pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara...

26
PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PULAU PINANG. ROSADAH BINTI HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: truongquynh

Post on 11-Jul-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK NEGERI PULAU PINANG.

ROSADAH BINTI HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik
Page 3: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

i

PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK NEGERI PULAU PINANG.

ROSADAH BINTI HASSAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik
Page 5: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik
Page 6: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

iv

DEDIKASI

Untuk Ayahbonda

Haji Hassan bin Ibrahim

Hajjah Che Mas binti Ismail

Terima kasih atas doamu, restumu.

Semoga Allah s.w.t merahmati dunia dan akhiratmu.

Untuk Ibu dan Bapa Mertuaku,

Haji Ghazali bin Hamad & Hajjah Che Som bin Darus

Terima kasih di atas pengorbanan, sokongan dan kasih

sayang kalian. Semoga kehidupan kalian diberkatinya.

Untuk suamiku yang dicintai, Mohd. Fauzi bin Ghazali

Terima kasih diatas segala-galanya kasih sayang,

kesetiaan, kesabaran dan pengorbananmu

hanya Allah layak membalasnya.

Untuk putera-puteriku tersayang

Nor Aida Syuhada, Mohd. Aiman Arif, Mohd. Aiman Afif.

Nor Alia Aqilah dan Mohd Aiman Ammar.

Teruskanlah perjuangan semoga kejayaan ini

Pendorong buat kalian dalam memperjuangkan sebuah kejayaan.

Untuk saudara-saudaraku dan teman-temanku yang dikasihi,

Segala jasa, pertolongan, bantuan dan sokongan

kalian dalam membantu kejayaanku,

ribuan terima kasih ku ucapkan

dan akan ku kenang

untuk selamanya.

Page 7: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

v

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-

Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W.

yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Penulis ingin merakamkan tulus ikhlas kepada suami, ibu dan ayah tersayang serta

keluarga yang sentiasa memberi dorongan, sokongan galakan dan kerjasama di dalam

membantu menyaipkan tugasan ini

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Prof. Madya Dr Shariff

bin Omar yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa

jemu dalam menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Teknik

Negeri Pulau Pinang serta guru-guru yang telah banyak memberi kerjasama semasa kajian

ini dijalankan.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang terlibat

secara langsung atau tidak lansung dalam menyiapkan kajian ini.

Page 8: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

vi

ABSTRAK

Berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya intelek

individu telah diberi penekanan utama bersama dengan perkembangan rohani, emosi dan

jasmani. Selaras denga itu KBKK merupakan satu matlamat utama pendidikan di Malaysia

seperti yang ditekankan oleh maklamat KBSM. Oleh itu pengajaran guru yang berkesan

perlu disebatikan dengan kemahiran berfikir agar ianya dapat membantu dalam usaha

mempertingkatkan perkembangan intelek pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau

perlaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam pengajaran guru

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik. Sejumlah 32

Responden orang yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan dipilih. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan soal selidik yang

terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Bahagian I melibatkan

biodata responden dan bahagian II melibatkan maklumbalas responden terhadap persoalan-

persoalan kajian. Data maklumbalas yang diterima kemudian diproses dengan

menggunakan perisian SPSS Release 10.0 for window. Hasil kajian menunjukkan bahawa

penyebatian KBKK dalam pengajaran guru Lukisan Kejuruteraan telah wujud dan berada

pada tahap yang tinggi walaupun pengetahuan KBKK guru Lukisan Kejuruteraan adalah

sederhana. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak guru, sekolah,

Jabatan Pendidikan Teknikal dan juga Jabatan Pendidikan Guru dalam usaha memantapkan

lagi pelaksanaan KBKK dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Akhir sekali beberapa

cadangan telah disarankan sebagai alternatif untuk kajian akan datang.

Page 9: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

vii

ABSTRACT

In accodance with the National Education Philosophy, the growth of intellctual

ability has been given great emphasis together with one’s spiritual,emotional and physical

growth. In conjuntion with that matters, critical and creative thinking skills has been

proposed as a major aim in Malaysia education system as enhanced in KBSM. The

efficiency of the teachers should be mutually combined with the creative thinking in order

to upgrade the pupil’s intellectual growth. This study was carried out to identify the

implementation of critical and creative thinking in Technical Drawing lessons in Tecknical

School in Pulau Pinang of the teachers. Total of 32 respondents, which comprising teachers

whom teaching Technical Drawing subject were choosen. The research instrument consists

of a set of questionaire which divided into two(2) part, Part I and Part II. Part I which

includes a respondents biodata while the Part II includes a response to the questionaire

given. All the responses data received was then being processed by using of SPSS Release

10.0 for windows. The findings show that there is an existence of the critical and creative

thinking skill of the teachers was found approximately high although the knowledge of the

critical and creative thinking skill moderately. Hope to be, this study could become a

guidlines to the teachers, school, Technical Education Department and Teacher Education

Department in their effort to apply the critical and creative thinking skill in Technical

Drawing lessons. Lastly, some suggestions have been forwarded as an alternative for the

future research.

