mesyuarat kedua penggal persidangan kedua …dun.penang.gov.my/images/hansard 2019/november...soalan...

51
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 1 NOVEMBER 2019 (JUMAAT) Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Upload: others

Post on 16-Feb-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

1

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

1 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)

Dikeluarkan oleh

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PULAU PINANG

Page 2: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

2

LAPORAN PERSIDANGAN

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

1 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)

Kandungan Muka Surat

KEHADIRAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT 3 - 5

PENGUMUMAN OLEH YANG DI-PERTUA DEWAN

UNDANGAN NEGERI 6

SOALAN-SOALAN LISAN

Soalan No. 1 – Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan

Lee) 8

Soalan No. 2 – Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) 17

Soalan No. 3 – Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) 20

Soalan No. 4 – Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) 21

Soalan No. 5 – Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti

Arifin) 24

PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2020

DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2020 OLEH YAB. KETUA

MENTERI

29

DEWAN DITANGGUHKAN

Page 3: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

3

LAPORAN PERSIDANGAN

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

Tarikh : 1 NOVEMBER 2019 (JUMAAT) Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Dewan Persidangan, Dewan Sri Pinang

Jalan Tun Syed Sheh Barakbah Pulau Pinang.

HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua

Dewan Undangan Negeri

2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota

3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin

Abd. Rahman

Timbalan Ketua Menteri I /

Pinang Tunggal

4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II /

Perai

5. YB. Chong Eng Padang Lalang

6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat

7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu

8. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji

Hussain

Batu Maung

9. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal

10. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai

Bakap

11. YB. Teh Lai Heng KOMTAR

12. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang

13. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti

14. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk

15. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang

16. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam

17. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas

18. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga

Page 4: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

4

Bil. Nama Ahli Kawasan

19. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah

20. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima

21. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus

22. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang

23. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam

24. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban

25. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar

26. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam

27. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

28. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong

29. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun

30. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota

31. YB. Heng Lee Lee Berapit

32. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh

33. YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua

34. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan

35. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

TIDAK HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya

2. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga

3. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong

4. YB. Lim Guan Eng Air Putih

5. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak

6. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir

Page 5: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

5

AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.

HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri

2. YB. Dato’ Norazmi Bin Mohd. Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri

3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri

TURUT HADIR

Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Page 6: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

6

Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi

Setiausaha Dewan:

Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan

Negeri.

Bacaan Doa.

Timbalan Setiausaha Dewan:

Bacaan Doa.

Setiausaha Dewan:

Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Selamat Pagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Salam Sejahtera. Selamat Deepavali. Salam Pulau Pinang 2030.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, ada dua (2) bekas Ahli Dewan Undangan Negeri telah meninggal dunia iaitu pertamanya Allahyarham Datuk Haji Azhar bin Ibrahim telah pun meninggal

dunia pada 23 Oktober 2019. Allahyarham telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Penaga dari 1990 sehingga 2013. Allahyarham

juga pernah dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri dari 1995 hingga 2008 dan sebagai Ketua Pembangkang dari 2008 hingga 2013.

Kedua, manakala Allahyarham Datuk Haji Ahmad bin Saad telah meninggal dunia pada 19 Mei 2019. Allahyarham telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dari 1990 hingga 1995 dan Ahli Dewan

Undangan Negeri kawasan Permatang Pasir mulai 1995 hingga 1999. Oleh itu, para hadirin saya mohon untuk bertafakur selama 1 minit. Para hadirin diminta

berdiri.

Timbalan Setiausaha Dewan:

Al-Fatihah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila duduk para hadirin. Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Terutama

Yang di-Pertua Negeri telah pun menetapkan hari ini 1 November 2019 sebagai hari permulaan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-14 melalui perisytiharan bertarikh 12 September 2019 yang telah pun diwartakan

pada 19 September 2019. Dalam sesi ini kita akan mempertimbangkan 73 soalan lisan, 662 soalan bertulis, 1 Rang Undang-Undang dan 2 usul. Mesyuarat akan

bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai.

Page 7: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

7

Setiausaha Dewan:

Pembentangan risalah-risalah.

YAB. Ketua Menteri:

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon membentangkan di atas

meja Dewan, Risalah Bilangan 7 hingga 18 tahun 2019 seperti yang tersenarai dalam Susunan Urusan Mesyuarat.

Setiausaha Dewan:

Soalan-soalan. Soalan bertulis.

YAB. Ketua Menteri:

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan bertulis telah diletakkan di atas meja ahli yang bertanya selaras dengan Sub peraturan 15(1)(h), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan

Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Setiausaha Dewan:

Soalan lisan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum soalan lisan, sedikit pengumuman

tambahan ingin saya sampai kepada Dewan yang mulia ini. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan bahawa saya telah pun terima tiga (3) pucuk surat

daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini atau pun pada hari pertama ini.

Pertamanya Yang Berhormat Seberang Jaya telah pun memaklum kepada Dewan, pada kali ini beliau tidak dapat menghadiri kesemua hari-hari persidangan untuk kali ini. Dan yang kedua, Yang Berhormat daripada Tanjung Bunga telah

pun memaklum kepada Dewan dan yang ketiga, Yang Berhormat daripada Paya Terubong yang juga telah pun memaklum kepada Dewan. Mereka dua (2) ini tidak

dapat menghadir pada hari ini, hari pertama dan mereka akan berada di Dewan pada hari Isnin yang akan datang. Cumanya peringatan kepada semua bahawanya ketidakhadiran Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat

kebelakangan ini telah pun menjadi isu dan saya ingin memberi perhatian kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat di dalam Dewan supaya mengambil ia

sebagai perkara yang serius.

Sila. Soalan lisan. Soalan yang pertama saya persilakan.

Page 8: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

8

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):

Dato’ Speaker, soalan saya soalan 1.

No. 1. Adakah Cukai Pintu yang dikenakan kenaikan tarif akan membebankan rakyat Pulau Pinang?

(a) Apakah langkah-langkah atau pun tindakan-tindakan yang akan diambil sekiranya rakyat tidak mampu membayar?

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Speaker dan kepada rakan saya daripada Kebun Bunga atas soalan yang pertama iaitu adakah Cukai Pintu yang

dikenakan kenaikan tarif akan membebankan rakyat Pulau Pinang? Dan apakah langkah-langkah atau pun tindakan-tindakan yang akan diambil sekiranya rakyat tidak mampu membayar?

Dato’ Speaker, saya mohon izin supaya soalan ini saya jawab bersama-sama dengan soalan 7 iaitu 1 soalan daripada rakan saya daripada Jawi, di mana

soalan berbunyi mengapakah Kerajaan Negeri menaikkan cukai taksiran di Pulau Pinang? Beri sebab-sebab khususnya untuk Seberang dan juga soalan 17 yang berbunyi kenaikan cukai taksiran atau pun cukai pintu telah menyebabkan

bantahan rakyat Pulau Pinang, apakah alasan kenaikan dan berapa kali kenaikan telah berlaku sejak 2008 dan soalan 23, soalan 17 adalah daripada rakan saya

daripada Penaga dan soalan 23 daripada Permatang Berangan, also on cukai taksiran. Similar questions jadi saya harap dapat diberi kebenaran.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Boleh.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Dato’ Speaker, baru-baru ini sememangnya kita telah pun menjalankan satu kajian semula cukai taksiran di mana pada bulan Mei Kerajaan Negeri telah

bersetuju dengan permohonan daripada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga Majlis Bandaraya Seberang Perai yang sudah jadi bandaraya sekarang. Kebetulan masanya di mana ia telah pun

diumumkan pada bulan September oleh saya bagi pihak Kerajaan Negeri.

Untuk makluman semua rakan-rakan saya di dalam Dewan yang mulia ini,

peruntukan perundangan memerlukan satu kajian semula cukai taksiran khususnya Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana setiap lima tahun perkataan yang digunakan dalam seksyen itu, Kerajaan Negeri akan atau pun

Pihak Berkuasa Tempatan, sorry….(dengan izin), dikehendaki, Dato’ Speaker, untuk membuat satu kajian semula terhadap senarai nilaian. Untuk makluman

semua rakan-rakan saya di sini, kedua-dua Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga Majlis Bandaraya Seberang Perai menggunakan kadar nilaian yang bertarikh 2005. Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkuatkuasa 1 Januari 2005, untuk

Majlis Bandaraya Seberang Perai berkuatkuasa 1 Julai 2005. Sejak tarikh itu sehingga sekarang 2019 iaitu 15 tahun tempohnya Dato’ Speaker, tiada kajian

semula berlaku. Jadi kita perlu ada perspektif perundangan yang mengkehendaki, nombor 1, saya beritahu tadi Seksyen 137 tetapi ini tidak dibuat oleh negeri Pulau

Page 9: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

9

Pinang. Dan untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, saya ingin menyatakan bahawasanya kenaikan cukai taksiran ini sebenarnya tidak akan membebankan

rakyat kerana setiap sen yang kita akan kumpul akibat kenaikan cukai taksiran tersebut, akan sememangnya meningkatkan kehidupan rakyat melalui

penyediaan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur yang cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak rakyat.

Kepada soalan yang pertama daripada Yang Berhormat Kebun Bunga,

apakah langkah-langkah atau tindakan yang akan diambil untuk menangani rakyat yang tidak dapat mampu membayar. Now ini pun saya ingin menarik

perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu perundangan iaitu di dalam Akta Kerajaan Tempatan juga dan kalau kita lihat pada Seksyen 142, memang ada hak untuk didengar. Seksyen 141 terlebih dahulu, Dato’ Speaker, memberi hak untuk

membantah, first of all, iaitu 14 hari daripada penerimaan notis dengan kajian atau pun penilaian baru. Itu adalah perundangan. Tetapi di negeri Pulau Pinang,

apa yang kita buat, kita hantar notis dalam pertengahan bulan September. Kalau saya tak silap probably was the twelve of September if I not mistaken and apa yang berlaku, kita bukan saja mengikut undang-undang iaitu yang memerlukan

empat hari notis bantahan untuk diberikan, kita beri dua kali ganda, Dato’ Speaker. Kita bagi 32 hari iaitu sehingga 14 Oktober yang baru-baru ini, dua

minggu lalu, kita beri notis kepada mereka atau pun beri tempoh ruang 32 hari untuk memberi bantahan.

Dan untuk makluman semua di sini, kepada soalan-soalan yang lain juga yang berbunyi hampir sama, saya beri satu gambaran apa yang telah berlaku. Pada 14 Oktober apabila tempoh itu tamat, Dato’ Speaker, kita telah

buat semakan ke atas beberapa bantahan yang kita terima dan untuk makluman Dato’ Speaker, daripada 327,000 pegangan di bahagian Pulau, kita dapat

bantahan daripada 54,459 pemilik pegangan-pegangan pelbagai kategori tersebut ataupun 16.88% di bahagian Pulau. Di bahagian Seberang, daripada hampir sama 323,000 pegangan, kita dapat bantahan daripada 40,666 pemilik pegangan

pelbagai kategori tersebut ataupun bermaksud 12.42%, Dato’ Speaker. So itu langkah pertama melalui undang-undang, Seksyen 141, memberi hak untuk

bantah. Apa jadi setelah hak untuk bantah itu berlaku? Seksyen 142 akan terpakai yang memberi hak kepada setiap pembantah tersebut diberi peluang untuk didengar. This is all prescribed by law, Akta Kerajaan Tempatan. Jadi apa akan

berlaku? Kita lihat proses pendengaran bantahan tersebut sudah pun bermula Dato’ Speaker. In fact, it’s started on Tuesday, on 29th of October. Kita bermula

di kedua-dua belah Seberang Perai dan juga bahagian Pulau, proses pendengaran bantahan bermula iaitu di bulan Oktober ada satu pendengaran, saya tak silap bulan November akan ada 2, 3 di kedua-dua bahagian majlis and then followed

by December, another six and next year, every week there will be three hearing because we try to clear this the objections, like I said 54,459….(dengan izin) on

the island, 40,666 on the mainland. Jadi ia akan mengambil sedikit masa dan saya bincang dengan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan bagi Bandaraya Pulau Pinang dan juga Seberang Perai dan kita mempunyai satu garis masa di mana kita

harap semua ataupun kita sasarkan semua bantahan akan didengar dan diselesaikan menjelang bulan Mac tahun depan. So this is the process, prosedur

yang termaktub dalam undang-undang and kita sememangnya mengikut undang-undang.

Page 10: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

10

Dan saya telah menyatakan kepada rakan saya daripada Kebun Bunga, sekiranya ada merit kepada sesuatu bantahan itu, sudah pasti kita akan ambil

pertimbangan. I’ve said this to both my council, if there is the merit…(dengan izin), to that objections then we will consider it duly dan ada kemungkinan kadar

nilaian tersebut boleh dipertimbangkan semula untuk dikurangkan. Itu nombor 1. Selain daripada itu, selain daripada apa yang termaktub dalam undang-undang seperti yang saya nyatakan tadi, ingin juga saya jelaskan kita ada sememangnya

ada klinik-klinik yang disebut sebagai Klinik Tunggakan Cukai untuk membantu pemilik-pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran untuk dibayar

secara ansuran.

Jadi itu adalah serba sedikit soalan atau pun jawapan yang saya ingin berikan kepada rakan-rakan saya tetapi saya sememangnya mengalu-alukan

soalan-soalan tambahan kerana saya hendak selesaikan isu ini sekali gus pada hari yang pertama. Sekian Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Sila, soalan tambahan.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):

Dato’ Speaker. Saya ada soalan tambahan, tadi saya faham bahawa penerangan yang diberikan oleh YB. Datok Keramat bahawa penilaian semula ini

akan dibuat mengikut undang-undang setiap lima tahun. Okey, soalan saya ialah sama ada, memandangkan ekonomi, keadaan ekonomi yang lembab ataupun

kadang kala berlakunya krisis ekonomi di mana hartanah yang bukan saja nilainya akan susut tetapi mungkin ia akan jatuh dengan mendadak sama ada, soalan saya, sama ada pihak Kerajaan akan mempertimbangkan untuk bukan saja

meningkatkan tetapi menurunkan cukai pintu ini. Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Dato’ Speaker, untuk makluman Yang Berhormat rakan saya daripada Kebun Bunga, saya ingin menyatakan kepada beliau, beliau ada satu kekhuatiran tentang ekonomi lembab, mungkin harta hartanah akan turun. Untuk makluman

semua, portfolio saya, saya jawab hari ini sebagai Kerajaan Tempatan tetapi portfolio saya juga dua penggal sekarang adalah Perumahan. Ingin saya nyatakan

kepada semua, purata kenaikan harga hartanah iaitu perumahan in particular di Pulau Pinang adalah 8% setiap tahun. Itu bermaksud kalau 10 tahun hampir dua kali ganda harta itu akan jadi.

Ini adalah hakikat, fakta yang diiktiraf oleh NAPIC iaitu satu badan di bawah Kementerian Kewangan yang melihat kepada sektor perumahan. Jadi saya tahu

dan saya boleh beritahu kepada rakan saya daripada Kebun Bunga, walaupun ia mungkin turun sedikit apabila ekonomi lembab, ia telah naik hampir dua kali ganda dan oleh itu perlu ada penilaian semula. Kerana ada formula bagaimana

kita sampai kepada penilaian tersebut. Yang mana kita ambil rental yield daripada sesuatu perumahan tersebut atau pun kategori mana-mana jenis pegangan

tersebut untuk dalam formula tersebut. Dan oleh itu, kalau ada kenaikan dalam harga hartanah, sudah tentu perlu ada kenaikan dalam cukai taksiran tersebut. That is the rational di dalam Akta Kerajaan Tempatan yang

mengkehendaki setiap lima (5) tahun ada satu eksais untuk membuat penilaian semula tersebut. That is in relation for your answer specifically on your worry

Page 11: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

11

about what if economy drop even that is….(dengan izin) Dato’ Speaker, it is still in comparison to the last 15 years. I not even talking 10 years sebab 10 years

sudah 80% tapi ini sudah 15 tahun sekarang. So that is the rational and that was the reason behind the formula that is provided for….(dengan izin), by law, Dato’

Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih, sila.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):

Dato’ Speaker, ada…(gangguan).

