tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis · pdf file2.3 kemahiran berfikir kritis dan...

31
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ROSLINDA BINTI GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: letuyen

Post on 06-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

(KBKK) DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT

ROSLINDA BINTI GHANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya: ROSLINDA BINTI GHANI

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: 15 NOVEMBER 2007 Tarikh: 15 NOVEMBER 2007

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

(HURUF BESAR)

PN. MARLINA BINTI ALI 058 KAMPUNG TANAH LOT,

GONG BALAI, 21610 MERCHANG, TERENGGANU.

Page 3: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PN. MARLINA BINTI ALI

Tarikh : 15 NOVEMBER 2007

Page 4: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

(KBKK) DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT

ROSLINDA BINTI GHANI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 5: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : ROSLINDA BINTI GHANI

Tarikh : 15 NOVEMBER 2007

Page 6: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian atas limpah dan kurniaan-Nya, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam

ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Teristimewa buat insan yang saya sanjungi, ayah serta bonda tercinta iaitu

En. Ghani Bin Mohd Amin & Pn. Fatimah @ Teh Binti Mohd. Zin

yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan nasihat pada saya serta sentiasa

mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya,

Tidak lupa juga buat Abang Rosdi Bin Ghani & Kak Rashidah Binti Taha

serta anak-anak buah tercinta;

Nur Syafiqah Rosdi, Mohd. Syafiq Rosdi, Mohd. Syazwan Rosdi, &

Nur Syazwani Rosdi

yang sentiasa menjadi teman berbicara.

Tidak ketinggalan juga buat insan yang teristimewa dalam hidupku,

Mohd. Darwis Chin Bin Abdullah

yang sentiasa memberikan kata-kata semangat pada saya untuk meneruskan

perjuangan dalam mencapai cita-cita murni untuk kesejahteraan masa depan bersama,

Serta rakan-rakan taulan yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dalam bentuk

apa jua sekali pun disaat-saat saya memerlukan.

Segala jasa, doa dan sokongan yang saya terima akan dikenang buat selama-lamanya.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua di atas segala-galanya. Hanya Allah

S.W.T sahaja yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Page 7: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya, saya berjaya

menyempurnakan penyelidikan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada

Puan Marlina Binti Ali,

selaku Penyelia PSM saya di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan

sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),

Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ),

Pengetua dan guru-guru serta pelajar-pelajar

di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas (SMKPN), Pontian Johor

yang terlibat dan membantu secara langsung dalam kajian ini.

Penghargaan ini juga untuk rakan-rakan seperjuangan dan orang perseorangan yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga kajian ini selesai.

Sekian, terima kasih.

Page 8: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran

Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar

tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian Johor.

Dalam konteks kajian ini, hanya enam aspek KBKK yang dikaji iaitu mencirikan,

membandingkan dan membezakan, mengumpulkan dan mengelaskan, menjanakan

idea, membuat inferens serta menghubungkaitkan. Seramai 56 orang pelajar yang

terdiri daripada 27 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan dalam julat

umur antara 16 hingga 17 tahun terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan

ialah Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir (UPTPKB) yang

mengandungi 30 item berbentuk objektif aneka pilihan berserta empat pilihan

jawapan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah (α) = .84. Statistik deskriptif

seperti min, sisihan piawai, dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t,

ANOVA satu hala dan korelasi Pearson–r telah digunakan dalam menganalisis data.

Keputusan kajian menunjukkan tahap penguasaan KBKK keseluruhannya berada

pada tahap yang sederhana. Di samping itu, keputusan menunjukkan tahap

penguasaan KBKK merentas jantina dan bangsa masing-masing adalah tidak bererti

pada aras .05. Seterusnya, keputusan kajian menunjukkan terdapat pertalian positif

yang tinggi di antara KBKK dengan pencapaian Sains, manakala terdapat pertalian

positif yang rendah di antara KBKK dengan pencapaian Matematik pelajar semasa

PMR pada aras .01.

Page 9: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the mastery level of Critical and

Creative Thinking Skills (CCTS) among students in form four Physics subject at

Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian Johor. This research was

carried out to study six CCTS aspects, which are; to characterizes, to compare and

distinguish, to collect and classify, to generate idea, to make inferences, and to relate.

