dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/link/2014m1p2d13.pdf · mesyuarat yang pertama...

299
DEWAN UNDANGAN NEGERITERENGGANU MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS Pada PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014 bersamaan 13, 14 DAN 15 JAMADILAKHIR 1435 Dikeluarkan oleh: Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu

Upload: dangnguyet

Post on 13-May-2019

324 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

DEWAN UNDANGAN NEGERITERENGGANU MESYUARAT YANG PERTAMA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI

KETIGA BELAS

Pada

PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

bersamaan

13, 14 DAN 15 JAMADILAKHIR 1435

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu

Page 2: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU

MESYUARAT YANG PERTAMA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS

PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

bersamaan

13, 14 DAN 15 JAMADILAKHIR 1435

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu

Page 3: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

daiiftada:

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI

TERENGGANU

Page 4: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS

KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Nama Ahli-ahli. 1

2. Doa. 5

3. Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha 5 Mulia Sultan Terengganu.

1. Nama Ahli-ahli. 15

2. Ucapan Yang Berhormat Yang Dipertua 19 Dewan.

3. Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan. 22

4. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis:

(i) Soalan-soalan Bertulis 23 (ii) Soalan-soalan Lisan 25

5. Cadangan Usul Di Bawah Fasal 30, 53 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.

Page 5: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

6. Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis:

(i) Usul Merafak Sembah Ucapan Penghargaan Dan Menjunjung Kasih.

SELASA, 15 APRIL 2014

1. Nama Ahli-ahli.

2. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis:

(i) Soalan-soalan Lisan

3. Cadangan Usul Di Bawah Fasal 30, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.

4. Usul Merafak Sembah Ucapan Penghargaan Dan Menjunjung Kasih.

(Penggulungan)

57

150

156

178

180

Tangguhan 252 5

6. Lampiran 253 [Soalan-soalan dan Jawapan-jawapan Bertulis]

Page 6: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

PERSIDANGAN

PADA HARI AHAD, 13 APRIL 2014

Page 7: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong, AMT.,PJK.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK. WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, DPMT. WAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, DPMT.,DMSM.,KMN.,AMN. WAKIL PERMAISURI

Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, DPMT.,SMZ. WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Haji Rozi bin Mamat, SMZ.,AMT. WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Ir. Rosli bin Othman, AMN. WAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, AMT.,PJK. WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat A. Latiff bin Awang, PJC.,PJK. WAKIL PENGKALAN BERANGAN

1

Page 8: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

Yang Berhormat Roslee bin Daud, PPN. WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Ghazali bin Taib WAKIL AJIL

Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, AMT.,PPN. WAKIL JERTIH

Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar WAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Dato' Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK. WAKIL LANGKAP

Yang Berhormat Mohd Mahdi bin Musa WAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, PJK. WAKIL BATU RAKIT

Yang Berhormat Mohd Iskandar bin Jaafar WAKIL JABI

Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut, PJC. WAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, SSMT. WAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat WAKIL PAKA

2

Page 9: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak WAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Azan bin Ismail WAKIL BANDAR

Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah WAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB. WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat WAKIL CUKAI

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim WAKIL TELUK PASU

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim WAKIL TEPOH

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun WAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin Harun WAKIL RANTAU ABANG

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF):

Yang Berhormat Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi, AMT. WAKIL BATU BUROK

3

Page 10: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN Dato' Haji Mazlan bin Ngah, DSMZ.,DPMT.,ASM.,PJC.,PJK.,BLB.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI Dato' Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Dato' Haji Mat Razali bin Kassim, DPMT.,ASM.,PJC.,PJK.,BLB.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI Tuan Haji Azhar bin Jusoh, AMT.,PJK.

4

Page 11: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

PUKUL 9.30 PAGI

SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Marilah kita sama-sama memulakan majlis ini dengan membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah.

DOA

Dibaca oleh Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA KELUAR DARI DEWAN UNDANGAN NEGERI MEMOHON PERKENAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU UNTUK BERANGKAT KE MAJLIS DEWAN UNDANGAN NEGERI.

TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Wabihi Nastain. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat Beta dan Sultanah hadir dan seterusnya bertitah di Majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri yang ke Tiga Belas pada pagi yang mulia ini.

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam, yang membawa rahmat ke seluruh alam. Alhamdulillah, Beta bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan ALLAH kepada negeri Beta, Terengganu Darul Iman dan seluruh rakyat jelata.

5

Page 12: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

Negara kita telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370, yang diselubungi dengan penuh misteri. Beta merakamkan ucapan penghargaan kepada segala usaha yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan dengan bantuan pelbagai negara dalam misi mencari dan menyelamat semua penumpang dan anggota penerbangan MH370. Beta berdoa ke hadrat Allah yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, dimakbulkan doa seluruh rakyat Malaysia, jayakan operasi mencari dan menyelamat agar segala spekulasi terungkai. Beta juga berdoa agar Allah meringankan beban keluarga mereka yang terlibat dan dianugerahkan kepada mereka kekuatan menghadapi dugaan Allah ini dengan penuh keredhaan dan tabah.

Sebagai sebuah negeri yang menuju ke arah kemajuan dan terus berdaya saing, Beta menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus yang baik dalam semua dimensi pengurusan, pematuhan peraturan dan undang-undang serta ketelusan maklumat. Ini termasuklah nilai integriti dan akauntabiliti yang sedia wujud dalam kepimpinan negeri Terengganu dan Beta berharap sistem ini terus diamalkan dan ditingkatkan. Penambahbaikan terhadap prosedur kerja dan pengurangan karenah birokrasi boleh memperkayakan lagi pengurusan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Jika kita gagal merancang, bererti kita merancang untuk gagal. Oleh itu, berwaspadalah dalam perancangan bagi memelihara masa hadapan yang gemilang. Dalam hubungan ini, Beta suka menyatakan dan mengucapkan penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dan juga kepada semua wakil rakyat yang terus menjalankan amanah dan tanggungjawab serta memenuhi kepercayaan rakyat dalam mentadbir negeri.

Beta berpuas hati dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang berdaya tahan pada tahun 2013 yang telah memberi sumbangan kepada KDNK negeri sebanyak RM20.2 bilion. Dengan pengekalan yang kukuh melalui asas ekonomi domestik dan pelaburan swasta serta pasaran tenaga kerja yang stabil, dijangkakan pertumbuhan ekonomi negeri terus positif pada tahun 2014.

Kadar pengangguran tahun 2013 sebanyak 3.3% boleh distabilkan lagi sehingga 2.5% dalam tahun semasa. Kadar inflasi yang sederhana dan terkawal iaitu 3.2% pada Disember 2013 membolehkan pertumbuhan ekonomi Negeri Terengganu berada dalam keadaan kukuh dan mampan. Keadaan ini akan lebih bermakna lagi

6

Page 13: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

jika kemajuan pertumbuhan ekonomi dapat diterjemahkan terus agar dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Beta.

Beta ingin menekankan kepentingan suara rakyat dalam memacu kemajuan negeri agar selari dengan slogan "Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan". Rakyat merupakan elemen penting pembangunan malah kemajuan yang dikecapi tertakluk kepada kesepaduan rakyat. Beta percaya jika tiada persefahaman, kerjasama dan perpaduan, pembangunan yang kita nikmati akan terbatas.

Pertanian bukan lagi satu aktiviti tertutup sekadar menyara diri. Sebaliknya, kegiatan bertani telah menyumbang kepada perniagaan. Justeru itu, aktiviti pertanian yang berbentuk komersial jika dilaksanakan dengan menggunakan teknologi terkini boleh memberikan pulangan yang lebih baik dan menambah pendapatan rakyat Beta.

Sukacita Beta ingin maklumkan satu program baru yang telah dirancang oleh pihak kerajaan negeri iaitu 'Jom Kite Nanam'. Dalam program ini, peserta yang terpilih dibekalkan input untuk menjalankan aktiviti pertanian untuk kegunaan harian mereka. Program yang dibuat ini bakal memberi manfaat kepada rakyat dengan mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan juga mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah dari luar dan selebihnya dijual melalui Koperasi seterusnya menjadi sumber pendapatan tambahan.

Beta bersyukur negeri Terengganu mempunyai sumber air yang mencukupi dan rakyat dapat menikmati bekalan air bersih, selamat dan terawat. Tahniah kepada Syarikat Air Terengganu (SATU) yang sentiasa memantau dan membuat perancangan bagi membaiki dan menukar paip-paip pecah dan bermasalah secara berkala, sekali gus mengelakkan masalah kewangan kepada Kerajaan Negeri. Usaha untuk menurunkan kadar kehilangan air tak terakaun (NRW) sekurang-kurangnya kepada 30 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang wajar mendapat pujian. Beta menyeru agar Kerajaan Persekutuan dapat mengadakan dan menambah peruntukan kepada Kerajaan Negeri Terengganu sebanyak RM50 juta bagi mengurangkan kadar kehilangan air tak terakaun.

Selain itu, Beta sedia maklum dengan hasrat kerajaan negeri untuk menaiktaraf semua jalan raya utama di negeri Terengganu kepada empat lorong. Fasa pertama telah dilaksanakan di daerah Marang dan Dungun. Rakyat Beta di luar bandar juga tidak dipinggirkan dan hasilnya boleh dilihat dengan pembinaan Jalan Keruak, Hulu

7

Page 14: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

Besut ke Gunung Bongsu dan pembinaan jambatan yang menghubungkan Kampung Dusun dan Kampung Dura di Hulu Terengganu.

Pembinaan jalan KT-Bypass juga bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan Bandar Baru Bukit Besar. Beta dimaklumkan ianya satu sistem rangkaian jalan yang sistematik, teratur, malahan alternatif kepada penyuraian trafik bagi pengguna jalan raya di Bandar Kuala Terengganu. Dengan pelbagai kemudahan seperti pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu, pembinaan pejabat-pejabat Persekutuan yang teratur dan pusat perniagaan baru, penduduk negeri bakal merasai satu lagi faedah kemajuan.

Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri masih lagi menunggu kelulusan rasmi Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan daerah baru Kuala Nerus. Sebaik mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri bakal membina sebuah bangunan Pejabat Daerah dan Tanah di samping bangunan pejabat lain dan akan membina beberapa projek perumahan serta pusat perniagaan di kawasan berkenaan.

Beta juga merasa gembira apabila Bandaraya Kuala Terengganu telah mula menyaingi bandaraya-bandaraya maju di negara ini dengan adanya pembangunan Muara Selatan dan Muara Utara dan mengukuhkan imej Kuala Terengganu sebagai "Bandaraya Warisan Pesisir Air".

Beta difahamkan kerja-kerja pembinaan 'drawbridge' akan dapat dimulakan dalam tahun ini. Dengan ketinggian 7.5 meter dari aras air pasang, bot-bot dan kapal-kapal boleh menyusuri Sungai Terengganu tanpa sebarang halangan. Begitu juga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu akan mempunyai pejabatnya tersendiri di Muara Selatan sungai Terengganu. Dengan ketinggian 30 tingkat dan mengimplimentasi konsep bangunan hijau, ianya pasti akan menjadi satu lagi ikon negeri.

Bagi menjana pendapatan jangka panjang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat, kerajaan negeri telah menggalakkan pembangunan Land Bank milik Pihak Berkuasa Tempatan. Dengan pembangunan Land Bank berkenaan Pihak Berkuasa Tempatan dapat menikmati pendapatan bulanan secara tetap dan rakyat Beta juga tidak dibebani dengan sewa yang tinggi kerana caj sewa yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah mengikut kadar kemampuan komuniti setempat.

8

Page 15: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

Negeri Terengganu menduduki tempat ke-4 bagi senarai bilangan warga miskin iaitu seramai 9,911 (Sembilan Ribu Sembilan Ratus Sebelas) orang dan miskin tegar di tempat ke-9 iaitu seramai 443 (Empat Ratus Empat Puluh Tiga) orang serta bagi mudah miskin pula di tempat ke-7 iaitu seramai 4,656 (Empat Ribu Enam Ratus Lima Puluh Enam) orang di seluruh Malaysia. Namun, Beta berpuas hati dengan berkat usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri, seramai 31,120 (Tiga Puluh Satu Ribu Satu Ratus Dua Puluh) orang Rakyat Negeri Terengganu telah terkeluar daripada senarai Pendapatan Garis Kemiskinan. Kedudukan ini adalah berdasarkan kepada data yang dikumpul dan disahkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, pada 12 Mac 2013.

Selain itu, kerajaan negeri sudah membelanjakan sebanyak RM201.6 juta bagi pelaksanaan Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah yang telah memberi manfaat kepada 17,183 penerima di seluruh negeri Terengganu dan dijangka seramai 2,500 penerima lagi akan menerima manfaat yang sama dalam tahun ini dengan peruntukan baru sebanyak RM41.5 juta.

Beta dimaklumkan dengan pelaksanaan Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus (PPKK) dapat meningkatkan kualiti serta perolehan pendapatan rakyat. Program ini terbuka kepada kalangan isi rumah berpendapatan rendah kurang daripada RM3,070 (Tiga Ribu Tujuh Puluh Ringgit) sebulan dengan kerjasama Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Di bawah program ini, seramai 675 peserta telah dilatih sepanjang tahun 2013 dalam pelbagai bidang kemahiran seperti pembuat pakaian, penyediaan makanan, jurukimpal logam dan mekanik marin. Program ini bakal diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2014 dengan peruntukan sebanyak RM5 juta berbanding RM3.8 juta pada tahun 2013.

Pada tahun ini, InsyaAllah rakyat miskin dapat merasai hasil keuntungan yang pertama daripada Projek Ladang Kelapa Sawit seluas 3,706 hektar di Mukim Besul dan Hulu Paka, Dungun. Projek ini di bawah seliaan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Beta harap rakyat miskin dapat memanfaatkan hasil ini dengan berhemat.

Beta berharap Tasik Kenyir sebagai destinasi eko pelancongan dengan mewujudkan 'Kenyir Island Hopping' dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Hasrat ini sekali gus merangsang keperluan penyediaan perkhidmatan seperti

9

Page 16: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

penyediaan penginapan, penyediaan makan minum, industri kraftangan, penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan pemandu pelancong.

Hasrat Negeri Terengganu untuk menjadi Negeri Maju Menjelang 2020 dapat direalisasikan dengan menarik lebih ramai pelabur dalam dan luar negara. Beta dimaklumkan projek pelaburan berjumlah RM2.24 bilion oleh CJ dan Arkema di Taman Bio Polimer Kertih bakal beroperasi di akhir tahun ini. Dengan adanya perkhidmatan ini, syarikat biokimia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Gevo Inc. juga memberikan komitmen pelaburan sebanyak RM1.65 bilion untuk membangunkan loji pembuatan isobutanol dari biojisim selulosa. Begitu juga dengan Syarikat Virdia dari Amerika Syarikat turut menyatakan minat untuk melabur di sini.

Beta berharap kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan Lembah Silika. Sumber pasir silika yang dianggarkan lebih dari 50 juta tan metrik bakal dibangunkan oleh Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. dan dapat memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Kerajaan negeri tidak hanya melihat kepada sektor industri yang berskala besar sahaja. Secara keseluruhan, pemain-pemain industri di Terengganu merupakan mereka yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana. Ini termasuklah dalam industri fabrikasi yang merupakan salah satu jenis industri yang menyokong industri petroleum dan gas. Pembukaan industri-industri ini telah membangunkan kawasan sekitarnya dengan peluang-peluang pekerjaan yang tersedia termasuk peningkatan ekonomi setempat.

Beta berpuas hati dengan pencapaian perumahan sepanjang 5 tahun yang lepas iaitu sebanyak 29 projek perumahan yang mengandungi 9,078 unit telah dibina, 3,631 unit daripadanya telah siap sepenuhnya manakala 5,447 unit di peringkat akhir pembinaan. Beta juga dimaklumkan pada tahun ini, sebanyak 3 projek perumahan dirancang untuk dibina dalam masa terdekat dan 14 lagi tapak telah dikenalpasti untuk dilaksanakan secara berperingkat sehingga menjelang tahun 2018. Kerajaan Negeri juga mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun ini. Beta sedia maklum pengagihan rumah dilakukan secara berperingkat dan berharap rakyat dapat bersabar dan memberi kerjasama yang baik kepada Kerajaan Negeri.

Beta menggalakkan rakyat yang memiliki tanah atas nama sendiri untuk membina rumah dengan menggunakan dana yang telah disediakan oleh kerajaan negeri

10

Page 17: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

iaitu Dana Pinjaman Perumahan Negeri Terengganu (DPPNT). Beta berpuas hati dengan usaha kerajaan negeri meluluskan 100 pinjaman dengan setiap pinjaman berjumlah RM50,000 bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk membina rumah di atas tanah sendiri.

Beta bersyukur dan bangga dengan pencapaian pelajar negeri Terengganu dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dengan mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) kepada 4.90 berbanding 5.01 pada 2012 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 4.93. Beta difahamkan pencapaian ini merupakan yang terbaik bagi negeri Terengganu sejak sistem pensijilan terbuka SPM diperkenalkan. Tahniah beta ucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan kerajaan negeri dalam menyediakan pelbagai inisiatif dan program pendidikan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar. Tidak lupa juga Beta mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar di atas segala usaha dan penat lelah mereka dalam mengejar impian untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Salah satu aspek penting dalam pembentukan negeri maju ialah Kesihatan Awam. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Justeru itu, menghalang pembiakan nyamuk Aedes dapat mencegah penyakit Demam Denggi. Beta merasa dukacita, apabila bilangan pesakit Demam Denggi di Negeri Terengganu meningkat daripada 48 kes bagi tahun 2013 kepada sehingga kini 232 kes dengan satu kematian. Begitu juga Beta merasa dukacita dengan kes kematian akibat keracunan makanan baru-baru ini. Beta menyeru seluruh rakyat menjaga dan mementingkan kebersihan dalam kehidupan dan mengamalkan amalan persekitaran sihat dan gaya hidup sihat.

Beta ingin melahirkan ucapan terima kasih di atas keputusan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan pembinaan sebuah Hospital Pengajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kapasiti sebanyak 400 buah katil. Beta berharap pembinaannya dapat berjalan lancar, disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan serta dapat digunakan mengikut perancangan. Semoga pelaksanaan Hospital Pengajaran ini akan membolehkan rakyat Beta menikmati satu lagi faedah kemajuan.

Dari segi kebajikan dan kemiskinan, beberapa program telah disusun seperti mempertingkatkan sistem pengurusan bantuan bagi mempercepatkan penyaluran bantuan dan mengelak pertindihan bantuan. Terdapat juga program untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan orang kurang upaya (OKU). Bagi

11

Page 18: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

memperkasakan kesejahteraan rakyat, Beta berpuas hati dengan pelaksanaan program seperti Program Cakna Ibu Tunggal, Program Cakna Keluarga dan Warga Emas, penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas, Pusat Sehenti OKU dan lain-lain. Kehidupan rakyat adalah tonggak utama dalam kejayaan sesebuah negeri.

Beta dimaklumkan kadar jenayah di negeri Terengganu menurun sejak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu mempergiatkan Program Komuniti Kepolisan. Program yang telah dilaksanakan adalah Program Satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (1JKKK) Satu Polis (1Polis) dan Satu Masjid (1Masjid) Satu Polis (1Polis) dan juga Program Jom Kayuh Cegah Jenayah. Beta percaya program ini adalah platform terbaik untuk PDRM mendekati penduduk kampung dengan perkongsian dan penyebaran maklumat serta meningkatkan kepercayaan masyarakat.

Bagi sektor pembangunan luar bandar, Beta dimaklumkan kerajaan negeri masih meneruskan perancangan pembangunan mengikut Pusat Pertumbuhan Desa (PPD). Sebanyak RM12 juta, diperuntukkan bagi pembinaan sebanyak 40 unit rumah kedai di daerah-daerah terpilih. Program ini dapat mewujudkan kegiatan ekonomi yang lebih tersusun di kawasan desa-desa. Pelbagai kegiatan perniagaan dan kemasyarakatan diwujudkan seperti kedai runcit, kedai makan, pusat latihan peningkatan kemahiran dan lain-lain kemudahan.

Beta juga bersyukur dengan pelaksanaan pemberian rumah kepada golongan asnaf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk pembelian 100 unit rumah di seluruh negeri Terengganu dengan anggaran rumah RM40,000 setiap satu. Kawasan pertama adalah di Kemasik dan bakal diteruskan pembelian rumah di kawasan- kawasan yang sesuai. Dengan bantuan perumahan ini, Beta berharap dapat meringankan beban golongan asnaf dan sedikit sebanyak membantu mereka menjalani hidup yang lebih selesa.

Beta berharap golongan belia yang merupakan atlet negeri Terengganu dapat memberikan pencapaian terbaik dalam SUKMA tahun ini di Perlis. Bangkitlah daripada kegagalan yang lepas kerana itu adalah kejayaan yang sebenar, dan Beta berharap Terengganu dapat merebut kembali gelaran juara keseluruhan SUKMA tahun ini. Beta menyarankan setiap atlet perlu terus mencari kemenangan untuk diri sendiri, keluarga serta negeri dan bukannya mengejar ganjaran semata-mata.

12

Page 19: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

Penghayatan nilai Islam boleh menjamin kelancaran dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan negeri dan menghindarkan perbuatan rasuah dan penyelewengan. Dengan ini pembangunan fizikal dan ekonomi haruslah seiringan dengan pembangunan rohani dan spiritual rakyat serta pemimpinnya. Dalam ertikata lain, rakyat Beta diacu mengikut acuan Islam dan nilai-nilai murni sejagat serta pembangunan yang bakal ditempa nanti tidak terpisah dari dasar-dasar yang digariskan di dalam al-Quran dan Sunnah.

Khusus kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai Ahli Dewan Negeri yang telah diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat, haruslah sentiasa mengutamakan pembangunan rakyat dan negeri. Jadikanlah persidangan yang berlangsung ini sebagai satu landasan bagi mengutarakan hujah dan idea secara intelektual dan profesional. Hindarkan sifat buruk semasa berhujah dan mengutarakan pandangan. Berkhidmatlah dengan ikhlas kepada rakyat, demi kebajikan dan kesejahteraan mereka. Sebagai wakil rakyat, jagalah tutur bicara supaya tidak menghiris perasaan rakyat. Ahli-Ahli Yang Berhormat juga hendaklah sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan memastikan segala keputusan yang diambil adalah tidak bercanggah dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu dan undang-undang lain yang berkuatkuasa.

Akhirnya, Beta berharap kerajaan negeri terus memberi penekanan dalam mengenalpasti strategi, kelemahan, peluang dan halangan khususnya dari aspek urus tadbir ekonomi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Rakyat juga harus memainkan peranan memacu Terengganu ke tahap yang lebih gemilang dan tersohor sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan ke arah Negeri Maju tahun 2020 menjadi realiti. Beta berdoa kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar sentiasa dikurniakan nikmat iman dan Islam kepada seluruh rakyat dan kerajaan negeri supaya dapat hidup dalam keamanan, keharmonian dan kesejahteraan.

Semoga semua usaha murni ini mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala. Dengan lafaz yang mulia, Bismillahir Rahmanir Rahim Beta dengan sukacitanya merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri yang Ketiga Belas.

Selamat Bersidang.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 13

Page 20: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU DIIRINGI OLEH YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA DEWAN BERANGKAT KELUAR DARI DEWAN UNDANGAN NEGERI.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA MASUK SEMULA KE DEWAN UNDANGAN NEGERI.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Bagi memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk meneliti Titah Diraja untuk membuat perbahasan, maka saya tangguhkan Persidangan ini sehingga pagi esok, Isnin, 14 April 2014, jam 9.30 pagi.

Sebelum kita bersurai marilah sama-sama kita membaca dengan ikhlas Surah Al-'Asr. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.02 PAGI.

14

Page 21: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

PERSIDANGAN PADA HARI MINI, 14 APRIL 2014

Page 22: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong, AMT.,PJK.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK. WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, DPMT. WAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, DPMT.,DMSM.,KMN.,AMN. WAKIL PERMAISURI

Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, DPMT.,SMZ. WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Haji Rozi bin Mamat, SMZ.,AMT. WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Ir. Rosli bin Othman, AMN. WAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, AMT.,PJK. WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat A. Latiff bin Awang, PJC.,PJK. WAKIL PENGKALAN BERANGAN

15

Page 23: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Yang Berhormat Roslee bin Daud, PPN. WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Ghazali bin Taib WAKIL AJIL

Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, AMT.,PPN. WAKIL JERTIH

Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar WAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Dato' Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK. WAKIL LANGKAP

Yang Berhormat Mohd Mahdi bin Musa WAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, PJK. WAKIL BATU RAKIT

Yang Berhormat Mohd Iskandar bin Jaafar WAKIL JABI

Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut, PJC. WAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, SSMT. WAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi, AMT. WAKIL BATU BUROK

16

Page 24: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat WAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak WAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Azan bin Ismail WAKIL BANDAR

Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah WAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB. WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL ALOR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat WAKIL CUKAI

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim WAKIL TELUK PASU

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim WAKIL TEPOH

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun WAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin Harun WAKIL RANTAU ABANG

17

Page 25: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN Dato' Haji Mazlan bin Ngah, DSMZ.,DPMT.,ASM.,PJC.,PJK.,BLB.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI Dato' Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Dato' Haji Mat Razali bin Kassim, DPMT.,ASM.,PJC.,PJK.,BLB.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI Tuan Haji Azhar bin Jusoh, AMT.,PJK.

18

Page 26: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

PUKUL 9.30 PAGI

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula.

Sebelum kita memulakan persidangan Dewan pada pagi yang mulia ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. Amin.

SETIAUSAHA DEWAN: Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Ucapan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.

UCAPAN YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir Rabbil Alamin. Wabihi Nastain. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati dan saudara-saudari yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, alhamdulillah, wasyukurilillah. Marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan petunjuk, kekuatan serta limpah kurniaNya dapatlah kita sekali lagi di hari yang mulia ini bertemu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Bagi Mesyuarat Yang Pertama, Penggal Persidangan Yang Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas yang akan diadakan selama 3 hari bermula pada hari semalam, 13, 14 dan 15 April 2014. Sebagai menginsafi, menyedari, menghayati dan sedarkan diri akan kuasa Illahir Rabbil Yang Maha Agung Lagi Maha Tinggi. Marilah kita semua membuat Tafakur Fiddin akan kejadian yang menimpa kita sehari-hari. Dan dengan semangat kecaknaan tinggi terhadap apa yang berlaku pada masa kini seperti kehilangan MH 370 yang masih menjadi misteri, ditambah pula dalam masa setahun kita telah kehilangan seorang Yang Berhormat dan seorang bekas Yang Berhormat yang pernah berdiri dan berbakti di sini. Maka saya mengambil kesempatan di sini atas dasar kasih dan sayang kita, marilah sama-sama kita membaca Al-Fatihah sebagai doa kita agar Allah mempermudahkan penemuan

19

Page 27: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

MH 370 agar mangsa-mangsa dan keluarga mangsa-mangsa tabah dan redha dengan apa yang ditakdirkan Illahi. Juga kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Dr. A. Rahman bin Mokhtar, bekas ADUN Kuala Besut dan Arwah Dato' Haji Harun bin Taib, bekas ADUN Manir. Al-Fatihah. Amin.

Alhamdulillah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita telahpun selesai Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas, semalam, 13 April 2014 yang telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Pada hari ini 14 April 2014, sebaik sahaja selesai pembentangan Kertas-kertas Kerja dan Laporan-laporan, Tertib Pekerjaan Dewan seterusnya ialah Soalan-soalan Bertulis dan Soalan-soalan Lisan. Pihak Dewan kali ini telah menerima sebanyak 113 soalan-soalan secara keseluruhannya di mana sebanyak 48 Soalan Bertulis dan 65 soalan secara Lisan. Seperti biasa sesi bagi Soalan-soalan Lisan akan diperuntukkan masa selama 1 jam dan 3 soalan tambahan akan dibenarkan bagi setiap satu Soalan Lisan yang dikemukakan. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan soalan-soalan, bertanya dan tambahlah soalan-soalannya dengan ikhlas sifat ingin tahu.

Tertib Pekerjaan seterusnya ialah Usul Menjunjung Kasih. Setelah usul ini dibentang dan mendapat sokongan, Ahli Yang Berhormat sekalian mempunyai masa selama dua hari untuk membahaskan usul ini. Saya akan memberi peluang, InsyaAllah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berucap selama 15 minit seorang dan kepada penyokong usul akan diberi masa lebih panjang sedikit untuk berucap selama 20 minit. Saya menjangkakan kita akan dapat menyelesaikan sesi ucapan perbahasan ini pada hari ini dan InsyaAllah kita akan memulakan penggulungan pada esok hari, selepas sesi Soalan-soalan Lisan.

Saya berharap Ahli Yang Berhormat sekalian dapat memainkan peranan dan memberi sumbangan yang bermakna untuk agama, bangsa dan negara, InsyaAllah. Jadi nasihat daripada saya secara ikhlas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, pastikan Tertib Peraturan Dewan Undangan Negeri Terengganu dipatuhi dan semasa perbahasan diucapkan, diungkapkan jagalah tatasusila kita semua agar tutur kata kita menjadi molek-molek. Kita amalkan peringatan Allah dalam Surah Al-Hujarat, ayat ke-11. Marilah kita sama-sama mengelakkan diri dari segala yang menyakitkan hati rakan-rakan taulan kita dan kita pastikan sumbangan kita adalah yang terbaik untuk rakyat Terengganu Darul Iman. Saya juga memohon Ahli-ahli Yang Berhormat semua mematuhi peraturan-peraturan

20

Page 28: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

berbahas dalam Fasal 46. Saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat semua kita menjaga setia kawan sesama kita. Marilah kita sama-sama wujudkan tunjangan Arrahman Arrahim dalam Dewan yang mulia ini. Marilah kita wujudkan suasana aman dan tenteram dalam Dewan yang berpaksikan kepada ukhwah Islamiah ini. Marilah kita contohi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. apabila berbahas dan juga berdebat dengan penuh hikmat sepertimana dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawood, Makhtabah Al-Maarif, Hadis 4800.

Seperti biasa persidangan kita pada hari ini disaksikan oleh Pemerhati-pemerhati yang datang dari segenap lapisan. Saya mengambil kesempatan di sini mengalu-alukan kehadiran Pemerhati-pemerhati pada hari ini yang terdiri daripada:-

1. Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Malaysia.

2. Kolej Universiti Darul Quran Islamiah

20 orang

40 orang

3. DUN Jabi 4. Persatuan Belia Komuniti Intelektual

Hulu Terengganu 5. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama Atas Sultan Zainal Abidin 6. Pemuda Kuala Nerus 7. DUN Ajil, DUN Paka, DUN Bukit Payong,

DUN Sura dan DUN Alor Limbat.

35 orang 20 orang

10 orang

10 orang

Sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa apa yang kita lakukan dalam Dewan ini akan menjadi ikutan, turutan dan pemerhatian dan ingatan kepada semua yang hadir terutamaya para Pemerhati.

Akhir kata, Selamat Bersidang, mudah-mudahan persidangan kita pada kali ini aman, tenang dan cemerlang sehingga diberkati oleh Allah S.W.T. Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

21

Page 29: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kertas-kertas kerja dan laporan-laporan yang dibentangkan ialah:-

1. Laporan Ketua Audit Negara Berkait Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2012.

(D.U.N. Bil. 1/2014)

2. Laporan Ketua Audit Negara Berkait Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2012 (Siri 3).

(D.U.N. Bil.2/2014)

3. Penyata Kewangan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu Tahun 2012.

(D.U.N. Bil.3/2014)

22

Page 30: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

SOALAN-SOALAN YANG TELAH DIBERI NOTIS

SOALAN-SOALAN BERTULIS

[ LAMPIRAN ]

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan-jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:-

1. Y.B. Mohd Mahdi bin Musa (Wakil Kota Putera)

2. Y.B. Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut (Wakil Wakaf Mempelam)

3. Y.B. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Wakil Rhu Rendang)

4. Y.B. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Wakil Batu Burok)

5. Y.B. Haji Satiful Bahari bin Mamat (Wakil Paka)

6. Y.B. Dr. Haji Alias bin Razak (Wakil Bukit Tunggal)

7. Y.B. Mohd Nor bin Hamzah (Wakil Bukit Payong)

8. Y.B. Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar (Wakil Ladang)

9. Y.B. Haji Hanafiah bin Mat (Wakil Cukai)

23

Page 31: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

10. Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim (Wakil Telok Pasu)

11. Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim (Wakil Tepoh)

12. Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik (Wakil Sura)

13. Y.B. Haji Hilmi bin Harun (Wakil Manir)

14. Y.B. Haji Alias bin Harun (Wakil Rantau Abang)

24

Page 32: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

SOALAN-SOALAN LISAN

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan Lisan:-

1. Y.B. Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar (Wakil Air Putih)

2. Y.B. Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut (Wakil Wakaf Mempelam)

3. Y.B. Mohd Mahdi bin Musa (Wakil Kota Putera)

4. Y.B. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Wakil Rhu Rendang)

5. Y.B. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Wakil Batu Burok)

6. Y.B. Haji Satiful Bahari bin Mamat (Wakil Paka)

7. Y.B. Dr. Haji Alias bin Razak (Wakil Bukit Tunggal)

8. Y.B. Azan bin Ismail (Wakil Bandar)

9. Y.B. Mohd Nor bin Hamzah (Wakil Bukit Payong)

10. Y.B. Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar (Wakil Ladang)

25

Page 33: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

11. Y.B. Ariffin bin Deraman (Wakil Alor Limbat)

12. Y.B. Haji Hanafiah bin Mat (Wakil Cukai)

13. Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim (Wakil Telok Pasu)

14. Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim (Wakil Tepoh)

15. Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik (Wakil Sura)

16. Y.B. Haji Hilmi bin Harun (Wakil Manir)

17. Y.B. Haji Alias bin Harun (Wakil Rantau Abang)

Dipersilakan Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar (Wakil Air Putih) untuk mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, soalan saya yang kedua -

Adakah kerajaan berpuas hat i dengan penguasaan bahasa Ingger is oleh pelajar-pelajar sekolah di per ingkat rendah dan menengah di Terengganu sepanjang tahun 2013 dan apakah indikator yang digunakan untuk meni la i pencapaian mereka selain dar i keputusan peper iksaan sepert i UPSR, PMR dan SPM?

26

Page 34: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Dewan. Soalan yang kedua: Adakah kerajaan berpuas hati dengan penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar-pelajar sekolah di peringkat rendah dan menengah di Terengganu sepanjang tahun 2013 dan apakah indikator yang digunakan untuk menilai pencapaian mereka selain dari keputusan peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM?

Jika dilihat berdasarkan kepada pencapaian pelajar negeri Terengganu pada hari ini iaitu keputusan dalam peperiksaan tahun 2013, prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris telahpun menunjukkan peningkatan biarpun tidak begitu besar. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri masih lagi belum berpuas hati dengan pencapaian tersebut. Oleh itu, pihak kerajaan akan terus mempertingkatkan lagi usaha agar pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris ini lebih menggalakkan pada masa yang akan datang. Dan selain daripada itu, selain daripada indikator, keputusan peperiksaan awam diambil kira dalam mengukur keupayaan penguasaan Bahasa Inggeris. Kita juga menggunakan satu kaedah iaitu data penglibatan pencapaian murid berdasarkan kepada penglibatan dalam bidang ko-akademik yang melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris sepanjang tahun 2013. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Yang Berhormat Yang Dipertua, terima kasih atas jawapan tadi cuma soalan tambahan saya. Penguasaan Bahasa Inggeris ini dia lebih baik kalau kita perkenalkan di peringkat awal, di peringkat tadika contohnya. Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menilai balik meningkatkan serta menaik taraf silibus program Bahasa Inggeris di peringkat tadika-tadika contohnya di Tadika Yayasan? Terima kasih.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Terima kasih Air Putih. Memang kita menyedari bahawa untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris di peringkat menengah memerlukan satu kerja yang kuat kerana masa tersebut murid di sekolah menengah biasanya mempunyai asas yang tidak begitu kukuh kerana di peringkat awal pengajian iaitu pra dan sekolah rendah kita tidak meletakkan satu asas yang begitu hebat, kukuh untuk pastikan mereka cemerlang. Namun begitu kerajaan negeri telahpun mengambil peranan penting untuk mempastikan dalam pencapaian akademik mereka terutamanya menjelang tahun

27

Page 35: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

2016 nanti bahawa Bahasa Inggeris akan menjadi subjek wajib, yang ini akan kita fokus terlebih dahulu kerana kita bimbang jika sekiranya kita tidak ada satu perancangan untuk mereka maka negeri Terengganu akan berada di tahap yang paling rendah sekali dalam keputusan SPM nanti. Kerana kita semua faham bahawa rakyat negeri Terengganu yang jauh dari segi arus perbualan Bahasa Inggeris dan kita juga tidak mempunyai budaya bertutur dalam Bahasa Inggeris dan jumlah pertuturan kita sangat terhad maka sudah tentu pada 2016 nanti kalau tidak ada satu langkah yang drastik, yang bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan gabungan seluruh komuniti sama ada ibu bapa dan sebagainya kita cukup bimbang ia akan jatuh merudum di tahap yang paling ke bawah justeru disebabkan oleh Bahasa Inggeris sahaja, oleh itu kita akan ambil tindakan. Untuk membolehkan penerusan untuk jangka masa panjang 10 dan 20 tahun akan datang, InsyaAllah, kita telah merangka satu program yang melibatkan peringkat prasekolah iaitu melibatkan Tadika Yayasan dan juga Taska di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga. Kita juga telah menyediakan beberapa modul pengajian yang mana ia akan menjadi panduan kepada guru-guru Tadika Yayasan iaitu kita berada di seluruh daerah yang mana penglibatan atau kaedah pembelajarannya kita mula semudah-mudahnya kerana kalau ia diperpayahkan ia akan menyebabkan rasa takut kepada subjek tersebut. Jadi beberapa pakar telah kita panggil yang melibatkan pakar-pakar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris membantu Yayasan Terengganu dan kita mengadakan beberapa makmal dan juga perbincangan dan hari ini kita telahpun menyediakan satu modul atau garis panduan pembelajaran peringkat tadika di Tadika Yayasan dan di peringkat Taska juga, kita juga menyediakan satu modul, InsyaAllah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Soalan tambahan.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Soalan tambahan

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kita bagi kepada pihak kerajaan dulu deh. Lepas ni kita bagi. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. Mengenai pendidikan rendah dan juga menengah, saya akan bertanya mengenai pendidikan tinggi. Adakah kerajaan

28

Page 36: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

bercadang untuk membantu memperkasa serta meningkatkan pendidikan tinggi di kolej-kolej serta universiti di Terengganu? Terima kasih.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Terima kasih Batu Rakit. Kerajaan Negeri Terengganu adalah kerajaan yang prihatin. Kita bukan sahaja melihat pendidikan di peringkat pra, kita juga bukan melihat pendidikan di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah juga kita lihat di peringkat pengajian tinggi khususnya anak-anak Terengganu sebab daripada penjelajahan yang saya buat di universiti-universiti sama ada di universiti dalam negeri Terengganu juga di luar negeri Terengganu, kita melihat anak Terengganu memang mempunyai keupayaan pemikiran yang sangat pintar dan sesetengahnya boleh mencapai keputusan yang baik dalam subjek-subjek lain. Contohnya, di Universiti Utara Malaysia, saya berjumpa dengan seorang Profesor, dia menyatakan keseluruhan anak Terengganu dalam mata pelajaran lain cukup hebat cuma ia mempunyai masalah dalam pertuturan Bahasa Inggeris, ini diakui dan kita mengakui bukan tidak. Oleh sebab itu, kita ada perancangan nanti, menjelang tahun ini dan seterusnya kita akan membuat satu program iaitu Tranglish di mana kita akan memberi nilai tambah kepada mahasiswa kita untuk mengikuti kelas Bahasa Inggeris yang mana kita akan menanam semangat supaya mereka ada keyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris biarpun tidak sama dengan petutur jati tapi setidak-tidaknya mereka boleh bercakap, broken pun tak apa dari kaca mata orang nampak Terengganu ini komang sangat. Memang agak susah sebab mereka dah penghujung pengajian tetapi kita tidak akan mengalah, kita akan berusaha mempastikan graduan-graduan kita nanti mempunyai peluang untuk menghadiri kelas-kelas Bahasa Inggeris yang akan kita laksanakan, InsyaAllah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Y.B. Alor Limbat.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Yang Berhormat Yang Dipertua, oleh kerana Yang Berhormat Exco sebut tadi mungkin pelajar kita bercakap broken ke, apa. Ada ke tidak usaha kerajaan untuk ambil guru-guru daripada luar untuk memantapkan lagi bahasa dia orang ni. Kalau ada, boleh beri ikut negara?

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Terima kasih Alor Limbat, bagus benar. Dan saya rasa Alor Limbat di antara orang yang prihatin dan sangat

29

Page 37: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

positif dalam pemikiran terutama yang melibatkan pendidikan. Terima kasih banyak-banyak. Dan kita sebenarnya mengadunkan bukan sahaja kita ambil anak-anak Terengganu yang fasih berbahasa Inggeris iaitu kelulusan TESL yang masih belum lagi mendapat pekerjaan, kita juga akan mengambil mereka dan pada masa yang sama kita akan mengambil guru-guru yang telah pencen tetapi mereka ini hebat, mengalah guru pakar, guru-guru yang mempunyai skill yang tinggi dan masih lagi sihat dan ada komitmen juga kita ambil dan guru-guru ataupun tenaga pengajar dari luar yang merupakan penutur jati pun kita ambil tapi tak boleh banyaklah sebab dia nak mahal tapi kalau murah-murah tak apa. Dan kita sedang mengenal pasti melalui beberapa orang profesor yang mempunyai kaitan dengan pengajian Bahasa Inggeris sama ada di dalam negeri kita, kita juga ada kolabarasi dengan Universiti Perguruan Sultan Idris di mana salah seorang Profesor Madya yang pakar Bahasa Inggeris itu adalah anak Terengganu, orang Hiliran saja yang secara sukarela sanggup memberi perkhidmatan bagi melihat bangsa ataupun anak Terengganu biar mahir dan dia pun tumpang malu jugak kalau anak Terengganu tidak fasih berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, sebenarnya ramai sangat tenaga pengajar, orang perseorangan, NGO yang nak beri kerjasama kerana mereka menyedari bahawa kalau kita kekurangan satu bahasa, kita nampak lekkeh sangat. Kalau kita nak berhadapan orang lain, bangsa lain dalam discussion (perbincangan) kita nampak kita ni macam second class, tak nampak kewibawaan. Dan ini adalah kerugian bukan sahaja kepada kami, barisan kerajaan malah kepada pihak Pembangkang juga apabila berhadapan dengan parti-parti yang lain yang banyak bercakap dalam Bahasa Inggeris sehingga memperlekehkan kita seolah-olah kita ni tak tahu apa dalam Bahasa Inggeris, tafsiran kita salah dan sebagainya. Jadi inilah untuk kepentingan bersama bukan sahaja kepada barisan kerajaan malah seluruh rakyat negeri Terengganu suatu hari akan mendapat impak dan nikmatnya dari segi program yang kita lancarkan. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Ajil.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Boleh se lagi?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kita dah buat ruling, 3 soalan. Terima kasih Y.B. Tepoh, kita akan bagi nanti untuk soalan lain deh. Terima kasih kepada yang bertanya soalan-soalan tambahan tadi. Seterusnya dijemput Yang Berhormat Wakaf Mempelam.

30

Page 38: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT (Wakil Wakaf Mempelam): Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh hadirin dan hadirat sekalian. Saya kemukakan soalan yang pertama -

Si la nyatakan jumlah keluasan dan bi langan pemil ik yang ter l ibat dengan pengambi lan tanah untuk Rancangan "KT City Centre Draf t Special Area Plan 2030"?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Yang Amat Berhormat.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan Pemerhati yang dihormati sekalian. Kawasan yang terlibat atau jumlah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah di kawasan Tanjung yang dikatakan KT City Centre Draft Special Area Plan 2030 iaitu keluasannya 92,793.874 meter persegi atau 9.2793 hektar dan melibatkan seramai 800 orang pemilik. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar. Soalan tambahan? Sila Y.B. Wakaf Mempelam.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT (Wakil Wakaf Mempelam): Ya, terima kasih. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua dan Yang Amat Berhormat. Selain daripada kawasan Tanjung yang melibatkan 9.2793 hektar itu, ia juga melibatkan kawasan-kawasan lain termasuk jugak saya mendapat maklumat di sekitar kawasan Wakaf Mempelam, Merbau Patah, di kawasan kampung Yang Berhormat Yang Dipertua pun terlibat. Jadi kalau nak dikirakan selain dari yang di Tanjung itu, seluruh kawasan-kawasan yang terlibat di kawasan-kawasan lain semacam untuk pembinaan bandar baru di kawasan Bukit Besar sebagai contoh. Jadi kampung-kampung yang terlibat dan sesetengah tu telahpun berpindah berapa keseluruhan keluasan kawasan yang terlibat? Terima kasih.

31

Page 39: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, saya memerlukan notis kerana soalan asal Wakil Wakaf Mempelam melibatkan KT City Centre. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar. Soalan tambahan kedua? Sila Y.B. Bandar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih. Tuan Yang Dipertua, saya nak tahu berkenaan dengan program selama lebih 15 tahun ini. Oleh kerana dari segi keluasan ini, saya diberitahu akan ada unjuran lain selain daripada ini termasuk yang ditanya soalan tambahan oleh Wakil Wakaf Mempelam tadi yang akan ada satu laporan lain berkenaan dengan keluasan secara khusus. Tapi buat sementara ini boleh tak pihak kerajaan beritahu apakah nilai GDV untuk program KTCCD yang sedia dia ada Gross Development Value sebab biasanya ukuran untuk pembangunan ini tidak lagi dikira dalam bentuk ukuran nilai tanah semata-mata tetapi dunia sekarang melihat kepada nilai Development Value. Jadi saya nak tahu apakah setakat ini jumlah GDV kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar pernah beritahu dulu akan ada satu laporan khusus berkenaan dengan KTCCD. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Bandar. Sila Yang Amat Berhormat.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, buat ketika ini kita tidak dapat memberikan nilai GDV yang sepenuhnya kerana sebagaimana saya sebutkan dulu bahawa perancangan awal pembangunan ini ialah pertama, melibatkan penyusunan semula orang Melayu dalam bandar. Yang kedua, kerana kita tidak mahu, maaf, dengan izin Yang Dipertua, tanah-tanah milik Melayu dalam bandar ini terlepas ke tangan orang lain kerana kita tahu bahawa tanah di sekitar Tanjung ini merupakan tanah Pegangan Bebas dan mengikut rekod yang ada pada kita sehingga kini seluas 10.4141 ekar bermula daripada Bulatan Ladang sehingga ke Flat Kolam dan berpatah balik 10.141 ekar tanah Melayu telah berpindah tangan dan melibatkan kira-kira 50 lot. Jadi untuk menjaga kepentingan Melayu dalam bandar, harta Melayu dalam bandar, kerajaan melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri mengambil balik tanah ini untuk perancangan dan penyusunan semula bagi mempastikan bahawa Melayu tidak terpinggir sebab itu kerajaan negeri buat permulaan ini kita buat rumah kediaman

32

Page 40: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

dahulu di kawasan ini untuk pastikan Melayu dalam bandar terus kekal dalam bandar dan kemudian kita mulakan dengan projek perkedaian bagi mempasti memberi ruang sekurang-kurangnya 80% orang Melayu dalam bandar boleh berniaga di bandar melibatkan kawasan Tanjung dan Ladang Tok Pelam.

(Tepukan sokongan) Kalau nak dikira dari segi kosnya Yang Dipertua, ianya tidak berbaloi kerana untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, pengambilan balik tanah ini, pertama di Tanjung dan juga kedua, di Ladang Tok Pelam melibatkan perbelanjaan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu sebanyak RM341,035,661.18. Ini tidak termasuk beberapa lot lagi yang dulunya tenggelam dengan air tapi berlaku kesilapan di Pejabat Tanah yang gagalkan membatalkan gazetnya dan terpaksa kita bayar balik setelah kerja-kerja penimbusan (dredge) dilakukan. Sebab itu saya katakan tadi Yang Dipertua, demi atas nama orang Melayu Islam di bumi Terengganu, Kerajaan Terengganu terpaksa melakukan ini dan sebab itu saya katakan tadi bahawa kalau kita nak berniaga, kita buat bangunan tinggi atau bangunan cantik dengan shopping complex dan sebagainya dan kita jual kepada orang lain akhirnya kita wal asal balik hasil, Yang Dipertua. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Seri. Sila, Wakaf Mempelam.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT (Wakil Wakaf Mempelam): Terima kasih Yang Dipertua. Saya bersetuju dengan kenyataan Yang Amat Berhormat mengatakan maknanya kalau boleh Melayu kekal menjadi pemilik hak milik tanah. Jadi adakah kerajaan berhasrat kalau sekiranya perlu diambil pengambilan balik tanah-tanah orang-orang Melayu khususnya di kawasan bandar ke, di pinggir bandar ke, selain dibayar pampasan tetapi dicari tempat gantian atau tanah gantian walaupun jauh sikit daripada bandar tapi mereka masih diberi ganti tanah yang diambil itu ada tanah ganti walaupun nilainya kurang tapi sekurang-kurangnya mereka tidak terasa yang mereka secara tak langsung dianianya oleh pihak kerajaan atas nama pembangunan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Yang Amat Berhormat.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Dipertua, sekali lagi saya mintak tolonglah soal penganianyaan ini tidak timbul. Inilah selalu yang disebutkan oleh Wakaf Mempelam, sikit-sikit penganianyaan. Kita ambil balik

33

Page 41: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

dengan kos yang terlalu tinggi dan kita beri peluang kepada mereka ini duduk di tempat yang hampir sama dengan mereka dengan subisidi sekali lagi. Adalah tidak adil bagi pihak kerajaan ambil balik tanah mahal-mahal, lepas itu bagi tanah lain pulak dengan harga murah. Mereka dengan wang yang ada, mereka boleh beli tanah di luar, tak ada masalah tapi dia juga diberi kesempatan untuk memiliki rumah di kawasan bandar dengan subsidi. Contohnya, Ladang Tok Pelam. Rumah yang kita bina harganya RM 150,000 seunit, kita hanya jual dengan harga RM75,000. Mana ada kerajaan negeri di Malaysia ini saya nak tanya yang sanggup beri subsidi begitu besar? Itu yang pertama. Yang kedua, dengan keadaan rumah yang begitu selesa, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Yang ketiganya, kita beri peluang bila buat pembangunan nanti rumah-rumah kedai ini dijual kepada mereka yang diberi keutamaan dan mereka yang terlibat dengan kawasan berkenaan. Ini yang kita berikan. Dan yang keempatnya, rumah yang kita ambil balik itu sebahagiannya kalau melibatkan rumah kayu kalau ikut peraturan itu menjadi hak kerajaan kerana kerajaan telah membayar pampasan ke atas rumah itu tetapi kita biarkan tuan rumah asal ambil sama ada mereka nak pindahkan ataupun nak jual. Rumah yang saya duduk di Tanjung, kerajaan bayar lebih daripada RM70,000, rumah (kayu) cengal, kita tak ambil. Di mana letaknya penganianyaan yang disebut itu? Saya mintaklah, cukuplah kita mainkan dengan ayat-ayat yang kadangkala kita ni sebagai seorang Islam faham tujuan maksud dan sebagainya kerana kita dengan hasrat untuk melihat Melayu Islam di Kuala Terengganu ini kalau ikut keadaan biasa boleh, tak ada masalah, kita ambil balik tanah terpulanglah, kita dah bayar ikut pandailah nak cari kat mana pun. Tapi kerajaan prihatin buat lagi rumah dengan selesa. Di sebelah Masjid Al-Muktafi Billah, Ladang Tok Pelam, kita buat rumah itu harganya RM197,400 tak termasuk tanah, 841 kaki persegi kita jual cuma RM97,000 maknanya RM100,000 subsidi untuk orang yang terlibat dengan pengambilan tanah termasuk satu tempat letak kereta percuma. Apakah ini suatu penganianyaan Yang Dipertua? Kalau tidak tanah ini akan terus terlepas kepada orang lain, tradisi orang Melayu, mak-ayah meninggal, mereka bergaduh sesama sendiri mereka jual. Dan kita beli, kita ambil balik tanah mahal daripada apa yang ditawarkan oleh orang-orang berkenaan, kita ada bukti, kita ada rekod. Terima kasih Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Amat Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang Dipertua

34

Page 42: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kita ikut peraturan. Terima kasih Y.B. Paka deh, sabar. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat ADUN Kota Putera.

YANG BERHORMAT MOHD MAHDI BIN MUSA (Wakil Kota Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan juga ketua-ketua jabatan. Soalan saya yang pertama -

Apakah bentuk bantuan kerajaan neger i salurkan kepada pendidikan neger i secara khusus dalam peningkatan peper iksaan SPM negeri Terengganu?

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, soalan satu: Apakah bentuk bantuan kerajaan negeri salurkan kepada pendidikan negeri secara khusus dalam peningkatan peperiksaan SPM negeri Terengganu?

Pertama, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri kerana kita mencapai keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dan sememangnya kerajaan negeri telahpun menyalurkan bantuan kewangan di bawah Program Pendidikan Anjung Ilmu atau singkatannya PPAI kepada Pendidikan Negeri Terengganu dalam meningkatkan peperiksaan SPM untuk negeri Terengganu. Dan program khusus yang kita lancarkan ialah melalui Program Bimbingan Sekolah, Program Tutorial Peringkat Sekolah/Peringkat Daerah dan juga kita adakan Program Akademik Peringkat Negeri. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih.

YANG BERHORMAT MOHD MAHDI BIN MUSA (Wakil Kota Putera): Soalan tambahan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Silakan.

YANG BERHORMAT MOHD MAHDI BIN MUSA (Wakil Kota Putera): Apabila kita diberi maklum yang SPM merupakan peperiksaan terpenting, boleh tak Dewan tahu

35

Page 43: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

berapakah jumlah bajet yang dikhususkan untuk peperiksaan SPM tersebut? Terima kasih.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Terima kasih. Menyedari SPM cukup penting untuk menentukan masa depan anak-anak kita kerana biasanya selepas keputusan SPM maka pelajar-pelajar ini akan berada sama ada di Kolej Matrikulasi atau terus membuat diploma ataupun persediaan ke luar negara melalui berbagai-bagai tawaran kursus sama ada melalui kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat. Oleh itu, untuk mempastikan anak Terengganu tidak ketinggalan dalam mendapat peluang-peluang sedemikian, maka kerajaan negeri dengan penuh rasa tanggungjawab telah menyediakan peruntukan untuk SPM sahaja sebanyak RM5,879,864.25 melalui berbagai-bagai aktiviti dan perbelanjaan ini digunakan untuk memastikan setiap kursus-kursus, tutorial dan juga pengajian akademik iaitu kaedah pembelajaran dan kaedah menjawab soalan dilaksanakan dengan betul dan tepat dan ini telah dilaksanakan pada tahun ini dan juga tahun lepas. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang Dipertua

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kita bagi (kepada wakil kerajaan dulu) .... tak apa lepas ini kita bagi. Sila.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan sidang DUN yang saya hormati dan dikasihi sekalian. Soalan tambahan: Dalam usaha kita untuk mempertingkatkan tahap akademik anak-anak kita, pelajar-pelajar negeri Terengganu, adakah pihak kerajaan mempunyai apa sahaja program ataupun sebarang kolaborasi ataupun usahasama sama ada di peringkat prasekolah, sekolah rendah ke, sekolah menengah ke dengan IPTA-IPTA, IPTS ke ataupun kolej-kolej dalam usaha mempertingkatkan akademik anak-anak kita di negeri Terengganu? Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Terima kasih Wakil Kuala Besut. Saya jawab satu sahaja berkaitan dengan soalan tadi iaitu peningkatan SPM. Memang kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan

36

Page 44: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

juga Yayasan Terengganu, kita mengadakan perancangan dengan bajet yang disediakan kita telah membelanjakan, pertama, kita memastikan program kita iaitu melalui bimbingan selama 20 jam yang melibatkan semua pelajar SPM yang perbelanjaan melibatkan RM 1,557,000 dengan mengambil kira beberapa tenaga pengajar bukan sahaja di kalangan guru-guru kita malah kita jemput juga pakar-pakar pengajar daripada universiti iaitu daripada UniSZA dan juga UMT. Malah kita mengundang beberapa tokoh motivasi dan juga beberapa pakar dalam bidang atau mata pelajaran tertentu untuk tampil dan datang ke negeri Terengganu memberi cara dan panduan menjawab soalan. Dan sesetengahnya memberi kaedah, cara yang betul bagaimana untuk mempelajari mata-mata pelajaran yang kritikal, yang sukar seperti matematik tambahan, bahasa Inggeris dan sebagainya. Selain daripada itu kita juga mewujudkan tutorial, tutorial ini peruntukan sebanyak 16 jam iaitu melibatkan 20% pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Kita menggunakan kaedah di mana kita kumpulkan mereka di satu tempat, kita sediakan asrama, kita beri makan, kita beri minum, kita membayar semua tenaga pengajar yang duduk di situ. Kita berbelanja lebih kurang RM264,494. Tak cukup dengan itu, kita tambah lagi melalui kursus akademik selama 22 jam yang melibatkan seramai 1,500 calon berpotensi cemerlang yang bakal mendapat keputusan straight A di negeri Terengganu dan kita belanja RM346,000, biarpun jumlah dia kecil kita nakkan kualiti maka perbelanjaan kita agak besar kerana kita panggil semua guru-guru pakar dan semua mereka ini disediakan berbagai-bagai kemudahan supaya mereka dalam peperiksaan nanti yang berpotensi yang telah dikenalpasti ini akan menjadi satu golongan yang akan menaikkan jumlah straight A yang akan kita perolehi. Alhamdulillah, kita berjaya.

Dan yang keempat, kita gunakan kaedah Akademik Subjek Kritikal kerana kita tahu matematik pada kita khususnya di Pantai Timur dan negeri Terengganu mempunyai masalah dari segi penguasaan matematik. Kita bantu pelajar kita, kita panggil guru-guru pakar matematik mengajar mereka dengan peruntukan yang agak besar dan kita juga mengajar mereka dengan subjek matematik tambahan, bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab. Kita tidak tinggal dan kita mengutamakan bahasa-bahasa Melayu dan Sejarah, tujuan kita kerana subjek ini akan melonjakkan keputusan yang lebih cemerlang kepada mereka kerana kita berbelanja lebih kurang RM560,050. Inilah kesungguhan kita. Dan kita menyediakan keseluruhan kemudahan dari segi mencetak soalan, juga bahan-bahan bagi membantu mereka yang cemerlang dan kita juga membiayai keseluruhan terutama peperiksaan di peringkat percubaan, TOV dan sebagainya

37

Page 45: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

sehinggalah kepada percubaan yang terakhir sebelum masuk peperiksaan. Dan ini juga kita belanja melibatkan bahan-bahan cetak, bahan-bahan soalan dan sebagainya melibatkan hampir RM3,152,000. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang Dipertua, satu aje.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila, sila.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Terima kasih kepada Yang Berhormat. Daripada panjang hak bersyarah tu dengan peruntukan RM5 juta. Pelajar kita tahun ini 22,480 orang yang ambil SPM dan straight A kita ada 464.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. itu yang tahun lepas ke, tahun ini tu?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Tahun inilah Yang Berhormat. Dengan peruntukan yang ditambah

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Berhormat, yang ambil SPM tahun ini ke, tahun mana tu?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Tahun inilah Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang ambil tahun ini.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi SPM yang tahun lepas kita ada 513. Jadi sebab apa jadi kohor kurang?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Maksud saya nak dapat penjelasan. Kita perbetul data deh sebelum bertanya. Keputusan SPM tahun 2013 dia keluar pada tahun ini, maknanya pelajar tahun lepaslah.

38

Page 46: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ya, faham dah tu. Keputusan hak keluar tahun inilah. Kita bercakap keputusan hak tahun ini, Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Okey, dipersilakan Paka.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi 464 yang straight A daripada tahun ini hak yang ambil periksa pada tahun lepaslah. Jadi yang saya tanya peruntukan RM5 juta dengan program yang banyak. Dulu 513, tahun ini 464, nak tanya sebab apa?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Y.B. Ajil.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Terima kasih Wakil Paka. Wakil Paka ni bagus sebenarnya, antara wakil yang paling bagus sekali dan sensitif dengan pelajaran. Terima kasihlah. Maknanya baca data tu, dikira bagus dah. Memang berlaku kemerosotan dari segi straight A tetapi kita mempunyai peningkatan dari segi peratus pencapaian gred purata kita, yang ini kita tidak boleh nafikan. Kemudian dalam peperiksaan terutama dalam subjek-subjek tertentu sebab itu kita ada program khusus untuk mata pelajaran terutama yang melibatkan bahasa Inggeris, kegagalan kita mendapat straight A adalah disebabkan bahasa Inggeris di mana-mana sekolah sekalipun sama ada di Imtiaz dan juga di sekolah harian atau sekolah berasrama penuh kita menghadapi masalahnya ialah pencapaian dari segi bahasa Inggeris. Maknanya straight A kita di sinilah kita menghadapi masalah. Sebab itu kita sedar pada tahun ini kita akan fokus kepada bahasa Inggeris kerana sama ada UPSR, PMR, SPM dan STPM. Nasib baik STPM tidak ada subjek khusus

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Boleh mintak laluan Yang Berhormat?

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Silakan.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Sebab disebut tadi kerajaan fokus kepada bahasa Inggeris. Maklumat yang diberi bahawa bahasa Inggeris dan matematik, kekgi matematik pulak yang menyebabkan gagal straight A pulak?

39

Page 47: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Terima kasih Paka. Oleh kerana bahasa Inggeris ini adalah satu subjek yang menjadi subjek wajib pada masa hadapan dan kita menyedari inilah maka kita buat perancangan pada hari ini. Kita tidak membiarkan rakyat kita ataupun pelajar-pelajar kita nanti berada pada tahap yang ke bawah sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Justeru menyedari ini, kita beri fokus kepada bahasa Inggeris terutama kita di Pantai Timur, di Terengganu kita nak banding dengan Kelantan walaupun orang Kelantan di Pantai Timur tapi masyarakat dia mobile jadi dia mempunyai advantage dalam bahasa Inggeris berbanding dengan kita. Jadi sebab itulah menyedari kekurangan itu tadilah maka kita buat perancangan pada tahun ini dan InsyaAllah kita rasa pada tahun hadapan dengan perancangan strategik yang kita buat akan berlaku peningkatan dalam keputusan SPM kerana lonjakan daripada keputusan bahasa Inggeris. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Ajil dan juga Y.B. Wakaf Mempelam, Paka dan lain-lain yang telah mengemukakan soalan. Seterusnya, saya mempersilakan Y.B. Batu Burok.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Soalan saya soalan nombor dua -

Apakah status terakhir Projek Bebas Cukai d i Kenyir Terengganu dan bi lakah ia di jangka siap untuk beroperasi ?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Yang Amat Berhormat Dato' Seri.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, status terakhir pembangunan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir ialah kemajuannya 55.1% berbanding 87.7%. Pembangunan ini dijangka akan siap menjelang akhir tahun ini dan akan beroperasi pertengahan tahun hadapan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih. Sila Y.B. Batu Burok soalan tambahan yang pertama.

40

Page 48: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Terima kasih Yang Amat Berhormat. Pembangunan Tasik Kenyir ini ialah merupakan suatu pembangunan yang penting dan begitu besar bagi kita di negeri Terengganu dan ianya melibatkan perbelanjaan yang cukup-cukup besar. Saya difahamkan mencecah hampir setengah bilion, RM500 juta termasuk pembinaan Kawasan Bebas Cukai di Kenyir. Apa yang saya ingin mendapat penjelasan di Dewan yang mulia ini ialah bila saya membuat tinjauan pada awal tahun ini di Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir ini berlaku di mana kita dapat melihat berlakunya banjir dan projek-projek yang dilaksanakan di kawasan ini kita dapat lihat dengan jelas pilingnya tenggelam dan sebagainya. Dan ini memberikan suatu kesan yang besar kepada ekologi di Tasik Kenyir ini sendiri termasuk sambungan kawasan-kawasan yang melibatkan kemasukan tarif elektrik di mana kita dapat melihat hakisan dan sebagainya yang begitu jelas yang berlaku di kawasan Tasik Kenyir ini sendiri. Jadi ini Yang Amat Berhormat saya melahirkan kebimbangan kepada projek Tasik Kenyir ini kerana berlaku kelewatan dan saya ingin mendapat penjelasan apakah benar bahawa kebanyakan kontraktor-kontraktor yang dianugerahkan projek ini telahpun bersedia untuk menyerahkan balik kepada kerajaan negeri dan ada sebuah syarikat yang lain yang akan mengambil alih perlaksanaan dan juga penyiapan khususnya tentang Kawasan Bebas Cukai di Tasik Kenyir ini sendiri?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, sebagaimana yang disebut tadi bahawa ada piling yang tenggelam dan sebagainya, itulah pembangunan di Tasik Kenyir bila air besar dia akan tenggelamlah. Dan perkara itu adalah semasa projek belum siap, dalam proses piling. Dia pergi sekali ambil gambar tunjuk di merata-rata. Kita tiap-tiap bulan pergi tengok. Ini senario yang berlaku. Dia buat keluar dalam surat khabar kata macam-macam, kata jeti kita buat tenggelamlah sedangkan dia tak faham. Sebenarnya jeti yang kita buat itu untuk musim kemarau dan pada musim-musim air besar dia ada jeti lain untuk digunakan. Ini duk complain kata jeti tenggelam, buat jeti guana. Memang dia buat untuk tenggelam pada musim-musim tertentu.

