hbml 4203 kesusateraan melayu

27
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ME1 2011 HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU NO. MATRIKULASI : 710625055260002

Upload: suraya-abd-aziz

Post on 24-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Analisis

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

ME1 2011

HBML 4203

KESUSASTERAAN MELAYU

NO. MATRIKULASI : 710625055260002NO. KAD PENGENALAN: 710625055260NO. TELEFON: 0193627220E-MEL: [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN: PPW SEREMBAN N SEMBILAN

Bab 1 Pengenalan

1.0. Pendahuluan

Istilah dan Definisi Kesusasteraan

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Dengan bahasa juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam karya kesusasteraan. Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian yang dianggap sangat bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.

Istilah kesusasteraan menurut Kamus Dewan (2005: 1396) bermaksud hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang menpunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Istilah ini berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu susastra (Hashim Awang), sushastra (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar), atau castra yang disebut syastra (Ali Ahmad). Kata susastra pula terbentuk hasil gabungan daripada kata su dan sastra. Suku kata su bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2), kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, ?: 1). Manakala sastera / shastra menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan sastera / shastra merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah.

Definisi ini meliputi dua aspek, iaitu aspek bahasa dan aspek isi. Aspek bahasa ialah indah dan cantik, manakala aspek isi ialah baik, berfaedah dan tidak berubah. Dikatakan tidak berubah kerana ilmu berkenaan dipercayai berasal daripada Yang Maha Pencipta. Oleh sebab susastra dianggap datang daripada Yang Maha Pencipta, maka ia dianggap mulia. Justeru, kegiatan susastra sejak zaman Greek lagi dipandang tinggi. Kegiatan ini merupakan aktiviti seni yang mendapat perhatian penting anggota masyarakat. Mereka mengekspresikan kegiatan susastra dalam bentuk puisi, cerita dan lakonan.

Di Malaysia, kegiatan susastra seperti bersyair, berpantun, berseloka, bergurindam, berbari (bercerita), berkisah dan sebagainya telah bertapak kukuh di hati masyarakat sejak zaman sastera lipur lara lagi. Kegiatan ini dilaksanakan untuk tujuan pelbagai fungsi, khususnya untuk tujuan mendidik, menghiburkan hati, mengisi masa lapang, perubatan dan juga gambaran ekspresi kehidupan. Kesimpulan daripada gabungan istilah su dengan sastra ialah merujuk karya atau buku-buku atau ilmu yang indah, cantik, baik, berfaedah, benar dan tidak berubah. Ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat diteladani.

Dalam Bahasa Melayu, istilah susastra telah diberikan imbuhan apitan ke-...-an dan sisipan e ditengah menjadikannya kesusasteraan. Penambahan itu lebih untuk menyedapkan bunyi, sesuai dengan lidah Melayu. Kalangan masyarakat umum pula lebih gemar menyebut karya sastera yang merujuk kesusasteraan. Di samping itu, Ali Ahmad (1994: 3) menegaskan bahawa kehadiran ke- dan -an pada kata susastra telah menyimpulkan maksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Orang Melayu menamakan susastra sebagai persuratan yang merujuk sekumpulan hasil seni bahasa.

Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air apabila mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah sesuatu yang membincangkan perkara yang berlaku dalam masyarakat, di samping mengemukakan sikap dan pandangan pengarang. Hashim Awang (1985: 2 dan 1987: 84) menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa yang dituturkan disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Ciptaan itu mesti mempunyai keindahan dari aspek isi dan daya pengucapan.

Hal Ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kamus Dewan (2005) pula mencatatkan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Muhammad Haji Salleh menegaskan bahawa karya sastera bentuk lisan dan tulisan membawa unsur cereka yang disampaikan melalui bahasa. Dikatakan unsur cereka kerana sebahagian besar mesej dalam karya disampaikan dalam bentuk cerita, baik karya berbentuk puisi dan lebih-lebih lagi karya berbentuk prosa.

