kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam ... · 3.4.1 jadual menunjukkan pembahagian...

23

Upload: others

Post on 20-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian
Page 2: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian
Page 3: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM

MATA PELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 4 DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH

NADIAH HUSNA BINTI ABU KASIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian
Page 5: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

iii

Untuk Ayahbonda Tercinta

Abu Kasim bin Mohamad dan Rahimah binti Othman

Terima kasih di atas doamu, doronganmu

Semoga Allah s.w.t. merahmati dunia dan akhiratmu

Buat Yang Tersayang

Kakak abangku, Nadiah Hanim & Mohd Nazmi

Terima kasih di atas nasihat dan sokonganmu

Adik-adikku, Nabil Fitri, Nurul Iman dan Nabil Izzani

Teruskan perjuangan semoga kejayaan ini

Pendorong buat kalian.......

Istimewa Buat Hafizan

Terima kasih di atas kesabaran dan kasih sayangmu

Semoga Allah memberkati kita

Lena....Ayu....Eily....Syikin....Mer....

Thanks....kalian adalah sahabat paling istimewa.....

Finally Grad juga kita kan.........

Page 6: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang. Syukur alhamdulillah

kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam

ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Pensyarah Pembimbing

iaitu Prof. Madya Dr Shariff bin Omar yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan

serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini.

Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah kerana memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih

kepada Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Kedah di atas kerjasama yang diberikan.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada keluarga dan rakan-rakan

seperjuangan yang banyak member sokongan dan dorongan, juga kepada individu-

individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek

sarjana muda ini.

Page 7: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

v

ABSTRAK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan satu elemen

yang penting di dalam sistem pendidikan kita sekarang. Walaupun KBKK bukan sebagai

mata pelajaran, namun unsur-unsurnya perlu disepadukan bagi semua mata pelajaran.

Dengan cara ini pelajar-pelajar akan dapat meningkatkan daya intelek mereka seiring

dengan perkembangan rohani, emosi, jasmani dan sahsiah berteraskan Falsafah

Pendidikan Negara. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran

berfikir pelajar dalam mata pelajaran matematik KBSM tingkatan 4 dan mengetahui pola

kesilapan pelajar dalam operasi asas matematik dalam menyelesaikan permasalahan

yang diberi. Sejumlah 50 responden terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama Kedah telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan ialah set

soalan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A berkenaan

dengan latar belakang responden dan bahagian B yang melibatkan maklum balas

responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

pencapaian pelajar dalam kemahiran berfikir yang dikaji berada pada tahap pencapaian

baik iaitu 76.5%. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak guru dan

sekolah dalam usaha memantapkan lagi perlaksanaan KBKK dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik. Beberapa cadangan telah disarankan sebagai alternatif untuk

kajian akan datang yang dikemukakan di akhir bab.

Page 8: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

vi

ABSTRACT

Critical and Creative Thinking Skills (KBKK) is an important element in our

educational system. Even though KBKK is not a curriculum subject its philosophy has

to be integrated into all subjects. By doing this, the students can increase their

intellectual understanding concurrently with spiritually emotional and personal

development based on the National Education Philosophy. The purpose of this research

is to find out the standard of students thinking skill in the Form 4 KBSM Mathematics

subject and their mistake patterns in solving problems of basic mathematics operation.

50 respondents were chosen from Sekolah Kebangsaan Agama Kedah. The instrument

used in the study is a set of survey question that is divided into 2 parts. Part A is related

to the respondent, While Part B involved the respondent, feedback to the research

questions. Result quite high at 76.5%. This expected to assist teachers and school to

manage to their KBKK development in the teaching and educating of mathematics

several proposals have been proposed final chapter as an alternative for future research.

