mesyuarat kedua penggal persidangan kedua …dun.penang.gov.my/images/hansard 2019/november...diberi...

93
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS SOALAN-SOALAN LISAN DAN JAWAPAN & LAMPIRAN KEPADA JAWAPAN SOALAN LISAN 1 NOVEMBER 2019 - 8 NOVEMBER 2019 Dikeluarkan oleh Bahagian Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Upload: others

Post on 22-Oct-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

    NEGERI PULAU PINANG

    MESYUARAT KEDUA

    PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

    DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

    YANG KEEMPAT BELAS

    SOALAN-SOALAN LISAN DAN JAWAPAN

    &

    LAMPIRAN KEPADA

    JAWAPAN SOALAN LISAN

    1 NOVEMBER 2019 - 8 NOVEMBER 2019

    Dikeluarkan oleh Bahagian Dewan Undangan Negeri

    Pulau Pinang

  • 2

    PENYATA RASMI

    MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

    DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

    YANG KEEMPAT BELAS

    Kandungan Muka

    Surat

    SOALAN-SOALAN LISAN DAN JAWAPAN 3 - 93

  • 3

    SOALAN-SOALAN LISAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPAT JAWAPAN DARIPADA YAB. KETUA MENTERI

    Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    1. Adakah Cukai Pintu yang dikenakan kenaikan tarif akan membebankan rakyat Pulau Pinang?

    (a) Apakah langkah-langkah ataupun tindakan-tindakan yang akan

    diambil sekiranya rakyat tidak mampu membayar?

    YAB. Ketua Menteri:

    1. Subseksyen 137(3), Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengkehendaki penyediaan dan penyiapan Senarai Nilaian baru setiap lima (5) tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan

    sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

    Senarai Nilaian sedia ada yang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya Pulau

    Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah digunakan dan tidak disemak semula selama 14 tahun iaitu mulai 1 Januari 2005 dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2019. Kenaikan

    cukai taksiran tidak akan membebankan rakyat kerana peningkatan hasil PBT melalui cukai taksiran ini akan dapat meningkatkan kehidupan rakyat

    melalui penyediaan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur yang cekap, berkesan dan responsif

    kepada kehendak rakyat.

    (a) Langkah-langkah atau tindakan-tindakan yang akan diambil oleh PBT sekiranya rakyat tidak mampu membayar cukai taksiran ialah

    seperti berikut:

    (i) Memberikan pengurangan cukai kepada pemilik harta yang

    tidak mampu membayar cukai taksiran. Pengurangan cukai akan diberikan mengikut keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Cukai Jawatankuasan akan

    memutuskan keputusan dalam Mesyuarat Rayuan Cukai bagi membolehkan pemilik harta yang membuat rayuan diberi

    peluang untuk menghadirkan diri di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada rayuannya; dan

    (ii) Menyediakan Klinik Tunggakan Cukai bagi membantu pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran

    menjelaskan cukai taksiran secara ansuran.

  • 4

    Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    2. Sila nyatakan jumlah peruntukan penyelenggaraan perumahan oleh Kerajaan Negeri kepada skim perumahan awam dan perumahan swasta

    yang layak.

    YAB. Ketua Menteri:

    2. Kerajaan Negeri yang sentiasa mementingkan kesejahteraan hidup

    rakyat Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM232 juta sejak dari tahun 2008 sehingga September 2019 bagi menyelenggara

    kesemua skim perumahan awam, perumahan pihak berkuasa tempatan dan perumahan swasta yang layak. Pecahan bagi maksud peruntukan tersebut mengikut skim perumahan adalah seperti berikut:

    BIL. SKIM AMAUN (RM)

    1 Perumahan Awam Kerajaan Negeri 178,858,934.57

    2 Perumahan Pihak Berkuasa Tempatan 22,012,050.39

    3

    Perumahan Swasta (Tabung

    Penyelenggaraan Maksima 80 Negeri Pulau Pinang)

    32,015,600.00

    JUMLAH 232,886,584.96

    Bagi perumahan awam kerajaan negeri, sebanyak 20,067 projek telah dilaksanakan dengan amaun sebanyak RM178,858,934.57 sehingga

    September 2019. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

    (i) Kerja-kerja Penyelenggaraan Awam, Elektrik dan Mekanikal;

    (ii) Kerja Penyelenggaraan Sistem Pembentungan;

    (iii) Pembaikan Lampu Koridor;

    (iv) Pemotongan Pokok-pokok;

    (v) Pembaikan Kebocoran Bumbung;

    (vi) Penurapan Jalan;

    (vii) Pengecatan Bangunan;

    (viii) Kontrak Pembersihan; dan

    (ix) Kontrak Keselamatan

  • 5

    Perbelanjaan dan bilangan projek mengikut tahun adalah seperti berikut:

    TAHUN BIL. PROJEK AMAUN (RM)

    2008 2,195 9,312,054.79

    2009 2,167 10,543,715.52

    2010 1,630 9,437,490.37

    2011 1,616 14,060,415.03

    2012 1,669 17,714,697.81

    2013 1,786 16,893,415.96

    2014 1,919 20,363,523.80

    2015 1,642 16,511,945.74

    2016 1,403 18,446,932.20

    2017 1,495 20,525,532.53

    2018 1,696 19,760,474.12

    Sep-19 849 5,288,736.70

    JUMLAH 20,067 178,858,934.57

    Manakala bagi kerja-kerja penyelenggaraan di Pihak Berkuasa Tempatan, sebanyak 8,129 projek telah pun dilaksanakan dengan amaun sebanyak

    RM22,012,050.79. Perincian mengikut Pihak Berkuasa Tempatan dan bilangan projek adalah seperti berikut:

    (i) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

    BIL. JENIS PROJEK BIL.

    PROJEK AMAUN (RM)

    1 Menaik taraf dan/atau Menggantikan Lif

    3 1,256,110.00

    2

    Penggantian Tangki Air

    dan/atau Menaik taraf Sistem Perpaipan

    6 225,784.00

    3 Menggantikan dan/atau

    Menaik taraf Bumbung 11 791,602.55

    4 Pengecatan 10 1,832,000.00

    5 Penurapan Jalan 1 180,000.00

  • 6

    BIL. JENIS PROJEK BIL.

    PROJEK

    AMAUN

    (RM)

    6 Pendawaian Elektrik 8 1,347,345.00

    7

    Penyelenggaraan Kelengkapan Pencegah

    Kebakaran

    7 124,893.60

    8 Kerja-Kerja

    Penyelenggaraan Kecil 7,910 11,438,490.00

    9 Menaik taraf Tandas 1 1,076,000.00

    10 Pemasangan Pagar 1 200,000.00

    11 Pemasangan CCTV 1 95,000.00

    JUMLAH 7,959 18,567,225.15

    (ii) Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

    BIL. JENIS PROJEK

    BIL.

    PROJEK

    AMAUN

    (RM)

    1 Menaik taraf dan / atau

    mengantikan lif 4 102,350.40

    2

    Pengantian tangki air dan/atau menaik taraf

    sistem perpaipan

    2 85,781.92

    3 Mengantikan dan/atau

    menaik taraf Bumbung 2 9,350.00

    4 Railing/ jeriji tangga 4 47,500.00

    5

    Kontrak pengurusan dan penyelenggaraan

    PPR

    140 3,138,113.20

    6 Pembaikan premis 18 61,730.12

    JUMLAH 170 3,444,825.64

  • 7

    Sebagai Kerajaan Negeri yang berkebajikan dan mengutamakan kepentingan rakyat, penyelenggaraan perumahan swasta terus

    diberi bantuan penyelenggaraan sewajarnya di mana sehingga September 2019 sebanyak 370 projek telah diluluskan dengan

    amaun sebanyak RM32,015,256.08. Perincian projek yang diluluskan adalah seperti berikut:

    Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    3. Berapakah jumlah unit PPR di Kampung Melayu dan jumlah kekosongan

    unit rumah yang tidak didiami di Kampung Melayu sehingga hari ini?

    YAB. Ketua Menteri:

    3. Rumah Pangsa Kampung Melayu merupakan salah satu dari Rancangan Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilupuskan melalui kaedah sewa beli dan tiada unit sewaan melainkan tiga (3) unit

    kuarters sahaja. Terdapat dua (2) blok yang mengandungi 963 unit dengan pecahan 495 unit di Blok A dan 468 unit di Blok B. Mengambil kira

    usia dan keadaan unit-unit kediaman ini yang berkeluasan 371 kaki persegi hingga 392 kaki persegi bagi unit satu (1) bilik dan 548 kaki persegi bagi unit dua (2) bilik, sebilangan unit-unit ini tidak didiami dan

    berada dalam keadaan usang. Berdasarkan pemantauan didapati

    BIL. JENIS PROJEK BIL.

    PROJEK

    AMAUN

    (RM)

    1 Menaik taraf dan/atau

    Menggantikan Lif 213 17,495,774.04

    2 Penggantian Tangki Air dan/atau Menaik taraf

    Sistem Perpaipan

    106 5,796,570.40

    3

    Menggantikan dan/atau Menaik taraf

    Bumbung 19 1,640,757.28

    4 Pengecatan 20 6,066,025.04

    5 Penurapan Jalan 2 27,917.70

    6 Dinding Bata/Pagar-

    (Anti Climb) 4 302,959.36

    7 Keretakan 2 197,182.26

    8 Railing/ Jeriji Tangga 1 31,200.00

    9 Kelulusan Khas-

    Bencana 3 456,900.00

    JUMLAH BESAR 370 32,015,286.08

  • 8

    sebanyak 40 unit tidak dihuni iaitu 27 unit di Blok A dan 13 unit di Blok B. Kerajaan Negeri akan cuba mengambil tindakan tarik semula unit yang

    masih belum dipindah milik kepada penyewa dan bertunggakan manakala bagi unit telah dipindah milik usaha mengesan pemilik atau pun waris

    akan diteruskan.

    Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    4. Sila terangkan secara terperinci tentang status terkini tapak pelupusan sampah haram di Bukit Teh.

    (a) Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan ke atas tuan tanah yang tidak memulihkan dan membersihkan tapak seluas 22.33 hektar tersebut?

    (b) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memperketatkan undang-undang lompong yang tidak berupaya mencegah pembuangan

    sampah haram?

    YAB. Ketua Menteri:

    4. Pemantauan terkini di kawasan tapak pelupusan sampah haram di Bukit

    Teh mendapati longgokan sisa plastik telah berkurangan. Walau bagaimanapun, sisa sampah yang terdapat di dalam kolam masih belum

    dipindahkan dan pemunya tanah diberikan tempoh sehingga 2 November 2019 oleh Mahkamah untuk memastikan sisa sampah tersebut

    dipindahkan daripada tapak.

    (a) Tindakan pendakwaan di Mahkamah telah diambil terhadap pemunya tanah dan juga pihak menjalankan pemajuan tanpa kebenaran merancang di bawah subseksyen 82(1) Akta Kerajaan

    Tempatan 1976 (Akta 171), subseksyen 19(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan subseksyen 70A(1) Akta

    Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil 6, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah-Sarap Majlis Perbandaran Seberang Perai 1994.

    Selain itu, Jabatan Alam Sekitar juga telah mengeluarkan kompaun

    ke atas pemilik tanah kerana melakukan pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah haram ini.

