kraf tradisional nota ringkas

Click here to load reader

Upload: pei-sian

Post on 15-Apr-2017

772 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Topik 1 Bidang Kegiatan: Mengenal Kraf Tradisional 1.1 Latar Belakang Kraf Tradisional

Definisi Kraf TradisionalMakna krafbarangan yg dihasilkan dgn menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dgn atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha

Makna tradisionalMenurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Makna kraf tradisional= satu aktiviti yg memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi.= merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu.= Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya.= Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu.= Bahan yang digunakan tidak terhad.= Kebanyakan barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian.

1.2 Asal Usul Sejarah Kraf

= Setiap hasil kraf ini berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti:

(a) Alat untuk pertahanan diri(i) Keris (ii) Lembing

(b) Alat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan, dan membuatpertukangan.(i) Bubu (ii) Parang, sabit dan cangkul

(c) Alat untuk kegunaan harian(i) Tikar(ii) Tudung saji(iii) Pakaian

(d) Alat untuk upacara dan istiadat(i) Bekas Pembakar Kemenyan Gong

(e) Alat untuk rekreasi(i) Wau(ii) Gasing(iii) Congkak

(f) Alat Muzik untuk persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukkan(i) Seruling(ii) Rebab(iii) Nafiri(iv) Kompang

(g) Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid(i) Ukiran Kayu

(h) Pengangkutan air(i) Perahu(ii) kolek

(i) Alat perhiasan(i) Pakaian spt baju kebaya labuh, tengkolok, selendang dan lain2(ii) Dokoh - barang perhiasan spt dokoh, kalung, cucuk sanggul dan lain2

1.4 T ujuan Kraf Tradisional dipelajari

Kepentingan mempelajari kraf tradisional:

(a) Menanamkan sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan.(b) Menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional perlu dipelajari supaya tidak akan lupus di telan zaman.(c) Menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional mempunyai nilai estetik.(d) Merasa bangga dengan tradisi warisan Negara.

1.5 Kepentingan Mengenalkan Kraf Tradisional (a) Mempelajari teknik membuat produk:= tiap-tiap kraf mempunyai teknik yang tertentu dan tersendiri= berbeza antara satu dengan lain. Contohnya kraf tembikar= menggunakan pelbagai teknik tertentu seperti picitan, kepingan = lingkaran pada tanah liat untuk membentuk objek.

(b)Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam menghasilkan kraf yang berkaitan.= setiap kraf menggunakan bahan yang tertentu untuk menghasilkannya.Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau mengkuang untuk menghasilkan objek.

( c) Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional:= setiap kraf mempunyai motif yang berbeza pada ragam hias sesuatu objek. Contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.

Topik 2 Batik

4 Jenis Teknik Batik (i) Batik blok = yg menggunakan blok kayu yg kemudian digantikan dgn blok tembaga untuk menghasilkan corak. (ii) Batik skrin = yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker. (iii) Batik tulis atau canting= yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak. (iv) Batik pelangi= tanpa penggunaan lilin

2.3 Motif Batik Malaysia = terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran.= menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional dengan alam.

Jenis-jenis Motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik:

(a) Unsur Flora(b) Unsur Fauna(c) Unsur Geometri(d) Unsur Benda Buatan Manusia(e) Unsur Motif Isen

2.3.1 Susunan Reka Corak Motif (a) berdiri(b) berjalur(c) catur/dam(d) kisi-kisi(e) melintang(f) menyeluruh(g) serong(h) tompok-tompok (bertabur)(i) ulang bersilang(j) ulang batu bata

Motif pucuk rebung= sering diletakkan pada bahagian kepala kain. Susunan motif untuk bahagian badan kain lebih bebas, berbentuk bunga berpohon atau bunga tunggal boleh disusun untuk menghasilkan corak.

Motif parang rosak, pilin berganda atau banji sering = digunakan untuk susunan menyerong.

Motif pinggir awan, keluk berlingkar, keluk berbunga dan lengkungan separuh bulat= sering menyatukan bentuk dengan bahagian badan kain.

2.4 Jenis Teknik Penghasilan Batik(a) Teknik Batik Blok(b) Teknik Batik Tulis(c) Teknik Batik Skrin

(a) Teknik batik blok = Blok tembaga yang berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk menerap.= Pelbagai warna yang digunakan untuk membuat corak yang berlatarkan kain putih.= Biasanya tiga blok yang berbeza digunakan.= Setiap blok mempunyai sarang tertentu.= Sarang jenis ini meninggalkan garis serta titik yang halus dan kemas pada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna.= Corak dan motif yang lebih rumit dan sempurna juga dapat dihasilkan, (rujuk Rajah 2.6).

Alatan(i) Blok bunga atau sarang yang dibentuk khas dan di pateri mengikut rekaan corak;(ii) Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin dan pengadang;(iii) Kuali kawah untuk mencelup, merendam dan merebus kain;(iv) Meja menerap:~ Dilapisi span, kain guni atau kelopak batang pisang yang telah~ Diproses dan direndam dalam air garam selama 12 jam~ biasanya pokok pisang jenis kelat air, pisang Benggala atau pisang~ Rasa digunakan(v) Kain putih(vi) Bahan pewarna(vii) Debu soda(viii) Proses membuat batik blok

Proses Membuat Batik Blok1. Kain putih direbus untuk melembutkan dan menanggalkan kanji. Dijemur sehingga kering.2. Kain di bentang dengan rata di atas permukaan meja.3. Bahan campuran lilin damar dipanaskan dan permukaan blok dicelup ke dalam lilin cair itu.4. Lilin cair diterapkan pada permukaan kain mengikut susunan dan reka letak motif dengan teliti dan kemas.5. Kain yang telah siap diterap dengan lilin dicelup ke dalam bahan pewarna.6. Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulang kali dengan blok dan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan kain batik yang beraneka corak dan warna.7. Kain kemudian direbus dengan air yang dicampurkan dengan bahan debu soda.8. Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering.