Page 9: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SINGKATAN xv

BAHAGIAN SATU

I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 10: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

viii

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.7.1 Pelajar 7

1.7.2 Guru 7

1.7.3 Sekolah 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Berfikir 8

1.8.2 Pemikiran Kritis 8

1.8.3 Pemikiran Kreatif 9

1.8.4 Sek. Men. Keb. Agama Kedah 11

1.9 Kerangka Konsep 12

BAHAGIAN DUA

II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kemahiran Berfikir Dalam Matematik 14

2.3 Model Kemahiran Berfikir 15

2.3.1 Model CoRT I, Model CoRT IV 16

2.3.1.1 Model CoRT I 16

2.3.1.2 Model CoRT IV 17

2.3.2 Model R. Swartz & Sandra Parks 18

BAHAGIAN TIGA

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Rekabentuk Kajian 20

Page 11: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

ix

3.3 Sampel Kajian 21

3.4 Instrumen Kajian 21

3.4.1 Pembahagian Soalan Mengikut Jenis 22

Kemahiran Berfikir

3.4.2 Keterangan Jenis Kemahiran Berfikir 22

Dalam Matematik

3.5 Kajian Rintis 24

3.5.1 Kesahan 24

3.5.2 Kebolehpercayaan 24

3.6 Prosidur Kajian 25

3.7 Analisis Data 26

3.8 Penutup 26

BAHAGIAN EMPAT

IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 27

4.2 Analisis Data 27

42.1 Analisis Latar Belakang Responden 28

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Tempat 28

Tinggal

4.2.3 Taburan Pekerjaan Penjaga Responden 29

4.2.4 Taburan Gred Matematik dan Bahasa 30

Malaysia Dalam Peperiksaan Menengah

Rendah (PMR)

4.3 Hasil Kajian 31

4.4 Analisis Perlaksanaan Kemahiran Berfikir 31

Secara Kritis dan Kreatif (Bahagian B)

4.5 Jenis- jenis Kemahiran Berfikir Secara Kritis 32

dan Kreatif (KBKK) Yang Dikaji.

Page 12: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

x

4.5.1 Menyatakan Matlamat Masalah 32

4.5.2 Menterjemah 34

4.5.3 Membanding dan Membeza 37

4.5.4 Menafsir 39

4.5.5 Membuat Gambarajah 42

4.5.6 Mengecam Falasi 44

4.5.7 Mengkategori 48

4.5.8 Bekerja Dari Belakang 51

4.5.9 Mengecam Hubungan 54

4.5.10 Mencari Semua Penyelesaian Yang 57

Mungkin

4.6 Kesalahan Operasi Matematik Yang Dikaji 61

4.7 Kesimpulan 62

BAHAGIAN LIMA

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan Kajian 65

5.3 Kesimpulan 72

5.4 Cadangan 73

5.4.1 Inisiatif Kendiri 73

5.4.2 Perubahan Tingkahlaku Guru 74

5.4.3 Tanggungjawab Pihak Sekolah 75

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.6 Penutup 76

Page 13: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

xi

RUJUKAN 77

LAMPIRAN A – E 81 - 105

Page 14: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22

Jenis Kemahiran Berfikir

3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan Peratus 26

4.1 Taburan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 28

4.2 Taburan dan Peratusan Responden Mengikut Tempat Tinggal 28

4.3 Taburan dan Peratusan Pekerjaan Penjaga Responden 29

4.4 Taburan dan Peratusan Gred Matematik dan Bahasa Malaysia 30

Dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)

4.5 Klasifikasi Respon Soalan –soalan Soal Selidik Mengikut Kod 31

4.6 Menyatakan Matlamat Masalah 32

4.7 Menterjemah 34

4.8 Membanding dan Membeza 37

4.9 Menafsir 40

4.10 Membuat Gambarajah 42

4.11 Mengecam Falasi 45

4.12 Mengkategori 48

4.13 Bekerja Dari Belakang 51

4.14 Mengecam Hubungan 54

4.15 Mencari Semua Penyelesaian Yang Mungkin 58

4.16 Kesalahan Operasi Matematik yang Dilakukan Pelajar 61

4.17 Min Dapatan Kajian Mengikut Kemahiran Berfikir yang Dikaji 62

4.18 Min Keseluruhan Soalan KBKK Yang Dikaji 62

Page 15: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Peta Dominan Pemikiran 10