    (b) Undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mencegah

    pembuangan sampah haram yang berlaku. Selain itu, pemantauan aktiviti pembuangan sampah secara haram juga dilaksanakan dengan menggunakan sistem dan teknologi Closed Circuit

    Television (CCTV) camera yang tetap dan mudah alih di Kawasan lokasi hotspot. Walau bagaimanapun, koordinasi tindakan antara

    agensi-agensi Kerajaan yang terlibat seperti Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Alam Sekitar perlu

    diselaraskan semula bagi mencegah dan mengatasi masalah pembuangan sampah haram ini dengan lebih berkesan.

  • 9

    Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    5. 491 ekar paya bakau Penaga pelindung Tsunami semulajadi dicadangkan masuk Pelan Induk Pelancongan kerana ia antara dua paya bakau api-api

    di Malaysia tetapi digazet untuk projek Zon Industri Akuakultur (ZIA), disewakan 30 ekar RM25,000.00 setahun kepada kebanyakannya orang luar.

    (a) Apakah impak dan pulangan ROA dan ROI kekal versus re-zone?

    YAB. Ketua Menteri:

    5. Inisiatif Zon Industri Akuakultur (ZIA) telah mula dibincangkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2003 iaitu sebelum berlakunya peristiwa Tsunami di Pulau Pinang pada 26 Disember 2004. Projek pembangunan

    ZIA Penaga telah dizonkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020 dan diwartakan pada 28 Jun 2007 selaras dengan

    Dasar Pertanian Negara Ketiga (2003-2010) untuk mengenal pasti projek akuakultur di negeri ini.

    Tanah Kerajaan Negeri di sepanjang pesisir Pantai Pasir Gebu, Mukim 1 hingga Kuala Bekah, Mukim 4 Daerah SPU seluas 1,938,945 meter persegi

    atau 479.13 kemudiannya telah diberi milik kepada Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) pada 1 November 2013 untuk tujuan

    pembangunan ZIA.

    Kerajaan Negeri telah mengadakan satu bengkel bagi Penyediaan Pembangunan Projek Akuakultur Pulau Pinang dari 7hb hingga 9hb November 2013 di Cameron Highlands. Bengkel ini bertujuan untuk

    menyelaraskan serta menetapkan satu garis panduan yang boleh dijadikan panduan pengusahaan Industri Akuakultur di negeri Pulau

    Pinang, dan kini diguna pakai di seluruh negara.

    Walaupun Kerajaan Negeri menyedari kawasan tersebut berpotensi untuk

    menjadi zon industri akuakultur secara komersial yang berdaya saing, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan

    ZIA Penaga yang dipengerusikan oleh YB MMK Pertanian dan Industri Asas Tani untuk merangka, menyelaras dan memantau pelaksanaan Garis Panduan Pembangunan Projek Akuakultur di Pulau Pinang

    memandangkan Projek ZIA merupakan projek pertama yang menggunapakai Garis Panduan Akuakultur dan akan dijadikan sebagai

    projek contoh kepada projek-projek akuakultur di masa hadapan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh kelima-lima Pejabat Daerah dan Tanah,

    Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai serta agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian,

    Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Institut Penyelidikan Perikanan dan Institut Penyelidikan

    Perhutanan Malaysia.

    Selain itu, jawatankuasa ini juga telah menetapkan supaya zon

    pemampan (buffer zone) sejauh 200 meter dari kawasan pesisir pantai hingga ke tapak projek dikekalkan bagi memastikan kawasan bakau yang

  • 10

    sedia ada mampu berfungsi sebagai pemampan bagi kawalan hakisan pantai dan juga ancaman tsunami seperti yang berlaku pada tahun 2004.

    Bagi menambahbaik fungsi zon pemampan ini, jawatankuasa ini juga telah mensyaratkan supaya peserta yang dipilih dalam projek ZIA Penaga

    perlu mencarum dalam satu tabung khas pemuliharaan (reservation fund) yang tidak pernah wujud sebelum ini sebagai dana khas untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan penyelenggaraaan kawasan hutan

    bakau sedia ada di ZIA Penaga.

    (a) Pada masa kini, pihak juruperunding iaitu Fanli Marine & Consultancy Sdn. Bhd. dan jurutera perunding

    iaitu Syarikat O&L Jurutera Perunding Sdn. Bhd. yang baharu dilantik oleh kerajaan negeri menggantikan perunding terdahulu sedang dalam peringkat penyediaan

    Laporan Environmental Impact Assessment (EIA). Laporan EIA ini perlu ditambahbaik dan dikemukakan semula kepada pihak

    Jabatan Alam Sekitar (JAS) selepas pembentangan pertama kepada JAS pada 22 Januari 2016 oleh perunding lama ditolak.

    Penyediaan laporan tersebut bermula pada Oktober 2019 dan dijangka akan mengambil masa antara 9 hingga 12 bulan untuk

    siap. Penyediaan Laporan EIA ini adalah penting untuk memastikan pelaksanaan Projek ZIA tidak memberi kesan buruk kepada

    penduduk setempat dan alam sekitar.

    Pembangunan ZIA Penaga juga akan memberi impak positif dalam

    menawarkan peluang pekerjaan dan pembelajaran untuk anak tempatan. Dengan kewujudan eco-tourism, peluang perniagaan

    tempatan akan bertambah. Bekalan makanan dan keperluan makanan dari sudut food security, food safety, dan food nutrition juga terjamin. ZIA Penaga merupakan alternatif terbaik

    dan berkesan bagi menampung permintaan dan keperluan rakyat di samping dapat menjamin keselamatan makanan

    dan menambah ekonomi rakyat setempat.

    Dengan pembangunan dan kelengkapan kemudahan asas, keselamatan dapat dipertingkatkan serta kegiatan sosial yang kurang sihat seperti penagihan dadah dapat dikurangkan.

    (b) Program ZIA merupakan program pengezonan kawasan tanah dan

    perairan yang dikenalpasti sesuai untuk dibangunkan dengan projek akuakultur berskala komersial sebagai salah satu strategi

    untuk membantu meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur. ZIA Penaga dijangka dapat memberi pulangan seperti berikut:

    (i) Meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur dalam negeri dan negara melalui rantaian pengeluaran hasil akuakultur

    yang cekap;

    (ii) Menyediakan sumber protein yang bermutu tinggi, selamat dan murah kepada kesihatan pengguna di dalam negeri dan negara;

  • 11

    (iii) Meningkatkan pendapatan bersih pengusaha akuakultur;

    (iv) Meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing setelah hasil akuakultur dieksport ke luar

    negara; dan

    (v) Menyediakan dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

    Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    6. Apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang pandangan sempit sesetengah pihak, kononnya Sekolah Vernakular adalah penghalang kepada perpaduan, walaupun hakikatnya sesetengah parti politik yang memecah-

    belahkan masyarakat Malaysia?

    (a) Bagaimanakah bantuan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah

    Vernakular telah memperkasakan pendidikan di Negeri Pulau Pinang dan membantu impian Pulau Pinang untuk menjadi negeri maju?

    YAB. Ketua Menteri:

    6. (a) Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak bahawa Sekolah Vernakular adalah penghalang kepada perpaduan masyarakat Malaysia. Sekolah merupakan tempat untuk memupuk semangat dan nilai-nilai seperti kesamarataan, saling hormat-menghormati dan bertoleransi di kalangan murid yang berlainan bangsa, budaya dan agama.

    Tambahan lagi, berdasarkan rekod Jabatan Pendidikan Negeri, populasi murid Sekolah Vernakular di negeri Pulau Pinang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu seramai 3,552 orang pelajar selain daripada bangsa Cina dan India. Ini menunjukkan bahawa Sekolah Vernakular merupakan salah satu platform bagi pembangunan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di Pulau Pinang dan Malaysia.

    (b) Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan memberi bantuan kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Vernakular di negeri Pulau Pinang di bawah program bantuan pendidikan setiap tahun. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM8.4 juta kepada Sekolah Mubaligh/Cina/Persendirian dan RM2.0 juta kepada Sekolah-Sekolah Tamil. Kerajaan Negeri turut memberi perhatian khusus kepada pendidikan Agama Islam menerusi peruntukan tahunan sebanyak RM2.5 juta bagi Sekolah Agama Rakyat yang disalurkan sehingga ke Maahad Tahfiz, Tadika-Tadika Islam dan Sekolah-Sekolah Pondok. Tambahan lagi, mulai tahun ini, sebanyak 170 buah Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan turut menerima peruntukan sebanyak RM3.0 juta daripada Kerajaan Negeri untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah.

  • 12

    Melalui penyaluran bantuan-bantuan ini, Kerajaan Negeri berharap sekolah-sekolah di Pulau Pinang dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, berdaya saing serta mempunyai sahsiah yang tinggi untuk terus memacu pembangunan sektor-sektor ekonomi Pulau Pinang.

    Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    7. Mengapakah Kerajaan Negeri menaikkan cukai taksiran di Pulau Pinang?

    (a) Sila berikan sebab-sebab, khususnya untuk Seberang Perai.

    YAB. Ketua Menteri:

    7. (a) Rasional semakan semula Cukai Taksiran melalui penyediaan Senarai Nilaian baharu bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah apabila Senarai Nilaian sedia ada yang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah digunakan selama 14 tahun iaitu mulai 1 Januari 2005 dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2019. Ini menunjukkan kadar (cukai taksiran) ke atas pegangan sedia ada ditentukan berdasarkan nilai tahunan pegangan atau atas nilai tambah pegangan (kadar sewa) tahun 2005 dan sehingga kini masih tidak disemak semula.

    Menurut peruntukan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, penyediaan Senarai Nilaian baharu adalah perlu kerana telah melewati tempoh 5 tahun seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah akta tersebut.

    Pasaran hartanah dalam beberapa jenis pembangunan di Pulau Pinang telah mengalami perubahan pasaran yang semakin positif jika dibandingkan dalam tempoh masa 15 tahun yang lepas. Pasaran sewa skim kediaman kini khususnya telah mengalami perubahan peningkatan kadar sewa sekitar 15% hingga 30% jika dibandingkan dengan tahun 2005.

    Selain itu, dalam menuju negeri pintar seiring dengan visi Penang2030: A Family-Focused, Green and Smart State that Inspires the Nation, kos pengurusan bandar di Seberang Perai bagi memastikan Visi Penang2030 pastinya meningkatkan kos pembangunan di pihak MBSP. Justeru, pertambahan hasil melalui kenaikan cukai taksiran adalah rasional bagi memastikan penyediaan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur dapat disediakan oleh MBSP dengan cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak rakyat Seberang Perai dapat dicapai. Peningkatan kos operasi MBSP demi untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan efisien juga telah menyebabkan kenaikan cukai taksiran ini perlu dilakukan.

    Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    8. Apakah status permohonan kebenaran merancang cadangan menaik taraf

    Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang?

    (a) Adakah permohonan ini meliputi cadangan menaik taraf sistem

    lalu lintas di sekeliling lapangan terbang?

  • 13

    (b) Nyatakan kos pemajuan dan sumber kewangan.

    (c) Adakah cadangan lapangan terbang baru masih akan diteruskan

    dan lokasinya?

    YAB. Ketua Menteri:

    8. Pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) telah mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau

    Pinang (MBPP) untuk pertimbangan dan kelulusan pada 19 Julai 2019. Pelan Kebenaran Merancang ini masih dalam penelitian dan pertimbangan

    untuk kelulusan oleh pihak MBPP.