There are 56 students that consist of 27 male and 29 female, which ages range

between 16 and 17 years old involved in this research. The research instrument were

used in this study is “Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir

(UPTPKB)” which contain 30 multiple choices with four options. The reliability

value is alpha (α) = .84. Descriptive statistics, which is mean, standard deviation and

percentage while for inferency statistics which is t-test, one-way ANOVA and

Pearson-r correlation were used in the data analysis procedure. The result of this

research shows that the mastery level in CCTS among students is in moderate level.

This research also shows no significance difference across gender and races at alpha

level .05. Then, the results show that there is a high positive correlation between

CCTS students with Science performances and at a low positive correlation between

CCTS students with Mathematic performances during PMR at alpha level .01.

Page 10: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.2.1 Kurang Penerapan KBKK Di Kalangan

Pelajar 6

1.2.2 Kurang Pendedahan Di Kalangan Guru

Terhadap Penerapan KBKK 7

1.2.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

(P&P) Yang Kurang Berkesan 8

Page 11: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

viii

1.2.4 Interaksi Yang Kurang Berkesan Antara

Guru Dengan Pelajar Dan Pelajar Dengan

Pelajar Dalam Proses P&P 9

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kerangka Konsep Kajian 12

1.7 Kepentingan Kajian 14

1.7.1 Kepentingan Kepada Guru 14

1.7.2 Kepentingan Kepada Pelajar 14

1.7.3 Kepentingan Kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) 15

1.7.4 Kepentingan Kepada Pusat Perkembangan

Kurikulum (PPK) 15

1.8 Skop Kajian 15

1.9 Takrifan Operasi 16

1.10 Rumusan 21 BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 22

2.2 Konsep Kemahiran Berfikir Kritis dan

Kreatif 22

2.2.1 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir 24

2.2.1.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 24

2.2.1.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 24

2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif

Sejarah:

2.3.1 Zaman Socrates 25

2.3.2 Zaman Moden 27

Page 12: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

ix

2.4 Teori-teori Pemikiran Berkaitan Dengan Kemahiran

Berfikir:

2.4.1 Teori Psikoanalisis 28

2.4.2 Teori Neopsikoanalisis 29

2.4.3 Teori Behaviorisme 31

2.4.4 Teori Gestalt 31

2.4.5 Teori Perkaitan 32

2.4.6 Teori Kreativiti Sternberg 32

2.5 Alat-alat Yang Digunakan Untuk Mengukur

Penguasaan KBKK 34

2.6 Program-program Untuk Meningkatkan Penguasaan

KBKK 36

2.7 Kajian Tentang Tahap Penguasaan Kemahiran

Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) 38

2.8 Kajian Tentang Tahap Penguasaan KBKK Merentas

Jantina 41

2.9 Kajian Tentang Tahap Penguasaan KBKK Merentas

Bangsa 43

2.10 Rumusan 44

BAB 3 PENGKAEDAHAN KAJIAN

3.1 Pendahuluan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

3.3 Subjek Kajian 46

3.4 Alat Kajian 46

3.5 Tatacara Kajian 48

3.6 Kajian Rintis 50

3.6.1 Kebolehpercayaan Alat Kajian 50

3.6.2 Kesahan Alat Kajian 50

3.7 Analisis Data 51

Page 13: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

x

3.7.1 Analisis Keseluruhan Tahap Penguasaan

KBKK 52

3.7.2 Analisis Perbandingan Min Merentas

Jantina, Bangsa Dan Pencapaian 53

3.8 Andaian 53

3.9 Batasan kajian 54

3.10 Rumusan 55

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 57

4.2 Analisis Data 57

4.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir

Kritis Dan Kreatif (KBKK) 58

4.2.2 Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran

Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)

Merentas Jantina 60

4.2.3 Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran

Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)

