borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · ketangkasan pra dan pos diuji dengan menggunakan...

23
PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KESAN LATIHAN ‘SHADOW PLAY’ TERHADAP PEMAIN BOLA SEPAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya : AZIZUL BIN AZIZ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 18 BLOK 1 PERINGKAT 1, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR FELDA PALONG 6, Nama Penyelia 73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN. Tarikh : 15 APRIL 2006 Tarikh : 15 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

126 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : KESAN LATIHAN ‘SHADOW PLAY’ TERHADAP PEMAIN BOLA

SEPAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya : AZIZUL BIN AZIZ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

18 BLOK 1 PERINGKAT 1, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR FELDA PALONG 6, Nama Penyelia 73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN. Tarikh : 15 APRIL 2006 Tarikh : 15 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR

Tarikh : APRIL, 2006

KESAN LATIHAN ‘SHADOW PLAY’ TERHADAP KETANGKASAN PEMAIN

BOLA SEPAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.

AZIZUL BIN AZIZ

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : AZIZUL BIN AZIZ

Tarikh : APRIL, 2006

iii

Al-Fatihah

Buat Ayahanda tercinta yang telah kembali Ke rahmatullah.

Doa daripada Anakanda akan sentiasa mengiringi pemergian Ayahanda.

Semoga roh Ayahanda sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di

kalangan mukmin yang soleh.....

Khas buat mereka yang teristimewa

Maimon Yaacob

Azila Aziz

Nurhani Mohamed

Razali Isa

Zainal Abidin Zainuddin

Aiman dan Aina

Khairul Nizar Mohd Yusof

Terima kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang telah diberikan selama ini. Kehadiran

kalian membawa seribu erti dan semoga kalian memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rakan seperjuangan;

Wahir, Farizal, Iwan, Pol, Pokwar, Apis

Nik, Bos. Black, Hadie, Jahar

Semoga kalian dilindungi-Nya selalu.

iv

PENGHARGAAN

Segala pujian bagi Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi

kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya melaksanakan laporan Projek Sarjana

Muda yang bertajuk “Kesan Latihan ‘Shadow Play’ Terhadap Pemain Bola Sepak

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor” dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

para pensyarah Sains Sukan UTM, terutamanya buat pensyarah pembimbing Dr. Mohad

Anizu bin Mohd Nor di atas bimbingan, tunjuk ajar dan galakan tanpa jemu yang telah

diberikan sepanjang proses penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Bonda dan Arwah Ayahanda yang

tercinta. Sesungguhnya kasih sayang dan didikan yang diberikan tiada tolok

bandingannya. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada pemain bola sepak

UTM yang telah memberikan kerjasama dan sepenuh komitmen sepanjang kajian ini

dijalankan.

Kepada rakan seperjuangan tahun 5 SPS, semoga segala yang kita lalui bersama

akan menjadikan kita lebih matang dan erat dalam menghadapi hari-hari yang

mendatang. Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan kalian.

Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua.

v

ABSTRAK

Ketangkasan fizikal sangat penting dalam permainan bola sepak kerana

permainan ini memerlukan setiap pemain bergerak dalam pelbagai arah yang berbeza

dengan pantas dan tepat. Kajian berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengukur

perubahan tahap ketangkasan pemain-pemain bola sepak Universiti Teknologi Malaysia

selepas menjalani latihan ‘Shadow Play’. Subjek terdiri daripada 20 orang pemain Bola

Sepak UTM dalam lingkungan umur 21 tahun hingga 29 tahun. Seterusnya, tahap

ketangkasan pra dan pos diuji dengan menggunakan Ujian Ketangkasan SEMO. Latihan

’Shadow Play’ selama empat minggu yang melibatkan empat stesen dengan lakuan

berlari ke hadapan dan mengundur telah diberikan, di mana pada setiap stesen subjek

perlu melakukan kemahiran menanduk, hantaran, lontaran dan kawalan dada secara

bayangan. Data pra dan pos yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Packages For Social Science versi 13.0 (SPSS 13.0) ‘Paired Sampled

T-Test’ dengan aras signifikan yang telah ditetapkan ialah p<0.05. Keputusan yang

diperoleh menolak hipotesis (Ho) pada tahap keertian p<0.05 di mana nilai-t adalah

8.607 iaitu nilai-t ini adalah lebih besar daripada nilai-t-genting iaitu +2.86 (df = 19).

Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.01) di antara

ujian pra dan ujian pos di mana setiap subjek telah menunjukkan peningkatan tahap

ketangkasan. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa latihan ‘Shadow Play’

berpotensi dalam membantu meningkatkan ketangkasan fizikal pemain bola sepak.

Justeru itu, diharapkan latihan ‘Shadow Play’ ini dapat dijadikan sebagai alternatif baru

untuk mempelbagaikan kaedah latihan bola sepak dalam usaha mengekalkan dan

meningkatkan ketangkasan pada tahap yang maksimum.

vi

ABSTRACT

Agility is very important in football game as this game requires every player to

move to different direction quickly and accurately. The rationale of this experimental

research is to measure the changes of agility level among Universiti Teknologi Malaysia

football players after following Shadow Play training. The subjects for this study

comprises of 20 UTM football players aged between 21 and 29 years old. The pre and

post agility level were tested using SEMO Agility Test. four weeks of Shadow Play

training that involved four stations with running back and forth were assigned, where

every subjects were required to display their virtual heading, passing, throwing and ball-

controlling skills. The pre and post data gained were analyzed by using Statistical

Packages For Social Science version 13.0 (SPSS 13.0) software, Paired Sample T-Test

with fixed significance level at p<0.05. The result obtained are against the hypotheses

(Ho) at p<0.05 in which t-value is 8.607, higher than critical-t value which is +2.86

(df=19). The findings of this research indicated that there were significant difference

(p<0.01) between pre and post test in which every subjects’ agility level had showed

improvement. This data show that Shadow Play training is important in increasing the

physical agility among the footballers. Hence, it is hoped that Shadow Play training can

be exploited as an alternative in varying the football training approach in effort to

maintain their agility at the maximum level.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xi

Senarai Lampiran xiii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Hipotesis Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

viii

1.7 Limitasi Kajian 11

1.8 Dilimitasi Kajian 11

1.8 Definisi Operasional 12

II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kajian Yang Berkaitan 14

2.3 Rumusan 21

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Tempat Kajian 23

3.3 Populasi dan Persampelan 23

3.4 Instumen Kajian 24

3.5 Prosedur Kajian 25

3.5.1 Pemilihan Subjek

3.5.2 Penyerahan Surat Perlantikan

3.5.3 Taklimat Kajian

3.5.4 Prosedur Ujian Pra dan Uian Pos

3.5.5 Ujian Pra

3.5.6 Prosedur Latihan ’Shadow Play’

3.5.7 Ujian Pos

3.6 Reka Bentuk kajian 33

3.7 Pengumpulan Data 33

ix

3.8 Penganalisaan Data 33

3.9 Pembolehubah Kajian 35

IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Penganalisaan Deskriptif 36

4.3 Penganalisaan Inferensi 58

V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan 61

5.3 Masalah Yang Dihadapi 63

5.4 Cadangan 65

5.5 Kesimpulan 68

RUJUKAN 69

Lampiran A - I 73-81

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Norma skor bagi ujian ketangkasan SEMO, 34

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Subjek Mengikut

Umur 37

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Subjek Mengikut

Berat Badan 38

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Subjek Mengikut

Ketinggian 39

4.4 Perbandingan Skor Bagi Tahap Ketangkasan Subjek

Di Antara Ujian Pra dan Ujian Pos 41

4.5 Perbandingan Frekuensi Tahap Ketangkasan Subjek

Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 43

4.6 Pengelasan Tahap Ketangkasan Subjek Berdasarkan

Norma Skor Bagi Ujian Ketangkasan SEMO. 46

4.7 Analisis Ujian-t Subjek bagi Ujian Pra dan Ujian Pos 58

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1 Kedudukan Bersedia Ujian Ketangkasan SEMO 27

