seni kraf tradisional- persamaan & perbezaan

16
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL) SOALAN: Pilih dua dari kraf tradisional berikut:kraf batik, tenunan, anyaman atau ukiran. Buat satu penilaian persamaan dan perbezaan di antara kraf tradisional yang telah anda pilih. Kajian penilaian anda hendaklah mencangkupi aspak-aspek berikut. Motif, Fungsi, Struktur atau susunan corak dan falsafah yang terkandung. Pengenalan Apabila kita bercakap tentang seni, ramai yang akan berfikir tentang seni muzik, seni lakonan, seni suara dan seni lukis. Ini adalah kerana bidang-bidang tersebut selalu didedahkan kepada masyarakat dan menjadi kebiasaan pada generasi muda dalam mengingati istilah seni. Kita lupa bahawa seni itu itu mempunyai pelbagai bidang atau cabang tertentu. Antara bidang seni yang biasa lupa pada generasi masyarakat kita ialah seni kraf tradisional, seni bina dan seni khat. Dalam bicara kita pada ruangan ini adalah Seni Kraf Tradisional iaitu batik, tenunan, anyaman atau ukiran. Penilaian kita hanya bertumpu kepada dua bidang sahaja iaitu Seni Batik dan Seni Ukiran. Sejarah perkembangan batik di negara kita menunjukkan batik dipelajari dari Jawa dan bermula dari Kota Bahru, Kelantan pada tahun 1914. Batik diperkenalkan melalui penerapan menggunakan blok kayu dan diikuti dengan penggunaan blok logam. Pada awalnya penghasilan batik adalah dalam bentuk sarang. Batik gulung atau batik ela 1

Upload: alju-suci

Post on 30-Jun-2015

10.539 views

Category:

Documents


44 download

DESCRIPTION

Perbezaan & Persamaan dr segi fungsi,falsafah,motif dan struktur Kraf Tradisional

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

SOALAN: Pilih dua dari kraf tradisional berikut:kraf batik, tenunan,

anyaman atau ukiran. Buat satu penilaian persamaan dan perbezaan

di antara kraf tradisional yang telah anda pilih. Kajian penilaian anda

hendaklah mencangkupi aspak-aspek berikut. Motif, Fungsi, Struktur

atau susunan corak dan falsafah yang terkandung.

Pengenalan

Apabila kita bercakap tentang seni, ramai yang akan berfikir tentang seni

muzik, seni lakonan, seni suara dan seni lukis. Ini adalah kerana bidang-bidang

tersebut selalu didedahkan kepada masyarakat dan menjadi kebiasaan pada generasi

muda dalam mengingati istilah seni. Kita lupa bahawa seni itu itu mempunyai

pelbagai bidang atau cabang tertentu. Antara bidang seni yang biasa lupa pada

generasi masyarakat kita ialah seni kraf tradisional, seni bina dan seni khat. Dalam

bicara kita pada ruangan ini adalah Seni Kraf Tradisional iaitu batik, tenunan,

anyaman atau ukiran. Penilaian kita hanya bertumpu kepada dua bidang sahaja iaitu

Seni Batik dan Seni Ukiran. Sejarah perkembangan batik di negara kita menunjukkan

batik dipelajari dari Jawa dan bermula dari Kota Bahru, Kelantan pada tahun 1914.

Batik diperkenalkan melalui penerapan menggunakan blok kayu dan diikuti dengan

penggunaan blok logam. Pada awalnya penghasilan batik adalah dalam bentuk sarang.

Batik gulung atau batik ela diperkenalkan bagi memperlihatkan ciptaan rupa bentuk

pada awal tahun 70-an. Di Malaysia dua jenis batik yang paling terkenal ialah batik

canting/lukis dan batik blok /terap. Ada satu lagi teknik iaitu batik skrin. Seni Ukiran

ada dua jenis yang terkenal iaitu ukiran kayu dan ukiran logam. Seni ukiran kayu

adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia

terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta

masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini

sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik

pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah

negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira

3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam

yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang

ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik

1

Page 2: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

Sarawak dan masyarakat Orang Asli. Sejarah Ukiran Kayu Melayu Tradisional

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di

Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah

Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun

dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa

terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja

Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan

menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama

memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-

istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu

paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri

Sembilan. Teknik dan Gaya.Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai

teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan

kemahiran pandai kayu. Dua teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu

ialah ( i ) tebuk terus ( ii ) tebuk timbul. Dalam kedua-dua cabang seni ini, ianya

mempunyai persamaan dan perbezaan tersendiri dari segi motif, fungsi, stuktur

susunan motif dan sebagainya. Dalam penerangan nanti akan dinyatakan secara

terperinci elemen-elemen tersebut dan juga contoh-contoh seni batik dan ukiran kayu.

