ebook mengapa kami bantah

169

Upload: violet-virgo

Post on 13-Jul-2015

633 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apacara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau caralain sebelum mendapat izin bertulis daripada Persatuan Penterjemah Malaysia.

Hakcipta © Persatuan Penterjemah Malaysia 2007Cetakan Pertama 2007

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mengapa Kami Bantah! / Penyusun Abdullah Hassan, Profesor Emeritus.ISBN 983-42179-0-01. Malay language-Malaysia-History and criticism. 2. Malay language-Usage. 3. Malay language-Study and teaching-Malaysia. 4. Malaysia-Ethnic relations. I. Abdullah Hassan. II. Judul.499.2305

Muka Taip Teks: Times New RomanSaiz Taip Teks: 10 / 12

Dicetak oleh:Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Lot 18, Jalan 4/10B, Spring Crest Industrial Park, 68 100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Persatuan Penterjemah Malaysia(Malaysian Translators Association)171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela,50150 Kuala Lumpur, MALAYSIA

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA(MALAYSIAN TRANSLATORS ASSOCIATION)171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela,50150 Kuala Lumpur, MALAYSIATelefon dan Faksimili: 03-21424381 E-mel: [email protected]

Isu penggunaan bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasapengantar pendidikan membawa banyak mudarat kepada pembangunan modalinsan untuk negara. Alasan mengapa isu ini ditentang tidak banyak mendapatliputan media. Oleh sebab itu Mengapa Kami Membantah: Penggunaan BahasaInggeris bagi Mengajarkan Sains dan Matematik diperlukan bagi memaklumkanmasyarakat mengenai mudarat yang akan berlaku. Lapan buah makalah yangditulis oleh cendekiawan Melayu mengungkapkan kebimbangan ini.

Prof. Shaharir bin Mohamad Zain, bekas Presiden Akademi Sains IslamMalaysia (ASASI) menyatakan bahawa bahasa Melayu sudah berjaya meng-hasilkan cendekiawan Melayu, dan langkah Kerajaan ini merupakan satutragedi besar kepada bahasa dan bangsa Melayu.

Profesor Emeritus Abu Bakar Abd Hamid, ahli Kumpulan Prihatin,menjawab lapan soalan yang sering ditanyakan kenapa tindakan mengetepikanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan adalah bertentangandengan apa yang kita perjuangkan.

Kamal Syukri, ahli Persatuan Linguistik Malaysia pula menyatakan pen-dapat yang bahasa Melayu akan mengalami kepupusan apabila tidak di-gunakan lagi sebagai bahasa ilmu.

Prof. Dr. Awang Sariyan, Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, menge-mukakan hujah betapa tindakan ini menimbulkan kesan negatif kepadasosiobudaya bangsa dan negara.

Datuk Dr. Hassan Ahmad, daripada Karyawan, meninjau betapa rapatnyahubungan bahasa dengan perjuangan bangsa, dan betapa tindakan ini me-lemahkan nasionalisme.

Nor Hashimah Jalaluddin, tenaga pengajar di universiti membuat kajianmengenai penerimaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,dan mendapati langkah ini akan hanya menimbulkan konflik antara yangmiskin dan yang kaya.

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Presiden Persatuan PenterjemahMalaysia menghujahkan bahawa bahasa adalah wahana yang memindahkanhimpunan memori bangsa daripada satu generasi kepada satu generasi. Apabilabahasa Melayu luput daripada benak Melayu, maka jati dirinya turut berubah.

Akhir sekali, ada banyak persatuan yang membincangkan isu ini, tetapihanya resolusi PEMANIS yang dapat dimasukkan ke dalam jilid ini. Yang lainsering tidak didokumentasikan. Oleh itu, resolusi kongres-kongres begini perludidokumentasikan bagi memaklumkan kepada kerajaan betapa isu ini me-merlukan penanganan bijaksana dan memandang jauh ke hadapan.

Profesor Emeritus Dr. Abdullah HassanPresiden, Persatuan Penterjemah Malaysia19 Oktober 2006

1. Senarai Kandungan v1. KATA ALUAN KETUA KUMPULAN PRIHATIN vi1. PENCAPAIAN SAKTI MELAYU MALAYSIA 1958-2002:

SEBUAH TRAGEDI DALAM PERADABAN MELAYU MODEN 1

2. PENDIRIAN BERSAMA PARA PROFESOR SAKTI SELURUH MALAYSIA TERHADAP DASAR PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH DALAM BAHASA INGGERIS 29

3. BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR SAINS DAN MATEMATIK: MENGAPA DITENTANG? SOALAN YANG SELALU DITANYAKAN 35

4. BAHASA MELAYU AKAN PUPUS 455. ANALISIS BEBERAPA ISU UTAMA SOSIOBUDAYA

BANGSA DAN NEGARA 656. NASIONALISME

DAN PERJUANGAN BAHASA 897. PENERIMAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

DALAM BAHASA INGGERIS: KONFLIK ANTARA DUA DARJAT 111

8. BUKAN SEKADAR BAHASA 1339. RESOLUSI SEMINAR AGENDA MELAYU 145

Senarai Kandungan

KATA ALUAN KETUA KUMPULAN PRIHATIN

Kami daripada Kumpulan Prihatin bersyukur kepada Ilahi keranamembolehkan kami sedar dan insaf terhadap nasib dan masa depankaum Melayu di Malaysia. Pada kami, kaum Melayu menghadapimasalah besar yang akan meminggirkannya di Tanah Airnya sendiri.Inilah faktor yang mendorong kami berbincang dengan tokoh-tokohdaripada berbagai pertubuhan dan orang-orang perseorangan yangpeduli terhadap masa depan kaum Melayu demi keamanan negaraMalaysia. Kongres ini adalah salah satu daripada langkah tersebut.

Oleh kerana penduduk negara kita terdiri daripada pelbagai kaum,maka terdapat beberapa isu sensitif yang memerlukan penerangan danpemahamannya dari segi sejarah.

Bagi mencapai kemajuan negara Malaysia seluruhnya, kaum Melayuperlu dimajukan dengan saksama. Tetapi ini bukanlah perkara mudah.Umpamanya, dua tahun lalu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad,Perdana Menteri pada masa itu menyatakan bahawa hanya 25%daripada pelajar Malaysia di seluruh dunia mempelajari ijazah pertamaterdiri daripada kaum Melayu. Lalu beliau menyatakan hasratmenambah bilangan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi. Iniadalah hasrat yang wajar.

Pada masa itu pelajar di institusi pengajian tinggi swasta berjumlahlebih daripada 200,000 orang. Hanya 15% (30,000 orang) daripadanyapelajar Melayu. Pelajar di institusi pengajian tinggi awam pulaberjumlah 170,000 orang dan 55% (93,500 orang) adalah pelajar Melayu.Ini bermakna hanya 123,500 orang adalah pelajar Melayu daripada370,000 pelajar di institusi pengajian tinggi. Ini adalah 33.3% sahaja,

Mengapa Kami Bantah!

padahal pada masa ini, nisbah jumlah penduduk Bumiputera adalah66% berbanding dengan penduduk bukan Bumiputera.

Malangnya hasrat Dato’ Seri Perdana Menteri ditolak oleh Kabinetmelalui Datuk Dr. Ling Liong Sik yang mengatakan penambahanpelajar Melayu itu tidak boleh melibatkan institusi pengajian tinggiswasta. Pada hal inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan itu.

Di samping itu ada peristiwa lain yang menunjukkan perkembanganyang tidak sihat. Penubuhan Kolej Era Baru di Kajang dianggap olehDong Jia Zong (Grakan Pendidikan Cina) sebagai menggantikanUniversiti Merdeka. Ini bermakna bahasa Cina menjadi bahasapenghantar utama, walaupun Universiti Merdeka telah ditolak olehmahkamah. Apa yang berlaku sekarang ialah Kolej Era Baru telahmenggantikan Universiti Merdeka, pada hal Kolej Tunku AbdulRahman diwujudkan bagi menggantikan Universiti Merdeka masihjuga wujud dan diteruskan.

Seterusnya, MCA meminta supaya Kolej Tunku Abdul Rahmandinaikkan taraf menjadi universiti. Ini dipersetujui oleh KerajaanBarisan Nasional. Tetapi, di samping itu Kolej Tunku Abdul Rahmanmasih wujud dan diteruskan.

Tetapi, ingatkah kita, apabila Institut Perguruan Sultan Idrisdinaikkan taraf menjadi universiti, IPSI dihapuskan. Juga, apabila ITMdinaikkan taraf menjadi universiti, ITM dihapuskan.

Bagaikan apa yang diberi kepada kaum Cina tidak mencukupi,Kerajaan Negeri Perak menghadiahkan pula 200 hektar tanah untukKolej Tunku Abdul Rahman. Kemudian, pemimpin UMNO memberipula 15% tempat di MRSM kepada pelajar Cina. Baik sungguh hatiorang Melayu.

Beralih pula kita kepada isu lain yang sangat menyedihkan. Bahasapenghantar pendidikan sains dan matematik ditukar pula ke bahasaInggeris.

Kami daripada Kumpulan Prihatin merasakan masanya sudah tibabagi orang Melayu memastikan supaya tindakan ini dikaji semuladengan teliti dan diperbetulkan. Dalam keadaan sekarang, kitamemerlukan ketegasan daripada pimpinan, UMNO mahupun PAS. Kitatidak boleh lagi melayan tuntutan demi tuntutan, tuntutan yangakhirnya merosakkan keseimbangan antara kaum. Keseimbangan yangmerosakkan kaum Melayu. Kaum Melayu sudah banyak beralah.

Pada tahun 1955, dalam pilihan raya parlimen pertama, 50 daripada52 kawasan pilihan raya mempunyai majoriti pengundi Melayu. TetapiUMNO memberi 17 kawasan itu kepada MCA dan MIC, iaitu 750%lebih daripada sewajarnya. Undi Melayulah yang memenangkanmereka.

vii

Kata Aluan Ketua Kumpulan Prihatin

Sekali lagi pada tahun 1957, satu persefahaman lain dibuat. Dari 31Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1958, kaum bukan Melayu yang mempunyaikelayakan pemastautinan dan lain-lain, tetapi tidak mengetahui bahasakebangsaan, iaitu bahasa Melayu dibolehkan mendapatkan hakkerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam masa satu tahun, lebihdaripada 800,000 orang bukan Melayu menjadi warganegara. Ini adalahsatu kelonggaran yang luar biasa.

Kerajaan Perikatan juga menyediakan pendidikan aliran Cina daridarjah satu hingga enam dengan membelanjakan kewangan negara.Pada hal negara lain seperti kita tidak melakukannya.

Banyak peristiwa begini dalam sejarah kita. Kita perlu tahu sejarahkita. Juga kaum bukan Melayu perlu tahu. Pemimpin Melayu perlumenerangkan peristiwa penting ini kepada pemimpin bukan Melayu.Mereka seterusnya boleh menerangkannya kepada kaum masing-masing, supaya mereka bersetuju dengan dasar-dasar yang digubalsekarang. Dasar seperti Dasar Ekonomi Baru adalah digubal bagimencari keamanan. Banyak matlamatnya yang dicapai, tetapi masihbanyak lagi yang perlu dijayakan.

Dalam hal kepentingan Melayu, UMNO dan PAS perlu bekerjasama.Kepentingan Melayu adalah lebih penting daripada kepentingan parti,terutama dalam bidang pendidikan, bahasa dan ekonomi.

Kita perlu bersepakat. Badan-badan bukan kerajaan Melayu (BBK)perlu membuat kajian tentang isu-isu penting, terutama yang berkaitandengan pendidikan. Kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Pemimpin-pemimpin Melayu perlu tahu di mana garis pemisahantara tuntutan yang wajar dengan yang melampau. Sebagai contoh,nisbah agihan kemasukan pelajar ke IPTA yang sudah lama digunakanialah 55% Bumiputera dan 45% bukan Bumiputera. Ini adalahmenurut nisbah komposisi penduduk Malaysia. Tetapi, menurutbancian tahun 2000, jumlah kaum Bumiputera meningkat menjadi 66%dan bukan Bumiputera menurun menjadi 34%. Oleh sebab itu, nisbahkemasukan ke IPTA juga perlu diselaraskan menurut nisbah penduduksekarang.

Kita bukan mengungkitKita bukan ada perkaumanKita telah banyak berkorbanDemi perpaduanDemi kemajuan.

Ambillah teladandari negara-negara jiran

viii

Mengapa Kami Bantah!

Berterima kasih danUcapkan kesyukuranAgar dapat kita sama-samaMenikmati kemajuanSerta keamanan.

Dato’ Zainal Abidin bin Abdul WahidKetua Kumpulan Prihatin

ix

PENCAPAIAN SAKTI MELAYU MALAYSIA 1958-2002: SEBUAH TRAGEDI DALAM PERADABAN

MELAYU MODEN

1

Shaharir bin Mohamad ZainPusat Sains Matematik UKM, dan

Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)

Fakta yang Tidak Diketahui?Dalam masa empat dasawarsa sahaja, Malaysia mampu melahirkansarjana bertaraf dunia dalam pelbagai bidang SAKTI. Sekaligusperkembangan dan kemajuan yang berlaku pada bahasa Melayu adalahpada tahap fenomenal. Hanya mereka yang terbenam ria dalam budayaberbahasa lain sahaja yang tidak sedar atau tidak mahu mengakuihakikat ini. Malangnya itulah yang nampaknya sedang berlaku dikalangan para pemimpin Melayu yang berkuasa sekarang yang me-warisi pemupukan dan pemagaran bahasa Melayu tetapi nampaknyasedang memakannya pula sehingga SITC, simbol pencapaian pen-didikan Melayu pertama pada abad ke-20, telah menjadi mangsanya,dan dijangka tidak lama lagi UKM, simbol mercu pendidikan Melayu,turut musnah dengan tangisan tidak berlagu lagi.

Pencapaian prasiswazahUKM ditubuhkan pada 1970 bagi memajukan ilmu dalam bahasaMelayu dalam kebanyakan bidang ilmu dan sekaligus menjadi penyatubangsa dan penyinambungan asas penubuhan SITC 1922 dan KolejIslam Kelang 1955, dua institusi tertinggi yang menjadi kebanggaanMelayu sebelum merdeka! (Lihat sejarah UKM oleh Mohd Ali 1981).UTM pula menjadi pelopor pendidikan kejuruteraan dan teknologidalam bahasa Melayu sejak 1978. Universiti-universiti awam yang lainturut berada dalam aliran ini sejak 1983. Walaupun bidang perubatan,belum lagi dijalankan dalam bahasa Melayu sepenuhnya hingga kini,termasuklah di UKM, malah bidang ini hanya dijalankan dalam bahasa

Mengapa Kami Bantah!

Melayu sehingga tahun ketiganya sahaja (tahun praklinik) dan duatahun kemudiannya (peringkat klinik) hampir semuanya dalam bahasaInggeris, namun semua universiti awam sudah menjadi universitiMelayu (bahasa pengantarnya dominan Melayu, dan begitulah jugadengan komposisi pelajar dan pekerjanya) sekurang-kurangnya sejak1987 (tahun keramat semua universiti awam melahirkan prasiswazahaliran Melayu dalam semua bidang kecuali perubatan). Satu-satunyauniversiti swasta pada masa itu ialah UIA yang menggunakan bahasaInggeris dan Arab sebagai bahasa pengantarnya.

Sejak kemeriahan bahasa Melayu 1987 itu, dianggarkan sekurang-kurangnya secara puratanya 4 ribu prasiswazah SAKTI aliran Melayudihasilkan oleh universiti-universiti awam kita setiap tahun. Jika dilihatdalam bidang teknologi maklumat (TM) pula, suatu bidang yang seringdifitnahkan sebagai tidak layak diajar apatah lagi dimajukan ataudibangunkan dalam bahasa Melayu kerana kepantasan perkembanganilmu itu dalam bahasa asing (Inggeris) dan kononnya pelajar aliranMelayu tidak mampu mengikutinya, maka data di UKM sahaja punmenyangkal keras prasangka buruk dan jahat ini. Pertamanya, bidangini telah diajar dalam bahasa Melayu di UKM sejak tahun 1975 lagi dibawah program sains komputer, dan ijazah dalam bidang ini pertamakali dikeluarkan oleh UKM mulai 1979, walaupun Fakulti TeknologiMaklumat UKM hanya ditubuhkan pada tahun 1994 sahaja. Fakulti TM,sains maklumat, sains komputer atau gabungannya di IPTA lain telahbeberapa tahun ditubuhkan lebih awal daripada 1990 lagi yang semuaprogramnya dijalankan di dalam bahasa Melayu juga. UmpamanyaFakulti Sains Komputer dan Sains Maklumat (FSKSM) di UTMditubuhkan pada 1984 lagi. Tetapi sebelum tertubuhnya fakulti ini pun,sejak 1985 lagi UTM sudah pun melahirkan puluhan prasiswazah TMdalam aliran Melayu setiap tahun (Sila rujuk sesawang UTM). Sejak1994 tidak kurang daripada 2 ribu orang prasiswazah SAKTI setahun,termasuk kira-kira 200 orang prasiswazah TM setahun, dapat di-keluarkan oleh setiap lima buah universiti awam besar (UKM, UM,UPM, USM dan UTM) dan semuanya dalam bahasa Melayu, ter-utamanya selepas 1982). Contohnya, dalam konvokesyen UKM 2001,seramai tidak kurang daripada 2500 orang pelajar SAKTI dianugerahiijazah pertamanya masing-masing termasuklah bidang TM seramaitidak kurang daripada 400 orang (Buku cenderamata konvokesyenUKM 2001. Perincian data prasiswazah UKM sehingga 1994, lihatrisalah Intisari UKM 1995). Kejayaan Malaysia dalam pembangunannyasejak 1974 (semenjak prasiswazah aliran Melayu wujud) dan denganpesatnya dalam tahun 1980-an dan 1990-an itu tentunya sebahagianbesarnya berupa sumbangan para lulusan aliran Melayu juga,sekurang-kurangnya mereka yang memperoleh pendidikan sains danmatematik sehingga ke peringkat SPM. Kenapalah pemimpin kita lupa

2

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

bahawa dalam tempoh itu juga, menerusi pendidikan aliran Melayuinilah puluhan ribu setahun pelajar Malaysia mampu bersaing diuniversiti antarabangsa (di negara-negara berbahasa Inggeris, negara-negara di Eropah, Jepun, negara-negara Arab dan lain-lain lagi) denganmembawa pulang ijazah masing-masing (termasuklah Melayu sekitar 5ribu setahun itu).

Pencapaian SiswazahSementara itu, siswazah Sarjana aliran Melayu (kursus dan/atautesisnya dalam bahasa Melayu) dalam bidang sains dihasilkan pertamakalinya pada tahun 1980 (geologi) dan Doktor Falsafahnya (D. Fal.)pada tahun 1985 (sains hayat) yang kedua-duanya di UKM. Sarjanadalam TM (teknologi maklumat, bidang yang paling kerap dikatakantidak sesuai/mampu dalam bahasa Melayu) dihasilkan mulai 1985 diUKM atas nama sains komputer; manakala peringkat D.Fal. dalambidang TM dihasilkan mulai 1998. Sejak 1980 hingga 2002 UKM sahajatelah menghasilkan kira-kira 2 ribu buah tesis Sarjana dan D. Fal., dandalam bidang TM sahaja sejak 1995 hingga kini UKM telahmenghasilkan hampir 300 buah tesis. Jika universiti awam laindianggap juga menghasilkan siswazah Sarjana dan D.Fal. dengantesisnya dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya sejak 1990 (7 tahunselepas semua program ijazah pertamanya dalam bahasa Melayu) makaribuan tesis lagi terhasil dari universiti-universiti awam lain itu. Sejak1990-an juga setiap tahun beberapa orang sarjana SAKTI Malaysia yangberpendidikan aliran Melayu sekurang-kurangnya sehingga SPMberjaya menggondol hadiah rekacipta bertaraf dunia yang diadakan diEropah. Yang lainnya, ada yang beroleh hadiah tesis Ph.D yang terbaikdan sebagainya di universiti-universiti terkemuka di seberang laut.Semua ini menyangkal dakwaan jahat yang kononnya lulusan aliranMelayu tidak berdaya saing atau tidak bertaraf dunia.