    (a) Laporan Kajian Impak Lalu Lintas (TIA) telah disyaratkan untuk Permohonan Kebenaran Merancang bagi Cadangan Menaik taraf LTAPP. Kajian ini akan meliputi cadangan menaik taraf sistem lalu

    lintas di sekelling Kawasan lapangan terbang. Walau bagaimanapun, pihak MAHB buat masa ini masih belum

    mengemukakan kajian TIA kepada MBPP untuk penelitian lanjut.

    (b) Berdasarkan maklumat pihak Kementerian Pengangkutan (MOT),

    kos pemajuan hanya dapat dikenal pasti setela projek ini diluluskan untuk pemajuan dan setelah reka bentuk terperinci siap

    sepenuhnya manakala sumber pembiayaan seperti yang dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kewangan adalah melalui

    pembiayaan swasta (Private Funding Investment - PFI).

    (c) Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri

    (BPEN) sebelum ini telah merangka terma rujukan untuk melantik juruperunding bagi membuat Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan

    Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak meneruskan kajian tersebut memandangkan pihak MAHB kini sedang melaksanakan kajian

    semula pembangunan lapangan-lapangan terbang di seluruh Malaysia. Setelah kajian MAHB ini selesai, Kerajaan Negeri akan

    meneliti kajian tersebut untuk perancangan masa hadapan. Kerajaan Negeri percaya pembangunan lapangan terbang baharu memerlukan satu (1) kajian yang diteliti secara mendalam dan

    lebih terperinci terutama kepada impak pembangunan ekonomi dan sosial kepada penduduk di Pulau Pinang khususnya dan seluruh

    wilayah utara amnya.

    AHLI KAWASAN PULAU TIKUS (YB. LEE CHUN KIT) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    9. Memandangkan Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan

    Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun, adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan

    sokongan terhadap program Sidang Muda oleh PYDC?

    (a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan pengaruhnya?

  • 14

    YAB. Ketua Menteri:

    9. Kerajaan Negeri melalui Penang Youth Development Corporation (PYDC)

    menyokong Program Sidang Muda kerana program seumpama ini mampu melatih dan membina platform untuk melahirkan pemimpin yang

    berbakat. Program Sidang Muda adalah ruang di mana suara para belia berhubung isu semasa negeri Pulau Pinang dapat didengari.

    (a) Penganjuran Program Sidang Muda bermula pada tahun 2016 dengan sekali setahun oleh PYDC. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2019, PYDC telah mengerapkan penganjuran Program Sidang Muda seperti Persidangan Dewan Undangan Negeri iaitu

    sebanyak 2 kali setahun. Penganjuran program secara berkala ini akan memberi ruang kepada alumni untuk berbahas dan

    menyuarakan pendapat sejajar dengan perkembangan semasa negeri Pulau Pinang.

    Untuk menggalakkan golongan belia menyuarakan pandangan terhadap isu-isu semasa dan polisi kerajaan, program Sidang Muda

    pada tahun 2020 akan dianjurkan sebelum setiap Persidangan Dewan Undangan Negeri supaya pendangan para belia dapat

    dibawa dan dibincang dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri. Program Sidang Muda adalah terbuka kepada golongan belia berumur 16 - 30, ia juga merupakan salah satu usaha kerajaan

    Negeri menggalakkan golongan belia yang berumur di bawah 18 untuk mengambil bahagian dan berani menyuarakan pandangan

    mereka.

    Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    10. Inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Sports For All untuk menggalakkan rakyat bersukan sangat disanjungi. Kebanyakan pusat gimnasium adalah usaha pihak swasta yang mengenakan caj yuran.

    (a) Adakah Kerajaan Negeri atau agensi kerajaan mempunyai pusat gimnasium sendiri? Senaraikan

    YAB. Ketua Menteri:

    10. Terdapat tujuh (7) pusat gymnasium yang dimiliki oleh kerajaan. Lima (5) daripadanya adalah milik Kerajaan Negeri seperti berikut :

    (i) Gimnasium di Taman Bandaraya yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang;

    (ii) Gimnasium di Kompleks Sukan Balik Pulau yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang;

    (iii) Gimnasium di Kompleks Sukan MBSP Bertam yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai; dan

    (iv) Gimnasium di Astaka Padang Awam Jawi yang diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan.

  • 15

    (v) Gimnasium Wira di Pantai Robina, Telok Ayer Tawar yang tanah miliki Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara dan sekarang diuruskan oleh ADUN Kawasan Telok Ayer Tawar

    Manakala dua (2) gimnasium lagi iaitu Gimnasium Rakyat Daerah Seberang Perai Selatan dan Gimnasium Rakyat Daerah Timur Laut milik Kerajaan Persekutuan yang diuruskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Kesemua gimnasium tersebut dibuka kepada orang ramai mengikut masa penggunaan yang ditetapkan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :

    (i) Gimnasium di Taman Bandaraya dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 untuk tiga (3) tahun;

    (ii) Gimnasium di Kompleks Sukan Balik Pulau dengan kadar bayaran sebanyak RM30.00 untuk tiga (3) tahun;

    (iii) Gimnasium di Kompleks Sukan MBSP Bertam dengan kadar bayaran RM2.00 setiap sesi;

    (iv) Gimnasium di Astaka Padang Awam Jawi adalah percuma; dan (v) Gimnasium Rakyat Daerah Seberang Perai Selatan dan Timur Laut dengan

    kadar bayaran RM3.00 walk in atau RM25 sebulan. (vi) Gimnasium Wira di Pantai Robina, Telok Ayer Tawar adalah percuma.

    AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR (YB. MUHAMMAD FAIZ BIN FADZIL)

    bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    11. Minta Kerajaan Negeri Pulau Pinang jelaskan bilakah Majlis Agama Islam

    Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan membuat pelantikan Ahli Jawatankuasa Qaryah Masjid yang baru?

    (a) Apakah mekanisme yang akan digunakan bagi pemilihan Ahli

    Jawatankuasa Qaryah?

    YAB. Ketua Menteri:

    11. Tempoh perkhidmatan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid pada masa ini sepatutnya tamat pada 30 April 2019. Namun begitu, MAINPP telah memberi pelanjutan bagi tempoh setahun sehingga 30 April 2020.

    Sehubungan itu, pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid yang baharu akan dibuat sebelum 30 April 2020 dan ahli jawatankuasa yang baharu ini

    akan mula berkhidmat pada 1 Mei 2020.

    (a) MAINPP masih mengekalkan dasar dan kaedah pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid berdasarkan syor daripada ahli kariah melalui mesyuarat agung. Dalam masa yang sama, MAINPP juga

    akan menambahbaik mekanisma pelantikan secara penilaian terhadap pencapaian dan prestasi perkhidmatan berasaskan Key

    Performance Indicator (KPI) Jawatankuasa Kariah Masjid sedia ada.

  • 16

    Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    12. Isu kontena sisa plastik.

    (a) Sila nyatakan jumlah kontena sisa plastik yang telah dihantar

    balik ke negara asal dari Pulau Pinang selepas arahan dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).

    (b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pengimportan kontena sisa plastik buangan ini?

    YAB. Ketua Menteri:

    12. (a) Sebagai makluman Yang Berhormat, di Pulau Pinang sebanyak 116 kontena yang mengandungi sisa plastik telah disita dan dilucut hak

    oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) setelah tiada syarikat tampil membuat pengisytiharan (declaration) selepas tamat tempoh yang diberikan. Susulan itu, pada 29 Julai 2019, Jabatan

    Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah mengarahkan pihak berkuasa pelabuhan supaya menghantar pulang kontena-kontena

    ini ke negara asal. Sebanyak 10 unit kontena telah dihantar pulang pada 28 Ogos 2019 oleh JPSPN melalui pihak berkuasa pelabuhan. Manakala baki 106 kontena telah diserahkan oleh JPSPN kepada

    Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 22 Ogos 2019 untuk urusan penghantaran pulang kontena-kontena ini ke negara asal mengikut

    prosedur Basel Convention selaras dengan arahan YB. Menteri Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

    Selain itu, berdasarkan laporan daripada Penang Port Sdn. Bhd.

    (PPSB), sehingga 30 September 2019, masih terdapat sebanyak 255 kontena sisa plastik import yang ditahan di Pengkalan Kontena

    Butterworth Utara [North Butterworth Container Terminal (NBCT)] dan Custom Detention Yard. Sejumlah 130 kontena yang belum ikrar borang K1 akan diserahkan kepada JPSPN untuk tindakan

    seterusnya. Manakala 125 kontena yang telah isytihar K1, diperiksa dan tidak mempunyai Approved Permit (AP) akan dikompaun dan

    dilucut hak oleh JKDM. Kontena ini akan dipindahkan ke Custom Detention Yard yang ditetapkan sementara menunggu tindakan

    seterusnya oleh pihak JKDM. 255 kontena sisa plastik yang dilaporkan oleh PPSB adalah merupakan kes berlainan dan tidak termasuk sebahagian daripada 116 kontena terdahulu yang sedang

    dalam tindakan untuk penghantaran pulang.

    (b) Bagi mengatasi masalah pengimportan kontena sisa plastik buangan ke negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah mengambil

    langkah pro-aktif dengan mengemukakan surat secara rasmi kepada MESTECC dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengemukakan

    cadangan pelaksanaan langkah-langkah kawalan melibatkan

  • 17

    industri kitar semula plastik yang diimport. Cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah:

    (i) Pemberian AP kepada operator atau pengilang plastik kitar

    semula perlu mendapat ulasan dan persetujuan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam

    Sekitar Pulau Pinang. Pengimportan dengan AP dan Sijil Pengesahan Barang Bersih dari Kerajaan Negara Asal

    mengeksport dikehendaki sebelum kontainer dibenarkan mendarat di pelabuhan.

    (ii) Pre-consumer plastic waste (clean pastic) sahaja yang dibenarkan untuk diimport bagi tujuan kitar semula;

    (iii) Pemegang AP hanya dibenarkan untuk mengimport 70%

    sahaja pre-consumer plastic waste dari kapasiti keseluruhan

    operasinya dan baki 30% kapasiti selebihnya hendaklah diperolehi dari sumber tempatan;

    (iv) Kilang yang akan menerima dan memproses setiap pre-

    consumer plastic waste yang diimport perlu dinyatakan

    dalam AP bagi tujuan pemantauan, pengauditan dan penguatkuasaan;

    (v) Kilang yang memproses pre-consumer plastic waste perlu

    mempunyai scrubber system yang diiktiraf oleh JAS bagi

    merawat udara dan air kumbahan sebelum dibebaskan (discharge) ke persekitaran;

    (vi) Pengimport pre-consumer plastic waste perlu menyediakan

    End of Life Waste Disposal Report kepada JAS;

    (vii) Senarai pemegang AP dan kilang yang mengimport pre-

    consumer plastic waste dipanjangkan kepada JAS dan PBT mengikut negeri bagi penyelarasan pemantauan serta penguatkuasaan secara bersepadu;

    (viii) Setiap kontena yang diguna pakai untuk pengimportan sisa

    plastik perlu diimbas (scan) di pelabuhan sebelum dibawa keluar ke kilang pemprosesan; dan

    (ix) Sekiranya terdapat operasi penguatkuasaan yang perlu dilaksanakan ke atas import sisa plastik atau penyitaan

    kontena, adalah disarankan supaya kontena terlibat dilakri dan diperiksa di kilang berkaitan.

