buku panduan: kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Upload: mohd-ridzuan-mohd-taib

Post on 10-Feb-2018

376 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    1/109

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    2/109

    JU@ Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

    Persiaran Duta 50604 Kuala Lumpur

    APRIL 2002

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    3/109

    Cetakan Pertama 2001 Kementerian Pendidikan Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua samaada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin

    bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian PendidikanMalaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Malaysia. Pusat Perkembangan KurikulumKemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran / PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.Bibliografi: ms. 85ISBN 983-222340-28-41. Creative thinking-Study and teaching. 2. Critical thinking-Study and teaching. 3. Cognitive learning. I. Judul.370.152

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    4/109

    KATA PENGANTAR

    Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekananatas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan

    masa kini dan masa depan.

    Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi

    tersebut, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menghasilkan pelbagai bahan

    sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan

    pembelajaran dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan

    kurikulum.

    Modul pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru mempelbagaikan

    kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan

    suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk

    menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka

    untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan.

    Pusat Perkembangan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

    dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul

    serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat

    dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.

    Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZINPengarahPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    5/109

    KANDUNGAN HALAMAN

    UNIT 1Pengenalan 1

    UNIT 2Apakah Berfikir ? 2

    UNIT 3Kemahiran Berfikir Kritis 5

    UNIT 4Kemahiran Berfikir Kreatif 18

    UNIT 5Strategi Berfikir 28

    UNIT 6Kemahiran Menaakul 37

    UNIT 7Alat Berfikir 41

    UNIT 8Petunjuk Kemahiran Berfikir 46

    UNIT 9Metakognisi 53

    UNIT 10Strategi Penerapan Kemahiran Berfikir 56Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    UNIT 11Pengoperasian Kemahiran Berfikir 60

    Mata Pelajaran Sains 60Mata Pelajaran Bahasa 87Mata Pelajaran Kajian Tempatan 91Mata Pelajaran Sejarah 95Mata Pelajaran Pendidikan Seni 99

    BACAAN LANJUTAN 102

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    6/109

    1

    UNIT 1 PENGENALAN

    Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran

    dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumenkhusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan KajianTempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan(JNSP, 1998). Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapatmemperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran.

    Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengantuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsur

    utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat.

    MATLAMAT

    Modul ini bertujuan memberikan pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikirdan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran danpembelajaran bagi semua mata pelajaran.

    OBJEKTIF

    Selepas mengikuti modul ini pendidik:

    1) memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir;

    2) menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan

    pembelajaran;

    3) mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran;

    4) menyebarkan konsep dan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran danpembelajaran kepada guru lain; dan

    5) membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran

    dan pembelajaran dan dalam kehidupan harian.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    7/109

    2

    UNIT 2 APAKAH BERFIKIR?

    Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskansebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahamanterhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikanmasalah.

    PROSES BERFIKIR

    Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya suatuobjek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yanganda mungkin bertanya ialah :-

    1. Apakah objek itu?2. Apakah kegunaannya?

    3. Bagaimanakah menggunakannya?

    4. Adakah ia memberi manfaat?

    Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam prosesberfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut:

    Pengetahuan(apa yang anda tahu tentang objek itu)

    Kemahiran(menyoal diri sendiri tentang objek itu)

    Sikap atau nilai(keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

    ... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda

    atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.(Mayer, 1977)

    merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman danpenyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

    (Fraenkel, 1980)

    ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab ataumembuat penentuan.

    (Beyer, 1991)

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    8/109

    3

    Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam Rajah 2.1.

    Rajah 2.1 Proses Berfikir

    MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

    Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif.Kemahiran berfikir kritisialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu ideadan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencernadan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham ataugabungan idea-idea yang ada.

    Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya danmengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dankreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusanatau menyelesaikan masalah.

    Kemahiran berfikir menaakuladalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuatpertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategiberfikir.

    Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikirmenaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    9/109

    4

    KB dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepadakemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, KB perludiperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai KB yang asassebelum mempelajari KB yang lebih kompleks.

    Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, KB yang akan dipelajari adalahmembuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yangsebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpuldan mengelas.

    KREATIF

    Menjanakan idea

    Menghubung kaitkan

    Membuat inferens Meramalkan

    Membuat hipotesis

    Mensintesiskan Mengitlak

    Membuat gambaran mental

    Menganalogikan Mereka cipta

    KRITIS

    Mencirikan

    Membandingkan danmembezakan

    Mengumpul danmengelaskan

    Membuat urutan Menyusun mengikutkeutamaan

    Menganalisis

    Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan

    KEMAHIRANBERFIKIR

    MENAAKUL Logik

    Rasional

    STRATEGI BERFIKIR

    MengkonsepsikanMenyelesaikan masalahMembuat keputusan

    Rajah 2.1 Model Kemahiran Berfikir

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    10/109

    5

    UNIT 3 KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS

    Berikut ialah penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kritis.

    1. Mencirikan

    Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

    Kemahiran ini digunakan untuk:

    a) Mendefinisikan konsep atau item.b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

    Langkah Penggunaan:

    a) Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.

    b) Kenal pasti ciri.

    Contoh :

    Lihat gambar yang diberikan dalam Rajah 3.1. Tuliskan cirri-ciri yang terdapat padahaiwan tersebut.

    Rajah 3.1 Gambar seekor haiwan

    Kita boleh gunakan rajah pancaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 untukmembantu kita mencirikan.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    11/109

    6

    Rajah 3.2 Rajah pancaran ciri haiwan

    a) Lukiskan satu bulatan.b) Tuliskan tajuk bagi konsep atau item dalam bulatan.c) Lukiskan satu garisan yang memancar keluar daripada bulatan.d) Tuliskan satu ciri yang ada pada konsep atau item pada hujung garisan.e) Ulangi dengan melukis garisan lain untuk ciri yang lain.

    2. Membandingkan dan Membezakan

    Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan

    unsur sesuatu objek atau peristiwa.

    Kemahiran ini digunakan apabila :

    a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.b) Membuat pilihan atau keputusan.

    Langkah penggunaan:

    a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.

    b) Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.c) Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.d) Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

    Berkakiempat

    Berbulu

    BerekorBermisai

    Haiwan

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    12/109

    7

    Contoh :

    Perhatikan dua helai daun dalam Rajah 3.3 yang diambil dari pohon yang berlainan.Cari persamaan dan perbezaan antara dua helai daun ini.

    Rajah 3.3 Gambar daun

    Kita boleh gunakan rajah Venn seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4 untukmembandingkan dan membezakan.

    Rajah 3.4 Rajah Venn perbandingan dan perbezaan ciri daun

    a) Lukis dua bulatan yang bertindih.

    b) Rekodkan ciri daun A dalam bulatan Ac) Rekodkan ciri daun B dalam bulatan B.d) Jika ciri daun A sama dengan daun B, rekod ciri dalam kawasan bertindih antara

    dua bulatan.

    Daun A Daun B

    kesatlembut

    panjang

    hijau

    leper

    kasarkeras

    licin

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    13/109

    8

    3. Mengumpulkan dan Mengelaskan

    Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalahberdasarkan ciri atau sifat sepunya.

    Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :

    a) Banyak item atau maklumat.b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.

    Langkah penggunaan:

    a) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.b) Beri nama kepada kumpulan item itu.c) Kenal pasti ciri lain.d) Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.

    e) Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatukumpulan.

    Contoh :

    Diberikan item-item yang berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin,baju hujan, pen dan pensil.

    Kita boleh gunakan carta organisasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5 untukmengelas item-item tersebut.

    a) Tuliskan nama kepada sekumpulan item di bahagian paling atas.b) Bahagikan item-item tersebut kepada kumpulan yang lebih kecil. Namakan

    kumpulan-kumpulan ini.c) Bahagikan lagi item-item tersebut kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    14/109

    9

    Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item

    Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item

    4. Membuat Urutan

    Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciriatau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

    Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya:

    1. Mudah difahami.2. Item tertentu mudah dikesan.

    Langkah penggunaan:

    a) Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai,abjad, kronologi, corak atau masa.

    b) Ambil satu item sebagai asas.c) Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis

    susunan yang ditentukan.d) Semak semula susunan.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    15/109

    10

    Contoh :

    Yang berikut ialah satu senarai kerja untuk membuat teh tarik. Binakan saturentetan kerja yang munasabah daripada senarai ini.

    Pasang api dapur, isi air dalam cerek, letak cerek di atas dapur, selepasmendidih padamkan api, masukkan teh dalam penapis, masuk air dalamkole, masukkan penapis dalam koleh berisi air, masuk susu dalam koleh,kacau ramuan dalam kolah, tarik............

    Kita boleh menggunakan rantai urutan seperti contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 3.6untuk menyusun langkah-langkah kerja bagi menyediakan teh tarik supaya menjadisatu urutan yang logik.

    a) Imbas kembali semua langkah.b) Pilih satu langkah sebagai permulaan.c) Imbas kembali langkah yang seterusnya.d) Pilih satu langkah yang lain.

    e) Bandingkan langkah yang dipilih dengan langkah pertama.f) Letakkan langkah itu di hadapan jika langkah itu lebih awal atau di belakang jika ia

    langkah yang terkemudian.g) Ulangi aktiviti di atas sehingga semua langkah telah disusun.

    Rajah 3.6 Rantai urutan menyediakan teh tarik

    5. Menyusun Mengikut Keutamaan

    Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan ataukesegeraan.

    Isikan airke dalamcerek

    Letakcerekdi atasdapur

    Pasangapidapur

    Selepasmendidihpadamkanapi

    Masukkanteh kedalampenapis

    Masukkanair kedalamkole

    Masukkanpenapiske dalamkole..

    Masukkansusu

    KacauramuanDalamkole

    Tarik

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    16/109

    11

    Kemahiran ini digunakan untuk:

    a) Menonjolkan perkara yang mustahak.b) Menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.