2 Ujian Ketangkasan SEMO 28

3 Kedudukan Ketika Mengundur 30

4 Latihan ‘Shadow Play’ 32

5 Peratusan Subjek Mengikut Umur 38

6 Peratusan Subjek Mengikut Berat Badan 39

7 Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 40

8 Perbandingan Skor Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos 43

9 Perbandingan Peratus Tahap Ketangkasan Subjek

Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 45

10 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 1 48

11 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 2 48

12 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 3 49

13 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 4 49

14 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 5 50

15 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 6 50

16 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 7 51

17 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 8 51

18 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 9 52

19 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 10 52

xii

20 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 11 53

21 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 12 53

22 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 13 54

23 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 14 54

24 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 15 55

25 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 16 55

26 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 17 56

27 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 18 56

28 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 19 57

29 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 20 57

30 Lengkungan Normal Ujian-t Subjek 59

bagi Ujian Pra dan Ujian Pos

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Pelantikan Subjek 73

B Surat Perjanjian Subjek 74

C Jadual Latihan ‘Shadow Play’ 75

D Rekod Kesihatan dan Kecergasan Subjek 76

E Borang Skor Ujian Ketangkasan SEMO 77

F Skala bagi Nilai t-Kritikal 78

G Garis panduan pemilihan subjek mengikut

kategori A ( ACSM, 1998 ) 79

H Statistik Ujian-t Subjek 80

I Statistik Deskriptif Subjek dan Frekuensi 81

14

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Hari demi hari agenda tentang bola sepak sentiasa menjadi perbualan hangat

di seluruh dunia, bola sepak sudah sinonim dengan kehidupan masyarakat kini.

Impaknya semakin meresap ke dalam jiwa penggemarnya. Peredaran zaman

memperlihatkan perubahan demi perubahan terhadap rentak dan gaya permainan ini.

Bola sepak moden kini lebih mementingkan permainan secara ‘speed and power’.

Pemain harus melengkapkan dan memastikan diri sentiasa berada pada tahap

kecergasan fizikal yang tinggi kerana kejohanan biasanya berlangsung sepanjang

tahun.

Menurut Luxbacher (1991), catatan awal menyatakan bahawa bola sepak

telah mula dimainkan oleh orang-orang China kira-kira 2000 tahun sebelum Masihi

lagi. Pada peringkat awalnya, terdapat ahli sejarah yang menyatakan bahawa

pembesar–pembesar di Negara China bermain bola sepak dengan menggunakan

kepala orang yang dipancung. Walaupun begitu setelah manusia menjadi lebih

bertamadun, pendekatan yang lebih bersifat kesukanan diterapkan, sebagai contoh,

orang Roman telah memperkenalkan permainan ‘harpustum’ iaitu gabungan antara

permainan bola sepak dan ragbi.

15

Kemudian, permainan bola sepak mula bertapak dan berkembang di Britain

pada abad pertengahan. Walau bagaimanapun, ia hanya terhad kepada pesta-pesta

tahunan sahaja. Kemudian askar-askarnya menjadikan permainan ini sebagai kaedah

untuk mengisi masa lapang. Menurut Abdullah (1989), pada tahun 1863, Persatuan

Bola Sepak England (F.A.) ditubuhkan. Semakin lama, permainan bola sepak

mengalami pertumbuhan yang pesat hingga tertubuhnya Persatuan Bola Sepak

Antarabangsa (FIFA) pada 21 Mei 1904 di Paris oleh Presiden pertama Perancis iaitu

Robert Guerin dan Bapa Piala Dunia, Jules Rimet. Sebanyak 7 buah negara Eropah

menyertai persekutuan ini. Negara-negara tersebut ialah Belgium, Denmark,

Belanda, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan Perancis. Ketika Perang Dunia

Pertama, Eropah telah pun memiliki liga bola sepak yang boleh dianggap hebat pada

abad itu dan pada masa inilah bola sepak mula memasuki Amerika Latin, Benua

Afrika dan seterusnya sampai ke benua Asia.

Dasar penjajahan yang diamalkan oleh British telah menyebabkan permainan

bola sepak mula tersebar secara meluas ke seluruh dunia termasuk negara kita.