    Secara kesimpulannya, kerajaan negeri sentiasa konsisten dan bertindak tegas dengan memastikan kontena plastik yang diimport

    tanpa AP dihantar balik ke negara asal. Manakala pemegang AP Sisa Plastik (HS3915) daripada JPSPN pula perlu mematuhi syarat-

    syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal termasuk memasang

  • 18

    kelengkapan sistem kawalan pencemaran udara dan air yang efektif.

    Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya

    kepada YAB. Ketua Menteri:

    13. Ada aduan dibuat bahawa Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan juga Pentadbir Tanah menyekat penjualan tanah persendirian. Kita

    dimaklumkan bahawa, ada sesetengah syarikat yang menjadi broker menjual tanah Gred A tanpa mendapat kelulusan dari PDT dan juga

    tertakluk kepada Akta Parit dan Saliran.

    (a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?

    YAB. Ketua Menteri:

    13. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat

    sebarang penjualan tanah persendirian. Namun begitu, sekiranya tanah persendirian tersebut terdapat sekatan kepentingan yang menghalang penjualan tanah seperti tercatat pada hak milik pemilik tanah perlu

    mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN) terlebih dahulu sebelum proses urus niaga dilakukan. Bagi tanah-tanah yang tiada

    sekatan kepentingan, pemilik tanah berkenaan boleh melakukan urusan urus niaga secara terus dengan pembeli berminat.

    Antara contoh sekatan kepentingan pada hak milik yang memerlukan kelulusan Kerajaan Negeri untuk urus niaga adalah sekatan kepentingan

    yang dinyatakan seperti berikut:

    "Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dipindah milik, dicagar, dipajak, dipajak kecil atau terlibat dengan sebarang bentuk urusniaga tanpa

    mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN)".

    Bagi tanah-tanah yang diwartakan di bawah Akta Kawasan Pengairan

    1953 atau Ordinan Taliair 1953, PBN tidak menyekat urus niaga dilakukan jika tanah terbabit tidak mempunyai sebarang sekatan kepentingan. Akta

    ini hanya menghalang urusan pembangunan dilakukan di atas tanah tersebut.

    AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH (YB. ZULKIFLI BIN IBRAHIM) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    14. Berapakah jumlah ladang solar yang dibenarkan beroperasi di Negeri Pulau Pinang?

    (a) Sejak bilakah operasi mereka dibenarkan?

    YAB. Ketua Menteri:

    14. Sehingga 30 September 2019, terdapat dua (2) projek jana kuasa solar

    yang telah diluluskan pelaksanaan di Pulau Pinang di bawah Large Scale

  • 19

    Solar Programme (LSS) oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

    Projek yang dimajukan oleh Syarikat PLB Green Solar Sdn. Bhd. dengan

    kapasiti 20 megawatt di Seberang Perai Selatan telah mula beroperasi pada 30 November 2018. Manakala satu (1) lagi projek yang dimajukan

    oleh Syarikat Hong Seng Assembly Sdn. Bhd. dengan kapasiti satu (1) megawatt di Seberang Perai Utara dijangka akan mula beroperasi pada Disember tahun 2020.

    AHLI KAWASAN BERAPIT (YB. HENG LEE LEE) bertanya kepada YAB.

    Ketua Menteri:

    15. Nyatakan bilangan pelarian (UNHCR) di negeri ini mengikut negara asal.

    (a) Adakah Kerajaan Negeri mengetahui maklumat pelarian seperti

    tempat tinggal dan tempat kerja?

    (b) Pelarian dari negara mana yang dibenarkan untuk bekerja?

    YAB. Ketua Menteri:

    15. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) sehingga

    31 Ogos 2019, terdapat seramai 177,698 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia. Daripada jumlah ini, seramai 126,130 orang merupakan

    pelarian dan 51,568 orang adalah pemohon suaka. Bagi negeri Pulau Pinang, statistik yang diterima daripada UNHCR sehingga 31 Jun 2019

    pula seramai 19,370 orang pelarian dan pemohon suaka. Daripada jumlah ini, 82% (15,883 orang) adalah terdiri daripada Etnik Rohingya yang berasal daripada Myanmar.

    (a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat seperti tempat tinggal dan tempat kerja bagi pelarian-pelarian ini. Ini kerana Malaysia bukanlah Negara Ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian

    1951 dan Protokol Status Pelarian 1967 dan urusan berkaitan pelarian dilaksanakan oleh UNHCR. Justeru itu, Kerajaan Pusat akan berhubung dengan pihak UNHCR sekiranya terdapat

    keperluan untuk mendapatkan maklumat semasa berkaitan pelarian seperti tempat tinggal dan pekerjaan. Namun demikian,

    Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri juga telah melaksanakan program Tracking Refugees Information System (TRIS) bagi tujuan pengesanan dan pendaftaran pelarian secara

    pentadbiran kepada Kerajaan Malaysia.

    Dalam isu berkaitan pekerjaan, dasar sedia ada kerajaan adalah tidak membenarkan pelarian pemegang kad UNHCR untuk bekerja secara sah

    di Malaysia. Pemegang tidak boleh terlibat dalam sebarang bentuk pekerjaan berbayar atau dalam sebarang perniagaan atau pekerjaan

    profesional. Namun atas dasar kemanusiaan, mereka dibenarkan bekerja di dalam sektor-sektor tidak formal untuk tujuan sara hidup.

  • 20

    AHLI KAWASAN BATU UBAN (YB. KUMARESAN A/L ARAMUGAM) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    16. Isu jajaran LRT di hadapan Masjid Jamek Sungai Nibong.

    (a) Sila nyatakan pendirian Kerajaan Negeri mengenai bantahan

    yang telah dibuat oleh pihak Masjid.

    YAB. Ketua Menteri:

    16. Pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar adalah di atas Lot 3423 dan Lot

    10067 Mukim 13, Daerah Timur Laut di mana masjid ini terletak di antara laluan Jalan Sultan Azlan Shah dan cadangan jajaran Transit Aliran Ringan

    (LRT). Setelah masjid ini dirobohkan untuk pembinaan semula, terdapat cadangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menjajarkan semula jajaran LRT, di mana pada asalnya jajaran LRT ini berada di hadapan

    mehrab masjid yang jarak antara LRT ini dengan bangunan masjid adalah 2.7 meter sahaja.

    Penjajaran semula jajaran LRT ini juga telah menyebabkan pelaksanaan

    projek ini tertangguh disebabkan oleh pihak JKR perlu membuat pindaan susun atur pelan masjid berdasarkan perubahan tersebut. Mengikut perancangan JKR, pembinaan masjid ini akan dimulakan pada Januari

    2020.

    (a) Kerajaan Negeri berpendirian bahawa jajaran LRT yang akan dilaksanakan adalah jajaran yang terbaik untuk semua pihak. Ini

    setelah mengambil kira nasihat dan keputusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

    Dari segi teknikal, jajaran LRT yang telah dipilih ini merupakan jajaran yang lebih sesuai dari segi geometri dan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan untuk tempoh masa yang panjang. Jajaran LRT ini juga

    akan berada selari dan hanya menggunakan bahu Jalan Sultan Azlan Shah sahaja. Jajaran LRT ini tidak mengganggu kawasan perumahan yang

    berdekatan dan tidak memberikan impak kepada pembinaan masjid yang baru.

    Cadangan jajaran ini tidak akan mengubah pelan asal pembinaan masjid di mana masjid akan dibina di atas tapak asal masjid dan pihak masjid

    juga akan mendapat tanah tambahan, iaitu bersebelahan dengan Lot 10067 Mukim 13 Daerah Timur Laut, iaitu di hadapan mehrab masjid.

    AHLI KAWASAN PENAGA (YB. MOHD YUSNI BIN MAT PIAH) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    17. Kenaikan cukai taksiran atau cukai pintu telah menyebabkan bantahan rakyat Pulau Pinang.

    (a) Apakah alasan kenaikan cukai ini dilaksanakan?

    (b) Berapa kali kenaikan telah berlaku sejak tahun 2008?

  • 21

    YAB. Ketua Menteri:

    17. (a) Alasan semakan semula Cukai Taksiran melalui penyediaan Senarai Nilaian baharu bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    adalah kerana Senarai Nilaian sedia ada yang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya

    Seberang Perai (MBSP) telah digunakan selama 14 tahun iaitu mulai 1 Januari 2005 dan akan tamat tempoh pada 31 Disember

    2019. Ini menunjukkan kadar (cukai taksiran) ke atas pegangan sedia ada ditentukan berdasarkan nilai tahunan pegangan atau atas nilai tambah pegangan (kadar sewa) tahun 2005 dan sehingga kini

    masih tidak disemak semula.

    Menurut peruntukan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, penyediaan Senarai Nilaian baharu adalah perlu kerana telah

    melewati tempoh 5 (lima) tahun seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah akta tersebut. Sejak tahun 2005, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah

    melanjutkan Senarai Nilaian sedia ada sebanyak tujuh (7) kali berdasarkan peruntukan Seksyen 137(3) Akta Kerajaan Tempatan

    1976 (Akta 171).

    Pasaran hartanah dalam beberapa jenis pembangunan di Pulau Pinang telah mengalami perubahan pasaran yang semakin positif

    jika dibandingkan dalam tempoh masa 15 tahun yang lepas. Pasaran sewa skim kediaman kini khususnya telah mengalami perubahan peningkatan kadar sewa sekitar 15% hingga 30% jika

    dibandingkan dengan tahun 2005.

    Selain itu, dalam menuju negeri pintar seiring dengan Visi Penang2030: A Family-Focused, Green and Smart State that

    Inspires the Nation, kos pengurusan bandar bagi memastikan Visi Penang2030 pastinya meningkatkan kos pembangunan sedia ada. Justeru, pertambahan hasil melalui kenaikan cukai taksiran adalah

    rasional bagi memastikan penyediaan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur yang cekap,

    berkesan dan responsif kepada kehendak rakyat dapat dicapai.

    (b) Kenaikan Cukai Taksiran telah berlaku sekali (1) sahaja sejak tahun 2008 yang melibatkan hanya kenaikan kadar peratus pada tahun

    2015.

    AHLI KAWASAN PULAU BETONG (YB. HAJI MOHD TUAH BIN ISMAIL) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    18. Penyelenggaraan dan perkhidmatan MBPP dalam pembersihan parit,

    longkang dan jalan di Balik Pulau telah dibangkitkan pada sidang DUN Ogos 2018 dan April 2019. Akhir-akhir ini terutamanya di DUN Pulau

    Betong ianya tidak berlaku.

    (a) Apakah masalah yang dihadapi dan apakah perancangan untuk mengatasinya?

  • 22

    YAB. Ketua Menteri:

    18. Persoalan yang berbangkit pada kedua-dua sidang DUN tersebut telah

    ditangani dengan baik oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang amat komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik bagi

    kerja-kerja pembersihan parit, longkang dan jalan kepada pembayar cukai di Balik Pulau.