    Langkah penggunaan:

    a) Tentukan matlamat anda.b) Ambil satu item sebagai asas.c) Ambil i tem yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau

    lebih jauh kepada matlamat.d) Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di

    bawah.e) Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu.

    Contoh :

    Anda diberikan senarai beberapa item: cerek, seterika, radio, perakam video, lampuberpendafluor dan televisyen. Susun item tersebut mengikut keutamaan penggunaanalat elektrik di rumah anda dan terangkan mengapa.

    Kita boleh gunakan tangga hierarki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 untukmenyusun item mengikut keutamaan.

    a) Lukiskan beberapa anak tangga.b) Tuliskan item yang paling penting pada anak tangga paling atasc) Tuliskan item lain yang kurang penting pada anak tangga di bawahnya.d) Ulangi sehingga item yang paling tidak penting pada anak tangga yang paling

    bawah.

    Lampu berpendaflour

    TelevisyenPerakam video

    RadioSeterika

    Cerek

    Rajah 3.7 Tangga hierarki keutamaan penggunaan alat elektrik

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    17/109

    12

    6. Menganalisis

    Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagimemahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

    Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kaitantara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatukemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

    Langkah penggunaan:

    a) Tentukan pendapat atau kenyataan.b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.c) Renung semula pendapat atau andaian.d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.

    Contoh :Buat analisis bagi kenyataan yang berikut:"Televisyen adalah penting kepada kehidupan".

    Untuk menganalisis kita perlu:

    a) Menentukan pendapat atau kenyataan: Televisyen adalah penting kepadakehidupan.

    b) Huraikan andaian yang tersirat "penting kepada kehidupan" dari segi televisyen:

    i. Menyampaikan maklumat.ii. Berunsurkan pendidikan.iii. Boleh mengisi masa lapang.iv. Memberi hiburan.

    c) Membuat kenyataan yang telah diperbaiki : Televisyen adalah penting kepadakehidupan kerana televisyen dapat menyampaikan maklumat umum yangberunsurkan pendidikan, boleh mengisi masa lapang dan memberi hiburan.

    7. Mengesan Kecondongan

    Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentangsesuatu.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    18/109

    13

    Kemahiran ini digunakan apabila :a. terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat

    seseorang,b. menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan, atauc. mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang.

    Langkah penggunaan:

    a) Nyatakan matlamat.b) Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan.

    i. Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat.ii. Pengitlakan yang keterlaluan.iii. Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan

    bermuslihat).iv. Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah.v. Menyatakan pendapat sebagai fakta.

    c) Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk.d) Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis

    petunjuk.e) Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku.

    Prasyarat: Pengetahuan tentang:

    a) Petunjuk atau kriteria kepada kecondongan.b) Isi kandungan pernyataan yang dianalisis.

    Contoh:

    Anda dikehendaki mengesan kecondongan dalam petikan iklan dalam Rajah 3.8.

    Kami ada cara

    Cetusan! Inilah penawar yang dinanti-nantikan oleh anda sekalian. Anda pasti telahmencuba pelbagai penawar untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang atau tidakberkesan langsung, atau kelebihan berat badan datang semula selepas berhentimemakan ubat berkenaan. Nah!, anda sekarang berpeluang mencuba Cetusan.Sejenis ramuan herba asli yang boleh mengurangkan berat badan anda, tanpa perluberlapar atau melakukan senaman. Anda tidak perlu risau kalau-kalau berat badandatang semula selepas berhenti memakan Cetusan. Kajian telah membuktikannya.

    Ikut sahaja panduan kami dan jadilah ahli Kelab Cetusanuntuk badan yang langsingsepanjang hayat. Belum cuba belum tahu, sudah cuba hendak selalu.

    Ra ah 3.8 Petikan iklan

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    19/109

    14

    Untuk mengesan kecondongan, langkah dalam Jadual 3.2 diikuti.

    Langkah Penerangan

    1. Nyatakan matlamat Mengesan sama ada petikan iklan di atas mempunyaiunsur kecondongan

    2. Kenalpasti petunjukkecondongan

    1. Pernyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat2. Pengitlakan yang keterlaluan3. Soalan retorik( bersifat mempengaruhi)4. Penyampaian yang berat sebelah5. Menyatakan pendapat sebagai fakta

    3. Analisis maklumatMembaca petikan iklan untuk mengesan pernyataan yangberunsur kecondongan.

    4. Padankan pernyataanyang berunsur

    kecondongan dalampetikan dengan jenispetunjuk

    Pernyataan BerunsurKecondongan DalamPetikan Iklan

    Jenis-Jenis Petunjuk

    Mengambil cetusan bolehmengurangkan berat badan

    Pengiklanan yang keterlaluan

    Tanpa berlapar danmelakukan senaman

    Keterlaluan menyatakanpendapat sebagai fakta

    Mengambil cetusan Pernyataan yang berbentukemosi atau bermuslihat

    Boleh Pengiklanan yang keterlaluanMengurangkan berat badan Persembahan atau

    penyampaian yang berat

    sebelahTanpa berlaparTanpa senaman

    5. Nilai sejauh manakecondongantersebut

    Setelah menilai, hampir seluruh petikan iklan itumempunyai unsur kecondongan terutama sekali jeniskecondongan "menyatakan pendapat sebagai fakta".

    Jadual 3.2 Langkah mengesan kecondongan petikan iklan

    8. Menilai

    Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dankeburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    20/109

    15

    Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:

    a) Memilih sesuatu.b) Menerima atau menolak sesuatu idea.

    Langkah penggunaan:

    a) Perhatikan idea atau pilihan.b) Senaraikan ciri positif (kebaikan).c) Senaraikan ciri negatif (kelemahan).d) Beri wajaran kepada setiap ciri.e) Bandingkan wajaran secara keseluruhan.

    Contoh:Anak anda meminta supaya dihantar ke kelas bimbingan (tuition) bagi mata pelajaranBahasa Inggeris. Adakah anda akan menerima atau menolak permintaan tersebut?

    Kita boleh menggunakan Carta T untuk membantu kita menilai dan seterusnya

    membuat keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

    Positif Wajaran (+) Negatif Wajaran(-)

    Pencapaian BI penting (1) Kos tuisyenKepentingan BI WaktuPergaulan Pergaulan bebas

    Masa lapang dipenuhi PenghantaranMemudahkan buat rujukanMengurangkanpergantungan kepada ibu

    bapa

    Jumlah wajaran (+) Jumlah wajaran (-)

    Jadual 3.3 Ciri-ciri positif dan negatif kelas bimbingan Bahasa Inggeris

    9. Membuat Kesimpulan

    Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatuhipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

    Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramaldan menyokong pernyataan.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    21/109

    16

    Langkah penggunaan:

    a) Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian).b) Susun semula maklumat dalam urutan yang logik.

    c) Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corakperhubungan.d) Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.

    Contoh:

    Ahmad telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji gerak balas tumbuhanterhadap cahaya. Dia telah menyediakan dua buah kotak besar yang masing-masingmempunyai satu lubang kecil di dindingnya. Dalam kedua-dua kotak ini diletakkananak-anak benih kacang. Kotak yang pertama diletakkan di luar bilik darjah. Kotakyang kedua diletak dalam almari. Pemerhatian dibuat selepas beberapa hari. Rajah3.9 menunjukkan keadaan sebenar selepas beberapa hari.

    Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada pemerhatian ini?

    Untuk membuat kesimpulan kita perlu:

    a) Susun maklumat dalam urutan yang logik : Setiap kali pemerhatian dibuat didapatibatang dan pucuk tumbuhan bertumbuh semakin dekat dengan lubang kotak.

    b) Menganalisis maklumat dan mendapatkan corak perhubungan : Cahaya masukmelalui lubang kotak tersebut, batang dan pucuk tumbuhan tumbuh ke arah sumbercahaya.

    c) Membuat pernyataan kesimpulan : Anak benih kacang tumbuh ke arah sumbercahaya.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    22/109

    17

    Rajah 3.9 Eksperimen gerak balas anak benih terhadap cahaya

    Di luarbilik

    darjah

    Di dalambilikdar ah

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    23/109

    18

    UNIT 4 KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF

    Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kreatif.

    1. Menjanakan Idea

    Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

    Kemahiran ini digunakan apabila:

    a) Mencari idea baru.

    b) Mencari alternatif.

    Langkah penggunaan:

    a) Tetapkan tajuk perbincangan.

    b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan.

    c) Renung kembali idea yang dikemukakan.

    d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.

    e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

    Contoh :

    Di sekolah anda terdapat banyak bahan buangan pepejal. Anda dikehendakimenguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah.

    a) Tetapkan tajuk perbincangan :

    Cara menguruskan bahan buangan di sekolah secara sistematik dan berfaedah.

    b) Senarakan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak :

    i. Menjual

    ii. Mengumpul mengikut kelas

    iii. Guna semula

    iv. Bakar

    v. Kambus

    vi. Kitar semula

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    24/109

    19

    vii. Murid bawa balik ke rumah

    viii. Bakar untuk guna semula

    ix. Bawa masuk haiwan untuk makan sisa makanan

    c) Imbas kembali idea yang telah dikemukakan. Setelah semua idea dicatatkan, idea-idea itu bolehlah dinilai, disaring, diubahsuai atau digugurkan mengikut keperluan.

    d) Tambah idea lain dan hubung kaitkan idea-idea yang disumbangkan.

    2. Membuat Inferens

    Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumatdaripada pemerhatian.

    Kemahiran ini digunakan apabila :

    a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.

    b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

    Langkah penggunaan:

    a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.

    b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.

    c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.

    d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripadasituasi. Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan.

