meningkatkan kemahiran penukaran unit dalam topik jisim dengan menggunakan

3
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT DALAM TOPIK JISIM DENGAN MENGGUNAKAN “KIT CONVERTER” BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN TAHUN 4 Dalam penukaran unit dalam topik jisim, terdapat dua kaedah yang biasa digunakan oleh guru untuk mengajar murid iaitu cara operasi bahagi biasa (bentuk lazim/cara panjang) dan cara menggerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kiri atau ke kanan. Bagi murid bermasalah penglihatan, mereka agak lemah dalam menyelesaikan operasi bahagi dalam bentuk panjang atau lazim. Bagi cara menggerakkan titik perpuluhan pula, bagi murid bermasalah penglihatan mereka tidak dapat membayangkan bagaimana cara menggerakkan titik perpuluhan tersebut untuk menukarkan unit jisim sama ada daripada gram kepada kilogram atau sebaliknya. Kit ini dicipta bagi membantu murid bermasalah penglihatan menyelesaikan soalan penukaran unit dengan lebih jelas dan mudah dengan menggunakan bahan konkrit. Kit ini juga boleh mudah digunakan dan fleksibel untuk digunakan oleh guru untuk mengajar topik lain seperti isipadu, ukuran panjang dan sebagainya yang melibatkan penukaran unit dan perpuluhan. Cara penggunaan Kit Converter 1. Guru memberi penerangan bahagian-bahagian dan cara menggunakan kit tersebut kepada murid.

Upload: nana-kawaii

Post on 06-Nov-2015

261 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

PT

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT DALAM TOPIK JISIM DENGAN MENGGUNAKAN KIT CONVERTER BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN TAHUN 4

Dalam penukaran unit dalam topik jisim, terdapat dua kaedah yang biasa digunakan oleh guru untuk mengajar murid iaitu cara operasi bahagi biasa (bentuk lazim/cara panjang) dan cara menggerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kiri atau ke kanan. Bagi murid bermasalah penglihatan, mereka agak lemah dalam menyelesaikan operasi bahagi dalam bentuk panjang atau lazim. Bagi cara menggerakkan titik perpuluhan pula, bagi murid bermasalah penglihatan mereka tidak dapat membayangkan bagaimana cara menggerakkan titik perpuluhan tersebut untuk menukarkan unit jisim sama ada daripada gram kepada kilogram atau sebaliknya. Kit ini dicipta bagi membantu murid bermasalah penglihatan menyelesaikan soalan penukaran unit dengan lebih jelas dan mudah dengan menggunakan bahan konkrit. Kit ini juga boleh mudah digunakan dan fleksibel untuk digunakan oleh guru untuk mengajar topik lain seperti isipadu, ukuran panjang dan sebagainya yang melibatkan penukaran unit dan perpuluhan.

Cara penggunaan Kit Converter1. Guru memberi penerangan bahagian-bahagian dan cara menggunakan kit tersebut kepada murid. 2. Nombor dimasukkan ke bahagian kosong (tingkap) yang disediakan. Pastikan kedudukan magnet mengikut tempat perpuluhan yang betul. Sekiranya dalam gram, letakkan magnet di ruangan akhir nombor paling hujung.3. Sekiranya ingin menukarkan unit gram kepada kilogram, gerakkan magnet melalui tiga tingkap ke kiri.4. Sekiranya ingin menukarkan unit kilogram kepada gram, gerakkan magnet melalui tiga tingkap ke kanan.

Design lama kit converter

Design baru kit converter