Apabila British berjaya menjajah Tanah Melayu, secara tidak langsung permainan

bola sepak telah mula diperkenalkan kepada penduduk negara kita. Hasil sokongan

rakyat tempatan, Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) telah ditubuhkan pada tahun

1926. Pada tahun 1951 pula, Perdana Menteri yang pertama iaitu Tuanku Abdul

Rahman Putra Al Haj menjadi presiden FAM. Bawah pimpinan beliau, pertubuhan

ini menjadi lebih cekap dan FAM mempunyai komitmen tinggi dengan menjadi ahli

gabungan FIFA dan Asian Football Confedaration (AFC) pada tahun 1956 dan

sumbangannya yang paling penting ialah mewujudkan Stadium Merdeka pada tahun

1974. Pada masa sekarang DYMM Sultan Ahmad Shah menjadi presiden FAM.

Pelbagai kejohanan yang telah dianjurkan daripada Pertandingan Piala F.A, Liga

Perdana sehinggalah ke Liga Super bagi memartabatkan lagi sukan bola sepak di

negara kita.

16

Jika dahulunya, status pemain hanyalah sekadar amatur dan semi-pro tetapi

kini status semua pemain bola sepak telah meningkat ke tahap profesional. Hal ini

bermakna mereka telah menjadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya dan sumber

pencarian rezeki mereka. Kini mereka haruslah menumpukan sepenuh perhatian dan

komitmen terhadap kerjaya bola sepak mereka. Menjadikan sukan bola sepak

sebagai satu kerjaya bukan sekadar hanya untuk mengejar nama atau terkenal, tetapi

pemain terpaksa mengerah seluruh tenaga bagi memastikan ia sentiasa berada pada

tahap prestasi yang terbaik sepanjang latihan dan perlawanan. Setiap pemain

perlulah bersedia dalam segala aspek mental mahupun fizikal bagi mengharungi

kancah bola sepak moden (Tengku Abdullah, 1992).

Dalam membangunkan dan meningkatkan mutu permainan bola sepak,

pelbagai langkah perlu diambil dan dilakukan bagi meraih sesuatu kejayaan atau

sasaran dalam sesuatu pertandingan. Secara umumnya, setiap pemain bola sepak

seharusnya mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain yang

berjaya. Menurut Dunning (1979), selain dari faktor kebolehan dan bakat semula

jadi, faktor utama yang penting iaitu faktor kecergasan fizikal perlu diambil kira bagi

membolehkan seseorang pemain bola sepak itu bermain dengan cemerlang. Bagi

mencapai matlamat ini, seharusnya pemain memiliki pengetahuan dan pendekatan

yang lebih efektif dan tersusun agar pembangunan dan penyelidikan lebih

berlandaskan kepada prinsip-prinsip sains sukan. Sebagaimana yang kita sedia

maklum, aspek-aspek dan faktor-faktor genetik, biomekanik sukan, program latihan,

fisiologi, aspek psikologi serta motivasi perlu diberikan penekanan. Hal ini kerana

faktor-faktor ini memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kejayaan

seseorang pemain atau sebuah pasukan bola sepak.

Singh dan Kamaruddin (1998), menyatakan bahawa ketangkasan adalah

kebolehan dan keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin yang

dapat membantu dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi

menyelamatkan diri. Manakala menurut Tan dan Haridas (1996) pula, ketangkasan

adalah kelakuan motor iaitu pergerakan berturutan dengan arah yang berbeza,

kecekapan dan kepantasan.

17

Kesimpulannya, dengan adanya komponen-komponen kecergasan fizikal

seperti yang dinyatakan tadi, ia akan dapat meningkatkan lagi keupayaan fizikal serta

kemahiran seterusnya dapat membantu meningkatkan prestasi atlet. Selain itu, aspek

seperti ketangkasan, kepantasan dan keseimbangan juga penting dalam semua jenis

sukan pada masa kini memandangkan ketiga-tiga perkara ini merupakan komponen

kemampuan motor. Justeru itu, dengan adanya latihan yang melibatkan aspek

komponen kemampuan motor iaitu ketangkasan, kepantasan dan keseimbangan serta

ketepatan maka ia dapat meningkatkan lagi kemampuan seseorang individu dalam

melakukan sesuatu aktiviti atau latihan dan seterusnya menjadikan pergerakan

seseorang pemain itu lebih pantas dan tangkas. Secara tidak langsung, ia juga dapat

mempengaruhi dan meningkatkan prestasi atlet dalam bidang sukan masing-masing

terutamanya bagi permainan yang banyak melibatkan perubahan arah pergerakan

ketika bermain seperti bola sepak, skuasy, tenis, badminton dan lain-lain lagi.