    Contoh :

    Seorang jejaka dan seorang wanita yang memakai baju berwarna yang sama kelihatansedang berjalan seiringan . Di suatu persimpangan jalan mereka berpisah menuju kearah yang berlainan. Apakah inferens boleh dibuat mengenai situasi tersebut?

    Untuk membuat inferens kita perlu :

    a) Buat pemerhatian: Dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan memakai

    baju dengan warna sama dan berjalan seiring. Di satu persimpangan merekaberpisah.

    b) Beri alasan : Berpisah di persimpangan jalan.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    25/109

    20

    c) Inferens : Walaupun mereka memakai baju berwarna sama dan berjalan seiringantetapi ini tidak membawa sebarang makna atau prasangka.

    3. Menghubung kaitkan

    Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.

    Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis,membuat kesimpulan dan mengitlak.

    Langkah penggunaan:

    a) Kenal pasti masalah.b) Buat analisis tentang keadaan.c) Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkand) Buat pernyataan tentang perkaitan.

    Contoh :

    Satu projek perumahan sedang dijalankan berhampiran Kg. Sentosa. Kg. Sentosamerupakan sebuah kampung tersusun. Penduduk Kampung mula bersungut sebabsungai yang terdapat di situ tidak lagi boleh digunakan seperti dulu. Di samping itukeadaan persekitaran tidak lagi senyaman dahulu. Ini mungkin disebabkan banyakpokok-pokok telah ditebang. Apabila hujan turun, kampung mereka dilanda banjir danini menimbulkan kesulitan. Kenapa banjir berlaku ?

    Kita boleh gunakan Pohon Fikiran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 untuk

    menghubung kait.

    a) Kenal pasti masalah.b) Tuliskan masalah di bawah sekali.c) Kenal pasti kemungkinan sebab.d) Tuliskan inferens sebab mengikut urutan.e) Ulangi untuk sebab-sebab yang lain.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    26/109

    21

    Air sungai tidakmengalir dengan laju

    Sung ai menjadicetek

    Hakisan tanahberlaku

    PecemaranSungai

    Penyerapan tanahkurang baik

    Pokokditebang

    Sistem perparitankurang baik

    PembangunanPesat

    Rajah 4.1 Pohon Fikiran.

    4. Meramal

    Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian danpengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

    Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan

    pilihan.

    Langkah penggunaan :

    a) Perhati atau kumpul maklumat.b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.c) Buat jangkaan yang paling sesuai.

    Contoh :

    Ramalkan apakah yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya semua JabatanKerajaan berpindah ke Putra Jaya.

    a) Kumpulkan maklumati. Semakin hari semakin sesak di jalan rayaii. Manusia semakin ramai setiap hari

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    27/109

    22

    iii. Pembangunan di Kuala Lumpur semakin pesativ. Kadar kemalangan meningkatv. Bilangan pelancong bertambah

    b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat :

    Keadaan di Kuala Lumpur senantiasa sibuk dan berkembang

    c) Buat jangkaan yang paling sesuai :

    Pada peringkat awal keadaan di Kuala Lumpur akan menjadi sunyi dan kurangsibuk dalam tempoh masa tertentu dan akan kembali sibuk seperti keadaanasal.

    5. Membuat Hipotesis

    Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah

    bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untukmembuktikan kesahihannya.

    Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatueksperimen, kajian atau penyelidikan.

    Langkah penggunaan :

    a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.

    c) Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.d) Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.

    Contoh :

    Dalam sebuah ladang ternakan lembu, terdapat kawasan rumput yang mencukupi dansebuah bangsal untuk lembu berteduh. Didapati hasil pengeluaran susu dari ladangternakan ini pada hari biasa secara purata ialah 1.5 liter, manakala pada hari hujanhasilnya ialah 20 liter. Bina hipotesis berdasarkan fakta ini.

    Untuk membuat hipotesis kita perlu :

    a) Situasi : pengeluaran susu pada hari hujan lebih banyak daripada hari biasa.

    b) Beri hipotesis yang mungkin (kenyataan awal):

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    28/109

    23

    i. Pada hari hujan, lembu makan makanan yang disediakan di bangsal.ii. Lembu kurang bergerak pada hari hujan, tenaga lembu digunakan untuk

    menghasilkan susu.iii. Lebih banyak lembu berada di bangsal pada hari hujan untuk diambil susu.

    c) Semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji atau tidak, jika tidak boleh diuji ia

    tidak boleh dijadikan hipotesis.

    6. Mensintesis

    Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkangambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak.

    Kemahiran ini digunakan untuk:a) Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk.b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.

    Langkah penggunaan:

    a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk,

    perkara atau subjek.d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.

    Contoh 1:

    Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah tanah air sebelum

    kemerdekaan:

    a) Minta murid senaraikan beberapa peristiwa penting.b) Hubung kaitkan antara peristiwa.c) Susun atur peristiwa mengikut garisan masa.d) Gabungkan peristiwa-peristiwa mengikut rentetan masa dalam bentuk esei yang

    membawa kepada kemerdekaan negara.

    7 Mengitlak

    Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan

    pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    29/109

    24

    Kemahiran ini digunakan untuk:

    a) Mencari polab) Menyusun maklumatc) Meramal

    Langkah penggunaan:

    a) Kumpulkan data.b) Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan.c) Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.d) Buat kenyataan.

    Contoh :

    Buat pengitlakan rancangan TV1, TV2 dan TV3 di Malaysia pada hari Isnin.

    Rancangan TV 1 TV 2 TV 3

    Berita Filem

    Dokumentari

    Komedi

    Agama

    Pendidikan

    Sukan

    Jadual 4.1 . Rancangan TV pada hari Isnin :

    Untuk mengitlak kita perlu :

    a) Mengumpul data:Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

    b) Mencari pola yang sama:Rancangan TV yang disiarkan pada hari Isnin.

    d) Buat pengitlakan:Ketiga-tiga saluran ada menyiarkan rancangan berita dan dokumentari pada hariIsnin.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    30/109

    25

    8. Menganalogi

    Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu denganperkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.

    Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan

    cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.

    Langkah penggunaan:

    a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama.

    b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.

    c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora.

    Contoh :

    Membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan.

    Untuk menganalogi kita perlu :

    a) Buat perbandingan : Jantung dengan pam.

    b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua mengepam cecair.

    c) Nyatakan hubung kait : Jantung adalah seperti pam.

    9. Membuat Gambaran Mental

    Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan ataugagasan dalam minda atau fikiran.

    Kemahiran ini digunakan untuk:c) Memahami konsep yang mujaradd) Mengingat konsep yang kompleks.

    Langkah penggunaan :

    a) Bayangkan matlamat tertentu.

    b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.

    c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.

    d) Lihat keseluruhan gambaran.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    31/109

    26

    Contoh :

    Bayangkan apa yang terjadi di tempat anda berada sekarang jika berlaku gempa bumisecara tiba-tiba.

    Untuk membuat gambaran mental kita perlu :

    a) Bayangkan matlamat:

    Keadaanapabila berlaku gempa bumi.

    b) Menetapkan titik permulaan:

    Keadaan sebelum berlaku gempa bumi.

    c) Bayangkan langkah demi langkah ke arah matlamat:

    Apakah yang terjadi kepada bangunan, lif, bekalan elektrik, jalan raya?Bagaimanakah keadaan manusia dan seterusnya?

    d) Bina satu senario keseluruhan .

    10. Mereka Cipta

    Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatuyang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.

    Langkah penggunaan :

    a) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.b) Janakan idea.

    c) Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.d) Mencuba dan menguji idea.e) Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.

    Contoh 1 : (maujud)

    Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit kerang yang boleh dipasarkan.

    Contoh 2 : (mujarad)

    Hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme.

    Contoh 3 : (mujarad)

    Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaranBahasa Melayu.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    32/109

    27

    Untuk mereka cipta kita perlu :

    a) Kenal pasti cabaran.

    Menghasilkan sesuatu hiasan dalaman dari pada kulit kerang.

    b) Menjanakan idea

    Membuat perhiasan rumahMembuat pakaianMembuat kapurMembuat makananMembuat simen

    c) Menjanakan idea khusus

    Membuat tabung

    d) Pilih satu reka bentuk

    e) Membina, mencuba dan menguji.

    f) Ulangi langkah-langkah.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    33/109

    28

    UNIT 5 STRATEGI BERFIKIR

    Unit ini memberikan penjelasan dan contoh setiap strategi berfikir.

    1. Mengkonsepsi

    Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkanciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.

    Langkah penggunaan :

    a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan.

    b) Kenal pasti ciri-ciri sepunya pada maklumat atau contoh-contoh.

    c) Kelaskan ciri-ciri.

    d) Hubung kaitkan kelas untuk membina konsep awal.e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau

    mengubah suai konsep awal.

    f) Bina konsep sebenar.

    Jadual 5.1 menunjukkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalamsetiap langkah mengkonsepsi.

    Contoh :

    Berdasarkan tayangan video yang bertajuk BUKIT KEPONG dan LEFTENAN

    ADNAN, murid diminta mengkonsepsikan patriotisme dalam konteks Malaysia.