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ya, sila.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Dengan izin Dato’ Yang Dipertua, saya ingin bertanya kepada Ahli Yang Berhormat Dato’ Keramat. Saya rasa soalan untuk soalan nombor 23 (a) dan (b) masih belum dijawab. Saya mohon untuk jawapan tersebut dan soalan tambahan

adalah bagaimanakah mekanisma dan berapakah kadar kiraan taksiran mengikut penilaian hartanah untuk pemilik hartanah dikenakan cukai-cukai tersebut dan

berapakah kadar minima yang akan dikenakan? Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Okey, saya pergi kepada soalan 23 di mana saya boleh beri penjelasan. Berkenaan sepertimana saya nyatakan tadi, bagaimanakah kita tentukan nilaian tahunan yang baru, saya tadi telah menyatakan sebenarnya ada

formula tetapi saya beri secara terperincilah ini adalah terhadap soalan khusus daripada rakan saya daripada Permatang Berangan iaitu ia akan ditentukan

dengan mengambil kira dua elemen iaitu nilai tahunan dan juga kadar dalam satu bentuk formula iaitu cukai taksiran adalah nilai tahunan kali kadar tersebut dan di bawah, sepertimana saya nyatakan tadi Dato’ Speaker, di bawah Akta Kerajaan

Tempatan, ia telah dijelaskan bahawa nilai tahunan adalah anggaran kasar sewa setahun yang munasabah dijangka akan diperolehi jika suatu harta disewakan

dalam bentuk formula seperti mana saya sebut tadi iaitu nilai tahunan ialah anggaran sewa kasar sebulan kali 12 kerana satu tahun. Dan berdasarkan kepada kajian penilaian semula yang telah dijalankan, senarai nilaian baru 2020 dijangka

akan dapat menambah pendapatan Majlis Bandaraya Seberang Perai bagi hasil cukai sebanyak RM39,743,077.00. Manakala Dato’ Speaker bagi Majlis Bandaraya

Pulau Pinang ia dijangka akan memperolehi satu tambahan pendapatan sebanyak RM54,242.988.00. Dan seperti mana saya nyatakan untuk soalan C rasional tadi saya sudah nyatakan ini semua sudah termaktub dalam undang-undang. I won’t

repeat this same answer. Seksyen 137 and your right under Seksyen 141. Dan saya ingat itu sahaja kalau saya nak jawab akan berulang. Unless is many other

specific this question. Permatang Berangan.

Page 12: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

12

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Cuma saya nak tanya sedikit tentang

isu kenaikan cukai taksiran sebab di kampung-kampung isu ini begitu panas dibincangkan di kedai kopi, di tempat-tempat, di surau bersembang tentang isu

kenaikan cukai taksiran dan mungkin mereka kurang jelas tentang kenaikan ini dan soalan saya yang pertama adakah pihak Pihak Berkuasa Tempatan memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada pihak-pihak sama ada melalui

pamplet dan sebagainya kepada masyarakat untuk menjelaskan tentang perkara ini. Sebab saya dengar tadi 2005 tidak dibuat kajian, sudah agak lama.

Dan keduanya adakah 327,000 premis yang dikenakan kenaikan kadar cukai taksiran pintu ini, adakah dia melibatkan juga dengan rumah-rumah kampung rumah kawasan kampung yang serba-serbinya kekurangan dari segi

servis mungkin hanya sampah sahaja lah. Tapi servis-servis lain dari segi longkang dan sebagainya masih kekurangan tapi cukai pintu kenaikan cukai

dikenakan kepada mereka-mereka yang di kampung. Dan yang ke-3 ini terdapat tunggakan. Saya tak pasti betul tak betul tapi ada tunggakan dalam pengenaan cukai ini. Kemungkinan ada tunggakkan disebut tunggakan dalam surat yang

diterima. Notis yang diterima. Adakah perlu kita kenakan tunggakan kepada orang yang perlu membayar cukai. Dan mungkin ia membebankan. Sebahagian ia bagi

masyarakat kampung membebankan kepada masyarakat. Terima Kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sungai Dua.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Tersebut adalah satu soalan yang baik. Kepada saya jawab yang akhir

sekali berkenaan tunggakkan tersebut. Itu satu isu yang berlainan. Kita sebut disini tentang exercise penilaian semula cukai taksiran tersebut itu satu (1).

Tunggakan sememangnya perlu dibayar. Itu a across the board. You have to pay your tunggakkan. Oleh itu sepertimana saya nyatakan tadi satu cara yang kita lihat kepada mereka yang ada tunggakan-tunggakan ini, kita ada klinik-klinik

untuk membantu mereka, membimbing mereka memberi package ansuran kepada mereka dan sebagainya. Itu satu (1). Tapi berkenaan soalan

pokok kita tentang memang di kedai kopi dan sebagainya banyak yang sedang bincang isu ini. Kenaikan cukai taksiran Dato’ Speaker, adalah berkenaan terhadap semua pelbagai pegangan kategori. Saya ulangi sekali lagi. Saya beri

contoh. Ia termasuk kediaman bertanah, kos rendah, kos sederhana rendah, mampu milik yang mewah semua kena. Kena pada pangsapuri dan kondo,

perdagangan, komersial, stesen minyak, kedai-kedai, hotel, industri dan sebagainya. Dan ada cara melalui formula yang tadi saya nyatakan. Dan saya hendak nyatakan di sini bahawa saya beri contoh kerana yang penting kita tak

mahu bebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Saya beri contoh Dato’ Speaker dalam satu tahun cukai taksiran kita dapat 2 kali. Ada 2 bil satu setiap

bulan, setiap 6 bulan. We all know that. Untuk makluman saya beri contoh di Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Untuk kediaman bertanah kos rendah dan kos sederhana rendah daripada bilangan keseluruhan unit 1,795 majoriti kenaikan

adalah 69% daripada bilangan yang saya sebut tadi. Di mana kenaikan dia 1 bil 6 bulan kurang dari RM5. Kurang dari RM1 ringgit sebulan. That is MBPP. I give you

the example. Kediaman berstrata that was landed just now. That was look that kediaman berstrata golongan kos rendah dan kos sederhana rendah daripada

Page 13: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

13

bilangan keseluruhan unit 90,949 majoriti kenaikan dia ialah 78% di mana di dalam 1 bil 6 bulan kurang daripada 0.50 sen. Itu MBPP.

Kita balik Majlis Bandaraya Seberang Perai, kediaman bertanah kos rendah, kos sederhana rendah daripada keseluruhan unit 23,337 majoriti kenaikan dia

ialah 68% di mana ia adalah kurang daripada RM15 sebulan. Se bill atau 6 bulan. Dan untuk strata di bahagian Seberang. Daripada bilangan 33,082 unit 95% kenaikan majority adalah kurang daripada RM3.90 sen setiap bil iaitu 6 bulan.

Again kurang daripada RM1 sebulan. So this is relation kos rendah, kos sederhana rendah golongan berpendapatan rendah. Saya agreed dengan rakan saya from

Sungai Dua. Kita tak mahu bebankan rakyat terutama golongan mereka tersebut. Itu nombor satu.

Nombor dua, apabila kita buat penilaian semula ini saya ada minta kedua-

dua Pihak Berkuasa Tempatan saya kita buat perbandingan. Perbandingan dengan Majlis Perbandaran lain yang setara. Okey. Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang

kita telah buat perbandingan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan juga Putrajaya setara. Dan kita dapati 15 tahun kemudian setelah penilaian berlaku kita masih kurang daripada mereka.

Dan mereka pun akan jalankan proses penilaian semula. Tapi sebelum itu pun kita masih kurang setelah kita naik. Faham. Number one. Number two, untuk Majlis

Bandaraya Seberang Perai kita ambil Majlis Bandaraya atau pun Perbandaran lain yang setara kita buat perbandingan dengan Subang Jaya dengan Dewan

Bandaraya Kota Kinabalu dan dengan Shah Alam. Masih kurang, sama, hujah saya setelah kenaikan masih kurang. Dan mereka belum proses penilaian semula. So, Penang still is very low even though after we have conducted this exercise or

penilaian semula Dato’ Speaker. Number two dan number three. Saya faham Sungai Dua. Apa Sungai Dua hujah tadi betul, orang nak tahu apa rasional apa

yang manfaat apa faedah yang kita akan dapati daripada kenaikan cukai taksiran. Very important question. Good thank you.

Untuk makluman Dato’ Speaker seperti mana saya nyatakan tadi walau pun

kita akan jangka mendapat kenaikan dalam hasil untuk kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan akibat exercise penilaian semula ini. Untuk Majlis Bandaraya Pulau

Pinang jangka kita tadi saya sebut 54 juta. Tahun depan. Tapi tahu tak semua rakan-rakan saya di sini. Bilangan projek yang kita ada dan apakah anggaran kos projek yang kita ada. Kita sebut tentang Majlis Bandaraya Pulau Pinang dulu.

Jangka kita dapat lebihan RM54 juta. Tapi untuk makluman semua di sini, projek yang telah dirancangkan untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah 179 juta. 3

kali 4 kali ganda jangkaan hasil yang akan kita kutip kenaikan hasil tersebut, this is for MBPP. For MBSP tadi saya sebut jangkaan hasil kita akan dapat daripada kenaikan cukai taksiran ini berapa? RM39 juta. Tapi tahu tak projek-projek yang

kita telah rancang, apa kos dia. Untuk Majlis Bandaraya Seberang Perai, RM169 juta Dato’ Speaker. Saya ada senarai pelbagai projek yang ada di sini. I don’t

mind say it because is very important. Untuk MBPP I give a few example. RM179 juta ini apa yang merangkumi, kita hendak tahu apa yang kita buat dengan duit rakyat orang awam ini. Very important. Every cent you must to accountable to

the rakyat, I agree. RM179 milion antara lain Projek Tebatan Banjir. Projek-projek Pembangunan Am, Projek Pembangunan Infrastruktur, Projek Pengurusan Sisa

Pepejal. Projek untuk keselamatan kita, pemasangan CCTV dan sebagainya. Ini semua selari visi Penang2030. Yang mana kita hendak berfokuskan keluarga, negeri pintar. We can’t let behind. Kita tidak boleh ketinggalan zaman, all this cost

money. Negeri hijau cogan kata kita Bersih, Hijau, Selamat, Sihat. Kalau kita nak

Page 14: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

14

jadi bersih, kita hendak jadi selamat, kita hendak jadi sihat dan hijau bagaimana? Perlu ada wang untuk kita belanja. Ini beberapa contoh yang saya beri. kalau

hendak secara terperinci nanti saya boleh beri nanti. Many-many program but the umbrella this a thing a looking that. MBSP RM169 million. Ini adalah perancangan

hampir 46 projek yang membawa jumlah RM169 juta antara lain Dato’ Speaker, pembinaan pasar awam, kemudahan awam, juga Rancangan Tebatan Banjir. Apabila dah banjir kita disalahkan tak ambil tindakan, kalau nak ambil tindakan

bagaimana Dato’ Speaker? Perlu ada wang. Again on seberang site because maybe you want to know. Pemasangan dan penyelenggaraan CCTV selari

dengan kita punya objektif untuk jadi bandar selamat.

Kita buka pelbagai perkhidmatan di Majlis Bandaraya Seberang Perai yang telah mendapat banyak pengiktirafan bukan sahaja di peringkat negeri, di

peringkat negara. Satu tepukan kepada Dato’ Bandar yang baru kita. (Dewan tepuk). Kita hendak bina juga rancangan untuk 1 Convention Center di Perda.

Penaiktarafan kemudahan-kemudahan awam seperti kompleks-kompleks sukan dan sebagainya. Dan sebagaimana, ada banyak Dato’ Speaker. But this are the reason you can explain to those people when you at coffee shop. Apabila kita ada

di kedai kopi, maklum pada mereka ia adalah untuk manfaat dan faedah mereka sendiri. Dan anak-anak mereka. Itulah Dato’ Speaker. Apa yang saya ingin

nyatakan. Sekian. Thank you very much.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Minta penjelasan. Terima Kasih Dato’ Speaker, Terima Kasih Datok Keramat yang telah memberi penjelasan yang begitu terperinci. Cuma saya nak tahu lebih lanjut, setujukah Yang Berhormat Datok Keramat bahawa kenaikan cukai taksiran

ini memang akan mendatangkan implikasi yang negatif terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, yang sebelum ini sebelum Pilihan Raya kita diterima

satu keadaan di mana cukai taksiran untuk rumah kos rendah dan sederhana rendah itu, semua dikecualikan cukai taksiran. Tambahan pula bila rakyat digembirakan dengan menaiktaraf Majlis Perbandaran Seberang Perai menjadi

Majlis Bandaraya. Berita baik itu diterima dengan cukai taksiran akan ditingkatkan. So, suasana yang sebegini memang menimbulkan banyak rungutan

dan juga ketidakpuasan di kalangan rakyat khasnya golongan B40 yang mereka hanya mungkin ada satu (1) rumah saja.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Pergi soalan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

So, saya rasa saya nak minta pandangan daripada Datok Keramat. Bolehkah kita Kerajaan Negeri mengecualikan kenaikan cukai taksiran keatas pemilik-pemilik rumah kos rendah dan juga kos sederhana rendah, yang sebelum

ini tak perlu bayar. Dua (2) tahun saya difahamkan. Kali ini bolehkah mereka golongan B40 ini, dikecualikan untuk kenaikan kadar cukai taksiran dan bukan

dikecualikan untuk bayaran cukai taksiran.

Page 15: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

15

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Dato’ Speaker, berkenaan implikasi kepada Pakatan Harapan, saya

percaya saya telah nyatakan tadi. Kita ada buat perbandingan dengan pelbagai Majlis Bandaraya lain yang menunjukkan kita masih antara Pihak Berkuasa

Tempatan yang mempunyai cukai taksiran yang rendah, itu nombor 1.

Nombor 2, berkenaan keperluan di untuk menilai semula. Membuat penilaian semula ini, saya telah jelaskan tadi ini adalah satu kehendak peruntukan

perundangan iaitu Akta Kerajaan Tempatan Seksyen 137 semua negeri lain. Semua negeri lain, walaupun sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 yang negeri-

negeri yang diterajui Barisan Nasional dahulu, itu mereka pun telah buat penilaian semula. Ini adalah satu kehendak perundangan. Di negeri Pulau Pinang, 15 tahun kita tak buat, nombor 1. Nombor 2.

Nombor 3, berkenaan permohonan pengecualian cukai taksiran terhadap golongan kos rendah, kos sederhana rendah ini memang dua (2) tahun sudah

memang ada pengecualian. Tetapi untuk tahun ini, saya difahamkan kalau tak silap, ia bukan dikecualikan keseluruhannya. Ia diberi satu (1) diskaun 50%. Of course itu adalah satu (1) policy call, mungkin kita boleh bincang di peringkat

Kerajaan Negeri nanti. Tetapi itu kita boleh ambil kira nombor 1, nombor 3.

And berkenaan apa ni keluhan rakyat di bahagian Seberang, kerana

dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai, tiba-tiba semua cukai pun naik. Itu tak betul. Itu tak betul langsung. Of course banyak orang ada tanya.

Saya bagi sedikit sejarah apa berlaku tentang penaiktarafan Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Majlis Bandaraya ataupun sebelum menjadi Majlis Bandaraya Seberang

Perai, Dato’ Speaker. MPSP waktu itu membuat permohonan Dato’ Speaker, untuk menjadi satu Bandaraya. Pada bulan Disember tahun sudah, kepada Kerajaan

Negeri. Dan Kerajaan Negeri meluluskan pada bulan Disember tahun sudah permohonan tersebut, dan kita membuat permohonan rasmi pada akhir bulan tahun sudah juga, kepada Kementerian iaitu KPKT untuk penaiktarafan Majlis

Perbandaran Seberang Perai kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Dan Jemaah Menteri ataupun Kabinet Malaysia pada bulan Mei tahun ini,

telah meluluskan permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan kenaikan ataupun penaiktarafan Majlis Perbandaran Seberang Perai kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai. This is the timeline. And in September ia telah

diisytiharkan secara rasmi oleh Tuan Yang Terutama, iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai menjadi Majlis Bandaraya Seberang Perai dengan satu (1) Datuk

Bandar yang baru, di mana setiap inci bumi Negeri Pulau Pinang sekarang ditadbir oleh Majlis Bandaraya.

Dato’ Speaker, ia adalah satu kebetulan bahawasanya pada bulan

September when the pengisytiharaan berlaku actually all of it happen much earlier like I said the history. Sejarah dia Disember tahun dahulu, tahun dahulu. In fact,

sebelum saya jadi Kerajaan EXCO Kerajaan Tempatan, Ketua Menteri saya sendiri ada cadang untuk naiktaraf kerajaan Pihak Berkuasa Tempatan di Majlis Perbandaran Seberang Perai. Tetapi dimaklum oleh Kerajaan Pusat waktu itu, satu

(1) negeri only satu (1) Majlis Bandaraya dibenarkan. Which is not true. That’s why when we came into power in May last year, we manage to push this through.

Page 16: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

16

But coming back to your question, bukan sebab ia dinaikkan taraf kepada satu (1) Bandaraya, sebab kita naikkan cukai taksiran. Itu persepsi yang langsung

tidak betul, rakan saya daripada Machang Bubuk. And I’ve given you the timeline. It was a coincidence that although the Cabinet in Malaysia had approved in

May…(dengan izin), our swearing in and the actual official what it called, upgrade to Bandaraya was in September, which was the time when the notice is went out. Bukan. So, sila ambil perhatian Machang Bubuk.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Datok Keramat, memang saya setuju ini. Bukan, saya faham. Tapi rakyat di lapangan, mereka rasa ini kebetulan ini terlalu kebetulanlah. Ini kenapa pilih

macam ini.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Saya punya jawapan senang. Kita Majlis Bandaraya Pulau Pinang sudahpun menjadi Majlis Bandaraya. Dia pun kena naik cukai taksiran. Bukan kerana dia Majlis Bandaraya. You can answer to them. But I think all my Assemblyman here,

we have to be fair. This is the legal requirement. We are going through the motion, and the was no intention what so ever. Or the reason cannot be…(dengan izin),

for Majlis Bandaraya Seberang Perai side that their upgrade to the status of city council was the reason for the increase in the cukai taksiran. I hope semua boleh

jadi adil di sini, Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):

Dato’ Speaker, sedikit lagi. Terima kasih Dato’ Speaker. Tadi saya pun ada

dengar penjelasan yang begitu teliti, dan juga dengan butir-butir yang diberikan oleh Yang Berhormat Datok Keramat. Saya rasa juga perlunya untuk saya tanya sama ada Kerajaan Tempatan, Kerajaan Tempatan tau tak ada juga banyak harta

benda, hartanah yang tidak dapat disewakan yang lapang dibiarkan lapang, kosong kerana keadaan ekonomi yang lembap. Sama ada dalam keadaan ini,

cukai taksiran boleh dikecualikan ini satu.

