hubungan antara kemahiran berfikir kritis dan pencapaian

12
24 Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian Akademik Pelajar-pelajar UPSI Ramlah bt. Jan tan Abstrak Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 yang menekankan Sistem Pendidikan Kebangsaan bertaraf dunia telah menegaskan pentingnya ‘mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kreatif dan kritis’ di kalangan pelajar-pelajar (Kementerian Pendidikan 1995). Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan. Perkembangan daya intelek individu diberikan penekanan utama dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi. Selaras dengan Saranan ini, maka kemahiran berfikir telah dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha untuk meningkatkan perkembangan intelek pelajar. Kemahiran berfikir dijadikan agenda pendidikan utama dalam Wawasan 2020 sebab dalam menghadapi cabaran era globalisasi hanya pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif sahaja yang boleh mengharunginya dengan jaya. Oleh itu, pelajar-pelajar dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi perlu dilengkapkan dengan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) terutama dalam menangani masalah ledakan ilmu. Penyataan Masalah Setiap individu berbeza dalam tahap penguasaan kemahiran kritikalnya. Kajian Kamisah (1999) mendapati pelajar guru siswazah lebih kerap menggunakan proses kemahiran berfikir setelah mereka didedahkan kepada modul kemahiran berfikir. Kajian Rajendran (1998) dan Kartini (1996) mendapati ramai guru di sekolah belum begitu memahami cara hendak mengajar kemahiran berfikir dan mereka juga tidak pasti tentang cara untuk menerapkan kemahiran berfikir kritis atau kemahiran berfikir tahap tinggi (higher order thinking) dalam pengajaran dan pembelajaran.

Upload: lamthuan

Post on 30-Jan-2017

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

24Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan

Pencapaian Akademik Pelajar-pelajar UPSI

Ramlah bt. Jan tan

Abstrak

Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 yang menekankan Sistem Pendidikan Kebangsaan bertaraf dunia telah menegaskan pentingnya ‘mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kreatif dan kritis’ di kalangan pelajar-pelajar (Kementerian Pendidikan 1995). Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan. Perkembangan daya intelek individu diberikan penekanan utama dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi. Selaras dengan Saranan ini, maka kemahiran berfikir telah dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha untuk meningkatkan perkembangan intelek pelajar. Kemahiran berfikir dijadikan agenda pendidikan utama dalam Wawasan 2020 sebab dalam menghadapi cabaran era globalisasi hanya pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif sahaja yang boleh mengharunginya dengan jaya. Oleh itu, pelajar-pelajar dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi perlu dilengkapkan dengan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) terutama dalam menangani masalah ledakan ilmu.

Penyataan Masalah

Setiap individu berbeza dalam tahap penguasaan kemahiran kritikalnya. Kajian Kamisah (1999) mendapati pelajar guru siswazah lebih kerap menggunakan proses kemahiran berfikir setelah mereka didedahkan kepada modul kemahiran berfikir. Kajian Rajendran (1998) dan Kartini (1996) mendapati ramai guru di sekolah belum begitu memahami cara hendak mengajar kemahiran berfikir dan mereka juga tidak pasti tentang cara untuk menerapkan kemahiran berfikir kritis atau kemahiran berfikir tahap tinggi (higher order thinking) dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

Hubungan antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik Kursus Tamadun Islam di UPSI / 393

Kamisah (1999) dalam kajiannya telah membina modul kemahiran berfikir kritis dan melaksanakannya kepada pelajar guru siswazah (preservice teacher) yang akan menjalani latihan praktikum dan beliau mendapati modul tersebut telah memberi kesan kepada tingkah laku pelajar dalam pengajaran d bilik darjah. Beliau mencadangkan supaya kemahiran berfikir kritis dijalankan secara ‘embedded’ atau ‘infusion’ (disebatikan) dalam subjek supaya pelajar menjadi lebih mahir dalam mengaplikasi kemahiran kritis dalam pengajaran.