Merentas Bangsa 62

4.2.4 Pertalian Di Antara Tahap Penguasaan

Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif

(KBKK) Merentas Pencapaian 64

4.3 Rumusan 67

BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 68

5.2 Ringkasan 68

5.3 Kesimpulan Kajian 69

Page 14: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

xi

5.4 Perbincangan 70

5.4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir

Kritis Dan Kreatif (KBKK) 70

5.4.2 Kemahiran Berfikir Kritis Dan

Kreatif (KBKK) Merentas Jantina 72

5.4.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan

Kreatif (KBKK) Merentas Bangsa 73

5.4.4 Kemahiran Berfikir Kritis Dan

Kreatif (KBKK) Merentas Pencapaian 73

5.5 Cadangan 74

5.5.1 Cadangan Kepada Guru 74

5.5.2 Cadangan Kepada Pelajar 77

5.5.3 Cadangan Kepada Pihak Kementerian 79

5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 79

RUJUKAN 82

LAMPIRAN A – J 86

Page 15: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Sub Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK) 47

3.3 Kaedah Statistik Berdasarkan Persoalan Kajian 51

3.4 Pembahagian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis

Dan Kreatif (KBKK) 53

4.1 Tahap Penguasaan Keseluruhan Kemahiran Berfikir Kritis

Dan Kreatif (KBKK) Di Kalangan Pelajar Tingkatan

Empat 58

4.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif

Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat 59

4.3 Ujian-t Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)

Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina 60

4.4 Ujian-t Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan Pelajar

Tingkatan Empat Merentas Jantina 61

4.5 Ujian-t Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan Pelajar

Tingkatan Empat Merentas Jantina 61

4.6 ANOVA Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)

Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas Bangsa 62

4.7 ANOVA Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan Pelajar

Tingkatan Empat Merentas Bangsa 63

4.8 ANOVA Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan Pelajar

Tingkatan Empat Merentas Bangsa 63

4.9 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif

(KBKK) Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas

Pencapaian Sains 64

Page 16: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

xiii

4.10 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif

(KBKK) Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas

Pencapaian Matematik 64

4.11 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains 65

4.12 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Matematik 65

4.13 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains 66

4.14 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Matematik 66

Page 17: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.0 Kerangka Konsep Kajian 13

2.1 Teori Psikoanalisis 29

2.2 Teori Neopsikoanalisis 30

3.2 Tatacara Kajian 49

Page 18: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

xv

SENARAI SINGKATAN

RMK-9 : Rancangan Malaysia Kesembilan

KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

FPN : Falsafah Pendidikan Negara

P&P : Pengajaran dan Pembelajaran

KBKK : Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

UPTPKB : Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

JPNJ : Jabatan Pelajaran Negeri Johor

BPPDP : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

PPK : Pusat Perkembangan Kurikulum

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

WGCTA : Watson Glaser Critical Thinking Appraisal

CCTST : California Critical Thinking Skills Test

CCTDI : California Critical Thinking Disposition Inventory

TTCT : Torrance Tests of Creative Thinking

SPSS : Statistical packages for the social Science

ANOVA : Analysis of Variance

PDI : Perkembangan Daya Intelek

Page 19: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Dari Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) 86

B Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor

(JPNJ) 87

C Surat Akuan Penyelidik 88

D Surat Pengesahan Alat Kajian 89

E Surat Memohon Kepakaran Bagi Menyemak

Soal Selidik 90

F Pengesahan Pakar Bidang 91

G Kertas Jawapan UPTPKB 92

H Soal Selidik UPTPKB 93

I Skema Jawapan UPTPKB 94

J Jadual Saiz Sampel Untuk Kajian 95

Page 20: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penjanaan modal insan (human capital) yang menjadi teras kedua dalam misi

nasional RMK-9 iaitu “meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara

serta memupuk minda kelas pertama” adalah berhasrat membentuk personaliti

menjulang (towering personality) (Madzlan, 2006). Ia juga selaras dengan hasrat

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Falsafah Pendidikan Negara

(FPN) mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya dalam mata

pelajaran Fizik hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan antara

pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai-

nilai murni yang dilakukan secara terancang (Abu Hassan, 2003). Bagi mencapai

hasrat itu, kita perlu membentuk warga negara yang mempunyai kemahiran berfikir

secara kritis, kreatif dan berketerampilan terutamanya dari golongan pelajar sekolah

supaya dapat melahirkan generasi yang berprestasi tinggi dan memenuhi hasrat

Wawasan 2020.

