penukaran agama kepada islam : implikasi undang …

125
PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG-UNDANG TERHADAP PERKAHWINAN NOR AZLINA MOHD NOOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2008

Upload: others

Post on 01-Nov-2021

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI

UNDANG-UNDANG TERHADAP PERKAHWINAN

NOR AZLINA MOHD NOOR

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2008

Page 2: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

i

PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB (DISCLAIMER)

Saya, dengan ini, mengaku bertanggungjawab di atas ketepatan semua pandangan,

komen teknikal, laporan fakta, data, gambarajah, ilustrasi, dan gambar foto yang telah

diutarakan di dalam laporan ini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya bahawa bahan

yang diserahkan ini telah disemak dari aspek hakcipta dan hak keempunyaan.

Universiti Utara Malaysia tidak bertanggungan terhadap ketepatan mana-mana

komen, laporan, dan maklumat teknikal dan fakta lain, dan terhadap tuntutan hakcipta

dan juga hak keempunyaan.

PENYELIDIK:

___________________________

NOR AZLINA BT MOHD NOOR

Page 3: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

ii

PENGHARGAAN

Ucapan terima kasih ditujukan kepada Universiti Utara Malaysia kerana memberi

geran untuk menjalankan penyelidikan ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan

kepada Penolong Naib Canselor, Pengerusi Bidang Undang-undang, mantan dekan,

mantan Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang

dan juga Jawatankuasa Penyelidikan Kolej Undang-undang dan Pengajian

Antarabangsa serta rakan-rakan atas pandangan dan tunjuk ajar mereka yang

membolehkan penyelidikan ini dijalankan dengan lancar dan jayanya.

Sekalung terima kasih saya rakamkan kepada semua pihak yang terlibat samaada

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Page 4: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

iii

ABSTRAK

Pertukaran agama daripada satu agama kepada satu agama yang lain merupakan satu

perkara yang boleh berlaku dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum seperti di

Malaysia. Isu pertukaran agama salah seorang daripada pasangan suami atau isteri

dalam perkahwinan sivil kepada Islam telah menimbulkan pelbagai implikasi dan

masalah dalam undang-undang keluarga di Malaysia. Ini adalah kerana apabila salah

seorang daripada pasangan tersebut memeluk agama islam, mereka tidak lagi

tertakluk di bawah peruntukan undang-undang yang sama. Antara isu yang pastinya

timbul adalah status perkahwinan pasangan yang terlibat dalam konflik ini . Kajian

ini akan melihat kedudukan status pasangan yang terlibat iaitu samaada hubungan

mereka masih kekal atau terputus kesan daripada pertukaran agama tersebut. Selain

daripada itu, penyelidik juga akan mengkaji kedudukan undang-undang Islam dan

sivil tentang tanggungjawab perkahwinan yang meliputi isu hak nafkah dan

penjagaan anak-anak yang lahir hasil perkahwinan tersebut. Penyelidik juga akan

membincangkan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil yang

menjadi penyumbang kepada konflik yang berterusan kepada pasangan yang pada

asalnya memeterai suatu kontrak perkahwinan sivil namun kemudiannya salah

seorang daripada mereka memutuskan untuk memeluk agama Islam.

Page 5: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

iv

SENARAI KES

Abdul Razak lwn Lisia binti Mandaqie alias Maria Menado[1964]

Abdul Shaik bin Md Ibrahim & Anor lwn Hussein bin Ibrahim & 2 ors [1999] 3 CLJ

539

Ainan lwn Syed Abubakar [1939] MLJ 219.

Anna Ng @ Marget Ng lwn Chan Lin Kin [2000] 1 LNS 10

Che Omar bin Che Soh lwn PendakwaRaya [1988] 2 MLJ 55

Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah, Bukit Mertajam & Anor

[1991] 3 CLJ 2768 ; [1991] 1 CLJ (Rep) 77

Douglas A Pedley lwn. Majlis Ugama Islam Pulau Pinang & Anor [1990] 2 MLJ 307

Eeswari Visualingam lwn Government of Malaysia [1990] 1 MLJ 86

Faridah Hanim bt Omar lwn Abd Latif Ashaari (2006) JH (1) 27,

Hafizah Indra Abdullah lwn Jamaluddin bin Eusoff (2006) JH (1) 47

Harun lwn Che Gayah (1978) 1 JH(1) 66

Hyde lwn Hyde (1866) LR 1 P&D 130

In Re Maria Hertogh [1951] MLJ 64

Kaliamal lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hospital Kuala Lumpur dan

Kerajaan Malaysia (2006) 2 JH 210

Kamariah Ali dll lwn Kerajaan Negeri Kelantan, Malaysia dan Seorang Lagi [2002] 3

MLJ 657

Kamariah Ali dll lwn Kerajaan Negeri Kelantan, Malaysia dan Seorang Lagi [2002] 3

MLJ 657

Kamariah bt Ali lwn Kerajaan Negeri Kelantan, Malaysia dan yang Lain (dan 3

rayuan yang lain) [2002] 3 CLJ 766

Khu Poh lwn Wan Mat (1864) Leic 247

Koh Yian Geok lwn Zulkifli Tan Abdullah [1995] CLJ 403

Kok Yoong Heong lwn Choon Thean San [1976] 1 MLJ 292

Kung Lim Siew Wan lwn. Choong Chee Kuan [2003] 6 MLJ 260

Letchumy lwn Ramadason [1984] 1 MLJ 143

Lim Chye Peow lwn Wee Boon Tek (1872) 1 Ky 236

Lim Guan Teet lwn Tunku Akobe (1882) 1 Ky 539

Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain-lain [2005] 4 CLJ

666

M. Saraswathi Devi K Govind lwn Keith Ian Monteiro [2006] 1 CLJ 303

Mahabir Prasad lwn Puspha Mahabir Prasad [1981] CLJ 182 (Rep)

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan lwn Hun Mun Meng [1993] 1 CLJ 179

Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai lwn Shaik Zolkaffily bin

Shaikh Natar & 2 Ors [2003] 3 CLJ 289

Md Hakim Lee lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [1997]

4 CLJ Supp 419.

Meor Atiqulrahman bin Ishak lwn Fatimah bte Sihi [2000] 5 MLJ 375

Minton lwn Minton [1979] AC 593

Mohamad Salleh lwn Azizah JH (1404H) 212,

Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn Faridah Dato Talib [1992] 2 MLJ 793

Musammat Resham Bibi lwn Khuda Baksh AIR [1938] Lahore 482

Nafsiah lwn Abdul Majid [1969] 2 MLJ 174

Page 6: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

v

Nancy Kual lwn Ho Than On [1994] 1 MLJ 545

Nedunchelian V Uthiradam lwn Nurshafiqah Mah Singai Annal & ors [2005] 2 CLJ

306

Ng Siew Pian lwn Abdul Wahid bin Abu Hassan dan lain [1993] 1 CLJ 391

Noor Azizan bte Colony (alias Noor Azizan bte Mohamed Noor) lwn Tan Lip Chin

(alias Izak Tan) [2006] SGHC 121

Nooranita bt Kamaruddin lwn Faeiz b Yeop Ahmad (1997) 7 JH 61

Nur Aisyah Suk Abdullah lwn Harjeet Singh [1999] 4 CLJ 566

Nyonya Tahir (2006) JH 221

O’Leary lwn O’Leary [1923] 1 WWR 501

Pedley lwn Majlis Agama Islam Pulau Pinang [1990] 2 MLJ 307

Pendakwa Raya lwn DJ White alias Abdul Rahman [1940] MLJ 214

R. Samaswathy lwn R Palakrishnan [1986] 2 Mal Digest 47

Ramah lwn Laton (1927) 6 FMSLR 128

Re Ko (Infant) [1990] 1 MLJ 494

Re Maria Huberdina Hertogh; Aminah bte Mohamed lwn The Consul General for the

Netherlands [1950] MLJ 215; [1951] MLJ 164

Re Satpal Singh, An Infant [1958] 24 MLJ 283

Re Susie Teoh [1986] 2 MLJ 228

Reg. lwn William (1858) 3 Ky. 16

Robert lwn Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 163

Shamala Sathiyaseelan lwn Dr Jeyaganesh C Mogarajah [2004] 3 CLJ 516

Shamala Sathiyaseelan lwn. Dr Jeyaganesh C Mogarajah & Anor [2004] 2 MLJ 648

Shamala Sathiyaseelan lwn. Dr Jeyaganesh C Mogarajah & Anor [2004] 2 CLJ 416

Siti Aisyah Janthip Aisam JH (2006) 262

Skinner lwn Skinner (1897) L.R. 25. LA 34

Soon Singh Bikar Singh lwn Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kedah

& Anor [1999] 2 CLJ 5

Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray & Other Appeals [2008] 2 CLJ 1

Sukma Darwaman Sasmitaat Madja lwn Ketua Pengarah Penjara Malaysia [1999] 1

CLJ 481

Sultan Omar Akumedan lwn Nakidah Mohamed Cassim (1841) 1 Ky 37

Tan Sung Mooi lwn Too Miew Kim [1994] 3 MLJ 117

Tey Siew Choo lwn Teo Eng Huat [1996] 6 CLJ 308

Theng Khang Chu lwn Tan Kim Hoe [1926] SSLR 1

Tunku Fazlinda Tunku Khalil lwn Azhar Sidek [2006] JH (1) 119

U. Visualingam lwn. S Visualingam [1980] 1 MLJ 10

Wan Abdul Aziz lwn Siti Aishah [1980] JH 147

Wan Mohd Kamil bin Wan Abd Ghani lwn Rosliza @ Mazwani binti Mohamed

Mustapha (2006) JH 142

Viswalingam lwn Viswalingam [1980] 1 MLJ 10

SENARAI STATUT

Page 7: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

vi

Akta Mahkamah Kehakiman 1964

Akta Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Perceraian) 1976

Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961

Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984

Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam 1991- Perlis

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002- Kelantan.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005-Pahang

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985-Terengganu

Ordinan Perkahwinan Sivil (No 44) 1952

Perlembagaan Malaysia

Page 8: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

vii

KANDUNGAN

Pengakuan Tanggungjawab.............................................................................................i

Penghargaan...................................................................................................................ii

Abstrak..........................................................................................................................iii

Senarai Kes....................................................................................................................iv

Senarai Statut................................................................................................................vi

Kandungan...................................................................................................................vii

BAB 1 ............................................................................................................................ 1

PENDAHULUAN ......................................................................................................... 1

1.1 Pengenalan ......................................................................................................... 1

1.2 Penyataan Masalah............................................................................................. 3

1.3 Persoalan Kajian ................................................................................................ 3

1.4 Objektif Kajian..................................................................................................... 7

1.4 Kepentingan Kajian ............................................................................................. 7

1.5 Skop Kajian .......................................................................................................... 8

1.6 Kekangan ............................................................................................................. 8

BAB 2 ............................................................................................................................ 9

ULASAN KARYA ........................................................................................................ 9

2.1 Pengenalan ........................................................................................................... 9

2.2 Definisi Konsep ................................................................................................ 10

2.2.1 Pertukaran Agama ................................................................................... 10

2.2.2 Perkahwinan ............................................................................................ 13

2.2.3 Pembubaran/Perceraian………………………………………………. 13

2.3 Status Perkahwinan selepas pemelukan Islam ................................................... 17

2.4 Implikasi terhadap Tanggungjawab Perkahwinan (Hak penjagaan anak dan

nafkah) ..................................................................................................................... 19

2.4.1 Hak Penjagaan Anak ............................................................................... 20

2.4.2 Hak kepada nafkah .................................................................................. 22

Page 9: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

viii

2.5 Bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil .................................... 23

BAB 3 .......................................................................................................................... 25

METODOLOGI KAJIAN ........................................................................................... 25

3.1 Rekabentuk Kajian ............................................................................................. 25

3.2 Skop Kajian ........................................................................................................ 28

3.3 Kaedah pengutipan data ..................................................................................... 28

(a) Data Primer ................................................................................................. 29

(b)Data Sekunder ............................................................................................. 29

3.4 Penganalisaan Data ............................................................................................ 30

BAB 4 .......................................................................................................................... 34

HASIL KAJIAN .......................................................................................................... 34

4.1 Pengenalan ......................................................................................................... 34

4.2 Status Perkahwinan selepas pemelukan Islam ................................................... 36

4.2.1 Kedudukan di bawah Undang-undang Islam .......................................... 36

4.2.2 Kedudukan di bawah Enakmen-enakmen Perundangan Keluarga Islam di

Malaysia ........................................................................................................... 41

4.2.3 Kedudukan di bawah Undang-undang kekeluargaan Sivil di Malaysia . 46

4.3 Implikasi terhadap Tanggungjawab Perkahwinan (Hak penjagaan anak dan

nafkah) ..................................................................................................................... 56

4.3.1 Hak Penjagaan Anak-anak ...................................................................... 58

4.3.2 Hak kepada nafkah .................................................................................. 82

4.4 Bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil .................................... 91

BAB 5 ........................................................................................................................ 104

CADANGAN DAN KESIMPULAN ........................................................................ 104

BIBLIOGRAFI .......................................................................................................... 113

Page 10: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di Malaysia, terdapat pelbagai bentuk undang-undang keluarga yang berkuatkuasa ke

atas perkahwinan dan perceraian. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum maka

terdapat dua kategori undang-undang perkahwinan dan perceraian iaitu undang-

undang persendirian (private law) dan apabila ia melibatkan agama ia menjadi

undang-undang peribadi (personal law) (Noor Aziah, 2006). Sejak awal pemerintahan

penjajah British di Malaysia, kewujudan undang-undang Adat dan undang-undang

Keluarga Islam telah diberi pengiktirafan.

Sir Peter Benson Maxwell dalam kes Reg. lwn William (1858) 3 Ky. 16 telah

menyatakan bahawa apabila sesuatu undang-undang negeri tidak boleh diterima pakai

disebabkan oleh amalan dan kepentingan agama dan bukannya berasaskan

kepentingan moral, maka keesahan sesuatu perkahwinan adalah didasarkan kepada

bentuk perkahwinan mengikut peraturan agama berkenaan. Dalam kes Nancy Kual

lwn Ho Than On [1994] 1 MLJ 545, mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan di

antara bumiputera dan bukan bumiputera Sabah mengikut adat Kadazan adalah sah

mengikut adat walaupun ia diupacarakan selepas Akta 164 tetapi tidak didaftarkan di

bawah Akta tersebut

Urusan perkahwinan orang Islam tertakluk kepada undang-undang Islam di bawah

pentadbiran pelbagai enakmen di setiap negeri dan ia boleh diterima pakai oleh

Page 11: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

2

penganut agama Islam sahaja. Walau bagaimanapun keadaannya berlainan bagi

orang bukan Islam. Terdapat pelbagai kelompok etnik bukan Islam yang membentuk

masyarakat Malaysia seperti Cina, India dan Orang Asli seperti Negrito, Senoi di

Semenanjung Malaysia dan Iban, Kadazan dan lain-lain di Sabah dan Sarawak

(Hamid, 1992).

Bagi kaum Cina dan India perkahwinan mereka adalah berdasarkan undang-undang

atau adat istiadat mereka yang ditentukan oleh pihak Mahkamah. Pada amnya,

Ordinan Perkahwinan Sivil (No 44) 1952 telah diperkenalkan bagi membolehkan

seseorang melakukan kontrak perkahwinan Sivil monogami khususnya bagi orang

bukan Islam di Persekutuan Tanah Melayu. Di bawah ordinan itu telah

memperuntukan bahawa dalam sesuatu perkahwinan yang salah seorang daripada

pasangan tersebut merupakan penganut Islam, maka ia tidak boleh diupacarakan atau

didaftarkan di bawah ordinan berkenaan.

Justeru itu kerajaan telah mengambil satu langkah untuk menyatukan dan

menyeragamkan semua peruntukan berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian di

kalangan orang bukan Islam dan bukan orang asli atau anak negeri (Abdul Monir

Yaacob,2006) dengan meluluskan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan

dan Perceraian) 1976 yang juga dikenali sebagai Akta 164. Beberapa statut yang

terpakai sebelum tahun 1976 telah dimansuhkan bersama-sama beberapa seksyen lain.

Langkah untuk mewujudkan suatu undang-undang yang seragam dan terpakai untuk

semua penganut agama selain Islam merupakan suatu usaha yang baik tetapi bukan

satu perkara yang mudah.Wujudnya Akta 164 ini untuk mengendaliuruskan hal-hal

Page 12: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

3

kekeluargaan di Malaysia telah menampakkan suatu imej baru dalam undang-undang

keluarga. Sungguhpun Akta 164 hanya terpakai pada orang bukan Islam sahaja tetapi

beberapa buah negeri telah menjadikan Akta 164 sebagai garis panduan bagi

merangka prosedur atau acara-acara yang sesuai dengan undang-undang adat, agama

atau kelaziman setakat mana ia tidak bertentangan dengan agama Islam.

1.2 Penyataan Masalah

Isu pertukaran agama membabitkan hanya satu pihak daripada pasangan suami isteri

dalam perkahwinan bukan Islam pada dasarnya dianggap satu isu sensitif yang tidak

perlu dibicarakan. Walau bagaimanapun, masalah sensitiviti itu seharusnya perlu

diketepikan kerana kes membabitkan masalah pertukaran agama sebelah pihak akan

menimbulkan implikasi yang besar terhadap institusi perkahwinan, khususnya masa

depan anak-anak. Isu yang telah menjadi polemik perundangan sejak akhir-akhir ini

boleh menimbulkan konflik serta kontroversi perundangan yang tidak berkesudahan

sekiranya tidak ditangani secara bijak dan berhemah (Berita Harian, 21 Julai 2004).

Isu terbaru yang terpapar di dada-dada akhbar adalah tentang status agama pendaki

Everest Sarjan M.Moorthy atau Muhammad Abdullah dan juga Nyonya Tahir

(Mingguan Malaysia, 29 Januari 2006) bukan sahaja telah menarik perhatian orang

awam malah juga turut menyebabkan beberapa orang menteri kabinet bukan Islam

telah menghantar satu memorandum kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta penyemakan semula undang-undang

berkaitan isu pertukaran agama dilakukan (Utusan Malaysia, 21 Januari 2006).

Page 13: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

4

Kontroversi ini telah mendorong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meminta

supaya kekeliruan mengenai undang-undang dan perlembagaan berhubung dengan

perkara-perkara berkaitan dengan pertukaran agama diperjelaskan (Mingguan

Malaysia, 15 Januari 2006). Ekoran daripada itu , Menteri di Jabatan Perdana Menteri,

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah memaklumkan bahawa anggota kabinet telah

mengarahkan Pejabat Peguam Negara untuk menyemak semula semua peruntukan

yang berkaitan dengan isu tersebut (New Straits Times, 20 Januari 2006).

Secara umumnya, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan secara jelas

bahawa Mahkamah Sivil akan mempunyai bidangkuasa terhadap undang-undang

keluarga penganut bukan Islam dengan menerima pakai Akta Membaharui Undang-

Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 manakala Mahkamah Syariah pula akan

mempunyai bidang kuasa terhadap sebarang masalah yang timbul yang berkaitan

dengan orang Islam. Perbezaan bidang kuasa dikuatkan lagi dengan pindaan yang

dibuat ke atas Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 10 Jun 1988 di mana

penggubal undang-undang telah meluluskan bahawa Mahkamah Tinggi di Malaysia

tidak lagi mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang

kuasa Mahkamah Syariah.

Sistem yang berbeza ini pada asasnya berjaya dilaksanakan dengan sempurna dalam

keadaan di mana garis pemisah tersebut dipatuhi oleh semua pihak yang terbabit. Ini

bermaksud, setiap ahli keluarga dalam sesebuah perkahwinan terdiri daripada

penganut agama yang sama dan mereka sudah pastinya akan ditadbir oleh satu set

undang-undang dan berada di bawah sistem mahkamah yang sama.

Page 14: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

5

Namun begitu, kekaburan bidangkuasa akan wujud apabila garis pemisah itu

dilangkaui oleh salah seorang pasangan di mana mereka pada asalnya bukan Islam

tetapi kemudiannya memeluk Islam. Apabila situasi sebegini berlaku, mahkamah

manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar dan menyelesaikan sebarang

pertelingkahan yang berlaku di antara mereka berkaitan dengan isu penjagaan anak-

anak, urusan pembubaran perkahwinan dan sebarang tuntutan nafkah atau relief .

Perkara inilah yang perlu ditangani dan diselesaikan dengan segera oleh pihak yang

bertanggungajawab tentang perundangan di Malaysia.

Seksyen 51(1) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian)

1976 menyatakan bahawa hanya suami atau isteri yang tidak memeluk Islam yang

dibenarkan mengemukakan petisyen penceraian. Pihak yang memeluk Islam pada

dasarnya tidak boleh memfailkan petisyen penceraian kerana wujudnya sekatan dalam

seksyen 3(3) Akta yang sama yang menyatakan bahawa Akta ini tidak terpakai

kepada orang Islam walau bagaimanapun ia tidak menghalang mahkamah untuk

membuat keputusan kepada permohonan pasangan bukan Islam untuk memohon

perintah nafkah, pembahagian aset perkahwinan atau perintah penjagaan anak-anak.

Dalam erti kata lain, pasangan yang memeluk Islam tidak mempunyai sebarang hak

dalam peruntukan Akta tersebut setelah beliau memeluk Islam tetapi beliau masih

terikat dengan tanggungjawab yang perlu diselesaikan bergantung kepada perintah

sampingan yang difikirkan perlu dan patut oleh mahkamah seperti yang diperuntukan

di bawah seksyen 51 (2) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976 (M.Siraj (1980).

Page 15: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

6

Oleh itu isu pembubaran perkahwinan atas alasan penukaran agama salah seorang

pasangan bukan Islam kepada Islam dan kesan-kesannya terhadap pihak-pihak yang

terlibat perlu diberi perhatian sewajarnya bagi mengelakkan kekeliruan dan salah

faham sepertimana yang terjadi dalam kes U. Visualingam lwn S Visualingam [1980]

1 MLJ 10. Dalam kes tersebut mahkamah England telah menolak pertukaran agama

sebagai alasan untuk membubarkan perkahwinan. Antara punca lain yang

menyumbang kepada sikap mahkamah England membuat keputusan tersebut ialah

kegagalan pihak suami untuk menentukan bidangkuasa mahkamah di Malaysia dalam

menangani isu ini.

1.3 Persoalan Kajian

1. Apakah kedudukan status perkahwinan di antara pasangan yang mendaftarkan

perkahwinan di bawah undang-undang sivil tetapi salah seorang membuat

keputusan untuk memeluk Islam? Adakah masih wujud satu perkahwinan yang

sah atau ia terbubar kesan daripada penukaran agama yang berlaku?

2. Sama ada pihak yang memeluk Islam masih lagi bertanggungjawab kepada pihak

yang bukan Islam dan anak-anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut.

Siapakah yang akan mendapat hak penjagaan anak-anak?

3. Mahkamah manakah yang mempunyai bidangkuasa untuk mendengar semua kes

pembubaran perkahwinan yang berkaitan dengan penukaran agama atau

melibatkan dua pihak yang berlainan agama?

Page 16: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

7

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti status perkahwinan selepas berlakunya penukaran agama kepada

Islam oleh salah seorang pasangan kepada perkahwinan bukan Islam.

2. Menganalisis kedudukan undang-undang sivil dan syariah tentang tanggungjawab

perkahwinan yang meliputi hak penjagaan dan nafkah anak-anak dan pasangan

yang tidak memeluk Islam.

3. Menganalisis bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam isu

pertukaran agama dan kesannya kepada undang-undang keluarga di Malaysia.

1.4 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu serta memberi sumbangan kepada

Kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

penggubal dasar serta pihak-pihak yang berkepentingan dalam undang-undang

keluarga khususnya yang berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian .Ia juga

diharap dapat membantu masyarakat awam serta penyelidik yang berminat untuk

mengenalpasti kedudukan sebenar sesebuah perkahwinan apabila berlakunya

penukaran agama oleh salah seorang pasangan mereka serta implikasi yang akan

berlaku kepada hak-hak penjagaan anak dan nafkah yang boleh diperolehi jika

berlakunya pembubaran perkahwinan.

Page 17: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

8

1.5 Skop Kajian

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti kedudukan sesebuah perkahwinan dari sudut

undang-undang selepas berlakunya penukaran agama oleh salah seorang pasangan

dan peruntukan yang disediakan oleh undang-undang berhubung dengan

tanggungjawab perkahwinan yang meliputi isu penjagaan dan nafkah anak-anak yang

terlibat dalam situasi perkahwinan tersebut. Selain itu kajian ini juga membincangkan

tentang bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil bagi kes-kes yang

melibatkan perkahwinan orang Islam dan juga bukan Islam.

Kajian ini hanya mengkhususkan kepada situasi penukaran agama pasangan kepada

Islam dan tidak termasuk isu murtad atau penukaran agama keluar daripada Islam

berdasarkan peruntukan-peruntukan undang-undang dan kes-kes yang telah

diputuskan oleh mahkamah. Perbincangan akan dibuat berdasarkan undang-undang

keluarga Sivil dan juga undang-undang keluarga Islam.

1.6 Kekangan

Di sepanjang tempoh penyelidikan ini, hanya berlaku kesukaran untuk mendapatkan

bahan dan sumber rujukan kerana kekurangan maklumat di perpustakaan Universiti

Utara Malaysia. Penyelidik terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur untuk

mendapatkan bahan-bahan di daripada institut pengajian tinggi awam yang lain.

Kelewatan menyiapkan laporan penyelidikan berlaku kerana penyelidik terpaksa

menunggu keputusan kes berkaitan kajian yang baru sahaja diputuskan oleh

Mahkamah Persekutuan .

