folio bola jaring

Download Folio Bola Jaring

Post on 18-Jul-2015

3.635 views

Category:

Documents

21 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENGENALAN BOLA JARINGSEJARAH BOLA JARINGBola jaring adalah satu permainan yang direka dan diubahsuai daripada permainan bola keranjang. Bola keranjang diperkenalkan oleh Dr. James Naismith di Massachussets, Amerika Syarikat. Pada tahun 1895, seorang pensyarah berbangsa Amerika bernama Dr.Toles yang mengajar di Kolej Latihan Fizikal Madame Osterberg, England telah memperkenalkan cara-cara bermain bola keranjang dalam dewan kepada pelajar-pelajar perempuan kolej tersebut. Sungguhpun permainan itu mirip bola keranjang, tidak terdapat peraturan permainan yang khusus. Ukuran gelanggang juga tidak bersempadan dan tanpa garisan bulat seperti gelanggang bola keranjang. Gol yang digunakan ialah bakul sampah. Pada tahun 1897, kolej itu didatangi oleh seorang guru wanita berbangsa Amerika. Beliau telah mengubahsuai permainan ini berdasarkan permainan bola keranjang. Gol yang berbentuk gelung besi menggantikan bakul sampah. Gelanggang permainan pula dibahagi kepada tiga kawasan. Bola keranjang digunakan sebagai bola jaring. Bola jaring menjadi permainan yang popular di England. Banyak kelab, kolej dan sekolah bermain permainan ini secara aktif. Sungguhpun begitu peraturan permainan masih berbeza-beza. Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi peraturan bola jaring diterbitkan di England. Peraturan tersebut dibuat bertujuan untuk membezakan permainan ini dengan bola keranjang. Pengiraan skor dibuat setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring. Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk gelung besi ditukar kepada jaring. Ukuran bola juga dikecilkan kepada ukuran bola sepak. Langkah ini bertujuan agar kilang dapat mengeluarkan bola yang khusus untuk bola jaring. Negara-negara tanah jajahan British seperti Australia, New Zealand, India, Malaysia, Afrika, dan Hindia Barat mula bermain bola jaring. Pertandingan

antarabangsa yang pertama adalah di antara England, Wales dan Scotland, iaitu pada tahun 1949. Menjelang tahun 1960, Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa ditubuhkan. Serentak itu juga, undang-undang permainan bola jaring bagi peringkat antarabangsa dibuat. Pertandingan yang teragung bagi permainan ini ialah Pertandingan Bola Jaring Sedunia yang dijalankan setiap empat tahun sekali. Di Malaysia, perkembangan bola jaring bermula di sekolah-sekolah. Guru-guru berbangsa Inggeris memperkenalkan permainan kepada murid-murid tempatan. Sehingga kini permainan bola jaring menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan di peringkat negeri dan kebangsaan oleh Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat kelab, permainan ini dijalankan sebagai aktiviti rekreasi. Di kalangan kaum wanita Malaysia, permainan bola jaring merupakan permainan yang popular. Sungguhpun begitu, hanya pada tahun 1978 barulah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan. Persatuan ini berperanan menganjurkan aktiviti di peringkat kebangsaan seperti pertandingan bola jaring antara negeri dan menyediakan pasukan bola jaring Malaysia untuk pertandingan-pertandingan antarabangsa.

PERALATANAda beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring. Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol, kasut dan bip. BOLA Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupanya seperti bola keranjang. Bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.

GELANGGANG Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan gelanggang tertutup. Gelanggang terbuka ialah gelanggang di tempat yang berumput. Manakala,gelanggang tertutup ialah di dalam dewan yang bersimen.

GELANGGANG TERBUKA

GELANGGANG TERTUTUP

TIANG GOL 1) Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 3.05 m (10 kaki) tinggi. 2) Bulatan tiang gol mempunyai diameter 380 mm (15 inci). 3) Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150mm atau 6 inci panjang.

BIP 1) Semua pasukan mesti memakai jersi yang seragam iaitu corak, bentuk, dan warna yang sama. Pakaian seragam yang sama hendaklah dipakai sepanjang kejohanan. 2) Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bip berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah 4-6 inci. 3) Sekiranya berlaku persamaan warna bip, pasukan yang namanya dicatatkan terdahulu dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar bip yang berlainan warna.

KASUT 1) Pemakaian kasut diwajibkan dari awal hingga akhir permainan.

UKURAN GELANGGANGTerdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan gelanggang tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak di tengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Gelanggang bola jaring

boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah. Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan gol.

KEMAHIRAN ASAS BOLA JARINGMENGHANTAR DAN MENERIMA HANTARANMENGHANTARHantaran merupakan kemahiran asas dalam permainan bola jaring. Hal ini kerana dalam permainan bola jaring, setiap pemain perlu menghantar bola tersebut kepada satu sama lain sama ada menggunakan satu tangan atau dua tangan. Pemain bola jaring perlu mempunyai kemahiran hantaran yang pelbagai agar terdapat unsur kejutan dalam permainan mereka.

