1.mengenal kraf tradisional
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
1/19
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
2/19
ALAT DOMESTIK
PENGENALAN
Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian.
Pada masa kini alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi
negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan
barangan kegunaan harian.
Definisi Alat Domestik
Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang
digunakan bagi memudahkan urusan seharian.
Contoh-Contoh Barangan Domestik
Batu giling
Batu kisar
Tudung saji
Tudung rotan
Tudung saji mengkuang
Kukuran duduk dan kukuran silang
Dulang paha tembaga air mawar
Cerek tembaga
Contoh-Contoh Gambar Barangan Domestik
Tudung Saji
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
3/19
Batu Penggiling
Kukur Duduk
Kukur Bersilang
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
4/19
Lesung Batu
Cerek Tembaga
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
5/19
ALAT PERMAINAN
PENGENALAN
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan
permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang
kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu
bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini.
Di antara permainan itu termasuklah:a) Congkak
b) Wau
c) Batu seremban
d) Sepak raga
e) Gasing
CONGKAK
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan
sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan
papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak
menggunakan biji getah atau guli.
Latar Belakang Congkak
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung
kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai
oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000SM
hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia
melalui pedagang-pedagang Arab.
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
6/19
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan
negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak"
dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud
pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba
Melaka turut meminati permainan Congkak.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai
sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai
warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina,
sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan
papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar
dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.
Contoh Gambar Congkak
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
7/19
WAU
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang. Permainan wau amat
digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun
ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis.
Cara Permainan Wau
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.
Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias
berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu
tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh
masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak
layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang,
kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali.
Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di
Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau
antarabangsa.
Jenis-Jenis Wau
a) Wau bulan
b) Wau jala budi
c) Wau kucing
d) Wau kenyalang
e) Wau barat
f) Wau daun
g) Wau burung
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
8/19
Jenis-Jenis Wau
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
9/19
Bahagian Badan Wau
Proses Penghasilan Wau
1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju
BATU SEREMBAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.
Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya
dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek
lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
10/19
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah
atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata
dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini
memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki
menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan
bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara
menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan
dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak
tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan
buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada
peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai,
berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain.
Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan
keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara,
sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah
menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah
digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat
berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan
disambut.
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
11/19
Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang
dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali
lambungan buah ibu dilakukan.
Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan
mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah
mengutip tiga biji buah serentak.
Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa
yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam
tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan
dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta
menyambut buah ibu sahaja.
Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar
dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya
dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan
dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah
yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak.
Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut
dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah
kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
12/19
Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang
buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua
kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata
dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika
buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata
dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan
memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan
semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.
Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai
tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu
jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya
dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain
seterusnya.
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
13/19
SEPAK RAGA
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan.
Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad
ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak,
menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke
tanah.
Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring.
Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua
pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam
permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya
ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam.
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
14/19
GASING
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan
gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh
masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu berbaru,kemuning, merbau, rambai, durian atau
kundang Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk
gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuatdaripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan
seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan
pergerakan tali gasing.
Cara Bermain Gasing
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum
tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satudaerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing
membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza.
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,
memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
Melilit tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari
kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana
tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang
baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam
lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi
penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak
mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada
dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
15/19
pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali
biasanya dilakukan sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking
pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung
pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh
pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak
dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi
lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk
memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di
lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain
mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing
dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi
memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.
Melilit gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada
lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti
yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikatpada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan
yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan
pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja
meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok
dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain
gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula
bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher
gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali
hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah
dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa
mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat.
Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku,
gasing akan borot dan membahayakan semua orang.
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
16/19
Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara
yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk
menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara
yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya
terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan
pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara
mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke
arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa
gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring
sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan.
Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang
hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing
dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan
dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat
dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing
menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari
paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak
sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi,
sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak
gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras
bahu sebelum dilepaskan.
Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,
perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang
biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok,
pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
17/19
Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan
badan. Kemudian gasing mestilah di paras bahu dan siku, separas pula
dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala
atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan
keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat,
pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah
sesuai dengan jenis pangkahan ini.
Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak.Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara
tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan
dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala,
labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara
kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa
pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan
pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan inibertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.
Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak
di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan
ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya
menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas
memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala
atau tengkuk gasing.
Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia
juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang
kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai
labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
18/19
yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung
dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang
sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing
memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah
pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau
kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah
inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan denganarah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan
dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang
berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah
berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan
menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing
mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali
kerana ini akan mengurangkan keligatan.
-
7/27/2019 1.Mengenal Kraf Tradisional
19/19