Daripada kajian Kartini (1996), didapati bahawa guru-guru Sejarah masih belum faham dan belum tahu banyak teknik kemahiran berfikir dan Rajendran (1998) pula mendapati bahawa cara penyoalan guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris belum mencapai tahap yang sepatutnya untuk mencapai kemahiran berfikir peringkat tinggi atau “Higher Order Thinking” (HOTS).

Daripada kajian-kajian di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa walaupun kemahiran berfikir telah dijadikan agenda utama pendidikan sejak Laporan Kabinet (1997), pengetahuan tentang jenis-jenis kemahiran berfikir, alat berfikir dan kemahiran berfikir peringkat tinggi masih belum dikuasai oleh 100% guru dan pensyarah Institusi Pengajian Tinggi. Sebahagian besar hanya mengenali kemahiran berfikir secara umum dan belum berjaya menyerapnya atau menyebatikannya dalam pengajaran mereka.

Definisi Istilah

Kemahiran Kritis

Dalam kajian ini, definisi pemikiran kritikal yang digunakan adalah berpandukan pendapat Ennis (1989), iaitu pemikiran kritikal adalah proses mental yang berkaitan dengan membuat keputusan apa yang harus dipercayai atau apa yang harus dilakukan. Dalam membuat keputusan, seseorang bergantung kepada maklumat, pengetahuan yang berkaitan dengan masalah dan rumusan yang dibuatnya. Elemen-elemen ini membentuk asas untuk seseorang berfikir dan membuat keputusan. Hubungan di antara asas membuat keputusan dan keputusan itu sendiri dipanggil ‘inference’.

Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik dalam kajian ini merujuk kepada purata mata gred terkumpul yang dicapai oleh pelajar pada semester sebelumnya. Untuk sampel daripada semester 3, pengkaji mengambil kira PMGT mereka pada akhir semester2. Sementara untuk pelajar semester 4, pengkaji mengambil kira PMGT pada akhir semester 3.

Pangkatan untuk PMGT adalah seperti berikut (menurut Lembaga Peperiksaan UPSI):

Page 3: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

394 /M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

1.00 - 2.00 - pencapaian rendah2.01 - 3.00 - pencapaian sederhana3 .01-3 .49 - pencapaian baik atau tinggi3.50 - 4.00 - pencapaian cemerlang

Tujuan Kajian

Tujuan kajian mi pada Bahagian I ialah:1. Mengkaji hubungan antara tahap kemahiran kntikal pelajar UPSI secara

keseluruhan dan hubungannya dengan pencapaian akademik.2. Mengkaji bagaimana kemahiran kritikal pelajar-pelajar UPSI dari aspek

kemahiran induksi dan hubungannya dengan pencapaian akademik.3. Mengkaji bagaimana kemahiran kritikal pelajar-pelajar UPSI dari aspek

pemerhati dan kebolehpercayaan dan hubungannya dengan pencapaian akademik.

4. Mengkaji bagaimana kemahiran kritikal pelajar-pelajar UPSI dari aspek kemahiran deduksi dan hubungannya dengan pencapaian akademik.

5. Mengkaji bagaimana kemahiran kritikal pelajar-pelajar UPSI dari aspek kemahiran andaian dan hubungannya dengan pencapaian akademik.

6. Melihat perbezaan kemahiran berfikir kritis antara lelaki dan perempuan7. Melihat perbezaan kemahiran berfikir kritis berdasarkan pelbagai

peringkat umur.8. Mengkaji perbezaan dalam kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar-

pelajar berdasarkan pelbagai bangsa.9. Mengkaji perbezaan dalam kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar

berdasarkan pelbagai program pengajian.10. Melihat perbezaan dalam kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar

berdasarkan status guru dan bukan guru.11. Melihat perbezaan kemahiran berfikir kritis di kalangan sampel bekas

guru berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka sebagai guru.

Tujuan kajian pada Bahagian ke-II ialah untuk melihat dengan lebih mendalam kemahiran berfikir pelajar terutamanya amalan pemikiran kritis. Tujuan kajian Bahagian II ialah:

1. Melihat jenis pemikiran kritis yang kerap digunakan oleh pelajar dalam membuat nota dan tugasan.

2. Mengkaji antara program pengajian yang terdapat di UPSI, pelajar program manakah yang perlu seialu menggunakan kemahiran berfikir kritis.

