mengapa hidupan liar diburu

1
Sabtu 23 Julai 2016 • 18 Syawal 1437H M ESKIPUN tiada kaji- an khusus dijalank- an untuk mengenal pasti punca hidupan liar mendapat permintaan tinggi di pasaran, namun menurut Ketua Program WWF-Malay- sia Sarawak, Jason Hon, ia berkemungkinan disebabkan oleh kepercayaan bahawa bahagian tertentu haiwan mempunyai manfaat dari segi kesihatan. “Biasanya, hidupan liar dijual kerana segelintir orang percaya bahawa ia mempu- nyai nilai dari segi perubatan, walaupan sebenarnya perkara ini tidak pernah dibuktikan secara saintifik,” kata beliau. Sebagai contoh kata Hon, beberapa spesies monyet di negeri ini diburu kerana dipercayai bahan isi perutnya boleh dijadikan ubat penyakit tertentu. “Ini tidak pernah dibuktikan tetapi kepercayaan ini menye- babkan pengurangan secara serius populasi berkenaan,” kata beliau. Demikian juga halnya den- gan sirip ikan yu yang biasa menjadi hidangan di meja makan golongan tertentu. Selain dianggap hidangan untuk menunjukkan status, sirip ikan yu ini juga dikatakan amat baik untuk kesihatan. Hakikatnya ialah daging ayam dan kiub ayam yang dimasak bersama sirip ikan yu inilah yang menyedap dan memberi khasiat kepada hidangan. Sirip ikan yu jika direbus begitu sahaja tidak akan mempunyai rasa yang enak dan tiada bukti ia berkhasiat tinggi. Sementara itu, Dr. Azlan pula berpendapat sikap pem- buru yang kurang kesedaran dengan peraturan dan status pemuliharaan serta pemeli- haraan juga menjadi punca mengapa hidupan liar dibunuh sesuka hati. “Kadang-kadang pemburu ini tidak memilih, apa yang lalu di hadapan mereka akan ditembak. "Jika yang lalu itu hidupan liar, maka itulah yang akan ditembak,” kata beliau. Selain daripada itu, tidak kurang juga yang melakukan pemburuan kerana wang. Disebabkan daging hidupan liar mempunyai harga yang tinggi di pasaran, ia men- dorong segelintir pihak mem- HAINI DARANI SIRI 1 S EGELINTIR masyarakat masih percaya organ tertentu hidupan liar mempunyai manfaat besar dari segi perubatan dan ke- sihatan. Meski dunia perubatan moden sudah menemui pelbagai ubat untuk sebaha- gian besar penyakit manu- sia, namun mitos ini masih dipegang oleh sekelompok tertentu, khasnya yang di luar bandar. Sebagai contoh, hempe- du beruang dikatakan boleh menyembuhkan sakit-sakit badan dan memulihkan luka dengan cepat, tanduk badak boleh menyembuhkan sakit badan, batu di dalam perut landak dianggap sebagai geli- ga yang boleh membawa tuah dan sebagainya. Kepercayaan ini sudah tertanam sejak sekian lama, tetapi sehingga kini tiada bukti saintifik yang boleh menguat- kan kenyataan tersebut. Meski demikian, segelintir orang masih mempercayainya dan masih pula mengamal- kannya. Kepercayaan inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa hidupan liar terus diburu dan dibunuh secara berleluasa. Dengan jumlah populasi yang sudah berada pada paras kritikal, sesetengah hidupan liar kini diancam kepupusan. Malah menurut Ketua Jabatan Zoologi, Fakulti Sains & Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Madya Dr. Mohd. Azlan Jayasilan Abdul Gulam Azad, ada hidupan liar yang memang sudah pupus, con- tohnya badak sumbu. Sebelum ini badak sumbu diburu kerana tanduknya yang juga dikatakan mempunyai manfaat besar untuk kesiha- tan. “Berdasarkan maklum balas yang kami terima daripada penduduk kampung, kali ter- akhir mereka melihat badak sumbu adalah pada 1960-an di pedalaman Sarawak dan di Kalimantan Barat , Indonesia. "Sekarang tidak seekorpun haiwan itu yang kelihatan lagi” kata beliau. Tradisi memakan dag- ing hidupan liar juga turut menyumbang kepada pem- bunuhan hidupan liar. Meski ada banyak sumber makanan yang boleh dijadikan alternatif tetapi masih ada segelintir yang belum bersedia menukar menu. Justeru permintaan terha- dap hidupan liar inilah yang mendorong segelintir pihak tidak bertanggungjawab memanfaatkan hidupan liar sebagai sumber pendapatan lumayan. Dengan harga tinggi yang ditawarkan, ia membawa keuntungan besar kepada mereka setiap kali berjaya membuat tangkapan. Meskipun aktiviti penguat- kuasaan dijalankan dari sema- sa ke semasa oleh agensi berkenaan, pelaku bijak men- cari jalan untuk meneruskan aktiviti mereka. Jika anda berpeluang berjalan-jalan di pasar luar bandar di Sarawak, sesekali anda berkemungkinan melihat spesies hidupan liar, termasuk hidupan liar terlindung, dida- gangkan secara terbuka. Antara spesies yang mun- gkin dapat dilihat dijual ada- lah babi hutan, kijang, ular sawa, tenggiling, beruang, keluang dan