Page 10: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

viii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

Page 11: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definasi Terminologi 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Pelaksanaan KBKK dalam mata pelajaran 17

Lukisan Kejuruteraan

2.3 Pengetahuan Guru tentang Kemahiran berfikir 13

2.4 Kesediaan Pelajar 14

2.5 Iklim Sekolah 16

2.5 Bahan Rujukkan KBKK 18

Page 12: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Tempak Kajian 32

3.4 Sampel Kajian 32

3.5 Instrumen kajian 33

3.6 Kajian Rintis 34

3.7 Prosedur Kajian 36

3.7 Analisis Data 36

3.8 Rumusan 38

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Profil Responden 40

4.3 Analisis Bahagian A 40

4.4 Analisis Bahagian B 44

4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 44

4.4.2 Dapatan Persaoal Kajian 2 49

4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 52

4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 53

4.4.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 54

4.5 Kesimpulan 59

Page 13: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan 59

5.2.1 Tahap Penyebatian KBKK Dalam Pengajaran 60

Guru Lukisan Kejuruteraan

5.2.2 Tahap Pengetahuan Guru Lukisan 61

Kejuruteraan Tentang KBKK

5.2.3 Persepsi Guru Tentang Kesediaan Pelajar 63

Menerima Eleman KBKK

5.2.4 Persepsi guru Tentang Iklim Sekolah 64

Mereka Menggalakkan pelaksanaan KBKK

Dalam Pengajaran Mereka

5.2.5 Persepsi Guru Tentang Kesediaan Bahan Rujukan 65

KBKK Yang Sedia Ada. .

5.3 Rumusan 67

5.4 Cadangan 68

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.6 Penutup 71

Page 14: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

xii

RUJUKAN 73

LAMPIRAN 78

LAMPIRAN A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM

LAMPIRAN B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM

LAMPIRAN C Surat Kebenaran Penyelidikan

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

LAMPIRAN D Borang Soal Selidik

LAMPIRAN E Analisis Kajian Rintis (Alpha Croncbach)

Page 15: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Skor bagi item 34

3.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan 37

Peratus.

3.3 JadualPengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan Min 37

4.1 Taburan Bilangan Peratusan Responden Mengikut 40

Sekolah Yang Terlibat

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 41

Jantina

4.3 Taburan Responden Mengikut Kelayakkan Akedemik 41

4.4 Taburan Responden Mata pelajaran Opsyen 42

4.5 Taburan Bilangan Peratusan Responden Mengikut 43

Kehadiran Kursus KBKK

4.6 Taburan Responden mengikut Kekerapan, Peratus dan Min 45

Page 16: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

xiv

Bagi Aspek Amalan Penyebatian Elemen-Elemen KBKK

Guru Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min 49

Bagi Aspek Pengetahuan KBKK Guru Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, peratus dan Min 53

Bagi Aspek kesediaan Pelajar Mengikut Persepsi Guru

Lukisan Kejuruteraan

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min 54

Bagi Aspek Iklim Sekolah Mengikut Persepsi Guru

Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, peratus dan Min 56

Bagi Aspek Bahan Rujukan KBKK Mengikut Persepsi Guru

Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Page 17: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

xv

SINGKATAN

SMT : Sekolah Menengah Teknik

KBKK : Kemahhiran Berfikir Kritis dan Kreatif

KBSR : Kurukulum Baru Sekolah Rendah

KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah

STP : Sarjana Muda Teknologi Serta pendididkan

BPPDP : Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan

BPG : Bahagian Pendidikan Guru

JPT : Bahagian Pendidikan Teknik

SPSS : Statistical Packages for the Social Science

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.

JPN : Jabatan Pendidikan Negeri

LK : Lukisan Kejuruteraan

Page 18: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

xv

SINGKATAN

SMT : Sekolah Menengah Teknik

KBKK : Kemahhiran Berfikir Kritis dan Kreatif

KBSR : Kurukulum Baru Sekolah Rendah

KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah

STP : Sarjana Muda Teknologi Serta pendididkan

BPPDP : Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan

BPG : Bahagian Pendidikan Guru

JPT : Bahagian Pendidikan Teknik

SPSS : Statistical Packages for the Social Science

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.