41

Page 49: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Yang keduanya, Tuan Yang Dipertua, sudah tentu ada sedikit sebanyak hakisan bila melibatkan pembangunan itulah pro and con yang berlaku tapi ianya masih dalam keadaan yang terkawal. Dan bila kita tengok semasa pembangunan di Pulau Bayas terutamanya kita ada ikut spesifikasi yang ditetapkan oleh J PS, oleh Alam Sekitar dan sebagainya. Ini yang kita lakukan. Dan apa yang menjadi masalah sekarang

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Sabar dulu nak jawab ni.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Manir duduk dulu.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Sabarlah, tak apa, nanti dulu, saya nak jawab dulu. Masuk ikut dang, kang reboh saja-saja.

Sebab itu kita kata, maknanya kita buat ini ikut peraturan dan kita melantik kontraktor tempatan, Lembaga Tender yang buat keputusan dan sebagainya. Masa buat keputusan memang hebat belaka dah kontraktor yang masuk tu, dari segi harganya, kita ada terikat dari segi harga, dari segi peraturan dan sebagainya yang diberi. Tapi biasalah kontraktor ni, sebelum boleh projek gagah belaka dang boleh projek barulah nampak dokrok. Macam orang berkasihlah, masa berkasih molek belaka, dang jadi laki-bini baru berperang sokmo. Ini yang berlaku. Sebab itu akhirnya sebagaimana perkara yang disebut oleh Yang Berhormat tadi kontrak ini sanggup untuk serah balik dan ada kontraktor penyelamat. Dan alhamdulillah, kontraktor penyelamat ini telah berjanji kepada kita untuk siapkan projek ini sebagaimana dijadualkan dan juga tanpa tambahan kos. Ini yang berlaku. Kerajaan bernasih baiklah kalau tidak kita akan kena tender balik, lagi memakan masa dan sebagainya. Terima kasih Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Seri. Soalan tambahan. Kita bagi peluang kepada Manir.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Saya tertarik dengan penerangan daripada Dato' Seri Menteri Besar tentang ada jeti yang tenggelam. So, memang jeti itu memang telah diklasifikasikan untuk jeti tenggelam dan jenis jeti untuk musim kemarau. Bolehkah Dato' Seri ceritakan kepada Dewan yang

42

Page 50: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

mulia ini apakah ada lagi projek ataupun bangunan-bangunan yang dikategorikan untuk musim kemarau sahaja? Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, ini susah ni kalau teori lebih ni. Dia tak tahu nature, minta maaf Tuan Yang Dipertua, kedudukan semula jadi di Tasik Kenyir. Kenyir ni dia berbeza dengan laut, dia tasik buatan manusia, ada dam. Kalau laut biasanya jeti perbezaan 2 meter tapi Tasik Kenyir antara air surut, low tide dengan high tide dengan izin Tuan Yang Dipertua, 13 meter. Rekod yang telah kita catitkan di Kenyir, air paling tohor ialah 133 meter dan dam yang kita buat 146 meter, bila air melebihi 140 meter automatik air itu akan melimpah keluar. So, maknanya difference antara air surut paling rendah dengan air pasang paling tinggi 13 meter. Sebab itu, kita, arkitek, engineer rancang the main jetty itu 13 meter, bayangkan kalau air surut 13 meter, 40 kaki lebih nak naik tangga dengan membawa barangan berat pulak, beg dan sebagainya dan orang sakit lutut, orang tua, berat (payah). Sebab itu kita rasional, kita buat kajian, semasa air surut dia boleh gunakan jeti yang di keliling pulau kecil yang di hadapan jeti utama. Yang kedua, semua bot boleh parking, diletakkan di jeti di keliling pulau itu semasa air surut dan bila air pasang besar 145 - 146 meter baru boleh gunakan main jetty. Itu yang dibuat oleh arkitek, oleh engineer, oleh perancang, kajian dibuat. Jadi masalah kita macam nak menganjing, dengan tenggelam air apa semua, pada hal dia dok tahu kaia kedudukannya (Tepuk sokongan) Tunggu dan lihatlah, InsyaAllah, kita nak buat pembangunan demi masa depan rakyat Terengganu.

Kelmarin kita bawa blogger, t.v. dari seluruh negara, seluruh dunia daripada 22 buah negara datang ke Kenyir. Salah seorang blogger tu yang datang bersama untuk Program Candat Sotong ni dia mempunyai 40 juta pengikut. Tujuan kita ialah nak bantu Terengganu supaya pelancongan lebih hebat, orang datang, orang kampung boleh cari makan bukan kita yang cari makan, kita tak dapat, kerajaan keluar dan habis pitih aje tapi rakyat yang dapat kemudahan ini. Tanyalah pengusaha-pengusaha boat house di Kenyir sekarang ini, mereka tak cukup bot. Inilah yang kita nak buat. Jadi sepatutnya berilah semangat ke kita-kita sikit ni .. ..(tepukan sokongan) ni nok main njar sokmo.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang Dipertua, kita bukan nok njar ....(sambil gelak) .... Kita sokong jer pembangunan di Hulu Terengganu ni tapi kita nak tahu kalau kata serius sungguh benda yang

43

Page 51: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

dikaji, so, kalau boleh disenaraikan, iistkan benda-benda yang memang .... Kalau kita pergi pulak tenggelam air pulak, kita dok tahu. Kalau boleh Dewan tahu comel jugak.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Tak apa kita bawalah belaka kita pergi sekali, tengok.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Dia dok royat dekpon, masuk curi-curi.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Cara tanyapun dah dok betul dah, cara menganjing dah orang kata. Duk tanya hak mana lagi duk tenggelam. Ni macam hak kata tadilah, piling tenggelam. Betullah piling tenggelam sebab benda dok siap lagi. Kalau nak kira hak buat Jambatan Pulau Pinang, tenggelam dalam air belaka, duduk dalam air piling tu. Dia ada cara dia. Eh, payah kata (Dewan gelak) ....

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Tuan Yang Dipertua, boleh tambah sikit.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Boleh, boleh, tambahlah, dok lari.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Dok, tadi kata kontraktor

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Ini soalan ke apa? Soalan, ya.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Soalan tambahan sikit.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): ....[Bangun] ....

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kita bagi kepada Y.B inilah sebab dia bangun awal tadi.

44

Page 52: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Tak apalah, saya beri kepada Dr. Syed.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Okey, tak apa.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Siapa yang nak tanya ni?

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Terima kasih Tuan Yang Dipertua

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Tuan Yang Dipertua, siapa hak nak tanya, bangun dulu tadi tu? Makna bangun, duduk balik, boleh ke begitu?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Tak apa, saya bagi peluang.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa. Y.B. Batu Burok, sila teruskan.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Ya. Di atas jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi tentang apa yang berlaku di kawasan Tasik Kenyir itu, kita ingin melahirkan rasa kekesalan di atas kegagalan kontraktor-kontraktor Melayu Terengganu ini yang gagal buat projek sebagaimana Yang Amat Berhormat sebut, kalau benar ini berlaku, ini suatu yang cukup-cukup serius di mana kontraktor Terengganu tidak mampu, tak berwibawa dan tak boleh kita bagi projek. Dan saya difahamkan kontrak ini diserahkan dan akan diberikan kepada Syarikat Liziz yang beribu-pejabat di Ipoh, Perak, Director dia Liew Ah Kau. Kalau benar Liew Ah Kau ni yang paling berwibawa maknanya orang Terengganu ini tidak boleh berniagalah di Terengganu. Jadi saya mohon penjelasan apakah benar ianya diserahkan kepada Syarikat Kumpulan Liziz Sdn. Bhd.? Pohon penjelasan.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Tuan Yang Dipertua, saya nak maklumkan seolah-olah Wakil Batu Burok nak membimbing saya, jadi nak pasang perangkap kepada saya, bila saya kata betul maka saya boleh sakitlah. Dia pergi bersyarah pulak kepada kontraktor-kontraktor, dia kata Menteri Besar kata

45

Page 53: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

kontraktor Terengganu dokpakar belaka. Jadi kerja dia begitu sokmo dah, memang kerja dia sebab tu baham disaman (Dewan menjadi riuh sekejap) ....

Tuan Yang Dipertua, soal pemilihan kontraktor penyelamat ini bukan soal kita. Kita hanya sebagai pemudah cara, kontraktor itu sendiri berjumpa dengan mereka (Syarikat Liziz) ini dan bersetuju dengan bayaran-bayaran apa semua dan kita pun terimalah. Sebab kontraktor ini sanggup dengan bayaran pampasan yang dipersetujui. Kalau kontraktor lain takmboh bayar langsung. Dia orang kata: "Projek you dah terbangkalai dan kena terminate, bakpe saya nak bayar pulak?" Dan sebagainya lagilah. Ini sekurang-kurangnya dia juga dapat sedikit sebanyak. Okey dia buat. Dan kita lihat perkembangan sekarang ini cukup lengkap maknanya dia ada kemampuan dengan sistem telekomunikasi dia pasang, Maxis apa semua, telefon. Kalau dulu kita pergi, kantin pun takdok. Tunggu payment baru hantar barang. Ini kita kena akui. Sebab itu kadang-kadang kita bukan takmboh sentimen kepada kontraktor tempatan, kita beri keutamaan tapi bila mereka tak mampu, kita terpaksa ambil alih dan beri ke orang lain. Ini sama berlaku dengan stadium, bila runtuh marah ke kita pulak, dok beri ke orang tempatan, beri ke orang tempatan kan runtuh pulak sebab takdok pengalaman dan macam-macam, jadi serba salah kita ni. Bukan kita suruh runtuh, sebab itu kita kena faham.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Boleh laluan dok?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Takdok hal, tanyalah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bagus Y.B. kita hari ini (sambil gelak kecil) .... Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya nak mintak penjelasanlah. Adakah syarikat yang sama yang ana dimaklumkan diberi projek jalan antara Marang dan juga Dungun?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, syarikat yang berasingan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Boleh

46

Page 54: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih, ya. Saya rasa memadailah tu, panjang dah ni, ya. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar. Kita nak bagi satu peluang lagi kepada Y.B. Pakalah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang Dipertua, soalan nombor dua -

Apakah pelan perancangan kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan yang lebih baik bagi menampung keper luan per ingkat sekolah menengah agama dan lepasan PMR?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Y.B. Ajil. Soalan nombor 2, Y.B. Ajil.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua, soalan 2: Apakah pelan perancangan kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan yang lebih baik bagi menampung keperluan peringkat sekolah menengah agama dan lepasan PMR? Paka suka sungguh cari saya. Tak apa, saya akan jawab biar dia puas hatilah. Terima kasih.

Dalam menyediakan peluang pendidikan yang lebih baik bagi menampung keperluan-keperluan peringkat sekolah menengah agama dan lepasan PMR, kerajaan negeri telah mewujudkan kelas aliran sains di semua sekolah menengah agama di Terengganu sebanyak 10 buah. Dan kita tidak fokus kepada agama saja, sebagai nilai tambah kita juga mewujudkan kelas sains supaya peluang yang sama boleh dirasai oleh pelajar sekolah agama. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang Dipertua, soalan tambahan. Berdasarkan bilangan lulus, kita ada lebih kurang 8,142 baru-baru ini berdasarkan SPM baru-baru ini daripada kalangan pelajar kita. Kalau berdasarkan angka 460 lebih ni, antaranya yang menjadi sasaran ataupun tempat pelajar kita untuk menyambung pelajaran antaranya adalah Imtiaz dengan kadar lebih kurang 400 lebih aje dengan syarat yang berbagai-bagai syarat.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Soalannya apa tu?

47

Page 55: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ya?

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Soalan, soalannya.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bam nak soal ni, nak jawab dah, semangatnya.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Okey, okey. Kita nak jawab sokmo hak Paka ni.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi sekarang ini kita tengok apa perkembangan sekolah menengah agama berdasarkan daerah, contohnya macam Sekolah Menengah Sultan Ismail, Dungun bilangannya terlalu kecil permohonan sampai 600 lebih. Keinginan masyarakat untuk menyambung pelajaran bagi anak-anak mereka alternatif kepada Pendidikan Islam. Jadi nampak macam tak berkembang kalau kita compare dengan Kelantan ada 91 buah sekolah menengah agama.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Jadi maknanya soalan ini nak suruh

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi soalan sekarang, saya sebut perancangan sekolah bukan sekolah yang sedia ada ditokok-tambah, perancangan untuk pembinaan sekolah agama baru antaranya mengikut perkembangan daerah di samping Imtiaz yang sedia ada?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Okey, sila Y.B. Ajil.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Ya, ya. Pertama tadi soalan ditanya, menyediakan peluang pendidikan lebih baik bagi menampung keperluan peringkat sekolah menengah agama. Jadi peluang terbaik kita tambah dari segi pengisian tadilah dengan sains dan juga kita tambah dari segi kemudahan dari segi roh pelaksanaan program agama. Tapi oleh kerana minat, kita menyedari melalui permohonan dari tahun ke tahun terutama lepasan UPSR untuk masuk ke sekolah agama memang ramai. Contohnya, permohonan untuk Imtiaz saja. Permohonan yang dibuat ialah seramai 4,800 tetapi yang layak diproses ialah 2,100. Kenapa yang 2,700 tak layak? Yang 3A dan 4A jugak. Try, cuba-cuba untuk masuk takut-

48

Page 56: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

takut boleh. Sebenarnya, yang 4A dan 3A langsung kita tak proses walaupun permohonan dia cukup besar kerana mereka fikir mungkin ada peluang atas dasar mereka di luar bandar dan mereka berada di pedalaman dan sebagainya tapi polisi kita jelas, kita hanya proses yang mempunyai kelulusan 5A - UPSR. Dan juga kita tentukan mereka ini mempunyai ciri-ciri iaitu kalau nak masuk ke sekolah ini dia kena ada kemahiran asas agama. Ini asas-asas dia. Dan memandangkan jumlah yang berkehendakkan begitu ramai iaitu seramai 2,100 dan jumlah yang boleh diambil cuma 458 orang sahaja. Maka saya faham dan kerajaan pun faham ada permintaan yang tinggi kepada sekolah-sekolah agama. Jadi sebab itu kerajaan negeri telahpun merancang dan akan membina sebuah sekolah agama di Air Putih dan juga kita akan bina lagi Sekolah Menengah Imtiaz di Setiu. Dan InsyaAllah selepas itu diikuti di daerah-daerah lain. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang Dipertua, maknanya tak semua pelajar Imtiaz itu berdasarkan 5A maknanya selain daripada 5A pun dapat jugaklah?

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Nampaknya tak faham ni. Yang mohon 5,000

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Saya faham dah bukan tak faham. Sebab masalahnya bila saya check ada jugak yang tak dapat 5A pun ada. Ada yang dapat 5A

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Okey, beritahu

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Nanti dok habis lagi ni. Ada yang dapat 5A

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Wakil Paka jangan buat fitnah, buat tuduhan. Sila nyatakan nama pelajar tersebut dan anak siapa-siapa. Dan kalau ada pegawai yang terlibat, pegawai tersebut akan diambil tindakan.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang Dipertua, orang Paka pergi tanya, bawa pelajar 5A, ada lulusan agama dan sebagainya, pegawai itu bertanya ada Borang Puteri UMNO ke? Yang Berhormat nak jawab macam mana?

49

Page 57: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Bila pulak ni?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Saya cakap dalam Dewan yang mulia ni Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Saya pun jawab dalam Dewan ni. Tidak ada satu calon pun yang masuk dengan 3A, tidak ada satu calon pun yang masuk dengan

YANG BERHORMAT HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Sekolah rendah, Puteri UMNO mari duana pulak ni, saya tak faham.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Orang hulu payah sikit nak faham (sambil gelak)

YANG BERHORMAT HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Yang Berhormat cakap biar betul.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat, saya cakap bahasa Terengganu dah ni.

YANG BERHORMAT HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Begini, sekarang ni orang Paka dok reti, jangan royatorang Telemong dok reti lagi. Sekarang ni yang sekolah rendah nak masuk Imtiaz ni, takkan nak tanya borang Ahli UMNO?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Tu yang pelik dia tanya tu.

YANG BERHORMAT HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Hah, tu yang pelik tu.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Jadi ahli berumur 18 tahun je yang nak jadi Ahli Puteri. Biar saya bukan Puteri pun tapi nak khabor sikit ke Paka, hak layak jadi Ahli UMNO umur 18

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dia tanya mak dia ni.

50

Page 58: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Dah kalau mak 18, takkan anak umur 12.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Asthagfirullah!

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Takkanlah mak beranak masa umur 6 tahun.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Berhormat! Duduk semua. Duduk Yang Berhormat, duduk.

YANG BERHORMAT HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Saya rasa dok betul.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Ajil nak jawab ni.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat!

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Ajil nak jawab ni. Yang syarat masuk tu bukan Ahli UMNO. Yang syarat masuk ialah mesti dapat 5A dan lulus beberapa syarat lagi. Pertama, hafazan dia bagus. Yang kedua, dia mesti mempunyai kebolehan sedikit-sedikit asas Bahasa Arab yang bagus. Ketiga, lepas Ujian IQ. Dan kita juga mengutamakan kalau dia itu dah lulus semua sebab persaingan hebat, kalau 2,100 nak pakai 400 takkan boleh ambil 2,100 mesti ambil 400 lebih maknanya yang 1,300 lagi mestilah kita keluarkan yang terkeluar itu adalah, mestilah kata: "Dah hafaz bagus dah." Itu kita rasa sebab kita mak-ayah syok belaka ke anak, memang rasa anak kita pandai sekali, anak kitalah hak comel sekali pada hal kurap merata pada anak kita tu, jadi kita akan syok sendiri apa yang kita ada. Pada hal kita telah buat saringan apabila markah yang tertinggi 80, secara automatik dia masuk dalam data sup ... sup .... dan boleh. Kemudian hak markah 79, dia masuk dengan sendiri jer. Takdok kata borang-borang apa pulak begitu. Tapi kalau dah bawah pada itu terpaksa terkeluar dengan sendirinya. Alor Limbat.

51

Page 59: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Boleh? Ada Yang Berhormat Paka dia buat seolah-olah macam tuduhan. Saya mintak Exco tolong siasat perkara ini.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Siasat tu tak apalah tapi nyatakan hak 3A - 4A masuk tu dulu.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Bukan isu 3A -4A, hak mintak borang Puteri UMNO tu.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Okey, saya mintak Alor Limbat tadi soalan atau permintaan daripada Yang Berhormat Ajil

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Berapa dah, tiga ke dua dah jawab, tiga dok?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Berhormat Ajil

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Kalau tiga cukuplah. Terima kaish.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Berhormat Ajil, saya mintak perkara ini dikemukakan sebab tuduhan dalam Dewan. Y.B. Paka, kalau ada 4A 1B, tolong bagi kat saya nanti.

YANG BERHORMAT MOHD NOOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Saya ada satu usul, Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Oleh kerana masa sudah menghampiri

YANG BERHORMAT MOHD MAHDI BIN MUSA (Wakil Kota Putera): Fasal 30, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT MOHD NOOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Tuan Yang Dipertua, saya ada satu usul, Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya mintak Y.B 52

Page 60: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Usui Di Bawah Perkara 30 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan

Perkara Yang Mustahak Bagi Orang Ramai

YANG BERHORMAT MOHD MAHDI BIN MUSA (Wakil Kota Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, saya Mohd Mahdi Haji Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera mohon mencadangkan bahawa persidangan hari ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan isu-isu penyebaran maklumat palsu dan fitnah terhadap negara berkaitan kehilangan pesawat penerbangan Malaysia MH 370 melalui laman sosial seperti facebook, twitterdan lain-lain. Fenomena ini semakin berleluasa dan amat membimbangkan kebelakangan ini dan perbuatan ini adalah suatu perbuatan penghinaan kepada negara dan mengancam dan mencemarkan sistem pentadbiran negara.

Yang Berhormat Yang Dipertua, isu ini adalah perkara tertentu kerana telah melibatkan dua perkara pokok yang terpahat dalam Rukun Negara iaitu 'Kedaulatan undang-undang dan kesetiaan kepada Raja dan negara'. Terutamanya kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong yang menjadi payung kepada perlembagaan negara.

Yang Berhormat Yang Dipertua, perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai apabila penyebaran maklumat yang tidak benar berdasarkan spekulasi yang lebih teruk lagi memfitnah kepimpinan negara akan menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan kerana menyangkakan bahawa kerajaan yang menyalurkan maklumat yang tidak tepat kepada rakyat. Fitnah-fitnah terhadap kepimpinan negara telah menyebabkan berlakunya perpecahan kepada orang ramai kerana telah ada orang ramai yang mula mempercayai spekulasi dan andaian palsu serta juga mempercayai fitnah-fitnah yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam pelbagai media terutama media sosial. Perbuatan penyebaran maklumat palsu dan fitnah ini boleh mengganggu siasatan dan memberi tekanan emosi kepada keluarga mangsa. Budaya spekulasi dan fitnah kepada pemimpin-pemimpin negara ini sememangnya telah wujud dalam masyarakat kita tetapi budaya ini makin merebak seperti barah setelah berlakunya kes kehilangan pesawat penerbangan MH 370. Fitnah ini juga semakin serius apabila ianya

53

Page 61: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

melibatkan hubungan antara negara kita dan negara lain menjadi dingin kerana fitnah-fitnah yang tidak bertanggungjawab ini. Barah fitnah yang merebak kepada seluruh di dalam negara dan luar ini jika tidak ditangani dengan tegas dan serius akan mengancam keselamatan dalam negara. Mengancam rakyat kita yang berada di luar negara malahan juga akan mengancam perhubungan negara kita dengan negara-negara lain.

Yang Berhormat Yang Dipertua, perkara ini perlu disegerakan, tindakan pencegahan kerana ianya boleh memecahkan belahkan keharmonian negara yang tercinta dan mengancam keselamatan negara kita di luar negara. Perasaan marah, dendam dan tidak puas hati pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu ini terhadap kepimpinan negara akan mengundang bibit perpecahan masyarakat yang dahysat sekiranya tidak dibendung. Tidak mustahil penentangan kepada negara dan kepada Yang Dipertuan Agong akan berlaku lagi seperti Peristiwa Al-Maunah akan berulang lebih dahsyat lagi. Perbuatan ini bertentangan dengan Prinsip Rukun Negara yang menjadi asas ideologi dan falsafah negara yang akan melahirkan perasaan cinta dan setia kepada negara serta kelangsungan pemuafakatan dan perpaduan rakyat. Kita mengutuk sekeras-kerasnya sebarang spekulasi penyebaran maklumat palsu dan fitnah-fitnah kepada pemimpin-pemimpin negara dan kepada negara ini. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap pencetus provokasi ini dan mereka membuat fitnah dan spekulasi daripada peristiwa MH 370. Apa sahaja peristiwa bererti mereka menderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan Sultan kerana meletakkan negara dalam ancaman keselamatan. Setiap penderhaka adalah pengkhianat negara. Tindakan tegas dan hukuman yang setimpal perlu diambil oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menyekat penderhaka dan pengkhianat daripada terus memperlekehkan kepimpinan negara dan kedaulatan negara ini. Jika perkara ini tidak dibendung, negara akan berada diambang perpecahan dan akan tersisih dalam hubungan antara negara dan negara-negara tertentu. Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan orang ramai serta perlu disegerakan. Sekian, terima kasih Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Kota Putera. Saya mintak Bentara untuk mengambil usul tersebut.

54

Page 62: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

[Ben ta ra memungu t Ke r tas Usu i da r i pada Y .B . Wak i l Ko ta Pu te ra

dan menye rahkannya kepada Y .B . Yang D ipe r tua Dewan ]

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih. Sebelum saya membuat keputusan saya mohon sedikit masa untuk membaca dan menelitinya. InsyaAllah, selepas kita masuk semula nanti, saya akan buat keputusan. Dan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan (sesi soalan lisan) pada pagi ini dan saya rasa ramai yang telah mengikut, alhamdulillah, pesan Allah dalam Surah Ali-Imran, ayat 159, cara kita berdebat dengan penuh hikmah. Terima kasih banyak, semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T.

Sukacita juga saya maklumkan kepada warga Dewan yang mulia ini bahawa semasa rehat nanti satu 'Majlis Tandatangan Banner Doa Untuk MH 370' sebagai tanda keprihatinan warga Dewan yang mulia semua terhadap mangsa dan keluarga MH 370. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar akan mendahului acara ini dan saya mohon kepada semua Ahli Yang Berhormat dan warga Dewan yang saya muliakan supaya turut serta menandatangani banner tersebut.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 11.10 pagi.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.55 PAGI.

55

Page 63: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

PUKUL 11.10 PAGI

USUL YANG TELAH DIBERI NOTIS

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ada menerima satu cadangan untuk menangguhkan Dewan bagi membincangkan perkara-perkara yang mustahak bagi orang ramai berdasarkan Fasal 30, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu dari Yang Berhormat Wakil Kota Putera.

Setelah meneliti, setelah mengkaji secara terperinci, saya mendapati bahawa memang ada perkara-perkara yang tertentu, memang ada berkepentingan orang ramai, namun begitu saya berpendapat dan mengambil keputusan bahawa ianya tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak cadangan tersebut.

Sebelum saya meneruskan Tertib Pekerjaan pada pagi ini, ingin saya mengingatkan warga Dewan yang saya muliakan agar peraturan-peraturan Dewan hendaklah dipatuhi, peraturan pemakaian, peraturan mematikan atau mode diam telefon-telefon dan juga tidak ada rakaman yang dibenarkan sebab kita dah ada rakaman rasmi. Terima kasih.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita teruskan kepada Tertib Pekerjaan seterusnya. Sila Setiausaha.

SETIAUSAHA DEWAN: Perkara berikut dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Usul Yang Telah Diberi Notis. Dipersilakan Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, Wakil Kuala Berang mengemukakan usul.

56

Page 64: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Usui Merafak Sembah Ucapan Penqharqaan Dan Meniuniuna Kasih

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Beranq): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yanq Berhormat Tuan Yanq Dipertua, saya mohon mencadanqkan:-

"Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada har i in i membuat KETETAPAN bersetuju merakam dan merafak sembah ucapan penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Dul i Yang Maha Mul ia Sultan kerana menyampaikan Ti tah DiRaja mengenai dasar-dasar Kerajaan bersempena dengan pembukaan Penggal Persidangan Kedua Bagi Dewan Undangan Negeri Ket iga Belas dan bersetuju merafak sembah ikrar taat set ia Ahl i -ahl i Dewan Undangan Negeri Kebawah Dul i Yang Maha Mul ia Sultan dan bersedia memberi ker jasama yang erat kepada pentadbiran Negeri supaya dasar-dasar kerajaan dapat di laksanakan dengan sempurna demi kepent ingan negeri dan rakyatseluruhnya."

Mohon mencadanqkan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Yanq Berhormat Yanq Dipertua, saya mohon menyokonq usul itu.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Usul ini telah mendapat sokonqan, sekaranq saya buka untuk perbahasan. Ya, sila Y.B. Air Putih.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir Rabbil Alamin. Wassalatu wassalamu ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatulahi taala wabarakatuh.

57

Page 65: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana diberikan izin kita dapat bersidang di Dewan yang mulia ini pada hari ini dan sehingga hari esok, alhamdulillah. Mula-mula sekali saya ingin merakamkan dan merafak sembah ucapan penghargaan yang cukup tinggi terutama kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang sanggup mencemar Duli merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas.

Kita merasa amat terharu dengan keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku terutamanya tentang Ucapan Titah baginda berkenaan dengan penerbangan MH 370. Kita berdoa kepada Allah S.W.T. semoga proses S&R (Search and Rescue) dengan izin, MH 370 ini dapat memberi jawapan dan merungkai segala misteri untuk hampir 30 hari. Saya juga berharap dan kita mendoakan kejayaan pada S&R ini agar dapat memberi ketenangan kepada keluarga penumpang-penumpang penerbangan MH 370 ini.

Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menyentuh banyak perkara dalam titah beliau kelmarin terutamanya berkenaan kesejahteraan rakyat. Alhamdulillah, baginda menyentuh isu-isu kejayaan Kerajaan Negeri Terengganu, Barisan Nasional dalam menangani isu pengangguran, dalam menangani isu inflasi, program-program kepada rakyat miskin, program-program yang melibatkan perumahan rakyat dan lain-lain lagi. Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang terus membela kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Yang Dipertua, untuk memastikan kelangsungan perkembangan ekonomi negeri, saya berpendapat bahawa kita perlu melihat bagaimana cara untuk kita membina satu golongan kelas pertengahan yang mantap di negeri kita ini. Banyak kajian yang telah dijalankan di serata dunia terutama daripada pakar-pakar ekonomi yang mengatakan bahawa betapa pentingnya sumbangan kelas menengah untuk memastikan kelangsungan perkembangan ekonomi. Dengan izin Yang Dipertua, boleh saya bacakan di sini beberapa kajian-kajian yang telah dijalankan. Saya beri contoh dalam laporan di Portal White House sendiri berkenaan Bajet 2013 Kerajaan Amerika Syarikat, mereka menyatakan bahawa

58

Page 66: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

penekanan Kerajaan Amerika untuk mengukuhkan golongan kelas pertengahan ini kerana ia akan dapat memberikan growth kepada ekonomi negara Amerika. Pada tahun 2011 juga dalam satu jurnal yang ditulis oleh David Madland, Democracy A Journal of Ideas dengan izin, yang mengaitkan on the growth and the middle class. Tahun 2005 juga Ohio State University melalui Professor Pratridge juga menyentuh betapa pentingnya kelas menengah dengan perkembangan ekonomi. Dan saya juga mengambil contoh daripada kata-kata dan kajian yang dibuat oleh John Maynard Keynes, seorang pakar ekonomi yang tersohor tahun 1930an dalam bukunya yang bertajuk The General Theory of Employment Interest And Money yang mana beliau menekankan bahawa permintaan yang stabil daripada kelas menengah ini adalah amat diperlukan untuk spur economic growth, dengan izin.

Yang Berhormat Yang Dipertua, oleh sebab itu saya berpendapat bahawa ada dua faktor utama yang boleh kita gunakan ataupun instrumen-instrumen yang boleh kita gunakan untuk memperkasakan kelas menengah di negeri Terengganu ini. Yang pertama adalah dari segi pendidikan. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Terengganu secara tradisinya dari dahulu lagi memberikan penekanan yang cukup mantap dari segi isu pendidikan. Kita telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk membela nasib rakyat kita mempastikan anak-anak kita ini anak-anak yang terpelajar pada suatu masa nanti dan InsyaAllah, anak-anak ini akan pulang ke negeri kita sebagai seorang yang berkelulusan yang cukup tinggi dan boleh masuk dalam golongan pertengahan ini. Strategi kedua yang kita lihat yang cukup penting dalam membina kelas menengah ini adalah mewujudkan usahawan. Dalam konteks negeri Terengganu, juga amat bangga kerana negeri Terengganu sudah ada instrumen yang cukup penting melalui institusi yang kita namakan Yayasan Pembangunan Usahawan. Izinkan saya untuk membangkitkan beberapa isu di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan. Yang Berhormat Yang Dipertua, antara objektif Yayasan Pembangunan Usahawan ialah untuk membina usahawan kelas menengah dan membawa mereka ke arah global. Saya amat bangga dengan usaha-usaha yang telah YPU jalankan selama ini. Kita lihat dari segi role ataupun peranan YPU, dari segi pembiayaan, dari segi promosi, dari segi latihannya dan juga yang terbaru ini saya amat kagum dengan program kolaborasi dengan 32 agensi-agensi kerajaan di mana satu sekretariat telah ditubuhkan oleh YPU merangkumi TEKUN, SME Corporation, MARA dan lain-lain agensi yang boleh membantu dan memberikan bantuan kewangan kepada usahawan-usahawan negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, saya berharap pihak kerajaan dapat terus membantu memberikan sumber yang cukup untuk YPU untuk melaksanakan

59

Page 67: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

tugas mereka membela usahawan dan membawa mereka ke arah kelas menengah. Kalau kita lihat ratusan juta diberikan kepada pendidikan tetapi mengapakah satu jumlah yang hanya cukup kecil diberikan kepada YPU sedangkan instrumen usahawan ini adalah cukup kritikal untuk membina Melayu ataupun rakyat kelas menengah. Saya juga merasakan bahawa peranan YPU ini boleh kita perkasakan lagi. Saya dimaklumkan bahawa oleh pemain-pemain pelancongan bahawa role ataupun peranan YPU ini agak terhad kepada pemain-pemain pelancongan. Dan saya dimaklumkan oleh YPU hanya latihan sahaja diberi kepada pemain-pemain pelancongan tetapi tidak dari segi pembiayaan dan promosi. Saya mintak pihak kerajaan khususnya YPU perlu mengambil kira merangkumi kesemua usahawan di negeri Terengganu ini bukan hanya dari segi peruncitan tetapi termasuk usahawan-usahawan lain khususnya usahawan-usahawan dari bidang pelancongan. Yang Berhormat Yang Dipertua, saya percaya sekiranya sumber yang diberi kepada YPU ini, saya tidak berkata sama tinggi atau sama banyak dengan sumber yang diberikan kepada pendidikan yang ratusan juta tetapi jika kita memberikan sumber yang adequate dengan izin, saya percaya potensi YPU untuk merealisasikan usahawan-usahawan kelas menengah ini akan dapat kita capai, InsyaAllah. Saya memohon pertimbangan daripada pihak kerajaan tentang perkara ini.

Yang Berhormat Yang Dipertua, saya juga mengambil peluang dalam sidang Dewan ini untuk menyentuh beberapa perkara di kawasan saya. Saya sebagai ADUN di Air Putih ingin memohon ataupun menasihati kawan baik saya ini, dekat dengan saya ni daripada Wakil Cukai. Baru-baru ini saya agak terkejut tentang isu kita rombak rumah haram di Mak Chili yang mana ada 17 buah keluarga yang terlibat yang duduk atas tanah kerajaan selama hampir 10 tahun. Kita biarkan dia orang duduk di situ, kita khabor awal dah bahawa tak lama lagi kita akan bina Perumahan Rakyat di situ dan pemaju juga telah menawarkan pampasan bagi mereka yang terlibat dan juga yang sudah lama duduk di situ, kita pun tawarkan tanah RTB dan sebagainya dan semuanya dapat diselesaikan dengan baik kecuali satu keluarga. Dan keluarga ini tak mahu pindah dan kita khabor dah suruh pindah, mereka takmboh pindah, mereka nak RM60,000 dan sebagainya, mereka takmboh terima tawaran. Dan saya ingin ingatkan kepada kawan saya Wakil Cukai, menceroboh tanah kerajaan itu salah, itu tanah kerajaan Wakil Cukai. Jadi saya

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang Dipertua 60

Page 68: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Kejap, kejap, kekgi saya bagi. Jadi saya mintaklah Wakil Cukai jangan ambil isu sensasilah. Perkara ini kita patut nasihatkan keluarga Pak Awi tu, saya pun ada gambar di sini, rumah Pak Awi dah ada di situ dah, rumah batu dan pagar pun batu, nya pergi buat rumah di situ atas tanah kerajaan. Jadi saya pun mintaklah supaya disiasat dengan baik keadaan itu supaya tidak berlaku kekeliruan kepada rakyat. Walau bagaimanapun,

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): [Bangun/berdiri]

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Tunggu kejap, tunggu kejap. Walau bagaimanapun, saya nak ucap terima kasih kepada Wakil Cukai. Tadi tegur, ni saya ucap terima kasih sebab Wakil Cukai ini tolong saya jugak Yang Berhormat Yang Dipertua. Dia tolong saya nasihat kepada ada segelintir kecil puak-puak PAS ni yang duduk di Neram 1 yang buat Sembahyang Jumaat, mereka takmboh duduk dalam masjid. Ada dua buah masjid besar di Neram tu, mereka takmboh tapi mereka nak sembahyang dengan puak-puak mereka di surau, sudah tiga kali mereka buat Sembahyang Jumaat, mereka takmboh dengar cakap kita. Jadi saya amat terharu atas keikhlasan bantuan daripada Wakil Cukai. Wakil Cukai ni bagus, kita panggil, kita berbincang dengan dia, kita mintak dia nasihat (tepukan sokongan) dan dia nasihat awok-awok tu jangan buat perkara itu, kalau nak buat biar benda betul dan pohon dengan cara yang betul. Hak ni saya puji sebab itu saya kata jangan jawab dulu biar saya cerita hak baik dengan hak nakal sikit. Jadi saya beri laluan.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Terima kasih. Takmboh jawab tapi memang dah prinsip saya hak baik saya tolong. Cuma saya nak katakan masalah tanah yang berlaku mengenai rumah Pak Awi. Memang kita tidak nafikan kerajaan telah memberikan tanah, cuma dalam perbincangan di antara Pak Awi dengan pemaju memohon supaya pemaju bayar RM60,000 kerana dia dah buat rumah itu habis RM30,000 10 tahun yang lampau menggunakan duit KWSPnya. Mengapakah pemaju ataupun pihak kerajaan sekurang-kurangnya berilah peluang kalau takmboh bayar RM60,000 pun, bayarlah sekitar RM50,000, saya rasa mungkin dia boleh terima dan untuk mendirikan pulak rumah lain dan tanah itu atas nama isterinya dan itulah yang kita pohon. Saya tidak katakan bahawa dia duduk atas tanah haram ke kerana tanah itu telah diberikan ketika

61

Page 69: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Kerajaan PAS Negeri Terengganu memerintah. Dia buat ikut peraturan cuma apabila kerajaan baru nak ambil alih tanah dan tidak memberi tanah itu kepada dia dan dia cuma mintak sedikit pampasan. Kalau bayar RM20,000 Tuan Yang Dipertua, punggah saja pun habis RM10,000, macam mana dia nak dirikan sebuah rumah lain? Itu aje yang dia mintak dua-tiga kali dan saya pergi saya nak menzahirkan supaya janganlah dilakukan sedemikian rupa. Kita sebagai sebuah kerajaan yang baik, yang demokrasi sekurang-kurangnya memberikan pertolongan kepada rakyat. Berilah sedikit ruang perbincangan, jangan mati ayat. Ini gok pergi jumpa takmboh cakap langsung, senyap aje kawan ni mintak RM60,000.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Saya jawablah. Saya nak jawab.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Y.B. Air Putih, ada 5 minit lagi.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Untuk makluman Yang Berhormat Yang Dipertua, untuk makluman Dewan tanah itu tidak pernah diberi kepada siapa-siapa pun secara legal dengan izin. Tanah itu tidak pernah diberi hak milik kepada sesiapa pun. Kalau waktu Kerajaan PAS dulu dia bahagi, dia cakap guana, saya tak tahu tapi daripada rekod Pejabat Tanah telah menunjukkan bahawa tanah itu tidak pernah ada geran kepada sesiapapun yang kita beri. Tak pernah. Dan bukan kepada keluarga Pak Awi sahaja Yang Berhormat, ada 17 keluarga lagi, mereka tidak ada masalah sebab rumah itu pulak bukan rumah Pak Awi duduk, Pak Awi sudah ada rumah dah, ada rumah batu comel, saya ada gambar ni saya boleh tunjuk, comel rumah dia. Rumah itu pulak sekarang ni masa kita khabor tu separuh disewakan, separuh lagi anak dia duduk. Dan anak dia pulak sebelum ini pernah diberi tanah RTB untuk perpindahan. Jadi pampasan RM20,000 itu mujur pemaju nak beri, kalau ikut undang-undang bila duduk atas tanah haram kena denda dan kena dakwa. Sebagai kerajaan yang cukup sayang kepada rakyat, kerajaan tidak pernah buat begitu Yang Berhormat Yang Dipertua (Tepukan sokongan) Kita tidak pernah dan beri pampasan pulak. Sepatutnya pemaju tak payah beri pampasan pun. Kerajaan boleh dakwa pulak keluarga Pak Awi tapi kita tak buat Yang Berhormat. Kita khabor awal, bukan tak bincang tapi sudah lama dah beritahu. Kita hantar cek RM20,000 tapi ditolak, takmboh tapi orang lain terima belaka takdok masalah. Kalau kita mengambil tanah hak milik dia yang sudah ada geran,

62

Page 70: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

kita boleh berbicara dalam mahkamah kalau nak mintak tinggi lagi tapi ini tanah takdok geran. Sebab itulah Cukai kita perlu berhati-hati

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Mintak penjelasan sikit.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Sila.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ini kawasan Cukai tapi saya dapat makluman, saya nak suruh perbetulkan kalau makluman yang saya dapat ini salah. Tanah tu 'LMS' disebut, memang takdok geran lagi tapi 'LMS/TOL' dan disiapkan dalam tempoh 3 tahun yang dioffer oleh kerajaan, biasanya kerajaan ini bila dia bagi TOL: "Anda hendaklah buat rumah dalam tempoh masa 3 tahun." Dan penama tersebut dia kata menyiapkan rumah dalam tempoh 3 tahun, betul ke?

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): LMS bukan kekal, yang kekal hak milik bila dapat geran. LMS ni 'sementara', namanya 'sementara'. Jadi saya Yang Berhormat Yang Dipertua

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Soalan saya tu lah, betul ke tempoh 3 tahun dia buat siap rumah tu yang melayakkan untuk kita beri kekal ke dia?

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Polisi waktu itu lain, polisi dulu tanah tidak diberi melalui geran, polisi dulu dia beri LMS dulu dalam masa 3 tahun dia buat rumah tetapi polisi ini sudah berubah, tanah itu sudah diberi dan dikenal pasti untuk buat tapak Perumahan Rakyat.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Walau pun polisi itu berubah tetapi ada kertas kenyataan tu yang bertulis.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Tetapi selagi tidak ada geran, selagi Borang 5A tu tak keluar bukan hak milik kita lagi, tak boleh, hak kerajaan.

63

Page 71: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Betul dah kita faham tapi kenapa kita tidak bagi geran ke dia, kan kerajaan yang bersimpati.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Tapak tu adalah tapak untuk Perumahan Rakyat yang tengah dibina dah sekarang.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tapi sebelum daripada kerajaan ambil, tapak itu memang diberi untuk peserta-peserta perumahan dan dia pun buat rumah ketika projek takdok lagi, projek dok mari lagi dalam masa 3 tahun hak tu yang kita nak tahu hari ni.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Saya nak maklum kepada Yang Dipertua Dewan, kita cerita ni macam Pak Awi seorang jer dok situ. Takdok masalah bagi yang 17 buah keluarga lagi tu, kita mintak pindah belaka tu takdok masalah, mereka dapat pampasan.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Bukanlah, ingat ke tak dibawak dah kes jadi bila dibawa kita pun tanyalah. Saya pun takmboh bawa hari ni.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Saya takmboh beri laluan dah Yang Berhormat Yang Dipertua. Saya dah jelaskan kalau kita bawa di mahkamah mana pun jika geran masih belum diberi kita tak boleh cakap, ini jelas dari segi peraturan. Sebab itu saya mintak kita berhati-hati bila kita hendak membela rakyat ni jangan sampai kita kena atas batang hidung kita. Tapi apa-apa pun saya saya ucap terima kasih jugak kepada Yang Berhormat Cukai yang dia memang prihatin cuma kadang-kadang Orang Putih kata dengan izin, 'pick your battles properly'. Sebab kalau kita nak bersyarah di kampung pun, kita boleh bersyarah tapi pastikan boleh disuppot dengan izin, oleh perundangan yang betul.

Yang Berhormat Yang Dipertua, saya nak mengakhiri dah ucapan saya, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah banyak membantu rakyat. Ucapan saya juga nak sampaikan perasaan terharu terutama kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang cukup prihatin mengenai

64

Page 72: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

keperluan rakyat dan kesejahteraan rakyat. Saya berdoa kepada Allah S.W.T. supaya Allah akan memberi hidayah dan taufik tentang urusan seharian kita dan supaya kita selamat di hari akhirat nanti apabila kita berjumpa dengan Allah S.W.T. Air Putih mohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Air Putih. Kita bagi kepada Y.B. Bandar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan menyatakan perasaan menjunjung kasih saya, mewakili sahabat-sahabat di barisan sebelah sini ke atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah menitahkan ucapan pembukaan Dewan sempena penggal yang baru semalam dengan penuh istiadatnya dan kita sebagai Ahli-ahli Dewan pada hari ini dan besok diminta dan menjadi tugas kita untuk mengemukakan pandangan kita berdasarkan kepada titah yang telah disampaikan kepada kita semalam.

Di atas Ucapan Menjunjung Kasih ini, saya nak mulakan dengan membawa ulasan apa yang telah dititahkan semalam terutama perkara yang sangat menyentuh perasaan seluruh rakyat Malaysia iaitu Kebawah Duli telah mengemukakan satu ungkapan yang sangat mustahak iaitu rasa kasih dan keprihatinan jugak kerajaan negeri kita terhadap mangsa yang dianggap satu misteri yang agak luar biasa yang telah diiktiraf seluruh dunia bahawa ini adalah satu misteri yang julung-julung kalinya berlaku dan diiktiraf sebagai suatu malapetaka yang sangat rumit untuk dirungkaikan dan pada hari ini telah masuk hari yang ke-34 hari. Dan usaha kita setakat ini, Dewan Undangan Negeri Terengganu telah mengusulkan untuk dan menzahirkan rasa simpati dengan kaedah menandatangan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, saya bagi pihak Bandar, saya ingin menyatakan pendirian saya dan juga rakan-rakan di peringkat yang lain jugak membawa beberapa perkara yang perlu kita ketengahkan sebagai Wakil Rakyat, sebagai bahan rujukan atau bahan untuk kita renungkan bersama. Perkara ini adalah perkara yang tak sepatutnya berlaku dan tidak perlu ada satu ulangan ke atas peristiwa ini. Maka semakan yang terhad yang pernah kita buat selama hari ini, kita nak bawa satu

65

Page 73: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

aspek yang mana kita harus bersama berflkir. Aspek itu ialah berkenaan dengan kemudahan yang sepatutnya telah ada yang telah kita punyai yang sepatutnya menjadi satu kaedah untuk penyelesaian perkara atau misteri ini. Kaedah itu dinamakan ialah apa yang disebut sebagai memanfaatkan medium aircraft, ACARS dengan izin Yang Berhormat Yang Dipertua, itu yang disebut. Saya tak mahu ulas perkara ini cuma saya nak menyebut bahawa pendapat umum menyatakan kenapa Malaysian Airline tidak subscribe dengan izin, program ini yang membolehkan bahawa sesuatu aircraft yang dimiliki oleh kerajaan terutamanya apabila MAS ini adalah Syarikat Penerbangan Awam Kerajaan Malaysia, kenapa tidak subscribe ataupun tidak membeli kemudahan ini yang mana sebuah aircraft ataupun kapal terbang itu boleh dilihat secara Real Time, maksudnya bila berjalan aje boleh tengok ke mana arah dia pergi sehingga dia berhenti dan berulang-ulang. Saya difahamkan bahawa perkara ini tidak diambil atau disubscribe oleh MAS kerana kosnya mahal macam telefon, beli telefon tapi line tak ada. Begitulah lebih kurang, Real Time, ini tidak berlaku. Dan ini telah disahkan kerana semakan Laporan Audit yang dibuat terhadap Malaysia Airline telah mendapati memang betul ada di antara beberapa aircraft yang tidak disertakan dengan kemudahan Real Time kerana kos dan jawapan yang telah diberikan oleh MAS adalah untuk menjimatkan kos. Persoalan yang sering bermain di fikiran kita sekarang, untuk menjimatkan kos pengoperasian MAS, MAS telah mengalami kerugian 4 tahun berturut-turut lebih daripada RM1 bilion setiap tahun. Jadi bayangan yang berlaku di antara perkataan yang kata untuk menjimatkan kos dengan mengurangkan kaedah pengoperasian menyebabkan satu malapetaka yang besar ini adalah satu perkara yang tidak justify dengan izin, Tuan Yang Dipertua. Jadi itu saja berkenaan dengan isu itu sebab di antara perenggan pertama yang dibawa dalam Titah Ucapan Kebawah Duli, pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah mohon supaya perkara ini dimasukkan. Jadi ada baiknya jugak untuk kita selidiki atau kita bincangkan bersama kerana usul ini jugak telah dibawa tetapi ditolak. Saya rasa eloklah jugak tu.

Tuan Yang Dipertua, satu perkara yang saya mintak pengesahan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semalam jugak di dalam kandungan Titah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan tentang angka terbaru Keluaran Dalam Negara Kasar Negeri Terengganu yang dikatakan berjumlah RM20.31 bilion. Ini dalam buku ini pun masih ada tercatit. Saya mintak pengesahan, adakah benar nilai KDNK Negeri Terengganu untuk tahun 2013 bernilai RM20.2 bilion sahaja? Kerana saya rasa ada satu pelaporan yang agak anih di sini kerana keseluruhan KDNK

66

Page 74: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

dalam negara Malaysia berjumlah hampir RM1 trilion. Kalau kita hanya terikat kepada RM20 bilion, maknanya dari segi peratusannya tidak sampai 1%. Agak anih perkara ini. Saya bimbang kalau perkara ini dikod atau dipetik oleh media, negeri Terengganu dengan sumber alam, sumber keluaran yang begitu besar mana mungkin Keluaran Dalam Negara Kasar bernilai RM20 bilion setahun. Adakah laporan ini bersifat bulanan atau .... saya tidak tahu, itu yang saya mintak kalau boleh ada penerangan yang dibuat kerana semakan saya yang terbaru memang merujuk kepada angka melebihi RM1 trilion untuk seluruh negara. Jadi kalau Terengganu kita isytiharkan nilai KDNK kita terhad kepada RM20 bilion sahaja, saya agak keliru. Tak apalah saya beri sangkaan baik ini supaya ada ulasan dan juga jawapan.

Perkara selanjutnya dalam bidang yang sama. Saya nak tanya kenapa Laporan Audit yang dikemukakan kepada Dewan untuk negeri Terengganu Darul Iman masih lagi terikat kepada Laporan Audit 2012 sedangkan di peringkat pusat dan juga semakan saya dalam portal kerajaan, Laporan Audit untuk negeri Terengganu untuk tahun 2013 telahpun tersedia. Jadi kenapa kita rancang begitu rupa, adakah baik kalau kita sertakan atau mengikut konsep pengurusan kewangan, urus tadbir sebagaimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli supaya kita menjaga integriti dan juga akauntabiliti kita. Ini ada dalam perenggan kelima dan keenam, antara yang terawal Titah Kebawah Duli yang suruh kita menjaga tentang akauntabiliti serta kebertanggungjawaban awam kita. Kita hanya terhad kepada Laporan Audit 2012 sedangkan tersedia 2013 kenapa? Saya hairan kenapa perkara itu kalau kata tak cukup masa tak apalah, hari ini boleh atau pun besok saya minta kepada Dewan, saya mohon kepada Tuan Yang Dipertua supaya mengusulkan Laporan Audit 2013 tahun lepas yang telah siap, di peringkat Parlimen pun telah diedarkan tapi negeri Terengganu kenapa kita masih lagi .... Ya-lah, saya fahamlah mungkin ada kekangan lain tapi tidak adil kalau kita persalahkan kepada kakitangan kerajaan kerana tidak cukup persiapan untuk mengemukakan perkara ini. Agak mudah saya rasa. Jadi di antara isi kandungan ini, kalau ada masa saya jugak nak beritahu atau nak mintak penjelasan berkenaan kandungan Laporan Audit kerana kita merujuk kepada perkara-perkara yang khusus seperti sebagai contoh, pada penggal yang lepas semasa perbincangan berkenaan dengan Belanjawan Kerajaan Negeri yang telah kita luluskan. Kita mintak supaya negeri Terengganu diperuntukkan sebanyak RM2.35 bilion tidak termasuk Supplementary Budget dengan izin. Ini bermakna kalau merujuk kepada Laporan Audit yang kita ada, maknanya peruntukan negeri Terengganu kita ini 96.7% datangnya daripada Dana

67

Page 75: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Khas iaitu sumber royaiti ataupun petroleum. Maka maknanya kita tidak ada sumber lain iagi bagi negeri Terengganu. Saya masih ingat Yang Berhormat Air Putih dengan bergaya, saya puji dia tak apa, pada tahun lepas mengatakan kita wajib memperisytiharkan kaedah mencari sumber baru, New Engine of Growth, bukankah begitu Air Putih? Dengan izin, dia ada sebut, saya masih ingat. Tapi selepas setahun setengah perkara ini tidak nampak ada kaedah untuk kita lari daripada bergantungan kepada hasil yang sama iaitu Dana Khas yang hasilnya daripada petroleum dan gas barangkali. Tidak ada. Kita tidak ada satu perancangan yang agak konkrit untuk kita persembahkan kepada rakyat negeri Terengganu cara kita tidak sangat bergantung kepada hasil ini. Di peringkat pusat Tuan Yang Dipertua, kerajaan telah mengisytiharkan, kerajaan bimbang kalau trend ini berterusan maka kita tidak ada sumber pergantungan yang lain. Sekarang dimintak supaya cari sumber lain tetapi Tuan Yang Dipertua, kita jugak bimbang kalau nak cari sumber lain, janganlah kita berpaling kepada rakyat, kutip cukai baru daripada rakyat. Ini jugak satu kaedah yang mudah dilaksana tetapi tidak berkesan untuk jangka panjang. Jadi kerajaan negeri Terengganu apakah pendirian kita sekarang, adakah kita melihat rakyat negeri Terengganu juga sebagai sebahagian daripada sumber baru yang kita nak kutip daripada dia? Saya nak ambil peluang 2 minit saja Tuan Yang Dipertua berkenaan dengan isu ini. Saya nak katakan kajian kita secara terperinci, kebetulan Pegawai Kewangan yang baru ada bertugas. Saya ucapkan tahniah kepada Dato', saya mintak Dato' jugak memainkan peranan untuk beri penerangan berkenaan dengan perkara ini. Cukai baru yang kita nak laksanakan bukannya ada bangkangan, tidak. Kita menghormati dan kita tahu perlu ada satu sumber baru, baik dalam bentuk cukai ataupun sebaliknya tetapi perlaksanaan yang kita nak buat ni, kebergantungannya dengan alasan kita kata, kita nak mewujudkan percukaian yang lebih adil. Ini salah sama sekali pendekatannya. Adil itu di atas sifat kerana semua orang kena bayar bukan adil kerana hasil itu disumbangkan kepada semua orang dari sudut masses, ini salah pendekatannya. Saya berani dan saya sanggup untuk menghadiri apa saja forum dan juga dialog atau pun apa saja penerangan yang dimintak walaupun dalam bentuk sama ada forum, debat dan sebagainya tapi niatnya bukan untuk tunjuk kita tahu Tuan Yang Dipertua tapi saya berhasrat supaya penerangan yang betul kita bagi. Kita kata kita nak kutip cukai baru supaya semua orang bayar cukai, adil. Tetapi rakyat negeri Terengganu kita tahu, tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri dalam jawapan pagi tadi menyatakan bahawa dan semalam Kebawah Duli jugak ada menyampaikan Titah kedudukan paras kemiskinan di negeri Terengganu macam mana walaupun kita keluar daripada tangga kedua

68

Page 76: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

sebagaimana tahun-tahun sebelumnya tapi masih lagi dalam keadaan yang tidak membolehkan revenue itu kita raih atau hasil itu kita raih daripada rakyat kita sendiri. Ini terbukti kerana daripada nilai hasil negeri Terengganu sahaja yang setakat ini 96% pergantungannya masih daripada Dana Khas petroleum. Maknanya kalau nak kutip daripada rakyat kita tidak memadai untuk mengatakan hasil baru kerajaan negeri ini mesti datang daripada rakyat kita kutip, ini satu fokus yang salah. Saya berani kata sebab bukan kerana nak cari populariti kononnya nak lihat kita membela rakyat tapi hakikatnya kalau kita paksa setiap satu rakyat negeri Terengganu untuk membayar cukai dan terlibat dalam cukai dalam bentuk kata cukai selaras dalam bentuk GST tak mungkin kita boleh dapat hasil baru untuk membangunkan negeri, tak mungkin. Sebab itu saya masih lagi berhasrat ataupun berharap kerajaan negeri betul-betul melihat bidang-bidang baru seperti kata Tasik Kenyir merupakan satu sumber baru kepada negeri, okey kita boleh bersetuju tapi perlaksanaannya bagaimana? Adakah persediaannya cukup? Sebab itu pagi tadi saya mulakan bertanya tentang Kuala Terengganu KTCC, saya nak tanya betul ke tidak? Apakah nilai GDV dia? Gross Development Value maksudnya nilai sekiranya perlaksanaan keseluruhannya berapakah nilai dia, nilai pembangunan dia? Kita tidak boleh ukur Tuan Yang Dipertua dengan hanya jual tanah 20 ekar, 100 ekar dan dapat duit daripada jumlah penjualan harta tanah secara langsung begitu. Dunia tidak lagi melihat penjualan harta tanah secara terus, secara langsung begitu, tidak.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Bandar ada 3 minit lagi.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Semua orang Tuan Yang Dipertua melihat kepada nilai keseluruhan sebab itu saya mohon sungguh-sungguh, kita bukan menghalang, kita bukan tidak benarkan pembangunan tapi adalah mustahak kerana di Ladang tu yang kita sebut pasal KTCC tu adalah jantung kepada Kuala Terengganu dan alangkah malang kalau kita tidak dapat melihat, mengira dengan tepat nilai GDV akan datang kerana ini akan memandu menjadi panduan kepada kita untuk membentuk atau merangka pembangunan untuk bandar Kuala Terengganu. Kalau kita tidak ada suatu unjuran yang tepat berkenaan dengan development value ini, kita nak pandukan dengan apa? Apa panduan kita? Dan ini tidak perlu dan sepatutnya menjadi rahsia. Ini patutnya dikongsi untuk semua Ahli Dewan apatah lagi saya rasa rakyat pun harus tahu kerana kalau benda ini besar ada development gross nilai yang tinggi, rakyat pun suka. Rakyat Terengganu pun rasa, "Oh! ada satu perancangan yang teliti yang

69

Page 77: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

menjamin nilaian masa hadapan." Saya sokong kalau kata ini untuk melindungi nilai harta orang Melayu ke, warga Terengganu ke ataupun rakyat negeri Terengganu, semua orang sokong bukan ada masalah tentang perkara ini. Tetapi kita nak tahu, nak lihat ada tak promising power dalam development value yang dirancang ini kerana ini mustahak kerana kita menuju kepada zaman moden Tuan Yang Dipertua. Titah Kebawah Duli menyebut tentang kita mengandaikan, menghasratkan 'Negeri Maju' tahun 2030. Tanda-tanda 'Negeri Maju' ini mestilah bermula dengan indikator-indikator yang kita sebutkan tadi. Saya yakin rakan-rakan kita pentadbir kerajaan di sebelah sana sudah tentu tahu bukannya tak tahu. Saya tidak percaya kalau jabatan kerajaan, agensi kerajaan, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengetahui perkara ini, saya tidak percaya. Tetapi kenapa kita tidak menzahirkan perkara ini dan membantu pentadbiran rakan-rakan kita yang dilantik sebagai Exco dan sebagainya. Kenapa tidak membantu untuk urging ataupun mendesak kalau perkataan itu boleh digunakan supaya melaporkan perkara ini, nyatakan supaya rakyat negeri tahu dan dengar perancangan yang akan dilaksanakan.

Satu minit, Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila, silakan.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Saya mintak tolong ada jawapan dan ulasan terkini berkenaan dengan Program Telefon Pintar yang Dato' Seri Menteri Besar angkat dulu dalam Dewan, tunjuk begitu "Hor, ni telefon baru" yang akan dimajukan oleh Syarikat Top IT. Kalau boleh adalah sikit penerangan lanjutan kerana benda ini telah diperbincangkan dalam industri IT di seluruh negara. Kalau ada perkembangan yang baik, tolong kongsi Wakil-wakil Rakyat di sebelah sini akan cuba membantu untuk kata menyokong, ini adalah produk Kerajaan Negeri Terengganu. Kalau benda ini baik kita akan turut berbangga begitu jugak dengan beberapa produk yang lain yang disebut dan saya harap rakan-rakan yang lain bolehlah bawa.

Dan Tuan Yang Dipertua, Laporan Audit yang baru walaupun 2012 tapi tak apalah, ada menyebut tentang teguran yang keras. Pada saya ini agak memalukanlah apabila perkataan diguna dan secara terang disebut bahawa "Tidak memenuhi spesifikasi", "Terlebih bayar dan patut diminta bayaran balik".

70

Page 78: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Ini kalau pihak SPRM meneliti laporan ini sudah tentu syarikat yang bertanggungjawab atau syarikat yang berkenaan dengan Laporan/Teguran Audit ini sepatutnya diambil tindakan kerana terlebih bayar dan mesti dibayar balik. Kalau cara kita mentadbir atau bekerja dalam jabatan kerajaan, ini melibatkan surcharge dengan izin. Surcharge ini kerana terlebih bayar. Terlebih bayar ini adalah kesalahan disiplin yang agak berat Tuan Yang Dipertua. Tuan Yang Dipertua seorang pentadbir kerajaan juga, yang pernah menduduki dalam jabatan kerajaan yang penting. Surcharge ini perkara yang buruk untuk kita dengar tapi ada di dalam Laporan Audit, semua orang ada tolong tengok. Bukan, bukan, maafkan saya bukan kata tolong tengok tapi saya rasa tolong teliti memang ada berkenaan dengan PERTIMA yang kita kata peneraju Industri Halal Hab untuk negeri Terengganu sebab dia makanan dalam tin.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Bandar dah hampir 20 minit.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): 1 minit, saya akan habiskan ayat ini. Tetapi kerugian terkumpul RM11 juta. Company ini, syarikat milik Kerajaan Negeri Terengganu ini ditubuhkan semenjak 30 tahun dulu macam mana boleh rugi terkumpul macam tu? Saya tidak faham, industri peneraju, Industri Halal Hab tak sepatutnya, orang lain untung beratus-ratus juta setahun kita boleh rugi terkumpul setiap tahun. Ini ada dalam Laporan Audit, saya bukan bercakap berdasar hearsay, saya dengar dan saya tengok dalam ni.

Kemudian saya mintak tolong pada muka surat 56, Tuan Yang Dipertua. Saya tidak bermaksud untuk sinis, tidak tapi ini perkara benar. Tolong buka muka surat 56, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 yang dibagi ke kita ni. Di bawah perenggan 2 (e) - Nisbah Hutang. Ini berkenaan negeri Terengganu bukan negeri lain. Nisbah Hutang, ini ada kesilapan kita melapor. Dia kata bagi tempoh tahun 2018 sehingga 2012. Jadi tahun akan datang turun ke belakang. Jadi salahlah, itu terang-terang. Saya tidak berniat sinis tapi saya mohon kepada Tuan Yang Dipertua merakamkan perkara ini supaya teguran ini kita boleh sampaikan kepada Jabatan Audit, disampaikan kepada Pejabat Ketua Audit Negara di mana berlaku kesilapan dari segi kuantum kelihatan tu, '2018 ke 2012' itu memang salah sangatlah. Saya rasa apa yang dimaksudkan 2008 bukan 2018. Terima kasih banyak Tuan Yang Dipertua.

71

Page 79: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Bandar. Seterusnya, sila Y.B. Jabi. Mohon patuh pada masa sebab tak sempat kita nak meliputi semua Yang Berhormat untuk perbahasan nanti. Sila.

YANG BERHORMT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Wabihi nastain. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Negeri Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dan persekutuan serta sidang Dewan yang dimuliakan.

Alhamdulillah. Saya merakamkan ucapan syukur kehadrat Allah S.W.T dan merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Dipertua Dewan kerana memberikan kesempatan kepada saya dan peluang untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas semalam, kelmarinlah.

Tuan Yang Dipertua, adalah menjadi satu kebanggaan kepada pihak kerajaan mahupun kepada rakyat jelata negeri Terengganu apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah bertitah dan menzahirkan rasa puas hati Baginda terhadap perjalanan pemerintahan kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar yang dibantu oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Walau bagaimanapun, kita tidak harus lupa bahawa beberapa perkara yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia perlulah menjadi garis panduan dan jugak pedoman yang perlu diikuti oleh pihak kerajaan negeri terutama dalam aspek tadbir urus yang baik di dalam semua cabang ataupun bidang pentadbiran kerajaan negeri. Yang ditekankan semalam adalah sangat perlu pihak pentadbiran kerajaan negeri sentiasa meningkatkan integriti dan akauntabiliti yang sememangnya telah sedia wujud.

Sidang Dewan yang dimuliakan, pelbagai projek dan perancangan pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada hari ini adalah dikira sangat tepatlah pada masanya lebih-lebih lagi apabila kita hendak menuju kepada sebuah

72

Page 80: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

negara maju yang tinggal lagi lebih kurang 6 tahun menuju Wawasan 2020. Dan kita di negeri Terengganu ini sendiri meletakkan sasaran untuk menjadi negeri yang maju dan membangun seperti negeri-negeri yang telah maju pada masa ini 10 tahun selepas daripada Wawasan 2020 tersebut. Jadi pengukuran Negara Maju ini mungkin salah satunya bolehlah kita lihat ataupun diukur daripada kewujudan peluang-peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup rakyat di negeri Terengganu ini. Sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku Al-Sultan semalam di mana kadar pengangguran pada tahun 2013 masih lagi pada tahap 3.3% dan Baginda meyakini bahawasanya peratusan ini mampu kita turunkan melalui pelbagai program, mewujudkan peluang pekerjaan ini sehingga ke tahap 2.5% pada tahun semasa. Begitu juga dengan kadar inflasi negara kita yang berada pada tahap 2.5% kerana perbandingan dengan negara-negara lain di Asia Tenggara yang mana kadar inflasinya mencatatkan peratusan yang lebih tinggi daripada apa yang dicatatkan oleh negara kita seperti contoh, Indonesia - 6.9%, India - 8.4%, malah Korea sebuah negara yang maju pun mencatat kadar inflasi yang lebih tinggi daripada negara kita iaitu 3.5%, Thailand - 3%. Jadi keadaan dan situasi semasa ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada pengurusan ataupun perancangan pembangunan pihak kerajaan negeri. Bagi pihak rakyat, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada pihak kerajaan negeri yang telah mengambil langkah yang perlu untuk kita mengorak langkah menjadi sebuah negara yang maju. Sebagaimana yang disebut oleh Wakil Bandar tadi perlunya ada satu perancangan yang konkrit ataupun yang diyakini oleh rakyat jelata bahawasanya pada suatu hari nanti kita tidak lagi bergantung atau sumber kewangan negeri tidak bergantung sepenuhnya kepada royalti ataupun Terimaan daripada kerajaan pusat dengan sumber petroleum yang kita ada pada hari ini. Dan saya yakin bahawasanya kerajaan cukup menyedari dalam hal ini dan dengan sebab itulah pada hari ini beberapa perkara baru yang telah diutarakan oleh kerajaan sebagaimana contohnya kita nak membangunlan Pulau Bebas Cukai di Kenyir. Walaupun pelbagai ayat-ayat cynical dengan izin Tuan Yang Dipertua, ayat-ayat sinis, cemuhan dan sebagainya yang dihidangkan kepada rakyat tetapi kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tetap teguh dan jugak komited untuk membangunkan kawasan tersebut. Dan alhamdulillah, hari ini kita sudah melihat bibit-bibit kemajuan kepada program ini ataupun perancangan ini dan InsyaAllah akan dapat dinikmati oleh rakyat negeri Terengganu dalam tempoh yang tidak beberapa lama lagi.

