mengapa abdullah munsyi dianggap bapa kesusateraan moden

12
Mengapa Abdullah Munsyi dianggap bapa kesusateraan Moden. Pendahuluan Rajah 1: Munsyi Abdullah Abdullah b. Abdul Kadir Munsyi (1796-1854) merupakan penulis pertama digelar Bapa Sastera Melayu Moden kerana hasil-hasil karya dan penulisannya menggunakan teknik atau stail penulisan moden, yang lazimnya tidak terdapat dalam karya sastera Melayu lama. Gaya ia mengemukakan tulisannya juga merupakan satu pemberontakan terhadap bentuk tradisi sebelumnya yang mana tema-tema karyanya tidak lagi bersandarkan kepada cerita-cerita dongeng dan khayalan, sebaliknya karya-karya beliau lebih terdedah kepada mesej- mesej yang berbau kritis, positif dan progresif. Karya beliau merupakan penulisan melayu pertama yang dicetak. Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah (1848). Karya-karya beliau biasanya berlatar belakangkan persoalan tentang masyarakat zamannya yang hidup di bumi nyata. Beliau banyak menimbulkan kontroversi melalui karya- karyanya namun sumbangannya terhadap dunia kesusasteraan Melayu cukup bererti Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Abdullah 1

Upload: deehamid

Post on 02-Jan-2016

1.376 views

Category:

Documents


87 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengapa Abdullah Munsyi Dianggap Bapa Kesusateraan Moden

Mengapa Abdullah Munsyi dianggap bapa kesusateraan Moden.

Pendahuluan

Rajah 1: Munsyi Abdullah

Abdullah b. Abdul Kadir Munsyi (1796-1854) merupakan penulis pertama digelar Bapa Sastera Melayu Moden kerana hasil-hasil karya dan penulisannya menggunakan teknik atau stail penulisan moden, yang lazimnya tidak terdapat dalam karya sastera Melayu lama. Gaya ia mengemukakan tulisannya juga merupakan satu pemberontakan terhadap bentuk tradisi sebelumnya yang mana tema-tema karyanya tidak lagi bersandarkan kepada cerita-cerita dongeng dan khayalan, sebaliknya karya-karya beliau lebih terdedah kepada mesej-mesej yang berbau kritis, positif dan progresif. Karya beliau merupakan penulisan melayu pertama yang dicetak. Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah (1848). Karya-karya beliau biasanya berlatar belakangkan persoalan tentang masyarakat zamannya yang hidup di bumi nyata. Beliau banyak menimbulkan kontroversi melalui karya-karyanya namun sumbangannya terhadap dunia kesusasteraan Melayu cukup bererti

Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Abdullah Munsyi telah diiktiraf sebagai Pelopor Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran itu diberikan kerana beliau yang memulakan penulisan corak baru yang menyimpang daripada Kesusateraan Melayu Klasik yang menjadi tradisi sebelumnya. Ciri-ciri penulisan beliau ialah:

Tidak lagi berkisar di istana;

Tidak mengandungi mitos dan legenda;

Tidak terbina atas khayalan melulu; dan

Tidak mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan.

1

Page 2: Mengapa Abdullah Munsyi Dianggap Bapa Kesusateraan Moden

Genre-genre baru yang diterokai beliau ialah autobiografi dan memoir. Walau

bagaimanapun, masih terdapat ciri-ciri sastera Melayu tradisional dalam karya

seperti Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan. Di samping itu,

lenggang-lenggok bahasa yang digunakan oleh beliau masih terikut-ikut dengan bahasa

yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Asas Kesusasteraan Melayu Moden yang dikarang

oleh Abdullah Munsyi menjadi pegangan para pengarang selepas beliau pada tahun-tahun

1860-an dan seterusnya. Pengaruh luar dan teknologi moden telah menyebabkan terhasil

dan tersebar karya sastera dalam bahasa Melayu. Pendidikan (tidak kira sistem Barat atau

sistem Timur Tengah) telah mempertingkat kadar kenal huruf. Selain itu, pelajar-pelajar

Melayu

Latar Belakang

Nama penuh Abdullah Munsyi ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau

dilahirkan pada 1786 di Kg.Pali, Melaka. Ayahnya berketurunan Arab Yamen, manakala

ibunya berketurunan India. Sejak kecil Abdullah Munsyi telah diajar mengaji al-Qur’an,

tulisan jawi dan Bahasa Melayu. Beliau juga boleh menguasai pelbagai bahasa seperti

bahasa Tamil, Hindi , Arab dan Inggeris.

Gelaran Munsyi (guru) diberi ketika usianya baru menjangkau 11 tahun. Ini adalah

kerana dalam usia semuda itu, kepintaran dan banyak ilmunya menyebabkan beliau

sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada askar Islam Melaka yang lebih

tua daripada usianya.

Membesar sebagai manusia yang berpengetahuan dan cintakan ilmu, Abdullah Abdul

Kadir atau lebih dikenali sebagai ‘Abdullah Munsyi’, kemudian menjadi antara penduduk

Melaka yang sangat dihormati dan dikagumi penjajah ketika itu iaitu Inggeris.