Pencapaian Dunia AkademiaSekurang-kurangnya sejak 1994 lagi peratusan akademiawan bidangSAKTI universiti-universiti di Malaysia yang berijazah pertamanyadalam aliran bahasa Melayu dari UKM sahaja pun cukup ramai, iaitumelebihi 30% (UKM 44% bidang S & T dan 29% bidang kesihatan, UPM24%, UTM kira-kira 46%). Kini dianggarkan lebih daripada 50% kakitangan akademik universiti-universiti kita terdiri daripada mereka yangsekurang-kurangnya berijazah pertamanya dalam aliran Melayu. Ramaidaripada mereka ini sudah membuktikan kehebatan pendidikan dalamaliran bahasa Melayu di antarabangsa pun menerusi forum-forumakademianya (penerbitan, persidangan dan sebagainya yang bertarafdunia) dan peggondolannya hadiah di pertandingan rekaciptaantarabangsa dan sebagainya.

3

Mengapa Kami Bantah!

Pencapaian Pengimbangan Kaum dalam Dunia Keikhtisasan SAKTIKejayaan pendidikan aliran Melayu juga dapat dilihat daripada segikejayaan kita mengimbangi komposisi kaum dalam pelbagai sektorselain daripada sektor akademik. Dalam tahun 1999, arkitek Melayu29% (tahun 1970 hanya 4%), doktor gigi Melayu 35% (tahun 1970 hanya3%), doktor haiwan 43% (tahun 1970 hanya 4%), doktor perubatan lain37% (tahun 1970 hanya 4%), juru ukur 45% (tahun 1970 tiada datanyatetapi dipercayai tidak banyak jauhnya daripada 4% itu) dan jurutera27% (tahun 1970 hanya 7%). Pemimpin-pemimpin persatuan berasaskanSAKTI kini kira-kira 50% orang Melayu (tahun 1970 dahulu datanyatiada, tetapi tentunya tidak lebih daripada angka 4%-7% itu). Dalamdunia akademik dan penyelidikan SAKTI, peratusan Melayu dikirasudah tidak seimbang lagi, iaitu melebihi 80% kecuali kesihatan sekitar50%, geologi sekitar 60% dan farmasi 70%. (Lihat juga Rajah 1,manakala perincian data ini ada dipaparkan dalam Shaharir 2002).

Pencapaian dalam Pengantarabangsaan SAKTI MelayuSelain daripada kejayaan dalam pencapaian pertandingan rasmi atautidaknya di arena antarabangsa di kalangan para lulusan atau sarjanaMalaysia beraliran Melayu yang tersebut di atas, pengantarabangsaanbahasa SAKTI dan bahasa Melayu juga berlaku menerusi puluhan ributesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu yang disebut diatas itu. Ini berlaku apabila para sarjana luar negara terpaksa merujuktesis-tesis ini apabila mereka ingin mengetahui dengan lebih terperincilagi akan ilmu ciptaan siswazah Malaysia itu apabila merekamengetahui kewujudannya menerusi penerbitan atau forum-forumilmiah (seminar dan sebagainya). Satu lagi kejayaan besar pendidikanSAKTI aliran Melayu ialah kejayaan kita mewujudkan para sarjanayang berfikir secara nasional walaupun bekerja di antarabangsasehingga mereka ini mengantarabangsakan bahasa Melayu menerusiistilah bidangnya masing-masing. Dalam bidang zoologi umpamanyakini sudah lebih daripada 300 istilah haiwan dalam bentuk L M denganL dalam bahasa Latin dan M dalam bahasa Melayu daripada warnaseperti hijau, jalur, tompok, dan sebagainya (contohnya, Arthrotus hijau);atau kata sifat seperti ajaib, cantik, lawa, indah dan sebagainya; ataudaripada nama tempat di Malaysia seperti pahangi (drp Pahang); ataunama orang Melayu seperti ismaili (drp Ismail) seperti yang dipaparkanoleh Muhammad Salleh (2002). Penulis ini sendiri memperkenalkanistilah resapion (drp resap + ion) dalam karyanya yang telah di-antarabangsakan. Ini mustahil berlaku jika SAKTI kita tidak dalamaliran Melayu sebagaimana yang terbukti pada sarjana kita diUniversiti Malaya sebelum 1983. Sekaligus terbuktilah juga kekosongandakwaan “maju bangsa majulah bahasa” itu.

4

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Masalah Pendidikan SAKTI dalam Aliran MelayuDi samping kejayaan demi kejayaan yang tercapai menerusi pendidikanSAKTI dalam bahasa Melayu itu, sepertilah juga dengan aliran bahasalain di dunia ini (termasuk aliran Inggeris di UK dan Amer. Syarikatpun!), pendidikan dalam bahasa Melayu telah tidaklah menghapuskansemua masalah pendidikan orang Melayu yang dihadapinya selama ini.Malangnya, bagi pencinta dan pengagum bahasa Inggeris (danmungkin sekali kebudayaannya) masalah-masalah ini kononnyadisebabkan oleh bahasa Melayu secara intrinsiknya. Mereka percayapula masalah-masalah yang masih wujud itu kononnya semuanyadapat diselesaikan menerusi penghayatan bahasa Inggeris dalam pen-didikan “sains dan matematik” dalam bahasa Inggeris bahkan dalamseluruh kehidupan ini seperti yang nampaknya diimpikan olehpemimpin besar Melayu Selangor.

Pihak-pihak yang memang gembira atau terpaksa bersetuju dengandasar baru kerajaan mengetengahkan pelbagai helah untuk me-negakkan akan wajarnya dasar itu dan ini dibicarakan satu persatunyadi bawah ini.

Pantasnya Sains dan Matematik BerubahHelah kewajaran dasar bahasa baru di sekolah yang sering disuarakanialah betapa sains dan matematik kini pantas berubah dan tidakmungkin dikejar dalam bahasa Melayu. Mereka ini lupa bahawaseseorang perlu menguasai asas-asas sains dan matematik itu dahulusebelum terlintas atau termampunya seseorang itu mahu mengejar ilmuberkenaan itu. Jikalau diajar dalam bahasa sendiri pun kebanyakannyatidak dapat menguasai asas-asas itu, masakan berlaku sebaliknya jikadiajar dalam bahasa bukan bahasa ibundanya? Mereka juga lupa ataujahil betapa sains dan matematik sekolah adalah ilmu asas yangberumur ratusan tahun dan tidak berubah sedikit pun, apatah lagikononnya berubah-ubah menerusi bahasa Inggeris sahaja, sehinggatidak dapat dikejar dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris itu.Ini satu pembohongan semata-mata! Malah sains dan matematik diperingkat universiti (peringkat ijazah pertama) pun hampir tidakberubah juga. Yang berubahnya, selain daripada ilmu di peringkatpasca-siswazah, ialah teknologi terutamanya teknologi komputer sahaja,dan itu pun bukan menerusi bahasa Inggeris sahaja, tetapi banyaklahsiswazah aliran Melayu (dan tidak semua aliran Inggeris pun) selamaini memang mampu mengikuti perkembangan itu. Mungkin yang bolehditerima tak mampunya Malaysia (di bawah sistem pendidikan Melayuselama ini dan Inggeris sebelum itu!) ialah membuat inovasi sendiriatau mencipta yang baru sendiri. Tetapi penginovasian dan penciptaantiada memihak kepada bahasa Inggeris sahaja! Malah sehingga kini

5

Mengapa Kami Bantah!

orang Inggeris sendiri umpamanya bukanlah penginovasi atau/danpencipta yang biak/produktif atau terhandal!

Bahasa Inggeris Kunci Ajaib-Sakti Penguasaan Sains dan MatematikSatu lagi helah pewajaran dasar bahasa di sekolah ialah kononnyabelajar dalam bahasa Inggeris boleh mempercepatkan dan me-ningkatkan pencapaian orang Melayu khususnya menguasai sains danmatematik. Mereka ini mengeluh (seolah-olah merekalah sahaja yangprihatin!) kerana dengan pendidikan dalam bahasa Melayu selamalebih 40 tahun pun pencapaian Melayu yang cemerlang masih ke-tinggalan berbanding dengan kaum Cina. (Memang! Mengikutperkiraan penulis nisbahnya kira-kira 1: 9 di peringkat SPM dan 1:19 diperingkat universiti tempatan). Mereka ini berhujah dengan yakin dansombongnya (mungkin kerana kuasa di sebelahnya!) bahawa kononnyadengan dasar pengInggerisan pendidikan sains dan matematik sekolah,pada mulanya orang-orang Melayu mungkin akan menurun lagipencapaiannya kerana masalah bahasa Inggeris itu, tetapi kemudian-nya, atas kesedarannya, tekanan dan sebagainya, orang Melayu (di luarbandar sekali pun) akan menguasai bahasa Inggeris dan seterus dapatmenguasai sains dan matematik dengan lebih baiknya. Tidak lamaselepas itu kononnya kita akan menjadi pencipta SAKTI! Hujah taajubinilah juga yang menyebab mereka ini mencanangkan slogan “majubangsa majulah bahasa” kerana kononnya bahasa Melayu sekarang takmaju-maju dan tiada siapa yang mahu belajarnya kerana orang Melayumundur, sedangkan apabila Melayu maju kelak (menerusi bahasaInggeris itu) maka baharulah bahasa Melayu pun akan turut menjadimaju dan ingin dipelajari oleh orang-orang lain seperti bahasa-bahasanegara maju sekarang. Ini memang hujah sewel, membodohkan rakyatdan berharapan kosong sahaja. Tiada bukti dalam dunia ini, dan tidakmasuk akal sesiapa pun yang waras dan ikhlas, yang kaedah sebeginimemang berjaya seperti yang di-Mat-Jeninkan itu.

Kejayaan lebih daripada 5 ribu setahun pelajar Melayu dalam aliranMelayu memperoleh ijazah dalam aliran pelbagai bahasa di seberanglaut, terutamanya dalam bahasa yang kerajaan begitu prihatin dansangsi kebolehan anak Melayu, iaitu bahasa Inggeris, menyangkaltohmahan yang kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu semakinmelemahkan Melayu, tidak berdaya saing dan sebagainya itu.Pencapaian anak-anak Melayu berbanding dengan bukan Melayu disemua peringkat sebenarnya jauh meningkat berbanding dengan zamanpendidikan bukan dalam aliran Melayu dahulu, walaupun jurangnyamasih luas. Sudah ramai anak Melayu yang malah dapat berada diuniversiti-universiti terkemuka di dunia, di Amerika Syarikat dan diUnited Kingdom, dan bersama-sama dengan yang di universiti lain

6

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

ramai pula yang beroleh kelas pertama pun. Jika pencapaian inidicampurkan dengan yang di dalam negara, maka jurang pencapaianMelayu dengan suku kaum lain di Malaysia tidaklah seburuk yangdigambarkan itu, malah mungkin sekali sama dengan jurang diperingkat SPM itu sahaja (yang perlu diakui masih luas jurangnya).Tetapi hipotesis yang nampaknya begitu dipercayai oleh UMNObahawa jurang ini dapat disempitkan apabila bahasa pengantar ilmusains dan matematik dijadikan dalam bahasa Inggeris adalah suatuyang di luar khayalan dan kefahaman orang-orang yang tidakterserkap/terpesona dengan bahasa Inggeris. Malah hampir semuakajian berhubung dengan hal ini yang dilakukan di luar negaramemang menunjukkan sebaliknya! Tidak ada sebab seseorang tidakmahu mempercayai kajian ini. Lebih-lebih lagi apabila seseorangmenyedari sebahagian besar negara maju sekarang (apatah lagi dahulu)bukannya negara yang sistem pendidikannya dalam aliran Inggeris!

Di dalam ketaasubannya kepada kebudayaan Inggeris, mereka inisengaja enggan menerima hakikat tiada apa yang istimewanya bahasaInggeris dalam penentuan tahap kejayaan atau pencapaian pendidikanatau penciptaan/pembangunan SAKTI. Mereka ini seolah-olah lupabahawa setiap negara maju di dunia ini yang bahasa ibundanya/natifnya bukan bahasa Inggeris tidak menjadikan bahasa Inggerissebagai bahasa kehidupannya atau bahasa pengantar pendidikanSAKTI negaranya. Dalam pembangunan/penciptaan SAKTI amatlahjelas perkara ini kerana para ahli SAKTI besar dunia tidak didominasioleh mereka yang berbahasa ibundanya Inggeris, atau mereka yangmelalui sistem pendidikan aliran Inggeris sahaja, walaupun benarbahasa Inggeris semakin meluas penggunaannya sebagai bahasakomunikasi antarabangsa. Ini dibuktikan lagi oleh hasil ujian berkalaempat tahun terhadap pencapaian pelajar-pelajar sekolah menengahseluruh dunia (kira-kira 40 buah negara yang mengambil bahagian)oleh pengkaji di Amerika Syarikat di bawah tajaan NSF-nya. Kini sudah4 kali dilakukan dan kali terakhirnya setakat ini ialah 1999 (lihatNewsweek December 2, 1996 dan Internet 1; sepatutnya ada ujian initahun 2003 tetapi tiada berita yang kami peroleh setakat ini). Setiap kalikajian itu, hasilnya sepatutnya menyedarkan para pemabuk bahasaInggeris di Malaysia ini kerana pencapaian negara-negara berbahasaInggeris sekalipun (Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, NewZealand, Kanada, dan Ireland) mendapat kedudukan yang ke bawahdaripada negara-negara lain (yang tidak berbahasa Inggeris). Yangmenariknya lagi Thailand (yang menggunakan bahasa sendiri)berprestasi yang sebanding dengan negara-negara berbahasa Inggerisitu, dan negara yang menggunakan bahasa asing (bahasa penjajahnyaseperti Sepanyol, Pertugis, Perancis dan Inggeris) dalam sistempendidikannya mendapat tempat corot. Negara kita (yang masih

7

Mengapa Kami Bantah!

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikansehingga kini dan oleh itu kononnya tidak berdaya saing itu) masukdalam penilaian ini hanya tahun 1999 dan pencapaian kita juga agakbaik, iaitu dapat mengatasi kebanyakan negara yang berbahasa yangpara pemimpin kita citai dan kagumi itu (bahasa Inggeris) danmengatasi Phillipina (yang menggunakan bahasa Inggeris sebagaibahasa pendidikannya). Satu-satunya negara yang tidak menggunakanbahasa sendiri dalam sistem pendidikannya tetapi berprestasi baik ialahSingapura. Tetapi ini pun sepatutnya tidaklah begitu merayakangolongan pencinta bahasa Inggeris di Malaysia (dan di mana-mana jua)kerana prestasi Singapura dalam pertandingan-pertandingan antara-bangsa yang lain lagi tidaklah pula membanggakan seperti dalamOlimpiad subjek-subjek sains sekolah yang dibicarakan di bawah ini.Tidak hairanlah, sejak 1999, Singapura sendiri tidak lagi percaya dasarekabahasanya (bahasa Inggeris sahaja) dalam sistem pendidikannyaboleh menjayakan Singapura pada masa hadapan kerana pe-nyelidikannya membuktikan hanya sekitar 40% sahaja rakyatnya yangberpotensi menguasai bahasa Inggeris walaupun jumhur rakyatSingapura memang mengimpikan menjadi Barat lalu semakin ramaimenjadi karikatur Barat. Ekoran daripada itulah pemerintah Singapuramengubah sistem pendidikannya kepada dwibahasa (Inggeris &Mandarin; atau Inggeris & Melayu) sambil mewujudkan kempen besar-besaran kepada keperluan nilai-nilai Konfusisme/Gong-Fu-Tzeisme)sehingga 1999 dikatakan sekurang-kurangnya 60% pelajar SekolahSingapura berpendidikan sekolah rendahnya dalam dwibahasa Cina-Inggeris (Lihat internet 3).

Kedudukan negara-negara dalam pertandingan tahunan OlimpiadAntarabangsa Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi juga lebih kurangseperti kedudukan dalam ujian yang tersebut di atas juga, iaitukedudukan pertama hingga sepuluh 10 digondol oleh negara-negarayang bahasa pengantar sekolahnya dalam bahasa ibundanya. (lihatinternet 4). Umpamanya, Olimpiad Matematik Antarabangsa 2002menintakan Republik China sebagai johan, diikuti oleh Rusia danAmerika Syarikat, Bulgaria, Vietanam, Korea Selatan, Taiwan, Romania,India (satu-satunya bukan bahasa ibunda), dan Jerman. Olimpiaddalam Fizik 2002 tidak dapat diketahui tetapi dalam 2001, pe-menangnya pertamanya dari Rusia diikuti oleh Iran, Belarus, India,Poland, Republik China, Amerika Syarikat dan Taiwan. Olimpiaddalam Kimia 2002 dimenangi oleh Republik China diikuti oleh India,Poland, Taiwan, Ukrain dan Korea Selatan. Olimpiad dalam Biologidimenangi oleh Republik China diikuti oleh United Kingdom, Rusia,Taiwan, Korea Selatan. Dalam pertandingan-pertandingan Olimpiad ini,Singapura mengatasi negara-negara ASEAN hanya dalam bidangBiologi sahaja dan Phillipina (satu lagi sistem pendidikan yang

8

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

nampaknya diidami oleh Malaysia kerana Inggerisnya) berada di corot!Mungkin para citawan Inggeris menonjolkan India pula, tetapi kenapatidak negara-negara lain itu? Semuanya ini hanya manifestasi hukumsosial tentang kerelevanannya bahasa sendiri dalam pembangunan danjuga menunjukkan adanya faktor lain lagi dalam pencapaian ilmu,bukannya soal kesuperioran bahasa Inggeris seperti yang dibayangkanoleh dasar bahasa kerajaan yang baru ini. Tetapi, pemimpin Malaysiakini nampaknya membayangkan sikapnya yang berpendirian “lebihbaik rakyat Malaysia ramai berbahasa Inggeris dalam kehidupanhariannya daripada berilmu tetapi tidak tahu Inggeris seperti Jepun”.

Aliran Melayu Monyok, Lemah dan Tak Boleh Kerja dalam Negara Sendiri Apatah Lagi Bersaing di AntarabangsaPandangan bahawa lulusan aliran Melayu adalah lemah, tak bolehbekerja dan tidak boleh bersaing secara seluruhnya itu adalah satutohmahan yang berniat jahat sahaja. Kejayaan lulusan sekolah pelajar-pelajar aliran Melayu yang diperihalkan pada awal makalah ini jelasmenyangkal dakwaan ini. Kelemahan sana-sini tetap ada dan malang-nya kelemahan itu ialah kerana sikap kita sendiri sahaja seperti yangdijelaskan di bawah ini.

Laporan jejak prasiswazah UKM yang dilakukan oleh Sham Sani etal. (1983) dan Faridah et al. (1987) kedua-duanya tidak banyakmenimbulkan masalah keupayaan ilmu pada lulusan UKM (aliranMelayu) malah ada kemahiran lulusan UKM yang mengatasi lulusandari universiti-universiti lain (dari luar atau dalam negara seperti aspekpenyelidikan). Tetapi kedua-dua laporan itu memang ada menimbulkanbudaya komunikasi dalam bahasa Inggeris di swasta yang tidak cocokdengan lulusan UKM, dan ini menunjukkan masyarakat kita,khususnya swasta, tidak pernah dan tidak mahu berubah dalam aspekkebahasaan ini. Inilah yang anehnya dan tidak kenanya dengan bangsaMelayu yang sudahpun ditonjolkan dengan sedih dan kesalnya olehMunsyi Abdullah pada awal kurun ke-19M dahulu lagi, yang tidakberlaku pada bangsa lain yang maju di dunia ini, iaitu bangsa yangtidak mahu menggunakan atau memajukan bahasanya sendiri.