Page 18: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

9

BAB 2

ULASAN KARYA

2.1 Pengenalan

Sistem yang berasingan bagi undang-undang keluarga wujud di Malaysia bagi orang

Islam dan orang bukan Islam. Perkara yang berhubung dengan undang-undang

keluarga bukan Islam adalah berada di bawah bidang kuasa perundangan Parlimen,

menurut kuasa Perkara 4 Perenggan (e) Senarai 1 (Senarai Perundangan Persekutuan)

dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Badan Perundangan sesuatu

negeri diberikan kuasa untuk mengadakan perundangan mengenai perkara-perkara

yang berhubung dengan undang-undang diri dan keluarga Islam, kecuali berkenaan

dengan Wilayah Persekutuan, menurut kuasa Perkara 1, dalam Senarai II ( Senarai

Perundangan Negeri) dalam Jadual Kesembilan tersebut.

Oleh kerana Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri maka hal ehwal perkahwinan

dan perceraian orang Islam di kawal oleh undang-undang Islam yang diluluskan oleh

Dewan Undangan Negeri dan dikuatkuasakan oleh Mahkamah Syariah.Bagi orang

bukan Islam pula, hal ehwal perkahwinan dan perceraian mereka terletak di bawah

bidang kuasa Mahkamah Sivil. Undang-undang bertulis yang mengawal perkahwinan

dan perceraian mereka ialah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976.

Page 19: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

10

2.2 Definisi Konsep

2.2.1 Pertukaran Agama

Secara harfiah pertukaran agama bermaksud menukar kepercayaan dan pegangan

daripada satu agama kepada agama yang lain tidak kira sama ada dari atau kepada

agama Islam atau dari agama lain kepada satu agama lain selain dari Islam (Hassan,

2007).

Garner (2007) dalam Kamus Black’s Law telah mentakrifkan pertukaran atau

conversion sebagai perbuatan untuk menukarkan sesuatu perkara kepada sesuatu yang

lain atau suatu proses pertukaran. Daripada definisi tersebut, pertukaran agama

bolehlah dirumuskan sebagai satu perbuatan oleh seseorang untuk menukarkan suatu

pegangan atau kepercayaan kepada pegangan atau kepercayaan yang lain dan

berdasarkan kajian ini dari satu agama yang telah dianuti kepada satu agama yang

lain.

Fenomena pertukaran agama dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada

berbilang kaum dan agama bukanlah suatu perkara yang baru. Pertukaran agama

dalam konteks ini telah didefinasikan sebagai suatu ketentuan yang pasti yang

memutuskan atau mengubah identiti seseorang daripada masa lampaunya kepada

keadaan yang baru dimana berlaku pencanggahan dan kelainan dalam aspek penting

kehidupannya. Pertukaran agama melibatkan satu perubahan yang radikal bukan

sahaja kepada identiti seseorang, malah turut melibatkan perubahan kepercayaan

agama , idea, nilai, personaliti dan juga norma-norma kehidupan .

Page 20: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

11

Dalam konteks ini, pertukaran agama juga boleh diistilahkan sebagai suatu

pengorientasian semula amalan dan kepercayaan agama seseorang dan ia biasanya

ditentukan oleh dua faktor. Faktor pertama biasa melibatkan tahap komitmen yang

diberikan oleh seseorang kepada ideologi baru yang dianutinya dan faktor kedua pula

lebih menumpu kepada aspek persamaan di antara agama sebelum dan selepas

penukaran dilakukan. Contohnya jika penukaran agama kepada Islam dilakukan oleh

orang bukan Islam, perubahan yang dilakukan biasanya bukan melibatkan budaya

tetapi apa yang lebih diberi perhatian ialah transformasi keseluruhan terhadap konsep

kepercayaan dan keimanan (Noraisyah, 2004).

Walau bagaimanapun, dengan hanya menyatakan pertukaran kepercayaan adalah

tidak mencukupi bagi membuktikan pertukaran agama untuk tujuan undang-undang.

Sesiapa yang terlibat perlu membuktikan wujudnya fakta-fakta yang menyokong

penukaran agama sebelum tindakannya boleh memberikan implikasi undang-undang

kepada pihak-pihak yang terlibat. Mahkamah tidak akan sekali-sekali membenarkan

penukaran agama olok-olok yang bertujuan untuk mengelakkan diri daripada

dikenakan undang-undang peribadi pihak-pihak terlibat dan ia adalah satu kesalahan

penipuan di sisi undang-undang (M.Siraj, 1965).

Dalam kes Skinner lwn Skinner (1897) L.R. 25. LA 34, Hakim Watson yang mewakili

Majlis Privi telah berpendapat bahawa kemungkinan bahawa pertukaran agama oleh

salah seorang pasangan yang telah berkahwin akan memberi kesan perubahan kepada

hak dan tangggungjawab dalam sesebuah perkahwinan mestilah dibuktikan bahawa

pertukaran agama pada awalnya dibuat secara jujur dan bukan bertujuan untuk

Page 21: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

12

menipu dan menyelewang daripada peruntukan undang-undang. Penyataan ini telah

disokong oleh keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur

dalam kes Kaliamal lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hospital Kuala

Lumpur dan Kerajaan Malaysia (2006) 2 JH 210 dan juga kes Nyonya Tahir (2006)

JH 221 yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban. Kedua-

dua kes membincangkan isu status agama saudara pemohon yang meninggal dunia

sebelum membuat keputusan sama ada mereka tertakluk kepada undang-undang Islam

ataupun tidak.

Majlis Privi dalam penghakimannya telah berpendapat bahawa jika seorang lelaki

beragama kristian telah dengan secara sahnya mengahwini seorang perempuan

beragama kristian dan kemudiannya mengisytiharkan dia telah memeluk Islam dan

berkahwin dengan seorang wanita Islam mengikut upacara Islam, perkahwinan

tersebut adalah diragui keesahannya. Tetapi keraguan ini dapat ditolak jika dia boleh

membuktikan penukaran agamanya kepada Islam adalah berlaku secara jujur dan

berniat baik atau bona fide (M.Siraj,1965).

Hakim Din Muhammad J dalam kes Musammat Resham Bibi lwn Khuda Baksh AIR

[1938] Lahore 482, telah menyatakan bahawa motif seseorang yang menukarkan

agama kepercayaan mereka bukanlah sesuatu yang material atau penting dalam

pembuktian undang-undang. Tindakan meninggalkan agama asal dan menganut

agama lain tidak memerlukan sebarang bukti selain daripada pengakuan seseorang.

Syarat utama adalah pengakuan tersebut dibuat hendaklah bukan secara kebetulan

atau bersahaja yang boleh ditarik balik oleh pengikrar tetapi ia hendaklah sesuatu

Page 22: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

13

yang memerlukan kepatuhan secara berterusan daripada si pengikrar dan dia tidak

sekali-kali berniat untuk berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.

2.2.2 Perkahwinan

Peruntukan undang-undang yang diterima pakai kepada semua jenis perkahwinan

sivil di Malaysia iaitu Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976 (Akta 164) tidak memberikan satu definisi jelas untuk perkataan

perkahwinan mahupun penceraian. Tiada takrifan nyata juga diberikan dalam

enakmen-enakmen perundangan keluarga Islam bagi setiap negeri di Malaysia seperti

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada dasarnya, perkahwinan yang diupacarakan sama ada di bawah undang-undang

sivil dan Islam mempunyai elemen penting yang sama iaitu penyatuan atau perjanjian

antara dua pihak dan kedua-dua bentuk proses perkahwinan menghalalkan hubungan

seksual antara seorang lelaki dengan seorang perempuan.

Lord Penzance dalam kes Hyde lwn Hyde (1866) LR 1 P&D 130 telah

mendefinisikan perkahwinan sebagai penyatuan secara sukarela di antara lelaki dan

perempuan untuk seumur hidup mereka. Definisi ini adalah berasaskan pegangan

masyarakat Eropah zaman lampau yang menganggapkan perkahwinan adalah ikatan

untuk seumur hidup dan tiada istilah perceraian yang akan wujud antara mereka.

Page 23: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

14

Kamus Black’s Law (2007) telah mentafsirkan perkahwinan sebagai suatu penyatuan

kepada pasangan di sisi undang-undang sebagai suami dan isteri dan kedua-dua pihak

hendaklah mempunyai syarat-syarat berikut:

(a) Mempunyai kelayakan untuk mengikat kontrak perkahwinan.

(b) Memberikan persetujuan bersama.

(c) Menjalani ritual perkahwinan yang dinyatakan atau diterima oleh undang-

undang.

L.B.Curzon (2006) pula telah mendefinisikan perkahwinan sebagai satu perbuatan

atau tindakan yang berlandaskan persetujuan untuk bersama dan membentuk satu

status suami dan isteri di sisi undang-undang dan masyarakat sosial.

Oleh itu daripada definisi-definisi di atas bolehlah dirumuskan bahawa perkahwinan

yang diasaskan daripada suatu persetujuan kedua-dua belah pihak akan mewujudkan

satu kedudukan sosial di sisi masyarakat di mana undang-undang akan memberikan

keistimewaan dari segi hak-hak dan kewajipan-kewajipan kepada suami dan isteri

(SM Creatney & JM Mason, 1997).

Perkahwinan dari segi undang-undang Islam pula ialah satu ikatan suci yang

dianjurkan oleh Islam untuk menghalalkan perhubungan dua insan daripada berlainan

jenis bagi mendapatkan keturunan yang sah di sisi Hukum Syara’. Ia adalah satu

ikatan perjanjian yang suci antara dua pihak melalui satu proses akad nikah yang

memenuhi keperluan hukum syarak ( Nor Aziah, 2006).

Dalam surah an-Nisa’ ayat 1, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

Page 24: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

15

“Wahai sekalian manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah

menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam) dan

menjadikan daripadanya (Adam) pasangan (isterinya Hawa) dan

membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan, lelaki dan

perempuan yang ramai.”

Agama Islam tidak menganggap perkahwinan itu hanya untuk memenuhi tuntutan

hawa nafsu sahaja tetapi sebagai satu ikatan yang luas yang merangkumi pelbagai

tanggungjawab dan tugas. Ini adalah kerana mengikut agama yang diwahyukan,

wanita itu bukanlah barang mainan kaum lelaki tetapi mereka adalah ciptaan yang

mempunyai moral dan rohani yang diamanahkan kepada kaum lelaki melalui

perjanjian luhur melalui satu ikatan perkahwinan yang sah di mana Allah s.w.t adalah

sebagai saksi untuknya.

Terdapat pelbagai ayat al-Quran yang memberitahu tentang maksud-maksud sesebuah

perkahwinan. Dalam surah ar-Rumm, ayat 21 Allah s.w.t telah berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan

untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan

merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu rasa kasih

sayang dan sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat

tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Ayat ini membawa maksud bahawa sesuatu perkahwinan adalah satu proses

penyatuan antara dua jiwa di antara lelaki dan perempuan.

Page 25: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

16

Dalam ayat 189 surah al-A’raaf pula, Allah s.w.t telah berfirman:

“Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya

dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya”.

Dalam hadith Muslim, Anas r.a meriwayatkan bahawa beberapa sahabat Rasulullah

s.a.w telah bertanya kepada isteri-isteri Baginda s.a.w mengenai amalan baginda

semasa berseorangan diri. Seorang daripada sahabat-sahabat tersebut berkata: “Aku

tidak akan berkahwin. Seorang lagi berkata: Aku tidak akan makan daging. Seorang

yang lain pula berkata: Aku tidak akan berbaring di tempat tidur. Rasulullah s.a.w

telah bersabda maksudnya: Apakah yang terjadi kepada mereka ini yang berkata itu

dan ini sedangkan aku bersolat dan tidur juga. Aku berpuasa dan berbuka. Aku

mengahwini wanita juga. Barangsiapa yang berpaling dari sunnahku maka dia tidak

mempunyai perhubungan denganku.”

Perkahwinan bukan Islam bermaksud semua perkahwinan orang bukan Islam yang

didaftarkan atau dianggap telah didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-

Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Perkahwinan Islam pula bererti semua

perkahwinan yang melibatkan orang Islam termasuk ahli kitabiyyah yang didaftarkan

mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa di setiap

negeri (Ahmad Ibrahim, 2000). Bagi memutuskan seseorang itu Islam atau tidak,

pertimbangan perlu diberikan mengikut kriterium reputasi am tanpa membuat

sebarang percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan,

perangai, watak, perbuatan atau kemungkiran orang itu (Seksyen 5 Akta Undang-

undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984).

Page 26: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

17

2.2.3 Perceraian /Pembubaran

Mengikut Kamus Dewan Bahasa (2002) pembubaran berasal daripada perkataan

bubar yang bermaksud cerai berai (perihal orang ramai yang berkumpul), berserak-

serak, habis, selesai. Perceraian pula berasal daripada perkataan cerai yang membawa

maksud pisah atau tidak bersama sebagai suami isteri lagi atau putus hubungan.

Perkataan bercerai pula bermaksud tidak bersatu atau putus hubungan atau pertalian

sebagai suami isteri.

2.3 Status Perkahwinan selepas pemelukan Islam

Terdapat perbezaan tentang status perkahwinan selepas pemelukan Islam dari aspek

undang-undang keluarga Sivil dan undang-undang keluarga Islam. Seksyen 51(1)

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

memperuntukkan bahawa jika pihak kepada sesesuatu perkahwinan telah masuk

Islam, pihak yang satu lagi itu yang tidak masuk Islam boleh mempetisyen untuk

penceraian. Ini memberi maksud bahawa peruntukan ini memberikan kuasa kepada

pasangan yang tidak memeluk Islam untuk membuat keputusan samada ingin

membubarkan atau meneruskan perkahwinan.

Kedudukan undang-undang ini dapat dilihat dalam kes Eeswari Visualingam lwn

Government of Malaysia [1990] 1 MLJ 86 dan Douglas A Pedley lwn Majlis Ugama

Islam Pulau Pinang & Anor [1990] 2 MLJ 307. Dalam kedua-dua kes ini mahkamah

telah berdepan dengan isu sama ada pemelukan Islam pasangan bukan Islam akan

menyebabkan pasangan yang menukar agama itu akan serta merta tertakluk kepada

Page 27: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

18

undang-undang Syariah atau mereka masih lagi berada di bawah bidangkuasa undang-

undang asal mereka iaitu undang-undang keluarga Islam.

Hakim dalam kedua-dua kes tersebut telah memutuskan bahawa apabila sesuatu

perkahwinan telah didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976, kedua-dua pasangan akan tertakluk kepada

semua peruntukan di bawah Akta tersebut yang meliputi aspek pembubaran

perkahwinan dan juga tanggungjawab perkahwinan. Penukaran agama salah seorang

pasangan kepada Islam tidak akan memberi kesan kepada keesahan perkahwinan

bukan Islam tersebut. Fatwa Mufti juga tidak akan memberi sebarang kesan ke atas

perkahwinan tersebut (Muhammad Altaf, 1995).

Yang Arif Dato’ Faiza Thamby Chik , dalam kes Shamala Sathiyaseelan lwn Dr

Jeyaganesh C Mogarajah & Anor [2004] 2 MLJ 648, telah memutuskan bahawa

penukaran agama yang diperuntukkan dalam Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-

undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 hanyalah alasan yang boleh digunakan

oleh pihak yang bukan Islam untuk membubarkan perkahwinannya. Penukaran agama

daripada Hindu kepada Islam tidak membubarkan perkahwinan mereka sebelum itu.

Majlis Fatwa Kebangsaan pada 16 Mac 1976 dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

ke-11 telah mengeluarkan fatwa mengenai kedudukan suami isteri yang sebelumnya

bukan beragama Islam kemudian salah seseorang bertindak memeluk Islam.

Berdasarkan fatwa tersebut pernikahan pasangan suami isteri yang bukan beragama

Islam akan terputus jika salah seorang daripadanya memeluk agama Islam tetapi jika

Page 28: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

19

yang seorang lagi memeluk agama Islam juga dalam masa iddah maka pernikahan

mereka akan kekal seperti sebelumnya . (http://www.e-fatwa.gov.my)

Jumhur ulama Islam yang terdiri daripada Imam Syafii, Imam Malik dan Iman

Ahmad bin Hambal pula berpendapat bahawa perceraian akan berlaku setelah

isterinya habis tempoh iddah. Tetapi sekiranya isteri yang memeluk agama Islam

sebelum isterinya habis iddah, maka perkahwinan mereka masih kekal dan beliau

masih menjadi suami isteri yang sah. Jika keadaan lain dimana suami yang memeluk

agama Islam, tetapi tidak isterinya , perkahwinan mereka cuma akan kekal seperti

biasa jika isterinya adalah seorang wanita Kitabiyyah. Ini kerana wanita Kitabiyyah

boleh dikahwini oleh lelaki Islam (al-Zuhaily, 1989)

Terdapat peruntukan yang hampir sama dalam setiap enakmen-enakmen perundangan

keluarga Islam di Malaysia berhubung dengan pembubaran perkahwinan kerana salah

seorang daripada suami isteri memeluk Islam. Sebagai contoh Seksyen 46 sub-

seksyen (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984

menyatakan bahawa penukaran agama kepada Islam oleh mana-mana pasangan dalam

perkahwinan bukan Islam yang terdahulu tidak dengan sendirinya membubarkan

perkahwinan sehinggalah disahkan oleh mahkamah.

2.4 Implikasi terhadap Tanggungjawab Perkahwinan (Hak penjagaan anak dan

nafkah)

Banyak kritikan yang diterima terutama daripada NGO wanita yang menegaskan

bahawa ada kemungkinan salah seorang pasangan yang memeluk Islam menggunakan

Page 29: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

20

agama sebagai salah satu cara untuk membalas dendam kepada pasangan yang enggan

memeluk Islam. Untuk menyelesaikan kekaburan tersebut hakim dalam kes Kung Lim

Siew Wan lwn Choong Chee Kuan [2003] 6 MLJ 260 telah memutuskan bahawa

semata-mata memeluk Islam tidak menyebabkan seseorang Islam tersebut bebas

daripada tanggungjawabnya di bawah Undang-undang Sivil. Defendan dalam kes ini

telah dihalang atau di ‘estop’ dari menggunakan identiti Islamnya semata-mata untuk

mengelakkan dari tanggungjawabnya dalam perkahwinan yang didaftarkan di bawah

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian)1976 (Noor Aziah,

2004).

2.4.1 Hak Penjagaan Anak

Selain kedudukan atau status perkahwinan, isu pertukaran agama itu juga

menimbulkan implikasi perebutan anak menyentuh hak penjagaan yang secara

langsung memberi kesan kepada agama anak-anak berkenaan.

Mengikut Mazhab Shafie, Undang-undang Islam memberikan hak pemeliharaan dan

penjagaan anak-anak yang masih kecil kepada ibu. Walau pun seksyen 82 Akta

Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 tidak

menyatakan dengan jelas tentang isu yang melibatkan kes pertukaran agama, tetapi

peruntukan tersebut memberi syarat bahawa hak penjagaan akan diberikan kepada

pasangan yang beragama Islam. Ibu yang tidak memeluk Islam akan hilang kelayakan

dan hak akan diberikan kepada orang seterusnya dalam senarai keutamaan mengikut

Undang-Undang Islam (Nuraisyah, 2004).

Page 30: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

21

Walau bagaimanapun dari sudut aplikasi perundangan di Malaysia, akan wujud

kesukaran untuk menentukan hak penjagaan anak-anak. Ini kerana Mahkamah

Syariah tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan penjagaan

anak-anak kerana ia melibatkan pihak bukan Islam. Hak penjagaan anak-anak bagi

pasangan bukan Islam telah di peruntukkan dalam Akta Penjagaan Kanak-Kanak

1961 (Akta 351) dan juga Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976 di mana kedua-dua statut tidak boleh diterima pakai oleh orang

Islam.

Kekeliruan ini telah ditimbulkan dalam kes yang telah mendapat perhatian umum

iaitu kes Shamala Sathiyaseelan lwn Dr Jeyaganesh C Mogarajah & Anor [2004] 2

CLJ 416 di mana Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam permohonan ‘ex-parte’

bertindak memberikan hak penjagaan anak-anak yang berumur 3 tahun setengah dan

10 bulan kepada pasangan yang memeluk Islam (suami). Pasangan yang tidak

memeluk Islam iaitu si isteri telah memfailkan tuntutan yang sama di Mahkamah

Tinggi Kuala Lumpur. Yang Arif Dato’ Faiza Thamby Chik dalam kes ini telah

berjaya menyelesaikan kes yang melibatkan penjagaan anak-anak dengan cara yang

paling baik sehingga peruntukan seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dipinda dengan memberikan hak pemeliharaan

secara bersama mengikut seksyen 5 Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 kepada ibu

dan bapa tetapi memberi kebenaran kepada anak-anak untuk tinggal bersama ibu

mereka yang tidak beragama Islam dengan beberapa syarat. Antara syaratnya adalah

tidak boleh mempengaruhi kepercayaan anak-anak yang kini adalah muallaf seperti

memberi makan benda-benda yang diharamkan oleh Islam seperti babi atau arak.

Page 31: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

22

Dalam kes yang sama, Mahkamah Tinggi telah menyatakan bahawa perintah

hadhanah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah tidak mengikat pasangan

yang bukan Islam kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa terhadap bukan orang

Islam. Hakim Yang Arif Dato’ Faiza Thamby Chik telah menggunakan kebijaksanaan

beliau dengan mengaplikasikan peruntukan undang-undang yang sedia ada dalam

menyelesaikan permasalahan hak penjagaan anak yang tersepit antara ibubapa yang

berlainan agama (Noor Aziah, 2004).

2.4.2 Hak kepada nafkah

Implikasi penukaran agama ke atas pemberian nafkah kepada pasangan yang

membuat keputusan tidak mahu memeluk Islam serta anak-anak adalah antara isu

yang banyak dibawa ke mahkamah. Mahkamah dalam kes Tan Sung Mooi lwn Too

Miew Kim [1994] 3 CLJ 708 telah memutuskan bahawa suami yang memeluk Islam

tidak boleh melarikan diri daripada tanggungjawab perkahwinan atas alasan

penukaran agama kerana perkahwinan bukan Islam masih lagi sah di kaca mata

undang-undang. Oleh yang demikian, pasangan yang memeluk Islam atau suami

masih lagi tertakluk kepada peruntukan yang berkaitan pembahagian harta dan nafkah

di bawah seksyen 77 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976 .

Hak ini adalah bersesuaian dengan Undang-undang Islam di mana suami yang

membubarkan perkahwinan masih lagi bertanggungjawab untuk menyediakan

keperluan dan nafkah kepada anak-anak hasil daripada perkahwinan tersebut dan juga

Page 32: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

23

menyediakan nafkah kepada bekas pasangan ketika dalam tempoh iddah (Nuraisyah,

2004).

2.5 Bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil

Berlakunya campurtangan Mahkamah Sivil terhadap keputusan Mahkamah Syariah

atau perkara yang melibatkan orang Islam dan undang-undang Islam bukanlah satu

perkara baru sistem perundangan Malaysia kerana Malaysia mewarisi sistem

perundangan Inggeris. Untuk menyelesaikan pertindihan bidangkuasa yang berlaku,

kerajaan melalui pindaan undang-undang Akta A704/88 yang berkuatkuasa pada 10

Ogos 1988 telah mengambil inisiatif untuk menaikkan kedudukan Mahkamah Syariah

dengan membuat pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang secara

jelas memisahkan pentadbiran Undang-undang Syariah dan Undang-undang Sivil.

Perkara 121(1A) telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang

menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi tidak akan mempunyai bidangkuasa

berkenaan dengan apa-apa perkara yang berada di dalam bidangkuasa Mahkamah

Syariah.

Tafsiran pindaan di atas dapat dilihat dalam kes Mohamed Habibullah bin Mahmood

lwn Faridah Dato Talib [1992] 2 MLJ 793 apabila Mahkamah Agung telah

memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidangkuasa untuk

mendengar permohonan perintah tegahan dari seorang wanita Islam terhadap

suaminya yang juga beragama Islam dari mengganggu beliau dan keluarga.

Page 33: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

24

Walau bagaimanapun, pindaan kepada perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan

tersebut masih belum dapat menyelesaikan pertelingkahan yang wujud dalam undang-

undang keluarga dalam kes penukaran agama salah seorang pasangan. Berdasarkan

peruntukan undang-undang tersebut, Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa

untuk mendengar kes yang melibatkan orang Islam semata-mata kerana semua kes

yang melibatkan orang bukan Islam adalah hak eksklusif Mahkamah Tinggi.

Implikasinya yang berlaku adalah semua kes yang melibatkan orang bukan Islam

terutamanya kes pembubaran perkahwinan atas sebab penukaran agama ini tidak

dapat dibawa untuk dibicarakan di Mahkamah Syariah. Pasangan yang memeluk

Islam juga tidak boleh mempetisyen pembubaran perkahwinan di Mahkamah Sivil

kerana seksyen 3 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian)

1976 dengan jelas mengecualikan orang Islam untuk menerimapakai peruntukan

dalam Akta tersebut. Seksyen 51 Akta yang sama pula hanya memberikan hak untuk

memfailkan petisyen pembubaran kepada pasangan yang tidak memeluk agama Islam.

Ketiadaan peruntukan yang jelas dan kekaburan undang-undang ini telah meletakkan

pasangan yang memeluk Islam dalam kesukaran kerana beliau tidak ada hak untuk

memutuskan ikatan perkahwinan yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi kerana

pertukaran agama (Ahmad Ibrahim, 1990).