1.1 Penggunaan Mesej dalam Kesusateraan MelayuMesej ialah gambaran yang tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca dan ia disampaikan dalam bentuk penulisan. Biasanya mesej disampaikan secara langsung(tersurat) atau tidak langsung(tersirat). Mesej ini disampaikan setelah pembaca selesai membaca sesebuah karya. Pelbagai mesej yang boleh disampaikan oleh penulis. Secara sedar atau tidak, penulis ketika mengarang sebenarnya meninggalkan mesej untuk pembaca. Apakah mesej yang dimaksudkan itu? Sesebuah novel bukanlah semata-mata sebuah angan-angan atau isi hati penulis itu sendiri. Tetapi ia lebih merupakan sebuah karya akan meninggalkan kesan biarpun sedikit.Peranan penulis ialah untuk menyedarkan pembaca daripada melakukan kesilapan bukan mengajar pembaca untuk melakukan kesilapan. Karya kreatifnya itu akan menjadi pemangkin supaya dapat membuka mata hati pembaca .Selain novel mesti bermesej dan meninggalkan amanat, ia harus mempunyai keseronokkan untuk membaca. Sebaik-baiknya penyampaian biarlah sederhana, tidak terlalu memberatkan meskipun mempunyai mesej. Mesej bukan bermaksud untuk mengajar tetapi sebagai panduan ke arah menjadikan masyarakat lebih memahami susurgalurnya. Penggunaan mesej atau amanat yang disampaikan oleh pengarang melalui pemaparan aksi dan peristiwa di dalam cereka. Mesej ini boleh dijadikan panduan oleh pembaca untuk diikuti.

1.2 Pandangan dan Kritikan Sastera dalam Kesusasteraan Melayu

Kritikan berasal daripada kata dasar kritik, dan kata kritik berasal dari kata krinein dalam bahasa Yunani yang membawa maksud menghakimi, membanding dan menimbang. Kata krinein menjadi pangkal atau asal kata kreterion yang bererti dasar, pertimbangan, penghakiman. Oleh yang demikian, orang yang melakukan pertimbangan dan penghakiman terhadap sesuatu perkara di zaman Yunani disebut sebagai krites. Istilah krites ini kemudiannya menjadi asas bagi menerangkan kegiatan atau sifat orang yang memberi penghakiman terhadap karya seni sastera.

Dalam sastera Inggeris, perkataan `critic` digunakan bagi menerangkan sifat orang yang melakukan kritikan atau pun kegiatan kritik itu sendiri. Pada tahun 1677, John Dryden mempopularkan istilah criticism. Istilah ini menjadi lebih mantap dan dilazimi dalam perbincangan-perbincangan terhadap karya sastera, terutama setelah John Dennis menulis buku berjudul The Grounds of Criticism in Poetry (Atas Semi,1989:8). Daripada perkataan criticism inilah pelbagai tafsiran tentang kritikan sastera diberikan oleh para sarjana dan pemikir.

Terdapat banyak definisi yang diberikan oleh para pemikir dan sarjana sastera. Matthew Arnold memberi definisi kritikan sebagai satu usaha yang bukan hendak mencari untung tetapi mempelajari dan menyebarkan sesuatu fikiran dan sesuatu yang telah diketahui sebagai yang terbaik dalam dunia (Hashim Awang,1997:6). Mana Sikana,(1983:3) pula menyebutkan, kritikan adalah satu disiplin ilmu yang sistematik, yang membicarakan soal penghayatan, penganalisisan dan penilaian sesebuah karya kreatif.

Daripada pengetian-pengertian yang diberikan oleh para sarjana di atas, dapat disimpulkan bahawa, kritikan bermaksud memberi penilaian terhadap sesuatu hasil seni menerusi proses pengamatan dan perbandingan, menganalisis dan menghayati dengan kaedah-kaedah yang sistematik dan beralasan dengan maksud mengembangkan tanggapan-tanggapan yang terbit darinya.

Proses menghayati teks adalah langkah pertama dan penting untuk mendekati sesuatu karya yang akan dikritik. Penghayatan bermakna pengkritik mendalami isi cerita dengan cara membaca dan memahami segala ungkapan, istilah dan frasa ayat yang mengangkat persoalan penting cerita. Dengan perkakas teoretikal yang dimiliki oleh pengkiritk, maka, teks berkenaan boleh saja dibedah (operate) dan dianalisis mengikut sudut mana dan tujuan kritikan itu dibuat. Perkakas teoretikal itu tentulah terdiri sebuah teori atau pendekatan yang sesuai dengan tujuan kritikan itu tadi.