73

Page 81: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Tuan Yang Dipertua Dewan, sudah tentu projek-projek pembangunan ini memerlukan belanja dan juga peruntukan yang besar, memerlukan pelaburan modal yang tinggi dan memerlukan juga kepada perancangan-perancangan yang ada kalanya apabila dibuat ataupun dilaksanakan kelihatannya agak kontradik sikit dengan apa yang selalu kita lihat sehari-harian sebagaimana yang disebut oleh Wakil Manir tadi tidak timbul soal pembangunan pada musim banjir ataupun berbeza dengan pembangunan pada musim kemarau. Itu perkara yang sebenarnya tidak perlu sebenarnya untuk kita kelirukan pandangan orang ramai ataupun rakyat di negeri Terengganu. Tapi yang menjadi masalahnya kepada kita pada hari ini Tuan Yang Dipertua ialah apa sahaja program-program pembangunan, projek-projek yang dibuat oleh kerajaan sama ada kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan selalu pulak dikaitkan ataupun disogokkan kepada rakyat dengan perkara-perkara yang mengelirukan yang kadang kalanya jauh berbeza daripada fakta yang sebenar. Maka dengan sebab itulah pada hari ini kita lihat berbagai-bagai kesan ataupun akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini sehingga menjadi kes-kes yang memerlukan dibawa kepada mahkamah, isu fitnah dan sebagainya. Dan saya duk kira-kira tadi Tuan Yang Dipertua, isu fitnah yang dibawa ke mahkamah yang telah diputuskan ini mahal jugak, besar jugak belanja ni, RM2 juta campur RM200,000 campur lagi RM200,000, bayar pulak kos mahkamah RM50,000 ada, RM30,000 ada, jadi semua sekali hampir RM2.5 juta jugak dibayar kerana memberikan maklumat yang tidak tepat. Jadi kita memohonlah kepada rakan-rakan yang terdiri daripada wakil-wakil yang mewakili kawasan masing-masing supaya program pembangunan, principalnya dengan izin, pada dasarnya dibuat untuk menjaga ataupun menjamin kebajikan rakyat. Tidak ada satu pun program pembangunan yang dibuat oleh kerajaan negeri yang tujuannya adalah untuk memberi kesusahan ataupun kemudaratan kepada rakyat.

Tuan Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyebut juga sedikit sebanyak berkenaan dengan apa yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenaan dengan peningkatan taraf hidup khususnya bagi kita menaik taraf ataupun keluar daripada kepompong kemiskinan. Di mana daripada laporan ini kita dapati negeri Terengganu masih lagi berada pada tempat yang agak tinggi di dalam senarai bilangan warga miskin. Dalam hal ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana dari segi kadang-kadang peningkatan taraf hidup ini ataupun perbelanjaan ini banyak dipengaruhi oleh gaya hidup sesebuah keluarga ataupun rakyat kita sendiri. Jadi pelancaran program yang

74

Page 82: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

akan dilancarkan nanti 'Program Jom Nanam' adalah suatu bentuk usaha menambah pendapatan yang sangat baik. Saya melihat di sini secara peribadinya ada dua strategi, serampang sekurang-kurangnya dua mata kalau lebih mujur. Mata yang pertamanya ialah apabila rakyat diberi kesedaran untuk menghasilkan sendiri bahan makanan mereka, sayur terutamanya, mereka yang pertamanya dapat menjimatkan dan mengurangkan kos perbelanjaan untuk mendapatkan bahan tersebut. Dan yang kedua, lebihan daripada hasil tanaman mereka ini akan dapat dijual dan ini memberikan pendapatan tambahan. Jadi dua perkara di sini, yang pertama mereka boleh berjimat dan yang kedua mereka dapat jual. Jadi kalau disifirkan secara mudahnya pergandaan kepada pendapatan mereka itu akan dapat dihasilkan. Jadi saya sangat-sangat berharaplah bahawasanya program ini dapat diaturkan dengan sebaik mungkin untuk kita membantu rakyat jelata ini supaya mereka dapat menambahkan hasil pendapatan isi rumah mereka pada masa yang akan datang. Sekadar saya nak menyebut perbandingan di sini pendapatan isi rumah kasar bulanan perbandingan di antara negeri Terengganu dan Kelantan dalam tempoh 10 tahun iaitu di negeri Terengganu RM 1,984 meningkat kepada RM3,017 dalam tempoh 10 tahun ataupun peratusan 152%. Dibandingkan dengan negeri jiran kita yang mencatatkan pendapatan isi rumah kasar bulanan RM1,829 meningkat kepada RM2,536 ataupun 138%. Maksudnya di sini hasil daripada projek ataupun program-program kebajikan kepada rakyat dalam tempoh 10 tahun ini kita telah menunjukkan peningkatan pendapatan dan jugak taraf hidup rakyat di negeri kita ini. Jadi sesuailah kalau dulu kita berada di dua tempat teratas, sekarang kita turun lagi dua tangga iaitu berada di tempat keempat sebagaimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Tuan Yang Dipertua Dewan, sebenarnya saban hari walaupun pihak kerajaan selalu dikritik dan jugak rakyat disogokkan dengan berita-berita yang kadang-kadang tidak tepat, banyak sebenarnya succestorydengan izin, Tuan Yang Dipertua Dewan ataupun cerita-cerita yang success, yang kejayaan-kejayaan hasil daripada program kerajaan yang telah dilaksanakan. Sebagai contohnya, izinkan saya Tuan Yang Dipertua Dewan, untuk mengemukakan satu laporan yang telah dibuat oleh pihak swasta berkenaan dengan salah satu anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri iaitu TDM Berhad. Di bawah TDM Berhad ini sebagaimana yang kita semua tahu dua bidang yang paling utama yang diterokai oleh syarikat milik penuh kerajaan ini ialah perladangan dan juga penjagaan kesihatan atau healthcare dengan izin. Bersama-sama dengan saya ini apa yang saya dapat

75

Page 83: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

maklumat ialah bagaimana recognition dengan izin, ataupun pengiktirafan yang telah diberikan oleh sektor-sektor swasta sama ada dari segi bank-bank pemodal ataupun pemegang-pemegang ataupun fund managers dengan izin, dan juga para analisis yang telah

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Laluan sekali.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Nantilah dulu, duk tengah sedap ni. Dang arh, kita beri kekgi. Macam dok caya pulak ke hamba. Boleh Manir sekejap lagi deh, tak habis lagi ni, jangan sekat tengah jalan gitu.

Kalau boleh dengan izin Tuan Yang Dipertua memetik sikit, ini public document sebenarnya bukanlah satu dokumen rahsia.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kita bagi 3 minit lagi Jabi.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): 3 minit. Okey, boleh. Apabila TDM Berhad hasil daripada arahan kerajaan negeri memulakan Program Rehabilitation dengan izin, ataupun Program Pemulihan terhadap company ini, saya ambil dalam tempoh 10, 2004 sehingga sekarang tahun 2014. Kita pun tahulah sebelum 2004 itu apa yang berlaku kepada Kerajaan Negeri Terengganu, semua masing-masing telah sedia maklum. Apabila diambil alih oleh pemerintahan kerajaan yang baru pada masa itu, kerajaan negeri telah mengarahkan satu Program Rehabilitation diadakan bagi tujuan untuk transform balik company ini, syarikat ini daripada syarikat yang pada masa itu tidak mencatatkan keuntungan kepada sebuah syarikat yang mencatatkan keuntungan yang berganda. Dan perlu kita maklumkan ataupun kita ambil tahu bahawasanya dalam tempoh 10 tahun itu mengikut laporan ini apa yang disebut, izinkan saya memetik dengan izin Tuan Yang Dipertua: "We have grown our average profit by 400 times. Our market capitiiization went up by 673%." Dalam tempoh 10 tahun ini kita mencatatkan 400 kali ganda nilainya di bawah Program Rehabilitation ini. Ini bukan saya yang sebut ni, ini yang sebut ni contohnya yang saya nak petik di sini ialah Maybank contohnya di dalam laporan yang dikeluarkan oleh Maybank -Successful Transformation. Itu conclusive yang dibuat oleh Maybank. CIMB pulak, Relatively Well Managed Company. Kemudian agensi-agensi yang menjalankan kajian pulak, The Successful Transformation Programme, apa yang disebut oleh Inter Pacific Research dan banyak lagilah Hong Leong dan sebagainya. Dari

76

Page 84: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Jupiter Research, The Install Programme Focus On Plantation Productivity That Is Paying Off. Ini yang nak disebut di sini bahawasanya kenapa syarikat-syarikat kerajaan sebagaimana disebut oleh Wakil Bandar tadi kita tidak menafikan dalam sesetengah perniagaan ini ada syarikat-syarikat milik kerajaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan tetapi selain daripada itu banyak juga syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kerajaan yang mencatatkan keuntungan yang melebihi sasaran ataupun jangkaan yang kita harapkan. Jadi Tuan Yang Dipertua Dewan, oleh itu saya merasakan bahawasanya adalah perlu dan rakyat sebenarnya menyokong, yang tak menyokong ini yang bukan suara terbanyak rakyat. Contohnya, pada dua malam yang lepas, saya pun sempat mengikuti International Squid Jigging Festival yang masih lagi berlangsung sehingga ke 17 haribulan. Ada seorang Wakil Rakyat di sebelah sanalah merendah-rendahkan usaha yang dibuat oleh kerajaan ini kononnya apabila ramai yang datang ini memusnahkan unjam-unjam yang mana tempat datangnya sotong dan sebagainya dan menjejaskan pendapatan pulak kepada para nelayan. Saya rasa ini satu tuduhan yang sangat tidak bermoral kerana dibuat dengan secara yang orang kata baham rambang. Saya sempat mengikuti dan berbual dengan salah seorang Editor, Steven Howard daripada Asia Travel Tips. Di mana itu yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, jumlah pengikut kepada laman webnya berjumlah jutaan oranglah. Saya pagi tadi sempat tengok website Travel News Asia ini. Bayangkan kalau kita dapat mempromosikan acara-acara baru ini di dalam kalendar pelancongan negara kita, berapakah yang dapat income ataupun pendapatan yang boleh diberikan kepada rakyat kita yang mengambil kesempatan daripada program yang dilaksanakan oleh kerajaan ini. Jadi dalam hal ini, saya nak mengambil kesempatan dan peluang untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan yang telah bertungkus lumus untuk mengendalikan program ini yang rata-ratanya apabila kita bertanya tetamu-tetamu kita daripada luar negara yang berjumlah lebih daripada 100 orang yang terdiri daripada editor, wartawan, juru gambar profesional yang mengendalikan majalah-majalah dan jugak promosi-promosi pelancongan di seluruh dunia. Mereka cukup berpuas hati, mereka cukup merasakan bahawasanya ini adalah suatu perkara baru yang perlu untuk kita beritahu kepada dunia yang boleh membawa kepada penjanaan pendapatan yang besar pada masa akan datang kepada rakyat negeri Terengganu ini. Saya pun tak tahulah guana dia kata kalau boleh menyebabkan sotong itu habis agaknya dia pergi bilang barangkali sotong-sotong itu dalam laut tu.

77

Page 85: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Jabi panjang lagi ke?

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Sikit lagi Tuan Yang Dipertua. Tuan Yang Dipertua Dewan dan sidang Dewan yang dimuliakan sekalian. Kemudian saya nak menyentuh juga sebahagian yang terakhirnya ialah berkenaan dengan pembangunan kawasan-kawasan yang di luar daripada bandar, contohnya di Setiu, Pekan Langkap, Pekan Batu Rakit, Pekan Permaisuri dan juga di Jabi sendiri. Saya amat mengharapkan bahawasanya pada masa hadapan dan kalau boleh dalam masa terdekatlah pihak kerajaan boleh mengutarakan satu Pelan Pembangunan yang terancang ataupun yang berterusan kepada kawasan-kawasan di luar bandar ini seperti Pusat Pertumbuhan Desa dan sebagainya untuk memberi peluang kepada rakyat yang selama ini di dalam khususnya Parlimen Setiu yang tetap dan terus menyokong Kerajaan Barisan Nasional ....(tepukan sokongan) selama ini. Jadi dengan sebab itulah maka hasrat-hasrat yang disampaikan oleh pihak rakyat yang disampaikan melalui wakil-wakil masing-masing ini perlulah diambil pertimbangan dan diambil kira dengan secara yang orang kata meyakinkan oleh pihak kerajaan negeri mudah-mudahan mereka di kawasan ini pun dapat mengecapi pembangunan yang sama juga dengan kawasan-kawasan lain.

Saya nak beri laluan sekejap kepada saing saya Manir, boleh ke Yang Dipertua?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya rasa dah panjang sangat dah.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Tak boleh, bukan salah sayalah tu Wakil Manir.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya tak benar dah, kita bagi

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Nak tanya sikit je.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Jabi duduk, Manir duduklah. Kita bagi peluang nanti InsyaAllah.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Tuan Yang Dipertua, Jabi mohon menyokong.

78

Page 86: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Jabi. Sila Y.B. Bukit Tunggal.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang dihormati Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan dan para Pemerhati yang dikasihi sekalian.

Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kerana diberi ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan atau merafak sembah Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas pada 13 haribulan iaitu semalam.

Pertama, suka saya nak merujuk kepada Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan ini pada muka surat 6, perenggan yang akhir. Di mana hasrat Baginda yang begitu tinggi dengan izin saya petik: "Beta ingin menekankan kepentingan suara rakyat dalam memacu kemajuan negeri agar selari dengan slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan". Bila kita sebut suara rakyat Tuan Yang Dipertua, maka suara ini telah disalurkan melalui wakil-wakil yang mereka dipilih dalam setiap kali pilihan raya. Dalam konteks kita sekarang ialah kita semua yang berada dalam Dewan hari ini ialah merupakan saluran ataupun kita membawa suara rakyat di kawasan masing-masing. Saya sangat-sangat berharap supaya Titah Baginda ini direalisasikan dalam pengamalan kita dalam pentadbiran kerajaan. Namun apa yang berlaku ini adalah sebaliknya. Kita sepatutnya mewakili kawasan atau DUN masing-masing, diterlibatkan sama dalam pembangunan dalam DUN kita, dalam kawasan kita sebab kita dipilih oleh rakyat. Ada yang majoriti 2,000, ada majoriti 1,000 lebih, ini menunjukkan bahawa majoriti rakyat di kawasan yang kita wakili memberi mandat kepada kita untuk menguruskan pembangunan, kemajuan sama ada pembangunan insan ataupun fizikal kepada wakil yang mereka lantik. Kita kena faham kedudukan kita sekarang 48% undi diperolehi oleh Pakatan Rakyat (PAS dan Keadilan), kerajaan hanya mewakili 52%. Suatu perbezaan yang sangat kecil yang bermaksud kita mempunyai suara pembangkang yang besar. Itu saya mintak paling kurangnya, paling kurang apa salahnya kita menjemput sama wakil-wakil dari Pakatan Rakyat

79

Page 87: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

ini, daripada PAS dan Keadilan berada di dalam Majlis Pembangunan Daerah supaya boleh kita beri pandangan rakyat sebenarnya, JKKK bukanlah pandangan rakyat. JKKK itu sebahagian besarnya lebih kurang 1% adalah Cawangan UMNO, pandangan parti sedangkan parti (UMNO) ditolak di kawasan kita. Rakyat kita memilih kita tapi suara kita tidak ada tempat dalam pembangunan insan ataupun pembangunan fizikal. Sebab itulah yang berlaku hari ini perkara-perkara yang berkaitan masalah penyakit dan sebagainya, saya akan sebut kemudian tapi yang saya nak sebut yang keduanya

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Mintak laluan sekali Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Sabarlah dulu, baru berucap tak puas lagi?

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Dah tanya.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Nak tanya kakranglah pulak.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Dah berehlah (Sambil gelak kecil)

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Allah! Kakrang boleh cakap.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Tanya marah dah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Dah marahnya, baru satni bercakap tak puas-puas, beri peluang ke kita pulak.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa, kita sama-sama jaga nada tu. Terima kasih. Sila teruskan Bukit Tunggal.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Sekurang-kurangnya pembangunan yang peruntukan untuk Wakil Rakyat kenapa diberi kepada orang lain. Dulu dilantik Pegawai Pembangunan DUN yang menguruskan,

80

Page 88: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

siapa Pegawai Pembangunan DUN? Siapa yang lantik dia? Adakah rakyat yang lantik? Ini suatu persoalan yang besar. Bagi kitalah yang menguruskan DUN kita, rakyat beri mandat kepada kita tapi ini tidak berlaku. Begitu juga tandatangan kita pun Yayasan Terengganu buang dalam bakul sampah aje. Apa erti rakyat pilih kalau tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan. Demokrasi Berparlimen mengutamakan rakyat, takkan nak suruh semua rakyat Bukit Tunggal masuk Dewan bercakap, itu lagi tak betul. Sayalah salurannya, sayalah wakilnya, sayalah suara rakyat kawasan saya. Ekoran daripada itu Tuan Yang Dipertua, maka suatu benda yang amat menyedihkan saya bila dicatatkan di dalam Titah Ucapan Diraja ini berkaitan dengan muka surat 16, para paling bawah jugak ingin saya petik: "Salah satu aspek penting dalam pembangunan negeri maju ialah Kesihatan Awam". Kesihatan merupakan suatu elemen, suatu syarat untuk kita menduduki sebagai sebuah Negara Maju. Ini indikator yang mesti kita penuhi. Tapi malang bila ucapan berikut dinyatakan bahawa Terengganu ini telah dapat suatu penyakit berjangkit, pertama disebut penyakit berjangkit bawaan vektor. Nyamuk ini istilah perubatan vektor pembawa penyakit iaitu Nyamuk Aedes. Terengganu mencatatkan suatu peningkatan yang sangat luar biasa. Dengan izin dipetik: "Beta merasa dukacita, apabila bilangan pesakit demam Denggi di negeri Terengganu meningkat daripada 48 kes bagi tahun 2013 kepada sehingga kini 232 kes dengan satu kematian". Sepatutnya kematian ini dapat dielakkan dalam kes-kes seperti ini. Disebut sebab apa ini boleh berlaku.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Kat Selangor parah lagi rasanya Yang Berhormat Yang Dipertua, kes Denggi ni.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Kita bukan Dewan Undangan Negeri Selangor, ini Terengganu kita ada hak sebagai rakyat Terengganu. Kalau Air Putih rasa nak pergi ke Selangor, silakan, silakan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Bukan marah dok? Khabor deh.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Saya dok marah tetapi saya memang begitu (Dewan gelak) .... bersungguh untuk rakyat.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Memang bekeng ke guana?

81

Page 89: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Dok bekeng, kesungguhan tu kena ada. Ini bukan perkara main-main, ini soal hidup mati rakyat kita, kesihatan rakyat kita (Tepukan sokongan) ....

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tengok gok saya sikit Bukit Tunggal. Bukit Tunggal tengok ke sayalah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Minta maaflah ....(dalam gelak)

YANG BERHORMAT HAJI MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT (Wakil Wakaf Mempelam): Yang Berhormat Bukit Tunggal, ni Wakil Rakyat pun kena Denggi, duduk hospital saya ni dulu.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Hingga ke hari ini pun tak pulih lagi tu. ...(Dewan gelak) ESR rendah lagi ...., Platelet Count rendah lagi.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila, sila Y.B. Bukit Tunggal sambung.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Ya, ya, saya sambung. Minta maaf. Dan malangnya Tuan Yang Dipertua, bila saya tengok laporan yang menyebut daerah Kuala Terengganu ni paling tinggi mencatatkan kenaikan kes Demam Denggi: "Jumlah kes Demam Denggi di Kuala Terengganu mencatatkan peningkatan luar biasa dengan mencecah 3,650%". Huh! Berapa ratus kali ganda tu iaitu 150 kes daripada 10 minggu pertama hingga Mac lepas.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Yang Dipertua, Bukit Tunggal, saya nak tanya sikit jer. Wakil Rakyat Parlimen dan empat DUN Kuala Terengganu tu siapa dia ya, yang banyak sangat Aedes ni? ....(Tepukan sokongan)

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Inilah kita tidak dilibatkan dalam pembangunan, tak diberi peruntukan, nak suruh kita jaga rakyat.

82

Page 90: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Ingat sebab tu yang meningkat banyak ni daripada dulu-dulu sebelum pilihan raya, ini musibahnya.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Tak, bukan musibah. Siapa yang menguruskan negeri, siapa yang menjaga Majlis Bandaraya, siapa yang jaga Pejabat Daerah? Kita tidak terlibat.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Dok terlibat tapi cakap banyak, kerja takdok.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Tanya pun tak boleh, tandatangan pun tak terima, Exco.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Doktor ada tapi cakap banyak takdok hasil. Inilah akibatnya, musibahnya.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Berapa ramai yang saya rawat boleh sihat, alhamdulillah.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Tengok, tengok. Tengok beginilah cara dia. Terima kasih.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Kena bercakaplah dalam Dewan sebagai Ahli Dewan.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Betullah. Exco kena relaks.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Dok Yang Berhormat kena relaks. Saya tanya soalan tu relaks aje.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Saya tak apa-apa,

83

Page 91: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Dah tak apalah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Saya bercakap tentang fakta dan tanggungjawab. Jadi Exco kena sabar sikit. Ini ucapan Tuanku. Jadi sebenarnya saya nak beritahulah ini pengalaman saya. Kita sepatutnya boleh predict penyakit berjangkit ni. Denggi ini memanglah dibawa oleh nyamuk. Semenjak lepas pada musim hujan lebat sebab kita mengalami banjir bulan 12, 2013. Dalam keadaan biasanya bila mari kemarau banyak air bertakung kerana apa? Pertama, kerana mungkin boleh kita kata sikap rakyat Terengganu memang tak ambil berat tentang kebersihan alam sekitar di sekitar rumah mereka. Itu sikap rakyat tetapi di sana kita ada pihak yang berkuasa selain daripada mendidik, kita juga boleh kalau saya nak sebut menjadi tanggungjawab kita bersama menggerakkan setiap kali lepas musim hujan dengan segera kita menggerakkan JKKK yang kita ada, Majlis Bandaraya yang kita ada, kita boleh buat suatu program sama ada gotong-royong dan sebagainya program untuk bersihkan di sekitar kawasan kita daripada bekas-bekas yang boleh menakung air. Tapi malang saya melihat untuk kawasan sekitar bandar Kuala Terengganu khususnya di bahagian pinggir bandar keadaan kampung tradisi yang tidak tersusun, tidak ada longkang yang sesuai, tidak ada tong sampah yang mencukupi. Maka ini juga boleh menjadi suatu faktor penyumbang kepada berlakunya sampah-sarap yang merata-rata dan takungan air. Kalau kita tengok contohlah, walaupun kita kata di Pulau Duyong suatu kawasan tarikan pelancong kerana kita belanja besar untuk Monsoon Cup sampai beratus juta. Tetapi kehidupan infrastruktur, sudah beberapa kali disebut dalam Dewan masih lagi teruk, longkangnya tidak ada, air cor merata-rata, kemudahan asas tidak ada. Sedangkan kita memanggil pelancong luar negara untuk main kapal layar. Tapi sejak daripada dah berbelas tahun, puluh tahun ke Monsoon Cup di sana kemudahan asas di Pulau Duyong begitulah tidak ada perubahan. Begitu jugak di kampung-kampung tradisi yang lain, jadi kalau kita nak salahkan rakyat 100% pun saya rasa tak boleh jugak sebab kerajaan yang bertanggungjawab tidak menyediakan kemudahan asas itu yang bagi saya kosnya tidak berapa besar berbanding dengan Monsoon Cup, Masjid Kristal yang kita bangga-banggakan. Tetapi kemudahan yang basicyang kita kata nak mencapai taraf Negeri Maju 2020, kesihatannya tak selesai.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Bukit Tunggal, 3 minit lagi. 84

Page 92: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Huh! Cepat pulak.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Laluan sekali Y.B., nampak lelah tu, boleh rehat sekejap, saya nak tanya sikit aje?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang kedua saya nak sebut soal berlaku kematian. Memang takdir qada' dan qadar kita tidak tolak. Tetapi ada perkara-perkara yang mungkin disebabkan oleh kelemahan kita contoh kes keracunan makanan sepatutnya tak berlaku kematian, saya sungguh sedih bila ada kematian kerana kes keracunan makanan. Just a simple case tapi ini mungkin sama ada lewat mengdiagnosa penyakit ataupun lewat mendapat rawatan yang sepatutnya. Tapi kalau kita melihat dari kemudahan kesihatan yang disediakan untuk rakyat Terengganu amat menyedihkan jugak. Kita punya kadar nisbah doktor - pesakit, 1 nisbah 1,400 ataupun 1,200, laporan tahun 2008, 1,400 sedangkan sasaran nisbah kita ialah 1 doktor 600 penduduk. Jauh lagi nak capai Negara Maju. Entah bila boleh capai 2020, wallahuwa'alam, mungkin tak capai. Katil pun tak cukup di hospital, hospital sendiripun tak cukup. Hospital Kuala Terengganu boleh tengoklah. Saya mula bekerja tahun 1986 hospital itu siap, badge pertama bekerja di hospital baru Kuala Terengganu, sekarang dah 30 tahun, tidak ada penambahan untuk hospital baru. Sekarang ini baru ada, alhamdulillah, saya ucap terima kasih, saya dah beberapa kali sebut dalam Dewan tentang perlunya hospital baru di kawasan Kuala Nerus, alhamdulillah. Kalau Teaching Hospital dengan izin, Hospital Pengajaran dapat diwujudkan di UniSZA dengan kapasiti 400 katil ini suatu kebaikan tapi harap dipercepatkanlah. Sekarang ini dah crowded dengan izin, di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan memberi suatu bebanan tugas yang melampau kepada kakitangan di sana, saya pun kesian tengok. Doktornya bekerja macam ayam tercabut ekor, ke sana, ke mari kerana katil pun lebih had, di wad sepatutnya 40 orang dah jadi 80 katil. Manpowernya sama, semuanya sama, doktornya sama, nursenya sama. Nurse yang sepatutnya balik shift pukul 9.00 malam, pukul 11.00 malam baru boleh balik. Ini suatu pengorbanan yang besar kerana kekurangan tempat (hospital), kekurangan kakitangan sendiri. Ini perlu kita ambil kira sebab soal nyawa rakyat. Sebab itu saya sebut di Dungun, sudah beberapa kali 'pecah tanah', sudah beberapa kali masuk dalam Rancangan Malaysia, tak siap-siap lagi. Antara yang melambakkan kes di Kuala Terengganu kerana Dungun terpaksa transfer case ke Kuala Terengganu jugak. Setiu pun sama terpaksa transfer case ke Kuala

85

Page 93: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Terengganu juga. Kuala Terengganu sebenarnya hospitalnya sudah tidak dapat menampung permintaan rakyat, maka saya pohonlah kepada kerajaan negeri mintak sungguh-sungguh dengan kerajaan pusat, saya tahu ini kuasa kerajaan pusat supaya Hospital Dungun disegerakan, Teaching Hospital UniSZA ini disegerakan. Tidak mahu saya tengok lagi kes kematian kerana keracunan makanan, ini cukup menyedihkan. Mati kerana Denggi, kes yang boleh dicegah sebenarnya. Ini InsyaAllah saya rasa kalau kita ambil perhatian suara pembangkang, walaupun kita pembangkang, saya bukan pembangkang semua nak bangkang. Saya ingat saya dah banyak cadang untuk kebaikan kita bersama. Itu tentang kesihatan, panjang pulak.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. panjang lagi ke Y.B.?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Ada satu perkara lagi yang saya nak sebut ni. Ada berapa minit lagi, 5, 10?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: 2 minit lagi, lebih dah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Allah, 2 minit lagi. Okey, terima kasih. Saya nak sebut satu, dua perkara berkaitan dengan Titah Ucapan Baginda Tuanku tentang MAIDAM, muka surat 19, perenggan di bawah. Saya nak sebut bukan apa, saya nak merakamkan ucapan terima kasih, setinggi-tinggi terima kasih saya kepada MAIDAM kerana nampak MAIDAM lebih terbuka, lebih telus mengiktiraf peranan Wakil Rakyat Pembangkang. Kita diberi peranan yang sama, dia edar borang kepada kita dan kita boleh memilih ataupun rakyat yang miskin boleh memohon melalui Wakil Rakyat Pembangkang, ini suatu perubahan yang sangat positif. Saya harap-harap sungguh jabatan-jabatan lain agensi-agensi yang lain juga boleh mengambil langkah yang sama demi meraikan kami jugak dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing. Kita ketepikan soal politik, masa pilihan raya kita lawanlah, biasalah PAS lawan UMNO, PAS ganti UMNO, itu biasalah dalam politik. Tapi soal kebajikan rakyat kita kena bak kata orang 'Biduk berlalu kiambang bertaut'. Kita datang ke Dewan sebagaimana Yang Dipertua ucapkan, kita datang berbincang untuk kebajikan rakyat, untuk kesejahteraan rakyat, kita semua mewakili rakyat. Tapi kalau pihak kerajaan nak mengkelaskan kita sebagai kelas dua, tak layan kita punya permohonan, itu suatu perkara yang tidak adil, saya rasa. Jadi Tuanku Sultan sendiri telah menunjuk satu

86

Page 94: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

contoh di bawah pentadbiran Tuanku yang sangat baik dan sangat positif yang harus dicontohi oleh kerajaan negeri ini.

Yang akhirnya saya ingin nak sebut satu perkara untuk nak dapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar sendiri tentang saya ni agak kurang fahamlah tentang Bas Amphibia Coach ataupun Bas Dua Alam yang hendak dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu ini. Pada pandangan sayalah, pertamanya dikatakan hendak digunakan di Tasik Kenyir, serampang dua mata. Yang kedua, hendak digunakan pada musim banjir, justifikasi yang diberikan kepada kita. Saya melihat tujuan pembinaan Amphibia Coach ataupun Bas Dua Alam ini biasa kita gunakan berjalan atas darat kemudian ada air, langkah air atau berenang, kemudian darat balik. Di Kenyir saya tengok hanya jeti ke jeti, bagi saya bot lebih sesuai.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Bukit Tunggal panjang lagi ke? 21 minit dah saya bagi.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Bagi saya bot adalah lebih sesuai dan kosnya yang lebih rendah dan boleh memberi kegunaan kepada rakyat. Yang kedua, musim banjir ni dia ada dua jenis, sama ada pakai yang dipanggil propeller (kipas) ataupun pakai waterjet. Dua-dua ini kalau nak guna musim banjir dengan sampah sarap yang banyak kalau pakai kipas pun dia akan tersumbat kipas, ayah saya orang kelaut, saya mengaku, dia akan lekat di kipas dengan tali, dengan plastik, dia akan mampus begitu jer. Kalau pakai waterjet pun dia akan tersumbat, air sedut tak masuk, tersumbat di penapis dia. Ini pandangan sayalah. Jadi sama ada pakai kipas untuk marine ni, untuk kegunaan air ataupun pakai waterjet sama jer, problemnya sama kerana dia akan halang pergerakan kerana musim banjir dia ada banyak sampah-sarap, plastik, tali dan sebagainya yang hanyut dan sebagainya. Ini akan menyebabkan maintenance yang sangat tinggi dan cepat merosakkan kenderaan ini. Yang keduanya, nak lalu ikut celah-celah rumah dengan bas yang kapasiti 50 passengers itu saya rasa tak sesuai, bot kecil lebih sesuai. Lainlah kalau nak guna untuk kakitangan kerajaan nak pergi melawat banjir, itu bolehlah. Muat 50 kakitangan kerajaan ataupun Wakil Rakyat melawat kawasan banjir dengan naik bas itu mungkin boleh tapi kalau nak menyelamatkan saya rasa tidak berapa sesuailah. Satu lagi dari segi harga yang ditawarkan USD380,000 atau MYR1.76 juta

87

Page 95: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Yang Dipertua, panjang daripada Pengerusi BBC ni.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Itulah dari 3 minit ke 2 minit, lepas tu 1 minit. Cakap kita kena buat neh.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Nak habis dah ni. Ya, ya tapi ini untuk kepentingan rakyat jugak. Kita ni pembangkang.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tapi peraturan juga perlu dihormati.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Kata hormat undang-undang, guananya.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Air Putih duduk dulu, saya rasa nak habis dah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Ini mungkin harganya patut dicheck semulalah. Itu cuma pandangan saya tentang perkara ini. Saya rasa oleh kerana ya-lah saya bukan kata tak mahu hormati Speaker tapi itulah benda yang hendak disampaikan mewakili rakyat kita. Jadi semoga apa yang baik dari Allah Taala dan tak baik dari kesalahan saya sendiri. Saya minta maaf banyak-banyak Speaker kerana mengambil masa yang lebih. Wallahuwa'alam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Y.B. Bukit Tunggal. Seterusnya saya buka untuk satu lagi, InsyaAllah. Sila Y.B. Tepoh.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Assalamualaikum warahmtullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Wassalatu wassalamu ala asyrafil anbia iwal mursalin. Wa ala alihi wasahbihi waman tabi'ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba'd.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para Pemerhati yang dikasihi sekalian.

88

Page 96: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas ruang yang diberikan untuk terlibat sama dalam membahas dan mengambil bahagian membahaskan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan sempena Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas.

Oleh kerana disebut tadi oleh Yang Berhormat daripada Bukit Tunggal mengambil masa yang lama, InsyaAllah saya akan bersikap adil untuk memanfaatkan masa yang ada dan tidak melebihi untuk memberi ruang kesaksamaan di antara sesama kita.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Jazakallah khair. Teruskan.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya melihat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Tunggal adalah demi kepentingan rakyat dan sangat perlu untuk diberikan perhatian oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh pegawai-pegawai daripada jabatan kerajaan sebagai komitmen yang padu, kesepaduan kita untuk membina dan memberi keyakinan kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang dilantik, yang dipilih memainkan peranan yang sangat besar dalam Dewan Undangan Negeri menyuarakan suara-suara rakyat demi kepentingan secara bersama.

Saya mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyanjung tinggi Titah Tuanku yang memberi penekanan terhadap kepentingan dasar tadbir urus yang baik dalam semua dimensi pengurusan, pematuhan peraturan, undang-undang serta ketelusan maklumat. Begitu juga dalam penekanan terhadap nilai integriti dan akauntabiliti. Perkara yang disebut ini atas semangat yang sama. Saya merasakan rakyat sangat perlu untuk diberikan pendedahan berhubung dengan pembinaan dan baik pulih terhadap Stadium Sultan Mizan yang disebut sebanyak RM100 juta. Saya ucap terima kasih kepada pihak kerajaan yang telahpun memberikan breakdown berhubung dengan perincian perbelanjaan RM100 juta seperti di dalam Soalan Bertulis yang dilampirkan kepada kita. Walaupun begitu Tuan Yang Dipertua, perincian bajet ini sangat penting untuk dinilai secara bersama oleh rakyat secara keseluruhan kerana asas pembinaan kos asal sebanyak RM191 juta, kemudian meningkat naik sehingga RM292 juta dan kini untuk baik pulih setelah berlakunya keruntuhan bumbung stadium tersebut kita perlukan bajet yang baru sebanyak RM100 juta. Perbelanjaan yang sangat besar ini sangat perlu dinilai oleh seluruh

89

Page 97: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

rakyat untuk melihat sejauh mana sebenarnya kesungguhan dan juga ketelusan yang ada untuk menjayakan pembangunan dan baik pulih yang dirancang ini. Tuan Yang Dipertua, kita tertanya-tanya sebagai mewakili rakyat apa status kes kecurian yang berlaku suatu ketika dahulu dan apakah sebegitu mudah harta milik kerajaan dicuri sedangkan syarikat keselamatan yang menyelia keselamatan dan kawalan di tempat tersebut sudahpun diupah dan diberikan ganjaran yang cukup baik? Kemudian kita datangkan balik dengan perincian untuk kita memperbaiki kembali stadium runtuh ini dengan membaiki struktur dan lain-lain kelengkapan sebanyak RM18 juta, membaiki sistem elektrik yang kita percaya kebanyakannya telah dicuri semasa keruntuhan tersebut RM20 juta, membaiki sistem mekanikal sebanyak RM14 juta, membina semula bumbung baru sebanyak RM48 juta. Tuan Yang Dipertua, di sinilah perlunya melihat kepada Sistem Tawaran Islam seperti yang disebut di dalam Al-Quranul Karim (yang bermaksud): "Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk faedah bagi manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, melarang daripada segala perkara yang salah, perkara yang mungkar serta kamu beriman kepada Allah S.W.T.". Inilah sebenarnya amalan Hisbah yang diwujudkan di zaman awal Islam secara tradisi bermula daripada zaman Rasulullah S.A.W. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar, urusan perdagangan yang dikenali sebagai Penyelia Pasar (Sahibul Souq) ataupun petugas di pasar (Al-Amin Fi Souq). Barangkali suatu ketika dahulu sesuai dengan sistem pasar, hari ini merupakan projek-projek yang cukup banyak berlaku, pantauan seperti Muqtasid ataupun Hisbah yang perlu dilaksanakan mestilah lebih serius. SPRM perlu diberikan suatu ruang yang cukup besar dan dalam masa yang sama pihak kerajaan juga perlu memantau. Kami sebagai Wakil Pembangkang mesti kami menyebut untuk mengambil kepentingan bersama supaya tidak wujud penyelewengan, supaya tidak wujud salah guna kuasa yang berlaku daripada kalangan pihak-pihak yang berkenaan. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, kenapa kita perlu kepada pengawasan? Kita sangat perlu kepada pengawasan kerana manusia cenderung untuk lupa. Manusia perlu untuk diberikan kesedaran. Yang pertama, dalaman mereka sendiri. Dan yang kedua, pengawasan yang bertujuan untuk mengingatkan mereka apabila lupa dan lalai. Seperti yang disebut oleh Allah (yang bermaksud): "Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya, sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihatnya dalam surat amalannya."

90

Page 98: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Tuan Yang Dipertua, dalam suasana negara dan negeri kita yang tidak sunyi dari belenggu dan beban najis dadah yang sangat menggerunkan di mana bangsa Melayu mencatatkan jumlah penagihan dadah yang sangat tinggi dibandingkan dengan bangsa-bangsa yang lain. Dalam keadaan kita berdabik dada, kita membawa kemajuan dan pembelaan untuk bangsa Melayu tetapi rekod mencatatkan bangsa Melayu merupakan bangsa yang tertinggi dalam negara ini daripada kalangan penagih-penagih dadah. Catatan yang dibuat pada tahun 2013 sebanyak 5,667 orang daripada kalangan bangsa Melayu berbanding dengan bangsa Cina seramai 522 orang berbanding dengan bangsa India seramai 818 orang. Bilangan yang besar menurut umur pula adalah antara 19 hingga 35 tahun. Menurut rekod yang dikemukakan oleh pihak berwajib 19 hingga 24 tahun mencatatkan bilangan 1,212 orang, 25 hingga 29 tahun seramai 1,304 orang dan 30 hingga 34 tahun seramai 1,525 orang. Saya ingin menarik perhatian Dewan Tuan Yang Dipertua terhadap masa depan anak-anak Melayu khususnya yang masih berada di alam persekolahan. Tahun 2013 kes penagihan dadah yang dicatatkan di peringkat sekolah rendah adalah seramai 1,246 orang. Di peringkat menengah rendah seramai 3,311 orang. Manakala di peringkat persijilan SPM adalah seramai 2,756 orang. Sepertinya penularan kes-kes penagihan dadah ini sangat serius dalam negara kita, apa yang saya ingin bawa dalam Dewan ini adalah pemupukan nilai kerohanian untuk generasi muda khususnya mereka yang masih berada di alam persekolahan. Nilai-nilai agama sangat wajar dibentuk semenjak daripada kecil seperti yang disebut oleh Nabi (yang bermaksud): "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak dan budi pekerti."

Tuan Yang Dipertua, dalam suasana kita membicarakan berhubung dengan persekolahan saya ingin mengambil ruang yang ada pada hari ini membuat sedikit teguran kepada Wakil-wakil Rakyat yang diundang khas untuk merasmikan program-program di sekolah sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Saya ingin menyebut khusus kepada Yang Berhormat Batu Rakit yang telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot. Apa yang telah diucapkan kepada seluruh ibu bapa pada waktu tersebut: "Mana Wakil Rakyat Tepoh? Kenapa tidak hadir?" Sedangkan kita tidak dijemput. "Apa peranan Wakil Rakyat Tepoh?" Sedang kita pada waktu tersebut langsung tidak diberi peluang untuk hadir ke sekolah. Tuan Yang Dipertua, adakah kita lupa pada Peristiwa 1 Mei pada tahun yang lalu apabila kita melakukan suatu usaha yang sangat ramah

91

Page 99: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

dan mesra kepada guru-guru di sekolah-sekolah untuk kita pergi meraikan mereka menyambut Hari Guru pada tahun yang lalu

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Betulkan sikit Y.B. Tepoh, ya bukan 1 Mei, 16 Mei.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Eh! 16 Mei, maaf.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Sebab ralit. Terima kasih Yang Dipertua. Tuan Yang Dipertua, 16 Mei kita pergi untuk meraikan para guru menghantar kek tetapi kita mendapat maklumat yang sangat negatif apabila beberapa perkara yang telah diberikan kepada guru-guru yang terbabit.

Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin tujukan kepada Yang Berhormat Seberang Takir, pada hari Jumaat baru-baru ini yang berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam, juga sekolah yang berdekatan dengan tempat saya yang menempatkan anak saya. Saya tidak kisah untuk mengherdik, untuk membicara tetapi saya ingin membicarakan tentang keutamaan berucap kita sebagai wakil kepada pemimpin, wakil kepada rakyat, menjadi pemimpin contoh kepada masyarakat. Saya tidak kisah untuk membawa cerita ini di dalam ruang-ruang ceramah tetapi yang kita ....

YANG BERHORMAT DATO' HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Yang Berhormat Tepoh hadir ke tidak di majlis tu?

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Isteri saya hadir.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Sepatutnya Yang Berhormat Tepoh sebagai seorang Bapa Mithali perlu hadirlah sebab anak ada di situ.

92

Page 100: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Terima kasih. InsyaAllah, saya akan jadi Bapa Mithali dan akan hadir bila Yang Berhormat rasmi pada masa akan datang.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Bapa tak dijemput ke, Yang Berhormat Exco? Rasanya ibu bapa dijemput juga dalam Mesyuarat PIBG.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Ya, tak apa. Saya tak beri izin pun dah bercakap dah. Duduk dulu Yang Berhormat Jabi. Kita tadi okdia bercakap. Sabar dulu. Tuan Yang Dipertua, saya bercadang nak ambil masa berhenti tapi nampak gangguan boleh tahan. Saya nak teruskan. Saya ingin menyebut perkara ini dari sudut sikap profesional untuk kita berucap dalam keadaan kes dadah yang cukup hebat, ponteng sekolah yang cukup dahsyat, guru-guru yang terbelenggu dengan masalah, inilah ruangnya untuk kita bercakap kepada ibu bapa. Jika sekiranya dipersoalkan mana Wakil Rakyat PAS, saya mencabar arahkan kepada JPN supaya kami semua dijemput untuk hadir merasmikan Mesyuarat Agong PIBG di sekolah-sekolah kawasan kita. Mengapa perkara tersebut tidak mampu untuk diberikan ruang kepada kita? Tuan Yang Dipertua, saya menyatakan kekesalan berhubung dengan insiden-insiden seperti ini untuk memastikan bahawa apa yang disebut oleh Tuanku Al-Sultan dalam Majlis Perasmian semalam mendapat perhatian daripada kalangan kita untuk membuka ruang yang baru dan dimensi yang baru untuk kita memastikan kepentingan rakyat diberikan suatu perhatian yang sangat serius daripada kalangan kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang Dipertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Y.B. Tepoh. Oleh kerana masa sudah melewati pukul 1.00 tengah hari maka saya berhasrat untuk menangguhkan sementara Dewan ini. Dan saya bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar menjemput semua Yang Berhormat dan ketua jabatan menikmati Jamuan Makan Tengah Hari di tingkat 18. Oleh kerana tempat yang tidak mencukupi, semua Pemerhati dijemput makan tengah hari di Ruang Legar U2. Jamuan ini dihoskan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar.

93

Page 101: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 2.30 petang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.05 TENGAH HARI.

94

Page 102: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

PUKUL 2.30 PETANG

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya buka lagi kepada perbahasan. Sila Yang Berhormat. Sila Y.B. Ladang.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Berapa minit Yang Dipertua?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: 15 minit InsyaAllah.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): A'uzubillahi sami'il-alim minasyaitani rajim. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir rabil alamin. Wasalatu wassalamu ala asyrafil anbia iwal mursalin. Wa ala alihi wa ashabihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang dikasihi Yang Berhormat Yang Dipertua, sebut kasih tu sebab kalau lambat sikit pun tak apalah kan atau lebih-lebih sikit. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, sahabat-sahabat sekalian Wakil-wakil Rakyat Exco dan petang ni takdok Pemerhati.

Saya mohon izin untuk sama-sama membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan nak merujuk terus kerana masa terlalu singkat. Err.... pukul berapa saya kena berhenti?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Ladang cakaplah dulu, tak apa.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Okey, tak apa, InsyaAllah, terima kasih. Saya nak terus merujuk kepada muka surat 5, tentang Tadbir Urus Negeri: "Sebagai sebuah negeri yang menuju ke arah kemajuan dan terus berdaya saing, Beta menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus yang baik dalam semua dimensi pengurusan dan sebagainya

". Salah satu aspek yang perlu ditekankan bila kita nak nilai sama ada satu organisasi itu sudah baik atau tidak kalau mengikut kata pakar management, menyatakan dia ada tujuh perkara yang kita kena lihat salah satunya ialah struktur organisasi itu sendiri. Nak tengok struktur tu bagus atau tidak, kalau bagus,

95

Page 103: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

baguslah salah satunya. Jadi saya nak merujuk terus kepada penyusunan semula yang sedang berlaku sekarang ini di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu dan juga kaitannya dengan MAIDAM. Dalam taklimat yang diberi oleh Pesuruhjaya Agama pada dua-tiga bulan yang lepas. Bila ditanya tentang ini dan beliau membuat statement bahawa selepas pada ini jabatan takdok dah, yang adanya MAIDAM aje. Itu statement yang dibuat oleh Pesuruhjaya. Kemudian saya bertanya kalau begitu mengapa Dewan telah meluluskan lebih pada RM70 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Agama? Kalau takdok jabatan mengapa peruntukannya ada? Jadi saya nampak macam ada krisis sikit di situ. Dan yang menjadi mangsa ialah kepada pegawai-pegawai yang bekerja di situ. Saya sebut dulu nak buat pinjaman pakai letterhead MAIDAM, kerajaan tolak sebab dia kira kakitangan MAIDAM, sebuah Badan Berkanun bukan jabatan. Okey, itu perkara kecil yang mungkin boleh diselesaikan.

Baru-baru ini JPA round seluruh negara buat 'Reorg'(Penyusunan Semula) untuk jabatan-jabatan agama tetapi tidak untuk Terengganu. Bila dibuat Reorg banyaklah pegawai yang diberi kenaikan pangkat kepada gred yang lebih tinggi tapi untuk MAIDAM Terengganu takdok dan ini tidak baik untuk pegawai-pegawai kita. Dahlah jawatan yang diperuntukkan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama lebih kurang 63 jawatan, yang terisi sudah lama cuma 40 orang. Kita bercakap tentang delivery yang kita nak berikan, tentang integriti yang kita nak adakan tapi strukturnya begitu lemah. Saya sangat menyokong sebenarnya kalau kita nak perkasakan Majlis Agama Islam, sangat-sangat menyokong sebenarnya untuk perkasakan MAIDAM. Tapi bila nak dibuat tu biarlah teratur sebab hubungan antara jabatan dan MAIDAM tu base dia berlainan digubal dengan undang-undang yang berbeza. Jadi kena teliti dan perlu ada satu stand yang jelas daripada kerajaan ke mana arahnya pegawai di jabatan atau MAIDAM ini. Itu kena disegerakan kalau tidak yang menjadi mangsa nanti ialah pegawai kita dan apabila kena kepada pegawai dia juga akan terkena kepada seluruh rakyat. Saya nak mengambil kesempatan ini juga untuk nak mengucapkan terima kasih kepada MAIDAM yang nampak jelas untuk memperbaiki keadaan yang ada. Tapi sekali lagilah dia kena dibuat dengan teliti dan sebab itu bukan mudah kena melibatkan JPA dan sebagainya. Mengapa berlaku begini? Saya tak tahu tapi saya mintak penjelasanlah nanti. Saya jugak nak sentuh sikit tentang zakat. Nampaknya MAIDAM sungguh-sungguh untuk membantu mengeluarkan zakat yang dikutip. Saya difahamkan pada tahun lepas zakat yang dikutip melebihi daripada RM120 juta dan RM120 juta itu ada hak fakir dan miskin sebanyak satu-perempat.

96

Page 104: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Maknanya berapa ya? RM30 juta. RM30 juta ini hak rakyat, hak orang miskin dan orang fakir yang tidak perlu kita simpan. Saya mencadangkan supaya seluruh RM30 juta ini dibelanjakan untuk satu tahun sebab hak mereka, tahun depan kita dapat hak lain pulak. Maknanya kalau RM30 juta setahun paling kurangnya setiap bulan MAIDAM perlu menghabiskan zakat untuk asnaf fakir dan miskin sahaja lebih kurang RM2.5 juta. Saya rasa tak ada masalah untuk bagi ni sebab hak mereka dan mereka berhak untuk dapat dan kita masih banyak orang-orang miskin yang perlu kita beri bantuan. Kerajaan negeri telah buat berbagai-bagai tapi masih lagi ada orang miskin dan di sinilah masanya untuk MAIDAM dengan bersungguh datang untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri Terengganu. RM2.5 juta perlu dihabiskan setiap bulan, mampukah pegawai-pegawai di MAIDAM melaksanakannya? Tak mampu bukan alasan. Tak ada pegawai bukan alasan. Sistem jika ada perlu diperbaiki, pegawai yang tak cukup perlu ditambah tapi untuk mengatakan tidak boleh, itu bukan alasan. Saya fikir kita kena berfikiran agresif sikit sebab ini untuk membantu rakyat yang masih miskin. Dan saya ucap tahniah kepada majlis dan terima kasih kepada MAIDAM yang baru-baru ini menghantar borang-borang untuk permohonan mendapatkan bantuan untuk fakir dan miskin. Tapi sekali lagi saya nak tegaskan bahawa MAIDAM perlu agresif untuk membantu rakyat yang diasnafkan sebagai fakir dan miskin ini sebab itu hak mereka. Dan kekosongan di Jabatan Agama yang sudah katanya dah dua kali interview tapi tak isi-isi perlu juga disegerakan. Tak ada alasan sebenarnya untuk tidak mengisinya. Dan saya jugak mintak pentadbiran negeri supaya menulis balik kepada JPA supaya datang semula untuk memberikan kenaikan pangkat kepada mereka yang patut dinaikkan pangkat kepada Pentadbir di Pejabat Agama ini. Jadi InsyaAllah kalau ini dapat dijalankan dengan baik saya fikir usaha-usaha untuk mengatasi masalah fakir dan miskin di negeri ini cepat tercapai. Saya juga ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama memohon supaya Majlis Fatwa Negeri membuat satu ketetapan tentang kutipan hasil pendapatan perniagaan di negeri Terengganu oleh Petronas. Petronas duk cari makan di Terengganu, ambil harta di Terengganu dan mereka patut dikenakan cukai ataupun zakat sebanyak 2.5%, itu hak kita. Saya bukan Ahli Fatwa tapi saya memohon supaya Ahli Fatwa Negeri Terengganu membuat fatwa sebegitu kalau berbetulan dengan kehendak agama. 2.5% adalah hasil yang dikenakan zakat daripada hasil perniagaan mereka di sini. Ataupun kalau takmboh dikenakan zakat, dikenakan recast, yang itu boleh bicara lagi tentang harta galian, paling kurangnya kena cukai atau kena beri balik kepada tuan dia sebanyak 20%. Hak tadi 2.5%, hak ni 20%, kalau boleh hak ni lagi baik sebab ini adalah berkaitan

97

Page 105: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

dengan hukum jadi saya mintak supaya Majlis Fatwa bersidang dan membuat hukum dalam soal-soal begini. Ini adalah kebaikan negeri Terengganu dan rakyatnya.

Saya juga nak sentuh tentang Delivery System ni sikit ajelah, takut terlupa. Bendanya remeh saja tapi berlanjutan. Delivery System maknanya kita nak cepat, kena efisyen. Saya nak sebut sekali lagilah bukan untuk kepentingan saya tapi nak sebut jalan sikit aje daripada Sekolah Seri Budiman II, bekas Cikgu tahu. Jalan tu sikit (pendek) aje rosaknya lebih kurang 100 meter aje. 6 bulan dah saya mintak, saya jumpa berbagai, SUK, Kewangan dan siapa-siapa lagi nak suruh buat sebab dia rosak teruk sangat dan membahayakan kepada budak-budak yang hendak ke sekolah, kebetulan laluan itu ikut rumah saya, mungkin takmbohbuat tu sebab ikut rumah Yang Berhormat PAS pun tak tahulah. Lepas tu baru-baru ni bubuh label nak buat jalan, label tu saja dah dekat sebulan lebih dah, label saja-saja tapi tak buat pun lepas tu tambun batu lok gitu dekat sebulan dah. Perkara ini kecil aje tapi inilah deiiveryyang kita sebut kepada rakyat. Ini perlu diperhatikan balik.

Kemudian saya juga ingin bertanya tentang bayaran kepada SATU melalui Internet Banking. Dia kata ada tapi banyak bank-bank besar macam Maybank dan hak besar-besar lagi tu apabila kita checktidak boleh nak bayar ikut tu, bank kecil-kecil jer ada, tak tahulah. Mungkin boleh diberi penjelasan jugalah mengenai perkara ini. Ini juga untuk kebaikan kita bersama.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Yang Dipertua, CIMB boleh bayar ke SATU pakai Cimbciick.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): CIMB tapi Maybank takdok. Maybank tu lebih besar.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Buka akaun lainlah Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Hor, kita ada hak tu aje nak buat guana. Pitih ada sikit, buka bank dua-tiga dok jadi (sambil gelak kecil) ....

98

Page 106: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Saya juga nak menyentuh sedikit tentang pembangunan di Tasik Kenyir. Pembangunan Taman Burung dan Pembangunan Taman Rama-Rama. Taman Burung dia belanja RM8.6 juta akhirnya. Saya nak tanya berapa ekor burung ada di situ sekarang ini dan berapa ekor lagi angsa yang masih tinggal yang belum mati yang masih berada di Taman Burung itu? Kemudian Taman Rama-Rama mahal lagi RM11.3 juta. Pembinaan Taman Rama-Rama di sana di Pulau Rama-Rama tu RM11.3 juta dan rama-sama ini dia boleh hidup sekejap aje, kemudian dia mati. Jadi macam mana kedudukan sekarang ini rama-rama di Pulau Rama-Rama? Takut kita habis banyak pitih dan membazir saja sebab infra tak cukup, apa lagi kita dah mula masuk di situ sehinggakan dia menjadi bahan makanan kepada pemangsa-pemangsa di sana. Berapa minit lagi?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Ladang ada 3 minit lagi.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Tak termasuk masa kecacatan lagi.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Extra time, injury time dah tu.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Okey tak apa. Saya cuba cepat-cepat. Kemudian saya juga nak bercakap tentang ada disebut tentang silika, Pembangunan Lembah Silika dan kita dikatakan kaya dengan pasir silika ni. Mungkin saya tak berapa faham tapi nak mintak sikit pencerahan daripada kerajaan bagaimanakah bentuk industri silika di Terengganu ini? Apakah basuh-basuh jual begitu aje ke ataupun akan dibuat industri yang mengeluarkan final product daripada silika ini? Mungkin boleh dihighlight sebab tak tahu sebenarnya.

Kemudian tentang Ladang Gemilang. Ada disebut dalam Laporan Audit berkenaan dengan tapi sebelum pada itu keliru sebenarnya. Kerajaan kata adalah untuk dijual dan dijadi sewa dan dijadikan sewa-beli, begitu? Tapi sehingga sekarang saya difahamkan surat tidak diterima lagi oleh penghuni-penghuni di sana, kalah salah tolong perbetulkan, bagaimana harus mereka lakukan, adakah boleh beli terus begitu ke atau bagaimana sewa yang telah dibayar selama ini, apakah dianggap sebagai satu deposit atau bayaran ansur yang dikenakan kepada mereka? Ia tidak jelas sebenarnya, surat yang ada dulu kata sewa sahaja selama 3 tahun, 3 tahun dah habis dah. Jadi nak tahu keadaan sekarang. Yang

99

Page 107: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

seterusnya tentang Ladang Gemilang ini ialah tentang kalau ikut Laporan Audit muka surat 7, Tunggakan Sewa. Tunggakan sewa sehingga bulan Ogos 2013 berjumlah RM560,000. Apa akan jadi kepada mereka yang tidak membayar ini dan saya yakin bahawa ramai antara yang tak bayar ini kerana mereka tak mampu nak bayar. Mereka bukan tak nak bayar tapi tak mampu nak bayar. Apakah mereka suatu hari nanti akan dihambat keluar atau bagaimana? Ataupun apakah ada usaha-usaha untuk membantu mereka untuk menjelaskan bayaran ini sama ada daripada kerajaan sendiri atau daripada MAIDAM. Katanya dah ada daripada MAIDAM tapi bagaimana dengan mereka yang masih tertunggak banyak ini. Saya fikir mereka perlu dibantu dan perlu diberikan satu harapan kepada mereka bahawa mereka boleh terus duduk di sana dengan bayaran sewa ditanggung oleh pihak-pihak tertentu yang saya fikir ianya tidak berapa banyak mana kosnya.

Saya nak sebut sikit lagi tentang Ladang ni, di kawasan saya ini tentang industri tembaga. Mungkin kerajaan boleh sebut kat mana agaknya lagi ada industri tembaga di kawasan Kuala Terengganu ini terutama di Ladang setelah industri mereka dikuburkan dengan pengambilan balik tanah dan bangunan-bangunan tempat mereka membina industri ini telah ditiadakan dan tidak diganti dengan segera. Dia janji nak ganti, nak ganti tapi takdok lagi sekarang ni untuk mereka berniaga dan mereka dah lama tak berniaga.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Ladang, panjang lagi ke?

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Ikut Yang Dipertua, Yang Dipertua kata suruh panjang, saya panjang.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya bagi 1 minit lagi. InsyaAllah.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Sedikit tentang Drawbridge. Drawbridge ni pasal apa dia panggil Drawbridge, saya pun tak tahu, dia boleh buka begitu kan bridgenya? Disebut bahawa bridge (jambatan) ini tinggi dia 7 hingga 8 meter maknanya bila kapal besar nak masuk kita boleh buka dan dia masuk. Tapi mengikut laporan teknikal yang saya terima, katanya keluasan untuk masuk tu antara tiang ke tiang cuma 23 meter dan ini tidak membenarkan ves yang besar-besar untuk masuk sebab dia hampir sangat dengan tiang tu. Saya tak tahu apakah ini salah teknikal aspeknya ataupun ianya begitu atau bagaimana tapi saya diberitahu bahawa oleh pakar-

100

Page 108: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

pakar bahawa kalau ves besar-besar nak masuk dia akan membahayakan sebab dia terlalu hampir dengan tiang.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Berhormat Mulia Ladang, saya rasa dah cukup dah kot.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Setengah minit lagi. Satu lagi saya nak tanya sikit walaupun ini hal syarikat tapi ini anak syarikat kerajaan iaitu tentang TDM. Mungkin Dewan boleh diberitahu berapa agaknya elaun yang dibayar pada Chairman (Ketua) atau Pengerusi TDM Berhad yang dikatakan betulkan saya, yang dikatakan setahun berjumlah lebih kurang RM300,000. Manakala Ahli Lembaganya mendapat bayaran lebih kurang lebih pada RM200,000 setahun. Betulkan saya kalau saya salah tapi ini maklumat yang saya terima. Saya juga nak mengetahui bagaimana dengan pelaburan tanaman kelapa sawit di Indonesia bagaimana prestasinya setakat ini?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Ladang panjang sangat dah, boleh berhentilah, ya.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Nak suruh berhenti takdok arahlah, saya patuh kepada Yang Dipertua biasanya. Jadi hari ini saya nak patuh jugaklah.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih banyak.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Mulia Ladang atas kepatuhan kepada YDP. Seterusnya saya buka lagi. Sila Y.B. Teluk Pasu.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Teluk Pasu): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir Rabbil Alamin. Wassalatu wassalamu ala asyrafil anbia iwal mursalin. Wa ala alihi wa ashabihi ajmain. Ammaba'd.

101

Page 109: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, para Pemerhati yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua kerana memberi laluan kepada saya untuk turut serta membahaskan Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan pada petang ini.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sebagaimana Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan yang telah dibentangkan atau disampaikan pada pagi kelmarin, ucapan yang dimulakan dengan menyebut tentang tragedi kehilangan pesawat MAS MH 370. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk memulakan ucapan saya juga dengan menyebut tentang peristiwa tersebut dengan Firman Allah S.W.T. (yang bermaksud): "Orang-orang yang sabar itu ialah orang-orang yang apabila ditimpa ke atas mereka dengan musibah, mereka berkata sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali." Kita melahirkan rasa sedih dan simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan kita mendoakan agar keluarga mangsa yang terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang berat ini.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, walaupun pelbagai spekulasi yang kita dengar sehingga membawa kepada Wakil Kerajaan Kota Putera hari ini membawa usul. Namun apa yang pasti daripada peristiwa tersebut benar-benar telah memberikan suatu kesedaran dan keinsafan kepada kita umat Islam khususnya bahawa kita manusia ini adalah manusia yang kerdil yang sangat lemah. Dan Allah Taala itulah yang maha mengetahui dan maha berkuasa di atas segala-galanya. Tujuan satu-satu musibah yang Allah timpakan kepada kita di antaranya ialah supaya kita ambil iktibar dan peringatan, seterusnya kita merasa sedar dan insaf dan akhirnya kita kembali kepada Allah. Tetapi malangnya ada juga di kalangan manusia yang tidak mengambil iktibar. Benarlah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah S.W.T. dalam Surah Al-An'am, ayat 43 (yang bermaksud): "Kenapa mereka itu tidak tunduk dan patuh kepada Allah di saat datang kepada mereka musibah daripada kami tetapi disebabkan hati-hati mereka menjadi keras dan syaitan telah menghiaskan kepada mereka perbuatan maksiat itu dilihat suatu perkara yang baik, yang mendatangkan kesan yang positif kepada mereka." Saya melahirkan rasa terkilan dalam suasana kita bersedih dengan insiden yang berlaku tiba-tiba ada pihak yang boleh membenarkan berlangsungnya satu konsert di Bukit

102

Page 110: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Jalil pada pertengahan bulan Mac yang lalu Konsert Festival Future Music Asia 2014. Ini satu contoh yang sangat jelas menggambarkan bagaimana masih ada di kalangan manusia yang tidak sedar dan insaf. Saya menyebut perkara ini sebagai peringatan kepada kita semua di peringkat kepimpinan khususnya di peringkat kerajaan negeri supaya sama-sama kita mengambil peringatan dan iktibar daripada apa yang berlaku supaya kita semua kembali kepada Allah dan di atas dasar itu saya mengingatkan kepada kita semua khususnya pihak kerajaan supaya kita dengan penuh keinsafan, dengan kesedaran daripada apa yang berlaku maka kita kembali kepada Islam dengan melaksanakan segala perintah Allah secara menyeluruh dan segala aspek kehidupan melaksanakan hukum-hakam syariat Allah S.W.T. menunaikan kewajipan amal makruf dan nahi mungkar dan juga menegakkan segala kewajipan tanggungjawab yang sesuai dengan perintah Allah dan juga perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan juga Sunnah Rasul-Nya S.A.W.

Tuan Yang Dipertua, dalam Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan juga ada menyebut tentang rasa dukacita Tuanku terhadap kes kematian akibat keracunan makanan baru-baru ini, ini ada disebut. Di mana keracunan makanan ini dipercayai berpunca daripada ayam goreng yang dibeli di pasar malam sekitar Kuala Terengganu. Ujian darah yang dibuat menunjukkan terdapatnya kehadiran bakteria yang dikenali dengan Salmonella yang mengakibatkan keracunan dan boleh membawa kepada maut. Bakteria tersebut berasal dari perut ayam yang tidak diproses dengan betul oleh pembekal ayam. Maklumat yang diterima daripada peniaga pasar malam sebenarnya bekalan ayam tersebut diimport dari Thailand kerana harganya lebih murah daripada ayam di pasaran tempatan. Jadi keracunan tersebut berasal dari ayam yang dibekalkan oleh pembekal bukannya faktor peniaga pasar malam itu sendiri. Persoalannya ialah adakah kerajaan memantau industri pemprosesan ini sama ada ia cukup bersih untuk diedarkan di pasaran tempatan atau sebaliknya?