JPN : Jabatan Pendidikan Negeri

LK : Lukisan Kejuruteraan

Page 19: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan kurikulum di Malaysia pada hari ini telah melalui beberapa fasa

perubahan. Antara matlamat kerajaan dan Kementerian Pendidikan khasnya adalah

untuk menyediakan generasi yang mampu dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi

alaf baru. Kementerian Pendididkan juga ingin menjadikan pendidikan di negara ini

“bertaraf dunia”.

Dilihat dari perspektif yang luas pendidikan bertaraf dunia bermaksud

kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor

pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis dalam pembangunan

tenaga manusia, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya

fikir dan intelektual dan pembangunan teknologi dan sains.

Pendidikan Bertaraf Dunia mempunyai konotasi yang luas dan merupakan satu

komitmen dan usaha kementerian pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan

negara supaya ianya dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu

menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat

dalam berbagai-bagai aspek pembangunan, sektor pembangunan di Malaysia perlu

Page 20: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

2

berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf

baru dalam segala aspek.

Langkah ini juga akan meningkatkan komitmen semua pihak negara ini yang

terlibat dengan kegiatan pendidikan supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan

meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Pendididkan yang

berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan

sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah

mencapai status negara maju.

Iltizam Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020, antara lain

memajukan pemikiran rakyatnya dengan jalan pendidikan. Abd. Rahim (1999),

menyatakan:

“Pendidikan perlu membangunkan minda rakyat sebagai asas

membentuk masyarakat berfikir. Menbina kemahiran berfikir

sebagai asas membangunkan minda perlu menjadi satu agenda

kritikal pendidikan supaya transfomasi sosial dapat dilakukan.

Minda lemah yang terbentuk daripada perkembngan pembangunan

yang rendah akan menyebabkan masyarakat Malaysia ketinggalan

dan tidak mampu menyiapkan diri untuk menghadapi arus

perubahan dan arus kemajuan informasi maklumat, sains dan

teknlogi”.

Falsafah Pendidikan Negara menjelaskan peri pentingnya perkembangan potensi

manusia yang merupakan aset utama dalam mencapai maklamat pendidikan negara.

Bakat dan potensi manusia harus digerakkan dan digilapkan sebagai suatu usaha bagi

menyahut cabaran ini. Potensi manusia yang lahir dari akal yang sempurna dan

sejahtera akan memberikan rangsangan yang hebat terhadap pelaksanaan sistem

pendidikan yang diciptakan. Di dalam Al-Quran ada menyatakan tentang

kesempurnaan akal manusia seperti yang dinyatakan oleh Mohd. Yusof (1995) bahawa

Page 21: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

3

Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling sempurna. Kesempurnaan

penciptaan manusia ini kerana manusia dikurniakan akal.

Potensi akal yang kita miliki merupakan aset dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Menggunakan potensi akal dengan berkesan akan membentuk

kemahiran berfikir yang amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran berfikir ini boleh meransangkan pekembangan intelek pelajar. Kemahiran

ini ialah kebolehan menggunakan minda memahami makna dan kefahaman terhadap

sesuatu, meneroka pelbagai idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dengan

membuat pertimbangan yang wajar serta merenung kembali proses pemikiran yang

telah dialami. Secara amnya kemahiran berfikir terbahagi kepada dua bahagian berfikir

secara kritis dan kreatif (KBKK). KBKK dapat menjadi alat yang berkesan dalam

usaha mencapai objektif kurikulum baru sekolah menengah (KBSM) iaitu untuk

mempertimbangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional,kritis

dan kreatif.

Manakala Wan Zahid (1996), menyatakan menyatakan penekanan kepada

proses berfikir kepada guru semata-mata adalah tidak memadai kerana pelajar juga

perlu diberi pendedahan kepada proses berfikir ini. Oleh yang demikian, seluruh proses

pengajaran dan pembelajaran seharuskan mengalakkan pelajar-pelajar berfikir.

Pendekatan interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran diperlukan supaya

selaras dengan penilaian yang dilaksanakan di peringkat nasional dimana 25% daripada

soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.

Abd. Rahim (1999), berpendapat bahawa agenda KBKK yang perlu

dibangunkan di sekolah-sekolah memerlukan reformasi kurikulumdan pedagogi.