    Untuk mengkonsepsi :

    a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan.Maklumat: jalan cerita, tema, plot, watak dan dialog filem

    b) Kenal pasti ciri sepunya pada maklumat atau contoh.

    i. Cerita berkisar tentang perjuangan orang-orang tempatan dalammempertahankan negara dari serangan musuh dalaman dan luaran.

    ii. Filem bertemakan perjuangan orang-orang tempatan dalam menegakkanmaruah bangsa dan dan negara.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    34/109

    29

    Langkah mengkonsepsi KBKK Utama

    a) Mengenal pasti maklumat atau contoh-

    contoh yang berkaitan

    menjana idea

    membanding dan membeza

    b) Mengenal pasti ciri-ciri sepunya padamaklumat atau contoh-contoh.

    mencirikan

    menghubungkait

    c) Mengelaskan ciri-ciri tersebut. menghubung kait

    mengumpul dan mengelas

    d) Menghubung kaitkan kelas-kelas ciri ituuntuk membina konsep awal.

    menghubungkait

    mensintesis

    e) Memberi maklumat atau contoh-contohlain untuk menguji atau mengubah suaikonsep awal yang telah dibina.

    menjana idea menghubungkait

    mensintesis

    f) Membina konsep sebenar mensintesis

    mengitlak

    Rajah 5.1 : Langkah dan KBKK Utama

    iii. Watak-watak dalam filem menggambarkan budi pekerti yang tinggi dan

    tabah menghadapi cabaran

    iv. Terdapat juga watak-watak yang menggambarkan musuh dalam selimut

    v. Negara kita, kita mesti pertahankan (dialog)

    vi. Prinsip perjuangan ialah :

    cinta akan bangsa dan negara sedia berkorban untuk mempertahankan negara berjuang hingga ke titisan darah terakhir

    bersatu padu mematuhi prinsip berusaha ke arah perkembangan negara

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    35/109

    30

    c) Kelaskan ciri tersebut.

    i. Berbangga sebagai rakyat Malaysiaii. Bersemangat setia negaraiii. Bersemangat kekitaaniv. Berdisiplin

    v. Berusaha dan produktif

    d) Hubung kaitkan kelas itu untuk membina konsep awal:

    Menghubung kaikan pengelasan ciri-ciri dengan ciri-ciri sepunya.

    Contoh : sedia berkorban untuk mempertahankan negara dengan bersemangatsetia negara.

    e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji ataumengubah suai konsep awal yang telah dibina

    i. Contoh-contoh lain : Sambutan Hari Pahlawan dan Sambutan HariKemerdekaan.

    Ulasan :

    Kedua-dua contoh mempunyai unsur-unsur patriotisme

    Cinta akan bangsa dan negara bersyukur sebagai warganegara Malaysia taat dan setia kepada raja dan pemimpinnya

    ii. Bukan contoh : Sambutan Hari Valentine

    Ulasan:Contoh tersebut tidak mempunyai unsur-unsur patriotisme

    f) Membina konsep sebenar.

    Satu konsep yang mantap dibina :Unsur-unsur patriotisme adalah berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangatsetia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif.

    Catatan :

    Sekiranya guru mendapati konsep yang dibina oleh murid tidak selari dengankonsep yang diterima umum, guru mesti membimbing murid untuk mendapatkankonsep yang betul dengan mengulangi langkah kedua.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    36/109

    31

    2. Menyelesaikan Masalah

    Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti,mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan.

    Strategi ini digunakan apabila diketahui

    a) tiada jawapan yang betul,b) ada perbezaan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang sepatutnya berlaku.

    Langkah penggunaan:

    a) Kenal pasti dan fahami masalah.b) Jelaskan masalah.c) Cari alternatif penyelesaian masalah.d) Lakukan operasi penyelesaian.e) Nilaikan penyelesaian.

    Langkah menyelesaikan masalah KBKKutama

    a) Mengenal pasti dan memahami masalah mencirikanmembanding dan membezamengumpul dan mengelas

    b) Menjelaskan masalah membuat inferensmenghubung kait

    c) Mencari alternatif penyelesaian masalah menjana ideameramalmengesan kocondonganmenilaimembuat gambaran mentalmensintesis

    d) Melakukan operasi mensintesismenyusun mengikut keutamaanmenganalisismereka cipta

    e) Menilai penyelesaian menganalisismengesan kecondonganmenilaimembuat kesimpulanmengitlak

    Rajah 5.2: Menunjukkan langkah penyelesaian masalah serta kemahiran berfikirkritis dan kreatif utama yang terlibat dalam setiap langkah.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    37/109

    32

    Contoh :

    Berpandukan gambar yang diberikan yang menunjukkan situasi dua orang lelakimenghadapi masalah untuk menyelamatkan kanak-kanak kerana arus sungai derasdan pokok tempat di mana tali diikat hampir tumbang.

    Untuk menyelesaikan masalah :

    a) Kenal pasti dan memahami masalah :

    Dua orang lelaki sedang berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak daripadadihanyutkan oleh arus deras sedangkan mereka sendiri menghadapi masalahdihanyut oleh arus.

    b) Jelaskan masalah :

    Menyelamatkan ketiga-tiganya daripada dibawa arus sungai yang deras.

    c) Cari alternatif penyelesaian masalah:

    i. Ikat tali ke pokok lain yang teguh.ii. Terjun ke sungai untuk membantu.iii. Gunakan kayu untuk menarik mereka bertiga.iv. Dapatkan bantuan orang lain.

    d) Lakukan operasi penyelesaian masalah dengan meninjau kesan dan akibatalternatif yang dipilih

    Contoh alternatif : Ikat tali ke pokok lain yang teguh.

    e) Nilaikan penyelesaian :

    i. Alternatif yang terbaik sebagai penyelesaian ialah alternatif yang banyakkesan positif atau yang disokong berdasarkan Rajah 5.3.

    ii. Sekiranya alternatif penyelesaian itu mempunyai kesan negatif ubah suai carapenyelesaian yang perlu untuk mengelakkan masalah lain.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    38/109

    33

    Kesan(Apakah akan berlaku jika pilihan inidiambil?)

    Sokongatau tidak

    Nilai(Penting atau tidak kesan itu,mengapa?)

    a) Ambil masa untuk buka dan ikatsemula tali

    Tidak keadaan cemas perlutindakan cepat

    b) Arus deras lebih cepatmenghanyutkan mereka

    Tidak mangsa perlu diselamatkan

    c) Orang yang beri bantuan mungkinterjatuh ke dalam sungai

    Tidak keselamatan diri perlu dijaga.

    Rajah 5.3 : Kesan daripada alternatif yang dipilih

    3. Membuat Keputusan

    Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatifberdasarkan kriteria tertentu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

    Strategi ini digunakan untuk :

    a) Membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagaipenyelesaian.

    b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih.

    Langkah penggunaan :

    a) Kenal pasti matlamat untuk dicapaib) Kenal pasti semua alternatif bagi mencapai matlamatc) Analisis semua alternatif mengikut criteria umum.d) Susun alternatif mengikut keutamaan.e) Pilih sekurang-kurangnya dua alternatif yang terbaik.f) Nilaikan secara terperinci alternatif yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti

    risiko, strategi dan nilai.g) Buat keputusan dengan memilih satu alternatif terbaik.

    Jadual 5.4 menunjukkan langkah membuat keputusan serta ciri kemahiran berfikir kritisdan kreatif yang utama dalam setiap langkah.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    39/109

    34

    Rajah 5.4 Pelaksanaan langkah membuat keputusan dan KBKK Utama

    Langkah membuatkeputusan

    KBKKutama

    a) Mengenal pasti matlamat mencirikanmembanding dan membezakanmengumpul dan mengelaskanmenganalisis

    b) Mengenal pasti alternatif menjanakan ideamembuat inferensmenghubung kaitkanmeramalmembuat hipotesis

    c) Menganalisis alternatif meramalmembuat gambaran mental

    mengesan kecondonganmenilai

    d) Menyusun alternatif mensintesismembuat urutanmenyusun mengikut keutamaanmenganalisis

    e) Memilih sekurang-kurangnyadua alternatif terbaik

    menganalisismenilaimengitlak

    membuat kesimpulan

    f) Membuat keputusan Membuat kesimpulan

    Contoh:

    Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Hujan turun dengan lebat dan kilat sabungmenyabung. Tiba-tiba anda menerima panggilan kecemasan yang menyatakan ibuanda sakit tenat dan berada dalam keadaan nazak. Walaupun keadaan cuaca kurangbaik anda terus memandu kereta menuju ke rumah ibu anda yang mengambil masa 60minit untuk sampai. Dalam perjalanan, kereta anda mengalami kerosakan enjin. Andatidak dapat meneruskan perjalanan, sedangkan anda harus sampai di rumah ibu andasecepat mungkin. Jarak perjalanan tinggal kira-kira 20 km lagi. Apa yang harus andalakukan?

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    40/109

    35

    Untuk membuat keputusan:

    a) Kenal pasti matlamat yang hendak dicapai.

    Matlamat: saya mesti sampai ke rumah ibu saya secepat mungkin untuk bersamaibu yang sedang nazak.

    b) Kenal pasti alternatif bagi mencapai matlamat.

    Alternatif 1: Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain

    Alternatif 2: Cari formen/mekanik.

    Alternatif 3: Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan memintatumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah

    Alternatif 4: Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkanpertolongan

    c) Analisis alternatif

    Alternatif 1: Pengangkutan awam tiada di waktu sedemikian.

    Alternatif 2: Susah mencari bengkel yang beroperasi 24 jam.

    Alternatif 3: Sekurang kurangnya alternatif ini mendekatkan kepadadestinasi tetapi menakutkan.

    Alternatif 4: Pertolongan lebih senang didapati di siang hari, tetapi

    mungkin terlewat untuk bersama ibu nanti di saat-saat akhir.

    d) Susun alternatif mengikut keutamaan dengan mendahulukan yang paling utama.

    i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang keretalain serta berdoa kepada Allah

    ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan

    iii. Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain

    iv. Cari formen/mekanik.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    41/109

    36

    e) Pilih dua alternatif yang paling baik

    i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang keretalain serta berdoa kepada Allah

    ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan

    f) Nilaikan kedua-dua alternatif menggunakan carta T-Rujuk seperti Jadual 5.5

    Jadual 5.5 Menilai Alternatif Pilihan

    a. Menilai Alternatif (i)

    Kebaikan Wajaran Keburukan Wajaran

    Semakin dekat ke destinasi

    Masa tidak terbuang

    10

    9

    Meletihkan

    Kereta mungkin dicuri orang

    2

    4

    19 6

    b. Menilai Alternatif (ii)

    Kebaikan Wajaran Keburukan Wajaran

    Kereta lebih selamat

    Saya lebih selamat

    4

    8

    Masa terbuang

    Mungkin tidak sempatjumpa ibu

    5

    7

    12 12

    g) Buat keputusan dengan memilih alternatif yang terbaik

    Alternatif (i) dipilih kerana wajaran kebaikan lebih besar dari wajaran kebaikanuntuk alternatif (ii), dan wajaran keburukannya lebih kecil berbanding denganwajaran keburukan untuk alternatif (ii).