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, bercakap berkenaan dengan peniaga ataupun penjaja pasar malam ini. Saya mengambil kesempatan di ruang yang ringkas ini untuk membawa luahan dan cadangan mereka sekian lama agar kerajaan dapat menggazetkan tempat dan menyediakan prasarana yang sempurna kepada mereka kerana kita percaya ini adalah satu langkah sama ada dari jangka masa pendek atau jangka masa panjang ianya boleh mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini khususnya kemungkinan berlakunya

103

Page 111: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

keracunan di masa-masa yang akan datang. Dengan menggazetkan tempat untuk berniaga pasar malam ini maka sudah tentu faktor kebersihan dan fasiliti premis lebih terjamin di mana semua kemudahan asas dipusatkan termasuklah sumber air bersih, kaedah pembuangan sampah yang sempurna, kebersihan tempat memproses bahan mentah, point elektrik dan tapak niaga yang disimen, tandas dan surau untuk peniaga menunaikan solat dan lain-lain. Realiti yang ada pada hari ini kita dapati sampah-sarap yang tidak terurus dan ada tempat pasar malam yang tertentu peniaga-peniaga yang terpaksa membuang air kecil di merata-rata tempat seperti di dalam longkang, semak dan lain-lain. Ini menimbulkan satu suasana yang memang tidak menepati kaedah penjagaan kebersihan. Semua ini berpunca daripada ketiadaan fasiliti yang lengkap dan sempurna. Maka tidak mustahil apabila soal kebersihan ini tidak dimonitor dan diurus dengan baik akan datang kita akan lihat pula keracunan yang lebih teruk lagi akan berlaku yang mungkin akan menyebabkan menjejaskan lagi ekonomi peniaga pasar malam itu sendiri. Di samping, apabila tapak-tapak ini diwujudkan dan digazetkan ia juga akan menjadi salah satu daripada tempat yang boleh menarik para pelancong untuk berkunjung dan mengambil manfaat daripada tempat yang telah ditetapkan itu. Jadi saya menyeru kepada pihak kerajaan agar mengambil perhatian terhadap luahan dan permohonan daripada pihak Persatuan Peniaga Pasar Malam ini agar kerajaan dapat menggazetkan tempat dan menyediakan fasiliti yang sempurna bagi mereka untuk berniaga dan mencari sesuap nasi dan seteguk air.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya jugak ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyentuh sedikit isu yang berkait dengan KUT (Kompleks Usahawan Terengganu) yang pernah saya bangkit dan sebutkan dalam Dewan yang mulia ini pada bulan enam penggal yang lepas, mesyuarat yang lepas pada tahun 2013. Sebagaimana dimaklumkan oleh pihak kerajaan bahawa KUT ini secara rasmi telahpun diserahkan kepada pihak kerajaan khususnya YPU pada 22 Februari 2012. Dan kerajaan telah memberikan suatu komitmen untuk memastikan matlamat daripada penubuhan KUT itu benar-benar tercapai. Dan saya telah mengingatkan perkara ini dalam ucapan saya sebelum ini agar tidak ada 'gajah putih' yang masuk ke kampung kami ataupun di DUN kami dengan projek yang tidak membawa apa-apa manfaat ataupun keuntungan kepada masyarakat khususnya para usahawan. Jadi melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ini, kebimbangan itu seolah-olah hampir menjadi kenyataan walaupun kerajaan telah menyatakan komitmen untuk membuat suatu tindakan bagi mencapai matlamat yang digariskan tapi apa yang berlaku hari ini, KUT ini 'hidup segan mati pun tak mahu'. Kedai-kedai butik

104

Page 112: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

atau kedai-kedai batik banyak yang tutup daripada masa mereka beroperasi ataupun berniaga dan satu lagi kedai komputer itu pun tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Kita difahamkan jugak sebelum ini bahawa satu bahagian daripada KUT itu akan diberikan kepada pengusaha hotel bajet 3 bintang tapi saya difahamkan sekarang ini juga tidak berlaku.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Teluk Pasu ada 3 minit lagi.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Teluk Pasu): Jadi saya sebenarnya tidak faham apakah sebenarnya tindakan yang telah diambil oleh kerajaan, barangkali saya boleh simpulkan bahawa projek ini ternyata gagal dan tidak ada tindakan ataupun program yang proaktif dan serius oleh pihak kerajaan bagi memastikan projek yang bernilai RM21 juta ini tidak hangus begitu sahaja. Jadi saya harap perkara ini diambil perhatian yang sungguh-sungguh supaya dengan jarak masa yang ada ini sudah hampir 3 tahun daripada 2008 hingga 2014 tidak ada apa-apa perkembangan yang positif. Jadi InsyaAllah, kita harap perkara ini ada perubahan di masa yang akan datang dan diambil tindakan serius oleh pihak kerajaan sendiri.

Jadi saya rasa itu sahaja Tuan Yang Dipertua masa yang ingin saya ambil bagi menyebut beberapa perkara untuk perhatian kita semua khususnya pihak kerajaan. Terima kasih. Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Y.B. Teluk Pasu, tepat masanya 15 minit. Terima kasih banyak. Sila Y.B. Bukit Payong untuk meneruskan perbahasan.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Alhamdulillahil qa-il inna aradnal amaanata alassamaa watiwal ardi waljiba fa abaina ai yahmil naha fa asyfaq naminha wahamalahal insan innahu qaanazoluman jahuula. Assalatu wassala mu ala asyrafil anbia iwal mursalin. Wa ala alihi wa sahbihi wattabi'i nalahum bi ihsani ila yaumiddin. Ammaba'd.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, Pemerhati, hadirin dan hadirat yang saya hormati lagi saya kasihi sekalian.

105

Page 113: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Kita bercakap tentang integriti, kita bercakap tentang amanah, kita bercakap dalam pengurusan yang cekap dan pentadbiran yang jujur. Dan inilah yang kita mahu lahirkan dalam diri kita dan anak-anak kita, seluruh rakyat kita dan sudah menjadi amanah yang telah ditetapkan dalam perlembagaan, kerajaan negeri bertanggungjawab dalam tiga perkara. Yang pertama, tanah. Yang kedua, air. Yang ketiga ialah agama. Ayat yang saya baca sebentar tadi mengingatkan saya dan diharap mengingatkan semua juga bagaimana Allah Taala mengingatkan kita semua: "Sesungguhnya Kami telah membentangkan amanah kepada sekalian langit, bumi dan gunung-ganang tetapi semuanya enggan untuk memikulnya dan merasakan beban dan berat untuk memikul amanah ini. Dalam keadaan manusia mahu memikulnya kerana manusia itu seringkali banyak melakukan kezaliman dan jahil tentang kesudahan hukuman dalam mencuaikan amanah ini."

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, dalam perbincangan kita mengenai pendidikan agama Islam dalam negeri ini sepatutnya kerajaan memiliki Pelan Pendidikan Agama yang lengkap, yang menyeluruh bukan sahaja dari prasekolah tetapi sekolah rendah, sekolah menengah, pondok-pondok, sekolah agama rakyat dan universiti. Dulu seluruh rakyat Terengganu termasuk saya berbangga dengan adanya Kolej Universiti Islam ataupun Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sehingga melahirkan pelajar-pelajar yang memiliki kefahaman tentang agama. Akhirnya KUSZA diangkat statusnya menjadi UniSZA pada hari ini. Yang saya merasa runsing, Kerajaan Negeri Terengganu tidak memiliki satu pusat pengajian tinggi yang tersendiri, kita boleh berbangga dengan UniSZA tetapi UniSZA adalah milik Kerajaan Persekutuan, UMT dan banyak lagi tetapi apakah peranan kerajaan negeri dalam pendidikan agama di peringkat pusat pengajian tinggi. Diwaktu yang sama timbul satu persoalan UniSZA yang berada di tapak KUSZA sudah tentulah segala harta yang ada di KUSZA itu milik kerajaan negeri. Adakah seluruh pampasan-pampasan daripada milik kerajaan negeri telah dibayar oleh Kementerian Pendidikan ataupun Kementerian Pelajaran Dan Pengajian Tinggi kepada Kerajaan Negeri Terengganu? Jika telah dibayar alangkah baiknya jika semua pampasan itu digunakan untuk mewujudkan Kolej Islam yang baru yang dulu pernah saya menyebutnya pada tahun 2008 diawal ucapan saya dalam Dewan ini dengan mewujudkan Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin ataupun Kolej Sultan Mizan dan apa sahaja nama tetapi ia sebenarnya memberikan suatu imej kepentingan kita terhadap pusat pengajian tinggi ini. Demikian juga sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah menengah agama di bawah kerajaan negeri, kita rasa cukup baik lahirnya IMTIAZ tetapi IMTIAZ memberi ruang kepada pelajar-

106

Page 114: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

pelajar yang cemerlang, di sana mungkin ada pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dengan sebab suasana keluarganya, dengan sebab suasana kemiskinan dan berbagai-bagai lagi. Diwaktu yang sama kita yakin dan keluarga, ibu bapa serta rakyat yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah agama ini. Contoh di DUN Bukit Payong, DUN Bukit Payong ada dua buah sekolah menengah, daripada sekolah rendah sebegitu ramai pelajar, sekolah menengahnya ada dua. Dengan harapan InsyaAllah, untuk mengawal suasana gejala sosial, mat rempit dan berbagai-bagai apa salahnya kerajaan buat perancangan untuk mewujudkan sekolah-sekolah menengah agama di setiap DUN untuk diberi ruang bukan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang tetapi pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik untuk meningkatkan dirinya dengan cemerlang dengan harapan InsyaAllah dengan adanya sekolah-sekolah ini mereka akan menjadi cemerlang seterusnya ada ruang untuk mereka, ada peluang untuk mereka untuk merasai dan mempelajari agama dan pendidikan Islam ini.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, bila kita bercakap tentang amanah, integriti. Saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Audit Negara. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 yang telah mendedahkan dan telah menceritakan kepada kita tentang beberapa perkara yang berkait dengan pengurusan infrastruktur yang ada dalam negeri kita, khususnya yang berkait dengan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikian jalan raya. Dalam Laporan Audit ini menyebut beberapa perkara secara ringkasnya kerja penyelenggaraan yang dirancang tidak dilaksanakan. Kadang-kadang kerja penyelenggaraan diganti dengan jalan lain, kadang-kadang kualiti kerja penyelenggaraan jalan kurang memuaskan bahkan kos senggaraan jalan berkala melebihi had kontrak sedangkan penyelenggaraan jalan raya ini diserahkan kepada syarikat konsesi yang tertentu. Suka saya bertanya apa dia ataupun syarikat konsesi yang mana dan syarikat konsesi ini yang kemungkinan buat kesilapan-kesilapan ini apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memperbetulkan apa yang disebut oleh Ketua Audit Negara? Apakah tindakan kerajaan? Apakah peranan daripada Ketua Audit Negara ini, bimbang takut laporan ini sampai kemudian tidak ada tindakan-tindakan yang dibuat untuk memperbaiki nasihat dan pesanan serta saranan yang ditunjukkan oleh Ketua Audit Negara. Saya juga melihat kadang-kadang jalan raya yang dibina berdasarkan kewajipan dan tanggungjawab. Ada jalan persekutuan, ada jalan negeri, ada jalan di bawah dan diurus oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Saya rasa terkilan dengan sebab suara yang banyak daripada rakyat khususnya mereka yang melalui daripada Bukit Payong nak pergi ke Kuala Berang di hadapan rumah Yang

107

Page 115: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Berhormat Pengkalan Berangan. Kemungkinan Yang Berhormat Pengkalan Berangan dia tidak berani nak sebut, dia orang kerajaan, saya tolong sebutlah. Jalan Binjai Rendah yang sebegitu lama dibina pembahagi jalannya dengan tong-tong, saya dok tahu orang panggil apa dok tahulah, biasa kereta langgar, biasa berlaku kemalangan. Bila pembaikian jalan itu mahu dibuat? Kenapa dan apa masalah dia sehingga sebegitu lama tidak dapat diselesaikan yang bukan sahaja menyukarkan rakyat tetapi kadang-kadang mengancam nyawa mereka yang melalui jalan tersebut.

Yang terakhir, saya mahu sebut Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua mengenai kes laporan Projek Pelebaran Jalan Daripada Kuala Terengganu Ke Kuantan yang melalui Pasir Putih. Yang pertama, saya mahu menyuarakan rayuan dan rintihan rakyat di Pasir Putih yang rumah-rumah mereka, kedai-kedai mereka terlibat dalam pelebaran jalan raya ini. Mereka mengharapkan jasa baik, budi bicara kerajaan untuk membantu mereka membayar sedikit daripada rumah-rumah mereka yang terpaksa diruntuhkan, kedai-kedai mereka yang terpaksa diruntuhkan kerana terlibat dalam Projek Pelebaran Jalan ini. Mereka tidak bersalah kerana mereka tidak menyangka dan tidak menyedari sebagaimana yang disebut dalam dokumen yang ditentukan oleh pihak kerajaan tanah mereka telah dibuat pengambilan untuk pelebaran jalan semenjak 1964 lagi. Tetapi Batu Persempadanan Rezab Jalan Raya yang dibuat oleh kerajaan tidak dialihkan. Yang kedua, mereka tidak diberikan pelan ataupun geran baru dalam menyatakan rezab jalan yang diambil oleh pihak kerajaan. Yang ketiga, dalam mereka buat pembahagian harta Tarekah dan Pusaka di Pejabat-pejabat Tanah masih lagi pembahagian harta pusaka yang mereka buat berdasarkan geran lama, berdasarkan ukuran tanah lama. Yang keempat, mereka mengharapkan sungguh-sungguh daripada pihak kerajaan boleh berbincang dengan mereka kerana menaikkan kedai-kedai untuk membangunkan negeri ini, usahawan-usahawan Melayu kecil ini yang menjual jagung dan lain-lain untuk memberikan cermin, imej yang baik kepada negeri dan kepada kerajaan kita. Mereka terpaksa runtuhkan kedai-kedai mereka sedangkan di masa mereka ambil lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan hanya bagi lesen tidak memberi apa-apa nasihat kepada mereka walaupun pergi menziarahi, walaupun pergi melawat ke tapak-tapak kedai mereka, tidak pernah memberitahu mereka bahawa kedai ini dibina di atas tanah kerajaan, lesen kami tidak boleh luluskan. Dengan sebab persoalan-persoalan ini, mereka harap sungguh-sungguh jasa baik pihak kerajaan untuk berbincang dengan mereka, menolong mereka kerana kebanyakan

108

Page 116: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

mereka adalah usahawan Melayu Islam yang mengharapkan sungguh-sungguh kecaknaan daripada pihak kerajaan. Kami harap sungguh-sungguh agar kontraktor jangan terlalu rakus untuk mendekati rakyat ini bahkan kontraktor sepatutnya bukan pihak yang berbincang dengan rakyat ini, wakil-wakil kerajaanlah yang patut pergi berbincang, pergi bertanya khabar dengan mereka kerana mereka bukan golongan yang degil tetapi mereka tidak sedar dan mereka tidak tahu bahawa tanah mereka telah menjadi tanah milik kerajaan semenjak tahun 1964.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Bukit Payong ada 2 minit lagi. Terima kasih. Sila Y.B.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Tuan Yang Dipertua, saya mengharapkan sungguh kenapa sebegitu lama berlaku semenjak daripada tahun 1964 sehingga tahun dua ribu belasan ini pengurusan pentadbiran dalam pengambilan tanah itu tidak dibuat dengan begitu cepat. Persoalannya kenapa ini boleh berlaku, mengapa sebegitu lama yang kadang-kadang memberikan suatu kesan yang besar kepada 20 buah rumah kediaman, 9 premis perniagaan dan banyak lagi pembangunan yang dibuat oleh rakyat. Rakyat buat pembangunan untuk kebaikan negeri kita maka harap-harap kerajaan negeri ambil cakna tentang rayuan dan rintihan mereka. Wassalamu alaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Y.B. Bukit Payong kerana menepati waktu. Sila. Alur Limbat ke Rantau Abang? Okey, sila Y.B. Rantau Abang membahaskan Usul Menjunjung Kasih. Sila.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir Rabbil Alamin. Wal 'aqibatul lil muttaqin. Wala uduwana illa alazzlimin. Asyhadu Alla Ila Ha Illallah. Wa asyhadu anna Muhammadan Rasululullah. Qala rabbish rahli sadri wa yassir li amri. Wahlul ukhdatan min li saani yafkahu qawli.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Exco-Exco, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan seterusnya Pemerhati-pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana kita masih diberi kekuatan

109

Page 117: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

untuk bersama pada petang ini walaupun hala ke petang ini masing-masing nampak ramai yang tidur. Kita harap kita segarkan semula

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. sebelah mana yang tidur tu?

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Tak apalah.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Hah, sila.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): ....(Sambil gelak kecil) .... Saya hanya nak kejutkan saja biar suasana tu agak

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila, sila Y.B. Rantau Abang, teruskan.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua kerana membenarkan saya untuk bersama dalam merafakkan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Juga terima kasih kepada semua dan saya harap dapat dengar semualah apa yang nak saya perkatakan ini dan InsyaAllah saya akan patuh dengan masa yang ditetapkan. Berapa lama ni?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: 15 minit.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): 15 minit.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Ruling sudah dibuat awal. Terima kasih. Silakan.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang Berhormat Yang Dipertua, kami Wakil-Wakil Rakyat ini adalah pekerja kepada rakyat. Suara-suara rakyat kami dengar dan kami nak bentang terutama sekali bukan sahaja di Dewan ini tetapi di mana-mana. Oleh itu, saya mengharapkan kerjasama daripada pihak kerajaan untuk memberi ruang kepada Wakil-Wakil Rakyat yang berada di sebelah sini untuk bersama-sama di dalam Majlis Pembangunan Daerah. Kami dinafikan, apa-apa sahaja rungutan, aduan daripada rakyat kami terima tetapi kami tidak diberi peluang untuk menyatakan dalam suatu pertemuan yang biasanya dilakukan dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah. Oleh itu, saya benar-benar berharap sikap keterbukaan kerajaan tentang perkara ini

110

Page 118: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

walaupun telahpun dibangkit oleh ADUN Bukit Tunggal tadi tetapi saya juga ingin menyatakan hal ini supaya apa sahaja aduan rakyat dapat kami membantu kerajaan untuk menyelesaikannya. Berilah peluang kepada kami untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah. Dan di sini pegawai-pegawai, ketua-ketua jabatan ada, kita berharap kita juga diberi peluang untuk apa-apa majlis supaya kita dapat bersama kerana kita tidak mahu dikatakan seperti yang ditimbulkan tadi, tuduh-menuduh sedangkan kami tidak diberi peluang, tidak dipanggil, jadi macam mana kami nak hadir. Jadi oleh itu, saya benar-benar berharap perkara ini menjadi agenda utama kerajaan untuk memasukkan kami dalam apa-apa mesyuarat untuk kita bincang bersama. Kerja buat mentadbir negeri bukan kerja seorang-dua, ianya memerlukan tenaga yang ramai. Percayalah kepada kami, mungkin pihak di sebelah sana merasa ragu-ragu nak jemput takut kena ya-lah. Tapi sebenarnya kami di saf-saf ini memang ingin membantu

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Ada cara yang lebih mudah Yang Berhormat masuk sebelah kami, boleh begitu?

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): InsyaAllah, tidak (Dewan gelak) .... Kita ada pendirian kita dan ada benda yang kita nak nyatakan. Kalau semua berpihak ke sebelah sana tidak ada benda yang boleh kita kongsi bersama. Memang pandangan kita berbeza sebab itu perlu ada pemerintah dan jugak pembangkang. Terima kasih atas tawaran itu. Saya tidak sama sekali akan berada di sana.

Yang Berhormat Yang Dipertua, untuk menjimatkan masa, saya nak beri peluang kepada kawan-kawan di sebelah sini dalam masa yang 15 minit ini. Saya nak tuju khusus nak terus kepada apa yang berlaku di DUN Rantau Abang. Yang pertama, bantulah rakyat dalam kita memberi rawatan kesihatan terbaik untuk rakyat. Perkara ini telah berulang-ulang disebut setiap sidang Dewan diungkit tentang hospital yang telah diluluskan bukan saja pihak Pengarah Hospital, sehingga sampai kepada Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri pun sendiri telah turun ke Dungun menyatakan akan membina hospital di Dungun ini. Tapi hingga ke hari ini ianya tidak berlaku dan kita mengharap InsyaAllah hospital ini yang telah diputuskan ini akan wujud di daerah Dungun. Tapaknya sudah ada cuma ianya memakan masa terlalu lama dan perkara ini sepatutnya sudah lama selesai. Saya tak mahu sebut seperti yang telah disebutkan oleh Wakil Bukit Tunggal tadi

111

Page 119: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

dah jelas tentang penyakit-penyakit yang saya nak sebutnya ialah tak kurang setiap hari kes-kes yang berlaku di Dungun terpaksa dihantar ke Kuala Terengganu atas alasan tidak mempunyai kelengkapan secukupnya di Hospital Dungun dan terpaksa dibawa ke sana. Dan cuba kita sama-sama fikir kalau kes itu kes yang serius, yang cemas ianya memakan masa satu jam perjalanan dan kita tengok pemandu-pemandu ambulans bagaimana dia memandu, kita cukup takut. Betul dia nak segerakan tetapi kita takut sama-sama mendapat kemalangan bukan saja yang sakit tetapi harta kerajaan jugak akan rosak apabila berlaku kemalangan.

Yang kedua, ianya perlu dibina segera walaupun telah diperingatkan beberapa kali dalam Dewan ini jugak berkaitan dengan penggunaan Hospital Dungun ini. Dungun berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Kerteh, apa yang berlaku yang lepas-lepas, saya ambil contoh, berlakunya keracunan besar-besaran pelajar-pelajar UiTM beberapa tahun yang lepas terpaksa dikejar ke hospital-hospital di sekitar daerah dalam negeri Terengganu ini kerana di Dungun tidak dapat menampung jumlah pesakit yang tiba-tiba keracunan dan ini melibatkan nyawa. Pada peringkat awal diluluskan 400 katil untuk Dungun tetapi sekarang nak dibahagi dan telahpun dibahagi dengan Kemaman, 200 Kemaman, 200 Dungun. Alhamdulillah, tak apalah cuma saya dengar-dengar ura-uranya hak Dungun takut-takut nak dibawa ke Kijal. Itu yang saya dengar dan saya bagi pihak rakyat kawasan Dungun tidak rela perkara ini dibawa ke tempat lain kerana ianya dah lama diluluskan. Saya harap perkara ini dapat perhatian kepada Exco-Exco, pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat. Perkara yang kedua

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Dua kali dah dua tu Ustaz, tadi dua dah, ketigalah pulak.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Okey ... (Sambil gelak kecil). Terima kasih. Seterusnya Boleh ya, perkataan seterusnya (Dewan gelak) ....

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Malu saya Jurutera tegur Cikgu, malu saya. Sila, sila.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Pah gelaplah kalau guna perkataan seterusnya YDP, kena tulis (sebut) nombor jugak.

112

Page 120: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Saya ikut arahan daripada YDP.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa, teruskan Rantau Abang.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Okey, perkara yang ketiga ialah berkaitan dengan kegiatan belia iaitu sudah ada perbincangan pada 2010 lagi dan pecah tanah pun telah berlaku pada 27 Ogos 2010 iaitu pembinaan Velodrom untuk belia-belia kita kayuh basikal. Dan kita tahu memang Terengganu ini hebat

YANG BERHORMAT HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Laluan sikit Tuan Yang Dipertua. Hak tu pindah ke Telemong ke dok?

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Kita tak rela ianya dipindah ....(Dewan gelak) .... Pertama, setelah pecah tanah berlaku, timbun tanah telahpun juga berlaku kalau nak dipindah ke tempat lain berlaku pembaziran, innal mubazirrin syaiyatin'. Saya peringatkan. Saya bukan Ustaz tetapi saya peringatkan.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Tuan Yang Dipertua, penjelasan. Sebenarnya kahwin, kahwin dah, anak jer doklet7 lagi, sabarlah sikit.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Sebab saya sebut ni ianya terlalu lama. Belia-belia di daerah Dungun ini memang ternanti-nanti dan jugak bukan untuk belia di Dungun sahaja tetapi untuk negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Rantau Abang, ada 3 minit lagi.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Jadi kita mengharapkan Velodrom ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera untuk perhatian Exco Belia Dan Sukan.

Perkara yang keempat, Tebatan Banjir Gong Pasir. Ada jawapan dalam Soalan Bertulis. Terima kasih banyak-banyak. Cuma yang saya rasa sedikit ketakutan tebatan itu hanya ditambak di sebelah Taman Rakyat Kampung Paya, Balai Besar

113

Page 121: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

ditambak di sebelah situ tetapi di sebelah lagi yang melibatkan beberapa kampung, Kampung Che Lijah, Kampung Binjai yang rumahnya tidak kurang daripada 50 buah rumah kediaman kalau sekiranya tebatan ini berjalan bermakna di sebelah Taman Rakyat akan selamat tetapi di sebelah Che Lijah dan Binjai tidak selamat. Kalau dulu mungkin paras tangga sahaja di Kampung Binjai dan Che Lijah tapi disebabkan takungan berlaku dan bila limpahan akan berlaku saya rasa separuh dinding rumah di kawasan itu akan tenggelam. Jadi saya harap selepas 80% sekarang ini projek ini berjalan dan dijangka siap pada bulan Jun tahun ini, alhamdulillah, saya takut di hujung tahun ini kampung berhampiran akan tenggelam.

Perkara yang kelima ....

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Panjang lagi ke Y.B. Rantau Abang?

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Ada berapa minit lagi?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sepatutnya tamat dah ni.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Banyak lagi ni. Berilah peluang kepada saya, pagi tadi dokdang dah

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: 1 minit saja, saya nak bagi ruang kepada rakan-rakan di sebelah sinilah, ada ramai lagi.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Okey. Seterusnya ialah berkaitan dengan tanah. Tanah di Pengkalan Jering tu belum selesai ianya memakan masa puluh tahun, sejak tahun '63 lagi diduduki dan berlaku pertindihan, lepas orang ini angkat, orang ini mari angkat, orang ini pulak mari angkat yang begitu ramai yang angkat. Jadi berlaku perbalahan hingga ke hari ini beberapa kawasan walaupun sebahagiannya telah selesai tapi makan masa yang lama tu daripada tahun '63 masih banyak lagi tanah-tanah yang belum selesai dan masing-masing tak tahu tanah tu milik siapa, kadang-kadang orang ni mengaku, orang ini pulak mengaku. Jadi saya harap berkaitan dengan tanah ini seperti yang disebutkan oleh Wakil Bukit Payong tadi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyelesaikan seberapa segera. Yang merunsingkan lagi ialah

114

Page 122: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

anak tempatan dicegah, minta maaf saya sebut. Orang tempatan ini dia takut apabila datang Penguatkuasa dia akur, patuh. Tetapi bagaimana dengan orang asing yang sekarang ini saya nak mintak pegawai-pegawai berkenaan turun tengok apa dah berlaku di kawasan Kampung Paya Balai Besar. Orang kita tak ada tanah, orang lain datang berani sebab di belakang katanya ada orang-orang tertentu. Mintak disiasat dan kita tidak mahu kita rakyat Terengganu sudahlah miskin tetapi kita tidak ada tanah. Saya harap perkara ini menjadi agenda utama jugak supaya rakyat kita diberi tempat tinggal yang sewajarnya.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Panjang dah ni Y.B. Rantau Abang.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Ada sikit lagi. Okey, tadi ada terbangkitlah unjam-unjam disapu, nelayan mengeluh apabila nelayan-nelayan asing tapi tadi disebut dia kata Wakil Rakyat buat pandai-pandai saja. Kami di Dungun telah buat report Polis sebulan setengah yang lepas berkaitan dengan pencerobohan nelayan-nelayan luar yang menyebabkan nelayan-nelayan pantai dan juga nelayan-nelayan kita ini tidak dapat melaksanakan kerja-kerja mereka, unjam mereka habis, bubu mereka habis dan yang datangnya itu katanya kadang-kadang bukan bot yang kecil-kecil tapi kapal yang datang. Jadi perkara ini perlu disiasat dan supaya perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Kesian kepada nelayan-nelayan kita, mereka kais pagi makan pagi saja tetapi kalau ini tidak ada pembelaan walaupun dah di tempat-tempat lain pun buat aduan tapi tindakan tidak memuaskan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Rantau Abang, ini masuk waktu orang lain dah ni. Kita ambil period orang lain dah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Akhir sekali, Yang Berhormat Yang Dipertua

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Imsak dah waktu ni, Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Okey. Sekejap ya. Di bawah YPK, Program Jaya Diri Untuk Beliawanis ada jawapan dan saya rasa tak puas hati sebab hanya diberi untuk 43 orang Beliawanis sahaja. Takkanlah Beliawanis di negeri Terengganu ini ada 43 orang saja dengan belanja RM500,000

115

Page 123: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

lebih. Saya rasa Beliawanis di negeri Terengganu ini ramai, jadi diharaplah YPK semak balik, tengok balik supaya semua mendapat faedah. Cuma persoalan saya yang diberi bantuan modal ini setakat mana kejayaan ataupun pemantauan yang telah dipantau oleh YPK tentang keberkesanan pemberian modal tersebut. Adakah habis di situ saja ataupun mereka dapat menambah ekonomi pendapatan mereka.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Rantau Abang, cukuplah tu, boleh?

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Okey. Jadi saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Yang Dipertua dan juga semua hadirin, ketua-ketua jabatan terutama sekali atas peluang ini. Mudah-mudahan apa yang saya sebut ini adalah untuk kita membina membangun rakyat di negeri Terengganu. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Jadi sebagai langkah memberi peluang kepada semua Ahli Yang Berhormat yang masih belum dan tidak sempat untuk berbahas jadi kita tidak ada rehatlah, kita teruskan sampai pukul 5.00 petang, InsyaAllah. Silakan Y.B. Alur Limbat.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir Rabbil Alamin. Wassalatu wassalamu ala aysrafil anbia iwal mursalin. Wa ala alihi wa ashabihi ajmain. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan serta Pemerhati sekalian.

Pertamanya, saya ucap terima kasih khususnya kepada Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap pada petang ini. Pertamanya, saya nak menafikan ada ucapan tadi: 'Pembangkang hanya tahu membangkang dan semua projek kerajaan banyak yang dibangkang sahaja'.

Hari ini saya nak menyokong usaha kerajaan sebenarnya yang baik iaitulah pemberian ataupun Wifi Percuma yang diisytiharkan oleh Menteri Besar dan kalau kami memerintah sekalipun kami akan buat lebih baik dari itu InsyaAllah. Sebab apa? Saya bagi contoh, Kerajaan Negeri Terengganu hanya membelanjakan RM30

116

Page 124: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

juta untuk 600 tempat dikatakan begitu. Saya ambil kalkulator tadi, saya bahagi satu lokasi puratanya hanya RM5,000. Kerajaan Negeri Selangor antara RM10,000 hingga RM18,000 kos untuk satu-satu tempat. Maknanya ini satu cabaranlah kepada negeri Terengganu. Bukan nak suruh sama cuma kami nak menyokong usaha awal yang dibuat. Cuma ada beberapa perkara untuk perhatian pihak kerajaan. Yang pertama sekali, apa yang nak dibuat dari sudut sosialnya, dari segi coverage dengan izin, ataupun liputan yang menyeluruh tanpa didiskriminasi dalam penyediaan tempat sama ada di bandar ataupun di luar bandar, perkara ini perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Yang kedua, dari segi teknologi yang ada. Dari segi accessibility ataupun pencapaian perlulah memenuhi kualiti perkhidmatan (QoS) iaitulah kelajuan uptime and integrity dengan izin. Yang ketiga, dari segi alam sekitar - sustainabiiity, kelastarian alam sekitar termasuk pengawalan pencemaran dan kerosakan khususnya pemandangan radiasi dan lain-lain. Dan yang keempat, dari sudut ekonomi - economical impact. Impak ekonomi dari segi pengagihan peluang yang sama rata dan mampu milik (affordability) dan perkara inilah yang sepatutnya sebagai oleh kerana ini adalah langkah awal yang dibuat oleh pihak kerajaan, ini adalah cadangan ataupun peringatan awal daripada pihak pembangkang yang membangkang yang sihat supaya projek ini tidak dinyatakan sebagaimana yang sahabat saya sebut 'projek gajah putih', ia tidak menjadi gajah putih kalau dibuat dengan baik. Saya harap kerajaan dapat menyelesaikan masalah KUT (Kompleks Usahawan Terengganu) di mana Pusat ICT Terengganu jugak berada di sana. Sebagaimana kalau kami pergi ke Kuala Lumpur kami akan tuju ke Low Yat, di mana terkenalnya Low Yat tu sebagai pusat ICT di sana, tempat peralatan, kecanggihan, segala peralatan baru, teknologi baru ICT berada di sana. Kita mengharapkan supaya kerajaan membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah Pusat ICT Terengganu di Kompleks Usahawan Terengganu sebagaimana yang disebut oleh sahabat saya daripada Teluk Pasu tadi. Dan soalan saya berapakah jumlah kedai yang berasaskan ICT ini yang sedang beroperasi ataupun masih ada lagikah lot yang akan disediakan selain daripada apa yang disebut kedai-kedai yang lain-lainlah yang banyak tidak beroperasi sekarang ini. Dan saya juga mencadangkan untuk membangunkan ICT di negeri Terengganu ini supaya adakan satu Wacana ICT Bumiputera mungkin sekarang ini buat dah tapi kami pun tak tahu. Jadi buatlah secara besar-besaran, invite semua daripada Terengganu dan juga mungkin anak-anak Terengganu yang berada di luar Terengganu yang mempunyai kemahiran bagi membangunkan ICT di negeri Terengganu ini kerana zaman sekarang adalah zaman ICT. Memang kita tak nafi sekarang ini kita buat Kelas Maya, terima kasihlah kepada Yang Berhormat yang

117

Page 125: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

selalu jawab isu Kelas Maya. Dan saya juga nak kaitkan jugak dengan Ini saya bercakap cepat sikit kerana nak ambik masa sahabat saya yang cakap panjang tadi

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Alur Limbat, terima kasih. Silakan.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): InsyaAllah. Saya juga ada terbaca akhbar daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan bahawa beliau rasa semacam laporan ada lagi di sekolah-sekolah yang masih tidak menggunakan e-Book. Jadi saya nak tanya pada hari ini oleh kerana dulu saya pernah berucap dan menyatakan saya telah bercakap tentang isu ini tetapi saya nak kaitkan kembali. Apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan kepada sekolah-sekolah yang sememangnya banyak sebenarnya yang masih tidak membenarkan murid-murid dia ataupun kalau bawa pun mereka tak guna pun kerana mungkin tiada kemudahan asas untuk menggunakan e-Book. Dan kita tak nafi adanya Kelas Maya, Kelas Maya ini macam makmal komputer. Sekarang ini maksudnya bila pelajar tahun empat dan tahun lima dibekalkan dengan e-Book sepatutnya oleh kerana di sana sudah ada pembelajaran, kerajaan membekalkan setiap kelas LCD Projector dan pengajaran guru-guru pun melalui LCD dan tak perlu sebenarnya bawa buku teks dan hanya sekadar bawa buku tulis sahaja. Jadi itulah saya nak tahu sejauh mana yang telah dibuat oleh pihak kerajaan tentang perkara yang seumpama ini.

Kemudian isu yang saya nak sentuh juga sikit berkenaan dengan DUN saya iaitulah ada soalan yang saya tanya berkenaan dengan Sekolah Menengah Alur Limbat. Jadi saya nak tanya jugaklah kerana kesian kat dia macam janda, bukan janda, anak dara sebab tak guna lagi, anak dara sakit tenat. Sekarang ini apa sebenarnya usaha yang dibuat oleh kerajaan, adakah kerana sekolah ini sekolah kerajaan pusat yang bina tapi tanah kerajaan negeri seperti mana juga Yang Berhormat Ustaz Al-Fadhil Bukit Payong sebut. Kemudian di Alur Limbat sendiri tiada sekolah menengah kecuali Imtiaz. Imtiaz ini adalah sekolah elit, sekolah yang hampir sebahagian besarnya bukan dari kalangan anak-anak daripada DUN Alur Limbat yang belajar di sana, sebahagian besarnya daripada seluruh negeri Terengganu mereka belajar di Imtiaz yang berada dalam DUN Alur Limbat ini. Jadi apakah usaha kerajaan, saya nak mintak jawapan besok, adakah pihak kerajaan bersedia sebenarnya untuk membina sekolah menengah yang satu pun tiada di DUN Alur

118

Page 126: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

Limbat. Jadi kesian jugak budak-budak naik bas, dahlah tambang semakin naik sekarang ini. Nak pergi ke sekolah kalau seorang, dua orang, tiga orang bayangkan macam mana mereka nak hadir ke sekolah dalam keadaan segala-galanya mahal sekarang ini. Jadi itulah yang saya nak tanya.

Kemudian isu seterusnya adalah saya nak tambah berkenaan dengan isu nelayan yang mana sekarang ini agak serius sebagaimana yang berlaku di Dungun begitu juga berlaku di Kuala Terengganu khususnya di Cendering. Bagaimana nelayan-nelayan yang mengadu kepada pihak Yang Berhormat di sekitar Kuala Terengganu dan jugak Marang memusnahkan unjam dan jugak bubu nelayan pesisir pantai. Nelayan-nelayan ini yang mempunyai Lesen B dan juga C - bot-bot kecil sahaja. Kalau Lesen C memancing Pukat Bubu sahaja dan Lesen B ini Pukat Jerut tapi mereka guna Pukat Tunda, habis bila mereka pergi letak Pukat Bubu mereka, mereka fikir ada ke tak lagi, ada ke tak lagi bubu-bubu mereka ini, takut-takut bubu itu hilang kerana ditunda oleh Pukat Tunda yang begitu mengganas sekali di pantai kita sekarang ini. Kemudian ada yang menyatakan bahawa sesuatu yang pelik apabila kapal-kapal mereka berlabuh, minyak diesel yang disubsidikan oleh kerajaan pusat yang diberikan iaitulah sekarang ini kalau kerajaan yang mempunyai Lesen B dan C - RM1.45, C2 - RM2.00, C2 ini hak Pukat Tundalah. Yang sekiranya tiada subsidi, kerajaan tulis di situ RM2.76 sen, jadinya hasil tangkapan di tengah laut yang dibawa tidak setimpal banyak disebut ikan yang digunakan untuk baja, istilah dia 'ikan baja'. Kalau nelayan laut dalam tempatan mereka akan bawa balik ikan-ikan besar, ikan tenggiri yang besar, ikan-ikan kerapu dan ikan-ikan yang besar-besarlah, ikan merah dan seumpamanya tetapi mereka hanya bawa balik ikan-ikan kecil yang sikit sangat yang boleh dijual tetapi kebanyakannya untuk ikan baja sahaja. Jadi sepatutnya pihak yang berkenaan tidak boleh memberikan minyak yang banyak, kita bimbang minyak ini diangkut bawa balik ke Vietnam ataupun ke Thailand. Jadi mintak dan mohon kepada pihak kerajaan supaya siasat perkara ini dan ambil tindakan.

Kemudian saya nak timbul satu isu lagi di sini iaitu baru-baru ini Yang Berhormat kita yang berkenaan ada mengadakan pertemuan dengan nelayan mohon supaya mereka menjual sendiri, mengadakan Pasar Nelayan. Jadi ada nelayan dia komen dia kata kalau buat Pasar Nelayan lepas subuh dia keluar, balik pukul 5.00 petang ataupun pukul 6.00 petang, lepas itu subuh esok pulak dia nak keluar, bila masanya dia nak jual ikan-ikan ni. Jadi kalau dia jual ikan, selang sehari dia terpaksa ke laut, hari ini dia jual ikan, esok pulak pergi ke laut, jadi dia rugi satu

119

Page 127: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

hari. Jadi kebiasaannya dia setiap hari turun ke laut jadi cadangan ini tidak sesuai. Jadi mintak kerajaan tolong kaji perkara ini, suatu mekanisme macam mana nak selesai masalah dengan nelayan sebab kalau buat pasar sendiri dia tidak berapa sesuai. Ada juga istilah lelongan. Bila ada lelongan pun ada jugak mainan dia yang dilaporkan oleh nelayan di mana ada ikan-ikan yang baik mereka tidak jual mereka jual hanya ikan-ikan yang harganya murah, yang tidak begitu berkualiti sahaja. Jadi yang lebih malang sekali ada juga laporan dan mohon disiasat ada juga kadang-kadang kereta yang keluar masuk membawa wanita-wanita walaupun nelayan menyatakan bukan untuk orang tempatan tapi untuk nelayan asing daripada Vietnam tapi apa tujuannya membawa sebuah kereta ada empat-lima orang masuk ke dalam bot nelayan itu yang membawa wanita-wanita ini. Jadi mohon disiasatlah perkara ini yang menyumbang kepada kegelisahan di kalangan pihak nelayan sebenarnya.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Alur Limbat, panjang lagi ke?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Tak banyak dah. Saya bercakap ini ambil masa cepat sikitlah untuk memberi ruang kepada sahabat-sahabat saya yang ramai lagi nak bercakap. Tapi mohon supaya pihak kerajaan supaya menyiasatlah apa yang saya sebutkan tadi.

Dan akhir sekali saya nak beritahu, sekarang ini berleluasa judi haram. Di DUN saya ada beberapa tempat jadi saya mohon supaya pihak berkenaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco dan juga pegawai-pegawai kerajaan tolong lihat perkara ini dengan serius dibimbangi ianya akan berleluasa bukan sahaja dalam DUN saya tapi di mana-mana DUN ada kegiatan yang seumpama ini.

Jadi saya rasa cukup sekadar itu sahajalah yang saya nak sampai pada petang ini. Wallahu wa'alam. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Alur Limbat kerana membahaskan Usul Menjunjung Kasih. Sila Y.B. Kuala Besut, 15 minit saja.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Lladzi la

120

Page 128: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

yaduruhu ma'a shay'un fi'l ard wala fis-sama'i wa huwas-sami'ul 'alim. Rabbish rahli sadri wa yassir li amri. Wahlul ukhdatan min li saani yafkahu qawli. Amin.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para Pemerhati serta sidang Dewan yang dikasihi sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Dipertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan kepada kali ini. InsyaAllah saya akan cuba penuhi masa yang telah diperuntukkan dan tidak akan mengambil masa yang lama.

Yang Berhormat Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian, pertama-tamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak syukur kepada Allah S.W.T. dan juga menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan kerana telah mencemar Duli untuk merasmikan Pembukaan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Ketiga Belas yang telah berjalan dengan lancar tanpa ada perkara-perkara yang boleh membantutkan perjalanan sidang Dewan yang mulia ini. Alhamdulillah.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar serta barisan kepimpinan negeri di bawah Kerajaan Barisan Nasional dan juga UMNO Negeri Terengganu kerana tidak putus-putus dalam usaha untuk membantu masyarakat dalam meningkatkan bukan sahaja sosio ekonomi serta budaya sahsiah dan juga penghayatan agama Islam kepada masyarakat khususnya dalam negeri Terengganu.

Di dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari kelmarin, banyak perkara yang telah disentuh namun saya akan hanya bincangkan beberapa perkara sahaja. Yang pertama, dalam kita masih lagi bersedih dengan Tragedi MH 370, kita juga bersyukur kepada Allah S.W.T. walaupun sekarang ini negara kita, seluruh negara kita masih lagi mengalami suasana kemarau tapi alhamdulillah nikmat yang telah diberikan oleh Allah dan juga kebijaksanaan pengurusan air oleh kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu telah berjaya menguruskan bekalan air bersih dengan baik dan rakyat negeri Terengganu dapat menikmati bekalan air bersih, selamat dan terawat tanpa ada masalah yang besar. Tahniah juga kepada pihak Syarikat Air Terengganu kerana sentiasa berusaha khususnya untuk menurunkan Kadar Kehilangan Air Yang Tidak Terakaun iaiatu NRW

121

Page 129: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

sehingga KPInya sekurang-kurangnya mencapai 30% dalam tempoh 5 tahun akan datang. Tahniah kepada SATU. Perkara ini tidak berlaku di sesetengah negeri, kalau kita tengok di Lembah Klang, di Selangor walaupun dikenali sebagai negeri yang kaya tapi akibat pengurusan air yang tidak cekap, tidak seperti di negeri Terengganu berlakunya catuan air. Kita dapat lihat bahawa orang-orang tua, masyarakat kena pikul air bawa naik ke tingkat 5 nun, kena pikul air naik ke tingkat 3 tu tapi alhamdulillah dengan pengurusan

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Boleh celah dok?

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Dokleh. Nak cakap sikit jer lagi. Tadi lama doh cakap Yang Berhormat. Ya, tapi dengan kebijaksanaan pengurusan air di negeri Terengganu, alhamdulillah, perkara seumpama itu kita tidak dapat lihat berlaku di negeri kita. Ini menunjukkan nikmat Allah S.W.T. dan juga kebijaksanaan pengurusan air dalam negeri Terengganu.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati dan saya kasihi sekalian. Perkara berikut yang saya ingin sentuh adalah sekalung penghargaan dan juga tahniah kepada pihak kerajaan di atas usaha untuk mempertingkatkan taraf sosio ekonomi rakyat negeri Terengganu. Ini terbukti dengan data ICU JPM pada Mac 2013 yang menunjukkan seramai 31,120 orang rakyat Terengganu yang telah keluar daripada pendapatan garis kemiskinan. Ini menunjukkan bahawa tak pernah ada usaha kerajaan negeri untuk menyusahkan mana-mana pihak, ini telah dibuktikan oleh data-data tersebut. Namun, walaupun telah keluar daripada pendapatan garisan kemiskinan ini tapi saya selaku ADUN Kawasan Kuala Besut amat berharap agar program-program seumpama ini, program-program peningkatan pendapatan isi rumah dapat dipergiatkan lagi khususnya dalam kawasan sayalah dan secara umumnya di negeri Terengganu.

Yang berikutnya Yang Berhormat Yang Dipertua serta sidang Dewan yang saya muliakan. Keprihatinan pihak kerajaan, telah terserlah lagi dengan membelanjakan peruntukan sebanyak RM201.6 juta bagi melaksanakan Projek Bina Baru Rumah dan juga Membaik Pulih Rumah yang telah bermanfaat kepada lebih kurang 17,183 orang penduduk dalam negeri Terengganu. Dan InsyaAllah, seramai 2,500 orang lagi akan mendapat manfaat daripada program-program seumpama ini. Jadi program-program seumpama ini telah menjadi bualan dan juga menjadi

122

Page 130: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

penghargaan daripada masyarakat setempat yang sentiasa menunggu-nunggu program seumpama ini. Dan inilah menunjukkan keprihatinannya pihak kerajaan kepada masyarakat khususnya kita di negeri Terengganu.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang Dewan yang saya muliakan. Saya cakap pendek aje dan Cikgu daripada Rantau Abang pun dah satu meja dengan kita, InsyaAllah kita akan tarik rapat sikit lagi. Tadi dia kata duduk jauh, sebenarnya Cikgu Rantau Abang duduk semeja dah dengan kita ni, perasan tak? Cuma putus sikit je dengan kita, sebenarnya dia bersekali dah dengan kita. Neh, Cikgu! .... (Sambil gelak kecil) ....

Dan yang akhir sekali, saya tak nak panjang. Tadi pun ada disebut oleh saudara saya daripada Kota Putera iaitu isu MH 370. Akhir-akhir ini sudah menjadi satu budaya kita mendengar hearsay, dengan izin, kita dengar hearsay tu lagi kita percaya berbanding dengan kita tengok fakta yang ada. Kita lagi suka benda yang sensasi, kita lagi suka benda yang kadang-kadang tidak jelas apakah salahnya dapatkan pengesahan, pelbagai maklumat boleh didapati dalam internet pun ada malah boleh dirujuk terus kepada jabatan-jabatan kerajaan ataupun pihak-pihak yang berkenaan. Jadi jangan jadikanlah budaya kita mendengar hearsay-hearsay dengan izin, lagi kuat daripada kita mendapatkan fakta tu. Memanglah kadang-kadang hearsay tu dengan izin, lagi suka orang mendengarnya berbanding dari fakta-fakta yang sebenar. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membendung budaya fitnah yang sedang berleluasa sekarang ini bukan sahaja di media cetak tapi juga di media-media sosial yang mana akhir-akhir ini menjadi semacam satu makanan kalau kita tak tengok berita-berita fitnah dalam internet tu semacam tak mandilah pagi tu. Jadi macam satu budaya dah, budaya fitnah tu. Sedangkan perbuatan saling fitnah-memfitnah dalam masyarakat bertepatan dengan Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Akan muncul suatu ketika iaitu Ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlakunya jenayah." - Riwayat Muslim. Islam menganggap fitnah sebagai satu daripada sifat Mazmumah iaitu sifat tercela dan dilarang oleh Allah seperti dalam Firman-Nya yang bermaksud: "Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan." (Surah Al-Baqarah, ayat 191). "Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah." Ini pula dari Surah Al-Qalam, ayat 29.

123

Page 131: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat, 'Sumpah Bola' ni termasuk jugak ke ni?

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Disebabkan terlampau banyak perkara palsu dan pembohongan dalam fitnah. Pembuat fitnah biasanya dia nusutje, dia tak berani duduk depan. Sebab itu kena dibuktikan melalui mahkamah tu. Dah terbukti ramai yang berbuat fitnah sekarang ini telah disaman dan kenalah beberapa ratus ribu baru-baru ini.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Itu perkara subjudiceya, Y.B. Besut. Harap tidak menyentuh perkara-perkara yang masih di dalam pertimbangan mahkamah atau sebagainya yang dikatakan subjudice ni, kita tak payah sentuhlah.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Yalah. Itu perkara yang telah dijatuhkan hukuman dan telahpun keluar dalam surat khabar Yang Berhormat Yang Dipertua. Okey, minta maaf.

Okey, yang berikutnya. Tuan Yang Dipertua, yang saya nak tekankan lagi. Pembuat fitnah ini tidak akan berjaya jika tidak dibantu oleh penyebar-penyebar. Yang kita takutnya ialah penyebar ni. Kita tidak boleh mendiamkan diri sebab penyebar ni dia akan sebar dari mulut ke mulut sedangkan dia tak tahu fakta itu sama ada benar atau tidak. Jadi marilah kita bersama-sama menghayati pesanan Rasulullah S.A.W. dan juga Firman Allah supaya kita menjauhilah fitnah dan implikasi fitnah memanglah lebih dahsyat daripada membunuh. Kalau membunuh hanya membabitkan seorang tapi fitnah boleh menimbulkan perpecahan dan ramai orang boleh menjadi mangsa dan akibatnya.

Saya rasa itu saja daripada saya dan saya mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Y.B. Kuala Besut, 10 minit aje. Terima kasih banyak. Ada sesiapa yang ingin berucap lagi? Kalau tak ada saya nak tangguh dan diteruskan dengan penggulunganlah. Ya, sila Y.B. Paka.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir Rabbil Alamin. Wassalatu wassalamu ala asyrafil

124

Page 132: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

anbia iwal mursalin. Wa ala alihi wa ashabihi waman tabi'ahum bi ihsani ila yaumiddin. Subhanaka La 'ilmalana illa ma'alam tana innaka'antal alimul hakim. Ammaba'd.

Yang dihormati Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Pemerhati dan juga seluruh hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Pertamanya, alhamdulillah, kita merafakkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dapat sekali lagi kita berhimpun di Dewan yang mulia ini untuk sama-sama berbahas atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan sempena Perasmian Pembukaan Dewan Penggal Yang Kedua ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih, menjunjung kasih kepada Tuanku Al-Sultan yang menyentuh banyak perkara untuk menjadi pengamatan buat kita semua bagi memastikan Terengganu Darul Iman yang merupakan di bawah amanah dan tanggungjawab kita semua supaya bukan hanya kita membawa negeri ini untuk maju dari segi fizikal, spiritual tapi yang penting adalah selamat di dunia dan juga di hari akhirat kelak 'Kullukum Ra'in Wa Kullukum Mas'ulun 'An Ra'iyyatihi' (Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanya dengan segala akan rakyatnya).

Saya juga suka untuk menyentuh akan isu MH 370 ini sebagai peringatan buat kita bersama bahawa kekadang Allah S.W.T. menguji kita untuk mengambil peringatan dan pengajaran supaya kita kembali ke jalan Allah S.W.T: "Sesungguhnya sebesar-besar bala dan ujian ditimpakan kepada Nabi dan Rasul, Asadul bala' al-Anbiya (Seberat-berat ujian adalah ditimpakan kepada Nabi dan Rasul)". Begitu juga ujian yang ditimpakan kepada kita semua kerana itulah Rasulullah S.A.W. juga peringatkan: "Iza fa'alat umatti khamsa 'asyarata qhaslah hillul bihal bala' (Jika sekiranya umatku melakukan 15 perkara yang ditegah oleh Allah dan juga Rasul, maka halal bala ditimpakan kepada mereka)." Jadi dalam hal ini suka saya menarik perhatian supaya Ahli Dewan Undangan Negeri, Wakil-wakil Rakyat, pemimpin yang di sebelah kerajaan boleh menasihatkan kepimpinan di kerajaan pusat antaranya supaya mengambil pengiktibaran dari sekarang apalah salah kiranya hidangan arak itu tidak diadakan lagi di dalam kapal terbang MAS kita ini. Inilah merupakan salah satu daripada 15 perkara yang disebut oleh Rasulullah itu. Minuman arak itu berleluasa hatta di atas kapal terbang kita sendiri, kadang-

125

Page 133: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

kadang memalukan orang Melayu pulak yang minum arak, Mat Salleh pulak tanya: "Why?" Mabuk dalam kapal terbang. Nasib baik tak buka dan rampas tempat Pilot pulak. Ini yang berlaku. Dan kadang-kadang Pramugari, Pramugara yang bertugas mereka jugak tidak rela sebagaimana kata Yang Berhormat Rantau Abang, tidak rela tapi oleh kerana itu merupakan peraturan yang boleh diperbetulkan oleh Kementerian Pengangkutan, Naib Presiden UMNO sekarang. Jadi kita harap itu akan diambil kira untuk masa akan datang. Dan merupakan satu-satunya kapal terbang yang free, boleh mintak arak secara percuma. Jadi perkara ini sepatutnya tidak berlakulah. Yang keduanya, kalau boleh Malaysia mengikuti Kerajaan Brunei yang kita tengok Pramugari dia diberi kelonggaran untuk membuat pilihan memakai pakaian yang menutup aurat yang lebih baik. Kalau kita telah boleh buat perubahan dari kalangan Jururawat, alhamdulillah, kita buat perubahan di kalangan anggota Polis dan wanita-wanita diberi hak untuk mereka memilih pakaian yang lebih sopan mengikut pandangan kepercayaan agama mereka. Saya rasa tak salah, bahkan lebih elok, lebih cantik. Tengok apa yang berlaku dengan Royal Brunei bermula 4 haribulan diperelokkan lagi sempena perlaksanaan Syariah di Brunei, berpakaian yang menutup aurat. Sesetengah negara kadang-kadang tidak mensyaratkan faktor umur, Malaysia kita ni kalau nak jadi Pramugari dia nak hak comel, hak seksi, kahwin tak boleh sedangkan patutnya perbezaan faktor umur, jantina sepatutnya tidak berlaku. Tapi kerana mungkin ada usul-usul untuk memperdagangkan

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Mintak laluan sikit Yang Berhormat Paka. Sikit je, hak kahwin tadi. Betul ke Pramugari ni dan Pramugara ni tak boleh kahwin semasa dalam tugas?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): AJK Pemuda UMNO Pusat boleh check sendirilah, banyak masa di luar sana, InsyaAllah. Jadi dalam hal ini moleknya selaku Pemuda UMNO bawa usul ni supaya perkara yang diharapkan ini tidak berlaku.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): InsyaAllah saya bawa.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Apa dia, saya tak dengar satni .... InsyaAllah? Terima kasih. Setelah merdeka berpuluh tahun baru ada InsyaAllah. Tak apalah, ada perubahanlah tu, InsyaAllah.

126

Page 134: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Ni payah ni, dah ikhlas dah ni, ini masalahnya, kita sanggup dah satni, ...(Dalam gelak kecil) InsyaAllah, sawa bawa.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Dia kena ikhas.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dah ikhlas dokleh royat. "Siru baina wa bainallah (Rahsia dia dengan Allah)", dok payah royatlah, ikhlas.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Niat tu dok molek dah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Itu yang pertama yang saya ingin kongsi bersamalah. InsyaAllah.

Yang kedua, hasrat Tuanku Sultan yang benar-benar mengharapkan negeri Terengganu kita ini tahun 2020 akan menjadi negeri yang lebih gemilang dan tersohor sebagai negeri yang berpendapatan tinggi. Tahun ini 2014, tahun 2020 ada berapa tahun lagi? 6 tahun. Sedangkan gaji kita, pendapatan kita, inflasi kita dan juga peluang pekerjaan, kadar kemiskinan masih lagi di tahap yang sama. Realiti negeri Terengganu kita ini walaupun negeri kaya, memang negeri boleh menjadi berpendapatan tinggi tapi takut rakyat ni jadi miskin kediri. Haa! Takut hak tu aje

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Paka ke ada kena mengena hak usul Dewan?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dok kait, dok kait ni. Speaker nak naik gaji saja tu, tahu dah.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kita ikut Selangor.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bawa bertenang Yang Berhormat, khidmat ke rakyat dulu.

127

Page 135: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Paka.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ya. Jadi 90% sebenarnya pendapatan isi rumah rakyat ini adalah bersumberkan upah dan gaji. Kalau kita tengok Brunei sebab biasa negeri di Asia Tenggara, Brunei dan Singapura. Nasib baiklah Brunei tu tak masuk dalam Malaysia, saya rasalah kalau tidak jadi macam Sabah dan Sarawak, negeri kaya rakyat merempat. Kita, Terengganu masih lagi pada tahap keempat kadar kemiskinan. Dulu masa zaman Pas memerintah kita pernah turun nombor tiga. Minta maaf daripada nombor tiga ke nombor empat walaupun kita ditarik royalti.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Y.B. sekali lagi, boleh dok? Sikit je. Ni nak menyokong Y.B. ni.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Walaupun kita ditarik royalti, alhamdulillah, kita naik kepada kurangkan kadar kemiskinan kepada angka itu

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Paka): Ni saya nak menyokong kata-kata Y.B. ni.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Hak ni kita tengok balik ke nombor empat semula.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Paka, Jabi tanya, nak bagi ke? Kalau tak nak bagi tak apalah.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Sikit aje, kita beri panjang sikit masa ke dia.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat nak tambah masa tak apalah.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Okey, duduk dulu Jabi.

128

Page 136: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Saya setuju kalau tambah masa Yang Dipertua, saya nak baca sikit je hak ni. Nak menyokong hak kata dia.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dalam keadaan seperti ini maknanya sumber pendapatan yang banyak tidak menjana kekuatan ekonomi rakyat kita. 28% daripada KDNK sebenarnya adalah datang daripada gaji dan upah sedangkan ada disebut tadi tentang Korea dan sebagainya, sebenarnya padan dah dia 46%, negeri-negeri seperti Singapore 42%. Jadi kita hanya lebih kurang dari 10 juta pekerja di Malaysia ini, 1 juta saja sebenarnya antara yang membayar cukai sebab kadar mereka itu tidak melepaskan mereka untuk membayar cukai hanya 11% saja. Akhirnya kuasa beli rakyat semakin rendah, duit kita jatuh, kita dengan Thailand pun kalah sedangkan kalau kita tengok politik Thailand tu macam huru-hara nak berperang sokmo tapi duit dia masih lagi bertahan. Kita Malaysia duk kira nak compare dengan Singapura, dengan Brunei RM2.50, apa yang berlaku sebenarnya? Cukai lagi. Macam Brunei dia tak ada cukai. Petrol dia 53 sen seliter. Cukai takdok. Gaji mahal.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Yang Berhormat Yang Dipertua, saya nak betulkan fakta sikit ni. Kena bagi laluan saya sikit untuk betulkan fakta.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi dalam hal ini kita selalu compare dengan negara

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Sebab kadar pertukaran wang asing tidak menunjukkan bagus tak bagus. Ini fakta tak betul ni.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Terengganu nak compare dengan Kelantan contohnya.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Pertukaran wang asing tidak menunjukkan sama ada kewangan sesebuah negara itu bagus tak bagus

129

Page 137: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): .... sedangkan Terengganu ni ada royalti. Kita tak boleh nak compare dengan Kelantan.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Dia buat dok dengar, tak apalah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): (Sambil gelak kecil) Terengganu ada royalti, RM2.2 bilion pendapatan.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Fakta tak betul belaka tu!

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Lebih tinggi daripada Selangor, Selangor bajet dia RM1.8 bilion saja. Kita nak compare dengan Kelantan RM500 juta saja pendapatan dia. Kita RM2.2 bilion. Itu tak masuk lagi pendapatan silika berapa puluh juta, bijih besi, apa dan sebagainya. Jadi ke mana sebenarnya yang menyebabkan rakyat kita masih lagi miskin pada tangga yang keempat. Sepatutnya kita ini rasa malu dan bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf kemiskinan rakyat kita ini sendiri. Kadar pengangguran yang disebut dan berbangga. Sekarang ini kita 3.3%, sebenarnya masa Pas memerintah tahun 1999 hingga 2004 mewarisi daripada kerajaan sebelum 4.0%. Zaman 1999 hingga 2004 turun ke 3.3%. Tahun 2010 4.4%, hari ini turun pada 3.3%, balik asal aje sebenar lebih kurang sedangkan zaman Pas dulu royalti takdok, kena rampas. Ini RM2.2 bilion, kadar pengangguran 3.3% jugak? Apa sebenarnya yang berlaku. Kekgi kerajaan boleh bagi komentarlah, pandangan dan sebagainya. Jadi kuasa beli rakyat kita semakin sikit, hari ini kalau kita bawa RM50 pergi ke pasar takdok benda yang boleh dibeli sekarang. Kadang-kadang kita marah pulak ke orang perempuan kita mintak duit RM100, kita kata banyak. Dia pun kata, pergi beli sendirilah. Hah, kita pergi beli sendiri baru tahu rupanya barang semakin hari semakin tinggi harganya, 'yang murah kangkung saja' (sambil gelak kecil) .... Jadi dalam hal ini kita harap perkara ini maknanya apatah lagi kita di negeri Terengganu, 13 kawasan bandar yang dikatakan antara bandar yang apa

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Yang Berhormat Yang Dipertua mohon ditarik balik

130

Page 138: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Paka, Kuala Besut mintak sekali tu, kesian dia, Paka tak apa saya tambah sikit masa.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Yang Dipertua, menyalahi peraturan 26 dia mencemuh dan menghina tadi tu, perkataan 'kangkung' tadi.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ada ke 'kangkung murah' tu mencemuh apanya, tidak berkait dengan orang sama hidup ataupun mati. 'Kangkung' pun marah jugak? Astaghfirullah. Pelik Dewan lagu ni dokleh sebut 'kangkung, harga kangkung murah', marah jugak?

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Ada niat yang tersirat tu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Hak tu awak baca sendiri. Astaghfirullah (sambil gelak kecil) .... Ni jadi panas pulaklah ni. Tambah 5 minit lagi Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sabar Y.B. Paka, sabar.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dok marah Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Ingat kita bai'ah, setia kawan kita dengan Allah S.W.T.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ya, ya, cara saya begitu nak buat guana.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kita boleh didik.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi kuasa membeli semakin rendah. Salah satu bandar yang disebut 13 bandar yang mahal antaranya Paka dan Kertih, di kawasan sayalah. Bukan semua orang Paka kerja oil and gas, ada kerja kampung tradisi, ada nelayan, ada peneroka dan sebagainya. Jadi bebanan itu akan kena, jadi perkara ini apa sebenarnya tindakan kerajaan kita untuk memastikan harga murah. Saya pergi ke Kelantan boleh beli lagi seringgit 5 butir kuih. Saya tak tahulah takut tepung kat dia lebih murah, gula kat alik dia

131

Page 139: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

lebih murah, makanan dia murah. Apa sebenarnya yang berlaku berbanding dengan negeri kita? Maknanya kuasa beli rakyat Terengganu semakin kurang. Sebab itu kita tengok kat mana pasar raya hak orang ramai orang Terengganu berbelanja? Mydinlah. Sebab itu gambaran kuasa beli rakyat orang Terengganu. Di Mydin penuh, Giant kurang-kurang. Kalau buka Tesco pulak tak tahulah. Jangan kira hak kita ni, orang-orang ni pergi Kuala Lumpur tapi tengok hak rakyat Terengganu kita di Mydin. Mydin penuh sokmo. Bagi mereka kualiti takdok tak apalah, 'daripada cempedak baik nangka, pada takdok baik ada'. Itu aje. Kuasa beli rakyat Terengganu kita kira dengan nilai pendapatan yang sebegini besar. Itu belum dikira jurang kemiskinan. Kalau kira negara ini 20% golongan atasan, 40% golongan pertengahan, 40% golongan bawahan, apa yang berlaku? Memang kita boleh berbangga beberapa jutawan (millionaire) yang dilahirkan di Malaysia tapi siapa? Berapa orang? Baki lagi rakyat kita? 1 juta dah sekarang ini rakyat Terengganu, berapa persen sebenarnya golongan yang berpendapatan tinggi, pertengahan dan juga golongan bawahan. Dalam hal seperti ini akan membantut tujuan sebenar hasrat kita untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Mungkin bolehlah negeri berpendapatan tinggi tetapi adakah rakyat kita memperolehi atau berpendapatan tinggi? Ini faktor yang kita rasa perlu diambil penelitian dan sebagainya. Khususnya dengan peluang-peluang pekerjaan. Ramai kawan-kawan saya buka syarikat, bila mereka pergi ke Melaka contohnya berkait dengan oil and gas, mereka boleh subkontrak di Melaka. Kerajaan Melaka mensyaratkan jika kamu nak ambil kerja mesti 7 orang mestilah orang dari negeri Melaka, perlu sign JKKK dan sebagainya. Tapi kat kita di Terengganu ramai orang-orang kita yang boleh bekerja kadang-kadang berlaku shutdown baru penuh/ramai yang boleh bekerja, takdok syarat kat kita. Sepatutnya kita ikut apa yang dilakukan di Melaka. Kalau di Sarawak, syarat lulus boleh beberap persen ke kerajaan dia. Tapi kat kita peluang pekerjaan ada di depan mata, jadi kita tidak meletakkan syarat-syarat. Begitu jugak syarikat-syarikat, semua syarikat boleh mari ambil subkontrak di Terengganu. Sepatut kita buat syarat kepada anak syarikat-syarikat ini mesti ambil anak-anak tempatan kita dulu, contohnya untuk kerja-kerja shutdown dan sebagainya. Dah syarikat luar bawa mari habis dengan pekerja-pekerja luar dia, pekerja-pekerja asing dia. Sekarang ini kalau kita lalu ikut Kertih nampak dah dengan Bangladeshnya, dengan Indonesianya, dengan Filipinanya dengan Monggolianya pun dah ada. Hor, Nepallah, Monggol, lebih kuranglah.

