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Melalui pelaksanaan program ini, dilihat lebih ramai wanita akan berkecimpung dalam bidang politik;

    (iii) Program Mentor Usahawan Wanita Pulau Pinang telah dilancar pada tahun ini yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita di Pulau Pinang. Progam ini adalah selaras dengan visi Penang 2030 yang menyasarkan 40% usahawan wanita di Pulau Pinang menjelang tahun 2030; dan

    (iv) Akhirnya, Kerajaan Negeri melalui PWDC telah menganjurkan empat (4) program pembangunan kapasiti kepada ahli Jawatankuasa Pembagunan Wanita dan Keluarga dan MPKK yang bertujuan meningkatkan kemahiran kepimpinan di kalangan golongan wanita.

    YB. Yang di-Pertua Dewan undangan Negeri:

    Terima kasih.

    Ahli Kawasan.Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):

    Soalan tambahan saya. Terima kasih Padang Lalang. Jadi saya nak tanya, apakah cabaran, cabaran untuk merapatkan jurang gender dan nombor dua (2) difahamkan tadi daripada jawapan bahawa Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneliti cadangan penggunaan perspektif keterangkuman gender dalam pelantikkan ahli Majlis PBT dan juga Ahli Lembaga Pengarah di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri. Jadi, apakah sebarang strategi dirancang untuk melaksanakan cadangan tersebut, begitu juga dengan MPKK membantu mereka jadi Pengerusi MPKK. Terima kasih.

    Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

    Terima kasih Sungai Pinang. Soalan yang bukan senang nak jawab. Cabaran banyak ya, cabaran adalah banyak untuk melaksanakan keterangkuman gender. Tapi nasib baik Pulau Pinang kita sudah ada Dasar Keterangkuman Gender. Jadi sekarang kita boleh pandukan kepada dasar ini dan melaksanakan program-program. Umpamanya, yang tadi saya katakan kita boleh menggunakan dasar ini dan menggunakan dasar ini dalam pelantikan semua pegawai supaya mematuhi 40.40.20.

    Jadi saya rasa sekiranya lebih ramai lebih ramai orang, khasnya pemimpin dan pemimpin bukan sahaja pemimpin wanita. Sekiranya pemimpin lelaki juga boleh faham keperluan untuk menterangkumkan to include women dalam membuat dasar. Dasar itu akan lebih baik, akan lebih memunafaatkan kepada semua. Jadi adalah bertuah kita ada satu (1) dasar, jadi kita boleh

  • 22

    gunakan dasar ini dan saya harap semua orang boleh sokong, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh sokong juga. Sekiranya kita meminta supaya pelantikan Ahli Majlis juga mengikut keterangkuman gender ini. Iaitu kita sekiranya kita tak boleh sampai 40% kita sampai 30% dulu dan sidang wanita itu ialah mencungkil bakat.

    Kita pun lihat bahawa ada ramai bakat hanya wanita sendiri kadang-kadang mereka selalunya. Bukan kadang, selalunya mereka kurang berani untuk tampil ke depan kerana mereka ada keluarga menjaga anak untuk sebelum mereka nak mencimpuni politik. Jadi saya, kita memerlukan lebih banyak awareness supaya wanita sendiri pun tampil ke depan. Apabila wanita tampil ke depan saya harap kerajaan kita, parti kita dan juga pemimpin-pemimpin lelaki boleh menyokong mereka supaya kita boleh mengatasi cabaran ini. Jadi dengan adanya Dasar Keterangkuman Gender ini saya rasa kita we have a very good, very good foundation untuk level the playing ground. Okay...(gangguan).

    YB. Yang di-Pertua Dewan undangan Negeri:

    Terima kasih, Saya tau cabaran besar tapi boleh diringkaskan.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniady):

    Soalan tambahan Dato' Speaker.

    YB. Yang di-Pertua Dewan undangan Negeri:

    Sila.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniady):

    Okey. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhomat Padang Lalang saya hargai usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan juga YB. Padang Lalang untuk merapatkan jurang di antara gender dalam tahap pembuat dasar. Tetapi untuk satu jawapan soalan bertulis yang saya minta, saya dapat statistik di sini. Syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri dan saya nampak ada juga jurang di antara gender. Saya nak nyatakan saya seperti:

    Penang Science Cluster: Lelaki 5, Perempuan 11

    Penang Green Council (PGC): Lelaki 2, Perempuan 15

    Georgetown World Heritage Incorporated: Lelaki 6, Perempuan 25

    YB. Yang di-Pertua Dewan undangan Negeri:

    Maka apa masalahnya?