(b) Teknik batik Tulis = mempunyai ciri mengikut kehendak semasa seperti warna eksklusif dan motif yang bebas = dapat disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan mengikut peredaran zaman= Ia juga mempunyai reka corak yang tersendiri.

Alatan(i) Kain putih atau kertas(ii) Canting(iii) Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, dammar (rosin) lemak binatang/minyak masak)(iv) Berus lembut(v) Serbuk pewarna jenis reactive-dye(vi) Sodium silicate (Pemati warna)(vii) Soda ash(viii) Pemidang kayu.

Proses membuat batik tulis1. Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) di kering dan diregang pada pemidang kayu.2. Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel (6D).3. Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana. Lilin (60%) + damar (40%) + sedikit minyak masak untuk melicinkan aliran lilin.4. Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut lakaran pensel di atas permukaan kain.5. Bahan pewarna disapu pada reka corak.6. Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam dengan sodium silikit dan dibiarkan selama 812 jam di tempat terlindung cahaya untuk mematikan warna.7. Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air lalu sehingga hilang kesan sodium silikit tersebut.8. Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit soda ash sehingga lilin tanggal.9. Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan.

(c) Teknik Batik Skrin = Telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan dan terus berkembang menjadi satu industri= Proses pembuatan menjimatkan masa, lebih ekonomi dan teknik yang digunakan lebih cepat daripada teknik membatik yang lain.

Alatan(i) Skrin(ii) Sekuji(iii) Meja mengecap(iv) Kelongsong stensil(v) Kain puti(vi) Bahan pewarna(vii) bahan lekar

Proses membuat batik skrin1. Reka corak dirancang, dilukis dan ditentukan skim warnanya pada kertas2. Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukan bilangan pemidang yang akan digunakan3. Kelongsong stensil yang diisi dengan bahan laker digunakan untuk melukis corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka corak4. Kain putih yang bersih diregang rata di atas meja5. Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi6. Bahan pewarna dituang pada bahagian hujung skrin7. Pewarna disapu dengan licin dan rata dengan cara menarik atau menolak sekuji8. Kain yang telah siap dicetak dijemur sehingga kering9. Proses pengewapan dilakukan pada kain supaya warnanya tidak luntur10. Kain kemudiannya direndam dan dibersihkan di dalam air suam yang bercampur bio-soft untuk menanggalkan lebihan bahan pewarna di samping melembutkan kain dan dijemur

Topik 3 Ukiran 3.1 Definisi =sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian. =ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool.

Dua faktor: (i) Keadaan alam semula jadi yg kaya dgn kayu yang digunakan sbg bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan.(ii) Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan. Kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran kayu. Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat,kemahiran pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.

3.2 Alat dan Media

4 jenis ukiran: (i) Layang= Ukiran ini dibuat pada papan. = Bahagian latar corak tidak ditebuk.= Silat dibuat hanya pada corak.

(ii) Tebukan tembus (timbul silap)= Ukiran jenis ini terbahagi pada 2 iaitu: (a) bersilat (b) tanpa silat

(iii) Timbul= Ukiran jenis ini dibuat pada papan.= Bahagian latar, corak ditebuk. = Corak ukiran lebih timbul dan bersilat jika dibandingkan ukiran layang.

(iv) Larik:= Ukiran ini dibuat pada batang kayu seperti tiang tangga

Berikut adalah peralatan yang digunakan:(i) Gergaji potong belah(ii) Alat perata permukaan kayu ketam perata ketam golek(iii) Pahat rata kuku(iv) Tukul kayu(v) Pisau wali atau pisau ukir(vi) Kikir pari(vii) Kikir(viii) Berus dan syelek(ix) CetarBerikut adalah bahan yang digunakan:(i) Kayu(ii) Pewarna (iii) Gam3.3 Proses dan Teknik Mengukir(a) Penyediaan kayu(i) Pilih papan yang sesuai. (ii) Potong mengikut ukiran yang dikehendaki. (iii) Ketamkan permukaan.

(b) Melukis corak di atas permukaan kayuTerdapat beberapa teknik melukis corak pada permukaan papan(i) Melukis terus pada permukaan papan.(ii) Tekap. (iii) Tampal kertas bercorak atas permukaan papan.

(c) Mengukir(i) Ukiran layang= Bahagian latar corak tidak ditebuk.= Silat dibuat hanya pada corak.

(iii) Ukiran bunga timbul: =Bahagian latar corak ditebuk.= Diukir menyerong pada corak untuk menimbulkan silat.

(iii) Ukiran tebuk tembus= Bahagian latar ditebuk tembus dan menyerong pada corak dan latar untuk menimbulkan silat.= Bahagian latar tembus menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat.

(iv) Ukiran larik= Diukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk.

(d) Menyilat= Menimbulkan bentuk pada corak.= Keindahan ukiran terletak pada jenis silat yang sesuai.= Gubahan silat-silat yang sesuai bagi menampakkan pergerakan dan menimbulkan bentuk.= Menyilat juga untuk menampakkan konsep tinggi dan rendah dalam kedudukan aras dan ruang yang terdapat pada corak.

3.4 Motif Ragam Hias

(a) Flora(i) Daun= bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain.

(ii) Bunga= cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting, kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung, matahari, cengkih dan lain-lain.

(b) Seni Khat(i) ayat-ayat Al-Quran

(c) Fauna(i) itik pulang petang

(d) Awan Larat(i) awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.

(e) KosmosMatahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit

(f) Geometri= Corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam rupa bentuk geometri.= Huruf-huruf Arab dan tulisan jawi juga digunakan.

.

3.5.1 Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Hias (Corak) Ukiran: Menggunakan Sabun

Topik 4 Tenunan 4.1 Definisi Tenunan Tenunan dihasilkan daripada jalinan benang lonseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang).

4.2.1 Jenis-jenis Tenunan (a) Tenunan Pahang(b) Tenunan songket (kain benang emas)(c) Tenunan Pua

(a) Tenunan Pahang= tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak mempunyai ragam hias. = Tenunan ini ditenun dengan menggunakan kek Siam. = Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas.

(b) Tenunan songket = Menggunakan kaedah tenunan Tabby iaitu tenunan asas, benang pakan dan satu benang loseng. = Tenunan ini sama seperti tenunan Pahang tetapi menggunakan benang emas atau perak Terdapat dua jenis songket: (i) Tekat 3 (ii) Tekat 5

7 Jenis Kain Tenunan (i) Kain bujang atau Samping (ii) Kain sarung tenunan corak berang (iii) Kain sarung (iv) Kain kampuh (v) Kain lepas (vi) Kain destar/Tanjak/Tengkolok (vii) Kain selendang

4.4 Proses Menghasilkan Songket

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan:(i) Benang(ii) Benang loseng (iii) Benang pakan (iv) Bahan pewarna

Berikut adalah alatan yang digunakan: (i) Kek (loom)/tumpoh/kek pua (ii) Anak geliging (iii) Lidi (iv) Belira (v) Torak, cubaan dan pelting (peleting) (vi) Pasong dan papan gulung

(a) Proses menenun songket = Benang dan bahan pewarna merupakan bahan asas = menggunakan alat seperti kek tumpoh atau kek injik kaki.= Benang diwarnakan dengan warna pencelup yang dipilih bagi menentukan reka corak permukaan sehelai kain.

(b) Persediaan sebelum menenun:(i) Menerai benang= Mencerai benang-benang dari tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan ruwing. = Benang-benang dililitkan kepada peleting buluh atau besi (bobbin) untuk digunakan sebagai benang atau loseng untuk proses menganing.

(ii) MenganingProses menyusun benang loseng dalam pemidang anian bagi mendapatkan panjang kain dan corak tanah kain.

(iii) Menggulung benang losing ke papan gulung= Benang yang telah siap proses menganing dipindahkan ke papan gulung melalui proses menggulung.= Benang yang telah siap digulung pada papan gulung digantung pada kayu pasung yang terletak di hujung kek.= Benang daripada papan gulung ini dinamakan benang loseng.

(iv) Menyapuk= Proses jentera menarik benang dari papan gulung untuk dimasukkan ke gigi jentera dengan menggunakan jarum di mana proses ini dinamakan proses menyapuh/menyapuk.

(v) Mengarat= Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses jalinan karat. = Benang loseng akan berada di dalam mata karat secara mata karat berselang seli pada baris barisan karat depan atau karat belakang.

(vi) Menenun=Proses menenun dikenali sebagai mengarat.= Ia dimulakan dengan benang loseng digerakkan turun naik silih berganti apabila jijak karat ditekan serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan atau sebaliknya bereulang-ulang kali.= Setiap kali torak dilancarkan, selembar benang akan ditenun.= Ia perlu diketatkan dengan asakan alat jentera.= Proses ini dibuat berulang kali sehinggalah helaian kain terbentuk.

(c) Proses menyungkit corak (i) Sebelum menyusun lidi atau bilah nibung, saiz reka bentuk motif perlu ditentukan dengan mengambil kira saiz gigi belalang. Saiz gigi belalang terdiri daripada songketan tekat tiga atau songketan lima.(ii) Setelah itu lidi atau bilah nibung dimasukkan ke celah benang loseng mengikut bacaaan geraf setiap corak. Proses ini juga dikenali sebagai menyolek. Ia bertujuan untuk menyediakan benang butang. Benang butang ini akan diangkat semasa proses menenun bagi menimbulkan corak songket.

(d) Motif songket(i) Motif berasaskan flora(ii) Motif berasaskan fauna(iii) Motif berasaskan geometri

4.5 Struktur Ragam Hias Songket

Kain songket mempunyai tiga bahagian:(a) Kepala kainmenggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam

(b) Badan kainMotifnya bebas

(c) Kaki kainSeperti juga kepala kain, bahagian ini dihiasi dengan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam, atau motif yang disusun secara berbaris (melintang) serta diapit oleh tali air secara berlapis.

4.6 Susunan Letak Motif Songket

(i) Susunan Bunga Penuh. (ii) Susunan Bunga Tabur. (iii) Susunan bercorak.4.6.1 Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Songket: Menggunakan Benang Kait/Tali Rafia

Topik 5 Anyaman 5.1 Definisi Anyaman = satu proses menjalin, atau menjaring-jaringkan atau menyilangkan helaian bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun buluh, rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu-ribu dengan menggunakan teknik menyilang-nyelikan helaian antara satu sama lain untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.= Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan lain-lain lagi yang dikeringkan= untuk rnencipta sesuatu alat keperluan harian seperti menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan tikar untuk alas tempat duduk.

Jenis-jenis Anyaman

5.2 Teknik Membuat Anyaman Mengkuang/Pandan

Berikut adalah alatan yang digunakan dalam menghasilkan anyaman (i) Parang(ii) Peyisip (iii) Pisau (iv) Palurus (v) Jangka (vi) Daun mengkuang/pandan

Proses Penyediaan Mengkuang/Pandan (i) Menetak Daun= Mengkuang atau pandan ditetakkan setelah daun matang.= Daun diambil dengan secara menetak di bahagian pangkal daun tersebut.