132

Page 140: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Benda pulak Nepal tu Monggol. Baham rambang.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Orang lama, janganlah kosekorang nak bercakap ni.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Budak darjah satu tahu Nepal kat mana, Monggolia kat mana.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Muka dia lebih kuranglah tu (Dewan gelak)

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Allah

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Esok jawablah nak bersyarah bab Nepal, bab Monggol pun.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Baham rambang jugak

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Saya dok beri laluan Yang Berhormat. Dok beri, dok beri.

YANG BERHORMAT DATO' TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Baham rambang sungguh.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dia lama dah dok kosek saya.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Maksudnya Yang Berhormat Paka, dia di Dewan yang mulia ini kita kena bercakap dengan faktalah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dah betul dah saya

133

Page 141: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA DEWAN: Maknanya Nepal dengan Monggolia tu berbeza.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yalah tu, Allah! Okey, tak apalah. Beza memang Monggolia, Nepal berbeza.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Okey, terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Monggolia -Altantuya, horgitu. Jadi panjang pulak ceritaan.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakial Kuala Berang): Yang Berhormat Yang Dipertua, saya ingat Wakil Paka ni tak usah beri dia bercakap ataupun ditarik balik apa yang dicakap tu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang Dipertua, giliran saya untuk bercakap, esok biar dia jawablah pulak, giliran Exco.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Percakapan saudara ini, Yang Berhormat ini tidak menyahut sebagai orang yang waras

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Nanti saya nok royat. Jaga, Mongolia mari, Nepal yang jadi Jaga. Nepal tu hak muka putih macam Cina tu. Ada Bangladesh yang berkulit hitam, hak Indonesia jenis Melayu

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Yang Berhormat macam Genghis Khan.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Hak ni sungguh tuduh saya, buat fitnah ke saya pulak dah, nya kata ke kita Genghis Khan pulak dah

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Bakpe yang sensitif sangat Mongolia tu?

134

Page 142: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Genghis Khan tu kaflr Yang Berhormat. Saya ini Islam.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Dah cakap gitu lebih kurang begitulah saya nampak.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat mana tahu?

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakial Kuala Berang): Saya nak kata.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat dengar bila Genghis bercakap? Takdok fakta langsung bercakap.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakial Kuala Berang): Saya nak kata. Mana Yang Berhormat tahu, mana tahu saya tahu lebih daripada Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya mintak duduk dulu.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Hak fakta kata hak daripada Mongolia jadi Jaga tadi fakta daripada mana? Saya nak tahu jugak, dia takdok fakta tu sebab itu dia main baham rambang gitu dok jadi Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Paka, Jabi duduk dulu. Duduk kejap.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi sekarang pihak kerajaan

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Tambah 2 minitlah.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa. Sebab itulah dalam peraturan kita, minta maaf dengan Allah pun jangan memulakan perkara-perkara yang tidak

135

Page 143: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

baik antara kita, itu ajelah. Jangan memulakan perkara-perkara yang boleh sakit hati antara kita, itu undang-undang dalam peraturan berbahas. Jadi Tak apa, teruskan Y.B. Paka.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ya, saya minta maaflah kalau orang berasa hati sebut Monggolio tu, saya minta maaf sebab itu satu negara dalam dunia kita ini. Jadi jangan berasa hati.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Sebab Yang Berhormat tidak ikhlas.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Macam mana Yang Berhormat tahu saya ikhlas dok ikhlas, macam mana Yang Berhormat Kuala Berang tahu.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Macam mana Kuala Berang tahu ikhlas dok ikhlas, dalam hati orang tahu ke?

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Bukit Payong mana tahu saya ikhlas tak ikhlas!

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dah tahu orang ikhlas ke dok ikhlas, bakpe tanya orang ikhlas ke dok ikhlas?

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Dah ikhlas ke dok?

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Tahu ke apa ada dalam hati orang!

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Dah ikhlas ke dok?

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Bukit Payong

136

Page 144: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa Yang Berhormat semua Bukit Payong tolong duduk.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Baham rambang Bukit Payong.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Berhormat semua, tolong duduk. Paka tolong teruskan. Cakap baik-baiklah kita semua. Tolong, tolong, jangan mulakan apa yang tidak baik.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Cakap Melayu dah ni Yang Berhormat. Okey, sebab itu dalam hal ini saya mengharapkan pihak kerajaan kalau boleh tirulah Melaka tu untuk nak memastikan rakyat kita ini biar boleh kerja. Mereka ada kemahiran Rigger dan sebagainya, boleh kerja. Jadi kalau ada sikit peraturan paling kurang dia mari fikir jugak: "Hah! 70% mestilah ambil dari rakyat Terengganu." Dia pun mesti ambil jugaklah rakyat Terengganu bekerja. Kita takmboh benda itu ada peluang pekerjaan depan mata kita, kita boleh iokf biarkan orang ambil peluang pekerjaan kita. Sebab ini merupakan antara perkara penting.

Begitu jugak berkait dengan inflasi. Antara faktor yang disebut adalah bagaimana pengeluaran subsidi dan juga kadar kenaikan tarif elektrik ini akan lebih membebankan rakyat. Tarif elektrik kita tengok sekarang ini ada kenaikan pulak, mahu tak mahu wajib bayar kalau tidak dia potong. Subsidi IPP dapat, kita kat Paka tu satu TNB, satu IPP yang ini dapat subsidi. Jadi beban yang akhirnya akan balik kepada rakyat. Kita juga yang kena antaranya yang menyebabkan kuasa beli kita semakin kurang. Duit yang kita ada semakin kurang nilai dan harganya, barang-barang semakin mahal akhirnya akan menggalakkan rakyat kepada jenayah. Saya ucap tahniahlah ada disebut yang kata kadar jenayah sudah makin menurun. Tapi kalau kita tengok Januari hingga Jun 2012, kadar jenayah berbanding dengan Januari hingga Jun 2013 memang turunlah. Januari hingga Jun 2012 - 1,770 kes, Januari hingga Jun 2013 - 1,736 kes, memang turunlah tapi 1,700 lagi. Kita tengok Januari hingga Mei, tahun 2013 - 1,474 kes, Januari hingga Mei tahun ini (2014) 1,412 kes. So, masih lagi 1,400 kes, kadar masih tinggi. Antaranya faktor sekarang ini. Jadi kita bimbang, nak hantar anak sekolah kita bimbang. Ada kes yang melibatkan di Kemaman baru-baru ini adik-beradik

137

Page 145: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

berbunuh, antara faktornya mungkin dadah. Mintak pitih, duit dengan mak dan bertikam sesama adik-beradik.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Paka saya dah bagi 23 minit dah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dokdang nak masuk hak tu, tambahlah sikit masa lagi, banyak gangguan tadi tu.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Banyak dah tambah tu. Orang lain 15 minit, ini tambah dah lebih tu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi kita mengharapkan pihak kerajaan sendiri mengambil inisiatif tentang isu ini. Isu dadah ini dulu kita tengok MCA bersungguh sebab ramai orang Cina dengan isu pil kuda, esctasy apa semua. Tapi sekarang ini bila orang Melayu ramai yang terlibat semua lepas tangan. Jadi kita haraplah ada inisiatif kita tersendiri macam untuk menghalang rakyat kita terlibat dengan perkara ini dan hatta terlibat ke sekolah-sekolah menengah dan sebagainya. Kita bercakaplah dengan Polis macam mana, benda apa yang berlaku di peringkat bawahan ini. Cukup dahsyat. Di mana dapat sumber bekalan dan sebagainya, benda itu ada dalam masyarakat kita yang merosakkan generasi pelapis kepimpinan yang akan datang, rakyat kita. Jadi perkara-perkara yang seperti ini perlu diambil perjalanan.

Saya juga nak sebut isu-isu tentang nelayan asing. Kita Laut Cina Selatan ini luas, jadi Tentera Laut duduk di Lumut nun, kawasannya sempit. Apalah salahnya pihak kerajaan negeri berbincang dengan Kementerian Pertahanan buat sini gok

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Paka panjang lagi ke?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dok banyak dah.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tolong.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ajak buat di balik Terengganu ni. Kita pelabuhan pun banyak, di Duyong boleh jadi tempat

138

Page 146: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

baiki kapal dan sebagainya, taklah timbul isu-isu ni. Satu lagi duduk di Sabah nun dengan scopingdia apa semua. Jadi kalau ada di sini adalah lebih baik

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Nak bukti Yang Berhormat Yang Dipertua fakta dah mengarut ni, saya ingat sudahlah, pendek sudahlah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Astaghfirullah. Saya mintak kerajaan

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Yang Berhormat Paka, Maritim ada di Kuantan, Yang Berhormat doksoh mengarut sangat bercakap. Dahlah Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ini bukan Maritim ni.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Di Tok Bali pun ada.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Berilah ke kita bercakap, kita dok kacau dia, esok boleh bercakaplah pulak. Antaranya Duyong ni tempat baiki perkapalan dan sebagainya.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya bagi 1 minit lagi, Paka. Teruskan.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dalam hal seperti ini bila kita tengok pencarian MH 370 baru kita tahu habis rayau belaka, tentera-tentera asing boleh masuk cari, check apa semua.

Berkait dengan isu air, saya suka menyentuh berkait dengan isu air. Saya duduk di Kampung Pinang Merah 7 kilometer saja daripada Bandar Paka, kawasan oil and gas, sekolah di belakang itu ada 500 orang pelajar tapi paip air takdok. Dah kita nak itu macam mana, kalau bercakap kan terasa hati. Jadi saya pun nampak bising-bangor, jadi sekadar itu sajalah. Assalamualaikum warahmatullah.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih banyak Paka. 139

Page 147: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Bukan masalah bising-bangor Tuan Yang Dipertua, saya ingat dok betul kata-kata dia tu.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Jadilah.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa, InsyaAllah, Allah menilai, kita menilai. Terima kasih. Ini yang terakhirlah ni. Y.B. Cukai? Seorang saja, pilih seorang. (Y.B. Cukai memberi laluan kepada Y.B. Batu Burok).

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Alhamdulillahir Rabbil Alamin. Wassalatu wassalamu ala asyrafil anbia iwal mursalin. Rabisyrahli sadri wa yasir li amri wahlul ukhdatan min lisani yafkahu qawli.

Yang dihormati Yang Berhormat Yang Dipertua (Speaker), Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Exco, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati dan dikasihi sekalian.

Saya juga ingin turut berbahas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan yang berlangsung semalam. Yang Berhormat Yang Dipertua (Speaker), negeri Terengganu Darul Iman adalah negeri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan pelbagai hasil masyhul yang begitu banyak, kekayaan yang begitu mencurah limpah di negeri Terengganu ini. Royalti minyak sebagai contohnya, sepanjang tempoh kepimpinan yang ada sekarang kita menganggarkan daripada tahun 2008 sehingga sekarang sekurang-kurangnya lebih daripada RM14 bilion kita telah mendapat royalti minyak. Perbelanjaan kerajaan negeri pun sepanjang tempoh daripada 2008 sehingga sekarang dianggarkan tidak kurang daripada RM13 bilion. Angka RM13 bilion ini bukan suatu angka yang kecil, suatu angka yang begitu besar yang sepatutnya telah membolehkan kita di negeri Terengganu ini dapat menikmati kenikmatan kehidupan rakyat yang begitu baik. Bukan di tahap yang ada sekarang tetapi di tahap yang lebih baik.

Yang Berhormat Yang Dipertua (Speaker), good governance atau urus tadbir yang baik adalah istilah yang diguna pakai pada hari ini. Manakala intipati penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan diperolehi daripada sumber yang halal. Sebab itulah asas jiwa pimpinan yang jujur dalam pengurusan adalah amanah yang begitu berat untuk dipikul lebih-lebih lagi

140

Page 148: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

sebagai seorang pemimpin. Yang berkuasa pula hendaklah insaf akan diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Benar dan tepat sebagaimana yang diungkap oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah: "Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara ataupun negeri mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagi harta miliknya sendiri. Sebaliknya yang berkuasa dan yang memerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan sahaja. Mereka memikul amanah besar yang akan disoal kelak."

Yang Berhormat Yang Dipertua, saya ingin menyebut ataupun memberi perhatian Dewan yang mulia ini tentang apa yang sedang berlaku di kawasan Pajakan Melombong Bijih Besi, di kawasan Bukit Betong, Batu 3, Bukit Puteri, Bukit Besi, Mukim Jerangau, Daerah Dungun. Tanah yang menjadi milik ataupun diluluskan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan yang keluasannya seluas 2,553.1973 hektar telah diluluskan untuk pembalakan kepada 6 syarikat yang kesemuanya syarikat 'non-Bumi'. Yang pertamanya, Jalur Bangga Sdn. Bhd., milik Chan Kim Meng. Yang keduanya, Bakti Semerbak Sdn. Bhd., milik Har Ting Shuen. Yang ketiga, Lanjut Edaran Sdn. Bhd., milik Yo Kim Tim. Yang keempat, Syarikat Selesa Bestari Sdn. Bhd., milik Yong Wah Teck. Yang kelima, Perkayuan LNI, milik Leo Wang Chang. Dan yang keenam, Quality Sawmill Sdn. Bhd., milik Leo Kim Swee. Apa yang menjadi persoalan, Yang Berhormat Yang Dipertua, apa relevannya kerajaan negeri dengan secara tergesa-gesa meluluskan satu kawasan yang begitu luas 2,000 hektar lebih, dianggarkan kalau 2,000 hektar lebih ini lebih daripada 7,000 ekar. Sedangkan kita setiap tahun lebih daripada mencukupi dengan hasil royalti minyak yang mencecah lebih daripada RM2 bilion setiap tahun. Begitu juga dari segi kenapakah kesemua 6 syarikat yang mendapat konsesi pembalakan ini adalah bukan bumiputera dan tidak ada satu pun daripada kalangan pengusaha pembalakan Melayu tempatan. Apakah dengan meluluskan kawasan yang begitu luas ini kerajaan negeri telah membuat Kajian Kesan Alam Sekitar dan kesannya kepada ekologi di kawasan yang terbabit ini? Dan apakah pihak kerajaan negeri telah berbincang dengan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar sebelum meluluskan sesuatu yang berskala besar ini. Saya meminta pihak kerajaan untuk memberikan penjelasan segera dalam hal yang sedemikian ini kerana ini adalah suatu yang begitu besar yang perlu kepada jawapan yang dinanti-nanti oleh setiap warga dan rakyat negeri Terengganu.

Yang Berhormat Yang Dipertua, yang keduanya, kegagalan Empangan Paya Peda yang telahpun termaktub dalam Laporan Audit yang terbaru yang berlaku ataupun

141

Page 149: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

yang dibuat projek ini di Hulu Besut yang menelan belanja lebih daripada RM344 juta. Berlakunya kelewatan, berlakunya kegagalan mematuhi Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan kegagalan inilah yang mengakibatkan warga Terengganu terutamanya orang Besut, Wakil-wakil Rakyat Besut

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, penjelasan. Saya pohon Wakil Batu Burok menyerahkan senarai nama pelesen-pelesan yang disebut tadi yang mendapat balak di Bukit Besi untuk saya rujuk. Terima kasih Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Kijal. Y.B. Batu Burok, izinkan saya untuk dapatkannya. Bentara sila dapatkan salinan apa yang dinyatakan tadi peta dan nama-nama daripada Yang Berhormat Batu Burok. Sila Bentara.

YANG BERHORMAT DR. SYED AHMAD BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Karang, karang, saya akan bagi copy.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya nak tengok sekarang. Sila Bentara.

YANG BERHORMAT DR. SYED AHMAD BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Saya tengah berucap ni. Tak apa, InsyaAllah saya akan bagi.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa saya nak tengok sekejap selepas itu saya pulangkan balik. Sila Bentara.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Saya tengah berucap ni.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa, saya nak tengok dokumennya aje sekejap. Dah dirujuk dan dah dinyatakan tadi, jadi saya nak tengoklah sekejap. Bentara, sila jalankan tugas, Bentara.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Nanti kejap. Nanti dulu saya ambil. YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Tuan Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua, saya tidak merasa ada suatu ruling

142

Page 150: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya nak yang awal tadi. Ini dokumen lain, ia boleh dibahaskan kemudian.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Yang Berhormat Batu Burok sedang berucap

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya dah buat ruling. Y.B. Bandar duduk. Saya nak

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Saya cuma nak kata yang Yang Berhormat Batu Burok tengah berucap. Yang Berhormat Batu Burok bukannya tak nak bagi, bila-bila masa pun boleh bagi

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya tahu tapi saya nak yang ia ucap tadi sebab yang diberi rujuk ini yang lain dah ni. Mintak yang tadi. Okeylah, terima kasih Y.B. Batu Burok, terima kasih Y.B. Bandar. Saya percaya Y.B. Batu Burok dia setia kawan dengan Speaker. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Yang Berhormat Yang Dipertua, saya nak bagi jugaklah kalau ianya memberi kesan kepada psikologi

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Boleh, boleh, sila. Kalau nak bagi sekarang saya boleh ambil. Bentara!

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): ... di kawasan yang terbabit ini berlakunya pembalakan besar-besaran yang sedang berlaku yang boleh diambil perhatian

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Batu Burok, bagi kepada saya. Bentara tolong dapatkan. Sila teruskan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Yang Berhormat Yang Dipertua, kegagalan Empangan Paya Peda adalah merupakan suatu yang perlu kita, kerajaan negeri memberi perhatian dari segi kelewatannya, kegagalan mematuhi piawaian kesan EIAnya telah memberi kesan

143

Page 151: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

kepada berlakunya banjir besar kepada penduduk di Besut. Maka ini saya mintak pihak kerajaan mengambil perhatian kenapakah ini boleh berlaku dan siapakah yang bertanggungjawab dengan projek yang mega ini sehingga berlakunya kegagalan dan kelewatan dan penduduk tempatan terpaksa menanggung suatu bebanan dan risiko kehilangan harta benda dan yang lebih penting lagi kehilangan nyawa mereka akibat kegagalan Projek Empangan Paya Peda yang bernilai lebih daripada RM344 juta ini.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, penjelasan Yang Berhormat Batu Burok menyatakan menyebabkan kehilangan jiwa/nyawa. Jadi berapa orang yang mati akibat Empangan Paya Peda ini?

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Bukan, 'yang mungkin' saya sebut.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Tengok, tadi kata lain, orang dengar belaka. Kecek sokmo.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Laa ila ha ilallah.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Hor, dia jugak sebut 'yang menyebabkan kehilangan nyawa'. Tiba-tiba kata 'akan' pulak. Dah payah gini.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Teruskan Y.B. Batu Burok.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Ya, tak apa, besok jawab, InsyaAllah. Yang Berhormat Yang Dipertua, yang ketiganya, adalah saya mohon penjelasan tentang pembelian sebuah syarikat yang bernama Chicken Cottage yang beroperasi di United Kingdom, a UK based company. Saya difahamkan kerajaan negeri telah membeli telah membeli stake sebanyak 70% yang bernilai tidak kurang daripada RM24 juta. Difahamkan Chicken Cottage ini adalah francais yang ada di United Kingdom dan ada cabang-cabangnya di India, di Australia dan China. Persoalannya untuk apa ia dibeli? Siapa yang akan managed ataupun mengendalikan syarikat ini? Dan apakah

144

Page 152: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

telah ada DD (Due Diligence) dibuat sebelum pembelian syarikat ini? Dan bagaimana pula dari segi ROI ataupun anggaran pulangan yang akan didapati oleh Kerajaan Negeri Terengganu?

Tuan Yang Dipertua, saya tadi telah mendengar ucapan mengenai pembaikan Stadium Sultan Mizan yang bernilai RM100 juta. Dengan izin, this is scandalous sudahlah stadium yang kita hanya guna pakai setahun lebih bernilai lebih daripada RM300 juta itu, rakyat Terengganu terpaksa menanggung bebanannya sekarang ini pulak untuk baik pulih stadium, kita terpaksa membelanjakan RM100 juta lagi. Siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini dengan wang yang begitu besar ini setelah bertahun-tahun kita menanggung malu, rakyat menanggung beban, peminat-peminat sukan yang minat bola sepak dan sebagainya terpaksa beresak-esak di stadium yang kita nak runtuhkan, di Stadium Sultan Ismail Zainal Abidin yang ada dekat dengan kita ini

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang ada dekat dengan kita ini terpaksa dibaiki balik kerana keruntuhan yang berlaku. Sekarang ini kita membelanjakan RM100 juta. Kalau diberi

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Penjelasan Yang Dipertua

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Kalau diberi kepada kami RM100 juta

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Pasal apa disebut Stadium Sultan Ismail nak runtuh, JKR yang beri kelulusan guna runtuh ke tak runtuh, bukan kita yang boleh kata benda itu nak runtuh atau tidak runtuh.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Yang Berhormat, saya tak bagi jalan ni.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Ini suatu tuduhan Yang Dipertua.

145

Page 153: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Yang Berhormat Yang Dipertua, stadium yang kita bina ini dengan nilaian yang begitu besar ini telahpun disebut berkali-kali di Dewan ini. Selain dari stadium, adanya pusat boling, adanya squash, bilik persalinan dan sebagainya. Ini penting untuk kita membuat penilaian dari segi siapa yang bertanggungjawab yang kita nak wujudkan good governance di negeri Terengganu Darul Iman ini.

Saya sebagai akhirnya

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Yang Berhormat Batu Burok, tumpang sikit boleh tak?

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Boleh.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih. Yang Dipertua kerana saya tak dang, tak berpeluang tadi, saya nak mintak tolong daripada Batu Burok nak tumpang satu soalan iaitu mengenai pelaburan di negeri Terengganu yang menyentuh tentang ASDI. Saya tengok dalam Laporan Lembaga Tabung Amanah Warisan yang jugak menyentuh tentang isu yang dibawa oleh Batu Burok yang menyatakan di sini Amanah Saham Darul Iman nilai kos dia pada 2012 - RM210,425,000 tapi nilai iening (semasa) tinggal RM85 juta bermakna rugi RM130 juta dalam masa setahun. Kalau boleh mintak tolong Yang Berhormat Batu Burok istiharkan soalan ini masuk dalam ucapan Batu Burok untuk dijawab. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Terima kasih Yang Berhormat Bandar.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Tuan Yang Dipertua, penjelasan sekali lagi, mintak laluan. Yang Berhormat Batu Burok tadi menyebut bahawa ada 6 syarikat pembalakan di kawasan Bukit Besi dengan nama-namanya sekali dan apabila diminta oleh Tuan Yang Dipertua untuk diserahkan dan saya telah mendapat salinannya, satu syarikat pun tidak ada kaitan dengan kawasan balak yang disebut di sini hanya kawasan melombong bijih besi. Dan saya mintak senarai nama pembalak-pembalak yang didakwa tadi supaya kita dapat membuat semakan betul atau tidak tuduhan tersebut?

146

Page 154: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Yang Amat Berhormat, saya dah sebut tadi sila rujuk hansard.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Mintak senarainyalah, apa salahnya kalau benda betul takut benda? Hah, berilah, serahlah.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Saya tengah berucap.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bukan soal berucap, soal saya nak mintak. Jadi kita bercakap ni orang dalam galeri tu dengar belaka macam-macam tuduhan lepas tu dia orang tak mari dah esok, dia tak tahu apa sebenarnya berlaku.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Atas dasar setia kawan Y.B. Batu Burok

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Apa salahnya dah senarai ada, serah ajelah ke kita yang ini boleh beri, kenapa yang lain tak boleh beri, kita fotostat, apa salahnya.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya rasa serahkan ajelah, bahawa kita bercakap dengan fakta dan keyakinan bahawa Allah melihat apa yang kita buat dan Allah mendengar. Y.B. Batu Burok untuk kebaikan kita bersama. Tak apa, Allah ada, kita ada Allah. InsyaAllah.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Ini khabor lain, dia tunjuk hak benda lain, tak ada kena mengenapun. Kena tahu betul tak betul, ini tuduhan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Batu Burok, Bentara saya nakkan senarai 6 syarikat tadi supaya apa yang dikatakan dalam Dewan ini menjadi bukti bahawa itu syarikat-syarikat yang telah disebutkan. Sila Bentara. Y.B. Batu Burok tolong bagi senarai 6 syarikat yang telah dinyatakan dalam persoalan tadi seperti mana yang telah diminta oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

YANG BERHORMAT HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Ada dok senarai tu?

147

Page 155: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Telemong duduk, sabar. Macam saya kata innallaha ma ashabirin, sabar.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Dah kan dia sebut dah senarai tu se, se. Ambil hak tulah.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Alur Limbat, tolong! Saya percaya, saya faham Y.B. Batu Burok tak ada masalah, dia setia kawan itu ada, itu hebatnya orang yang percaya kepada kalimah 'Laa Ila Ha Illallah Muhammadan Rasulullah'. Ada, kita bagi. Kalau emel kepada saya boleh? [email protected].

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Yang Berhormat Yang Dipertua

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya bagi 1 minit lagi ni, kita dah hampir pukul 5.00 petang ni Y.B. Batu Burok. Boleh ending/ah kot, Y.B. Batu Burok, ya.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Sebagai akhirnya saya ingin mengambil kiasan Sasterawan Negara A. Samad Said: "Tunggulah kehancuran pabila yang di atas takut berdepan. Yang mengikut resah menyoal. Yang sedar berdiam diri

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Tuan Yang Dipertua, penjelasan.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): dan yang berfikir mendiamkan."

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Peraturan Dewan Yang Dipertua

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Sekian. Wabilahi taufik wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Ini pengecut ni.

148

Page 156: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 14 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa Y.B. Kuala Berang, besok InsyaAllah. Alhamdulillah wa syukurilillah. Nampaknya petang ini panas sikitlah tapi InsyaAllah kalau kita jadikan tali Allah itu ikatan kita saya rasa kita akan selamat, kita akan bahagia duniawi dan ukhrawi.

Alhamdulillah wa syukurilillah, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Yang Berhormat yang berbahas pada hari ini. Semua Ahli Yang Berhormat telah berusaha menjelmakan mawaddah wa rahmah walaupun nampak ada sikit panas tadilah dan nampaknya ada setia kawan kita, mematuhi fasal, dan ada jugak yang kita mintak 15 minit tapi sampai 20 minit, walau bagaimanapun, mematuhi fasal 46 dan 47. InsyaAllah kita percaya akan lahir ummatan wahidah, ummatan khairul ummah dan sebagainya.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Persidangan Dewan sehingga esok hari, Selasa, 15 April 2014 pukul 9.30 pagi. Dan marilah kita sama-sama membaca Surah Al-'Asr. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 5.00 PETANG.

149

Page 157: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

PERSIDANGAN

PADA HARI SELASA, 15 APRIL 2014

Page 158: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong, AMT.,PJK.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK. WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, DPMT. WAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, DPMT.,DMSM.,KMN.,AMN. WAKIL PERMAISURI

Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, DPMT.,SMZ. WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Haji Rozi bin Mamat, SMZ.,AMT. WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Ir. Rosli bin Othman, AMN. WAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, AMT.,PJK. WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat A. Latiff bin Awang, PJC.,PJK. WAKIL PENGKALAN BERANGAN

150

Page 159: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Yang Berhormat Roslee bin Daud, PPN. WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Ghazali bin Taib WAKIL AJIL

Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, AMT.,PPN. WAKIL JERTIH

Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar WAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Dato' Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK. WAKIL LANGKAP

Yang Berhormat Mohd Mahdi bin Musa WAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, PJK. WAKIL BATU RAKIT

Yang Berhormat Mohd Iskandar bin Jaafar WAKIL JABI

Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut, PJC. WAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, SSMT. WAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi, AMT. WAKIL BATU BUROK

151

Page 160: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat WAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak WAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Azan bin Ismail WAKIL BANDAR

Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah WAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB. WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat WAKIL CUKAI

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim WAKIL TELUK PASU

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim WAKIL TEPOH

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun WAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin Harun WAKIL RANTAU ABANG

152

Page 161: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN Dato' Haji Mazlan bin Ngah, DSMZ.,DPMT.,ASM.,PJC.,PJK.,BLB.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI Dato' Noorbahri bin Baharuddin, DPMT.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Dato' Haji Abdul Razak bin Ismail, DSMZ.,DPMT.,JMN.,ASM.,PJC.,PJK.,BLB.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI Tuan Haji Azhar bin Jusoh, AMT.,PJK.

153

Page 162: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

PUKUL 9.30 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. [Al-Fatihah]. Amin, amin, Yaa Rabbal Alamin. Alhamdulillah kita masih hidup dan diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk hadir ke Dewan untuk membuat khidmat yang terbaik untuk hari ini, untuk melakukan ahsanul amalan dan kita lakukan dengan baik-baik, dengan nasihat yang baik 'addinunasihah'.

Dan pada kesempatan ini juga saya mengalu-alukan kehadiran Pemerhati-pemerhati yang terdiri daripada:-

1. Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia seramai 20 orang.

2. Pelajar Sekolah Menengah Panji Alam seramai 45 orang. 3. Persatuan Belia Komuniti Intelektual Hulu Terengganu seramai

20 orang. 4. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah seramai

51 orang. 5. Pemuda Kuala Nerus seramai 10 orang. 6. Warga-warga DUN yang datang daripada DUN Ajil, DUN Alur

Limbat, DUN Paka, DUN Sura dan DUN Bukit Payong.

Suka saya mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita melakukan perbahasan kita pada hari ini dengan baik-baik, dengan muluk-muluk, dengan perkataan yang mulus-mulus kerana apa yang kita lakukan kita adalah sebagai pemimpin dan kita pegang amanah, kita berjanji untuk kita bai'ah dengan Allah dan Rasulullah menjadi ikutan kita. Jadikanlah apa yang kita katakan kita lakukan, bukan hanya cakap, kita buat sebab apa yang kita lakukan di Dewan ini menjadi ikutan, turutan dan perhatian kepada Pemerhati-pemerhati kita yang kita kasihi.

Mesyuarat pada pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah ahli-ahli yang telah memberikan notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan:-

154

Page 163: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

1. Y.B. Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar (Wakil Air Putih)

2. Y.B. Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut (Wakil Wakaf Mempelam)

3. Y.B. Mohd Mahdi bin Musa (Wakil Kota Putera)

4. Y.B. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Wakil Rhu Rendang)

5. Y.B. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Wakil Batu Burok)

6. Y.B. Haji Satiful Bahari bin Mamat (Wakil Paka)

7. Y.B. Dr. Haji Alias bin Razak (Wakil Bukit Tunggal)

8. Y.B. Azan bin Ismail (Wakil Bandar)

9. Y.B. Mohd Nor bin Hamzah (Wakil Bukit Payong)

10. Y.B. Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar (Wakil Ladang)

11. Y.B. Ariffin bin Deraman (Wakil Alur Limbat)

12. Y.B. Haji Hanafiah bin Mat (Wakil Cukai)

13. Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim (Wakil Teluk Pasu)

14. Y.B. Haji Hishamuddin bin Abd. Karim (Wakil Tepoh)

15. Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik (Wakil Sura)

16. Y.B. Haji Hilmi bin Harun (Wakil Manir)

17. Y.B. Haji Alias bin Harun (Wakil Rantau Abang)

Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar (Wakil Air Putih) mengemukakan soalan.

155

Page 164: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian. Soalan saya yang pertama -

Bi lakah Lebuh Ray a Pantai Timur di jangka akan siap sepenuhnya?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang saya hormati Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para Pemerhati, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian.

Wakil Air Putih ada bertanyakan: Bilakah Lebuh Raya Pantai Timur dijangka akan siap sepenuhnya? Jadi berkenaan dengan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2, Insya Allah akan siap sepenuhnya pada bulan Disember tahun 2014 iaitu tahun ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Soalan tambahan Yang Berhormat Yang Dipertua, adakah pihak kerajaan berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor setakat ini dan juga ciri-ciri keselamatan dari segi pencerunan, dari segi pencahayaan, dari segi kaki lima dan sebagainya? Terima kasih Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Terima kasih Yang Berhormat Wakil Air Putih. Jadi berkenaan dengan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 yang sekarang ini sedang dalam pembinaan dan sehingga hari ini cuma tinggal tiga-empat pakej sahaja lagi yang belum siap. Jadi dari segi perlaksanaan dari segi kualiti kerja dan jugak dari segi dari segi ciri-ciri keselamatan terutama dari segi keadaan cerun, pencahayaan dan sebagainya, untuk makluman Dewan yang mulia iaitu dari segi reka bentuk Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 adalah mempunyai ciri keselamatan dan lebih daripada LPT Fasa 1. Setakat ini kerajaan berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan, pencahayaan, kaki lima dan lorong-lorong kecemasan yang ada di LPT Fasa 2. Terima kasih.

156

Page 165: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT DATO' SABRI BIN MOHD NOOR (Wakil Langkap): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri, soalan tambahan saya: Adakah LPT yang berada di dalam sempadan negeri Terengganu ini akan diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan pusat? Terima kasih.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Terima kasih kepada Wakil Langkap. Jadi berkenaan dengan LPT Fasa 2 yang sedang dalam pembinaan ini dia ada sedikit keunikan dia Yang Dipertua, sebabnya dari segi perbelanjaan untuk membina LPT ini ditanggung oleh dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Terengganu dan juga kerajaan persekutuan. Jadi berkenaan dari segi penyerahannya, Insya Allah apabila perbincangan nanti iaitu selepas siapnya lebuh raya itu nanti akan diambil kira bahagian dari segi peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan jugak peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan. Jadi untuk makluman Dewan, dianggarkan bila siapnya nanti sepenuhnya jadi LPT 2 ini akan menelan belanja RM4.25 bilion. Jadi sumbangan kerajaan negeri akan diambil kira daripada jumlah tersebut. Terima kasih.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Soalan tambahan boleh?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Alur Limbat.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Berapakah jumlah yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk pembinaan dan mengapa kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan ini, tidakkah pembinaan LPT ini tanggungjawab pusat?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Dari segi perbelanjaan yang dikeluarkan, macam saya kata tadi dari segi jumlah keseluruhan yang dianggarkan, saya gunakan perkataan 'anggarkan' sebabnya dia belum siap sepenuhnya, jadi dianggarkan berjumlah RM4.25 bilion dan bahagian yang daripada kerajaan negeri melalui peruntukan Dana Khas yang terdahulu adalah sebanyak lebih kurang RM1.8 bilion. Jadi jumlah tu nanti bila siap semua sekali akan dibuat Final Account dan sebagainya. Daripada situlah akan dikira dari segi propotion untuk hasil-hasil yang kemudian. Jadi berkenaan dengan, mengapa kita agak lain sikit daripada tempat lain memandangkan lebuh raya semuanya dibina

157

Page 166: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

oleh kerajaan persekutuan. Jadi untuk mempercepatkan pembinaan tersebut kerajaan negeri pada masa itu telah bersetuju mengeluarkan sebahagian daripada perbelanjaan bagi membina lebuh raya itu. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Soalan tambahan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Berhormat. Kita dalam ruling kita .... Minta maaf ya. Kita teruskan pada Soalan Lisan kedua. Saya mempersilakan Yang Berhormat DUN Kota Putera. Silakan.

YANG BERHORMAT MOHD MAHDI BIN MUSA (Wakil Kota Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, soalan saya yang pertama. Terima kasih.

Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat.

Soalan daripada Wakil Kota Putera: Berapakah bilangan keluarga yang masih berada di paras kemiskinan bagi negeri Terengganu? Berdasarkan statistik kemiskinan yang dikeluarkan melalui sistem aplikasi e-Kasih sehingga 31 Mac 2014 untuk negeri Terengganu:-

Berapa bi langan dan peratus keluarga yang masih berada di bawah paras kemiskinan di neger i in i ?

Miskin Tegar Miskin Mudah Miskin Terkeluar

Status Bilangan KIR 412 keluarga

9,839 keluarga 4,596 keluarga

31,372 keluarga

Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

158

Page 167: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Silakan soalan tambahan yang pertama.

YANG BERHORMAT MOHD MAHDI BIN MUSA (Wakil Kota Putera): Yang Berhormat Yang Dipertua, soalan tambahan. Memandangkan masih ramai lagi dan juga kita berada pada tahap keempat kemiskinan maka saya ingin mengemukakan kepada Dewan, apakah perancangan jangka panjang kerajaan negeri untuk mengatasi atau mengurangkan paras kemiskinan? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Yang Berhormat Yang Dipertua, perancangan jangka panjang yang terutama sekalinya kita membuat pelbagai program bagi memastikan rakyat negeri Terengganu terutamanya generasi-generasi baru agar mereka berjaya di dalam pendidikan kerana sebagaimana ajaran agama kita memberitahu kepada kita bahawa kalau nak berjaya di dunia kita kena berjaya dalam pendidikan, nak berjaya di akhirat kena berjaya dalam pendidikan. Cuma selain daripada itu, banyaklah sebenarnya program-program lain untuk jangka masa panjang yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan masalah kepada rakyat yang kurang bernasib baik ini dapat kita atasi. Antaranya, kita telah membuat program untuk Pembangunan Modal Insan iaitu untuk kita buat program peningkatan kapasiti dan kapabiliti kumpulan khusus yang kita kenal pasti yang mana program ini terbuka kepada golongan isi rumah, golongan yang berpendapatan rendah yang kita kenali sebagai gologan 'B40' yang mana mereka ini tergolong dalam senarai e-Kasih, kita kenal pasti mereka, kita kenal pasti masalah mereka dan kita cadangkan beberapa alternatif agar alternatif ini boleh dipilih oleh mereka bagi mengubah kehidupan mereka.

Dan seterusnya kita juga pada hari ini sedang berbincang untuk mewujudkan satu lagi tabung iaitu Tabung Kemiskinan yang akan kita buat perkongsian antara FELCRA, antara kita dengan FELDA, Lembaga Tabung Amanah Warisan dan sebagainya yang mana tabung ini akan kita bantu secara langsung, kita akan beri bantuan secara langsung kepada warga-warga miskin ini. Dan begitu juga kita dari tahun ke tahun sentiasa menyediakan bajet untuk Bantuan Rumah sama ada rumah baru atau pun baiki rumah yang kita luluskan perbelanjaan mengikut DUN di seluruh negeri Terengganu. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Jertih. Soalan tambahan kedua.

159

Page 168: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Yang Berhormat Yang Dipertua, soalan saya: Daripada peratusan yang masih berada di bawah paras kemiskinan tadi, berapa peratus ibu tunggal yang terlibat dan apakah perancangan khusus kerajaan untuk mereka?

YANG BERHORMAT HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Ibu tunggal? Terima kasih Yang Berhormat Batu Rakit. Okey, ibu tunggal setakat ini yang berdaftar dengan kita sebab kita buat sistem pendaftaran ibu tunggal, angkanya sentiasa berubahlah dari masa ke semasa, sekali ibu tunggal, sekali dah kahwin dan keluar dari ibu tunggal tapi dari jumlah rekod yang kita ada sehingga hari ini ialah 22,900. Dan daripada jumlah tersebut bilangan ibu tunggal yang dikategorikan di bawah miskin tegar seramai 79 orang. Ibu tunggal yang dikategorikan di dalam kategori miskin ialah 8,537 orang. Dan seterusnya, ibu tunggal yang mudah miskin jumlahnya 4,018 orang.

Okey, berkait dengan program-program dan antara program yang kita buat khas untuk membantu ibu tunggal seperti Program Pembangunan Modal Insan, yang ini programnya telahpun kita buat iaitu sebanyak 16 program. Kemahiran Keibubapaan, Program Motivasi Kepada Anak-anak Ibu Tunggal, Program Pembentukan Sahsiah Dan Bimbingan Perundangan, ini untuk ibu tunggal sendiri. Contohnya, kita telah membelanjakan sejumlah wang sebanyak RM18,080 untuk mengadakan 20 buah program untuk kursus kemahiran dan kursus keusahawanan kepada ibu tunggal-ibu tunggal.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Yang Dipertua, kita juga ada mewujudkan Kelab Ibu Tunggal iaitu 32 buah kelab ditambah dengan 1 persatuan jadi 33. Kelab ini jugak kita bagi bantuan kewangan untuk mereka berinteraksi di samping menguruskan persatuan mereka, mereka berinteraksi antara mereka bagi membincangkan bagaimana aktiviti-aktiviti yang perlu dibuat dan pandangan-pandangan baru bagi mengubah masa depan mereka.

Dan seterusnya, kita jugak membelanjakan sejumlah kewangan yang besar iaitu RM1.6 juta iaitu berkait dengan Program Insentif Perkahwinan yang mana telah melibatkan 810 orang peserta. Dan alhamdulillah, program ini sebenarnya secara tidak langsung apabila mereka tidak lagi dikategorikan dalam ibu tunggal, kehidupan mereka kebanyakannya secara langsung akan berubah ke arah yang lebih baik.

160

Page 169: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Seterusnya, kita jugak telah memulakan mencarum insurans secara berkelompok kepada ibu tunggal dan bapa tunggal ini untuk negeri Terengganu yang sehingga hari ini telah berjumlah sebanyak 20,858 orang.

Dan ada lagilah program yang kita buat seperti Program Pembangunan Ekonomi iaitu Pinjaman Jaya Diri. Yang ini juga kita ada tabung pinjaman untuk membantu ibu tunggal-ibu tunggal menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang mereka rasa mereka boleh kendalikan perniagaan tersebut.

Ini adalah perkara-perkara yang kita buat dan ada lagi perancangan-perancangan lain yang akan kita buat lagi khasnya bagi membantu ibu tunggal ini bagi mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan iaitu seperti latihan kemahiran baru yang baru kita kenal pasti yang mana kemahiran-kemahiran ini boleh mereka bersaing di dalam market buat masa ini. Jadi banyak lagilah program-program lain yang akan kita buat nanti, Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. Saya ingat setakat itu dulu. Terima kasih.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Soalan tambahan Yang Berhormat Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Alur Limbat.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Berapakah jumlah minimum yang dikategorikan sebagai miskin tegar, miskin dan mudah miskin dan apakah minimum jumlah ini dia berubah mengikut perkembangan masa? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Okey, terima kasih. Baru-baru ini ada sedikit perubahan yang mana untuk kita kategorikan, ini hak semasa ini, hak terkini yang kita kategorikan jumlah pendapatan isi rumah bagi kita kategorikan miskin iaitu berpendapatan RM830 ke bawah dan perkapita jumlahnya RM210. Okey, bagi miskin tegar, jumlah pendapatan isi rumah telah kita naikkan kepada RM520 dan perkapita berjumlah RM130. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Jertih, panjang lebar tentang ibu tunggal ni.

161

Page 170: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih. 3 sahaja untuk soalan tambahan.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Tak, sikit saja.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak boleh, kita ikut ruling kita. Terima kasih banyak. Bagi memberi ruang kepada semalam yang tidak dapat bertanya, saya mempersilakan Yang Berhormat ADUN Rantau Abang untuk mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua, soalan saya ialah soalan nombor satu -

Apakah kerajaan berhasrat meneruskan projek tanaman pisang di Kampung Padang Pulut di bawah Projek Satu Produk Satu Kampung?

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang Dewan serta Pemerhati sekalian.

Berkaitan dengan soalan daripada Wakil Rantau Abang, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk meneruskan projek tanaman pisang di Kampung Padang Pulut, Dungun. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Soalan tambahan pertama saya: Projek tanaman pisang ini ialah projek Satu Produk Satu Kampung yang dilaksanakan pada Mac 2010 dan ianya menelan belanja RM558,000 bagi sejumlah penduduk seramai 153 orang yang terlibat. Jadi perbelanjaan telahpun berlaku dan perancangan pada ketika itu untuk menambah pendapatan penduduk setempat tetapi dengan jawapan tadi apakah perancangan

162

Page 171: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

alternatif untuk penduduk di Padang Pulut yang telah diberi penempatan tempat itu untuk diusahakan atas tanah itu? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Yang Berhormat Yang Dipertua, setelah kajian dibuat kita dapati tanah di Padang Pulut ini tidak sesuai dengan pisang ditambah lagi dengan penyakit yang tidak ada pilihan lain. Maka kerajaan telah membuat satu cadangan iaitu bermula pada tahun lepas 2013 kerajaan menggantikan dengan tanaman nangka madu. Nangka madu ini lebih manis dan sedap daripada nangka biasa sebab itu kita gantikan dengan nangka madu ini di Padang Pulut ini dan Insya Allah kepada peserta kita yang seramai kalau ikut rekod kita 72 orang bukan 150, peserta kita yang 72 orang ini akan terus dibantu oleh kerajaan dan seterusnya Insya Allah, akan bertambah pendapatan mereka ini, Insya Allah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Soalan tambahan kedua saya: Saya baca ini adalah rekod daripada perasmian yang berlaku pada 21 Mac 2010 yang telahpun dirasmikan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tanah, Dato' Seri Noh Omar ketika itu dan jumlah pesertanya ialah 153 orang dan jumlah kosnya ialah RM558,000. Dan sehingga hari ini saya nampak kalau betullah seperti yang dirancang sebagai tanaman alternatif, nangka madu itu tetapi sehingga hari ini saya nampak tidak ada apa-apa pun perlaksanaan yang berlaku di situ. Jadi saya nak tahu setakat mana yang telahpun diambil tindakan daripada perancangan ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sebenarnya kita pada tahun inilah kita di Terengganu ini bercadang untuk menanam nangka madu ini 500 ekar, tanaman nanas 500 ekar. Jadi antara kawasan yang akan menjadi pilihan kita daripada 500 ekar ini ialah di kawasan Padang Pulut inilah. Insya Allah, bermula tahun ini kita akan mula tanam, Insya Allah Yang Berhormat Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Boleh satu lagi. 163

Page 172: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. Saya tertarik dengan jawapan yang pertama tadi oleh Wakil Hulu Besut iaitu setelah perbelanjaan RM500,000 lebih, selepas ditanam baru dibuat kajian, setelah gagal baru buat kajian bermakna sebelum nak tanam tidak dibuat kajian. Yang kedua pulak, nak tanam nangka madu, tak dibuat kajian lagi adakah tanah itu sesuai atau tidak, belum dibuat kajian. Saya harap sebelum sesuatu projek yang menelan belanja yang besar dibuat kajian yang teliti, kita ada agensi-agensi kerajaan yang munasabah bukan atas kepentingan politik tapi atas kepentingan daya maju sesuatu projek, itu yang sepatutnya kita utamakan. Mintak penjelasan daripada Yang Berhormat Exco?

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Yang Berhormat Yang Dipertua, untuk menjawab soalan daripada Bukit Tunggal itu mudah aje. Masa kita kahwin dulu pun kita ingat berpanjangan begitu jugaklah dengan tanaman pisang ini pun. ...(Dewan menjadi agak riuh sedikit) .... Tak, saya nak royat ni kaedahnya mudah. Kita tanam pisang ini kita ingat pisang ini berbuah ..

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Kahwinlah lagi! ..(Dewan gelak)

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Tuan Yang Dipertua, guana yang bekeng sangat Bukit Tunggal ni. Kalau nak tanya tu biarlah kerajaan jawab dulu. Duduk dulu.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Nak nikah tu kena risik dulu

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Biar kerajaan jawab dulu. Jangan bekeng gitu pagi-pagi ni.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): ...(Ucapan tidak kedengaran) ..

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Bukit Tunggal, sabar sikit.

164

Page 173: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Jadi orang muda tidak boleh nak bersyarah ke orang tua tapi kalau orang tua nampak lebih-lebih do'oh kena pesan jugak, gitu.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Jabi!

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Sabar Bukit Tungal. Saya pun tak sentuh apa-apa pun.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Nak menikah tu, meminang dulu, merisik dulu.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Buat perbandingan biar menasabah, jangan buat perbandingan hal perempuan-perempuan, saya tak berminat (Dewan menjadi riuh-rendah berserta dengan tepukan) ....

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sebenarnya program/projek Satu Produk Satu Kampung ini ialah program negeri tapi tanaman pisang di Kampung Padang Pulut ini ialah program daripada kerajaan persekutuan. Kajian telah dibuat dan sememangnya didapati pada masa itu sesuai untuk ditanam pisang, setelah tanaman pisang ini ditanam maka suatu penyakit baru datang iaitu sejenis .err. saya pun tak ingat nama apa, tapi bakteria berpunca daripada tanah di situ maka tanah di situ didapati tidak sesuai lagi apabila bakteria ini datang menyerang di Padang Pulut ini. Jadi apabila kita dapati tidak lagi sesuai untuk tanaman pisang maka kerajaan terpaksa buat alternatif baru dengan mencadangkan tanaman nangka dan juga nanas. Bila kita dapati ianya tidak sesuai maka kita diam begitu, kita tidak boleh. Kerajaan Terengganu yang prihatin, yang berjiwa rakyat ini akan mencari alternatif-alternatif lain. Jadi kita cadangkan pula Insya Allah nangka dan nanas untuk ditanam di Terengganu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Mintak laluan sikit.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Berhormat, soalan ke apa tu?

165

Page 174: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Soalan hak berkait dengan

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kalau soalan dah empat dah ni.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bukan soalan baru ni.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Saya tak benarkanlah sebab tiga sahaja. Kita ada banyak perkara lagi, panjang lagi ni. Minta maaf Y.B. Paka.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Sebab perkara hak bahagi tanah ni Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Paka, terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bekas Ahli Parlimen pun terlibat dengan tanah ini sebab itu saya nak persoal betul ke tidak?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Paka, terima kasih. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat ADUN Sura untuk mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua, soalan saya yang pertama -

Apakah rasionalnya kenaikan berganda lesen perniagaan yang dikenakan oleh Maj l is Perbandaran Dungun (MPD)?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, kenaikan lesen perniagaan yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Dungun adalah berasaskan kepada perkembangan semasa dan lesen-lesen tersebut tidak pernah dinaikkan sejak puluhan tahun yang lalu. Di samping itu, kerana keperluan kos pengurusan yang ditanggung oleh pihak PBT meningkat dari masa ke semasa dan perniagaan juga telah memberi pendapatan yang agak lumayan kepada peniaga, sesuai dengan kehendak semasa semua lesen ini dinaikkan dan perkara ini bukan berlaku di Majlis Perbandaran Dungun sahaja tapi

166

Page 175: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

termasuk juga di tempat-tempat lain di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Kijal. Soalan tambahan pertama.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Soalan tambahan pertama Yang Dipertua: Apakah pihak PBT mempunyai kadar kenaikan yang wajar antara misalnya, antara 10% - 100% kerana saya dapati kenaikan yang melibatkan sampai melebihi 200% - 300% terhadap lesen-lesen peniaga yang berlaku di PBT ni?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, kenaikan itu berasaskan kepada lesen-lesen tertentu, contohnya, stesyen minyak. Stesyen minyak ini merupakan suatu perniagaan yang besar, 10 tahun dulu harganya lain dan sudah tentu meningkat sampai 100%, 150% dan 200%. Ini yang berlaku berasaskan kepada jenis-jenis perniagaan dan justifikasi dibuat berasaskan kepada pulangan dan juga besar-kecilnya perniagaan tersebut. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Okey, soalan tambahan kedua.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Soalan tambahan kedua: Apakah kerajaan menyedari bahawa kenaikan yang tinggi ini akan membebankan kepada para peniaga dan sekali gus melibatkan kepada para pengguna yakni rakyat. Di sini saya ada satu contoh, misalnya lesen perniagaan membaiki motosikal yang kadang-kadang juga terlibat peniaga-peniaga kecil, usahawan-usahawan kecil kita yang asalnya pada tahun 2013 lesen yang dikenakan RM60 dan pada tahun 2014 ini kenaikannya sehingga RM200 melebihi 300%. Manakala lesen jual alat ganti sebagai contoh daripada RM100 menjadi RM200, kenaikan 100%. Maka atas dasar ini kita melihat dan saya sering menerima rintihan daripada para peniaga mengharapkan supaya pihak kerajaan, pihak PBT mengenakan cukai yang berpatutan dan berpadanan dengan perniagaan yang mereka jalankan. Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, itulah cukai yang berpatutan yang dikenakan oleh kerajaan. Dan

167

Page 176: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

sebenarnya lesen ini dikenakan untuk setahun sedangkan kita lihat kenaikan kos pembaikan motosikal, dulu harga berapa sekarang beberapa peratus telah naik, keuntungan semakin bertambah. Macam gulalah Tuan Yang Dipertua, gula naik 10 sen sekilo, 20 sen sekilo tapi teh 'O' naik 10 sen secawan. Sebab itulah saya rasa apa yang kita lakukan ini jauh lebih rendah berbanding dengan sesetengah negeri-negeri yang lain. Dan kerajaan prihatin tentang itulah sebab itu kita lihat bahawa puluhan tahun kita tak naik jadi unfair (tidak adil) Tuan Yang Dipertua kepada pihak PBT yang juga kosnya meningkat beberapa kali ganda dari segi kenaikan gaji dan pengurusan berpadanan dengan apa yang dinaikkan itu. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Dato' Seri, soalan tambahan ketiga, kalau ada.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Soalan tambahan ketiga: Saya ingin menyebut di sini bahawa saya melihat dalam Laporan Ketua Audit yang menyatakan bahawa PBT khususnya Majlis Perbandaran Dungun berakhir 31 Disember 2012 mencatatkan pendapatan RM17.52 juta dan perbelanjaannya ialah RM16.84 juta bererti di sana ada kelebihan RM0.68 juta dan di samping itu, pihak kerajaan sendiri telah memberikan suntikan kepada Majlis Perbandaran, maka di situ kita melihat bahawa Majlis Perbandaran atau PBT ini sudah mempunyai suatu kedudukan kewangan yang agak kukuh. Jadi rasionalnya sepatutnya cukai yang dikenakan, lesen-lesen yang dikenakan itu biarlah kenaikan yang tidak membebankan kepada pihak peniaga-peniaga ataupun usahawan ini. Jadi saya berharap kepada pihak kerajaan, pihak yang berkuasa supaya mengambil perhatian terhadap kesan daripada kenaikan lesen ini kepada para peniaga dan sekali gus kepada rakyat yang menjadi pengguna, pembeli dalam negeri dan negara kita. Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya pohon Wakil Sura meneliti kembali Laporan Audit dan melihat keseluruhan bajet Majlis Perbandaran Dungun, RM17 juta itu adalah dicampur sekali dengan suntikan ataupun bantuan geran yang diberikan oleh kerajaan negeri, kalau tidak ada geran daripada kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Dungun tidak boleh bayar gaji. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

168

Page 177: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih. Yang Amat Berhormat Dato' Seri, Ahli-ahli Yang Berhormat DUN Sura yang mengemukakan soalan, seterusnya dipersilakan Yang Berhormat ADUN Tepoh mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, soalan saya nombor satu -

Apakah perancangan pihak kerajaan neger i dalam menangani isu hakisan pantai dar i Tok Jembal sehingga Batu Raki t yang makin ser ius?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Wakil Tepoh yang bertanyakan: Apakah perancangan pihak kerajaan negeri dalam menangani isu hakisan pantai dari Tok Jembal sehingga Batu Rakit yang makin serius?

Jadi untuk makluman Wakil Tepoh dan juga Dewan yang mulia ini. Jadi pihak kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan projek pencegahan hakisan pantai di Pantai Tok Jembal dalam masa yang terdekat ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Kemasik. Soalan tambahan Y.B. Tepoh.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya: Apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa hakisan ini semakin serius selepas dari tambakan laut untuk membangunkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud seperti yang ada pada hari ini?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Terima kasih kepada Wakil Tepoh yang bertanyakan pasal effect daripada puncanya berlakunya hakisan. Jadi bagi menjawab soalan itu, saya rasa satu kajian yang terperinci perlu dilakukan untuk mengenal pasti sebab-sebab mengapa berlakunya hakisan di Pantai Tok Jembal. Dari segi sepintas lalunya kita boleh andaikan bahawa sebelum adanya tambakan di lapangan terbang tidak ada berlaku hakisan dalam magnitude yang begitu besar seperti sekarang. Jadi sejak adanya tambakan bagi pembinaan

169

Page 178: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

lapangan terbang ada sedikit sebanyak hakisan yang kadang-kadang tu begitu serius. Jadi itu andaian secara sepintas lalu tapi untuk kita pastikan dan sahihkan, dia memerlukan kajian terperinci. Jadi untuk menjawab sama ada ia atau tidak sebab itu sedikit sukar Wakil Tepoh. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Soalan tambahan kedua, ADUN Tepoh.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Tuan Yang Dipertua, untuk makluman sebelum saya mengemukakan persoalan, sekarang ini di belakang UMT hakisan telah menyebabkan Rumah Pam untuk hatchery air masin telahpun roboh dan dalam masa yang sama sebahagian besar Makmal Renewable Energy termasuk dua kincir angin juga telah roboh ditelan oleh ombak. Kemudian dua court bola tampar pantai telah ditelan oleh hakisan dan dalam masa yang sama juga sebuah pangkalan ataupun wakaf yang digunakan oleh nelayan turut roboh ditelan oleh ombak. Persoalan saya berdasarkan kepada apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Kemasik sebentar tadi. Apakah tidak terdapat kajian hidrolik yang dijalankan dan diluluskan oleh pihak JPS sebelum daripada tambakan laut untuk lapangan terbang. Apakah kajian terpaksa dibuat selepas daripada berlakunya hakisan dan selepas daripada berlakunya tambakan? Terima kasih.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Jadi untuk makluman Dewan yang mulia, fakta yang nombor satu bahawa pantai Terengganu ini dia terletak di open sea (laut yang terbuka). Dan yang kedua, macam saya katalah, sepintas lalu kita andaikan hakisan yang berlaku di kawasan sekitar Tok Jembal sebab adanya penambakan untuk membina lapangan terbang. Jadi memang sepintas lalu kita boleh andaikan. Jadi kalau kita tengok contoh yang terdekat seperti pantai di Dungun, Pantai Teluk Lipat yang mana tidak ada tambakan yang dibuat oleh pihak kerajaan tapi sekarang ini disebabkan oleh perubahan cuaca, disebabkan keadaan musim yang berubah-ubah jadi hakisan yang berlaku di Dungun itu serius jugak, teruk jugak macam di Tok Jembal. Jadi nak dikatakan bahawa sebelum dibinanya struktur bagi lapangan terbang Kuala Terengganu ini tidak dibuat kajian itu saya rasa tak betul sebabnya setiap sebelum sesuatu projek dijalankan, kajian-kajian terperinci telahpun dilaksanakan dan mungkin pada masa tersebut dari segi skop dia mungkin tidak seluas seperti orang kata tidak diduga akan berlaku yang seperti sekarang berlaku di Tok Jembal. Walau bagaimanapun, untuk mengatasi masalah hakisan yang berlaku di Pantai

170

Page 179: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Tok Jembal, kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk mengadakan projek bagi menyekat hakisan ini daripada berterusan. Dan sesungguhnya projek ini sepatutnya sudah berjalan pada tahun lepas seperti yang dirancang atas sebab perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, perkara itu ditangguh sehingga tahun ini. Jadi bagi menyekat hakisan itu daripada berterusan bagi mengelakkan lebih banyak lagi kemudahan-kemudahan sukan di UMT rosak dihakis ombak, jadi Insya Allah, dengan adanya projek ini di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar akan mengatasi masalah ini, Insya Allah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih. Soalan tambahan ketiga. Sila Y.B. Bandar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Isu berkenaan dengan hakisan tanah, di peringkat pusat telah ada satu indeks yang disebut Indeks Hakisan. Saya rasa sebagai pentadbir di negeri yang secara spesifik sekarang ini seorang Exco yang memegang portfolio ini sudah tentu tahu yang adanya indeks yang mengukur tahap hakisan di seluruh Malaysia termasuk Semenanjung Malaysia yang dikelilingi oleh air. Ini secara menyeluruhnya diketahui umum dan kajian berkenaan dengan Environmental Impact Assessment itu telah menjadi satu SOP di peringkat pusat. Jadi mendengar daripada apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Exco daripada Kemasik tadi nampak gayanya macam di negeri Terengganu ini belum ada menyimpan rekod-rekod berkenaan dengan indeks sekali gus SOP ini tidak diikuti nampak gayanya. Kalau

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Bandar teruskan kepada soalannya boleh?

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): ... soalan asal daripada Tepoh itu soalan yang sangat signifikan kerana di situ jugak terletaknya muara-muara sungai ataupun pertemuan di antara dua-dua arus yang sangat penting dalam negeri Terengganu. Saya rasa mungkin ada tapi Exco tak nak beritahu. Jadi Dewan kita bersidang pada kali ini ialah tujuannya untuk mengetahui perkara ini supaya dapat sampaikan kepada masyarakat atau rakyat negeri Terengganu di kawasan-kawasan kita. Saya mintak sekali lagi, tolong, kalau ada tolong nyatakan ada, kalau tidak, saya mintak satu komitmenlah yang kita akan laksanakan perkara

171

Page 180: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

itu bukan sekadar kita menyatakan akan buat ataupun mungkin ada. Ini jawapan yang tidak harus datang daripada pentadbir, Tuan Yang Dipertua. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Bandar. Sila Y.B. Kemasik.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Terima kasih kepada Wakil Bandar. Jadi berkenaan dengan perlaksanaan sesuatu projek sesungguhnya setiap SOP itu diikuti. Jadi contohnya dari segi untuk sesuatu projek berkenaan dengan penambakan yang akan dijalankan, sebagai contohlah, Insya Allah, kerajaan bercadang untuk melaksanakan projek penampakan di Pantai Kuala Paka. Jadi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian diambil dan akan diguna pakai oleh pihak konsultan dalam merekabentuk projek-projek tersebut. Jadi sama juga dengan isu di Tok Jembal dan juga pembinaan lapangan terbang. Jadi semasa merekabentuk itu perkara-perkara ini telah diambil kira, jadi perubahan-perubahan lain yang di luar jangka mungkin ada yang berlaku dan Insya Allah, dari masa ke semasa kita akan menambahbaik prosedur yang ada. Sebagai contoh satu lagi ialah di Kuala Kemaman, jadi dari segi pembinaan di Kuala Kemaman yang mana hakisan telah berlaku di Pantai Kuala Kemaman. Perkara itu pun diambil kira masa kita bina struktur di muara Sungai Kemaman dan berlaku hakisan di Pantai Kuala Kemaman yang melibatkan hakisan pantai jadi perkara itu pun kita menambahbaik dan Insya Allah secara berterusan perkara ini akan terus kita laksanakan. Itu yang boleh saya beritahu sekarang, Insya Allah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Kemasik. Seterusnya sila Y.B. Teluk Pasu mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Teluk Pasu): Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, soalan saya soalan satu -

Baru-baru in i d ikejutkan dengan ber i ta kemat ian seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dan 9 orang di tahan di wad akibat keracunan makanan yang dipercayai berpunca dar ipada ayam goreng yang dibel i d i pasar malam di seki tar Kuala Terengganu. Apakah langkah- langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah diambi l o leh kerajaan bagi

1 7 2

Page 181: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

memast ikan tragedi sedemikian t idak akan berulang lagi d i masa akan datang?