Page 34: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

25

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian perundangan (legal research) yang berbentuk kualitatif

sepenuhnya. Secara umumnya kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah

berbentuk tradisional. Mahdi Zahra(1998) telah menjelaskan bahawa kaedah kajian

perundangan tradisional atau konvensional ini sebenarnya adalah suatu proses untuk

menyatakan (stating), menginterpretasikan (interpreting) atau menerangkan undang-

undang sedia ada (clarifying the existing law) di dalam sesuatu bidang perundangan

itu.

Menurut Mahdi Zahra(1998), kaedah konvensional adalah satu cara pengendalian

kajian perundangan melalui cara-cara berikut:

1. mengenalpasti prinsip dan peraturan atau kaedah yang berkaitan (menyemak

kes-kes, statut-statut, laporan perundangan dan lain-lain)

2. menganalisa dan menjelaskan satu prinsip dan peraturan atau kaedah

3. mengenalpasti hubungan antara elemen-elemen dan peraturan atau kaedah

4. mengenalpasti hubungan antara peraturan atau kaedah dan prinsip di dalam

disiplin undang-undang.

Walker (1997) telah mengenalpasti empat perkara utama yang biasanya digunakan

dalam sesuatu kajian undang-undang iaitu:

Page 35: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

26

1. Analisa: menganalisa suatu permasalahan yang timbul dan memastikan

peraturan-peraturan yang terpakai kepada permasalahan itu

2. Sejarah: memastikan bagaimana dan kenapa peraturan-peraturan itu diterima

3. Falsafah: mempertimbangkan sama ada peraturan-peraturan itu adalah

konsisten dengan keperluan masyarakat

4. Perbandingan: melihat bagaimana sesuatu isu perundangan itu diatasi oleh dua

negara atau lebih yang mempunyai sistem perundangan yang berbeza.

Sesuatu kajian perundangan biasanya melibatkan penyelidikan secara sistematik ke

atas isu-isu perundangan yang baru dan terkini dengan menggunakan keaslian dan

kreativiti yang tinggi. Kajian seumpama ini mesti dijalankan secara berhati-hati agar

ia menggambarkan perancangan yang sistematik, penyiasatan, pemerhatian, analisa

dan teknik yang kritikal.

Temubual bersemuka tidak berstruktur telah dilakukan dengan beberapa orang pakar

dalam bidang yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki

(Anwarul Yaqin, 2007). Lincoln & Guba (1989) menyarankan bahawa kaedah ini

bersesuaian bagi memahami satu fenomena apabila ia berlaku, tanpa hipotesis,

kawalan eksperimen ataupun pengasingan dan manipulasi angkubah.

Antara kaedah penyelidikan berbentuk tradisional yang telah digunakan adalah

dengan membuat penelitian kepada peruntukan-peruntukan dalam statut-statut

berkaitan. Antaranya adalah seksyen 3, 4, 8, 51, 76, 77, 81, 82 dan 83 Akta

Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, beberapa

peruntukan dalam enakmen perundangan keluarga Islam setiap negeri di Malaysia

Page 36: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

27

khususnya seksyen 2, 10 dan 46 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-

wilayah Persekutuan) 1984, dan juga Perkara 3, 11 dan 121(1A) Perlembagaan

Malaysia. Selain itu, penyelidik akan meneliti kes-kes terdahulu yang telah

diputuskan oleh mahkamah.

Mengikut Wu Min Aun (2005), undang-undang yang dibuat oleh para hakim dan

badan perundangan adalah berkaitan antara satu sama lain. Apabila Parlimen

membuat sesuatu undang-undang itu, adalah menjadi tanggungjawab para hakim

untuk mentafsirkan undang-undang tersebut. Keputusan yang dibuat oleh para hakim

yang memberi kesan kepada peruntukan statut tersebut dan akan menjadi keputusan

duluan yang mengikat. Doktrin ini adalah sangat penting di dalam metod kajian

perundangan dan ianya adalah suatu keperluan dalam menganalisa sesuatu kes itu.

Pada dasarnya, doktrin ini menyatakan yang mahkamah rendah adalah terikat dengan

keputusan terdahulu yang dibuat oleh mahkamah lebih tinggi hierarkinya (McLeod,

1993).

Berdasarkan pandangan yang lebih luas, kaedah ini boleh dirumuskan secara amnya

sebagai suatu pernyataan bahawa kes-kes yang sama perlu diputuskan mengikut

kaedah yang sama, terutamanya berdasarkan kepada dua usul: Pertamanya adalah

konsistensi adalah elemen penting dalam keadilan; dan keduanya dengan mengikuti

keputusan-keputusan terdahulu, ianya akan menambahbaik kecekapan kerana dapat

mengelak hujah yang sama diulang.

Page 37: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

28

3.2 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kedudukan sesebuah perkahwinan dari sudut

undang-undang selepas berlakunya pertukaran agama oleh salah seorang pasangan

dan peruntukan yang disediakan oleh undang-undang berhubung dengan

tanggungjawab perkahwinan yang meliputi isu penjagaan dan nafkah anak-anak yang

terlibat dalam situasi perkahwinan tersebut. Selain itu kajian ini juga membincangkan

tentang bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil bagi kes-kes yang

melibatkan perkahwinan orang Islam dan juga bukan Islam.

Kajian ini hanya mengkhususkan kepada situasi pertukaran agama pasangan kepada

Islam dan tidak termasuk isu murtad atau pertukaran agama keluar daripada Islam

berdasarkan peruntukan-peruntukan undang-undang dan kes-kes yang telah

diputuskan oleh mahkamah. Perbincangan akan dibuat berdasarkan undang-undang

Islam, enakmen-enakmen keluarga Islam dan undang-undang keluarga sivil di

Malaysia.

3.3 Kaedah pengutipan data

Dalam kajian ini penyelidik membuat pengutipan data melalui penyelidikan

perpustakaan. Data yang digunakan adalah terdiri daripada data primer dan data

sekunder.

Page 38: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

29

(a) Data Primer

Data Primer adalah data yang diperolehi daripada sumber terus, autoritatif dan tidak

dipengaruhi oleh mana-mana pandangan atau pendapat seseorang (Chatterjee, 2000).

Penyelidik akan merujuk kepada data primer yang terkandung dalam Al-Quran dan

tafsirnya untuk mendapatkan kedudukan perkahwinan selepas pemelukan Islam

mengikut Undang-undang Islam dan juga peruntukan dalam statut-statut yang

berkaitan khususnya Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976 dan juga enakmen-enakmen perundangan keluarga Islam setiap

negeri untuk mendapatkan kedudukan perkahwinan tersebut di Malaysia.

Walau bagaimanapun untuk tujuan penyelidikan ini, penyelidik akan membuat

rujukan utama kepada Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah

Persekutuan) 1984 yang pada amnya model kepada Enakmen- enakmen keluarga

Islam di negeri-negeri lain di Malaysia. Rujukan kepada enakmen-enakmen keluarga

Islam negeri lain hanya akan dibuat jika ia difikirkan perlu dan penting bagi tujuan

perbandingan. Rujukan terus kepada kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah

juga digunakan untuk memperolehi data primer.

(b)Data Sekunder

Data Sekunder diperolehi daripada sumber yang bukan prima, seperti pandangan

daripada pakar, buku, artikel yang diterbitkan (Chatterjee, 2000). Penyelidik telah

mendapatkan data sekunder daripada laporan kes-kes yang telah diputuskan oleh

mahkamah, dokumen-dokumen perundangan, laporan persidangan parlimen

Page 39: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

30

(hansard), artikel-artikel atau jurnal-jurnal undang-undang sama ada secara bercetak

atau atas talian dan juga buku teks undang-undang yang didapati dari perpustakaan

serta pusat sumber berikut:

1. Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

3. Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya

4. Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia

3.4 Penganalisaan Data

Kajian ini adalah suatu penyelidikan berbentuk diskriptif. Penganalisaan data dibuat

secara kritikal bersesuaian dengan kaedah penyelidikan kualitatif mengikut objektif-

objektif kajian.

Kaedah-kaedah yang digunakan bagi menganalisa data daripada sumber-sumber yang

diperolehi adalah seperti berikut

1. Statut

Bagi menganalisis peruntukan dalam statut, penyelidik telah menggunakan

beberapa teknik-teknik pentafsiran undang-undang yang telah dikenal pasti.

Teknik-teknik pentafsiran undang-undang terdiri daripada literal rule, golden rule,

mischief rule dan purposive approach (Ahmad Ibrahim Mohamed Ibrahim,

Ahilemah Joned, 1987 dan Wu Min Aun, 2005).

Page 40: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

31

Anwarul Yaqin (2007) telah membincangkan penggunaan teknik-teknik tersebut

seperti berikut:

a. Kaedah Literal (Literal Rule)

Kaedah ini mengandaikan bahawa makna dan maksud badan perundangan

telah dinyatakan dengan berkesan melalui perkataan-perkataan yang

digunakan di dalam Akta yang ditafsirkan. Kaedah ini digunapakai apabila

sesuatu perkataan dalam statut adalah jelas dan nyata. Maka ia sepatutnya

dibaca dan diaplikasikan mengikut maknanya yang biasa.

b. Kaedah Keemasan (Golden Rule)

Kaedah ini akan digunakan apabila perkataan-perkataan sesuatu statut

adalah biasa tetapi apabila ia diaplikasikan akan menghasilkan sesuatu

yang tidak masuk akal ataupun mendatangkan ketidakadilan. Kaedah ini

akan mengelakkan aplikasi yang tegas mengikut makna perkataan yang

biasa yang digunakan di dalam sesuatu statut itu dan aplikasi itu akan

membawa keputusan yang tidak masuk akal.

Kaedah ini pada hakikatnya merupakan suatu ubahsuaian kepada kaedah

literal. Ia digunakan untuk memahami makan sesebuah statut dengan

mengambil makna biasa perkataan-perkataan yang digunakan itu dan

berpegang teguh kepada makna itu, kecuali jika perkataan itu membawa

kepada ketidakmunasabahan atau percanggahan dengan beberapa bahagian

statut itu. Oleh itu, makna suatu perkataan itu perlu diperluaskan supaya

mencapai tujuan sebenar badan perundangan.

Page 41: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

32

c. Kaedah Kemudharatan (The Mischief Rule)

Kaedah ini biasanya digunapakai apabila makna sesuatu peruntukan adalah

kabur dan tidak dapat dipastikan objektifnya, maka ia akan melihat apakah

niat disebalik perundangan berkenaan. Dalam erti kata lain, sesetengah

perkataan di dalam seksyen adalah kabur dan menimbulkan keraguan.

Oleh itu keseluruhan statut perlu dibaca untuk mengetahui maksud badan

perundangan

d. Kaedah Pendekatan Tujuan ( Purposive Approach)

Kaedah ini pula berfungsi untuk menafsirkan statut dengan merujuk

kepada tujuan sesuatu statut itu digubal. Kaedah ini memberikan

penekanan dengan memberi kesan kepada tujuan badan perundangan

menggubal sesuatu statut itu. Ini bermakna peruntukan-peruntukan statut

ditafsirkan dengan memberi kesan kepada niat penggubal undang-undang.

Ini merupakan kaedah yang sangat umum kerana ia meliputi semua kaedah

diatas. Ia juga merupakan satu kaedah yang telah lama digunakan oleh

mahkamah di mana suautu statut itu perlu ditafsir menurut maksud badan

perundangan dengan melihat tujuan statut itu digubal.

2. Kes- kes yang telah diputuskan oleh mahkamah

Bagi mendapatkan data daripada kes-kes yang telah diputuskan, doktrin duluan

mengikat (Doctrine of Judicial Precedent atau Stare Decisis) telah digunakan.

Menurut prinsip ini, sekiranya tiada peruntukan undang-undang secara bertulis

Page 42: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

33

mengenai sesuatu perkara, mahkamah hendaklah memakai prinsip-prinsip

undang-undang yang terdapat di dalam keputusan mahkamah yang lebih tinggi

daripadanya (Ahmad Mohamed Ibrahim, Ahilamed Joned, 1987).

Walau bagaimanapun, prinsip undang-undang yang mengikat itu perlulah

diperolehi daripada keputusan-keputusan atau penghakiman yang dibuat oleh

hakim dalam bentuk ratio decindi dan bukannya dalam bentuk obiter dicta.

Terdapat perbezaan kepada kedua-dua istilah tersebut. Menurut Abdul Monir

Yaacob(1989), ratio decindi merujuk kepada alasan bagi suatu keputusan yang

dibuat oleh hakim (reason of decision) manakala obiter dicta pula merupakan

mana-mana kenyataan undang-undang yang dibuat mengikut pandangan hakim

dan bukan sebahagian daripada ratio decidendi atau keputusan penghakiman.

Page 43: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

34

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan

Pertukaran agama daripada satu agama kepada satu agama yang lain merupakan satu

perkara yang boleh berlaku dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum seperti di

Malaysia. Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Islam telah diiktiraf sebagai

agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia dan pada masa yang sama agama -agama lain

boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian di Malaysia.

Namun begitu, semua penduduk di Malaysia telah dijamin hak untuk menganuti dan

mengamalkan agama mereka secara bebas di Malaysia di bawah Perkara 11

Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia telah diiktiraf dalam kes

Ramah lwn Laton (1927) 6 FMSLR 128 yang telah diputuskan oleh hakim berbangsa

Inggeris. Dalam kes ini, mahkamah rayuan secara majoritinya bersetuju bahawa

Undang-undang Islam bukanlah undang-undang luar tetapi adalah undang-undang

tempatan ini (law of the land) dan menjadi tugas setiap hakim untuk menggunapakai

undang-undang tersebut. Berdasarkan keputusan ini, jika hakim-hakim dapat

menterjemahkan kepada satu amalan, ia akan membawa maksud bahawa undang-

undang Islam seharusnya dilaksanakan di mahkamah-mahkamah sivil di Malaysia.

Kes yang sering disebut di dalam perbincangan mengenai Islam di dalam

Perlembagaan Malaysia ialah kes Che Omar bin Che Soh lwn PendakwaRaya [1988]

2 MLJ 55. Kes ini memutuskan bahawa kedudukan undang-undang Islam terbatas

Page 44: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

35

kepada hal-hal peribadi seperti nikah kahwin, cerai dan penjagaan anak. Mahkamah

juga mengatakan bahawa perlembagaan mengekalkan kedudukan undang-undang

sekular. Keputusan ini dibuat terhadap tindakan mencabar keesahan undang-undang

dadah yang didakwa tidak mengikut ajaran Islam dan dengan itu bertentangan dengan

perlembagaan. Mahkamah menolak hujah ini kerana mahkamah memutuskan bahawa

Syariah bukan undang-undang utama persekutuan (Abdul Aziz Bari, 2005).

Di dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn PendakwaRaya [1988] 2 MLJ 55, Syariah

cuba dihujahkan sebagai undang-undang utama untuk mengisytiharkan undang-

undang yang diluluskan oleh parlimen sebagai tidak sah. Mungkin boleh dikatakan

bahawa kes ini sebenarnya tidaklah menolak kedudukan Islam umumnya dan Syariah

khususnya. Kes tersebut cuma mengatakan bahawa kedudukan undang-undang Islam

terbatas. Tetapi penghakiman mahkamah yang memutuskan bahawa perlembagaan

mengekalkan dikotomi antara undang-undang sekular dan Islam boleh dipersoalkan.

Ini kerana mahkamah tidak menunjukkan dengan jelas bagaimana Perkara 160(2)

Perlembagaan Persekutuan berbuat demikian. Hanya kerana undang-undang Islam

atau Syariah tidak disebut sebagai sumber undang-undang secara amnya itu tidak

membawa maksud bahawa Syariah tidak mempunyai tempat di Malaysia. Seperti

yang disebutkan di atas tadi Islam masih boleh diserapkan ke dalam sistem

perlembagaan dan perundangan kita melalui proses pembuatan undang-undang biasa

di parlimen (Abdul Aziz Bari, 2005).

Sementara itu ada keputusan-keputusan mahkamah yang menghukumkan bahawa

Islam mengatasi agama-agama lain. Ini mewakili aliran yang lebih mutakhir di dalam

jurisprudens mengenai kedudukan Islam di dalam perlembagaan seperti di dalam kes

Page 45: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

36

Meor Atiqulrahman bin Ishak lwn Fatimah bte Sihi [2000] 5 MLJ 375 dan Lina Joy

lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain-lain [2005] 4 CLJ 666. Kes-

kes ini bagaimanapun lebih bertumpu kepada hak kebebebasan beragama dan bukan

kedudukan Islam dalam perlembagaan.

4.2 Status Perkahwinan selepas pemelukan Islam

Penyelidik akan membincangkan kedudukan atau status perkahwinan setelah

berlakunya penukaran agama daripada dua sudut yang berbeza. Pertamanya,

kedudukan di bawah Undang-undang Islam dan keduanya dari sudut pemakaian

Undang-undang di Malaysia iaitu di bawah Enakmen keluarga Islam di setiap negeri

dan undang-undang kekeluargaan sivil di bawah Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan & Perceraian) 1976.

4.2.1 Kedudukan di bawah Undang-undang Islam

Semua penganut agama Islam tidak dibenarkan dan ditegah sama sekali untuk

melangsungkan perkahwinan dengan orang musyrik tanpa mengira sama ada dia

adalah penyembah berhala, murtad ataupun penyembah lembu atau haiwan lain

ataupun penyembah pokok atau batu. Perintah tegahan ini boleh di dapati daripada

firman Allah s.w.t dalam kitab suci al-Quran, surah al-Baqarah 2:221 yang berbunyi:

“Janganlah kamu kahwini perempuan Musyrik, kecuali jika mereka

beriman. Sesungguhnya hamba sahaya yang beriman itu lebih baik

daripada perempuan yang musyrik, meskipun dia menakjubkan kamu

dan janganlah kamu kahwinkan (perempuan Islam) dengan lelaki

Page 46: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

37

musyrik kecuali jika mereka beriman. Sesungguhnya hamba lelaki

yang beriman itu lebih baik daripada lelaki Musyrik, meskipun dia

menakjubkan kamu. Mereka menyeru ke dalam neraka sedangkan

Allah menyeru ke dalam syurga dan kepada keampunan dengan izin-

Nya. Allah menyatakan ayat-Nya kepada manusia, mudah-mudahan

mereka menerima peringatan.”

Abdullah Yusuf Ali (1992) telah mentafsirkan ayat diatas dengan merujuk kepada

perkahwinan adalah satu perhubungan rohani dicantum dengan suatu hubungan

fizikal. Jika agama menjadi pengaruh yang kuat di dalam kehidupan kedua-dua belah

pihak atau sebelah pihak, perbezaan di dalam perkara yang oenting itu semestinya

akan menjejas kehidupan mereka melebihi perbezaan dari aspek keturunan, bangsa,

pangkat atau status. Oleh itu memanglah wajar bagi pihak-pihak yang hendak

berkahwin seharusnya mempunyai pandangan yang sama dari segi agama pegangan

dan kepercayaan.

Najibah(2006) menyatakan bahawa Ulama Islam berpendapat bahawa perkahwinan

sedemikian boleh membawa kesan negatif terutamanya daripada sudut akidah jika

bapa yang merupakan wali kepada anak-anak bukan beragama Islam. Kebahagiaan

rumahtangga seperti yang dituntut oleh agama akan terjejas disebabkan berlainan

kepercayaan.

Oleh itu, apabila seseorang isteri memeluk Islam tetapi suaminya tidak dan masih

kekal dalam agama asalnya, mengikut pendapat Ibn Abbas berlaku pembubaran

perkahwinan di antara mereka. Perceraian di antara kedua-duanya bermula dari saat si

Page 47: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

38

isteri memeluk agama Islam dan si suami telah diajak untuk bersama-sama memeluk

Islam tetapi enggan mematuhinya.

Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad Ibn Hanbal pula berpendapat bahawa

perceraian kedua-dua pasangan tersebut berlaku selepas tempoh iddah si isteri tamat.

Sekiranya si suami membuat keputusan untuk memeluk Islam sebelum tempoh iddah

isterinya tamat, maka perkahwinan mereka masih sah dan kekal sebagai suami isteri

yang sah di sisi Islam (Salleh, 2003).

Dalam erti kata lain perkahwinan yang dilangsungkan mengikut agama terdahulu

diiktiraf oleh Islam walaupun setelah mereka bertukar agama. Dengan itu, mereka

tidak perlu dinikahkan semula dengan akad yang baru (Najibah, 2006). Sebagai

contoh dalam isu yang melibatkan poligami, apabila seorang sahabat bernama Ghilan

yang mempunyai lebih daripada empat orang isteri. Setelah memeluk Islam,

Rasulullah menyuruh beliau memilih hanya empat orang isteri dan menceraikan yang

selebihnya tanpa perlu mengadakan akad baru (al-Zuhaily, 1989).

Walau bagaimanapun kedudukan adalah berbeza jika si suami yang memeluk Islam .

Penyelidik mendapati bahawa perkahwinan lelaki Islam dengan wanita bukan

beragama Islam tetapi terdiri daripada golongan yang dipanggil ’ahli kitab atau

Kitabiyyah adalah dibenarkan dalam Islam . Ini bermaksud, jika suami sahaja yang

memeluk Islam, tetapi isterinya tidak, dan isterinya pula adalah seorang wanita

Kitabiyyah, maka perkahwinan antara mereka akan kekal seperti asalnya, walaupun si

isteri kekal dalam agamanya yang asal. Walau bagaimanapun jika si isteri bukan dari

Page 48: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

39

wanita Kitabiyyah, dia hendaklah diajak memeluk agama Islam dan sekiranya enggan,

maka Kadi hendaklah membubarkan perkahwinan mereka.

Perintah perkahwinan dengan wanita ahli kitab dibenarkan oleh Islam berdasarkan

perintah Allah dalam al-Quran, surah al-Maidah 5: 5 seperti berikut:

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan

(sembelihan) orang-orang yang diberi al-Kitab itu halal bagimu, dan

makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mengahwini)

wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang

menjaga kehormatan di anatara wanita-wanita yang beriman dan

wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang

diberi al-Kitab sebelum kamu bila kamu dibayarkan mas kahwinnya

kepada mereka sedangkan kamu menjadi orang suci, bukan berzina

dan bukan pula mengambil teman rahsia.”

Jumhur ulama’ ahli Sunnah wal Jamaah bersependapat bahawa perkahwinan dengan

perempuan Yahudi dan Kristian yang termasuk dalam definisi Kitabiyyah dibenarkan

dalam Islam kerana ini diamalkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. seperti

Sayyidina Uthman, Talhah, Ibnu Abbas dan Huzaifah. Ia juga diamalkan oleh

golongan tabi’in seperti Said bin al-Musayyib, Said bin Jubair, Al Hassan, Mujahid,

Tawats, Akramah dan lain-lain (Abdul Rahman I’Doi, 2003).

Secara umumnya, ahli kitab adalah orang Yahudi dan Kristian yang beriman kepada

kitab Allah seperti kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa dan kitab Injil

Page 49: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

40

yang diturunkan kepada Nabi Isa. Imam Nawawi daripada Mazhab Shafie dalam

kitabnya Minhaj At-Talibin (t.t) telah menyatakan bahawa ;

“Seorang apabila Islam dari mana-mana agama lain yang diterima

masuk Islam apabila ia berkahwin dengan perempuan yang mengikut

agama yang mempunyai kitab suci, boleh terus menyimpannya sebagai

isterinya; akan tetapi jika perempuan itu menyembah berhala atau api

dan tidak memasuki Islam bersamanya, perpisahan hendaklah berlaku

serta merta, apabila perkahwinan itu belum berlaku persetubuhan. Jika

telah ada persetubuhan, perlanjutan perkahwinan itu bergantung sama

ada perempuan itu memeluk Islam sebelum tamat iddahnya. Jika

pemelukan Islam tidak berlaku sebelum habis tenpoh iddahnya,

perkahwinan itu dianggap terbubar dari masa pemelukan Islam

suaminya. Kaedah yang sama dipakai apabila isteri yang masuk Islam

sedangkan suami terus berada di dalam agama terdahulu. Sebaliknya

jika kedua-dua pihak memeluk Islam pada masa yang sama,

perkahwinan mereka akan kekal sah tanpa perlu kepada sebarang

majlis akad yang baru.”

Mengikut pendapat yang sahih, wanita Kitabiyyah yang boleh dikahwini ialah

perempuan bangsa Yahudi atau Nasrani (kristian) dari keturunan yang memeluk Islam

tersebut sebelum dimansuhkan dan diubah. Namun begitu ada yang berpendapat

boleh juga dikahwini perempuan-perempuan Kitabiyyah dari keturunan yang

menganut agama tersebut sebelum ia dimansuhkan sekalipun selepas ia diubah. Tetapi

mengikut pendapat yang lebih sahih adalah ditegah bagi seseorang Muslim

Page 50: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

41

mengahwini perempuan Kitabiyyah yang menganuti agama tersebut selepas ia diubah

(al-Zuhaily,1989).

4.2.2 Kedudukan di bawah Enakmen-enakmen Perundangan Keluarga Islam di

Malaysia

Peruntukan yang mengawal undang-undang keluarga Islam di Malaysia adalah di

bawah bidangkuasa setiap negeri. Setiap negeri di Malaysia mempunyai enakmen dan

peruntukan yang tersendiri mengenai isu kekeluargaan dan status perkahwinan jika

berlaku penukaran agama dalam Islam.

Di bawah kontrak undang-undang Islam, wanita Islam tidak boleh sama sekali

melakukan perkahwinan yang sah dengan lelaki yang tidak menganut agama Islam.

Sebaliknya perkahwinan di antara lelaki Islam dengan wanita Kitabiyyah, umpamanya

wanita Yahudi atau Kristian yang mempercayai kewujudan kitab suci yang

diwahyukannya adalah dianggap sah di sisi agama Islam (Ahmad Ibrahim, 1965).