banyak lagi. Satu kenyataan daripada TRAFFIC, sebuah rangkaian pemantauan perdagangan hidupan liar antarabangsa pada 2015 menunjukkan Sarawak antara negeri di Malaysia yang tidak terkecuali daripada berhadapan kes pemerdagangan hidupan liar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan TRAFFIC ter- hadap spesies beruang atau nama saintifiknya Helarctos malayanus, menunjukkan pundi hempedu haiwan terse- but mempunyai permintaan tinggi di negeri ini dan ia dijual di kedai ubat dengan bekalan yang sentiasa ada. Jelas sekali, ini merupakan pelanggaran undang-undang kerana di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak, beruang tersenarai sebagai salah satu mamalia yang dilindungi. Berdasarkan ordinan ini, mana-mana pihak yang men- jual haiwan terlindung boleh didakwa dibawah Seksyen 33 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000. Manakala pihak yang mem- beli boleh didakwa di bawah Seksyen 34 dengan hukuman denda sehingga RM2,000. “Bila hidupan liar dijadikan mata pencarian, ini sudah tidak betul. Hidupan liar ini adalah hak bersama di antara masyarakat dan Kerajaan Negeri dan ia tidak boleh dibu- ru sesuka hati,” ujar Dr. Azlan. Merujuk kepada Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO) 1998 (semakan Jun 2008) bagi Haiwan Yang Dilindungi Sepenuhnya, ter- dapat lebih 21 spesies mama- lia, lebih 26 spesies burung dan lebih lima spesies reptilia. Sementara itu, di dalam senarai Haiwan Yang Dilin- dungi pula terdapat lebih 12 spesies mamalia, 13 spesies burung, lebih sembilan spesies reptilia dan lebih dari- pada dua spesies invertebrata (rama-rama dan batu karang). Jadi mengapa hidupan liar masih diburu dan didagang- kan? Rata-rata pihak mengatakan tugasan melindungi hidupan liar tidak mudah seperti yang diandaikan. Justeru, dilema ini masih berterusan hingga ke hari ini. Pemerdagangan hidupan liar, dilema yang belum berkesudahan KETUA Jabatan Zoologi, Fakulti Sains & Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Madya Dr. Mohd. Azlan Jayasilan Abdul Gulam Azad. Mengapa hidupan liar diburu burunya sebagai sumber pendapatan. Bagi sesetengah yang lain pula, keterbiasaan memakan hidupan liar menjadikan mer- eka sentiasa mahukan hai- wan-haiwan berkenaan. “Seperti kita, sudah terbiasa makan ayam, maka akan sen- tiasa mencari ayam. Begitu juga dengan ses- etengah kelompok, sebab dari kecil mereka sudah makan hidupan liar dan ia terba- wa-bawa sampai bila-bila,” kata beliau. Bagi penduduk yang diberi keistimewaan oleh Kera- jaan Negeri untuk memburu hidupan liar sebagai sumber protein, memakan hidupan liar bukanlah satu kesalah- an asalkan ia bukan haiwan terlindung dan tidak diburu di kawasan terlindung. "Penduduk ini boleh mem- buru babi, kijang, pelanduk, rusa kerana haiwan ini tidak dilindungi. "Bagaimanapun, ia tidak boleh dijual, tidak boleh dibeli dan tidak boleh disimpan melebihi lima kilogram,” kata beliau. Syarat lain yang dikenakan ialah pemburuan hanya dibenarkan untuk penduduk setempat dan bukan orang luar. Mana-mana orang tempatan yang menjual boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 dan pihak yang membeli pula didenda sehingga RM2,000. “Sarawak tidak menge- luarkan permit memburu sebagaimana di Semenanjung Malaysia. "Justeru, orang luar sama sekali tidak boleh memburu hidupan liar walaupun untuk makanan,” tambah Dr. Azlan. Justeru, penduduk setempat yang sudah diberi keistime- waan untuk memburu ini, seharusnya tidak menyalah- gunakan keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan den- gan menjual beli hidupan liar. Dr. Azlan juga tidak menafikan masih ada pen- duduk yang percaya bahawa organ tertentu hidupan liar mempunyai manfaat dari segi kesihatan. “Saya pernah diberitahu oleh penduduk kampung bahawa hempedu beruang boleh mengubati sakit-sakit badan atau luka cepat sem- buh. "Namun, tiada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini,” kata beliau. Menurut Dr. Azlan, jika dahulu tidak ada kemudahan hospital sehingga masyarakat mempercayai organ tertentu hidupan liar dapat mengubati penyakit tapi kini hospital dan klinik dapat memberikan rawatan moden yang terbukti keberkesanannya secara saintifik. "Maka masyarakat harus mengikis kepercayaan baha- wa hidupan liar ini boleh menyembuh penyakit," ujar Dr. Azlan. LIHAT MUKA 7 KETUA Program WWF-Malaysia Sarawak, Jason Hon. HIDUPAN liar yang didagangkan secara terbuka di lokasi tertentu di negeri ini. ORANG utan dalam senarai Haiwan Terlindung Sepenuhnya di Sarawak.