    Perkhidmatan pembersihan parit dan longkang di Balik Pulau dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi keseluruhan kawasan di dalam

    pentadbiran Majlis. Bagi kawasan jalan-jalan utama dan komersial pembersihan dibuat pada setiap hari. Manakala perkhidmatan

    pembersihan jalan dan parit untuk jalan sekunder pula, pembersihan dibuat tiga kali seminggu. Walau bagaimanapun, terdapat juga kawasan tertentu di mana perkhidmatan pembersihan parit dan longkang

    dilaksanakan mengikut jadual sekurang-kurangnya seminggu sekali atas faktor keupayaan penugasan dan hasil perolehan atau turnover anggota

    Majlis. Sekiranya perkhidmatan pembersihan parit dan longkang dilaksanakan pada setiap hari, perkara ini berkemungkinan memerlukan pertambahan tenaga pekerja dan peralatan sekaligus mengakibatkan

    peningkatan kos perkhidmatan.

    Untuk kawasan Balik Pulau, terdapat 38 buah kawasan taman perumahan yang diselenggara oleh MBPP. Bagi perkhidmatan pembersihan jalan dan

    parit di 21 buah kawasan taman perumahan, MBPP memperuntukkan tenaga kerja tetap seramai 26 orang. Bagi 17 buah kawasan taman perumahan yang lain di kawasan Pulau Betong, pembersihan dijalankan

    secara task force atau one-off kerana kekurangan tenaga pekerja tambahan di kawasan Balik Pulau.

    Kerajaan Negeri melalui MBPP amat komited dalam memberikan perkhidmatan pembersihan yang terbaik untuk rakyat terutama

    melibatkan kebersihan parit, longkang dan jalan.

    Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan sebarang aduan kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkaitan perkhidmatan

    pembersihan parit dan longkang. Setiap aduan yang diterima akan disalurkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan dengan segera melalui whatsapp group bagi menyampaikan maklumat aduan dengan

    cepat dan efektif agar tindakan dapat dilaksanakan dengan segera. Bagi kes berkaitan kekotoran jalan dan parit awam, tindakan pembersihan

    yang akan diambil oleh pihak MBPP adalah dalam tempoh 24 jam.

    AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR (YB. MUSTAFA KAMAL BIN AHMAD) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    19. Pulau Pinang telah melahirkan atlet-atlet yang berjaya di peringkat

    kebangsaan dan antarabangsa.

    (a) Nyatakan bentuk-bentuk insentif yang diberikan oleh Kerajaan

    Negeri kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang.

  • 23

    (b) Apakah bentuk-bentuk skim kebajikan yang disalurkan kepada atlet melalui Portfolio Belia dan Sukan Negeri?

    YAB. Ketua Menteri:

    19. (a) Bagi mengiktiraf atlet yang berjaya mengharum nama negeri dan

    negara di persada sukan tanah air, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan penawaran insentif berbentuk kewangan iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau

    Pinang (SKIMAS) sejak tahun 2014 dengan tujuan untuk meningkat, menggalak serta memberi motivasi kepada para

    penggiat sukan negeri Pulau Pinang yang terdiri dari atlet-atlet negeri Pulau Pinang yang bertanding di Sukan Malaysia, sukan-sukan bertemasya mewakili negara Malaysia dan kejohanan-

    kejohanan sukan di peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh badan induk sukan di Malaysia.

    Skim ini telah ditambah baik pada tahun 2019 dengan penyeragaman terhadap kadar nilai kejayaan yang ditawarkan kepada atlet-atlet paralimpik dengan nilai penerimaan yang

    diterima oleh atlet-atlet normal.

    Selain dari SKIMAS, atlet-atlet cemerlang negeri turut berpeluang

    untuk dicalonkan bagi penerimaan Anugerah Sukan Negeri yang dikategorikan kepada 11 anugerah seperti berikut:

    (i) Kategori Pasukan Wanita Terbaik;

    (ii) Kategori Pasukan Lelaki Terbaik;

    (iii) Kategori Olahragawati Paralimpik;

    (iv) Kategori Olahragawan Paralimpik;

    (v) Kategori Olahragawati Harapan;

    (vi) Kategori Olahragawan Harapan;

    (vii) Kategori Jurulatih Terbaik;

    (viii) Kategori Tokoh Pemimpin Sukan;

    (ix) Kategori Olahragawati;

    (x) Kategori Olahragawan; dan

    (xi) Anugerah Perdana T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

    (b) Kerajaan Negeri telah menyediakan lapan (8) insentif dalam bentuk bantuan dan sokongan kepada atlet – atlet negeri Pulau Pinang

    demi menjaga kebajikan para atlet. Lapan (8) insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

    (1) Insentif Kebajikan Atlet

    (i) Elaun Bulanan Skuad Latihan berjumlah RM100.00 sebulan;

    (ii) Elaun Bulanan Atlet Elit Kategori A berjumlah RM600.00 sebulan;

  • 24

    (iii) Elaun Bulanan Atlet Elit Kategori B berjumlah RM400.00 sebulan;

    (iv) Penyediaan perlindungan Insuran kepada atlet serta jurulatih;

    (v) Penyediaan Insentif Galakan untuk Kemenangan yang diperolehi dalam Sukan Malaysia (SUKMA); dan

    (vi) Penyediaan Skim Insentif Kemenangan Sukan

    Kerajaan Negeri (SKIMAS) kepada atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara.

    (2) Bantuan penyediaan peralatan latihan dan pertandingan;

    (3) Bantuan untuk pakaian pertandingan;

    (4) Menyediakan pusat latihan serta bantuan bayaran sewaan

    pusat latihan;

    (5) Bantuan Perkhidmatan Sains Sukan:

    (i) Makanan tambahan;

    (ii) Penyediaan gimnasium serta peralatan untuk latihan kekuatan fizikal;

    (iii) Menyediakan Pegawai Fisioterapi yang bertauliah untuk rawatan kecederaan; dan

    (iv) Menyediakan Pegawai-pegawai untuk perkhidmatan Sains Sukan.

    (6) Melantik Jurulatih Sepenuh Masa dan Separuh Masa untuk melatih atlet;

    (7) Bantuan Peruntukan untuk menyertai pertandingan di dalam

    dan luar negara; dan

    (8) Bantuan Peruntukan untuk menjalani latihan di dalam dan

    luar negara.

    Ahli Kawasan Pantai Jerejak (Yb. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    20. Pada suku tahun pertama ini Pelaburan Langsung Asing (FDI) negeri ini sebanyak RM8.47 bilion.

    (a) Sila perincikan kesan pelaburan ini membantu industri perusahaan kecil dan sederhana khususnya bagi kawasan FIZ Bayan Lepas.

    YAB. Ketua Menteri:

    20. Pelaburan asing akan memberi kesan positif secara langsung kepada industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan melalui

    pembelian bahan mentah atau outsource sebahagian daripada proses pembuatan oleh syarikat pelabur asing kepada PKS tempatan. Ini akan menambah peluang perniagaan kepada PKS dan meningkatkan tahap

    kemahiran mereka serta membangunkan PKS negeri Pulau Pinang untuk mengambil bahagian dalam rantaian bekalan global (global supply chain).

  • 25

    Oleh itu, Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diterima bukan sahaja telah menggalakkan petumbuhan PKS tetapi juga mewujudkan peluang

    pekerjaan dan perniagaan. Implikasi dari kemajuan ini akan menyebabkan peningkatan pendapatan yang akan memberi kesan

    terhadap petumbuhan ekonomi termasuk kemajuan ekonomi dan seterusnya boleh membawa kemajuan pembangunan.

    Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor)

    bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    21. Senaraikan 72 syarat perlu dipenuhi/dipatuhi sebelum projek PSR

    dilaksanakan.

    (a) Mengapakah 72 syarat tidak didedahkan kepada rakyat sebagai tanda telus/terbuka?

    (b) Jabatan manakah yang menguatkuasakan/memantau pematuhan 72 syarat?

    (c) Adakah Kerajaan Negeri wajib memenuhi 72 syarat sebelum pelaksanaan dan berapakah perbelanjaan menyediakan laporan EIA/DEIA oleh Kerajaan Negeri/SRS?

    YAB. Ketua Menteri:

    21. Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri sebagai Penggerak Projek adalah selaras dengan

    keperluan 34A (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; dan laporan tersebut telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 25 Jun

    2019 dengan 72 syarat.

    Kesemua 72 syarat berkenaan akan dikemukakan kepada YB. Sungai Dua selepas sesi soalan lisan ini selesai.

    (a) Kerajaan Negeri pada 16 Julai 2019 telahpun mengumumkan

    kesemua 72 syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Terperinci Bagi The Proposed Reclamation and Dredging Works For Penang South Reclamation (PSR) melalui

    sidang media untuk makluman orang awam.

    (b) Pematuhan kesemua 72 syarat kelulusan Laporan EIA oleh Penggerak Projek akan dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.

    (c) Kerajaan Negeri perlu mematuhi kesemua 72 syarat yang diberikan

    oleh Jabatan Alam Sekitar. Terdapat beberapa syarat seperti penyediaan Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum pelaksanaan projek. Manakala

    syarat-syarat yang lain harus dipatuhi semasa pelaksanaan projek termasuklah pemantauan kualiti air, udara dan bunyi. Ini juga

    termasuk pelaksanaan langkah-langkah kawalan, penyediaan laporan pemantauan dan sebagainya.

  • 26

    Skop kajian Laporan EIA yang dilaksanakan oleh Rakan Pelaksana Projek,

    iaitu SRS Consortium (SRS) bagi projek PSR ini adalah ekstensif dan menelan belanja sekitar RM3 juta. Peruntukan kos penyediaan Laporan

    EIA ini didahulukan oleh pihak SRS dan hanya akan dibayar balik oleh Kerajaan Negeri setelah Perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDPA) dimeterai sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima

    pelantikan SRS

    Ahli Kawasan Telok Bahang (Yb. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya

    kepada YAB. Ketua Menteri:

    22. Peluang Pekerjaan.

    (a) Berapakah peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan hasil

    daripada pelaburan baru yang masuk ke Pulau Pinang?

    (b) Adakah peluang ini terbuka luas khususnya kepada penduduk Pulau

    Pinang?

    (c) Berapakah kadar pengangguran dan guna tenaga di Pulau Pinang?

    YAB. Ketua Menteri:

    22. (a) Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sebanyak 11,484 pekerjaan baharu telah diwujudkan daripada kemasukan pelaburan baharu dalam bidang pembuatan di negeri Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga Jun 2019.

    (b) Melalui kerjasama berterusan antara Kerajaan Negeri, Invest Penang dan agensi-agensi lain dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negeri Pulau Pinang, peluang pekerjaan yang terhasil daripada kemasukan pelaburan membuka peluang yang luas khususnya kepada penduduk tempatan bagi memenuhi kekosongan yang diwujudkan.

    (c) Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran dan guna tenaga di Pulau Pinang bagi tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut:

    Kadar Pengangguran dan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh

    Tahun Kadar pengangguran

    (%)

    Kadar penyertaan tenaga buruh

    (%)

    2016 2.1 69.0

    2017 2.1 67.5

    2018 2.2 67.7

  • 27

    AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN (YB. NOR HAFIZAH BINTI OTHMAN) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    23. Cukai taksiran.

    (a) Berapakah kutipan cukai taksiran/pintu sejak 2008-2018?

    Perincikan secara tahunan mengikut Daerah/KADUN.

    (b) Bagaimanakah kaedah kiraan cukai baru dengan nilaian hartanah dan berapakah pendapatan yang dijangka diperolehi dengan

    kenaikan 30% tahun hadapan?

    (c) Apakah rasional kenaikannya? Bagaimanakah jaminan Kerajaan

    Negeri bahawa rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan tersebut?

    YAB. Ketua Menteri:

    23. (a) Kutipan cukai taksiran/pintu mulai tahun 2008 hingga 2018 mengikut daerah di pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang

    (MBPP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBSP) masing-masing adalah seperti di Lampiran A dan B.

    (b) Asas dalam menentukan cukai taksiran adalah berdasarkan Nilai

    Tahunan. Cukai Taksiran ditentukan dengan mengambilkira dua (2) elemen iaitu Nilai Tahunan dan Kadar % dalam bentuk formula:

    Cukai Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar (%)

    Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah menjelaskan bahawa Nilai

    Tahunan ialah anggaran kasar sewa setahun yang munasabah dijangka akan diperolehi jika sesuatu harta disewakan dalam bentuk formula:

    Nilai Tahunan = Anggaran sewa kasar sebulan x 12

    Berdasarkan kepada kajian Penilaian Semula yang telah dijalankan,

    Senarai Nilaian baharu 2020 dijangka akan dapat menambah pendapatan MBSP bagi hasil cukai sebanyak RM39,743,077.02 manakala MBPP dijangka akan memperolehi tambahan pendapatan

    sebanyak RM54,242,988.80.

    (c) Rasional semakan semula Cukai Taksiran melalui penyediaan

    Senarai Nilaian baharu bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah apabila Senarai Nilaian sedia ada yang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya

    Seberang Perai (MBSP) telah digunakan selama 14 tahun iaitu mulai 1 Januari 2005 dan akan tamat tempoh pada 31 Disember

    2019. Ini menunjukkan kadar (cukai taksiran) ke atas pegangan sedia ada ditentukan berdasarkan nilai tahunan pegangan atau atas nilai tambah pegangan (kadar sewa) tahun 2005 dan sehingga kini

    masih tidak disemak semula.

  • 28

    Menurut peruntukkan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, penyediaan Senarai Nilaian baharu adalah perlu kerana telah melewati

    tempoh 5 tahun sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah akta tersebut. Sejak tahun 2005, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis

    Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah melanjutkan Senarai Nilaian sedia ada sebanyak tujuh (7) kali berdasarkan peruntukan Seksyen 137(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

    Pasaran hartanah dalam beberapa jenis pembangunan di Pulau Pinang telah mengalami perubahan pasaran yang semakin positif jika

    dibandingkan dalam tempoh masa 15 tahun yang lepas. Pasaran sewa skim kediaman kini khususnya telah mengalami perubahan peningkatan kadar sewa sekitar 15% hingga 30% jika dibandingkan dengan tahun

    2005.

    Selain itu, dalam menuju negeri pintar seiring dengan Visi Penang 2030:

    A Family-Focused, Green and Smart State that Inspires the Nation, kos pengurusan bandar bagi memastikan Visi Penang 2030 pastinya meningkatkan kos pembangunan sedia ada. Justeru, pertambahan hasil

    melalui kenaikan cukai taksiran adalah rasional bagi memastikan penyediaan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan

    infrastruktur yang cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak rakyat dapat dicapai.

    Kenaikan cukai taksiran tidak akan membebankan rakyat kerana secara tidak langsung peningkatan hasil PBT melalui cukai taksiran ini akan dapat meningkatkan kehidupan rakyat melalui penyediaan perkhidmatan

    perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur yang cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak rakyat.

    RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NHO)

    AHLI KAWASAN SERI DELIMA (YB. SYERLEENA BINTI ABDUL RASHID) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    24. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk memartabatkan lagi Penang House Of Music supaya menjadi sebuah khazanah dan warisan

    negeri?

    YAB. Ketua Menteri:

    24. Sebagai makluman Yang Berhormat, Penang House Of

    Music (PHOM) sedang dalam usaha untuk memperluaskan koleksi seni dan muzik, menjadi pusat sumber rujukan dan memperkasakan

    penyelidikan dengan kerjasama Institusi Pendidikan Tinggi. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkasakan fungsi dan peranan PHOM agar terus kekal sebagai

    destinasi yang perlu dikunjungi pelawat yang berminat dalam seni dan muzik.

  • 29

    AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH (YB. GOOI HSIAO-LEUNG) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    25. Memandangkan bahawa kerajaan kini sedang menilaikan semula kadar cukai taksiran rumah untuk tahun depan.

    (a) Adakah Kerajaan Tempatan MBPP dan MBSP akan meluaskan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan parit, jalan, sisa pejal, kutipan sampah dan penyediaan kemudahan awam

    kepada kawasan kampung-kampung?

    YAB. Ketua Menteri:

    25. (a) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sememangnya melaksanakan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan parit, jalan, sisa

    pepejal, kutipan sampah dan penyediaan kemudahan awam kepada kampung-kampung. MBPP dan MBSP akan meluaskan dan meningkatkan perkhidmatan penyelenggaraan parit dan jalan serta

    penyediaan kemudahan awam selaras dengan pertambahan penduduk, kawasan perumahan, perniagaan, lalu lintas serta kualiti

    hidup penduduk secara amnya. Penilaian semula kadar cukai taksiran rumah adalah sejajar dengan keperluan meluaskan dan meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan pihak berkuasa

    tempatan.

    Sempena pengiktirafan Seberang Perai sebagai bandaraya pada 16 September 2019, MBSP telah menyediakan satu Pelan Hala tuju

    MBSP seperti di LAMPIRAN A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat masing-masing selepas ini. Antara perkhidmatan tambahan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

    (i) Menjalankan kerja-kerja pembersihan am seperti pemotongan rumput dan pembersihan parit tepi jalan bagi jalan-jalan kampung yang mempunyai kelebaran antara 8–

    14 kaki;

    (ii) Menaik taraf lampu-lampu jalan awam dari jenis High

    Pressure Sodium Vapour (HPSV) kepada jenis Light Emitting Diode (LED); dan

    (iii) Mengenal pasti dan mempromosi kawasan-kawasan luar

    bandar yang berpotensi untuk tarikan pelancong seperti Agro-pelancongan, Eko-pelancongan, Pelancongan

    berteraskan warisan.

    Lain-lain perkhidmatan sedia ada seperti kutipan sampah dari tong komunal, pemasangan lampu jalan di tiang-tiang sedia ada masih

    diteruskan.

    RUJ. LAMPIRAN A (GHL)

  • 30

    Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    26. Bagaimanakah aset dan pengurusan Perbadanan Ketua Menteri telah digunakan bagi menjanakan pendapatan Kerajaan Negeri?

    (a) Sila nyatakan aset hartanah yang ada secara lengkap dan pendapatan daripada aset berkenaan.

    YAB. Ketua Menteri:

    26. Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) ditubuhkan bertujuan untuk mengurus aset-aset (tanah dan hartanah) secara efisien bagi

    menjana pendapatan / hasil yang lebih tinggi untuk Kerajaan Negeri dan memaksimumkan (unlock) nilai strategik aset melalui konsep Public, People, Profesional & Private Partnership (4P’s). CMI merancang dan

    menilai peluang-peluang pelaburan yang berskala besar dan berpotensi menjana ekonomi negeri. CMI juga dibenarkan memasuki usaha niaga

    komersial atau perusahaan atau usaha sama dengan mana-mana orang atau organisasi.

    Mekanisma yang digunakan adalah secara pengiklanan sebut harga, tender dan Request For Proposal (RFP).

    (a) Aset yang dimiliki CMI merupakan antara lain tanah kosong, tanah dengan bangunan yang merupakan kediaman seseorang, bangunan komersial dan lain-lain. Senarai aset hartanah yang

    diuruskan oleh CMI mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Jumlah hasil yang dijana oleh CMI bagi tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut:

    Tahun Hasil

    2016 RM 32,365,522.25

    2017 RM 10,317,484.50

    2018 RM 134,926,064.25

    JUMLAH RM 177,609,071.00

    BIL DAERAH JUMLAH

    1 Timur Laut 44

    2 Barat Daya 5

    3 Seberang Perai Utara 20

    4 Seberang Perai Tengah 11

    5 Seberang Perai Selatan 4

    Jumlah 84

  • 31

    Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    27. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah bottleneck memandangkan pemilikan kereta swasta

    masih bertambah dengan pesat?

    (a) Adakah Kerajaan Negeri lebih menggalakkan kegunaan kenderaan awam ataupun kenderaan swasta?

    YAB. Ketua Menteri:

    27. Kerajaan Negeri sedia maklum berkenaan isu pemilikan kereta persendirian yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kapasiti

    infrastruktur sedia ada yang tidak dapat menampung pertambahan isipadu trafik. Situasi ini akan menjejaskan aliran trafik dan

    mengakibatkan pelbagai masalah di antaranya, isu bottleneck.

    Kerajaan Negeri telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha ke arah mengawal dan mengatasi masalah bottleneck di kawasan-kawasan yang dikenal pasti seperti di kawasan Jalan Mount Erskine di mana

    pelaksanaan kerja-kerja pelebaran Jalan Bagan Jermal dan Jalan Gottlieb di bahagian persimpangan Jalan Mount Erskine / Jalan Burma / Jalan

    Gottlieb / Jalan Bagan Jermal untuk mewujudkan lorong-lorong lalu lintas tambahan yang telah membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam jangka masa pendek dan sederhana. Pelebaran jalan juga

    dilaksanakan di kawasan Seberang Perai seperti di Jalan Sejahtera, Jalan Bukit Minyak 2 dan Jalan Binjai. Selain daripada menjalankan kerja-kerja

    pelebaran jalan, Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk melaksanakan pembinaan underpass bagi melegakan kesesakan trafik di kawasan Jalan Mount Erskine menghala ke Jalan Burma yang mengalami

    kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

    Masalah bottleneck ini juga berpunca dari sistem penyuraian trafik yang kurang berkesan. Mengambil kira perkara ini, Kerajaan Negeri juga telah

    merancang untuk melaksanakan pembinaan beberapa lebuhraya utama yang dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP)

    seperti berikut:-

    (i) Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dari Persiaran Gurney sehingga Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di kawasan FIZ IV;

    (ii) Jalan Berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang;

    (iii) Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam;

    (iv) Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Persiaran

    Gurney; dan

    (v) Terowong Bawah Dasar Laut.

  • 32

    Pembinaan lebuhraya seperti di atas adalah bertujuan untuk mencapai penyuraian trafik yang lebih efektif dengan mengasingkan trafik setempat

    (local traffic) dari trafik serantau (regional traffic); sekali gus mengatasi masalah bottleneck.

    (a) Hasrat Kerajaan Negeri adalah mengutamakan

    kegunaan pengangkutan awam dengan sasaran mencapai 40% penggunaan pengangkutan awam pada tahun 2030 berdasarkan

    perancangan PTMP. Pengangkutan awam yang telah disediakan buat masa ini adalah perkhidmatan bas di kawasan pulau dan seberang seperti berikut:-

    (i) Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma Congestion

    Alleviation Transport (CAT);

    (ii) Pelaksanaan perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit

    (BEST) Free Industri Zone (FIZ); dan

    (iii) Pelaksanaan perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) KOMTAR.