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    42/109

    37

    UNIT 6 KEMAHIRAN MENAAKUL

    Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran menaakul.

    Kemahiran ini digunakan untuk meningkatkan keberkesanan :

    a) Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.

    b) Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

    1. Penaakulan Secara Induktif

    Membuat pertimbangan dari beberapa contoh atau situasi yang spesifik untuk

    membuat satu kesimpulan atau pengitlakan.

    Langkah penggunaan:

    a) Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik.

    b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya.

    c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.

    6.1 : Rajah Berbentuk Segitiga

    6

    6T U

    S

    6

    A

    BC

    4

    3

    5

    88

    8

    P

    Q R MN

    8

    6

    10

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    43/109

    38

    Contoh :

    Rajah 6.1 menunjukkan rajah berbentuk segitiga. Kumpulkan dan buat kesimpulan

    berasaskan ciri atau pola sepunya bagi setiap segitiga tersebut.

    Untuk membuat penaakulan secara induktif kita perlu :

    a) Teliti beberapa contoh dan situasi yang spesifik.

    Senaraikan ciri atau pola sepunya bagi setiap rajah segitiga tersebut, seperti

    rajah berbentuk segitiga, mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi , mempunyai

    tiga sisi yang sama panjang, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai

    satu sudut pedalaman ialah 90 , nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60 dan jumlah

    sudut-sudut pedalaman ialah 180.

    b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya.

    Segitiga

    Ciri/Pola

    SegitigaLMN

    SegitigaPQR

    SegitigaSTU

    SegitigaABC

    Mempunyai tiga bucu

    Mempunyai tiga sisi

    Mempunyai tiga sisi yangsama panjang

    - -

    Nilai satu sudutpedalaman ialah 90

    - -

    Nilai sudut-sudutpedalaman ialah 60

    - -

    Jumlah sudut-sudutpedalaman bagi setiapsegitiga ialah 180

    Jadual 6.1 Ciri atau pola yang sepunya bagi setiap segitiga.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    44/109

    39

    c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.

    i. Semua segitiga sama sisi mempunyai ketiga-tiga sudut pedalaman yang bernilai60 dan ketiga-tiga sisi sama panjang.

    ii. Semua segitiga bersudut tegak mempunyai satu sudut pedalaman bernilai 90

    dan ketiga-tiga sisi yang tidak sama panjang.

    2. Penaakulan Secara Deduktif

    Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang

    spesifik.

    Langkah penggunaan :

    b) Teliti situasi umum.

    c) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.

    Contoh :

    Jadual 6.2 menyenaraikan ciri-ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak.

    Berdasarkan ciri yang dinyatakan, padankan segitiga dalam Rajah 6.1 kepada kelas

    masing-masing.

    Segitiga sama sisi Segitiga bersudut tegak

    Nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60

    Mempunyai sisi-sisi yang sama panjang

    Nilai satu sudut pedalaman ialah 90

    Mempunyai sisi-sisi yang tidak samapanjang

    Jadual 6.2 Ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak .

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    45/109

    40

    Untuk membuat penaakulan secara deduktif kita perlu :

    a) Teliti situasi umum

    i. Segitiga sama sisi mempunyai ciri tiga sisi yang sama panjang, dan nilai sudut-

    sudut pedalaman ialah 60.

    ii. Segitiga bersudut tegak mempunyai ciri sisi yang tidak sama panjang, dan nilai

    satu sudut pedalaman ialah 90

    b) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.

    SegitigaCiri/Pola

    SegitigaLMN

    SegitigaPQR

    SegitigaSTU

    SegitigaABC

    Mempunyai tiga bucu

    Mempunyai tiga sisi

    Mempunyai tiga sisi yang samapanjang

    - -

    Nilai satu sudut pedalaman 90 - -

    Nilai sudut-sudut pedalaman 60 - -

    Jumlah sudut-sudut pedalamanbagi setiap segitiga 180

    Rajah 6.3 : Contoh spesifik segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak

    Segitiga PQR dan STU adalah segitiga sama sisi kerana mempunyai ciri berikut :

    mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi sama panjang, nilai sudut-sudut

    pedalaman ialah 60dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180.

    Segitiga ABC dan LMN adalah segitiga bersudut tegak kerana mempunyai ciri yang

    berikut: mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilaisatu sudut pedalaman ialah 90 dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    46/109

    41

    UNIT 7 ALAT BERFIKIR

    Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melaluipenggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alatberfikir yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

    penyusun grafik, soalan dan penyoalan, serta peta minda.

    1 PENYUSUN GRAFIK

    Penggunaan penyusun grafik yang sesuai dengan KB tertentu semasa melaksanakantugasan berfikir akan meningkatkan penguasaan murid terhadap KB tersebut. Adakahpenyusun grafik sesuai digunakan untuk satu kemahiran berfikir atau pelbagaikemahiran berfikir? Pemilihan penyusun grafik yang sesuai dengan sesuatu KB danstrategi berfikir ada diberikan pada Jadual 7.1.

    Jadual 7.1 Pemilihan penyusun grafik kemahiran berfikir

    Kemahiran Berfikir dan Penyusun Grafik**Strategi Berfikir 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12Mencirikan x x x x x xMembanding dan membezakan x x xMengumpul dan mengelaskan x x xMembuat urutan x x xMenyusun mengikut keutamaan xMenganalisis x x xMengesan kecondongan x xMenilai x xMembuat kesimpulan x x

    Menjanakan idea x xMenghubungkaitkan x x x x x xMembuat inferens xMeramal xMengitlak xMembuat gambaran mental x xMensintesiskan

    Membuat hipotesis x xMenganalogikan xMereka cipta xMengkonsepsikan x

    Menyelesaikan masalah xMembuat keputusan x

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    47/109

    42

    **Nota: (Penyusun Grafik)1 Carta Maklumat 5 Carta Edaran 9 Pohon Fikiran2 Carta T 6 Rantai Urutan 10 Tangga Hierarki3 Carta Selari Masa 7 Rajah Pancaran 11 Rajah Venn4 Carta Tulang Ikan 8 Jadual Mantik 12 Carta Alir

    2 SOALAN DAN PENYOALAN

    Soalan dan penyoalan boleh membantu murid membuat pertimbangan, menjanakanidea baru, mengembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif, mengujikebolehan serta menilai pencapaian.

    Antara tujuan menggunakan soalan dan penyoalan ialah:a) Memperkembang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.b) Meningkatkan metakognisi.c) Merangsang penglibatan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.d) Menggalakkan pertimbangan idea baru dan penggunaan idea sedia ada.e) Menggalakkan suasana untuk perkongsian idea di antara guru dengan murid.f) Menguji kebolehan berfikir.g) Menilai tahap penguasaan kemahiran berfikir.h) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

    Soalan berkualiti terdapat dalam bentuk soalan bertumpu, bercapah dan lingkaransoalan.

    a) Soalan Bertumpu dan Bercapah

    Soalan jenis ini memberi tumpuan kepada sama ada suatu soalan itu memerlukan

    jawapan yang lebih objektif atau subjektif. Rajah 7.2 menunjukkan perbandinganantara soalan bertumpu dengan soalan bercapah.

    Soalan bertu

    Soalan Bertumpu mpuSoalan berca

    Soalan Bercapahpah

    Jenis soalan ini berdasarkan kepadasusunan beberapa soalan secara bersiri.Soalan jenis ini bertujuan untukmenumpukan idea atau hujah yanghendak diketengahkan.

    Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiranmurid yang kritis, kreatif dan rasional sebelummemberi jawapan. Ia bertujuan untukmengalihkan perhatian murid daripada satuhujah kepada hujah yang lain yang ada kaitandengan hujah awal supaya pemahamanmurid bertambah luas.

    Skop - terhad dan spesifik Skop - luas dan terbuka

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    48/109

    43

    Jawapan terdapat secara langsungdaripada teks bacaan.

    Jawapan tidak terdapat secara langsungdaripada teks bacaan.

    Berbentuk penaakulan dan tafsiran yangmana jawapannya tidak perlu diolah.

    Berbentuk penaakulan dan tafsiran di manajawapan memerlukan olahan.

    Jawapan bersifat objektif dan spesifik. Jawapan yang bersifat subjektif.

    Contoh :i. Huraikan peringkat perkembangan

    kupu-kupu.ii. Terangkan punca-punca pencemaran

    air.iii. Berikan tiga keburukan perkembangan

    teknologi dalam sektor pertanian.

    Contoh :i. Bincangkan apa yang akan terjadi jika

    satu daripada peringkat kitaran hidupkupu-kupu diganggu.

    ii. Mengapakah ramai orang tidakmengambil berat tentang masalahpencemaran?

    iii. Pada pendapat anda, apakah kesansampingan perkembangan teknologikepada peradaban manusia?

    Jadual 7.2 Perbandingan antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah

    b) Lingkaran Soalan

    Lingkaran soalan ialah satu jenis soalan yang mempunyai tumpuan kepada skop-skoptertentu iaitu skop perkara, individu dan persekitaran seperti dalam Rajah 7.1.

    Rajah 7.1 Skop lingkaran soalan

    Individu

    perkarapersekitaran

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    49/109

    44

    Contoh soalan lingkaran ialah ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3 :

    Jadual 7.3 Soalan Tajuk AIDS

    Skop Soalan

    Perkara Apakah maksud AIDS?