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniady):

    So, saya nak tanya di nampak. Ada tak satu dasar di mana at least 50/50. Kita tak nak pula nanti orang lelaki kata, kita nak ada at least 30%. So ada tak apa-apa dasar daripada kerajaan. Saya sokong memang nampak wanita ada kepimpinan tetapi ada ka apa-apa dasar untuk menetapkan 50-50. Kita tidak mahu mana-mana agensi didominasi oleh satu-satu gender.

    YB. Yang di-Pertua Dewan undangan Negeri:

    Okey, soalan sudah faham.

    Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

    Terima kasih pada YB. Bagan Dalam memang soalan yang baik supaya kita boleh lihat lebih dekat apakah ini ratio women and men ada dikatakan 3 mention 3 syarikat GLC, Green Council, PAC, and satu lagi?

  • 23

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniady):

    PGT: 3 Lelaki, 16 Perempuan.

    Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

    Ini director, saya rasa bukan director.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniady):

    dan..tetapi dalam seluruh, bukan director.

    Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

    Komposisi?

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniady):

    Komposisi.. I think, pekerja..

    Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

    Komposisi style..okay

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniady):

    Kita lihat dalam state agensi 64 lelaki dan 125 wanita. It’s good but than is there any, It should be also balance....that is my view.

    Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

    Yes..Yes....saya memang setuju. Kita akan semuanya akan guna ini Dasar Keterangkuman Gender 40.40.20 supaya tak ada satu gender dia akan melebihi 60%. Jadi, yang tetapi yang kita katakan sekarang ialah untuk yang lebih penting ialah untuk membuat keputusan. Kita akan mengadakan dasar. Saya rasa saya akan minta adakan dasar dalam pelantikan directors, Board of Directors or Directors untuk GLC tapi ini mengambilkan proses yang panjang. Kita tak dapat buat dengan selangkah sahaja.

    Umpamanya dalam Dewan ini, kita hanya ada berapa. Kita ada enam (6) orang wanita. In 1995 kita ada dua (2) orang, saya seorang dan di sebelah sana seorang. Sekarang sebelah sana masih seorang, tapi kita sudah tambah lima (5) orang. Tapi belum cukup lagi juga la. Kalau kita ada 30% means kita perlu ada 12 orang jadi macam mana nak tambah. Sekiranya kita tunggu natural increment dia akan ambil masa yang banyak panjang mungkin 50 tahun. Tetapi sekiranya kita mengadakan Dasar Keterangkuman Gender 40.40.20 ataupun di panggil kotak sistem jadi dia akan dengan cepatnya dia akan menambah untuk membalancekan gender ini. Jadi saya harap semuanya ini akan sokong ini kotak sistem. Terima kasih.

    YB. Yang di-Pertua Dewan undangan Negeri:

    Terima kasih, Pulau Betong sila.

    Ahli Kawasan Pulau Betong (YB.Haji Mohd Tuah Bin Ismail)

    Speaker, soalan saya nombor 33.

    33. Projek pembangunan tanaman Fertigasi atau vertical agro pot bagi yang tiada mempunyai kawasan yang luas.

    (a) Apakah perancangan untuk membangunkan bidang ini? Mohon diadakan peruntukan khas bagi menggalakkan bidang ini dicebur oleh orang-orang awam baik di bandar di bandar mahupun di luar bandar.

  • 24

    Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

    Bismillahirrahmanirrahim..Pada masa kini terdapat pelbagai teknologi pertanian yang tidak memerlukan ruang yang luas untuk aktiviti pertanian, antaranya ialah teknik penanaman fertigasi, nutrient film technique (NFT), menggunakan set nutripod, set hygrowpot link tech (HLT) dan vertical farm.

    Kerajaaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri sentiasa menggalakkan orang awam mahu pun para petani untuk menggunakan teknik pertanian sebegini bagi mengatasi masalah ruang atau kawasan pertanian yang terhad. Walau bagaimanapun, teknik pertanian seperti fertigasi memerlukan kos permulaan yang agak tinggi berbandingkan konvensional. Justeru itu, melalui projek pembangunan pertanian, pihak Jabatan Pertanian turut memberi bantu kepada petani yang berhasrat menjalankan projek fertigasi di kawasan masing-masing. Selain bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, agihan peruntukan untuk projek fertigasi pada 2020 ialah RM148,750. Selain fertigasi, data dari 2018 sampai 2020 all together RM170,680.00.