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam permainan bola sepak adalah menjadi keperluan bagi setiap pemain

untuk bergerak ke seluruh bahagian padang. Pergerakan setiap pemain dalam

padang tidak terbatas dan statik. Ia melibatkan pergerakan yang bervariasi dan

dinamik seperti pergerakan lari ulang-alik, pergerakan yang memerlukan pemain

menukar arah lariannya dan sebagainya. Bellos dan Alex (2002), menyatakan

bahawa seseorang pemain itu perlu bersedia dari segi fizikal dalam konteks

pergerakan tubuh badannya. Dengan itu, ia merangkumi aspek-aspek kepantasan

dan ketangkasan seseorang pemain, maka penekanan utama untuk persediaan fizikal

adalah berkhususkan pada ketangkasan dan kepantasan. Oleh itu, jika seseorang

pemain bola sepak berhasrat untuk menjadi pemain yang mempunyai kemampuan

untuk bergerak khususnya mengubah arah pergerakan tubuh badan dengan baik ke

pelbagai arah ketika bermain maka dia harus memberi penekanan terhadap

ketangkasan pergerakannya. Secara tidak langsung ia telah meningkatkan

18

kemampuan seseorang pemain itu dari segi kemahiran, kawalan, hantaran dan

penguasaan padang. Tuntasnya, jika seseorang pemain ingin mengekalkan

konsistensi dalam permainannya serta membolehkan seseorang pemain bersaing

dalam permainan bola sepak moden pada masa kini, dia perlulah mempunyai tahap

kecergasan fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa, daya tahan otot, daya tahan

kardiovaskular, fleksibiliti, koordinasi dan ketangkasan khususnya.

Kita tentu kagum apabila melihat seorang penari zapin melakukan pergerakan

tariannya yang pelbagai dan variasi. Setiap langkahannya disusun dengan rapi

mengikut alunan irama muzik atau melihat haiwan seperti anjing mengejar sesuatu

objek seperti piring yang dilontarkan ke udara dan anjing tersebut berusaha

mendapatkan piring tersebut dengan mulutnya sekalipun piring itu dibaling ke

pelbagai arah. Walaupun kedua-dua keadaan yang kita lihat di atas berada dalam

konteks yang berlainan daripada permainan bola sepak namun jika diteliti dengan

mendalam dan kritis, dapat disimpulkan bahawa ia adalah hasil daripada keupayaan

pergerakan dalam pelbagai arah dengan cekap dan pantas. Bukan sesuatu yang

mudah untuk memperoleh kemahiran-kemahiran pergerakan yang tinggi tersebut, ia

hanya boleh dicapai melalui latihan yang kerap, tersusun dan berterusan. Faktor-

faktor seperti keseimbangan, kuasa, masa dan koordinasi perlu ditekankan. Selain

daripada itu, terdapat juga beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada

kejayaan prestasi dalam sesuatu kemahiran sukan. Berdasarkan pelbagai kajian Safrit

(1990) yang pernah dijalankan dengan melakukan beberapa siri ujian kebolehan

motor, berikut merupakan antara faktor yang dikenal pasti mempengaruhi kebolehan

motor seseorang iaitu kekuatan, kelajuan, koordinasi otot, saiz badan, ketinggian,

berat, daya tahan, keseimbangan dan ketangkasan.

Lanfranchi (2001), pula menegaskan bahawa permainan bola sepak secara

kasarnya melibatkan aktiviti-aktiviti kemahiran seperti menanduk, membuat

hantaran, menerima hantaran, mengawal bola dan lain-lain lagi. Kesemua kemahiran

ini melibatkan pelbagai lakuan motor yang berlandaskan kepada komponen-

komponen kecergasan fizikal seperti ketangkasan, masa reaksi, kelembutan,

kekuatan, kepantasan dan sebagainya. Banyak daya eksplosif yang diaplikasikan

19

dalam permainan ini. Walau bagaimanapun, apa yang paling ketara ialah aspek

ketangkasan wujud dalam permainan bola sepak ini khususnya ketika bergerak di

dalam padang ketika bermain.