1.2 Rekabentuk Kaedah Penerapan Kemahiran Berfikir 12

3.1 Carta Alir Bagi Kajian Yang Dilakukan Oleh Penyelidik 25

Page 16: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soalan Soal Selidik 81

B Jawapan Soalan Bahagian B 92

C Jenis-jenis Kemahiran Berfikir Dalam Matematik 101

D Surat Kebenaran Daripada BPPDP 102

E Surat Kebenaran Penyelidikan Jabatan PendidikanNegeri Kedah 104

Page 17: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

xv

SINGKATAN

SMKA : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

PMR : Penilaian Menengah Rendah

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KBKK : Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia

BPG : Bahagian Pendidikan Guru

BPPDP : Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Page 18: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Malaysia sewaktu melancarkan Wawasan 2020, pada Februari 1991, menyatakan

bahawa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih

penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua

telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada di antara dua bahu kita, iaitu

kekuatan atau apa yang berada di antara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semula

jadi. (Som dan Mohd Dahlan, 1998). Hakikat ini sejajar dengan kenyataan

cendekiawan berbangsa Jepun bernama Kenichi Ohmae (1987) yang menyatakan

bahawa kunci kepada masa depan sesuatu bangsa bergantung kepada sumber

manusianya. Ia tidak lagi bergantung kepada sumber alam semulajadi sebagaimana

berlaku pada zaman sebelum ini. Kualiti serta bilangan manusia terpelajar

merupakan penentu sama ada sesebuah negara itu makmur atau sebaliknya.

Oleh itu, demi mencapai hasrat Wawasan 2020 tersebut, segala usaha di

dalam pendidikan semestinya menjurus ke arah melahirkan insan yang seimbang dari

segi rohani, emosi intelek, dan jasmani. Setiap langkah yang diambil juga perlu

menggunakn sepenuhnya keupayaan minda manusia. Menurut Edward De Bono

(1976), berfikir adalah bauran antara perkara-perkara metafizik, kimia, fizikal dan

biologis. Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang

Page 19: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

2

bergantung kepada kebijaksanaan atau kuasa minda yang dimiliki oleh rakyatnya

sebagaimana kata perdana Menteri Brazil, Luis Alberto Machado:

“The level of development a country is determined, in considerable

part, by the level of its people’s intelegence....”

Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas

sebagaimana yang digambarkan di dalam maksud sebuah Hadis Nabi iaitu berfikir

sesaat itu lebih baik daripada sembahyang di sepanjang malam. Manakala di dalam

kitab suci Al-Qur’an perkataan yang merujuk kepada kata aqal disebut sebanyak 40

kali. Allah S.W.T juga menempelak manusia yang tidak mahu berfikir. Apabila

Allah S.W.T. memberitahu manusia, ‘lihatlah bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang

dan fikirkan’. Baginda menuntut manusia supaya menggunakan akal fikiran.

Kita sekarang berada dalam zaman ledakan teknologi dan maklumat yang

giat menguasai medan ilmu, alam pemikiran dan arena kehidupan. Zaman ini

merupakan zaman persaingan ekonomi perindustrian yang hebat, yang memerlukan

persaingan daya fikir yang bersifat kritis, inovatif dan imaginatif dan kreatif.

Dalam menghadapi cabaran era pasca-industri, yang telah digalurkan dalam

Wawasan 2020, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ada

mengatakan bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di

kalangan dunia ketiga tetapi untuk perjalanan yang akan kita tentukan untuk generasi

kedua, piawai baru perlu kita ditetapkan dan kejayaan perlu kita capai. Kejayaan

yang kita hasratkan dan yang ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain

termasuklah cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020, iaitu mewujudkan

masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan. (Mohd Nasuha Jamidin

dan rakan-rakan, 1995).