Kedua, soalan saya ialah sama ada kenaikan yang dicadangkan untuk cukai taksiran, ada yang sampai ke 40% atau lebih nearly 50%, adalah sepadan dan

selaras dengan kenaikan pendapatan atau gaji rakyat Pulau Pinang. Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Sepertimana saya nyatakan tadi, dan ingin saya ulangilah rakan saya daripada Kebun Lama. Formula ini adalah, satu (1) formula yang. Sorry, Kebun

Bunga. Kebun Lama is my area. Sorry. Formula ini adalah satu (1) formula yang termaktub di dalam perundangan. Saya telahpun sebut tadi, kepada rakan saya

Page 17: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

17

daripada Permatang Berangan bagaimana ia dikira. Dan kepada soalan kita, ia tidak melihat kepada sama ada unit perumahan itu disewa atau tidak. Ini adalah

satu (1) formula across the board. So, that is not a consideration di dalam apa yang dipertimbangkan, apabila kenaikan ataupun penilaian semula dibuat, Dato’

Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Saya rasa saya nak alih ke soalan lisan, yang seterusnya.

Batu Lancang saya silakan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya adalah soalan nombor 2.

No. 2. Sila nyatakan jumlah peruntukan penyelenggaraan perumahan oleh Kerajaan Negeri kepada skim perumahan awam dan

perumahan swasta yang layak.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih pada rakan saya daripada Batu Lancang. Saya alih pada portfolio saya di bawah perumahan sekarang, di mana soalan yang ditanya satu (1) soalan yang begitu tepat sekali, iaitu nyatakan

jumlah peruntukan penyelenggaraan perumahan oleh Kerajaan Negeri kepada skim perumahan awam dan perumahan swasta yang layak.

Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa pentingkan kesejahteraan hidup rakyat Negeri Pulau Pinang di mana saya selalu nyatakan, bagi saya di dalam

Portfolio Perumahan. Pendirian Negeri Pulau Pinang, jelas. Keutamaan mesti diberikan kepada pembekalan, perumahan awam terutamannya kos rendah, kos sederhana rendah dan mampu milik yang mencukupi untuk rakyat Negeri Pulau

Pinang. Dan kedua, apabila kita sudah bekalkan yang penting ialah kita perlu selenggara. Balik kepada soalan daripada Batu Lancang. So, this are our two (2)

priorities, pembekalan, kemudian penyelenggaraan.

Untuk makluman semua, dari tahun 2008 sehingga tahun ini September 2019, kita telah memperuntukkan melalui pelbagai dana RM232 juta untuk

penyelenggaraan Skim Perumahan Awam dan Skim Perumahan Swasta yang layak dan Skim-Skim yang diselia oleh Pihak Berkuasa Tempatan. A total of RM232

million, Dato’ Speaker. Secara terperinci, untuk Perumahan Awam Kerajaan Negeri yang kita ada lebih daripada 50 Skim di kelima-lima daerah di negeri Pulau Pinang, kita telah belanja untuk tujuan penyelenggaraan sejumlah

RM178,858,934.00.

Untuk perumahan yang diselia Pihak Berkuasa Tempatan, kita telah belanja

sejumlah RM22,012,050.00. Dan untuk Perumahan Swasta yang layak, iaitu semua tahu kita ada satu (1) tabung yang dikenali sebagai Penyelenggaraan Maksimum 80%, sejumlah RM32,015,600.00 yang membawa kepada satu (1)

jumlah besar Dato’ Speaker. RM232,886,584.00 penyelenggaraan setakat ini, dan ia berterusan, ia berterusan.

Page 18: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

18

Untuk makluman semua, bagi Perumahan Awam Kerajaan Negeri sebanyak 20,067 projek telah dilaksanakan dengan amaun sebanyak, sepertimana saya

nyatakan RM178.8 juta sehingga bulan September tahun ini. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan merangkumi perkara yang berikut Dato’ Speaker;

i. Kerja-kerja Penyelenggaraan Awam, Elektrik dan Mekanikal;

ii. Kerja-kerja Penyelenggaraan Sistem Pembentungan;

iii. Pembaikan Lampu-lampu Koridor;

iv. Pemotongan Pokok-pokok;

v. Pembaikan Kebocoran Bumbung;

vi. Penurapan Jalan;

vii. Pengecatan Bangunan;

viii. Kontrak-kontrak Pembersihan; dan

ix. Keselamatan

Bagi kerja-kerja penyelenggaraan di Pihak Berkuasa Tempatan iaitu skim-

skim yang diselia mereka sepertimana saya nyatakan sebanyak 8,129 projek telah pun dilaksanakan dengan amaun sepertimana saya nyatakan tadi RM22 juta di mana saya beri secara am, antara projek-projek tersebut adalah penaiktarafan

ataupun penggantian lif, penggantian ataupun penaiktarafan tangki air, penggantian ataupun penaiktarafan bumbung, pengecatan, penurapan jalan,

pendawaian elektrik, penyelenggaraan kelengkapan pencegahan kebakaran, kerja-kerja penyelenggaraan kecil lain, penaiktarafan tandas, pemasangan pagar

dan juga pemasangan CCTV.

Ini sama juga, hampir sama juga dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai. Dan untuk makluman Dato’ Speaker, di bawah tabung yang saya nyatakan tadi

iaitu Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80% untuk perumahan swasta yang layak, kita telah pun meluluskan 370 projek sepertimana saya nyatakan yang

menelan belanja sebanyak RM32 juta. Dan ia juga adalah merangkumi antara lain penaiktarafan, penggantian lif, tangki air, bumbung, pengecatan, penurapan jalan dan sebagainya. Itu jawapan saya kepada Batu Lancang. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Dana.

Page 19: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

19

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

Yes.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Satu soalan yang begitu baik. Sepertimana kita tahu ataupun sebelum

Pilihanraya Umum Ke 14. Sememangnya Kerajaan Pusat zaman dahulu ada juga tabung penyelenggaraan di peringkat Pusat. Kita semua tahu Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia tapi saya selalu ada rungutan dan saya telah pun

nyatakan dalam sidang-sidang dewan sebelum PRU 2014 semua ingat. Permohonan kepada Pusat melalui kedua-dua Majlis Bandaraya kita ada dalam

143 kalau saya tidak silap, is a lot all facts that I remember tapi daripada 143 ini di Pulau Pinang sehingga tahun 2015 hampir 20 lebih sahaja yang diluluskan yang lain langsung tidak diluluskan infect for 2016, 2017 satu pun tidak diluluskan di

Negeri Pulau Pinang yang saya selalu membuat pertanyaan sama ada masih wujud tetapi Pulau Pinang memang dianaktirikan pada waktu itu.

Sekarang dengan kita mengambil alih tampok pentadbiran di Putrajaya saya difahamkan ada penjenamaan semula semua tabung-tabung ataupun program-program yang menggunakan 1Malaysia dan saya difahamkan baru-baru ini

bahawasanya untuk makluman Batu Lancang, sememangnya ada dua (2) tabung baru untuk penyelenggaraan untuk makluman Dato’ Speaker juga di pihak Pusat.

Satu ialah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia di mana untuk makluman semua, di peringkat ini kedua-dua Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan

Majlis Bandaraya Seberang Perai telah pun membuat permohonan secara rasmi kepada Kementerian KPKT 121 permohonan yang berjumlah untuk satu jumlah RM72.1 juta di bawah now is call TPPN not TPIM anymore Tabung

Penyelenggaraan Perumahan Malaysia this is new one actually everybody should know because I think you all are entitle now through our kedua-dua Pihak

Berkuasa Tempatan to also apply for this whether we get it or not it's a separate second issue but it exist. Number one.

Nombor dua kita juga ada satu lagi program iaitu Program Penyelenggaraan

Perumahan (PPP) dan ini adalah untuk perumahan awam I think the earlier one the TPPN is for swasta yang layak through the PBT I think this is similar TP1M this

one is another one call PPP Program Penyelenggaraan Perumahan this is for skim perumahan awam under the state. Di mana untuk makluman Dato’ Speaker, kita juga telah pun membuat satu permohonan rasmi kepada KPKT untuk sejumlah

28.7 juta di peringkat ini. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih saya ingin…(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Tambahan sikit saya ingin penjelasan daripada Datok Keramat tentang

perumahan awam Kerajaan Negeri. Adakah termasuk skim perumahan yang lama? Di Sungai Dua ada satu, di Penaga, Tasik Gelugor, skim yang tahun 60an

ini yang mana kawasan sekitar rumah dan sebagainya sudah menjadi masalah mungkin sudah lama. Cuma bila kita melawat kawasan yang terlibat dia merupakan perumahan yang lama yang di bawah Kerajaan Negeri dulu harganya

pun dulu dalam RM6,000, RM7,000 sahaja tahun 60an. Adakah termasuk

Page 20: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

20

perumahan yang sebegini dalam penyelengaraan ini ataupun di bawah PBT kerana kebanyakan longkang sebagainya dan juga rumah sudah jadi masalah sudah

menimbulkan masalah kepada penduduk di taman-taman perumahan awam lama. Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Okey. Dato’ Speaker saya hendak beri penjelasan ada dua (2) jenis perumahan ataupun I would say three, one is perumahan awam that is skim-skim

perumahan awam yang diselia oleh Kerajaan Negeri iaitu Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana saya nyatakan lebih daripada 50. If your

perumahan project come under that semangnya jawapan ialah betul, ia memang layak untuk diselenggara dan itu akan dibuat oleh jabatan saya Jabatan Perumahan Negeri Pulau Pinang.

Kedua, skim yang juga boleh diberi bantuan penyelenggaraan ialah swasta sepertimana saya nyatakan dalam tabung penyelenggaraan 80% so if it is swasta

also it is eligible tapi perlu layak di mana di peringkat ini kita beri maksimum 80% kepada pelbagai jenis penyelenggaraan yang perlu dibuat dan dahulunya ia adalah terhad kepada kos rendah dan kos sederhana rendah. Jadi RM42,000 and

RM72,500 only your eligible to apply tapi kta telah perluaskan kepada pembelian principal RM150,000 so if come under that your also eligible juga layak boleh

dipohon itu adalah melalui Jabatan Perumahan Negeri Pulau Pinang juga that’s is for swasta one awam swasta. The third is projek di bawah seliaan Pihak Berkuasa

Tempatan itu juga memang layak sekiranya it come under that category itu akan dibuat penyelengaraan oleh kedua-dua PBT. Sekian Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Air Itam, sila.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang):

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 3.

No. 3. Berapakah jumnlagh unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Melayu dan jumlah kekosongan unit rumah yang tidak

didiami di Kampung Melayu sehingga hari ini?

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kebetulan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Ini kebetulan. Bukan kenaikan cukai taksiran. Okey. Terima kasih Dato’

Speaker dan terima kasih kepada rakan saya daripada Air Itam yang bertanyakan tentang berapakah jumlah unit Projek Perumahan Rakyat ataupun PPR di

Kampung Melayu dan jumlah kekosongan unit rumah yang tidak di diami di situ.

Dato’ Speaker, untuk makluman semua rumah pangsa Kampung Melayu merupakan salah satu daripada rancangan Perumahan Kos Rendah Kerajaan

Negeri Pulau Pinang yang dilupuskan melalui kaedah sewa beli dan tiada unit sewaan melainkan tiga (3) unit kuaters sahaja terdapat dua (2) blok yang

Page 21: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

21

mengandungi 963 unit dengan pecahan 495 unit di blok A dan 468 unit di Blok B. Mengambil kira usia dan keadaan unit-unit kediaman ini yang berkeluasan 331

kaki persegi hingga 392 kaki persegi bagi unit satu bilik dan 548 kaki persegi bagi unit dua bilik sebilangan unit ini sememangnya tidak didiami dan berada dalam

keadaan usang. Daripada pemantauan dibuat oleh jabatan saya didapati sebanyak 40 unit tidak dihuni iaitu 27 unit di Blok A dan 13 unit di Blok B. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri akan cuba mengambil tindakan tarik semula unit yang masih

belum dipindah milik kepada penyewa dan yang tertunggak manakala bagi unit yang telah dipindah milik usaha mengesan pemilik ataupun warisnya akan kita

teruskan. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Seterusnya kebetulan, kebetulan Machang Bubuk.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 4.

No. 4. Sila terangkan secara terperinci tentang status terkini tapak pelupusan sampah haram di Bukit The.

(a) Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan ke atas tuan

tanah yang tidak memulihkan dan membersihkan tapak seluas 22.33 hektar tersebut?

(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memperketakkan undang-undang lompong yang tidak berupaya mencegah

pembuangan sampah haram?

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih Dato, Speaker dan pada rakan saya daripada Machang Bubuk yang bertanyakan tentang isu status terkini tapak pelupusan sampah haram di Bukit Teh dan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan ke atas tuan tanah

yang tidak pulih dan bersihkan tapak seluas 22.3 hektar dan apakah usaha kita untuk ketatkan perundangan untuk mencegah pembuangan sampah haram ini?

Untuk makluman Dato’ Speaker, pemantauan terkini di kawasan tapak pelupusan sampah haram di Bukit Teh mendapati longgokan sisa plastik telah berkurangan. Walau bagaimanapun sisa sampah yang terdapat di dalam kolam

masih belum dipindahkan dan pemunya tanah diberikan tempoh sehingga 2 November oleh mahkamah untuk memastikan sisa sampah tersebut dipindahkan

dari tapak. Untuk makluman semua, tindakan pendakwaan di mahkamah telah diambil terhadap pemunya tanah dan juga pihak yang menjalankan pemajuan tanpa kebenaran merancang di bawah subsekyen 82(1) Akta Kerajaan Tempatan

1976, subsekyen 19(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan subsekyen 70A(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan juga Undang-Undang Kecil

6, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap Majlis Perbandaran Seberang Perai 1994.

Dato’ Speaker, selain itu Jabatan Alam Sekitar juga telah mengeluarkan

kompaun ke atas pemilik tanah kerana melakukan pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah haram ini.

Page 22: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

22

Untuk makluman semua, undang-undang sedia ada mencukupi untuk mencegah pembuangan sampah haram yang berlaku. Selain itu, pemantauan

aktiviti pembuangan sampah secara haram juga dilaksanakan dengan menggunakan sistem dan technology close circuit television ataupun CCTV

kamera yang tetap dan mudah alih di kawasan lokasi-lokasi hotspot. Walaubagaimana pun Dato’ Speaker, kordinasi tindakan antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pejabat Daerah

Dan Tanah, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Alam Sekitar perlu diselaraskan semula bagi mencegah dan mengatasi masalah

pembuangan sampah haram ini dengan lebih berkesan. Sekian, Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Soalan Tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Datok Keramat. Saya cuma hendak memaham satu perkara iaitu tadi YB. Datok Keramat ada sebut tentang

keadaan di tapak sekarang. Tuan tanah sampai sekarang belum ada mengambil tindakan untuk membersihkan sampah haram yang terletak di kolam tersebut dan

2 November 2019 sudah hendak sampai dua hari lagi esok. So saya rasa tidak ada sebarang usaha yang telah dijalankan oleh tuan tanah maka apa tindakan kerajaan yang perlu ambil untuk memastikan kawasan itu dipulih semula dan juga

memastikan kebersihan di kawasan tapak sebab tuan tanah saya rasa dia tidak akan membuat apa-apa dan itu satu cabaran yang besar kepada Kerajaan Negeri

bagaimana untuk memastikan tapak itu bersih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih kepada rakan saya daripada Machang Bubuk. Sepertimana saya

nyatakan ada satu keputusan mahkamah yang memerlukan pihak yang berkenaan untuk melupuskan sampah-sampah haram yang berada di atas tanah

yang disebut tadi and of course tarikh yang perlu beliau buat sedemikian adalah esok 2 November and of course Machang Bubuk nyatakan sebagai ADUN kawasan apapun tidak berlaku. Pada saya sekiranya itu berlaku atau esok sampai dan dia

tidak lupuskan sampah tersebut ia akan merupakan satu pelanggaran perintah mahkamah dan tindakan susulan boleh diambil terhadap pemilik tanah tersebut

kerana engkar perintah mahkamah tersebut, nombor satu.