Pemilihan teori dan pendekatan yang sesuai itu tadi sangat penting, agar penilaian dan hasil yang ingin diketengahkan menepati kriteria-krietria yang menjadi dasar teori berkenaan. Proses menganalisis ini seharusnya bersifat sistematik, yakni, tindakan penerimaan, penolakan, penghakiman yang dibuat terhadap sesuatu karya itu adalah berdasarkan kaedah yang khusus dengan penyertaan data-data, bukti, sandaran ilmu, kajian literasi, risensi kepustakaan dan sebagainya. Oleh itu, hasil kritikan mempunyai daya legitimasi yang tinggi dan sangat dapat dipertahankan.

Fungsi kritikan sastera yang pertama ialah menentukan teks sastera yang baik bermutu dengan teks sastera yang tidak baik dan tidak bermutu. Untuk berlaku adil, saksama terhadap karya dan pengarangnya, pengkritik harus bersikap kritis bagi membuktikan dia telah membaca teks sastera itu berulang kali, memahami makna tersirat dan tersurat yang terkandung dalam teks dan berupaya menikmatinya.

Pengkritik yang sensitif dan tajam mata fikirnya tentu sahaja berupaya menyuluh atau memberi sinar kepada karya-karya yang sedemikian untuk memungkinkan pembacanya masuk menikmati atau melihat sesuatu, yang kelihatan kelam suram. Keupayaan dan kekritisan pengkritik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya ini, bermakna dia telah memberikan sumbangan dan mengembangkan pengetahuan baru kepada khalayak pembacanya. Maka secara tidak langsung dia telah melakukan fungsi yang ketiga.

Keempat, tulisan-tulisan kritikan sastera bukan sahaja berfungsi kepada pengarang dan pembaca seperti yang dibicarakan di atas, malah; ikut berfungsi kepada individu pengkritik. Kritikan sastera sedemikian, titik tolak atau premisnya terlaksana apabila seseorang pengkritik mengkritik sesebuah karya, kemudiannya; tampil seorang pengkritik lain membalas atau menilai kritikan yang pernah dilaksanakannya. Dari hasil tulisan itu maka wujudlah istilah kritikan atas kritikan. Ini dilakukan bagi mencari dan menemukan sesuatu yang lebih adil dan saksama.

Kelima, kritikan sastera merupakan suatu aktiviti yang mendorong ke arah terbinanya teori kritikan dan teori sastera baru. Dalam kelangsungan hayat kesusasteraan, teori sastera dan teori kritikan itu amat penting dimiliki atau wujud dalam sesuatu tamadun bangsa. Apatah lagi mengingatkan bangsa kita mempunyai nilai-nilai yang tersendiri sesuai dengan budaya setempat dan saling bertentangan pula dengan norma-norma atau nilai kehidupan Barat, termasuk kepercayaan beragama.

1.3 Kesimpulan

Dari perbincangan tentang pengkritik dan fungsi kritikan ini, dapat dirumuskan dua landasan yang penting yang berhubungan dengan jagat kritikan sastera. Pertama, kritikan sastera yang baik, bertanggungjawab, adil saksama dan dilaksanakan tanpa sebarang prejudis dan rasional, ternyata banyak membantu pengarang dalam proses penciptaan pada masa hadapan. Pengarang bukan sahaja mengetahui kelemahan dan kekuatannya dalam berkarya, malah membantu mengkaji semula kerelevanan karyanya dalam usaha memakmur dan membahagiakan minat atau citarasa pembacanya. Kedua, kritikan sastera yang baik dan bermutu sewajarnya membantu memberikan sinar kefahaman, kenikmatan kepada pembacanya. Pembaca harus memperoleh sesuatu yang bermanfaat hasil daripada pembacaannya.