Upload: trancong

Post on 28-Jan-2017

281 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengapa hidupan liar diburu

Sabtu • 23 Julai 2016 • 18 Syawal 1437H

MESKIPUN tiada kaji-an khusus dijalank-an untuk mengenal

pasti punca hidupan liar mendapat permintaan tinggi di pasaran, namun menurut Ketua Program WWF-Malay-sia Sarawak, Jason Hon, ia berkemungkinan disebabkan oleh kepercayaan bahawa bahagian tertentu haiwan mempunyai manfaat dari segi kesihatan.

“Biasanya, hidupan liar dijual kerana segelintir orang percaya bahawa ia mempu-nyai nilai dari segi perubatan, walaupan sebenarnya perkara

ini tidak pernah dibuktikan secara saintifik,” kata beliau.

Sebagai contoh kata Hon, beberapa spesies monyet di negeri ini diburu kerana dipercayai bahan isi perutnya boleh dijadikan ubat penyakit tertentu.

“Ini tidak pernah dibuktikan tetapi kepercayaan ini menye-babkan pengurangan secara serius populasi berkenaan,” kata beliau.

Demikian juga halnya den-gan sirip ikan yu yang biasa menjadi hidangan di meja makan golongan tertentu.

Selain dianggap hidangan

untuk menunjukkan status, sirip ikan yu ini juga dikatakan amat baik untuk kesihatan.

Hakikatnya ialah daging ayam dan kiub ayam yang dimasak bersama sirip ikan yu inilah yang menyedap dan memberi khasiat kepada hidangan.

Sirip ikan yu jika direbus begitu sahaja tidak akan mempunyai rasa yang enak dan tiada bukti ia berkhasiat tinggi.

Sementara itu, Dr. Azlan pula berpendapat sikap pem-buru yang kurang kesedaran dengan peraturan dan status

pemuliharaan serta pemeli-haraan juga menjadi punca mengapa hidupan liar dibunuh sesuka hati.

“Kadang-kadang pemburu ini tidak memilih, apa yang lalu di hadapan mereka akan ditembak.

"Jika yang lalu itu hidupan liar, maka itulah yang akan ditembak,” kata beliau.

Selain daripada itu, tidak kurang juga yang melakukan pemburuan kerana wang.

Disebabkan daging hidupan liar mempunyai harga yang tinggi di pasaran, ia men-dorong segelintir pihak mem-

HAINI DARANI

SIRI 1

SEGELINTIR masyarakat masih percaya organ tertentu hidupan liar

mempunyai manfaat besar dari segi perubatan dan ke- sihatan.

Meski dunia perubatan moden sudah menemui pelbagai ubat untuk sebaha-gian besar penyakit manu-sia, namun mitos ini masih dipegang oleh sekelompok tertentu, khasnya yang di luar bandar.

Sebagai contoh, hempe-du beruang dikatakan boleh menyembuhkan sakit-sakit badan dan memulihkan luka dengan cepat, tanduk badak boleh menyembuhkan sakit badan, batu di dalam perut landak dianggap sebagai geli-ga yang boleh membawa tuah dan sebagainya.

Kepercayaan ini sudah tertanam sejak sekian lama, tetapi sehingga kini tiada bukti saintifik yang boleh menguat-kan kenyataan tersebut.

Meski demikian, segelintir orang masih mempercayainya

dan masih pula mengamal-kannya.

Kepercayaan inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa hidupan liar terus diburu dan dibunuh secara berleluasa.

Dengan jumlah populasi yang sudah berada pada paras kritikal, sesetengah hidupan liar kini diancam kepupusan.

Malah menurut Ketua Jabatan Zoologi, Fakulti Sains & Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Madya Dr. Mohd. Azlan Jayasilan Abdul Gulam Azad, ada hidupan liar yang memang sudah pupus, con-tohnya badak sumbu.

Sebelum ini badak sumbu diburu kerana tanduknya yang juga dikatakan mempunyai manfaat besar untuk kesiha-tan.

“Berdasarkan maklum balas yang kami terima daripada penduduk kampung, kali ter-akhir mereka melihat badak sumbu adalah pada 1960-an di pedalaman Sarawak dan di Kalimantan Barat , Indonesia.

"Sekarang tidak seekorpun haiwan itu yang kelihatan lagi” kata beliau.

Tradisi memakan dag-ing hidupan liar juga turut menyumbang kepada pem-bunuhan hidupan liar.

Meski ada banyak sumber makanan yang boleh dijadikan alternatif tetapi masih ada segelintir yang belum bersedia menukar menu.

Justeru permintaan terha-dap hidupan liar inilah yang mendorong segelintir pihak tidak bertanggungjawab memanfaatkan hidupan liar sebagai sumber pendapatan lumayan.

Dengan harga tinggi yang ditawarkan, ia membawa keuntungan besar kepada mereka setiap kali berjaya membuat tangkapan.

Meskipun aktiviti penguat-kuasaan dijalankan dari sema-sa ke semasa oleh agensi berkenaan, pelaku bijak men-cari jalan untuk meneruskan aktiviti mereka.

Jika anda berpeluang berjalan-jalan di pasar luar bandar di Sarawak, sesekali anda berkemungkinan melihat spesies hidupan liar, termasuk hidupan liar terlindung, dida-gangkan secara terbuka.

Antara spesies yang mun-gkin dapat dilihat dijual ada-

lah babi hutan, kijang, ular sawa, tenggiling, beruang, keluang dan banyak lagi.

Satu kenyataan daripada TRAFFIC, sebuah rangkaian pemantauan perdagangan hidupan liar antarabangsa pada 2015 menunjukkan Sarawak antara negeri di Malaysia yang tidak terkecuali daripada berhadapan kes pemerdagangan hidupan liar.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan TRAFFIC ter-hadap spesies beruang atau nama saintifiknya Helarctos malayanus, menunjukkan pundi hempedu haiwan terse-but mempunyai permintaan tinggi di negeri ini dan ia dijual di kedai ubat dengan bekalan yang sentiasa ada.

Jelas sekali, ini merupakan pelanggaran undang-undang kerana di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak, beruang tersenarai sebagai salah satu mamalia yang dilindungi.

Berdasarkan ordinan ini, mana-mana pihak yang men-jual haiwan terlindung boleh didakwa dibawah Seksyen 33 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000.

Manakala pihak yang mem-

beli boleh didakwa di bawah Seksyen 34 dengan hukuman denda sehingga RM2,000.