Takrif Kitabiyyah di dalam Mazhab Shafie telah diterima secara ketat di Malaysia .

Penyelidik mendapati tidak semua enakmen keluarga Islam di setiap negeri di

Malaysia memberikan definisi wanita Kitabiyyah walaupun secara keseluruhannya

seksyen 10 bagi setiap enakmen negeri memperuntukkan bahawa perkahwinan

dengan wanita Kitabiyyah adalah dibenarkan dan sah dalam Islam. Antara negeri-

negeri yang tidak mempunyai definisi Kitabiyyah dalam seksyen tafsirannya adalah

Kelantan, Johor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.

Page 51: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

42

Seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984,

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dan juga

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 bagi negeri Terengganu

masing-masing telah mendefinisikan Kitabiyyah sebagai;

(a) seorang perempuan dari keturunan Bani Ya’qub; atau

(b) seorang perempuan Nasrani dari keturunan orang Nasrani sebelum

Nabi Muhammad menjadi Rasul; atau

(c) seorang perempuan Yahudi dari keturunan orang Yahudi sebelum

Nabi Isa menjadi Rasul;

Manakala seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam 1991

bagi negeri Perlis pula mentakrifkan Kitabiyyah sebagai membawa erti seorang

perempuan yang beragama Yahudi yang mengikut ajaran Taurah atau seorang

perempuan yang beragama Nasrani yang mengikut ajaran Injil.

Mahkamah Syariah Singapura dalam satu kes yang tidak dilaporkan Abdul Razak lwn

Lisia binti Mandaqie alias Maria Menado[1964] telah mengisytiharkan bahawa

perkahwinan di antara plaintif dan defendan menjadi tidak sah di bawah Undang-

undang Islam menurut Mazhab Shafie. Alasan yang telah diberikan oleh hakim adalah

defendan sebelum upacara perkahwinan tersebut dilangsungkan merupakan penganut

agama kristian dan keturunan beliau telah menjadi penganut agama kristian selepas

kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

Penghakiman di atas telah mengambil kira makna Kitabiyyah menurut pandangan

yang diberikan oleh Ibnu Hajr (Hamid Jusoh, 1992) di mana beliau telah mengatakan

bahawa;

Page 52: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

43

“Wanita Kristian atau Yahudi yang keturunan mereka diragui sama ada

menganut agama tersebut selepas kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

atau menganut agama Yahudi selepas kedatangan Nabi Isa a.s. atau

mereka yang agamanya diragui sama ada dianuti sebelum atau selepas

kedatangan Nabi Muhammad s.a.w atau sebelum atau selepas

kedatangan Nabi Isa a.s adalah dilarang untuk dikahwini oleh orang

Islam.”

Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan yang bersidang pada 13 Ogos 1977 telah

sebulat suara mengeluarkan fatwa yang menyatakan bahawa adalah tidak menjadi satu

kesalahan undang-undang untuk mengahwini Kitabiyyah. Sebaliknya adalah satu

kesalahan undang-undang untuk mengahwini wanita Yahudi atau Kristian yang bukan

termasuk dalam golongan Kitabiyyah (Hamid Jusoh, 1992). Majlis yang sama telah

mendefinisikan Kitabiyyah sebagai wanita Yahudi atau Kristian yang berketurunan

Nabi Yaa’kub a.s sekiranya keturunannya tidak menganut agama (Kristian atau

Yahudi) setelah ia terbatal dengan kedatangan agama-agama terkemudian atau

bukan merupakan keturunan Nabi Ya’kub a.s sekiranya keturunannya menganut

agama tersebut ia terbatal dengan kedatangan agama Islam.

Oleh itu, kita boleh rumuskan bahawa keesahan sesebuah perkahwinan itu bergantung

kepada keesahan wanita Kitabiyyah mengikut definisi undang-undang Islam.

Terdapat perbezaan antara undang-undang Islam dengan Enakmen-enakmen

perundangan keluarga Islam di Malaysia mengenai status perkahwinan selepas

berlakunya penukaran agama. Secara umumnya, semua enakmen keluarga Islam di

Page 53: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

44

Malaysia kecuali negeri Kedah mempunyai peruntukan mengenai pembubaran

perkahwinan disebabkan pertukaran agama di bawah subseksyen (2) seksyen atau

fasal 46.

Kesemua enakmen-enakmen perundangan keluarga Islam negeri secara umumnya

telah memperuntukkan bahawa apabila salah seorang daripada pasangan suami isteri

daripada perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, pembubaran perkahwinan

tidak boleh berkuatkuasa dengan sendirinya sehinggalah ia disahkan oleh mahkamah.

Sebagai contoh seksyen 46 subseksyen (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam

(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukan bahawa ;

“Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam

memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh

dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu

melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah”.

Perkataan “mahkamah” dalam seksyen tersebut merujuk kepada Mahkamah Rendah

Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah seperti yang ditafsirkan dalam seksyen

tafsiran. Peruntukan yang sama boleh didapati dalam seksyen 46 subseksyen 2

Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 , Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

2005 Negeri Pahang, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau

Pinang) 2004, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Undang-

Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 negeri

Kelantan dan juga seksyen 43(2) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga

Page 54: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

45

Islam 1985 negeri Terengganu. Fasal 46(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

(Negeri Johor) 2003 juga menggunapakai peruntukan yang sama.

Secara umumnya peruntukan di atas iaitu Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang

Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 tidak membolehkan Mahkamah Syariah

membubarkan satu perkahwinan bukan Islam walaupun satu pihak dari perkahwinan

itu telah memeluk Islam. Adalah jelas dari perkataan seksyen ini bahawa seksyen

tersebut adalah berlandaskan andaian bahawa dalam Undang-undang Islam

pemelukan Islam oleh seseorang, atas dasar itu semata-mata boleh atau akan

membubarkan perkahwinan. Seksyen ini menghalang andaian tersebut dari mendapat

kesan undang-undang sehinggalah ianya disahkan oleh Mahkamah Syariah. Apa yang

dilakukan oleh Mahkamah Syariah di bawah seksyen ini hanyalah mengesahkan

bahawa pengislaman telah membubarkan perkahwinan. Ia merupakan pengesahan

tentang akibat terhadap perkahwinan ekoran tindakan oleh satu pihak kepada

perkahwinan, menurut Undang-undang Islam.

Dalam satu kes di mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Permohonan

perisytiharan pembubaran perkahwinan disebabkan pertukaran agama permohonan

Siti Aisyah Janthip Aisam JH (2006) 262, Yang Arif Kadi telah memutuskan bahawa

perkahwinan pemohon yang juga warganegara Thailand dengan suaminya mengikut

upacara agama Budha telah terputus atau terbubar mengikut Hukum Syara’ akibat

masuknya pemohon ke agama Islam. Walau bagaimanapun Yang Arif Dato’ Haji

Ismail Yahya tetap akur bahawa pemohon masih lagi tertakluk kepada undang-undang

sivil.

Page 55: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

46

Mahkamah Syariah tidak berbuat apa-apa di bawah seksyen 46(2) Akta Undang-

undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1984 untuk membubarkan

perkahwinan. Ia hanya mengesahkan bahawa pembubaran telah berlaku disebabkan

oleh pengislaman. Peruntukan tersebut tidak memberikan bidangkuasa kepada

Mahkamah Syariah untuk membubarkan satu perkahwinan bukan Islam. Oleh itu,

bagi tujuan pemakaian seksyen tersebut, Perkara (1A) Perkara 121 Perlembagaan

Persekutuan tidak terpakai bagi menidakkan bidangkuasa Mahkamah Tinggi di bawah

seksyen 51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

(per Hakim Nik Hashim Nik Ab. Rahman dalam kes Subashini Rajasingam lwn

Saravanan Thangathoray & Other Appeals [2008] 2 CLJ 1).

4.2.3 Kedudukan di bawah Undang-undang kekeluargaan Sivil di Malaysia

Seksyen 51(1) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

adalah peruntukan yang akan diterimapakai jika salah seorang pasangan yang

berkahwin di bawah perkahwinan sivil ingin membubarkan perkahwinan atas alasan

pasangannya telah memeluk Islam. Peruntukan ini telah memberikan satu lagi alasan

penceraian iaitu pertukaran agama kepada Islam kepada pasangan yang berkahwin di

bawah perundangan keluarga sivil sebagai tambahan kepada alasan perkahwinan yang

telah pecah belah di bawah seksyen 53 dan seksyen 54 Akta Membaharui Undang-

undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976.

Sub-seksyen (1), seksyen 51 telah menyatakan bahawa:

“Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam, pihak

yang satu lagi itu yang tidak masuk Islam boleh mempetisyen untuk

Page 56: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

47

perceraian; Dengan syarat bahawa tiada sesuatu petisyen di bawah

seksyen ini boleh diserahkan sebelum tamat tempoh tiga bulan dari

tarikh masuk Islam itu..”

Secara umumnya peruntukan pembubaran perkahwinan dalam seksyen 51(1) Akta

Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 hanya memberikan

kuasa kepada pasangan yang tidak memeluk Islam untuk membuat keputusan sama

ada ingin membubarkan atau meneruskan perkahwinan selepas 3 bulan dari tarikh

pasangannya memeluk Islam.

Hakim Mahkamah Persekutuan Nik Hashim Nik Ab. Rahman dalam penghakimannya

dalam kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray & Other Appeals

[2008] 2 CLJ 1 telah menyatakan bahawa proviso kepada seksyen 51(1) Akta

Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 telah jelas

mencerminkan syarat yang wajib dipatuhi sebelum sesuatu petisyen perceraian boleh

dibuat. Berdasarkan terma-termanya, proviso ini mengenakan halangan ke atas isteri

untuk tidak memfail petisyen perceraian sehingga berlalunya masa tiga bulan dari

tarikh pengislaman suami dan menjadi tanggungjawab mahkamah untuk memberi

kesan kepada perkataan-perkataan yang digunakan oleh badan perundangan. Oleh itu,

kecuali proviso dipatuhi, Mahkamah Tinggi tidak berbidangkuasa untuk melayani

petisyen isteri.

Apa yang berlaku dalam kes di atas adalah, si isteri sebagai pasangan yang tidak

memeluk Islam , telah dalam tempoh dua bulan dan 18 hari selepas pengislaman

suami memfail petisyen di Mahkamah Tinggi bagi membubarkan perkahwinan di

Page 57: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

48

bawah seksyen 51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian)

1976 bersama-sama dengan permohonan untuk penjagaan anak dan relif-relif

sampingan lain. Dengan itu Mahkamah Persekutuan dengan tegasnya menyatakan

bahawa petisyen isteri itu adalah satu petisyen pramasa dan tidak sah disisi undang-

undang kerana telah difailkan secara yang bertentangan dengan kehendak proviso

kepada seksyen 51(1) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976.

Dalam erti kata lain, pertukaran agama salah seorang pasangan dalam perkahwinan

yang didaftarkan di bawah Akta 164 ini tidak secara automatiknya membubarkan

perkahwinan tersebut, tetapi hanya memberikan alasan atau pilihan kepada pasangan

yang tidak memeluk Islam untuk membubarkannya. Pihak yang memeluk Islam

hanya boleh merujuk kes tersebut ke Mahkamah Syariah kerana terdapat peruntukan

jelas mengenai masalah ini. Walau bagaimanapun, keputusan Mahkamah Syariah

membubarkan perkahwinan atas alasan pertukaran agama tidak dapat dilaksanakan di

Mahkamah Sivil kerana ia melibatkan orang bukan Islam.

Ahmad Ibrahim(1999) telah berpendapat bahawa seksyen 51 ini telah menggunapakai

doktrin kesalahan perkahwinan yang pada awalnya menjadi asas undang-undang

perceraian tetapi telah lama ditinggalkan di England. Dalam kes di Malaysia,

pasangan yang memeluk Islam telah dijadikan pihak yang melakukan kesalahan

dalam perkahwinan dan dihukum dengan sekatan tidak boleh membuat sebarang

permohonan pembubaran perkahwinan di bawah Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Ironiknya, seksyen ini telah menjadikan

penukaran agama kepada Islam satu kesalahan dalam perkahwinan walaupun agama

Page 58: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

49

Islam diletakkan di tempat yang paling istimewa dalam Perlembagan Persekutuan

sebagai agama rasmi.

Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah-mahkamah tinggi di

Malaysia, peruntukan ini jarang sekali digunakan oleh pasangan yang tidak memeluk

Islam. Hanya sebilangan kecil sahaja pasangan yang tidak memeluk Islam

mengambil keputusan untuk membubarkan perkahwinan mereka seperti yang berlaku

dalam kes Koh Yian Geok lwn Zulkifli Tan Abdullah [1995] CLJ 403 yang diputuskan

oleh Mahkamah Tinggi Johor Bharu di mana Hakim Dato' Mohd. Ghazali bin Mohd

Yusoff Mohamed telah membuat perintah membubarkan perkahwinan dan membuat

pembahagian harta sepencarian mengikut bidangkuasa yang diperutukkan dalam

seksyen 51(2) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

selepas isteri yang tidak mahu memeluk Islam membuat petisyen.

Keadaan yang sama juga berlaku dalam kes Anna Ng @ Marget Ng lwn Chan Lin

Kin [2000] 1 LNS 10 di mana Mahkamah Tinggi Tawau telah memberikan dekri nisi

kepada isteri yang memohon penceraian atas alasan pertukaran agama suami kepada

Islam dan dia tidak bersedia untuk menganut Islam dalam tempoh 3 bulan selepas

tarikh pemelukan Islam.

Manakala sebahagian besar daripada pasangan bukan Islam yang terlibat dalam

konflik ini memilih untuk meneruskan perkahwinan yang pada konsepnya mengalami

pecahbelah dan sudah tidak boleh diteruskan lagi atas dasar berlainan agama seperti

yang telah berlaku dalam kes Eeswari Visualingam lwn Government of Malaysia

[1990] 1 MLJ 86.

Page 59: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

50

Peruntukan di bawah seksyen 51 Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian)

1976 ini jika di lihat secara umum seolah-olahnya telah menyifatkan kemasukan

seseorang ke agama Islam sebagai suatu kesalahan kekeluargaan yang membolehkan

pihak yang tidak masuk Islam itu memohon perceraian daripada Mahkamah Sivil

(Abdul Munir Yaccob, 2006) Oleh itu, tanpa inisiatif daripada pasangan yang bukan

Islam untuk mendaftarkan petisyen pembubaran perkahwinan di bawah seksyen 51

Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, ia akan terus

kekal sebagai sebuah perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Penyataan ini

disokong dengan peruntukan seksyen 4 (3) dan seksyen 8 Akta Membaharui Undang-

undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Seksyen 4 (1) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976

memperuntukan bahawa:

“Tiap-tiap perkahwinan itu melainkan jika tidak sah di bawah undang-

undang, agama, adat atau kelaziman yang dibawahnya dia telah

diupacarakan itu, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan- (a)

dengan kematian salah satu pihak; (b) dengan perintah sesuatu

mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang layak; atau (c) dengan

satu dekri pembatalan yang dibuat oleh sesuatu mahkamah yang

mempunyai bidang kuasa yang layak.”

Manakala seksyen 8 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian)

1976 pula menyatakan bahawa:

“Tiap-tiap perkahwinan yang diupacarakan dalam Malaysia selepas

tarikh yang ditetapkan, kecuali perkahwinan yang tak sah di bawah

Page 60: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

51

Akta ini, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan- (a) dengan

kematian salah satu pihak, (b) dengan perintah sesuatu mahkamah

yang mempunyai bidang kuasa yang layak; atau (c) dengan satu dekri

yang dibuat oleh sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa

yang layak bahawa perkahwinan itu adalah tak sah.”

Mahkamah dalam peruntukan-peruntukan tersebut telah didefinisikan di bawah

Seksyen 2 Akta yang sama sebagai Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim yang

sekali lagi mengecualikan peranan Mahkamah Syariah dalam konflik keluarga ini.

Pada masa yang sama juga pasangan yang telah membuat keputusan dan telahpun

memeluk Islam tidak mempunyai hak untuk membuat petisyen permohonan

pembubaran perkahwinan yang dilangsungkan sebelum dia memeluk Islam kerana

telah terhalang oleh pemakaian seksyen 3 Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Seksyen 3(3) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

telah memperuntukkan bahawa :

“Akta ini tidak boleh dipakai bagi seseorang Islam atau bagai

seseorang yang berkahwin di bawah Hukum Syarak dan tiada sesuatu

perkahwinan boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta ini

jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu

menganut agama Islam; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini

yang dihadapannya suatu petisyen perceraian telah dibuat di bawah

seksyen 51 daripada memberi dekri perceraian atas petisyen daripada

Page 61: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

52

satu pihak kepada suatu perkahwinan jika yang satu lagi itu telah

masuk Islam, dan dekri itu adalah, walau apa pun undang-undang

bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan

itu yang telah masuk Islam sedemikian itu.”

Di sini dapatlah disimpulkan bahawa semua orang Islam termasuklah juga mereka

yang baru memeluk Islam adalah terhalang daripada menggunapakai sebarang

peruntukkan dalam Akta tersebut kerana halangan jelas dalam seksyen 3(3) Akta

Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Penyelidik telah membuat rujukan kepada Penyata Rasmi Parlimen (Hansard), yang

telah dibentangkan oleh Tan Sri Abdul Kadir Yusof, semasa membuat bacaan kedua

untuk Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan

Penceraian) pada Persidangan Dewan Rakyat, Parlimen Keempat, Penggal Pertama

yang diadakan pada 4 November 1975. Beliau selaku Menteri Undang-undang yang

juga Peguam Negara pada ketika itu telah menjelaskan bahawa tujuan utama

penggubalan rang undang-undang tersebut adalah untuk menyatukan semua undang-

undang yang berhubung dengan perkahwinan orang bukan Islam dan

memperkenalkan konsep perkahwinan monogami.

Tambahan lagi, seksyen 3 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976 telah didrafkan sebegitu rupa pada dasarnya untuk mencegah suami

yang bukan Islam melepaskan tanggungjawabnya dari segi undang-undang

menukarkan ugamanya kepada Islam. Dalam kata lainnya ia adalah untuk menjaga

Page 62: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

53

kemaslahatan isteri-isteri yang tidak memeluk Islam daripada tindakan suami yang

memeluk Islam dan meninggalkan mereka begitu sahaja.

Walau bagaimana pun penyelidik berpendapat, badan perundangan pada ketika itu

hanya memikirkan kesusahan pihak isteri yang tidak memeluk Islam jika ditinggalkan

oleh suami yang memeluk Islam dan mengabaikan kesukaran jika si isteri yang

memeluk Islam dan suami kekal dalam agama asalnya. Kesukaran akan lebih

berganda kepada isteri yang memeluk islam kerana selagi mana perkahwinan bukan

Islamnya tidak dibubarkan, dia tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki Islam

yang lain. Keadaan ini berbeza jika si suami yang memeluk Islam, kerana dia

dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang dalam perundangan Islam. Walau

bagaimanapun jika kita meneliti dari sudut perundangan sivil, jika perkahwinan yang

diupacarakan di bawah undang-undang sivil yang bersifat monogami ini masih lagi

wujud, suami pada hakikatnya telah melakukan kesalahan jenayah bigami kerana

mempunyai dua orang isteri. Ini adalah kerana mengikut seksyen 494 Kanun

Keseksaan ;

“Jika sabit kesalahan, seseorang yang mempunyai dua orang isteri atau

suami yang masih hidup boleh dipenjara tidak lebih daripada 7 tahun

dan juga boleh didenda.”

Namun begitu, suami yang terlibat dalam kemelut ini bernasib baik kerana undang-

undang bigami tidak terpakai kepada orang Islam. Disebabkan keadaan inilah tiada

sebarang tindakan yang telah diambil dalam keadaan di mana pasangan suami yang

memeluk Islam melangsungkan perkahwinan mengikut agama Islam walaupun

Page 63: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

54

perkahwinan pertamanya di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan

dan Perceraian) 1976 masih wujud.

Hakim Vohrah dalam kes Letchumy lwn Ramadason [1984] 1 MLJ 143 telah

menjelaskan bahawa seksyen 51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan

dan Perceraian) 1976 hanya terpakai sekiranya pembubaran perkahwian itu diberikan

kepada pemohon mengikut sub-seksyen (1) dengan alasan pihak responden telah

memeluk Islam.

Dalam kes Pedley lwn Majlis Agama Islam Pulau Pinang [1990] 2 MLJ 307 pula

mahkamah telah memutuskan bahawa perkahwinan bukan Islam tidak terbubar

disebabkan pertukaran agama kerana peruntukan yang diberikan dalam seksyen 51

Akta Membaharui Undang- undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 hanyalah

alasan yang boleh digunakan oleh pihak yang bukan Islam untuk membubarkan

perkahwinannya di mana jika permohonan berdasarkan seksyen tersebut tidak dibuat,

maka perkahwinan mereka yang didaftarkan di bawah perundangan sivil masih sah

menurut undang-undang keluarga sivil. Hakim Wan Adnan menjelaskan bahawa

perkahwinan pasangan tersebut tidak terbubar dengan pemelukan Islam oleh si isteri.

Ia hanya memperuntukkan kepada pihak yang tidak memeluk Islam untuk memohon

petisyen untuk membubarkan perkahwinan.

Seterusnya dalam kes Ng Siew Pian lwn Abdul Wahid bin Abu Hassan dan lain

[1993] 1 CLJ 391, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah memutuskan bahawa

Mahkamah Syariah tidak ada kuasa untuk membubarkan perkahwinan bukan Islam

yang telah didaftarkan dibawah Ordinan Perkahwinan Sivil (No 44) 1952 kerana

Page 64: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

55

tertakluk kepada seksyen 51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976. Hakim Dato’ Abdul Hamid bin Hj Mohamed dalam

penghakimannya telah menyuarakan kebimbangan tentang kewujudan ‘lacuna’

peruntukan undang-undang tentang mahkamah manakah yang mempunyai kuasa

untuk mendengar jika pasangan yang memeluk Islam yang ingin membuat

permohonan pembubaran. Beliau memohon badan perundangan supaya memberi

perhatian dan membuat pindaan- pindaan yang perlu dan mencadangkan supaya

kuasa diberi kepada Mahkamah Tinggi untuk membubarkan perkahwinan seperti itu

kerana perkahwinan itu bukan perkahwinan Islam dan Mahkamah Syariah tidak

mempunyai bidangkuasa membubarkan perkahwinan bukan Islam bagi mengelakkan

timbul keadaan di mana terdapat dua perintah yang bercanggah.

Dalam keadaan ini jelas kelihatan ketidakadilan wujud di pihak yang bertukar agama

dan memeluk Islam. Selain beliau dianggap pihak yang bersalah kerana menukar

agama, beliau juga dihalang untuk mengemukakan petisyen penceraian di Mahkamah

Sivil. Pihak yang menukar agama itu juga tidak boleh membuat sebarang petisyen ke

Mahkamah Syariah kerana sebarang perintah oleh Mahkamah Syariah tidak akan

memberi kesan terhadap perkahwinan yang didaftarkan dibawah Akta Membaharui

Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 ( Ahmad Ibrahim,1990).

Kesukaran ini boleh dilihat dalam kes Eeswari Visualingam lwn Government of

Malaysia [1990] 1 MLJ 86, dimana pasangan suami yang memeluk Islam dan kekal

Islam sehingga meninggal dunia masih tidak boleh membubarkan perkahwinan yang

dilangsungkan ketika beliau bukan Islam. Dalam hal ini suami tidak mempunyai hak

untuk mempetisyenkan penceraian di bawah seksyen 53 dan seksyen 54 Akta

Page 65: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

56

Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atas alasan dia

adalah seorang penganut Islam.

Daripada keputusan-keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim dalam kes-kes yang

telah diputuskan menunjukkan bahawa pihak yang memeluk Islam akan tetap berada

dalam kesusahan dan dilema. Beliau tidak boleh memohon petisyen untuk

pembubaran perkahwinan mengikut seksyen 51 atau seksyen 54 Akta Membaharui

Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Keadaan akan menjadi lebih

sukar apabila Mahkamah Syariah yang pada amnya mempunyai bidang kuasa ke atas

orang Islam tidak dapat membebaskannya dari ikatan perkahwinan tersebut atas

alasan ia berada di luar bidang kuasa. Beliau pada akhirnya dilihat seolah-olah

tergantung di antara dua statut perkahwinan yang utama di Malaysia.

4.3 Implikasi terhadap Tanggungjawab Perkahwinan (Hak penjagaan anak dan

nafkah)

Penceraian atau pembubaran perkahwinan memberi tanda berakhirnya sebuah

hubungan perkahwinan. Walaupun secara amalannya, persoalan penjagaan kanak-

kanak, pembahagian harta sepencarian dan pemberian nafkah menyebabkan hubungan

mereka berpanjangan tetapi kedua-dua pihak mempunyai kelebihan untuk mengakhiri

hubungan tersebut dan mendapatkan perpisahan secara mutlak (Minton lwn Minton

[1979] AC 593).

Secara umumnya Mahkamah Tinggi akan mempunyai bidangkuasa untuk mendengar

dan memutuskan petisyen perceraian serta permohonan untuk relif-relif sampingan di

Page 66: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

57

bawah seksyen 51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian)

1976. Pernyataan ini adalah benar walaupun pasangan telah memeluk Islam sebelum

petisyen perceraian tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi dan dia telah memulakan

prosiding di Mahkamah Syariah. Pasangan yang memeluk Islam dan khususnya

dalam situasi seumpama ini biasanya adalah seorang suami tidak boleh berlindung di

sebalik fasal kebebasan beragama di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan

untuk mengelak dari obligasi-obligasi terdahulunya di bawah Akta Membaharui

Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atas alasan bahawa mahkamah

sivil tiada bidangkuasa terhadapnya.

Status suami dan isteri semasa perkahwinan mereka didaftarkan adalah amat penting

kerana jika tidak, kemasukan suami ke dalam Islam akan menyebabkan ketidakadilan

kepada isteri dan anak-anak yang tidak masuk Islam. Perlu diingat prinsip umumnya

adalah suatu perkahwinan bukan Islam tidak terbubar secara automatik apabila salah

seorang daripadanya memeluk Islam. Oleh itu, dengan melalui perkahwinan sivil,

suami dan isteri adalah terikat dengan Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 berhubung perceraian dan penjagaan anak-anak

dari perkahwinan tersebut, berakibat mahkamah sivil masih terus mempunyai

bidangkuasa terhadap suami, walaupun beliau telah memeluk Islam (Kamariah Ali dll

lwn Kerajaan Negeri Kelantan, Malaysia dan Seorang Lagi [2002] 3 MLJ 657).

Oleh itu hubungan dan tanggungjawab suami isteri masih lagi wujud sehinggalah

Mahkamah Tinggi sivil mengeluarkan perintah pembubaran (Subashini Rajasingam

lwn Saravanan Thangathoray & Other Appeals [2008] 2 CLJ 19).

Page 67: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

58

4.3.1 Hak Penjagaan Anak-anak

Biasanya isu penjagaan anak-anak tidak timbul jika ibu bapa masih lagi hidup sebagai

suami isteri yang sah. Perkara ini hanya akan timbul apabila ibu bapa telah berpisah

atau bercerai dan kedua-duanya tidak mahu bertolak ansur dan menyebabkan

pertikaian ini perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah. Apabila keadaan ini timbul,

kedua-dua pihak yang terlibat perlu membuktikan bahawa mereka adalah layak untuk

memelihara anak atau anak-anak yang menjadi perebutan itu (Mahamad Ariffin,

2006).

Menurut Kamus Dewan (2002), kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan

yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan

tahun.

(a) Kedudukan di bawah undang-undang Islam

Menurut undang-undang Islam, hak penjagaan anak-anak lebih dikenali sebagai

hadhanah. Hadhanah pada bahasa ialah di samping iaitu himpun di samping (di sisi).

Hadhanah pada syarak ialah hak mendidik anak-anak bagi orang yang mempunyai

hak penjagaan atau mendidik dan menjaga mereka yang tidak mampu mengurus diri

sendiri bagi menjauhkan daripada perkara-perkara yang buruk mengenainya.

Penjagaan kanak-kanak adalah sejenis pengurusan dan kekuasaan, namun begitu

wanita lebih layak dan sesuai dengan tugas ini kerana mereka lebih simpati, lebih

membawa kepada didikan, lebih sabar dan lebih mendampingi kanak-kanak. Walau

bagaimanapun apabila kanak-kanak menjangkau umur tertentu, maka lelaki lebih

Page 68: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

59

berhak mendidiknya kerana ia lebih mampu mengawasi, menjaga dan mendidiknya

berbanding dengan wanita (al-Zuhaily ,1989).

Mengikut Hukum Syara’ sebagaimana di tulis dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji,

hadhanah dari segi istilah Syara’ ialah menjaga seseorang yang tidak dapat

menguruskan dirinya dan mendidiknya dengan pelbagai kaedah yang mendatangkan

kebaikan kepadanya sesuai dengan perkembangannya. Bagi kanak-kanak kecil,

hadhanahnya akan berakhir apabila ia mencapai umur kecerdikan (mumayyiz)

(Mustofa al-Khin et al, 2003).

Al-Sheikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini (1994) pula dalam kitabnya Mughni al-

Muhtaj telah menjelaskan bahawa hadhanah dari segi Syara’ bererti tanggungjawab

menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana

masih belum mampu atau tidak mampu membuat pemilihan mana satu yang baik dan

mana satu yang buruk, seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan

juga tanggungjawab memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga

menyebabkan mereka berjaya menjadi manusia yang baik, serta tanggungjawab

memberi makan minum dan seumpamanya kepada mereka.

Pendapat ahli perundangan Islam sebagai mana yang dinyatakan di atas itu adalah

berpandukan kepada sebuah hadis diriwayatkan oleh Amru bin Syu’aib daripada

ayahnya yang diterima daripada neneknya, Abdullah bin Amru di mana:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. telah didatangi seorang perempuan lalu

perempuan itu berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini

dulu dalam perutku dia bernaung, susu ku ini tempat dia menyusu, dan

Page 69: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

60

pangkuanku ini tempat dia berlindung, sesungguhnya bapanya telah

menceraikanku dan dia bermaksud merampas anakku ini dariku, ‘ lalu

Rasullullah s.a.w. bersabda kepada perempuan itu, ‘Engkau lebih

berhak padanya selama engkau tidak bernikah lain.” (Sunan Abi Daud,

juzuk kedua, Kitab al-Talaq, Hadis 2276)

Hadis yang tersebut di atas memberi faham bahawa di dalam perkara penjagaan

kanak-kanak atau hadhanah, persoalan kebajikan anak itu diutamakan. Oleh kerana

hadis di atas menggambarkan kesanggupan si ibu dalam memelihara anaknya dan dia

masih belum mempunyai tanggungjawab lain sebagai isteri, Rasullullah telah

membuat keputusan supaya anak itu kekal di dalam jagaan ibu kanak-kanak

berkenaan.

Dalam kes Wan Abdul Aziz lwn Siti Aishah [1980] JH 147 jemaah pengadilan rayuan

telah menyatakan bahawa tujuan hadhanah ialah muslihat dan kebaikan budak yang

dipelihara dan dijaga sebagai hak asasi bagi budak itu iaitu hak yang mesti

diutamakan lebih dari hak pihak yang memelihara. Syed Sabiq (t.t) dalam kitabnya

Fiqhul Sunnah telah menerangkan bahawa sesungguhnya setiap yang menjaga dan

yang dijaga (anak) mempunyai hak dalam pemeliharaan tetapi hak yang dijaga lebih

kuat dari hak yang menjaga. Penentuan hadhanah adalah untuk menentukan

kepentingan kanak-kanak yang terlibat.

Walaupun sumber asal perundangan Islam tidak secara spesifiknya menyatakan ibu

perlu diberikan keutamaan daripada bapa jika berlaku isu penentuan penjagaan kanak-

kanak, namun ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah 2:233 telah dijadikan sandaran

Page 70: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

61

oleh ulama’ Islam terdahulu untuk mensabitkan hak keutamaan ibu dalam penjagaan

kanak-kanak (Najibah,2005).

Menurut firman Allah dalam surah al-Baqarah 2: 233 ;

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun

genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan

kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu

menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan

menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu

menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa

itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan

yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri

mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai

oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah

(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu

kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu

serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan

bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah

sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”

Melalui potongan ayat al-Quran di atas, ulama-ulama Islam terdahulu telah

menghukumkan bahawa hak penjagaan kanak-kanak akan secara automatiknya

diberikan kepada ibu dengan syarat ibu adalah berkeupayaan untuk melaksanakannya.

Telah menjadi tanggungjawab kepada ibu untuk menjaga kanak-kanak dalam tempoh

Page 71: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

62

dua tahun penyusuan jika bapa tidak mampu untuk mengupah orang lain untuk

menyusukan anaknya (al-Zuhaily, 1989).

Oleh itu sebagai amanah daripada Allah, anak-anak telah diletakkan dan

dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa. Mereka berkewajipan memberikan nafkah,

tempat tinggal, pakaian, pelajaran, pendidikan dan kebajikan anak-anak itu agar

mereka menjadi anak yang soleh. Jika berlaku perceraian di antara kedua-dua ibu

bapa maka hak penjagaan kanak-kanak diberikan kepada ibu sesuai dengan sifatnya

sebagai seorang ibu yang pengasih dan penyayang. Walau bagaimanapun, masih

tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan Islam. Walaupun seseorang ibu itu

menjaga anaknya, segala perbelanjaan penjagaan anak itu tetap menjadi

tanggungjawab bapanya.

Hak keutamaan seseorang ibu untuk menjaga anaknya tertakluk kepada beberapa

syarat yang wajib dipenuhi. Menurut sebahagian ulama, syarat-syarat tersebut

termasuklah berakal, merdeka, Islam, terhormat dan menjaga maruah, amanah, tidak

berkahwin melainkan dengan bapa saudara anak itu dan beriqamah dan tidak

bermusafir .Syarat-syarat tersebut adalah untuk kepentingan kanak-kanak itu sendiri

menurut pandangan Islam. Dalam menentukan hak jagaan kanak-kanak ini, Islam

amat menekankan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak tersebut di dunia dan di

akhirat (Mahmud Saedon, 1996).

Imam al-Shafei (1994) dalam kitabnya al-Umm telah menegaskan bahawa apabila

berlakunya perpisahan atau penceraian kedua ibu bapa dan kedua-duanya berada di

dalam satu qaryah, maka ibu adalah yang berhak terhadap anaknya selama dia belum

Page 72: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

63

berkahwin lain dan semasa anak itu masih kecil. Sekiranya anak itu mencapai umur

tujuh tahun atau lapan tahun dan mempunyai kesempurnaan akal, anak itu akan

disuruh membuat pilihan penjaganya di antara bapanya atau ibunya dan anak itu

hendaklah bersama dengan penjaga pilihannya itu.

Mazhab Hanafi telah menyusun susunan darjat mereka yang berhak memberi

penjagaan seperti berikut: ibu, ibu kepada ibu, ibu kepada bapa, saudara-saudara

perempuan, emak-emak saudara sebelah ibu, anak-anak perempuan kepada saudara

perempuan, anak-anak perempuan kepada saudara lelaki, emak-emak saudara sebelah

bapa, kemudian ahli-ahli asabah mengikut sistem pembahagian pusaka. Mazhab

Maliki turut menyenaraikan pihak-pihak berikut iaitu ibu, nenek kepada ibu, emak

saudara sebelah ibu, nenek kepada bapa hingga ke atas, saudara perempuan, emak

saudara sebelah bapa, anak perempuan saudara lelaki, pemegang amanah (wasi), ahli-

ahli asabah.

Mazhab Shafie pula telah memberi keutamaan kepada ibu, emak kepada ibu, emak

kepada bapa, saudara-saudara perempuan, emak-emak saudara sebelah ibu, anak-anak

perempuan saudara lelaki, anak-anak perempuan saudara perempuan, emak saudara

sebelah bapa kemudian ahli-ahli asabah mengikut sistem pembahagian pusaka.

Mazhab Hanbali juga telah menyenaraikan ibu sebagai orang yang paling berhak ke

atas penjagaan anak dan diikuti oleh emak ibu, emak bapa, datuk, ibu-ibu kepada

datuk, saudara perempuan bagi kedua ibu bapa, saudara sebelah ibu bagi kedua ibu

bapa,emak saudara sebelah ibu kepada ibu, emak saudara sebelah ibu kepada bapa,

emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu kepda ibu,emak saudara

sebelah ibu kepada bapa, emak saudara bapa sebelah bapa, anak-anak perempuan

Page 73: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

64

kepada saudara lelaki,anak-anak perempuan bapa saudara bapa sebelah bapa, ahli-ahli

asabah.

Jika tidak ada seorang pun wanita-wanita yang tersebut untuk menjaga anak maka

hak-hak penjagaan anak berpindah kepada lelaki mengikut susunan ahli-ahli asabah

yang terdiri daripada waris yang muhram iaitu bapa, datuk-datuk hingga ke atas,

saudara-saudara lelaki dan anak-anak mereka ke bawah, bapa-bapa saudara sebelah

bapa dan anak-anak mereka (Mustofa al-Khin et al., 2003).

Bagi orang yang sama taraf kedudukannya, seperti dua orang perempuan yang

saudara, dua orang emak saudara sebelah ibu dan dua orang emak saudara sebelah

bapa, maka diutamakan kepada yang lebih baik penjagaannya dan mengasihan belas

dan simpati. Jika kedua-keduanya sama, maka didahulukan yang lebih tua umurnya.

Ulama’ bersepakat dalam beberapa mazhab bahawa apabila ada ramai yang berhak

terhadap penjagaan dan mereka adalah setaraf seperti saudara-saudara atau bapa-bapa

saudara maka akan diutamakan penjagaan kepada yang terbaik dari segi keupayaan

dan akhlak. Andainya masih sama kedudukan mereka, maka didahulukan mereka

yang lebih berumur (Mustofa al-Khin et al., 2003).

Di sini kita boleh simpulkan bahawa orang yang paling berhak dalam penjagaan anak

yang kecil sebelum mencapai umur kecerdikan (mumayyiz) ialah ibu sebelum diikuti

oleh pihak-pihak lain yang juga terdiri daripada wanita.

Islam juga telah menggariskan beberapa syarat kepada penjaga kanak-kanak. Antara

syarat-syarat yang mendapat kata sepakat ahli fiqh ialah merdeka, waras fikiran,

Page 74: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

65

berkemampuan, amanah, keadaan penjaga wanita bukan isteri kepada orang asing

yang berada di bawah jagaan dan ada hubungan saudara dengan kanak-kanak. Ada

pula syarat lain yang dipertikaikan oleh ahli fiqh seperti kematangan dan beragama

Islam. Syarat-syarat umum kepada penjaga lelaki dan wanita adalah baligh, berakal,

keupayaan memberikan didikan kepada anak di bawah jagaan iaitu menjaga kesihatan

dan akhlak kanak-kanak,dan seterusnya mestilah amanah dan berakhlak luhur.

Ulama’ Shafie dan Hanbali telah mensyaratkan Islam kepada penjaga kanak-kanak.

Orang bukan Islam tidak boleh menjaga orang Islam kerana tiada kuasa perwalian

orang bukan Islam ke atas orang Islam. Pendapat ini boleh diperolehi daripada kitab

al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu di mana Mazhab Shafie yang telah menetapkan

syarat-syarat umum kepada pihak yang diberi hak penjagaan iaitu, cukup umur,

sempurna akal, berkeupayaan mendidik kanak-kanak, berakhlak baik dan yang paling

penting beragama Islam (al-Zuhaily, 1989).

Ulama Hanafi dan Maliki pula tidak mensyaratkan penjaga mesti beragama Islam.

Lantaran itu, seseorang Ahli Kitab atau bukan ahli Kitab harus menjadi penjaga sama

ada ia ibu atau bukan ibu kerana Nabi s.a.w memberi pilihan kepada seseorang kanak-

kanak yang belum baligh, sama ada mahu tinggal bersama bapanya yang Muslim

ataupun ibunya yang bukan Islam.

Riwayat Rafi’ bin Sinan r.a. telah menyatakan bahawa dia telah memeluk Islam dan

isterinya enggan mengikut jejaknya, iaitu turut memeluk Islam, lalu Nabi s.a.w

memberi tempat duduk kepada ibu di sebelah pihak dan bapa di sebelah pihak yang

lain dan anak mereka ditempatkan di antara kedua-dua mereka.Lalu anak itu

Page 75: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

66

cenderung kepada ibunya lalu Nabi s.a.w berdoa, ‘Ya Allah, tunjukkan dia’. Selepas

doa Nabi itu diterima Allah swt, anak itu pun pergi kepada bapanya dan membawanya

pergi (Ibn Hajar, 1999).

Ciri utama yang penting untuk penjagaan kanak-kanak ialah kasihan belas dan

simpati. Ini tidak berbeza dengan sebab berlainan agama. Walau bagaimanapun,

mereka berselisih pendapat tentang kadar masa yang harus anak jagaan berada di sisi

penjaga wanita yang bukan Islam. Ulama Hanafi berpendapat bahawa anak jagaan

boleh berada di bawah pengawasan penjaga sehingga ia boleh memikirkan tentang

agama setelah menjangkau umur tujuh tahun atau ternyata iman kanak-kanak yang

tinggal bersamanya boleh tergugat. Umpamanya ia mengajar kanak-kanak di bawah

jagaannya itu perkara-perkara yang berhubung dengan agamanya atau membawa

kanak-anak ke tempat-tempat ibadatnya atau ia membiasakan kanak-kanak meminum

arak dan makan daging babi. Ini adalah amalan yang dijalankan di Mahkamah Mesir

(al-Zuhaily, 1989).

Sebaliknya, ulama Maliki pula berpendapat bahawa kanak-kanak boleh berada

bersama penjaga wanita yang bukan Islam sehingga tamat tempoh masa penjagaan

kanak-kanak di sisi syara’. Namun penjaga wanita itu ditegah memberi minum anak-

anak di bawah jagaannya dengan arak dan memberi makan daging babi. Seandainya

ditakuti penjaga itu melakukan perkara yang haram, maka hak pengawasan diberikan

kepada orang Islam untuk menjaga kanak-kanak daripada rosak. Ulama Maliki

berpendapat bahawa Islam tidak menjadi syarat kepada seorang penjaga. Ini adalah

disebabkan hak penjagaan di sisi mereka tidak ada pada orang lelaki, kecuali apabila

ada di sisinya wanita yang layak mengurus penjgaan seperti isteri, emak saudara

Page 76: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

67

sebelah ibu atau sebelah bapa, Oleh itu hak penjagaan kanak-kanak pada hakikatnya

adalah bagi wanita (Mustofa al-Khin et al, 2003).

Ada empat sebab yang menggugurkan hak penjagaan di sisi ulama Maliki dan

kebanyakan ulama’ mazhab lain menyetujuinya. Pertama, penjaga lelaki bermusafir

kerana berpindah ke tempat yang jauh pada jarak kadar 133km atau lebih, kedua,

berlaku kemudharatan kepada diri penjaga seperti menghidap penyakit sopak, gila dan

kusta pada pendapat ulama Hanbali. Ketiganya, penjaga fasiq tidak berpegang teguh

dengan agama yang diragui penjagaannya terhadap anak dan ini dipersetujui oleh

fuqaha.

(b) Kedudukan di bawah Enakmen perundangan Keluarga Islam di Malaysia

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan juga enakmen-

enakmen perundangan keluarga Islam bagi negeri-negeri di Malaysia dengan jelas

membuat peruntukan bagi menjamin hak isteri yang diceraikan. Ini termasuklah

perkara-perkara yang berhubung dengan penjagaan anak, nafkah anak, nafkah dan

kediaman isteri yang diceraikan, mutaah, maskahwin, pemberian dan harta

sepencarian (Mahmud Saedon, 1996).

Penyelidik mendapati bahawa tiada sebarang peruntukan di dalam enakmen

perundangan keluarga Islam tentang hak penjagaan kanak-kanak yang mempunyai ibu

bapa yang berlainan agama. Walau bagaimanapun terdapat peruntukan umum yang

membincangkan hak penjagaan kanak-kanak ketika perkahwinan ibu bapa masih

wujud dan selepas berlakunya penceraian. Secara umumnya, hak penjagaan kanak-

Page 77: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

68

kanak telah diberikan kepada ibu kanak-kanak tersebut selama mana dia memenuhi

syarat-syarat yang telah digariskan oleh undang-undang. (Hafizah Indra bt Abdullah

lwn Jamaluddin Bin Eusoff (2006) JH (1) 49)

Seksyen 81(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)

1984 telah dengan jelasnya memperuntukkan bahawa ibu adalah yang paling berhak

dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya bukan sahaja dalam sebuah

perkahwinan yang sah tetapi juga selepas perkahwinan tersebut terbubar seperti

berlakunya penceraian. Hak ini juga dikenali sebagai hak hadhinah ialah orang yang

berhak memelihara anak-anak selepas perceraian berlaku. Dalam keadaan ini ibu akan

diberikan hak keutamaan bahkan diwajibkan oleh Hukum Syara’ untuk memberi

hadhanah kepada anaknya, sama ada lelaki atau perempuan kerana bapa tidak

berkemampuan untuk melakukannya (Zaleha & Raihanah, 2002).

Sekyen 82 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)

1984 telah mentakrifkan hadhinah sebagai perempuan yang mempunyai hak mendidik

seseorang kanak-kanak. Tetapi ia hanya berhak menjalankan hak terhadap hadhanah

jika sekiranya dia seorang Islam dan sempurna akalnya. Pada masa yang sama dia

juga perlu mencapai satu tahap umur yang melayakkannya untuk memberi kasih

sayang kepada kanak-kanak itu, berkelakuan baik dan hendaklah tinggal di tempat di

mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi

akhlak atau jasmani.

Walau bagaimanapun hak hadhanah kepada ibu ini bukanlah satu hak yang akan kekal

sampai bila-bila. Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah akan hilang sekiranya

Page 78: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

69

perempuan tersebut berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian

darah dengan kanak-kanak itu seperti yang telah diputuskan dalam kes Nooranita bt

Kamaruddin lwn Faeiz b Yeop Ahmad (1997) 7 JH 61 .Di dalam kes ini jawatankuasa

rayuan negeri Selangor telah memperkukuhkan perintah kadi Besar Selangor yang

memberikan hak jagaan anak kepada ayah setelah berpuas hati bahawa ibu kepada

anak tadi telah berkahwin dengan lelaki yang bukan mahram kepada anak-anaknya.

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dalam kes Wan Mohd Kamil bin Wan Abd

Ghani lwn Rosliza @ Mazwani binti Mohamed Mustapha (2006) JH 142 juga

memberi hak penjagaan kepada bapa setelah mendapati ibu telah hilang kelayakan

penjagaan kerana berkahwin dengan seorang yang tiada pertalian darah dengan anak-

anaknya.

Hak hadhanah juga akan hilang jika si ibu telah berkelakuan buruk secara keterlaluan,

murtad atau mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak tersebut seperti yang telah

diperuntukkan oleh seksyen 83 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-

wilayah Persekutuan) 1984. Jika keadaan-keadaan ini berlaku Mahkamah Syariah

mempunyai hak untuk memindahkan hak penjagaan kepada salah seorang yang yang

dinyatakan di dalam subseksyen (2) Seksyen 81 Akta yang sama mengikut susunan

keutamaan yang berikut dengan syarat penjagaan itu tidak menjejaskan kebajikan

kanak-kanak yang terlibat.

(a) Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;

(b) Bapa;

(c) Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;

(d) Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(e) Kakak atau adik perempuan seibu;

Page 79: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

70

(f) Kakak atau adik perempuan sebapa;

(g) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(h) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;

(i) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;

(j) Emak saudara sebelah ibu;

(k) Emak saudara sebelah bapa;

(l) Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari;

Peruntukan undang-undang telah membezakan tempoh penjagaan yang diberikan

kepada penjaga yang berhak dengan membezakan kanak-kanak lelaki dan kanak-

kanak perempuan. Seksyen 84 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-

wilayah Persekutuan) 1984 telah memperuntukkan bahawa hak hadhinah atau

penjagaan yang diberikan kepada ibu akan tamat apabila kanak-kanak lelaki mencapai

umur tujuh tahun dan boleh dilanjutkan sehingga sembilan tahun atas permohonan

penjaga. Bagi kanak-kanak perempuan pula, hak ini akan tamat apabila mereka

mencapai umur sembilan tahun dan boleh dilanjutkan sehingga umur sebelas tahun.

Apabila tamat tempoh tersebut,hak penjagaan akan diberikan kepada bapa. Walau

bagaimanapun jika Mahkamah berpendapat bahawa kanak-kanak tersebut telah

mencapai umur kecerdikan (mumayyiz), mereka akan dibenarkan membuat pilihan

sama ada ingin tinggal bersama ibu atau bapa. ( Seksyen 84(2) Akta Undang-undang

Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984). Amalan ini adalah berdasarkan

hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah r.a. telah berkata, seorang

perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w katanya, ‘Ya Rasulullah,

Page 80: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

71

sesungguhnya suamiku mahu membawa anakku pergi padahal dialah

yang mengambil air untukku dari sumur Abu Unbah dan dianya

berguna sekali bagiku. Maka Rasulullah s.a.w bersabda, ” Ini ayahmu

dan ini ibumu. Pilihlah mana yang engkau sukai.” Lalu anak tersebut

memilih ibunya. Lalu ibunya pergi membawa anaknya.” ( Sunan Abu

Dawud, Kitab al-Talaq)

Prinsip ini telah banyak diamalkan di Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia.

Sebagai contoh dalam kes di Negeri Kedah, Mohamad Salleh lwn Azizah JH (1404H)

212, Yang Arif Kadi Besar telah memerintahkan kanak-kanak yang berumur 5, 3, 2

tahun dan 2 bulan diletakkan di bawah penjagaan si ibu sehinggalah mereka semua

mencapai umur kecerdikan di mana pada masa itu bapa bolehlah membuat tuntutan

untuk memelihara kanak-kanak tersebut.

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dalam kes Tunku Fazlinda Tunku

Khalil lwn Azhar Sidek [2006] JH (1) 119 pula telah meletakkan anak-anak

perempuan yang berumur 7, 6, dan 3 tahun di bawah jagaan si ibu. Dalam kes Hafizah

Indra Abdullah lwn Jamaluddin bin Eusoff (2006) JH (1) 47, Mahkamah Tinggi

Syariah Pulau Pinang telah memanggil anak-anak yang berumur 13, 11 dan 7 tahun

untuk memberikan keterangan memandangkan mereka telah mumayyiz dan layak

memberikan pandangan. Dalam kes ini berdasarkan keterangan yang diberikan oleh

kanak-kanak, mahkamah telah memberikan hak jagaan kepada si ibu.

Dalam memutuskan kepada siapakah jagaan seseorang kanak-kanak patut diletakkan,

pertimbangan yang utama ialah kebajikan kanak-kanak itu dan, tertakluk kepada

pertimbangan, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kemahuan-kemahuan

Page 81: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

72

ibu bapa kanak-kanak itu; dan kemahuan-kemahuan kanak-kanak itu, jika ia telah

meningkat umur dapat menyatakan sesuatu pendapatnya sendiri (Seksyen 86 (2) Akta

Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984).