(ii) Melayur= Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningan.= Proses ini dilakukan bagi tujuan melambutkan daun dan tahan lebih lama. = Proses menjangka akan menjadi lebih mudah apabila daun tersebut menjadi lembut.

(iii) Menjangka= Daun dijangka dengan menggunakan alat penjangka.= Tujuan menjangka ialah untuk mendapat beberapa lembaran yang lebih kecil dan seragam.= Bagi pandan berduri seperti mengkuang, proses ini turut dapat membuang duri di tepi.

(iv) Menitik= Proses menitik mengkuang dilakukan oleh dua orang.= Seorang menitik dan seorang lagi memintal.= Ia dimulakan dari bahagian pangkal hingga ke bahagian hujung.= Anggaran helaian mengkuang semasa menitik ialah kira-kira secekak.

5.2.1 Teknik dan Proses Menganyam (a) Lagang(i) Juga dikenali sebagai proses menaja (ii) Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman (iii) Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. (iv) Setiap bilah daun berbventuk seperti huruf V di tengahnya, iaitu tempat anyaman bermula.

(b) Menganyam(i) Anyaman tengah:= Dilakukan di tengah atau badan sesuatu anyaman= daun diselang seli secara menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah. (ii) Mengepai=Proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai. (iii) Anyaman sudut= disebut juga sbg anyaman bucu= hanya dilakukan pada anyaman berbentuk arca atau tiga dimensi

c) Pepeh atau lepih(i) Juga dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman. (ii) Pepeh juga boleh dianyam secara berasingan, kemudian dijahit pada barang yang dikehendaki.

d) Sisip(i) Proses mengelakkan anyaman daripada terburai. (ii) Alat peyisip (biasanya diperbuat daripada buluh) digunakan. (iii) Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan

.(e) Kerat(i) Pisau kecil yang tajam digunakan dalam proses ini. (ii) Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong supaya hasil kelihatan lebih kemas dan menarik.

5.2.2 Teknik Membuat Bakul Rotan

Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerja-kerja pembuatan bakul dimulakan. Di antara bahan yang digunakan adalah seperti berikut: (a) Rotan pulor 2 mm digunakan untuk membentuk jalinan dipermukaan bakul (b) Rotan pulor 3 mm digunakan untuk dijadikan asas tiang atau rangka bakul (c) Rotan sega digunakan untuk pembentukan bingkai dan tangkai.

Berikut adalah alatan yang digunakan: (i) Gunting besi(ii) Ragum atau playar memotong (iii) Penyucuk ais (penyisip rotan) (iv) Penyembur air (melembutkan rotan) (v) Blow torch (mengemaskan permukaan hasilk anyaman) (vi) Pita pengukur (mengukur saiz anyaman) (vii) Penukul dan paku kecil (viii) Pelarut (meluruskan rotan) (ix) Pisau raut (x) Paku (xi) Lilin

5.3 Proses Menganyam Bakul

3 peringkat kerja (a) Tapak bakul(b) Badan bakul(c) Bingkai/Tangkai bakul.

5.3.1 Rotan direndam Rotan direndam terlebih dahulu di lama air untuk melembutkannya sebelum proses menganyam bakul bermula.

5.3.2 Cara-cara Menganyam Bakul(a) Tapak Bakul(i) Penyediaan tapak bakul bermula dengan potongan-potongan rotan berukiran 3 mm dan panjangnya dianggaran 3 kali daripada ketinggian ukiran bakul. (ii) Rotan berukiran 2 mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan ke salah satu bicu asas tapak tersebut(iii) Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah itu tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka yang berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik seperti mana yang telah dibuat sebelum ini, sehingga mencukupi ukuran tapak yang diperlukan. (iv) Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 90% untuk dijadikan bahan.

(b) Badan Bakul(i) Jalinan badan bakul dibentuk denganmenggunakan anyaman 2 serentak berpintal iaitu menngunakan 2 rotan untuk dijalinkan sekali. (ii) Ketika proses ini, pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 90% lurur tiang rangka. (iii) Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain.

(c) Bingkai Bakul(i) Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapat bingkai yang kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garis pusat bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan dengan paku kecil. (ii) Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga menutup bingkai bakul. (iii) Bagi tangkainya pula rotan yang telah dibentuk dan ukur, hujungnya diraut hingga nipis. (iv) Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi seperti mana yang dilakukan kepada bingkai tadi. (v) Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya. (vi) Bakul rotan yang telah siap akan dibuang bulu-bulu yang terdapat pada rotannya. Kebiasaannya api digunakan untuk membuangnya

Topik 6 Tembikar 6.1 Definisi Tembikar

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragambentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan tembikar yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanya kerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.

6.1.1 Sejarah

6.2 Jenis-jenis Tembikar

(a) Geluk Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air. Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif yang kecil dan ringkas.

(b) Buyung Pada asalnya buyung dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap. Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung mempunyai bahagian leher dan badan. Kebiasaannya permukaan buyung dibiarkan licin tanpa dihias. Saiznya besar dan bahagian badan atau perut berbentuk bulat penuh. (c) Jambangan Jambangan berfungsi sebagai tempat meletak bunga. Saiznya boleh mencapai sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m. bahagian badannya seperti labu yang ditinggikan menjadi seperti tempayan atau buyung berkaki. (d) Labu Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk berbentuk separti kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air. Corak hiasan labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri. Labu ini hanya dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak. (d) Bekas Perasapan/Bekas Bara Dalam kepercayaan magis, bekas ini digunakan untuk membakar kemiyan. Ia masih digunakan sehingga hari ini dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu.