Masyarakat yang lahir bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga

memberi sumbangan kepada kemajuan teknologi masa hadapan. Lantaran itu, sistem

pendidikan di Malaysia sekarang ini tidak lagi hanya menekankan kepada 3M sahaja

tetapi menekankan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi.

Pelbagai program sedang dirancang dan akan dilaksanakan sebagai contoh “Sekolah

Page 20: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

3

Bestari” adalah pada dasarnya berasaskan kepada kemahiran-kemahiran tersebut.

Kemahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) akan dijadikan asas

penguasaan ilmu dan kemahiran.

Selaras dengan kehendak ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

reformasi Pendidikannya pada tahun 1994 telah memantapkan budaya ilmu yang

terangkum di dalamnya kemahiran berfikir. Kurikulum sekolah dikaji, dirancang dan

diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Kemahiran Berfikir secara

Kritis dan Kraetif (KBKK) dijadikan asas pemerolehan ilmu dan kemahiran mata-

mata pelajaran.

Dengan ini jelaslah bahawa, guru di sekolah memberikan pendidikan yang

formal dalam sistem pendidikan seharusnya mempunyai kemahiran untuk

membimbing pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran ini. Memandangkan

KBKK adalah satu bidang yang baru, maka guru perlu melengkapkan diri dengan

pengetahuan dan kemahiran berhubung dengan KBKK.

1.2 Latar belakang Masalah.

Bekas Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

selepas merasmikan Ekspo Reka Cipta Kebangsaan 1996 pada 10 Jun 1996

mengatatakan bahawa Kementerian Pendidikan sedang melihat aspek kemahiran

berfikir untuk diserapkan ke dalam kurikulum peringkat sekolah menengah tetapi

aspek ini memerlukan perancangan yang rapi. Kata beliau lagi, “Kurikulum

berkenaan harus mampu memberi penekanan kepada otak sebelah kanan manusia

berbanding otak sebelah kiri yang lebih menjurus kepada aspek pemikiran logikal”.

(Som dan Mohd Dahlan, 1998)

Kata-kata menteri kita ini menyokong usaha yang dibuat oleh bahagian-

bahagian di Kementerian Pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum,

Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Lembaga

Peperiksaan berhubung dengan KBKK, iaitu dari segi kurikulum sekolah, latihan

Page 21: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

4

guru, bahan pengajaran dan peperiksaan. Apabila KBKK ini dipelajari dan dikuasai

para pelajar akan dapat memaksimumkan penggunaan potensi otak kanan dan otak

kiri mereka. Melalui pelbagai ransangan dan latihan KBKK, otak kanan yang lebih

bertumpu kepada kemahiran kritis akan dapat dipupuk dan dikembangkan lagi

potensinya. Jika kedua-dua otak ini seimbang, dan diberikan perhatian sewajarnya

dalam pengajaran dan pembelajaran maka sudah tentulah pembelajaran secara

optimum. Ahli Falsafah Cina, Confucius pernah berkata:

‘Seseorang yang berfikir tetapi tidak belajar adalah rugi, seseorang

yang belajar tetapi tidak berfikir adalah dalam bahaya.’

Berfikir adalah suatu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda

seseorang. Ia melibatkan operasi pengendalian mental di atas pengetahuan dan

pengalaman seseorang. Secara sedar atau tidak, otak manusia sebenarnya terbahagi

kepada dua bahagian iaitu hemisfera otak kiri dan hemisfera otak kanan. Hasil

daripada penemuan Dr Roger Sperry dan pasukan doktor bedahnya ini membantu

manusia memahami kedua-dua fungsi hemisfera otak ini. Hemisfera otak kiri bersifat

‘analitikal’. Ia memproses dan menganalisis maklumat secara lurus dan

mengenalpasti bahagian-bahagian satu persatu secara terpisah. Pemikiran Kritis

menekankan penggunaan hemisfera otak kiri. Hemisfera ini digunakan untuk operasi

aritmetik dan kemahiran berbahasa.