“Bila hidupan liar dijadikan mata pencarian, ini sudah tidak betul. Hidupan liar ini adalah hak bersama di antara masyarakat dan Kerajaan Negeri dan ia tidak boleh dibu-ru sesuka hati,” ujar Dr. Azlan.

Merujuk kepada Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO) 1998 (semakan Jun 2008) bagi Haiwan Yang Dilindungi Sepenuhnya, ter-dapat lebih 21 spesies mama-lia, lebih 26 spesies burung dan lebih lima spesies reptilia.

Sementara itu, di dalam senarai Haiwan Yang Dilin- dungi pula terdapat lebih 12 spesies mamalia, 13 spesies burung, lebih sembilan spesies reptilia dan lebih dari-pada dua spesies invertebrata (rama-rama dan batu karang).

Jadi mengapa hidupan liar masih diburu dan didagang-kan?

Rata-rata pihak mengatakan tugasan melindungi hidupan liar tidak mudah seperti yang diandaikan.

Justeru, dilema ini masih berterusan hingga ke hari ini.

Pemerdagangan hidupan liar, dilema yang belum berkesudahan

KETUA Jabatan Zoologi, Fakulti Sains & Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Madya Dr. Mohd. Azlan Jayasilan Abdul Gulam Azad.

Mengapa hidupan liar diburuburunya sebagai sumber pendapatan.

Bagi sesetengah yang lain pula, keterbiasaan memakan hidupan liar menjadikan mer-eka sentiasa mahukan hai-wan-haiwan berkenaan.

“Seperti kita, sudah terbiasa makan ayam, maka akan sen-tiasa mencari ayam.

Begitu juga dengan ses-etengah kelompok, sebab dari kecil mereka sudah makan hidupan liar dan ia terba-wa-bawa sampai bila-bila,” kata beliau.

Bagi penduduk yang diberi keistimewaan oleh Kera-jaan Negeri untuk memburu hidupan liar sebagai sumber protein, memakan hidupan liar bukanlah satu kesalah-an asalkan ia bukan haiwan terlindung dan tidak diburu di kawasan terlindung.

"Penduduk ini boleh mem-buru babi, kijang, pelanduk, rusa kerana haiwan ini tidak dilindungi.

"Bagaimanapun, ia tidak boleh dijual, tidak boleh dibeli dan tidak boleh disimpan melebihi lima kilogram,” kata beliau.

Syarat lain yang dikenakan ialah pemburuan hanya dibenarkan untuk penduduk setempat dan bukan orang luar.

Mana-mana orang tempatan yang menjual boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 dan pihak yang membeli pula didenda sehingga RM2,000.

“Sarawak tidak menge-luarkan permit memburu sebagaimana di Semenanjung Malaysia.

"Justeru, orang luar sama sekali tidak boleh memburu hidupan liar walaupun untuk makanan,” tambah Dr. Azlan.

Justeru, penduduk setempat yang sudah diberi keistime-waan untuk memburu ini, seharusnya tidak menyalah-

gunakan keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan den-gan menjual beli hidupan liar.

Dr. Azlan juga tidak menafikan masih ada pen-duduk yang percaya bahawa organ tertentu hidupan liar mempunyai manfaat dari segi kesihatan.

“Saya pernah diberitahu oleh penduduk kampung bahawa hempedu beruang boleh mengubati sakit-sakit badan atau luka cepat sem-buh.

"Namun, tiada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan

ini,” kata beliau. Menurut Dr. Azlan, jika

dahulu tidak ada kemudahan hospital sehingga masyarakat mempercayai organ tertentu hidupan liar dapat mengubati penyakit tapi kini hospital dan klinik dapat memberikan rawatan moden yang terbukti keberkesanannya secara saintifik.

"Maka masyarakat harus mengikis kepercayaan baha-wa hidupan liar ini boleh menyembuh penyakit," ujar Dr. Azlan.

LIHAT MUKA 7

KETUA Program WWF-Malaysia Sarawak, Jason Hon.

HIDUPAN liar yang didagangkan secara terbuka di lokasi tertentu di negeri ini.

ORANG utan dalam senarai Haiwan Terlindung Sepenuhnya di Sarawak.