“Thinking is a skill and like a skill it can be developed and improved if one

knows how” (Bono, 1976). Berdasarkan pernyataan tersebut, ini menunjukkan

seseorang individu yang mempunyai selok-belok berfikir dengan betul

(knowledgeable thinkers), lazimnya mempunyai peluang yang lebih baik untuk

mengurus kehidupan, meningkatkan pencapaian serta dapat mengharungi perjalanan

hidupnya dengan selesa dan lebih bermakna.

Page 21: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

2

Mengapakah seseorang itu perlu berfikir? Untuk menjawab soalan ini, tanpa

disedari kita telah mula terlibat dalam proses berfikir. Semua manusia menjalani

proses berfikir. Namun, jenis dan cara mereka berfikir adalah berbeza-beza antara

seseorang individu dengan individu yang lain. Kemahiran dalam selok-belok berfikir

amat perlu dalam proses berfikir untuk tujuan-tujuan seperti berikut yang dinyatakan

oleh Mohd. Nashuha et al. (1997), iaitu mengelakkan kesilapan berfikir,

meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif, memperkembangkan daya intelek serta

merealisasikan Wawasan 2020.

Kemahiran berfikir mempunyai hubungan yang rapat dengan jenis dan cara

belajar seseorang. Bagaimana seseorang itu belajar dan bertindak banyak ditentukan

oleh cara mereka berfikir. Ini menunjukkan, penguasaan kemahiran berfikir adalah

penting dan sebagai kunci segala kejayaan pelajar pada masa hadapan. Begitu juga

dengan cara seseorang menganggap sesuatu realiti, banyak dipengaruhi oleh cara

berfikirnya. Ianya adalah selaras dengan kenyataan Sang (2004), iaitu pemikiran

merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental

dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha

memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep,

membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam

ingatan.

Selama ini, sistem pendidikan kita hanya menekankan perkembangan otak

kiri, iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan menaakul; bagi

perkembangan otak kanan seperti latihan dalam bidang muzik, mencongak, seni lukis

atau kraftangan adalah jarang sekali diberi perhatian. Untuk mencapai hasrat

Kurikulum Fizik dalam melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan

kreatif, kedua-dua bahagian otak hendaklah dikembangkan secara seimbang dengan

pelbagai aktiviti pembelajaran yang bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif (Sang, 2004). Pernyataan tersebut selaras dengan kajian Sperry (1970), di

mana ia menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya adalah

berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif. Selain itu,

dapatan baru hasil kajian saintifik yang dilakukan tentang keajaiban otak manusia

menyimpan pelbagai maklumat, kuasa berfikir dan perkembangan pelbagai

Page 22: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

3

kecerdasan turut mempengaruhi pengajaran kemahiran berfikir di sekolah (Abd.

Rahim, 1999).

Oleh yang demikian, KBSM telah menetapkan matlamat dalam proses P&P

yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan

menguasai kemahiran berfikir dalam sesuatu bidang dan mampu mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran tersebut secara kritis dan kreatif berasaskan sikap

saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan

mengkonsepsikan dalam kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum, PPK

2003). Bagi melaksanakan matlamat ini, sudah tentu ianya menimbulkan masalah

dan cabaran kepada para guru. Guru sudah tentu memerlukan idea-idea baru dalam

bidang ini, khususnya pemahaman dari segi konsep, falsafah, teori, strategi

pelaksanaan, inovasi pengajaran dan pembelajaran, serta teknik mengajar kemahiran

berfikir yang berkesan dan menarik di dalam bilik darjah (Abd. Rahim, 1999).

Pengajaran kemahiran berfikir bukanlah satu perkara baru kepada guru kerana

inilah yang dilakukan oleh para guru sepanjang masa. Bagaimanapun bidang

kemahiran berfikir sudah berkembang secara dinamik hasil daripada kajian dan

perkembangan saintifik yang berlaku dalam pelbagai bidang yang memberi implikasi

meluas kepada pengajaran berfikir di sekolah (Abd. Rahim, 1999).