6.2.1 Motif Ragam Hias

Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar. (a) Motif Geometri (i) Garisan bersilang - seli. (ii) Titik susun kisi-kisi (iii) Titik tahi alat (iv) Garis keluh (v) Garis berkotak

(vi) Garis tulang ikan (vii) Pucuk rebung (viii) Bentuk potong wajik (ix) Bentuk segi tiga (x) Bentuk bujur (xi) Balung kuku (xii) Rantai perak (xiii) Susur kelapa (xiv) Siku keluang(b) Motif Gayaan Organik (i) Sulur kakung (ii) Bunga cengkih (iii) Bunga pecah lapan (iv) Bunga kedudut (v) Bunga tanjung (vi) Bunga lawang (vii) Kelopak (viii) Sambas (ix) Tampuk manggis (x) Tapak pelanduk (xi) Belalang bercula

(c) Teknik Membentuk

Langkah 1 : PicitanLangkah 2 : LingkaranLangkah 3 : KepinganLangkah 4 : Lempar Kain

(d) Proses Membuat Tembikar Secara TradisionalBerikut adalah bahan-bahan yang digunakan. (i) Tanah liat (ii) Piring (iii) Pisau buluh (iv) Penepek berukir (v) Batu sungai (vi) Sekam padi (vii) Tanur pembakaran (viii) Damar (ix) Dawai pemotong. (x) Jarum

Berikut adalah proses menghasilkan tembikar: (i) Penyediaan tanah liatsawah padi.asing/organik yang tidak diperlukan seperti akar-akar kayu, daun, batu-batu kecil dan lain-lain.

4 TOPIK 6 TEMBIKAR(secukupnya 25% air 1:4) dan diperam semalaman.(ii) Proses menguli tanahyang terperangkaptiada gelembong udara dan bendasing.

(iii) Proses membentuk Membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan. Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap. Semasa membentuk, permukaan tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalam dan ditahan dengan tangan untuk menguatkan tembikar. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. Tapak atau kaki tembikar yang telah dibuat secara berasingan dicantumkan kepada bahagian badan tembikar yang telah siap dibuat semasa tanah liat tersebut dalam keadaan separuh kering. Sambung bahagian tengkuk dan muncung tembikar. Rata dan kemaskan bahagian muncung tembikar. Potong lebihan muncung tembikar untuk kemasan.

Tekan dan ratakan bentukan kepingan untuk dijadikan tapak. Membuat lingkaran tanah liat dengan kedua belah tangan di atas permukaan datar seperti meja. Guris bahagian tepi tapak dan bahagian lingkaran dengan jarum, sapu dengan lumpur tanah liat (slip) menggunakan berus. Cantumkan lingkaran dan tekan pada bahagian tapak. Ulang proses ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki. Ratakan bahagian sambungan pilihan dengan berus atau alatan memodel. (iii) Secara Kepingan Membuat templet daripada kadbod mengikut skala sebagai panduan. Buat kepingan tanah liat dengan penggelek setebal 2 kepingan kayu yang diletakkan di kiri kanan tanah liat. Letakkan templet di atas kepingan tanah liat dan potong. Potong bahagian tepi kepingan secara menyerong 45 darjah. Guris bahagian-bahagian tepi yang akan disambung dengan menggunakan jarum. Sapu/celup bahagian-bahagian hujung yang akan disambung dengan Lumpur tanah liat (slip). Sambungkan bahagian-bahagian kepingan yang telah disediakan sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki. Tekan bahagian sambungan di sebelah dalam supaya rata, kemudian tambahkan lingkaran kecil pada bahagian sambungan tersebut dan ratakan. Ratakan seluruh permukaan dengan menggunakan span basah. (vi) Proses Hiasan Ragamhias dibuat dengan menggunakan penepek berukir, sewaktu permukaan masih dalam keadaan lembut. (v) Proses melicinkan Kemudian dilicinkan dengan batu sungai tembikar yang telah siap dibiarkan kering sebelum dibakar.

(vi) Proses pembakaran tembikar yang telah kering dimasuk dan disusunkan dalam tanur untuk pembakaran. Pembakaran dilakukan sekurang-kurangnya 8 12 jam. Tetakkan tembikar di atas para dengan mengkhalakan mulutnya ke atas api untuk disalai selama lebih kurang 6 hingga 8 jam. Diangkan tembikar pada unggung api sehingga benar-benar kering dan keras.(vii) Proses mewarna Apabila tembikar itu telah masak, dalam keadaan yang masih panas ia dikeluarkan daripada tanur dan dimasukkan ke dalam sekam padi selama 10 minit sehingga menjadi hitam seakan-akan sepuh. Damar disapu di bahagian bawah tembikar untuk menghindarkan ketelapan

6.3 Aktiviti Latihan Pembelajaran

Topik 7 Tekat 7.1 Definisi

Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu. Ada juga yang menamakan seni ini sebagai seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tuji timbul) di kalangan pengusaha tekatan. Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Sama ada disulam, ditekat atau disuji, ragam hias hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempelur. Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatu perkataan lama yang bermaksud bertubi-tubi dan berturut-turut (melakukan sesuatu). Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan di salit dengan benang emas di atas lain atau baldu yang lazimnya berwarna tua. Bentuk tekatan menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul. Perbezaan antara warna keemasan pada corak dan warna tua kain atau baldu itu menghasilkan seni rupa yang menekankan keindahan tampak, bentuk dan dimensi dengan menggunakan dua warna. Warna kain atau baldu yang lazim digunakan ialah merah, biru dan hijau. Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat. Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan tampalan kertas perada di atas kain berwarna. Sungguhpun seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seni ini digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak yang digunakan untuk tekat berasaskan corak awan larat tan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada ukiran kayu. Antara motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daun keladi, daun bunga padi, daun peria dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga pecah lima, bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya. Terdapat juga motif baru yang dicipta seperti bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang.

