mesyuarat pengurusan kokurikulum kali 1.ppt

32
TARIKH : 27.12.2010 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : BILIK WAWASAN BESTARI

Upload: addie-azman-ahmad

Post on 14-Jul-2016

1.808 views

Category:

Documents


179 download

TRANSCRIPT

TARIKH : 27.12.2010MASA : 8.00 PAGITEMPAT : BILIK WAWASAN BESTARI

DASAR UTAMA PELAKSANAAN KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.

“ Kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,

kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantuperkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani

mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral Yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”.

IMPLIKASINYA1. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum

di semua sekolah adalah wajib. { Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) }

2. Keengganan melaksanakan kegiatankokurikulum ialah suatu kesalahan yangjika disabitkan boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah Penalti Am. ( Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 )

3. Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 5000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

4. Seseorang yang melakukan suatukesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan denda harian yang tidak melebihi RM 500.00 sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan keslahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

ISU-ISU SEMASA

1. Pengurusan Maya1.1. Kewangan1.2. Laporan1.3. Data-data

ISU-ISU SEMASA2. Keselamatan

2.1. Perkhemahan2.2. Lawatan2.3. Aktiviti Lasak2.4. Penggunaan alat sukan yang berisiko tinggi2.5. Aktiviti air

3. Barget KPM 20113.1. BPS – Tiada apa-apa makluman

MATLAMAT KOKURIKULUM

SKAC GEMILANGSEKOLAH BERWATAK MENJELANG

2012Adakah mampu digapai … @ hanya angan-

angan … @ omong-omong kosong … fikirkanlah ???? Wahai cikguku ..

UNTUK MENCAPAI MATLAMATPerlu ada pengurusan berkesan :1. Perancangan strategik2. Pengurusan masa3. Iltizam4. Komitmen5. Kerjasama dalam pasukan6. Sokongan berterusan

JADUAL TUGASAN 20111. Sila rujuk dalam buku senarai tugasan guru

dan takwim sekolah sesi 2011 Unit Kokurikulum.

2. Takwim Kokurikulum dalam Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum.

LAPORAN PERUBAHAN AKTIVITI

KOKURIKULUM1. Kelab Boling di tukar kepada Catur2. Sukan/ Permainan – Guru Penasihat

merangkap kepada Jurulatih MSSS.

PERLANTIKAN GURU PENASIHAT

1. Guru Besar mempunyai kuasa berdasar seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 untuk melantik Guru Penasihat setiap unit .

2. Semua guru mesti mempunyai surat perlantikan yang diberi tanggungjawab kepadanya.

3. Perlantikan ini berkuatkuasa 1 Januari 2011 dan tamat tempohnya pada 31 Disember 2011

4. Sila isi surat perlantikan dan hantar semula.

PROSEDUR TETAP PENUBUHANUNIT KOKURIKULUM1. Dokumen permohonan penubuhan perlu dilengkapkan

untuk disahkan oleh Guru Besar.Contoh :

Surat permohonanSurat pelantikanSurat kelulusanSenarai Jawatankuasa PenajaLaporan Minit Mesyuarat AgungPerlembagaanSenarai KeahlianDan lain-lain

2. Hantar kepada PK Kokurikulum melalui Setiausaha selepas mesyuarat agung dalam perjumpaan kali 1.

JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM1. Aktiviti mingguan telah ditetapkan pada setiap hari SABTU.2. Jumlah perjumpaan setahun minima 12 : 12 : 18 kali.3. Masa dan jadual aktiviti adalah seperti berikut :

08.00 pagi – 09.15 pagi : Sukan dan Permaian 09.15 pagi – 10.30 pagi : Badan Beruniform10.30 pagi – 10.45 pagi : Rehat

10.45 pagi – 12.00 tgh : Kelab dan Persatuan

3. Jadual aktiviti boleh dirujuk dalam takwim kokurikulum dalam Buku Laporan Aktiviti Kourikulum

4. Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal melalui setiausaha kokurikulum.

PENDAFTARAN KEAHLIAN 1. Pendaftaran keahlian tahun 3 melalui GURU KELAS

pada minggu 1 persekolahan2. Pendaftaran mengikut 3 bidang kokurikulum3. Catatkan nama-nama keahlian di dalam borang

pendaftaran BDK dengan lengkap dan serahkan satu salinan kepada S/U Kokurikulum.

4. Pastikan semua murid terlibat dan tiada yang tercicir namanya dalam senarai keahlian.

5. Keahlian untuk tahun 4,5 dan 6 bagi setiap unit dikekalkan ( tiada perubahan )

6. Guru Penasihat : Catatkan nama-nama keahlian dalam borang keahlian dengan merujuk senarai keahlian tahun 2010

KEHADIRAN1. Semua murid dan guru wajib hadir setiap kali

perjumpaan. ( Rujuk Akta Pendidikan 1996 )2. Punch Card dan tandatangan kehadiran guru

dalam buku kedatangan di pejabat 3. Catatkan kehadiran murid di dalam Buku

Laporan Aktiviti Kokurikulum dan tandatangan pada Buku Aktiviti Kokurikulum Murid ( KPM ).

