mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Upload: yinwen-chai

Post on 04-Jun-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    1/3

    Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

    Modul Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif ( KBKK )adalah satu

    perkara yang sangat penting dalam program Sekolah Bestari .Kemahiran ini

    perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk melengkapkan diri masing-maisng

    dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.Denganmengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata

    pelajaran dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih

    berkesan.

    Kemahiran pemikiran Kritis bolehdiaplikasikan dengan pelbagai

    cara,antaranya ialah menggunakan kemahiran membanding dan

    membeza.Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran berfikir

    yang membolehkan individu mengesan pelbagai persamaan dan perbezaan

    antara dua atau lebih daripada dua perkara.Antara strategi yang biasa digunakan

    ialah member perhatian.Inilah cara yang paling senang dipelajari.Alat-alat berfikiryang diperlukan ialah pengurusan grafik.Contohnya,guru boleh menggunakan

    teknik sumbangsaran dan pengurusan grafik,membandingkan dan membezakan

    sesuatu tajuk yang menarik.Dengan itu,ini dapat memgembangkan kritis pelajar.

    Menganalisasi semua alatan dengan teliti dan cuba menceritakan analisasi

    mereka mengikut kumpulan di depan.

    Kemahiran menerangkan sebab juga satu kemahiran yang bagus untuk

    meningkatkan kemahiran kritis.Contohnya,kita boleh cuba dengan kemahiran

    menerangkan sebab.Kemahiran ini adalah bermaksud menganalisis fakta-fakta

    sesuatu generalisasi,hipotesis yang boleh disokong dengan sebab yang bolehdipercayai.Guru guru boleh cuba menggunakan carta aliran untuk

    menganalisasi setiap fakta dan membuat kesimpulan dengan sebab-sebab

    menyokong kesimpulan itu dalam pengurusan grafik.Tambahan pula,kemahiran

    menentu sumber yang boleh dipercayai juga perlu dipelajari.Segala

    maklumat,bahan ataupun kandungan buku mempunyai cirri kesahan dan

    kebolehpercayaan.Kemahiran ini memerlukan kaedah menyoal untuk mengenal

    pasti maklumat-maklumat yang diperlukan.Selain itu,cuba membuat analisis

    setiap maklumat untuk menentukan sama ada boleh dipercayai.Antara cara-cara

    yang boleh menentukan sumber yang boelh dipercayai ialah melukis satu carta

    aliran yang dikosongkan dan cuba isikan ruang-ruang kosong yang

    diilustrasikan .Kesimpulan yang dituliskan haruslah sumber yang boleh

    dipercayai dan betul jawapannya.

    Kemahiran yang lain seperti kemahiran membuat ramalan juga boleh

    dipelajari kerana ia juga sangat berkesan.Guru boleh membuat jangkaan yang

    tepat terhadap sesuatu peristiwa akibat tindakan,hasil dan pencapaian yang

  • 8/14/2019 Mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    2/3

    akan berlaku.Ini biasa digunakan dalam kaedah penyelidikan tindakan.Sebagai

    contoh,guru boleh meramalkan sama ada belajar Sains dan matematik dalam

    Bahasa Inggeris boleh melengkapkan diri untuk menghadapi cabarab globalisasi

    pada masa depan.Seterusnya,kita boleh tambahkan kemahiran mengusul

    periksa andaian supaya lebih berjaya meningkatkan kemahiran kritis.Sebagai

    seorang guru yang bijaksana,guru seharusnya menyiasat sama ada andaian

    yang diusulkan adalah tepat atau tidak,iaitu sama ada mempunyai cirri kesahan

    dan kebolehcayaan.Untuk melaksanakan kemahiran ini secara berkesan,guru

    boleh menggunakan kaedah penyoalan,iaitu membuat penyiasatan sama

    sesuatu andaian adalah betul atau salah.Untuk memudahkan kerja

    penyoalan,guru boleh menggunakan pengurusan grafik yang sesuai untuk

    menentukan sama ada usul andaian mempunyai ketepatan dan boleh dipercayai.