Ini membuktikan kemahiran berfikir adalah satu perkara yang penting demi

melahirkan warganegara yang mempunyai daya intelek kelas pertama yang selaras

dengan hasrat negara dalam usaha melahirkan tenaga sumber manusia yang berkualiti

sebagai aset negara yang utama. Perkembangan daya intelek individu dalam sesebuah

masyarakat menjamin wujudnya masyarakat berbudaya ilmu.

Demi mencapai hasrat pendidikan negara untuk mempertingkatkan kemahiran

berfikir di kalangan pelajar, Kurikulum Sains memberi penekanan terhadap

pembelajaran berfikrah, di mana pelajar dilibatkan secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui penglibatan aktif pelajar dalam proses

P&P, minda mereka dapat dicungkil seterusnya didorong untuk berfikir agar mereka

dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang dilibatkan dalam proses P&P

merupakan teras kepada pembelajaran berfikrah (Abu Hassan, 2003).

Page 23: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

4

Oleh itu, penyelidik berpendapat satu kajian harus dijalankan untuk

mengetahui tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) di

kalangan pelajar khususnya dalam mata pelajaran Fizik sekolah menengah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dinyatakan secara tersurat pada tahun

1987 iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dalam perkembangannya dari segi

intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara”. Dari pernyataan tersebut amat jelas bahawa antara unsur penting matlamat

pendidikan negara ialah untuk memperkembangkan daya intelek seseorang kepada

taraf minda kelas pertama di samping unsur-unsur yang lain. Perkembangan daya

intelek seluruh masyarakat Malaysia amat penting diberi tumpuan dan ditingkatkan.

Ini kerana negara kita adalah dalam usaha melahirkan tenaga sumber manusia yang

berkualiti serta membentuk personaliti menjulang selaras dengan penjanaan modal

insan.

Namun, senario yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya di mana segelintir

pelajar tidak menggunakan akal fikiran dengan betul dalam membuat keputusan bagi

menjalani kehidupan seharian. Keadaan ini adalah selari dengan kenyataan yang

dibuat oleh Ungku Aziz (1994), iaitu “Slow thinkers and those who think slowly are

two different things. Slow thinkers are actually non-thinkers”. Berdasarkan

pernyataan tersebut, sejarah membuktikan bahawa manusia yang bertindak tanpa

menggunakan akal dan buah fikirannya boleh terjerumus ke dalam darjat

‘kehaiwanan’, bahkan lebih dasyat daripada itu (Mohd Nashuha et al., 1997).

Sekiranya manusia dapat menggerakkan sel-sel otaknya dan mengeluarkan buah

fikiran, maka ia dikira sebagai telah memanfaatkan akal dan otaknya. Kemahiran

Page 24: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

5

mengeluarkan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang bakal mangangkat

darjat ‘keinsanan’ manusia.

Oleh itu, untuk menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar, guru

mestilah sentiasa menggunakan teknik menyoal yang betul dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran (P&P) Fizik di dalam bilik darjah. Namun, terdapat pelajar-pelajar

yang tidak mampu untuk menjawab soalan dan tidak dapat mengeluarkan idea

semasa guru mengutarakan soalan. Keadaan ini menunjukkan kurangnya tahap

penguasaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Oleh itu, untuk menggalakkan

kemahiran berfikir, menurut Sang (2004), selain daripada menggunakan soalan

bertumpu untuk mengembangkan daya intelek pelajar, guru digalakkan pula

menggunakan soalan bercapah untuk membimbing pelajar berfikir.

Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir

secara kritis, kreatif, analitis dan rasional boleh didapati daripada CoRT Thinking

Programme yang disediakan oleh Bono di mana kemahiran berfikir seseorang pelajar

boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti menggunakan teknik

penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu alternatif, kemungkinan

atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan serta

membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan

orang lain (Sang, 2004).

Kemahiran berfikir dalam proses P&P Fizik bukanlah suatu perkara yang baru.

Kurikulum Sains KBSM digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan

sikap saintifik dan nilai murni. Fokusnya adalah pada pembelajaran Sains yang

berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran (Pusat Perkembangan

Kurikulum, PPK 2003). Oleh itu, guru perlu cekap dan menimba ilmu dari semasa ke

semasa supaya dapat menangani keperluan intelek seseorang pelajar (Esah, 2003).