    Apakah punca penyakit AIDS? Bagaimanakah aid berkembang?

    Individu Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap

    penyakit AIDS?

    Apakah tindakan anda untuk mencegah bahaya AIDS?

    Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidappenyakit AIDS?

    Ada pendapat menyatakan ancaman AIDS adalah balasan kepadamanusia yang mengingkari perintah Tuhan. Nyatakan pendapatanda.

    Persekitaran Selain Malaysia, negara manakah yang mengalami masalah

    peningkatan jumlah pesakit AIDS? Apakah tindakan yang telah diambil oleh negara lain untuk

    mencegah bahaya AIDS?

    Jumlah pengidap AIDS semakin bertambah. Cadangkan aktivitiyang boleh dijalankan untuk mendidik murid tentang bahaya AIDS?

    3 PETA MINDA

    Peta minda adalah suatu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikanyang tersirat kepada yang tersurat. Peranan peta minda dalam merangka, mencatatnota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat suatupersembahan adalah suatu yang penting.

    Garis panduan membina peta minda adalah seperti yang berikut :

    a) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea. b) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk.c) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu.

    d) Gunakan kata kunci, gambar , imej tiga matra atau simbol.e) Tuliskan kata penghubung di atas garisan.f) Jadikan corak yang menarik.g) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    50/109

    45

    h) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi untuk menjadikannya lebih menarikdan berkesan.

    i) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda lebih asli.

    Satu contoh peta minda adalah ditunjukkan dalam Rajah 7.2.

    Rajah 7.2 Contoh peta minda tentang pengelasan tumbuhan

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    51/109

    46

    UNIT 8 PETUNJUK KEMAHIRAN BERFIKIR

    Dalam model KB, perkataan tertentu digunakan untuk setiap kemahiran berfikir .Selain perkataan tersebut, terdapat frasa atau perkataan lain yang memberi maknayang sama. Perkataan atau frasa ini amatlah membantu guru dan muriduntuk memahami dan menguasai KB tersebut.

    1 Petunjuk Pemikiran Kritis

    Rajah 8.1 Perkataan atau frasa yang memberikan makna sama dengan KB kritis.

    Pemikiran Kritis Perkataan atau frasa yang memberi maknayang sama

    a. Mencirikan

    .

    Menyatakan ciri-ciri unsur. Memperlihatkan sifat. Menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur. Mengenal pasti kualiti, sifat, ciri dan unsur.

    Menyebut ciri-ciri, sifat dan unsur.

    b. Membanding danmembeza

    Mencari persamaan dan perbezaan. Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan. Menentukan ciri sepadan dan tak sepadan. Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa. Menyatakan persamaan dan perbezaan. Menyusun ciri-ciri yang sama dan berbeza.

    c. Mengumpul dan

    mengelas

    Membuat pengelasan berasaskan ciri-ciri yang sepunya. Mengumpulkan mengikut sesuatu kategori.

    Mengumpulkan mengikut ciri-ciri yang boleh dibandingkan. Menyenaraikan ciri-ciri yang boleh dibandingkan. Mengkategorikan ciri. Menyusun mengikut kriteria. Menyusun mengikut kumpulan.

    d. Membuat urutan Menyusun mengikut sesuatu tertib berasaskan nilai, abjad,

    kronologi, saiz, corak, masa dan lain-lain. Menyusun secara menaik atau menurun Menyusun secara rantai urutan

    e. Menyusunmengikutkeutamaan

    Mengatur mengikut sesuatu kriteria daripada yang paling

    penting kepada yang kurang penting atau menyenaraikanidea mengikut kepentingan.

    Menyusun berdasarkan segera kepada kurang segera Menyenarai mengikut hierarki berdasarkan matlamat

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    52/109

    47

    Mengatur mengikut paling hadapan kepada paling belakang Menyusun mengikut paling atas kepada paling bawah

    f. Menganalisis Mencerakin maklumat Mengolah idea Mengesan penyebab Menghuraikan faktor-faktor penyebab Membuat andaian berasaskan maklumat Menghurai mengikut ciri-ciri Menghuraikan kepada bahagian Mencerakin komponen yang terlibat Mencari bukti-bukti yang menyokong Mengimbas kembali idea Mengkaji kesan baik dan buruk Mengkaji keputusan berasaskan fakta

    g.Mengesankecondongan

    Menentukan pendirian berat sebelah

    Menentukan pemberatan kepada satu pihak Menentukan pendirian ke satu pihak

    h. Menilai Menaksir maklumat Mempertimbangkan pendapat dan pandangan Mempertimbangkan cadangan Menyatakan rasional Membahaskan isu atau pernyataan Membuat pertimbangan Memberi alasan untuk menerima atau menolak Membuat wajaran Mempertimbangkan kesan dan akibat Membuat pilihan Mengimbas kembali pilihan Menentukan nilai

    i. Membuatkesimpulan

    Merumuskan isu Menyatakan hasil selepas analisis Menyusun alasan Membuat resolusi Membuat persetujuan Membuat keputusan bijaksana yang muktamad Menggulung hujah

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    53/109

    48

    2 PETUNJUK PEMIKIRAN KREATIF

    Rajah 8.2 Perkataan atau frasa yang memberi makna sama dengan KB kreatif

    Pemikiran Kreatif Perkataan atau frasa yang memberi maknayang sama

    a. Menjana idea

    mengemukakan idea mencadangkan alternatif mencadangkan sebab menyenaraikan idea menyatakan cara lain menyumbangkan pendapat menyatakan kemungkinan menghasilkan idea mencetuskan idea melahirkan idea

    b. membuat inferens membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian membuat rumusan awal daripada data membuat kesimpulan awal daripada maklumat membuat tanggapan awal membuat penyataan awal membuat pendirian awal menyatakan ketetapan awal

    c. Menghubung kait

    menerangkan sebab dan akibat menyatakan perkaitan menyatakan sebab-musabab menyatakan implikasi mengkaji perkaitan mencari perkaitan mengaitkan idea menyatakan pertalian membuat perhubungan

    d. Meramal menyatakan apa yang akan berlaku membuat jangkaan menganggarkan apa yang akan berlaku membuat perlunjuran menyatakan kemungkinan yang akan berlaku

    e. Membuathipotesis

    menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya membuat pernyataan yang perlu diuji ketepatannya menyatakan pandangan yang perlu diuji kejituannya

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    54/109

    49

    h. Mensintesis mengabungkan idea menggubal semula menyatukan idea-idea menyepadukan idea-idea

    i. Mengitlak

    membuat pernyataan umum berdasarkan pola membuat generalisasi membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea

    i. Menganalogi memetafora membuat sindiran membuat kiasan membuat perlambangan membuat simulasi membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan

    j. Membuatgambaran mental

    mengimaginasi

    menggambarkan dalam bentuk lain membayangkan dalam minda melakarkan peta minda membuat khayalan cuba fikirkan suatu peristiwa

    k. Mereka cipta

    .

    cadangan idea asli menghasilkan gubahan asli mereka bentuk mencipta sesuatu membuat inovasi menghasilkan idea yang kreatif membuat pengubahsuaian

    .

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    55/109

    50

    3 PETUNJUK STRATEGI BERFIKIR

    Rajah 8.3 Petunjuk langkah dalam strategi mengkonsepsi, menyelesai masalah danmembuat keputusan

    Langkah Strategi

    Berfikir

    Perkataan atau frasa yang memberi makna

    yang sama

    a. Mengkonsepsikan

    menghasilkan konsep membentukkan konsep

    membina konsep

    i. Mengenal pasticontoh ataumaklumat

    menentukan contoh memberikan contoh mendapatkan contoh menyatakan contoh menyenaraikan contoh

    ii. Mengenal pasti cirisepunya

    menyenaraikan ciri menentukan ciri sepunya memberikan ciri mendapatkan ciri menyatakan ciri

    iii. Mengelaskanciri- ciri

    mengumpul ciri mengikut kategori membuat pengelasan berasaskan ciri sepunya menyenarai ciri yang boleh dibandingkan mengkategorikan ciri menyusun mengikut kumpulan membahagikan ciri yang sama ke dalam

    kumpulan kecil

    iv. Menghubung kaitkankelas untuk membinakonsep awal

    mencari perkaitan antara ciri mengkaji perkaitan antara ciri menyatakan perkaitan ciri menyatakan pertalian ciri

    v. Memberikan contoh-contoh lain untukmenguji ataumengubah konsep

    awal

    mencari contoh-contoh tambahan mencari bukan contoh mendapatkan contoh menyatakan contoh

    menyenaraikan contoh menentukan contoh

    vi. Membina konsep bentukkan konsep hasilkan konsep

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    56/109

    51

    b. Menyelesai Masalah

    cari penyelesaian

    selesaikan

    carikan cara penyelesaian

    selesaikan persoalan

    i. Mengenal pasti

    masalah

    menentukan masalah

    menyatakan masalah memerihalkan masalah menyenaraikan masalah

    ii. Menjelaskan masalah menerangkan masalah menghuraikan masalah

    iii. Mencari alternatifpenyelesaianmasalah

    mendapatkan alternatif mendapatkan penyelesaian lain mencari cara lain menentukan kaedah berbeza

    iv. Melakukan operasi menjalankan operasi melaksanakan operasi menjalankan langkah-langkah

    v. Menilai penyelesaian mentaksir penyelesaian mempertimbangkan penyelesaian membuat wajaran membuat pilihan

    c. Membuat Keputusan membuat kata putus

    membuat cadangan yang terbaik

    memilih alternatif yang terbaik

    membuat ketetapan

    membuat ketentuan

    i. Mengenal pastimatlamat

    menentukan matlamat memberikan matlamat mendapatkan matlamat menyatakan matlamat menyenaraikan matlamat

    ii. Mengenal pasti

    alternatif

    menentukan alternatif

    memberikan alternatif mendapatkan alternatif menyatakan alternatif menyenaraikan alternatif

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    57/109

    52

    iii. Menganalisis alternatif mencerakin alternatif menghurai pil ihan mengkaji kesan baik dan buruk membuat kajian mendalam terhadap alternatif

    iv. Menyusun alternatif mengatur alternatif mengikut keutamaan menyusun pilihan mengikut hierarki menyenaraikan alternatif yang terbaik menyusun pilihan terbaik

    v. Memilih sekurang-kurangnya duaalternatif terbaik

    menentukan dua alternatif terbaik mendapatkan dua pilihan terbaik menyenaraikan dua alternatif terbaik

    vi. Menilai alternatif yangtelah dipilih

    mentaksir alternatif yang dipilih mempertimbangkan pilihan mengkaji alternatif yang telah dipil ih membuat wajaran terhadap pilihan

    vii. Membuat keputusan membuat kata putus membuat cadangan yang terbaik memilih alternatif yang terbaik membuat ketetapan membuat ketentuan

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    58/109

    53

    UNIT 9 METAKOGNISI

    Metakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, cara merekameneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalampengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dansemangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah diridemi menghasilkan sesuatu yang maujud.