Seni Ukiran logam bermula dari kepandaian menggunakan bahan logam di zaman

purba. Ini adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang tidak

boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang

diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan

hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis

alat-alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang

dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional,

peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan - barangan lain.

Motif

Apa itu motif dalam seni ? Motif adalah sesuatu yang hendak disampaikan

samada dalam bentuk corak atau rekacipta yang berilhamkan persekitaran suasana

alam serta mesej yang hendak disampaikan. Antara motif tersebut ialah manusia,

haiwan, tumbuhan dan alam yang lebih luas. Motif lain batik dipanggil Motif Organik

dan Motif Geometrik. Dalam bidang batik, corak dan rekaan pencipta banyak berkisar

2

Page 3: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

motif tumbuhan (flora). Ada juga batik menggunakan motif haiwan serta corak

abstrak bagi batik moden. Batik corak Malaysia lebih kepada alam flora dan fauna.

Ada motif gabungan dan motif isen. Ianya digunakan sebagai latar belakang kain

supaya menghasilakan corak yang lebih menarik. Antara batik Malaysia yang terkenal

dan digemari orang ramai ialah batik kain sutera . Batik kain sutera mempunyai nilai

kualiti bermutu tetapi mempunyai nilai kos yang tinggi. ( Rujuk Rajah A )

Rajah A

.

Motif Haiwan (Rama-rama)

Motif Abstrak

3

Motif Bunga

Page 4: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

Motif Ukiran pula juga mempunyai persamaan dengan motif batik. Rekaan dan

corak ukiran yang banyak terdapat di Malaysia ialah motif alam iaitu flora dan fauna.

Sekarang motif berunsurkan Islam seperti ayat al Quran juga terdapat pada ukiran

samada ukiran kayu atau logam. Diantara contoh motif ukiran ada dipaparkan di

bawah. (Rujuk Rajah B).

Rajah B

Motif Jawi (Kaligrafi) Motif Flora Timbul

Motif Bunga (Flora) Motif Manusia (3D)

Dalam motif samada batik dan ukiran, ianya mempunyai banyak persamaannya. motif

alam. (flora dan fauna), haiwan, abstrak , motif organik dan geometrik. Dalam batik,

motif manusia atau orang jarang kelihatan dan sukar untuk mencarinya. Tetapi dalam

seni ukiran motif manusia banyak terutamanya motif budaya, pahlawan dan adat.

Perbezaan bagi motif kedua-dua seni ini batik maupun ukiran tidaklah terlalu jauh. Ini

kerana unsur budaya alam melayu atau nusantara adalah sama. Sekarang unsur motif

4

Page 5: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

batik Malaysia melalui zaman perubahan selari dengan arus kemodenan. Unsur-uinsur

motif abstrak seperti batik 1 Malaysia mempunyai motif kenegaraan dan perpaduan.

Fungsi-fungsi

Apa itu fungsi ? Di zaman moden, perkembangan seni semakin tidak dapat

dipisahkan dari kehidupan manusia. Seni telah disedari kewujudannya. Sehingga

perkembangan manusia dalam menciptakan dan menggunakan seni semakin dapat

dirasakan. Pada perkembangan seterusnya, manusia telah menciptakan karya seni

yang berdaya saing dalam kehidupan mereka. Bahkan seni menduduki fungsi-fungsi

tertentu dalam kehidupan manusia. Fungsi seni terdapat dalam dua kategori utama

iaitu fungsi individual dan fungsi sosial. Kata lain bagi fungsi juga boleh disebutkan

tujuan kegunaannya. Dalam fungsi individual ianya lebih kepada keinginan dari segi

emosi, fizikal, ekspresi diri, estetik dan kerohanian manakala fungsi sosial pula ialah

lebih kepada kebudayaan bangsa/ karyawan, komunikasi, keagamaan dan pendidikan.

Dalam bidang kraf tradisional iaitu batik terdapat kedua-dua fungsi tersebut. Corak

batik tradisional banyak mempunyai fungsi sosial iaitu kebudayaan sesuatu bangsa.

Corak rekaan menunjukkan seni reka tradisional berunsurkan kebudayaan. Selain itu

fungsi keagamaan turut dicipta dalam agama kuno atau kebudayaan Hindu. Sejarah

batik Malaysia di ambil dari batik Jawa dan corak serta bentuk pada mulanya

menunjukkan fungsi sosial iaitu kebudayaan dan keagamaan. Fungsi kain batik juga

untuk kegunaan pakaian harian, pakaian untuk majlis tertentu, pakaian basahan seperti

kain sarung, kain lilit kepala dan kelubung wanita serta kain cenderamata,perhiasan

diri, kain penutup mayat dana kaian buaian bagi masyarakat melayu. Dalam zaman

reka batik sekarang, ianya telah berubah sejajar dengan peredaran zaman moden.

Fungsi lebih terarah kepada fungsi individual (individu). Banyak reka bentuk yang

dicipta berfungsi melambangkan ekspresi, fizikal atau bentuk, emosi dan estetik.

Rekaan batik bercorak sebegini memang menjadi pilihan orang ramai kerana

penggunaannya melambangkan keperibadian si pemakai. Sekarang kerajaan kita

menetapkan kakitangan kerajaan menggunakan baju batik sekali dalam seminggu dan

ini kita dapat lihat pelbagai corak rekaan batik Malaysia. Banyak corak dan rekaan

menunjukkan fungsi individu seperti estetika, keindahan dan ada juga yang fizikal

serta abstrak. Selera manusia yang pelbagai pada zaman ini menyebabkan elemen-

elemen keperibadian diri seperti fungsi estetika lebih menguasai rekaan selain

daripada jenis kain dan lebih-lebih lagi kain sutera. Rekaan bercorak abstrak juga

5

Page 6: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

melambangkan atau berfungsi sebagai luahan emosi. Era kemodenan telah

mempengaruhi rekaan corak batik.

Dalam kraf tradisional ukiran pula, mengandungi fungsi individu dan sosial.

Ukiran kayu dan ukiran logam banyak mengambarkan kebudayaan atau keagamaaan.

Fungsi kebudayaan dan keagamaan menjadi minat orang ramai kerana selain daripada

unik ianya menunjukkan keindahan yang tersendiri. Ukiran khat menunjukkan fungsi

keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman dahulu

mengpengaruhi pengukir-pengukir seni ini mengadaptasikannya pada ukiran seperti

pintu-pintu, dinding rumah, dan peralatan perabot serta hiasan dinding. Ukiran

berunsur 3 dimensi pula seperti manusia, haiwan dan tumbuhan juga banyak dibuat

berdasarkan fungsi kebudayaan. Ianya juga digunakan sebagai hiasan rumah, tempat-

tempat perhotelan dan sebagainya. Ukiran logam juga menunjukkan fungsi individu

seperti estetika, emosi, kebudayaan dan keagamaan. Biasa ukiran logam agak mahal

kerana proses pembuatannya sangat sukar serta menelan kos yang tinggi. Terdapat

empat jenis mengukir yang terkenal iaitu ukiran layang, ukiran bunga timbul, ukiran

tebuk tembus dan ukiran larik.

Struktur atau Susunan Motif Corak

Struktur atau susunan corak adalah cara pembuatan rekaan corak. Setiap

rekaan seni kraf tradisional mempunyai susunan yang tertentu bergantung kepada

bentuk reka cipta dan pembuatnya. Ada juga susunan mengikut kehendak pelanggan

yang menempah. Antara susunan bagi motif seni batik ialah berdiri, melintang,

selang-seli, serong, berjalur, menyeluruh, batu-bata dan tompok-tompok atau

bertabur-tabur. Lihat Rajah I

Rajah I ( Batik )

Susunan Berdiri Susunan Menyeluruh Susunan Selan -Seli

6

Page 7: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

Susunan Melintang Susunan Tompok-tompok Susunan Serong

Susunan struktur dan motif yang pelbagai bagi corak batik telah menambahkan nilai

estetika. Ini sekaligus menggalakkan persaingan perusahaan batik serta warna kontra

yang timbul menambahkan lagi kecantikannya. Walaupun teknik pembuatan batik

yang berlainan seperti canting, blok, skrin dan pelangi, susunan struktur tetap sama

Cuma masa penyiapan yang membezakannya.

Susunan corak motif ukiran pula mempunyai pelbagai teknik. Corak ukiran

kayu tradisional di panggil Awan Larat iaitu reka corak atau ragam hiasan

berdasarkan bentuk motif berikut. Berikut susunan corak motif ukiran:

Susunan Motif Fauna

Susunan motif Kosmos

7

Page 8: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

Susunan Motif Geometri Susunan Motif Flora

Falsafah

Apa itu falsafah ? Falsafah

menutamakan kebenaran yang umum dan

asas. Ia juga bermaksud berfikiran luas.

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih

belum mencapai kata sepakat mengenai

takrifan falsafah. Malah ada yang

mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini

adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah. Bagi rujukan umum,

di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:

“Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk

kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara

radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam

menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang

itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh

pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan

dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu

berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya

adalah karya falsafah”.

Persoalan falsafah ataupun masalah falsafah ialah topik yang dibincangkan dalam

bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai isi dalam falsafah. Persoalan falsafah

sentiasanya disifatkan sebagai soalan yang sangat rumit, dan ia memerlukan

pemikiran yang bersungguh-sungguh. Sesuatu soalan itu akan menjadi persoalan

falsafah apabila soalan itu tidak dapat diselasaikan melalui kaedah pengamatan

ataupun kaedah sains. Biasanya, persoalan falsafah akan melibatkan persoalan tentang

konsep, idealogi, dan juga perkara-perkara lain yang abstrak. Contoh persoalan

falsafah adalah seperti di bawah:

"Apakah kebenaran?"