Kurangnya penguasaan kemahiran berfikir khususnya secara kritis dan kreatif

di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Fizik mungkin disebabkan oleh beberapa

faktor seperti berikut: Kurang penerapan KBKK di kalangan pelajar, kurang

pendedahan di kalangan guru terhadap penerapan KBKK, strategi pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang kurang berkesan, serta interaksi yang kurang berkesan

antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar dalam proses P&P.

Page 25: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

6

1.2.1 Kurang Penerapan KBKK Di Kalangan Pelajar

Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya

berfikir di kalangan pelajar (Huraian Sukatan Pelajaran Fizik, 2003). Namun, apa

yang berlaku dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah

adalah kurang menekankan kepada aspek-aspek kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif di kalangan pelajar di mana guru kurang menggalakkan pelajar-pelajar dalam

proses berfikir. Kenyataan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Niar (2007), di

mana ia mendapati guru-guru di sekolah menengah masih menggunakan kaedah

tradisional dalam P&P yang menghadkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif di

kalangan pelajar. Menurut Phillips (1997), secara umum perkembangan kemahiran

berfikir kurang ditekankan di sekolah-sekolah. Sesetengah guru mungkin

beranggapan iaitu jika pelajar diberi kebebasan berfikir, mereka akan menyoal atau

mengkritik dan membangkitkan isu yang tidak sepatutnya dibincangkan. Malah

sesetengah guru membuat andaian iaitu pelajar tidak cukup matang untuk melibatkan

diri dalam proses pemikiran atau berfikir dengan mendalam tentang sesuatu topik

atau konsep (Phillips, 1997).

Seterusnya, aspek-aspek KBKK dapat diwujudkan melalui teknik

perbincangan dan penyoalan antara guru dan pelajar di dalam bilik darjah, tetapi

kerapkali hanya segelintir pelajar yang mengambil bahagian dalam perbincangan

kelas (Mohd. Nashuha et al., 1997). Oleh itu, guru harus peka dengan keadaan bilik

darjah di mana penglibatan semua pelajar adalah penting dalam proses P&P.

Semasa perbincangan yang menekankan kepada pemikiran pelajar,

kadangkala pelajar kurang kemahiran dan keyakinan diri untuk menyatakan idea dan

pendapat pada peringkat aras kognitif tinggi menyebabkan jawapan menjadi kabur

dan tidak lengkap (Mohd. Nashuha et al., 1997). Oleh itu, guru harus mengiringi

soalan-soalan yang ditanya dengan bentuk soalan-soalan mencungkil atau saranan

untuk menggalakkan pelajar melengkapkan, memberi alasan, menerangkan dan

mengembangkan jawapan. Penyoalan yang efektif menggalakkan pelajar berfikir

seterusnya melibatkan diri dalam proses P&P.

Page 26: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

7

Pelajar-pelajar tidak akan dapat menjadi pemikir yang baik sekiranya mereka

tidak dilatih dengan aktiviti yang menjurus ke arah menghasilkan pemikiran yang

baik seperti kesimpulan yang dibuat adalah lebih boleh dipercayai, keputusan yang

dibuat adalah lebih bijak, perkara-perkara yang dikaji dilihat dengan lebih mendalam

serta ciptaan yang dihasilkan adalah lebih kreatif (Som Nor dan Mohd Dahalan,

2003).

1.2.2 Kurang Pendedahan Di Kalangan Guru Terhadap Penerapan KBKK

Kebolehan seseorang guru adalah penting dalam proses perkembangan

kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Ramai di antara guru tidak begitu yakin

dengan kaedah mengajar kemahiran berfikir kerana kurang diberi pendedahan pada

peringkat latihan perguruan (Phillips, 1997). Dapatan kajian menunjukkan guru-guru

Sains KBSM kurang didedahkan kepada kursus-kursus KBKK (Yin, 2002). Oleh itu,

untuk mencapai ke arah pemikiran kritis dan kreatif, guru harus sedar dan mestilah

mempunyai pengetahuan serta kemahiran mengajar termasuk menghubungkaitkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan

pengajaran bagi pelajar-pelajar yang pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri

keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan KBKK dalam

proses P&P (Sang, 2004).