    Inisiatif PTMP oleh Kerajaan Negeri juga melibatkan perancangan jangka panjang bagi mencapai sasaran 40% pengunaan pengangkutan awam dengan pelaksanaan projek-projek seperti berikut:-

    (i) Lingkaran Transit Ringan (LRT) Bayan Lepas;

    (ii) Lingkaran Transit Ringan (LRT) George Town – Butterworth; dan

    Perkhidmatan Water Taxi yang merupakan alternatif kepada

    perkhidmatan feri sedia ada.

    AHLI KAWASAN BATU LANCANG (YB. ONG AH TEONG) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    28. Apakah status projek Jelutong Diversion dan bilakah projek itu dijangka siap?

    YAB. Ketua Menteri:

    28. Pelaksanaan Projek Jelutong Diversion yang melibatkan kerja-kerja pengukuhan struktur bawah tanah sedia ada sepanjang 495m telah

    dimulakan pada 28 Mei 2018 dengan tempoh perlaksanaan selama 17 bulan. Sehingga September 2019, projek ini telah mencapai 87% siap

    berbanding 98% yang dijadualkan. Kelewatan 11% daripada jadual adalah disebabkan oleh faktor cuaca dan hujan yang menyebabkan kapasiti aliran air yang sangat tinggi serta memberi kesan ke atas kerja-

    kerja pengukuhan struktur saluran bawah tanah yang sedang dijalankan. Projek ini dijangka akan siap pada Mac 2020.

  • 33

    AHLI KAWASAN AIR ITAM (YB. JOSEPH NG SOON SIANG) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    29. Sejak 2018, berapakah pertandingan dan acara sukan bertaraf antarabangsa dan kebangsaan telah dianjurkan di Negeri Pulau Pinang?

    (a) Adakah Kerajaan Negeri akan menganjurkan pertandingan/acara sukan tersebut pada masa yang akan datang?

    YAB. Ketua Menteri:

    29. Negeri Pulau Pinang sentiasa dijadikan destinasi untuk penganjuran sukan sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dengan keunikan

    yang terdapat di Pulau Pinang telah berjaya menarik minat ramai pihak penganjur untuk menganjurkan acara sukan di Pulau Pinang menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan acara sukan. Pada tahun 2018,

    sebanyak 19 kejohanan sukan bertaraf antarabangsa dan 12 kejohanan bertaraf kebangsaan telah dianjurkan di Pulau Pinang. Manakala pada

    tahun 2019, sebanyak 18 kejohanan bertaraf antarabangsa dan 19 kejohanan peringkat kebangsaan akan dilaksanakan selari dengan usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Bandaraya

    Sukan Bertaraf Antarabangsa.

    (a) Melihatkan kepada bilangan penganjuran acara sukan yang semakin mendapat tempat di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri

    akan menumpukan kepada dua (2) aspek penting iaitu menganjurkan acara dan mempromosikan Pulau Pinang sebagai

    destinasi penganjuran sukan. Kerajaan Negeri dengan persatuan sukan dan pihak swasta akan bekerjasama dalam menganjurkan acara sukan dengan menjadi pemudah cara bagi sesuatu

    penganjuran acara sukan. Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan permohonan sekiranya terdapat pihak yang

    hendak menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi penganjuran sukan secara tahunan. Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga sedang giat memperbanyakkan kemudahan sukan seperti Multipurpose

    Sport Arena dan Pusat Akuatik di Ampang Jajar, Nibong Tebal Arena, Stadium Mini Permatang Rawa dan Akademi Badminton

    Sungai Pinang. Usaha-usaha ini dilihat mampu menarik lebih ramai lagi penganjur untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan penganjuran sukan di peringkat kebangsaan dan

    antarabangsa.

    AHLI KAWASAN MACHANG BUBUK (YB. LEE KHAI LOON) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    30. Kajian tentang usaha menjadi penjaja makanan di Pulau Pinang lestari telah dijalankan oleh Nicholas Chong dari Penang Institute.

    (a) Sejauh manakah cadangan-cadangan tersebut dilaksanakan dan diusahakan oleh Kerajaan Negeri?

  • 34

    (b) Nyatakan keberkesanan dan masalah yang dihadapi ke atas setiap usaha yang dijalankan.

    (c) Apakah status terkini tentang pencalonan Pulau Pinang dalam makanan jalanan UNESCO?

    YAB. Ketua Menteri:

    30. (a) Satu kajian bertajuk Making Food Hawking in Penang Sustainable oleh Nicholas Chong dari Penang Institute telah

    disiarkan dalam majalah Penang Institute pada 1 Februari 2019. Menurut kajian tersebut, sebanyak tujuh (7) langkah telah dicadangkan untuk menjadikan penjaja makanan di Pulau Pinang

    lebih mampan.

    Status dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk keberkesanan dan masalah adalah seperti di

    jadual di LAMPIRAN A yang akan diletak di atas meja Yang Berhormat selepas sesi Soalan Lisan.

    Kerajaan Negeri telah menghantar surat permohonan mengenai cadangan nominasi gabungan dengan Singapura bagi unsur

    kebudayaan penjaja atau Street Hawker Culture kepada Jabatan Warisan Negara pada 12 April 2019 dan Kementerian Pelancongan,

    Seni dan Budaya (KPSB) pada 29 April 2019. Pencalonan bagi Street Hawker Culture adalah di bawah Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage of Humanity di mana

    UNESCO merupakan sekretariatnya. Kerajaan Negeri pada 31 Mei 2019 telah menerima maklum balas daripada Timbalan Menteri

    Pelancongan, Seni dan Budaya memaklumkan bahawa KPSB melalui Jabatan Warisan Negara belum bersedia untuk menghantar pencalonan kerana terdapat banyak perkara yang perlu disediakan

    oleh pihak Malaysia bagi tujuan pencalonan tersebut. Antaranya ialah seperti berikut:

    (i) Melaksanakan penyelidikan lebih terperinci;

    (ii) Melengkapkan inventori;

    (iii) Mewujudkan Pelan Perlindungan; dan

    (iv) Menyediakan dokumen pencalonan serta lain-lain perkara

    berkaitan yang mana ianya memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk diselesaikan.

    RUJ. LAMPIRAN A (LKL)

    AHLI KAWASAN PENANTI (YB. DR. NORLELA BINTI ARIFFIN) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

    31. Kenaikan cukai taksiran menjana tambahan RM39,743,077.02 untuk MBSP dan RM54,338,822.00 untuk MBPP. Kerja-kerja pembersihan

    kontraktor MARRIS dibiayai Kerajaan Persekutuan, dan sekarang seluruh inci Seberang Perai dan Pulau status Bandaraya.

  • 35

    (a) Adakah kawasan kampung akhirnya dapat servis pembersihan am dan landskap, pembangunan, infrastruktur dan kemudahan awam?

    YAB. Ketua Menteri:

    31. Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu

    Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sememangnya melaksanakan perkhidmatan pembersihan am jalan, parit, pokok dan landskap serta pembangunan infrastruktur dan

    kemudahan awam di kawasan kampung walaupun tidak menggunakan peruntukan MARRIS. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 1

    Ogos 2019 dan disahkan pada 14 Ogos 2019 telah bersetuju mempertimbang dan meluluskan penetapan tarikh kuat kuasa garis panduan penetapan tanggungjawab oleh jabatan dan agensi kerajaan

    berkenaan penyelenggaraan jalan, parit, pokok dan landskap di Pulau Pinang pada 1 Ogos 2019. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri juga telah

    menetapkan pihak yang bertanggungjawab menyelenggara jalan dan kebersihan di Pulau dan kawasan Seberang Perai di Pulau Pinang sebagai penambahbaikan untuk mengatasi masalah yang dihadapi di sesetengah

    kawasan di Pulau Pinang.

    (a) Pihak PBT Negeri telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan pembersihan am jalan, parit, pokok dan landskap serta

    pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan kampung menggunakan pendapatan yang diperolehi daripada kutipan cukai taksiran setiap tahun mengikut lingkungan had

    sempadan pentadbiran masing-masing.

    Perkhidmatan yang disediakan oleh MBPP di kawasan kampung adalah seperti berikut:

    (i) Menjalankan kerja-kerja pembersihan awam khususnya perkhidmatan pungutan sampah domestik bagi kawasan

    kampung dijalankan tiga (3) kali seminggu dengan menggunakan kenderaan High Side Tipper (1 tan);

    (ii) Menjalankan pungutan sampah domestik untuk tong

    komunal yang terletak di kawasan kampung dijalankan setiap hari;

    (iii) Menjalankan pungutan sampah pukal dan kebun mengikut penjadualan dan keperluan;

    (iv) Melakukan pembersihan jalan utama dan parit yang

    dikonkritkan bagi sesuatu kawasan dilaksanakan mengikut penjadualan dan keperluan;

    (v) Menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam bagi tujuan memenuhi keperluan masyarakat kampung dari segi

    infrastruktur, kemudahan asas dan pengindahan dengan menggunakan peruntukkan khas semua Ahli Majlis sebanyak

    RM375,000.00. Kerja-kerja yang dijalankan ini tidak terhad kepada bidang dan kawasan penyelenggaraan MBPP sahaja malah meliputi pelbagai kerja di luar bidang kuasa dan

  • 36

    pentadbiran Majlis mengikut garis panduan yang ditetapkan; dan

    (vi) Memasang sebanyak 98 unit lampu awam di kawasan

    kampung pada tahun 2018 dan 80 unit lagi pada tahun 2019. Pada tahun 2020, MBPP telah menyediakan peruntukan

    sebanyak RM500,000.00 untuk pemasangan lampu awam baharu yang mana sebahagian besarnya akan digunakan untuk pemasangan lampu awam di kawasan kampung.

    Perkhidmatan yang disediakan oleh MBSP di kawasan kampung

    pula adalah seperti berikut:

    (i) Menjalankan kerja-kerja pembersihan awam seperti pungutan sampah domestik untuk tong komunal, pukal dan kebun di kawasan kampung mengikut jadual dan keperluan;

    (ii) Menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan, pemotongan

    rumput dan pembersihan parit tepi jalan bagi jalan-jalan kampung yang mempunyai kelebaran antara 8 – 14 kaki mengikut jadual dan keperluan;

    (iii) Membangunkan infrastruktur dan kemudahan awam seperti

    naik taraf jalan, longkang dan bangunan am mengikut keperluan;

    (iv) Memasang lampu jalan baharu dan di tiang sedia ada

    termasuk menaik taraf lampu-lampu jalan awam dari jenis High Pressure Vapour Sodium (HPSV) kepada jenis Light Emitting Diode (LED); dan

    (v) Lain-lain perkhidmatan pembersihan am iaitu jalan, parit,

    pokok dan landskap serta pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan kampung-kampung dengan menggunakan peruntukan-peruntukan Ahli Majlis.

    Sempena penarafan MBSP sebagai Bandaraya, satu Pelan Hala Tuju MBSP

    telah disediakan bagi menambah baik mutu perkhidmatan MBSP. Pelan Hala Tuju seperti Lampiran A akan diletakkan di atas meja Yang

    Berhormat selepas ini.

    AHLI KAWASAN BAGAN DALAM (YB. SATEES A/L MUNIANDY) bertanya

    kepada YAB. Ketua Menteri:

    32. Penularan fake news menjadi fenomena serius di mana Kerajaan Negeri

    sendiri menjadi mangsa berita palsu ini beberapa kali.

