14 - universiti sains malaysiaeprints.usm.my/40467/1/usm_news_portal_-_minat_terhadap... · 2018....

4
5/21/2018 USM News Portal - MINAT TERHADAP WAU TERBANGKAN STAF USM KE ITALI https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali 1/4 USM KUBANG KERIAN, 14 Mac 2018 – Menghasilkan sebuah wau yang menarik dengan pelbagai motif hiasan bukan sesuatu yang mudah apatah lagi dalam kalangan orang muda. Namun ianya bukan khayalan bagi pemilik nama Muhd Azeimi Mohd Noor, 39, yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan, Dewan Bedah, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Lahir dari keluarga yang meminati warisan wau tradisional membolehkan beliau terlibat dengan permainan dan membuat wau seawal umur lima tahun. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... MINAT TERHADAP WAU TERBANGKAN STAF USM KE ITALI 14 MAR

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/21/2018 USM News Portal - MINAT TERHADAP WAU TERBANGKAN STAF USM KE ITALI

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali 1/4

    USM KUBANG KERIAN, 14 Mac 2018 – Menghasilkan sebuah wau yang menarik dengan pelbagai motifhiasan bukan sesuatu yang mudah apatah lagi dalam kalangan orang muda.

    Namun ianya bukan khayalan bagi pemilik nama Muhd Azeimi Mohd Noor, 39, yang bertugas sebagaiPembantu Perawatan Kesihatan, Dewan Bedah, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).

    Lahir dari keluarga yang meminati warisan wau tradisional membolehkan beliau terlibat denganpermainan dan membuat wau seawal umur lima tahun.

    (https://news.usm.my)

    Berita Mutakhir

    search...

    MINAT TERHADAP WAU TERBANGKAN STAF USM KEITALI14MAR

    https://news.usm.my/

  • 5/21/2018 USM News Portal - MINAT TERHADAP WAU TERBANGKAN STAF USM KE ITALI

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali 2/4

    Kekreatifan beliau dalam bidang tersebut berkembang selari dengan usia sehingga dijemput menyertai19th Festival del Vento di Spotorno, Itali pada 10 hingga 11 Mac 2018 yang lalu.

    Festival dua hari itu dianjurkan oleh 30 Kite Club dengan kerjasama CASA del TURISMO iaitu salah satubadan pelancongan di Itali.

    Menurut Azeimi, Malaysia dijemput khas untuk mengadakan demonstrasi pembuatan wau tradisionalserta menerbangkan wau moden bagi menarik pengunjung dan memeriahkan lagi festival yangdiadakan di tapak festival Muzium Layang-layang Aquiloni.

    “Saya membuat demonstrasi pembuatan wau tradisional bermula dengan meraut buluh untukmembuat rangka wau bulan bersaiz empat kaki, melukis ukiran sobek bertemakan pokok ‘morningglory’, proses menebuk dan menampal ukiran pada rangka sehinggalah memasukkan hiasan rambudan busur yang mengambil masa selama dua hari.

    Setelah siap, wau tersebut diterbangkan sebagai pertunjukan kepada para pengunjung dan diserahkankepada muzium wau Spotorno untuk pameran,” ujar beliau lagi semasa ditemubual melalui aplikasi‘Whatsapp’ kerana masih berada di Itali.

  • 5/21/2018 USM News Portal - MINAT TERHADAP WAU TERBANGKAN STAF USM KE ITALI

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali 3/4

    Selain Malaysia, beberapa negara lain yang turut serta adalah Jerman, Perancis, Austria, Turki dantuan rumah, Itali.

    Azeimi yang juga ahli persatuan Pelayang Negeri Kelantan telah menyertai Festival Layang-layangSedunia kali ke-23 di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor Bharu sebelum berangkat ke Spotorno,Itali.

    Wau yang juga dipanggil layang-layang di negeri pantai barat Semenanjung merupakan permainantradisional serta warisan masyarakat Melayu sejak turun-temurun. Permainan itu bermula sekitar kurunke-15 dimainkan oleh masyarakat Melayu sama ada rakyat biasa mahupun golongan istana untukmemenuhi masa lapang.

    Sejak berkurun lagi permainan wau sangat rapat dengan masyarakat Kelantan. Wau ini juga telahdiangkat untuk dijadikan sebagai salah satu tradisi negeri Kelantan. Antara wau yang terkenal ialahWau Bulan, Wau Kekek, Wau Puyuh, Wau Kebayak dan Jala Budi.

    Kini, wau dianggap simbol kehalusan seni budaya yang menjadi identiti rakyat negara ini meskipunterdiri daripada pelbagai latar belakang dan kepercayaan.

    Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Muhd Azeimi Mohd Noor

  • 5/21/2018 USM News Portal - MINAT TERHADAP WAU TERBANGKAN STAF USM KE ITALI

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali 4/4

    Share This

    Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

    Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

    Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

    Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

    Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

    http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali&title=USM%20News%20Portal%20-%20MINAT%20TERHADAP%20WAU%20TERBANGKAN%20STAF%20USM%20KE%20ITALIhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali&title=USM%20News%20Portal%20-%20MINAT%20TERHADAP%20WAU%20TERBANGKAN%20STAF%20USM%20KE%20ITALIhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali&title=USM%20News%20Portal%20-%20MINAT%20TERHADAP%20WAU%20TERBANGKAN%20STAF%20USM%20KE%20ITALIhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali&title=USM%20News%20Portal%20-%20MINAT%20TERHADAP%20WAU%20TERBANGKAN%20STAF%20USM%20KE%20ITALIhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20MINAT%20TERHADAP%20WAU%20TERBANGKAN%20STAF%20USM%20KE%20ITALI&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-italihttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali&title=USM%20News%20Portal%20-%20MINAT%20TERHADAP%20WAU%20TERBANGKAN%20STAF%20USM%20KE%20ITALIhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali&title=USM%20News%20Portal%20-%20MINAT%20TERHADAP%20WAU%20TERBANGKAN%20STAF%20USM%20KE%20ITALIhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-itali&title=USM%20News%20Portal%20-%20MINAT%20TERHADAP%20WAU%20TERBANGKAN%20STAF%20USM%20KE%20ITALImailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20MINAT%20TERHADAP%20WAU%20TERBANGKAN%20STAF%20USM%20KE%20ITALI&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5649-minat-terhadap-wau-terbangkan-staf-usm-ke-italimailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp