mesyuarat guru kali ke4

7
SEOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI MINIT MESYUARAT GURU BIL 4/2013 Tarikh : 22 Oktober 2013 Masa : 2.35 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Anjung Tamu, SMK Alam Damai Pengerusi : Pn. Hafsah Bt Sharif (Pengetua SMK Alam Damai) Kehadiran : 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat guru kali keempat bagi tahun 2013. Pengerusi mengingatkan akan matlamat asal sekolah iaitu kecemerangan dalam kerja buat guru. Pengerusi menegur berkenaan dengan keberadaan atau kehadiran guru ke sekolah. Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran guru, pelajar dan sistem lain seperti Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan sebagainya dipantau oleh jabatan. Oleh itu, pengerusi mengingatkan agar kehadiran pelajar perlu dimasukkan ke dalam sistem sebelum pukul 9.30 kerana akan dipantau. Guru tingkatan termasuk penolong kanan perlu mengambil berat berkenaan kehadiran pelajar ke sekolah. Tindakan: Makluman 1.2 Pengerusi turut mengingatkan guru-guru bahawa sekiranya guru telah memaklumkan kepada pengetua untuk hadir ke sekolah selepas sesuatu urusan di luar sekolah, maka guru tersebut perlu hadir. Hal ini kerana, masih terdapat guru yang tidak hadir ke sekolah tetapi tidak memaklumkan kepada pihak pentadbir. Tindakan: Makluman

Upload: edain84

Post on 18-Jan-2016

79 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

no

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat Guru Kali Ke4

SEOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI

MINIT MESYUARAT GURU BIL 4/2013

Tarikh : 22 Oktober 2013

Masa : 2.35 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Anjung Tamu, SMK Alam Damai

Pengerusi : Pn. Hafsah Bt Sharif (Pengetua SMK Alam Damai)

Kehadiran :

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat guru kali keempat bagi tahun 2013. Pengerusi mengingatkan akan matlamat asal sekolah iaitu kecemerangan dalam kerja buat guru. Pengerusi menegur berkenaan dengan keberadaan atau kehadiran guru ke sekolah. Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran guru, pelajar dan sistem lain seperti Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan sebagainya dipantau oleh jabatan. Oleh itu, pengerusi mengingatkan agar kehadiran pelajar perlu dimasukkan ke dalam sistem sebelum pukul 9.30 kerana akan dipantau. Guru tingkatan termasuk penolong kanan perlu mengambil berat berkenaan kehadiran pelajar ke sekolah.

Tindakan: Makluman

1.2 Pengerusi turut mengingatkan guru-guru bahawa sekiranya guru telah memaklumkan kepada pengetua untuk hadir ke sekolah selepas sesuatu urusan di luar sekolah, maka guru tersebut perlu hadir. Hal ini kerana, masih terdapat guru yang tidak hadir ke sekolah tetapi tidak memaklumkan kepada pihak pentadbir.

Tindakan: Makluman

1.3 Pengerusi menegur sikap guru yang masuk ke kelas tetapi tidak menjalankan tugas dengan baik. Pengerusi mendapati terdapat banyak sampah sarap di dalam kelas-kelas terutama kelas di tingkat atas iaitu kelas tingkatan empat. Beliau mengingatkan agar guru memastikan kelas dalam keadaan bersih sebaik saja memasuki kelas kerana guru perlu menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Beliau berharap agar guru dapat mengambil berat berkaitan perkara ini.

Tindakan: Makluman

Page 2: Mesyuarat Guru Kali Ke4

1.4 Pengerusi merasakan sebahagian aktiviti pelajar tingkatan tiga perlu dijalankan di dalam kelas mereka bagi mengelakkan mereka berkeliaran di sekitar sekolah. Pengerusi meminta guru-guru kanan yang membuat jadual ganti agar membuat jadual khas yang melibatkan aktiviti dalam kelas untuk pelajar tingkatan tiga.