Masalah yang terjadi kepada lulusan aliran Melayu sebenarnyaciptaan orang Malaysia sendiri sahaja, yang boleh dihindari jika mindaelitawan dan majikan Malaysia berubah. Perbuatan siapakah sehinggawalaupun sudah ratusan ribu siswazah aliran Melayu terhasil, namunbahasa Melayu di sektor berpengaruh (sehingga 2003, selain pen-didikan) masih menjadi melukut di tepi gantang? Dalam keadaan inisudah tentulah lulusan aliran Melayu menghadapi masalah komunikasidi mana sahaja mereka bekerja samalah juga dengan lulusan Inggerisyang bekerja di Thailand atau Jepun umpamanya. Mereka ini menjadimonyok buat seketika. Sepatutnya kerajaan yang betul wawasannya

9

Mengapa Kami Bantah!

semestinya menyalahkan golongan elitawan kita, bukan sistem pen-didikan aliran Melayu itu yang dihina dan dicela. Sepatutnya kerajaantidak membiarkan DBP sahaja terkial-kial menjalankan Minggu BahasaKebangsaan Swasta yang gagal itu. Sepatutnya kerajaan menawarkanberbagai-bagai bentuk insentif kepada swasta supaya mereka meng-gunakan bahasa rasmi negara dalam urusannya, bukannya membiarkanswasta yang menentukan nasib bahasa rasmi negara seperti yangberlaku selama ini.

Keberanian golongan citawan Inggeris muncul dengan hebat-nyasejak 1990-an kerana sikap liberal kerajaan dan arus sejagatisme sertakemelesetan ekonomi negara. Pangkungan mereka kepada lulusanaliran Melayu dan dunia akademik Malaysia amnya menjangkaukepada tuduhan kononnya akademikawan selepas peMelayuan sistempendidikan negara kurang bermutu berbanding dengan yang di UMpada zaman berbahasa Inggeris dahulu. Namun kajian Shaharir (1996)berasaskan pada karya-karya akademik para pensyarah UM (1966-1971)dan UKM (1980-1985) menunjukkan prestasi ahli akademik di kedua-dua universiti itu (dalam tempoh kajian itu) tidaklah berbeza sangatdalam kebanyakan bidang SAKTI, walaupun dalam bidang sains hayatdan matematik nampaknya pencapaian di UM lebih rendah, dansarjana UKM jelas mengatasi UM dalam penulisan buku-buku tekspengajian tinggi. Pendeknya, dakwaan para pengkritik bahawa sarjanakita pada zaman pendidikan aliran Melayu kurang bermutu daripadayang pada zaman aliran Inggeris dahulu adalah curahan sentimenmelulu dan nita jahat semata-mata.

Masalah pengangguran siswazah di Malaysia yang dikaitkansemata-mata dengan pendidikan aliran Melayu memanglah berniatjahat. Sebenarnya pengangguran itu lebih merupakan indeks keadaanekonomi semasa sahaja dan indeks taburan pemilikan perusahaanmengikut kaum, bukannya indeks tahap kemampuan berkomunikasidalam bahasa Inggeris sebesar seperti yang digembar-gemburkan itu.Bukankah sebelum Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi siswazahaliran Melayu (bidang SAKTI) tetap memperoleh pekerjaan, danbukankah siswazah di India dan di Phillipina yang beraliran Inggerisitu juga tidak mendapat pekerjaan di negara masing-masing?

Pendidikan dalam Bahasa Melayu Tidak Digemari, Memisahkan Kaum dan Tidak Mampu Menjadi Bahasa Perpaduan Gambaran bahawa kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu selamaini tidak berjaya kerana Cina tidak mahu belajar di sekolah aliranMelayu dan orang Melayu sendiri semakin lari daripada sekolahMelayu itu adalah suatu yang tidak tepat sama sekali. Di peringkatsekolah rendah memanglah betul tetapi amat wajar. Tetapi di peringkat

10

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

yang lebih tinggi berlaku sebaliknya. Sebenarnya, hanya segelintir yangkecil sahaja pelajar aliran Cina ini meneruskan pengajiannya dalamaliran Cina di peringkat sekolah menengah. Lebih daripada 80%menukar aliran ke Sekolah Kebangsaan (aliran Melayu) apabila merekamemasuki Sekolah Menengah walaupun mereka ini terus, dan memangwajar, mengambil bahasanya sebagai satu daripada mata pelajarannya.Aliran Melayu tidak gagal! Kepopularan Sekolah Agama pula tidakbermakna aliran Melayu gagal, kerana sekolah itu juga aliran Melayu!Apa salahnya? Pengaliran seperatusan kecil orang Melayu menghantaranaknya ke sekolah aliran agama SAR atau sekolah agama swasta (jikaada) hanya menunjukkan kekurangan sekolah Kebangsaan dalam matapelajaran Agama dan bahasa Arab sahaja. Jika faktor ini dapatdiperbaiki di sekolah Kebangsaan, trend orang Melayu ke sekolah‘aliran agama’ itu tentunya akan dapat dihentikan. Betapa sekolahaliran Melayu menarik perhatian ibu-bapa India sehingga hampir 50%ibu-bapa India menghantar anaknya ke Sekolah Rendah aliran Melayutidak pula ditonjolkan. Kejayaan pelajar-pelajar Cina dan India diuniversiti-universiti awam (dalam bahasa Melayu) dan bagaimanapelajar-pelajar ini lebih selesa berbicara dalam bahasa Melayu sesamamereka dan dengan pelajar Melayu adalah tanda kejayaan pendidikanMelayu. Kenapa pemimpin Melayu nampaknya lebih suka jika merekaini bercakap Inggeris pula? Bagaimana boleh bahasa asing menjadibahasa perpaduan sedangkan kita telah pun melalui zaman itu sebelum1970-an, dan perpaduan kita yang dibangga-banggakan selama initentunya manifestasi sistem pendidikan aliran Melayu.

Tiada Kena Mengenanya Identiti Bangsa dengan Aliran Bahasa Pendidikan?Mereka yang menegakkan teori bahawa kononnya pendidikan dalamaliran Inggeris sepenuhnya pun tidak akan menjejaskan identiti,kepatriotan dan kebudayaan, khususnya bahasa, bangsa apa pun diMalaysia, sebenarnya mereka yang sengaja tidak mahu mengiktirafbetapa bahasa itu jiwa bangsa, bahasa mempengaruhi keperibadian,tingkah laku, nilai dan cara hidup (kebudayaan) seseorang. Pencerapsosial manakah yang sanggup menyatakan China di Amerika samadengan China di Benua China, atau China di Malaysia sekalipun!Pencerap sosial manakah yang sanggup memejamkan matanya untukmenegaskan bahawa Melayu yang mendapat pendidikan dalam aliranInggeris dahulu sama dengan Melayu yang mendapat pendidikandalam aliran bahasa Melayu pasca-Merdeka, atau Melayu yangmendapat pendidikan dalam aliran bahasa Arab? Melayu mana yangMelayu 100% adalah masalah perbezaan nilai kerana latar belakangpendidikan juga! Tetapi jika mengikut perlembagaan Malaysia sekalipun, orang yang tidak menggunakan bahasa Melayu di dalam

11

Mengapa Kami Bantah!

sebahagian besar kehidupannya (termasuk di rumah) tidak dianggapMelayu! Bagaimana kita boleh menjamin sebahagian besar daripadaorang Malayu yang mendapat pendidikan hampir sepenuhnya dalambahasa Inggeris akan sebahagian besarnya menghayati bahasa Melayudalam kehidupan hariannya? Status penghayatan bahasa Inggerissekarang pun (dalam keadaan dasar pendidikan kita hampir 100%bahasa Melayu) nampaknya masih mampu menjadi bahasa Melayuterpinggir, apatah lagi kelak dengan dasar bahasa baru ini?Pengecualian tetap ada, kerana itulah tabii hukum sosial. Sebagaicontohnya, mengikut kajian sosial mutakhirnya pada 1999 (lihat internet3), setelah kira-kira 20 tahun Singapura menjalankan dasar pendidikanekabahasa (bahasa Inggeris sahaja), kira-kira 40% China Singapuramenghayati bahasa Inggeris dalam kehidupannya (bahasa Inggerismenjadi bahasa ibundanya, dan mereka ini tidak boleh bercakap dalambahasa China lagi) kerana sistem pendidikannya beraliran Inggerissepenuhnya sekurang-kurangnya pasca-sekolah rendah. Ya, tiadasiapapun mengatakan mereka ini menjadi orang Inggeris yang samadengan orang Inggeris di England, walaupun pengkaji sosial mendapatimereka benar-benar mahu menjadi Inggeris dan menyukai kehidupankeInggerisan termasuklah keinginan tinggi memperisterikan/memper-suamikan orang Inggeris. Tetapi bukan sahaja pencerap sosialSingapura, malah pemerintah Singapura juga mendapati (dan tidaksenang) dengan tahap keChinaan (nilai-nilai murni China) para citawanInggeris ini! Ini bermakna 40% China Singapura sudah bukan Chinayang diingini (bukan China 100%?) oleh bangsa China Singapura! Olehitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dasar ekabahasa sudahdiubah sedikit kepada dasar dwibahasa (Inggeris dan Mandarin)kepada sekitar 20% penduduk Singapura dengan menubuhkanbeberapa buah sekolah khas dwibahasa ini.

Bala Perbuatan Sendiri?Penulis merasakan bala yang menimpa orang Melayu menerusi nasibbahasanya (dan kebudayaannya) yang diperkecil dan disingkirkan olehpemimpinnya sendiri yang berlaku kini ialah angkara perbuatan ke-lengahan/kealpaan para peikhtisas dan sarjana SAKTI Melayu sendirijuga. Mereka ini yang seharusnya menjaga dan mengembangkanbahasanya bertindak seolah-olah sebaliknya dalam kehidupannyaseperti yang dibicarakan di bawah ini.

Bahasa Melayu tak boleh hidup dalam dunia amalan keSAKTIanSiswazah aliran Melayu sebenarnya berubah menjadi manusia yangtidak mahu berbicara dalam bahasa Melayu setelah mereka bekerjalima-enam bulan sahaja di swasta. Budaya berbahasa Melayu selama 3atau 4 tahun di universiti pada tahap yang tinggi itu tidak melekat atau

12

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

tidak dapat (tidak mahu/digalakkan/dibenarkan?) diamalkan dalamalam pekerjaannya akibat persekitarannya yang begitu kukuh dankental dalam bahasa Inggeris, atau yang lebih dahsyat lagi kerana dasarorganisasinya (penulis dimaklumkan umpamanya dalam perhotelan)sehingga sesiapa yang cuba menghayati bahasa Melayu dianggap‘kurang cerdik’ atau ‘kurang berkebolehan’ atau ‘melanggar peraturan’.Sehingga kini perubahan minda para majikan atau elitawan Malaysiamungkin tidak dapat berlaku walaupun sudah ratusan ribu siswazahaliran Melayu berada di pasaran kerana bilangan yang sama atau lebihsiswazah aliran Inggeris dari seberang laut dan kini dalam negarasendiri ada bersamanya dan sebahagian besarnya bukan bumiputerapula yang sentimennya kepada bahasa Melayu jauh lebih rendahdaripada orang Melayu pula. Tetapi golongan peri bumi yang dominandalam sesuatu sektor SAKTI tidak pula memastikan tahap penghayatanbahasa Melayu tinggi kerana sifat Melayu Semenanjung yang pernahdikesali oleh Munsyi Abdullah pada awal abad ke-19 lagi itu, iaitukatanya Melayu ini satu-satunya bangsa dalam dunia ini yang tidakmahu menggunakan bahasanya sendiri!

Malah peratusan bumiputera/peribumi yang tinggi dalam duniaakademia lebih daripada 70% sejak 1990-an lagi tidak juga menjadikandunia akademia di Malaysia berbudaya bahasa Melayu di dalamurusan kerjanya selain daripada pengajaran di bilik kuliah dansebagainya. Ini jelas terpancar daripada karya mereka dalam jurnal danpascasidang dalam negeri yang masih dominan dalam bahasa Inggeris,iaitu mengikut kajian Shaharir (1991) hanya 30% sahaja dalam bahasaMelayu dalam bidang kejuruteraan dan sains hayat, dan hanya sekitar 5peratus sahaja dalam perubatan, walaupun dalam sains fizis (geologi,kimia dan fizik) dan sains matematik peratusannya agak tinggi iaitusekitar 80%.

Angka-angka ini dalam tahun 1990-an pun tidak banyak berubahkerana mengikut kajian Shaharir (1996), hanya sekitar 40% daripadamakalah-makalah dalam jurnal SAKTI keluaran UKM sejak 1983 hingga1996 yang ditulis dalam bahasa Melayu. Jelas, kecuali bidang sains fizikdan matematik, penghayatan bahasa Melayu dalam forum akademia(penulisan jurnal dan persidangan tempatan) masih jauh drp me-muaskan terutamanya dalam perubatan. Ini mungkin tidak meng-hairankan kerana peratusan peri bumi/Bumiputera dalam duniaakademia perubatan ialah 50%, sedangkan peratusan itu dalam bidang-bidang lainnya melebihi 80%. Namun, tidaklah juga benar bahawaperatusan yang tinggi Bumiputera/Peri bumi sahaja dengan sendirinyapenghayatan bahasa Melayu pun tinggi. Malah, kajian tahun 1996 itujuga menunjukkan peratusan Bumiputera/Peri bumi dalam komunitiakademia jurutera dan sains hayat juga sama atau melebihi bidang

13

Mengapa Kami Bantah!

sains fizik dan matematik, tetapi jelas para jurutera Melayu dan ahlisains hayat Melayu sekalipun sengaja tidak mahu berkomunikasidalam bahasanya sendiri.

Komuniti perubatan tentunya lebih hebat lagi keInggerisannyakerana pendidikan bidang ini pada peringkat penyudahnya (penting,iaitu peringkat klinik) selama 2 tahun memang dalam bahasa Inggeris.Komunikasi rasmi para doktor di hospital-hospital kerajaan masih tebaldalam bahasa Inggeris. Tetapi ini hanya penyinambungan budayapendidikan dalam bidang perubatan yang memang masih tebal dalambahasa Inggeris di peringkat kliniknya (tahun 4 dan 5) di UKMsekalipun. Baru-baru ini apabila penulis cuba mendapatkan tandatangan daripada kalangan profesor perubatan di UKM bagimemorandum membantah dasar pengInggerisan sains dan matematiksekolah, hanya sekitar 40% sahaja yang bersetuju di kalangan ProfesorMelayu tetapi tiada seorang pun daripada profesor bukan Melayu(berjumlah 12 orang). Namun para Profesor SAKTI bidang bukanPerubatan di UKM amatlah dominan menyokong bantahan dasar peng-Inggerisan sains dan matematik sekolah (iaitu sekitar 90%).

Betapa hebatnya penghayatan bahasa Inggeris dalam persatuan-persatuan ikhtisas dan semi-ikhtisan dalam bidang SAKTI memangtidak perlu diperkatakan dengan panjang lebarnya di sini. Satudaripada manifestasinya yang jelas dapat dilihat pada warkah beritaatau buletin keluaran persatuan-persatuan yang anggotanya ke-banyakannya akademiawan, dan Presidennya juga Peri bumi/Bumiputera, hampir pasti dalam bahasa Inggeris [pada tahun 1995penulis mendapati ada 40% persatuan SAKTI yang presidennya Melayuyang dapat dikesani, tetapi kini (tahun 2002) peratusannya meningkatmenjadi 50% persatuan yang diketahui]. Bahasa komunikasi rasmiAkademi Sains Malaysia, badan yang anggotanya dianggap ahli SAKTIteratas Malaysia dan menjadi penasihat dasar SAKTI negara, adalahbahasa Inggeris. Tidak hairanlah juga, selain daripada kerana “takut”,tidak banyak persatuan-persatuan ini yang mahu menyatakanpenentangannya terhadap dasar bahasa dalam pendidikan, iaitu hanyasekitar 30% daripada persatuan tersebut sahaja, dan tiada sebuahpersatuan SAKTI berpresiden bukan Melayu yang mahu menyuarakantidak senangnya terhadap dasar tersebut.

Penghayatan bahasa Melayu dalam sektor awam pun semakin me-rosot. Komunikasi ahli-ahli SAKTI dengan Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar dalam hal penyelidikan di bawahrancangan IRPA (singkatan Inggeris) tajaannya hampir semuanyadalam bahasa Inggeris, terutamanya sejak 1994 kerana sejak itu semuaborang permohonan penyelidikan dalam bahasa Inggeris dan laporanpenyelidikan dikehendaki dalam bahasa Inggeris atas alasan demi

14

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

memudahkan penilaian dari pembaca luar negara. Pengelasan bidang-bidang penyelidikan anjuran IRPA yang dibuat oleh agensinya,MASTIC (singkatan Inggeris lagi), semuanya dalam bahasa Inggeris dansyor penulis supaya dibuat dalam dwibahasa Melayu-Inggeris tidakdilayan langsung. Dalam urusan penenderan kerajaan yang berhubungdengan pembelian alat atau pembinaan bangunan SAKTI hampirsemuanya masih dijalankan dalam bahasa Inggeris, walaupun urusantersebut membabitkan urusan dalam negeri sahaja.

Tidak syak lagi, tabiat berbahasa Inggeris yang tebal di kalanganahli SAKTI yang berpengaruh seperti perubatan dan jurutera diswastalah yang memberi gambaran dan kesimpulan (bagi sesetengahpihak) gagalnya, tidak relevannya, atau tidak cocoknya pendidikanSAKTI dalam bahasa Melayu: lain yang dilatih, lain yang diamal;cakap tidak serupa bikin; atau akademikawan SAKTI hidup ber-muka-muka (di dalam bilik kuliah lain, di luarnya lain). Sekaranginilah padahnya!

Tiadanya buku SAKTI peringkat IPT dalam bahasa MelayuSatu perkara yang jelas menjadi faktor penyingkiran kesesuaian bahasaMelayu sebagai bahasa pengantar pendidikan SAKTI ialah tentangkedaifan industri buku dalam bahasa Melayu. Andaian yang besarnyadan mudah diterima umum ialah, dengan ketandusan buku-bukudalam bahasa Melayu itu, pelajar universiti aliran Melayu tidakmungkin berilmu sehebat aliran Inggeris. Dengan penonjolan tidakputus-putus bahawa kononnya “pelajar aliran Melayu buta Inggeris”,maka kesahihan andaian ini sukar ditepis. Para sarjana yang terbabitdengan pendidikan aliran Melayu selama ini tidak mengambil seriustentang perkara ini, walaupun imbauan demi imbauan dilakukan, danberpuas hati dengan hanya memastikan pelajarnya boleh merujukbuku-buku dalam bahasa Inggeris itu sahaja. Mengikut data-data dalamShaharir (1991) dan Mohd Yusof (1995), sehingga 1994 hanya sejumlah1073 buah buku SAKTI peringkat IPT dalam bahasa Melayu yang ada.Ini jelas menunjukkan benarnya buku-buku SAKTI dalam bahasaMelayu amat tidak mencukupi kerana daya pengeluarannya hanyasekitar 80 buah setahun oleh hampir 2 ribu akademiawan bidangSAKTI, iaitu kira-kira 1 buah buku setahun bagi setiap 25 orangsarjana SAKTI (Mengikut Shaharir 1996, pada tahun 1994, bilanganakademiawan Bumiputera dalam SAKTI ialah 1863 orang: 984 orangberijazah D.Fal./Ph.D atau setara, dan 879 orang yang berijazah sarjanaatau setara). Tidak hairanlah begitu banyak kursus yang belum adasebuah buku pun dalam bahasa Melayu. Malah, mengikut kajianShaharir (1991) hanya 30% daripada mata kursus dalam programbidang sains fizis dan sains matematik yang ada sekurang-kurangnyasebuah buku teks dalam bahasa Melayu; manakala bidang sains hayat

15

Mengapa Kami Bantah!

hanya sebanyak 17% dan kejuruteraan hanya 6%. Kini, mengikut bukupanduan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM 2002, bidangyang selalu dirujuk kerana peranan dalam TMK/ICT dan sejagatisme/globalisme itu, didapati hanya kurang daripada 10% daripada matakursusnya yang ada buku teks/rujukan dalam bahasa Melayu. Dengandata yang seperti ini siapalah yang hendak percaya seseorang bolehmenguasai ilmu TMK dalam pendidikan beraliran bahasa Melayu?Nah! Dunia akademik Melayu yang malas berkarya dalam peng-hasilan buku-buku teks pengajian bidang masing-masinglah yangmenyebabkan tertimpanya bala ke atas bahasa Melayu sekarang!