Berdasarkan pernyataan di atas, ini menunjukkan guru di sekolah adalah

berperanan memberikan pendidikan formal dalam sistem pendidikan kita. Dengan itu

mereka perlulah mempunyai kemahiran untuk membimbing pelajar-pelajar

menguasai KBKK selaras dengan hasrat KBSM. Mereka seharusnya melengkapkan

diri dengan pengetahuan dan kemahiran berhubung dengan KBKK (Som Nor dan

Mohd Dahalan, 2003).

Hasil kajian menunjukkan guru-guru ada melaksanakan penerapan kemahiran

berfikir dalam bilik darjah tetapi pada tahap sederhana (Sian, 2000). Ini menunjukkan

penguasaan KBKK di kalangan guru masih lagi berada pada tahap yang tidak

memuaskan.

Page 27: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

8

1.2.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Yang Kurang Berkesan

Pendidikan Sains secara amnya dan Fizik secara khususnya di Malaysia

mengutamakan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Maka, proses P&P

hendaklah melibatkan pelajar secara aktif dalam memperolehi pengetahuan,

kemahiran saintifik serta nilai murni.

Namun, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih lagi

mengamalkan sistem berpusatkan guru, di mana guru yang memainkan peranan

dalam bilik darjah sepenuhnya. Pelajar-pelajar hanya menerima sahaja input yang

diberikan oleh guru tanpa membina pengetahuan sendiri. Perkara ini adalah

bercanggah dengan pendapat Lilia et al. (2002), di mana strategi pengajaran yang

mengambil kira pengetahuan pelajar adalah sangat penting dalam pendidikan.

Secara amnya, walaupun pelajar digalakkan membina sendiri pengetahuan

mereka, guru masih memainkan peranan penting dalam proses P&P. Malah peranan

guru bertambah jika dibandingkan dengan peranan guru apabila ia berkuliah sahaja.

Peranan guru yang dimaksudkan ialah sebagai pendorong, pendiagnostik, pemandu

dan pembaharu (innovator) kepada pelajar-pelajar.

Aktiviti P&P Fizik yang berpusatkan pelajar tidak semestinya terikat dengan

kerja-kerja amali (Lilia et al., 2002). Pembentukan konsep itu seperti menerusi

aktiviti perbincangan, pembacaan, penganalisaan data dan pembinaan model.

Aktiviti-aktiviti tersebut mestilah berupaya membantu pelajar menjadi aktif secara

mental antaranya melibatkan pelajar dalam memproses maklumat dan membuat

refleksi keatasnya.

Sehubungan ini, menurut (Sang, 2004) iaitu dalam proses pengajaran, guru

wajib menimbulkan minat pembelajaran pelajar, membimbing mereka dengan cara

belajar yang berkesan, menjelaskan keraguan, membantu mereka menyelesaikan

masalah, membekalkan bahan pelajaran, meningkatkan penguasaan kemahiran

berfikir mereka, membentuk sikap pembelajaran yang betul, memupuk idealisme

yang luhur dan nilai murni yang tinggi. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya

di mana terdapat sesetengah guru yang berpendapat iaitu pelajar hendaklah terlebih

dahulu menguasai semua isi kandungan sesuatu mata pelajaran sebelum mereka

Page 28: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

9

dapat berfikir (Phillips, 1997). Seterusnya, penghafalan fakta-fakta lebih diutamakan

dengan menekankan pengulangan dan latih tubi. Aktiviti pemikiran dianggap sebagai

lanjutan daripada pembelajaran dan hanya dapat dilakukan setelah sukatan pelajaran

telah selesai.

Dalam proses P&P, guru hendaklah sentiasa menggalakkan pelajar membina

pengetahuan dan menjana idea mereka dengan sendiri. Di dalam strategi

penstrukturan idea, tugas guru ialah untuk merancang aktiviti pengajaran supaya

aktiviti-aktiviti tersebut dapat membimbing pelajar mengubah pengetahuan sedia ada

mereka supaya menuju kepada konsep Fizik yang sebenarnya (Lilia et al., 2002).