Tindakan: Guru-guru Kanan

1.5 Pengerusi memaklumkan tentang kemahiran berfikir aras tinggi. Ketua Panitia Sains dan Matematik sedang menghadiri taklimat kursus berkaitan ini selama lima hari. Guru-guru Sains dan Matematik perlu menghadiri kursus ini selama 5 hari sebelum 30 November ini.

Tindakan: Guru Sains & Matematik

1.6 Pengerusi memaklumkan berkenaan dengan perancangan strategik dan taktikal yang perlu disediakan oleh guru-guru sebelum cuti sekolah. Beliau meminta agar guru-guru membincangkannya di dalam mesyuarat panitia dan hantar pada unit masing-masing sebelum cuti sekolah. Justeru, guru-guru perlu merujuk semula perancangan strategik dan taktikal tahun lepas. Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga diminta menyediakan perancangan strategik dan taktikal ini.

Tindakan: Semua guru

1.7 Pengerusi memaklumkan bahawa sijil berhenti tingkatan lima perlu mengandungi penilaian setiap guru subjek. Selepas guru-guru subjek membuat penilaian, ia akan dianalisis oleh guru tingkatan sebelum diberi semula kepada pelajar untuk disemak.

Tindakan: Guru tingkatan & Guru subjek tingkatan 5

1.8 Pengerusi memaklumkan berkaitan borang sarana ibu bapa. Borang ini masih diperlukan dalam bidang keberhasilan utama Negara iaitu National Key Result Areas (NKRA). Justeru, boring akan diberikan sekali lagi kepada ibu bapa untuk diisi dan dihantar. Beliau turut memaklumkan bahawa guru juga perlu mengisi semula borang ini untuk mengetahui sejauh mana guru sedar akan peranan mereka. Beliau meminta agar guru-guru mengisinya secara talian sebelum 30 Oktober.

Tindakan: Semua guru

1.9 Pengerusi memaklumkan bahawa borang laporan penilaian prestasi tahunan guru akan diedar pada minggu ini atau minggu depan. Beliau berharap agar guru dapat mengisinya. Justeru, guru-guru diminta menyediakan senarai tugas untuk dilampirkan bersama-sama borang tersebut.

Tindakan: Semua guru

Page 3: Mesyuarat Guru Kali Ke4

1.10 Pengerusi memaklumkan berkenaan dengan Sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) secara online atau e-Prestasi yang menggantikan PTK. Beliau meminta agar setiap guru mengisinya. Beliau turut memaklumkan bahawa 2% penilaian akan dinilai berdasarkan keberhasilan kerja guru yang merujuk kepada prestasi pelajar. Justeru, guru diminta bersedia yang mana dalam rekod pengajaran guru perlu ada senarai nama pelajar dan markah peperiksaan. Selain itu, markah ko-kurikulum pelajar juga perlu dimasukkan kerana ia termasuk di dalam keberhasilan kerja guru.

Tindakan: Semua guru

1.11 Pengerusi kemudiannya menyebut berkenaan kerja-kerja dan pergerakan akhir tahun. Pengerusi berharap agar guru-guru dapat menyiapkan semua kerja seminggu sebelum cuti sekolah bermula. Justeru, pengerusi meminta agar guru-guru yang mengawas peperiksaan SPM untuk balik semula ke sekolah pada hari yang tiada peperiksaan untuk menyiapkan kerja.

Tindakan: Semua guru

1.12 Pengerusi memaklumkan bahawa pemulangan dan pengagihan buku teks akan diadakan pada 8 November. Justeru, pelajar tingkatan lima digalakkan memulangkan buku teks pada 15 November. Sekiranya mereka tidak dapat memulangkan buu teks pada 15 November, maka mereka perlu memulangkannya pada akhir hari peperiksaan SPM.

Tindakan: Makluman

1.13 Pengerusi turut memaklumkan bahawa Pn. Azizah telah mengedarkan senarai semak akhir tahun untuk dilengkapkan dan dihantar sebelum cuti sekolah bermula. Justeru, guru-guru diingatkan untuk memulangkan rekod pengajaran pada Pn. Azizah dan rekod kehadiran dipulangkan pada Tn. Hj Khairom. Beliau turut mengingatkan agar guru tingkatan 1 dan 2 agar memasukkan borang transit PBS di dalam rekod pengajaran kerana ia akan dijadikan bahan penilaian guru.