7.1.1 Sejarah

7.2 Jenis-jenis Tekat

(a) Tekat timbul benang emas atau perak irasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakan sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benang emas atau perak. (b) Tekat gubah Mempulur tidak digunakan. Acu yang diperbuat daripada kertas yang ditebuk diletakkan di atas kain dasar sebagai panduan untuk melukis corak.

4 TOPIK 7 TEKAThitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benang untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kain dengan menggunakan benang sutera berwarna

sutera berwarna.dengan manik dan labuci yang ditaburkan pada ruang-ruang kosong atau yang tidak bertekat.(c) Tekat peradaditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusuri dengan empat lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian bawah kerawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin untuk mengindahkannya lagi.

7.3 Alatan Tekatan

(a) Pemidang kayu Terdapat dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki. Alat ini digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkan tekatan dengan menggunakan peregang, akan memudahkan bahagian tepi kain digunting.(b) Cuban dan benang emas Dalam proses tekat Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit benang emas. Cuban diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak atau tanduk berukir. Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalam bentuk palang.

(c) Irasan atau kain dasar Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kain baldu untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman. (d) Benang putih atau benang kapas Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur. Benang ini tidak kelihatan di permukaan kain kerana benang ini seolah menyambut benang emas dan mengetatkan atau mengemaskan tekatan. Jarum digunakan bagi mengait dan mendapatkan jarak tekatan yang rapat. (e) Mempelur Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertas tebal dan dipotong sehingga meninggalkan bentuk. Bentuk motif ini dilekatkan atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.

7.4 Proses Tekatan

Menyediakan mempelur berdasarkan motif pilihan kajian daripada sumber alam dengan melukis dan memotong kad tebal. Mempulur bukan hanya sebagai rangka reka corak tetapi juga berperanan untuk mengukuhkan dan juga menimbulkan bentuk ragam hias, agar kelihatan menonjol keluar daripada latar (kain dasar). Pemidang terbahagi kepada dua, iaitu yang berkaki dan tanpa kaki. Tujuan pemidang adalah untuk memegang dan meregang kain putih yang turut menjadi pinggir kain tekatan bila kain baldu diletakkan di atasnya. Kain baldu seterusnya akan disembat kasar supaya lekat pada kain putih yang diregang. Sebelum proses menyulam atau menekat dilakukan mempulur diletakkan di atas kain dasar. Kain dasar biasanya terdiri daripada kain baldu yang berwarna gelap seperti merah hati, biru tua, hijau tua atau ungu gelap. Pilihan warna ini adalah untuk menjadikan warna pada hasil tekatan yang berwarna emas atau perak nampak jelas dan bercahaya. Untuk menambah kilauannya, kadangkala labuci digunakan. Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi bahagian batang mempulur. Kemudian benang emas tersebut akan ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Benang putih harus melalui bahagian bawah mempulur tanpa memperlihatkan kesan jahitan benang pada permukaan mempulur. Tiap kali merentas, benang-benang emas harus disusun rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan. Dengan cara ini, sulaman benang emas akan lebih teratur dan kemas. Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup dengan sulaman. Bahagian penyambung biasanya ditutup dengan labuci atau manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak memerlukan bahagian itu ditutup.

Topik 8 Wau (Layang-layang) 8.1 Definisi

Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi.Wau merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas,gentian atau kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala, bersayap,berekor dan bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angin. Wau yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama dikenali juga dengan nama layang-layang di johor, Negeri sembilan dan Selangor.

8.1.1 Istilah Layang-layang di Malaysia

Secara umumnya, layang-layang terbahagi kepada empat: (a) Layang-layang laga (b) (c) Layang-layang anak Layang-layang hiasan (d) Layang-layang atau wau 8.2 Wau

Di Malaysia terdapat satu istilah bagi layang-layang iaitu wau. Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Terdapat beberapa teori tentang asalnya perkataan wau. Menurut Wayne Hosking dalam kites of Malaysia perkataan wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan Wouw. Ianya merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa dijumpai di Asia tenggara. Pandangan ini bercanggah dengan pendapat orang tua-tua di Kedah. Menurut mereka perkataan wau berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang dipanggil sebagai wau. Fakta terbaharu yang dijumpai, menyatakan bahawa perkataan wau wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busar yang tedapat pada wau. Apabila wau dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur itu menghasilakan bunya wau, wau, wau secara irama. (a) Ciri-ciri utama wau Mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor.

(b) (b) Jenis-jenis wau. Wau bulan Wau Jala Budi Wau Kucing Rajah 8.1: Jenis-jenis wau Wau daun atau barat

(c) Jenis kegunaan wau Berikut adalah jenis kegunaan wau: (i) Wau yang dibuat untuk dijayangkan di udara. (ii) Wau yang dibuat untuk mempertandingkan keindahan hiasannya. (iii) Wau yang dibuat untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancung

(d) Wau dimensi baru Pada mulanya wau dicipta untuk terbang di angkasa sehingga menjadi permainan yang sangat digemari orang, terutamanya pendudukan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Kini, wau telah terkeluar dari tujuan asalnya. Wau dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk, corak serta warna yang begitu mengagumkan. Wau hiasan mempunyai pasaran yang baik di dalam dan juga di luar negeri, serta telah menjadi satu identiti istimewa negara. Wau dengan pelbagai saiz dan corak sering diletakkan sebagai hiasan di dinding ruang tetamu, restoran, rma, hotel, pejabat, rumah dan tempat-tempat lain.