Kurikulum mata pelajaran disekolah perlu dirangsang dengan kemahiran berfikir dan

membangunkan intelektual pelajar. Belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

semata-mata tidak mencukupi jika tidak dititik beratkan dengan kemahiran berfikir

kerana melalui kemahiran inilah kita boleh menimba lebih pengtahuan disamping

membina kefahaman.

Pendidikan yang bermutu juga akan melahirkan generasi yang sedar dan insaf terhadap

erti hidup dan tanggungjawab. Generasi yang berkualiti amat diperlukan untuk

mencapai hasrat kerajaan menuju wawasan 2020 seperti mana yang disarankan oleh

Page 22: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

4

YAB Perdana Menteri Malaysia: “Negara kita mesti maju dari segi : ekonomi, politik ,

sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan” (Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad,

1991).

Untuk merealisasikan hasrat ini, bidang pendidikanlah menjadi nadi utama dan

pendidik perlu memainkan peranan penting. Pendidik bukan sahaja mencurahkan ilmu

dan memperkembangkan kemahiran pelajar malahan pembentuk akhlak dan contoh

teladan kepada pelajar-pelajar dan masyarakat. Sebagaimana kata Pythygoras (dalam

mustafa 1998) pembersihan jiwa di dalam membentuk etika dan moral adalah syarat

mutlak kepada kesempurnaan manusia. Jadi pendidik seharusnya menggunakan

peluang yang ada untuk memberi pendidikan yang sewajarnya kepada para pelajar.

Pendididk perlu sedar bahawa mereka menyediakan pelajar yang kritis, kreatif dan

inovatif.

Daripada penyataan di atas jelaslah menunjukkan bahawa guru-guru serta

pelajar-pelajar harus mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana hasrat wawasan 2020 dan melahirkan

insan yang seimbang dalam semua aspek seperti yang diwar-warkan dalam Falsafah

Pendidikan Negara. Para guru harus sedar bahawa dalam membekalkan ilmu

pengetahuan guru-guru haruslah memiliki daya pemikiran yang kreatif dan kritis agar

berupaya melahirkan generasi yang cemerlang serta tinggi pemikiranya. Secara tidak

langsungnya akan dapat melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir bagi

menyumbang kepada pembangunan negara.

Diharapkan dengan adanya kajian ini dan cadangan seperti yang dikemukakan di

dalam penulisan ini dapat memberi sedikit idea dan panduan kepada pihak-pihak yang

berkenaan terutama para pendidik untuk melaksanakan semaksima mungkin kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif di dalam pengjaran Lukisan kejuruteraan.

Page 23: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam tempoh dua dekad yang lalu terdapat banyak usaha berterusan untuk

memperbaiki kurikulum sekolah dan pengajaran . Penyusunan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah misalnya adalah bertujuan untuk melengkapkan kanak-kanak dengan

kemahiran dan pengetahuan asas untuk membaca, menulis dan mengira. Dalam

kurikulum baru Sekolah Menengah (KBSM) aspek kemahiran berfikir telah mendapat

penekanan yang sewajarnya dan pada tahun 1995 aspek ini akan menjadi lebih penting

kerana ianya ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan menggunakan “Staf Devopment Manual” Robert Swarts dan Sandra

Parks (1992), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan beberapa siri

progran tentang “infusion” atau penyebatian kepada semua peringkat yang terlibat di

dalam perancangan, pelaksanaan dan pengawalan mutu pendidikan.

Menurut Wan Zah budaya menghafal dan hanya menunggu maklumat dari guru

telah sebati dengn diri pelajar kerana mereka beranggapan budaya ini lebih mudah dari

berfikir. Budaya ini bukan sahaja berlaku di sekolah malah juga berlanjutan di institusi

pengajian tinggi. Malahan para pelajar di institusi pengajian tinggi pun masih lagi gagal

dilatih untuk berfikir dengan berkesan. Mereka lebih terdorong untuk menguji kcekapan

menghafal. Maka, lahirlah pelajar kita yang dikatakan tidak produktif, tidak inovatif

serta tidak kreatif.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan satu elemen

yang penting dalam sistem pendidikan negara kita sekarang terutamanya di peringkat

sekolah rendah dan menengah. Walaupun KBKK ini bukan satu mata pelajaran, namun

unsur-unsurnya perlu disepadukan, dimana semua matapelajaran KBSR dan KBSM di

sekolah perlu diterapkan dengan KBKK tersebut. Dengan cara ini pelajar akan dapat

meningkatkan daya intelek mereka seiring dengan perkembangan rohani, emosi dan

jasmani seperti yang dihasratkan dalam FPK. Namun ianya juga agak sukar

dilaksanakan kerana terdapat pelbagai halangan dalam proses pelaksanaannya seperti

masalah kesediaan guru dari aspek keamahiran dan pengetahuan.