1.2.4 Interaksi Yang Kurang Berkesan Antara Guru Dengan Pelajar Dan

Pelajar Dengan Pelajar Dalam Proses P&P

Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk seseorang pelajar yang

sanggup berfikir secara kritis dan mempunyai daya kreatif. Oleh itu, untuk

melahirkan pelajar yang sedemikian faktor interaksi antara guru dan pelajar sangat

dititik beratkan dalam usaha menggalakkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif dalam

proses P&P. Walaupun kemahiran ini dianggap penting, malah tidak ramai guru yang

memberi perhatian kepada perkembangan pemikiran dalam bilik darjah (Phillips,

1997). Oleh sebab itu, interaksi yang baik antara guru dan pelajar dalam

menggalakkan KBKK dalam bilik darjah tidak berlaku.

Pendekatan dengan mengemukakan satu soalan kepada sekumpulan pelajar dan

memastikan penyertaan semasa perbincangan digalakkan, agar wujud interaksi antara

pelajar. Salah satu cara ialah mengimbangi penyertaan guru dan pelajar (Mohd.

Nashuha et al., 1997). Kebanyakan interaksi adalah bercirikan guru dengan pelajar,

sedangkan interaksi pelajar dengan pelajar akan dapat melahirkan buah fikiran yang

lebih bernas, berpandangan jauh dan penilaian yang sesuai dengan teknik

perbincangan. Interaksi ini iaitu antara pelajar dengan pelajar akan melibatkan lebih

ramai pelajar supaya berinteraksi jika digalakkan oleh guru.

Page 29: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

10

Ekoran daripada dapatan kajian, masalah yang dihadapi semasa penerapan

kemahiran berfikir dalam P&P ialah disebabkan oleh bilangan pelajar yang terlalu

ramai, peruntukan masa yang tidak mencukupi serta pelajar yang tidak berminat

dalam mata pelajaran Sains khususnya Fizik yang melibatkan teori (Sian, 2000). Ini

menunjukkan proses berfikir di kalangan pelajar tidak boleh berlaku dengan baik jika

terlampau ramai bilangan pelajar dalam sesebuah kelas dan secara tidak langsung

menyebabkan proses interaksi antara guru dengan pelajar tidak berlaku dengan baik.

Ini adalah kerana peruntukan masa yang tertentu untuk setiap sesi pengajaran adalah

telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah, jika dengan masa pengajaran yang

singkat dan dengan jumlah pelajar yang ramai sekali gus menyebabkan proses

interaksi di kalangan pelajar dalam mewujudkan kemahiran berfikir adalah tidak

berlaku. Begitu juga dengan hal pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran

Fizik lebih cenderung untuk membuat hal sendiri daripada mengambil bahagian

untuk berinteraksi dalam kelas semasa proses P&P berlangsung. Dengan ini

menunjukkan bahawa interaksi yang kurang berkesan tidak mungkin boleh

mewujudkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif di kalangan pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan huraian permasalahan yang dibincangkan di bahagian latar

belakang masalah, dengan itu penyelidik ingin meninjau sejauh mana tahap

penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) di kalangan pelajar

tingkatan empat dalam mata pelajaran Fizik.

Page 30: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

11

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, kajian ini dijalankan

adalah bertujuan untuk:

1.4.1 Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

(KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat.

1.4.2 Menentukan tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

(KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat

merentas jantina, bangsa dan pencapaian.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, persoalan kajian yang timbul

berkaitan tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)

dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1.5.1 Apakah tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

(KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat?

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan yang bererti di antara tahap penguasaan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran

Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat merentas jantina?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang bererti di antara tahap penguasaan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran

Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat merentas bangsa?

Page 31: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  · PDF file2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif Sejarah: 2.3.1 Zaman Socrates 25 2.3.2 Zaman Moden 27 . ix 2.4

12

1.5.4 Adakah terdapat pertalian yang bererti di antara tahap penguasaan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di

kalangan pelajar tingkatan empat dengan pencapaian Sains dan Matematik

dalam PMR?