Bab 2 Analisis Bahan Sastera

2.0 Pendahuluan

Pengkaji memilih sebuah novel moden bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan dikeluarkan pada tahun 2010.Novel ini telah dijadikan novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 5.

2.2 Sudut Pandangan dan Kritikan Sosial dalam Novel Interlok

Interlok novel karya Abdullah Hussain yang memenangi Hadiah Saguhati PeraduanMenulis Novel Sepuluh Tahun Merdeka. Novel ini pertama kali diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1971. Pada tahun 2011 novel ini menjadi teks Komsas Tingkatan Lima untuk zon tengah. Novel ini sengaja ditimbulkan kontroversi oleh pihak tertentu pada hujung Disember 2011 kerana dikatakan mempunyai perkataan paria yang menyinggung perasaan kaum India. Perkataan paria ini terdapat dalam bab Keluarga Maniam, ketika memperihalkan sejarah asal usul dan kedatangan Maniam ke Tanah Melayu.

Interlok adalah sebuah novel sosial. Pengertian novel sosial merujuk novel yang mengangkat perjuangan golongan bawahan ataupun golongan tertindas sama ada menentang golongan yang mempergunakan mereka mahupun perjuangan untuk meningkatkan taraf kehidupan dan status kelas mereka. Pergertian novel sosial mempunyai perbezaan yang nipis dengan novel masyarakat. Pengertian novel masyarakat lebih kepada bentuk novel yang mengangkat kisah masyarakat secara keseluruhan.

Protes dan kritikan daripada kisah keperitan dan penindasan terhadap golongan pekerjaini ditujukan kepada khalayak daripada golongan menengah untuk menarik simpati dan seterusnya bertindak untuk mengubah sistem perundangan, etika dan moral yang menindas golongan pekerja bawahan. Golongan menengah selalunya merupakan golongan yang berpengaruh dalam mendesak perubahan.

Sokongan dan simpati daripada golongan menengah akan membantu perjuangan golongan bawahan ini. Bahkan perjuangan mengangkat keadilan untuk golongan bawahan ini banyak digerakkan oleh tokoh-tokoh daripada golongan menengah pada hakikatnya.

Novel sosial mengarah matlamat tematiknya kepada pembaikan pendidikan,hak politik, nasib golongan wanita dan buruh kanak-kanak, keadaan di kilang dan lombong, jenayah akibat suasana masyarakat yang sesak dan keadaan persekitaran yang buruk, serta segala macam akibat yang berlaku dalam usaha negara dan golongan elit mengejar matlamat kemajuan dan kekayaan.

Dalam konteks moral pula, pengarang novel sosial mengangkat nilai moral daripada norma-norma kehidupan pinggiran golongan bawahan yang pada hakikatnyajauh berbeza daripada norma masyarakat atasan. Perbezaan yang memperlihatkankebobrokan nilai moral yang melanda golongan bawahan selalunya diperbandingkan dengan kehidupan mewah golongan atasan dengan tujuan memperlihatkan kealpaan dan kesalahan yang dilakukan oleh golongan atasan hingga mengakibatkan kehidupan yang buruk kepada golongan bawahan.

Novel ini juga menumpukan kepada kehidupan daif golongan bawahan tanpa mempersalahkan mana-mana pihak secara langsung. Ia lebih menekankan kritikan kepada sistem sosial yang muncul oleh keadaan-keadaan yang mewakili era tertentu. Dari sini, tematiknya merungkai permasalahan sosial sebagai akibat sejarah dan mendesak cita-cita perjuangan untuk mengubah kehidupan dalam diri golongan bawahan danmenengah.

Maka secara keseluruhannya novel ini menekankan kepada cita-cita sosial, khususkepada golongan bawahan untuk mencapai matlamat kehidupan yang lebih sempurna. Mesej penting antara novel ini ialah idealogi sosial. Novel ini bergerak di atas ideologi sosial, dan kadangkala membawa propaganda tertentu terhadap matlamat dancita-cita yang dikandung olehnya secara tematik. Novel masyarakat tidak memperlihatkan kecenderungan memaparkan idealogi yang khusus, sebaliknya hanya memaparkan peristiwa dalam kehidupan masyarakat yang meletakkan pengarang sebagai cermin yang membiaskan imej serta gambaran.