Nombor dua, sejak kebelakangan ini Dato’ Speaker, kita lihat ada banyak kes-kes pembuangan sampah secara haram di merata-rata tempat bukan saja di

Bukit Teh dan saya ingat satu insiden baru-baru ini kita telah lihat dan ianya telah menjadi viral. Satu lori di belakang E&O pergi buang sahaja sisa-sisa C&D ke

dalam laut kebetulan diambil oleh cctv dan sudah jadi viral dan I remember coming out with statement then together with my Dato’ Bandar because we having

Page 23: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

23

a problem Dato' Speaker in enforcement. Jawapan saya tadi kepada Machang Bubuk menyatakan kerana Machang Bubuk tanya undang-undang mencukupi atau

tidak? Right? Saya jawab cukup cuma masalah dia apabila kita lihat kepada kes di E&O tersebut atau pun dekat Penang Bowl. Kita ada banyak akta-akta like I

says just now saya beri satu senarai tetapi permasalahanya ialah tiada penyelarasan antara jabatan-jabatan yang berkenaan. Akta-akta tersebut tindakan boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan, boleh diambil oleh pihak

Jabatan Alam Sekitar, boleh diambil oleh pihak Polis pelbagai jabatan. JPJ juga ada undang-undang but tidak selaras dan kita dapati sekarang undang-undang

yang digunakan mereka guna undang-undang yang di mana hukuman adalah satu slow motorist I always see that it is small fine a lot a people get away with it. Saya telah pun bincang dengan Penasihat Undang-Undang saya dan beliau telah pun

ada bengkel dengan semua pihak-pihak yang berkenaan untuk bincang bagaimana kita boleh mara ke hadapan quite I think it is really problem Machang

Bubuk but we have to address it kita perlu tanganinya dan in fact satu laporan telah dibuat oleh Dato’ Penasihat Undang-Undang dan diberi kepada EXCO dan kita akan ambil tindakan susulan untuk membuat penyelarasan antara pihak-

pihak dan saya telah cadangkan kalau kita lihat kepada undang-undang sedia ada, ada undang-undang yang boleh memberi hukuman denda sehingga RM500,000

dan penjara lima (5) tahun soalnya mengapa seksyen ataupun peruntukan itu tidak digunakan kita perlu ada satu kes sebagai deterrent supaya kita mencegah

mereka yang hendak buat aktiviti-aktiviti haram ini pada masa hadapan. Sekian, Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih, soalan tambahan. Last sekali.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih Dato’ Speaker, sebab ini adalah isu tadi YB. Datok Keramat ada sebut ingkar perintah mahkamah. Saya rasa dia sudah ingkar perintah mahkamah jelaslah. Esok tak mungkin dalam masa 24 hari nak bersihkan 22.33 hektar itu.

MBPP seluruh MPSP seluruh jentera turun pun tak mungkin boleh habiskan. So, apa tindakan jika dia ingkar perintah mahkamah dan apakah sebagai YB. yang

pernah menjadi Peguam juga. Sesiapa tuan tanah yang ingkar perintah mahkamah apa tindakan yang boleh ambil? Adakah mahkamah akan pergi bersihkan kawasan itu atau nanti mahkamah perintah kerajaan pula yang pergi

bersihkan untuk tuan tanah tersebut. Memandangkan ia memudaratkan kebersihan dan kacau ganggu kepada orang ramai. So, saya minta YB. Datok

Keramat untuk tengok teliti perkara ini dengan lebih serius lagi.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Kita tunggu sehingga esok.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Kita ambil maklum apa Machang Bubuk katakan.

Page 24: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

24

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Hari Isnin soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih saya silakan Penanti.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan saya Nombor 5.

No. 5. 491 ekar paya bakau Penaga pelindung Tsunami semulajadi

dicadangkan masuk Pelan Induk Pelancongan kerana ia antara dua paya bakau api-api di Malaysia tetapi digazet untuk projek Zon

Industri Akuakultur (ZIA), disewakan 30 ekar RM25,000.00 setahun kepada kebanyakannya orang luar.

(a) Apakah impak dan pulangan ROA dan ROI kekal versus re-

zone?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih Dato’ Speaker, saya ingin menjawab soalan Nombor 5 daripada Penanti. Inisiatif Zon Industri Akuakultur atau (ZIA) telah mula dibincangkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2003 iaitu sebelum berlakunya peristiwa Tsunami di

Pulau Pinang pada 26hb Disember 2004. Projek pembangunan ZIA Penaga telah dizonkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang RSNPP 2020 dan

diwartakan pada 28 Jun 2007. Selaras dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga iaitu 2003 sehingga 2010 untuk mengenal pasti projek akuakultur di negeri ini.

Tanah Kerajaan Negeri sepanjang pesisir Pantai Pasir Gebu, Mukim 1 sehingga Kuala Bekah, Mukim 4 Daerah SPU seluas 1,938,945 meter persegi atau 479.13 kemudiannya telah diberi milik kepada di Perbadanan Ketua Menteri Pulau

Pinang (CMI) pada 1 November 2013 untuk tujuan pembangunan ZIA. Kerajaan Negeri telah mengadakan satu bengkel bagi Penyediaan Pembangunan Projek

Akuakultur Pulau Pinang daripada 7 sehingga 9 November 2013 di Cameron Highlands. Bengkel ini bertujuan untuk menyelaraskan serta menetapkan satu garis panduan yang boleh dijadi panduan pengusahaan Industri Akuakultur di

negeri Pulau Pinang dan kini diguna pakai di seluruh negara.

Walaupun Kerajaan Negeri menyedari kawasan tersebut ber potential untuk

menjadi zon industri akuakultur secara komersial yang berdaya saing, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan ZIA Penaga yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat MMK Pertanian dan Industri Asas Tani untuk

merangka, menyelaras dan memantau pelaksanaan Garis Panduan Pembangunan Projek Akuakultur di Pulau Pinang memandangkan Projek ZIA merupakan projek

pertama yang mengguna pakai Garis Panduan Pembangunan Akuakultur dan menjadi satu projek contoh pada projek-projek akuakultur di masa hadapan. Jawatankuasa dianggotai oleh kelima-kelima Pejabat Daerah dan Tanah (PDT),

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP) serta agensi-agensi teknikal seperti

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga

Page 25: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

25

Kemajuan Ikan Malaysia, Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (IPPM).

Selain itu, jawatankuasa ini juga menetapkan zon pemampan iaitu (buffer zone) sejauh 200 meter daripada kawasan pesisir pantai sehingga ke tapak projek

dikekalkan bagi memasti kawasan bakau yang sedia ada mampu berfungsi sebagai pemampan bagi kawalan hakisan pantai dan juga ancaman Tsunami seperti yang berlaku pada tahun 2004. Bagi menambahkan baik fungsi zon

pemampan ini, jawatankuasa juga telah mensyaratkan kepada peserta yang dipilih dalam projek ZIA Penaga perlu mencarumkan dalam satu tabung khas

pemulihara iaitu reservation fund yang tidak pernah wujud sebelum ini. Sebagai dana khas untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan pemuliharaan kawasan hutan bakau yang sedia ada di ZIA Penaga.

Pada masa ini, pihak perunding iaitu kata Fanli Marine & Consultancy Agency Sdn. Bhd. dan jurutera perunding iaitu Syarikat O&L Jurutera Perunding Sdn. Bhd.

yang baharu ini dilantik oleh Kerajaan Negeri mengganti perunding terdahulu yang sedang meningkatkan penyediaan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA). Laporan EIA ini perlu ditambah baik dan dikemukakan semula kepada pihak

Jabatan Alam Sekitar (JAS) selepas pembentangan pertama JAS pada 22 Januari 2016 oleh perunding lama ditolak.

Penyediaan laporan tersebut bermula pada Oktober 2019 dan dijangka akan ambil masa antara 9 sehingga 12 bulan untuk siap. Penyediaan Laporan EIA ini

adalah penting untuk memastikan pelaksanaan Projek ZIA tidak memberi kesan yang buruk kepada penduduk dan setempat dan alam sekitar.

Pembangunan ZIA akan juga akan memberi impak positif dan menawarkan

peluang kerja, pekerjaan dan perbelanjaan kepada anak tempatan. Dengan kewujudan eco-tourism, peluang perniagaan tempatan akan bertambah. Bekalan

makanan dan keperluan makanan daripada sudut food security, food safety dan food nutrition juga terjamin. Zon ZIA Penaga merupakan alternatif terbaik dan berkesan bagi menampung permintaan dan keperluan rakyat di samping dan

menjamin keselamatan makanan dan menambah economic rakyat setempat. Dengan pembangunan dan kelengkapan kemudahan asas, keselamatan dapat

dipertingkatkan serta kegiatan sosial yang kurang sihat seperti penagih dadah dapat dikurangkan.

Projek ZIA merupakan program pengezonan kawasan tanah dan pesisiran

yang dikenal pasti sesuai untuk pembangunan projek akuakultur berskala komersial dan bagi satu lagi satu strategi yang memantau meningkatkan

pengeluaran hasil akuakuatur. ZIA Penaga dijangka dapat memberi peluang seperti berikut, meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur dalam negara dan negeri melalui rantaian pengeluaran hasil akuakultur cekap. Menyediakan sumber

protein yang bermutu tinggi, selamat dan murah kepada kesihatan pengguna negeri dan negara. Meningkatkan pendapatan bersih pengusaha akuakultur,

meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing yang setelah hasil akuakultur dieksport ke negara luar, menyediakan dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Dah habis ke belum? Soalan tambahan. Sebenarnya saya, saya nak

jawapan yang tepatlah daripada segi dari segi sebab saya tanya soalannya apakah

Page 26: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

26

impak dan pulangan (ROA) Return of Assets dan (ROI) Return on Investment untuk kekalkan paya bakau yang 479.11 ekar tu versus rezoning ke projek ZIA.

Yang tu jawapan yang saya nak sebenarnya. What is the ROA and the ROI and the impact in dollars and cents?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih, in dollars and cents how do you quantify social development?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Another question, I want to saya nak …(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Iaitu kata, iaitu kata bila you kata apakah nilai (ROA) Return of Assets and bagi keterangan how do we quantify social development? Iaitu kata pada kini di Negeri Pulau Pinang kami menghadapi satu kesulitan dan satu masalah penagih

dadah adalah tertinggi sekali di KADUN Penaga. Mengapa? Accessibility oleh MPV, kurang development. Di sana juga kami sudah ada kami menghadapi masalah-

masalah illegal immigrants landing. Adakah kita hendak buat keputusan? Adakah kita hendak bagi peluang pada anak tempatan sana untuk dapat hasil pada eco-development di sana?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan, berdasarkan keperkiraan daripada pakar bakau mangrove Dr. Fung

Siew Yeoh dari segi impak dan pulangan oleh ROA ialah kalau kita kekalkan paya bakau Penaga tu the total value kalau kita in terms of perikanan dari segi

USD4.634 juta setahun. Saya, sebab saya nak tanya soalan ini sebab berdasarkan jawapan yang saya terima bila kita buat projek ZIA, apa ini akuakultur udang dan so on ia akan menambah perikanan tetapi apa yang terjadi di Penanti apabila paya

bakau, I mean the nipah mangrove and the freshwater wetland yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti paya bakau Penaga apabila ia diganggu sebagai

contohnya tambakan semua ikan-ikan mati, ikan-ikan mati dan air menjadi hitam because the carbon yang, yang resize dalam soil tu bila diganggu ia akan keluar jadi dari maklumat dari pakar mangrove yang telah dibentang

dalam…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Penanti, saya nak soalan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Ya la soalannya, tadi kata akan meningkatkan perikanan tapi kalau kita

tengok kalau ada apa ni 200 meter saja dari paya bakau kalau mengikut pakar it should not dia patutnya lima (5) kilometer dari jawapan tadi kata 200 meter

sahaja. Maknanya ini impak ini daripada apa yang berlaku di Sungai Perai baru ini di Kampung Terus dan lagi satu kalau kita tengok daripada coastal protection tadi disebut pasal Tsunami soalannya keputusan ini dibuat sebelum Tsunami tak

bolehkah Kerajaan Negeri memikirkan Tsunami protection barriers itu sangat-sangat penting.

Page 27: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

27

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila Sungai Puyu.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Dr. Fung dari pakar USM dia telah ambil buat kajian di mana? Di Sungai

Terus bukan di Penaga.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Norlela Binti Ariffin):

Ada kajian yang dibentang dalam Jawatankuasa Kira-kira pada 9 Oktober

dibentang untuk paya bakau Penaga. Syor oleh Jawatankuasa Kira-kira ialah supaya EXCO dan para Kerajaan Negeri mendengar pandangan daripada pakar

USM.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sesi soalan ya.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Dato’ Speaker, nombor satu saya biasa juga, saya ada satu laporan, laporan

media dan juga laporan daripada whatsApp bahawanya ini hutan bakau di Penaga tidak boleh usik kerana ini melindungi Penanti kalau tak ada Tsunami masuk kena Penanti, itu kami tak macam ini. Nombor satu mengapa Kerajaan Negeri tubuhkan

satu jawatankuasa untuk ada satu garis panduan iaitu pada di Cameron Highlands 7 sampai 9 November 2013 kerana kami juga khuatir, kami ambil perhatian, kami

ambil perhatian iaitu kata bukan begitu sahaja, di sini juga kami telah arahkan bahawa semua hutan bakau mesti diwartakan sebagai hutan simpanan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya tahu tetapi saya sebut soalan ini hanya untuk hutan bakau di Penaga ini.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Saya tahu.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Duduk, duduk Sungai Puyu dan Penanti, duduk. Nanti bawa dalam sesi perbahasan, masih ada peluang lagi.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Saya belum habis lagi, saya belum habis.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Belum habis pun sila duduk kerana Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi untuk soalan lisan telah pun tamat 1 jam 30 minit untuk soalan lisan, selaras dengan

Subperaturan 26(7), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Saya kena patuh peraturan juga.

Page 28: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

28

YAB. Ketua Menteri:

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengikut peraturan, jawapan

kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli yang bertanya dan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Setiausaha Dewan:

Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020. Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama suatu enakmen bagi

menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2020 dan peruntukan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan pada kali yang pertama.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Setiausaha Dewan:

Rang Undang-undang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi

tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang telah pun dibacakan untuk kali yang pertama.

Page 29: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

29

YAB. Ketua Menteri:

Dato’ Yang di-Pertua, mengikut Peraturan 59, Peraturan-Peraturan Majlis

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-undang ini diteruskan dengan serta-merta.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Boleh.

Setiausaha Dewan:

Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2020 bacaan kali yang kedua.

YAB. Ketua Menteri:

YB Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2020 dan bagi

memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan pada kali yang kedua.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

YAB. Ketua Menteri:

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, saya berasa amat berbesar hati dan berterima kasih kerana diberi peluang dan kesempatan untuk

membentangkan kepada Dewan yang mulia ini Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020. Pertamanya, saya bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang yang sentiasa menyokong Visi Kerajaan Negeri menerusi Penang2030, Negeri Pintar dan Hijau berteraskan Keluarga Inspirasi Negara yang kini telah mula digerakkan

ke peringkat akar umbi. Sesungguhnya visi ini memerlukan usaha dan perancangan rapi serta penglibatan setiap golongan masyarakat. Kerajaan Negeri

akan terus komited untuk meningkatkan keupayaan dalam merangka dan melaksanakan pembangunan yang mampan, pintar serta inklusif.

Dato’ Yang di-Pertua,

Prestasi Dan Kedudukan Ekonomi Malaysia

Berikutan perang dagangan Amerika Syarikat-China yang berlanjutan,

polarisasi masyarakat yang makin meningkat serta pembangunan senario antarabangsa yang tidak dapat diduga, Kerajaan di seluruh dunia kini sedang berdepan dengan cabaran ketara untuk menangani pelbagai isu termasuk isu-isu

perubahaan iklim di masa pertumbuhan ekonomi global yang belahan. Tabung kewangan antarabangsa, IMF juga telah menjangkakan pertumbuhan global

sebanyak 3% sahaja. Memandangkan pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2019 ini mencatatkan prestasi yang paling lembab sejak krisis kewangan 2008. Tambahan pula dengan ketidakpastian harga minyak dunia dan rundingan Brexit

yang belum muktamad, ia semestinya telah memberi tempias kepada prestasi

Page 30: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

30

ekonomi Malaysia pada tahun 2018. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2018 hanya mencatatkan pertumbuhan pada kadar 4.7% berbanding 5.9% pada

tahun 2017. Kelembapan pelaburan awam yang turut mempengaruhi momentum pertumbuhan ekonomi domestik meskipun disokong pertumbuhan perbelanjaan

swasta yang meningkat. Sesungguhpun demikian, menjelang suku tahun kedua 2019, ekonomi Malaysia telah mula mencatatkan pertumbuhan 4.9% berbanding 4.5% pada suku tahun pertama. Semua sektor ekonomi mencatatkan

pertumbuhan positif disokong oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Perbelanjaan penggunaan akhir swasta dan perdagangan luar negeri yang juga

menjadi pendorong utama bagi kaedah perbelanjaan.

Prestasi Dan Kedudukan Ekonomi Pulau Pinang.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penyumbang kelima tertinggi kepada KDNK

Nasional dengan nilai sebanyak RM91.18 bilion atau 6.7% daripada KDNK tahun 2018.

Persekitaran pelaburan di negeri ini juga kian rancak. Sehingga Jun 2019, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA telah meluluskan pelaburan berjumlah RM9.2 bilion dan ini adalah lebih tinggi berbanding RM5.8

bilion pada keseluruhan tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8.7 bilion adalah pelaburan asing manakala RM0.5 bilion adalah pelaburan tempatan.

Ini menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri yang mencatatkan jumlah pelaburan pembuatan tertinggi di Malaysia dan mewakili 35% daripada jumlah

pelaburan langsung asing atau FDI nasional. Industri eletrik dan elektronik (E&E) kekal sebagai penyumbang pelaburan tertinggi untuk Negeri Pulau Pinang dengan jumlah 93%. Ini menjadikan Pulau Pinang terus kekal relevan sebagai lokasi

pelaburan strategik yang menjadi tumpuan pelabur. Malah terdapat syarikat-syarikat yang memperluaskan operasi mereka di Pulau Pinang seperti Jabil, Flexus

dan INTEL.

