mengenal kraf tradisional wau

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan , rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan wau dengan mewarna. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan wau. Tahun : 1 Ceria Bidang : Mengenal Kraf Tradisional Aktiviti : Wau- Mewarna Tema : Alam benda Tajuk : Wau Masa : 60 minit Media : Alat : (Tiada) Bahan : lakaran wau pada kertas A4, krayon,atau pensel warna Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh wau, carta alir dan kad gambar duit satu ringgit. EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif TMK

Upload: mohd-akmal-mohd-din

Post on 01-Sep-2015

112 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

RPH PSV

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun : 1 Ceria

Bidang : Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti : Wau- Mewarna

Tema : Alam benda

Tajuk : Wau

Masa : 60 minit

Media : Alat : (Tiada) Bahan : lakaran wau pada kertas A4, krayon,atau pensel warna

Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh wau, carta alir dan kad gambar duit satu ringgit.

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif TMK

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan , rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan wau dengan mewarna. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan wau. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan wau. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Persepsi Estetik: Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni. 4.1.1 Unsur seni 4.1.1.1 Garisan melengkung 4.1.1.2 Rupa organik dan geometri 4.1.1.3 Jalinan tampak 4.1.1.4 Warna primer 4.1.2 Prinsip rekaan 4.1.2.1 Kontra warna 4.1.2.2 Imbangan simetri 4.2 Aplikasi Seni: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni. 4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni

4.2.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 4.2.2.1 Alat (tiada) 4.2.2.2 Bahan lakaran wau pada kertas A4 , krayon, dan bahan gantian

4.2.3 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya. 4.2.3.1 Teknik lukisan 4.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D. 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 4.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya 4.4 Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan. 4.4.2 Menceritakan karya seni sendiri secara lisan atau bertulis. 4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

LANGKAH PENGAJARAN/MASAPERKEMBANGAN ISI PELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Set Induksi(10 minit)PERSEPSI ESTETIK Guru menayangkan kad gambar duit satu ringgit Malaysia dihadapan kelas.

Guru bersoal jawab tentang apakah yang murid nampak pada kad gambar tersebut.

Guru memperkenalkan tajuk pengajaran .

Guru menyoal murid-murid tentang wau.1. Adakah murid pernah bermain wau?2. Dimana murid bermain wau tersebut dan dengan siapa murid bermain??

Guru menunjukkan contoh- contoh wau kepada murid.

Guru bertanyakan kepada murid tentang prinsip unsur seni yang terdapat pada wau.

Apakan bentuk yang terdapat pada wau tersebut?? Apakan warna yang digunakan? Adakah wau tersebut perlu seimbang untuk terbang tinggi? STRATEGI :Kontruktivisme

KAEDAH :Sumbang saran

TEKNIK :Soal jawab

BBM :1. Kad gambar duit satu ringgit.2. Contoh wau

(kad gambar)

(Contoh wau)

Langkah 1( 15 minit)

Langkah 2( 25 minit)

Penutup( 10 minit)Penilaian Hasil Pembelajaran :Apresiasi dan refleksi :

APLIKASI SENI Guru menerangkan jenis alat dan bahan yang hendak digunakan dalam mewarna wau? 1. Templat wau2. Pensil warna/ krayon

Guru menampal carta alir langkah-langkah sambil memberi penerangan dan demonstrasi.

Langkah 1: Mengedarkan lakaran wau. Memilih media dan warna yang digemarinya.

Langkah 2 Mewarna lakaran corak dengan pensel warna, pastel atau krayon.

Langkah 3 Membuat kemasan.

Guru mengedarkan templat wau kepada murid- murid.

EKSPRESI KREATIF

Murid mengeluarkan alat dan bahan yang telah dipesan iaitu pensil warna ataupun krayon. Murid mewarna templat wau yang telah diberikan oleh guru.mengikut kreativiti masing- masing.

APRESIASI SENI

Guru meminta beberapa murid untuk mempamerkan hasil kerja dan bercerita mengenainya.

Guru mempamerkan karya seni murid pada sudut seni.

Guru merumuskan mengenai tajuk pembelajran.STRATEGI :Konstruktivisme

PENDEKATAN :Laura H. Chapman

TEKNIK :Penerangan dan Demonstrasi

BBM :1.Carta alir2. templat wau

ILUTRASI:

STRATEGI :Kontruktivisme

KAEDAH :Projek

TEKNIK :Aktiviti inkuri individu

STRATEGI :Kontruktivisme

KAEDAH:Sumbang saran

TEKNIK :Bercerita dan Soal jawab