(e) (f) Corak hiasan wau (i) Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat dengan awan larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan. (ii) Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat. (iii) Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir (Tebuk). Tidak sekali-kali dilukis dengan mrenggunakan berus dan semburan warna. (iv) Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna. (v) Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau. Jenis-Jenis Motif (i) Bunga matahari (ii) Daun ketumbit (iii) Ketamguri. (iv) Pucuk rebung (v) Itik pulang petang (vi) Badak mudik

8.3 Proses Membuat Wau

(a) Alatan dan bahan yang digunakan: (i) Alat Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting (ii) Bahan Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertas minyak atau kertas warna, gam dan benang

(b) Langkah-langkah untuk membuat wau: (i) Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut. (ii) Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau. (iii) Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita. (iv) Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut. (v) Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan larat. (vi) Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis. (vii) Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas warna. (viii) Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau.

Topik 9 Gasing 9.1 Definisi

Gasing sudah popular sejak zaman kesultanan Melaka. Musim bagi petandingan gasing ialah selepas musim menuai atau musim buah-buahan. Bentuk gasing, cara pembuatan dan peraturan permainannya berbeza di antara negeri di pantai timur dengan negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia. Gasing merupakan permainan tradisional yang terkenal di kalangan penduduk kampung di Malaysia terutama sekali di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Gasing hanya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja. Sebiji gasing berbentuk seperti piring dan beratnya boleh mencapai sehingga 5.5 kilogram. Untuk memusingkan gasing memerlukan ketangkasan dan kecekapan seorang pemain. Ketika gasing sedang berpusing, ia akan diceduk dengan menggunakan sebatang kayu pendayung yang kecil ke sebuah bekas besi yang tedapat pada penghujung sebatang tiang kayu. Gasing yang baik terus berpusing lebih daripada 2 jam. Menurut kepercayaan gasing boleh berpusing melebihi 24 jam sekiranya ia diserapi oleh banyak semangat. Gasing yang bermutu diperbuat daripada kayu jenis keras yang banyak terdapat di Kelantan dan Trengganau. Kayu ini mengambil masa berminggu untuk dikeringkan. Kayu ini kemudiannya akan dibentuk kapada bentuk sebiji piring. Untuk memperkukuhkan lagi gasing, satu lingkaran besi akan dipasang pada bibir gasing. Sebiji gasing akan mengambil masa 4 hingga 8 minggu untuk disiapkan

9.1.1 Jenis-jenis Gasing

(i) Gasing Pahang (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Gasing Pari Gasing Paying Gasing Puyuh Gasing Loceng Gasing Berembang Gasing Botol (viii) Gasing Bugis (ix) Gasing Bunut (x) (xi) Gasing Cina Gasing Denak(xii) Gasing Jantung (xiii) Gasing Kanak-kanak Johor (xiv) Gasing Leper Kelantan (xv) Gasing Loceng (xvi) Gasing Merlimau (xvii) Gasing Paku

9.1.2 Bahagian-bahagian Tubuh Gasing

(a) PaksiBahagian gasing berupa logam yang dipasakkan pada patak untuk meligatkan gasing dan juga berfungsi sebagai sangga tuas

(b) PatakBahagian di antara tubuh dengan paksi gasing

(c) LabuBahagian antara bahu dengan patak untuk lilitan gasing

(d) KepalaBahagian atas tubuh gasing yang bulat dan kecil

(e) LeherBahagian lekuk di antara kepala dengan bahu untuk melekatkan hujung tali gasing

(f) BahuBahagian atas tubuh gasing sebagai tempat melilit tali

(g) PemotekHiasan kepala gasing uri daripada sebarang logam atau plastik yang dilekapkan pada kepala gasing uri

(h) TurapDipasang pada kepala gasing untuk menjaga bahagian kepala supaya tidak retak, tanggal dan mengelakkan dari pecah

9.1.3 Fungsi Gasing

(a) Gasing hiasan

Gasing ini dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing jenis ini tidak memilih kayu dan tidak mementingkan fungsi berpusing

(b) Gasing permainan

Gasing jenis ini bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi sesuai untuk permainan.

(i) Gasing pangkah Pembuat perlu memilih jenis kayu yang sesuai mendapat berat yang betul, memastikan imbangan yang baik dan mendapat keligatan yang baik supaya tahan urinya walaupun setelah dipangkah.

(ii) Gasing permainan Gasing yang dibuat untuk pertandingan diberi nama gasing uri. Ianya bukan untuk pangkah memangkah tetapi untuk pertandingan urinya sahaja. Ianya popular di pantai timur sahaja.

9.1.4 Ciri-ciri Istimewa Gasing

Setiap bahagian gasing mempunyai maksud tertentu. (a) Paksi melambangkan kalbu kerana paksi ialah tempat gasing berpusing. Paksi terletak di bahagian tengah sebelah bawah gasing dan diperbuat daripada besi waja. (b) (c) Patak melambangkan roh. Labu melambangkan nafsu. (d) Kepala melambangkan akal. (e) Pemotek melambangkan iman. Pemotek ialah pusat ikatan gasing yang terletak di bahagian tengah sebelah atas gasing dan biasanya disalut dengan perak serta dihias dengan rekaan bunga-bungaan supaya kelihatan cantik.

9.1.5 Falsafah Gasing

Paksi gasing mengikut paksi bumi dan edarannya. Keseimbangan amat diperlukan dalam pembuatan gasing supaya gasing tidak ketetel atau imbal, begitu juga dengan kehidupan manusia yang memerlukan keseimbangan dalam hidup

9.1.6 Bahan Membuat Gasing

(a) Kayu(i) Gasing boleh diperbuat daripada jenis kayu iaitu daripada kayu yang paling keras hingga yang paling lembut.(ii) Bahan Membuat Gasing Gasing boleh diperbuat daripada jenis kayu iaitu daripada kayu yang paling keras hingga yang paling lembut. Gasing yang keras diperbuat daripada kayu jenis terpilih yang tahan dan tidak mudah pecah, berpusing ligat dan tenang ketika dimainkan. (iii) Kayu Koran adalah jenis yang terbaik tetapi sukar diperoleh. (iv) Kayu bakau ban digunakan untuk membuat gasing kerana sifatnya yang keras, tidak mudah pecah, tidak begitu imbal dan mudah didapati. (v) Kayu ciku dan petai juga sesuai untuk membuat gasing walaupun lebih ringan dari kayu Koran dan bakau. (vi) Kayu johol dan kerada juga sering digunakan untuk membuat gasing.