Ini adalah kelemahan perancang bahasa yang tidak cukupmengambil berat tentang perkara ini. Sebabnya berlaku demikian sudahdibincangkan dalam seminar khas berkenaan dengan perkara ini pada2001 (lihat kumpulan kertas kerja di Seminar Penerbitan Buku Sainsdan Teknologi 2001, khususnya makalah Shaharir 2001). Satudaripadanya yang ingin diulangi di sini ialah kekurangan keiltizamankita terhadap penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Umpamanya, kitatidak beriltizam atau ber-wawasan mahu melahirkan sebuah institusipenterjemahan yang setara dengan Bait al-Hikmah pada ZamanTamadun Islam, dan Pusat Terjemahan Toledo pada ZamanPertengahan Eropah yang bergerak cergas setiap satunya tidak kurangdaripada 150 tahun sebelum tamadun-tamadun itu menghasilkan karyaasli mereka sendiri. Institut Terjemahan Negara (ITN) kita baru sahajaditubuhkan, iaitu 1993, tetapi ironinya mulai tahun yang sama jugalahnegara mula mengubah dasar bahasanya, seperti membenarkan bahasaInggeris menjadi bahasa pengantar dalam SAKTI mulai 1994, me-wujudkan Akta Pendidikan IPTS 1995 yang memberi laluan yangmudah untuk penubuhan kolej atau universiti swasta dalam bahasaInggeris (kini dikatakan sudah berjumlah 700 kolej sedemikian). DasarpengInggerisan pendidikan “sains dan matematik sekolah” seluruhnyamenjelang 2003 dan pendidikan SAKTI di universiti awam menjelang2005 ini hanya padahnya sahaja!

Mengeyakan Globalisme/Sejagatisme BaratTidak syak lagi teori-teori sejagatisme/globalisme Barat yang seringdikutuk oleh pemimpin kita itulah juga yang mendorong atau mem-pengaruhi kerajaan kita melaksanakan peliberalan segala-galanyatermasuklah pendidikan di negara kita ini semenjak 1990-an. Teknologimaklumat (TM) yang menjadi komponen pentakrif utama sejagatismeitu memanglah begitu meluas meresapi ke segenap kehidupan manusiakini dan memanglah boleh melemahkan jiwa-jiwa manusia negaraketiga. Tidak syak lagilah bahawa kewujudan pelbagai wahanakomunikasi teknologi canggih ini dan limpahan perusahaan maklumatakan terus memberi peluang kepada bahasa-bahasa ilmu semasa,

16

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

seperti bahasa Inggeris, untuk memperkukuh peranannya sebagaibahasa yang digunakan dalam dunia komunikasi antarabangsa.Keadaan inilah yang melahirkan ramalan berakhirnya bahasa-bahasabukan bertaraf bahasa ilmu kini, berakhirnya negara-bangsa, dan ber-bagai-bagai lagi termasuklah berakhirnya kebudayaan dan sistem nilailain daripada Barat itu. Inilah juga dipercayai pendorong besar kepadadasar pengInggerisan pendidikan Malaysia.

Gambaran bahana TM yang dikatakan bahananya tidak bolehdielak-elak lagi itu sebenarnya tidaklah semuanya tepat, keranasebahagiannya lebih merupakan pandangan, retorik dan strategi perangsaraf (tindakan melemahkan jiwa atau menakut-nakutkan negaramembangun/ketiga) dari negara maju yang sengaja mahu meneguhkanlagi hegemoninya dan kelestarian kekuasaannya. Bahasa-bahasa negaramaju sebelum mencapai tahapnya seperti sekarang ini juga menghadapiperang psikologi yang sama, bahasa-bahasa di Eropah melawan bahasaInggeris (sekarang) dan abad-abad sebelum abad ke-19 ialah Perancis,Latin, dan Arab; dan Jepun melawan bahasa-bahasa Eropah. Teknologimaklumat bukan sahaja menguntungkan negara-negara yang maju,tetapi juga bagi negara-negara yang sedang membangun. Syaratnya,kita tidak mudah mengalah kerana jika kita mengalah, kita akan kalahsepanjang zaman pada hari muka ini, tetapi jika kita bersabar membinatamadun kita sendiri, dalam acuan kita sendiri, seperti sejarahkemajuan negara-negara maju itu, yang antaranya tentulah menerusibahasa kita sendiri, maka TM boleh membantu kita mempercepatkanpembinaan tamadun yang kita impikan itu. Sikap pemimpin Melayuyang mudah mengikut rentah analisis sarjana-sarjana Barat terhadapimplikasi-implikasi TM kepada sesuatu bangsa itulah maka bahasa danbangsa Melayu memang akan menerima padah yang diramalkan olehpenganalisis Barat tentang TM itu.

Feudalisnya, materialisnya dan buntunya fikiran Islamis MelayuBibit pengInggerisan semula pendidikan di Malaysia boleh di-katakanbermula pada tahun 1985 lagi apabila kerajaan menubuhkan UniversitiIslam Antarabangsa yang tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai satudaripada bahasa pengantarnya. Bahasa Melayu yang selama inidianggap satu daripada bahasa yang paling akrab dengan Islam tidakmendapat tempat langsung di universiti tersebut. Tetapi para Islamisatau nasionalis Melayu kita tidak berbunyi apa-apa pun keranatunduknya mereka kepada pemimpinnya yang disanjungi, sayang akankedudukannya (pangkat dan/atau harta) atau yang lainnya keranatidak mampu mensentisiskan dengan adilnya akan hubungan Islamdengan bahasa (kononnya Islam tidak relevan dengan bahasa sesuatukaum). Kemudian bibit pengInggerisan ini merebak lagi apabilaPerdana Menteri kita menyatakan hasratnya untuk menjadikan

17

Mengapa Kami Bantah!

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini semasabeliau meletakkan batu asas kampus tetap UIA (aliran Inggeris) pada24 Ogos 1993 dan diulanginya beberapa hari kemudian pada perasmianUNIMAS (yang para pemimpinnya memang terkenal bercita-citapengInggerisan) pada 31 Ogos 1993. Tiada yang mempersoalkankaedah pelaksanaan cita-cita ini vis-a vis bahasa Melayu. Tidak berapalama kemudian, pada 27 Disember 1993 (dilaporkan di media massa 28Disember), Perdana Menteri kita juga mengisytiharkan bahawauniversiti-universiti awam boleh menggunakan bahasa Inggeris dalambidang sains dan teknologi, sedangkan semua universiti awam padamasa itu tidak menghadapi masalah yang besar pun denganmenggunakan bahasa Melayu. Perisytiharan yang cukup berkesankepada nasib bahasa Melayu di IPT ini juga tidak ditentang denganhebatnya oleh nasionalis Melayu yang bersarang dalam GAPENA,GPMS, Kesatuan Guru-Guru Melayu dan sebagainya itu kerana tidakingin melukai pemimpin besar Melayu yang disanjunginya selama iniatau kerana mengenangkan kedudukan masing-masing. Ini manifestasidalamnya feudalisme atau materialisme di kalangan para nasionalisMelayu.

Kemalapan bahasa Melayu ini menjadi semakin luas jangkauan-nyadengan termaktubnya Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1995 yangmemberi laluan mudah pihak swasta mengabaikan Dasar PendidikanKebangsaan dan menubuhkan kolej/universiti dalam bahasa Inggerissehingga kini dikatakan berjumlah lebih daripada 700 buah itu (hampirsemuanya dalam bahasa Inggeris). Pada masa yang sama kerajaan jugamemberhentikan peruntukan kepada DBP dalam penerbitan buku IPT.Semua ini berlaku dalam keadaan yang sepatutnya begitu menghiriskalbu, atau membakar kemarahan para nasionalis Melayu tetapifeudalisme dan/atau materialisme mengatasinya, sehingga lagi sekaligerakan bantahan kepada kedua-dua peristiwa ini tidak seberapa juga.Dalam soal penerbitan buku IPT itu, DBP sendiri seolah-olahmenerimanya dengan lapang dadanya sahaja hinggalah ke hari ini.

Nah! Lulus jarum luluslah kelindan. Kini dengan penuh licik danorkestranya dasar mengInggeriskan mata pelajaran “sains danmatematik” sekolah pun berjaya dilaksanakan mulai 4/5 Januari 2003seperti yang dirancang. Itu pun para nasionalis masih tidak mahumenggores hati para pemimpin besarnya yang berkuasa. Bala sudahlengkap datangnya.

Malaysia boleh!?Hampir setiap negara yang mempunyai suku kaum minoritinya yanglemah dalam SAKTI dan bahasanya bukan bahasa pengantar pen-didikan di negaranya mengadakan program pendidikan khas dalamsains dan matematik dalam dwibahasa (bahasanya dan bahasa

18

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

pengantar rasmi) dengan tujuan menguatkan juga bahasa asing ber-kenaan. Buku-buku teks sekolah bagi kaum ini biasalah diselang-selikan dengan bahasa ibundanya, dan malah dibenarkan juga gurunyamenjelaskan sesuatu konsep itu dalam bahasa ibunda pelajar berkenaan(lihat bibliografi beranotasi tentang perkara ini di internet 2). Langkahini sebenarnya ekoran daripada adanya hasil-hasil penyelidikan dalampendidikan, dan gerakan ilmuwannya dalam bidang etnosains danetnomatematik (iaitu sains dan matematik yang dilihat daripadaperspektif kaum), supaya sains dan matematik di peringkat sekolahrendah diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Di AmerikaSyarikat kumpulan ilmuwan ini dalam matematik telah menubuhkan“The International Group of Ethnomathematics” sejak 1982 lagi. Tidak syaklagi juga tindakan ini adalah dipengaruhi oleh banyak hasil kajian yangmenunjukkan bahawa tahap kefasihan bahasa pengantar ilmuseseorang pelajar mempengaruhi pencapaiannya dalam SAKTI dan olehsebab itulah bahasa pengantar ilmu dalam bahasa ibunda seseorangadalah yang terbaik. Mereka ini juga tentunya tidak mahu tahu/percaya dengan pandangan Kuhnan sejak 1962 lagi (Kuhn 1962/1993)bahawa SAKTI itu tidak bebas bahasa dan kebudayaan amnya dan olehitu pembangunan SAKTI menerusi bahasa dan kebudayaan yangberbeza itulah yang memberi persaingan hebat dalam penemuan/pembangunan SAKTI seperti yang terbukti sepanjang masa dan zaman.Model pendidikan ini, iaitu Inggeris + {bahasa ibunda pelajar} ternyatatidak menarik perhatian para pemimpin Melayu Malaysia yangberkuasa. Inilah agaknya manifestasi “Malaysia boleh!” membelakangiilmu.

Hakikat bahawa sehingga kini belum ada negara yang mencapaitahap negara maju dalam bahasa asing negara tersebut memang tidakdiendah langsung oleh pihak berkuasa Malaysia. Jawabannya mungkin“Malaysia Boleh!” sahaja. Hasil kajian (lihat umpamanya bibliografiberanotasi berkenaan bahasa dan matematik yang terdapat dalaminternet 2) yang menunjukkan penguasaan sesuatu bahasa dahulubaharulah belajar SAKTI menerusi bahasa tersebut; dan pendidikandalam bahasa ibunda adalah yang terbaik sekurang-kurang diperingkat sekolah rendahnya, malah sejarah pembangunan negara-negara maju membuktikan pendidikan dalam bahasa sendirilah yangpaling berjaya lagi tidak mahu didengari. Kejayaan penyibaran ilmusemasa menerusi bahasa sendiri sudah menjadi hukum aqli dan naqli.Kejayaan Malaysia sehingga kini yang dibincang di atas hanya me-nambah dalil empirik kepada hukum ini. Begitu juga hukumpembangunan/pemajuan ilmu. Teori pendidikan dan penguasaansesebuah bahasa juga tidak menyokong perbuatan menggunakan sainsdan matematik sebagai caranya, malah cara ini akan menjejaskan pulaprestasi mata pelajaran ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh kajian

19

Mengapa Kami Bantah!

Marsh et al. (2000) di Hong Kong dan kajian-kajian yang serupa dibeberapa buah negara lain. Semua ini tidak memberi apa-apapengajaran kepada kerajaan Malaysia.

Hukum kemajuan bangsa menerusi bahasanya sendiri, sebenarnyajuga terkandung dalam al-Quran seperti dalam Surah Ibrahim, Ayat 4,dan Surah Ali ‘Imran, Ayat 164 yang bermaksud “Allah tidakmengutuskan seorang rasul pun melainkan daripada kalanganbangsanya sendiri agar mereka mudah memahami pengajaran ilmu (al-Kitab dan hikmah)”. Sesebuah negara yang tidak menginsafi hakikatini, paling-paling baiknya negara-bangsa itu telah terbukti hanyamenjadi karikatur daripada karikatur, komprador atau kreol sahaja!

Beberapa SyorWalaupun tiada sarjana dunia yang membuat ramalan bahawa bahasaMelayu adalah satu daripada bahasa yang akan lenyap dalam era TMdan kerenah pemimpin bangsa berkenaan, tetapi kemalapannya sebagaibahasa ilmu tentunya akan berlaku jika langkah-langkah yang positifdan berani terus dilakukan mulai sekarang. Antaranya ialah perkara-perkara yang dianggap unsur-unsur gagalnya pendidikan Melayu yangdibicarakan di atas itu perlulah ditangani seperti berikut: S1. Kerajaan sekurang-kurang mestilahlah menjadikan pendidikandwibahasa, Inggeris + {bahasa Melayu} dengan dominanya bahasaMelayu, dalam sains dan matematik di Sekolah-Sekolah Kebangsaanbagi menggantikan pendidikan ekabahasa (Inggeris sahaja) sekarang.S2. Pihak berkuasa universiti awam perlulah kekal menjadikanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya. Contohnya,cadangan struktur baru pengajian SAKTI seperti di lampiranmakalah ini patutlah diwujudkan oleh setiap universiti awamsebagai asas rundingan dengan pihak Kementerian. S3. Universiti awam perlu mewujudkan perancangan strategi yangbermatlamat menjadikan program perubatan (peringkat klinik) diIPTA berjalan dalam bahasa Melayu sehingga ke tahap 60% dalamtempoh 10 tahun.S4. Universiti Islam Antarabangsa memastikan dengan segera, keranakemampuannya yang jelas, mengiktiraf hubungan rapat bahasaMelayu dengan Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmudengan memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada kursusnyadalam bahasa Melayu dan seterusnya menuju kepada 60% dalamtempoh yang lebih singkat daripada universiti-universiti swasta yanglain.S5. Institut Terjemahan Negara perlu bergiat cergas seperti JabatanKarang Mengarang di SITC tahun 1950-an, Pusat Terjemahan Toledoabad ke-12M, dan Bait al-Hikmah di Baghdad abad ke-9M dengan

20

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

sasaran yang munasabah dan penuh agresif seperti 1 buah bukusetahun per 4 orang sarjana SAKTI (akan menghasilkan kira-kira 500buah buku setahun!). Sehubungan dengan ini IPTA (dan awam yangingin ikut serta) diberi segala kemudahan prasarana (sumber) untukpenerbitan ini.S6. Dewan Bahasa dan Pustaka menghidupkan kembali penerbitanbuku-buku teks IPT walaupun peruntukan khusus untuknya tiada.Pada masa yang sama DBP perlulah berusaha tanpa jemu-jemu untukmeyakinkan Kementerian Pendidikan akan perlunya penerbitanbuku peringkat IPT. DBP juga perlu merintis kerjasama penerbitanbuku IPT dengan pihak Indonesia.S7. Sebuah badan bukan kerajaan (BBK) seperti Persatuan LinguistikMalaysia bertindak menyatukan BBK yang turut memperjuangkanbahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bertindak bijak mem-pengaruhi kerajaan supaya mengambil langkah-langkah yangberikut:

7.1. Kerajaan mengadakan berbagai-bagai insentif kepada syarikat(dalam bentuk cukai, subsidi dsbnya) yang menghayati bahasaMelayu dalam perjalanan urusan dan pentadbiran dalam sesuatujabatan/bahagian syarikatnya. Sekaligus kerajaan atau mana-manapihak perlulah memberhentikan rancangan memberi insentifkepada mereka yang menggunakan bahasa Inggeris dalam urusanrasminya. Sehubungan dengan ini dasar peMelayuan swasta perludilakukan oleh Kerajaan7.2. Kerajaan, menerusi LAN, meletakkan syarat ke atas kolej/universiti swasta supaya mengadakan dasar peMelayuan kolej/universitinya sebagaimana yang pernah dilakukan kepada IPTawam dalam tahun 1970-an dahulu, sambil memberi pelbagaiinsentif kepada kolej/universiti yang galak melakukannya. 7.3. Kerajaan perlu mengambil iktibar yang lebih lagi tentangsistem pendidikan SAKTI di negara-negara maju di Eropahkhususnya konteks bahasa pengantar dan penguasaan bahasaInggeris.7.4. Kerajaan memastikan budaya berbahasa Melayu diKementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar perlulah di-tingkatkan sehingga 60% daripadanya di dalam bahasa Melayudalam masa yang singkat ini.7.5. Kerajaan memansuhkan segala akta yang boleh memberilaluan mudah kepada sesiapapun mengelak daripada meng-gunakan bahasa Melayu perlulah dilakukan seperti memberikuasa penuh kepada Menteri Pendidikan mengizinkan sesebuahinstitusi pendidikan menjalankan kursus dalam bahasa selain

21

Mengapa Kami Bantah!

daripada bahasa Melayu seperti dalam akta IPTS, pengizinankepada Jabatan Hasil Dalam Negeri menggunakan bahasa Inggerisdalam “pentaksiran komputer dan perakuan pungutan danpenyiasatan” dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (semakan1971) seksyen 41, pengecualian penggunaan bahasa Inggeris dalamurusan kedoktoran di Kementerian Kesihatan dalam Akta yangsama dan lain-lain lagi.

S8. Setiap kelompok sarjana, institusi dan badan swasta yang terlibatdengan TM berusaha memperbanyakkan bahan-bahan (perisian) TMdalam bahasa Melayu dengan mengingatkan pasarannya cukup besariaitu di Alam Melayu ini dengan penduduknya melebihi 200 jutaorang. Di samping itu sebuah Institut Kejuruteraan Perisian Malaysiabagi tujuan menyemarakkan lagi pengeluaran perisian itu perlulahdiwujudkan dengan kerjasama kerajaan dan swasta. Sebagai kegiatantambahannya, Institut ini bolehlah juga memfokuskan penge-luarannya bagi keperluan umat Islam.S9. Sekolah agama rakyat (di bawah majlis agama negeri atau swasta)seluruh Malaysia perlulah mewujudkan persatuan seperti Dong JiauZhong itu dan sekaligus juga mewujudkan sebuah konsortium bagimenjaga kepentingan sekolah ini seperti mengadakan peperiksaanserta sijilnya tersendiri dengan sukatan pelajaran yang setara denganyang di Sekolah Kebangsaan tetapi dalam aliran Arab dan Melayutermasuklah sains dan matematik dalam aliran Melayu. S10. PLM-DBP menggembleng seberapa banyak BBK untukmembagankan/mencartakan strategi dan melaksanakannya denganmenjajak seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada kumpulan-kumpulan berpengaruh akan pentingnya bahasa Melayu sebagaibahasa ilmu. Ini termasuklah juga tindakan membantu pihak-pihakyang memperjuangkan bahasa ibunda (selain daripada Melayu)dalam pendidikan di peringkat sekolah tadika dan rendah.

