meningkatkan-ketangkasan-bola-jaring-murid-tahap-2.rtf

Download Meningkatkan-Ketangkasan-Bola-Jaring-Murid-Tahap-2.rtf

If you can't read please download the document

Upload: mhd-saud-ahmad

Post on 17-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN LATIHAN LITAR DALAM MENINGKATKAN TAHAP

KETANGKASAN BOLA JARING MURID TAHAP 2

LILIANA WONG KING HUNG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

96509 BINTANGOR, SARAWAK

2011

KEBERKESANAN LATIHAN LITAR DALAM MENINGKATKAN TAHAP

KETANGKASAN BOLA JARING MURID TAHAP 2

LILIANA WONG KING HUNG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

96509 BINTANGOR, SARAWAK

2011

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

PENGESAHAN PENYELIA vi

PENGAKUAN vii

DEDIKASI viii

PENGHARGAAN ix

SENARAI LAMPIRAN x

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI GRAF xiii

PENDAHULUAN 1

Pengenalan 1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 2

Refleksi Nilai Pendidikan 3

FOKUS KAJIAN 6

Tinjauan Masalah 6

Analisis Tinjauan Masalah 6

Tinjauan Literatur 7

OBJEKTIF KAJIAN 15

Objektif Utama 15

Objektif Khusus 15

Persoalan Kajian 15

Limatasi Kajian 16

KUMPULAN SASARAN 17

TINDAKAN YANG DIJALANKAN 19

Prosedur Tindakan 19

Prosedur Ujian Illinois 19

Cara Mengumpul Data 20

Latihan Litar Yang Diubahsuaikan 21

Stesen Dalam Latihan Litar 23

Pengelolaan Latihan Litar 23

Tempoh Pelaksanaan Latihan Litar 25

Prosedur Latihan Litar Ubahsuai 25

Reka Bentuk Kajian 27

Kaedah Kualitatif 29

Instrumen Kajian 29

Ujian Rintis 30

Ujian Pra dan Pasca 31

Kerangka Konseptual Kajian 32

Kesimpulan 32

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 33

Pengenalan 33

Data-data Kajian 33

Persoalan 1 34

Persoalan 2 35

Persoalan 3 37

DAPATAN 43

Pengenalan 43

Persoalan 1 43

Persoalan 2 44

Persoalan 3 44

Kesimpulan 45

RUMUSAN 45

Rumusan Hasil Kajian 45

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 46

Kesimpulan 46

RUJUKAN 48

LAMPIRAN 51

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji sejauhmana keberkesanan program latihan litar yang

diubahsuaikan untuk murid perempuan Tahap 2 dalam meningkatkan tahap ketangkasan

pemain bola jaring. Reka bentuk kajian adalah kuasi ekperimental pra/pasca iaitu seramai

tiga puluh orang murid (N=30) antara 10-12 tahun dipilih secara rawak. Ujian pra dan pasca

telah dijalankan dengan menggunakan instrumen Ujian Illinois untuk menentukan tahap

ketangkasan melalui program latihan litar. Ujian rintis telah dijalankan untuk mendapatkan

nilai kebolehpercayaan ujian Illinois dengan menggunakan kaedah uji dan ulang uji (r=0.92).

Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah t-test, ANOVA sehala dan ujian

perbandingan Post Hoc Turkeys. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan di antara ujian pra (M = 21.02, SD = 1.14) dan ujian pasca (M = 17.92, SD

= 1.08) ,(p = o.oo) (p< 0.05) untuk ketangkasan melalui program latihan litar.

Walaubagaimanapun dapatan analisis Anova sehala dan ujian perbandingan Post Hoc

Turkeys menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F= 0.28, P < 0.05)

di antara umur murid-murid. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa latihan litar

yang telah diubahsuaikan dapat meningkatkan tahap ketangkasan pemain bola jaring.

Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada guru bagi melaksanakan program

latihan litar untuk meningkatkan ketangkasan murid di sekolah kelak.

ABSTRACT

This study aims to review how far the effectiveness of the modified circuit training program

to increase agility of netball players among student Level 2. Study design is a quasi

experimental pre / post. About thirty students (N = 30) between 10-12 years randomly

selected. Pre-and post-tests were carried out using test instruments Illinois to determine the

level of agility Illinois through circuit training. A pilot test was conducted to test the

reliability of the Illinois by using the test and repeat the test (r = 0.92). The analysis used the

t-test, one-way ANOVA and Post Hoc comparison test Turkey's. The findings showed there

were significant differences between pre-test (M = 21.02, SD = 1.14) and post (M = 17.92,

SD = 1:08), (p = 0.00) (p