Interlok menghimpunkan watak-watak daripada golongan bawahan, khususnya golonganpekerja yang berada di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 di bawah pentadbiran British. Secara lebih jelas masyarakat pekerja bawahan yang berada dalam lingkaran dunia perindustrian moden, sepertimana yang terdapat dalam novel sosial Barat yang mengetengahkan golongan bawahan dan pekerja dalam era kebangkitan revolusi perindustrian di Eropah.

Golongan bawahan dan pekerja yang digambarkan dalam Interlok berada dalam sistem dan lingkaran dunia perindustrian, yakni golongan buruh yang ditarik dan digunakan tenaga mereka untuk pengeluaran ekonomi perindustrian. Semua watak yang terdapat dalam Interlok adalah mereka yang berada di dalam sistem sosio-ekonomi-politik dunia perindustrian moden. Dalam buku Keluarga Seman, Seman adalah perwakilan daripada watak bangsa peribumi Melayu daripada golongan masyarakat bawahan yang menetap di kampung. Dalam sistem ekonomi-politik British, tanah jajahan merupakan tempat penyediaan bahan mentah untuk memenuhi keperluanperindustrian di England dan Eropah.

Di Tanah Melayu, British memperkenalkan ekonomi moden dalam konteks ruang tenaga buruh dan bahan mentah. Bagi mengekalkan kuasanya ke atas bangsa Melayu sebagai tanah jajahan, British melemahkan keupayaan orang Melayu dari segala segi sehingga melumpuhkan kekuatan orang Melayu baik fizikal mahupun mental. Orang Melayu menderita kehilangan kuasa politik melalui sistem politik residen British dan kemudian pentadbiran berpusat British iaitu Malaya British Administration (MBA), yang memecah belahkan kuasa politik Sultan-sultan Melayu melalui zaman pengasingan dan pembonekaan yang disebut sebagai political disenfranchisement.

Sementara ekonomi orang Melayu dilumpuhkan melalui pemingiran ekonomi (economicmarginalisation) dan pengasingan orang Melayu daripada modeniti dari segi sosial. Orang Melayu ditutup peluang atau dipinggirkan dalam mobiliti sosial untuk mengekalkan mereka sebagai petani dan nelayan yang menyediakan logistik seperti bekalan makanan domestic kepada British (Collin Abraham, 2008). Seman mewakili watak orang Melayu yang dilumpuhkan segala-galanya oleh British. Seman watak manusia desa yang tidak berpendidikan, kerana peluang pendidikan sangat terbatas disediakan oleh British. Tambahan ia diburukkan lagi oleh sikap Pak Musa yang menyembunyikan Seman daripada dihantar ke sekolah Melayu. Sikap Pak Musa mewakili sikap orang Melayu yang telah dilumpuhkan jiwa dan fikiran mereka oleh sistem pengasingan (isolation) dan peminggiran(marginalisation) British. Seman muncul sebagai hasil daripada sistem penjajahan British yang berlangsung lebih dari lima dekad. Seman adalah seorang anak muda Melayu yang tidak berpendidikan, terasing daripada modeniti, dan terpinggir daripada mobiliti sosial kekal sebagai sumber pengeluaran bagi keperluan logistik (petani, pekebun dan nelayan) untuk British secara domestik di Tanah Melayu.

Dalam buku Keluarga Chin Huat pula, Chin Huat muncul sebagai wakil watak golonganpekerja yang ditarik datang ke Tanah Melayu oleh peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor ekonomi perindustrian British, yang berkaitan dengan pengeluaran dan perkhidmatan. Kehidupan miskin keluarga Chin Huat tanah asal yakni sebuah desa kecil di Tanah Besar China menjadi faktor penolak Kim Lock (bapa Chin Huat) bersama anaknya untuk keluar dari China dan mencuba nasib di Tanah Melayu. Ekonomi sumber perindustrian yang diperkenalkan British di Tanah Melayu menjadi faktor penarik untuk kaum pendatang datang ke TanahMelayu.