Tindakan: Semua guru

1.14 Seterusnya, pengerusi meminta agar guru penasihat ko-kurikulum agar menghantar buku laporan kepada penyelaras unit masing-masing untuk disemak. Senarai markah yang diberi kepada pelajar perlu diserahkan bersama buku laporan kepada penyelaras persatuan.

Tindakan: Guru penasihat ko-kurikulum

1.15 Pengerusi memaklumkan berkaitan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Beliau berharap agar guru sedar akan kepentingan perancangan strategik dan taktikal. Setakat ini. selepas dinilai oleh jemaah nazir, sekolah telah berjaya mendapat band 4 dengan peratusan 83%. Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepimpinan sekolah, pengurusan HEM dan

Page 4: Mesyuarat Guru Kali Ke4

pengurusan Ko-kurikulum. Pengerusi turut memaklumkan bahawa hanya panitia Bahasa Melayu saja berjaya mendapat band 6 kerana pengurusan fail panitia baik dan lengkap.

Tindakan: Makluman

1.16 Seterusnya, pengerusi turut memaklumkan bahawa dari segi kokurikulum, penilaian adalah berdasarkan kehadiran pelajar. Pelajar yang hadir untuk latihan pertandingan bagi mewakili sekolah sepatutnya dikira di dalam kehadiran. Justeru guru penasihat perlu membaiki semula markah kokurikulum sekiranya ia tidak dikira di dalam kehadiran. Pengerusi mengingatkan guru penasihat yang belum memasukkan markah koko supaya memasukkan markah segera.

Tindakan: Ketua penasihat Ko-kurikulum

1.17 Pengerusi memaklumkan berkaitan tarikh mesyuarat akan datang seperti yang telah diedarkan. Justeru, beliau berharap agar guru-guru dapat bersedia awal. Pengerusi kemudiannya meminta agar Tn. Haji Khairom bersedia untuk Hari Orientasi pelajar tingkatan satu tahun 2014. Justeru, mesyuarat jawatankuasa orientasi akan diadakan pada 11 November ini.

Tindakan: Makluman

1.18 Pengerusi mengucapkan terima kasih kpd guru yang terlibat dalam menjayakan program-program di sekolah sepanjang tahun 2013. Guru-guru yang terlibat menyediakan dokumentasi diingatkan agar menghantar dokumentasi kepada Pn. Azizah. Hal ini kerana, dokumentasi adalah penting dalam penilaian SKPM. Justeru ia perlu dibuat dan dihantar.

Tindakan: Pn. Azizah

1.19 Pengerusi menyentuh berkenaan jamuan akhir tahun kelab guru dan staf iaitu pada 26 Oktober. Beliau meminta agar guru hadir selewat-lewatnya pukul 1 petang di Hotel Sunway Putra.

Tindakan: Makluman

1.20 Pengerusi mengingatkan lagi guru yang masih belum menghantar buku latihan pelajar bagi subjek PJK dan PSK agar menyerahkan pada Pn. Hassimah untuk semakan .

Tindakan: Guru subjek PJK dan PSK

1.21 Pengerusi memaklumkan bermula tahun hadapan akan mewajibkan pelajar untuk menghadiri aktiviti ko-kurikulum. Alasan menghadiri kelas tuisyen atau sebagainya tidak boleh diterima.

Tindakan: Makluman

Page 5: Mesyuarat Guru Kali Ke4

1.22 Pengerusi mengingatkan agar guru-guru tingkatan melengkapkan fail pelaporan kemajuan pelajar dan meletakkannya di bilik setiausaha peperiksaan sebelum cuti sekolah bermula.

Tindakan: Guru-guru tingkatan

1.23 Pengerusi menegur berkenaan dengan kelewatan pelajar ke Hari Sukan sekolah. Alasan yang diberi pelajar adalah kerana bilik guru berkunci. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat mengambil barang dan tertinggal bas. Guru diharap peka dan bersedia lebih awal.

Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT