meningkatkan kemahiran menulis ayatkajian tindakan

Upload: ryoma-echizen

Post on 03-Jun-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    1/11

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT GRAMATIS MURID TAHUN 5 DALAM

    PENULISAN BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A) MENGGUNAKAN KAEDAH PELAN

    MAKLUMAT DAN KATA TANYA

    Oleh

    PANITIA BAHASA MELAYU

    SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT,16370 BACHOK KELANTAN

    AHLI JAWATANKUASA:

    FUZIAH BT ISMAIL

    SABARIAH BT AWANG AHMAD

    MAZNAH BT DERAHMAN

    GHAZALI B. LATIFF

    ABSTRAK

    Kajian tindakan ini adalah disasarkan kepada 20 orang murid Tahun 5 , Sekolah Kebangsaan

    Jelawat, Bachok bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam penulisan bahagian A menggunakan

    kaedah Pelan Maklumat Dan KataTanya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatihmurid-murid menulis ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik. Kaedah pengumpulan data yang

    digunakan dalam kajian ini adalah melalui markah 3 siri ujian dan latihan harian. Kajian ini mendapati

    bahawa ada peningkatan dalam pencapaian murid-murid dari segi pengskoran mereka. Selain itu, kajian

    ini juga menunjukkan bahawa ada perubahan yang positif dalam amalan pengajaran kami sebagai guru

    yang mengajar mata pelajaran ini berbanding pengajaran sebelum ini.

    LATAR BELAKANG KAJIAN

    Bahasa Melayu penulisan mengandungi 3 bahagian wajib dijawab oleh calon iaitu bahagian

    A,bahagian B dan bahagian C.Bahagian A dikenali sebagai item memindahkan maklumat. Calon

    dikehendaki memindahkan maklumat daripada bahan ransangan kepada maklumat berbentuk ayat.Ayat

    yang dibina haruslah gramatis iaitu betul struktur dan tatabahasanya. Sebarang bahan rangsangan

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    2/11

    berbentuk grafik seperti gambar tunggal,gambar bersiri,graf,carta,rajah,data dan peta boleh

    digunakan..Jawapan calon perlulah mengandungi perkara-perkara tersurat daripada gambar berkenaan.

    Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini selama 15 minit. Markah yang cemerlang antara

    8 hingga 10 markah dan calon perlulah menggunakan ayat yang gramatis iaitu mengikut prinsip-prinsip

    tatabahasa dan ayat pula haruslah menepati maklumat tersurat dalam bahan grafik .

    PERNYATAAN MASALAH.

    Kami mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun 5 pada tahun 2011 iaitu sebanyak 4

    kelas. Memandangkan pada tahun hadapan iaitu 2012, murid-murid ini akan menduduki Ujian

    Pencapaian Sekolah Rendah, pencapaian bagi subjek ini haruslah ditingkatkan.Faktor yang dikenal pasti

    mempengaruhi keputusan subjek ini ialah penguasaan kemahiran menulis ayat yang gramatis . Sebuah

    kelas tahun lima telah dipilih dalam kajian ini yang melibatkan seramai 25 orang murid. Berdasarkan

    keputusan peperiksaan Penulisan Bahasa Melayu pertengahan tahun 2011 yang lalu, kami dapati masih

    ramai murid kelas ini mendapat pengskoran pada tahap baik dan memuaskan seperti yang digambarkan

    pada Jadual 1.

    PENGSKORAN BIL PERATUS

    CEMERLANG

    (8 HINGGA 10 MARKAH) 5 20%

    BAIK

    (5 HINGGA 7 MARKAH) 18 72%

    MEMUASKAN

    (3 HINGGA 4 MARKAH) 2 8%

    PENCAPAIAN TAHAP MINIMUN

    ( 0 HINGGA 2 MARKAH) 0 0%

    Jadual 1: Analisis Pengskoran Bahagian A Penulisan Bahasa Melayu pertengahan tahun 2011.

    Berdasarkan Jadual 1, didapati 80% iaitu 20 daripada 25 orang murid kelas ini mendapat pengskoran

    pada tahap baik dan memuaskan. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat sebilangan besar murid kelas

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    3/11

    ini yang masih lagi sederhana pencapaian mereka dalam Penulisan bahagian A Bahasa Melayu. Kami

    telah memulakan tinjauan awal kajian ini pada awal bulan Julai 2011 yang lalu. Melalui maklumat awal

    ini, kami telah meneliti dan mengenal pasti kelemahan murid-murid ini melalui latihan harian mereka.

    Rajah 1 merupakan salah satu latihan penulisan seorang daripada murid berkenaan.

    RAJAH 1- CONTOH LATIHAN HARIAN MURID

    Latihan tersebut menunjukkan murid berkenaan masih lemah yang mana perkataan yang digunakan amat

    terhad dan kurang sesuai dengan bahan grafik.Pemilihan kosa kata juga kurang sesuai disampingkelemahan dalam menguasai sistem tanda baca dan ejaan.Murid ini gagal untuk membuat ayat yang

    gramatis dan sesuai dengan tahap kematangan pelajar tahun Lima.

    Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang sederhana. Pertama,

    murid-murid ini kekurangan perbendaharaan kata kerana kurang membuat rujukan dan bahan bacaan serta

    tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Kedua, kaedah pengajaran yang kami gunakan

    selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman mereka.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:

    i) Meningkatkan kemahiran murid membina ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik yang diberikan

    dengan menggunakan pelan maklumat.

    ii) Menggalakkan murid agar berkeyakinan dengan potensi diri dan kebolehan

    mereka.

    iii) Memperbaiki amalan pengajaran kami sebagai guru Penulisan Bahasa agar

    memberi kesan yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan

    Kaedah Kata Tanya.

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    4/11

    PERSOALAN KAJIAN

    Kami telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan-persoalan

    tersebut ialah:

    a) Mengapakah sebilangan besar murid kelas ini masih kurang mahir membina ayat yang gramatis

    menggunakan bahan grafik?

    b) Adakah kaedah yang digunakan sebelum ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman murid-murid

    berkenaan?

    c) Apakah kaedah lain yang patut digunakan untuk membantu mereka

    mengatasi masalah ini?

    KAEDAH PENGUMPULAN DATA

    Dalam kajian ini ,kami telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu melalui soalan ujian dan

    pemerhatian.Soalan Pra Ujian,ujian bulanan dan Pasca Ujian telah disediakan bagi mengukur kelemahan

    murid-murid ini. Selain itu, pemerhatian juga dilakukan oleh kami melalui latihan yang diberi di dalam

    kelas,aktiviti perbincangan yang diadakan serta tindakbalas mereka terhadap soaljawab semasa

    pengajaran dilaksanakan. Maklumat ini telah dianalisis dan hasilnya telah memberi gambaran yang jelas

    terhadap bilangan murid yang terlibat serta tahap pencapaian mereka. Berpandukan maklumat daripada

    tinjauan awal ini, kami telah meneliti buku latihan harian murid. Hasil daripada penelitian ini, kami telah

    memperolehi maklumat tentang kelemahan murid-murid ini. Seterusnya kami pun memulakan langkah

    untuk melaksanakan kajian ini pada 11.07.2011 (Isnin). Dalam pelaksanaan kajian ini, kami telah

    mengumpul data melalui 3 siri Ujian Penulisan Bahasa Melayu. Maklumat dalam bentuk markah telah

    dicatat dalam Borang Analisis Markah Latihan. Maklumat ini telah dianalisis dan keputusannya

    menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

    REKA BENTUK KAJIAN

    Kajian ini telah kami rancang bermula awal Julai 2011 sehingga penghujung bulan Oktober 2011. Kami

    telah mengenal pasti 20 orang murid untuk dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian ini. Kami

    melaksanakan pengajaran menggunakan Kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya. Kami

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    5/11

    memperuntukkan 2 waktu (60minit) pada setiap hari Ahad untuk melaksanakan pengajaran dan

    pembelajaran menggunakan kaedah ini. Kami menggunakan 1 waktu untuk perbincangan dan aktiviti

    pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1 waktu lagi untuk murid-murid membuat

    latihan membina ayat. Kami akan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah ini dengan

    mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam tempoh kajian ini.

    Kami telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran&pembelajaran menggunakan kaedah ini. Berikut

    adalah Rancangan Pelajaran yang kami sediakan untuk sesi pengajaran tersebut.

    Set Induksi : Baca arahan soalan dengan teliti sambil menggarisi klu

    soalan.Fahami kehendak sebenar soalan.

    ngkah 1 : Teliti bahan grafik dan catat sekurang-kurangnya lima maklumat

    yang tepat.Sekiranya grafik gambar,utamakan aktiviti yang dipaparkan.

    Langkah 2 : Bina pelan maklumat. Guru membimbing murid menggunakan teknik

    tarik dan tulis maklumat pada bahan grafik.

    Langkah 3 : Menggunakan kata tanya( siapa,bagaimana dan di mana)

    pada setiap maklumat yang diperolehi.

    Langkah 4 : Latihan membina dan menulis ayat yang gramatis berpandukan

    pelan maklumat.

    Penutup : Semak ejaan,tanda baca,imbuhan dan ayat supaya tiada kesalahan.

    Kami memulakan langkah pengajaran&pembelajaran dengan menyuruh murid membaca arahan dengan

    teliti sambil menggarisi klu soalan agar mereka memahami kehendak soalan samada menulis ayat

    berdasarkan aktiviti/situasi berdasarkan bahan grafik. Ini untuk menarik minat dan perhatian mereka.

    Seterusnya di dalam langkah pertama, murid hendaklah meneliti bahan grafik untuk memahami

    aktiviti/situasinya. Selepas itu, murid hendaklah menyenaraikan sekurang-kurannya lima maklumat yang

    tepat yang terdapat dalam gambar. Sekiranya grafik berkaitan gambar, murid-murid hendaklah

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    6/11

    mencatatkan lima kata kerja yang sesuai berdasarkan gambar. Sekiranya berkaitan data/jadual , murid-

    murid hendakah mencatatkan isi penting tentang grafik tersebut.

    Di dalam langkah kedua, kami menunjukkan cara untuk membina pelan maklumat dengan menggunakan

    teknik tarik dan tulis.Berdasarkan bahan grafik, murid-murid hendaklah membuat garisan pada gambar

    dan mencatatkan aktiviti yang dilakukan.Contoh penggunaan teknik tarik dan tulis seperti dalam Rajah 2

    RAJAH 2- TEKNIK TARIK DAN TULIS

    Seterusnya di dalam langkah ketiga, kami membimbing murid menggunakan kata tanya bagi setiap

    aktiviti yang ditulis.

    Contoh soalan : Siapakah yang membina istana pasir?Contoh jawapan murid : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan.

    Contoh soalan: Di manakah mereka membina istana pasir?

    Contoh jawapan murid : Mereka membina istana pasir di tepi pantai.

    Contoh soalan : Bagaimanakah mereka membina istana pasir?

    Contoh jawapan murid: Mereka membina istana pasir menggunakan pasir pantai.

    Untuk langkah yang terakhir, kami telah memberi latihan membina ayat kepada murid-murid. Semasa

    membuat latihan, kami memberi bimbingan secara individu. Kami membimbing dan melatih mereka

    membina ayat supaya gramatis dengan menggunakan kosa kata yang tepat. Setelah murid-murid selesai

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    7/11

    menulis ayat,mereka diarahkan supaya menyemak ayat masing-masing supaya tiada kesalahan

    ejaan,tanda baca sebagainya.

    Contoh ayat yang gramatis : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan sedang membina

    istana pasir di tepi pantai dengan menggunakan pasir pantai.

    Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini dari awal bulan

    Julai 2011 hingga penghujung bulan Oktober 2011, kami telah mengadakan 3 siri ujian. Ujian ini

    diadakan pada hujung setiap bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Tujuan ujian ini diadakan adalah

    untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian subjek kajian dalam Penulisan

    Bahasa Melayu.

    DAPATAN KAJIAN

    Kami telah mengumpul pengskoran daripada 3 siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah tersebut

    telah dicatat dalam Borang Analisis pengskoran seperti Jadual 2.

    BI L NAMA MURID JENIS UJIAN

    PRA UJIAN UJIAN BULAN

    SEPTEMBER

    PASCA

    UJIAN

    1 AHMAD IMRAN B. AB.RAHMAN 4 6 9

    2 AHMAD SYAKIR AIMAN B. SUDIN 6 7 10

    3 ALKAF AMIRULLAH B. ROZAIMIE 5 6 8

    4 IZZ AZRI B. ZAKI 4 6 8

    5 MUHAMAD FAHMI B. RUSLAN 6 7 9

    6 MUHAMAD IRFAN AIMAN B. AZMI 5 7 9

    7 MUHAMAD ZHAFAN B. MOHD ZAKI 7 8 10

    8 MUHAMMAD FAIZI B. MOHD ZIN 6 8 9

    9 MUHAMMAD FIKRI AIMAN B. NAZRI 5 7 9

    10 MUHAMMAD KAMIL B. MAZLAN 4 7 8

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    8/11

    11 MUHAMMAD MU'AZ B. RUSMAN 6 8 10

    12 MUHAMMAD MUSTAQIM B. RUSLAN 5 6 7

    13 MUHAMMAD SYAFIQ B. ABD GHANI 6 8 9

    14 MUHAMMAD ZUNNUR HAKIM 4 6 7

    15 TENGKU MUHAMMAD AIMAN 5 8 10

    16 TUAN MUHAMAD FAISAL B. ROSLI 6 8 9

    17 AISYAH AMANI BT. MOHAMMED 6 8 10

    18 HUSNA AHDA BT. RUSTAM 5 7 9

    19 MUKHLISAH BT. MUSTAFA 6 8 10

    20 NOR AINAA ALYA BT. MOHD NAWI 5 7 8

    JADUAL 2- ANALISIS PENGSKORAN BAHAGIAN A

    Berdasarkan analisis pengskoran dalam Jadual 2, didapati berlaku peningkatan markah bagi murid-murid

    kelas ini. Seramai 18 orang murid iaitu 90% murid telah mendapat pengskoran tahap cemerlang. Hanya 2

    orang sahaja lagi berada pada tahap baik iaitu sebanyak 10%. Secara keseluruhannya penggunaan kaedah

    ini amat brkesan kerana telah berlaku peningkatan yang positif dalam kalangan pengskoran murid-murid.

    Kami juga telah menemubual beberapa orang murid berhubung dengan kaedah yang digunakan dalam

    kajian ini dan keputusan ujian mereka. Berikut merupakan transkrip temubual tersebut.

    Cikgu : Husna, cikgu nampak keputusan pengskoran kamu bertambah baik setelahmenggunakan kaedah ini.

    Husna : Ya, cikgu. Setelah belajar menggunakan kaedah bina pelan maklumat dan

    penggunaan kata tanya saya lebih mahir membina ayat dalam bahagian ini.

    Cikgu : Bagaimana pula pendapat kamu, Ainaa?

    Aina : Saya telah memahami cara untuk membina ayat supaya lebih gramatis, cikgu.

    Cikgu : Hakim, cikgu perhatikan pengskoran kamu masih pada tahap baik berbanding rakan-

    rakan kamu yang telah mencapai tahap cemerlang. Adakah kamu faham kaedah yang cikgu

    gunakan ?

    Hakim : Faham ,cikgu. Tetapi saya tidak berminat untuk menulis ayat yang panjang-

    panjang.

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    9/11

    Cikgu : Kamu mesti berusaha bersungguh-sungguh Hakim. Pada tahun hadapan kamu akan

    menduduki UPSR dan bahagian ini wajib dijawab. Muaz, kamu minat kaedah yang

    cikgu gunakan?

    Muaz : Ya, cikgu. Saya ada idea untuk kembangkan ayat menggunakan kaedah ini.

    Temubual dengan empat orang murid ini mendedahkan sikap mereka terhadap penggunaan kaedah ini.

    Kami dapati penggunaan pelan maklumat dan kata tanya memudahkan mereka untuk mengembangkan

    idea supaya ayat yang ditulis menjadi gramatis. Tiga orang daripada murid yang ditemubual ini bersetuju

    bahawa penggunaan bina pelan maklumat dan kata tanya telah membantu mereka menulis ayat yang

    gramatis. Salah seorang daripada mereka yang ditemubual menunjukkan sikap malas yang menjadi punca

    kelemahannya menguasai kemahiran dalam mata pelajaran ini.

    REFLEKSI

    Pada awal kajian ini, kami dapati subjek kajian kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa

    perbincangan. Apabila disoal, mereka hanya memberi jawapan tidak tahu sahaja. Mereka kurang

    memberi tumpuan semasa kami memberi penerangan. Kami telah membuat teguran terhadap sikap

    mereka ini. Selepas beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka telah

    menunjukkan respon yang positif. Mereka telah berminat dalam aktiviti perbincangan. Kami sangat

    berpuas hati dengan sikap yang mereka tunjukkan itu serta peningkatan pencapaian mereka.

    Didapati penggunaan kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya dalam kajian ini ada memberi

    kesan yang positif terhahap pemahaman murid-murid . Kaedah ini dapat mempertingkatkan pengskoran

    mereka ke tahap yang lebih cemerlang lagi. Kami juga berpuas hati dengan hasil kajian ini kerana kaedah

    yang digunakan dalam amalan pengajaran kami telah menampakkan hasil yang memberansangkan

    berbanding dengan kaedah yang digunakan sebelum ini.

    Kami bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk menghuraikan isi-isi penting dalam

    Bahagian B. Pada persepsi kami, kaedah ini juga sesuai digunakan untuk menulis karangan. Kami juga

    akan terus menggunakan kaedah ini dalam Penulisan Bahasa Melayu kerana kaedah ini dapat

    memudahkan murid menguasai kemahiran untuk menghasilkan ayat yang baik.

    Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini didapati sebagai seorang guru, kita perlu

    mempelbagaikan kaedah pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan

    kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang murid kita berbeza dari berbagai segi. Kami berpuas

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    10/11

    hati dengan kajian ini kerana hasilnya telah memberi petanda yang baik untuk meneruskan lagi

    penyelidikan kami.

    KESIGNIFIKANAN KAJIAN

    Dapatan kajian ini telah meningkatkan lagi pencapaian murid-murid Tahun Lima dalam

    pengskoran bahagian A dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu .Kajian ini juga

    diharap dapat dikongsi bersama dengan ahli jawatankuasa Kajian Tindakan SK.Jelawat , guru-guru

    sekolah ini melalui aktiviti perkembangan staf serta guru-guru bahasa Melayu SK.Jelawat.

    ANGGARAN PERBELANJAAN

    PERKARA JUMLAH

    Bahan dan alat bantuan mengajar RM 200.00

    Percetakan 3 siri soalan ujian RM 150.00

    Percetakan modul pengajaran RM 100.00Jumlah Keseluruhan RM450.00

    JADUAL KERJA

    AKTIVITI TARIKH

    Penulisan Kertas Cadangan 30.6.2011

    Mesyuarat Perancangan Kajian Tindakan 3.7.2011

    Mesyuarat pembinaan soalan ujian 7.7.2011

    Pelaksanaan Pra Ujian 11.7.2011

    Analisis data Pra Ujian dan pemerhatian 26.7.2011

    Pelaksanaan ujian bulan September 28.9.2011

    Analisis data ujian bulan September dan pemerhatian 5.10.2011

  • 8/13/2019 Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayatkajian Tindakan

    11/11

    Pelaksanaan Pasca Ujian 31.10.2011

    Analisis Data Pasca Ujian 9.11.2011

    Refleksi dan penilaian 16.11.2011

    Penulisan Laporan Kajian 28.11.2011

    BIBLIOGRAFI

    Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan

    maktab perguruan.Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan

    praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah

    rendah.Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.

    Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9

    Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan JabatanPendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147.

    Haji Razali Yahya. (2010). Karangan Imperatif Tahun 4,5 dan 6. Serdang: Cemerlang Sdn. Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999).Buku Panduan Guru, Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Nor Aslina Mamat. (2007). Contoh Karangan Memindahkan Maklumat/Ulasan: PNI Neorun.

    Sdn. Bhd.