(b) Kapak (c) Gerudi (d) Paku (e) Kertas Pasir (f) Pemahat

9.1.7 Proses Membuat Gasing

(a) Proses Membuat Gasing Kayu yang dipilih ditarah dengan kapak untuk membentuk rangka kasar gasing yang berbentuk seakan-akan dua piring bertangkup dua. (b) Gerudi digunakan untuk menebuk lubang di bahagian pusat kayu(c) Gerudi digunakan untuk menebuk lubang di bahagian pusat kayu. Paku berukuran kira-kira 9cm panjang dibenamkan dan meninggalkan kirakira 2cm di bahagian luar. (d) Proses melirik, iaitu proses membuat gasing mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki. (e) Kertas pasir digunakan untuk menggilap. Gasing boleh terus digunakan atau pun dicat dan diwarna terlebih dahulu supaya kelihatan lebih menari(f) Gasing yang telah siap menampakkan keindahan dan seni cipta yang bermutu tinggi.

9.1.8 Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Gasing

Topik 10 Perhiasan Diri 10.1 Latar Belakang Perhiasan Diri

Amalan menghias diri telah bermula sejak zaman primitif lagi.Masyarakat pada zaman itu menggunakan pelbagai warna untuk mewarnai tubuh badan mereka sebagai hiasan diri. Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia. Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri mula dicipta dengan menngunakan pelbagai bahan yang berharga seperti emas, perak dan batu permata. Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah Bujang, Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan alat perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M) lagi. Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian, penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di bawah naungan istana. Antaranya ialah hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan di kepala.

10.2 Hiasan Kepala

(a) Cucuk sanggulKebanyakan wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang dan membuat sanggul. Mereka menggunakan pelbagai cucuk sanggul. Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si pemakai. Untuk itu cucuk sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna. Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang.

(b) Sikat atau sisir rambutSisir rambut merupakan alat untuk mengemas dan merapikan rambut.Selain digunakan untuk menyisir rambut, sikat juga digunakan sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada sanggul dalam kedudukan tertentuSikat dibuat daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang, gading dan kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang menarik.

(c) Penutup KepalaMemakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang Melayu zaman dahulu sama ada lelaki dan perempuan. Orang lelaki memakai tenggolak. Tenggolak golongan bangsawan dan pengantin lelaki biasanya dihiasi dengan barang kemas yang diperbuat daripada emas bermotifkan ora dan fauna dalam berbagai bentuk. Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadat di raja atau dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada logam biasa atau emas bertahtakan intan permata.

10.3 Hiasan Telinga

anting-anting Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat dengan teliti dan halus. Ia dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita untuk ke majlis tertentu. Bentuk anting-anting selalunya berjurai dan labuh

kerabuKerabu ialah subang yang melekat pada telinga yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti geometric, ora dan diikat dengan sebutir batu permata atau mutiara

sunting malarSunting malar pula merupakan satu hiasan yang digantung di telinga dan berjurai ke bawah. Biasanya wanita yang memakai sunting malar akan menyanggul rambut agar kelihatan lebih berseri.

10.4 Hiasan Leher

(a) RantaiRantai terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh. Rantai diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan awan larat atau ora.Kadang kala ia diikat denga intan atau berlian

(b) LoketLoket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya bermotifkan ora dan fauna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti geometrik dan organik. Ada juga loket yang diikat dengan batu permata atau mutiara sebagai hiasan

(c) DokohDokoh terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai. Selalunya dokoh mempunyai tiga tingkat

(d) KalungKalung dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada emas atau perak. Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada sususan rantai halus. Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung panjang dan kalung pendek dan selalunya leper. Kalung juga dikenali sebagai aguk

10.5 Hiasan Tangan dan Leher

CincinCincin dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari manis. Ada juga yang memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam pelbagai rupa seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang diukir indah pada birainya untuk menampakkan seri dan keunikannya

Gelang TanganGelang tangan sangat disukai oleh wanita dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbuat daripada emas atau perak. Ada gelang yang berukuran timbul bermotifkan ora dan bentuk geometri. Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata mengikut citarasa pemakainya. Ada gelang yang dibuat lohong di dalamnya dan ada juga yang padu. Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergalangan tangan. Bentuknya leper dan kadangkala diikat dengan batu permata

Gelang KakiGelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan keturunan di raja. Bentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang tangan dan selalunya dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan pada gelang kaki

10.6 Hiasan Pinggang

Tali PinggangTali pinggang direka dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan seseorang penakainya lebih bergaya dan menarik dengan memakai pending sebagai kepala tali pinggang. Tali pinggang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga.

Pendingpending sebagai kepala tali pinggangPending pula biasanya dihiasi dengan motif-motif ora dan fauna yang amat halus dan menarik buatannya

10.7 Hiasan pada Pakaian

kerongsangKerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai penghias baju, terutamanya baju kebaya labuh. Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau dihiasi batu permata.

Butang bajuButang baju pula berfungsi seperti kerongsang tetapi ianya dipakai pada baju kurung lelaki sahaja. Butang baju Melayu diperbuat daripada emas, perak dan suasa. Ada di antara butang baju yang dihiasi dengan batu permata