3. Melihat kesedaran pelajar tentang perlunya menerapkan kemahiran berfikir apabila mengajar di sekolah.

Page 4: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

Hubungan antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik Kursus Tamadun Islam di UPSI / 395

Persoalan Kajian

Persoalan kajian untuk Bahagaian I ialah:1. Adakah terdapat hubungan antara kemahiran berfikir kritis secara

keseluruhannya dengan pencapaian akademik?2. Adakah terdapat hubungan antara kemahiran berfikir kritis berdasarkan

aspek induksi dengan pencapaian akademik ?3. Adakah terdapat hubungan antara kemahiran berfikir kritis berdasarkan

aspek pemerhati dan kebolehpercayaan pencapaian akademik?4. Adakah terdapat hubungan antara kemahiran kritis berdasarkan aspek

kemahiran deduksi dengan pencapaian akademik?5. Adakah terdapat hubungan antara kemahiran berfikir kritis berdasarkan

aspek kemahiran andaian dengan pencapaian akademik?6. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap kemahiran berfikir kritis antara

lelaki dan perempuan? '7. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis berdasarkan

pelbagai peringkat umur?8. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis berdasarkan

pelbagai bangsa?9. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis berdasarkan

pelbagai program pengajian?10. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis berdasarkan status

guru dan bukan guru?11. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis di kalangan sampel

bekas guru berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka sebagai guru?

Persoalan kajian untuk Bahagaian II ialah:1. Apakah jenis pemikiran kritis yang kerap digunakan oleh pelajar dalam

membuat nota dan tugasan?2. Antara program pengajian yang terdapat di UPSI, pelajar program manakah

yang perlu seialu menggunakan kemahiran berfikir kritis?3. Adakah pelajar sedar tentang perlunya menerapkan kemahiran berfikir

apabila mengajar di sekolah kelak?

Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian untuk Bahagian I ialah:1. Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran berfikir

kritis secara keseluruhannya dengan pencapaian akademik.2. Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran berfikir

kritis berdasarkan aspek induksi dengan pencapaian akademik.

Page 5: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

396 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan

3. Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran berfikir kritis berdasarkan aspek pemerhati dan kebolehpercayaan pencapaian akademik.

4. Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kritis berdasarkan aspek kemahiran deduksi dengan pencapaian akademik.

5. Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran berfikir kritis berdasarkan aspek kemahiran andaian dengan pencapaian akademik.

6. Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran berfikir kritis antara lelaki dan perempuan.

7. Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran berfikir kritis berdasarkan pelbagai peringkat umur.

8. Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran berfikir kritis berdasarkan pelbagai bangsa.

9. Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran berfikir kritis berdasarkan pelbagai program pengajian.

10. Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran berfikir kritis berdasarkan status guru dan bukan guru.

11. Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran berfikir kritis di kalangan sampel bekas guru berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka sebagai guru.

Metodologi

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini juga melibatkan pelajar-pelajar UPSI daripada berbagai- bagai program. Cara pengumpulan data untuk bahagian (1) ialah melalui soal selidik yang ditadbirkan kepada pelajar-pelajar. Instrumen yang digunakan ialah ‘Cornell Critical Thinking Test’ (CCTT) yang mengandungi 73 item soalan dengan 3 soalan contoh.

Bahagian (2) merupakan hasil temu bual pengkaji dengan beberapa orang pelajar daripada pelbagai program.

Sampel kajian

Sampel kajian ialah seramai 228 orang pelajar UPSI daripada semester 3 dan 4 daripada Program Pengurusan Perniagaan, Bimbingan & Kaunseling, Teknologi Maklumat dan Matematik. Pelajar-pelajar terdiri daripada 45 orang pelajar lelaki (19.7%) dan 183 orang pelajar perempuan (80.3%). Mereka merupakan pelajar- pelajar yang dipilih secara rawak untuk menjadi sampel kajian dan telah menjawab soal selidik selama 1 jam pada masa lapang.