Sejajar dengan perkembangan positif di peringkat Nasional dan jangkaan peningkatan FDI pada tahun ini, Negeri Pulau Pinang juga boleh menjangka

prospek yang menggalakkan pada tahun 2020. Ini turut disokong dengan eko sistem sedia ada yang baik dan mesra pelabur sebagai pendorong utama.

Industri-industri yang mempunyai nilai tambah tinggi dan industri intensif pengetahuan akan menjadi tumpuan promosi pelaburan Kerajaan Negeri sebagai usaha memperkasakan industri dan meningkatkan pendapatan per kapita negeri

ini.

Dato’ Yang di-Pertua,

Fokus Perbelanjaan Belanjawan 2020

Belanjawan Negeri Pulau Pinang tahun 2020 telah dirangka supaya agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan seperti yang dijanjikan

dalam manifesto Pilihanraya Umum ke-14 dengan berteraskan kepada Visi Penang2030. Pada 9hb Mei tahun 2019, setahun sejurus Pilihanraya Umum ke-

14, YAB. Perdana Menteri telah mengumumkan satu dasar baru yang bertemakan “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”. Setelah meneliti teras pembangunan “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”, saya percaya falsafah Visi Penang2030

yang menjadi teras pentadbiran negeri ini akan terus menjadi fokus utama kerajaan ini untuk mencapai kedua-dua wawasan iaitu wawasan Kerajaan Negeri

serta wawasan Kerajaan Persekutuan. Oleh itu tema belanjawan tahun 2020

Page 31: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

31

bertajuk “Pulau Pinang2030 Teras Kejayaan, Kemakmuran Bersama” sebagai iltizam untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri maju, pintar dan

hijau yang menitikberatkan kesejahteraan dan kemakmuran warga negeri Pulau Pinang dan menyumbang kepada pencapaian Wawasan Kemakmuran Bersama di

peringkat negara.

Belanjawan 2020 sekali lagi memberi fokus kepada empat tema utama Penang2030 untuk meneruskan kesinambungan usaha Kerajaan Negeri bagi

mencapai visi ini iaitu pertama, meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan. Kedua, menaikkan taraf ekonomi bagi meningkatkan

pendapatan isi rumah. Ketiga, memperkasakan rakyat bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dan keempat melabur dalam persekitaran fizikal bagi meningkatkan daya tahan.

Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara

Sepanjang tahun ini, visi Penang2030 telah menarik perhatian pelbagai pihak sama ada individu mahu pun pemain industri untuk mendalami dan menghalusi intipati visi ini, lalu turut menyumbang sedikit sebanyak pelan

tindakan tersendiri demi mencapai matlamat Visi Penang2030. Oleh itu, Kerajaan Negeri kini memainkan peranan penting sebagai perantara untuk merancakkan

pembangunan dan pelaksanaan Pelan Tindakan Penang 2030 bagi sektor swasta melalui pelaksanaan Pelan Transformasi Digital Pulau Pinang iaitu sebuah projek

landasan seperti yang terkandung dalam Penang2030 Guide yang telah dilancarkan pada 27 April tahun ini.

Ekonomi digital merupakan satu era ekonomi baharu yang berlandaskan

penggunaan teknologi digital dalam sektor ekonomi. Kerajaan Negeri menyedari betapa pentingnya ekonomi digital kerana ia berupaya bertindak sebagai faktor

penting kepada perindustrian, pembinaan modal ihsan serta penyelidikan. Usaha-usaha sedang dirancang dan dilaksanakan untuk menyediakan infrastruktur serta modal ihsan yang menyokong pembangunan ekosistem dan ekonomi digital di

negeri ini. Sebagai usaha untuk memantapkan dan mempercepatkan transformasi digital, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Syarikat Digital Penang bagi menerajui

pelaksanaan projek-projek digital, memberi nasihat mengenai hala tuju digital serta membangunkan Pelan Transformasi Digital Pulau Pinang. Inspirasi visi Pulau Pinang2030 dalam usaha untuk mengutamakan transformasi digital juga telah

berjaya menarik pelbagai projek perintis, projek pembangunan serta penggunaan teknologi digital.

Sebagai contoh Dato' Yang di-Pertua, internet berkelajuan tinggi Gigabit yang menggunakan Teknologi Terragraph kendalian YTL Communication telah mengenal pasti George Town sebagai lokasi pertama di Asia untuk menjalankan

pengujian Teknologi Terragraph pada Februari tahun ini. Purata throughput adalah sebanyak 150Mbps iaitu 10 kali lebih pantas daripada kelajuan Wifi di bandar-

bandar utama dunia. Di samping itu, pada bulan Oktober baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengumumkan negeri Pulau Pinang antara enam (6) negeri terpilih untuk melaksanakan Projek

Demostrasi 5G Malaysia. Jaringan 5G bukan sahaja melibatkan kelajuan internet tetapi aplikasinya dalam kehidupan seharian akan mentransformasi cara hidup

masyarakat, pengembangan perniagaan serta pentadbiran kerajaan yang lebih efisien. Negeri Pulau Pinang sebenarnya telah setapak ke hadapan berbanding

Page 32: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

32

negeri lain dalam usaha mewujudkan Bandar Pintar dan Digital dan sememangnya satu lokasi ideal untuk menjalankan demostrasi 5G ini.

Dengan adanya infrastruktur digital seperti 5G sebagai pemboleh ubah untuk transformasi digital, satu lagi usaha penting yang telah diambil oleh Kerajaan

Negeri adalah pelancaran Platform Pemudahcara Perdagangan Pintar (Penang Smart Trait Facilitation Platform). Dengan kerjasama pakar teknologi pintar logistik terkemuka, Fusionex untuk mewujudkan platform logistik pintar dan

Permudahcara Perdagangan Pintar antara negeri Pulau Pinang dengan komuniti tempatan, serantau dan global untuk memuatkan hubungan perdagangan dan

peluang perniagaan. Platform Permudahcara Perdagangan Pintar ini akan membolehkan perniagaan memanfaatkan pertumbuhan pesat ekonomi digital serta perdagangan rentas sempadan serta mewujudkan persekitaran mesra

perniagaan di negeri Pulau Pinang, terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana. KDNK Pulau Pinang telah mencatat lebih kurang RM80 billion pada

tahun 2016 dan ia dijangka akan melebihi RM100 billion setahun pada beberapa tahun akan datang berikutan inisiatif ini.

Pembangunan Bakat dan Sumber Manusia

Dato' Yang Dipertua, demi mencapai trickle down effect dengan izin yang optimum untuk menjayakan matlamat Vision Penang2030 serta "Wawasan

Kemakmuran Bersama 2030" melalui transformasi digital, pembangunan bakat dan sumber manusia tidak boleh dipandang rendah. Sukacita saya memaklumkan

bahawa produktiviti buruh di negeri ini adalah 19.1% lebih tinggi daripada paras nasional. Kerajaan Negeri akan terus membangun dan menarik kemasukan modal ihsan, termasuk wakil rakyat juga. Prestasi 20% lebih tinggi dan menarik

kemasukan modal ihsan berkemahiran tinggi bagi menyokong kepelbagaian ekonomi dan menaikkan momentum produktiviti. Pusat bantuan kerjaya dan

bakat Pulau Pinang atau Penang Career Assistant and Talent Centre akan terus memainkan peranan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia di negeri Pulau Pinang.

Memandangkan negeri Pulau Pinang mencatatkan bilangan migrasi yang positif iaitu sebanyak 16,300 pada tahun 2016 dan berfungsi sebagai nekleus

economy serta pusat pertumbuhan, maka ia telah menghasilkan kesan konurbasi ke Kedah Selatan dan Perak Utara sehingga mencipta satu sinergi baharu dalam usaha pembangunan ekonomi di Wilayah Utara. Oleh itu negeri Pulau Pinang harus

memperkukuhkan kemajuan industri selaras dengan peranannya sebagai paksi ekonomi di utara Semenanjung Malaysia. Untuk meningkatkan kualiti dan

produktiviti modal ihsan, Kerajaan Negeri akan meneruskan subsidi kepada syarikat yang menghantar pekerja yang menjalani program German Duo Vocational Training (GDVT) yang ditawarkan oleh Penang Skill Development

Centre (PSDC). PSDC telah mengadakan pelbagai program dan latihan, yang mana seramai 3,938 peserta telah dilatih menerusi 189 kursus. Untuk

memastikan pelatih ini benar-benar mencapai piawaian kemahiran yang diperlukan, syarikat multinasional seperti B.BRAUN, BBS Automation, Inari dan OSRAM berperanan sebagai syarikat hos untuk memberikan latihan praktikal

kepada para pelatih. Seterusnya Kerajaan Negeri melalui PSDC juga akan memberi tumpuan kepada strategi pertumbuhan pada tahun 2020 melalui

pemetaan keperluan industri tenaga kerja semasa dan masa depan untuk menjamin bekalan tenaga yang mahir.

Page 33: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

33

Demi memastikan pembangunan saksama dan lonjakan pembangunan sosioekonomi negeri, kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan diwujudkan untuk

melaksanakan tiga (3) program yang akan menerajui pembangunan modal ihsan iaitu empowerNCER@Pulau Pinang, entrepreneurNCER@Pulau Pinang dan NCER

Talent Enhancement Programme (NTEP). Programme empowerNCER@Pulau Pinang dilaksanakan melalui program pendidikan menyeluruh kepada kumpulan sasaran B40 dan latihan asas kemahiran serta keusahawanan untuk menambah

nilai pasaran tenaga kerja tempatan dan peluang keusahawanan kepada rakyat di negeri ini.

Bagi menangani isu kekurangan pekerja mahir pula, Kerajaan Negeri menyambut baik program NTEP yang telah memberi peluang pekerjaan kepada graduan menganggur melalui kerjasama pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan

dan Negeri seperti MIDA, SME Corp, Invest Penang dan FMM. Seramai 350 graduan disasarkan bagi tahun 2019 dan 2020 masing-masing. Sehingga kini,

seramai 94 peserta telah lulus program ini sementara 189 orang lagi masih dalam peringkat pertimbangan kelulusan.

STRATEGI PERTAMA : MENINGKATKAN DAYA HUNI BAGI MENAMBAH

BAIK KUALITI KEHIDUPAN

Dato' Yang Dipertua,

Meningkatkan Pembekalan Rumah Mampu Milik

Kebolehhunian Pulau Pinang secara langsung akan memberi impak kepada

pembangunan modal ihsan melalui latihan ataupun menarik minat tenaga mahir ke Pulau Pinang untuk mewujudkan satu sistem simbotik untuk meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam negeri ini. Maka salah satu cara untuk meningkatkan

daya huni sudah pastinya dari segi keperluan perumahan. Kerajaan Negeri juga akan terus mengimbangi peningkatan kos sara hidup dan taraf ekonomi rakyat

dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar ini. Justeru Kerajaan Negeri sedang mengkaji inisiatif baharu perumahan selain meluaskan pembekalan Rumah Mampu Milik (RMM) terutamanya bagi golongan B40 dan M40 demi mencapai

180,000 unit sasaran RMM seperti digariskan dalam Penang2030. Sehingga kini sebanyak 29,959 unit telah siap, 23,985 unit dalam pembinaan manakala 48,361

unit kini dalam perancangan. Sounds a little bit like Datok Keramat. Justeru tambahan 77,665 unit lagi akan diusahakan pembinaannya oleh Kerajaan Negeri dengan melalui kerjasama pihak swasta, syarikat milik kerajaan dan Kerajaan

Persekutuan.

Sehubungan itu penyediaan unit sewaan melalui Program Perumahan Rakyat

(PPR) akan dipertingkatkan dan satu lokasi telah dikenal pasti di Jelutong Daerah Timur Laut. Kerajaan Persekutuan merancang untuk melaksanakan RMM ini secara Request for Proposal (RFP) dan harga rumah bermula daripada RM60 maaf

RM90,000 hingga RM300,000. Melalui Penang2030 dalam tema meningkatkan kemampuan dan kepelbagaian perumahan, Kerajaan Negeri telah merangka

kepelbagaian unit PPR seperti Single Transit Unit dan Youth Transit Unit dengan konsep studio mikro unit. Selain itu, unit kelamin PPR juga ditambah baik dengan konsep co-living unit dengan dua (2) bilik tidur utama bagi tujuan keluarga

menjaga orang tua mereka.

Page 34: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

34

Selain itu Kerajaan Negeri akan meneruskan perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan dengan cadangan melonggarkan syarat

kelayakan pemohon peminjam bank bagi membantu pemilikan rumah. Ini kerana rakyat Pulau Pinang menghadapi masalah penolakan permohonan pinjaman

perumahan yang begitu tinggi sehingga mencecah 70% sedangkan rumah yang mampu dimiliki telah dibina oleh Kerajaan Negeri. Bagi memastikan visi "1 Keluarga 1 Rumah" tercapai, Kerajaan Negeri sedang meningkatkan usaha

pemilikan RMM secara sewa beli yang mana sebanyak 1,000 unit disasarkan seperti mana dalam Penang2030.

Selain daripada pembinaan rumah baharu, Kerajaan Negeri tidak mengenepikan tanggungjawab untuk menyelenggarakan rancangan perumahan awam sedia ada seperti mana dihujahkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi. Bagi

tempoh 2008 hingga 2019, sejumlah RM176.5 juta telah dibelanjakan untuk menyelenggara perumahan awam di kelima-lima daerah dan bagi tahun 2020

pula, sebanyak RM13.6 juta akan diperuntukkan. Di samping itu Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada penyelenggaraan skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah swasta melalui inisiatif Tabung Penyelenggaran Maksimum

Lapan Puluh Peratus (TPM 80) di mana sebanyak 362 bernilai RM31.2 juta telah diluluskan sejak tahun 2013. Pada tahun 2020 pula, Kerajaan Negeri turut

memperuntukkan sejumlah RM6.8 juta untuk tujuan ini.

Kesejahteraan dan Kesihatan Rakyat

Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat negeri ini. Walaupun perkara ini merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri tetap memberikan komitmen dan bantuan

kewangan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Hal ini demikian kerana seperti yang dihuraikan dalam Penang2030 antara faktor lain yang boleh

menyumbang kepada peningkatan daya huni Pulau Pinang termasuklah memastikan kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan rakyat.

PENBAR atau Pulau Pinang Bebas Asap Rokok telah mula dilaksanakan bagi

menyokong artikel 8, Framework Convention of Tobacco Control World Health Organization untuk melindungi rakyat daripada kesan asap rokok pasif yang

terbukti menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Pada masa ini pelaksanaan PENBAR tertumpu di kawasan tapak Warisan Dunia George Town. Sejak ia diwartakan pada tahun 2015 bagi membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk

menjadikan negeri ini sebagai bebas asap rokok. Aktiviti penguatkuasaan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2003 dan usaha bagi

meningkatkan kesedaran bahaya merokok kepada orang awam akan dipertingkatkan. Kawasan larangan merokok di bawah PENBAR akan diperluas di semua daerah pada tahun 2020. Sehubungan itu sebanyak RM250,000 akan

diperuntukkan untuk tempoh lima (5) tahun, iaitu RM50,000 setahun mulai tahun 2020 untuk menjalankan aktiviti promosi dan evokasi.

Sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan kepada kaum wanita, Program MAMMO Penang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Penduduk Dan Keluarga (LPPKN) akan diteruskan pada

tahun ini. Untuk itu sebanyak RM886,000 akan diperuntukkan pada tahun 2020.

Page 35: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

35

Kebajikan rakyat

Sebagai sebuah negeri kebajikan, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin kepada

kebajikan rakyat terutamanya golongan yang kurang kemampuan. Pada tahun 2020, program kebajikan iaitu i-sejahtera akan diteruskan dan sebanyak RM50

juta akan diperuntukkan bagi tujuan ini. Bagi menghargai warga emas Kerajaan Negeri dengan sukacitanya memaklumkan kenaikan pembayaran warga emas daripada RM130.00 setahun kepada RM150.00. Kenaikan ini dianggarkan

memberi manfaat kepada 178,000 warga emas di negeri ini melibatkan peruntukan sebanyak RM26.7 juta dengan kenaikan RM3.56 juta berbanding

tahun ini. Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan OKU turut dibuktikan terhadap kenaikan kadar bantuan OKU daripada RM130.00 setahun kepada RM150.00 yang melibatkan hampir 10,000 penerima. Ini akan melibatkan

peruntukan sebanyak RM1.5 juta dengan kenaikan sebanyak RM200,000.

Kerajaan Negeri sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat.

Sehubungan itu, bagi meringankan beban rakyat, Kerajaan Negeri akan meneruskan perkhidmatan bas CAT secara percuma. Dengan ini akan menelan perbelanjaan sebanyak RM15 juta bagi tahun 2020.

Bantuan Bencana

Pada tahun ini kita telah dikejutkan dengan bencana taufan Lekima yang

memberikan impak kerosakan yang agak teruk kepada hampir 3,750 rumah di seluruh negeri. Kerajaan Negeri dengan bantuan NADMA memperuntukkan wang

sebanyak RM4.8 juta untuk tujuan pembaikan rumah kediaman bagi mangsa terlibat. Di samping itu, bantuan lain pada mangsa kebakaran atau bencana alam yang lain juga telah diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Tabung Bantuan

Bencana TYT Negeri Pulau Pinang melibatkan peruntukan berjumlah RM133,900.00.