Hemisfera otak kanan pula menggabung dan mensintesis bahagian-bahagian

atau pecahan-pecahan maklumat kepada suatu bentuk yang menyeluruh. Pemikiran

kreatif berlaku pada bahagian ini. Oleh itu, kedua-dua bahagian otak ini hendaklah

diberikan perhatian yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana

kita bukan sahaja ingin melahirkan pelajar yang kreatif, tetapi kita juga ingin

melahirkan pelajar yang kritis.

Kemahiran berfikir dalam matematik bukanlah suatu perkara yang baru,

tetapi kebanyakan guru tidak menyedari bahawa mereka menggunakan kemahiran

berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan yang demikian,

kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kompenen pemikiran kritis dan kreatif

seharusnya diajarkan secara eksplisit dan terancang. Guru seharusnya menggunakan

Page 22: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

5

pendekatan yang ini supaya pelajar diberi kesempatan untuk membina kemahirannya

sendiri.

Oleh itu, kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik bukan bermaksud untuk

menentukan taraf tinggi atau rendahnya pencapaian pelajar dalam matematik, tetapi

untuk mengetahui setakat manakah penguasaan kemahiran berfikir dalam matematik

oleh responden yang dikaji.

1.3 Penyataan masalah

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan untuk

melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dalam segenap bidang. Matematik

yang merupakan mata pelajaran teras bagi peringkat rendah dan menengah, yang

memberi sumbangan ke arah pencapaian hasrat tersebut dengan membekalkan ilmu

pengetahuan matematik kepada pelajar untuk memperkembangkan kemahiran

penyelesaian masalah, pemikiran sistematik, komunikasi dan nilai murni. Masalah

timubul apabila kebanyakkan pelajar menganggap bahawa matematik merupakan

mata pelajaran yang terlalu komplek, abstrak dan penghafalan senarai definisi yang

membosankan. (Nik Aziz Nik Pa).

Dalam situasi ini, pelajar memerlukan pemikiran yang beraras tinggi yang

dapat dipupuk melalui pendidikan yang berkonsepkan Kemahiran Berfikir secara

Kritis dan Kreatif. KBKK yang diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran akan membolehkan pelajar mendapatkan latihan berfikir secara kritis

dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Di

samping itu pelajar akan bersikap terbuka dalam menerima dan memberikan

pendapat, membina keyakinan diri untuk memberikan hujah, membuat pertimbangan

berdasarkan alasan dan bukti serta memberikan pandangan dan kritikan.

Kementerian Pendidikan khususnya sedang berusaha menjadikan budaya

berfikir dengan bijak sebagai amalan rakyatnya sebagaimana yang tersurat dalam

Wawasan 2020. Semua pihak seharusnya terlibat dalam memainkan peranan yang

Page 23: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM ... · 3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22 Jenis Kemahiran Berfikir 3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian

6

penting terutamanya guru sama ada yang sedang mengajar di sekolah ataupun yang masih

dalam latihan.

1.3 Objektif Kajian.

i. Mengenalpasti tahap penguasaan dan kefahaman pelajar dalam KBKK bagi mata

pelajaran matematik.

ii. Mengenalpasti pola kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar dalam operasi-

operasi asas matematik dalam menyelesaikan soalan-soalan matematik.

1.4 Persoalan kajian

Kajian ini bertujuan melihat beberapa aspek dalam bahagian KBKK bagi pelajar

tingkatan 4, di Sek. Men. Keb. Agama Kedah. Beberapa persoalan yang akan diteliti

dalam kajian ini ialah :

i. Adakah pelajar-pelajar dapat menggunakan dan menguasai KBKK dalam

menyelesaikan soalan-soalan bagi mata pelajaran matematik?

ii. Apakah pola kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar dalam operasi-operasi

asas matematik dalam menyelesaikan soalan-soalan KBKK yang diberi?