YANG BERHORMAT HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, soalannya adalah berkaitan dengan kes kematian disebabkan oleh keracunan makanan yang berlaku baru-baru ini. Jadi kita, kerajaan negeri rasa amat dukacita di atas peristiwa tersebut dan kita juga pada hari ini di Dewan yang mulia ini mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Iqbal Rafie yang berumur 5 tahun. Cuma soalannya apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang dilakukan oleh kerajaan agar peristiwa tersebut tidak berulang. Jadi sebenarnya kerajaan telahpun mengambil beberapa usaha bagi menghindari perkara ini dari berlaku tetapi disebabkan oleh peristiwa tersebut kita telah mengambil langkah jangka masa pendek iaitu untuk kita pergi kesemua tempat-tempat perniagaan pasar malam atau pasar petang di sekitar Kuala Terengganu untuk tujuan kita memberi kesedaran sama ada kepada penjual ataupun kepada pembeli agar mereka perlu mengutamakan kebersihan, baik penjual mahupun pembeli. Dan kita telah mengadakan banyak sirilah iaitu yang tercatat di sini ada 18 siri lawatan, kunjungan dan adalah sesetengah daripada peniaga-peniaga yang telah kita ambil tindakan kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Dan itu untuk langkah jangka masa pendek. Langkah untuk jangka masa panjang sebenarnya untuk keseluruhan negeri Terengganu ini kita ada 7,111 pengendali makanan yang mana mereka ini sama ada premisnya tertutup ataupun terbuka kita senantiasa membuat lawatan agar mereka mengikut peraturan-peraturan sama ada yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan mahupun peraturan yang ditetapkan oleh PBT-PBT ataupun Dewan Bandaraya. Suka saya maklumkan bahawa untuk jangka masa panjang ini, prosesnya untuk bagi Januari hingga Mac sahaja iaitu kita telah membuat lawatan kepada 1,379 lawatan termasuk ke kantin sekolah, dapur asrama, kantin hospital sendiri, dapur hospital, Pusat Latihan Khidmat Negara kita pergi juga, institut pengajian tinggi, Hentian R&R, Menu 1Rakyat Malaysia, premis perniagaan di bangunan-bangunan kerajaan pun kita masuk jugak, penjaja, kilang ais, kilang air minuman berbungkus, air mineral semulajadi malah kepada semualah. Inilah langkah-langkah yang dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan bersama-sama dengan PBT secara berterusan. Tinggal lagi maknanya kita sama-samalah memberi pendedahan kepada rakyat selaku pengguna dan juga rakyat selaku

173

Page 182: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

pengusaha agar mengutamakan kebersihan di dalam urusan makanan mereka. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Jertih. Soalan tambahan pertama.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Teluk Pasu): Terima kasih Yang Dipertua. Soalan tambahan: Sejauh manakah insiden yang berlaku ini memberi kesan kepada para penjaja ataupun peniaga pasar malam dalam perniagaan mereka dan adakah jika wujud kesan pada perniagaan mereka ini adakah ia masih berterusan setelah langkah-langkah jangka masa pendek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan tadi dengan maksud mereka ini kembali mendapat kepercayaan masyarakat sebagaimana sebelum daripada insiden ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Terima kasih Yang Dipertua. Sebagaimana yang disuarakan dalam soalan tambahan oleh Wakil Teluk Pasu, kita tidak mempunyai angka berkait dengan jumlah pendapatan sebenar yang diperolehi oleh penjaja sebelum peristiwa itu berlaku dan selepas peristiwa tersebut. Tinggal lagi sebenarnya untuk makluman, kita telah pergi membuat siri lawatan dan saya sendiri pun turun ke pasar-pasar malam dan soalan yang sama jugak kita kemukakan kepada peniaga. Pada peringkat awal, ini jawapan dari merekalah bukan melalui fakta, mereka kata agak terjejas kerana suka saya ambil kesempatan pada pagi inilah untuk memaklumkan bahawa mereka tahu punca yang menyebabkan keracunan makanan tersebut sebab kita pun tidak boleh tahu dengan tepat, kita boleh buat kajian iaitu dengan menggunakan najis kepada mangsa. Tapi rata-rata memberitahu kepada kita bahawa hasil daripada mereka mendapati masalah tersebut adalah hasil daripada mereka makan nasi goreng putih, nasi goreng merah makan mee goreng dan kuey teow goreng, inilah jawapan yang mereka berikan oleh 149 pelanggan yang kita tanya. Dan kita buat kesimpulan di dalam sama ada nasi goreng merah, nasi goreng putih, mee goreng itu ada ayam. Jadi ramai yang mengatakan ianya berpunca daripada ayam dan diberitahu kepada saya oleh pihak kementerian bahawa keracunan ini disebabkan oleh spesis kuman Salmonella yang berpunca daripada ayamlah tapi ayam itu mungkin ada dalam nasi ataupun mee tersebut. Tinggal lagi apabila siri lawatan itu dibuat dan diberitahu oleh penjaja kerana mereka tahu benda ini walaupun tidak secara tepat maka makanan-makanan yang terlibat dengan yang

174

Page 183: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

menggunakan sumber ayam ini agak kurang sedikit. Tapi lawatan selepas daripada itu apabila ditanya mereka persepsi pengguna kembali pulih. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Jertih. Soalan tambahan kedua.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Teluk Pasu): Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Soalan tambahan saya yang kedua: Dalam ucapan perbahasan saya pada petang kelmarin, saya ada sentuh isu ini dan saya ada bawa pandangan daripada Persatuan Penjaja Pasar Malam yang telah mencadangkan kepada kerajaan agar tindakan mengazetkan tapak-tapak pasar malam ini. Mungkin di peringkat awal ini dua-tiga tempat dulu sebagai satu langkah jangka masa panjang yang telah saya sebut kelmarin kesan-kesan positif yang akan kita lihat bagi mengelak daripada kesan keracunan ataupun perkara-perkara buruk yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang. Jadi persoalan saya adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji atau menerima cadangan tersebut dan sekiranya tidak bersedia apakah alasan kerajaan dalam perkara yang dicadangkan itu? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Terima kasih Wakil Teluk Pasu. Bagi lokasi-lokasi pasar malam dan juga pasar petang yang dilesenkan oleh sama ada PBT ataupun Dewan Bandaraya ianya merupakan kawasan yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai lokasi untuk kita berniaga. Okey, tinggal lagi apa yang disuarakan oleh Wakil Teluk Pasu kelmarin iaitu berkait dengan infrastruktur yang sepatutnya ada di tempat-tempat yang dibenarkan oleh sama ada PBT ataupun Dewan Bandaraya masih lagi terdapat kekurangan kalau disebut kelmarin yang terlibat dengan suraunya, longkangnya dan sebagainya. Insya Allah, terima kasihlah yang ini saya akan membuat susulan agar kekurangan-kekurangan yang mungkin tidak semualah saya rasa yang ada tempat-tempat tertentu akan kita tambah baik, Insya Allah. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Soalan tambahan yang ketiga.

175

Page 184: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila, soalannya terus, masa dah lewat ni. Sila Y.B. Bukit Tunggal.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua. Saya tertarik bila pihak kerajaan menjawab bahawa antara punca dan disyaki puncanya adalah bakteria Salmonella ataupun spesis ataupun mungkin sebenarnya Typhi. Dia antara spesis bakteria yang boleh dirawat, kita ada ubat untuk merawat penyakit tersebut. Apa yang dijawab oleh pihak kerajaan lebih kepada pencegahan. Kita ada beberapa stages (peringkat) untuk merawat, pencegahan dengan diagnose awal

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Bukit Tunggal, soalannya terus.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Saya terang dulu nanti tak faham. Prompt treatment (rawatan segera) dan seterusnyalah. Di sini saya ingat ialah kematian itu qada' dan qadar, kita tahu tapi untuk masa yang akan datang adakah kesilapan yang berlaku selain daripada kita cuba mencegah daripada berlaku keracunan makanan dari segi mendapat rawatan awal ataupun dari segi mendiagnosa awal kerana jika kita diagnose awal dan beri rawatan awal Insya Allah kemungkinan pada masa akan datang kita boleh elakkan daripada berlaku kematian just kerana kes keracunan makanan. Apa pandangan daripada pihak kerajaan?

YANG BERHORMAT HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Terima kasih Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat. Salah satu punca yang menyebabkan kematian memang kita akui kerana mangsa tersebut lewat untuk mendapat rawatan yang sepatutnya di hospital. Pada peringkat awalnya beliau telah pergi ke Klinik Kesihatan Bukit Payong dan bila didapati oleh klinik kesihatan keadaan tidak begitu serius. Jadi bila mangsa dibawa balik semula ke rumah, oleh kerana ajal dan maut ini kita tidak boleh nak tentukan, mengikut laporan famili mereka mengatakan suasana tidak begitu teruk sehinggalah apabila maknanya dia boleh mandi sendiri dan sebagainya pada pagi itu. Jadi apabila dihantar semula kerana bapa kepada mangsa tersebut adalah orang yang dekat jugak dengan pihak hospital kerana dia seorang Instruktor. Dan apabila dihantar semula ke klinik kesihatan didapati keadaannya dah sangat serius maka terus dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah maka pada masa tersebut keadaan kanak-kanak tersebut sudah mengalami serangan yang sehingga membawa maut. Cuma saya

176

Page 185: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

bersetujulah apa yang disuarakan oleh Wakil Rakyat kita tadi iaitu kita kena juga beri kesedaran kepada rakyat kerana sebenarnya masalah keracunan ini Insya Allah ianya boleh dirawat kalau kita pergi mendapat rawatan segera di hospital. Dan sebenarnya mereka yang terlibat ini yang terdedah dengan keracunan ini ramai iaitu 400 orang yang mana mereka ini daripada 400 orang yang kita temu duga ini, 149 orang dirawat di hospital, 107 orang terpaksa berada di wad, yang selebihnya sebagai pesakit luar. Maknanya mereka yang lain-lain ni, alhamdulillah, mendapat khidmat daripada pihak hospital. Dan semasa peristiwa ini berlaku, kita ucap terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga isteri yang melawat kesemua pesakit yang berada di dalam wad dan juga memberitahu kepada pesakit-pesakit yang lain yang juga sakit tapi tidak mahu ke hospital yang berada di rumah, maknanya dia tak teruk lagi. Jadi Yang Amat Berhormat pesan kena pakat mari dulu ke hospital biar hospital buat ketentuan sama ada masalah ini telah dapat di atasi 100%. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Assalamualaikum Yang Dipertua

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Jertih. Y.B. Bukit Payong, duduk sekejap.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Saya nak bawa usul.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Ya, sudah hampir 1 jam Soalan-soalan Lisan. Terima kasih banyak kepada Y.B.-Y.B. yang terlibat. Ya, sila Y.B. Bukit Payong.

177

Page 186: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Cadangan Di Bawah Fasal 30 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap

Dewan Undangan Negeri Terengganu

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Assalamualaikum Tuan Yang Dipertua, saya bawa Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat Fasal 30, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, adalah saya Mohd Nor bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong mohon mencadangkan:

"Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut Fasal 30, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan isu Pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/2002M yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 7 Julai 2002."

Tuan Yang Dipertua, isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana perlaksanaan Undang-undang Islam adalah satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran antaranya dalam Surah Al-Baqarah, ayat 178, An-Nur ayat 2, Surah Al-Maaidah ayat 38 dan lain-lain lagi. Bahkan kelebihan yang dinyatakan oleh Nabi S.A.W. (yang bermaksud): Pelaksanaan Hukum Hudud di bumi Allah Taala ini lebih baik daripada kamu dikurniakan hujan 40 pagi.

Tuan Yang Dipertua, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/2002M telah diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Al-Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta telah disiarkan dalam Warta Negeri Terengganu pada 25 September 2002. Bahkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/2002M telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U. 10/2003, bahkan jauh dari itu, penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang telah membuktikan bahawa Kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu telahpun mengamalkan Undang-undang Islam lebih dahulu daripada Kerajaan Islam Melaka. Namun malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

178

Page 187: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan Enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya. Menteri Besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi melaksanakan tuntutan Islam ini. Di masa yang sama, kerajaan boleh bekerjasama dengan secara langsung bahkan mendapat sokongan padu daripada pihak persekutuan bagi menjayakannya.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana bagi mempastikan keamanan terus berlaku di negeri ini dengan membendung begitu banyak kejadian jenayah berat dan ringan yang melibatkan keselamatan hidup rakyat negeri Terengganu. Kerajaan dan rakyat mengalami kerugian, kehilangan maruah, nyawa dan harta benda, akibat kejadian jenayah berat dan ringan yang semakin hari semakin meningkat. Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.

Yang mengusulkan, Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Payong. Sila Bentara mengambil usul tersebut dan serahkan kepada saya.

[Ben ta ra memungu t Ke r tas Usu i da r i pada Y .B . Wak i i Buk i t Payong dan

menye rahkan kepada Y .B . Yang D ipe r tua Dewan ]

Terima kasih. Saya ada menerima usul. Jadi saya mohon masa untuk baca dan buat keputusan selepas ini setelah kita masuk semula.

Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 11.15 pagi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.45 PAGI.

179

Page 188: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

PUKUL 11.15 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ada menerima satu cadangan untuk menangguhkan Dewan bagi membincangkan perkara-perkara yang mustahak bagi orang ramai berdasarkan Fasal 30, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu daripada Yang Berhormat Wakil Bukit Payong. Setelah meneliti, setelah mengkaji secara terperinci saya mendapati usul ini mempunyai perkara-perkara tertentu kerana ianya melibatkan Undang-undang Allah yang paling tinggi yang mesti kita semua julang tinggi. Saya juga mendapati usul ini mempunyai kepentingan orang ramai kerana Allah S.W.T. maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Saya juga mendapati bahawa usul ini akan dibawa ke Parlimen dalam sidang akan datang dan saya berharap agar usul ini dapat dibincangkan di Parlimen dengan lebih panjang dan disokong oleh semua Ahli Parlimen, InsyaAllah. Memandangkan usul ini akan dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi yakni di Parlimen maka usul ini tidak perlu disegerakan dalam Dewan ini. Oleh itu, usul ini ditolak. Saya nak nyatakan usul ini ditolak dan bukan kita menolak Hudud. Terima kasih.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Seterusnya saya mempersilakan pihak kerajaan untuk membuat Ucapan Penggulungan. Dipersilakan.

YANG BERHORMAT HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan seterusnya hadirin-hadirat.

Pertamanya, saya ingin menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan pada majlis perasmian yang mana beberapa perkara telah disentuh berkait dengan apa yang perlu diambil tindakan oleh kerajaan negeri demi untuk kepentingan rakyat. Cuma ada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan telah saya memberi sedikit penerangan dalam jawapan

180

Page 189: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

lisan. Cuma suka saya ingin menyambung sedikit lagi iaitu yang pertamanya, saya jugak dan kerajaan negeri jugak rasa dukacita kerana selain daripada kes keracunan makanan, ada berlaku kes Denggi yang menyebabkan kematian setelah 3 tahun tidak berlaku maka pada tahun 2014 ada berlaku kejadian disebabkan oleh Denggi. Cuma suka saya maklumkan bahawa pelbagai usaha, pelbagai ikhtiar, telah kita ambil bagi memastikan agar peristiwa seumpama tersebut tidak berlaku. Dengan sebab itu, InsyaAllah, kita akan mengambil langkah yang berterusan kerana ianya adalah melibatkan nyawa rakyat.

Cuma pagi ini saya mengambil kesempatan untuk memberitahu kepada masyarakat usaha-usaha yang telah kita buat iaitu sebenarnya proses biasa kita. Untuk tahun ini sahaja kita telah memeriksa lokasi-lokasi yang kita jangkakan boleh menyebabkan tempat pembiakan nyamuk Aedes iaitu sebanyak 71,703 lokasi. Ini tempat yang kita suspek dan kita siasat. Dan suka juga saya memaklumkan bahawa kita telah membuat semburan kabus sebanyak 86,905 tempat. Selain daripada itu, kita juga telah mengambil usaha untuk kita bubuh ubat untuk mematikan larva nyamuk Aedes iaitu sebanyak 14,436 tempat.

Untuk makluman juga bahawa negeri Terengganu dibandingkan dengan negeri-negeri lain, negeri Terengganu masih lagi rendah tetapi kita tidak mengambil maklumat tersebut sebagai pendekatan untuk kita tidak berusaha. InsyaAllah, kita akan teruskan usaha kita. Cuma selain daripada kerajaan, kita juga menyeru kepada pemimpin-pemimpin, kepada seluruh masyarakat negeri Terengganu ini supaya dia kena tahu sedikit-sebanyak hal ehwal nyamuk Aedes ini. Dia kena tahu musuh dulu barulah senang untuk kita mengelak daripada perkara ini boleh terjadi.

Seterusnya, kerajaan negeri juga berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana InsyaAllah, UniSZA dalam sedikit masa lagi kita akan dapat 400 katil untuk Hospital Pembelajaran di UniSZA.

Dan ada juga dikemukakan berkait dengan Hospital Dungun dan Kemaman oleh Yang Berhormat Rantau Abang. Suka saya maklumkan bahawa Hospital Kemaman dan Hospital Dungun itu adalah projek yang berbeza, Hospital Kemaman lain, Hospital Dungun lain. Hospital Dungun buat masa ini dalam proses akhir penyiapan untuk keputusan tender bagi penender-penender yang telah memasuki tender. Dan kita doakan supaya ianya dapat disegerakan agar orang Dungun dok payah mari lagi ke Kuala Terengganu inilah.

181

Page 190: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Daripada Rantau Abang juga, disuarakan berkait dengan Program untuk kita bantu beliawanis seramai 43 orang. Jadi suka saya maklum bahawa 43 orang itu adalah merupakan sebahagian daripada program-program untuk kita membantu beliawanis berniaga dan soalan yang ditanya berkait dengan impak keberkesanan program yang kita buat. Cuma suka saya maklum bahawa alhamdulillah, hari ini mereka rata-ratanya telah boleh berdikari dan harapan kita program ini dapat diteruskan agar kita boleh membantu mereka-mereka yang lain-lain lagi. Suka juga saya memberitahu bahawa amaun yang kita lulus adalah sebanyak RM746,000 sebenarnya bukannya RM500,000 yang melibatkan 98 orang peserta.

Suka juga saya mengambil kesempatan bahawa program-program sedia ada yang dibuat oleh kerajaan masih lagi kita teruskan untuk tahun ini. Kalau boleh saya sebut beberapa perkara yang pertamanya, ada orang tanya berkait dengan 'Ibu Tunggal dan Bapa Tunggal'. Program ini masih kita teruskan agar kita membantu supaya mereka tidak hidup keseorangan dan mengikut rekod kita, alhamdulillah, program ini sangat baik dan sangat mendapat sambutan daripada ibu tunggal dan bapa tunggal. Jumlah ibu tunggal dan bapa tunggal 372 orang, ada ibu tunggal yang kahwin dengan bukan bapa tunggal seramai 186 orang. Duda yang kahwin dengan bukan ibu tunggal 252 orang yang melibatkan jumlah sebanyak 810 orang. Dan begitu juga program-program lain, cuma ada program terbaru yang kita buat untuk tahun ini iaitu kita menggalakkan generasi-generasi muda negeri Terengganu untuk kahwin awal bagi mereka yang kita kenal pasti yang ingin kahwin tapi tidak berkemampuan untuk terutamanya dari segi masalah kewangan. Dan ini InsyaAllah kita akan bantu dengan program yang kita rancang dan InsyaAllah, kita akan tentukan syarat-syarat agar ianya akan menjadi program yang kita dapat kendalikan dengan betullah.

Jadi saya ingat itu sajalah Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan yang boleh sempat saya perkatakan pada pagi ini. Cuma akhir sekali, saya sekali lagi menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan seterusnya terima kasih juga kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana dapat kita kendalikan perjalanan Dewan kita pada kali ini dengan sempurna. Terima kasih semua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

182

Page 191: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Jertih. Seterusnya dipersilakan YB Ajil untuk membuat penggulungan bagi pihak kerajaan.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ahmad bin Said, Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, hadirin-hadirat warga Dewan yang saya hormati sekalian. Terima kasih.

Pertamanya, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkesempatan saya untuk membuat penggulungan pada kali ini. Dan sebagaimana kita maklum bahawa sektor pendidikan adalah merupakan suatu sektor yang amat penting ke arah memacu sebuah negara yang maju dan negara yang berpotensi. Oleh itu, pihak kerajaan negeri mengambil keprihatinan dalam aspek pendidikan terhadap rakyat negeri Terengganu Darul Iman di mana anak-anak kita merupakan modal insan yang akan mewarisi negeri dan mereka perlu diberi pendidikan dan kemahiran yang menepati keperluan zaman globalisasi pada abad ke-21 maka itu beberapa keperluan dan kelengkapan perlulah diadakan.

Saya mengambil berat pandangan Wakil Alur Limbat dan saya ucap ribuan terima kasih beliau adalah rakan saya yang sangat baik dan prihatin. Saya ingin menjelaskan tentang Sekolah Menengah Alur Limbat, sebenarnya saya juga malu bukannya Alur Limbat saja bahkan saya juga nak sekolah ini disegerakan, seperti orang kata kalau Alur Limbat menangis sekali, saya menangis sepuluh kali. Namun begitu, kita sedang berusaha dan untuk makluman Alur Limbat pihak JKR telahpun melantik kontraktor bagi menjalankan siasatan dan pengujian tanah di tapak projek tersebut dan sekarang ini dalam proses kerja. Pihak JKR juga telah melantik kontraktor pada 10 April 2014, baru lagi dan dijangka pada masa paling kurang dalam masa 6 - 8 minggu maka kerja-kerja ini dijangka siap. Dan menurut Mesyuarat Penyelarasan dengan semua pasukan pakar telah diadakan pada 4 April yang lalu dan laporan awal kerja kajian mungkin akan dapat kita ketahui pada 17 April nanti. Secara muktamadnya keseluruhan kajian siasatan Sekolah Menengah Alur Limbat dijangka siap pada Julai 2014 dan laporan penuhnya akan dikeluarkan pada bulan September 2014 dan InsyaAllah selepas itu langkah-langkah kerja akan dimulakan. Saya juga rasa sedih teramat sangat melihat sekolah ini terbengkalai sedemikian. Selaku bekas warga pendidik tangisan saya

183

Page 192: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

lagi deras daripada tangisan Alur Limbat. Apapun saya juga mengambil perhatian apa yang disampaikan oleh Alur Limbat iaitu tentang sekolah. Saya pun kesian mendengar sebenarnya apabila Alur Limbat kata tak ada satupun sekolah dekat kawasan dia. Sebenarnya kita mengkaji setiap DUN, setiap daerah, setiap mukim apakah lokasi sekolah yang paling sesuai untuk diadakan. Dan sebelum pun disuarakan oleh Alur Limbat, kita di bawah jabatan telahpun menyediakan beberapa lokasi sekolah untuk diadakan di seluruh negeri bukan sahaja di Alur Limbat, di Telemong dan sebagainya. Jadi untuk soalan cepu mas itu, saya jawab bagi Alur Limbat iaitu kita telah merancang untuk membina sebuah Sekolah Menengah Serada, ....tepuk tanganlah sikit .... (Dewan bertepuk).... Hah, gitu. Di Kuala Terengganu yang terletak di Kampung Baru, Serada yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, Rolling Plan Ke-5 dijangka mungkin dalam 2014 projek ini akan dilaksanakan jika tidak ada apa-apa masalah dari segi teknikal dan sebagainya. Itulah respon saya kepada sahabat saya yang sangat prihatin dan budiman. Terima kasih banyak-banyak.

Dan seterusnya, kita juga melihat keperluan sekolah agama. Rakan saya daripada Bukit Payong memang sensitif tentang sekolah agama ini. Kita ambil pandangan, kita ambil perhatian dan InsyaAllah kerajan negeri dan juga kerajaan pusat akan melihat keperluan-keperluan mengikut daerah. Pada sebab itu telah ada pun rancangan pembinaan sekolah agama dan juga Sekolah IMTIAZ, apa-apapun kita perlu melihat tentang prioriti di satu-satu tempat. Di Setiu kita akan dirikan sebuah Sekolah Menengah IMTIAZ. Di Air Putih, di kawasan Air Putih ini pun luas juga melibatkan kawasan pedalaman orang-orang Felda dan sebagainya kita akan beri prioriti. Dan InsyaAllah, akan diikuti bahagian Marang dan sebagainya. Tunggulah giliran, InsyaAllah.

Dalam pada itu, saya ingin menyatakan bahawa dalam kecemerlangan, kita memerlukan beberapa sifat supaya anak Terengganu mempunyai nilai diri, mempunyai sifat dengan izin, kompetitif (persaingan) dan mempunyai nilai entreprenuership. Jadi untuk itu saya mengambil satu rujukan daripada Harvard Business School yang disokong oleh Profesor Dr. Thomas Barry. Antaranya kata Prof. Dr. Thomas; untuk melahirkan nilai manusia atau modal insan yang hebat, kita perlu melihat atau memastikan satu sikap iaitu perubahan sikap yang positif iaitu mempunyai nilai modal insan yang berfikiran positif yang mempunyai sikap dinamik dan progresif. Dari kajian beliau, beliau menyatakan bahawa 93% kejayaan sesuatu dasar dan program ia bergantung kepada sikap dan penerimaan

184

Page 193: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

rakyat secara positif. Maka untuk ini kita perlukan satu program iaitu program merubah minda, mengubah daya fikir, mengubah segala terutama dari segi falsafah hidup dan ini akan membawa kita mudah untuk mencipta kejayaan. Berbanding menurut Dr. Thomas; kebolehan ilmu, maklumat dan kemahiran hanya menyumbang 7% pada sesuatu kejayaan. Ini bermakna untuk melihat perkembangan ilmu, kita mesti melihat perkembangan fikiran, perkembangan sahsiah dan perkembangan akal budi dan melihat sesuatu secara positif. Maka sebab itu di masa akan datang, kita akan banyakkan program motivasi, program penyedaran dan kita juga akan memperluaskan promotion-promotion setiap dasar yang kita laksanakan supaya ia melekat dalam minda kita dan melihat kepentingan suatu perancangan yang dijalankan nanti secara positif. Ini berdasarkan kepada kajian Prof. Dr. Thomas Barry dan juga disokong oleh kajian daripada Harvard Business School. Oleh hal yang demikian, kita Kerajaan Negeri Terengganu menyedari hakikat ini, kita ingin meletakkan satu nilai tambah kepada rakyat khususnya pelajar-pelajar di sekolah. Maka itu Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan dengan sedarnya akan merangka dan akan melancarkan satu Program Info Trenglish untuk dilaksanakan di negeri Terengganu kepada pelajar-pelajar kita. Menyedari hakikat kepentingan Bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi antarabangsa, sebagai satu kemahiran hidup yang penting, maka pihak Kementerian Pelajaran yang telahpun menetapkan subjek Bahasa Inggeris ini satu subjek wajib lulus menjelang tahun 2016. Kita bimbang jika kita tidak mengambil langkah ke hadapan membiarkan kemenjadian sedemikian rupa tanpa perancangan yang kita olah untuk membantu rakyat kita maka sudah tentu negeri Terengganu, rakyat Terengganu yang bakal menghadapi peperiksaan SPM pada 2016 tidak mampu bersaing kerana kita berada di lokasi di Pesisir Pantai Timur menghadap Laut China Selatan yang luas ditiup oleh bayu tanpa kita mempunyai nilai-nilai sokongan sama ada dalam bentuk komuniti kita yang berbagai-bagai bangsa, kita hanya mempunyai kurang daripada 5% orang bukan Melayu dan penutur jati kita boleh dikatakan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan loghat daerah masing-masing terutama di Telemong dan daerah hulu Kuala Jengal dengan Kuala Jengalnya maka amat susah kalau kita tidak bantu mereka dengan satu program kerajaan. Silakan. Dok mintak bangun dah. Sila sahabat saya.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Sila sahabat saya.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Y.B. Bandar.

185

Page 194: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Mintak izin laluan tak tu?

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Yang Dipertua bagi dah.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Bagi dah. Okey, sila. Sila, sila. Saya duduk, saya tunggu, saya tak sabar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Tak manis rasanya kalau dua-dua berdiri. Untuk program memperkasakan, meningkatkan keupayaan sama ada bertutur dan pemahaman dalam Bahasa Inggeris, saya teringat masa sesi menggulung dan menjawab soalan pagi di Parlimen kebetulan saya perhati ikut siaran langsung. Timbalan Menteri Pendidikan daripada Hulu Selangor memaklumkan kepada Dewan yang saya rasa ramai orang yang menyaksikannya jugak. Untuk tujuan ini kementerian akan membawa masuk 300 orang guru-guru berbahasa Inggeris daripada negara India yang dikatakan akan diagihkan ke seluruh negara ke sekolah-sekolah untuk tujuan memperkasakan, meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris. Saya nak tanya Exco Pendidikan yang memegang Portfolio Pendidikan Negeri Terengganu, daripada 300 orang ini yang akan diagihkan ke negeri Terengganu dan mungkin ada forecast ataupun jangkaan awal, adakah guru-guru yang diimport daripada negara India ini boleh menambahbaik atau pencapai hasrat Yang Berhormat dalam Portfolio Pendidikan untuk membantu untuk tujuan ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Terima kasih Wakil Bandar. Sebenarnya kalau kita hitung dengan jumlah sekolah yang kita ada terutama sekolah menengah, kalau 300 orang jika dibahagi ke seluruh negara, kita jangkakan paling-paling maksima Terengganu cuma dapat 20 orang, ini berdasar ETA yang kita ada. Namun begitu, guru India ini bukan kita tak setuju, kita setuju kalau orang nak bagi tak ada salahnya tapi pada prinsip saya dari segi pronunciationnya memang dia punyai 'Indiaglish' tak dapat tidak. Jadi walau bagaimanapun, macam kita kata tadilah, orang kata: Tidak ada gading tanduk pun berguna. Kita menerima sebagai nilai tambah ataupun bahan tambah kepada kita. Tetapi kita rasa dia tidak mampu membantu keseluruhan rakyat kita sebab dari segi kedaifan berbahasa. Sebenarnya kita sangat daif, sebab itu banyak dalam

186

Page 195: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

perhimpunan/perjumpaan tertentu orang menyindir Terengganu, saya rasa sangat tercabar dengan sindiran tersebut. Justeru itu, saya mengambil inisiatif supaya dalam tempoh tertentu, mungkin pendidikan ini tak boleh berlaku dalam masa setahun terutama dalam bahasa bagi kawasan pedalaman di hulu-hulu Terengganu dia terlalu orang kata pekat loghat hulunya dan mereka boleh dikatakan 0% tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, ini memang malang dan kesian bagi anak-anak kita ini. Jadi sebab itu apabila kita melancarkan Trenglish, kita mempunyai tiga ke empat kaedah. Yang pertama, oleh kerana kita tidak mempunyai sumber yang pertama, iaitu pertuturan di dalam keluarga, mak-ayah tak mampu bertutur, ibu tak mampu bertutur, adik-beradik tak mampu bertutur di kawasan-kawasan pedalaman. Dia tidak ada sumber yang pertama. Sumber pertama telah hilang bagi penduduk di luar-luar bandar. Sumber kedua ialah rakan sebaya dia, ini pun dia hilang sumber rakan sebaya dia. Sumber ketiga ialah ketika mereka berada di sekolah yang hanya dipelajari dalam dua kali dalam satu minggu 45 minit satu sesi lebih kurang satu setengah jam, apakah mungkin anak-anak kita dapat menguasai Bahasa Inggeris? Tidak sama sekali. Oleh sebab itu, dengan adanya Program Trenglish ini kita memperbanyak ko-akademik di sebelah petang. Melalui aktiviti tersebut kita akan mampu memberi galakan, ruang, masa yang lebih banyak untuk mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mintak laluan ke? Silakan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Y.B. Bandar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih. Saya jugak sebenarnya nak menyokong kerana program untuk peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris ini memang menjadi satu Dasar Pendidikan Negara. Tadi Y.B. Exco ada sebut tentang Trenglish, maksudnya ada konotasi untuk kata Bahasa Inggeris berasaskan dilek Malaysia-Terengganu, agaknya begitu. Jika benar perkara itu nak dilaksanakan kalau untuk tujuan menggalakkan penguasaan Bahasa Inggeris itu boleh disokong tetapi kalau untuk mempermudahkan konotasi Bahasa Inggeris, saya berhasrat dalam Dewan ini untuk memberi peringatan perkara itu tidak perlu dan seharusnya diberi peringatan yang keras kerana keupayaan menguasai Bahasa Inggeris ini mesti berasaskan kepada bahasa pertuturan ataupun makna konotasi yang betul. Ini sejajar dengan peringatan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan, daripada Terengganu kita ada seorang Menteri Pendidikan jugak yang mengatakan Bahasa Inggeris bersifat pasar yang diringkaskan terutama sebaran melalui telefon-telefon bimbit, ini sedang menguasai dan sedang meracuni kemahiran bertutur dan memahami

187

Page 196: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

bahasa-bahasa termasuklah Bahasa Melayu sendiri. Bahasa ibunda pun tercemar kerana penguasaan ataupun serangan daripada penguasaan bahasa-bahasa yang tidak beretika ini, Tuan Yang Dipertua tentu faham benar tentang perkara ini sebagai warga pendidik. Jadi dalam usaha kita mempertingkatkan Bahasa Inggeris ini, saya rasa sebarang usaha untuk memudahkan pemahaman atau penguasaan Bahasa Inggeris dengan cara untuk orang kata; localized dengan izin, untuk mendaerahkan apatah lagi dengan meringkaskan untuk tujuan senang memahami kerana kita bimbang hasilnya nanti akan melencongkan lagi penguasaan itu tadi. Kalau benar kita harap Bahasa Inggeris ini menjadi penguasaan bahasa kedua atau bahasa perhubungan antarabangsa atau bahasa komersial untuk rakyat negeri Terengganu. Memang kita sokong tapi usaha untuk mempermudahkan dengan cara yang akhirnya resu/tnya akan jadi melencongkan kapasiti ataupun keberkesanan itu. Saya rasa sebagai Exco ataupun pegawai utama yang bertanggungjawab sepatutnya kita bawa satu peringatan yang agak keras berkenaan dengan kebimbangan kita terlencongnya penguasaan ini.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Terima kasih, terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Y.B. Bandar, terima kasih.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Saya faham maksud Wakil Bandar. Jadi Trenglish yang kita maksudkan di sini ialah satu identiti kita dari segi modul penggunaan. Maksudnya kita aka nada modul-modul yang kita ajar di mana yang melibatkan program ini bukan orang sembarangan, pakar-pakar bahasa daripada univeristi-universiti dalam negeri kita, daripada UniSZA, daripada UMT, daripada IPG dalam bidang bahasa, kita juga ada seorang pakar daripada UPSI dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris. Kita letakkan Trenglish ini branded kita, barang kita, yang mana kita ada Modul 1, Modul 2, Modul 3 dan pengedahan dan kita tak nak yang kita nanti kalau kita patenkan: "Ini tak boleh, ini yang Trenglish punya." Dan mungkin kita akan bukukan, ini hak kita, macam British Council dan sebagainya, itu yang saya buat jenama kita. Jadi bukan bermakna, kita jadikan, kita bercakap Terengganu, misalnya: "I am kerabat the coconut tree", dengan izin. Bukan maknanya: "Saya kerabat the coconut", betul dah, 'kerabat' tu bukan begitu maksud, start climb, ciimbiah. Bahasa mengikut Bahasa Inggeris, cuma kaedah kita permudahkan mengikut keperluan. Misalnya, prasekolah di Terengganu, kita mulakan dengan simple English, kita teruskan sebagaimana orang putih ajar anak dia sebab orang putih adalah penutur jati, kita bukan penutur jati. Jadi oleh

188

Page 197: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

kerana kita bukan penutur jati, kita ada kurikulum prasekolah untuk tadika dan taska, jadi ada kaedah keperluan mengikut tahap masing-masing. Kita dah ada dah benda kita buat sebab itu akhir sekali apa yang telah dibuat untuk prasekolah kita patenlah, ini hak kita, untuk taska, ini hak kita, kita akan keluarkan dan saya pun dah ada dah benda tu, nanti saya tunjukkan suatu hari, inilah benda yang kita dah hasilkan. Begitu juga dengan sekolah menengah, sekolah rendah dan sebagainya, kita dah buat secara menyeluruh dan kita lihat Bahasa Inggeris hanya ditumpu untuk 2016 sahaja, kita bimbang takut-takut pada 2016 tidak berjaya. Perancangan Trenglish ini dia meliputi keseluruhan daripada taska, tadika, sekolah rendah dan pada masa-masa yang akan datang. Jadi kita buat secara berperingkat-peringkat sebab itu saya mengambil masa yang agak panjang sebab Wakil Bukit Tunggal kata, kaji dulu dan saya kaji, saya sahut cabaran itu, saya tidak tergesa-gesa, di antara Exco yang paling cermat sekali jaga pitih kerajaan, Exco Pendidikanlah (Dewan memberi tepukan) .... Saya tak pernah boros pun walau pun satu sen, saya berhati-hati. Banyak orang mari dengan modul ini, modul itu, saya kaji dulu kerana saya berpengalaman 26 tahun sebagai guru dan tenaga pengajar dan saya pernah pun nak jadi Pengetua, kalau tidak jadi calon. Jadi pengalaman-pengalaman ini mengajar saya tentang erti berhati-hati dan cermat dalam perbelanjaan. Jadi terima kasih Bandar, saya menyanjung tinggi dan mungkin saya akan meminta Bandar berbincang terus dengan saya barangkali ada input-input untuk membangunkan Bahasa Inggeris sebab ini untuk rakyat kita. InsyaAllah, secara personal saya akan menjemput. Namun begitu kita melihat dalam nak melaksanakan ini sudah tentulah kita menghadapi masalah, saya memahami, mengambil cabaran untuk membangunkan rakyat, ini semuanya ada risiko kerana kita mungkin menghadapi banyak kekangan, halangan terutama dari segi semangat, mungkin mempelajari bahasa ia memerlukan secara berterusan, konsisten. Dia tak boleh belajar Bahasa Inggeris hari ini sampai belok lidah, lenguh keng, esok malas dah aku. Dia tak boleh begitu. English kena belajar secara konsisten, always, everytime and everywhere kalau seboleh-bolehnya begitu baru boleh. Kalau belajar sekali-sekala takkan pandai, tiga hari belajar lepas itu enam bulan rehat dia takkan pandai sampai bila-bila. Sebab itu halangan yang pertama. Sebab itu saya akan cuba melihatkan perkara ini secara kempen yang meluas dan menyeluruh dan semua pihak, bukan sahaja pihak Barisan, pihak kerajaan malah semua pihak, pihak pembangkang jugak harus membuat kempen untuk belajar kerana ia kepentingan bersama. Nanti nak bercakap dengan Karpal Singh, ternganga mulut, last-last dia kata pemimpin PAS tak faham. Dia khabor begini, kita tafsir lain, kan komang gitu. Saya pun berasa

189

Page 198: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Aisy! (Dewan gelak) .... Silakan. Kecek orang putih takdok hal. Yes?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Kita takmbohlah layan hak borak-borak begitu. Saya nak tanya mungkin 'metod', cara

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Method, method, bukan 'metod', method. (Dewan gelak)

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Tak apalah, bahasa Terengganukan ni, dah faham, tak apa dah. Trenglishlah ni. ...(sambil gelak) ... Method yang kita bawa

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Hah, itu betul. Yes, correct.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Sebab nak kata orang Melayu kita ni atas sikap saya rasa dok betul jugak. Cotoh'

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): 'Contoh'. .(Dewan terus gelak) ....

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ini Dewan bukan kelas bahasa ni. Dia ganggu masa.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Okey, sila, sila.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Anak saya, saya dok pandai bercakap Cina, keluarga tak ada basic Cina tapi kita hantar ke Sekolah Cina, sampai darjah 5, dia boleh berkomunikasi, bercakap, menulis dalam bahasa Cina sedangkan ianya payah. Sedangkan Bahasa Inggeris ini kita rasa pengamalannya lebih meluas, adakah cara mungkin, pendekatan yang digunakan. Sebab dia masa tu tak sempat pun masuk tadika, apa-apa pun, dari darjah 1

190

Page 199: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

sehingga darjah 5, maknanya lima tahun saja dia boleh bercakap sedangkan di rumah tidak ada komunikasi apa-apa pun dan sebagainya.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Okey terima kasih Paka. Faham dah tu. Paka, apabila kita menghantar anak-anak ke sekolah Cina, di dalam sekolah Cina itu ada orang Cina, jadi sumber pertama mungkin orang di Paka tak pandai cakap Cina, "Ni haw maa? Haw." Dengan izin. Itu kalau kita bercakap Cina tetapi di sekolah Cina dia ada, kalau kita tengok: "Law Sir premeyaa." Law Sir comellah, dia kata. "Ni haw maa Lau Sir." ...(Dewan bertepuk) .... Maknanya kita bercakap Cina sikit. Tetapi kawan dia tu, dalam van dia bercakap Cina dah, turun van pun dia bercakap Cina dah. Go to the school pun dia bercakap Cina. Maknanya penggunaan Bahasa Cina Dok payah bangunlah, dok beri dah. Duduk, duduk.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Saya nak bagi maklumat sikitlah.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Duduk, duduk.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Darjah 1, Sekolah Cina di Paka, Chee Mong majoritinya Melayu.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Tak apalah, ni nak royat ni. Duduk, duduk.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi mungkin pendekatan tu

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB Paka mintak patuh. Terima kasih.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Duduk, duduk. Hari ini padan Ajil aje gulung nampak gaya, orang lain dokleh gulung dah, Ajil - Paka, Ajil - Paka. Jadi begini, saya nak khabor, penggunaan masa, bahasa Cina semua dalam bahasa Cina kecuali Bahasa Melayu, belajar matematik pun dalam bahasa Cina sebab itu dia mudah pandai bahasa Cina, kalau sampai darjah 5 tu lama dah, benak dah budak tu, patutnya darjah 2 pandai dah (Dewan gelak) Sepatutnya penggunaan ....(sambil gelak kecil)

191

Page 200: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB Ajil! Gunakan perkataan baik-baik.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Tak, saya kata darjah 5 baru pandai maknanya payahlah tu.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Okey, teruskan.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Seterusnya Yang Dipertua, jadi pemilihan sekolah telahpun kita tetapkan untuk kita laksanakan Trenglish ini sebagai printisnya dan kita akan kembangkan sehingga ia menjadi projek yang berjaya. Kalau nak cerita panjang ni, saya akan pendekkan, orang lain dah termenung menunggu tu.

Tuan Yang Dipertua, seperti yang telah saya nyatakan semalam bahawa walaupun Program Trenglish ini belumpun dilaksanakan secara rasmi di peringkat negeri namun sekolah telahpun kita rintis. Dan sebenarnya di peringkat sekolah telahpun kita jelaskan maksud Trenglish dan bakal dilaksanakan. Sebagai contoh, di Sekolah Menengah Landas, Hulu Terengganu telah mengadakan Taklimat Program Trenglish kepada semua guru dan murid dan melaksanakan perhimpunan dalam Bahasa Inggeris pada setiap hari Isnin dan mewujudkan Speech Corner, dengan izin, di kantin-kantin. Dan di Sekolah Bukit Sawa juga perkara sama telah berjalan, malah di Kuala Jengal di kawasan orang kata pedalaman juga di daerah Dungun di kawasan DUN Bukit Besi juga kita telahpun melaksanakan dan memberi penerangan tentang perlunya melaksanakan Program Trenglish ini. Dan terkini kita akan menyerahkan kumpulan pertama seramai 23 orang Pembantu Guru Bahasa Inggeris atau lebih dikenali sebagai Hired English Language Personnel dengan izin, atau kita ringkaskan T-HELP kepada sekolah-sekolah projek printis pada 18 April nanti. Mereka akan memulakan khidmat sebagai Pembantu Guru Bahasa Inggeris di sekolah pada 20 April 2014. Dan T-HELP ini terdiri daripada anak-anak negeri Terengganu Apa dia Manir? Sila.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Assalamualaikum. Mintak laluan sekali. Yang Dipertua, mintak laluan sekali.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Manir): Sila, sila.

192

Page 201: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Nak tanya, nak cerita sikit. Okey, Yang Berhormat Yang Dipertua, nampak sistem pendidikan kita di Malaysia ini lebih menekankan kepada bahasa adalah sumber kepada ilmu. Tidak dinafikan kalau kita melihat kepada negara-negara maju yang lain, Jepun sebagai contoh. Kalau pergi ke Jepun kalau pandai bercakap Bahasa Inggeris memang sesat lagi, tak boleh nak berjalan seorang diri kalau tak pandai Bahasa Jepun tapi dia boleh maju. Apakah pihak kerajaan tidak memikirkan ataupun memandang isu bahasa

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Manir): Soalannya nak tanya benda apa? Cer royat. Jangan cerita di Jepun tu, nak tanya soalannya nak apa? Saya nak jawab ni.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Nak tanyanya, mana lebih penting maklumat yang lebih baik dengan buang masa dengan belajar bahasa sahaja? Disability to learn English.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Ya, duduk, duduk. Ni, Cikgu nak jawab.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Tak habis lagi nak jawab dah.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Soalan apa hak tu-le, dokrok gitu. Sekarang begini saya nak beritahu, Rasulullah berkata: "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China." Masa Rasulullah kata begitu, Cina mana boleh cakap Arab. Maknanya kita kena

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Jangan buat barang ke Cina dok pandai cakap Arab ....

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat jangan sebut Rasulullah, bukan hadis tu.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Jangan buat lebih kurang gitu.

193

Page 202: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Rasulullah kata: "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China."

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Dia suruh belajar Bahasa Cina?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bukan hadis tu Yang Berhormat, tadi orang khabor dah.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB Paka duduk dulu.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Orang Cina pun ramai pandai bercakap Arab.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Dah maknanya masa itu orang Cina ramai dah pandai bercakap Arab?

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Saya nak cerita, kita the ability to learn English is not for all. Dengan izin.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa, YB Manir duduk dulu. Sila teruskan Ajil.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Inilah masalahnya, saya mula-mula tadi saya baca dah tentang kajian seorang doktor, ini salah satu masalah tentang kegagalan kerana sikap, benda hak baru takut selalu dah. Bukan apa, dia dah pandai belajar di Australia.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Kita bukan takut. Bukan isu takut tapi untuk kemajuan rakyat.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB Manir.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Okeylah, mempelajari bahasa ini tidak boleh memberi kelebihankah kepada rakyat? Mempelajar bahasa adalah satu alat untuk memperoleh ilmu. Kalau tidak ada alat macam mana nak memperolehi sesuatu. Jadi hari ini kita tidak boleh lari daripada penggunaan

194

Page 203: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Bahasa Inggeris sebab banyak sumber-sumber ilmu dan the latest of knowledge, dengan izin, adalah daripada Bahasa Inggeris. Kalau tak pandai Bahasa Inggeris

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): We don't have to ... dengan izin Yang Dipertua. We don't have to make others to understand English, but we can have someone to translate that, you understand? Dengan izin. Minta maaf.

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Jadi sebab itu kita menekankan penggunaan bahasa sebagai alat terlebih dahulu sebelum kita memperolehi sesuatu. Kalau tak ada alat bagaimana kita nak memperolehi ilmu? Sebab itu hari ini kita menekankan dengan penggunaan alat yang baik ini, penggunaan bahasa yang baik ini memudahkan rakyat kita memperolehi kemahiran skill technology dan sebagainya barulah kita boleh membangunkan kualiti insan yang ada di negara kita. Kita tidak pernah tolakpun kurikulum lain, kita ada sains, kita ada biologi, kita ada teknikal dan macam-macam lagi kita ada, cuma nilai tambahnya sahaja, kita nak ada dwi bahasa selain Bahasa Melayu ialah berkebolehan berbahasa Inggeris. Kita tak nak nanti pandai se tu saje, lain-lain bahasa tidak tahu. Apabila kita dah buka negeri kita dalam sektor yang berbagai-bagai, kita perlu ada komunikasi terutama bila kita berada di luar negara dan juga orang luar datang ke negara kita, kalau kita ada satu alat ini maka kita mempunyai kelebihan kecuali kita tak mahu terima hakikat bahawa kelebihan berbahasa lebih daripada satu ini jauh lebih baik daripada menguasai satu bahasa.

Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk merangka supaya memberi nilai tambah kepada rakyat Terengganu terutama dalam menguasai Bahasa Inggeris. Saya mengucapkan terima kasih kerana Yang Amat Berhormat telah mempunyai visi dan semangat jitu dalam meneroka program-program yang memberi menafaat kepada rakyat negeri Terengganu sebagaimana Program Trenglish di mana Yang Amat Berhormat Dato' Seri dalam mesyuarat baru-baru ini telahpun bersetuju memperuntukkan RM3.3 juta bagi melaksanakan Program Trenglish ini. Sekian, terima kasih (Tepukan gemuruh oleh Dewan)

195

Page 204: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Ajil. Yang Berhormat Ajil ni, Bahasa Inggeris dapat, Bahasa Cina dapat dan difahamkan orang rumah, anak-anak dia pandai berbahasa Cina. Terima kasih juga atas celahan soalan-soalan tambahan yang dikemukakan. Seterusnya, saya mintak Wakil Kerajaan untuk terus membuat penggulungan. Sila YB Bukit Besi.

YANG BERHORMAT ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para Pemerhati yang saya hormati lagi saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. dan terima kasih kerana masih diberi peluang untuk berucap dalam Dewan yang mulia ini dalam penggulungan menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu sempena Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kali Yang Ketiga Belas.

Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah menyentuh setiap aspek strategi dan program pembangunan negeri Terengganu dan mencerminkan keprihatinan dan kepekaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu terhadap kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Yang Berhormat Yang Dipertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang mulia ini yang telah menyentuh prestasi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi Dan Kepenggunaan secara khusus mahupun secara umum. Maklum balas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat amat dialu-alukan, di samping memberi peluang kepada jawatankuasa ini memberikan penjelasan ataupun memberi gambaran sebenar isu-isu yang dibangkitkan juga membolehkan jawatankuasa ini mengemaskini program-program yang akan dilaksanakan dari masa ke semasa.

Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Berhormat dari Air Putih ada membangkitkan berkaitan dengan peruntukan yang disalurkan kepada YPU (Yayasan Pembangunan Usahawan) adalah kurang ataupun tidak mencukupi berbanding dengan peruntukan yang disalurkan kepada portfolio yang lain. Dengan pengharapan agar pihak kerajaan negeri mengkaji semula penambahan peruntukan kepada pihak YPU

196

Page 205: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

sebagai salah sebuah agensi yang penting dalam membangunkan Program Keusahawanan Negeri Terengganu. Untuk makluman Ahli Dewan, bagi tahun 2014 kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.85 juta untuk Program Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu. Dan sebanyak RM5.75 juta untuk Pembangunan Projek-Projek IKS di negeri Terengganu. Dalam konteks Program Pembangunan Usahawan, kita tidak hanya bergantung kepada satu agensi sahaja iaitu Yayasan Pembangunan Usahawan. Program Pembangunan Usahawan melibatkan kerjasama daripada berbagai agensi lain yang terlibat secara terus dengan Pembangunan Usahawan. Untuk makluman Dewan, sebanyak 23 agensi keusahawanan, persekutuan dan negeri yang menyediakan bantuan, dana dan pinjaman kepada usahawan sedia ada dan baru.

Yang Berhormat Yang Dipertua, saya ingin menegaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan sentiasa sedar dan memantau rapi program dan usaha-usaha menggalak dan memperkembangkan kegiatan keusahawanan di negeri Terengganu khususnya dalam membantu Usahawan Bumiputera Terengganu. Peranan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) adalah semakin penting dalam merencanakan masa hadapan ekonomi kita. Ini merangkumi majoriti 94% daripada masyarakat perniagaan Terengganu, PKS mempunyai pertalian yang rapat dengan setiap aspek ekonomi, perusahaan mikro, masyarakat luar bandar, pembekal perniagaan dan pengeluaran akhir. Yang Berhormat Yang Dipertua, bagi mengoptimumkan penggunaan sumber antara agensi-agensi untuk memaksimumkan perlaksanaan program dan aktiviti keusahawanan ke arah meningkatkan impak program sebagai outcome, Program Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu telah direalisasikan melalui jawatankuasa ini penubuhan satu Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan yang bertujuan untuk memastikan bahawa program-program dan aktiviti keusahawanan negeri yang dianjurkan tidak bertindih penyertaan usahawan yang sama dan mampu mengurangkan perbelanjaan. Yang Berhormat Yang Dipertua, Majlis Sekretariat ini akan memastikan segala program dan aktiviti keusahawanan yang dijalankan menepati kepada sasaran yang ditetapkan. Penyeragaman program serta impak yang lebih berkesan sama ada jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah keusahawanan negeri dengan lebih cepat dan berkesan melalui Majlis Sekretariat yang kita tubuhkan ini. Memastikan kemudahan yang diterima oleh usahawan dapat dipantau secara efektif oleh semua agensi keusahawanan akan membuat penilaian secara berterusan dan seterusnya menghasilkan usahawan yang berdaya maju dan

197

Page 206: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

memastikan semua maklumat berkait keusahawanan akan dapat disebarkan kepada seluruh warga usahawan dalam negeri Terengganu kita.

Yang Berhormat Yang Dipertua, pembiayaan keusahawanan menerusi agensi-agensi keusahawanan telah mencecah sejumlah RM434,448,685 melibatkan 30,137 usahawan bagi membudayakan keusahawanan di negeri Terengganu. Sebanyak 438 program telah disediakan oleh agensi-agensi keusahawanan melibatkan penyertaan seramai 16,139 usahawan.

Yang Berhormat Yang Dipertua, apabila membicarakan aspek keusahawanan pasti isu utama adalah pasaran dan produk. Untuk itu suka saya nyatakan pada Dewan yang mulia ini Terengganu mempunyai potensi produk yang diterima baik di pasaran sama ada domestik mahu pun antarabangsa. Oleh itu, sebagai sebuah kerajaan yang amat memahami rintihan dan keluhan usahawan-usahawan PKS tempatan, sebanyak 256 program promosi yang dikhususkan untuk mengenengahkan program pemasaran dan pembangunan produk untuk disediakan melibatkan 3,720 usahawan.

Yang Berhormat Yang Dipertua, Ahli Yang Berhormat dari Teluk Pasu dan Alur Limbat ada juga membangkitkan berkaitan langkah-langkah proaktif di dalam menangani masalah di Kompleks Usahawan Terengganu (KUP) dan pengisian kepada Kompleks Usahawan Terengganu. Yang Berhormat Yang Dipertua dan juga untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Kompleks Usahawan Terengganu merupakan satu ikon baru dalam Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu. Kompleks Usahawan Terengganu mula dibina pada 6 Disember 2008 dan siap sepenuhnya pada 22 Februari 2012 iaitu tarikh rasmi penyerahan Kompleks Usahawan Terengganu oleh Jabatan Kerja Raya kepada YPU. Projek yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM21,351,266.79. KUP dibina dengan komponen iaitu tingkat bawah ada 20 lot kedai dengan keluasan 44,000 kaki persegi. Di tingkat satu, 22 lot kedai dan ruang pejabat iaitu 44,000 kaki persegi. Di tingkat dua, 5 ruang pejabat 12,000 kaki persegi dan juga kita sediakan kemudahan di Kompleks Usahawan Terengganu termasuklah petak meletakkan kenderaan dan dilengkapkan dengan sistem CCTV, PA System dan dataran untuk pelbagai aktiviti luar. Sehingga Mac 2014, sebahagian daripada kompleks ini telah beroperasi dengan aktiviti iaitu di tingkat bawah telah menempatkan Kota Batik iaitu Factory Outlet Batik Terengganu. Seramai 18 usahawan batik telah menyewa 18 lot kedai di Kompleks Usahawan Terengganu. Perniagaan batik ini akan

198

Page 207: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

dimajukan dengan jenama Kota Batik, Factory Outlet Batik Terengganu dan telah beroperasi secara berperingkat-peringkat mulai 6 Januari 2013. 18 lot kedai batik ini diuruskan oleh sebuah syarikat tunjang iaitu anchor company, Syarikat STR Batik Sdn. Bhd. Syarikat ini telah membelanjakan sejumlah RM 100,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian ruang niaga di tingkat bawah Kompleks Usahawan Terengganu ini. Seterusnya, di tingkat bawah juga ditempatkan Al-Bakry T'Cafe, restoran yang berkonsepkan masakan Arab yang telah mula beroperasi pada 1 Januari 2013 dan dikendalikan oleh Syarikat Al-Bakry T'Cafe. Syarikat ini telah membelanjakan sejumlah RM 160,000 untuk kerja ubah suai bagi memulakan operasi perniagaannya. Di tingkat satu Kompleks Usahawan Terengganu (KUP) ditempatkan Pasar ICT. Projek Pasar ICT telah diuruskan bersama oleh Koperasi ICT Terengganu dan Syarikat IRIS Supply Sdn. Bhd. Kos keseluruhan bagi kerja-kerja pengubahsuaian ruang seluas 12,000 kaki persegi untuk dijadikan Pasar ICT ditanggung oleh syarikat anchor berjumlah RM300,000. Pasar ICT telah mula beroperasi secara berperingkat pada akhir Mac 2014. Untuk makluman Ahli Dewan, di tingkat dua diselaraskan dengan inkubator batik. Sebahagian daripada tingkat dua telah dijadikan Pusat Inkubator Batik yang merupakan pusat latihan pembuatan asas dan demonstrasi pembuatan batik canting dan blok. Inkubator Batik ini dikendalikan oleh dua usahawan batik canting dan blok selaras dengan usahawan penjenamaan Kota Batik di Kompleks Ushawan Terengganu. Inkubator Batik ini juga akan menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk ke Kompleks Usahawan Terengganu untuk melihat proses pembuatan batik Terengganu. Di tingkat ini juga ditempatkan pejabat dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) reka corak batik Terengganu. Pusat ini telah mula beroperasi sejak awal 2013 iaitu Galeri Batik untuk mempamerkan koleksi reka corak batik Piala Sri Iman dan koleksi berbagai batik dan produk berasaskan batik. Mulai Februari 2014, pihak kerajaan negeri dengan YPU telah mula mengambil usaha untuk memenuhkan perisian Kompleks Usahawan Terengganu. Dua cadangan pengisian bagi ruang niaga di Kompleks Usahawan Terengganu telah diterima daripada syarikat tempatan, cadangan Pembangunan Bersepadu yang telah dikemukakan untuk pertimbangan pengurusan YPU. Pembangunan Bersepadu ini meliputi cadangan pengisian sebahagian ruang niaga KUP untuk dijadikan pasaraya dan selebihnya akan ditawarkan untuk pejabat usahawan dan pusat latihan. Dua permohonan daripada syarikat latihan, Training Provider telah diterima untuk menyewa 3 lot ruang di KUP seluas 6,000 kaki persegi untuk dijadikan pusat latihan berkaitan dalam industri petroleum dan gas. Permohonan-permohonan ini akan diputuskan oleh pentadbiran YPU. Bagi memastikan KUP terus bergerak aktif, satu Karnival

199

Page 208: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Dan Expo Usahawan IKS akan diadakan di KUP bermula pada 29 Mei hingga 14 Jun 2014 sebagai usaha memperkenalkan KUP kepada masyarakat awam. Karnival ini akan disertai oleh usahawan IKS Terengganu dan luar Terengganu, agensi keusahawanan negeri dan pusat, badan korporat Terengganu juga adalah dari luar Terengganu. Format karnival akan dilaksanakan iaitu Zon Jualan IKS: Jualan produk IKS oleh usahawan Terengganu dan luar Terengganu. Zon Aktiviti: Untuk aktiviti yang akan dijalankan oleh YPU, agensi-agensi keusahawanan dan badan korporat. Zon Barangan Branded: Jualan barangan branded oleh syarikat-syarikat yang akan kita kenal pasti. Zon Kanak-Kanak: Taman permainan kanak-kanak juga akan kita jayakan. Zon Jamuan Rakyat: Kawasan khas untuk majlis jamuan rakyat dan jamuan ringan. Tertakluk kepada kesesuaian yang dicadangkan, perasmian pembukaan KUP yang kita jangkakan akan diadakan pada 1 Jun 2014 iaitu dalam tempoh berlangsungnya karnival yang dimaksudkan. Yang Berhormat Yang Dipertua, tentatif tarikh 2014 dipilih berdasarkan andaian bahawa kesemua ruang niaga dan ruang pejabat di Kompleks Usahawan Terengganu dapat dipenuhkan dalam tempoh 2 bulan daripada April 2014. Saya amat yakin dengan kemampuan pentadbiran YPU untuk terus komited dalam melaksanakan pengisian penuh KUP ini, saya juga berharap KUP akan menjadi pusat pertumbuhan baru dan mampu menjadi ikon Keusahawanan Terengganu yang mempunyai pusat membeli belah 'Mall", Factory Outlet Batik Terengganu, Pasar ICT dan gedung perniagaan pelbagai produk IKS Terengganu. Saya juga percaya dan yakin KUP akan menjadi destinasi baru pelancongan negeri Terengganu.

Akhir kata, sebagaimana kita maklum perniagaan dan keusahawanan merupakan satu ekonomi terpenting bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Walau bagaimanapun, penglibatan bumiputera dalam kegiatan tersebut masih rendah disebabkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi. Saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat supaya meningkatkan keazaman kita semua dan tekad untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik lagi kepada rakyat. Saya percaya kita mampu memberikan yang terbaik daripada keupayaan diri masing-masing sekalipun kita selalu berdepan dengan berbagai cabaran dan karenah rakyat jelata. Di kesempatan ini, di Dewan yang mulia ini, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan rasa penuh tanggungjawab dan prihatin untuk membantu hasrat kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad bin Said membawa negeri ini ke satu lagi tahap yang lebih cemerlang. Rekod telah menunjukkan kita rakyat Terengganu mampu meningkatkan keupayaan sehingga ke peringkat tertinggi untuk bersaing dengan

200

Page 209: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

mereka yang lebih maju. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu hari ini dan serba kesukaran, kita percaya Terengganu mampu menghadapi cabaran-cabaran yang bakal mendatang atas kebijaksanaan memimpin serta berkat bersatu padu rakyatnya. Dalam hal ini Terengganu yang berada di timur tanah air dengan kedudukannya yang strategik dan keupayaannya yang semakin berkembang, berjanji meningkatkan sumbangannya kepada pencapaian keseluruhan negara untuk menuju menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Jadi saya rasa itu saja sedikit sebanyak penggulungan yang dapat saya gulungkan pada sidang Dewan kali ini. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. Seterusnya, kita sambung lagi penggulungan Usul Menjunjung Kasih bagi pihak kerajaan. Dipersilakan YB Pengkalan Berangan bagi pihak kerajaan.

YANG BERHORMAT A. LATIFF BIN AWANG (Wakil Pengkalan Berangan): Terima kasih Yang Dipertua Dewan. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Terengganu, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan seterusnya Pemerhati-pemerhati.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Mulia Tuanku Al-Sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas pada 13 April yang lepas.

Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi Dan Multimedia Negeri mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dalam kesungguhan dan memberi fokus kepada pembangunan ICT di negeri Terengganu. Dalam sesi Sidang DUN yang ketiga belas ini, beberapa perkara telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan kepentingan ICT khususnya tentang WiFi Percuma. Kerajaan Negeri Terengganu di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu memahami dan cakna kepada rakyat. Berpaksikan rakyat, daripada rakyat untuk rakyat, sejajar dengan slogan 'Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan' sebagai teraju utama dalam pentadbiran. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu telah mengambil

201

Page 210: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

satu tindakan menyediakan satu kemudahan capaian internet jalur lebar WiFi secara percuma di seluruh negeri Terengganu. Peruntukan telah diluluskan dalam pembentangan Bajet 2014 di dalam sidang Dewan Undangan Negeri. Sebagai mengotakan janji kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta dalam pembangunan projek Terengganu Open WiFi secara percuma kepada rakyat. Dengan capaian akses internet menjadi salah satu penggunaan utama dunia masa kini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Terengganu memahami prasarana itu juga semakin menjadi keperluan kepada rakyat. Di samping memberikan lebih kesenangan kepada pelancong dalam urusan mereka, kini Kerajaan Terengganu telah merancang untuk menyediakan kemudahan akses WiFi Percuma di 600 hotspot terpilih. Kemudahan yang sama akan ditambah dan disediakan di tempat-tempat lain juga dalam negeri Terengganu melihat dari sudut spesifikasi keperluan. Pada peringkat permulaan projek ini pencapaian akses WiFi Percuma sedang dan akan dipasang pada kawasan tumpuan ramai. Antara lokasi yang dibekalkan dengan kemudahan ini adalah seperti di sekitar Pusat Dagangan Terengganu (TTC), semua Pejabat-Pejabat Daerah dan juga Tanah, terminal teksi dan bas, Perpustakaan Awam, Taman Syahbandar, persekitaran kolam renang, lapangan terbang dan kawasan-kawasan tumpuan lain. Lokasi pertama yang menjadi projek perintis Terengganu Open WiFi atau dikenali TOW telah siap dibangunkan serta telah digunapakai dan dimuat turun aplikasi oleh orang ramai ialah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Cetusan idea daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyediakan kemudahan WiFi Percuma secara meluas di seluruh negeri Terengganu bagi membolehkan lebih ramai kalangan rakyat memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi tanpa perlu menanggung kos. Kemajuan dalam bidang ini mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negeri. Antara manfaatnya ialah membantu mempercepatkan pekerjaan serta perkhidmatan dan mempermudahkan komunikasi secara jarak jauh. Selain itu, kemudahan tersebut penting untuk memenuhi keperluan para pelabur serta pelancong melayari internet di mana-mana sahaja ketika berkunjung ke negeri ini. Ini akan memberi kesan positif kepada impak ekonomi dan juga sosial. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan wujudnya kemudahan WiFi Percuma ini akan meningkatkan lagi jalinan kasih sayang kekeluargaan dan persahabatan, kita hanya perlu aktifkan WiFi di peranti mudah alih telefon kita untuk menerima signal WiFi yang disediakan. Sebelum ini kita hanya membuat panggilan dua hala sahaja dan menghantar khidmat pesanan ringkas. Dengan adanya kemudahan WiFi Percuma ini kita boleh membuat panggilan antara muka (face to face), video call 3Gyang lebih real time

202

Page 211: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

bergantung kepada telefon yang digunakan dan upload gambar-gambar ke dalam laman sosial tanpa mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan. Hal ini dapat dibuktikan apabila adanya kemudahan WiFi di seluruh negeri Terengganu, ini mempercepatkan dan mempermudahkan semua urusan antara rakyat dengan rakyat, rakyat dengan kerajaan dan rakyat dengan dunia luar sekali gus menjadikan negeri Terengganu sebuah gagasan kerajaan elektronik. Dunia seakan menjadi kecil dengan wujudnya perkara dan ternyata sekali memperkukuhkan ungkapan 'Dunia Tanpa Sempadan'. Ternyata sekali

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Pohon laluan Tuan Yang Dipertua. Boleh?

YANG BERHORMAT A. LATIFF BIN AWANG (Wakil Pengkalan Berangan): Ya, sila.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Terima kasih pihak kerajaan. Adakah pihak kerajaan bersetuju bahawasanya dengan perluasan penyediaan kemudahan internet secara percuma ini akan memberikan peluang pula kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan kemudahan tersebut dan menyebarkan pulak fitnah-fitnah kepada kerajaan. Adakah pihak kerajaan bersetuju dengan kenyataan tersebut? Terima kasih.

YANG BERHORMAT A. LATIFF BIN AWANG (Wakil Pengkalan Berangan): Terima kasih Jabi. Kita harap rakyat Terengganu adalah rakyat yang beriman dan mempunyai jati diri dan sayangkan kepada agama, bangsa dan negara dia.

Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, ternyata sekali dilihat berdasarkan kronologi dan ideologi pembangunan ICT oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu baik dari segi Information Technology And Communication Technology yang telah, sedang dan akan dibangunkan merupakan satu persiapan ke arah Wawasan 2020. Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negeri bergantung kepada kemajuan teknologi yang dikuasai. Langkah kerajaan persekutuan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Justeru, negeri Terengganu memberi tanggungjawab kepada Top-IT, diberi amanah dan kepercayaan bagi melaksanakan dan menjadi visi dan misi Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kerajaan kepada realiti dan bukan fantasi, sekali gus membawa nama Terengganu ke persada kebangsaan mahu pun serantau. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan

203

Page 212: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

ataupun pihak swasta perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat 'bagai aur dengan tebing', sehati seia untuk melonjakkan nama Terengganu Maju dan ianya menjadi impian.

Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Boleh celah? Yang Berhormat Yang Dipertua

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila YB Alur Limbat.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Berapakah kos Open WiFi yang telah dibuat khususnya di lapangan terbang?

YANG BERHORMAT A. LATIFF BIN AWANG (Wakil Pengkalan Berangan): Okey, terima kasih Alur Limbat. Kos yang digunakan ataupun dibelanjakan di lapangan terbang lebih kurang RM9 juta sebab dia mengambil kira hotspot ataupun access point yang kita gunakan.

Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya ingin menyatakan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Alur Limbat dalam perbahasan yang lepas. Kos RM30 juta untuk 600 hotspot sebenarnya juga adalah di 78 lokasi. RM30 juta di 600 hotspot di 78 lokasi, di 7 daerah sebenarnya. Dan menurut pengurusan Top-IT, kita boleh increase, perluaskan sehingga ke 100 lokasi dengan kos RM30 juta yang diperuntukkan. Setiap hotspot mempunyai access point yang mana satu hotspot dia ada satu access pointnya yang sendiri. Dan setiap access point memerlukan kos RM50,000 secara average dengan mengambil kira monitoring system yang boleh menyemak fungsi atau kegagalan setiap lokasi secara berpusat, bermakna setiap lokasi secara purata RM384,615. Itu kalau secara average di satu-satu lokasi. Saya memohon maaf, tadi saya menyatakan RM9 juta itu tersilap dan sebenarnya di satu-satu lokasi kita memerlukan RM384,615.38 berdasarkan average dengan lokasi yang kita tetapkan.

DUN Alur Limbat juga ada mencadangkan supaya tidak berlaku diskriminasi dalam pelaksanaan WiFi Percuma di negeri Terengganu. Di sini, diharap Alur Limbat jangan risau di mana kerajaan tidak akan melakukan diskriminasi kepada rakyatnya kerana yang penting kita sebagai sebuah kerajaan akan mengutamakan

204

Page 213: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

kepentingan rakyat, 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Kita akan utamakan pada peringkat awal ini di lokasi tertentu dahulu sebagaimana kemudahan-kemudahan dan kebajikan-kebajikan lain yang telah kita berikan kepada rakyat. Mengenai kelajuan yang diungkitkan, yang dibangkitkan oleh Alur Limbat, kelajuan atau capaian WiFi Percuma ini adalah standard semasa memadai yang diperlukan oleh pengguna kita yang mana satu user sama satu meg, dalam masa yang sama kalau 50 oranglah yang menggunakan mungkin slowlah sikit dalam keadaan semasa tapi capaian ini boleh diupgrade atau ditingkatkan dari masa ke semasa, InsyaAllah.

Alur Limbat juga melihat kesan kepada kelestarian alam sekitar. Setakat ini, berdasarkan maklumat dan kajian yang dibuat di peringkat kita, belum ada fakta atau petunjuk yang WiFi ini kesan yang memudaratkan pengguna, pencemaran kepada alam sekitar kecuali kesan kepada sikap atau tujuan pengguna sebagaimana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Jabi sebentar tadi.

Impak kepada ekonomi. Dengan sendirinya apabila semua tempat strategik dipasang dengan WiFi bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi malah kepada pembelajaran, kepada pengetahuan, kepada perhubungan dan kemajuan sosial yang lain dan akhirnya kita akan dapat melahirkan rakyat Terengganu maju dan bermaklumat.

Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, lain-lain perkara yang ingin saya nyatakan di sini, kita juga alhamdulillah, kita mendapat kerjasama yang erat daripada Kementerian Komunikasi Dan Multimedia. Setakat hari ini SKMM telah menyediakan kepada kita 19 buah Pusat Internet 1Malaysia dengan perbelanjaan RM2 juta untuk negeri Terengganu. Dan InsyaAllah, SKMM juga akan membina sebanyak 39 buah menara telekomunikasi lagi di seluruh negeri Terengganu pada tahun 2014. Dan InsyaAllah, negeri Terengganu pada tahun 2014 secara unjurannya kita akan mendapat kadar penembusan jalur lebar yang sedia ada 57.3% dan mampu dipertingkatkan kepada 67.1% apabila siap perancangan kita di akhir 2014 nanti.

Tuan-tuan, puan-puan hadirin serta Ahli-ahli Yang Berhormat dan Yang Dipertua, itu adalah perkara-perkara yang ingin saya sentuh dalam penggulungan saya pada tengah hari ini dan semoga Kerajaan Negeri Terengganu di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Terengganu mendapat sokongan

205

Page 214: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

yang sepenuhnya daripada rakyat keseluruhannya kerana Kerajaan Negeri Terengganu amat mementingkan kepada kepentingan rakyat keseluruhannya demi kesejahteraan dan kesinambungan bangsa kita di negeri Terengganu ini. Saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih banyak Pengkalan Berangan dalam menjelaskan tentang WiFi Percuma. Kita ada masa sikit lagi. Kita teruskan kepada pihak kerajaan untuk meneruskan penggulungan. Okey, sila.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan serta Pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana berkesempatan juga mengambil bahagian dalam penggulungan dan berkesempatan juga untuk menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam pembukaan Dewan kelmarin.

Saya juga ingin mengulas sedikit apa yang dititah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia iaitu bagi satu program baru yang dilaksanakan di negeri Terengganu iaitu Jom Kita Nanam. Program Jom Kita Nanam ini telah diluluskan oleh kerajaan untuk dilaksanakan di seluruh negeri. Sebenarnya program ini adalah lanjutan daripada program menanam kelapa sawit di halaman rumah. Program menanam kelapa sawit di halaman rumah ini sehingga hari ini telah berjaya contohnya di Setiu, di kawasan Jabi telah ada beberapa buah rumah telah mendapat hasil daripada program tanam kelapa sawit ini, hasilnya tiga pokok dia boleh dapat sehingga RM150 sebulan. Bila program ini berjaya kita tambah baik lagi dengan Program Jom Kita Nanam yang berasaskan kepada Agro Sosial di mana konsepnya 'tanam hak kita nak makan, makan hak kita tanam, hak lebih boleh jual'. Itu dia punya konsep.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat mintak penjelasan. Tiga pokok kelapa sawit dapat RM100 lebih sebulan? Dari mana maklumat ini? Kelapa sawit ni boleh ambil tiap-tiap bulan ke?

206

Page 215: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Apa yang dimaklumkan kepada saya setiap bulan boleh ambil bila berbuah.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Saya ingat Paka boleh ke Jabilah, saya boleh tunjuk, tempat saya tu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat berapa se tan sekarang? Biar menasabah tu, tiga pokok je Yang Berhormat. Boleh se tan ke, setengah tan ke, macam mana? Kita nak suruh orang Paka tanam belaka ni.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Boleh, molek-molek.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Menguntungkan ni, 10 pohon padan dah.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Molek-molek, kalau Yang Berhormat nak tengok, kita boleh bawa Yang Berhormat ke Jabi.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Teruskan.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Dan program ini mudah saja untuk sara diri.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Minta maaf. Saya pun rasa pelik sikit harga tu, harga semasa ke, harga masa mana tu yang kata RM150?

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Harga semasa baru-baru ini RM680 satu tan.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Setan, tiga pokok tu berapa tan?

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Tiga pokok? Kira sendirilah. ...(Dewan gelak) ....

207

Page 216: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Teruskan YB Hulu Besut.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Peneroka FELDA 10 ekar .... (sambil gelak) ....

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB Paka! Peraturan mesyuarat mintak izin.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ya, Yang Berhormat. Taklah, biar munasabah. Orang atas sana boleh mengira belaka nun.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Kerana ini penjelasan dalam Dewan saya mohon supaya dicheck baliklah figure supaya tidak kelirukan Dewan. Kalau betul terima kasih, kalau tak betul tu kena perbetul baliklah.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Okey, kita akan itulah. Program ini adalah untuk sara diri, mudah saja. Pada asalnya kita jangka akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada bulan Mac tapi bila kementerian tahu, TPM yang nak mari lancar di bawah program ini, dia tukar nama kepada Jom Bertani. Cuma mungkin bila tarikh tu saya tak tahu lagilah. Kita harap program ini bukan saja yang terlibat, satu DUN ada satu koperasi yang akan meneruskan kesinambungan program ini, ringkas saja. Dan kita juga galak di kalangan kita semua untuk terus menanam di rumah untuk keperluan sendiri, 'tanam apa hak kita nak makan, makan apa hak kita tanam, hak lebih boleh jual', koperasi boleh tolong beli, itu saja, mudah.

Seterusnya, InsyaAllah, kita di Terengganu dikenali sebagai negeri yang suka dilawati oleh orang luar, bila orang luar mari ke Terengganu yang pertama, dia nak bawa balik keropok lekor. Yang kedua dia nak bawa balik ialah batik. Di masa akan datang ini kita nak tambah satu lagi produk iaitu bila nak balik dia orang juga nak bawa balik madu. Kita telah usahakan untuk mengeluarkan tiga jenis madu, yang pertama, madu liar ataupun Madu Tualang. Yang kedua, madu ternak yang kita pelihara. Yang ketiga, Madu Kelulut. Antara ketiga-tiga ini Madu Kelulutlah yang paling baik sekali. Kalau mengikut dapatan daripada kajian madu adalah antara suatu pemakanan harian yang baik untuk diamalkan. Kalau Madu Kelulut ini kalau kita amalkan minum setiap hari dapatan kajiannya orang itu akan berlapang

208

Page 217: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

dada, payah nak marah, lembut. Ini saya galakkan kepada Bukit Tunggallah ....(Dewan gelak)

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Hah, guana Bukit Tunggal! Saya ingat kangkung murah ni kerana semua orang tanam kangkung di tepi rumah dia ke?

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Yang sebenarnya kangkung ni .... Minta maaflah saya ambil masa sikit. Kangkung ni adalah antara tanaman yang paling mudah untuk ditanam. Ini untuk orang malaslah Yang Dipertua. Jadi kalau orang PAS tu galak orang tanam kangkung tu dikira termasuk orang malas jugaklah. .(Dewan gelak) ....

Dan akhir sekali saya jugak ingin memaklumkan juga apabila siapnya Kenyir nanti, pelancong akan ke Kenyir dan antara pulau yang akan dilawati ialah Pulau Madu. Kita akan adakan satu pulau yang aktivitinya madu. Pelihara madu, menjual produk berasaskan madu, kita ada sabun, kita ada make-up. Kalau siap Kenyir nanti boleh pergi ke sana beli madu kerana dia boleh berlapang dada dan susah nak marah ke orang bila suka minum madu.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Ada kajian saintifik dok, yang kata susah marah kerana minum madu, ada kajian dok?

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Ada, ada kajian. Kita akan keluarkan buku

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Cuba bawa yang secara kajian saintifik sikitlah, jangan cakap merapu begitu.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Ini bukan merapu.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Mintak kajian, kajian dia.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Memang ada.

209

Page 218: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Speaker tolong mintak kajian tu nak tengok. Jangan duk merapu, melawak gitu.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Cer wi gok try sutir. Adalah kajian tu, lekpon marah sungguh, padan dah kalau orang katapun.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Jabi duduklah, serabut jer Jabi tu.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Ni Exco ni, awak apa?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB, YB duduk dulu. Okey, YB Hulu Besut sila teruskan.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Akhir sekali saya ingin menyentuh mengenai apa yang disebut oleh wakil daripada Batu Burok kelmarin iaitu berkait dengan Paya Peda. Sebenarnya, Paya Peda ini ada masalah sedikit tapi kesimpulannya Paya Peda ini taklah ada masalah sangat cuma untuk siap perlu tambahan masa, itu saja. Tidak dikategorikan sebagai projek sakit. InsyaAllah, bila siap projek ini nanti akan dapat dimanfaatkan oleh petani-petani kita di kawasan Jelapang Padi di Besut, InsyaAllah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Mintak laluan Yang Berhormat Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB Hulu Besut ni macam mana, mintak laluan ni?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Sebenarnya rakyat Terengganu, saya sendiri pun ada buat soalan dan tidak diberi jawapan. Saya lebih berminat, rakyat pun nak diberitahu antara projek-projek seperti Ladang Strawberi hak canggih ni, apa statusnya sekarang? Projek Ubi Gadung, kita beri RM2 juta, antaranya nak buat ubat besar payudara, jadi setakat mana tahapnya setakat ini? .... (Dewan gelak) .... Jadi kita nak tahu statusnya kerana kita telah buat keluar banyak peruntukannya. Jadi ke dok Projek Ubi Gadung ni?

210

Page 219: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Pembetulan Ladang Strawberi tu bukan ladang strawberi, nama dia

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Roselle. Status roselle. Exco baru ke ni? Saya tanya Exco ni.

YANG BERHORMAT DR. WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Dok, pembetulan. Ladang Strawberi tu bukan tanam strawberi, nama dia Strawberry Park bukannya tanam strawberi, nak khabor awal. Allah, awal nok jadi Exco. ...(Dewan gelak) ....

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Okey, soalan berkaitan dengan Paka. Kita jawab sekali lagilah, masa nak habis dah ni, satu minit dah. Jadi saya juga mengambil kesempatan di sini untuk juga turut menyokong dan juga berharap kepada semua YB-YB, ketua-ketua jabatan, Pemerhati untuk turut sama menyertai di bawah Program Jom Nanam ni untuk sama-sama kita pastikan bekalan makanan kita di Terengganu ini cukup dengan kita mengurangkan belian sayur-sayuran daripada luar ini kita dapat kurangkan. Jadi kerjasama daripada semua diperlukan untuk menjayakan program ini daripada semua YB, ketua-ketua jabatan dan juga semua Pemerhati dan seluruh rakyat negeri Terengganu. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Sedikit laluan untuk ....

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Rantau Abang, tak boleh dah. Boleh tanya dalam ucapan nanti. YB Rantau Abang duduk dulu. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Saya nak tanya sikit aje berkait dengan nangka madu.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tidak dibenarkan dah YB. YB Rantau Abang, duduk!

211

Page 220: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Sebab saya

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Cikgu kata duduk, kena duduklah anak murid.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Saya perlu penjelasan sebab bila saya balik ke Padang Pulut, saya nak terang kepada orang Padang Pulut.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Peraturan Berbahas 47, jelas. Sila duduk.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Okey.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih. Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perbahasan penggulungan kerana saya rasa kita akan habis cepat pada hari ini. Jadi saya mempersilakan terus Yang Berhormat Kemasik.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang saya hormati, Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. Yang saya hormati lagi saya kasihi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. Yang saya hormati Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para Pemerhati, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merakamkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izinNya kita dapat sekali lagi berbahas, berbincang di Dewan yang mulia ini bagi menyempurnakan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas pada hari ini. Di kesempatan ini, saya juga menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Dewan Undangan Negeri kita pada kali ini.

Tuan Yang Dipertua, saya ingin berucap pendek saja. Cuma ada dua-tiga perkara yang disentuh oleh rakan-rakan, wakil-wakil dalam Dewan ini. Antaranya, Wakil Tepoh ada menyentuh pasal berkenaan dengan kos membaik pulih stadium. Jadi untuk makluman Dewan dan soalan ini telah terjawab dan dalam bentuk bertulis pun dah ada terjawab tapi sebagai makluman untuk orang-orang yang hadir dalam Dewan yang mulia ini. Adalah dianggarkan lebih kurang dalam RM100 juta. Itu

212

Page 221: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

adalah anggaran yang mana untuk makluman Dewan jugak InsyaAllah pada akhir bulan Mei kalau ikut kontrak yang ada sekarang kerja-kerja membaik pulih tempat duduk struktur asas stadium akan siap. Dan selepas siapnya kerja-kerja baik pulih itu, kita akan tengok dari segi kesesuaian dengan peruntukan yang ada untuk kita meneruskan kerja-kerja membaik pulih stadium itu, InsyaAllah.

Dan seterusnya juga, Wakil Ladang ada sentuh tentang kemudahan

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Yang Dipertua, pohon penjelasan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila YB Batu Burok.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Dengan izin Yang Berhormat Yang Dipertua, mengenai Stadium Sultan Mizan ini, kita banyak mendengar maklumat-maklumat di Dewan ini sendiri dan jugak di Parlimen sendiri, dengan izin, debacle yang berlaku di negeri Terengganu ini. Peruntukan pembaikan yang diberikan

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Yang Dipertua, soalan dia. Kalau boleh dipercepatkan.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Ya, soalan dia. Peruntukan pembaikian yang diberikan RM100 juta itu suatu yang incredible, suatu yang cukup-cukup besar yang mana sepatutnya kita boleh bina satu stadium lagi. A hundred million, suatu jumlah yang cukup-cukup besar. Sudahlah kita terpaksa menanggung bebanan hampir RM300 juga dengan kerosakan, keruntuhan yang berlaku, kita nak spend RM100 juta lagi. Apa justifikasi kita di Dewan ini untuk kita boleh meluluskan suatu peruntukan yang begitu besar ini. Dengan tanggungjawab yang besar yang kita pikul ini kita dengan mudah boleh memberikan suatu peruntukan yang begitu besar. Tidak ada justifikasi di sini, pohon penjelasan.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Terima kasih banyak Wakil Batu Burok. Apa yang saya katakan tadi itu adalah dianggarkan daripada kos yang mana berapa elemen antaranya seperti untuk membina semula

213

Page 222: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

struktur bum bung baru. Jadi kita akan buat secara berperingkat-peringkat mengikut keupayaan kewangan negeri.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Mintak penjelasan sekali, boleh?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Pasal projek ini projek kerajaan negeri

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Bukit Tunggal duduk dulu. Habiskan

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Tak, saya nak tanya tentang stadium ini jugak. Peruntukan RM100 juta itu 100% ditanggung oleh kerajaan ataupun apa kena syarikat yang gagal buat dengan elok itu tak ada kena denda apa-apa, tidak dikenakan apa-apa bayaran balik ke?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Untuk makluman Wakil Bukit Tunggal, proses perundangan itu sedang berjalan. Jadi sekarang ini, ada pihak konsultan itu telah dihearing di mahkamah. Jadi benda itu sedang berjalan jadi saya rasa tidak wajar untuk kita komen setakat hari ini. Suatu perkara jugak adalah kita sangat-sangat rasa dukacita sebabnya stadium yang baru siap kita pakai tak sampai setahun telah runtuh. Jadi stadium itu orang kata telah dibina dengan 100% duit kerajaan negeri dan yang mana salah satunya macam katalah tidak wajar untuk kita bangkitkan pasal benda itu dari segi perundangan masih berjalan. Tapi saya nak maklumkan perundingan utama pun adalah orang Terengganu, jadi tuan-tuan dan puan-puan pun kenal.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Boleh mintak laluan?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Sila.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Tuan Yang Dipertua, saya terdengar tadi dalam kes mahkamah, boleh saya tahu siapa yang didakwa dalam kes ini? Pihak mana yang telah didakwa oleh kerajaan kerana gagal melaksanakan projek ini.

214

Page 223: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA:

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB Ladang, kita dah faham peraturan.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Tak, saya nak mintak penjelasan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Perkara yang membangkitkan mahkamah dan sebagainya, kita serahkan kepada mahkamah.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Saya tak tahu pihak mana yang didakwa?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Jadi kita tunggu keputusanlah.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Tak, keputusan itu betul, tak ada masalah

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak, kita biarkan itu keputusan mahkamah. Saya pun macam tadi saya melarang apa yang dalam kes mahkamah

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Saya nak tahu siapa yang terlibat dalam pendakwaan, siapa yang mendakwa dan siapa yang kena dakwa? Tak ada masalah dengan mahkamah. Saya nak tahu siapa saja. Wallahuwa'alam. Saya fikir tak ada subjudice, tak ada apa-apa ni, cuma saya nak tahu siapa yang didakwa?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Untuk makluman Juru Perunding. Kes itu sedang berjalan.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Nama apa Juru Perunding itu?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Itu saya rasa Wakil Ladang pun tahu.

215

Page 224: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Dok tahu.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Saya pun dok tahu. ....(Dewan gelak)

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih YB Ladang. Teruskan.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Seterusnya tadi Wakil Ladang ada dalam ucapan semalam ada sebut berkenaan dengan kesukaran nak bayar bil SATU. Jadi untuk makluman Wakil Ladang, kemudahan bayar bil tu ada jugak ditawarkan oleh bank-bank lain, dalam RHB, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat dan Agro Bank.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat, dok selesai lagi stadium ni nak dapat penjelasan. Kita nak balik beritahu rakyat kita, takut salah royatkan.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Jadi saya rasa setakat ini itu sajalah maklumat yang boleh kita jelaskan. Jadi selain daripada itu

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Kemasik): Jumlah RM100 juta ni. Kita nak balik royat ke orang ramai ni, kan kata salah royat pulak. Kita nak bersyarah ni, kan salah royat kan. Biar beri penjelasan betul-betul. Ini hak rakyat RM100 juta bukan sikit Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Itu dianggarkan saja Wakil Paka.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB peraturan bersoal. Perincian yang detail itu berhak saya tolaklah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Terima kasih. Jadi

216

Page 225: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Untuk menyatakan pandangan saya, sebab kita ada banyak pilihan, antara pilihan kita sekiranya kita tidak dapat maklumat yang betul oleh kerana Exco diberi tanggungjawab untuk memberi penerangan dan memberi jawapan ataupun memberi angka serta penerangan yang betul terutama dalam Dewan yang mulia seperti Dewan yang kita bersidang pada hari ini dan kita ada alternatif. Saya bimbang kalau sama ada pembangkang ataupun mungkin jugak sama-sama ahli kerajaan yang Yang Berhormat pandu itu, kita bimbang mungkin akan sampai satu tahap impingement boleh berlaku.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Yang Dipertua, soalannya.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Soalannya, kalau kita berterusan dengan cara mengelak untuk beri jawapan atau menyembunyikan fakta, saya bimbang takut ada satu cadangan untuk impingement terhadap yang berhormat. Ini belum lagi pernah berlaku tetapi kita jangan tolak kemungkinan itu boleh berlaku. Sebab itu saya minta kerjasama secara baik, secara orang kata secara setia kawan ataupun dengan niat untuk mentadbir atau menguruskan negeri ini secara baik, sejajar dengan Titah Ke Bawah Duli. Kita jangan push orang kata, jangan kita ignite kepada mengambil urusan macam tu, itu semua tak baik.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Saya rasa yang ignite ni Wakil Bandar. Apa yang saya katakan di sini, kos itu adalah dianggarkan berdasarkan kepada perkara-perkara

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Wakil Ladang, Wakil Batu Burok tanya siapakah pihak

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Lagi pun Wakil Bandar

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Pihak yang didakwa itu bukannya ada subjudice, itu memang jadi tanggungjawab kita untuk mendapat makluman di dalam Dewan. Kalau bukan dalam Dewan kita nak dapat maklumat, di mana lagi untuk kita boleh dapat maklumat itu?

217

Page 226: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Yang Dipertua penjelasan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila. YB Bandar duduk dulu. Sila YB Kuala Berang.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Saya ingat ni floor Kemasik. Yang Dipertua, kita tidak boleh biarkan Bandar mengajar pulak pihak kerajaan. Biarkan Kemasik jawab dan kita rasa Kemasik lebih berhak.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Itu yang saya kata tadi, saya menolak. Ada hak saya untuk menolak.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Saya bukan nak mengajar, cuma perkataan saya impingement.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB duduk.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Saya cuma katakan perkataan impingement.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih YB Bandar. YB Kemasik teruskan dengan ucapan.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Jadi berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Wakil Ladang semalam berkenaan dengan bayaran bil, benda itu masih ditawarkan oleh bank-bank yang saya sebutkan tadi. Dan seterusnya

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Boleh saya celah, mintak laluan?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Minta maaf saya tak benarkan. Jadi dalam Titah Ucapan Tuanku

218

Page 227: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Yang Dipertua, apa maklumat yang kita boleh dapat di dalam Dewan yang bersidang dua-tiga hari ini kalau maklumat semudah yang kita nak tahu siapa pihak yang didakwa pun kita tak dapat, apa yang boleh kita dapat sebenarnya?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Jadi Yang Dipertua, saya nak teruskan penggulungan ini.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Kenapa begitu rupa kita kendalikan Dewan kita ini, sejak bila jadi macam ni? Dewan yang mulia ini adalah Dewan untuk kita dapatkan maklumat. Kita semua Wakil Rakyat yang dipilih secara legal. Kenapa jadi macam ni?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa, YB Bandar duduk dulu. YB Bandar, terima kasih, duduk dulu.

YANGBERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Tuan Yang Dipertua, saya nak tahu kenapa jadi macam ni, kenapa?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB Bandar! Terima kasih. Teruskan.

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Dalam Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, ada menyebutkan usaha berterusan yang diambil oleh pihak SATU dalam menurunkan kadar NRW. Jadi di sini saya ada sedikit data yang mana saya nak berkongsi atas kejayaan yang telah berjaya dilakarkan oleh pihak pengurusan SATU yang mana pada tahun 2010, kadar NRW adalah sebanyak 39.9% dan seterusnya pada tahun 2013 telah diturunkan kepada 33.8%. Dan dalam usaha kita ke arah menambahbaikkan lagi Sistem Pengurusan Air Negeri Terengganu, kita sasarkan pada tahun 2014 iaitu NRW sebanyak 29.5%. Jadi seterusnya, Yang Berhormat Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang Dipertua, mintak laluan, ini isu air, SATU.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB Kemasik bagi tak tu? Bagi deh. Okey, YB Paka teruskan.

219

Page 228: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Berdasarkan makluman saya sebelum pada inilah, jika salah boleh perbetulkan. Saya merasakan SATU memberi pengecualian kepada masjid untuk mengguna air secara percuma. Adakah dia lagi berjalan sampai sekarang ataupun macam mana. Minta penjelasan?

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Masih lagi berjalan sehingga sekarang. Seterusnya, Wakil daripada Bukit Payong ada memperkatakan soal dari segi memperelok jalan dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang. Jadi suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa satu Projek Memperelokkan Jalan Dari Bulatan Sultan Mansor Ke Kuala Berang, Pakej Padang Mengkuang ke Durian Guling sedang dalam proses penyediaan tender dan InsyaAllah akan berjalan pada tahun ini.

Dan seterusnya, Wakil Rantau Abang ada bertanyakan tentang Projek Tebatan Banjir Taman Rakyat. Jadi untuk makluman Wakil Rantau Abang bahawa projek itu sekarang sedang berjalan dan InsyaAllah akan siap tak berapa lama lagi dan usaha-usaha penambahbaikan terhadap kampung-kampung di kawasan sekitar akan dijalankan mengikut keutamaan dia.

Saya rasa itu sajalah daripada saya dan saya

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang Berhormat

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): Sila.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila YB Rantau Abang.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Terima kasihlah di atas nak menyiapkan Tebatan Banjir Gong Pasir ni. Cuma kerisauan penduduk di sebelah Che Lijah yang sebut itulah, Che Lijah, Binjai dan kawasan sekitar sungai-sungai itu yang mana tebatan ini hanya ditambak di sebelah sahaja iaitu di sebelah Taman Rakyat dan Balai Besar. Jadi kita mengharapkan ada sedikit kajian selepas ini supaya tebatan itu jugak diambil kira untuk Kampung Che Lijah dan Binjai.

220

Page 229: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT IR. ROSLI BIN OTHMAN (Wakil Kemasik): InsyaAllah. InsyaAllahlah dari segi permintaan seterusnya kita berdasarkan keperluan dan keutamaan dan jugak peruntukan yang dapat kita adakan. Jadi saya akhir sekali, sekali lagi menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Dewan Undangan Negeri pada 13 haribulan baru-baru ini. Jadi sekali lagi terima kasih banyak. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih banyak YB Kemasik. Kita teruskan lagi penggulungan.

YANG BERHORMAT HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan juga Pemerhati yang saya hormati sekalian.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merafakkan dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa Perasmian Sidang Dewan kita dua hari yang lepas. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. juga kita telah berjaya sampai ke hari akhir pada hari ini. Dan saya ada satu soalan saja yang dibangkitkan oleh sahabat dan juga ayahnda kita daripada Yang Berhormat Rantau Abang kelmarin yang nak tahu berkaitan dengan status Velodrom Dungun. Saya ingin tegaskan sebagai sebuah kerajaan yang menjadikan agenda sukan merupakan agenda utama negeri, jadi kita akan teruskan Yang Berhormat. Terima kasih. Allahuwa'alam. Wabillahi taufik wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih YB Telemong. Seterusnya, kita teruskan. Sila YB Kuala Berang.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang Dipertua, Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Dewan yang dihormati sekalian.

221

Page 230: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Sebelum saya buat penggulungan, saya ingin membuat cadangan Tuan Yang Dipertua iaitu mengenai sedikit pembetulan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengenai Aktiviti Dan Jabatan Agensi Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Siri 3. Ralatnya pada muka surat 56, perenggan E di atas tajuk: Nisbah Hutang pada baris yang kelapan. Yang sepatutnya dibaca: Bagi tempoh tahun '2008 hingga 2012' dan tidak '2018 hingga 2012'. Saya mohon mencadangkan Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI MOHD JIDIN BIN SHAFEE (Wakil Permaisuri): Tuan Yang Dipertua, saya mohon menyokong pindaan ralat tersebut.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Tuan Yang Dipertua, saya juga menyokong cuma saya mohon dipertimbangkan sebagaimana Exco mewakili kerajaan sebutkan tadi. Saya mohon untuk mencadang supaya ralat itu dipanjangkan juga kepada agensi-agensi kerajaan yang lain untuk mengelak daripada recalling dengan izin, InsyaAllah, dokumen-dokumen yang sedang ataupun telah diedarkan ke seluruh negara. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih. So, kita terima. Sila Kuala Berang.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada rakan-rakan Yang Berhormat seramai 12 Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengusulkan Perbahasan Ucapan Penghargaan Dan Menjunjung Kasih kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan.

Tuan Yang Dipertua, perkara yang berbangkit bagi portfolio saya, saya ucap terima kasih kepada Wakil Ladang yang ingin tahu bagaimanakah bentuk Industri Silika di negeri Terengganu. Tuan Yang Dipertua, kita sangat sedar bahawa pasir silica merupakan salah satu anugerah yang diberi Allah Taala kepada Negeri Terengganu Darul Iman ini di antara banyak lagi sumber-sumber mineral yang kita ketahui, Alhamdulillah, dan InsyaAllah, kita menganggap industri ini sebagai industri baru yang perlu dilipatgandakan nilai tambahnya supaya mendapat manfaat kepada rakyat dan negeri semaksimum mungkin. Dalam menentukan Industri Silika ini Tuan Yang Dipertua, kita sedar pada prinsipnya akan mewujudkan Lembah Silika iaitu Silica Valley yang pertama di dunia di mana pengeluaran produk yang unik

222

Page 231: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

tersohor dan juga bermutu tinggi akan kita wujudkan. Begitu juga prinsip untuk kita memberi peluang pekerjaan yang lebih ramai kepada penduduk di negeri Terengganu. Ini kita sedar kerana pasir silika yang bermutu dan sangat tinggi dengan kadar 99.5% hingga 99.7% kandungan Silicon Oxide (SIO2) Tuan Yang Dipertua, yang dimiliki oleh negeri Terengganu. InsyaAllah, industri ini dengan persetujuan pihak kerajaan untuk memajukan sumber ini bersama-sama dengan Terengganu Industrial Mineral Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur dari luar negara. Tuan Yang Dipertua, untuk menentukan jenis atau industri yang akan dibangunkan kerajaan negeri telah meletakkan garis yang pertama garisnya, tahap pertama di mana mineral ini processing p/antnya dan juga industri tambah nilainya akan diberi keutamaan. Pada tahap ini pasir silika yang mentah akan dicuci, dibersih dan diproses dalam negeri dan mengasingkan unsur-unsur yang berada dalam pasir ini seperti iron, alumina, titania termasuk juga unsur-unsur plumbum. Tahap yang kedua, Tuan Yang Dipertua, industri yang akan diwujudkan daripada pengilangan seterusnya ialah Industri Kaca Apungan (Float Glass Plant). Di mana pada tahap ini penghasilan kaca apungan ini akan menghasilkan produk-produk seperti cermin, kenderaan dan sebagainya. Seterusnya Tuan Yang Dipertua pada tahap tiga, iaitu Industri Pasir ini akan diwujudkan kepada industri Tepung Silika yang berkualiti tinggi yang boleh menghasilkan atau mengeluarkan dua kategori utama mengikut gred. Pertama, quartz biasa yang digunakan seperti pembuatan seperti cat, plastik, getah, bahan pencuci dan sebagainya. Dan yang kedua, gred yang mengeluarkan quartz ketulinan yang tinggi yang boleh digunakan untuk semi konduktor dan juga cip elektronik. Dan tahap akhirnya, tahap aplikasi di mana kegiatan industri hiliran yang boleh kita wujudkan daripada industri ini yang mana dinikmati oleh penduduk setempat, pengusaha-pengusaha tempatan dan sebagainya iaitu mewujudkan barang-barang daripada produk kraftangan daripada kaca yang bermutu tinggi. Jadi Tuan Yang Dipertua, akhirnya kegunaan pasir silika ini kita dapat wujudkan di sini kaca daripada silika asal yang saya kata tadi seperti botol kaca dan sebagainya dan termasuk juga LCD iaitu skrin di depan TV. Kemudian daripada Resin Coated Sand, yang kedua, bagi menghasilkan acuan dalam membentuk enjin kenderaan. Begitu juga yang akhirnya kita juga akan dapat wujudkan produk daripada silika ini juga bahan binaan wall plate ataupun simen daripada pasir ini.

Jadi Tuan Yang Dipertua, kita berharap InsyaAllah, penemuan pasir silika ini dapat digunakan semaksimum mungkin dan boleh dimanfaat kepada negeri bagi tujuan membawa negeri Terengganu ke tahap yang lebih maju sebagaimana yang

223

Page 232: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

dinasihat dan juga digarap dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa-alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Nak tanya sikit kalau boleh, tak berapa faham lagi tu. Ke dokleh dah?

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Dah cukup dah.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Assalamualaikum dah Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Wa-alaikumussalam Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Nak tanya sebelum orang beri salam Yang Berhormat Ladang. InsyaAllah, lain kalilah. Okey, seterusnya saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar untuk membuat penggulungan.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para Pemerhati yang saya hormati sekalian.

Turut sama menyembahkan penghargaan dan menjunjung kasih atas limpah perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan Titah Ucapan semasa Perasmian Sidang Dewan dua hari yang lalu.

Sukalah saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa beberapa perkara telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku tentang peranan Wakil-Wakil Rakyat memberi pandangan-pandangan yang berguna, memikul tanggungjawab sebagai seorang Wakil Rakyat demi kesejahteraan rakyat negeri Terengganu dan mengenepikan apa juga sentimen dan juga menjaga tata laku semasa perbahasan demi kepentingan rakyat.

224

Page 233: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Di kesempatan ini suka saya menarik perhatian kepada soalan-soalan atau perkara-perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil sama ada kerajaan ataupun pembangkang. Yang pertama, saya suka menarik perhatian kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Wakil Bandar mengenai Laporan Ketua Audit Negara, beliau bertanya kenapa tidak dibawa ke Dewan Negeri pada ketika ini, lewat dan sebagainya. Sukalah saya jelaskan bahawa pembentangan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2013 Siri 1 untuk negeri Terengganu baru sahaja dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April yang lepas. Mengikut perlembagaan, Laporan Ketua Audit Negara perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Dewan Negeri. Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 akan dibuat pada Sidang DUN akan datang iaitu Laporan Kewangan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 tidak dapat dibentangkan lebih awal pada tahun 2013 yang lalu kerana mengikut turutan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen. Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 dan Siri 2 telah dibentangkan pada Sidang Dewan yang lalu, ini adalah untuk rekod dan juga penjelasan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tujuan saya membangkitkan perkara itu adalah: Pertama, untuk mengelakkan kekeliruan kerana seluruh masyarakat boleh mengakses Laporan Ketua Audit Negara yang baru 2013 melalui Portal Kerajaan Pejabat Ketua Audit Negara dan kebetulan di Parlimen jugak telah diselitkan bersama laporan untuk negeri Terengganu untuk tahun 2013. Jadi soalan yang saya sebut itu adalah untuk mengelakkan kekeliruan ada tohmahan yang mungkin akan jadi kenyataan yang menyatakan Kerajaan Negeri Terengganu sengaja mengelak daripada tidak melampirkan laporan itu kerana available di portal dan juga di Parlimen. Dan yang kedua, selalunya Laporan Audit ini dikemukakan bersama dengan pembentangan Belanjawan tetapi tahun ini nampak gaya diawalkan bulan empat, biasanya bulan sepuluh bersama-sama dengan Belanjawan. Ataupun pernah suatu masa tu lewat daripada Belanjawan pun tapi tahun ini diawalkan maka wujud kekeliruan. Saya membangkitkan perkara ini serampang dua mata. Pertama, untuk membantu menjelaskan kekeliruan. Yang kedua, kalau boleh kita Ahli Dewan nak tahu adakah perkara ini disengajakan? Kalau tidak macam diberi penjelasan tadi kita boleh terima.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih YB Bandar. 225

Page 234: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Terima kasih Yang Dipertua, tak tahulah sama ada timbul kekeliruan ataupun sengaja dikelirukan tapi sebagaimana yang saya nyatakan tadi ini adalah jawapan daripada Audit bahawa ianya mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada.

Di samping itu, saya juga ingin menarik perhatian kepada persoalan yang diungkitkan mengenai perlebaran jalan di Pasir Puteh, Penarik. Yang mana pada petang semalam beberapa orang wakil pembangkang datang berjumpa saya dengan harapan untuk mendapat belas ihsan kerajaan kerana saya katakan bahawa tanah ini tanah milik kerajaan jadi soal pampasan tidak berbangkit sama sekali dari segi soal perundangan. Dan dipohon kalau boleh katanya berilah sagu hati dan sebagainya yang boleh difikirkan oleh kerajaan negeri. Dan pada ketika itu saya pun rasa agak terpanggil juga dan saya cuba minitkan kepada Pentadbir Tanah untuk melihat tapi apabila saya baca keseluruhan senario perkara ini dan dibangkitkan di dalam Dewan, nak menggambarkan seolah-olah kerajaan ini tidak betul sangat, tak bagus sangat maka saya terpaksa sticklah pada peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Yang Dipertua, tanah yang terlibat ini yang dibangkitkan oleh Wakil Bukit Payong ialah Pengambilan Tanah di Kampung Pasir Puteh yang dijalankan pada tahun 1964. Semua keluarga telah menerima semua pampasan daripada pengambilan balik tanah tersebut mengikut nilaian semasa pada tahun 1964. Mengikut rekod, endorsan pada geran tanah milik telah dilakukan 27 September 1964, jam 2.40 petang. Geran baru telah didaftarkan pada 15 Januari 2007 tetapi sebahagian pemilik tersebut masih belum mengambil geran baru dan sebahagian telahpun dipindah milik kepada pemilik baru. Makna adanya berlaku urus niaga jual beli. Siasatan jabatan mendapati pemilik baru tidak dimaklumkan mengenai pengambilan balik tanah daripada pemilik asal. Mereka jual begitu aje katanya sedangkan dalam geran dan tanahnya adalah lain. Ini kes kecek jugaklah ni dalam proses jual beli. Pihak Pejabat Tanah telah mengeluarkan 64 notis di bawah Seksyen 425 KTN (Kanun Tanah Negara) bagi meroboh mana-mana bangunan dan gerai-gerai yang terdapat di atas rezab jalan. Saya dimaklumkan oleh pihak kontraktor, mana-mana gerai yang terlibat terutama gerai yang menjual jagung itu telah diberikan sagu hati tetapi malangnya ada di kalangan yang terlibat dengan rumah, mereka membuat tuntutan yang melampau yang memang tidak mampu dibayar oleh kontraktor dan inilah yang menjadi isu di mana akhirnya pihak tuan punya tanah bersama dengan satu jawatankuasa PAS yang diketuai oleh Haji Mohd Deraman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak telahpun menggunakan Firma

226

Page 235: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Guaman Aziz & Co. yang mana notis telahpun diterima oleh Pejabat Tanah supaya tidak menjalankan perobohan tersebut sehingga isu sempadan tanah diselesaikan. Jadi berasaskan kepada perkara ini pihak kerajaan akan menyerahkan kepada pihak peguam yang dilantik oleh pihak PAS untuk menentukan kedudukannya kerana kalau mengikut Peraturan dan Undang-undang Tanah, menduduki tanah-tanah secara haram boleh didenda RM 10,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Sebab itu saya katakan bahawa kerajaan tidak zalim kerana setelah berpuluh-puluh tahun mereka ini duduk atas tanah kerajaan tapi kerajaan tidak mengambil satu sen pun.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat Speaker

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Nanti sekejap nak jawab ni. Sabar, sabar, saya akan beri ruang. No problem. Maknanya kerajaan tidak bertindak zalim kerana itu tanah kerajaan, mereka menggunakan tanah kerajaan untuk mendapat wang dengan berniaga dan sebagainya atas tanah kerajaan. Tapi bila kerajaan nak menggunakannya sampai masanya kena serah baliklah. Bayangkanlah kalau tanah kita kalau kerajaan buat macam-macam kata, orang nak tumpangpun tak boleh, pergi sekat. Kerajaan tidak pernah bertindak zalim, ini hak kerajaan. Okey, sila kalau ada.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Saya nak mintak penjelasan.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila YB Bukit Tunggal.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Pertama, apa yang diperkatakan oleh Wakil Kijal itu memang benar. Tapi kalau tengok maklumat yang diberi kepada kita perubahan dalam geran. Dia kata buat dalam tahun 1965, lepas itu berlaku jual beli, tukar milik, pesaka dan sebagainya. Lepas tu, tahun 2007 baru dipanggil untuk pindaan geran, tahun 2007 sebagaimana yang disebut tadi maknanya tempoh hampir 40 tahun begitu. So, yang kesiannya, macam orang terpedayalah pembeli baru tidak tahu hal sebenar, dia macam terpedaya oleh pemilik lama. Jadi itu yang dikata ihsan tadi, mereka ini tidak tahu, apa ni orang panggil innocent people. Kalau boleh pihak kerajaan berunding dengan sebaiknya. Dan yang keduanya, jawatankuasa tu bukan PAS yang

227

Page 236: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

melantik, itu penduduk tempatan. Saya cuma menyampaikan surat yang diberikan kepada saya, itu pembetulanlah. Jangan menuduh-nuduh begitu, itu tak baik jugak.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Tuan Yang Dipertua, saya bercakap atas hitam-putih, jangan pusinglah. Jelas di sini tulis, Firma Guaman yang dilantik oleh PAS Kawasan Marang Negeri Terengganu. Yang Berhormat jugak yang beri kepada saya kelmarin (Dewan gelak) .... Saya dok mintak, Yang Berhormat yang beri.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Itu bukan jawatankuasa kita, bukan negeri punya.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Dah, mesti Yang Berhormat baca dulu sebelum serah ke saya. Takkan Yang Berhormat dok baca dulu. Takkan pakai serah gitu, dok baca, ambil dan beri aje. Ini silap Yang Berhormatlah kalau tak baca.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Tak apalah Yang Berhormat, Peguam itu memang orang Pas tapi bukan PAS Negeri yang lantik.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Dah tak apalah, mengaku ajelah, jangan pusing begitu, cukuplah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Okey, itu boleh kita settle tapi yang penting atas nama Jawatankuasa Rakyat, orang ramai yang tidak bersalah tadilah macam terpedaya dengan pemilik asal, ini mungkin kita boleh buat suatu perkiraan yang munasabahlah. Ini atas budi bicara Yang Amat Berhormat saja. Kita tahu Kijal bagus.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yalah, macam kata tadilah, jangan nak saman apa semua sekali. Buatlah betul-betul

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat, orang ramai, rakyat dia orang tak tahu, kita ikut prosedur peraturanlah, beri lawyer, beri apa. Kalau dia rayau ngata rawa kan dok kena jugok. Jadi ini

228

Page 237: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

sepatutnya dalam DUN Pengkalan Berangan, kawasan hak UMNO buat sepatutnya rakyat kita bersama. Apa salahnya kalau dia bangsa Melayu sepenuhnya kita bagi apa orang panggil, sagu hati.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bila giliran dia kata orang Melayu sepenuhnya, bila giliran kita kata orang lain pulak. Ni dok tahan kita. ....(sambil gelak) ....

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Boleh ambil bahagian jugak ke?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Atas dasar setia kawan Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Guana berhalus sangat Bukit Tunggal ni?

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Ke baham madu dah satni, berlapang dada molek ngat tu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Kawasan tu bukan kawasan PAS, rakyat Terengganu, duduk di Terengganu bukan Ahli PAS.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Paka duduk dulu, duduk.

YANG BERHORMAT A. LATIFF BIN Awang (Wakil Pengkalan Berangan): Yang Berhormat Yang Dipertua, apabila menyentuh tentang Pengkalan Berangan ni, cerita ni cerita panjang dah, lama dah Yang Berhormat Yang Dipertua dan dah ada yang datang ke rumah pun dan kita dah buat penjelasan. Ada yang bersetuju, akur dengan apa yang diputuskan oleh perundangan, tahu cerita dan sebagainya. Tapi ada lagi yang degil, beberapa orang yang degil ni memang dia orang buat keras kepala malah dia orang kata takmboh rombak buat guana-guana pun, kata kerajaan zalim dan sebagainya. Jadi saya ingat apa yang diperjelaskan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar tadi sudah tepat dan betullah penjelasan. Bukan kata Pengkalan Berangan tak ambil tahu, kita ambil tahu sangat. Terima kasih banyak-banyak. Dan saya juga nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Bukit Payong yang prihatin, dengar khabar balik kenduri,

229

Page 238: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

singgah di kedai tu, ambil gambar dan buat keluar dalam surat khabar Sinar Harian, lepas tu kata membela apa semua sekali. Tahniahlah, peka jugak akan perkara itu.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Mari kenduri mana? ....(sambil gelak kecil) ....

YANG BERHORMAT A. LATIFF BIN AWANG (Wakil Pengkalan Berangan): Dengar cerita.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Jangan bawa dalam Dewan ni, karut jer cakap. Nak cakap biar betul.

YANG BERHORMAT A. LATIFF BIN AWANG (Wakil Pengkalan Berangan): Kalau tak betul, saya mintak maaflah. Saya dengar-dengar cerita.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Bawa di luar, jangan cakap dalam Dewan mengarut begitu.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, giliran sayalah pulak.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Bukit Payong, Ladang, duduk.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, sabar dulu, saya nak jelaskan biar habis dulu sebab macam kata tadilah, kadang-kadang kita lempar batu, sembunyi tangan. Lempar tangan sembunyikan batu ..(Dewan gelak) .... Kerana kita lihat bahawa, tadi saya ada sebut tadi tapi dia tidak mengaku apa semua. Sebab saya baca, kita bertanggungjawab bila sampai surat daripada Wakil Bukit Tunggal tu kadang-kadang apabila dia panas tu kadang-kadang tu kita tak sedar. Sebab itu saya ingat kata-kata Tun Adam Malik. Arwah Tun Adam Malik pernah berkata: "Kalau dada kita sudah mendidih tapi kalau kepala kita masih dingin semuanya bisa diatur, pak." ....(tepukan dari Ahli Dewan) Jadi dinginkan kepala. Kerana itu saya tengok tadi, sebab jelas, betul lawyer tu orang PAS tapi saya baca di sini jelas tunjuk 'menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kampung Pasir Puteh di bawah Lujnah Kebajikan dipengerusikan oleh Haji Mohamad bin Deraman, Parlimen Marang yang

230

Page 239: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Nor bin Hamzah dengan diselia oleh Lujnah Hal Ehwal Tanah Peneroka Dan Setinggan, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu." Jelas. Okey, cukup sampai di situ. Cukup sampai di sini sayang.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Bantuan harus dipertimbangkan.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Sebab itu saya kata, saya sebenarnya lembut sangat orangnya (tepukan dari sebahagian Ahli Dewan) .... Cuma saya mintak jangan berkasar dengan saya. Sebab saya tidak takut orang yang berkasar dengan saya.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Oleh itu Yang Berhormat, jangan berkasarlah dengan sebelah sana (sambil gelak) ....

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Doksoh berilah Yang Berhormat, doksoh pertimbanglah, kena buat baik dengan anak buah jugak ni.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Sebab itu saya kata kelmarin, bila Yang Berhormat datang berjumpa saya kelmarin, terus saya minitkan untuk beri ke DO supaya kita boleh timbang, tengok berapa kita boleh bagi belas ihsan dan sebagainya, sagu hati ke. Tapi bila mari di sini secara hitam putih, lepas tu bercakap kasar pulak, macam-macam, nak saman apa semua pulak, tuntutannya berjumlah RM 1,225,000 adalah tidak adil bagi kerajaan. Tanah kerajaan orang duduk, kita kena bayar RM1 juta lebih tapi kalau RM3,000 -RM4,000 seorang boleh jugak kita timbang. Ini yang saya katakan tadi.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Itu permohonan Yang Berhormat, itu atas Yang Berhormat belaka (Dewan gelak)

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Saya cadang Yang Berhormat Yang Dipertua, Menteri Besar selaku Ketua Kerajaan dengan Wakil Rakyat Pengkalan Berangan turun ke Pasir Puteh berbincang dengan mereka, beritahu dan maklum kepada mereka. Kami menyuarakan sahaja selaku Wakil Rakyat.

231

Page 240: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Terima kasih Yang Dipertua, ini bukan kes yang pertama ni, banyak dah pengalaman kita tapi macam saya kata tadilah, jangan berkasarlah. Kita jenis panglima jugak.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Yang Dipertua

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Ada lagi?

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Dengan kepala yang dingin (Dewan gelak)

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Ladang.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Saya nak mengimbau balik tentang jasa baik Yang Amat Berhormat kepada rakyat Ladang di mana ketika rumah-rumah di atas rezab jalan dan rezab masjid telah diambil balik dan rumah-rumah masih ada di situ, dan mereka mendirikan rumah di atas tanah kerajaan dan dengan baik hati kerana mungkin dia orang Ladang jugak kot Yang Dipertua, Tanjonglah lebih kurang, Yang Amat Berhormat telah membayar sagu hati sebanyak RM5,000 kepada setiap rumah yang terlibat yang mendirikan rumah di atas tanah kerajaan. Jadi dengan hasrat yang sama untuk melihat kebaikan itu berterusan, saya merayu supaya tindakan yang sama diambil kepada mereka yang terlibat di Pasir Puteh. Ini dengan kepala yang dingin ni. Okey, terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Sebab itu saya kata tadi, saya dengan suci hati dah kelmarin, saya sain dah tapi tak tahulah berapa kita boleh timbang tapi bila tengok pulak dengan nak saman, nak apa ni, kita pun terasa jugak. Kita sebenarnya tak ada masalah, kita boleh beri tapi janganlah sampai berjuta, sampai RM70,000, RM80,000, dahlah kita buat salah, jadi kita pulak kena bayar. Saya, InsyaAllah, kita dengan rela hati untuk mempertimbangkan dengan suatu kadar yang sesuai, takdok masalah. ....(tepukan gemuruh dari Ahli Dewan)

232

Page 241: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Okey, terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Seterusnya Tuan Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian mengenai apa yang dikatakan oleh sahabat saya sebab dia orang kelaut jugak, sebut aje hal air, ombak, sungai ni dia sensitif. Macam saya jugak, saya dua-dua pun boleh, Tok Nyadat panjat nyior lepas tu kelaut pun boleh jugak, nak buat guana. Tapi kita tengok, kita nak beli Amphi Coach kerana ini bagi kita setelah berdasarkan kepada pengalaman. Saya terlibat dengan banjir sejak jadi ADO dulu lagi dah, pindah orang dan sebagainya tapi apabila tahun lepas banjir paling besar dalam sejarah pernah berlaku dan tidak pernah sebelum ini menyebabkan kita terkapai-kapai, bot Bomba tidak berani nak pergi, askar tak boleh nak pergi, akhirnya kita terpaksa menunggu datangnya lori TriStar daripada MKN Kuala Lumpur dua hari barulah boleh masuk dengan kedalaman 6 kaki. Jadi menyebabkan dua hari suffer tidak boleh nak pindah orang yang menghadapi masalah ni. Sebab itu masa TPM datang pun saya berbincang dengan TPM, boleh ke tidak kita beli Amphi Coach share 50-50 dengan Federal Government, dia senyap. Sebab itu akhirnya kita dapat satu pendekatan kita nak gunakan Amphi Coach ini, kalau saya beli untuk pelancongan orang kata pulak, kalau beli untuk banjir saja, orang kata banjir setahun sekali, kalau dok banjir sekkong duduk saja. Lepas tu kata gajah putih jugak. Jadi serba tak kena. Sebab itu kita tengok, benda ini boleh digunakan dan bagaimana untuk memaksimum penggunaannya. Okey, boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Kita ada Tasik Kenyir, kita ada Sungai Terengganu kita boleh gunakan semasa tidak banjir. Semasa banjir kita bawa pergi untuk kerja-kerja pemindahan mangsa banjir. Apatah lagi kawasan banjir kita ini, ada tempat yang tenggelam air dan ada yang tidak ditenggelami air, bila nak pergi dengan kenderaan tidak boleh, ada tempat kawasan dalam tidak boleh pergi. Yang bas yang kita nak beli ini, dalam air pun boleh, atas darat pun boleh. Jadi Yang Berhormat sebut pulak ada kayu banyak apa semua. Allah! Yang Berhormat, please, takkanlah kita nak bawa bas dalam kampong, bas lening pun tak masuk dalam kampong. Jadi janganlah timbul hal kayu dan sebagainya, takkanlah nak langgar ikut dang. Yang, Yang Berhormat tengok itu mungkin barangkali yang dipanggil 'Duck' yang ada di Singapore dan ada di The Mines.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Penjelasan sikit deh. Apa yang saya dapat dari segi specification dia tu dengan izin, saya

233

Page 242: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

melahirkan kebimbangan saya. Yang pertama sekali, musim banjir ini airnya deras. Yang kedua pulak, banyak sampah dia akan lekat di kipas. Kita orang kelaut tahulah bot pakai kipas kan? Bas pun pakai kipas jugak bawah tu ataupun waterjet tapi saya ingat yang kipas kot. Bila dia lekat, bolo' di situ nanti mampus dan dengan air yang laju saya takut hanyut habis sebuah bas itu. Tapi macam saya kata tadi kalau nak guna untuk jalan raya mungkin saya boleh sokong kot tapi kalau nak bawa masuk ke celah-celah kampung takut bahaya kepada orang yang naik itu pulak.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, kita pindah orang pun kita tak masuk ke dalam kampung-kampung, bila kampung hak kecil-kecil kita guna feeder service pulak dengan bot kecil, bot besar tak boleh masuk jugak ada pagar kerawat/pagar berduri, ada telaga orang apa semua. Saya pun pernah terlanggar telaga semasa nak tolong orang. Kita nak tolong orang mesti berada di suatu tempat, itu rasionalnya. Bukan mentang-mentang boleh pergi dalam air tembor ikut dang aje.

Jadi sebelum itu Tuan Yang Dipertua, untuk mendapat gambaran jelas, ni masa ni khayal belaka ni, orang ni kata gini, tengok hak ni kata gini. Saya mintak kalau ada gambar boleh tunjuk dalam Dewan, dengan izin Tuan Yang Dipertua. Nak tengok Amphi Coach ni sekejap. Tengok wayang sekejap, hari akhir.

....[Video Amphi Coach ditayangkan]

Yang Berhormat Yang Dipertua, ini adalah lawatan ke tempat pembuatan Amphi Coach yang disertai engineer dan sebagainyalah. Rombongan ini diketuai oleh Dato' Mohd Jidinlah. Dan Kerajaan Jepun telahpun menempah model baru, ini model lama ni. Saya dimaklumkan Kerajaan Jepun telah menempah berbelas buah untuk digunakan di Jepun.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Berapa kos dia Yang Berhormat?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Harga dia dijangka 600,000 Euro sebuah.

234

Page 243: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Lebih kurang RM3 juta kot.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Ya, bila sampai di sini lebih kurang RM3 jutalah.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Maintenance dia?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Dia ada lantik satu syarikat di Malaysia sebagai ejen dia.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Dah kos maintenance tahunan ada dok?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Belum ada lagi, sedang dalam perundingan. Sekarang inipun kita akan dapat kebenaran daripada JPJ, daripada MITTI untuk mendapat pelepasan cukai dan sebagainya. Ini semua dalam proses.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Saya cuma nak mintak penjelasan sajalah. Apa tujuan sebenar yang Syarikat Malta buat ni. Dia punya tujuan asal dia? Sebab nampak dia berenang dalam sungai aje, kalau dalam Sungai Terengganu, okey.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB, saya rasa kita tengok video ini dululah baru tanya.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yalah, dia memang untuk pelancongan.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Bukan untuk masa banjirlah.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Macam saya kata tadilah, kena faham. Kalau saya beli untuk banjir semata-mata, banjir setahun sekali lepas tu duduk sekkong orang kata gajah putih pulak. Sedangkan pada musim banjir ini

235

Page 244: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

adalah masalah yang kita hadapi berdasarkan pengalaman pada tahun lepas. Jadi kita boleh jadikan untuk pelancongan, gunakan produk dapatkan hasil kemudian masa banjir kita boleh gunakan untuk pemindahan mangsa banjir. Jadi dua dalam satu.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Pohon penjelasan sikit Yang Amat Berhormat. Saya ingin tahu ringkas saja ni, negara mana lagi yang menggunakan bas ini untuk kalau berlaku banjir ataupun bencana selain daripada Yang Amat Berhormat sebut pelancongan tu yang penting yang kita sebut tu dari segi nak membantu mangsa banjir ni. Dalam dunia ni negara mana yang menggunakan bas untuk membantu mangsa banjir?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Negara lain tak guna, kita gunalah sebab kita berdasarkan pengalaman kita pada tahun lepas. Yang Berhormat duduk saja, berpeluk tubuh tapi saya siang-malam bersama dengan orang banjir.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Yang Amat Berhormat, spesifikasi sesebuah bot ataupun bas itu dibina berdasarkan spesifikasi dia. Kalau untuk bencana dia lain, kalau untuk kita bawa pelancongan dia lain. Biar spesifik tentang ini.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat ada pengalaman mengenai mangsa-mangsa banjir ni, cuba Yang Berhormat tanya Wakil Rakyat Besut. Kita nak pergi ke Besut dengan naik bulldozer pun mampus tengah jalan sebab dia bukan sepanjang jalan tu ada air, dia tempat-tempat tu ada air, tempat-tempat tu takdok air. So, kenderaan tidak boleh pergi nak hantar barang, nak pindah orang dan sebagainya. Contoh di Kemaman, di kawasan Paya Paman nak pergi ke Air Putih tenggelam, lepas tu boleh lalu balik, lepas tu di Sungai Pinang tenggelam, Pulau Musang tenggelam, Seberang Tayor dia boleh lalu balik lepas tu tenggelam pulak balik. Jadi ada tenggelam, ada yang tidak, nak lalu macam mana. Nak lalu ikut sungai, airnya laju dan bahaya, baru-baru ini ada bot yang terbalik. Inilah masalah yang kita hadapi, kita bukan bercakap dari segi teori. Yang Berhormat bercakap dari segi teori, kita bercakap berdasarkan pengalaman, praktikal mengenai mangsa banjir.

236

Page 245: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Pohon penjelasan. Saya mahu mendapat penjelasan dari segi spesifikasi, adakah Amphibia ini berkemampuan untuk kita gunakan dalam keadaan banjir teruk sebagaimana kalau ada di negara-negara lain telah gunakan. Apakah spesifikasi dia boleh digunakan?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Boleh digunakanlah, tengoklah cara dia turun sungai ....(sambil merujuk kepada tayangan video) .... dan atas jalan dia lalu. Tengoklah gambar tu. Tengoklah sampai habis dulu.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Tak saya spesifik kepada bencana alam yang berlaku.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Dah bencana alamlah yang berlaku di Terengganu dan kita boleh guna.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Tadi gambar bencana alam ke tu?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bukanlah, dia tunjukkan tu Cakap apa baham rambang ni.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Tak, saya nak spesifik tentang itu.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang kita beritahu ni untuk kedua-dua sekalilah.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Kalau kita nak bas untuk bawa pelancong, kena bas pelancong. Kalau bas untuk bencana alam, kena hak yang bencana alam. Dia benda lain. Dia tidak boleh dua benda yang sama.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bakpe dok boleh duanya! Tengok, tengoklah dulu.

237

Page 246: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB Batu Burok, YB Kijal, kena tengoklah dulu ni, dapat ilmu, dapat maklumat baru kita tanya.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Jadi Yang Berhormat bercakap tak tengok dulu, sama dengan tempat letak kereta yang kita buat, kata Jepun dok pakai, Korea dok pakai, Amerika Syarikat dok pakai, kita pakai molek-molek ada sekarang ni penuh. Takdok masalah. Gunalah rasional sikit. Kita ni orang ada Phd kan?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Dipertua, tak boleh mengguna perkataan yang

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Tak apa, YB Bukit Tunggal, saya mintak kita tengok ni dulu.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Tengok, tengok gambar-gambar tu dok habis lagi.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Dok lemas air nampaknya bas ni.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Alur Limbat!

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Tarik baliklah hak di Pasir Puteh tadi.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: YB!

....[Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan diam seketika sambil menonton Video Amphi Coach ditayangkan]

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Ikut sungai boleh lalu dok bas ni?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Ikut sungailah tadi tu. Dalam sungai, dalam tasik, dalam laut boleh belaka tapi kalau laut bergelombang

238

Page 247: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

tak bolehlah, terbalik pulak. Dia tengoklah atas kesesuaian, spesifikasi dia di mana boleh digunakan dengan kelajuan yang macam mana.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Itulah yang saya tanya Yang Amat Berhormat. Kalau bencana alam, air dia yang laju dan deras, bagaimana? Boleh tak spesifikasi begini?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Kita dok lalu ikut air deras, kita lalu ikut atas jalankan, nak pindah orang. Yang Berhormat pernah pergi pindah orang dok ni? ....(Dewan gelak) Ikut sungai orang dok gi pada musim banjir, musim banjir air dia laju. Payah kalau orang dok biasa.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Coo, cool

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Amat Berhormat biasa mo'oh ....(sambil gelak) ....