Berdasarkan peruntukan di atas, asas utama pertimbangan yang perlu dibuat ialah

kebajikan kanak-kanak. Walaupun pihak-pihak yang terlibat juga turut mempunyai

kepentingan dalam penjagaan kanak-kanak itu, namun kepentingan kanak-kanak

tersebut mengatasi segala kepentingan pihak-pihak lain seperti bapa, ibu dan keluarga.

Oleh itu kepentingan pihak-pihak yang memohon hak penjagaan kanak-kanak

hendaklah disesuaikan dengan kepentingan dan kebajikan kanak-kanak yang terlibat

(Abdullah Abu Bakar, 2006).

Mahkamah Kadi Kelantan dalam kes Harun lwn Che Gayah (1978) 1 JH(1) 66 telah

menjadikan kepentingan dan kebajikan kanak-kanak sebagai perkara yang perlu

diberikan pertimbangan kerana ia hak asasi kanak-kanak. Dalam kes ini mahkamah

telah mengenepikan hak ibu kanak-kanak dengan memberikan hak penjagaan kepada

nenek demi kepentingan kanak-kanak tersebut.

Namun begitu, undang-undang Islam masih lagi memberikan hak lawatan kepada

pasangan yang tidak mendapat hak penjagaan kanak-kanak. Mereka berhak untuk

melawat dan mengambil anak-anak dengan kebenaran pasangan yang mempunyai hak

di sisi undang-undang. Sebagai contoh dalam kes Faridah Hanim bt Omar lwn Abd

Latif Ashaari (2006) JH (1) 27, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang

memutuskan bahawa hak jagaan anak yang berumur 19, 14 dan 12 tahun diberikan

kepada ibu dan bapa dibenarkan melawat dan bersama dengan anak-anak tersebut

pada waktu yang munasabah tertakluk kepada satu notis terdahulu kepada ibu.

Page 82: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

73

Berdasarkan kes-kes dan peruntukan undang-undang yang wujud, dapatlah

disimpulkan bahawa Islam meletakkan hak jagaan kanak-kanak kepada ibu dengan

hak lawatan tetap diberikan kepada bapa. Walau bagaimanapun anak-anak yang telah

mencapai umur kecerdikan (mumayyiz) dibenarkan untuk menyatakan pendapat

mereka sama ada memilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa. Walau bagaimanapun

jika berlaku pertukaran agama, secara umumnya ibu atau bapa yang memeluk Islam

akan mendapat keutamaan untuk menjaga anak-anak tersebut berdasarkan seksyen

82(a) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984

yang mensyaratkan Islam sebagai satu kelayakan untuk menjadi seorang penjaga

kanak-kanak. Peruntukan ini telah mengambil pendapat ulama Mazhab Shafie.

(c) Kedudukan di bawah undang-undang keluarga sivil di Malaysia

Bagi orang bukan Islam, isu jagaan dan penjagaan kanak-kanak telah diperuntukan di

bawah Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 dan juga Akta Membaharui Undang-

undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Terdapat sedikit perbezaan di antara

kedua-dua akta yang perlu diambil perhatian. Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 hanya memberikan tumpuan kepada

pertelingkahan hak penjagaan di antara ibu dan bapa kepada kanak-kanak yang

terlibat sahaja dan tidak melibatkan pihak ketiga. Manakala Akta Penjagaan Kanak-

kanak 1961 pula lebih luas skopnya dan boleh digunakan pada bila-bila masa oleh

mana-mana pihak termasuk pihak ketiga dan tidak memerlukan wujudnya suatu

prosiding halehwal perkahwinan. Peruntukan-peruntukan dalam kedua-dua statut

hanya terpakai kepada pasangan yang tidak memeluk Islam kerana Mahkamah

Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap mereka (Shamsudin, 1994).

Page 83: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

74

Dari segi pemakaiannya Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 lebih luas dan Akta

Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 hanya dianggap

sebagai tambahan kepada undang-undang sedia ada setakat yang terpakai. Walau

bagaimanapun bagi tujuan penyelidikan ini, penyelidik akan lebih merujuk kepada

Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Ini adalah

kerana dalam kes pertukaran agama, isu penjagaan kanak-kanak biasanya akan

melibatkan ibu dan bapa sahaja dan jarang sekali melibatkan pihak ketiga.

Perkataan ‘anak’ telah didefinisikan oleh seksyen 2 Akta Membaharui Undang-

undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 sebagai anak daripada perkahwinan yang

sah dan mereka yang berumur di bawah lapan belas tahun (seksyen 87 Akta

Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976).

Secara umumnya Seksyen 88 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976 telah membuat peruntukan mengenai penjagaan kanak-kanak. Sub-

seksyen (1) berbunyi:

“Mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan perintah meletakkan

seseorang anak dalam jagaan bapa atau ibunya atau, jika ada hal

keadaan yang terkecuali yang menyebabkan tidak dingini bagi anak itu

diamanahkan kepada ibu atau bapanya, dalam jagaan seseorang

saudara itu yang laian atau jagaan sesuatu persatuan yang antara

tujuan-tujuannya termasuklah kebajikan kanak-kanak atau kepada

mana-mana orang lain yang sesuai.”

Page 84: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

75

Peruntukan di atas membawa maksud bahawa kuasa mutlak penjagaan kanak-kanak

tidak semestinya terletak di tangan ibu atau bapa. Mahkamah mempunyai kuasa untuk

memerintah seseorang anak itu diletakkan di bawah jagaan pihak lain selain ibu

bapanya sendiri atas alasan terkecuali bagi kebajikan dan kepentingan kanak-kanak

terlibat. Sebagai contoh, mahkamah boleh mengarahkan kanak-kanak diletakkan di

bawah jagaan pihak ketiga atau badan-badan, institusi tertentu jika didapati

kemungkinan kebajikan anak-anak akan terjejas jika terus dijaga oleh ibu atau bapa

mereka.

Peruntukan ini perlu dibaca dengan seksyen 5 Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961

yang menyatakan bahawa:

“In relation to the custody or upbringing of an infant or the

administration of any property belonging to or held in trust for an

infant or the application of the income of any such property, a mother

shall have the same rights and authority as the law allows to a father,

and the rights and authority of mother and father shall be equal.”

Ini bermaksud, peruntukan undang-undang keluarga sivil memberikan hak sama rata

atau penjagaan bersama (joint custody) kepada ibu dan bapa dalam hal penjagaan

anak-anak mereka. Jika berlaku pertelingkahan hak penjagaan kanak-kanak,

mahkamah akan pertamanya melihat kepada kebajikan dan kepentingan kanak-kanak

tersebut melebihi kepentingan pihak lain. Penyataan ini boleh disokong dengan

peruntukan di bawah seksyen 88 (2) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan

dan Perceraian) 1976 yang menyatakan bahawa:

Page 85: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

76

“Pada memutuskan ke dalam jagaan siapakah seseorang anak patut

diletakkan pertimbangan utama ialah kebajikan anak itu dan tertakluk

kepada ini mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada; (a)

kemahuan ibu bapa itu; dan (b) kemahuan anak itu, jika ia telah

meningkat umur dapat menyatakan sesuatu pendapatnya sendiri.”

Perkara 3 United Nation Convention on the Rights of the Child telah menyatakan

bahawa prinsip kebajikan kanak-kanak adalah asas kepada pertimbangan untuk

menyelesaikan pertikaian yang timbul dalam isu hak penjagaan kanak-kanak. Ia

berbunyi;

“In all actions concerning children, whether undertaken by public or

private social welfare institutions, courts of law, administrative

authorities or legislative bodies, the best interest of the child shall be

a primary consideration. States parties undertake to ensure the child

such protection and care as is necessary for his or her well being,

taking into account the rights and duties of his or her parents, legal

guardians, or other individuals legally responsible for him or her,

and to his end, shall take all appropriate legislative and

administrative measures.”

Di England, konsep kebajikan kanak-kanak ini telah dipersetujui oleh mahkamah

lebih kurang 70 tahun lalu. Hakim Beck dalam kes O’Leary lwn O’Leary [1923] 1

WWR 501 telah membincangkan prinsip ini seperti berikut:

“the paramount consideration is the welfare of the children;

subsidiary to this and as a means of arriving at the best answer to that

Page 86: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

77

question are the conduct of the respective parents, the wishes of the

mother as well as of the father, the ages and sexes of the children, the

proposals of each parent for the maintenance and education of the

children; their station and aptitudes and prospects in life; the

pecuniary circumstances of the father and the mother-not for the

purpose of giving the custody to the parent in the better financial

position to maintain and educate the children, but for the purpose of

fixing the amount to be paid by one or both parents for the

maintenance of the children. The religion in which the children are to

be brought up is always a matter of consideration, even… in a case…

where both parties are of the same religion, for the probabilities as to

the one of the other of the parents fulfilling their obligations in this

respect ought to be taken into consideration.

Mengikut kajian yang dibuat oleh penyelidik, mahkamah-mahkamah di Malaysia

telah secara amnya menyokong dan mengaplikasi konsep keutamaan kebajikan

kanak-kanak ini dalam kes pertelingkahan penjagaan kanak-kanak. Sebagai contoh,

dalam kes Re Satpal Singh, An Infant [1958] 24 MLJ 283; Mahkamah telah

menyatakan bahawa;

“Welfare … is not merely question whether the child will be happier in

one place than in another.The welfare of the child, both moral and

physical, should be the paramount consideration in awarding the

custody of a child of tender years. The court in exercising its discretion

under the Ordinance, should bear in mind the customs of the parties

Page 87: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

78

but should not consider itself bound by them as then it would not be

exercising the discretion entrusted to it by the Ordinance”

Tiada satu definisi jelas dalam konteks undang-undang keluarga yang dicapai

mengenai kebajikan kanak-kanak kerana ia sering berubah-berubah mengikut

persoalan dan isu yang timbul (Kok Yoong Heong lwn Choon Thean San [1976] 1

MLJ 292).

Daripada hasil kajian, penyelidik mendapati mahkamah telah mengambil kira

beberapa faktor bagi membolehkannya mencapai maksud ‘kebajikan’, namun ia tidak

terhad kepada faktor- faktor seperti berikut;

(a) Umur dan jantina kanak-kanak

(b) Kehendak dan kemahuan kanak-kanak

(c) Kehendak ibu bapa

(d) Agama, latar belakang, adat dan keturunan

(e) Tingkahlaku dan perangai pihak-pihak yang terlibat

(f) Kemungkinan pasangan ibu bapa itu berbaik semula

(g) Kebajikan moral dan fizikal

(h) Kesan kepada perubahan persekitaran

(i) Faktor-faktor lain yang dikirakan relevan oleh mahkamah

Dalam kes Mahabir Prasad lwn Puspha Mahabir Prasad [1981] CLJ 182 (Rep) pula,

mahkamah juga bersetuju bahawa kebajikan kanak-kanak adalah pertimbangan utama

yang perlu diambil kira dalam menyelesaikan hak penjagaan kanak-kanak selain

daripada kehendak ibu bapa dan kemahuan kanak-kanak. Walau bagaimanapun

Page 88: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

79

mahkamah juga telah memberikan beberapa perkara lain yang perlu diambil perhatian

iaitu tingkahlaku, kedudukan kewangan, status sosial pihak-pihak yang terlibat dan

juga keputusan laporan sulit daripada pegawai kebajikan masyarakat (Nur Aisyah Suk

Abdullah lwn Harjeet Singh [1999] 4 CLJ 566).

Seterusnya, selepas meletakkan pertimbangan utama kepada kebajikan dan

kepentingan kanak-kanak, mahkamah juga perlu mengambil perhatian terhadap

kehendak ibubapa terlibat di samping kemahuan anak-anak itu sendiri.

Andaian undang-undang menyatakan bahawa bagi seseorang anak di bawah umur

tujuh tahun ia patut berada bersama ibunya demi menjaga kebajikan dan kebaikan

anak tersebut. Apabila andaian ini digunakan ia mestilah mengambil perhatian

terhadap faktor-faktor persekitaran dan kesan gangguan akibat daripada perubahan

penjagaan yang mungkin berlaku di peringkat umur dan jantina ketika itu (Re Ko

(Infant) [1990] 1 MLJ 494; R. Samaswathy lwn R Palakrishnan [1986] 2 Mal Digest

47).

Andaian di atas telah diperuntukan di bawah seksyen 88(3) Akta Membaharui

Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 iaitu;

“Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa

adalah untuk kebaikan seseorang anak di bawah umur tujuh tahun

supaya dia berada dengan ibunya tetapi pada memutuskan sama ada

anggapan itu dipakai bagi fakta-fakta sesuatu kes tertentu, mahkamah

hendaklah memberi perhatian kepada ketidakinginan mengacau

kehidupan seseorang anak dengan perubahan-perubahan jagaan.

Page 89: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

80

Untuk mencapai keputusan yang terbaik, mahkamah juga memilih untuk memberikan

peluang kepada anak-anak untuk menyatakan pendapat mereka. Antara kaedah yang

dilakukan oleh mahkamah adalah dengan mengadakan temubual dengan anak-anak

yang terlibat. Sebagai contoh dalam kes M. Saraswathi Devi K Govind lwn Keith Ian

Monteiro [2006] 1 CLJ 303, mahkamah telah menemubual anak yang berumur 14

tahun bagi mendapatkan pendapatnya sama ada memilih untuk tinggal dengan ibu

atau bapanya yang telah memeluk Islam.

Dari hasil kajian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa undang-undang Islam dan

Undang-undang sivil adalah sepakat dalam penentuan penjagaan kanak-kanak.

Kedua-dua undang-undang telah menitik beratkan kebajikan kanak-kanak sebagai

pertimbangan utama sebelum sesuatu hak penjagaan diberikan kepada ibu atau bapa.

Penyelidik berpendapat walaupun secara amnya Malaysia telah mengamalkan

Mazhab Shafie dalam kehidupan seharian, tetapi jika berlaku keadaan yang

melibatkan dua agama pendapat Imam Malik dan Hanafi perlu diambil kira.

Rasionalnya adalah untuk menjamin keharmonian hubungan pasangan suami isteri

yang bercerai atas alasan berlainan agama. Ini adalah kerana Imam Malik dan Imam

Abu Hanifah tidak mensyaratkan agama Islam sebagai satu kelayakan untuk menjadi

penjaga kanak-kanak. Apa yang perlu dititikberatkan adalah kepentingan dan

kebajikan kanak-kanak tersebut.

Sebagai contoh, jika ibu yang masih kekal dalam agama asal dan tidak berhajat

untuk memeluk Islam, dia perlu diberi hak untuk menjaga anak-anak yang masih kecil

Page 90: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

81

dan masih dalam tempoh penyusuan. Walaupun agama adalah antara faktor penentu

penjagaan kanak-kanak, faktor-faktor penting lain juga perlu diberi perhatian. Apa

yang penting adalah kebajikan dan kepentingan kanak-kanak tersebut perlu

didahulukan daripada kehendak ibu bapa yang berlainan agama tersebut dan juga

kehendak kanak-kanak itu sendiri.

Noor Aziah Mohd Awal(2004) telah menyatakan bahawa syarat utama mengenai

hadhanah ialah amanah di dalam agama dan syarat ini sering dikaitkan dengan Islam.

Beliau menyatakan lagi bahawa apa yang dimaksudkan dengan amanah di dalam

agama ialah sifat jujur, disiplin, tidak mengambil kesempatan terhadap anak-anak

yang boleh merosakkan mereka. Syarat amanah dalam agama ini adalah berbeza

dengan beragama Islam yang disebutkan sebagai syarat hadhanah. Ini bermaksud,

seseorang yang bukan beragama Islam tetapi mempunyai sifat-sifat amanah dalam

agama berhak mendapat hak pemeliharaan anak-anaknya yang telah beragama Islam.

Pandangan ini disokong oleh keputusan yang telah di buat oleh Hakim Dato’ Faiza

Tamby Chik dalam kes Shamala Sathiyaseelan lwn Dr Jeyaganesh C Mogarajah

[2004] 3 CLJ 516. Di dalam kes ini Dato’ Faiza telah memberikan hak penjagaan

bersama kepada ibu (bukan Islam) dan bapa (Islam) dengan hak pemeliharaan atau

jagaan fizikal diberikan kepada si ibu. Walaupun ramai yang tidak berpuas hati

dengan keputusan tersebut kerana berpendapat ia tidak praktikal tetapi ia boleh

membantu untuk mengurangkan kekusutan dan pertelingkahan antara agama di

Malaysia.

Page 91: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

82

Jika dilihat dari skop yang lebih luas, tidak ada perbezaan besar dalam penentuan

penjagaan kanak-kanak dan jika diperhalusi, ia sebenarnya boleh menyelesaikan

banyak masalah perebutan hak penjagaan kanak-kanak terutama dalam kes perceraian

ibu bapa yang melibatkan pertukaran agama salah satu daripada pasangan.

4.3.2 Hak kepada nafkah

(a) Kedudukan di bawah undang-undang Islam

Perkataan nafkah ialah kalimah arab yang berasal daripada infaq iaitu mengeluarkan.

Ia tidak digunakan kecuali pada kebaikan. Pada bahasa ia bermakna apa yang

dikeluarkan oleh manusi terhadap anak-anaknya. Makna pada syarak ialah memberi

perbelanjaan yang secukupnya daripada makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Menurut al-Syarbini(1994) dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj nafkah boleh

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertamanya nafkah ke atas diri sendiri dan

yang keduanya adalah nafkah yang wajib ke atas orang lain yang disebabkan

perkahwinan, kerabat dan pemilikan berdasarkan sabda Nabi saw:

“Mulakan dengan dirimu, kemudian mereka yang wajib ke atasmu

membiayai nafkah.”

Hukum syara’ tidak menetapkan satu kadar tertentu. Ia adalah bergantung kepada

kemampuan dan keupayaan suami yang terlibat. Penyataan ini boleh disokong dengan

berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Talaq ayat 7 yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut

kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah

Page 92: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

83

memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah

tidak memikulkan kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang

Allah berikan kepadanya. Allah kelak memberikan kelapangan

sesudah kesempitan.”

Firman Allah s.w.t di atas jelas menunjukkan bahawa Allah telah menentukan kadar

nafkah itu adalah bergantung kepada keadaan suami itu; sama ada beliau seorang

yang lapang kehidupannya atau sempit dan bukannya melihat kepada taraf dan

kedudukan isteri.

Keadaan sama jua terpakai apabila berlaku perpisahan ataupun seseorang isteri

diceraikan, dia akan berhak mendapat nafkah di dalam masa iddahnya. Hak itu adalah

berdasarkan firman Allah taala dalam surah al-Talaq ayat 6 yang bermaksud;

“Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani ’iddahnya’ itu di tempat

kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu

adakan sesuatu yang menyakiti mereka di tempat tinggal itu dengan

tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka. Dan jika mereka

berkeadaan sedang mengandung maka berikanlah mereka nafkahnya

sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya”.

Nafkah merupakan hak bagi seseorang yang merupakan salah satu dari amanah yang

mesti diutamakan oleh bapa kepada anak-anak mereka mengikut pandangan hukum

syarak. Bapa ialah orang yang paling bertanggungjawab dalam menanggung nafkah

anak. Islam telah menyatakan dengan jelas tanggungjawab seorang bapa terhadap

anak-anaknya sekalipun anak-anak tersebut berada di bawah jagaan orang lain.

Page 93: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

84

Peristiwa ini berlaku di dalam Sejarah Islam iaitu kes Hindun bt Utbah yang

diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya yang bermaksud;

“Aisyah meriwayatkan bahawa Hindun bt Utbah berkata; ‘Wahai

Rasulullah s.aw. sesungguhnya Abu Sufyan adalah merupakan seorang

lelaki kikir (kedekut). Dia tidak memberi nafkah (perbelanjaan) yang

mencukupi untukku dan anakku melainkan apa yang aku ambil

daripadanya tanpa pengetahuannya.’ Rasulullah s.a.w lalu menjawab,

‘Ambillah sekadar yang mencukupi untukmu dan anakmu secara yang

makruf’.

Menurut Imam al-Nawawi, tanggungjawab bapa untuk menyediakan nafkah atau

perbelanjaan anak-anak akan berterusan dalam kes pertukaran agama sehinggalah

mereka berumur 18 tahun (Najibah, 2007).

Bagi nafkah isteri pula, para fuqaha sependapat bahawa wajib ke atas suami

membiayai nafkah isteri walaupun suami isteri itu tidak seagama selagi ia tidak

menderhaka kepada suami atau tidak murtad. Ulama Maliki dan Shafie tidak

mensyaratkan sama seagama tentang kewajipan membaiayai nafkah. Bahkan orang

Islam boleh membiayai orang bukan Islam dan orang bukan Islam boleh membiayai

orang Islam kerana dalil yang menunujukkan wajib nafkah adalah umum dan

diqiyaskan ke atas nafkah isteri. Islam menggangap kewajiapan memberikan nafkah

kepada isteri adalah sebagai balasan kesetiaan dan ketaatannya kepada suami.

Page 94: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

85

Walau bagaimanapun Islam mensyariatkan gugur nafkah isteri disebabkan murtad

kerana ia terkeluar dari agama Islam. Hak kepada nafkah juga akan gugur jika isteri

enggan memeluk Islam apabila suami telah memeluk Islam. Pendapat ini telah

dipersetujui oleh Imam Abu Hanifah (al-Zuhaily, 1989).

(b) Kedudukan di bawah Enakmen perundangan Keluarga Islam di Malaysia

Seksyen 59 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)

1984 telah memperuntukkan bahawa mahkamah oleh memerintahkan seseorang lelaki

untuk membayar nafkah kepada isteri dan bekas isteri kecuali jika isteri nusyuz dan

enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya.

Seterusnya, seksyen 65 Akta yang sama telah memperuntukan bahawa hak bagi

seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang

terdahulu di bawah perintah mahkamah akan terhenti apabila tamatnya tempoh iddah.

Peruntukan-peruntukan ini menunjukkan bahawa Islam hanya memerintahkan

pembayaran nafkah kepada bekas isteri perlu dibuat dalam tempoh iddah sahaja.

Peruntukan kewajipan menanggung nafkah anak pula telah dijelaskan di bawah

seksyen 72(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)

1984 yang berbunyi:

“Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah

memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seorang

lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam

jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan

Page 95: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

86

mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan

dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada

kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.”

Ini bertepatan dengan firman Allah s.wt dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 yang

bermaksud;

‘Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;

ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan

telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh

mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah

dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat

dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur

empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku,

ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau

kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap

mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat

kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.

Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari

orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)’.

Enakmen perundangan Islam telah menetapkan satu tempoh untuk tanggungan nafkah

yang perlu dipatuhi oleh seorang bapa. Seksyen 79 Akta Undang-undang Keluarga

Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukan bahawa perintah nafkah

yang telah diputuskan oleh mahkamah akan tamat apabila seorang anak itu mencapai

umur lapan belas tahun. Walau bagaimanapun tempoh tersebut boleh dilanjutkan atas

Page 96: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

87

permohonan oleh anak atau orang lain bagi suatu jangkamasa yang difikirkan

munasabah oleh mahkamah.

(c) Kedudukan di bawah undang-undang keluarga sivil di Malaysia

Peruntukan pembayaran nafkah bagi pasangan yang berkahwin menurut undang-

undang sivil adalah termaktub di bawah seksyen 77 (1) Akta Membaharui Undang-

undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang berbunyi:

“Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah

kepada isterinya atau isterinya yang terdahulu... (b) apabila memberi

atau selepas daripada memberi sesuatu dekri perceraian atau

perpisahan kehakiman...”

Menurut seksyen 81 dan 82 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976, suami (termasuk yang telah memeluk Islam menurut seksyen 3

Akta yang sama) akan terus bertanggungjawab untuk membayar nafkah kepada

isteriya yang bukan Islam sehinggalah berlaku kematian, ataupun pihak yang

menerima nafkah telah berkahwin lain atau telah bersekedudukan dengan seseorang

yang lain. Hanya perkahwinan pihak yang menerima nafkah sahaja yang terlibat

dengan seksyen 82 Akta tersebut, sedangkan pihak yang diperintahkan membayar

nafkah itu tidak boleh memberhentikan bayaran yang telah diperintahkan terhadapnya

jika dia sendiri yang berkahwin dengan seseorang yang lain. Walau bagaimanapun dia

masih boleh memohon kepada mahkamah untuk mengubah kadar bayaran yang

diperintahkan itu mengikut kadar kemampuannya atau memohon ditamatkan atau

Page 97: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

88

dibatalkan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 81 Akta Membaharui

Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Bagi pembayaran nafkah kepada anak-anak pula, bapa tetap bertanggungjawab untuk

menyempurnakannya walaupun dia telah menukarkan agama kepada Islam. Seksyen

92 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

memperuntukan bahawa:

“Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah

memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang

ibu bapa menanggung atau memberi sumbangan terhadap nafkah anak-

anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan

seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat

tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang

munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya

atau dengan membayar kosnya.”

Seksyen 93 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

pula memperuntukan bahawa mahkamah bukan sahaja mempunyai kuasa untuk

memerintah pembayaran nafkah di buat oleh mana-mana lelaki iaitu bapa tetapi juga

boleh mengarahkan si ibu untuk berbuat demikian jika mahkamah berpuas hati dia

berkemampuan untuk melaksanakannya.

Hubungan bapa dan anak tidak akan terputus dengan pertukaran agama tersebut.

Pernyataan ini boleh disokong dengan keputusan mahkamah dalam kes Viswalingam

lwn Viswalingam [1980] 1 MLJ 10 di mana mahkamah telah memutuskan bahawa

Page 98: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

89

anak-anak hasil daripada perkahwinan bukan Islam mempunyai hak kepada nafkah

daripada bapa mereka yang telah memeluk Islam.

