mengawal emosi

2
Mengawal Emosi Semua manusia mengalami pelbagai emosi contohnya suka atau tidak suka. Justeru, kita tiada pilihan, kecuali mengurusnya. Pengurusan emosi bukan bermakna menafikan kewujudannya atau tidak mengendahkannya. Tetapi mengakuinya dan belajar mengawalnya. Mengurus emosi boleh melalui mengawal perasaan dan tindakbalas atau reaksi, memilih bagaimana untuk bertindakbalas kepeda sesuatu situasi atau kejadian dalam hidup seharian dengan cara yang tidak menakutkan diri sendiri dan mengancam orang lain. Sebelum mengawal emosi, kita perlu mengenalpasti emosi kita samaada emosi tersebut adalah emosi yang positif atau negatif. Jika keterlaluan, ia akan menjejaskan kesejahteraan hidup kita. Oleh itu, kita perlu bersederhana dengan emosi kita. Seterusnya, kita perlu mengenalpasti punca emosi terganggu samaada ia daripada diri sendiri kita iaitu kesihatan atau unfinished business, daripada persekitaran contohnya cuaca yang panas atau sejuk ataupun ruang kerja sempit, daripada pekerjaan kita yang mempunyai banyak kerja tetapi gaji rendah, atau pegawai atasan kita yang garang dan selalu sebut urgent…urgent…urgent!, daripada orang sekeliling contohnya bunyi radio yang kuat, kawan ponteng, kerja berkira, sindir-menyindir, ataupun daripada peristiwa yang dialami contohnya traffic jam, bas lambat, anak tidak mahu ke sekolah, suami marah, isteri merajuk dan sebagainya. Kita haruslah bijak mengawal emosi kita, jika tidak buruk padahnya. Kebanyakannya manusia terlajak emosinya dengan tidak sengaja, tidak sedar sudah terlajak, tidak sensitif atau tersalah ucap. Tetapi sebilangan manusia terlajak emosinya denga sengaja iaitu ingin memuaskan hatinya sediri atau hendak balas dendam. Selain itu,

Upload: ha-hangping

Post on 15-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EMOSI

TRANSCRIPT

Mengawal EmosiSemua manusia mengalami pelbagai emosi contohnya suka atau tidak suka. Justeru, kita tiada pilihan, kecuali mengurusnya. Pengurusan emosi bukan bermakna menafikan kewujudannya atau tidak mengendahkannya. Tetapi mengakuinya dan belajar mengawalnya. Mengurus emosi boleh melalui mengawal perasaan dan tindakbalas atau reaksi, memilih bagaimana untuk bertindakbalas kepeda sesuatu situasi atau kejadian dalam hidup seharian dengan cara yang tidak menakutkan diri sendiri dan mengancam orang lain. Sebelum mengawal emosi, kita perlu mengenalpasti emosi kita samaada emosi tersebut adalah emosi yang positif atau negatif. Jika keterlaluan, ia akan menjejaskan kesejahteraan hidup kita. Oleh itu, kita perlu bersederhana dengan emosi kita. Seterusnya, kita perlu mengenalpasti punca emosi terganggu samaada ia daripada diri sendiri kita iaitu kesihatan atau unfinished business, daripada persekitaran contohnya cuaca yang panas atau sejuk ataupun ruang kerja sempit, daripada pekerjaan kita yang mempunyai banyak kerja tetapi gaji rendah, atau pegawai atasan kita yang garang dan selalu sebut urgenturgenturgent!, daripada orang sekeliling contohnya bunyi radio yang kuat, kawan ponteng, kerja berkira, sindir-menyindir, ataupun daripada peristiwa yang dialami contohnya traffic jam, bas lambat, anak tidak mahu ke sekolah, suami marah, isteri merajuk dan sebagainya.Kita haruslah bijak mengawal emosi kita, jika tidak buruk padahnya. Kebanyakannya manusia terlajak emosinya dengan tidak sengaja, tidak sedar sudah terlajak, tidak sensitif atau tersalah ucap. Tetapi sebilangan manusia terlajak emosinya denga sengaja iaitu ingin memuaskan hatinya sediri atau hendak balas dendam. Selain itu, berkemungkinan mereka tiada kemahiran mengawal ataupun mereka telah hilang kewarasan. Apabila kita marah, kita telah dikuasai oleh emosi. Kita sering terlupa untuk berfikir dan tidak sempat memilih perkataan yang sesuai untuk diperkatakan dan kesan yang akan timbul. Untuk mengawal emosi kita perlu beri masa untuk otak menjalankan fungsinya, bukannya ikut suka hati kita. Beberapa pendekatan boleh digunakan apabila kita marah. Pendekatannya ialah latihan pernafasan, terapi air iaitu minum dan wuduk, beralih atau tinggalkan tempat (konsep hijrah) iaitu tinggalkan persekitaran dan pergi ke tempat lain.Kebanyakan ketidakupayaan mengawal emosi boleh diubah atau dihapuskan. Namun, kita harus terlebih dahulu menyedari dan memahami kesan reaksinya dan kita berusaha atau berlatih untuk mengawalnya. Kita dapat mengurangkan jarak hanyut dibawa arus emosi jika kita dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan orang lain. Ini adalah kerana setiap individu adalah unik dan berbeza. Kita juga dapat bersedia berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai.Kesimpulannya, tiada siapa yang dapat memujuk orang lain untuk berubah sikap, setiap kita menjaga pintu perubahan yang hanya dapat dibuka dari dalam. Kita tidak dapat membuka pintu orang lain, baik dari perbahasan, mahupun dengan rayuan emosi. Begitu juga harapan Perdana Menteri Negara kita dalam Modal Insan.