Memelihara Agama Islam

Kerajaan Negeri menyedari keperluan untuk memperkasakan institusi keagaamaan terutamanya masjid dan surau. Pada tahun 2019, RM4.65 juta

diperuntukkan untuk pembinaan masjid baharu yang mana projek ini telah dilaksanakan secara bersama dengan Kerajaan Persekutuan, bagi Masjid

Kampung Banggol dan Masjid Sungai Nibong Besar. Selain itu, Kerajaan Negeri tidak mengabaikan pembinaan baharu sekolah-sekolah agama rakyat. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah memulakan proses pembinaan sekolah agama baharu iaitu

Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdulah Fahim di Seberang Perai Utara dengan peruntukan berjumlah RM2.4 juta dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Tuan Guru,

Daerah Timur Laut dengan peruntukan RM1.0 juta. Bagi memelihara kepentingan agama Islam sebanyak RM60.05 juta diperuntukkan untuk tahun 2020.

Sukan Dan Rekreasi

Bagi merancakkan lagi arena sukan di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM10.05 juta pada tahun 2020 untuk tujuan

pembangunan sukan. Pelancaran program Sukan Untuk Semua atau Sports For All yang mula diperkenalkan pada tahun ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk membudayakan sukan ke arah kesejahteraan rakyat. Sebanyak

12 jenis sukan digerakkan pada tahun ini dengan penganjuran satu sukan bagi

Page 36: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

36

setiap bulan. Ini merupakan platform untuk menggalakkan penyertaaan masyarakat khususnya pelajar sekolah yang merupakan atlet-atlet harapan.

Sukan Sepak Takraw merupakan sukan yang mempunyai kelasnya tersendiri. Kerajaan Negeri berbangga apabila terpilih untuk menjadi gelanggang

tetap penganjuran Sepak Takraw League (STL) oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada sumbangan orang ramai terutamanya penyokong sepak takraw ketika STL berlangsung di Negeri

Pulau Pinang buat pertama kalinya baru-baru ini.

Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menambah kemudahan rekreasi di

negeri ini. Terutamanya dalam kawasan bandar yang tanahnya terhad. Oleh itu, tanah Kerajaan Negeri di Lot 552 dan Lot 576 Lebuh Sungai Pinang 7, Seksyen 8 Bandar George Town, Daerah Timur Laut bakal dinaik taraf sebagai sebuah taman

kejiranan dalam bandar dengan keluasan 13,000 meter persegi. Taman ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan riadah. Antara komponen yang menarik

adalah Taman Komuniti, Taman Teoropatik, Taman Mini Rama-Rama, Silver Garden dan pelbagai lagi.

STRATEGI KEDUA : MENAIK TARAF EKONOMI BAGI MENINGKATKAN

PENDAPATAN ISI RUMAH

Walaupun prestasi dan kedudukan ekonomi negeri Pulau Pinang adalah

optimis, Kerajaan Negeri percaya bahawa tranformasi digital adalah penting untuk memesatkan lagi pembangunan ekonomi dalam negeri serta meningkatkan daya

saing industri dalam negeri ini di arena antarabangsa. Antara inisiatif yang harus diberi tumpuan termasuklah meningkatan rantaian nilai pelaburan berkualiti tinggi di samping mempelbagaikan pemacu pertanian dan pembuatan dan perusahaan-

perusahaan kreatif dan sosial baharu. Namun begitu, pengukuran industri pembuatan dan sektor perkhidmatan perkongsian dengan penggunaan teknologi

pintar dan hijau haruslah juga diterapkan dalam pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) memandangkan potensi IKS untuk meningkatkan pendapatan isi rumah sejagat adalah lebih tinggi berbanding syarikat multinasional. Hal ini

demikian kerana 90.9% daripada jumlah perniagaan dalam negeri Pulau Pinang terdiri daripada IKS.

Memberi Tumpuan Kepada Pelaburan Berkualiti Tinggi

Dato' Yang di-Pertua, negeri Pulau Pinang optimis untuk terus menjadi pilihan pelabur walaupun berlaku pertikaian antara Amerika Syarikat dan China.

Seiring dengan dunia kini yang bergerak ke arah teknologi baharu, pengkomersialan 5G perkembangan industri 4.0, Internet of Thinks and Internet

of Everything dan Artificial Intelligent (AI) semua ini sedang rancak dilaksanakan di semua negeri Pulau Pinang selaras dengan visi menuju negeri pintar.

Di sebalik kekalutan ekonomi global banyak syarikat luar sedang mencari

tapak baharu untuk mengalihkan operasi pengeluaran. Ini memberi peluang kepada Pulau Pinang yang mana pada tahun 2019 investPenang menerima

lonjakkan pertanyaan pelabur asing untuk menjalankan operasi mereka di sini. Justeru Kerajaan Negeri komited untuk menarik pelabur yang berkualiti tinggi dan lestari ke negeri ini. Kerajaan Negeri juga akan menggalakkan pelaburan yang

menggunakan teknologi rendah karbon dan industri mesra alam.

Page 37: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

37

Selain itu, kemampuan Pulau Pinang juga telah diiktiraf oleh organisasi antarabangsa di mana pada September 2020 negeri Pulau Pinang telah dipilih

untuk untuk menjadi tuan rumah bagi kongres bagi teknologi maklumat atau World Congress of Information Technology. Kerajaan Negeri berharap agar

kongres ini dapat menarik penyertaan 4,000 perwakilan termasuk ketua-ketua industri, pemimpin kerajaan, ahli akademik dari 80 buah negara.

Bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke Pulau Pinang, Kerajaan

Persekutuan juga telah menyediakan pakej insentif istimewa NCER yang telah ditambah baik dengan penambahan Daerah Barat Daya, Seberang Perai Tengah,

Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan bagi menarik pelaburan-pelaburan baharu demi memastikan pembangunan yang seimbang di negeri ini.

Meningkatkan Usaha Dalam Bidang Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D)

Kerajaan Persekutuan pada masa ini sedang memberi fokus kepada

pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara. Justeru, sejak tahun 2017 Collaborative Research and Science Technology atau (CRESS) telah merekodkan 138 projek R&D, 77 rakan industri dan universiti serta melahirkan

6,000 graduan universiti dan tenaga mahir industri di Wilayah Utara. Pelan jangka panjang CRESS pada tahun 2021 hingga 2025 akan merangkumi pembangunan

produk baharu melalui jaringan R&D dan pengkomersialan penjagaan kesihatan digital dengan melonjakkan aplikasi inovasi perubatan mampu milik serta

membangunkan bandar pintar untuk memperluaskan aplikasi teknologi kepada komuniti setempat.

Memandangkan sektor pasaran eksport industri E&E menyumbang sebanyak

RM380.8 bilion ataupun 39.4% daripada jumlah barangan eksport Malaysia pada tahun 2018, Negeri Pulau Pinang berbangga apabila menjadi pilihan Kerajaan

Persekutuan untuk menubuhkan hab kejuruteraan ujian atau (test engineering hub) E&E di Bayan Lepas.

Membantu Industri kecil dan Sederhana (IKS)

IKS turut berperanan dalam pembangunan ekonomi negara dan merupakan sebahagian daripada ekosistem ekonomi negeri ini. Kerajaan Negeri akan

memastikan pembangunan IKS terus berkembang melalui beberapa pendekatan sedia ada yang telah ditambah baik seperti Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS Pulau Pinang atau (Penang SME Advisory, Resource & Training –

Penang atau S.M.A.R.T Centre), Pusat IKS Pulau Pinang (Penang SME Centre) dan Perkampungan-perkampungan IKS Pulau Pinang atau (Penang SME Villages) di

Bukit Minyak dan Batu Kawan.

Kerajaan Negeri juga memberi subsidi sewa kepada IKS tempatan yang layak menyewa di Pusat IKS dan pekampungan IKS. Bagi meminimumkan kesan

negatif yang timbul daripada perang perdagangan usahasama ke atas IKS, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menandatangani Memorandum

Persefahaman (MOU) bersama China Chamber of International Commerce Shenzhen Branch, bertujuan untuk menggalakkan pelaburan dua hala dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan teknologi. Kedua-dua pihak juga komited

untuk mewujudkan mekanisma komunikasi dan data bagi pertukaran maklumat untuk projek pelaburan serta analisis.

Page 38: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

38

Dato’ Yang di-Pertua,

Meningkat Produktiviti Sektor Pertanian

Sektor pertanian amat penting dalam menjamin bekalan makanan dan kekal relevan sebagai antara sektor yang menyumbang kepada KDNK. Momentum

pertumbuhannya amat bergantung kepada Dasar Kerajaan Negeri, sosio-ekonomi dan perkembangan teknologi pertanian. Menyedari kepentingan sektor ini, terutamanya apabila berlaku peningkatan harga makanan, Kerajaan Negeri akan

memastikan bekalan makanan mencukupi, dan selamat dengan harga berpatutan. Tambahan pula, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan untuk memodenkan dan

mempelbagaikan pertanian mampan seperti yang dihuraikan dalam inisiatif strategik Visi Penang2030 supaya isu sekuriti makanan dapat ditangani serta meningkatkan pendapatan para petani.

Transformasi dalam sektor pertanian dijangka dapat membantu para pengusaha untuk meningkatkan keberkesanan pengagihan sumber berserta

dengan penggunaan data raya untuk perancangan tanaman kontan. Fokus akan diberikan untuk meningkatkan taraf hidup petani, hasil pengeluaran tanaman makanan, menggalakkan penglibatan sektor swasta dan golongan muda. Melalui

Jabatan Pertanian Negeri, Kerajaan Negeri telah merangka beberapa strategi pembangunan agar seimbang dan lebih fokus. Teknologi-teknologi canggih seperti

drone, AI, IoT dan automasi akan digarap supaya kualiti dan produktiviti dapat ditingkatkan, agar produk pertanian lebih terjamin dan berdaya saing. Pada tahun

2020 Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM4.07 juta untuk pembangunan sektor pertanian.

Dato’ Yang di-Pertua,

Dasar Pertanian Pulau Pinang juga akan diselaraskan dengan Dasar AgroMakanan Negara 2.0 supaya fokus dapat diberikan kepada tanaman hasil

tinggi seperti superfruits, beras organik, sayuran tanah rendah, tiram, nanas, padi dan tanaman kontan. Oleh itu, satu model pertanian baharu akan dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan memperkenalkan teknologi

tinggi yang mana syarikat peneraju akan memacu industri perniagaan tani, sekaligus mewujudkan kesan limpahan ekonomi. Selain itu, Kerajaan Negeri juga

membantu mewujudkan rakan strategik dalam sektor swasta dan menggalakkan pertanian integrasi dan lestari seperti projek Pertanian Bandar.

Kerajaan Negeri juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana

memilih Pulau Pinang untuk projek ladang nukleus penternakan tiram di Balik Pulau dengan kos RM5.0 juta dan pembangunan Modal Pengurusan Estet 2.0 di

SPS yang bernilai RM5.0 juta.

Dato’ Yang di-Pertua,

Menambah Baik Industri Penternakan

Pada tahun 2018, Nilai Hasil Ternakan (NHT) meningkat sebanyak 10 peratus iaitu RM939.77 juta berbanding RM849.88 juta pada tahun 2017.

Pengeluaran hasil bagi komoditi ayam (daging/telur) dan khinzir telah memberi sumbangan ekonomi yang terbesar, iaitu 90.85% daripada keseluruhan NHT bagi komoditi utama negeri pada tahun 2018 yang berjumlah RM939.77 juta. Komoditi

Page 39: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

39

lembu/kerbau (ruminan besar), kambing/bebiri (ruminan kecil) dan tenusu telah menyumbang 8% iaitu RM81.33 juta kepada NHT tahun 2018.

Pada tahun 2019 dan tahun 2020, Kerajaan Negeri akan terus menghadapi cabaran untuk meningkatkan pengeluaran NHT, kerana permintaan pengguna

untuk daging, susu dan telur yang meningkat. Justeru, Kerajaan Negeri akan terus menambah baik dasar dan sektor penternakan untuk memperkukuhkan industri ini.

Enakmen Penternakan Babi telah diluluskan dan diwartakan di Dewan Undangan Negeri pada tahun 2016. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang

menyediakan peraturan-peraturan di bawah enakmen berkenaan untuk memperkemaskan prosesnya. Untuk itu, tempoh Pengecualian Kebenaran Merancang yang telah tamat pada 31 Disember 2018 telah dilanjutkan sehingga

31 Disember 2019 untuk memberi peluang kepada pengusaha melaksanakan transformasi sistem perladangan terbuka kepada sistem perladangan tertutup.

Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang memantau dan memberi khidmat nasihat ke atas pelaksanaan sistem perladangan tertutup.

Enakmen Unggas pula kini dalam peringkat penyediaan draf akhir. Pengecualian kebenaran merancang bagi penternakan unggas juga telah

ditetapkan sehingga 14 Ogos 2020 oleh PBT. Kedua-dua enakmen ini dan Enakmen Unggas ini telah menetapkan pelaksanaan Amalan Penternakan Yang

Baik (GAHP).

Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri akan menggalakkan penternakan ke tahap komersil untuk meningkatkan produktiviti dan menjana pulangan ekonomi

yang tinggi melalui transformasi sistem penternakan. Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM2.98 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar

untuk meningkatkan industri penternakan negeri.

Dato’ Yang di-Pertua,

Merancakkan Sektor Pelancongan

Industri pelancongan Pulau Pinang telah mencatatkan peningkatan prestasi yang unggul pada tahun 2019 dengan mencapai peningkatan kedatangan

pelancong sebanyak 9.09% bagi tujuh (7) bulan pertama menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), iaitu peningkatan daripada 4.42 juta pada 2018 kepada 4.82 juta pada tahun 2019 untuk tujuh (7) bulan pertama

sahaja. Peningkatan ini adalah hasil usaha Kerajaan Negeri menambah beberapa laluan penerbangan terus antarabangsa dan domestik yang baharu sejak awal

tahun 2019.

Pelbagai pengiktirafan diterima oleh Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018 dan 2019, antaranya diiktiraf sebagai antara destinasi pelancongan terbaik di

dunia iaitu, lima (5) destinasi persaraan terbaik, 21 destinasi pantai terunggul oleh International Living, 19 destinasi pelancongan paling murah oleh Insider,

Most Loved State for Tourism oleh Going Places Reader’s Choice Award 2018 dan George Town sebagai salah satu bandar terindah di Asia oleh CNN Travel. Justeru, Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke

negeri ini pada tahun 2020 yang merupakan Tahun Melawat Pulau Pinang, melalui

Page 40: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

40

kempen Experience Penang Year 2020 - EPY2020 dengan tagline Celebrate Asia’s Diversity.

Selaras dengan keperluan menyediakan pelbagai produk pelancongan berkualiti, seperti Visi Penang2030, Kerajaan Negeri sedang membangunkan

projek Coastal Resort and Spa di Batu Feringghi bersama pihak swasta, berkonsepkan Public Private Professional Partnership (PPPP), melibatkan pelaburan berjumlah RM10 juta. Projek bertaraf antarabangsa ini bakal

menyediakan kemudahan 80 hingga 100 buah bilik dan perkhidmatan spa seperti kemudahan pelancongan tepi pantai. Kerajaan Negeri amat optimis projek ini

bakal merancakkan industri pelancongan negeri, di samping menyumbang kepada perkembangan ekonomi penduduk setempat.

Pulau Pinang juga amat terkenal dengan destinasi eko pelancongan, seperti

Bukit Bendera. Kehadiran pelancong pada tahun 2019 ke Bukit Bendera dianggarkan akan mencecah 1.9 juta orang berbanding 1.74 juta orang pada

tahun 2018. Kerajaan Negeri ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana memperuntukkan belanjawan berjumlah RM100 juta bagi pembinaan kereta kabel baharu di Bukit Bendera, yang akan menjadi

lonjakan ekonomi kepada sektor pelancongan. Projek ini masih tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) dan kelulusan pihak berkuasa

berkaitan.

Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan para pengunjung, Kerajaan

Negeri telah membelanjakan RM10.9 juta untuk melaksanakan projek-projek penstabilan cerun di kawasan stesen tengah, masjid, kuil dan Bel Retiro serta kawasan Jalan Upper Tunnel. Selain itu, projek penstabilan cerun juga akan

dilaksanakan di kawasan Jalan Viaduct West, Jalan Lower Tunnel, banglo Edgecliff, Stesen Atas dan di sepanjang landasan funikular dan dijangka siap pada hujung

tahun 2020. Dalam pada itu, pembangunan semula banglo hillside iaitu banglo warisan kategori kelas 2 turut diberi perhatian dan bakal menjadi Hillside Retreat. Bagi tahun 2020 Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan RM15.4 juta

untuk pembangunan Bukit Bendera.

Kerajaan Negeri juga sedang berusaha memohon status UNESCO

Biosphere Reserve sebagai langkah memelihara biodiversity di kawasan Bukit Bendera. Pada masa ini, surat kepada pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah pun dikemukakan untuk diangkat bagi mendapat kelulusan kabinet

sebelum dihantar kepada pihak UNESCO.