Page 24: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

6

Walau bagaimana pun, apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah adakah KBKK

dilaksanakan dalam mata pelajaran tersebut secara berkesan dan disedari pelajar tentang

penerapan elemen-elemen KBKK dalam mata pelajaran ini. Sebenarnya kegiatan

pemikiran tidak boleh dipisahkan daripada penguasaan fakta kerana ia adalah satu cara

pembelajaran. Penguasaan dan pencapaian pelajar yang baik dalam sesuatu mata

pelajaran adalah bergantung kepada keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

di bilik darjah. Manakala keberkesanan kaedah kaedah pengajaran bergantung pula

kepada kesediaan guru. Kaedah pengajaran dan persembahan yang baik dapat

memberikan keyakinan dan menarik minat pelajar (Nor Fadila, 1999). Jadi adalah

menjadi tanggungjawap guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajarannya supaya

ianya lebih berkesan.

Fenomena sekarang ialah kemahiran berfikir kurang diberi penekanan walaupun

para guru menyedari kepentingannya kepada pengajarannya. Sesetengah guru

berpendapat, pelajar hendaklah menguasai terlebih dahulu semua isi kandungan sesuatu

mata pelajaran sebelum mereka dapat berfikir dan mereka juga lebih mengutamakan

sukatan pelajaran supaya dapat diselesaikan dengan cepat. Malah sesetengah guru

menganggap pelajar mereka masih lagi tidak matang untuk melibatkan diri dalam

proses pemikiran atau memikir dengan mendalam tentang sesuatu topik atau pun

konsep.

Adalah diharapkan di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini, para guru

mempunyai kesedaran terhadap kepentingan kemahiran berfikir ini kepada pelajarnya.

Mereka perlu menyedari dan mengetahuan faktor-faktor yang dapat menjuruskan

kepada pelaksanaan KBKK dari aspek pengetahuan KBKK yang cukup, kesediaan

pelajar, penerimaan, suasana sekolah dan bahan-bahan rujukan yang dapat menbantu

mereka dalam penerapan KBKK supaya lebih jelas dan nyata.

Page 25: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

7

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kepada apa yang dibincangkan, kajian ini secara amnya bertujuan

untuk meninjau pelaksanaan KBKK dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian

ini akan memfokaskan kepada penyebatian KBKK dalam pengajaran guru dan faktor-

faktor yang mempengaruhi pelaksanaan KBKK dari aspek pengetahuan KBKK guru,

kesediaan pelajar, persekitaran sekolah dan bahan rujukan KBKK.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini akan meninjau pelaksanaan KBKK di dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan dari aspek berikut:

1.4.1 Mengenalpasti sejauh manakah tahap penyebatian KBKK guru mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan dalam proses pengajaran.

1.4.2 Mengenalpasti tahap pengetahuan KBKK guru mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

1.4.3 Mengenalpasti kesesuaiaan kesediaan pelajar untuk menerima unsur KBKK

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4.4 Mengenalpasti pengaruh iklim sekoalah terhadap pelaksanaan KBKK dalam

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.4.5 Mengenalpasti adakah penggunaan bahan rujukan dapat memberikan

pendedahan KBKK kepada guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Page 26: PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN … filepelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sekolah menengah teknik

8

1.4.6 Melihat korelasi antara penyerapan, penyebatian KBKK dalam proses

pengajaran dengan aspek kesediaan pelajar, aspek sekolah dan bahan rujukan

KBKK.

1.5 Persoalan Kajian

Didalam kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa aspek yang

perlu dikaji. Antara persoalan kajian ialah :

1.5.1 Apakah tahap penyebatian KBKK dalam pengajaran guru mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan?

1.5.2 Apakah tahap pengetahuan KBKK guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

1.5.3 Apakah wujud kesesuaian kesediaan pelajar untuk menerima penerapan KBKK

dalam pengajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

1.5.4 Apakah pengaruh iklim sekolah terhadap peningkatan KBKK dalam pengajaran

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

1.5.5 Apakah penggunaan bahan rujukan dapat memberikan pendedahan KBKK

kepada pengajaran guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

1.5.6 Apakah terdapat korelasi antara penerapan penyebatian KBKK dalam proses

pengajaran dengan aspek kesediaan pelajar, aspek iklim sekolah dan bahan

rujukan KBKK?