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Kita sejak jadi ADO lagi tolong orang banjir ni.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Bas tulah bukan kata dok biasa tolong orang banjir.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Lak .... Berat sungguh. Cakap apa dok berapa cerdik sangat ni.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Alur Limbat.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, cukuplah, tak payah jawablah. Ada lagi ke? Okey.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya tengok warna kuning itu tadi, katanya ada dua buah dok? Begini, saya di antara fungsi dia untuk banjir ke, pelancongan ke, itu kita tentukan kemudian. Sebagai Dewan kita pada hari ini, tanggungjawab Ahli Dewan kita cuma nak pastikan perkara ini berasaskan integriti

239

Page 248: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

dan juga akauntabiliti, itu saja. Bukan menjadi tugas kita nak tahu dari segi technicality apa semua. Cuma kita nak ambil peringatan begini Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita ada pengalaman apabila dua buah bas Hop-In Hop-Off yang Kementerian Pelancongan beli untuk lalu sekitar Kuala Lumpur tu, hak bumbung dia sekerat takdok tu, hampir sama lebih kurang dari segi spesifikasi dan tujuan dia lebih kepada untuk pelancongan. Dan kedua-dua bas tu masalah utama dia ialah maintenance iaitu kos yang terlalu tinggi untuk penyelenggaraan. Kemudian perkara yang sama saya nampak hak tu jugaklah dalam kes hak dua ni dengan RM3 juta sebuah, dua buah jadi RM6 juta lebih kurang, masalah kita ialah sudah tentu jadi maintenance. Dan kalau nak diguna untuk pelancongan saya nak tahu ni ajelah, agak-agak yang guna perkhidmatan itu untuk orang awam ke ataupun untuk orang-orang tertentu? Kalau orang awam berapa agak-agak kita nak charge satu orang dan berapa lama boleh jadi break-even kita dengan harga RM3 juta sebuah? Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sebab itu saya kata tadi, kita bukan untuk bisnes semata-mata, kalau bisnes ROI perlu kita ambil kira. Tapi ini sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa untuk membantu mangsa banjir ketika banjir dan sebab itulah kalau kita guna untuk masa banjir semata-mata kata gajah putih pulak. Duk saja pulak, setahun banjir sekali. Kalau bertahun-tahun tidak banjir dok jalanlah bas ni. Sebab itu kita gunakan untuk pelancongan, jadi serampang dua mata. Ini yang hendak kita gunakan. Dia pula ada melantik ejennya di Malaysia supaya dari segi kerosakan, pembaikian dan sebagainya. Jadi kalau kita tidak mahu perubahan, kita menghadapi masalah untuk memindah mangsa-mangsa banjir. Sebab itu kita mintak faham, kita bukan berteori sebab itu kalau kita kata orang Terengganu darat sikitkan orang marah. Di Kemaman dok darat, Amphibia lama dah ada di Kemaman dulu, masa saya kecil-kecil ada dah Amphibia di Kemaman sebab masa itu TDM Mat Salleh pakai Amphibia, bila musim banjir dia turun ke Kemaman dia pakai Amphibia, orang Kemaman penuh duk urung, pergi tengok. Ini bukan perkara baru di Kemaman. Sebab itu kita katakan bahawa ini untuk kebaikan, niat (nawaitu) kita baik untuk membantu rakyat dan kita buat penuh integriti, bukan kata kita buat, lantik ejen kita sendiri, tidak. Kita hantar pegawai teknikal kita, engineer pergi tengok, check dan sebagainya. Jadi janganlah kita buat satu tuduhan melulu, kadang-kadang buat kenyataan berasaskan nak kata orang dok molek sokmo sedangkan kita patut berprasangka baik sebagai orang Islam. Kita nak perjuang Islam, jangan memfitnah orang, jangan tuduh orang benda yang

240

Page 249: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

bukan-bukan. Kita fahamlah, saya pun malaslah jugak nak cakap banyak-banyak ni. Sebab kita ada cara kita, kita buat, nak tegur, tegurlah tak ada masalah. Kita kerajaan, kita akui yang kelamahan itu ada, kesalahan boleh berlaku, kita bukan manusia yang sempurna tapi penambahbaikan, niat kita untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Bayangkan 25,000 orang terlibat berpindah, selama 1 hari tanpa makanan, habis huru-hara. Kita boleh bercakap berdasar teori tapi orang yang kena seketika itu apabila banjir paling besar berlaku di Kemaman, berlaku juga di Kuantan, sedih kita tengok. Tandas tak ada, apa tak ada. Biasa 1,500 tiba-tiba mari 10,000 bukan sempat nak hantar bekalan, bukan sempat nak memasak. Nak kritik memang mudah, nak tuduh memang mudah. Tapi nak melaksanakan tanggungjawab, kita pun bertanggungjawab

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Mintak ruang sekali Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Disebut bas tadi, ada jugak yang Amphibia, ada yang model macam itik berenang tu. Jadi sebut pasal itik ni saya nak mengingatkan Ahli Dewan ini berkenaan dengan sikap itiklah. Jadi itik serati ni kalau kita perhati dia pantang dengan simen kalau simen yang bersih, clear tu walaupun dia buang air dah atas tanah, dia naik atas simen dia akan buang air pulak sekali lagi atas simen sebab dia pantang tengok benda molek ni dia dok boleh, bila tengok benda molek dia akan khianat selalu ke benda molek ni. Jadi jangan ada sikap itik seratilah, jadi payahlah Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih banyak.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya merujuk kepada dua perkara yang terakhir. Pertama, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Wakil Bandar iaitu mengenai penebangan balak kepada enam syarikat. Minta maaf, Wakil Batu Burok. Iaitu setelah semakan kita buat, kawasan pembalakan ini adalah kepunyaan KPKK (Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan) dan di dalam tanah kawasan itu didapati ada bijih dan kawasan tanah yang berbijih itu kita serahkan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. Ini adalah kerana negeri Terengganu dia buat satu dasar iaitu kita bukan sahaja menerima 5% berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada untuk bayar royalti kepada PTG tapi ada lagi sumbangan yang perlu diberikan kepada Lembaga Tabung. Sebab itu, tanah-tanah yang mempunyai bijih ini diserahkan kepada Tabung tetapi balak itu adalah kepunyaan KPKK kerana konsesi dia 250,000 ekar termasuk kawasan tersebut. Dan kalau mengikut Majlis Tanah Negara, walaupun tanah itu tanah Hutan Simpan Kekal

241

Page 250: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

tetapi kalau hasil di bawahnya mengatasi hasil di atasnya maka penebangan hutan itu boleh dibuat. Itu undang-undang dia. Di samping itu, pihak KPKK telah memohon kepada Pejabat Hutan (kerajaan negeri) untuk menebang kawasan ini sebelum diserahkan tanah ini kepada Lembaga Tabung untuk diuruskan pengeluaran bijih. Dan polisi kerajaan negeri jelas sekiranya tanah-tanah kerajaan maka tender hendaklah dikeluarkan dan kita buat polisi yang tertinggi setelah diberi pertimbangan. Kebetulan dalam kes yang mendapat tender tertinggi kebetulannya orang Cina belaka sebab orang Melayu ni Ali Baba. Dia masuk nak bayar tinggi dok boleh sebab nak untung pulak atas darat kering. Itulah yang berlaku Tuan Yang Dipertua. Dan kita juga ada sistem kita yang disebut SMS (Selective Management System). Balak yang ada itu tidaklah boleh ditebang sepenuhnya tapi dia mesti tinggal yang 17 inci ke bawah, 18 inci ke atas boleh tebang, yang 17 inci ke bawah tidak boleh ditebang. Sebab mengikut rekod Perhutanan, hutan (balak) kita dari segi pertumbuhannya (growth) lebih kurang / inci setahun. Sebab itulah after 25 years (lepas 25 tahun), dia akan berkembang atau membesar 12/ inci dicampur 17 inci asal menjadi 29 inci sebab itu syarat KSK ini selepas 25 tahun baru boleh ditebang semula. Dan kita pula ada sistem apa yang dinamakan Mother Trees (Pokok Ibu), dia kita boleh tebang kalau SMS biasa hanya 12 batang dan mesti tinggal sekurang-kurangnya beberapa persen tertentu Mother Trees (Pokok Ibu) ini dengan harapan pokok ini akan mengeluarkan benih yang akan tumbuh semula.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya confuse sebenarnya, saya confuse sebab dia katakan bahawa balak dikeluarkan dari Hutan Kekal ini kerana nak melombong di bawah tu jadi jika ditebang pilih-pilih tak habislah jugak pokok tu, jadi nak melombong tak boleh jugak. Jadi macam ada tak tele di situ tu. Tolong beri penjelasan.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Tuan Yang Dipertua, bijih ni takkan ada di semua sekali kawasan tanah, setambun, selonggok di situ ada belaka. Cuba faham, takkanlah ada bijih semua sekali di kawasan 60 ekar, 100 ekar penuh ada bijih belaka, takdok. Dia ada arah aliran dia, dia macam anak sungai

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Betul, tapi

242

Page 251: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: So, bila kita tak tebang semua ini maknanya akhirnya adalah pokok yang akan membesar.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Dah kita boleh tele antara kawasan bijih, pokok untuk kita buat secara yang disebut tadilah, tebang sikit, yang 18 inci tak tebang. Kalau di bawah balak yang 17 inci itu ada bijih di bawah tu kena tebang jugak kan?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Memang kena tebang jugak tapi sekurang-kurangnya dia ada peraturan dia, sistem dia ....

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Itu yang saya nak pasti tadi. Okey.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Sebab itu saya sebut tadi Majlis Tanah Negara telah buat keputusan: Sekiranya hasil di bawah itu lebih tinggi nilainya daripada di atas maka Hutan Simpan semuanya ini boleh diusahakan.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Kalau pokok kecikpun boleh ditebang jugaklah.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bolehlah, sebab di bawah sana hasilnya banyak, mana mahal nilai dia. Sebab itu saya kata tadi Okey, sila.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Okey, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yalah, saya ucap terima kasih atas jawapan yang diberikan. Cuma saya timbulkan dari segi kawasan ini, kawasan ini adalah cukup-cukup luas Yang Amat Berhormat lebih daripada 2,500 hektar dan persoalannya kenapa ianya perlu dibuat secara tergesa-gesa kerana kita tengok apa yang telah dibuat oleh KPKK dalam pembalakan yang mereka lakukan sebelum ini di kawasan Besol tambahan lebih kurang 207 hektar telah berlaku suatu destruction yang begitu kuat, yang begitu teruk kepada environment kita. Berlaku kemusnahan tanpa apa-apa batasan, tidak ada kawalan terhadap apa yang berlaku. Jadi apa yang berlaku sekarang ini, 2,000 hektar lebih ini dengan keenam-enamnya jugak seperti Yang Amat Berhormat sebut adalah

243

Page 252: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

bukan Melayu kerana orang Melayu tak mampu di Terengganu ni kan? Orang Terengganu tak berkemampuan, tidak ada wibawa

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Dipertua, saya nak perbetullah. Niat Yang Berhormat nampaknya tak berapa molek sikit. Bila Yang Berhormat sebut saya kata orang Melayu tak berkemampuan, tak berwibawa seolah-olah untuk menyakiti orang di luar sana bahawa MB ni dok pakai.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Dok, dok, bukan saya

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bukan, saya perlu perjelaskan sebab saya sebut tadi ini berasaskan tender yang tertinggi, ini polisi kita. Dan kebetulan pulak orang Cina ni dia paling tinggi, dia bukan Ali Baba, dia buat sendiri. Ini nawaitu kena perbetul. Betullah saya kata nak dapat niat ikhlas ibarat melihat semut hitam di batu hitam di waktu malam gelap gelita.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Saya habiskan sikit aje (rakaman kurang jelas) .... Apa tujuan kita nak luluskan secara tiba-tiba dalam keadaan negeri kita yang sudah banyak dah hasilnya, royalti dan sebagainya. Sepatutnya Hutan Simpan ini kita boleh tangguh dulu untuk generasi yang akan datang. Dengan perbelanjaan RM2.2 to RM2.3 billion setiap tahun ni saya rasa cukup dah untuk negeri Terengganu tetapi kita nak cepat

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, dua isu berbeza. Ini syarikat Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan, jangan kaitkan dengan kerajaan, hak dapat hasil Dana Khas petroleum tu hak kerajaan, ini hak KPKK, kawasan konsesi dia. Dan kita beritahu bahawa kita ada terima permohonan melibatkan kawasan balak dia, okey kena balaklah. Dan saya dimaklumkan dia dapat lebih kurang RM27 juta dari tender tersebut, tender yang tertinggi. Sekarang ini kita dah arahkan, sebulan-dua lagi pelabur-pelabur yang besar ini datang untuk membuat test bijih itu dari segi kualiti, dari segi jumlah sebenarnya kerana kita bakal menerima pelabur yang besar InsyaAllah seperti yang saya beritahu dahulu yang RM6.6 bilion tidak halangan pada 25hb ini kita akan serahkan kelulusan kawasan melombong dan kawasan buat kilang dan kita

244

Page 253: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

akan menerima satu lagi pelaburan dijangkakan kalau berjalan dengan lancar InsyaAllah USD5 bilion.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Terima kasih Yang Amat Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila YB Batu Burok.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Kebimbangan saya sebagaimana yang saya tunjukkan dari segi apa yang telah dilakukan oleh KPKK dalam pengurusan balak mereka ini dari segi EIA sebab kita akan buat satu kilang keluli besi yang begitu besar dikatakan empat kali ganda daripada yang ada di Pahang itu. Jadi ini perlu kepada perincian yang begitu mendalam kesan kepada penduduk setempat dan sebagainya kerana ini projek besar RM6 bilion sebagaimana Yang Amat Berhormat sebut itu yang membawa pulangan sampai RM6 bilion itu suatu yang begitu besar. Jadi kesan environment EIA ini perlu kepada kajian-kajian yang begitu mendalam dalam hal ini.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Terima kasih Tuan Yang Dipertua, memang apa-apa pembangunan, kilang dan sebagainya dia kena lulus EIA dan sebagainya. Macam kes ni, saya nak sebut: Satu mesyuarat bagi tujuan penyelarasan pengeluaran hasil kayu balak dari kawasan melombong ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Golden Pharos Berhad pada 25 November 2013 jam 10.00 pagi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, Terengganu, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Golden Pharos Berhad dan KPKT. Maknanya Jabatan Alam Sekitar hadir sama dalam mesyuarat ini.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Sebut Golden Pharos tu, apa kepentingan Golden Pharos dalam isu ini?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: KPK kepunyaan Golden Pharos, Wakil Ladang.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Okey. Kemudian tanah bijih itu diserahkan kepada Lembaga Tabung

245

Page 254: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

Amanah Warisan, apa asas perkiraan Tabung untuk nak beri kepada mana-mana tu atau apakah dasarnya?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Dasar kita jelas dari segi Kawasan Bijih Besi Besol dan sebagainya. Kita hanya beri kepada mereka yang datang melabur untuk membuka kilang besi sahaja tidak kepada individu yang kecil-kecil untuk dieksport terus ke China, ini dasar kita. Sebab itu kita beri kepada Eastern Steel, HKS Korea, Perwaja Rolling Mill dulu dan sebagainya.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Dalam kes ini syarikat mana yang dapat ni?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Kita tak tentukan lagi, macam saya kata kita ada dua permohonan lagi daripada China. Satu melibatkan USD5 billion, satu lagi USD500 juta dan yang akan kita serahkan nanti InsyaAllah pada 25hb ini disaksikan oleh Perdana Menteri HKS daripada Korea dan Malaysia RM6.6 bilion, semua melibatkan tanah perlombongan di kawasan Bukit Besi. Kita jaga sebab itu kita tak keluar macam sesetengah negeri mengeluarkan beratus-ratus lesen, tidak.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Berapa jangkaan hasil yang akan diterima oleh Lembaga Tabung?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Kita tak tahu lagilah. Yang melabur USD5 bilion ini dia akan hantar Geologist dia sendiri, kalau tak berpadanan dengan apa yang ada, dia takkan melabur USD5 bilion. Macam kita beri kepada Eastern Steel cuma 600 ekar sahaja. Dia tengok kepada jumlah deposit yang ada dan dia juga terpaksa beli daripada luar negara sama, dia tak boleh bergantung kepada kita saja tapi tujuan kita dengan harapan pelabur datang kita akan memberi nilai kepada kita untuk dapat peluang pekerjaan. Kalau nak bahagi habis lama dah, kalau nak bahagi 100 - 200 ekar seorang ni. Macam saya kata kita jaga kepentingan kerajaan dan rakyatlah, kita letakkan Lembaga Tabung.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Ada dok hak bagi 100 ekar, 200 ekar, 60 ekar?

246

Page 255: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang itu ada, kita sedar tapi bukan di kawasan Bukit Besi yang kita khususkan untuk dijadikan kilang dan sebagainya. Sebab itu saya kata tadi, kita berhati-hati kalau nak kira peraturannya 5% sahaja. Wakil Ladang pernah jadi orang kuat negeri dan tahu undang-undang iaitu 5% sahaja. Tetapi kita tak hendak 5% sebab itu kita beri tanah ini kepada Lembaga Tabung dan Lembaga Tabung akan mendapat hak yang lebih tinggi, setengah tu sampai RM30 satu tan lagi tambahan, RM25 satu tan berdasarkan kes-kes tertentu yang kita nilai. Inilah nilai tambahnya yang kita hasratkan. Sebab itu saya sebut kita bukan sahaja nak bergantung kepada minyak dan gas, bila kita kata kita bergantung kepada minyak dan gas 96% sebab itu kita nak cari sumber lain dan antara sumber kita inilah, galian kita ini boleh masuk kepada Lembaga Tabung, masuk kepada kerajaan. Kita ada jointventure pulak di sesetengah tempat, sesetengah orang dapat lebih bagus lagi pulangan. Kita fikir semua, bukan kita senang-senang nak bahagi, nak agih ikut suka aje.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Sikit saja. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya meneliti apa yang diterangkan oleh Menteri Besar tadi dan memang semakan dalam Laporan Kewangan yang baru ini dalam Lembaga Tabung memang ada disebut antara sebab untuk membantu kumpulan atau Syarikat Golden Pharos ini ada dalam ini ditulis maknanya Lembaga beri pinjaman kepada dia sebanyak RM10 juta dalam masa dua tahun sudah tentu maksudnya kedudukan kewangan Golden Pharos ini agak tenat itu menyebabkan kita buat keputusan atau kerajaan buat keputusan untuk beri ataupun kurnia kawasan yang kata 5,000 ekar dan sebagainya. Okey, matlamat itu amat jelas kerana kedudukan Golden Pharos ini agak tenat dari segi sumber kewangan. Ini jelas, ini ada di dalam laporan.

Tapi yang Batu Burok dan jugak saya yang cuba untuk tambah ni adalah kita tidak envy dengan izin, kita tidak cemburu dengan keadaan ini. Cuma sebagai Wakil Rakyat Pembangkang ini, pertamanya ialah kita nak tanya adakah assesment impact Alam Sekitar itu telah dibuat lebih awal ataupun diumumkan kerana kepada kita, kita tak dapat faedah apa-apa, mungkin kepada kerajaan pun faedahnya taklah seberapa besar tetapi kepada anak syarikat atau Lembaga Tabung ni faedahnya besar. Jadi benda ini memberi peringatan kepada sama ada Lembaga atau Golden Pharos yang dia ada tanggungjawab lain yang dia kena jaga supaya tidak rosak iaitu sekiranya Impak Alam Sekitar itu telah ada, kita pandukan dengan impak alam sekitar, kalau tidak ada kita mesti, wajibkan dia supaya dia complete

247

Page 256: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

ataupun ada. Dan satu lagi perkara hak yang mustahak saya rasa, Terengganu ini diperhatikan oleh negeri-negeri lain dan juga banyak negara-negara jiran kerana orang sudah tentu nampak Terengganu ini banyak hasil, negeri yang kaya, budaya dia pun menarik jugak. Maknanya, kayalah dia, negeri yang diperhati, orang suka tengok ke Terengganu ni. Jadi bila ada sumber-sumber yang bakal dikeluarkan dengan hasil yang besar sudah tentu menjadi perhatian orang. Orang nak tanyalah sama ada nak buat tubit hak besar, hak kaya, hak mewah ni ada dok ikut peraturan ke tidak, terutama dalam impak alam sekitar. Hak tu yang kita tanyanya, kalau ada tu mujurlah, kalau takdok nak suruh buat.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Terima kasihlah Tuan Yang Dipertua sebab itu saya kata, kita ni ikut peraturan tapi janganlah sindir berdo'oh lalu, main sindir sokmo sebab itu saya malas bacalah hak sebut-sebut ni, hak tulis hitam putih ni ada. Kadang-kadang itulah, kita kena ikhlaslah sebab itu Titah Tuanku jaga perasaan orang lain, jaga apa semua, kena jaga. Ini tulis macam-macam sekali seolah-olah kita ni tak amanahlah, apa semua sekalilah, tulis macam-macam. Mungkin dok kepada Wakil Bandar, berlaku kepada Wakil Batu Burok. Sebab itu saya kata, kalau saya nak saman banyak lagi kes saman ni tapi gitulah sama sendiri, susah jugak. Jadi saya mintak hati-hatilah, janganlah suka-suka, dapatlah penjelasan yang betul, takdok masalah. Kita bekerja untuk rakyat Terengganu, kita nak tengok Terengganu Maju. Mudah-mudahan Allah merahmati kita, mudah-mudahan lebih banyak hasil masyhul ditemui. Alhamdulillah, banyak mineral-mineral baru ditemui di Terengganu. Dan sebab itu kita tak hendak bawa keluar macam orang lain buat, kita mintak supaya pelabur datang buka kilang di sini dan boleh beri peluang pekerjaan dan sebagainya, ini syarat dan syarat yang terbaru kita kalau dulu 60%, sekarang kita tambah jadi 70% pekerjaan tempatan kilang-kilang yang nak datang mesti ambil 70% anak tempatan, dulu 60% tapi sekarang 70% untuk beri peluang pekerjaan.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Boleh saya cadang satu perkara? Berkenaan dengan peluang tadi, saya difahamkan rakan-rakan di pusat, saya tanya kerana minat benda ni. Menteri Besar pernah jugak beri penerangan semasa sesi yang lepas, Belanjawan pada tahun lepas. Kemungkinan syarikat-syarikat hak masuk ni dia pun kemungkinan akan mintak keistimewaannya jugak seperti pengecualian cukai ataupun status-status lain seperti Green Industry, macam-macamlah yang dia akan mintak. Jadi cadangan saya begini, cadangan saya kalau boleh Kerajaan Negeri Terengganu perketatkan perkara ini, maknanya

248

Page 257: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

kita ada justifikasi dia ni mari melombong, kerat balak dan sebagainya ataupun Lembaga sendiri dengan Golden Pharos ini berpakat supaya perketatkaan perkara ni. Dia tidak boleh guna leverage yang pusat beri kepada dia mari melabur ke Malaysia ataupun ke Terengganu 10 tahun tidak payah bayar cukai, maknanya dia untung, untung dah dan cukai pun tak bayar yang setakat kita boleh ni maknanya pekerjaan, kita tidak tahu pekerjaan yang setara mana yang dijanjikan. Kalau nak kira kita tetapkan 20%, 30%, 40% itu adalah polisi yang kita boleh buat tetapi yang mustahak dari segi kehilangan hasil yang Titah Tuanku jugak sebut antara paragraph yang awal, kita tak nak negeri kita terlepas hasil yang besar. Saya tengok dari sudut ini ialah hasilnya beginilah, kalau dia bawa keluar banyak sepatutnya dia subjek kepada cukai tapi terlepas kerana kita beri dia

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Dari segi insentif-insentif ni diberikan oleh kerajaan pusat, oleh agensi-agensi tertentu jadi sebab itulah kita tahu bahawa kita telah berada di luar Lembah Klang yang menghadapi sukar untuk menarik pelabur sebab itulah kita menubuhkan ECER kerana ECER ini dia ada insentif-insentif lain yang dibuat oleh ECER untuk menarik pelabur ke Wilayah Pantai Timur ini. Dengan harapan itu Tuan Yang Dipertua, saya sekali lagi mohon

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Yang Amat Berhormat satu lagi soalan mengenai Chicken Cottage kalau boleh dapat penjelasan. Dengan izin.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Chicken Cottage ini merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di UK yang mengusahakan produk halal ayam dan asalnya dimiliki oleh satu company keluarga daripada Pakistan. Dan dulu kita Terengganu merupakan Master Franchisi untuk A&W di Terengganu dan ketika itu kita telahpun mendapat lesen untuk buka outlet kita satu, di Singapore, satu di Manila, satu di Bangkok tapi sayang seribu kali sayang semasa PAS, saya tidak tahu, A&W telah dijual. Dan sekarang ini kita mengambil alih Chicken Cottage ini setelah melihat potensi yang ada kepada syarikat ini. Dia mempunyai sebanyak 151 cawangan ataupun outlet dan di UK saja dia ada 129 dan sekarang ini ada tiga negara, tiga tempat yang sedang menunggu untuk mendapatkan Master Franchisor daripada kita iaitu Australia, India dan Bangladesh. Kita melihat bahawa China dan sebagainya juga termasuk dan kita akan membawa pulang ke Malaysia, kita akan mendaftarkan

249

Page 258: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

dengan Kementerian Dalam Negeri Dan Pengguna untuk kita sendiri pegang Master Franchisi di Malaysia ini dan potensinya cukup besar kerana makanan halal boleh masuk ke negara-negara Islam dan sebagainya sebab itu kita mengambil alih setelah kita buat due deligence dan sebagainya, kita yakin InsyaAllah, apatah lagi produk ini merupakan produk halal, 'Halalan Toyyiban' yang hendak kita perjuangkan ini sebagai satu produk negeri Terengganu yang kita beli lebih kurang RM25 juta mempunyai 70% kepentingan dan sebagai owner kepada Chicken Cottage. Kalau tuan-tuan pergi ke London dipersilakanlah makan di Chicken Cottage. Terima kasih. Dan sekali lagi Tuan Yang Dipertua

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Mohon penjelasan sikit saja lagi berkait Chicken Cottage ini. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya bertanya pada awal ucapan saya kelmarin tentang keperluan, apa keperluan kita membeli sebuah syarikat di UK ni dalam keadaan ianya tidak memberi pulangan dari segi pekerjaan kepada anak-anak Terengganu. Kita tak boleh cari kerja yang dah ada franchise di UK, orang Terengganu tidak boleh pergi kerja. Jadi sepatutnya keutamaan itu kita mencari dan membuka peluang kepada anak-anak Terengganu bekerja dalam konteks apa juga investment yang kita buat sebab ini investment di luar negara ni dekat RM30 juta dok Yang Amat Berhormat?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sebab itu saya kata tadi bisnes dia ada banyak jenis, banyak cara, banyak pendekatan. Ini yang berada di UK lepas pada ni kita akan bawa balik ke Malaysia. Di Malaysia sudah tentulah anak Malaysia, lepas tu kita akan pergi ke negara-negara lain dan setiap kali dibuka di negara-negara lain tu kita ada 30% kepentingan sebab makanan ini ia merupakan suatu perniagaan yang kata orang mempunyai potensi yang besar apatah lagi perniagaannya halalan toyyiban. Kita nak berniaga yang halal, nak bawa pergi ke luar negara dan dalam negara. Bila balik ke dalam negara sudah tentu kita mempunyai peluang pekerjaan dan sekarang inipun kita menghantar pegawai-pegawai kita untuk menguruskan di London takdok masalah. Sepatutnya kita berbangga dapat peluang ini. Kita pergi ke London, kita tengok Lady D makan di Chicken Cottage. Jadi saya tak tahulah, kita nak tengok, nak naikkan imej nama Terengganu, nak pergi ke peringkat antarabangsa, nak tunjukkan bahawa kita boleh dan buat cara yang terbaik bukan suka-suka nak buat. Macam tadilah kalau kita tersalah langkah kita pun kena,

250

Page 259: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

sepatutnya berilah sokongan, berilah semangat sikit jugak ke kita, jangan nak gomol sokmo, dokrok gok kita (tepukan daripada Ahli Dewan)

Jadi itulah Tuan Yang Dipertua, saya mengharapkan bahawa kepada Ahli-ahli Dewan berilah pandangan, nasihat, tak ada masalah. Kita mempunyai sikap yang terbuka

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Dipertua

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Dah lewat ni, minta maaflah, semula-semulalah pulak. Jadi kita harap dengan Persidangan ini kita dapat mencerna pemikiran kita dengan lebih baik kerana matlamat kita ingin melihat negeri Terengganu Maju menjelang tahun 2020, kita mempunyai pendapatan lebih baik, kita mempelbagai sumber pendapatan kita dan kita terus membangun sebagaimana negeri-negeri di Pantai Barat. Mudah-mudahan Allah merahmati kita Tuan Yang Dipertua. Dengan ini saya menyokong usul ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penggulungan dari pihak kerajaan telah selesai, alhamdulillah. Sekarang saya buka kepada undian.

Usu l i n i kemud ian d ihadapkan kepada mesyuara t dan

d iperse tu ju i d i te r ima dengan suara te rbanyak . .

USUL INI DITERIMA.

251

Page 260: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April 2014

TANGGUHAN

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang Dipertua, sebelum saya menangguhkan Persidangan ini, sukalah saya meluahkan rasa kecewa dan sedih saya apabila Yang Berhormat Yang Dipertua, meminta pengundian atas Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Tuanku, pihak pembangkang tidak angkat tanganpun menyokong. Sepatutnya kita sama-samalah memberi sokongan, kita berbahas tapi sokong tidak. Jadi suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku dan dengan Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ini ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya menangguhkan Dewan ini saya mengambil kesempatan di sini untuk menjemput semua Ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan untuk makan di Tingkat 18. Oleh kerana kita tahu bahawa di Tingkat 18, tidak mampu untuk menampung semua hadirin, kepada semua Pemerhati dijemput ke Perkarangan Dewan Undangan Negeri. Jamuan Makan Tengah Hari ini diuruskan oleh Yang Dipertua Dewan.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua Ahli Yang Berhormat sekalian selama 3 hari kita bersidang. Sama-samalah kita mendoakan agar kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. atas sifat kita yang berkeamanahan dan tunjangan silatulrahim serta mawaddah yang kuat antara kita.

Sekarang saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke satu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah sama-sama kita membaca Surah Al-'Asr. Dewan ditangguhkan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 2.32 PETANG.

252

Page 261: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

LAMPIRAN

Page 262: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGI

MESYUARAT PERTAMA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS

PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

Page 263: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.1.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. MOHD MAHDI BIN MUSA WAKIL KOTA PUTERA

SOALAN 1 : Adakah kerajaan negeri bercadang merancang untuk memajukan lagi kawasan kola mini sebagai salah satu lokasi pelancongan di Kota Putera yang boleh menjadi dampingan kepada industri pelancongan sedia ada seperti Bukit Keluang dan Pulau Perhentian?

JAWAPAN : Buat masa kini Kerajaan Negeri memfokuskan kepada memperkasakan produk pelancongan seperti Tasik Kenyir, Bandaraya Kuala Terengganu, pulau dan pantai dan produk-produk pelancongan lain.

Kolam Ikan di Kampung Keluang, Besut dibangunkan bagi tujuan pembenihan dan asuhan ikan marin untuk dibekalkan kepada penternak dan ianya tertakluk kepada kawalan biosekuriti yang ketat untuk mengelakkan benih ikan terdedah kepada penyakit dan jangkitan. Buat masa kini kerajaan tidak bercadang untuk menjadikannya sebagai lokasi pelancongan untuk mengelak dari dicemari atau terdedah kepada penyakit yang mungkin dibawa masuk oleh pelancong.

SOALAN 2 : Dalam pelaksanaan Satu Kampung Satu Produk ini, berapakah bilangan produk (kampung) di bawah bantuan kerajaan negeri yang berjaya sepanjang tahun 2014 dan sehingga sekarang?

JAWAPAN : Sejak tahun 2006, terdapat enam (6) kategori produk SDSI mengikut kluster yang telah memenangi anugerah pada Pertandingan Produk SDSI sempena Showcase SDSI Peringkat Nasional iaitu:-

TAHUN PENCAPAIAN SYARIKAT/USAHAWAN

2006 Johan Kategori Pavilion Terbaik Johan Kategori Kraftangan - Ukiran Kayu Johan Kategori Tekstil - Songket

Warisan Seni Ukir Kayu Atikah Songket

Page 264: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

2007 Johan Kategori Tekstil - Songket Tempat Ketiga Kategori Kraftangan -Ukiran Kayu

Zaidah Songket Tunjang Bakawali Sdn. Bhd.

2008 Johan Kategori Pavilion Terbaik Negeri 2009 Johan Ketegori Tekstil Atikah Songket 2010 Naib Johan Keseluruhan Negeri

Johan Kategori Tekstil - Songket Naib Johan Kategori Minuman - Roselle Tempat Ketiga Kategori Kraftangan -Ukiran Kayu

Bibah Songket A..I. Agro marketing Tunjang Bakawali Sdn. Bhd.

2011 Naib Johan Keseluruhan Negeri Johan Kategori Minuman - Roselle Johan Kategori Kraftangan - Produk Berasaskan Kulit Kambing (Terengganu Leather)

A.I. Agro Marketing Cosmopal Sdn. Bhd.

2012 Johan Kategori Minuman - Sparkling Tropicana Fruit Juice (S-sotic) Tempat Kedua Kategori Tekstil - Songket Tempat Ketiga Kategori Hasil Rimba Kayuan - Ukiran Kayu

Madura Industries Sdn. Bhd. Bibah Songket Pakatan Jurukir Sdn. Bhd.

2013 Tempat Kedia Kategori Tekstil (Batik) Usahawan Harapan - Kategori Makanan

Desa Murni Batik Sdn. Bhd. Ziq Bakery & Cakes Sdn. Bhd.

SOALAN 3 : Berapakah peruntukan dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri sepanjang program "Satu Kampung Satu Produk" dan berapakah pendapatan/hasil yang telah dapat disumbangkan kepada rakyat?

JAWAPAN : 1. Peruntukan dan bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri sepanjang program ""Satu Kampung Satu Produk" adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

Bagi tahun 2012, pendapatan/hasil penyertaan pameran dan showcase yang diadakan berjumlah RM386,850.00 manakala bagi tahun 2013, berjumlah RM553,580.00 sahaja.

TAHUN PENYALURAN DANA YANG

TAHUN PERUNTUKAN DISUMBANGKAN KEPADA

Page 265: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

(RM) EKSPO SDSI

RAKYAT MELALUI PROGRAM DAN AKTIVITI SERTA BANTUAN SECARA

LANGSUNG(RM) 2006 340,000.00 339,000.00 2007 355,000.00 353,000.00 2008 385,000.00 384,000.00 2009 370,000.00 369,000.00 2010 330,000.00 329,000.00 2011 353,000.00 351,000.00 2012 291,000.00 287,000.00 2013 350,000.00 345,000.00

JUMLAH (RM)

JUMLAH (RM)

2,774,000.00 2,757,000.00 JUMLAH

(RM)

SOALAN 4 : Apakah program-program peningkatan dan pembangunan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dalam meningkatkan lagi industri Satu Kampung Satu Produk ini?

JAWAPAN : Antara program-program peningkatan dan pembangunan yang telah dan akan dibuat oleh kerajaan negeri adalah sebagaimana berikut:-

1. Peringkat permulaan adalah berkongsepkan pembangunan produk / perkhidmatan yang beridentitikan satu daerah mengikut sektor terpilih di peringkat daerah tersebut.

2. Pihak YPU telah mengambil inisiatif bagi melaksanakan program dan aktiviti SDSI sepertimana berikut:

i. Penambahbaikan pelaksanaan pelan pemasaran dan promosi.

ii. Melaporkan prestasi program pembangunan keusahawanan dan program pemasaran & promosi peringkat negeri dan pusat.

iii. Mengadakan ekspo dan showcase di peringkat negeri, zon, nasional dan juga antarabangsa.

Page 266: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

SOALAN 5 : Apakah pelaksanaan yang telah dibuat oleh kerajaan dalam peningkatan program dan pelaksanaan Inovasi Sains dan Teknologi di Negeri Terengganu sepanjang tempoh 5 tahun ini?

Bagi peningkatan program dan pelaksanaan Inovasi dan Teknologi di Negeri Terengganu sepanjang tempoh 5 tahun ini, Kerajaan Negeri melalui Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dan agensi-agensi yang berkaitan telah melaksanakan pelbagai program/aktiviti. Pelaksanaan ini adalah berteraskan peningkatan kesedaran, penghayatan dan pengaplikasian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kehidupan masyarakat di samping memastikan dasar dan maklumat kerajaan dapat disalurkan dengan cepat dan tepat.

Sepanjang tempoh lima (5) tahun ini, sebanyak 110 program telah berjaya dilaksanakan mengikut lima (5) kategori iaitu antarabangsa, kebangsaan, negeri, komuniti dan sekolah.

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.2

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT WAKIL WAKAF MEMPELAM

SOALAN 1 : Sila nyatakan jumlah pelancong dalam negeri (domestic tourist) dan pelancong luar negara yang telah datang ke negeri ini sepanjang tahun 2012 dan 2013?

Page 267: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

JAWAPAN : 1. Bagi tahun 2012, seramai 3,376,275 orang pelancong telah direkodkan berkunjung ke Negeri Terengganu. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,768,876 orang pengunjung adalah pelancong tempatan sementara seramai 607,399 orang pengunjung adalah pelancong daripada luar negara.

2. Bagi tahun 2013, seramai 4,037,130 orang pelancong telah direkodkan berkunjung ke Negeri Terengganu. Daripada jumlah tersebut, seramai 3,229,704 orang pengunjung adalah pelancong tempatan sementara seramai 807,426 orang pengunjung adalah pelancong daripada luar negara.

SOALAN 2 : Sila nyatakan jumlah kuantiti eksport kayu gergaji dari negeri ini dan nilai harga eksport tersebut pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013?

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Page 268: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

SOALAN 3 : Sila senaraikan jumlah keluasan dan lokasi terlibat dalam "Skim Sawmill" kepada penguasa kilang papan di negeri ini mengikut pecahan daerah.

DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.3

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH

Page 269: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Y.B. DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG WAKIL RHU RENDANG

SOALAN 1 : Sejauh manakah pelaksanaan perancangan "Menuju Marang Maju 2015" dari segi projek-projek yang telah dilaksanakan, pihak-pihak yang terbabit dalam perancangan tersebut dan anggaran kos yang terlibat dalam pelaksanaannya?

JAWAPAN : "Menuju Marang Maju 2015" merupakan satu visi kearah menjadikan Marang sebuah daerah yang maju menjelang tahun 2015. Walau bagaimanapun pelaksanaan dari segi pembangunan fizikal seperti penyediaan kemudahan asas, perumahan, perkedaian dan sebagainya adalah tertakluk kepada Rancangan Tempatan Daerah Marang 2008 - 2020 yang telah diwartakan di bawah Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 133).

Walaupun Majlis Daerah Marang berperanan menetapkan perancangan pembangunan, gunatanah, namun pelaksanaannya adalah bergantung kepada peruntukan dari agensi-agensi pelaksana yang berkaitan.

Berdasarkan semakan, peratus pelaksanaan projek pembangunan fizikal di bawah Rancangan Tempatan Daerah Marang 2008 - 2020 sehingga Mac 2014 adalah sebanyak 36%.

SOALAN 2 : Bilakah projek pembangunan PPD Marang akan dimulakan dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan ianya tertangguh.

JAWAPAN DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Page 270: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.4

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI WAKIL BATU BUROK

SOALAN 1 : Apakah bentuk program budaya yang di atur oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi budaya dan tradisi Negeri Terengganu?

JAWAPAN : Dalam usaha memelihara dan memulihara kebudayaan Kerajaan Negeri telah mengatur program-program berkonsep kebudayaan sepanjang tahun yang telah dimasukkan di dalam kalendar aktiviti pelancongan sebagaimana berikut :-

Page 271: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

i. Pekan budaya di setiap daerah

ii. Citrawarna Terengganu

iii. Promosi Kraf

iv. Pesta Pantai Terengganu 2014

v. Festival Makanan Tradisional Pantai Timur

vi. Himpunan Seni Terengganu

vii. Pertandingan Permainan Tradisional

viii. Temasya Pantai Timur

ix. Pertandingan Pelita Raya

x. Festival Peranakan Terengganu

xi. Festival Batik, Songket dan Kraf Terengganu 2014

Kerajaan Negeri juga sentiasa menyelitkan program-program dan aktiviti kebudayaan di dalam semua acara-acara pelancongan yang dianjurkan.

SOALAN 2 Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah penagihan dadah di kalangan remaja di Negeri Terengganu?

JAWAPAN DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 3 Apakah bentuk kerjasama ekonomi antara Petronas dan Kerajaan Terengganu dan berapakah jumlah pelaburan dalam sektor Petrolium dan Gas kepada Negeri Terengganu setakat ini?

JAWAPAN DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Page 272: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13,14 DAN 15 APRIL 2014

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.5

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT WAKIL PAKA

SOALAN 1

JAWAPAN

Sehingga kini apakah tindakan dan perjalanan yang telah diambil oleh kerajaan kearah pelaksanaan Enakmen Hudud & Qisas Terengganu?

DITOLAK Menurut Perkara 26(3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 2 Berapakah keluasan sebenar projek tanaman Herba di Durian Mentangau dan Pasir Raja, Dungun? Apakah status terkini projek tersebut? Apakah usaha kerajaan untuk melibatkan rakyat Terengganu meraih manfaat selain tenaga buruh?

JAWAPAN : Projek tersebut dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Pendekatan pembangunan berkelompok telah digunapakai dan daerah Dungun, Terengganu telah dikenal pasti sebagai kawasan pembangunan Kluster Herba dan Bioteknologi di ECER.

Page 273: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Kawasan seluas 406 hektar di Pasir Raja, daerah Dungun, Terengganu telah dikenalpasti bagi pembangunan Taman Herba dan Bioteknologi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kerja-kerja pembinaan Fasa 1 bagi Taman Herba ini telah siap sepenuhnya. Syarikat induk bagi menjalankan operasi secara komersial dijangka akan dilantik pada April 2014 dan bakal membuka 160 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menjelang 2020 dalam bidang profesional, teknikal, penyelia dan pekerja ladang. Di samping itu, projek ini juga mampu memberi peluang-peluang keusahawanan dalam bidang perladangan herba sama ada sebagai pengusaha kontrak atau pengusaha ladang satelit untuk rakyat di sekitar daerah Dungun, yang akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat induk. Seramai 15 pengusaha kontrak dan 35 pengusaha ladang satelit dijangka akan dapat menerima manafaat melalui inisiatif ini.

Berdasarkan pendekatan yang sama, pembangunan Taman Herba dan Bioteknologi seluas 128 hektar di Durian Mentangau akan dibangunkan melalui inisiatif swasta.

SOALAN 3 : Sila maklumkan angka kes bunuh dan bunuh diri di Terengganu menurut pecahan daerah. Apakah puncanya? Apakah langkah yang diambil untuk membendungnya?

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Page 274: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

SOALAN 4 Sila maklumkan status kemalangan maut yang melibatkan industri minyak dan gas di Terengganu? Sejauhmana pembelaan pihak kerajaan negeri bagi membantu mangsa kemalangan atau keluarga yang terlibat. Apakah tindakan kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat ini?

JAWAPAN DITOLAK Menurut Perkara 26(4) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 5 Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat Terengganu dalam menghadapi percukaian GST?

JAWAPAN DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

Page 275: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.6

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK WAKIL BUKIT TUNGGAL

SOALAN 1 : Sila nyatakan bilangan stesen minyak (petrol pump) yang menyediakan kemudahan bekalan gas asli untuk kegunaan NGV (Natural Gas Vehicle) mengikut daerah?

JAWAPAN : Terdapat dua stesen minyak jenama PETRONAS yang menyediakan kemudahan bekalan gas asli di Negeri Terengganu seperti berikut :-

BIL DAERAH NAMA STESEN

ALAMAT STESEN

1. Kuala Terengganu

NRNM Fuel & Gas Station

Lot 2261. Kg. Tok Jiring, Jalan Kelantan, 21060 Kuala Terengganu

2. Kemaman Bukit Kuang Filling Station

Lot PT 5010, Kampung Bukit Kuang, 24000 Kemaman.

SOALAN 2 : Jelaskan perincian perbelanjaan membaikpulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dilaporkan sebanyak RM100 juta.

JAWAPAN : Perincian Anggaran Perbelanjaan Membaikpulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dilaporkan sebanyak RM100 juta adalah sebagaimana berikut :-

Page 276: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

i. Membaiki Struktur dan lain-lain - RM18 juta kelengkapan

ii. Membaiki Sistem Elektrik - RM20 juta

iii. Membaiki Sistem Mekanikal - RM14 juta

iv. Membina Semula Bumbung - RM48 Juta Baru

SOALAN 3 : Senaraikan jumlah graduan yang menerima ijazah mereka dari universiti tempatan dan luar negara mengikut pecahan kawasan Dewan Undangan Negeri dari tahun 2008 hingga 2013.

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.7.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. MOHD NOR BIN HAMZAH WAKIL BUKIT PAYONG

SOALAN 1 : Senarai sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan zakat dan jumlah yang diperolehi pada tahun 2013. Apakah

Page 277: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

syarat-syarat yang ditetapkan terhadap mana-mana sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu?

Berdasarkan maklumat daripada MAIDAM, tiada sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan MAIDAM sehingga kini.

Walau bagaimanapun, terdapat kategori sekolah pondok/madrasah dan sekolah agama swasta yang menerima bantuan zakat daripada MAIDAM. Senarai sekolah-sekolah tersebut dan jumlah bantuan zakat yang diperolehi pada tahun 2013 adalah sebagaimana Lampiran A.

*Nota: Definisi Variable Sekolah Agama yang dikeluarkan oleh JAKIM:

1. Sekolah Agama Rakyat

Sekolah rendah atau menengah yang didirikan dengan daya usaha rakyat dan dikelola oleh lembaga sekolah, menjalankan kurikulum kebangsaan dan kurikulum KAFA / Negeri dan mendapat peruntukan kewangan dari rakyat dan bantuan diberikan oleh Kerajaan Negeri.

JAWAPAN : 1.

2.

2. Sekolah Pondok / Madrasah

Sekolah yang menjalankan pengajian agama secara terbuka kepada orang awam tanpa mengira peringkat umur. Sekolah ini menjalankan pengajian secara tidak formal (bukan sepenuh masa / selepas waktu persekolahan) dan formal (pagi hingga petang).

3. Sekolah Agama Swasta

Sekolah Agama yang didirikan dan ditadbir urus oleh individu, persatuan, organisasi, syarikat korporat pertubuhan politik dan ianya tidak ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar adalah di bawah lingkungan 7 hingga 12 tahun sahaja. Menjalankan kurikulum kebangsaan dan Jabatan Agama Negeri / KAFA. Peruntukan kewangan, guru dan bantuan infrastruktur dibiayai oleh badan yang menubuhkan sekolah tersebut.

Page 278: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

SOALAN 2

JAWAPAN

Berapa buah universiti di bawah pengendalian kerajaan TERENGGANU yang telah dibina dan akan dibina bermula tahun 2008 sehingga 2015.

Terdapat satu buah universiti di bawah pengendalian Kerajaan Terengganu yang telah dibina iaitu Kolej Universiti TATI (TATiUC).

SOALAN 3 Berapakah kos yang dibelanjakan bagi mewujudkan perkampungan gajah di Tasik Kenyir dan apakah perbezaannya dengan santuari gajah?

JAWAPAN 1) Kos keseluruhan bagi pembangunan perkampungan gajah adalah berjumlah RM14,853,334.52

2) Perbezaannya ialah dari segi konsep pengurusan dimana perkampungan gajah adalah menjurus kepada ekopelancongan dan pendidikan manakala santuari gajah lebih menjurus kepada melindungi dan melakukan penyelidikan gajah di habitat asalnya.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Pembangunan Kenyir Elephant Village (KEV)

Ringkasan projek

1) Nama Projek

2) Tempoh Kontrak

3) Kontraktor

4) Keluasan Kawasan

Cadangan Pembangunan Eko-Pelancongan Santuari Gajah di Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

05 April 2012 sehingga 04 April 2013

- EOT1 : 01 Oktober 2013 - EOT 2 : 31 Disember

2013 - EOT 3 : 29 Jun 2014

I-Setia Sdn. Bhd.

Keseluruhan : 256 hektar Keluasan kawasan berpagar : 80 ekar (menangkumi infrastruktur)

Page 279: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

5) Kos Projek

• Asal • Perubahan Kerja

JUMLAH

RM11,650,000.00 RM3,203,334.52 Rm14,853,334.52

6) Kapasiti/keperluan gajah

• Boleh menempatkan 30 ekor gajah Pihak Jabatan PERHILITAN telah menghantar 8 ekos gajah jinak terlatih ke KEV.

7) Penjaga gajah/mahut

• Telah melantik 12 kakitangan (kontrak) iaitu terdiri daripada belia tempatan daerah Hulu Terengganu yang telah dilatih oleh pihak Jabatan PERHILITAN.

8) Komponen bangunan

• 30 buah kurungan bangsal gajah • Klinik gajah yang lengkap dengan kemudahan

perubatan gajah • Rumah penginapan pekerja • Bangunan pentadbiran • Lain-lain kemudahan asas

9) Konsep pengurusan akan dilaksanakan secara penswastaan di bawah pemantauan pihak Kerajaan Negeri dan khidmat nasihat pihak jabatan PERHILITAN.

10) Pada tahun 2009, pihak Jabatan PERHILITAN telah membina Santuari Gajah Sg. Ketiar, Hulu Terengganu melibatkan kos pembinaan RM1.2 juta di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan PERHILITAN.

11) Namun, pentadbiran Santuari Gajah Sg. Ketiar telah dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Sg. Deka, Hulu Terengganu pada Disember 2013. Pembangunan ini adalah di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dengan kos peruntukan

Page 280: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

sebanyak RM14 juta.

12) Pengeoperasian Pusat Konservasi Gajah Sg. Deka ini lebih tertumpu kepada merawat dan melindungi gajah cedera dan anak-anak gajah yang ditinggalkan kumpulannya.

SOALAN 4 Apakah kedudukan hasil petroleum di kawasan Bertam yang menjadi pertindihan hak antara Terengganu dan Pahang? Sila nyatakan berapakah hasil yang dianggar diperolehi daripada kawasan tersebut setahun.

JAWAPAN DITOLAK menurut perkara 26 (6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 5 Adakah Kerajaan Terengganu bersedia untuk membuat persempadanan semula pilihanraya dan apakah pendirian Kerajaan Terengganu untuk mempastikan kawasan parlimen bertambah?

JAWAPAN DITOLAK menurut perkara 26 (6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Page 281: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

LAMPIRAN (BIL.5.1.7)

BIL. NAMA SEKOLAH JUMLAH (RM)

1. Madrasah Tahfiz Al-Quran Dan Darul Ulum, Paka. 28,500.00

2. Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman. 121,500.00

3. Pondok Taqwa Binjai, Kemaman. 10,500.00

4. Madrasah Dar Al-Ansar Litahfizil Quran 19,500.00

5. Madrasah Darul Bayan Dungun. 48,000.00

6. Madrasah Ad-Diniah Pondok Langkap Baru. 63,000.00

7. Madrasah Mazahirul Ulum Marang. 52,500.00

8. Madrasatul Quran Pinang Baru Bukit Besi. 69,000.00

9. Sekolah Menengah Islam Darul Bayan. 81,000.00

10. Pondok Sirotol Mustaqim, Kemaman. 37,500.00

11. Madrasatul Bukit Kenak, Jertih. 30,000.00

12. Pondok Ibtidai, Kuala Terengganu. 37,500.00

13. Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Serada. 15,000.00

14. Madrasah Tahfiz Quran Durian Mas, Dungun. 18,000.00

15. Madrasah Darul Ikhwan Wakaf Tapai, Marang. 15,000.00

16. Pusat Pengajian Islam Al-Faruqi Bukit Kecil. 19,500.00

17. Pondok Darussalam Kuala Ibai. 60,000.00

18. Pondok Taqwa Padang Luas Jerteh, Besut. 28,500.00

19. Maahad Taalim Watarbiyyah. 46,500.00

20. Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman. 75,000.00

JUMLAH: 876,000.00

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI TIGA BELAS PADA 13,14 DAN 15 APRIL 2014

Page 282: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.8

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR WAKIL LADANG

SOALAN 1 : Berapakah elaun/imbuhan yang diterima oleh pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah TDM Bhd. setiap tahun mulai 2009 hingga sekarang. Sila senaraikan.

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26 (3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 2 : Berapakah kos Pelaburan projek Ladang Kelapa Sawit di Indonesia Oleh TDM Bhd. Bagaimana prestasi untung/rugi pelaburan ini sehingga sekarang.

JAWAPAN DITOLAK Menurut Perkara 26 (3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 3 Apakah status pembangunan Pulau Burung dan Pulau Rama-Rama di Tasik Kenyir. Berapakah kos terlibat dan setakat ini berapakah yang sudah dibelanja.

JAWAPAN 1. Pembangunan Taman Burung Tasik Kenyir telah siap sepenuhnya pada tahun 2012 dan kos keseluruhan adalah RM 8,641,070.00

2. Pembangunan Taman Rama-rama Tasik Kenyir adalah diperingkat akhir pembinaan dengan kemajuan kerja di tapak sebanyak 98%. Kos keseluruhan projek adalah RM13,865,033.00 dan telah dibelanjakan sebanyak RM11,259,328.00

SOALAN 4 Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk

Page 283: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

menyusun/membangun semula Pekan Kerteh sesuai dengan perkembangan pembangunan sekarang ini.

JAWAPAN : Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah sediakan Rancangan Tempatan Daerah Kemaman (Pengubahan 2011-2020) untuk menyelaraskan pembangunan yang lebih pesat di Pekan Kerteh / Kemaman.

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13,14 DAN 15 APRIL 2014

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.9

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI HANAFIAH BIN MAT WAKIL CUKAI

SOALAN 1 Berapakah jumlah pelaburan asing yang diterima oleh kerajaan negeri Terengganu dari Januari 2008 sehingga Disember 2013.

Page 284: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

JAWAPAN

SOALAN 2

JAWAPAN

SOALAN 3

JAWAPAN

SOALAN 4

JAWAPAN

SOALAN 5

Jumlah pelaburan asing yang diterima oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari Januari 2008 sehingga 2013 adalah:

Tahun Jumlah pelaburan asing (RM) 2008 355,482,997 2009 301,820,338 2010 217,000,000 2011 1,086,000,000 2012 2,254,880,000 2013 64,202,980

Senaraikan jumlah ibu tunggal dan anak yatim mengikut pecahan daerah yang berdaftar diseluruh Negeri Terengganu sehingga Disember 2013.

DITOLAK Menurut Perkara 26(4) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Berapakah jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri Terengganu pada musim tengkujuh baru-baru ini dan berapakah peruntukan yang telah di keluarkan untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir tersebut oleh pihak kerajaan negeri.

DITOLAK Menurut Perkara 26(3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Berapakah jumlah doktor pakar di Negeri Terengganu sehingga kini dan berapa ramaikah jumlah tenaga pakar rakyat Terengganu yang berada di Luar Negara sehingga kini.

DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Nyatakan, berapakah pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut di seluruh Terengganu yang diberi lesen

Page 285: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

oleh kerajaan sehingga Mac 2014

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(4) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.10

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI RIDZUAN BIN HASHIM WAKIL TELOK PASU

SOALAN 1

JAWAPAN

SOALAN 2

Sila nyatakan berapakah jumlah penerima bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu mengikut daerah dan kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Jumlah penerima bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu mengikut daerah dan kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri Terengganu dari tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013 adalah sebagaimana di iampiran.

Berapakah jumlah permohonan yang memohon memiliki Rumah Mampu Milik di Kampung Banggol Tuan Muda dan berapakah jumlah penduduk setempat dan sekitarnya yang berjaya dalam permohonan tersebut.

JAWAPAN DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(a) Peraturan-Peraturan dan

Page 286: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Peri ntah-Peri nta h Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Page 287: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

LAMPIRAN (BIL.5.1.10)

JUMLAH PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN DARIPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MENGIKUT DAERAH DAN KAWASAN DEWAN UNDANGAN (DUN) TERENGGANU

TAHUN 2010, 2011, 2012 DAN 2013

DEWAN UNDANGAN

NEGERI

2010 2011 2012 2013

DAERAH

DEWAN UNDANGAN

NEGERI Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

Bantuan Am Negeri

Bantuan Persekutuan

Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

Air Puteh 420 430 458 287 369 398 342 505

Chukai 444 396 452 433 457 473 430 469 KEMAMAN Kemasik 355 276 370 312 354 408 267 285

Kijal 241 354 252 306 287 274 337 420

JUMLAH 1,460 1,456 1,532 1,338 1,467 1,553 1,376 1,679

Sura 510 547 610 450 656 505 617 436

Rantau Abang 682 435 750 475 783 492 721 466 DUNGUN Paka 532 462 572 525 630 566 550 510

Bukit Besi 420 513 540 435 640 453 551 391

JUMLAH 2,144 1,957 2,472 1,885 2,709 2,016 2,439 1,803

P/Berangan 707 712 1,122 794 1,186 905 1,211 1,101

Rhu Rendang 523 534 841 597 1,030 782 1058 837 MARANG Bukit Payong 176 180 282 194 343 336 346 324

Alor Limbat 349 355 561 384 499 271 509 333

JUMLAH 1,755 1,781 2,806 1,969 3,058 2,294 3,124 2,595

Page 288: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

NJ 00 O

DAERAH DEWAN UNDANGAN

NEGERI

2010 2011 2012 2013

DAERAH DEWAN UNDANGAN

NEGERI

Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

KUALA

TERENGGANU

Ladang 470 445 478 320 534 345 426 334

KUALA

TERENGGANU

Bandar 455 303 292 285 302 284 402 317

KUALA

TERENGGANU

Batu Buruk 764 697 546 690 689 583 656 726

KUALA

TERENGGANU

Wakaf Mempelam 826 657 701 587 748 600 706 643

KUALA

TERENGGANU Tepoh 720 473 799 525 887 583 719 548

KUALA

TERENGGANU Teluk Pasu 488 453 518 350 530 381 661 352

KUALA

TERENGGANU

Bukit Tunggal 465 283 460 282 458 285 456 301

KUALA

TERENGGANU

Seberang Takir 410 286 344 260 357 263 337 296

KUALA

TERENGGANU

Manir 422 272 372 270 370 279 366 276

KUALA

TERENGGANU

Batu Rakit 574 340 415 302 405 299 398 297

KUALA

TERENGGANU

Alor Limbat 220 354 210 270 230 281 285 478

KUALA

TERENGGANU

Bukit Payong 374 305 410 228 458 264 335 321

JUMLAH 8,198 4,868 7,556 4,369 7,980 4,447 7,760 4,889

HULU TERENGGANU

Kuala Berang 255 246 275 311 250 314 246 320

HULU TERENGGANU

Telemong 690 344 726 420 710 418 680 450 HULU TERENGGANU

Ajil 447 259 467 325 440 350 412 370

JUMLAH 1,392 849 1,468 1,056 1,400 1,082 1,338 1,140

Page 289: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

NJ 00

DAERAH DEWAN UNDANGAN

NEGERI

2010 2011 2012 2013

DAERAH DEWAN UNDANGAN

NEGERI

Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

Bantuan Am

Negeri

Bantuan Persekutuan

SETIU Langkap 320 270 438 281 560 309 341 343

SETIU Permaisuri 580 482 550 363 668 442 831 608

JUMLAH 900 752 988 644 1,228 751 1,172 951

BESUT

Kota Putera 752 363 713 394 708 523 593 731

BESUT Jerteh 594 316 482 264 579 465 539 569

BESUT Kuala Besut 679 345 645 373 646 489 426 557

BESUT

Hulu Besut 445 337 509 375 477 308 277 517

BESUT

Jabi 499 345 590 416 506 485 486 -

JUMLAH 2,969 1,706 2,939 1,822 2,916 2,270 2,321 2,374

JUMLAH KESELURUHAN 18,818 13,369 19,761 13,083 20,758 14,413 19,530 15,431

JUMLAH PENERIMA

BANTUAN AM DAN BANTUAN

PERSEKUTUAN

32,187 32,844 35,171 34,961

Page 290: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.11

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM WAKIL TEPOH

SOALAN 1 : Berapa banyakkah peluang pekerjaan yang telah dihasilkan melalui usaha ECERDC mengikut bidang-bidang yang dipelopori seperti pembuatan, pendidikan, minyak dan gas, perikanan/pertanian dan perdagangan?

JAWAPAN : Peluang pekerjaan yang telah dihasilkan melalui usaha Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mengikut bidang-bidang yang dipelopori seperti pembuatan, pendidikan, minyak dan gas, perikanan/pertanian dan perdagangan di Terengganu dari tahun 2007 sehingga Mac 2014 menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah berjumlah 17,825.

PELUANG PEKERJAAN (DILULUSKAN) 2007 - MAC 2014 DI TERENGGANU

TAHUN PEM­BUATAN

PENDIDI­KAN

& KEMAHIRAN

MINYAK &

GAS

PERIKANAN/ PERTANIAN

KEUSAHAWA -NAN

PELANCO-NGAN

JUMLAH

2007 1,933 - - - - - 1,933

2008 472 - - - - -- 472

2009 491 8 - - - 34 533

2010 946 41 - - - 213 1,200

282

Page 291: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

2011 9,666 - 2,095 - - 199 11,960

2012 806 51 - 11 40 - 908

2013 110 - - 115 256 168 649

2014 (MAC)

75 - - - 67 28 170

JUMLAH 14,499 100 2,095 126 363 642 17,825

SOALAN 2 : Pohon dinyatakan jumlah penyertaan rakyat Terengganu mengikut pecahan daerah dalam penganjuran Program Pasca Perkahwinan "2nd

Honeymoon-Smart Start" oleh pihak Kerajaan Negeri dan berapakah implikasi kewangan yang telah digunakan?

JAWAPAN : 1. Seramai 391 orang peserta seluruh Negeri Terengganu telah dipilih mengikuti program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon - Smart Start bermula pada tahun 2009 hingga 2013.

2. Peserta yang mengikuti program ini terdiri daripada :-

a. 60% peserta adalah pencalonan daripada Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (melalui Sulh), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (Terengganu) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

b. 40% peserta adalah dari kalangan penjawat awam dan pesara kerajaan.

c. Pemilihan peserta tidak dikhususkan bagi setiap daerah.

283

Page 292: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

3. Sebanyak 15 program telah dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.

4. Sebanyak RM528,078.40 telah dibelanjakan bagi melaksanakan program tersebut.

SENARAI PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN MULAI TAHUN 2009 SEHINGGA TAHUN 2013

BIL TAHUN TARIKH TEMPAT BIL

PESERTA (PASANGAN)

KOS (RM)

1. 2009 9 hingga 11 Ogos 2009

Kapas Island Resort, Marang

15 17,360.00

2. 5 hingga 7 Feb 2010

Coral View Resort, Pulau Perhentian

23 23,000.00

3. 2010

1 hingga 3 April 2010

Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet

23 22,600.00

4. 10 hingga 12 Mei 2010

Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet

25 26,572.00

5. 8 hingga 10 Julai 2010

Kenyir Lake Resort & Spa, Hulu Terengganu

20 16,430.00

6. 2011 24 hingga 26 Okt 2011

One Hotel Helang, Langkawi

40 26,078.75

284

Page 293: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

7. 22 hingga Hotel Seri Costa, 24 17,986.00 24 Mac Melaka 2012

8. 26 27,144.00 26 hingga Arwana Perhentian 28 April Eco Resort & Beach

2012 2012 Chalet

9. 21 hingga One Hotel Helang, 29 25,530.00 23 Jun 2012 Langkawi

10. 20 hingga Grand Blueware 24 21,922.40 22 Sept Hotel, Johor Bharu 2012

11. 27 hingga One Hotel Helang, 30 25,592.00 29 Nov Langkawi 2012

12. 3 hingga 5 Lanjut Golden Beach 24 15,205.00 Dis 2012 & Golf Resort, Kuala

Rompin

13. 27 hingga Coral Bay Resort, 25 18,551.00 29 Jun 2013 Pulau Pangkor,

Perak

2013 29 Sept One Hotel Helang, 35 25,682.65 14. hingga 1 Langkawi

Okt 2013 15. 10 hingga Heritage Hotel, 28 21,124.00

12 Okt 2013 Cameron Highlands

JUMLAH KESELURUHAN PESERTA 391 528,078.40

285

Page 294: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

Apakah kedudukan Negeri Terengganu dalam kedudukan paras kemiskinan antara negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2013 ? Serta perbandingannya bagi tahun 2012 dan 2011 ?

Negeri Terengganu berada dalam kedudukan keempat paras kemiskinan antara negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2013 dengan jumlah KIR sebanyak 10,752 keluarga.

Terdapat peningkatan yang ketara paras kemiskinan bagi tahun 2013 berbanding paras kemiskinan tahun 2012 (6,866 KIR) dan 2011 (6,856 KIR). Ini disebabkan oleh peingkatan paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Tahun 2012 yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2013. Perubahan PGK adalah sebagaimana jadual berikut :-

PGK (MISKIN)

Tahun 2009 Tahun 2012

Isi Rumah Per Kapita Isi Rumah Per Kapita

Sem. Malaysia 760 190 830 210

Bandar 770 200 840 220

Luar Bandar 740 170 790 190

286

SOALAN 3

JAWAPAN

Page 295: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2013

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.12.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK WAKIL SURA

SOALAN 1

JAWAPAN

Sila nyatakan bilangan pasar borong yang terdapat di setiap daerah di Negeri Terengganu?

Terdapat lima (5) pasar borong di seluruh Negeri Terengganu. Butiran adalah seperti berikut:-

BIL DAERAH PASAR BORONG 1. Kuala Terengganu Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu

2. Besut Pasar Borong Kuala Besut, Kampung Lampu, Besut

2. Besut Pasar Jertih (Aktiviti pemborong berlaku pada waktu pagi)

3. Dungun Pasar Besar Dungun (Aktiviti pemborong berlaku pada waktu pagi)

4. Kemaman Pasar Borong Dusun Nyior, Chukai

SOALAN 2

JAWAPAN

Mohon dinyatakan jumlah keluasan tanah sawah terbiar mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri, sebab-sebab tanah tersebut tidak dapat diusahakan dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memulihkannya semula?

DITOLAK menurut perkara 26 (4A)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

287

Page 296: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2014

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.13.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI HILMI BIN HARUN WAKIL MANIR

SOALAN 1

JAWAPAN

Berapakah keluasan tanah milikan sementara 'TOL' yang telah diberikan kepada agensi-agensi pertanian oleh kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda dan lain-lain untuk dimajukan.

DITOLAK menurut perkara 26 (4A)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 2

JAWAPAN

Sila nyatakan jumlah dan keluasan padang ragut yang diserahkan kepada pihak swasta untuk dimajukan dan jelaskan status kemajuan sehingga 2013?

Sejumlah 12 padang ragut telah diserahkan kepada pihak swasta untuk dimajukan. Keluasan kawasan yang diserahkan kepada pihak swasta untuk dimajukan ialah 494.96 hektar. Daripada bilangan berkenaan, sebanyak tujuh buah padang ragut sedang diusahakan manakala lima lagi padang ragut masih dalam pelaksanaan kerja-kerja fizikal.

SOALAN 3

JAWAPAN

Senaraikan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dan jumlah yang diimpot ke negeri Terengganu dari tahun 2008 hingga tahun 2013?

DITOLAK menurut perkara 26 (4A)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

288

Page 297: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 13, 14 DAN 15 APRIL 2013

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 5.1.14

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI ALIAS BIN HARUN WAKIL RANTAU ABANG

SOALAN 1 : a) Sila senaraikan jenis penyakit kronik yang layak menerima bantuan Tabung Pesakit Kronik.

b) Sila nyatakan jumlah bantuan yang telah dikeluarkan kepada pesakit bagi setiap kategori penyakit kronik yang disenaraikan di dalam (a).

JAWAPAN : a) Jenis penyakit kronik yang layak menerima bantuan Tabung Pesakit Kronik ialah :-

1. Buah Pinggang

2. Jantung

3. Kanser

4. Penyakit kronik lain-lain

b) Jumlah bantuan yang telah dikeluarkan kepada pesakit bagi tahun 2013 setiap kategori penyakit kronik sebagaimana jadual di bawah :-

Bil. Pecahan Penyakit Jumlah (RM)

Jumlah

Pemohon

(orang)

1. Buah Pinggang 403,600.00 270

2. Jantung 267,042.00 196

289

Page 298: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

3. Kanser 291,358.00 138

4. Lain-lain penyakit 379,360.00 548

5. Bayaran bil-bil perubatan

melalui Surat Jaminan

(GL) dan pembelian

peralatan perubatan

1,136,424.52 72

JUMLAH 2,477,784.52 1224

Pusat Perubatan yang menerima Surat Jaminan (GL) ialah

1. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian

2. Iheal Medical Centre, Kuala Lumpur

3. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

4. Institut Jantung Negara

5. Hospital Kuala Lumpur (HKL)

SOALAN 2 : a) Si la nyatakan status pembinaan projek tebatan banjir Taman Rakyat Dungun.

b) Berapakah jumlah kos tambahan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk menyiapkan projek tersebut dan bila dijangka siap sepenuhnya.

JAWAPAN : a) Status pembinaan projek tebatan banjir Taman Rakyat Dungun ialah 80% siap.

b) Kos tambahan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk menyiapkan projek tersebut ialah RM315,431.58 dan dijangka siap pada 31 Jun 2014.

290

Page 299: dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/2014m1p2d13.pdf · MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA

SOALAN 3 a) Nyatakan keluasan kebakaran hutan dan kebun mengikut kawasan dari tahun 2004 hingga 2013.

: b) Sila nyatakan jumlah pegawai bomba dan penyelamat serta jumlah kos terlibat dalam memadamkan api kebakaran tersebut.

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

291