Page 6: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

Dapatan & Perbincangan

Jantina

Hubungan antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik Kursus Tamadun Islam di UPSI / 397

Jadual 1: Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Kekerapan Peratusan

Lelaki 45 19.7

Perempuan 183 80.3

Jumlah 228 100.0

Jadual 1 di atas menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Jadual tersebut menjelaskan bahawa bilangan sampel lelaki (19.7%) di dalam kajian mi adalah sangat kurang berbanding sampel perempuan (80.3%). Oleh sebab sampel yang terbabit di dalam kajian ini adalah daripada kalangan pelajar j urusan pengurusan perniagaan, bimbingan dan kaunseling, teknologi maklumat dan matematik, ini menjelaskan bahawa penglibatan kaum lelaki dalam jurusan berkaitan adalah sedikit berbanding perempuan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Umur

Jadual 2: Taburan Responden Berdasarkan Umur

Kekerapan Peratusan

19-24 tahun 160 70.2

25-29 tahun 52 22.8

30-34 tahun 12 5.3

35 tahun ke atas 4 1.8

Jumlah 228 100.0

Jadual 2 di atas menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Jadual tersebut jelas menunjukkan bahawa penglibatan sampel yang berumur 19 hingga 24 tahun di dalam kajian ini adalah yang paling ramai (70.2%) berbanding sampel daripada kumpulan umur 25 hingga 29 tahun (22.8%), kumpulan umur 30-34 tahun (5.3%) dan kumpulan yang berumur 35 tahun ke atas (1.8%).

Page 7: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

Program Pengajian

398 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 3: Taburan Responden Berdasarkan Program Pengajian

Kekerapan Peratusan

Pengurusan Perniagaan 78 34.2

Bimbingan & Kaunseling 80 35.1

Teknologi Maklumat 63 27.6

Matematik 7 3.1

Jumlah 228 100.0

Berdasarkan program pengajian sebagaimana yang dijelaskan dalam Jadual 4, penglibatan sampel daripada program Bimbingan dan Kaunseling dalam kajian ini adalah yang paling ramai (35.1%). Ini diikuti dengan program Pengurusan Perniagaan (34.2%), Teknologi Maklumat (27.6%). Walau bagaimanapun, hanya3.1 peratus sampel daripada program Matematik terlibat. Ini disebabkan sampel tersebut bergabung di dalam kelas Pengurusan Perniagaan semasa kajian dijalankan.

Adakah terdapat hubungan di antara kemahiran berfikir kritis secara keseluruhannya dengan pencapaian akademik?

Setelah menganalisis hubungan antara kemahiran berfikir kritis berdasarkan setiap aspek kemahiran yang terkandung di dalam ujian CTT, seterusnya analisis dibuat berdasarkan pencapaian CCTT tersebut secara keseluruhan.

Jadual 4 menunjukkan taburan kekerapan skor ujian CCTT yang diperoleh oleh sampel kajian secara keseluruhan.

Dari aspek hubungan pula, analisis korelasi antara skor ujian CCTT dengan skor pencapaian PNGK sebagaimana yang terdapat di dalam Jadual 16 di atas menjelaskan bentuk korelasi positif iaitu r = 0.557. Ujian signifikan turut menjelaskan hubungan yang sangat signifikan antara skor ujian CCTT dengan skor pencapaian PNGK ditunjukkan oleh sampel kajian.

Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis antara lelaki dan perempuan?

Bagi menjawab persoalan di atas, analisis ujian t digunakan. Ujian Levene mendapati bahawa varian kedua-dua kumpulan sampel tersebut boleh dianggap setara, iaitu F = .104, p = 0.747. Seterusnya merujuk kepada Jadual 17 di atas, ujian t tidak bersandar dengan anggapan bahawa varian adalah setara menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis antara sampel bekas guru dan sampel bukan guru, iaitu, t (226) = -.407, p = 0.684, p > .05.