Secara keseluruhannya, sejumlah RM35.8 juta diperuntukkan untuk sektor

pelancongan pada tahun 2020. Di kesempatan ini, Kerajaan Negeri juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan pemberian baharu kepada Kerajaan Negeri iaitu Pemberian

Pelancongan. Bagi tahun ini, sebanyak RM10.98 juta telah diterima oleh Kerajaan Negeri.

Memperkemaskan Industri Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS).

Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang juga telah muncul sebagai salah satu hab utama bagi industri GBS di Malaysia. Landskap GBS di Pulau Pinang kini telah

bergerak ke fasa pertumbuhan yang menarik, didorong oleh inisiatif digitalization yang mantap. Sehingga kini, terdapat 60 syarikat GBS di Pulau Pinang yang

berjaya mewujudkan lebih 12,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

Page 41: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

41

Bagi mewujudkan minat dan kesedaran di kalangan pelajar, Kerajaan Negeri melalui Invest Penang dan NCIA sedang mengkaji inisiatif baharu untuk

memperkenalkan GBS di universiti-universiti tertentu. Sebagai permulaan, universiti ini akan menetapkan GBS sebagai salah satu subjek elektif untuk pelajar

jurusan pengurusan. Bagi tenaga kerja sedia ada pula, GBS Focus Group Penang sedang mewujudkan kesedaran dan membina saluran bakat untuk industri ini melalui kursus GBS yang diiktiraf oleh Human Resources Development Fund

(HRDF).

Menaik taraf Infrastruktur Pelabuhan Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri menyambut baik akan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kapasiti pengendalian kargo di Penang Port iaitu dari 2 juta TEU atau twenty-foot equivalent to unit kontena kepada 2.32 juta TEU pada tahun

akan datang. Projek ini bukan sahaja membawa manfaat kepada negeri ini, malahan memberi impak kepada ekonomi negara kerana dapat meningkatkan

perdagangan rentas sempadan antara Malaysia dan Thailand. Pada masa ini difahamkan 60 peratus daripada jumlah dagangan dua (2) negara ini adalah melalui sempadan Malaysia-Thailand dan 38 peratus daripada pengendalian

kontena di Penang Port adalah dari Selatan Thailand untuk pengeksportan semula. Berkaitan perkara ini, Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) sedang merangka Pelan

Induk Pelabuhan dengan usahasama Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sebagai meletakkan Penang Port sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa yang

efficient di rantau ini. Usaha ini dilihat dapat meningkatkan kapasiti kepada 7.5 juta TEU setahun pada 2024.

STRATEGI KETIGA : MEMPERKASAKAN RAKYAT BAGI

MENINGKATKAN PENYERTAAN MASYARAKAT

Memantapkan Sektor Pendidikan Negeri

Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan kajian KDNK per kapita tidak lagi boleh menjadi satu-satunya penanda aras bagi kesejahteraan rakyat. Bagi saya, pemerkasaan rakyat adalah penting untuk meningkatkan penyertaan masyarakat

supaya Kerajaan Negeri dapat membuat keputusan yang seiras dengan permintaan masyarakat. Antara cara pemerkasaan rakyat yang paling efektif

adalah melalui pendidikan, tidak kira pendidikan formal, sivik mahu pun pendidikan sepanjang hayat. Selaras dengan Pelan Transformasi Digital untuk memperkasakan rakyat, pembangunan modal insan tidak boleh diabaikan

walaupun ia terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Modal insan bukan saja merupakan aset penting negeri, tetapi juga penting untuk

pembangunan negara. Oleh itu, ia perlu dimantapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai-nilai keinsanan. Sejak 11 tahun yang lalu, Kerajaan Negeri telah menyalur peruntukan tahunan sebanyak RM12 juta kepada Sekolah

Agama Rakyat, Sekolah Mubaligh/Cina dan Persendirian, Sekolah-sekolah Tamil dan bantuan ini akan diteruskan pada tahun 2020.

Bagi tahun 2019, 170 buah sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan turut menerima peruntukan berjumlah RM3.0 juta daripada Kerajaan Negeri untuk pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah. Walaupun

Kerajaan Persekutuan di dalam Belanjawan 2020 telah mengumumkan peningkatan peruntukan untuk penyelenggaraan untuk sekolah-sekolah kerajaan,

namun Kerajaan Negeri akan terus menyediakan peruntukan ini pada tahun 2020, malahan Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan jumlah ini dari RM3 juta

Page 42: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

42

kepada RM5.0 juta pada tahun akan datang. Kerajaan Negeri berharap agar penyaluran peruntukan ini dapat menaik taraf infrastuktur di sekolah-sekolah

berkenaan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa untuk merangsang potensi pelajar.

Kerajaan Negeri akan meneruskan bantuan kemasukan ke IPT iaitu RM1,000 untuk pelajar yang mendapat tawaran IPT di Semenanjung Malaysia, RM1,200 untuk pelajar yang mendapat tawaran ke IPT di Sabah dan Sarawak

serta RM300 untuk pelajar yang menerima tawaran ke Politeknik. Ini melibatkan peruntukan sejumlah RM4.0 juta pada tahun 2020.

Suka juga untuk saya berkongsi bahawa tahun ini, Penang STEM telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang buat pertama kalinya untuk menganjurkan Karnival STEM Negeri Pulau Pinang. Saya berharap

kolaborasi antara JPNPP dan Penang STEM tersebut menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dalam memenuhi misi untuk melahirkan lebih

ramai bakat STEM. Kerajaan Negeri akan terus memacu dan menyokong agenda Ekonomi Digital dan Industri 4.0 serta menggerakkan agenda STEM bagi mengekalkan status sebagai pusat kecemerlangan STEM.

Memperkasakan Wanita

Portfolio Keterangkuman Gender akan memasuki tahun kedua pada tahun

2020, seiring itu pelbagai pelan tindakan dirangka untuk memastikan program dan perkhidmatan kerajaan dapat diakses oleh semua. Bagi memastikan agenda

keterangkuman gender terus dipergiatkan, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM200,000 untuk pelaksanaan program bagi tahun akan datang. Perbadanan Pembangunan Wanita (PWDC) turut terus menjadi

agensi pelaksana untuk melaksanakan Dasar Keterangkuman Gender di semua agensi Kerajaan Negeri dan sebanyak RM1.5 juta akan diperuntukkan kepada

PWDC untuk terus memacu pelaksanaan agenda pembangunan wanita, keluarga dan keterangkuman gender.

Memantapkan Kepimpinan Akar Umbi

Kerajaan Negeri juga tidak menafikan peranan penting yang dimainkan oleh ahli-ahli MPKK di peringkat akar umbi. Memandangkan kini pentadbiran

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah sama, maka elaun MPKK disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Kerajaan Negeri. Bagi memantapkan

lagi kepimpinan MPKK, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membayar kadar yang sama seperti yang diterima oleh JKKK sebelum ini. Untuk itu, Kerajaan Negeri

akan menambah perbezaan kadar yang ditetapkan oleh kedua-dua kementerian itu. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM4.1 juta bagi tahun 2020.

STRATEGI KEEMPAT : MELABUR DALAM PERSEKITARAN FIZIKAL BAGI MENINGKATKAN DAYA TAHAN.

Dalam usaha untuk meningkatkan kebolehhunian dan kesejahteraan rakyat, pelaburan dalam projek pembangunan infrastruktur serta menaik taraf perkhidmatan asas tidak dapat dielakkan dan ia semestinya akan menyebabkan

peningkatan tekanan pembangunan dalam negeri, terutamanya di bahagian Pulau. Namun begitu, kelestarian alam sekitar tidak boleh diabaikan

Page 43: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

43

memandangkan berlakunya ketidaktentuan dalam cuaca global. Maka, Pulau Pinang mestilah melabur dalam infrastruktur dan perkhidmatan yang mampu

memastikan daya tahan dan mengurangkan kerentanannya. Seperti yang dirangkumi dalam Visi Penang2030 di bawah tema D, ia seharusnya bermula

dengan perancangan pembangunan yang seimbang melalui perancangan kegunaan ruang yang efektif dan antara alternative yang dicadangkan termasuklah pembangunan semula dan rejuvenasi bandar.

Penubuhan Urban Transformation Center (UTC).

Dato’ Yang di-Pertua, kedudukan KOMTAR yang strategik telah menjadi

pilihan lokasi bagi menubuhkan Urban Transformation Center (UTC). Penubuhan UTC di KOMTAR akan menarik lebih ramai pengunjung ke KOMTAR bagi mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan dan menjadi pemangkin untuk

menghidupkan kembali peluang-peluang perniagaan. Pada peringkat permulaan, terdapat 15 agensi kerajaan yang akan mula beroperasi di UTC Pulau Pinang pada

pertengahan tahun 2020. Penubuhannya dijangka akan menelan kos RM20 juta yang mana sebahagian besarnya akan ditanggung oleh PDC, terutamanya bagi penaiktarafan kawasan guna sama di tingkat 1, 2 dan 3 dan pengubahsuaian

pejabat di tingkat 2 dan 3 serta pembelian peralatan pejabat agensi berkaitan. Peralatan khas agensi pula akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan sebanyak

RM5.24 juta. Pewujudan UTC ini akan memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan di bawah satu bumbung. Saya percaya ini juga akan membantu

pihak kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dengan mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada.

Dato’ Yang di-Pertua,

Penang’s New City Core (PNCC)

Kerajaan Negeri amat teliti dalam merancang pembangunan demi

memastikan penggunaan tanah dimaksimumkan agar dapat memberi impak positif kepada penduduk di Pulau Pinang. Justeru, kawasan pesisir pantai atau waterfront di Weld Quay untuk bahagian Pulau dan Butterworth di Seberang Perai

yang berpotensi tinggi akan ditransformasikan sebagai tarikan baharu Pulau Pinang dan akan dikenali sebagai Penang’s New City Core (PNCC) yang dijangka

dapat menarik pelaburan baharu yang berdaya saing serta menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar pintar, berdaya huni dan mampan. PNCC akan menyumbang ke arah perkembangan ekonomi berteraskan inovasi, budaya dan

industri kreatif.

Menaik Taraf Infrastruktur Dan Jalan Raya

Pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh amat berkait rapat dengan penyediaan infrastruktur yang berkualiti dan mampan, meliputi jaringan jalan raya dan sistem saliran yang sistematik. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri

komited untuk terus menyediakan persekitaran yang baik agar dinikmati oleh rakyat dan pelabur. Pada tahun ini. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan

RM3.08 juta kepada JKR melaksanakan 5 projek jalan di SPU, 1 projek jalan di SPT dan 1 di SPS. Manakala bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM35.12 juta untuk menaiktaraf dan membina projek

infrastruktur jalan. Kerajaan Negeri juga terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan peruntukan berjumlah RM147.03 juta setakat

Oktober tahun ini di bawah peruntukkan MARRIS.

Page 44: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

44

Dalam pada itu, MBPP turut memperuntukkan sejumlah RM37.35 juta untuk tahun 2020 bagi pelaksanaan pembinaan jalan untuk melancarkan sistem aliran

lalulintas. Sementara itu, MBSP pula memperuntukkan sejumlah RM36.21 juta untuk tujuan yang sama.

Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui pihak kontraktor yang dilantik secara tender terbuka masih meneruskan pelaksanaan reka bentuk terperinci bagi 3 jalan utama iaitu jalan berkembar dari Jalan Tanjong Bunga ke Teluk Bahang. Pakej 1,

Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam. Pakej 2 dan Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney, Pakej 3. Bagi

fasa pembinaan Pakej 2 iaitu Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam. Perjanjian bagi tujuan pembinaan telah ditandatangani diantara Kerajaan Negeri dengan Consortium Zenith Construction pada 11 Oktober baru-

baru ini dan pembinaan Pakej 2 sepanjang 5.7KM akan dapat menguraikan kesesakan lalu lintas di kawasan Air Itam selain dapat memendekkan masa

perjalanan. Majlis pecah tanah akan diadakan pada 2 November iaitu esok dan kerja-kerja awalan pembinaan telah pun dimulakan pada 31 Oktober 2019.

Manakala kajian kebolehlaksanaan bagi Link Ketiga Pulau Pinang di bawah

pakej ke 4 kini dalam semakan perunding teknikal lantikan Kerajaan Negeri dan pindaan semula oleh pihak kontraktor. Pelaksanaan reka bentuk terperinci projek

ini dan selanjutnya pembinaan Link Ketiga Pulau Pinang adalah bergantung kepada hasil laporan kajian kebolehlaksanaan tersebut.

Memperkasakan Pengangkutan Awam

Kerajaan Negeri yakin bahawa sistem pengangkutan yang holistik dan dinamik mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup

rakyat. Justeru, Kerajaan Negeri amat komited untuk merealisasikan projek di bawah PTMP. Fokus utama pada masa ini adalah Projek Bayan Lepas LRT dan

Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1). Sepertimana yang diketahui umum, laporan kesan alam sekitar EIA bagi pelaksanaan PIL 1 telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada April tahun ini. Kini, projek ini dalam peringkat reka bentuk terperinci

dan dijangka akan memulakan pembinaannya pada tahun 2020 dan mengambil masa tujuh (7) tahun untuk disiapkan. Apabila PIL 1 siap kelak, ia akan menjadi

laluan alternatif yang menghubungkan kawasan utara sehingga kawasan selatan pulau dalam tempoh perjalanan 20 minit sahaja. PIL 1 yang turut dihubungkan ke kawasan-kawasan strategik melalui enam (6) pertukaran atau interchange.

Sementera itu, projek Bayan Lepas LRT kini dalam proses untuk memenuhi syarat skim rel oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat atau APAD bagi mendapatkan

kelulusan penuh daripada Kementerian Pengangkutan. Kerajaan Negeri amat positif bahawa projek ini akan menjadi pemangking kepada agenda merakyatkan pengangkutan awam dan memberi manafaat kepada rakyat serta pelancong.

Projek PSR juga telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar bagi EIA pada 25 Jun yang lalu dengan 72 syarat yang ditetapkan. Kerajaan Negeri

komited untuk mematuhi kesemua syarat tersebut dan optimis bahawa perlaksaaan projek ini akan dapat menjana ekonomi dan pembangunan Pulau Pinang untuk keperluan sehingga tahun 2050.

Penaiktarafan dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang masih diperingkat pengumpulan maklumat bagi memuktamadkan reka

bentuk. Projek ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan akan dijalankan secara berperingkat di mana peringkat utama mengandungi fasa 1 iaitu

Page 45: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

45

12 juta penumpang dan fasa 2, 16 juta penumpang. Peringkat kedua akan melibatkan pembesaran kepada kapasiti maksimum sehingga 20 juta penumpang.

Untuk itu, Malaysia Airport Holding Bhd. perlu menjalankan kajian ruang udara bagi mengendalikan trafik udara sehingga kapasiti maksimum 20 juta

penumpang. Projek pembinaan bangunan letak kereta bertingkat telah dimulakan pada Ogos tahun lepas dan telah siap 40%, mengambil masa 14 bulan untuk disiapkan. Kapasitinya adalah 1,800 lot kawasan lot parkir kereta.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga akan mentransformasi pengangkutan air Pulau Pinang daripada perkhidmatan feri kepada perkhidmatan vessel

passenger seperti teksi air dan catamaran, kursusnya untuk penumpang pejalan kaki. Perkara ini telahpun dipersetujui oleh Menteri Pengangkutan dalam sesi lawatan beliau pada Ogos yang lalu dan Kerajaan Negeri berharap agar projek ini

dapat dimulakan pada awal tahun 2020.

Selaras dengan visi Penang2030, Pulau Pinang kini sedang menuju negeri

pintar bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2030 dengan tema Data Is King, Talent Is Everything. Justeru Kerajaan Negeri memberikan 100 peratus komitmen bagi merealisasikan visi tersebut selaras dengan pelan Transformasi Digital Pulau

Pinang dengan memperhebatkan lagi langkah apabila tertubuhnya Penang Digital Corporation bagi memacu pembangunan inisiatif digital di negeri ini. Dengan

adanya perbadanan ini, semua inisiatif digital dan pintar akan diletakkan di bawah satu payung bagi memudahkan koordinasi dan pelaksanaan. Untuk tujuan

tersebut, sebanyak RM2.1 juta akan diperuntukkan pada tahun 2020.

Kini terdapat 22 inisiatif pintar yang telah dilaksanakan, enam lagi sedang giat dilaksanakan, manakala empat lagi dalam perancangan. Kesemua inisiatif ini

dalam proses untuk dibukukan dalam Roadmap Penang Towards A Smart International State, hasil kerjasama Kerajaan Negeri dengan Penang Institute.

Projek Tebatan Banjir.

Kerajaan Negeri melalui JPS kini giat memastikan lapan projek berimpak tinggi dengan nilai RM150 juta yang mula dilaksanakan sejak tahun 2018 dan

dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 dan adanya 2021.

Dalam pada itu, satu projek tebatan banjir yang juga sedang dilaksanakan

di bawah peruntukan caruman perparitan negeri adalah Sungai Jelutong Diversion di Jalan Tengku, Persimpangan Jalan Jelutong dan Solok Perak, Jelutong. Projek bernilai RM13.2 juta ini dijangka siap pada Ogos 2020. Saya berharap ADUN-

ADUN tempatan sabar menunggu siapnya projek-projek ini.