    Selain itu,kemahiran kritis boleh dipertingkatkan dengan mempelajari

    kemahiran membuat inferens,iaitu kebolehan menggunakan minda untuk

    membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian ,maklumat bukti,petanda-

    petanda atau pola-pola tertentu.Contohnya,guru boleh membuat inferens untuk

    rumus isipadu kuboid.Dengan itu ,isipadu kuboid boleh dikira dengan cepat dan

    tepat.Mnyusun item-item proses atau peristiwa mengikut satu urutan

    berdasarkan criteria yang logical adalah salah satu kemahiran yang popular dan

    biasa digunakan,iaitu kemahiran membuat urutan.Kadangkala,sesuatu karangan

    ataupun cerita yang panjang memang membuat kepala kita pening.Jadi,kita

    boleh memperkenalkan pelajar-pelajar untuk menyusun fasa-fasa proses

    pembelajaran mengikut langkah dengan melukis grafik yang senang dibaca.

    Kreativiti memainkan peranan yang penting dalam kalangan masyarakat

    terkini,terutamanya bidang pendidikan sekarang.Seandainya guru hendak

    mengaplikasikan kemahiran kreatif,guru seharusnya mempertingkatksn

    kemahiran menjana idea.Antaranya ialah menyumbang dan menghasilkan idea-

    idea baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencipta sesuatu yang

    baru.Guru-guru boleh menggunakan strategi sesi sumbangsaran,iaitu

    pencambahan fikiran.Strategi ini merupakan satu sesi perbincangan yang

    membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea

    terhadap sesuatu topic perbincangan.Melalui sumbangsaran,murid-murid dilatih

    mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dananalitis.Ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama,ia juga dapat

    merapatkan hubungan antara ahli.Strategi ini juga boleh melatih murid-murid

    supaya menguasai kemahiran lisan bermutu tinggi dan juga melatih murid-murid

    supaya berusaha menyelesaikan masalah penting bersama-

    sama.Namun,strategi ini perlu sesuai dengan kebolehan dan minat murid.Garis

  • 8/14/2019 Mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    3/3

    panduan untuk menjalankan sesi sumbangsaran yang diberikan oleh guru

    haruslah ringkas dan jelas.

    Justeru itu,cabalah guru mempelajari kemahiran mencipta

    anologi.Kemahiran ini adalah menghasilkan kenyataan atau perkara,iaitu analogi

    baharu yang dapat menggunakan kenyataan yang beranologi denganmembandingkan ciri-ciri atau intisari kedua-dua kenyataan.Contohnya,kita

    merekakan aktiviti mencipta anologi dengan menggunakan kaedah

    deduktif.Tajuk yang dikemukakan ialah haiwan yang mempunyai sayap boleh

    terbang.Jadi,kita boleh menggunakan kad-kad gambar dilukis berbagai haiwan

    yang mempunyai sayap.Guru-guru boleh mengajar murid-murid bahawanya

    haiwan yang mempunyai sayap dan badannya ringan boleh

    terbang.Seterusnya,guru-guru juga boleh mengambil peluang ini untuk

    mengembangkan kreativiti murid-murid semasa memperkenalkan kad-kad

    haiwan yang dilukis.Guru boleh memberi masa kepada murid dan membiarkan

    mereka mengimaginasikan pergerakan haiwan yang ditunjukkan tadi.

    Kemahiran mencipta metafora ialah menghasilkan kenyataan dengan

    menggunakan bahasa figurative untuk menggambarkan makna atau ciri-ciri

    sesuatu yang metafora.Kemahiran ini hamper sama dengan kemahiran mencipta

    analogi,tetapi kemahiran ini lebih banyak menggunakan kaedah penyoalan.Guru

    perlu membinbing murid untuk membuat generalisasi baru melalui aktiviti soal

    jawab.Dengan itumurid murid dapat belajar melalui proses penyoalan dan juga

    mampu merekoddalam buku nota.