Rujukan

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971)Akta Pendidikan 1995 Akta IPTS 1995Akhbar perdana Mei 2002, khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian

16 Mei 2002Buku Panduan IPT 1993/94Faridah Karim et al. 1987. Laporan Kajian Prestasi Pelajar UKM.

22

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Internet 1.http://nces.ed.gov/timss/timss-r/figure_1.html. 12 Ogos2002.

Internet 2: http://www. Soton.ac.uk/rime/biblios/language.html. 12 Ogos 2002Internet 3. Review of language, society and education in Singapore

:http://ccat.sas.upenn.edu/~haroldfs/messeas/handouts/singapore gopi2.html. 12 Ogos 2002

Internet 4.Taipkan International X Olympiad, X = Mathematics, Physics,Chemistry dan Biology. 10 Januari 2003

Intisari UKM. 1995. Bil. 4. Okt/Nov. Kuhn, T. 1962/1993. Struktur Revolusi Sains. DBP.Terj. drp karya aslinya

dalam bahasa Inggeris 1970 (snt. ke-2) drp snt pertamanya 1962 Marsh, H.W., Hau, K-T. & Kong, C-K. 2000. Late immersion and

language of instruction in Hong Kong High Schools: achievementgrowth in language and nonlanguage subjects. Harvard EducationalRev. Fall Issue: 302-346

Mohamad Salleh bin Mohamed Said. 2002. Qua Vadis TaksonomiSerangga. Syarahan Perdana UKM. Penerbit UKM

Mohd. Ali Kamaruddin. 1981. Sejarah Penubuhan Universiti KebangsaanMalaysia. Bangi: UKM

Mohd. Yusof bin Hj. Othman. 1995. Penulisan sains dan teknologidalamm bahasa Melayu: Satu tinjauan semasa dan masa hadapan.Konvensyen Penerbitan Kebangsaan. DBP: 4-6 Dis.

Newsweek 2 Dec. 1996RML-RMDL. Laporan Rancangan Malaysia ke-5 hingga ke-8. Shaharir bin Mohamad Zain. 2002. Berakhirnya SAKTI Melayu? Dewan

Bahasa NovemberShaharir bin Mohamad Zain. 2001. Masalah penerbitan buku pengajian

tinggi dan strategi penyelesaiannya. Seminar Penerbitan Buku S & Tanjuran UKM-DBP, 25 April 2001. Pascasidangnya diterbitkan olehDBP 2002.

Shaharir bin Mohamad Zain. 1996. Pembangunan sains dan teknologi diMalaysia menerusi bahasa Melayu. Syarahan Raja Ali Haji 1996.Persatuan Linguistik Malaysia.

Shaharir bin Mohamad Zain. 1991. Tahap penghayatan bahasa Melayudalam sains dan teknologi. Jurnal Dewan Bahasa. Dis., 1038-1051.

Sham Sani et al. 1983. Kajian Pengesanan Siswazah Universiti KebangsaanMalaysia dari 1974-1980. Biro Penyelidikan dan Perundingan UKM.

Wawasan 2020. terj “Malaysia: The Way Forward”. Ucapan Dr. MahathirMohamad 28 Feb 1991 di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan

23

Mengapa Kami Bantah!

Malaysia K. Lumpur. Biro Tatanegara Jabatan Perdana MenteriMalaysia 1991

LAMPIRAN

Saranan Struktur Baru Program SAKTI di IPTAStruktur program baru pengajian SAKTI di IPTA yang disyorkan dibawah ini adalah tindakan balas dan protindakan dasar bahasa barukerajaan, iaitu tindakan balas dasar bahasa pengantar bahasa Inggerisdalam sains dan matematik sekolah yang telah dilaksanakan mulai 4/5Januari 2003 dan akan terus dipertahankan sekurang-kurang buatbeberapa ketika pada masa hadapan ini (terutamanya pasca-Mahathir),dan hampir pasti dasar bahasa ini dikehendaki diperpanjangkan keIPTA (termasuk di UKM) mulai 2005 ini. Andaian juga dibuatkemungkinan juga kerajaan memberi kuasa kepada IPTA (sekurang-kurangnya UKM), dan perlu dituntut, untuk menentukan dasarbahasanya sendiri sesuai dengan bidang kuasa Senat universiti. Oleh ituperakuan ini dibuat atas dua kemungkinan ini. Kemungkinan 1: IPTA akan dipaksa juga menggunakan bahasaInggeris sebagai bahasa pengantar utamanya dalam SAKTI pada suatumasa nanti seperti 2005;Kemungkinan 2: IPTA diberi kebebasan atau menuntut haknyamenentukan bahasa pengantarnya (terutamanya UKM dan UPSI).Berikut ialah struktur pendidikan SAKTI universiti awam yangdisyorkan:

Kemungkinan 1 (Pengantar Inggeris) Kemungkinan 2 (Pengantar Melayu)

Pera1: Kursus wajib bahasa Inggeris sekarang digantikan dengan kursus wajib bahasa Melayu SAKTI dan bagi yang memerlukan kursus bahasa tambahan (bagi melengkapkan 12 unit bahasa umpamanya) maka mereka dikehendaki memilih hanya kursus bahasa Arab, atau bahasa-bahasa suku kaum Malaysia, iaitu Mandarin atau (bukan dan) Tamil sahaja.

Pera1: Serupa

24

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Kemungkinan 1 (Pengantar Inggeris) Kemungkinan 2 (Pengantar Melayu)

Bagi mereka yang gagal bahasa Inggeris SPM-nya dikehendaki mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris selama 1 semester sebelum mereka dibenarkan mengikuti program-program SAKTI yang disediakan.

Pera2: Sebanyak 30%-45% kerja kursusSebarang program SAKTI boleh dikecualikan daripada menggunakan bahasa Inggeris dan dibenarkan menggunakan bahasa Melayu di semua peringkat kursus.

Pera2: Bahasa pengantar sebarang program SAKTI mestilah dominan dalam bahasa Melayu, iaitu sekitar 60% bahasa Melayu. Bagi mencapai hasrat ini perakuan berikut bolehlah dipertimbangkan:

Pera2.1: Kerja kursus bersifat kualitatif seperti sejarah dan falsafah sebarang program SAKTI mestilah dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan kursus yang sarat dengan unsur peribumi (iaitu banyak penerapannya di Malaysia); tugasan; dan latihan ilmiah.

Pera2.2: Kursus-kursus yang sebahagian besar kandungannya diperlukan di peringkat sekolah bolehlah diajar dalam bahasa Inggeris. Contohnya kursus Kalkulus (bidang sains Matematik) tahun I.

Pera2.3: Kursus-kursus yang dijalankan oleh Pensyarah asing bolehlah dijalankan di mana-mana peringkat pun dalam bahasa Inggeris.

Pera3. Penulisan tesis dan sebagainya di peringkat prasiswazah atau siswazah boleh ditulis dalam bahasa Melayu.

Pera3. Kerja kursus di peringkat siswazah boleh dijalankan dalam dwibahasa (Inggeris dan Melayu) jika didapati perlu (seperti untuk pelajar asing).

25

Mengapa Kami Bantah!

Kemungkinan 1 (Pengantar Inggeris) Kemungkinan 2 (Pengantar Melayu)

Dalam keadaan ini soalan ujian, peperiksaan dan sebagainya dibuat dalam dwibahasa (Inggeris & Melayu) dan boleh dijawab dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu tetapi sekurang-kurangnya 1/3 daripada soalan mestilah dalam bahasa Melayu dan dijawab dalam bahasa Melayu.

Pera4. Syarat kredit bahasa Melayu SPM atau setara dengannya dikekalkan sebagai satu daripada syarat kemasukan di peringkat prasiswazah.

Pera4. Penulisan tesis dan sebagainya di peringkat siswazah kekal seperti sekarang. Walau bagaimana pun pelajar dari rumpun Melayu digalakkan menulis tesisnya dalam bahasa Melayu.

Pera5. Semua pelajar (termasuklah pelajar asing) diwajibkan mengikuti kursus Kajian Malaysia dan Tamadun Islam (dalam bahasa Melayu). Bagi pelajar peringkat siswazah yang belum mengikuti kursus ini juga diwajibkan mengambilnya.

Pera5. Syarat kredit bahasa Melayu SPM atau setara dengannya dikekalkan sebagai satu daripada syarat kemasukan di peringkat prasiswazah.

Pera6. Seseorang pelajar asing yang terbukti lulus mata pelajaran bahasa Melayunya (termasuk Melayu Brunei, Melayu Singapura dan Melayu Indonesia) yang setara dengan Kredit dalam Bahasa Melayu peringkat SPM tidak perlu mengikuti kursus bahasa Melayu yang diwajibkan sekarang ini, semasa beliau mengikut kursus siswazahnya. Selainnya, semua pelajar siswazah diwajibkan belajar bahasa Melayu seperti sekarang.

Pera7. Pelajar asing juga diwajibkan mengikuti kursus Kajian Malaysia (dalam Melayu dan Inggeris) yang diwajibkan kepada pelajar prasiswazah di IPTS itu.

26

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

AbstrakTingginya pencapaian pendidikan dan penciptaan SAKTI (sains,kesihatan, kejuruteraan dan teknologi) dalam bahasa Melayu (aliranMelayu) sejak Sekolah Menengah aliran Melayu dimulai pada 1958 danpenubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia 1970 ditunjukkansepatutnya tidak sedikitpun menggoyahkan pendirian pemimpinMelayu memusnahkannya. Namun, dalam usaha menegakkan cita rasadan pandangan hidupnya yang diselami dalam makalah ini, pemimpinitu sejak 1994 lagi menghakiskan keyakinan rakyat terhadappencapaian itu dengan melempar pelbagai tohmahan kegagalanpendidikan Melayu itu seperti kononnya tiada yang berjaya/dapatdibanggakan menerusinya, tidak berjayanya memupuk perpaduantetapi meningkatkan taasubisme dan kekutuban (kaum atau agama),tidak berupayanya melahirkan manusia yang berdaya saing keranakelemahannya berbahasa Inggeris, tiada perubahan lemahnya pelajarMelayu, dan tiada cukupnya sumber SAKTI Melayu, dan tidak mampumenjadikan pusat pendidikan serantau/dunia. Lantas hukum kemajuanSAKTI sepanjang zaman diabaikan sekelip mata sahaja. Sejauh manakewarasannya sangkaan-sangkaan di atas itu dan apakah langkah-langkah untuk ke pangkal jalan menjadi mauduk perbincanganmakalah ini.

27

Mengapa Kami Bantah!

28

PENDIRIAN BERSAMA PARA PROFESOR SAKTI SELURUH MALAYSIA TERHADAP

DASAR PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH DALAM BAHASA INGGERIS

2

Memo kepada kerajaan September 2002 (Jamadilakhir 1423)

kepada PM & Menteri Pendidikan

Kami para profesor dalam bidang yang berasaskan sains, ke-juruteraandan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahanterhadap dasar baru kerajaan untuk mengInggeriskan kembalipendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah (=aliran sainssekolah) mulai tahun 2003 ini. Bantahan kami ini bukan semata-mata“tidak mahu patah balik kerana tiada tanda-tanda sesat danmenyesatkan”, dan sekali-kali tidak kerana kononnya kami tidakmengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris. Pendirian kami ini didorongkuat oleh kesedaran kami yang berasaskan teori dan empirik tentanghukum (empirik, aqli dan naqli) pembangunan SAKTI zaman berzamandan di negara-negara maju. Oleh sebab kami juga terlibat secaralangsung dengan pembangunan SAKTI negara ini yang kami inginmengembangkannya dalam acuan negara ini sendiri, iaitu menyibar,membangun dan memajukan dalam bahasa dan budaya negara ini,maka kami anggap amatlah wajar kami menyuarakan pandangan ini.

Tegasnya, Walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinankerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar di mana peringkat jua pun tetapi kami amat tidakbersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris kitamenerusi pengajaran/pendidikan Sains dan Matematik sekolah dalambahasa Inggeris. Ringkasnya, antara sebab-sebab bantahan kami ialahseperti berikut:

1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sainsdan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!)

Mengapa Kami Bantah!

bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasaMelayu (bahasa keempat terbesar di dunia) dalam SAKTIsedangkan bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjayadihayati di dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga keperingkat ijazah kedua (Sarjana) dan ketiga (Doktor Falsafah).Malah kini tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayusudah menjangkau ribuan! Langkah pengInggerisan sekolah inijelas menyekat kemaraan malah mengkhianati dan bahkanmembunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu danbahasa antarabangsa yang diperjuangkan sekurang-kurangnyasejak tertubuhnya UKM 1970 dahulu. Sekaligus langkah inimeremeh, mensia-sia dan menyeksa batin ratusan bahkan ribuanpara sarjana kita sejak 1970 yang bertungkus lumus membangunbahasa Melayu dalam SAKTI menerusi pengajaran/pendidikandan penyelidikan secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayutidak akan hilang di dunia (seperti yang diramal oleh ahli-ahlibahasa dunia) walaupun dengan mengInggeriskan pendidikansains dan matematik di Malaysia, tetapi amatlah jelas langkah iniakan menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan ber-kembang lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekuranganpenggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.

2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan danpembangunan SAKTI: Secara empiriknya, sejak zaman berzamantamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI dinegara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasanasional masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luasdengan mudahnya SAKTI di kalangan rakyat jelatanya. Denganinilah kemudiannya memudahkan pengembangan dan pem-bangunannya sehingga negara-negara itu menjadi ramai yangmencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi kayadengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport SAKTI).Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam bahasanasional kita sendiri juga menunjukkan keesahan hukum empirikini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang berpendidikan dalamSAKTI yang mencapai taraf antarabangsa menerusi penulisan danrekaan aslinya hanya dalam masa 40 tahun sahaja. Sekaliguskeseimbangan kaum dalam pencapaian SAKTI juga semakinterjadi dengan pantasnya.

3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI:Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapabahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahnya merekamemperoleh ilmu dari luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim

30

Pendirian Bersama Para Profesor Sakti Seluruh Malaysia Terhadap...

terhadap Ayat al-Quran, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawaAllah tidak mengutuskan seorang rasulNya pun yang tidak darikalangan sesuatu kaum berkenaan untuk memudahkan kaumtersebut memperoleh ilmu dan hikmah. Mengikut teori dalamilmu akli (intelektual) pula banyak kajian yang lakukan olehsarjana-sarjana dalam pemikiran, epistemologi dan dayapengaryaan pada abad ini seperti Ravetz, de Bono, Miller, dand’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa orang sahaja) me-nunjukkan yang manusia memang lebih mudah menguasaisesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah) menerusibahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada keistimewaannyatersendiri dalam peranannya sebagai mangkin dan wahanapengaryaan atau penciptaan. Malah de Bono menegaskan bahasaInggeris bukannya bahasa yang superior dalam pencetusan dayapengaryaan atau penciptaan. Teori ini sebenarnya disahkan olehsituasi negara-negara maju sekarang, dan situasi negara-negarayang ingin maju (dan tidak maju-maju!) tetapi tidak dalam bahasanasionalnya. Setiap bahasa sebenarnya ada kebitaraan/keunikantersendiri dalam berperanan daya pengaryaan/penciptaan SAKTI(atau bidang lain sekali pun). Hasil kajian prestasi pelajar sekolahseluruh dunia yang dibuat beberapa kali oleh sekumpulanpengkaji Amerika Syarikat juga menunjukkan negara-negara yangtinggi pencapaian sains dan matematik di sekolah bukan dinegara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasapengantarnya. Para pelajar Eropah Timur, Jepun dan Koreasentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!

4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab peng-angguran, tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yangmemandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsamenjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yangmahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elitdi negara maju dan di beberapa buah negara jiran kita) patutdipersalahkan juga.

5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolahadalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikanseseorang pelajar dapat memperbaiki ke-fasihannya berbahasa(Inggeris). PengInggerisan dua mata pelajaran ini hanyamenjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar takdapat”. Yang pastinya kelemahan pelajar dalam dua matapelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akanbertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dankerenah baru lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda ataukemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaransains dan matematik memang banyak dan semuanya me-

31

Mengapa Kami Bantah!

nunjukkan pembelajaran dalam bahasa sendiri ada advantejnya,dan kemahiran dalam sesuatu bahasa dahulu boleh memperbaikipencapaian sains dan matematik.

6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak memundurkan ataumerugikan sesiapa pun: Pendidikan dalam bahasa nasionalterbukti di negara-negara maju itu tidak merugikan negaratersebut. Oleh itu andaian pihak yang berpendapat pendidikandalam bahasa nasional Malaysia adalah merugikan dan me-mundur orang Melayu adalah tidak berasaskan ilmu, tetapiberasaskan emosi semata-mata. Selama ini pun kita telah mem-buktikan kemajuan negara kita ini dicapai menerusi sumbanganratus ribuan mereka yang berpendidikan dalam aliran kebangsaansekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan Sains dan Matematikdalam bahasa Melayu!)

Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat memper-timbangkan semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakandasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalamSains dan Matematik Sekolah seperti yang telah diputuskan itu dansebaliknya menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi denganberganda-gandanya usaha untuk memperbaiki sumber, prasarana dankaedah pengajaran bahasa Inggeris sehingga ke tahap yangmaksimumnya. Menerusi pendidikan Bahasa Inggeris itu.

Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI yang berikut:

Prof. A. Rahman A. Jamal (perubatan).KP:601211-01-6269Prof. Abd Rahim Shamsudin (geologi). KP: 500812-04-5273Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (mikrobiologi) KP:500922-07-5107Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (botani). KP: 480630-03-5183Prof. Abdul Razak Hamdan (teknologi maklumat): KP. 540205-01-5853Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (matematik). KP: 480602-10-5965Prof. Abdul Salam Babji (sains makanan). KP: 481203-07-5177Prof. Abu Osman Md Tap (matematik). KP: 500415-01-5433Prof. Ainoon Othman (perubatan). KP: 520923-03-5236Prof. Alias Kamis (biosains). KP: 4200992Prof. Aminah Abdullah (sains makanan). KP: 501010-03-5094Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780Prof. Aziz Bidin (sains sekitaran). KP: 490411-04-5057Prof. Aziz Deraman (teknologi maklumat): KP.591108-11-5043

Prof. Baharudin Yatim (fizik tenaga). KP: 460811-05-5193

32

Pendirian Bersama Para Profesor Sakti Seluruh Malaysia Terhadap...

Prof. Basir Jasin (geologi). KP: 3430834Prof. Bohari Mohd Yamin (kimia). KP: 3405038

Prof. Che Husna Azhari (kejuruteraan). KP: 551108-03-5020

Prof. Faridah Habib Shah (genetik). KP: (terlupa masuk)

Prof. Halimah Bdioze Zaman (teknologi maklumat). KP: 4673083Prof. Hamid Lazan (botani). KP: 2287477Prof. Hamzah Mohamed (geologi). KP: 510503-08-560Prof. Hassan Basri (kejuruteraan). KP: 600702-01-5733Prof. Hatta Shaharom (perubatan). KP:520709-01-5373Prof. Ibrahim Abdullah (kimia). KP: 490511-02-5491Prof. Ibrahim Abu Talib (fizik). KP: 521127-04-5147Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP. 520912-01-5483Prof. Ikram Mohd Said (kimia). KP: 480819-05-5073Prof. Ismail Sahid (sains sekitaran). KP: 511005-07-5269

Prf. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP. 550916-10-6179Prof. Jamaludin Mohame (bioperubatan). K.P. 570324-06-5543

Prof. Kamarudin Mohd Yusof (kejuruteraan). KP: 510927-06-5097Prof. Kamaruzzaman Sopian (kejuruteraan). KP: 620404085491Prof. Karis Misiran (prubatan). KP: 4493167Prof. Kasmiran Jumari (kejuruteraan). KP: 520522-01-5541Prof. Dato’ Khalid Yusof (perubatan). KP:Prof. Khalijah Mohd Salleh (pendidikan fizik). KP:

Prof. Lim Swee Cheng (fizik teori). KP: 470826-01-5273

Prof. Mahani Mansor Clyde (sains sekitaran). KP: 510211-06-5032Prof. Masbah Omar (perubatan). KP: 4078415Prof. Md. Pauzi Abdullah (kimia). KP: 510208-03-5203Prof. Mohammmed Yusoff (teknologi maklumat) KP: 3821920Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (bioperubatan). KP: 520222-10-5035

33

Mengapa Kami Bantah!