Kerajaan Negeri amat berterima kasih, juga kepada Kerajaan Persekutuan

yang turut menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan dua (2) projek RTB iaitu di Teluk Kumbar bernilai RM7.69 juta dan dijangka siap 2021 dan RTB Sungai Pinang bernilai RM150 juta yang telah dimulakan dengan perlaksanaan kerja reka

bentuk terperinci. Kerajaan Persekutuan turut meluluskan peruntukan tiga (3) projek melalui RMK Ke-11 di bawah Rolling Plan Ketiga iaitu RTB Teluk Bahang,

Sungai Pinang, Barat Daya berjumlah RM8.0 juta. RTB Pondok Upeh, Sungai Burung berjumlah RM10 juta dan RTB Sungai Kechil, SPS berjumlah RM16.5 juta. Semua projek ini akan bermula tahun 2020.

Page 46: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

46

Kerajan Negeri turut memohon melalui RMK Ke-11 di bawah Rolling Plan Keempat 2020 untuk melaksanakan projek RTB Sungai Dua di Timur Laut. Yang

akan melibatkan kos RM45 juta dan bagi melaksanakan kajian keberkesanan penyelesaian banjir jangka panjang di negeri Pulau Pinang termasuk di daerah

Kulim dan Bandar Baharu, Kedah dengan anggaran kos kajian RM10 juta sebab sumber banjir berlaku di Bukit Mertajam, di SPS adalah kerana ia Sungai Junjung yang berasalnya dari Kedah, Kulim. Bagi memastikan sistem saliran dinaiktaraf

dan masalah banjir dapat ditanggani sejumlah RM104.53 juta diperuntutkan bagi tujuan ini bagi tahun 2020.

Menjamin Bekalan Air Kepada Rakyat

Air ini penting juga. Seiring dengan pertubuhan populasi negeri ini, purata penggunaan air turut meningkat daripada 744 juta leter sehari atau MLD pada

tahun 2008 kepada 840 MLD pada tahun 2018. Dan dijangka terus meningkat kepada 1,483 MLD pada tahun 2030, 1,696 MLD pada tahun 2040 dan 1,884 MLD

menjelang tahun 2050.

Bagi menjamin bekalan air kepada rakyat, Kerajaan Negeri melalui PBAPP merancang pelbagai skim dan projek bekalan air iaitu skim pemindahan air

mentah Sungai Perak. Projek saluran air berkembar dasar laut ketiga Pulau Pinang. Penaiktarafan semula loji rawatan air, kolam air dan rumah pam.

Pemasangan paip baru dan penggantian paip lama serta pengurusan air tanpa hasil. Bagi menyokong polisi negeri iaitu tiada catuan air. PBAPP menganggarkan

sejumlah RM501 juta akan dilaburkan untuk tempoh 2019 sehingga 2021.

Pemeliharaan Alam Sekitar Ke Arah Negeri Hijau

Alam sekitar yang berkualiti merupakan ciri penting bagi sesebuah negeri

yang maju. Justeru, pembangunan yang dilaksanakan di Pulau Pinang harus mementingkan penggunaan sumber semula jadi secara mampan. Langkah-

langkah yang telah dilaksanakan iaitu dasar Cleaner, Greaner, Healthier dan Safer Penang akan terus dimantapkan dalam menjadi negeri contoh dalam aspek pengurusan alam sekitar.

Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Penang Green Council kerana telah berjaya menganjurkan Penang International Green Conference & Exhibition

pada 27 hingga 29 September yang lalu dengan tema Pulau Pinang Bandar Hijau Dan Pintar. Ini merupakan platform untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui perancangan dan pelaksanaan bandar hijau dan pintar. Program ini juga

secara tidak langsung dapat mewujudkan kesedaran awam yang lebih tinggi terhadap penyelesaian isu alam sekitar.

MEMPERCEPATKAN PENYAMPAIAN PROGRAM DAN PEMBAHARUAN INSTITUSI

Kecekapan penyampaian projek-projek dan inisiatif-inisiatif mengikut

Belanjawan 2020 ini tertakluk kepada keberkesanan Kerajaan Negeri dalam proses penyelarasan dan penyampaian kerja. Pemerkasaan rakyat dalam proses

pembuat keputusan turut diperlukan dan transformasi digital mestilah diterapkan dalam praktis dan prosedur pihak kerajaan seiring dengan reformasi institusi kerajaan. Adalah mustahak supaya institusi-institusi kerajaan untuk meraihkan

manfaat daripada penggunaan data raya dalam perancangan polisi jabatan masing-masing demi mencapai keputusan paling efektif dalam masa tersingkat.

Page 47: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

47

Perkhidmatan Awam yang Kejat

Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam (KSPA) telah mula dilaksanakan oleh

kerajaan sejak tahun 2015, dengan mengoptimumkan sumber manusia melalui pewujudan jawatan secara tukar ganti (trade-off), penyusunan semula

perjawatan, penetapan had siling pengisian jawatan, rasionalisasi skim perkhidmatan dan penyediaan dokumen deskripsi tugas. Dan inisiatif ini sudah mula di Kerajaan Persekutuan dan pihak Kerajaan Negeri juga akan mematuhi

dengan dasar yang baru tetapi kita nak menyatakan bahawa di Negeri Pulau Pinang sebarang tindakan tidak akan melibatkan jawatan-jawatan yang sedia ada

dan cuma untuk jawatan yng belum wujud. Jadi, kita merasa perkara ini akan ambil masa untuk dilaksanakan.

Dan perkhidmatan awam perlu lebih anjal dalam menyampaikan

perkhidmatan dan perlu sentiasa berorientasikan kepada kehendak rakyat yang dinamik. Untuk itu, penjawat awam perlu memegang tujuh (7) prinsip iaitu

integriti, kerja berpasukan, kecemerlangan, inovatif, sentiasa relevan, proaktif dan responsif dalam mendokong hasrat dan ekspektasi Kerajaan Negeri serta rakyat. Menyedari aspek pembangunan modal insan, latihan kepada penjawat

awam negeri akan diteruskan. Keperluan untuk menghadiri sekurang-kurangnya lima (5) hari berkursus memberi peluang kepada penjawat awam menimba ilmu

dan memperkasakan diri. Untuk tujuan ini, sejumlah RM1.2 juta akan diperuntukkan pada tahun 2020.

Kerajaan Negeri menghargai penjawat awam dengan menyediakan peruntukan bagi kemudahan perbelanjaan perubatan yang dinikmati oleh penjawat awam, termasuklah pesara dan ahli keluarga terdekat. Sehingga Ogos

tahun ini, sebanyak RM2.1 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk bayaran bantuan perubatan. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada ibu bapa

pesara dan ibu bapa Pegawai Lantikan Contract of Service di Badan Berkanun Negeri serta PBT, yang masih dalam perkhidmatan awam.

Pencapaian Perkhidmatan Awam

Secara ringkas, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah memenangi Anugerah Emas Konvensyen

Team Excellence Wilayah Utara oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan juga menang tempat pertama dalam pertandingan Hackhaton Data Terbuka 2019 peringkat kebangsaan anjuran MAMPU. Dan kepada agensi-agensi yang lain

seperti JPS, MBPP, MBSP dan lain-lain agensi saya juga ucapkan tahniah atas pencapaian dan pengiktirafan.

Tahun ini merupakan tahun terakhir Jabatan Audit Negara melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti). Untuk tahun terakhir ini, sebanyak sepuluh (10) jabatan telah diaudit dan tiga (3) jabatan telah

mendapat penarafan cemerlang iaitu MBPP, Pejabat Setiausaha Kerajaan dan juga Jabatan Botani. Tahniah diucapkan, dan sebagai menghargai kecemerlangan ini,

Kerajaan Negeri akan memberikan sumbangan tunai sebanyak RM15,000 kepada tiga (3) jabatan berkenaan.

Page 48: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

48

PENGURUSAN PERBELANJAAN MENGURUS DAN PEMBANGUNAN

YB Dato' Yang di-Pertua,

Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 adalah bertujuan untuk mendapatkan kuasa berkanun bagi membolehkan Kerajaan Negeri membuat

Perbelanjaan Bekalan sebanyak RM758,519,150.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Lima Puluh Lapan Juta, Lima Ratus Sembilan Belas Ribu, Satu Ratus Lima Puluh) untuk 20 jabatan bagi tahun 2020, seperti mana perincian di Risalah

Bilangan 7 Tahun 2019. Daripada itu, peruntukan sejumlah RM34,138,730.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Empat Juta, Satu Ratus Tiga Puluh Lapan

Ribu, Tujuh Ratus Tiga Puluh) diperlukan untuk Perbelanjaan Tanggungan tiga (3) jabatan mengikut undang-undang di bawah Kumpulan Wang Disatukan. Oleh itu, jumlah keseluruhan Perbelanjaan Mengurus yang dianggarkan pada tahun

2020 ialah RM792,657,880.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Sembilan Puluh Dua Juta, Enam Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu, Lapan Ratus Lapan

Puluh).

Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri mensasarkan bahawa hasil yang akan dapat dikutip berjumlah RM519,162,400.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus

Sembilan Belas Juta, Satu Ratus Enam Puluh Dua Ribu, Empat Ratus). Anggaran hasil tahun 2020 meningkat sebanyak RM13.66 juta atau 2.7%

berbanding anggaran hasil tahun 2019. Walaupun anggaran hasil 2020 tidak meningkat dengan ketara, namun Kerajaan Negeri akan terus melipatgandakan

usaha untuk meningkatkan kutipan hasil negeri dengan mengurangkan tunggakan kerajaan dan mengenalpasti sumber alternatif hasil baharu melalui pelaburan atau kaedah lain yang tidak membebankan rakyat jelata.

Berdasarkan unjuran hasil dan perbelanjaan ini, Belanjawan 2020 adalah belanjawan defisit sebanyak RM273.50 juta. Anggaran defisit ini adalah rendah

jika dibandingkan dengan anggaran defisit tahun 2019 yang berjumlah RM395.69 juta iaitu pengurangan sebanyak 30.88%. Anggaran defisit tahun 2020 berkurang kerana anggaran perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM792.66 juta,

berbanding dengan tahun 2019 sebanyak RM901.19 juta, iaitu pengurangan sebanyak RM108.53 juta atau 12.04%. Sebab utama pengurangan belanja

Mengurus ini adalah disebabkan oleh caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri bagi tahun 2020 dibajetkan sebanyak RM150 juta berbanding RM230 juta pada tahun yang lepas. Pengurangan caruman ini adalah dengan mengambilkira

terimaan bayaran balik pinjaman daripada PDC dan PBAPP kepada Kerajaan Negeri pada tahun ini. Maka adalah ditegaskan pengurangan caruman ini tidak

akan menjejaskan projek-projek pembangunan yang telah dirancang pada tahun 2020.

Di bawah anggaran Mengurus 2020, sejumlah RM181.62 juta adalah bagi

Emolumen, RM181.20 juta bagi Perkhidmatan dan Bekalan, RM4.25 juta bagi perolehan Aset, RM421.36 juta bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, dan

RM4.23 juta bagi Perbelanjaan lain. Perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap kekal sebagai komponen terbesar mencakupi 53.16% daripada keseluruhan perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri. Jumlah ini termasuk caruman ke

Kumpulan Wang Pembangunan Negeri sejumlah RM150 juta yang saya nyatakan sebelum ini, bantuan sosial rakyat dan program-program kebajikan sejumlah

RM105 juta dan pemberian geran kepada agensi/badan berkanun negeri/syarikat milik kerajaan sebanyak RM35 juta dan lain-lain.

Page 49: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

49

Seterusnya, belanjawan pembangunan bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM269,342,475.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Enam Puluh Sembilan

Juta, Tiga Ratus Empat Puluh Dua Ribu, Empat Ratus Tujuh Puluh Lima) iaitu penurunan sebanyak RM37.03 juta atau 12.08% berbanding dengan

anggaran tahun 2019 sebanyak RM306.38 juta. Walaupun peruntukan pembangunan yang dibajetkan ini kurang sedikit berbanding tahun 2019, namun ia telah mengambil kira keperluan projek-projek pembangunan negeri tahun 2020

serta tidak akan menjejaskan perancangan projek-projek utama negeri yang telah komited.

Perincian peruntukan Pembangunan yang disediakan untuk sembilan (9) jabatan negeri adalah seperti di Risalah Bilangan 7 Tahun 2019.

Kerajaan Negeri juga berjanji akan meneruskan perolehan secara tender

terbuka untuk memastikan value for money bagi setiap sen yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri, selain memastikan projek yang dilaksanakan memberikan

impak positif dan maksimum kepada rakyat. Amalan tadbir urus berdasarkan Competency, Accountability, Transparency (CAT) yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri akan diteruskan untuk mengekalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai

sebuah negeri dengan kepimpinan yang dinamik dan bersih.

PENGHARGAAN KEPADA PENJAWAT AWAM

Kerajaan Negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang sangat berdedikasi. Komitmen jitu yang diberikan telah membantu Negeri

Pulau Pinang dalam mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam semua bidang. Mengambil kira sumbangan penjawat awam yang tidak terhingga dan juga bagi melonjakkan semangat mereka, saya meluluskan bayaran Bantuan Khas

Kewangan (BKK) akhir tahun bersamaan dengan ½ bulan gaji penjawat awam atau minimum RM1,000. Adalah diharapkan bayaran BKK ini akan mendorong

penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun akan datang. Sebab tengah tahun sudah bayar ½ bulan, ½ bulan campur ½ bulan jadi satu (1) bulan. Bagi tujuan pembayaran ½ bulan ini melibatkan

3,996 penjawat awam, implikasi kewangan yang terlibat adalah berjumlah RM5.42 juta. Kesemua bayaran BKK akan dibayar pada bulan Disember ini.

Di samping itu, pembayaran kepada 1,594 Penyelia dan Guru KAFA, 275 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 185 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 583 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina sebanyak RM300.00 seorang

dan juga RM200.00 seorang kepada seramai 252 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah

RM841,500.00 kepada kumpulan ini akan juga dibayar pada bulan Disember ini.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan semua penjawat awam kepada Kerajaan Negeri dan

Persekutuan. Saya juga ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’

Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri dan semua Ketua Jabatan yang tidak jemu-jemu membantu menjayakan dasar-dasar Kerajaan Negeri, sekaligus memastikan pengurusan kewangan negeri yang cekap

dan efisien.

Page 50: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

50

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada YB. Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan

mencapai umur persaraan genap 60 tahun pada 8 November 2019. Kerajaan Negeri akan merasai kehilangan seorang pemimpin yang sangat dihormati dan

disanjungi. Bermula 9 Januari 1984, Yang Berhormat Dato’ Seri telah setia berkhidmat sebagai penjawat awam selama 35 tahun, dengan pelbagai kepakaran dan pengalaman luas khususnya dalam pentadbiran tanah dan kerajaan

tempatan, pengurusan projek pembangunan negeri dan komuniti selain dasar strategik pengurusan sumber manusia, kewangan dan perolehan. Yang

Berhormat Dato’ Seri telah menjawat pelbagai jawatan penting dan strategik antaranya sebagai Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah SPS, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pegawai Kewangan Negeri

dan jawatan terakhir kini sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Terlalu banyak pencapaian yang membanggakan yang berjaya dicapai oleh

Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Seri dalam tempoh lapan (8) tahun, Pencapaian ini telah meletakkan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di hadapan kerana sentiasa meraih kejayaan di

pelbagai peringkat sama ada antarabangsa, kebangsaan dan negeri yang menjadikan pentadbiran ini disegani di kalangan Pentadbir Kerajaan Negeri yang

lain. Saya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi sanjungan kepada YB. Dato’ Seri Farizan bin Darus atas segala jasa yang

dicurahkan ketika berkhidmat dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya juga berharap agar Yang Berhormat Dato’ Seri sentiasa berada dalam keadaan sihat dan terus dapat memberikan sumbangan, kepakaran dan berkongsi

pengalaman beliau di masa hadapan. Sesungguhnya, jasa Yang Berhormat Dato’ Seri tiada galang ganti dan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah negeri ini.

Akhir kata, saya amat berharap agar gandingan kukuh dan semangat kerjasama antara kakitangan kerajaan dengan pimpinan Kerajaan Negeri ini akan terus lebih erat dan seterusnya merealisasikan aspirasi Belanjawan 2020 iaitu

“Penang2030 Teras Kerajaan Kemakmuran Bersama”. Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited untuk terus mara ke hadapan dalam usaha pembaharuan digital

dan pintar seiring dengan penglibatan setiap lapisan masyarakat dan pihak industri selaras dengan Visi Penang2030 untuk muncul sebagai negeri yang menginspirasikan negara.

YB. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Kota.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan:

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020 daripada Yang Amat

Berhormat Ketua Menteri.

Page 51: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER...soalan no. 5 – ahli kawasan penanti (yb. dr. hajah norlela binti arifin) 24 pembentangan

51

YAB. Ketua Menteri:

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini

meluluskan perbelanjaan sebanyak RM269,342,435.00 yang tertera di dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2020, yang dibentangkan sebagai Risalah Dewan

Bilangan 7 Tahun 2019 dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2020 itu.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya

mohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Perbahasan Rang Undang-undang

Perbekalan Tahun 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020 akan bermula pada 4 November 2019 jam 9.30 pagi nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat

saya ucapkan terima kasih. Dewan ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.50 tengah hari.