Kita dapat lihat bahawa Islam hanya mengakui bahawa suami perlu membayar nafkah

kepada isterinya yang beragama Islam sahaja. Jika peruntukan di dalam seksyen 59

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984

diamalkan dalam kes pertukaran agama, ia memberi maksud bahawa isteri yang tidak

memeluk Islam hanya mempunyai hak kepada nafkah dalam tempoh iddah iaitu lebih

kurang tiga bulan dari tempoh pengislaman suami jika dia tidak hamil dan sehingga

dia melahirkan bayi jika dia dalam keadaan hamil. Kedudukan ini akan bersalahan

dengan peruntukan yang terdapat di dalam undang-undang sivil yang mengkehendaki

pembayaran nafkah diteruskan sehingga berlakunya kematian, perkahwinan baru atau

perzinaan si isteri dengan orang lain. Mahkamah dalam kes Tan Sung Mooi lwn Too

Miew Kim [1994] 3 MLJ 117 telah memutuskan bahawa suami diperintahkan

membayar nafkah kepada isteri walaupun dia telah memeluk Islam.

Penyelidik bersetuju dengan cadangan yang telah dibuat oleh Dr.Najibah (2007)

dalam usaha mengelakkan konflik berterusan di antara pasangan yang berlainan

agama. Beliau telah mencadangkan bahawa frasa ‘kecuali jika sesuatu perintah

nafkah dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat...’ dalam

peruntukan seksyen 81 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan &

Perceraian) 1976 jika dibaca dengan kaedah literal boleh membenarkan mahkamah

mengarahkan pembayaran nafkah untuk jangkamasa tertentu sahaja.

Page 99: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

90

Oleh itu, untuk memastikan kedua-dua peruntukan dapat dilaksanakan dengan

mengambil kira bahawa Islam hanya membenarkan pembayaran nafkah dalam

tempoh iddah sahaja jika berlaku perceraian, suami yang memeluk Islam bolehlah

diarahkan untuk membayar dua bentuk nafkah. Pertamanya adalah nafkah dalam

tempoh iddah iaitu tiga bulan dari tempoh pengislaman suami dan keduanya membuat

‘bayaran tambahan’ kepada bekas isteri yang tidak memeluk Islam dalam tempoh

yang munasabah dan bergantung kepada keperluan dan keadaan pihak yang terlibat.

Bagi memudahkan penguatkuasan peruntukan yang melibatkan pasangan yang

berpisah kerana berlainan agama, beliau mencadangkan satu seksyen baru perlu

dimasukkan di antara seksyen 81 dan 82 Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan & Perceraian) 1976, sebagai contoh seksyen 82A dengan tajuk ‘Hak

kepada bayaran tambahan berikutan pengislaman mana-mana pihak.’ Peruntukan

yang sedia ada agak membebankan pihak suami yang memeluk Islam kerana dia perlu

membayar nafkah melebihi tempoh iddah kerana dia mungkin akan mendirikan

rumahtangga dengan pasangan baru. Walau bagaimanapun, arahan pembayaran

tambahan tidaklah bersalahan dengan hukum Syara’ kerana terdapat kes-kes yang

berlaku di mana pasangan yang tidak memeluk Islam yang pada asasnya hanya

bergantung kepada suami akan menghadapi masalah kewangan selepas berlakunya

perpisahan (Najibah, 2007).

Jika isteri yang memeluk Islam, suami yang tidak memeluk Islam hanya perlu

membayar nafkah dalam tempoh iddah sahaja dan selepas itu menjadi tanggungjawab

kerajaan untuk menanggungnya. Ini adalah berdasarkan prinsip bahawa perempuan

yang diceraikan akan pulang ke pangkuan keluarga yang pada asasnya tidak akan

Page 100: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

91

berlaku dalam kes penukaran agama. Oleh itu, kerajaan khususnya baitul-Mal adalah

orang yang perlu dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan saudara Islam

yang baru memeluk Islam.

4.4 Bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil

Kuasa kehakiman bagi Persekutuan telah diberikan kepada Mahkamah Tinggi yang

selaras bidangkuasa dan tarafnya di mana ia akan mahkamah-mahkamah ini akan

mempunyai bidangkuasa dan kusa sebagaimana yang diberikan oleh atau di bawah

undnag-undang Persekutuan. Bidangkuasa sivil mahkamah Tinggi telah

diperuntukkan di bawah Seksyen 24 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang antara

lainnya meliputi semua bidangkuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis

berkenaan dengan perceraian dan kekeluargaan, perlantikan dan kawalan kepada

penjaga kanak-kanak ke atas peribadi dan harta-harta mereka.

Seksyen 25(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukan bahawa;

“without prejudice to the generality of Article 121 of the Constitution

the high Court shall in the exercise of its jurisdiction have all the

powers which were vested in it immediately prior to Malaysia Day and

such powers as may be vested in it by any written law in force within

its local jurisdiction.”

Bidangkuasa Mahkamah Syariah pula telah diperuntukkan di dalam Senarai kedua

(Senarai Negeri) di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Senarai

Page 101: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

92

kedua ini telah menyenaraikan perkara-perkara di mana badan perundangan negeri

boleh membuat undang-undang. Ia berbunyi:

“Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi

orang yang menganut agama Islam, termasuk Hukum Syarak

berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat,

pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah,

pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian,

pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan ta’arif

serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama,

perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-

orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan,

amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya

sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu: Zakat Fitrah dan Bait-ul-

Mal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-

mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan

menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang

yag menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali

mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;

keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah

syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang

yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara

yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai

bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang

diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan

Page 102: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

93

iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama

Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan

adat istiadat Melayu.”

Levinton(1976) menyatakan bahawa situasi pertelingkahan telah mewujudkan ‘a

disturbing aura of insolubility’. Persoalan mengenai bidangkuasa ini telah menjadi

perdebatan oleh hakim-hakim berbangsa Inggeris semenjak awal pemerintahan British

di negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan juga Singapura. Isu-isu

pertelingkahan bidang kuasa telah dibincangkan seawal tahun 1841 dalam beberapa

kes seperti Sultan Omar Akumedan lwn Nakidah Mohamed Cassim (1841) 1 Ky 37,

Khu Poh lwn Wan Mat (1864) Leic 247, Lim Guan Teet lwn Tunku Akobe (1882) 1

Ky 539, Lim Chye Peow lwn Wee Boon Tek (1872) 1 Ky 236, Theng Khang Chu lwn

Tan Kim Hoe [1926] SSLR 1 dan sebagainya. RH Hickling dan Wun Min Aun(1995)

menyatakan bahawa pertelingkahan undang-undang di Malaysia biasanya berlaku

dalam undang-undang peribadi (personal law) khususnya undang-undang

kekeluargaan. Isu-isu berhubung dengan bangsa dan agama akan menjadi satu topik

utama dalam perbicaraan kes-kes kekeluargaan yang di bawa ke mahkamah.

Penceraian yang melibatkan pertukaran agama di Malaysia telah dilaporkan berlaku

seawal tahun 1940. Dalam kes Pendakwa Raya lwn DJ White alias Abdul Rahman

[1940] MLJ 214, perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat istiadat

perkahwinan yang hanya membenarkan monogami telah diisytiharkan tidak terbubar

walaupun salah seorang pasangan kepada perkahwinan tersebut menukar kepercayaan

kepada agama yang membenarkan amalan poligami. Kesan yang amat

mendukacitakan adalah suami iaitu pasangan yang menukar agama tersebut telah

Page 103: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

94

disabitkan dengan kesalahan bigami. Keputusan atau prinsip yang diputuskan dalam

kes ini, pada masa sekarang boleh kita lihat dalam peruntukan seksyen 51 Akta

Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Walau

bagaimanapun, seksyen tersebut tidak membincangkan hak pasangan yang memeluk

Islam untuk mendapatkan penceraian kerana mereka akan berada dalam keadaan yang

tidak menentu jika pasangan yang diberi kuasa menamatkan perkahwinan enggan

untuk bertindak dan memilih untuk tidak menggunakan peruntukan yang disediakan

kepada mereka.

Semenjak bertahun-tahun lamanya, hakim-hakim Malaysia telah berusaha untuk

menyelesaikan isu pertelingkahan bidangkuasa dengan menggunakan kemahiran dan

kepakaran mereka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti yang

berlaku dalam kes Re Maria Huberdina Hertogh; Aminah bte Mohamed lwn The

Consul General for the Netherlands [1950] MLJ 215; [1951] MLJ 164 dan juga kes

Re Susie Teoh [1986] 2 MLJ 228. Kedua-dua kes ini telah menyebabkan ketegangan

di antara kaum di Malaysia. Walau bagaimanapun keputusan-keputusan yang telah

dibuat telah menyebabkan undang-undang pertelingkahan di Malaysia tidak dapat

berkembang kerana Mahkamah telah membuat ketetapan mereka tiada kuasa untuk

menyelesaikan masalah tersebut dan menyerahkannya kepada pihak legislatif untuk

menyelesaikan perkara-perkara tersebut (R Hickling, 1995).

Sebagai kesannya, telah wujud pelbagai implikasi dalam kes penukaran agama atau

pemelukan Islam daripada satu agama lain. Implikasi ini timbul berpunca daripada

skim pembahagian kuasa perundangan dan kehakiman yag terdapat dalam

Perlembagan Persekutuan yang meletakkan agama Islam pada tempat yang cukup

Page 104: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

95

istimewa sebagai agama rasmi Persekutuan atau Malaysia. Pada masa yang sama,

peruntukan mengenai Hukum Syarak atau undang-undang syariah telah diletakkan

secara khusus dalam Perlembagaan di bawah bidangkuasa setiap negeri dan sebarang

pertikaian mengenainya hendaklah diselesaikan di bawah bidang kuasa Mahkamah

Syariah.

Ini adalah kerana kedua-dua mahkamah sivil dan Syariah adalah ciptaan statut, tetapi

ditadbir secara berasingan dan bebas dari pengaruh masing-masing. Perkara 121(1A)

Perlembagaan Persekutuan telah dengan jelas membezakan bidangkuasa Mahkamah

Syariah dengan bidangkuasa mahkamah sivil, dan dengan itu bersabit dari

pengasingan bidangkusa itu, mahkamah-mahkamah tersebut tidak boleh campur

tangan dengan bidangkuasa masing-masing. Maka itu, mahkamah sivil tidak boleh

diminta supaya menginjunksikan suatu perintah sah yang diberikan oleh sebuah

Mahkamah Syariah yang berkompeten (Subashini Rajasingam lwn Saravanan

Thangathoray & Other Appeals [2008] 2 CLJ 19).

Sebelum pindaan kepada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan di buat, banyak

aspek yang membenarkan Mahkamah Sivil menggunakan bidangkuasanya dalam kes-

kes tertentu walaupun ia melibatkan undang-undang personal dan keluarga Islam.

Sebagai contoh pada masa itu, dalam kes Nafsiah lwn Abdul Majid [1969] 2 MLJ 174,

kemungkiran perjanjian pertunangan dianggap pecah kontrak dan arahan pembayaran

gantirugi boleh dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi. Dalam kes Robert lwn Ummi

Kalthom [1966] 1 MLJ 163 pula, Mahkamah Tinggi berpendapat ia mempunyai

bidang kuasa dalam pembahagian harta sepencarian orang Islam kerana ia dianggap

sebagai sebahagian daripada adat orang-orang Melayu.

Page 105: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

96

Campurtangan dalam undang-undang Islam juga berlaku dalam proses penentuan hak

penjagaan anak-anak dalam kes In Re Maria Hertogh [1951] MLJ 64 dan juga

penentuan kesahtarafan anak pasangan Islam di mana Mahkamah Tinggi telah

menerima pakai seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dalam kes Ainan lwn Syed

Abubakar [1939] MLJ 219.

Dengan itu, pindaan kepada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pada tahun

1988 pada dasarnya telah memberikan garis pemisah yang jelas dan sekaligus

mengiktiraf bahawa Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai sebarang bidang kuasa ke

atas perkara yang berada di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Peruntukan ini

telah diterimapakai dan disokong oleh banyak kes-kes yang telah diputuskan oleh

mahkamah.

Sebagai contoh Hakim Besar, Hashim Yeop Sani dalam kes Dalip Kaur lwn Pegawai

Polis Daerah, Balai Polis Daerah, Bukit Mertajam & Anor [1991] 3 CLJ 2768 ;

[1991] 1 CLJ (Rep) 77 telah menyatakan bahawa klausa baru 1A , Perkara 121

Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa pada 10hb Jun 1988 telah mengambil

kembali semua bidang kuasa Mahkamah Tinggi pada perkara yang berada di bawah

bidangkuasa Mahkamah Syariah. Pernyataan ini juga telah disokong oleh Hakim

Besar Kanan Harun Hashim dalam penghakimannya ketika mendengar kes Mohamed

Habibullah bin Mahmood lwn Faridah Dato’ Talib [1992] 2 MLJ 793. Beliau telah

memutuskan bahawa pentadbiran semua perkara yang melibatkan perundangan Islam

adalah di bawah bidangkuasa eksklusif Mahkamah Syariah berdasarkan Perkara

121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Pindaan kepada Perkara 121 (1A) Perlembagaan

Persekutuan telah memberikan kesan yang positif terhadap kedudukan Undang-

Page 106: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

97

undang Islam di Malaysia kerana Mahkamah Sivil telah mula enggan untuk campur

tangan dalam perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah (Najibah,

2006).

Dalam kes Nedunchelian V Uthiradam lwn Nurshafiqah Mah Singai Annal & ors

[2005] 2 CLJ 306, Mahkamah Tinggi Johor Bharu telah memutuskan bahawa

Mahkamah Sivil tidak mempunyai sebarang bidang kuasa dalam perkara yang berada

di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Perkara 121 (1A)

Perlembagaan Persekutan dan juga kes-kes yang terdahulu. Hakim Besar Syed

Ahmad Helmy dalam penghakimannya menggunakan kaedah perkara atau ‘subject

matter’ dan menolak kaedah remedi dalam memutuskan sama ada perkara-perkara

yang dibawa ke mahkamah adalah dibawah bidang kuasa mahkamah sivil atau

mahkamah syariah.

Kaedah perkara atau ‘subject matter’ ini telah digunapakai oleh Mahkamah

Persekutuan dalam kes Soon Singh Bikar Singh lwn Pertubuhan Kebajikan Islam

Malaysia (Perkim) Kedah & Anor [1999] 2 CLJ 5 di mana telah diputuskan bahawa

persoalan pertukaran agama adalah perkara yang berada di dalam bidangkuasa

Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi telah dihalang untuk mendengar kes

tersebut oleh peruntukan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik, kebanyakan Mahkamah Sivil

telah secara konsistennya sejak awal tahun 90-an lagi telah menggunapakai kaedah

perkara ini dalam kes-kes yang mempunyai perkara yang melibatkan percanggahan

bidang kuasa di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Antara kes-kes yang

Page 107: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

98

menyokong penggunaan kaedah ini adalah seperti kes Abdul Shaik bin Md Ibrahim &

Anor lwn Hussein bin Ibrahim & 2 ors [1999] 3 CLJ 539; Kamariah bt Ali lwn

Kerajaan Negeri Kelantan, Malaysia dan yang Lain (dan 3 rayuan yang lain) [2002]

3 CLJ 766; Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai lwn Shaik

Zolkaffily bin Shaikh Natar & 2 Ors [2003] 3 CLJ 289; Majlis Agama Islam Negeri

Sembilan lwn Hun Mun Meng [1993] 1 CLJ 179; dan juga Md Hakim Lee lwn Majlis

Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [1997] 4 CLJ Supp 419.

Pada dasarnya, Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan telah diperkenalkan oleh

penggubal undang-undang untuk mengelakkan konflik bidangkuasa di antara

Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dan bukannya untuk menyekat kebebasan

kedua-duanya. Hakim Besar Syed Ahmad Helmy memberikan peringatan bahawa

mekanisme penyelesaian konflik bidangkuasa ini perlu dilihat daripada perspektif niat

sebenar penggubal undang-undang. Secara faktanya, walaupun orang bukan Islam

tidak boleh membuat sebarang permohonan ke Mahkamah Syariah tidak memberikan

alasan kukuh kepada mahkamah Tinggi untuk campur tangan dalam perkara tersebut.

Berdasarkan autoriti kes-kes yang telah diputuskan menunjukkan bahawa Mahkamah

Tinggi dalam kapasiti bidang kuasa sivilnya tidak mempunyai kuasa untuk mencabar,

mempersoalkan, meminda, menghalang dan membatalkan sebarang arahan atau

penghakiman yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah (Sukma Darwaman

Sasmitaat Madja lwn Ketua Pengarah Penjara Malaysia [1999] 1 CLJ 481).

Penyelidik berpendapat bahawa rasional asal penggubal undang-undang dalam

menyelesaikan masalah konflik bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah

Page 108: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

99

Syariah adalah usaha yang tidak perlu dipersoalkan atau diperkecilkan. Walau

bagaimanapun, isu sebenarnya yang menjadi masalah dalam kes yang melibatkan

pertukaran agama adalah wujudnya pengasingan kuasa yang terlalu jelas tentang

bidangkuasa kedua-dua mahkamah tanpa mengambil kira sekiranya berlaku keadaan

yang melibatkan pihak dua belah pihak yang berbeza fahaman dan agama pada

akhirnya telah menyebabkan ketidakadilan kepada pihak-pihak yang terlibat.

Keengganan Mahkamah Tinggi untuk mencampuri perkara-perkara yang menjadi hak

esklusif Mahkamah Syariah sebenarnya tidak memberikan penyelesaian kepada isu

pembubaran agama kerana pertukaran agama. Ini disebabkan Mahkamah Syariah

hanya mempunyai bidangkuasa jika kedua-dua pihak yang bertelagah adalah di

kalangan orang-orang Islam termasuklah Islam melalui pertukaran agama (Najibah,

2006).

Dengan melihat kepada kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, adalah

menjadi suatu kesukaran kepada pasangan yang baru memeluk Islam untuk

mendapatkan haknya bagi membubarkan perkahwinan yang didaftarkan ketika dia

masih lagi menjadi penganut agama lain. Tiada jalan yang boleh menyelesaikan

kemelut perkahwinan mereka kerana kedua-dua Mahkamah masing-masing

mengambil pendirian mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan

menyelesaikan permohonan pembubaran perkahwinan dalam kes yang melibatkan

penukaran agama salah seorang pasangan.

Isu pertukaran agama kepada Islam akan terus menjadi satu konflik yang tidak

berkesudahan kerana ketiadaan peruntukan yang jelas dalam Akta dan Enakmen

Page 109: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

100

negeri mengenai bidangkuasa mahkamah dalam kes yang melibatkan orang Islam dan

bukan Islam khususnya dalam kes penceraian atau pembubaran perkahwinan.

Walaupun keputusan kes-kes terdahulu seperti kes Soon Singh a/l Bikar Singh lwn

PERKIM Kedah & Anor [1999] 2 CLJ 5, Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Daerah

Bukit Mertajam [1992] 1 MLJ dan Kamariah Ali dll lwn Kerajaan Negeri Kelantan,

Malaysia dan Seorang Lagi [2002] 3 MLJ 657 jelas menunjukkan bahawa Mahkamah

Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan seseorang Islam yang murtad dan

mengisytiharkannya, tetapi tiada sebarang ketetapan dibuat untuk kes-kes yang

melibatkan pergolakan penganut agama yang berlainan. Perkara yang sama berlaku

dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain-lain

[2005] 4 CLJ 666.

Pada masa yang sama walaupun peruntukan dalam Enakmen Negeri telah

memperuntukan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk mengesahkan

pembubaran perkahwinan di antara pasangan yang menganut agama Islam, tetapi

Mahkamah Syariah tetap tidak boleh berbuat apa-apa perintah terhadap pihak yang

tidak memeluk Islam seperti perintah nafkah, mutaah, pembahagian harta sepencarian

atau hak penjagaan anak-anak. Ini adalah disebabkan Mahkamah Syariah tidak

mempunyai sebarang bidang kuasa terhadap orang bukan Islam (Hassan, 2007).

Dalam kes John Fairbairn alias Johan Fairbain Abdullah, Tun Abdul Hamid Omar,

Hakim Besar Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan suami yang telah

memeluk Islam dan memutuskan bahawa isterinya yang tidak memeluk Islam masih

berhak menuntut nafkah daripadanya.(Altaf, 1995)

Page 110: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

101

Konflik ini akan berterusan kerana pasangan yang bukan penganut Islam , tidak boleh

menjadi pihak yang sah dalam perbicaraan kerana dia tidak mempunyai locus di

dalam Mahkamah Syariah. Ini dapat dilihat dalam situasi walaupun pasangan yang

telah memeluk agama Islam boleh menjadi pihak (sebagai responden) dalam

permohonan pembubaran perkahwinan di Mahkamah Tinggi sivil namun sebaliknya,

pasangan bukan Islam tidak boleh menjadi pihak dalam prosiding di mahkamah

syariah kerana mahkamah syariah hanya mempunyai bidang kuasa dalam kes-kes

yang melibatkan pihak-pihak yang beragama Islam sahaja.

Di bawah seksyen 46 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah

Persekutuan) 1993, Mahkamah Tinggi Syariah tidak berbidangkuasa untuk

mendengar dan memutuskan tindakan yang berhubung dengan satu perkahwinan

bukan Islam. Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, yang tidak memberi

bidangkuasa kepada mahkamah sekular berhubung “mana-mana perkara yang berada

di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah”, tidak beroperasi untuk menidakkan

bidangkuasa kepada Mahkamah Tinggi terhadap perkara yang diberikan oleh seksyen

51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian)1976.

Seksyen 46(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)

1984 tidak membolehkan Mahkamah Syariah membubarkan satu perkahwinan bukan

Islam walaupun satu pihak dari perkahwinan itu telah memeluk Islam. Adalah jelas

dari perkataan seksyen ini bahawa seksyen tersebut adalah berlandaskan andaian

bahawa dalam Undang-undang Islam pemelukan Islam oleh seseorang, atas dasar itu

semata-mata, boleh atau akan membubarkan perkahwinan. Seksyen ini menghalang

andaian tersebut dari mendapat kesan undang-undang sehinggalah ianya disahkan

Page 111: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

102

oleh Mahkamah Syariah. Apa yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah di bawah

seksyen ini hanyalah mengesahkan bahawa pengislaman telah membubarkan

perkahwinan. Ia merupakan pengesahan tentang akibat terhadap perkahwinan ekoran

tindakan oleh satu pihak kepada perkahwinan, menurut Undang-undang Islam.

Mahkamah Syariah tidak berbuat apa-apa di bawah seksyen 46(2) Akta Undang-

undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 untuk membubarkan

perkahwinan. Ia hanya mengesahkan bahawa pembubaran telah berlaku disebabkan

oleh pengislaman. Seksyen ini tidak memberikan bidangkuasa kepada Mahkamah

Syariah untuk membubarkan satu perkahwinan bukan Islam.

Dalam isu penukaran agama , yang menjadi persoalan ialah berlakunya pertentangan

bidangkuasa di antara undang-undang sivil dan syariah disebabkan satu pihak telah

menjadi Islam manakala pihak yang satu lagi masih bukan Islam. Perkara 75

Perlembagaan Persekutuan telah menyebut dengan jelas bahawa jika berlaku

pertentangan di antara di antara undang-undang Persekutuan dan undang-undang

negeri, Perlembagaan Persekutuan akan mengatasi setakat mana ia bertentangan.

Justeru itu konflik antara bidangkuasa jika melibatkan pihak yang berlainan agama

akan terus berlanjutan jika tiada sebarang penyelesaian atau alternatif diperkenalkan

oleh badan legislatif. Penyelidik mengharapkan satu keputusan yang lebih baik dibuat

oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan sivil Subashini Rajasingam lwn

Saravanan Thangathoray & Other Appeals [2008] 2 CLJ 19. Walau bagaimanapun

persoalan tentang Mahkamah manakah yang akan mempunyai bidangkuasa eksklusif

untuk memberikan dekri perceraian terhadap perkahwinan sivil tersebut dan membuat

perintah-perintah lain berkaitan pembahagian aset perkahwinan, penafkahan isteri dan

Page 112: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

103

anak, penjagaan dan pemeliharaan anak dan semua hal perkara lain yang terbit

darinya di mana satu pihak kepada satu perkahwinan yang diupacarakan di bawah

Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, memeluk

Islam dan yang satu lagi tidak masih lagi tidak dapat diselesaikan secara muktamad.

Dalam kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray & Other Appeals

[2008] 2 CLJ 19, Hakim Mahkamah Persekutuan Nik Hashim Nik Ab. Rahman dalam

penghakimannya yang mewakili pihak majoriti telah menyatakan bahawa dengan

memeluk Islam, suami dan anak adalah tertakluk kepada undang-undang diri orang

Islam dan agama Islam, dan bukanlah menjadi satu kesalahan atau salah guna proses

jika penganut Islam tersebut mendapatkan remedi di Mahkamah Tinggi Syariah

disebabkan itu memang haknya. Tambah beliau lagi, tindakan mengesahkan

pembubaran suatu perkahwinan di bawah seksyen 46(2) Akta Undang-Undang

Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 bukan semata-mata satu tindakan

pentadbiran tetapi adalah satu prosiding kehakiman penuh di hadapan Mahkamah

Tinggi Syariah. Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan tetap menyatakan

bahawa perintah pembubaran perkahwinan sivil oleh Mahkamah Tinggi Syariah

akibat dari pengislaman tidak akan mempunyai kesan undang-undang di sisi

Mahkamah Tinggi selain dianggap sebagai keterangan mengenai pembubaran satu

perkahwinan di bawah Undang-undang Islam berdasarkan Hukum Syarak.