Prof. Mohd Ismail Noor (pemakanan). KP: 491015-10-5419Prof. Mohd Nordin Hj. Hassan (sains sekitaran). KP: 470210-10-5377Prof. Mohd Salleh Mohd Said (entoologi). KP: 470204715283Prof. Mohd Yusof Hj. Othman (fizik tenaga). KP: 520812-02-5131Prof. Mokhtar Abdullah (statistik). KP: 560223-03-5119Prof. Muhamad Yahya (fizik pepjal). KP: 470901075111Prof. Muhammad Mat Salleh (fizik pepejal). KP: 490111-03-5009Prof. Nik Aziz Sulaiman (perubatan). KP: 451022-03-5187Prof. Noraini Tamin (sains sekitaran). KP: 490620-10-5976Prof. Normah Mohd Noor (bioteknologi). KP: 540618-07-5272

Prof. Othman Hj. Ross (sains laut). KP: 480218-11-5173Prof. Othman Omar (biosains molekul). KP: 1513291

Prof. Paden Morat (bioperubatan). KP. 4380233

Prof. Rohani Ahmad (botani). KP: 4380233Prof. Roslan Abd. Shukor (fizik semikonduktor). KP: 610927055049

Prof. Sallehuddin Sulaiman (bioperubatan). KP: 470721-10-5141Prof. Shahabuddin Shaari (kejuruteraan). KP. 560313-02-5459Prof. Shaharir Mohamad Zain (matematik). KP: 1969665Prof. Shahrim Hj. Ahmad (fizik). KP: 600215025627Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (perubatan). KP: 590820025573

Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (teknologi maklumat): KP 4478636

Prof. Wan Ramli Wan Daud (kejuruteraan). KP: 551227-07-5447

Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (zoologi). KP: 500325-04-5575Prof. Zainon Mohd Ali (botani). KP: 4430101Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (sains sekitaran). KP: 571109-10-5623

34

BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR SAINS DAN MATEMATIK:

MENGAPA DITENTANG? SOALAN YANG SELALU DITANYAKAN

3

Profesor Emeritus Abu Bakar Abd Hamid

Soalan 1:Mengapa pejuang bahasa dan ramai intelek kita menentang usahakerajaan menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolahdaripada bahasa Melayu (BM) kepada bahasa Inggeris (BI)?Bukankah tujuannya baik, iaitu hendak meningkatkan penguasaanbahasa Inggeris para pelajar. Kita semua maklum pelajar-pelajarMelayu lemah dalam bahasa Inggeris.

Jawapan:Pertama-tama tidak ada ahli bahasa, intelek Melayu atau sesiapa sajayang siuman yang menentang usaha meningkatkan penguasaan bahasaInggeris baik di kalangan pelajar Melayu, guru Melayu, pegawaiMelayu, tokoh korporat Melayu, mahupun Menteri Melayu dan siapasaja. Menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain memang perludigalakkan. Tuduhan bahawa ahli bahasa menentang penguasaanbahasa Inggeris, anti-bahasa Inggeris, fikiran mereka sempit, merekafanatik bahasa, mereka hanya mahu orang Melayu berbahasa Melayusaja adalah satu pembohongan besar, suatu fitnah, suatu mitos yangdibuat oleh orang-orang politik tertentu. Dalam kaedah berhujah inidikatakan menciptakan `straw man’ iaitu orang yang dibuat daripadakertas atau orang-orangan sehingga mudah dimusnahkan. Tujuanmereka yang sebenar mereka saja yang tahu. Sehingga ini belumpernah dapat disebut nama walau seorang pun ahli bahasa yangmelarang sesiapa belajar bahasa Inggersis atau bahasa lain.

Mengapa Kami Bantah!

Keduanya, ramai dari kalangan yang memperjuangkan kedudukanbahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang cukup fasih dalambahasa Inggeris, baik dalam pertuturan mahupun tulisan. Malahanmereka menggunakan bahasa Inggeris setiap hari. Tidak pernahterdengar ada di antara mereka melarang sesiapa belajar bahasaInggeris atau bahasa apa pun. Yang diperjuangkan oleh mereka ialahkedudukan bahasa Melayu itu mestilah terus dipelihara sebagai bahasarasmi dan dipupuk sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu di negaraMalaysia yang merdeka lagi berdaulat ini. Mengubah bahasa pengantardi sekolah dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris akanmengancam dan memusnahkan kedudukan bahasa Melayu baik dalamjangka pendek mahupun panjang. Inilah yang mereka tentang.

Soalan 2Bukankah perubahan ini melibatkan dua mata pelajaran saja?Takkan dua mata pelajaran, iaitu Sains dan Matematik di SekolahRendah boleh menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu?

Jawapan:Pertamanya tidak betul mengatakan perubahan ini hanya bagi duamata pelajaran saja dan di Sekolah Rendah saja. Ini satu kekeliruan.Sekarang ini pun sudah diumumkan akan dijalankan serentak mulai2003 di darjah satu Sekolah Rendah, tingkatan satu Sekolah Me-nengah dan Matrikulasi/Tingkatan VI Bawah dan akan dilaksanakansepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Apakahmaknanya ini? Maknanya, bahasa pengantar di seluruh sistempersekolahan dan pada pengajian tinggi akan berubah daripada bahasaMelayu ke bahasa Inggeris. Ini satu perubahan yang cukup besar danbertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kalau kita mahupinda Dasar Pendidikan Kebangsaan, sewajarnyalah perkara ini di-bincangkan semula oleh semua pihak secara saksama, bukandilaksanakan secara senyap-senyap, bersembunyi di sebalik dua matapelajaran, berselindung di belakang meningkatkan penguasaan bahasaInggeris para pelajar.

Keduanya dan inilah perkara yang penting difahamkan BahasaInggeris akan jadi bahasa pengantar utama dan Bahasa Melayubahasa pengantar sampingan saja di peringkat sekolah dan IPT.Inilah yang ditentang oleh mereka yang sudah dapat melihat telatahkerajaan itu. Cuba kita lihat dengan kepala dingin apa yang akanterjadi nanti.

36

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

Perhatikan mulai tingkatan IV sudah lebih banyak kursus diajar dalambahasa Inggeris. Satu kajian menunjukkan di peringkat SPM daripada79 mata pelajaran, 19 saja akan diajarkan dalam bahasa Melayu.Selebihnya, 47 dalam bahasa Inggeris dan 13 termasuk bahasa dankesusasteraan Mandarin dan Tamil dalam bahasa yang lain. Dengandemikian bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa pengantar utamamenyingkirkan bahasa kebangsaan.

Sekolah Rendah

Darjah 1-3 BMBahasa MalaysiaAgama Islam

BIBahasa InggerisMatematik

Darjah 4 - 6 Bahasa MalaysiaAgama IslamKajian Tempatan

Bahasa InggerisMatematikSains

Sekolah Menengah

Tingkatan I – III Bahasa MalaysiaSejarahGeografiKemahiran HidupP. SeniP. JasmaniAgama IslamP. Moral

Bahasa InggerisMatematikSains

Tingkatan IV - V Bahasa MalaysiaKesusasteraan MelayuGeografiP. SeniP. JasmaniAgama IslamPendidikan MoralSejarah

Bahasa InggerisKesusasteraan InggerisMatematik ModenMatematik TambahanSainsFizikKimiaBiologiPerdaganganPrinsip AkaunEkonomi

37

Mengapa Kami Bantah!

Matrikulasi, Tingkatan VI Bawah dan Atas:Hanya mata pelajaran dalam jurusan Sains dan Perdagangandisampaikan dalam Bahasa Inggeris.

IPTADi IPTA yang umum seperti UM dan UKM, hanya Fakulti Sastera danSains Sosial, Akademi Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Islamsaja yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantarsementara yang selebihnya, yang jauh lebih banyak jumlah kursusnyadan pelajarnya akan menggunakan bahasa Inggeris. Jika dihitungjumlah kursusnya barangkali tidak sampai 20% yang akan diajarkandalam bahasa kebangsaan. Yang 80% lagi dalam bahasa Inggeris.

Di IPTA yang lebih khusus seperti USM, UTM, UPM, UiTM, hampirsemua Fakulti akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasapengantar. Jelasnya, di peringkat IPT sebagai peraturannya, bahasapengantar adalah bahasa Inggeris dan sebagai pengecualiannyadalam beberapa kes tertentu bahasa pengantarnya bahasa Melayu.Itulah kedudukan bahasa Melayu nanti, sebagai bahasa pelengkapsaja.

IPTSPada hari ini pun IPTS sudah rata-rata menggunakan bahasa Inggerissebagai bahasa pengantar kepada semua kursus. Jika ada yang meng-gunakan bahasa lain daripada bahasa Inggeris, itu adalah pengecualian.

Jadi jelaslah bagi mereka yang mahu melihat dengan akal,perubahan apa yang dikatakan sebagai dua mata pelajaran saja diperingkat Sekolah Rendah adalah pada hakikatnya perubahan yangamata radikal, perubahan kepada bahasa pengantar dalam seluruhsistem pendidikan kita hari ini. Perubahan ini sudah mula dijalankansejak dibenarkan penubuhan IPTS lagi. Malahan sebelum ini pun, IPTAsudah diarahkan untuk mengubah bahasa pengantar kepada bahasaInggeris walaupun secara lisan sahaja.

Rancangan ini sebenarnya rancangan jahat, mahu mengubahsecara berselindung, bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendahhingga ke peringkat universiti. Kebijaksanaan pemimpin hari ini ialahmerombak apa yang baik yang telah dibina dengan banyak pemikirandan pengorbanan oleh pemimpin kita dahulu.

Soalan 3Bukankah kelemahan pelajar Melayu dalam bahasa Inggeris suatukenyataan? Malahan pelajar di universiti pun masih mendapati sukarmembaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris? Bagaimana hendakmengatasi masalah ini?

38

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

JawapanItu memang kenyataan. Ini masalah yang perlu diatasi. Kita perlumencari jalan bagaimana mengatasinya. Kita perlu fokuskan perhatiankepada masalah itu, bukan menyimpang ke masalah lain. Apa sebabpelajar kita tak boleh membaca dan faham bahan dalam bahasa Inggerissesudah 10 tahun belajar bahasa itu? Kita mesti cari sebabnya. Apakahkaedah yang digunakan selama ini tidak tepat? Apakah gurunya tidakdilatih dengan betul? Apakah masa yang diberikan tidak cukup? Ataupelajar-pelajar kurang motivasi untuk belajar bahasa Inggeris?Mungkinkah jumlah pelajar dalam darjah terlalu besar untukpengajaran bahasa secara berkesan?

Kita harus cari jawapan kepada soalan di atas dan cari jalanbagaimana boleh menyelesaikannya. Inilah pendekatan yang rasional.Bukan seperti kata Tan Sri Ainuddin, “Lain yang luka, lain yangdibebat”. Jika masalahnya penguasaan bahasa Inggeris, carilah jalanmenguasai bahasa Inggeris, bukan libatkan mata pelajaranMatematik dan Sains. Kalau belajar Matematik dalam bahasa Melayusudah susah, diajar dalam bahasa Inggeris akan berganda lagisusahnya!

Kalau sudah sepuluh tahun belajar bahasa Inggeris, membaca puntak boleh, apakah fokusnya salah? Tiap-tiap hari radio dan tv kitamelaungkan kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk mendapatkanilmu sains dan teknologi terkini. Maknanya kemahiran bahasa Inggerisyang perlu kita kuasai pertamanya, kemahiran membaca. Keduanya.Kemahiran mendengar. Kemahiran bercakap dan menulis meng-ikutinya.

Sekarang apakah fokus penguasaan bahasa Inggeris kita? Apakahkita mahu anak-nak kita bercakap bahasa Inggeris seperti orangInggeris? Bahasa Inggeris Permaisurikah? Orang putih Australia punbercakap Inggeris dengan dialek mereka. Demikian juga orang Irish.Orang Hitam Amerika punya dialek ucapannya tersendiri. Tumpu-kanlah lebih dahulu kepada kemahiran membaca dan kemudianmendengar. Peringkatkan bahan bacaan itu. Sudah itu barukemahiran yang lain. Ramai orang Europa mendapati sukar bertuturdalam bahasa Inggeris tetapi mereka boleh membaca dan fahamdengan mudah bahasa itu. Ini kerana fokus pembelajaran bahasaInggeris mereka itu betul.

Soalan 4Apa salahnya mencuba cara baru, iaitu mengajar Matematik danSains dalam bahasa Inggeris? Bukankah dengan itu pelajar akanmenguasai kedua-dua mata pelajaran itu dengan baik dan sekali gusmenguasai bahasa Inggeris?

39

Mengapa Kami Bantah!

Jawapan:Bahaya kaedah cuba-cuba atau dalam bahasa Inggeris `trial and error’ini amat besar. Apa lagi ia melibatkan satu generasi manusia. Kitaharapkan anak-anak kita dapat menguasai Matematik dengan lebihbaik dan Sains dengan lebih baik sementara bahasa Inggeris merekabertambah baik. Tetapi ada juga kemungkinan ketiga-tiganya tambahmerosot. Dan kemungkinan ini cukup besar. Takut nanti anak-anakkita jadi Lebai Malang moden. Bukan dapat kesemuanya tetapikesemuanya terlepas.

Soalan 5:Kalau begitu kita tidak bolehlah membawa suatu perubahansedangkan cara yang sedia ada ternyata tidak berhasil.

Jawapan:Kita boleh saja mencuba kaedah yang baru. Boleh, malahan digalakkan.Tetapi, pertamanya, kita mesti faham dulu mengapa kaedah yang lamaitu gagal. Apakah fokus kita salah. Kalau salah betulkanlah. Pusatkanperhatian kepada membaca dan kefahaman lebih dahulu. Apakahlatihan guru kita tidak memuaskan. Yang mana tak memuaskan,perbetulkanlah. Apakah masanya tak cukup? Kalau begitu, tambahlahmasanya. Sekolah kampung biasanya tak digunakan sebelah petang.Gunakanlah untuk menampal apa yang kurang sebelah pagi.

Apakah usaha ini semua sudah dilakukan? Sehingga ini belum adabukti dari mana-mana pelusuk dunia, mengajar Matematik dan Sainsdalam bahasa kedua lebih berkesan daripada mengajarnya dalambahasa pertama. Bereksperimen dengan manusia itu berbahaya sekalikerana kita akan mengetahui kesalahannya hanya sesudah satugenerasi manusia terkorban.

Keduanya, kalau benar-benar mahu mencuba kaedah baru mengapatak buat dulu projek percubaan atau `pilot project’ dengan jumlahpelajar yang kecil dan dalam keadaan yang terkawal. Mengapa terburu-buru. Pejuang bahasa selalu sangat dituduh emosional. Tetapi apakahtindakan kerajaan seperti ini rasional dan saintifik? Yang rasional dansaintifik itu berdasarkan percubaan dan kajian kes.

Apa akan jadi kalau percubaan ini terbukti gagal sesudah 10-15tahun nanti? Rakyat juga akan dipersalahkan. Merekalah yang bebal,tidak mahu berubah, pemalas, jumud, dihasut oleh orang yang taksukakan kemajuan. Pemimpin akan berkokok mengutuk rakyat.Kerajaan telah melakukan segala-galanya tetapi rakyat tak memberikansahutan yang setimpal. Tak dibicarakan lagi pada waktu itu apakahkaedah yang dijalankan itu kaedah yang terbukti secara saintifik atau

40

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

sesuatu yang dilakukan dengan tergesa-gesa! Tak boleh ditahan-tahanlagi seperti orang nak melapas lakunya.

Soalan 6:Apakah salahnya kalau kita tukar saja bahasa pengantar di sekolahdan di IPT kepada bahasa Inggeris? Apa ruginya orang Melayu?Bukankah kita sedang menghadapi globalisai? Apakah kitamenguasai bahasa Inggeris, kita menjadi warga dunia. Bukankah kitaboleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negaramaju?

Jawapan:Pertama-tamanya, kita mesti faham apa makna dan implikasi globalisaiitu; baik buruknya. Buruknya globalisasi kerana ia dipacu oleh duit danteknologi. Teknologi dipergunakan oleh yang mempunyai kuasa wanguntuk menguasai pasaran supaya mereka mendapat lebih banyakwang. Melalui media massa yang mereka kuasai, mereka bolehmenjangkau ke seluruh pelusuk dunia untuk mengiklankan danmemasarkan produk mereka. Sebab itu anak kecil umur tiga tahun punsudah kenal McDonald. McDonald menjadi produk global.

Bagaimana kita mahu mengatasi ini? Apakah dengan memakaiseluar jin, makan DcDonald dan minum coca cola? Dengan itu kitamerasa diri kita sudah moden dan global? Jin bukan pakaian yangpaling selesa buat iklim kita, McDonald bukan makanan yangberkhasiat dan Coca Cola banyak mengandungi gas yang tidak baikbuat kesihatan. Kata para ahli, untuk menghadapi globalisasi, kitaharus berfikir global dan bertindak tempatan. Ini nasihat yang baik.Sebagai satu contoh dalam bidang makanan, kita perlu berfikir danbertindak dalam konteks bagaimana menjadikan roti canai dan sateseperti McDonald, boleh dipasarkan di seluruh dunia. Nilaimakanannya tidak kurang daripada McDonald. Malah lebih baik.Rasanya enak. Boleh juga dihidangkan dengan segera. Apabila kitaberfikir begitu, kita tak akan terus menerus menjadi pengguna, kitaakan juga menjadi pengeluar dan penjual.

Apa maknanya ini dalam konteks bahasa dan budaya? Maknanya,kalau kita mahu hidup dalam dunia yang global ini, kita mestimempertahankan keperibadian kita, identiti kita, nilai-nilai murnikita, budaya kita, bahasa kita. Dalam arus globalisasi yang kuat danderas ini, yang akan dapat bertahan adalah yang masih dapat berdiritegak dengan identitinya sendiri. Yang tidak dapat bertahan akanhanyut dibawa arus. Hilang diri, hilang rupa, hilang budaya, hilangbahasa. Maka itulah mempertahankan bahasa itu penting.

41

Mengapa Kami Bantah!

Sekadar satu contoh, Singapura dikatakan maju dari segi ekonomi.Sistem pendidikannya menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasapengantar. Tidak lama dulu, satu tinjauan dibuat dan didapatisebahagian besar anak muda Singapura keturunan Cina kesaldilahirkan sebagai orang Cina. Kalau boleh pilih, mereka mahu jadiMat Salleh. Mereka sudah mengalami suatu krisis identiti. SekarangSingapura pun sedang berusaha memperkukuhkan kedudukanMandarin dan bahasa ibunda yang lain. Dasar Pendidikan kita dibinaoleh pemimpin dulu dengan tujuan menjadikan kita semua orangMalaysia dengan penuh kesedaran dan perasaan keMalaysiaan.Menukarnya pada peringkat ini adalah suatu risiko yang besar.

Warga global itu suatu impian yang tidak mungkin menjadi nyata.Kini kita menghadapi dunia unipolar. Apa yang berlaku sesudahSeptember 11 membuktikan Amerika Syarikat tidak akan membenarkansesiapapun menandinginya, apa lagi mencabarnya. Bagaimana hendakberdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya? Dalamkeadaan demikian, kita mempunyai lebih peluang bertahan denganmengukuhkan keperibadian kita sendiri termasuk bahasa kita.Sebahagian besar daripada kita perlu menguasai kemahiran membacadan mendengar dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu.Sebahagian lagi dalam kedudukan tertentu perlu menguasai kemahiranbertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Menukar bahasapengantar dalam sistem pendidikan kita untuk tujuan itu tidak perlu.Ini menggadai maruah bangsa kita.