Page 8: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

Hubungan antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik Kursus Tamadun Islam di UPSI / 399

Jadual 4: Taburan Kekerapan dan Peratusan Min Skor Ujian CCTT Secara Keseluruhan

M in Skor U jian C CTT K ekerapan Peratus

15.00 2 .9

16.00 1 .4

17.00 1 .4

18.00 5 2.2

19.00 2 .9

20.00 3 1.3

21.00 9 3.9

22.00 7 3.1

23.00 5 2.2

24.00 9 3.9

25.00 6 2.6

26.00 9 3.9

27.00 16 7.0

- 28.00- 10 4.4

29.00 17 7.5

30.00 13 5.7

31.00 10 4.4

32.00 11 4.8

33.00 16 7.0

34.00 14 6.1

35.00 8 3.5

36.00 9 3.9

37.00 12 5.3

38.00 3 1.3

39.00 6 2.6

40.00 3 1.3

41.00 6 2.6

42.00 4 1.8

43.00 4 1.8

44.00 2 .9

45.00 2 .9

46.00 1 .4

50.00 1 .4

56.00 1 .4

Jum lah 228 100.0

Page 9: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

400 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 5: Hubungan Antara Skor Ujian CCTT dengan PNGK

PNGK

Skor Ujian CCTT r = .557

p = .000

(pc.05i

Jadual 6: A nalisis u jian t perbezaan k em ah iran b e rf ik ir k ritis an tara le lak i dan perem puan

Skor Kumpulan Skor Min Sisihan Piawai df t Sig.

Skor Lelaki

Ujian Perempuan

CCTT

30.3 7.1

30.8 6.9

226 -0.407 0.684

Jadual 7: Ujian Tukey HSD - Perbezaan Pencapaian Ujian CCTT Berdasarkan Kumpulan Program Pengajian

Mean Difference (I-J) Std. Error Sig.

(I) program (J) program

Pengurusan Bimbingan & Kaunseling .0013 1.07812 1.000Perniagaan Teknologi Maklumat 3.3291 1.14769 .021

Matematik -2.5916 2.67329 .767

Bimbingan Pengurusan Perniagaan -.0013 1.07812 1.000& Teknologi Maklumat 3.3278 1.14126 .020Kaunseling Matematik -2.5929 2.67053 .766

Teknologi Pengurusan Perniagaan -3.3291 1.14769 .021Maklumat Bimbingan & Kaunseling -3.3278 1.14126 .020

Matematik -5.9206 2.69937 ,128

Matematik Pengurusan Perniagaan 2.5916 2.67329 .767Bimbingan & Kaunseling 2.5929 2.67053 .766Teknologi Maklumat 5.9206 2.69937 .128

Seterusnya, ujian Tukey HSD dilakukan bagi menentukan pasangan kumpulan program pengajian yang manakah menunjukkan perbezaan yang benar- benar signifikan. Jadual 21 menunjukkan analisis ujian Tukey HSD tersebut bagi pencapaian ujian CCTT berdasarkan kumpulan program pengajian. Walaupun ujian ANOVA menjelaskan perbezaan yang signifikan bagi kemahiran berfikir

Page 10: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

Hubungan antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik Kursus Tamadun Islam, di UPSI / 401

kritis berdasarkan program pengajian, namun ujian Pos Hoc mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi setiap pasangan kumpulan tersebut.

Rumusan

Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor kemahiran kritikal dengan pencapaian akademik. Dapatan ini selari dengan dapatan Syaharom (2000) dan Giancarlo & Facione (2001), iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran kritikal dengan pencapaian akademik. Walaupun terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kefahaman dan penggunaan strategi kemahiran berfikir di kalangan pelajar, secara tidak langsung bolehlah dirumuskan bahawa pendekatan pengajaran di UPSI adalah memenuhi matlamat hala tuju Kementerian Pendidikan yang ingin mencapai matlamat mewujudkan pelajar yang boleh berfikir. _

Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid, 1999. Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bangert, R, L., Kulik, J. A. and Kulik, C. C., J983. Individualised Systems of Instruction in Secondary Schools. Review of Educational Research, 53 (2), 143-158.

Bank, J. A. and Ambrose, A., 1977. Teaching Strategies for the Social Studies. Massachusetts: Addison Wesley Pub.Co.