Di Tanah Melayu, lombong-lombong bijih timah dibuka, perdagangan eksport-importdigiatkan, dan sektor perkhidmatan membuka peluang besar kepada tenaga-tenaga buruhmahir dan kurang mahir. Sistem kongsi bagi tenaga buruh dari China yang diperkenalkan oleh British sangat buruk. Ia membawa orang Cina sebagai buruh dalam keadaan miskin dan kesihatan yang buruk. Dalam persaingan yang sengit penawaran tenaga buruh, orang Cina terperangkap untuk menawarkan tenaga buruh yang termurah sama ada dalam sektor perlombongan milik British mahupun sektor perkhidmatan lain.

Ia menawarkan apa yang disebut sebagaisurvival of the cheapest. Begitu juga yang berlaku kepada kaum India yang datang ke Tanah Melayu oleh faktor penolakdan penarik yang sama. Dalam buku Keluarga Maniam, digambarkan Maniam dalam bulan Julai 1910 telah belayar bersama mereka yang lain dalam sebuah kapal penumpang yang bertolak meninggalkan Pelabuhan Nagapatam ke Pulau Pinang. Mereka ini semua adalah tenaga buruh yang berangkat melalui kangani iaitu wakil yang mencari buruh untuk kebun-kebun dan ladang-ladang getah di Tanah Melayu. Dalam kapal tersebut digambarkan terdapat120 orang penumpang yang datang dari pelbagai daerah di India, iaitu Pondicherry, Pulikat,Madras, Malabar, Kerala dan Hyderabad. Mereka semua bercakap dalam bahasa Tamil, walau ada yang bercakap dalam bahasa Malayali dan Telugu iaitu bahasa dalam rumpun bahasa Tamilyakni rumpun bangsa Dravida.

Dalam pada itu digambarkan bahawa semua yang berada dalam kapal bersama Maniam pada ketika itu tergolong dalam kasta yang sama yakni kasta paria. Kasta paria merupakan golongan di luar kasta (outcast) di India yang tersisih akibat sistem kastayang diamalkan di India. Secara sosiologi, mereka mewakili golongan bawahan yang tertindas di negara mereka sendiri, dan ini adalah salah satu faktor penolak yang penting dalam konteks kedatangan golongan pekerja dari India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Namun begitu tidak semua kaum India yang datang ke Tanah Melayu daripada kasta Paria, dan ini digambarkan dalam Interlok, terdapat pekedai berkasta tinggi di Pulau Pinang bilamana Maniam datang membeli dan melihat tiada amalan penyisihan berdasarkan kasta berlaku di Tanah Melayu ini. Maniam adalah watak yang diangkat sebagai perwakilan golongan pekerja bawahan yang tertindas oleh sistem ekonomi-politik British di Tanah Melayu ketika itu.

Watak Maniam dari golongan bawahan ini diangkat sebagai subjek sosiologikal dan diberikan fokus utama dalam menggambarkan perjuangan dan mobiliti sosial yang berlaku terhadap kaum India dalam sistem ekonomi-politik British pada awal abad ke-20. Maniam bukanlah kenyataan daripada keseluruhan kaum India yang datang ke Tanah Melayu pada ketika itu, tetapi hanyalah watak tipa dalam sebuah novel sosial yang mengangkat sebuah idealogi social perjuangan golongan bawahan. Orang India yang dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh dalam sektor ekonomi British juga dibawa dalam kemiskinan dan kesihatan yang buruk. Malah mereka hidup dalam sistem kangani yang menyaksikan mereka diperas oleh elit pekerja daripada golongan mereka sendiri.

Dalam sistem kangani yang diperkenalkan oleh British ini orang India yang datang sebagai buruh, hidup dalam apa yang disebut sebagai internal colonisation,yakni mengalami penjajahan dalaman dan akhirnya hidup tanpa harapan untukmelebihi apa yang ada pada mereka. British dalam melaksanakan dasar pecah dan perintah menemui peluang besar dalam memastikan kekuasaan mereka terus dikekalkan melalui suasana sosial yang hadir pad awal abad ke-20 ini. Kewujudan dua kaum pendatang yang besar populasinya di Tanah Melayu dilihat dapat dieksploitaskan bagi mengimbangi kedudukan orang Melayu sebagai masyarakat peribumiyang berpotensi mencabar kekuasaan British.

British mengambil peluang daripada suasana sosial masa ini untuk menanamkan perasaan curiga antara etnik dan mewujudkan apa yang disebut sebagai antagonisme etnik. Dari sini British membentuk stereotaip etnik iaitu etnik dengan bidangan masing-masing, sekaligus menjarakkan satu etnik dengan etnik yang lain bagi mengembangkan perasaan curiga dan prasangka yang tidak berkesudahan antara etnik. Stereotaip etnik ini menjadi cara membentuk prinsip pemerintahan dan kawalan kuasa. Ia juga menjadi asas kepada pengabasahan penguasaan kolonial dalam mewujudkan polarisasi kaum.

Kolonial Birtish dalam polisi divide and rulenya menyerapkan prinsip consciuosness of kindiaitu dalam memastikan survival, setiap orangberjuangberdasarkanruangkepentingan kaum masing-masing. Ertinya dalam lingkungan kaum yang sempit. British akhirnya mengecapi kemewahan daripada penindasan melalui kotak-kotak kaum ini atau dikatakan sebagai icing on the racial polarisation cake. British meninggalkan masyarakat yang dipolarisasi ini tiada pilihan lain selain daripada bergantung kepada golongan elitkaum masing-masing. Golongan elit ini pula dalam berjuang untuk memenuhi keperluankaum masing-masing, mengambil kesempatan mengaut kekayaan dan kepentingan untukdiri mereka.

Melihat dalam konteks agenda ekonomi-politik British, isu perkauman dan polarisasi kaum ini adalah natijah daripada capitalist mode of production, yang mengaburkan perbezaan kelas dengan perbezaan dan permusuhan kaum. Ini dapat menyelamatkan kelas atasan daripada penyatuan kelas bawahan untuk menentang mereka, secara langsung melumpuhkan rakyat melalui isu dan sentimen perkauman. Bahkan pengagihan faedah kepada rakyat juga ditentukan mengikut keperluan kaum berdasarkan kepentingan kesinambungan kuasa politik British. Polarisasi kaum ini ialah hasil dari proses compartmentalisation yangdikemukakan oleh British, dan memberikan persepsi bahawa setiap etnik bermusuh antara satu sama lain (Collin Abaram, 2008).

Interlok membawa persoalan ini melalui garapan perjuangan golongan bawahan yang beradadalam kawah gula ekonomi perindustrian British, secara cukup berseni melalui penyatuan tiga etnik yang akhirnya membina negara Malaya yang merdeka (kemudiannya menjadi Malaysia). Penyatuan tiga etnik secara ideal dalam Interlok ini memperlihatkan lambang penentangan terhadap dasar antagonisme etnik yang diwujudkan oleh British. Sekaligus mewujudkannya sebagai novel sosial yang bukan sahaja membawa idealogi penyatuan etnik yang kuat, tetapi juga idealogi penentangan terhadap kelas atasan yang terdiri daripada penjajah British, pemodal dan konco-konco British yang terdiri daripada para pembelot bangsa.

Adalah sesuatu yang malang apabila novel sosial yang mengangkat tema perjuangan kelas bawahan ini ditutup dengan isu perkauman yang sempit dan dangkal demi kepentingan politik perkauman. Perkataan paria tidak mungkin dibuang kerana ia menjelaskan secara historical suatu pergerakan atau mobiliti sosial daripada golongan bawahan yang paling hina kepada golongan yang berjaya dan dihormati. Tanpa memperkenalkan Maniam sebagai seorang daripada kasta paria, suatu bentuk pemaparan mobiliti sosial tersebut tidak dapat dilakukan dengan munasabah dan berkesan. Interlok adalah sebuah novel sosial yang tidak ada kena mengena dengan sebarang bentuk perlakuan untuk menghina mana-mana etnik, sebaliknyamemaparkan seideal mungkin sifat menghormati antara satu sama lain yang menuju kepada ideal penyatuan antara etnik, khususnya dari kalangan masyarakat bawahan.