8

Page 9: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

"Apakah Pemikiran?"

"Apakah ilmu pengetahuan?"

"Apakah cantik?"

"Apakah Kehidupan?"

Berbalik kepada Seni Kraf Tradisional Batik dan Ukiran, memang mengandungi

falsafah yang tertentu bagi pereka cipta atau pengkarya dalam bidang tersebut.

Menilai falsafah karya dari seni batik, pengkarya lebih dipengaruhi falsafah

kebudayaan dan alam sekitar. Apakah kebenarannya, pemikirannya, ilmu

pengetahuannya, kecantikkannya dan kehidupannya. Banyak unsur corak dan motif

yang direka mengambarkan falsafah kehidupan adat, budaya,keindahan dalam

kebenaran sesuatu kebudayaan bangsa. Contohnya batik pengaruh lama yang

bermaksud tersirat dan karya mengambarkan realiti tentang sesuatu budaya terutama

batik dari negara Indonesia.. Berpegang kepada falsafah sendiri, para pengkarya dan

pencipta luahkan melalui sudut pandangan tentang kecantikan dan ilham mereka.

Karya batik lama dan moden mempunyai falsafah yang sama Cuma bentuk saja

membezakan rekaan masing. Kalau seseorang itu berpegang kepada falasafah

kebudayaan maka corak dan hasil karyanya menjurus kepada unsur dan manakala

yang berpegang kepada unsur kehidupan, alam sekitar dan keagamaan maka rekaan

corak dan karya mengikut gaya unsur masing-masing. Falsafah seni kraf tradisional

amat luas. Para pencipta seni mempunyai falsafah yang berbeza terutamanya pada

zaman moden. Pada corak yang abstrak atau geometri, falsafah ia berlainan dan lebih

mengambarkan emosi atau khayalan.. Kraf karya batik jarang kita lihat pada corak

berunsurkan falsafah keagamaan. In kerana corak ayat-ayat jawi/Al-Quran atau khat

tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya mengikut ajaran agama Islam tetapi

wujud pada kraf seni ukiran sebagai hiasan kecantikan melalui ukirang pintu,

hiasan,dinding dan sebagainya. Hasil falsafah keagamaan itn adalah pengaruh

daripada temadun Islam yang wujud pada masa dahulu. Falsafah kecintaan terhadap

keindahan dilahirkan melalui corak alam fauna dan flora. Dalam seni ukiran, falsafah

keagamaan mudah didapati. selain karya kehidupan flora dan fauna terutamanya

corak flora banyak dibuat. Pengkarya-pengkarya adalah seorang yang mempunyai

pengetahuan serta bakat semulajadi bersama dengan falsafah yang dipegang oleh

mereka. Degan itu maka wujudlah corak-corak yang tinggi nilai estetikanya. Bagi

pengemar-pengemar seni ukiran ini, wang bukan menjadi masalah tetapi kerana minat

9

Page 10: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

dan nilai seni yang menjadi keutamaan. Pada masa sekarang golongan kaya akan cuba

mendapatkan karya-karya ukiran yang bermutu serta tinggi nilainya sebagai

melambangkan diri seseorang itu. Tetapi bagi tukang ukir maupun batik, kesenian dan

keindahan yang mereka rekakan berdasarkan falsafah masing-masing.

Kesimpulannya karya-karya ciptaan pengkarya mempunyai nilai-nilai serta

falsafah yang tersendiri. Keinginan dalam menghasilkan karya atau ciptaan baru di

Malaysia masih berterusan sejajar dengan era moden. Hasil kraf tradisional batik dan

seni ukir tidak akan lenyap selagi ada penyambungan nilai daripada rakyat.Tokoh-

tokoh seni ukir negara seperti Tengku Ibrahim B Tengku Wook, Hj Abd Rahman

Long, Ismail Muhammad, Zamari (Tembikar), Hj. Ibrahim Ismail (Tukang Perak) dan

tokoh seni batik iaitu Haji Yusuf B Hj Abdullah dan Wan Mahtar B. Wan Salleh akan

tetap diingat sepanjang zaman.

aljusuci2011- Rujukan Pelajar Seni

Rujukan:

1. Kreatif Cemerlang Pendidikan Seni Visual KBSM.SPM .Cemerlang Publication

Sdn. Bhd. Selangor.

2. http://members.fortunecity.com/senirupa/id30.htm

3. http://kemuningwarisan.blogspot.com/2010/02/motif-motif-seni-ukiran- melayu.html

4. http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html

5. http://malaysiana.pnm.my/04/0413ukir_logam.htm

10

Page 11: Seni Kraf Tradisional- Persamaan & Perbezaan

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

11