4. Guru yang tidak hadir sila maklumkan kepada Pentadbir.

5. Ketidakhadiran murid sila dapatkan surat daripada ibu bapa/penjaga.

DATA KOKURIKULUM1. Data Mengikut Kelas

- Tuliskan nama penuh murid dengan huruf BESAR- Gunakan borang khas BDK yang akan diedarkan oleh S/U Kokurikulum.- Nama ditulis mengikut susunan abjad dan didahului dengan senarai nama murid lelaki.- Murid wajib menyertai ketiga-tiga bidang koku.- Borang BDK yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada S/U Kokurikulum pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.Tindakan : Guru-Guru Kelas

2. Data Mengikut Tahun- Guru Penasihat mengisi borang BDK mengikut tahun.- Nama ditulis mengikut susunan abjad dan didahului dengan senarai nama murid lelaki.- Gunakan borang BDK berasingan mengikut tahun.- Borang BDK yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada S/U Kokurikulum pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.Tindakan : Guru-guru PenasihatS/U Kokurikulum

BUKU AKTIVITI KOKURIKULUM MURID ( KPM )

3. Arahkan juga kepada murid supaya membawa buku4. Pastikan setiap murid memiliki buku tersebut.5. Murid yang tiada buku arahkan supaya membelinya

di kedai buku.setiap kali perjumpaan untuk ditandatangani dan disimpan dengan selamat.

4. Guru Penasihat hendaklah mengumpul dan menandatangani buku tersebut setiap kali perjumpaan.

5. Serahkan semula kepada murid selepas menamatkan aktiviti.

Tindakan : Guru-Guru Penasihat

BUKU LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Segala butiran maklumat hendaklah diisi dengan lengkap selewat-lewatnya pada akhir bulan Januari.

2. Laporan harian mesti ditulis dengan kemas setiap kali perjumpaan dan ditandatangani oleh Ketua Guru Penasihat.

3. Buku Laporan hendaklah disimpan di pejabat bilik PK Kokurikulum selepas tamat perjumpaan untuk disahkan oleh PK Kokurikulum.

4. Buku Laporan akan disemak dan disahkan oleh PK Kokurikulum setiap minggu.

Tindakan : Penyelaras Unit-Unitketua Guru Penasihat

FAIL KOKURIKULUM1. Disimpan di bilik PK Kokurikulum dan perlu

dikemaskini dari masa ke semasa.2. Segala kandungan dalam fail mestilah lengkap

seperti yang disenaraikan.3. Segala maklumat hendaklah disimpan 1 salinan

dalam fail.4. Hendaklah dijaga fail dari segi keselamatan dan

kebersihannya.

Tindakan : Guru-guru Penasihat

AKTA PELANCONGAN 1957

1. Guru-guru yang ingin membuat lawatan/melancong mesti mematuhi prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

2. Guru-guru yang akan membawa murid-murid keluar untuk aktiviti luar sekolah mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar melalui surat pelantikan sebagai guru pengiring.

3. Lima orang murid, satu kenderaan, satu destinasi mestilah memenuhi keperluan Akta Pelancongan 1957.

4. Peraturan keselamatan dan langkah-langkah keselamatan secara bertulis hendaklah diberi kepada murid-murid sebelum sesuatu lawatan dilaksanakan.

BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

1. Sila gunakan format borang yang disediakan dipejabat2. Pastikan surat kebenaran tersebut telah ditandangani

oleh ibu bapa/penjaga aktiviti luar dijalankan.3. Simpan surat-surat kebenaran berkenaan untuk

dokumen fail dengan selamat.4. Walau bagaimanapun diingatkan borang kebenaran

tidak dianggap sebagai dokumen yang sah dari sudut undang-undang.

PERUNTUKKAN KHAS KOKURIKULUM 2010

1. Memastikan perbelanjaan mengikut pecahan nisbah 8:2 sebagaimana yang diarahkan.

2. Perbelanjaan mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Unit Kewangan JPNS.

3. Dimaklumkan peruntukan khas tahun 2011 akan diteruskan. Pihak sekolah dikehendaki membelanjakan peruntukan ini sehingga akhir tahun.

4. Bagi memunafaatkan peruntukan tersebut semua unit kokurikulum mestilah menyediakan program/aktiviti diperingkat unit masing-masing.

HARI PERINGATAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. Setiap hari Rabu murid-murid dimestikan memakai Pakaian Seragam khususnya yang mendapat bantuan BPS.

2. Guru-guru juga digalakkan memakainya.seperti yang diarahkan oleh Tuan Pengarah Pelajaran JPNS.

PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO

1. Difahamkan kontrak persefahaman di antara sekolah dengan Akademik Taekwondo luar sedang dalam urusan permohonan dan telah pun dipanjangkan ke JPNS.

2. Segala pendaftaran dan kelulusan JPNS akan diuruskan oleh Guru Penasihat dengan kerjasama Pengurus Akademik Taekwondo tersebut.

3. Maklumat pendaftaran hendaklah dihantar ke PPDHL dan satu salinan untuk simpanan fail sekolah.

PEMANTAUAN1. Pemantauan akan dibuat sekurang-kurang

nya 2 kali setahun oleh pihak pentadbir atau guru-guru yang dilantik dan diberi kuasa.

2. Borang berformat yang dicadangkan oleh PPD akan digunakan untuk tujuan pemantauan.

3. Pemantauan adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaannya dan penambahbaikan .

TAKWIM KOKURIKULUMAktiviti-aktiviti Besar Sepanjang Tahun :1. Larian Desa AC Gemilang2. Sukaneka / Sukan Tahunan3. Kursus sahsiah dan motivasi Pengurusan

Kelab dan Persatuan.4. Perkhemahan Perdana Badan Beruniform5. Lawatan Sambil Belajar6. Hari Kokurikulum7. Karnival Sukan AC Gemilang.

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH/NEGERI/KEBANGSAAN

Akan dibincangkan dalam mesyuarat khas kokurikulum kemudian.

HAL-HAL LAIN

SEKIAN TERIMA KASIHSelamat Bertugas

semula