    Selain fertigasi, terdapat juga teknik vertical farming lain yang dilaksanakan oleh Pihak Jabatan Pertanian melalui program Pertanian Bandar. Program Pertanian Bandar atau Perkebunan Komuniti di peringkat negeri telah dilaksanakan dengan menggunakan sebahagian peruntukan di bawah Projek Pembagunan Industri Sayur-sayuran. Namun begitu agihan peruntukan agak terhad dan justeru itu disebabkan oleh SOP dan justeru itu pada tahun 2021 pihak Jabatan Pertanian telah memohon sejumlah peruntukan khas bagi tajuk projek ini. Selain peruntukan Pembangunan Negeri, pihak Jabatan Pertanian Negeri juga menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah program pertanian bandar. Jabatan Pertanian Negeri telah menerima peruntukan berjumlah RM200,000.00 pada tahun 2020 bagi pelaksanaan program ini. Skop program adalah dalam bantuan input pertanian dan peralatan yang berkaitan selain program latihan dan kempen yang berkaitan pertanian bandar. Agihan peruntukan mengikut daerah pada tahun 2020 daerah SPU - RM30,600.00. Yang paling ramai yang mendapat ialah pihak adalah komuniti. Di SPU melibatkan 302 peserta. SPT - 27,800 melibatkan 270 peserta. Dan yang paling ramai yang dapat ialah pihak sekolah dan juga komuniti dan institusi.

    Di Seberang Perai Selatan, 29,000 dan jumlah 300 peserta paling ramai yang dapat ialah untuk pertanian bandar ini ialah pihak sekolah 150 orang dan komuniti 80 di SPS ini dan institusi 50. Individu juga dapat. Di Barat Daya dan Timur Laut, jumlahnya ialah RM102,350.00 kepada 610 peserta. Yang paling ramai dapat ialah sekolah 270, komuniti 206, institusi 90 dan individu 44. Jumlah besarnya ialah RM189,750.00 kepada 1482 peserta melibatkan 52 bilangan projek. Yang paling besar dapat ialah sekolah 720 peserta, komuniti 461 peserta, institusi 215 dan individu 86.

    Selain itu Jabatan Pertanian juga menerima agihan peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara berjumlah RM600,000.00 untuk projek pertanian bandar yang disalurkan sebanyak dua (2) fasa bagi tempoh pelaksanaan tahun 2020 dan 2021. Skop projek pertanian bandar adalah dalam bentuk input pertanian, pembinaan dan naik taraf infrastruktur serta latihan kepada peserta. Agihan peruntukan yang telah diberi kepada SPU ialah RM83,857.00 kepada 276 peserta. Bilangan projek 194 kepada 185 individu dan 91 komuniti. Di SPT jumlah ialah RM90,530.00 kepada 244 peserta dan 171 projek yang paling ramai dapat ialah individu 163 orang, komuniti 81. Seberang Perai Selatan,

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Yang Berhormat, saya cadang agar baiknya kalau ada lampiran ataupun jadual statistik yang begitu terperinci. Yang Berhormat boleh membekal kepada Yang Berhormat jawab secara bertulis. Mungkin lebih baik lagi. Kalau nak baca, baca yang tajuk. Sila. Bagi habiskan.

  • 25

    Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin):

    Okey. Just jadi maknanya keseluruhan di bawah projek itu yang telah diagihkan pada 2020 saya sebut tadi 300,000 kepada 912 peserta. Bilangan projek 576. Lawatan saya juga telah pergi ke victory farm ataupun rooftop di maknanya di Pulau Pinang kita sudah ada vertical farm di Jelutong.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Yang Berhormat, saya rasa saya sendiri rasa sudah jawap soalan yang ditanya oleh Pulau Betong melainkan Pulau Betong ada soalan tambahan. Yang Berhormat boleh stop sini.

    Ahli Kawasan Pulau Bentong (YB. Hj. Mohd Tuah bin Ismail):

    Soalan tambahan tentang projek di maksud di sekolah-sekolah ada halangan atau pun sebagainya. Minta pencerahan.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Yang Berhormat, soalan tambahan.

    Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin):

    Saya sejak perubahan kerajaan ni saya setakat saya ni in terms of project yang ini saya tak ada maklumat tapi setakat ini pihak sekolah masih mengadakan aktiviti bersama saya tetapi melalui PIBG dan di luar sekolah. Jadi saya akan semak dengan Pengarah Pertanian.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih Yang Berhormat. Saya boleh lagi terima satu lagi Yang Berhormat soalan Batu Uban. Sila.

    Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):

    Dato’ Speaker, soalan saya nombor 34.

    34. Nyatakan strategic jangka panjang dan pendek Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

    (a) Berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan adakah FAP juga menerima tajaan dari pihak swasta?

    (b) Apakah perancangan FAP untuk pembangunan program akar umbi?

    (c) Berapak kos pengurusan FAP untuk sebulan besertakan gaji dan elaun?

    Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

    Terima kasih Dato’ Speaker dan rakan saya. Saya menjawab soalan 34. Strategi jangka pendek Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) adalah untuk mempergiatkan latihan dan perlawanan persahabatan serta menyiapkan pemain dari segi kecergasan dan taktik pemain bagi mempersiapkan pasukan Liga Premier untuk beraksi di Liga Super dan seterusnya menjadi juara pada Liga Super tahun 2021. FAP ingin mendapatkan kembali keyakinan rakyat terhadap pasukan bola sepak Pulau Pinang dan seterusnya menjadikan sukan bola sepak sebagai pilihan utama di Negeri Pulau Pinang untuk rakyat Negeri Pulau Pinang.

    Strategi jangka panjang FAP adalah untuk memantapkan barisan pemain bagi pasukan Liga Premier, Piala Presiden dan juga Piala Belia. FAP akan bekerjasama dengan akademi-akademi bola sepak di Negeri Pulau Pinang bagi mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru yang berkualiti untuk beraksi bersama FAP pada masa hadapan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan berjumlah sebanyak RM8 juta bagi tahun 2020 kepada FAP dan

  • 26

    FAP juga telah menerima tajaan daripada pihak swasta sejumlah RM500,000.00. Perancangan FAP untuk pembangunan program akar umbi seperti mempergiatkan penganjuran liga domestik, berkolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan pasukan bola sepak di setiap sekolah dengan FAP menyediakan kepakaran dari segi jurulatih, kursus kejurulatihan, peralatan bola sepak dan juga peluang permainan kepada murid dan bekerjasama dengan Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan dan juga Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) bagi mempergiatkan Program Klinik Bola Sepak. Secara puratanya kos pengurusan FAP untuk sebulan besertakan gaji dan juga allowance adalah berjumlah RM719,500.00.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih. Batu Uban.

    Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):

    Terima kasih Dato’ Speaker dan juga YB Bagan Jermal tentang jawapan yang diberikan. Pertanyaan saya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh FAP ini, adakah peruntukan tambahan akan diberikan kepada FAP dan juga adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk bekerjasama dengan badan-badan GLC yang akan membantu juga FAP.

    Soalan kedua saya adakah Kerajaan Negeri juga akan menyediakan venue sendiri untuk FAP ini? Sekian terima kasih.

    Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

    Rakan saya yang tanya soalan tambahan. Saya jawab soalan tambahan pertama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih menunggu permohonan dari segi peruntukan untuk tahun 2021 dan saya percaya Persatuan FAP akan masukan dan kita akan bincang dalam mesyuarat EXCO. Dan juga dari segi latihan buat sementara waktu latihan-latihan semua pemain FAP adalah berlatih di Padang Jawi, daerah Seberang Perai Selatan atas usaha ADUN kawasan dan juga presiden FAP ini telah menyalurkan peruntukan untuk memperbaiki dan juga bantuan dari atas Pejabat Daerah supaya menaiktarafkan jadi satu tempat untuk latihan mereka.

    Memang FAP juga ada rancangan untuk mewujudkan lagi satu tempat latihan iaitu di Padang Tasek Mutiara belakang GEMS International School, dan rancangan ini masih dijalankan. Pengumuman telah dihantar kepada PBT MBSP dan saya turut telah membuat lawatan saya rasa pada dua bulan sebelum ini untuk minta PBT untuk melaksanakan. Saya percaya dengan adanya tempat-tempat latihan yang elok, bagus dan juga bertaraf antarabangsa ataupun proper maka kita dapat memastikan latihan-latihan untuk pemain yang lebih canggih dan lebih cergas. Dan pada masa yang sama di Negeri Pulau Pinang, kita ada banyak akademi bola sepak. Dan memang saingan diberikan untuk FAP dan juga semua persatuan sukan adalah kita buka pintu FAP untuk bekerjasama dengan semua akademi, seperti contoh Bintang Biru yang setiap Sabtu ada latihan-latihan di kawasan KADUN Bagan Dalam. Saya juga memberikan sokongan jika ada mereka nak pohon. Saya percaya latihan akar umbi memang penting seperti klinik-klinik yang baru-baru dijalankan pada 16 September merujuk dalam buku sukan untuk semua, ada seorang budak umur yang paling muda iaitu umur lima sahaja. Sudah datang ambil bahagian klinik bola sepak.

    Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Yang Berhormat sila jawab yang ditanya sudah.

    Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

    Inilah saya percaya latihan-latihan akar umbi bersama dengan akademi amat penting kerana kita nak mencari lebih banyak bakat. Sekian terima kasih.

  • 27

    Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

    Soalan tambahan.

    Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Sila.

    Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

    Adakah Dato yang di-Pertua dimaklumkan bahawa FAM mensyaratkan persatuan bola sepak negeri menubuhkan kelab bola sepak masing-masing. Apakah status penubuhan FC di Negeri Pulau Pinang?

    Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

    Terima kasih. Saya menjawab soalan tambahan daripada Batu Lancang. Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang telah pun menerima surat daripada FAM dan tubuhkan FC dan kelab FC iaitu Penang Football Club yang turut merangkumi proses perbincangan dari segi persatuan bola sepak FA dan juga FC. Penang Football Club adalah nama baru yang akan digunakan oleh pasukan bola sepak Pulau Pinang di dalam saingan CIMB Liga Premier di musim 2021. Dan setelah FC ditubuhkan di atas nama Presiden FAP, Dr' Pritpal dan juga setiausaha iaitu Encik Dastagie dan peranan yang akan dimainkan oleh FAP dan FC adalah berbeza. Antara FAP akan memberikan tumpuan fokus kepada program akar umbi dan juga latihan-latihan dan juga pembangunan bola sepak akademi maka FC ada peluang secara langsung untuk memfokuskan kepada pasukan utama iaitu pasukan CIMB Liga Super Premier dan juga pasukan Piala Presiden Pulau Pinang dan juga Pasukan Belia Pulau Pinang.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih, terima kasih kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat, maka sesi soalan lisan tamat selaras dengan Peraturan Mesyuarat Sub Peraturan 26(7). Silakan, Yang Amat Berhormat.

    YAB. Ketua Menteri:

    Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan lisan-lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi, Dato’ Yang di-Pertua selaras dengan Peraturan 6A(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Undangan Negeri saya mohon supaya masa persidangan hari ini dilanjutkan sehingga 10.00 malam.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Sokongan?

    YB. Timbalan Ketua Menteri I:

    Saya mohon menyokong.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telahpun kemukakan Usul Dibawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 15 Oktober 2020 hari Khamis dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam.

    Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju katakan “Ya”, yang tidak setuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui. Ahli-ahli Yang Berhormat terima kasih kita masih dalam sesi perbahasan sebelum ini saya sedikit makluman peringatan kepada semua.

  • 28

    Ahli-ahli Yang Berhormat saya mengikuti kesemua sesi perbahasan melalui live streaming jikalau saya tiada di tempat speaker lalu saya perasan ada antara Yang Berhormat-Yang Berhormat mula bergejala tidak sihat dewan adanya ucapan panas dan saya lihat muka pun sudah merah, saya tahu pernafasan pun cepat dan pendek, ini gejala yang tidak sihat. Baik daripada SOP lawan COVID-19 ataupun SOP Dewan. Maka saya nak tegas di sini rakan-rakan Yang Berhormat kita mesti berbahas dengan mematuhi SOP Dewan, Peraturan Mesyuarat.

    Dan andaikata Yang Berhormat melanggar SOP maka PKPD Perintah Kawalan Pergerakan Dewan boleh saya kenakan kepada semua kalau serius saya kenakan kuarantin di luar Dewan, sama-sama kita mematuhi SOP Dewan dan sama-sama kita mematuhi SOP lawan wabak COVID-19. Saya ingin persilakan Yang Berhormat yang mengambil bahagian .

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Dato’ Speaker, boleh saya please one peraturan mesyuarat sebelum kita mulakan.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Tak ada orang ucap pun.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Semalam punya, isu semalam semasa Teluk Bahang berucap dia telah melanggar… (gangguan)

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Saya faham, Bagan Dalam duduk, saya ada, nanti mereka yang melanggar SOP yang saya kata tadi, kalau nanti disahkan nanti akan disahkan oleh Timbalan Speaker beliau akan buat perintah ketetapan nanti, agar lebih profesional kalau dia buat ketetapan itu memandangkan saya tidak mempengerusikan sesi tersebut. Sila Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingn menyertai sesi perbahasan.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Saya, giliran saya.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Masa, 20 minit, ya.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Masa kecederaan?

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Ikut saya.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, telah memberikan peluang kepada saya untuk berbahas dalam sesi ini dan saya mulakan ucapan perbahasan saya dengan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri atas pembentangan bajet terbesar dalam sejarah Negeri Pulau Pinang saya rasa lah melibatkan RM1.2 billion. Ini adalah satu bajet yang begitu besar walaupun merupakan bajet defisit tapi ianya berpatutan dan tepat kerana pasca pandemik ini mana mana kerajaan bertanggungjawab haruslah membelanjakan wang kerana kemelesetan ekonomi memang sudah mula menampakkan bibit-bibitnya. Dan satu laporan dari Khazanah Institut telah gesa kerajaan untuk membelanjakan wang ke atas program keselamatan sosial.

  • 29

    Ini selaras dengan the review of the potty line....(dengan izin) Dato' Speaker dan saya ingin menyentuh di sini di mana Menteri Kewangan telah menyatakan pertumbuhan KDNK kebangsaan dianggarkan mencecah 8% pada tahun depan. Saya tidak tahu bagaimana beliau telah mengira tetapi beliau menyatakan kita boleh mendapat pertumbuhan 8% dan saya membaca satu (1) laporan semalam menyatakan hampir sama 7.5% dinyatakan KDNK Kebangsaan saya harap Pulau Pinang juga akan mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun depan dan saya berharap bajet defisit kita bila dalam keadaan realitinya ia tidak akan jadi defisit tetapi surplus seperti tahun-tahun sebelum ini.

    Dan kita dapat tengok selain daripada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Majlis Bandaraya Seberang Perai juga akan menghadapi kekangan kewangaan kerana kurangnya hasil dan saya berharap dua-dua PBT dan Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang janganlah untuk menambah hasil kita mengeluarkan lebih banyak kompaun atau memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang akan mendatangkan hasil melalui kompaun saman dan sebagainya, ini kerana kita memang tahu kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan menghadapi kesukaran untuk menjana hasil kita pun perlu faham bahawa masyarakat di luar sana khususnya orang marhaen pun menghadapi masalah yang sama kalau boleh kita cuba fleksibel dengan kita selagi seseorang khususnya penjaja atau pun peniaga di tepi jalan selagi dia menjalankan peniagaan aktiviti- aktiviti penjajaan tanpa mendatangkan apa–apa masalah keselamatan kesihatan kepada orang awam boleh lah memberi sedikit keolonggaran kepada mereka.

    Dan saya meminta Kerajaan Negeri juga memberi sokongan yang dari segi kewangan kepada PBT-PBT untuk menghadapi keadaan pasca pandemik ini khususnya kepada MBSP kerana kita faham MBSP dia cover satu kawasan yang begitu besar daripada dia ada sempadan 3 negeri, 2 Kedah dan Perak sebenarnya. So saya berharap Kerajaan Negeri akan memberikan suntikan dana kepada MBSP dalam tahun yang akan datang ini , dan saya juga ingin menghargai Pakej Bantuan Penang Lawan COVID-19 dan merupakan pakej terbesar sesuatu Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri telah menunjukkan kepimpinan melalui teladan di mana kita tidak tunggu dana daripada persekutuan kita tidak memberikan konsesi balak untuk membantu rakyat. Apa yang ada reserve itu kita bantu rakyat untuk mengurangkan beban rakyat untuk mengurangkan kesannya terhdap rakyat. Walaupun Seberang Jaya kata rizab ini digunakan untuk mengurangkan defisit tapi saya rasa rizab ini digunakan untuk membantu rakyat ia tidak boleh mengambil dua (2) pendirian , bila persekutuan buat itu okey, bila negeri buat itu tidak sihat itu saya tidak setuju....(gangguan).

    Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):

    Yang Berhormat Bagan Dalam.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Saya beri.

    Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):

    Saya rasa tak betul Yang Berhormat kata bahawa Kerajaan Persekutuan ambil reserve Kerajaan Persekutuan tak usik reserve yang saya sebut tu saya akui perlu ada bantuan kepada rakyat dana perlu dibelanjakan kita hargai Kerajaan Negeri mengeluarkan dana cuma dalam sebagai pernah berada dalam anggota pentadbiran, we have to be responsible bila kita nak belanja kerana duit kerajaan ini bukan duit kita duit kerajaan ini kita collect kita kutip daripada hasil cukai. Yang Berhormat boleh semak dalam laporan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri hasil cukai kita berkurangan kerana ancaman COVID-19 yang kita hadapi dan beberapa program-program kerajaan. Hasil kita kurang maknanya hasil kita kurang duit masuk kurang tapi kita terpaksa belanja lebih besar dan kita nak belanja separuh daripada reserve yang kita ada

  • 30

    pada saya ada cara lain tadi pun Yang Berhormat dengar perbahasan kita pagi perbincangan pagi tadi hutang negeri tidak begitu tinggi hanya RM49 juta, sebab tu pandangan saya begitu bukan saya kata Kerajaan Negeri tidak boleh belanja boleh belanja tapi mekanisme nya itu yang saya maksudkan. Saya harap Yang Berhormat faham cuba study sedikit kenapa kita bangkitkan perkara ini.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Terima kasih Seberang Jaya, itulah tapi Kerajaan Negeri tidak membatalkan apa projek-projek memberi impak kepada rakyat seperti Kerajaan Persekutuan saya lebih setuju mengunakan reserve untuk kebajikan rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat.

    Dato' yang di-Pertua saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah menghulurkan dahan zaiton ataupun olive branch kepada Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama demi kebajikan rakyat. Ini satu trend yang positif di mana Kerajaan Negeri tidak mengamalkan sifat konfrontasi dengan Kerajaan Persekutuan tetapi ia juga tidak boleh diambil sebagai kelemahan di pihak Kerajaan Negeri seperti seorang Menteri Persekutuan yang telah mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri, itu tidak sihat. Kerajaan Persekutuan sepatutnya memahami dalam keadaan pasca pandemik ini meraka perlu bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri jangan pilih bulu dalam bekerjsama.

    Saya juga ingin menyatakan pendirian saya saya tidak setuju rakyat Malaysia tidak setuju dengan tindakan Kerajaan Persekutuan dengan membuat Mesyuarat Keselamatan Negara Pertama di mana mereka mengadakan Mesyuarat Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Harapan tak jemput malah kita nampak dalam peta yang dilampir dalam mesyuarat tersebut mereka keluarkan Pulau Pinang, keluarkan Negeri Sembilan keluarkan Selangor...(gangguan), kita nampak, sekejap biar saya habiskan saya beri laluan nanti Yang Berhormat Seberang Jaya, walau pun selepas itu disalahkan KSU tetapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Yang Berhormat, isu yang telah bangkit dan telah menjawab dalam dewan ini saya tidak mahu berlarutan dan walaupun dalam hal yang pertama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sendiri sudah bagi penjelasan....(gangguan).

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Ini pendirian saya , pandangan saya.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Seberang Jaya kalau isu yang sama tiada.

    Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):

    Yang Berhormat, I think we have to set the record straight tak betul untuk kata bahawa Kerajaan Negeri tak diberikan peluang untuk terlibat sama dalam usaha memerangi COVID-19, we have to put a record straight

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    I said Mesyuarat pertama saja....(gangguan).

    Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):

    Lain yang di dewan…pertama memang betul (gangguan) koordinasi tentang Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara ini dijalankan di peringkat Persekutuan dan Negeri , diperingkat negeri diberikan kuasa sepenuhnya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk koordinat

  • 31

    Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri. pertama, keduanya sebelum diumumkan nak buka balik sektor ekonomi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dijemput ke mesyuarat itu dan dimaklumkan. Yang mejadi perbezaan seperi yang saya setuju semalam ialah soal communication SOP itu tidak disediakan lebih awal dan tidak dikongsi itu yang menjadi masalah....(gangguan), sebab itu Kerajaan Negeri ambil keputusan untuk lewat kan pembukaan sektor ekonomi selama seminggu. Masalah dia Yang Berhormat kita....(gangguan). (Mikrophone Dimatikan Oleh Yang di-Pertua Dewan)

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Tak ada masalah lah, duduk...(ganguan), duduk, sila duduk. Bagan Dalam no more isu ini.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Okey, tapi saya just nak nyatakan pandangan saya jangan ambil bahawa Pulau Pinang boleh di buli itu saja, pendirian saya, saya cut part itu

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Dah 15 minit.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Sekejap, sekejap Dato' Speaker, okey. Ini pendirian saya dan saya nak Kerajaan Persekutuan yang adil untuk semua negeri dan kita tidak mahu Pulau Pinang terus dijadikan anak tiri, kami tak minta jadi anak emas tapi jangan jadikan kami anak tiri dan menganiayai kami itulah pendirian saya dan jangan tarik balik peruntukan dan tambahkan Peruntukan Persekutuan kepada negeri kerana kita merupakan penyumbang terbesar sesetengah cukai dan kita juga merupakan negeri yang mendapat FDI paling tertinggi negeri kedua tertinggi. So ini semua perlu diambil kira bila Kerajaan Persekutuan memberikan dana kepada Kerajaan Negeri ini adalah permintaan saya.

    Seterusnya Dato’Speaker semalam kita nampak ada satu laporan menyatakan bukan semalam, I think selasa satu laporan bahawa suntikan dana ataupun pinjaman kepada Air Asia itu hampir RM1 billion selepas itu Menteri Kewangan sudah menafikan tapi kita harap ini bukan perkara benarlah kalau syarikat swasta dibantu sebegitu kita minta....(gangguan).

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Yang berhormat siapa boleh jawab soalan itu?

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Saya just nyatakan sahaja.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Itu tak perlu pun.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Saya harap Kerajaan Negeri pun akan turut diambil kira apabila keputusan-keputusan kewangan sebegini.

    Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):

    Yang Berhormat tanya Batu Kawan lah.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Seberang Jaya pun jangan ganggu.

  • 32

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Saya nak habiskan, no more Kerajaan Persekutuan.

    YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

    Bukan bukan.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

    Seterusnya saya beralih kepada isu-isu yang telah dibangkitkan di dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menyatakan tentang Penang Connectivity Master Plan yang akan meletakkan Pulau Pinang di landasan negeri pintar selaras dengan national NFCP tetapi amat malang sehingga sekarang perkhidmatan jalur lebar di kawasan Seberang Perai khususnya di kawasan saya sendiri tidak begitu memberangsangkan di mana satu jalan utama Jalan Heng Choon Thian, connectivity internetnya tidak mengunakan fiber masih lagi mengunakan Copper lane dan bila mereka mengunakan Copper lane ada satu masalah bila ada kes-kes kecurian khususnya kawasan saya gelandangan banyak dan hampir separuh daripada mereka adalah penagih dan bila mereka tak ada duit nak beli bekalan dadah mereka nampak adalah wayar so mereka pun pergi memotong wayar ini copper dan mereka menjual dan ini menyebabkan pelbagai banyak masalah saya minta Penang Connectivity Master Plan, bila kita bincang tentang Penang Connectivity Master Plan perkara-perkara seperti ini khususnya kawasan bandar seperti Butterworth, Butterworth adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang selepas George Town, so kita berharap connectivitynya akan bertambah baik dan juga hubungan internet yang selular tidak begitu memuaskan, ada seorang pengundi dari kawasan saya dia kata mungkin saya pun perlu naik atas pokok dan buat video baru syarikat-syarikat telekomunikasi akan menaiktaraf sistem di kawasan saya.

    Ini adalah komen yang saya terima sendiri so saya berharap kita lihat Penang nak jadi negeri pintar, servis-servis asas seperti ini perlulah dinaik taraf dan saya berharap Kerajaan Negeri akan mengambil serius mengambil perkara ini serius dan membuat sesuatu.

    Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu sukan, saya juga mengalu-alukan penyediaan dan perangkaan Pelan Induk Kemudahan Sukan Negeri ataupun Pe