Soalan 7:Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan tindakanproaktif dengan mendedikasikan hari Khamis sebagai Hari BahasaInggeris. Apakah ini satu langkah yang bijak?

Jawapan:Cerita ini dimuatkan dalam The Star, 30 Jun 2002. Usaha meningkatkanbahasa Inggeris itu baik, tetapi fokusnya sama sekali salah. Yangditekankan terutamanya kemahiran bertutur. Logiknya, kalau kita me-merlukan bahasa itu untuk menimba ilmu, penekanan mestilah kepadapenguasaan kemahiran membaca dan kefahaman selain mendengar.Selain itu, sasarannya sama sekali sesat. Dikatakan, (terjemahannya)“Hanya sesudah pegawai-pegawai kerajaan menguasai bahasa Inggerisdengan memuaskan, Kerajaan Negeri akan berfikir untuk melancarkanfasa kedua dari SEED, iaitu surat menyurat akan dibuat dalam bahasaInggeris.”

Apa maknanya ini? Maknanya apabila pegawai-pegawai sudahmenguasai bahasa Inggeris maka surat menyurat rasmi akan dibuatdalam bahasa Inggeris! Masya Allah! Apakah ini yang dikatakan

42

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

perubahan bahasa pengantar tidak akan menjejaskan kedudukanbahasa Melayu? Kita diberi tahu bahasa Inggeris itu perlu untukmendapatkan ilmu terkini. Sekarang baru jelas, tujuan sebenar Kerajaanialah menggunakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran kerajaan. Dulupegawai kerajaan di seruh pulangkan surat yang tidak ditulis dalambahasa kebangsaan. Sekarang pegawai kerajaan digalakkan menulissurat dalam bahasa Inggeris. Bila perubahan dasar ini diputuskan? Jaditidak benarlah hujah yang dilaung-laungkan selama ini kita perlumenguasai bahasa Inggeris untuk meraih ilmu dan pengetahuan.Sekarang terbukti ada udang di sebalik batu dalam usaha mengubahbahasa pengantar Sains dan Matematik dari bahasa Melayu ke bahasaInggeris.

Soalan 8:Apakah keadaan ini mempunyai dampak yang lebih meluas dari segikedudukan bahasa Melayu di negara ini? Bagaimana dengan jaminanpemimpin-pemimpin kita bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagaibahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak akan terjejas?

Jawapan:Dampak yang jelas ialah bahasa Melayu akan berhenti menjadi bahasasains dan teknologi maklumat. Apabila tidak digunakan sebagai bahasapengantar untuk sains, ekonomi, teknologi dan matematik di peringkatsekolah dan IPT maka tidak akan ada buku teks dalam bidang-bidangitu dalam bahasa Melayu. Istilah baru juga tidak akan diperlukan.Apabila tidak menjadi bahasa sains, matematik, teknologi maklumat,perubatan dan kejuruteraan, maka bahasa Melayu bukan lagi bahasamoden, bukan lagi bahasa ilmu. Ia akan menjadi bahasa pasar saja.Menurut seorang asing yang bekerja di sini, dia tidak ada masalahmenggunakan bahasa Inggeris di mana-mana di negara ini. Di PasarTani pun, bahasa Inggeris boleh difahami. Sila rujuk kartun dalamakhbar The Star, 7 Julai 2002 yang mengungkapkan keadaan itudengan baik sekali.

Dampaknya dalam bidang penerbitan buku, majalah dan akhbarjuga dapat dibayangkan. Oleh kerana nanti pembaca tidak lagi mahirmembaca soal-soal teknologi dan sains dalam bahasa Melayu, makatidak ada siapa yang mahu menerbitkan buku dalam bidang-bidangtersebut dalam bahasa Melayu. Majalah Mastika boleh terus kekaldengan cerita alam ghaibnya untuk `memodenkan’ fikiran orangMelayu tetapi majalah dalam bidang sains, teknologi, komputer danperubatan dalam bahasa Melayu tidak akan diterbitkan lagi. Malahanruang kesihatan, teknologi maklumat, pendidikan dan sains dalamakhbar-akhbar Melayu akan bertambah kurang kerana pembaca barutidak lagi mahir membaca perkara-perkara ini dalam bahasa Melayu.

43

Mengapa Kami Bantah!

Penerbitnya akan terpaksa memilih sama ada menerbitkan ruang-ruangini dalam bahasa Inggeris atau menukarnya menjadi akhbar berbahasaInggeris saja. Pembaca akhbar bahasa Melayu nanti akan jadi sepertipembaca akhbar tulisan Jawi hari ini. Utusan Melayu tidak lagi dapatbertahan kerana jumlah pembacanya merosot. Kini berkuburlah ia.

Dari itu kita mesti mempertahankan kedudukan bahasa Melayusebagai bahasa ilmu dan bahasa moden, sebagai bahasa pengantarsemua bidang ilmu dari sekolah rendah hingga ke IPT. Hanya berpuashati dengan dendangan para pemimpin kita bahawa kedudukannyamantap kerana telah termaktub dalam per-lembagaan tidak memadai.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa modenpastilah akan terjejas. Pengkebumian Utusan Melayu bukti yang nyata.Jika usaha mengubah bahasa pengantar di peringkat sekolah dan IPTini tidak kita cegah, tunggu sajalah saat apabila kita akan mentalqinkanbahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden. Sains danMatematik akan dipacak sebagai batu nisannya.

44

BAHASA MELAYU AKAN PUPUS

4

Kamal Syukri

Kita perlu mempertahankan perkara-perkara dalam PerlembagaanPersekutuan tersebut khususnya Perkara 152, iaitu tentang penggunaanbahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini dan bukannyamelakukan sesuatu yang bercanggah dengan Perkara 152 tersebut.

Apabila isu penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran sains danmatematik diperkatakan, ada beberapa perkara yang sengaja disebutbagi menimbulkan kekeliruan, iaitu:

1. Menguasai bahasa Inggeris tidak mengurangkan jati diri kita. 2. Mengajar sains dan matematik melalui bahasa Inggeris akan

memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris pelajar.3. Banyak istilah dan bahan rujukan berkaitan mata pelajaran sains

dan matematik dalam bahasa Inggeris.4. Perubahan ini melibatkan mata pelajaran sains dan matematik

sahaja.5. Kita tidak dapat menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa

antarabangsa dalam proses globalisasi kini.6. Tanpa Bahasa Inggeris Kita tidak boleh maju. Banyak negara

sekarang memberi tumpuan untuk menguasai bahasa Inggeris,termasuklah negara Jepun, China dan Korea.

7. Martabat bahasa Melayu tidak terjejas walaupun sains danteknologi diajar dalam bahasa Inggeris.

Soalan-soalan di atas dijawab seperti berikut. Semoga apa yangdikelirukan tidak menjadi masalah berpanjangan.

Mengapa Kami Bantah!

1. Menguasai bahasa Inggeris tidak mengurangkan jati diri kitaBelajar bahasa Inggeris malah bahasa apa sekalipun amat berfaedahdan tidak menjejaskan jati diri kita atau mana-mana bangsa. Tetapijanganlah terhad kepada bahasa Inggeris sahaja, malah jika mampukuasailah juga bahasa ”antarabangsa” yang lain seperti Mandarin,Jepun, Arab, Jerman, Korea, Rusia dan lain-lain. Malah bahasaMandarin misalnya bukan sahaja merupakan bahasa yang palingbanyak penutur jatinya tetapi juga bahasa bagi bilangan penutur yangkedua banyaknya di negara kita. Dengan munculnya negara Chinasebagai ”naga” ekonomi dalam era baru ini, keperluan untukmenguasai bahasa Mandarin pastinya meningkat dengan faedah yangbesar sekali. Tentang penguasaan bahasa Inggeris tidak ada sesiapa punyang bercanggah tentang hal ini. Kita akui bahasa Inggeris pentingkhususnya di negara kita. Suka atau tidak kita mesti dan perlumenguasainya. Bagi tujuan tersebut, secara langsung atau tidaklangsung dalam sistem pendidikan kita telah menetapkan bahasaInggeris sebagai ”bahasa kedua” terpenting selepas bahasa kebangsaaniaitu bahasa Melayu, malah sebagai ”bahasa asing” yang palingpenting. Ini sebenarnya sudah cukup sebagai bukti bahawakepentingannya tidak diabaikan oleh pemerintah dan kita semuawalaupun dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan. Tidakada sesiapa seharusnya dibenarkan menentang pengajaran bahasaInggeris tersebut atas apa alasan sekalipun, misalnya atas alasan bahasaInggeris merupakan bahasa penjajah. Cumanya sejauh mana berkesanpengajaran dan penguasaan bahasa Inggeris tersebut merupakan suatupersoalan lain yang dapat dibincangkan dalam skopnya yang tersendiri.Ruang, peluang, keizinan dan sebagainya telah diberi dan disediakansecukupnya dalam sistem pendidikan negara kita dari peringkatsekolah rendah lagi sehingga ke peringkat universiti iaitu meliputitempoh masa sekurang-kurangnya dua-belas tahun, mata pelajaranbahasa Inggeris terdapat dalam kurikulum yang telah dirancang.

2. Mengajar sains dan matematik melalui bahasa Inggeris akan memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris pelajarSekali imbas kelihatan seolah-olah kenyataan tersebut benar.Sebenarnya ini bercanggah dengan teori pembelajaran. Kita kononnyaakan cekap berbahasa Inggeris dengan mempelajari suatu matapelajaran lain, sedangkan kita sepatutnya mempelajari mata pelajaranyang hendak kita kuasai itu. Hal ini kelihatan agak lucu kerana jikapenguasaan bahasa Inggeris kita lemah atau sebenarnya lemahberdasarkan kenyataan yang tergambar pada setiap tahun apabilakeputusan peperiksaan awam diumumkan (seperti UPSR, PMR, SPM)bagaimanakah pula dengan mata pelajaran yang dipelajari dalam

46

Bahasa Melayu akan Pupus

bahasa Inggeris tersebut? Dapatkah kita menguasainya? Sebilanganpelajar Melayu juga pada umumnya lemah dalam sains dan matematik,sedangkan selama ini mereka mempelajarinya dalam bahasa Melayu.Tentunya sesuatu yang aneh jika dikatakan mereka ini akan menguasaisains dan matematik dengan mempelajarinya dalam bahasa yang lainpula yang penguasaan mereka juga lebih lemah berbanding bahasaMelayu.

Hanya segelintir pelajar sahaja yang mungkin akan dapat menguasaisains dan matematik sekalipun dalam bahasa Inggeris. Adakah kitabertujuan hanya untuk ”memandaikan” segelintir pelajar sahaja yangmungkin daripada kumpulan elit dan berada, sedangkan sebilanganbesar yang lain kita abaikan? Tentunya tidak dan tidak sepatutnya halini dibiarkan berlaku. Malangnya, kita mungkin terlupa akan kesannegatif tersebut kerana terlalu ghairah dengan matlamat yang kaburdan mengelirukan. Dan tidakkah kita sebenarnya memburukkan lagikeadaan sedia ada? Ini bertepatan dengan apa yang telah diperkatakanoleh banyak cendekiawan bahawa ”lain yang luka lain yang dibebat”,atau ”tiada beban batu digalas”. Jika kita hendak menguasai matapelajaran sejarah atau geografi misalnya, sejarah dan geografilah yangutamanya yang perlu kita pelajari, beri perhatian dan tumpuandaripada pelbagai aspek pengajaran seperti isi kandungan, kaedah,bahan bantu dan sebagainya dan bukannya mata pelajaran lain sepertimatematik misalnya. Secara jujur tidak dinafikan mungkin kita akanmendapat sedikit fakta atau maklumat tentang sejarah atau geografidaripada pelajaran matematik, tetapi itu amat terhad, sekadar faktaatau maklumat sahaja dan bukan ”ilmunya”. Perbandingan yang samadapat dibuat seperti berikut iaitu tidak mungkin seorang Jerman atauSepanyol itu akan cekap berbahasa Melayu dengan mempelajari sainsdan matematik dalam bahasa Melayu berbanding jika dia mempelajarimata pelajaran bahasa Melayu itu sendiri.

3. Banyak istilah dan bahan rujukan berkaitan mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa InggerisTerdapat juga pandangan bahawa istilah sains dan teknologi sertabahan rujukan banyak didapati dalam bahasa Inggeris atau berbauInggeris. Justeru ”lebih baiklah” kita mempelajarinya terus dalambahasa Inggeris? Sebenarnya perkara tersebut bukanlah sesuatu yangbaru wujud. Istilah atau bahan rujukan tersebut sudah lama wujudmalah terus wujud semasa berlangsungnya Dasar PendidikanKebangsaan selama kira-kira 30 tahun (1972 – 2002). Dianggarkan lebih5.4 juta pelajar telah mengikuti Dasar Pendidikan Kebangsaan dariperingkat rendah hingga menengah dan sehingga ke peringkat ijazahasas sekurang-kurangnya melalui bahasa penghantar bahasa Melayudan ribuan daripada mereka ini yang telah berjaya sehingga ke

47

Mengapa Kami Bantah!

peringkat sarjana, kedoktoran, menjadi profesional, jurutera, doktor,saintis, teknokrat dan sebagainya malah yang turut melahirkan parasarjana baru yang seterusnya sama ada melalui pengajian dalam negaramahupun di luar negara. Inilah bukti kejayaan Dasar PendidikanKebangsaan yang tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Melalui bahasaMelayu kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh sejumlah besarmereka selama ini. Sumbangan merekalah antara lain yang telahmenjadikan negara kita maju setidak-tidaknya seperti sekarang ini.Tidakkah jelas lagi apa yang berlaku kini kita seolah-olah surut kebelakang, menafikan kejayaan yang telah dikecapi berasaskan jati diridan acuan sendiri seperti yang dicanangkan apabila berbicara tentangkemajuan negara yang dikehendaki. Kita nampaknya hanya men-canangkan acuan sendiri dan jati diri tanpa memahami apakah yangkita maksudkan dengan jati diri tersebut. Dahulunya kita beransur-ansur menukar bahasa penghantar daripada bahasa Inggeris kepadabahasa Melayu. Kini sebaliknya pula yang kita lakukan. Tidakkah sia-sia sahaja usaha kita dahulu menulis, menterjemah dan menerbitkanpelbagai istilah, kamus, buku dan rujukan dalam bahasa Melayu?

Jika bahasa Inggeris telah dikuasai, tidak menjadi masalah lagi samaada banyak buku rujukan atau semua buku rujukan adalah dalambahasa Inggeris. Yang perlu dikuasai sebenarnya ialah ”ilmu”. Bahasahanyalah sebagai alat atau wahana ke arah pemerolehan ilmu tersebut.Penguasaan bahasa yang kukuh belum tentu menjadikan seseorang ituberilmu tinggi. Seorang penganggur atau ”tukang sapu” di kotaLondon atau New York tetap seorang penganggur atau ”tukang sapu”walaupun kemahirannya bahasa Inggerisnya ”mengalahkan” seorangprofesor di universiti negara ini (tanpa menafikan bahawa profesor disini tetap perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik). Kita perlu”adil” di sini untuk meletakkan sesuatu itu pada tempat yangsepatutnya seperti yang selalu dikatakan oleh Profesor Syed Naguib al-Attas. Sekadar bermaklumat atau mempunyai fakta belum menentukanbahawa kita berilmu. Istilah, kata dan sebagainya dapat dirujuk padakamus, tetapi ilmu akan lebih teresap melalui bahasa yang kita lebihmahir seperti firman Tuhan yang bermaksud ”tidak Aku turunkan nabidan rasul melainkan daripada kaumnya sendiri agar mereka lebihfaham atau mengerti”. (surah Ibrahim: ayat 4).

Walaupun banyak istilah bersumberkan bahasa Inggeris atau bahasalain (dan hal ini berlaku dalam semua bahasa termasuk bahasaInggeris), tetapi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan yangdipertanggungjawabkan melalui pelbagai jawatankuasa istilah danbidang ilmu, telah membangunkan hampir sejuta istilah bagi ratusanbidang ilmu sebagai rujukan dan kegunaan kita semua. Usaha tersebut

48

Bahasa Melayu akan Pupus

telah dilakukan, sedang dilakukan dan perlu serta pastinya terusdilakukan. Segala usaha itu perlu dimanfaatkan dengan peng-gunaannya khususnya dalam bidang pengajian. Malang sekali jikausaha tersebut dihentikan, atau terpaksa dihentikan akibat tidakdigunakan lagi, atau segala yang telah diusahakan dibiarkan begitusahaja terperap dalam halaman kamus, buku dan sebagainya. Istilah,kata, ilmu yang tidak digunakan akhirnya akan berkubur begitu sahaja.Beberapa contoh dapat direnung seperti nasib yang telah menimpabahasa Latin, bahasa Inggeris tua atau Anglo Saxon, bahasa Hawaiyang telah ”mati” sedangkan pada suatu ketika pernah menjadi bahasapentadbiran dan bahasa ilmu.

4. Perubahan ini melibatkan mata pelajaran sains dan matematik sahajaMerujuk persoalan keempat iaitu pada awalnya dahulu dikatakanbahawa melibatkan cuma dua mata pelajaran sahaja, jelas sekalibahawa perkara tersebut tidak benar. Mata pelajaran sains danmatematik di peringkat rendah akhirnya di peringkat menengahmenjadi mata pelajaran sains, sains tambahan, fizik, kimia, biologi,matematik, matematik tambahan dan seterusnya meliputi matapelajaran yang bersekutu dengannya iaitu mata pelajaran teknik sepertiberpuluh-puluh mata pelajaran teknik, vokasional dan kejuruteraan. Diperingkat universiti pula mata pelajaran sains dan matematik dan yangbersekutu (berunsur sains dan teknologi) semakin bertambah lagijumlah mata pelajarannya di peringkat jabatan pengajian, fakulti danapabila dihitung dengan jumlah semua mata pelajaran tersebut bagisemua jabatan, fakulti dan universiti awam apatah lagi swasta, matapelajaran yang telah berbahasa Inggeris mencapai ribuan jumlahnyadan ini dianggarkan melebihi 90% mata pelajaran. Hanya tinggal kira-kira 10% mata pelajaran sahaja berbahasa Melayu iaitu mata pelajaranberunsur sastera, pengajian Melayu dan pengajian berkaitan agamaIslam. Keadaan ini samalah seperti yang berlaku dalam era awalkemerdekaan dan pembangunan pengajian tinggi di negara ini.Tegasnya peranan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologitelah hilang dan dihakis secara langsung dan tidak langsung akibatpenggunaan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya terhad dan se-benarnya ”dimampukan” untuk menyampaikan ilmu yang ”dianggap”kurang penting atau ”biasa-biasa” sahaja. Siapakah yang meletakkannilai dan taraf keilmuan serta kemampuan bahasa Melayu serendah ini?Bahasa Melayu itu sendirikah atau ketidaksedaran, kealpaan, ke-tidakyakinan, rendah diri atau kebodohan bangsanya atau kesemuafaktor tersebut yang telah menyumbang sehingga tumbangnya bahasaMelayu sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi.

49

Mengapa Kami Bantah!