Kepentingan Hantaran Hantaran penting dalam permainan bola jaring kerana hantaran merupakan kemahiran yang paling banyak digunakan dalam permainan. Dalam satu permainan bola jaring, pasukan akan banyak menghantar bola kepada penjaring pasukan. Pasukan bola jaring yang mempunyai kemahiran hantaran yang baik akan memberi banyak peluang kepada penjaring mereka untuk menjaringkan bola dan sebaliknya jika pasukan memiliki kemahiran menghantar yang lemah akan meghalang peluang penjaring pasukan untuk menjaringkan bola seterusnya menghalang peluang pasukan untuk menang.

Jenis-Jenis Hantaran Hantaran bola jaring tergolong dalam dua kategori: hantaran dua tangan dan hantaran satu tangan. Dalam kedua-dua kategori ini pula terdapat hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah. Kedua-dua hantaran satu tangan dan dua tangan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pemain yang mahir dalam teknik-teknik asas hantaran akan menjadi seorang pemain yang serba boleh dengan pelbagai hantaran yang akan membuat pasukan lawan terteka-teka.

Hantaran Dua Tangan Hantaran dua tangan merupakan hantaran yang mudah untuk dipelajari kerana kedua-dua tangan digunakan untuk melakukan hantaran ini. Kedudukan tangan sama ada di belakang bola atau di bahagian atas dan bawah bola.

Pergelangan tangan dan jari-jari akan mengarahkan bola manakala siku, lengan dan berat badan akan mengeluarkan tenaga untuk kelajuan serta jarak kepada hantaran yang akan dilakukan. Kelebihan hantaran dua tangan ialah ia boleh diambil semula dengan mudah pada bila-bila masa sebelum ia dilepaskan berbanding hantaran satu tangan yang sukar untuk diambil semula apabila aksi hantaran telah dimulakan. Hantaran dua tangan terdiri daripada hantaran dada, hantaran lantun, hantaran atas kepala dan hantaran sisi.

Hantaran Satu Tangan Hantaran satu tangan merupakan hantaran yang kuat dalam permainan bola jaring. Untuk melakukan hantaran satu tangan, bola dipegang dengan jari-jari tangan balingan dibuka luas manakala tangan yang lagi sebelah diletak pada bola untuk mengawal atau menstabilkannya. Berat badan diimbangkan di kaki belakang, kaki yang bertentangan dengan tangan balingan di hadapan dengan lutut dibengkokkan sedikit. Semasa bola dilepaskan, pastikan jari-jari mengawasi bola, lengan dan bahu memberi daya dan kelajuan pada bola. Hantaran satu tangan terdiri daripada hantaran lantun, hantaran aras bahu, hantaran lob, hantaran peluru dan hantaran bawah bahu.

Panduan Membuat Hantaran Pemain yang ingin membuat hantaran tidak boleh panik. Pemain mempunyai tiga saat untuk mencari arah hantaran. Jangan tergesa-gesa kerana hantaran yang tergesa-gesa mungkin membuatkan pasukan kehilangan bola. Selain itu, mata hendaklah mencari sasaran hantaran dan buat hantaran di hadapan rakan yang bergerak. Rajah di bawah menunjukkan contoh hantaran yang terdapat dalam bola jaring.

Membuat Hantaran

MENERIMA HANTARANKemahiran menerima hantaran merupakan langkah pertama dalam permainan bola jaring. Ketika menerima bola, jari-jari keluar untuk menerima bola, menangkap bola dan menarik bola rapat ke dada. Terdapat dua cara untuk menangkap bola: menggunakan dua tangan dan menggunakan satu tangan. Menggunakan Dua Tangan Kedudukan badan hendaklah seimbang sambil mata melihat pada bola. Tangan dikeluarkan dan bersedia untuk menangkap. Siku dibengkokkan sedikit manakala jari-jari dibuka. Selepas bola ditangkap, pemain perlu menarik bola ke arah dada dan bersedia untuk menghantar atau menjaring. Kelebihan menangkap

menggunakan dua tangan ialah merupakan cara menangkap yang paling selamat dan membolehkan pemain mendapat kawalan yang lebih baik terhadap bola. Menggunakan satu tangan Menangkap menggunakan satu tangan pula merupakan cara

menangkap yang kurang selamat tetapi memberi kelebihan kepada pemain dari segi jangkauan ke arah bola. Ketika bersedia untuk menangkap bola menggunakan satu tangan, pemain perlu menyeimbangkan badan sambil memerhatikan arah bola dan tangan dihulurkan ke