Fenomena ketangkasan ini secara tidak langsung mempunyai perkaitan

dengan kepantasan, masa reaksi dan keseimbangan. Hal ini kerana permainan bola

sepak bukannya permainan yang dimainkan satu hala pergerakannya seperti

permainan golf tetapi perlu bergerak ke pelbagai arah mengikut rangsangan luar,

sebagai contoh setiap pemain sentiasa bergerak dalam padang untuk mendapatkan

bola, melakukan serangan mahupun ketika bertahan. Situasi ketangkasan ini dapat

digambarkan dengan jelas dalam permainan bola sepak futsal apabila seorang

penjaga gol merebahkan badannya untuk menepis bola yang dirembat oleh pemain

lawan dan kemudian bangun untuk menepis bola yang datang kembali jika tepisan

pertama tadi melantun kembali kepada pemain lawan. Keadaan ini menunjukkan

ketangkasannya mengubah kedudukan dan arah pergerakannya dengan pantas dan

licin serta tindakan atau tingkah laku yang normal seseorang terhadap kebolehan

tubuh badannya bertindak sebaik sahaja menerima sebarang rangsangan luar.

Disebabkan fenomena ini, daripada latar belakang kajian, pengkaji berhasrat

melihat ‘shadow play’ sebagai salah satu latihan ketangkasan dalam permainan bola

sepak. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk menjadikan ‘shadow play’

sebagai latihan alternatif untuk mempelbagaikan kaedah latihan ketangkasan dalam

permainan bola sepak.

1.3 Pernyataan Masalah

20

Selain daripada teknik dan taktik permainan, salah satu elemen yang penting

untuk menentukan kejayaan sesebuah pasukan dalam permainan bola sepak ialah

tahap ketangkasan para pemainnya. Apabila kita berbincang tentang ketangkasan

pasti melibatkan lakuan motor seperti kemampuan untuk berhenti, bergerak dan

menukar arah pergerakan badan atau dengan pantas dalam pelbagai gaya lakuan.

Dalam permainan bola sepak moden seperti sekarang, seorang pemain yang tangkas

dianggap mempunyai kelebihan atau aset yang bernilai berbanding pemain yang

kurang pantas. Jika pemain tersebut tangkas adalah mudah bagi pemain untuk

mengekang serangan dari pihak musuh serta pemain tidak akan menghadapi masalah

untuk menerima dan menghantar bola semasa perlawanan berlangsung. Jika aspek

ketangkasan ini diabaikan, pemain akan sukar atau gagal untuk bergerak pantas

terhadap sebarang rangsangan yang dijangka mahupun yang tidak dijangka, malahan

keadaan akan bertambah buruk lagi jika pasukan mengalami kekalahan. Sehubungan

itu, alternatif latihan yang efektif perlulah dirancang. Oleh yang demikian, kajian ini

dijalankan bagi melihat sejauh mana seseorang atlet mampu meningkatkan

ketangkasan pergerakannya menerusi latihan ‘shadow play’ yang dijalankan terhadap

pemain bola sepak Universiti Teknologi Malaysia dalam tempoh yang tertentu.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk:

1.4.1 Mengetahui sama ada kaedah latihan ‘shadow play’ dapat meningkatkan

ketangkasan pemain bola sepak Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor.

1.4.2 Memperkenalkan kaedah latihan ‘shadow play’ dalam meningkatkan

ketangkasan pemain bola sepak Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor.

21

1.4.3 Mengukur perubahan tahap ketangkasan subjek setelah menjalani latihan

‘shadow play’.

1.5 Hipotesis Kajian

Ha 1. Terdapat perubahan tahap ketangkasan pemain-pemain selepas

menjalani latihan larian ‘shadow play’.

Ho 1. Tidak terdapat perubahan tahap ketangkasan pemain-pemain selepas

menjalani latihan larian ‘shadow play’.