Bankert-Drowns, R. C. and Bankert, E., 1990. Meta-analysis of Effects of Explicit Instruction for Critical Thinking. Boston: American Educational Research Association (ERIC Document Reproduction Service No.ED 328614).

Baron, C., 1990. The Impact of the Direct-Reading-Thinking Activity on Critical Thinking Skills in Third Grade Students. New York:Marycrest College (ERIC Document Reproduction Service No.ED 352640).

Beyer, B. K , 1988. Developing a Thinking Skills Programme. Boston: Allyn and Bacon.

Borich, G. D. and Tombari, M. L., 1995. Educational Psychology: A Contemporary Approach, New York : Harper Collins College Publisher.

Slavin, R. E., 1997. Educational Psychology. Boston: Houghton Mifflin Co.

D’ Angelo, Edward, 1971. The Teaching of Critical Thinking, Amsterdam: BR Grubbier.

Page 11: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

402 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Ennis, R. H.. 1982. A Concept o f Critical Thinking. Harvard Educational Review, 32 (1), 81 111.

Ennis, R. H., 1987. A Taxonomy of Critical Thinking Dispositions and Abilities. In J. B. Baron and R. J. Sternberg (eds). Teaching Critical Thinking: Theory and Practice. New York. W.H.Freeman and Co.

Ennis, R. H. and Norris, S. P., 1989. Evaluating Critical Thinking. California : Midwest Publication.

Ennis, R. H., 1989. Critical Thinking and Subject Specificity: Clarification and Needed Research Educational Researcher, 18 (3), 4-10.

Ennis, R. H., 1991. Critical Thinking: A Streamlined Conception. Teaching Psychology, 14 (1), 5-25.

Facione, P. A., et al., 1995. The Disposition towards Critical Thinking. Journal of General Education, 44 (1), 1-17.

Facione, P. A., 1995. Critical Thinking: What It Is and Why It Is Count. California: The California Academic Press.

Facione, N. C., Facione, P. A. and Sanchez, C. A., 1994. Critical Thinking Dispositions as a Measure of Competent Clinical Judgement: The Development of The California Critical Thinking Disposition Inventory. Journal of Nursing Education, 33 (8), 345­350. .

Flavell (1979) Goldschmid, B. and Goldschmid, M.L. (1973). Individualising Instruction in Higher Education: A Review. Higher Education, 3, 1-24.

Henson K. T. and Eller B. F., 1999. Educational Psychology for Effective teaching. New York: Wadsworth Pulishing Johnson A. R. (1997). The Effect of General Thinking Skills Instruction on The Thinking Skills Instruction on The Thinking and Writing Performance of Fifth and Sixth Grade Students. Dissertation Abstract International 58(01),73.

Kamisah Osman, 1999. Inculcating and Encouraging the Use o f Critical Thinking Skills in Science Student Teacher in Malaysia. Unpublished Ph.D. Dissertation. University of Menchester.

Mahathir Mohamed, 1993. Malaysia.The Way Forward.In A.S.Abdul Hamid (eds). Malaysia VISION 2020. Understanding the Concept, Implications and Challenges. Selangor: Pelanduk Publications.

Mahathir, M., 1997. Our VISION 2020 Wins Over Nations, The Star.

Page 12: Hubungan antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian

Hubungan antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik Kursus Tamadun Islam di UPSI / 403

McPeck, J., 1981. Critical Thinking and Education. Oxford: Martin Robertson and Co.

Mohd. Dahalan Mohd. Ramli and Som Hj. Nor, 1998. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif {KBKK) Petaling Jaya: Longman.

Mohd. Nashuha Jamidin dan rakan-rakan, 1996. Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang, 1997. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Russell, J. D., 1974. A Guide to Design, Selection,Utilisation and Evaluation of Modular Materials. Minnesota: Burgess Pub. Co.

Warwick, D., 1988. Teaching and Learning Through Modules. Oxford:Basil Blackwell Ltd. ̂ '

Weller, G. and Williams, J., 1988. Starting from Scratch. In D. Warwick (eds) Teaching and Learning Through Modules. Oxford:Basil Blackwell Ltd.