Sebarang tuduhan yang mengatakan bahawa Interlok sebagai novel perkauman adalahtindakan untuk menutup isu kegagalan politik dengan memainkan sentimen perkaumanyang tidak bermanfaat. Pada masa yang sama ia menjulang kembali doktrin pemisahan kaum kolonial British dalam membentuk sikap kepentingan kaum atau antagonisme etnik yang telah merosakkan hubungan masyarakat demi kepentingan ekonomi-politik golongan elit politik,pemodal dan aristokrat. Kini doktrin ini digunakan pula oleh pihak yang berkepentingan untuk mencari populariti dalam masyarakat atas tujuan-tujuan yang lebih khusus.

Tindakan menyuburkan sikap perkauman ini membawa masyarakat mundur ke belakang. Selain itu ia sebenarnya boleh dikatakan sebagai perjuangan sentimen yang tidak melihat kepada isu sebenar yang membelenggu masyarakat seperti isu kemiskinan, pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan dan sebagainya. Perjuangan sentimen yang bermain dengan isu-isu kecil yang sebenarnya adalah hanya ruang sama ada mencari publisiti atau populariti yang tidak berguna, ataupun cuma helah untuk menutup kegagalan menangani masalah sebenar kemunduran sosial masyarakat.

KesimpulanKesusasteraan Melayu ialah ciptaan seni yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat penyampaian. Kesusasteraa Melayu adalah satu cabang kegiatan seni masyarakat Melayu yang terawal da terpenting. Kesusasteraan lahir bersama kelahiran masyarakat sebagai alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan, pengalaman dan pengalaman masyarakat. Mungkin ada generasi muda yang malu kerana novel ini mengingatkan status, gaya hidup dan corak kehidupan dilalui nenek moyang mereka pada masa lalu. Perlu diingat tiada mereka, tiada kita. Penderitaan mereka perlu dijadikan iktibar setiap generasi muda.

Kasta, gaya hidup dan pengasingan kaum yang pernah berlaku di Tanah Melayu suatu masa dulu adalah pengalaman yang membuatkan generasi baru Malaysia hari ini lebih kuat dan cekal bagi mengubah kehidupan masing-masing. Contoh terbaik, rakyat keturunan India kini berjaya mengetepikan sistem kasta yang dibawa dari India dan mereka hari ini bukan saja duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan rakyat Malaysia lain, malahan ramai yang mencatat kejayaan luar biasa. Kesenangan dan kemewahan dikecapi hari ini adalah hasil kerja keras nenek moyang, yang ramai datang dari India tetapi hari ini melahirkan generasi keturunan India yang berjaya menghapuskan sistem kasta yang tidak dapat diterima itu.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak boleh menidakkan atau menafikan hakikat sejarah permulaan persahabatan antara semua kaum sejak sebelum merdeka lagi. Tindakan mempolitikkan novel ini hanya kerana satu perkataan yang mungkin mengingatkan kaum India mengenai pengasingan status yang pernah dialami nenek moyang mereka, perlu dilihat kembali. Novel Interlok pentas terbaik mengajar dan mengingatkan generasi Malaysia kini terhadap pahit maung nenek moyang mereka untuk menjadikan negara ini aman dan mahu silaturahim antara rakyat pelbagai kaum, kukuh.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah Hussain.2010. Interlok: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaRuziati Abdul Rani 2010: Ulasan Novel Interlok: Petaling Jaya: Penerbitan Fajar BaktiAndre Hardjana. 1981. Kritikan Sastera: Sebuah Pengantar. Jakarta:Hashim Awang. 1984. Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan Sejarah.PetalingJayaFajar Bakti. Hashim Awang. 1988. Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan:KualaLumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. 1998. Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel. Shah Alam: Fajar Bakti. Mana Sikana. 1998. Kritikan Sastera Moden: Teori dan Pendekatan. Shah Alam: Fajar Bakti. Modul HBML 4203, Kesusasteraan Melayu : Open University Malaysia.Othman Puteh. 1995. Pengisian Dunia Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari. 1994. Kritikan Sastera Melayu: Pendekatan dan Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4

1