2

Page 3: Mengapa Abdullah Munsyi Dianggap Bapa Kesusateraan Moden

Kehadiran Abdullah membuktikan kepada Inggeris bahawa dalam masyarakat Melaka

yang dijajah mereka, ada golongan intelek tempatan yang hebat. Daripada Abdullah

jugalah kemudian penjajah Inggeris itu berguru mempelajari Bahasa Melayu.

Abdullah Munsyi pernah bertugas sebagai jurutulis kepada Sir Stamford Raffles. Beliau

juga pernah membantu Paderi Milne dan Thompson untuk menterjemahkan kitab Injil ke

Bahasa Melayu. Selain itu, Abdullah Munsyi pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada

askar Inggeris dan India. Beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun di Jeddah semasa

perjalanan menunaikan fardu haji.

Abdullah Munsyi sebagai bapa kesusateraan Moden.

Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi

dianggap oleh ramai sarjana sebagai tokoh awal kesusasteraan Melayu moden. Abdullah

Munsyi wajar diangkat sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden kerana karya-

karyanya telah dicetak dan bentuk tulisannya juga adalah menyimpang jauh daripada

bentuk tradisi. Karya-karya Abdullah seperti Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan yang

terbit pada tahun 1838 dan Hikayat Abdullah pada tahun 1848 merupakan memoir

Abdullah Munsyi yang amat penting dan bermakna dalam kesusasteraan Melayu. Karya-

karya tersebut mengandungi idea yang benar-benar baharu dan berlainan yang merupakan

satu revolusi secara langsung yang menjadi garis pemisah antara Abdullah Munyi dan

angkatan penulis sebelum dan sezaman dengannya. Tulisannya mengandungi kritikan

tajam yang ditujukan kepada golongan bangsawan dan juga masyarakat Melayu. Ramai

sarjana berpendapat beliau berani mengkritik masyarakat Melayu kerana pada ketika itu

beliau berada di bawah naungan Inggeris sebagai jurutulis dan bertugas di percetakan dan

3

Page 4: Mengapa Abdullah Munsyi Dianggap Bapa Kesusateraan Moden

penerbitan milik Inggeris di Singapura. Tambahan pula pada ketika itu berlakunya zaman

pergolakan, iaitu bermulanya keruntuhan kuasa politik sebilangan kaum bangsawan

Melayu akibat kedatangan pengaruh asing, khususnya dari Barat yang mencampuri hal

ehwal negeri Melayu. Pergaulannya yang rapat dengan pegawai Inggeris meletakkan

beliau pada suatu jarak pemisah daripada masyarakat Melayu yang memungkinkan beliau

mengkritik dengan pedas keadaan masyarakatnya sendiri.

Bahasa dan gaya tulisannya juga berbeza daripada bahasa dan gaya sastera hikayat.

Tulisannya lebih jelas, tepat dan tajam dan menggunakan bahasa biasa. Beliau tidak

menulis kisah-kisah khayalan yang tidak diterima akal, tetapi mengemukakan idea beliau

sendiri. Beliau adalah orang yang memperkenalkan bidang percetakan dan penerbitan

buku pada pertengahan abad ke-19 yang membawa perubahan besar kepada dunia

kesusasteraan Melayu moden.

Pembaharuan dalam karya Abdullah Munsyi

Isi cerita

Abdullah Munsyi menulis perkara-perkara yang benar-benar berlaku di dunia nyata

berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya sewaktu melawat sesuatu negeri. Beliau

juga tidak menyelitkan unsur-unsur mitos , dongeng dan legenda dalam karya-karyanya.

Ini dapat dilihat apabila Abdullah menceritakan pengalamannya melihat kerajinan kaum

wanita  berniaga di Kelantan dalam Hikayat Pelayaran Abdullah.

Watak dan perwatakan

4

Page 5: Mengapa Abdullah Munsyi Dianggap Bapa Kesusateraan Moden

Dalam karya-karya Abdullah Munsyi, watak-watak yang dikemukakan meliputi semua

lapisan masyarakat, iaitu daripada golongan raja hinggalah rakyat biasa. Ini amat berbeza

dengan karya-karya terdahulu yang kebanyakannya mengisahkan watak-watak daripada

golongan raja dan pembesar (bangsawan).

Dalam karya-karyanya juga, Abdullah banyak memaparkan watak-watak berkaitan

dirinya, keluarganya, Raffles, Paderi Milne , dan lain-lain lagi sebagai manusia biasa

yang ada kelebihan dan kekurangan.

Gaya bahasa

Bahasa yang digunakan Abdullah Munsyi dalam karya-karyanya banyak terpengaruh

dengan bahasa pertuturan dan juga bahasa asing. Bahasa pertuturan sehari-hari juga telah

digunakan.Abdullah Munsyi juga menggunakan kata ganti dirinya ’aku’ dan ’ku.’ Beliau

juga memasukkan perkataan-perkataan Inggeris dalam karya-karyanya seperti perkataan

‘college’ , ‘police’, ‘receipt’, ‘court’ dan ‘institution’. Penggunaan perkataan Inggeris ini

adalah suatu perkara baru dalam karya-karya sastera pada zaman tersebut.

Bentuk karya

Abdullah Munsyi adalah pengarang Melayu pertama yang menghasilkan karya

berbentuk autobiografi. Dalam karyanya, Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah

dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah(tidak siap), beliau menceritakan tentang

dirinya, keluarganya serta pengalaman semasa melawat negeri-negeri di pantai timur.

Keberanian mengkritik/memberi komentar

5

Page 6: Mengapa Abdullah Munsyi Dianggap Bapa Kesusateraan Moden

Abdullah Munsyi seorang penulis yang berani mengkritik dan memberi komen .Beliau

mengkritik semua golongan masyarakat khususnya raja-raja Melayu serta masyarakat

Melayu di Pahang, Kelantan dan Terengganu

Beliau mengkritik sikap orang Melayu di pantai timur yang tidak mementingkan 

kebersihan, golongan lelaki yang pemalas serta raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu

yang tidak berpelajaran, rendah akhlaknya serta kejam tingkah lakunya. Beliau

mengkritik rakyat negeri kelantan tidak mementingkan kebersihan, suka bermain judi,

tidak berilmu pengetahuan dan malas. Kritikan yang dibuat itu tidak disenangi dan

dipandang rendah oleh kebanyakanpengkaji sastera dan budaya.

Dalam situasi yang lain, Abdullah turut mengkritik Raja-raja Melayu yang bersikap zalim

terhadap rakyat. Tulisan begini telah didapati menyimpang dari sastera Melayu Klasik

yang sentiasa mengagungkan Raja-raja. Sebagai contohnya. “Maka pada sangka

sahaya,inilah sebabnya menjadi miskin negeri Pahang itu. Maka sekalian orang yang

duduk dalam negeri itu sentiasa dengan ketakutan akan aniaya dan loba raja-raja dan

orang-orang besar. Maka adalah fikiran mereka itu, ‘Apa guna rajin kita itu? Maka

jikalau mendapati sedikit wang atau makanan, nescaya dilobakan dan dirampas oleh

orang besar itu” (Kisah Pelayaran Abdullah –1838)

Beliau mengutuk sikap dan perbuatan orang Melayu yang tidak membawa manafaat

seperti malas, membuang masa, bergaduh dan tidak mementingkan bahasa sendiri.

Memang benar jika dilihat keadaan orang-orang Melayu pada ketika itu rata-ratanya

berperangai dan bersifat negatif yang tidak sepatutnya ada pada Manusia Melayu

beragama Islam. Keadaan demikian juga berlaku sehingga kini, tetapi mungkin dalam

bentuk yang lain.

6

Page 7: Mengapa Abdullah Munsyi Dianggap Bapa Kesusateraan Moden

 

Pengarang Melayu pertama mencatatkan/ menulis  nama pengarang pada karya

Abdullah Munsyi adalah pengarang melayu pertama yang mencatatkan namanya sebagai

pengarang yang bertanggungjawab menghasilkan karya tersebut  Ini berbeza dengan

karya-karya sebelum zaman beliau yang tidak diketahui sipengarang karya tersebut.

Ini jelas dapat dilihat apabila Abdullah Munsyi telah mencatatkan  namanya sebagai

pengarang dalam karyanya Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Pengarang pertama mencetak karyanya

Abdullah Munsyi menganggap kelebihan karya yang dicetak ialah perkataan yang dicetak

itu betul, lebih cepat pekerjaannya, huruf  lebih terang serta harganya murah. Karya yang

dicetak dapat disebar luas kepada semua lapisan masyarakat berbanding sebelum ini

hanya dinikmati golongan istana sahaja.

Hikayat Abdullah dicetak dan diterbitkan pada tahun 1840. Kisah Pelayaran Abdullah

dicetak dan diterbitkan pada tahun 1838.

Kesimpulan

Abdullah Abdul Kadir atau digelar Abdullah Munsyi dinobatkan masyarakat terutama

pengkaji sejarah sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden’ lantaran pemikiran dan

karyanya ketika itu dianggap ‘menentang arus’.

Tidak seperti kebanyakan karya Melayu lama ketika itu yang lebih kepada dongeng, alam

ghaib dan mistik; hasil penulisan Abdullah sebaliknya berdasarkan pengamatan,

pengalaman dan ilmu pengetahuan.

7

Page 8: Mengapa Abdullah Munsyi Dianggap Bapa Kesusateraan Moden

Rujukan:

.Kenang-kenangan Abdullah Munsyi / Zahari A. Rashid (Datuk)

Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia : IBS Buku, 2008 

 Perkembangan Bahasa Melayu Moden

KASSIM AHMADhttp://jalantelawi.com/2010/05/perkembangan-bahasa-melayu-moden/ DIAKSES PADA 23 SEPT 2013

Wajah : biografi penulis/penyusun Mohd. Thani Ahmad, Sarah Sadon, Suhaimi Hj

Muhammad 2nd.ed.,1988 Perpustakaan Negara Malaysia

8