    OPERASI METAKOGNISI

    Operasi metakognisi melibatkan strategi merancang, memantau dan menilai prosesberfikir.

    a) Merancang adalah proses mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikirserta bagaimana strategi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapaimatlamat yang telah ditetapkan.

    b) Memantau adalah proses mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaanproses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar.

    c) Menilaiadalah proses mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk danproses berfikir yang telah dilalui.

    Ketiga-tiga strategi metakognisi ini, membantu kita mengawal dan menjalankan prosesberfikir dengan berkesan.

    MENGEMBANGKAN METAKOGNISI

    Metakognisi boleh dikembangkan melalui tiga cara iaitu:

    a) Guru membimbing murid:

    i.Merancang operasi berfikir dalam tugasan yang diberikan.ii. Membuat pemantauan semasa melaksanakan operasi berfikir.iii. Menilai sejauh mana operasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    b) Guru bersama murid merancang, memantau dan menilai aktiviti pembelajaran dalamkelas dan memberikan tugasan untuk mengukuhkan proses metakognisi murid.

    c) Murid saling menilai dan memberi penjelasan tentang strategi dan proses berfikirantara satu sama lain.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    59/109

    54

    Ketiga-tiga langkah tersebut adalah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.Proses metakognisi perlu dirangsang dalam mengembangkannya. Pernyataan,pendapat atau pandangan yang diberikan oleh guru yang bermula dengan frasa awalanyang tertentu boleh digunakan untuk merangsang metakognisi murid.

    Yang berikut adalah contoh frasa awalan:

    a) Saya fikir atau berpendapat ...

    Saya berpendapat bahawa fenomena El-Nino bukan penyebab utama jerebu.

    b) Saya kurang pasti bahawa ...

    Saya kurang pasti bahawa manusia boleh tinggal di planet Marikh.

    c) Pengetahuan dan pengalaman saya menunjukkan bahawa ...

    Pengalaman dan pengetahuan saya menunjukkan bahawa teknologi maklumat

    kurang memberi faedah kepada pembangunan negara.

    d) Saya yakin bahawa ...

    Saya yakin bahawa pengklonan manusia akan memberikan banyak faedah kepadamanusia sejagat.

    Dengan mengemukakan pernyataan, pandangan atau pendapat yang menggunakanfrasa awalan tertentu, fikiran murid terangsang dan murid akan memberi respons.Berdasarkan respons daripada murid, soalan selanjutnya boleh dikemukakan untukmenggalakkan perbincangan berkaitan dengan tugasan dan mengembangkan proses

    metakognisi.

    Seterusnya dalam mengembangkan metakognisi, murid perlu mengemukakan soalankendiri yang meliputi strategi merancang, memantau dan menilai. Denganmengemukakan soalan kendiri ini, pemikiran murid akan terkawal dan terarah kepadapencapaian matlamat tugasan berfikir.

    PERBEZAAN ANTARA SOALAN METAKOGNISIDAN SOALAN KOGNISI

    Soalan metakognisi bertujuan untuk merangsang dan mengesan perkembanganmetakognisi. Soalan kognisi bertujuan untuk menguji penguasaan isi kandungan danKBSB. Soalan metakognisi berbeza dengan soalan kognisi. Perbezaan ini adalah darisegi tujuan soalan itu dikemukakan. Yang berikut adalah contoh soalan metakognisidan kognisi dalam satu topik pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    60/109

    55

    Contoh Soalan:

    Anda diberikan dua daun hidup. Bandingkan dan bezakan antara kedua-duanya.

    Jadual 9.1 Perbezaan antara soalan metakognisidan soalan kognisi

    Soalan Metakognisi Soalan Kognisi

    (a) Apakah langkah yang anda fikirkansesuai untuk mencari persamaandan perbezaan antara daun A dandaun B?

    (b) Bagaimanakah anda membezakandaun A dan daun B?

    (a) Mengapakah anda menggunakankaedah itu?

    (d) Adakah anda berpuas hati dengankeputusan yang anda perolehi?

    a) Senaraikan ciri persamaan danperbezaan antara daun A dandaun B.

    (b) Bandingkan corak umum urat daunA dan daun B.

    (c) Daun manakah yang lebih:(i) lebar?(ii) panjang?

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    61/109

    56

    UNIT 10 STRATEGI PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIRDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Satu strategi yang difikirkan dapat membantu guru mengembangkan minda murid ialahmelaluipenerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui strategi ini KB

    dipelajari bersama isi kandungan mata pelajaran. Walau bagaimanapun dalammenerapkan KB bersama isi kandungan, pengubahsuaian perlu dibuat dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran agar pembelajaran yang dihasilkan adalah pembelajaran yang berfikrah.

    PEMBELAJARAN BERFIKRAH

    Apakah perkaitan antara penerapan KB dengan pembelajaran berfikrah?.Bandingkan dua situasi pengajaran dan pembelajaran yang berikut:

    Situasi 1

    Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata mengikut langkah berikut:

    a) Memberikan kepada pelajar pengelasan haiwan yang sedia ada.b) Memberi contoh yang berkaitan.c) Memberi ciri yang dipunyai oleh setiap kelas haiwan.

    Situasi 2

    Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata dengan menjalankan aktivitiberikut:

    a) Murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan berdasarkan ciri sepunya.b) Guru membimbing murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan kepada

    kumpulan sedia ada.c) Murid membuat kesimpulan tentang ciri tertentu bagi setiap kumpulan haiwan.

    Jika dibandingkan antara kedua situasi, dalam situasi 1 murid lebih berfungsi sebagaipenerima maklumat yang diberikan oleh guru. Manakala dalam situasi 2, muridmengalami proses berfikir. Dalam situasi 2 murid terlibat secara langsung dalamproses memerhati, membanding, membezakan, dan mengelaskan haiwan kepadakumpulan tertentu. Seterusnya murid membuat kesimpulan tentang ciri am bagi setiap

    kelas haiwan.

    Situasi 2 menggambarkan satu episod pembelajaran berfikrah. Murid terlibat secaralangsung dengan proses berfikir yang lebih tinggi daripada mengingat. Apakahperanan guru dalam situasi tersebut?

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    62/109

    57

    Penerangan Maksud Pembelajaran Berfikrah

    Pembelajaran berfikrah menyepadukan kandungan dan proses sebagai pendekatanutama. Perkara yang ada dalam kandungan adalah konsep, prinsip, pengitlakan,masalah, fakta dan definisi. Proses pula adalah kemahiran berfikir, strategi berfikir,

    metakognisi dan kemahiran sosial ( Resnick, 1989).

    Penerapan KB, kemahiran proses serta sikap dan nilai murni dalam pengajaran danpembelajaran sains adalah strategi utama ke arah pembelajaran berfikrah. Kebolehanuntuk mengawal dan mengurus pemikiran atau metakognisi amat membantu ke arahpembelajaran berfikrah. Strategi penerapan perlu menggabungkan tiga pendekatanpengajaran dan pembelajaran KB iaitu:

    a) Mengajar cara berfikir (murid mempelajari tentang perincian KB).b) Mengajar untuk berfikir ( murid mengalami proses berfikir).c) Mengajar tentang berfikir (murid mengawal serta mengurus proses berfikir).

    Penggabungan ketiga-tiga pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran akanmenjadikan penerapan KB lebih berkesan dan dapat mengembangkan minda murid.Ketiga-tiga pendekatan tersebut perlu menjadi asas dalam rangka kerja yangdigunakan dalam program penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran.

    RANGKA KERJA PENERAPAN KB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Terdapat lima peringkat rangka kerja khusus untuk menerapkan KB dalam pengajarandan pembelajaran . Rangka kerja ini adalah sesuai untuk pendekatan pembelajaranseperti inkuiri-penemuan, pembelajaran koperatif, konstruktivisme dll.

    a) KB diperkenalkan.

    b) KB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

    c) KB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

    d) KB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan guru.

    e) KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasanberfikir.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    63/109

    58

    Langkah 1: Memperkenalkan KB

    a) Guru mengadakan aktiviti terancang untuk mendorong murid menguasai KB yangbaru.

    b) Guru memberikan atau menyebut perkataan KB yang telah dipilih. Perkataan atau

    frasa lain yang memberi maksud yang sama dengan KB tersebut jugadiperkenalkan kepada murid.

    c) Guru menjelaskan kepada murid langkah penggunaan KB dengan merujuk kepadaperincian kemahiran dan strategi berfikir.

    d) Guru menjelaskan pada murid penggunaan penyusun grafik yang boleh digunakanbagi membantu proses berfikir dan cara menggunakannya.

    e) Guru membantu murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah diberi.