    (a) Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk

    mengekang penyebaran berita palsu ini?

    (b) Sila perincikan tindakan undang-undang yang telah diambil Kerajaan Negeri terhadap fake news sepanjang tahun 2018 dan

    2019.

  • 37

    YAB. Ketua Menteri:

    32. (a) Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengekang penyebaran berita palsu terutamanya melibatkan

    Negeri Pulau Pinang adalah liputan-liputan semasa merangkumi fakta serta maklumat yang sahih daripada barisan kepimpinan

    negeri. Malah, jika tersebarnya berita palsu, barisan kepimpinan negeri akan segera menyalurkan maklumat-maklumat tepat

    kepada pihak/jabatan/bahagian tertentu di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri agar tindakan segera dapat dikenal pasti serta dilaksanakan.

    Umumnya, platform media sosial digunakan untuk penyebaran

    fakta yang betul pada kadar sesegera yang mungkin. Selain itu, kenyataan atau sidang media juga akan diadakan mengikut

    keperluan, selain laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan lanjut.

    Tindakan pantas berhubung maklum balas berita-berita palsu yang

    diviralkan secara tidak langsung dapat mengekalkan keharmonian kepelbagainan kaum di negeri Pulau Pinang khususnya dan yang

    paling penting adalah mengelak kebencian.

    (b) Sepanjang tahun 2018 dan 2019, barisan kepimpinan serta pihak-pihak berkaitan yang menjadi mangsa berita-berita palsu yang

    tersebar di laman media khususnya telah membuat laporan polis sebagai tindakan lanjut dan difahamkan bahawa siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa tersebut. Ini termasuk laporan yang

    dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

    Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua

    Menteri:

    33. Senaraikan hotspot banjir di KADUN Jawi.

    (a) Apakah projek-projek tebatan banjir yang dirancang bagi

    mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot ini?

    YAB. Ketua Menteri:

    33. Berdasarkan kajian pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), terdapat 25 kawasan hotspot banjir di KADUN Jawi yang melibatkan Sungai Kerian, Sungai Jawi dan Parit B2 Sanglang. Senarai kawasan hotspot banjir mengikut sungai

    terlibat adalah seperti berikut:

  • 38

    1. Kawasan perumahan di Lembangan Sungai Kerian iaitu:

    (a) Taman Pekaka Transkrian;

    (b) Taman Indrawasih;

    (c) Taman Sri Bayu;

    (d) Taman Sentosa;

    (e) Taman Permai;

    (f) Taman Nibong Tebal;

    (g) Taman Ilmu;

    (h) Taman Permai;

    (i) Kampung Haji Omar;

    (j) Kampung Haji Isa;

    (k) Kampung Tanjung Berembang; dan

    (l) Kampung Sg. Udang.

    2. Kawasan perumahan di Sungai Jawi iaitu:

    (a) Kampung Sethu;

    (b) Kampung Selut;

    (c) Kampung Jawi;

    (d) Taman Sg.Duri Permai;

    (e) Taman Sg.Duri Indah;

    (f) Taman Desa Jawi;

    (g) Taman Jawi Jaya; dan

    (h) Taman Halaman Indah.

    3. Kawasan perumahan di Parit B2 Sanglang iaitu:

    (a) Kampung Sanglang;

    (b) Taman Veerapen;

    (c) Taman Penting;

    (d) Taman Belatuk; dan

    (e) Kampung Stesen.

  • 39

    (a) Sejumlah empat (4) projek tebatan banjir telah dirancang oleh JPS dan MBSP bagi mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot banjir

    berkenaan. Senarai projek terlibat adalah seperti berikut:

    BIL. KAWASAN

    HOTSPOT BANJIR

    PROJEK

    TEBATAN BANJIR

    STATUS PROJEK AGENSI

    PELAKSANA

    1. Sungai

    Kerian

    Rancangan

    Tebatan Banjir (RTB) Lembangan

    Sungai Kerian, Seberang Perai

    Selatan, Pulau Pinang.

    Telah diluluskan

    oleh Kerajaan Persekutuan dan sedang dalam

    pelaksanaan (kemajuan fizikal:

    95.95%) Projek dijangka siap pada Mac 2020.

    JPS

    2. Sungai Jawi, Taman Jawi Jaya, Taman

    Halaman Indah dan

    Kg. Sethueu,

    RTB Lembangan Sungai Jawi

    Belum diluluskan. Pihak JPS Malaysia akan

    melaksanakan Kajian

    Keberkesanan Penyelesaian Banjir Jangka

    Panjang Di Negeri Pulau Pinang

    Termasuk Daerah Kulim dan Bandar Bharu di Negeri

    Kedah memandangkan

    kejadian banjir di dalam kawasan cadangan RTB

    Sungai Jawi ini turut berpunca dari

    limpahan air banjir dari Kulim, Kedah. Oleh itu projek

    RTB Sungai Jawi adalah tertakluk

    kepada hasil kajian tersebut dan juga

    kelulusan peruntukan Persekutuan Tahun

    2020 (RP4) RMKe-11.

    JPS

  • 40

    BIL. KAWASAN HOTSPOT BANJIR

    PROJEK TEBATAN BANJIR

    STATUS

    PROJEK

    AGENSI PELAKSANA

    3. Parit B2 Sanglang,

    Taman Penting, Taman

    Veerapen, Taman

    Belatuk dan Kg. Stesen

    Cadangan Menaik taraf Rumah Pam

    Sanglang sediada

    Dalam proses pelantikan

    Jurutera Perunding bagi penyediaan rekabentuk

    terperinci menggunakan

    peruntukan negeri (Caruman Perparitan).

    Permohonan bajet bagi kos fizikal

    bagi pembinaan sebanyak RM10 juta telah dimohon

    di bawah permohonan RMK-

    12 melalui JPS Malaysia. Pelaksanaan

    projek dijangka bermula pada

    tahun 2021.

    4. Taman Nibong

    Tebal

    Kerja-kerja naik taraf parit

    dalaman dan utama di Taman Nibong Tebal

    untuk mengurangkan

    risiko banjir kilat.

    Kerja-kerja telah bermula pada 1

    April 2019 dan dijangka siap pada 30 Nov. 2019.

    MBSP

    Kerja-kerja memasang kekotak

    pembentung di Jalan Teluk Ipil

    (hadapan rumah pam JPS) untuk mempercepatkan

    aliran air dari taman ke rumah

    pam.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memanggil tender

    untuk kerja-kerja memasang

    kekotak pembentung di Jalan Teluk Ipil

    (hadapan rumah pam JPS) untuk

    mempercepatkan aliran air dari taman ke rumah

    pam.

    JKR

  • 41

    AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN (YB. GOH CHOON AIK) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri

    34. Sila nyatakan jumlah pelancong tempatan dan pelancong asing ke Bukit Bendera pada 2019.

    (a) Apakah hala tuju Bukit Bendera dan sasaran kumpulan pelancong dalam Pelan Induk Pelancongan?

    (b) Nyatakan jumlah bilik penginapan sedia ada dan jumlah

    penginapan pelancong pada 2019.

    (c) Apakah status cadangan pemajuan hotel di Bukit Bendera?

    YAB. Ketua Menteri:

    34. Sehingga 17 Oktober 2019, sejumlah 1,380,851 orang pelancong telah melawat Bukit Bendera pada tahun 2019 di mana seramai 874,949 orang

    adalah pelancong tempatan sementara jumlah pelancong asing adalah seramai 505,902 orang telah melawat Bukit Bendera pada tahun 2019.

    (a) Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang masih dalam peringkat

    perancangan. Kerajaan Negeri sedang meneliti semua cadangan yang diterima dan perancangan serta hala tuju yang terperinci akan dimaklumkan selepas kajian tersebut disiapkan.

    Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang

    (PBBPP) akan terus mempertingkatkan perkhidmatan dan keselesaan pengunjung bagi memastikan Bukit Bendera menjadi

    destinasi eko-pelancongan yang terunggul di Malaysia dan di rantau ini. PBBPP juga komited dengan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan alam semula jadi Bukit Bendera bagi

    mengekalkan status tarikannya sebagai destinasi pelancongan utama bagi pelancong dari dalam dan luar negara.

    (b) Bagi tahun 2019, jumlah bilik penginapan sedia ada di Bukit Bendera adalah 12 bilik melalui Hotel Bellevue. Manakala, kadar

    penginapan pelancong adalah antara 30% hingga 40%.

    (c) Bagi cadangan pemajuan hotel di Bukit Bendera, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) telah dipertanggungjawabkan untuk

    pembangunan semula Hotel Crag di atas Bukit Bendera melalui Request For Proposal (RFP) For The Restoration, Refurbishment, Redevelopment And Management Of Crag Hotel at

    Lot 100, Mukim 17, Bukit Bendera (Penang Hill), North East District, George Town, Penang, Malaysia. Kerajaan Negeri telah

    melantik sebuah syarikat swasta berkelayakan antarabangsa bagi tujuan pembangunan dan pengurusan hotel bertaraf enam (6) bintang tersebut dengan penjenamaan sebagai Aman Crag.

    Bilangan bilik hotel yang dicadangkan adalah sebanyak 28 bilik.

    Selaras dengan keperluan Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera dan saranan daripada Panel Penasihat Reka Bentuk Bukit Bendera

    (Penang Hill Design Review Panel), pihak syarikat telah menyediakan Laporan Geoteknikal dan telah dikemukakan kepada

  • 42

    Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Berisiko (MJTB) pada 28 Ogos 2019. Selanjutnya, Mesyuarat Tanah Berisiko pada 22

    Oktober 2019 telah bersetuju dengan Laporan Geoteknikal yang disediakan oleh pihak pemaju dan akan dikemukakan kepada Unit

    OSC, Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk pertimbangan permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh syarikat.

    Selain itu, bagi menambahkan bilangan penginapan di Bukit Bendera, Kerajaan Negeri juga sedang mengusahakan perkara-

    perkara berikut:

    (i) Banglo Hillside akan dioperasikan sebagai Hillside Retreat. Pada masa ini, kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan dan dijangka mula beroperasi dijangka hujung

    November 2019;

    (ii) Banglo Woodside dicadangkan sebagai Boutique

    Hotel/Unique Tourism Attraction. Projek ini sedang dalam proses penyelesaian sempadan tanah. Pengiklanan Request for Proposal (RFP) akan disusuli setelah isu tanah

    diselesaikan;

    (iii) Banglo Convalescent dicadang untuk dibangunkan sebagai

    Eco-Friendly Hotel yang dijangka mempunyai anggaran 250 hingga 300 bilik. RFP Pembangunan Eco-Friendly Hotel akan

    disediakan oleh PBBPP. Pengiklanan Request for Proposal (RFP) akan disusuli setelah isu tanah diselesaikan; dan

    (iv) Pembangunan affordable accommodation di kawasan Coolie Line. Pada masa ini, proses penyiasatan tapak sedang dijalankan dan RFP bagi pembangunan tersebut dijangka diiklankan pada awal tahun 2020.

    AHLI KAWASAN PULAU TIKUS (YB. LEE CHUN KIT) bertanya kepada

    YAB. Ketua Menteri:

    35. Apakah dasar-dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan pemilik-pemilik

    lot tanah yang terjejas dalam proses pengambilan tanah untuk projek-projek infrastruktur Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan akan mendapat pembayaran atau pampasan adil se