mengenal allah bapa (bhg 1)

2
Mengenal Allah yang Yesus Kenal dan Perkenalkan (Yohanes 10:15) Bahagian 1 Bapa Hampir semua rujukan Yesus kepada Tuhan – perbualan/rujukan-Nya kepada Tuhan secara peribadi dan penyataan Dia tentang Tuhan kepada manusia – menggunakan nama Bapa untuk Tuhan. Ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi pendengar Yesus (orang Yahudi) kerana mereka percaya Allah ialah Bapa semua manusia kerana Dia yang menciptakan mereka (Mal 2:10) – Allah ialah Bapa manusia sejagat kerana Dia pencipta mereka. Allah ialah Bapa manusia kerana status mereka sebagai ciptaan Allah. Mereka yang kenal Allah dalam konteks ini memanggil Allah Bapa tetapi tanpa keintiman dan kemesraan yang dikongsi mereka yang mempunyai perhubungan bapa-anak yang baik. Sebaliknya, perhubungan orang Kristian dengan Tuhan sebagai Bapa bukan hanya atas alasan mereka dicipta Tuhan tetapi juga kerana mereka sekarang diberi hak (diangkat, Gal 4:5) menjadi anak-anak Allah (Yoh 1:12); dengan erti kata lain, Allah Bapa kita kerana kita mempunyai perhubungan kekeluargaan yang intim dengan-Nya kerana status kita sebagai anak. Allah bukan hanya dipanggil Bapa – nama yang lebih intim malahan manja dipakai, iaitu Abba (Gal 4:6). Memanggil Allah Abba menunjukkan adanya keintiman dan kemesraan yang dikongsi mereka yang mempunyai perhubungan bapa-anak yang baik. Apakah yang boleh kita pelajari tentang Bapa syurgawi kita daripada penyataan Yesus tentang Bapa? #1: Allah BAPA mengasihi semua orang (Matius 5:43) Allah selalu mengasihi semua manusia ciptaan-Nya, tidak kira bila berlaku baik atau jahat. Kasih Allah untuk manusia begitu besar (Yoh 3:16) dan tidak pernah berhenti atau dipengaruhi oleh perbuatan manusia (Roma 5:8). Harus diingatkan bahawa Bapa mengasihi manusia berdosa tetapi Dia tidak mengasihi dan menerima dosa (contoh umat Israel yang berpusing di padang gurun selama 40 tahun; walaupun berdosa dan mengalami hukuman Tuhan, mereka tetap diberkati dan dili ndungi). Kasih Bapa ini nyata melalui perbuatan-perbuatan indah-Nya bagi semua manusia (menurunkan hujan, memastikan matahari terbit). Allah terus-menerus berlaku baik kepada semua manusia kerana Dia mengasihi manusia dan mahu manusia bertaubat dan kembali kepada-Nya (Rom 2:4). #2: Allah BAPA mengubah usaha anda (Matius 6:1, 5-6, 17-18) Apabila kita melakukan tanggungjawab kita sebagai anak-anak Allah (khususnya tanggungjawab agama), Bapa melihat dan Dia akan membalas/mengupah kita kerana usaha kita itu. Sangat berbaloi melakukan tanggungjawab keagamaan (contohnya berkomunikasi selalu dengan Bapa, membantu mereka dalam kekurangan, berpuasa) kita kerana ganjaran yang sesuai akan diterima. Walaupun begitu, amaran diberi: lakukan semua ini tanpa diheboh-hebohkan, tanpa dengan sengaja menunjukkan kepada orang lain (termasuk orang Kristian lain) bahawa anda anak yang bertanggungjawab. Allah Bapa benci kesombongan dan sifat tinggi diri. Amalan yang disertai sikap buruk ini tidak akan mendapat balasnya daripada Bapa. . . . bersambung.

Upload: peter-de-run

Post on 18-Jul-2015

106 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengenal Allah Bapa (Bhg 1)

Mengenal Allah yang Yesus Kenal dan Perkenalkan (Yohanes 10:15)

Bahagian 1

Bapa Hampir semua rujukan Yesus kepada Tuhan – perbualan/rujukan-Nya kepada Tuhan secara peribadi

dan penyataan Dia tentang Tuhan kepada manusia – menggunakan nama Bapa untuk Tuhan.

Ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi pendengar Yesus (orang Yahudi) kerana mereka percaya Allah

ialah Bapa semua manusia kerana Dia yang menciptakan mereka (Mal 2:10) – Allah ialah Bapa

manusia sejagat kerana Dia pencipta mereka. Allah ialah Bapa manusia kerana status mereka

sebagai ciptaan Allah. Mereka yang kenal Allah dalam konteks ini memanggil Allah Bapa tetapi tanpa

keintiman dan kemesraan yang dikongsi mereka yang mempunyai perhubungan bapa-anak yang

baik.

Sebaliknya, perhubungan orang Kristian dengan Tuhan sebagai Bapa bukan hanya atas alasan

mereka dicipta Tuhan tetapi juga kerana mereka sekarang diberi hak (diangkat, Gal 4:5) menjadi

anak-anak Allah (Yoh 1:12); dengan erti kata lain, Allah Bapa kita kerana kita mempunyai

perhubungan kekeluargaan yang intim dengan-Nya kerana status kita sebagai anak. Allah bukan

hanya dipanggil Bapa – nama yang lebih intim malahan manja dipakai, iaitu Abba (Gal 4:6).

Memanggil Allah Abba menunjukkan adanya keintiman dan kemesraan yang dikongsi mereka yang

mempunyai perhubungan bapa-anak yang baik.

Apakah yang boleh kita pelajari tentang Bapa syurgawi kita daripada penyataan Yesus tentang Bapa?

#1: Allah BAPA mengasihi semua orang (Matius 5:43)

Allah selalu mengasihi semua manusia ciptaan-Nya, tidak kira bila berlaku baik atau jahat. Kasih Allah

untuk manusia begitu besar (Yoh 3:16) dan tidak pernah berhenti atau dipengaruhi oleh perbuatan

manusia (Roma 5:8). Harus diingatkan bahawa Bapa mengasihi manusia berdosa tetapi Dia tidak

mengasihi dan menerima dosa (contoh umat Israel yang berpusing di padang gurun selama 40

tahun; walaupun berdosa dan mengalami hukuman Tuhan, mereka tetap diberkati dan dili ndungi).

Kasih Bapa ini nyata melalui perbuatan-perbuatan indah-Nya bagi semua manusia (menurunkan

hujan, memastikan matahari terbit). Allah terus-menerus berlaku baik kepada semua manusia

kerana Dia mengasihi manusia dan mahu manusia bertaubat dan kembali kepada-Nya (Rom 2:4).

#2: Allah BAPA mengubah usaha anda (Matius 6:1, 5-6, 17-18)

Apabila kita melakukan tanggungjawab kita sebagai anak-anak Allah (khususnya tanggungjawab

agama), Bapa melihat dan Dia akan membalas/mengupah kita kerana usaha kita itu. Sangat berbaloi

melakukan tanggungjawab keagamaan (contohnya berkomunikasi selalu dengan Bapa, membantu

mereka dalam kekurangan, berpuasa) kita kerana ganjaran yang sesuai akan diterima.

Walaupun begitu, amaran diberi: lakukan semua ini tanpa diheboh-hebohkan, tanpa dengan sengaja

menunjukkan kepada orang lain (termasuk orang Kristian lain) bahawa anda anak yang

bertanggungjawab. Allah Bapa benci kesombongan dan sifat tinggi diri. Amalan yang disertai sikap

buruk ini tidak akan mendapat balasnya daripada Bapa.

. . . bersambung.

Page 2: Mengenal Allah Bapa (Bhg 1)

Soalan Diskusi

1. Mengapa kita perlu kenal Allah yang Yesus kenal dan perkenalkan dalam Injil (gunakan Yohanes

10:15 sebagai dasar jawapan anda)?

2. Apakah tahap kenalan dan keintiman anda dengan Allah? Sebagai Allah, Bapa atau Abba?

Mengapa anda katakan begitu?

3. Sesuai dengan kenyataan dalam Yohanes 1:12, sudah anda menerima hak menjadi anak Allah?

Bagaimana anda pasti?

4. Apakah reaksi anda apabila mengetahui Bapa tetap mengasihi semua manusia – baik dan jahat –

dan terus berbuat baik kepada mereka (termasuk anda)? Bagaimana dapat anda tunjukkan

kebenaran ini kepada orang di sekeliling anda?

5. ‘Anak bertanggungjawab ialah anak yang diupah Bapa’. Apakah anda setuju dengan kenyataan

ini dan bagaimana ini boleh mendorong anda melakukan tanggungjawab agama anda dengan

lebih serius lagi?