    Langkah 2: Mempraktikkan KB dengan bimbingan guru

    a) Guru memberitahu murid KB yang akan digunakan.

    b) Guru berbincang dengan murid bagaimana melaksanakan KB berkenaan.

    c) Murid diberikan beberapa set data berkaitan dengan isi kandungan atau situasiyang setara dengan isi kandungan mata pelajaran dan mengaplikasikan KBterhadap data atau situasi tersebut.

    d) Murid membuat refleksi bagaimana mereka melaksanakan KB.

    (Pada peringkat ini guru perlu membuat penilaian untuk menentukan sama ada muridboleh ke peringkat seterusnya).

    Langkah 3: Mempraktikkan KB tanpa bimbingan guru

    a) Murid melaksanakan tugasan menggunakan KB yang telah ditetapkan untukmenjawab soalan ujian, kerja rumah dan lain-lain.

    b) Murid menggunakan KB yang telah dipelajari untuk memudahkannya mempelajari

    KB selanjutnya yang lebih kompleks.

    (Pada peringkat ini guru boleh menilai penguasaan murid terhadap KB yang telahdipelajari. Sekiranya didapati murid masih belum menguasai KB berkenaan, merekaperlu dibimbing semula).

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    64/109

    59

    Langkah 4: Mengaplikasikan KB dalam situasi baru dan diperkembang denganbimbingan guru

    a) Memberitahu murid KB yang perlu diaplikasikan.

    b) Berbincang bersama murid tentang pelaksanaan proses berfikir yang berkaitan.

    c) Berbincang bersama murid bagaimana kemahiran berfikir tersebut dapat digunakandalam situasi baru itu.

    d) Membantu murid membuat refleksi proses berfikir yang telah mereka lalui.

    Langkah 5: KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapaitugasan berfikir

    Pada peringkat ini murid perlu mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasai untukmembuat tugasan tertentu. Tugasan yang diberikan perlu melibatkan kemahiran lainseperti kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Tugasan berfikir dalambentuk projek, soalan latihan, ujian, peperiksaan dan aktiviti penyelesaian masalahsangat sesuai diberikan kepada murid pada peringkat ini. Jika murid berjayamenjalankan tugasan pada tahap ini, murid boleh dianggap telah mencapai tahappenguasaan.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    65/109

    60

    11 PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Dalam Bab 1, lima peringkat dalam rangka kerja penerapan kemahiran berfikir danstrategi berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah dibincangkan. Setiapperingkat rangka kerja tersebut boleh dilaksanakan terus ke dalam strategi dan

    kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada seperti eksperimen, kajianlapangan dan simulasi. Dalam bab ini, contoh pengoperasian peringkat-peringkatrangka kerja dengan KBSB yang tertentu diberikan untuk menggambarkan situasisebenar dalam pengajaran dan pembelajaran.

    MATA PELAJARAN SAINS

    PERINGKAT 1 : MEMPERKENALKAN KBSB

    Contoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan haiwan mengikut

    sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Kehidupan, KurikulumSains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah sumbangsaran semasa langkah set induksi dan pemerolehan pengetahuan. KBSB yang hendakdikuasai ialah membanding dan membezakan. KBSB yang telah dipelajari dan perludigunakan ialah mencirikan.

    Lokasi : Dalam Makmal/Bilik Sains.

    Bahan Bantu : Gambar pelbagai jenis haiwan, bola sepak,Mengajar bola takraw, bola tampar.

    (Cikgu Murni menghadap pelajar sambil memegang sebiji bola sepak)

    Cikgu Murni : Apakah objek yang saya pegang ini?

    Hashim : Bola sepak cikgu!

    Cikgu Murni : Mengapakah kamu katakan objek ini ialah bola sepak?

    Hashim : Kerana objek itu berbentuk sfera.

    Rani : Ada corak petak hitam putih, cikgu.

    Sabri : Ada tulisan FIFA, cikgu.

    Tham : Kerana saya pernah main bola sepak dengan bola seperti itu.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    66/109

    61

    Kallang : Cikgu, kerana saya biasa melihat orang bermain bola sepakdengan bola seperti itu.

    Cikgu Murni : Bagus. Terima kasih, kamu sudah pandai mencirikan danmenghubungkaitkan ciri dengan objek.

    Sekarang saya hendak kamu mencirikan objek lain pula.

    Siew Leng, sila catatkan jawapan yang akan diberikan oleh rakan-rakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran di papan hitam.

    (Cikgu Murni bersedia dengan dua jenis bola iaitu bola takraw dan bola tampar)

    Cikgu Murni : Cuba perhatikan bola yang saya pegang ini, kita panggilnya bola A.Apakah ciri bola ini?.

    (Cikgu Murni mempamerkan bola takraw)

    Zaidah : Berbentuk sfera, cikgu.

    Abidin : Kuning-perang.

    Ganesan : Cikgu, bola itu berlubang-lubang.

    Rafeal : Bola itu kasar dan diperbuat daripada rotan, cikgu.

    Chiew Yen : Saiznya kecil, cikgu.

    Cikgu Murni : Bagus murid-murid. Terima kasih Siew Leng kerana mencatat.

    Cikgu Murni : Salim sila tampil ke hadapan untuk mencatat jawapan yang akandiberikan oleh rakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancarandi papan hitam.

    Cikgu Murni : Apakah pula ciri bola B yang saya pegang ini?

    (Cikgu Murni menunjukkan bola tampar)

    Mamat : Berbentuk sfera dan licin, cikgu.

    Siew Leng : Cikgu, bola itu berwarna putih.

    Anand : Diperbuat daripada kulit dan tidak berlubang-lubang, cikgu.

    Dayang : Saiznya besar, cikgu.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    67/109

    62

    Cikgu Murni : Bagus murid-murid dan terima kasih Salim kerana mencatat.Murid-murid sila rujuk penyusun grafik di papan hitam.

    (Rajah 11.1 menunjukkan Penyusun Grafik Rajah Pancaran yang dicatatkan olehSalim)

    Cikgu Murni : Daripada kedua-dua penyusun grafik Rajah Pancaran ini, adakahterdapat ciri sepunya?

    Anand : Ada, cikgu.

    Cikgu Murni : Apakah ciri itu?Anand : Kedua-dua bola itu berbentuk sfera, cikgu.

    Cikgu Murni : Adakah lagi ciri sepunya yang lain?

    Dayang : Tidak ada lagi, cikgu.

    (Guru perlu memperkenalkan penyusun grafik baru iaitu Rajah Venn yang akandigunakan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa)

    Cikgu Murni : Baiklah murid-murid. Ciri sepunya ditulis di ruangan yang bertindihdalam rajah penyusun grafik di papan hitam.

    Ciri bola A dan bola B ditulis dalam ruangan masing-masing yangtidak bertindih. Rajah penyusun grafik ini dikenali sebagai Rajah

    Venn.

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    68/109

    63

    Bola A Bola B

    Cikgu Murni : Suratman, sila lengkapkan penyusun grafik Rajah Venn di papanhitam.

    Bola A Bola B

    Cikgu Murni : Berdasarkan Rajah Venn yang telah dilengkapkan oleh Suratman,apakah aspek yang kamu ambil kira untuk membezakan bola Adan B?

    Abidin : Rupa bentuk, cikgu. Satu berlubang-lubang dan satu lagi tidak .

    Hassan : Warna. Bola A berwarna kuning dan bola B pula berwarna putih.

    Khashim : Saiz. Satu kecil dan satu lagi besar.

    Ulap : Bahan, cikgu. Satu diperbuat daripada rotan dan satu lagidaripada kulit.

    (Guru memperkenalkan kemahiran berfikir membandingkan dan membezakan)

    Cikgu Murni : Murid-murid .... sebenarnya apa yang kamu buat tadi adalahmencirikan bola A dan bola B serta mengenal pasti ciri yang samadan yang berbeza antara kedua-duanya.

    BerlubangKecil

    RotanKasarKuning-perang

    Tidak berlubang

    Putihlicinsfera

    sfera

  • 7/22/2019 Buku Panduan: Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    69/109

    64

    Kemahiran ini dikenali sebagai membandingkan dan membezakan.Kemahiran ini digunakan untuk mencari persamaan dan perbezaanobjek yang diperhatikan. Berikan perkataan atau frasa lain yangmemberi maksud yang sama dengan membandingkan danmembezakan.

    Hassan : Mencari persamaan dan perbezaan, cikgu.

    Zaidah : Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan.

    Siew Leng : Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa.

    Ulap : Mencari ciri sepunya dan tak sepunya.

    (Tiada jawapan lagi dari murid)

    Cikgu Murni : Adakah lagi perkataan yang lain?

    Abidin : Tiada lagi, cikgu ...

    Cikgu Murni : Ada lagi! ... iaitu... menentukan ciri sepadan dan tak sepadan.... menyusun ciri yang sama dan berbeza.... menyatakan persamaan dan perbezaan.

    (Guru membimbing murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah dilalui)

    Cikgu Murni : Semasa kamu membandingkan dan membezakan, apakah langkahyang telah kamu lakukan?

    Khashim : Memerhati objek, cikgu!

    Kallang : Mengenal pasti ciri setiap objek dan menyenaraikannya, cikgu.

    Rani : Membanding ciri setiap objek untuk mengenal pasti ciri sepunyadan ciri berbeza, cikgu.

    (Guru menjelaskan langkah penggunaan kemahiran membandingkan dan membeza)

    Cikgu Murni : Untuk kemahiran membandingkan dan membezakan kita bolehmengikuti langkah-langkah berikut :

    Pertama : Perhatikan satu, dua atau lebih objek.

    Kedua