Page 113: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

104

BAB 5

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Daripada hasil kajian yang diperolehi, penyelidik telah mendapati bahawa masih

terdapat ruang yang boleh diperbaiki dalam isu pembubaran perkahwinan atas alasan

pertukaran agama.

Antara masalah-masalah yang masih menjadi isu adalah seperti berikut: Pertamanya,

status perkahwinan yang berbeza di antara undang-undang Islam dan Undang-undang

Sivil. Keduanya, kesukaran untuk menentukan hak penjagaan anak-anak kerana

ketiadaan peruntukan undang-undang yang jelas. Ketiga, isu konflik bidangkuasa

yang berterusan di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah kerana ketiadaan

peruntukan khusus jika berlaku kes yang melibatkan dua pihak yang berlainan agama.

Penyelidik mencadangkan perkara-perkara berikut untuk diambil perhatian dan

tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Pertamanya, pindaan undang-undang perlu di buat kepada beberapa peruntukan

undang-undang khususnya Seksyen 3, 51 Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Selepas membuat analisa kepada laporan parlimen yang membahaskan rang undang-

undang Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian), penyelidik telah mendapati

bahawa cadangan asal kepada seksyen 3(2) Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 adalah lebih relevan kepada isu pembubaran

Page 114: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

105

perkahwinan atas alasan penukaran agama. Ini kerana ia telah memberi peluang

kepada pihak yang memeluk Islam selepas perkahwinan bukan Islam untuk terus

menerimapakai mana-mana peruntukan dalam Akta tersebut bagi menyelesaikan

masalah mereka atau membubarkan perkahwinan mereka.

Peruntukan asal seksyen 3(2) dalam rang undang-undang Membaharui Undang-

undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 sebelum di drafkan semula adalah seperti

berikut:

”This Act shall not apply to any person who is married under Muslim

law; provided that any person, being originally a non Muslim to whom

the provisions of Section 5, 6, 7 and 8 of this Act apply, shall continue

notwithstanding the conversion of such person to Islam, to be subject

to all the provisions of this Act.”

Profesor Ahmad Ibrahim telah banyak membuat cadangan pindaan kepada seksyen

3(3) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 seperti

berikut:

“Akta ini tidak boleh dipakai bagi seseorang Islam atau bagi seseorang

yang berkahwin di bahwa Hukum Syarak dan tiada sesuatu perkahwinan

boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika salah seorang

dari pihak-pihak kepada perkahwinan ini menganut agama Islam; tetapi

tiada apa jua dalam seksyen ini boleh diertikan sebagai menghalang

sesuatu mahkamah yang dihadapnanya suatu petisyen perceraian telah

dibuat di bawah seksyen 51 daripada memberi dekri perceraian atas

petisyen daripada salah satu pihak kepada perkahwinan jika pihak yang

Page 115: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

106

satu lagi itu telah masuk Islam dan dekri itu adalah, walau apa pun

undang-undang bertulis yang lain berlawanan, sah terhadap pihak kepada

perkahwinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu.”

Penyelidik berpendapat bahawa cadangan daripada Allahyarham Professor Ahmad

Ibrahim pada 20 tahun dahulu perlu diberi pertimbangan serius oleh badan penggubal

undang-undang. Beliau yang telah lama mencadangkan agar pindaaan kepada seksyen

51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Pembubaran) 1976 dibuat

supaya Mahkamah Syariah dapat meluluskan permohonan pembubaran perkahwinan

ke atas pihak yang telah memeluk Islam tanpa perlu menunggu pembubaran oleh

pihak yang satu lagi di Mahkamah Tinggi Sivil.

Beliau juga ada mencadangkan pindaan kepada seksyen tersebut untuk membenarkan

pasangan yang memeluk agama Islam memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan

di Mahkamah Tinggi Sivil. Cadangan yang telah dibuat adalah untuk menggantikan

perkataan ‘pasangan yang tidak memeluk Islam’ kepada ‘mana-mana pasangan’ bagi

membolehkan kedua-dua pihak membuat petisyen pembubaran jika sesebuah

perkahwinan itu telah tidak dapat diteruskan lagi. Versi cadangan pindaan adalah

seperti berikut:

‘Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam, salah

satu pihak boleh mempetisyen untuk perceraian; dengan syarat tiada

sesuatu petisyen di bawah seksyen ini boleh diserahkan sebelum tamat

tempoh tiga bulan dari tempoh masuk Islam.’ (Ahmad Ibrahim,1993)

Page 116: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

107

Penyelidik bersetuju dan berpendapat pindaan ini boleh mengelakkan berlakunya

“deadlock” dalam perkahwinan jika pasangan bukan Islam tidak memfailkan petisyen

perceraian atau pembubaran perkahwinan. Cadangan ini bukan sahaja dapat

memberikan peluang dan keadilan kepada kedua-dua pihak yang bertelagah, tetapi

yang paling penting dapat menyelesaikan konflik bidang kuasa di antara Mahkamah

Sivil dan Mahkamah Syariah.

Professor Dato’ Dr. Zaleha Kamarudin pula ada menyatakan bahawa pindaan kepada

seksyen 51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 itu

amat penting kerana ia adalah kunci penyelesaian kepada masalah status perkahwinan

yang tergantung serta konflik lain yang timbul apabila salah seorang daripada

pasangan bukan Islam mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Penyelidik berpendapat bahawa terdapat dua penyebab utama mengapa pasangan

yang tidak mahu memeluk Islam tidak memfailkan petisyen pembubaran

perkahwinan. Pertamanya, mereka memang berniat untuk meneruskan perkahwinan

tersebut dan keduanya, mereka kurang pengetahuan tentang hak mereka jika pasangan

telah memeluk Islam. Dalam sesetengah keadaan pula mereka tidak menyedari

tentang pengislaman pasangan sehinggalah berlaku kematian.

Oleh itu, penyelidik berpendapat bahawa sudah tiba masanya satu peruntukan di buat

di Malaysia untuk mewajibkan pasangan yang menukar agama kepada Islam untuk

memberitahu pasangan bukan Islamnya tentang pengislamannya. Cadangan untuk

memberitahu ini bukanlah bermaksud memohon keizinan tetapi sebagai notis bahawa

Page 117: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

108

mereka tidak lagi boleh mengekalkan perkahwinan sedia ada atas sebab pengislaman

salah seorang daripada mereka.

Kedua, penyelidik mencadangakan bahawa pasangan yang memeluk Islam boleh cuba

memohon remedi daripada mahkamah melalui perintah injunksi. Perintah injunksi

bukan sahaja boleh digunakan untuk melarang atau menegah seseorang daripada

melakukan sesuatu tetapi boleh mengarah atau memaksa seseorang melakukan

sesuatu (Wan Azlan & Nik Ahmad Kamal, 2006).

Seperti yang telah dibincangkan, masalah utama dalam kes pembubaran perkahwinan

atas alasan pertukaran agama ialah, pihak yang diberi kuasa iaitu yang tidak memeluk

Islam tidak menggunakan haknya untuk membubarkan perkahwinan. Ini telah

menyebabkan pihak yang memeluk Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sekatan

yang dibuat oleh seksyen 51 dan 3 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan

dan Perceraian) 1976. Oleh itu, penyelidik ingin mencadangkan supaya pihak yang

telah memeluk Islam supaya membuat permohonan kepada mahkamah untuk

mengeluarkan perintah injuksi kepada pasangannya yang tidak memeluk Islam untuk

mempetisyenkan permohonan pembubaran perkahwinan.

Ketiga, menjadikan seksyen 51 sebagai salah satu fakta pecahbelah dibawah seksyen

54 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976. Fenomena

ini adalah suatu alternatif yang baik bagi membolehkan kedua-dua pasangan

memulakan petisyen pembubaran perkahwinan kerana penukaran agama adalah bukti

jelas akan berlakunya pecahbelah dalam hubungan perkahwinan mereka.

Page 118: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

109

Mahkamah mungkin boleh mengambil kira keputusan yang dibuat dalam kes Tey

Siew Choo lwn Teo Eng Huat [1996] 6 CLJ 308 yang melibatkan pasangan yang

beragama Buddha ketika mendirikan rumahtangga. Pasangan yang kemudiannya

memeluk Islam telah membuat permohonan untuk bercerai di bawah seksyen 54(1)(d)

Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atas alasan

perkahwinan mereka telah pecahbelah kerana beliau telah memeluk Islam. Hakim

dalam kes ini telah membenarkan permohonan tersebut dengan alasan seksyen 53

Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 menggunakan

perkataan ‘mana-mana pihak’.

Walaupun pada dasarnya, keputusan hakim dalam kes ini adalah bersalahan dengan

peruntukan undang-undang di bawah seksyen 3 Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan & Perceraian) 1976, namun usaha beliau untuk mencari keadilan

haruslah dipuji dan diharap membuka jalan kepada penyelesaian yang lebih baik bagi

kes-kes seumpama itu.

Keempat, memperincikan kaedah hak penjagaan anak dan hak nafkah dalam

peruntukan yang melibatkan pembubaran perkahwinan atas alasan penukaran agama

supaya tidak akan berlaku kezaliman terhadap anak-anak dengan memberikan

pertimbangan utama kepada kebajikan mereka. Tindakan ini akan memudahkan

mahkamah untuk menyelesaikan isu ini sebaik sahaja pembubaran perkahwinan atas

alasan penukaran agama disahkan.

Kelima, melantik panel hakim yang terdiri daripada Hakim Syarie dan Hakim Sivil

Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes yang melibatkan pihak yang berlainan

Page 119: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

110

agama. Penyelidik amat bersetuju dengan cadangan Professor Dr. Abdul Aziz Bari

(2005) di mana beliau berpendapat bahawa untuk membuat keputusan yang adil dan

selaras dengan perlembagaan para hakim mahkamah sivil perlu mengetahui prinsip-

prinsip Islam dan Syariah. Perkara ini tidak sepatutnya terbatas kepada hakim-hakim

yang beragama Islam sahaja malahan semua para hakim bukan Islam juga perlu

memahami Islam. Ini adalah kerana antara isi kandungan dalam sumpah jawatan

mereka, para hakim diminta mempertahankan perlembagaan dan ini termasuklah

mempertahankan prinsip Islam dan Syariah yang turut dikandung dalam

Perlembagaan Persekutuan.

Keenam, menetapkan satu mekanisme pembubaran perkahwinan yang mana perintah

pada hukum tertakluk kepada pendaftaran perkahwinan iaitu perkahwinan sivil di

Mahkamah Sivil dan bukannya di Mahkamah Syariah apabila satu pihak memeluk

Islam. Dr Syed Ali Tawfik al-Attas, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam dalam

satu sesi temubual telah menegaskan bahawa, jika kontrak perkahwinan yang

dimeterai adalah kontrak sivil, maka mekanisma untuk membubarkannya juga

perlulah dilakukan mengikut undang-undang sivil. Pasangan yang mendirikan

rumahtangga perlu diberi penerangan tentang hak dan tanggungjawab mereka

terhadap satu sama lain (News Strait Times, 31 Disember 2007). Penyelidik juga

menyambut baik usaha Jabatan Perdana Menteri yang telah mengadakan satu usaha

untuk mewujudkan majlis penasihat berhubung dengan pembubaran perkahwinan atas

sebab pertukaran agama salah seorang daripada pasangan yang terlibat (Berita Harian,

4 Mei 2006).

Page 120: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

111

Ketujuh, menambahkan frasa “Mahkamah Syariah” dalam definisi “court of

competent jurisdiction” di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan

dan Perceraian) 1976. Setelah meneliti kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah,

penyelidik telah mendapati satu keputusan Hakim dalam satu kes Singapura, Noor

Azizan bte Colony (alias Noor Azizan bte Mohamed Noor) lwn Tan Lip Chin (alias

Izak Tan) [2006] SGHC 121 boleh menjadi satu keputusan yang persuasif kepada

mahkamah-mahkamah tinggi di Malaysia . Dalam kes ini penghakiman yang telah

dibuat telah mengiktiraf Mahkamah Syariah sebagai salah satu “court of competent

jurisidiction” yang boleh mendengar dan membubarkan perkahwinan yang

didaftarkan dibawah undang-undang sivil iaitu Women’s Charter dan juga Undang-

undang Islam. Dengan ini secara alternatifnya, kerajaan boleh menggubal undang-

undang yang mengiktiraf pembubaran perkahwinan sivil oleh mahkamah syariah.

Kelapan, memulakan usaha penubuhan mahkamah keluarga untuk menyelesaikan

masalah keluarga yang terdiri daripada pasangan yang menganut agama yang

berlainan. Penubuhan mahkamah keluarga dengan sistem perundangan merangkumi

undang-undang Sivil dan Syariah perlu difikirkan sebagai suatu alternatif terbaik

terutama bagi kes yang gagal diselesaikan oleh Mahkamah Syariah atau Mahkamah

Sivil. Ia juga boleh menyelesaikan konflik bidang kuasa yang wujud akibat daripada

pindaan kepada Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Akhir kata penyelidik ingin memetik kata-kata daripada laporan yang telah

dikemukakan oleh Suruhanjaya undang-undang kepada Lord Canselor di England

yang telah diterbitkan dalam buku Field of Choice, untuk renungan bersama;

Page 121: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

112

“A good divorce law should seek, firstly to buttress rather than to

undermine the stability of marriage, and secondly when regrettably a

marriage has irretrievably broken down, to enable the empty legal

shell to be destroyed with the maximum fairness, and the minimum

bitterness, distress and humiliation.” (Ahmad Ibrahim, 1990)

Page 122: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

113

BIBLIOGRAFI

Buku

____________. (2002). Kamus Dewan Bahasa. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

A. Rahman I. Doi .(2003). Undang-undang Syariah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Terjemahan oleh Rohani Abdul Rahim.

Abdul Aziz Bari. (2005). Islam dan Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Intel

Multimedia and Publication

Abdul Monir.(1989). An Introduction to Malaysian Law. Bangi:Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Abu Bakar.Hak Hadhanah dan Pelaksanaannya. Bab dalam buku. Abdul

Monir Yaacob & Shamsiah Md Supi .(2006). Manual Undang-undang

Keluarga Islam.Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia

Abdullah Yusuf Ali.(1992). The Meaning of the Holy Qur’an. Brentwood, Marryland,

USA : Amana Corporation.

Ahmad Ibrahim.(1997). Family Law in Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law

Journal.

Ahmad Ibrahim.(2000). The Administration of Islamic Law in Malaysia. Kuala

Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia

Ahmad Mohamed Ibrahim, Ahilamed Joned.(1987). Malaysian Legal System. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahmad Mohamed Ibrahim. Pertukaran Agama Islam. Bab dalam buku . Abdul Munir

Yaakub dan Sarina Othman.(2000). Tinjauan kepada Perundangan Islam.

Kuala Lumpur. Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Ahmad Mohamed Ibrahim.(1994). Al-Ahkam - Islam Dalam Perlembagaan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Al-Imam Abi Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafei.(1994). Kitab al-Umm. Beirut:

Dar al-Kotob al-Ilmiyah

Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad. (t.t). Kifayah al-Akhyar, Singapura:

Sulaiman Marie

Al-Sheikh Shamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khatib al-Syarbini.(1994).

Mughni al-Muhtaj. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah

Al-Zuhaily, Wahbah.(1989). al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Dar al-Fikr: Damsyek

Anwarul Yaqin.(2007). Legal Research and Writing. Kuala Lumpur: Lexis Nexis

Bryan A Garner. (2007). Black’s Law Dictionary. 8th

edition. United State: Thomson

West

Chatterjee.(2000). Methods of Research in Law. 2nd

edn. Oxford. Oxford University

Press.

Farid Suffian Shuaib.(2003). Powers and Jurisdiction of the Syariah Courts in

Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.

Hamid Jusoh.(1991). The position of Islamic law in the Malaysian Constitution with

Special Reference to the Conversion case in Family Law .Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibn Hajar al-Askalani.(1999). Bulugh al-Maram min Jami’l al-Adil Lati al-Ahkam.

Kaherah: Darul Hadith.

Imam al-Nawawi. (tanpa tarikh) Minhaj at-Talibin. Damshiq: Dar al-Fikr

LB Curzon.(2006). Dictionary of Laws. 6th

edn .Kuala Lumpur: International Law

book Services. di hlm 265

Page 123: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

114

Levington. (1976). Choice of Law and Conflicts of Law, Sijthoff :Leiden

Mahamad Ariffin. Hak Penjagaan Anak (hadanah) Mengikut Undang-undang

Keluarga Islam. Bab dalam buku. Abdul Monir Yaacob & Shamsiah Md

Supi.(2006). Manual Undang-undang Keluarga Islam.Kuala Lumpur: Institut

Kefahaman Islam Malaysia

Mahdi Zahraa.(1998). Research Methods for Law Postgraduates Overseas Students.

Kuala Lumpur: Univision Press.

Mahmud Saedon Awang Othman.(1996).Institusi Pentadbiran Undang-undang &

Kehakiman Islam .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mimi Kamariah Majid. (1999). Family law in Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan

Law Journal.

Mustofa al-Khin et al.(2003). al-Fiqh al-Manhaji. Jilid 3 Cetakan 5, Dar al-Qalam:

Damsyik, Syria

Najibah Mohd Zin.Pertukaran Agama: Kesan Terhadap Status Perkahwinan dan

Tuntutan Relief Sampingan. Bab dalam buku. Abdul Monir Yaacob &

Shamsiah Md Supi.(2006). Manual Undang-undang Keluarga Islam.Kuala

Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Nik Noriani Nik Badlishah.(2003). Islamic Family Law and Justice for Muslim

Women. Petaling Jaya: Sisters in Islam.

Noor Aziah Mohd Awal. (2007). The Internal Conflicts in Family Law: 50 Years

After Independence of Malaysia. Bab dalam buku “Undang-undang Malaysia:

50 Tahun Merentasi Zaman. Selangor: Fakulti Undang-undang Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Noor Aziah Mohd Awal.(2006). Wanita dan Undang-undang. Kuala Lumpur:

International Law Book Services.

Nuraisyah Chua Abdullah. (2006). Family Law For Non-Muslims In Malaysia. Kuala

Lumpur: International Law Book Services.

Nuraisyah Chua Abdullah.(2004). Conversion to Islam: Effect on Status of Marriages

and Ancillary Reliefs. Petaling Jaya: International Law Book Services.

Raja Rahawani Raja Mamat.(1992). Kedudukan Undang-undang Islam dalam

Perlembagaan Malaysia suatu rujukan khas terhadap kes-kes konversi dalam

undang-undang keluarga. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka

diterjemahkan daripada Hamid Jusoh (1992) The position of Islamic Law in

Malaysian Constitution a special rerence to the conversion cases in family

law. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

RH Hickling, Wu Min Aun.(1995). Conflict of Laws in Malaysia. Butterworth Asia:

Kuala Lumpur.

Salleh Ismail.(2003).Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-undang

Keluarga Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Shamsuddin Suhor.(1994). Panduan ringkas Akta membaharui Undang-Undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Sheridan, L.A., Groves, H.E.(1979). The Constitution of Malaysia. Singapore :

Malayan Law Journal.

SM Creatney & JM Mason.(1997). Principle of Family Law 6th edn. London: Sweet

& Maxwell

Syed Sabiq (tanpa tarikh) Fiqh Sunnah. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.

Walker R.J .(1997). The English Legal System. 6th edition. London Butterworth.

Wan Azlan, Nik Ahmad Kamal.(2006). Adminsitarive Law in Malaysia. Petaling

Jaya: Thomson Sweet Maxwell Asia.

Page 124: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

115

Wu Min Aun.(2005). The Malaysian Legal System. 3rd

.ed. Petaling Jaya: Pearson

Zaleha Kamaruddin & Raihanah.(2006). Kamus Istilah Undang-undang keluarga.

Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn bhd

Zaleha Kamaruddin.(2005). Divorce Laws in Malaysia (Civil and Shariah). Kuala

Lumpur: Malayan Law Journal

Artikel

_______________. (2007, Disember,31). IKIM DG Sheds Light on Subashini Case: ‘

This has Nothing To Do With Religion. Dimuat turun pada 13 Januari 2008

daripada http://www.ikim.gov.my

_______________. “Clearing the ambiguity in religious conversions”. Telah dimuat

turun dari laman web http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/

SundayInterview/ 2231025/Article /index_html pada 1 Jun 2008

________________.Family Law Project Child Guardianship, custody and access,

Alberta Law Reform Institute Edmonton Alberta October 1998. Atas talian

http://www.law.ualberta.ca/alri/.

Abdul Hamid Hj Mohamad. Civil and Syariah Court in Malaysia: Conflict of

Jurisdiction [2002] 1 MLJ cxxx

Ahmad Ibrahim. ‘Marriages of Muslims with Non Muslims’ (1965) 1 MLJ XVI

Ahmad Ibrahim. The Need to Amend Section 51 of the Law Reform (Marriage and

Divorce) Act 1976. [1990] MLJ 1 lviii

Fadzlena Jafar.(2004).Seminar Kesan Pertukaran Agama Terhadap Perkahwinan dan

Isu-isu berkaitan Perspektif Undang-undang dan Hukum Syara’. Telah dimuat

turun dari laman web http://www.abim.org.my pada 30hb Mei 2007

Faiza Tamby Chik. Legal Effect of Conversion to Islam: A Experience from

Malaysian Court. Kertas Kerja yang tidak diterbitkan tetapi dibentangkan di

International Family Conference 2007 anjuran Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur pada 16 Januari 2007

Hassan Abd Rahman. Kesan Pertukaran Agama Menurut Perspektif Perundangan

Malaysia. Kertas Kerja yang tidak diterbitkan tetapi dibentangkan di Seminar

Pertukaran Agama dan Kesan dari Perspektif Syarak dan Perundangan di

Kolej Universiti Islam Selangor pada 15hb Julai 2006

Loh Foon Fong. (2006, Januari 16).Conversion Dispute. The Star Online. Diperolehi

pada Februari 2006 daripada http://thestar.com.my/

Loh Foon Fong.(2006, Januari 16). In a bind. The Star Online. Diperolehi pada

Februari 2006 daripada http://thestar.com.my/

M. Siraj. The Legal Effect of Conversion to Islam. [1965] MLR 95

M.Siraj. Liability for Bigamy of Convert to Islam_ Attorney-General of Ceylon v Reid

(1965) MLR 181

M.Siraj.(1990). Survey of Malaysian law. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.

Mohamed Azam Mohd Adil.(2006).Kesan dan Implikasi Pertukaran Agama dalam

Perundangan Malaysia. Telah dimuat turun daripada laman web

http://www.islamhadhari.net pada 30hb Mei 2007.

Mohamed Imam. Shariah/Civil courts’ jurisdiction in matters if Hukum Syara: A

persisting dictomy [1995] 1 CLJ ixxxi (Jan)

Muhammad Altaf Hussain Alhangar. Effect of change of religion on marriage and

maintainance obligation: judicial responses in Malaysia. [1995] 3 CLJ lxxvii

(Aug)

Page 125: PENUKARAN AGAMA KEPADA ISLAM : IMPLIKASI UNDANG …

116

Najibah Mohd Zin. (2005). How the best interest of the child is best served in Islamic

law with special reference to its application in the Malaysian Shariah Court.

Atas talian ; http://www.lawrights.asn.au/html/2005_papers.html

Najibah Mohd Zin. Harmonising the Conflicts in Family Related Disputes Upon

Conversions of One Spouse to Other Religion. Kertas Kerja yang tidak

diterbitkan tetapi dibentangkan di International Seminar on Syariah &

Common Law 2006 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia di Hotel Palace

of The Golden Horses, Kuala Lumpur pada 20-21 September 2006

Noor Aziah Haji Mohd Awal. Pertukaran agama: Hak penjagaan anak- isu dan

masalah [2004] 3 MLJ xxxiv

Noor Aziah Mohd Awal. Section 51 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976:

An Overview. [1999] IKIM Law Journal. Vol 3 . No 2 127

R.H Hickling. Effect on Marriage of a Conversion to Islam Viswalingam.S v

Viswalingam U (1979) MLR 374

S Jaffer Hussain.1993. Battle of Jurisdiction: Is it Settled? Malaysian Legal News.

Paper presented at the Public Lecture Series, International Islamic University

Malaysia on February, 2 1993

Salbiah Ahmad.(2005). "Islam in Malaysia: Constitutional and Human Rights

Perspectives," Muslim World Journal of Human Rights: Vol.2: Iss.1, Article 7.

Atas talian: http://www.bepress.com/mwjhr/vol2/iss1/art7

Keratan akhbar

Abdul Monir Yaacob.(2006, Januari 15). Isunya bukan Moorty saja. Mingguan

Malaysia.

Aniza Damis ( 2008, Mei 4) Clearing the ambiguity in religious conversions. News

Strait Times

Chow Kum Hor.(2006, Januari 20). Dealing with a touchy situation. New Straits

Times.

Fadzlena Jafar.(2004, Julai 21). Kesan Tukar Agama Terhadap Perkahwinan.Berita

Harian.

Kamilia Ibrahim. (2006, Januari 29). Luaskan skop kuasa syariah. Mingguan

Malaysia.

Noraini Abdul Razak. (2006, Januari 26). Daftar tukar agama .Utusan Malaysia

Zulkiflee Bakar, Hata Wahari.(2006, Januari 21). 121(1A) kekal-PM. Utusan

Malaysia.

Lain-lain

Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Agama Islam (2005). Diperolehi pada Jun 2006 daripada www.e-

fatwa.gov.my.

Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) Persidangan Dewan Rakyat, Parlimen Keempat,

Penggal Pertama pada hari Selasa 4hb November 1975. Telah dimuat turun

dari laman web http://www.parlimen.gov.my pada 1 Disember 2007