5. Kita tidak dapat menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dalam proses globalisasi kiniBahasa Inggeris pada awalnya dahulu tidak diyakini untuk menjadibahasa ilmu di England berbanding bahasa Latin, bahasa Jerman jugatidak diyakini untuk menjadi bahasa ilmu untuk membangun bangsaJerman berbanding bahasa Perancis, bangsa Jepun juga pada suatuketika dahulu sebelum era maharaja Meiji lebih meyakini bahasaJerman dan Rusia lebih mampu memberinya kemajuan berbandingbahasa Jepun. Tetapi setelah bangsa-bangsa tersebut sedar dari mimpidan berjuang membangunkan kepustakaan bahasa sendiri akhirnyapada hari ini kita melihat bangsa tersebut maju dengan bahasa, budayadan acuan serta jati diri mereka sendiri tanpa mengetepikanpenguasaan hal-hal lain termasuk bahasa lain. Mereka tidak menolakakan penguasaan bahasa asing yang lain termasuk bahasa Inggeris.Malah sebenarnya usaha dilakukan bagi menguasai beberapa bahasayang penting seperti bahasa Mandarin, Jerman, Rusia, Sepanyol,Perancis, malah bahasa Melayu (Indonesia). Bahasa-bahasa tersebutdiajarkan di peringkat sekolah dan fakulti di universiti. Jelaspenumpuan mereka tidak terhad kepada bahasa Inggeris sahaja.Walaupun disebut tentang globalisasi atau dunia tanpa sempadanseperti pandangan yang diutarakan oleh Francis Fukuyama dan KenichiOhmae, tetapi globalisasi juga sebenarnya menambahkan pengukuhandan keperluan bahawa kerana itulah juga identiti sesuatu negara ataubangsa itu perlu dipertahankan daripada hanyut dibawa arus derasglobalisasi tersebut. Tanpa acuan sendiri dan jati diri yang kukuh,sesuatu negara bangsa atau bangsa tersebut akan lenyap oleh unsurluaran yang lebih berpengaruh. Generasi baru Jepun misalnyadibimbangi kehilangan budaya dan jati diri akibat globalisasi tersebut.Yang sebenarnya berlaku ialah proses ”amerikanisasi”. Bahasa danbudaya merupakan unsur utama bagi maruah, jati diri dan acuansesuatu bangsa. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa walaupunglobalisasi dikatakan telah melanda dunia, pelbagai usaha dibuat olehnegara-negara tertentu khususnya negara besar seperti AmerikaSyarikat dan Eropah. Pakatan atau blok-blok tertentu diwujudkan demimenjaga kepentingan berkaitan keselamatan dan ekonomi merekamisalnya melalui penggunaan mata wang khas dan syarat-syarat per-dagangan yang lebih menguntungkan mereka. Jepun sendirimengenakan pelbagai sekatan misalnya bagi kemasukan beras dariAmerika Syarikat yang tidak seberapa itu yang tetap dibimbangiberupaya ”mengancam” para petani Jepun.

50

Bahasa Melayu akan Pupus

6. Tanpa bahasa Inggeris kita tidak boleh maju. Banyak negara sekarang memberi tumpuan untuk menguasai bahasa Inggeris, termasuklah negara Jepun, China dan KoreaPerlu juga diingatkan dan dinyatakan di sini bahawa walaupun semuanegara tersebut seperti China, Jerman, Perancis, Korea dan Jepunmemberi tumpuan kepada penguasaan bahasa asing khususnya bahasaInggeris oleh rakyatnya, tetapi mereka sekali-kali tidak mengubahbahasa penghantar bagi mata pelajaran berunsur sains dan matematikkepada bahasa Inggeris. Mereka sedar akan kepentingan menguasaibahasa asing termasuk bahasa Inggeris, tetapi hanyalah sebagai wahanaatau perhubungan antarabangsa dan bukannya sebagai bahasa budayabangsa atau bahasa untuk pembangunan atau kemajuan bagi negaramereka. Tamadun bangsa perlu dibangunkan atas acuan dan jati dirisendiri sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh semua sejarahtamadun besar dunia atau tamadun bangsa yang besar seperti tamadunYunani, Cina, India, Arab, Eropah dan lain-lain. Sehingga kini belumada tamadun bangsa di dunia yang dibangunkan dengan bahasa yangberlainan daripada bangsa bertamadun tersebut. Kita seharusnyamenjadi bangsa pengeluar produk barangan dan ”ilmu”dan ”penciptailmu” yang berinovasi dan kreatif, bukan sekadar ”bangsa pengguna”atas tamadun bangsa lain. Kreativiti dan ketulenan lahir melaluibudaya dan penggunaan bahasa sendiri. Hal ini selalu ditegaskandengan bukti yang jelas oleh para ilmuwan negara kita khususnya olehProfesor Abdullah Hassan.

7. Martabat bahasa Melayu tidak terjejas walaupun sains dan teknologi diajar dalam bahasa InggerisAda juga pandangan yang dikemukakan dengan mengatakan bahawabahasa Melayu tetap dimartabatkan walaupun bahasa Inggeris di-gunakan bagi mata pelajaran berunsur matematik, sains dan teknologi.Pandangan ini juga sebenarnya jelas mengelirukan kita. Bahasa Melayubelum dimartabatkan dalam erti yang sebenarnya jika hanya digunakansebagai bahasa perpaduan dan perhubungan, sekadar bahasa untuk”sembang-sembang” sahaja dan apabila memasuki bilik-bilik darjahatau dewan kuliah bahasa Melayu itu tidak berfungsi lagi, sedangkanitulah peranannya yang paling utama dan bererti, sebagai bahasapengucapan ilmu, meliputi semua bidang ilmu termasuk sains danteknologi. Bagaimanakah mungkin bahasa Melayu khususnya sebagaibahasa ilmu dikatakan terus bermartabat apabila daripada hampir 100%mata pelajaran dalam bidang pendidikan meliputi bidang sastera, sains

51

Mengapa Kami Bantah!

dan teknologi dari peringkat sekolah hingga di universiti yang selamakira-kira 30 tahun diajar dalam bahasa Melayu melalui DasarPendidikan Kebangsaan, tiba-tiba cuma tinggal kira-kira 10% sahajabidang pengajiannya berbahasa Melayu?. Apatah lagi yang tinggalberbahasa Melayu cuma bidang pengajian am, sastera dan bahasaMelayu serta pengajian agama sahaja. Tidakkah sebenarnya sama adadiakui atau tidak bahasa Melayu sebenarnya telah diturunkanmartabatnya dan dihadkan kemampuannya hanya sebagai bahasapengucapan sastera, agama dan bidang umum sahaja. Lantas yangberlaku sebenarnya ialah bahasa Melayu hilang terus peranannyadalam bidang sains dan teknologi, tidak berfungsi malah tidak mustahilterus ”mati” kerana tidak ada keperluan lagi khususnya olehpensyarah, pelajar dan lain-lain untuk menggunakan bahasa Melayulagi sama ada kata, istilah, buku, rujukan dan sebagainya. Justeru kitaamat berharap sebarang perubahan atau pindaan yang dilakukanberkaitan dengan peranan bahasa Melayu di negara ini benar-benarmemperkasakan dan menguntungkan serta memberi nafas ke arahpenggunaan dan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,bahasa sains dan teknologi kerana sains dan teknologi dalam era kinidan akan datang mempengaruhi hampir seluruh kehidupan, kemajuandan pembangunan kita dan negara ini. Bahasa Melayu hanya akanterus maju dan berkembang apabila digunakan seiring dengan usaha-usaha tersebut. Jika ditinggalkan, tidak mustahil dalam masa yangtidak terlalu lama kita akan melihat ”kehancurannya”. Kita tidaksepatutnya melihat dan membiarkan ’hang nadim” dibunuh lagi ataumenyaksikan peristiwa ”maharaja dengan baju barunya” seperti dalamcerita klasik atau cerita rakyat. Pengajaran daripada cerita klasik dancerita rakyat tersebut sepatutnya sentiasa terpahat pada setiap masadalam sanubari setiap daripada kita rakyat negara.

Kemajuan yang dicapai oleh bangsa Arab suatu ketika dahulu,bangsa Eropah seperti Inggeris, Perancis dan Jerman, bangsa Cina,bangsa Korea dan Jepun jelas membuktikan kemajuan bukanlah milikmutlak mana-mana bangsa, bahasa atau negara tetapi milik semuabangsa yang telah berusaha dan bukti di depan mata ialah mereka yangberusaha melalui budaya, acuan, jati diri dan bahasa mereka sendiri.Kita selalu menyebut acuan sendiri dan jati diri. Tetapi jarang sekalikita memperihalkan apakah sebenarnya maksud acuan sendiri dan jatidiri tersebut. Adakah bahasa dan budaya Inggeris itulah acuan dan jatidiri kita, hanya disebabkan kita perlu menguasai bahasa itu?

Tidakkah dalam konteks negara kita Malaysia ini, bahasa Melayuadalah antara aspek terpenting yang sepatutnya menjadi pengisianutama bagi acuan dan jati diri itu selain budaya dan sebagainya? Inilahjati diri dan acuan yang membezakan antara negara kita dengan negaralainnya.

52

Bahasa Melayu akan Pupus

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA SAINS DAN TEKNOLOGIMenyedari bahawa kita pernah disaran agar menyampaikan perkarayang benar seperti yang pernah dan telah dilaporkan dalam akhbarbeberapa kali (bukan yang “manis-manis” atau berpura-pura denganmaksud untuk memuji atau menggembirakan hati sahaja..) makadinyatakan di sini akan suara hati (yang penulis percaya bukan suarahati penulis seorang sahaja malah jutaan mereka yang lainjuga..terutama ibu bapa yang tinggal di kampung dan desa..sertamereka yang “benar-benar” sayang akan negara ini, punya jati diriyang kental, sayang bangsanya, ingin bangsanya maju melalui bahasasendiri, sayang bahasa negara ini iaitu bahasa kebangsaan (bahasaMelayu) yang perlu dinobatkan dalam erti kata yang sebenarnya.Bukan hanya berpura-pura dan berpuas hati sekadar “didaulatkan dandimartabatkan” di dalam buku Perlembagaan Malaysia sahaja,sedangkan di alam nyata bahasa kebangsaan sebenarnya terpinggir dandipinggirkan, peranannya dihakis khususnya dalam bidang sains danmatematik waima telah “ terbukti berjasa” selama kira-kira 30 tahundalam dunia pendidikan di negara ini.

Kita boleh mencetak berjuta-juta buku Perlembagaan yangmendaulatkan bahasa Melayu, tetapi bagaimana dengan amalannya?Amalanlah yang sebenarnya akan menentukan sejauh mana kitamencintai dan mendaulatkan bahasa kebangsaan. Kata-kata ini pernahdiucapkan oleh mantan Perdana Menteri sendiri semasa merasmikanpelancaran Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada tahun 1987 dahulu.Justeru sebagai rakyat di bumi yang dikatakan “merdeka” ini dandengan amalan sistem demokrasinya, penulis memohon sedikitperhatian khusus daripada semua pihak yang berkenaan dan pucukpimpinan negara ini, dengan segala pertimbangan berikut yang selarasdengan pandangan para ilmuwan, ahli akademik, ahli bahasa danpejuang bahasa, agar mengkaji semula pelaksanaan pengajaran sainsdan matematik dalam bahasa Inggeris, yang telah dibuat “secaratergesa-gesa” sebelum ini, tanpa mengambil kira pandangan banyakdan terbuka, tetapi cuma mengambil pandangan “segelintir” sahajamereka yang “cetek fikiran bahasanya”, tidak sayang akan bahasasendiri, dan terlalu terpesona dengan bahasa Inggeris atau apa-apasahaja yang berbau Inggeris – sebab kalau sayang mengapa “disekat”penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains/matematik/teknologi..??? (seperti yang pernah diingatkan oleh Abdullah Munsyipada abad ke-19 lagi, iaitu tidak ada bangsa lain di dunia yang sanggupmembuang bahasanya sendiri melainkan bangsa Melayu..,…kinidibuangnya peranannya dalam bidang sains dan teknologi), maka demikepentingan anak kami dan bangsa dan bahasa Melayu seluruhnya,pertimbangkanlah hal ini kerana:

53

Mengapa Kami Bantah!

Kerisauan kami (..sebenarnya termasuklah jutaan ibu-bapa yangmerupakan…petani, pekebun, buruh, pekerja kilang, peniaga runcit,pekerja biasa kumpulan c, d dan pekerja am dll.) ribuan anak-anaksekolah di seluruh negara, kecualilah segelintir ibu bapa yang anaknyabersekolah di Kuala Lumpur, Damansara, Petaling Jaya, Kelana Jaya,Taman Melawati, Bangi, Ipoh, Johor Bahru dan beberapa bandar lagi,dan kecualilah juga anak para profesor, pensyarah, guru, jurutera, ahlikorporat, tan sri-tan sri, datuk-datuk ..

Kerisauan akan nasib ratusan ribu anak kami dan anak-anak sekolahyang sedang atau nantinya terpaksa belajar sains dan matematik dalambahasa Inggeris, sedangkan kami langsung tidak dapat membantu anakkami di rumah seperti sebelum ini, yang bolehlah juga menengok-nengok sedikit latihan matematik dan sains mereka.

Peratus pelajar di sekolah yang lulus bahasa Inggeris UPSR, PMRdan SPM dengan baik dan yang pandai berbahasa Inggeris setiap tahunamat rendah khususnya di kampung-kampung..dan di hulu-hulu…yang banyak anak-anak Melayu (tanpa menafikan memangterdapat juga mereka yang baik). Bahasa Melayu pun banyak yanggagal atau sekadar “cukup makan”... apatah lagi bahasa Inggeris!

Kalau dulu anak kami terkial-kial belajar bahasa Inggeris, tetapi bagimata pelajaran sains dan matematik tidaklah banyak masalah…kinimereka terpaksa pula terkial-kial dalam 2 lagi mata pelajaran keranadipelajari dalam bahasa Inggeris. Alangkah baiknya jika mereka cumaterkial-kial dalam satu pelajaran iaitu bahasa Inggeris sahaja (dan kitabantu secukupnya), daripada menambah pula satu masalah menjadi 3masalah. Kami tidak mahu jadi seperti kata pepatah Melayu “tak cukupbeban, batu digalas”.

Kerisauan akan bahasa ibunda kami, bahasa rasmi dan bahasakebangsaan negara ini bakal menemui kehancuran bagi bidang ilmusains, matematik dan teknologi (sebab mata pelajaran sains danmatematik dan yang bersekutu dengannya bukan dua jumlahnya tetapiberpuluh-puluh malah beratus-ratus dari peringkat rendah hingga keuniversiti). Bagaimana bahasa Melayu akan berkembang sepenuhnyajika tidak digunakan sebagai penghantar ilmu atau dihadkan kepadabeberapa bidang ilmu tertentu sahaja? Kitalah yang telah ”membunuhkemampuannya” dan bukannya bahasa itu yang tidak mampu mem-bincangkan segala ilmu tersebut. Perkembangan bahasa Melayu perluseiring dengan perkembangan sains dan teknologi seperti terbuktidalam sejarah tamadun besar di dunia ini.

Kami juga melihat setidak-tidaknya fakta kelulusan bahasa InggerisPMR seluruh negara selama 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2002 dan2003 sahaja, seperti yang dilaporkan dalam akhbar harian, me-

54

Bahasa Melayu akan Pupus

nunjukkan kelemahan pelajar yang ketara dalam bahasa Inggeris.Dalam kedua-dua tahun kelulusan bahasa Inggeris ialah kira-kira 69%.Nampak macam peratus lulus agak besar iaitu kira-kira 70%. Tetapijumlah yang gagal bahasa Inggeris juga bukan sedikit iaitu 30 – 31%.Dan jangan pula kita lupa iaitu yang lulus tadi pun termasuk yangdapat 7 dan 8. Sepandai manakah bahasa Inggeris pelajar yang dapatsetakat 7 dan 8? (lulus tapi sangat lemah lulusnya). Kita andaikanlahdaripada 69 – 70% pelajar yang lulus bahasa Inggeris (iaitu yangmendapat 1 hingga 8), 10% sahaja yang mendapat 8 dan 10% sahajayang mendapat 7. Ini sudah menjadi 20% dan ditambah dengan kira-kira 30% yang gagal terus tadi, maka jumlah pelajar yang sangat lemahbahasa Inggeris menjadi 50%. Oleh itu:………..

di manakah logiknya anak-anak itu perlu belajar sains danmatematik dalam BAHASA YANG MEREKA SANGAT LEMAHsedangkan anak-anak itu ada SATU bahasa (yang 100% pelajar tadifaham) yang memampukan mereka untuk belajar iaitu bahasa Melayuyang telah kira-kira 30 TAHUN terbukti “mengajar” sains danmatematik kepada IBU-BAPA (termasuk kami), ABANG-ABANG, danKAKAK-KAKAK mereka? (..dan dari kumpulan inilah yang telahmenjadi ribuan pensyarah, profesor, jurutera, teknokrat, saintis, dsbnyayang telah menyumbang ke arah kemajuan sehingga menjadikanMalaysia seperti hari ini). ..dan

di manakah logiknya, pelajar yang “LEMAH MATEMATIK &SAINS” itu, untuk lebih faham dan pandai ( matematik dan sains) mestibelajar dalam bahasa yang mereka “kurang pandai”..DAN itu lebihbaik???,.. daripada belajar dalam bahasa yang mereka sudahpandai…bahasa Melayu???. Cuma kira-kira 50% sahaja pelajar yangagaknya “menguasai” bahasa Inggeris iaitu yang dapat 1 hingga 6(dengan mengandaikan yang dapat 6 itupun sudah bagusInggerisnya..itu pun jika betul andaian ini).

Sebagai contoh…jika pelajar lemah dalam Sejarah..tentulah ada yang“tidak kena” dengan pelajaran Sejarah…misalnya cara pengajaran guru,kurang guna alat bantu, sikap pelajar sendiri terhadap Sejarah dll.Tentunya kita tidak boleh salahkan guru Geografi atau guru matapelajaran lain. Ini samalah dengan kelemahan bahasa Inggeris.Logiknya tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan pengajaranbahasa Inggeris itu sendiri..cara mengajar, bahan mengajar, kurikulum,kandungan/isi, sikap negatif pelajar, dsbnya.

Takkanlah kita nak katakan pelajar lemah bahasa Inggeris (BI), sebabmereka belajar matematik dan sains dalam bahasa Melayu (bahasaMelayu pula yang “disalahkan” dan “dihukum”???). Ini nampaknyaseperti lagu “Bangau oh Bangau!”. Jika begini (senanglah nampak-nya..dan “berehatlah” guru BI) tak perlulah “diperbaiki” apa-apa

55

Mengapa Kami Bantah!

tentang guru bahasa Inggeris, kemahirannya, alat/bahan yangdigunakan, cara/kaedah mengajar dsbnya.

Pelajar lemah bahasa Inggeris bukan kerana sikap negatif merekadan pengajaran, kaedah, cara, bahan, kandungan, kurikulum bahasaInggeris itu sendiri???….tetapi kerana bahasa Melayu digunakan untukmengajar sains dan matematik….??? ISUNYA IALAH BAHASAINGGERIS, DAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS…JADIMENGAPAKAH PULA SAINS DAN MATEMATIK YANG“DIKACAU”??? Seperti Sejarah tadi…sejarahlah yang diteliti, janganlahpula Geografi yang “dikacau”. Tambahan pula ada BAHASA LAINyang dapat dipelajari/dikuasai oleh pelajar kita (termasuk pelajarMelayu) juga dalam tempoh yang singkat/tidak terlalu lama…sepertibahasa Jepun, Jerman, Perancis, Arab dll.!. Sebagai contoh rasanyabelum pernah kita mendengar kenyataan yang tidak betul sepertiini….pelajar Jepun lemah bahasa Inggeris sebab mereka belajar sainsdan matematik dalam bahasa Jepun, atau pelajar Finland lemah bahasaInggeris sebab mereka belajar sains dan matematik dalam bahasaFinnish…?

Kami juga melihat anak-anak bukan Melayu termasuk rakan kami,selama ini banyak juga yang tetap cekap berbahasa Inggeris (lisan dantulisan) walaupun kira-kira 30 tahun mereka (termasuk kami) belajarsains dan matematik dalam bahasa Melayu juga (bukan sahaja di sek.menengah malah di universiti).

Ini sekali lagi membuktikan bahawa bukanlah kerana matematikdan sains dan macam-macam lagi diajar dalam bahasa Melayu, makaanak-anak Melayu lemah bahasa Inggerisnya. Kami amat berharap agar“ubat yang diberi betul dengan penyakitnya”..(seperti yang Y.A.B.Datuk Seri sendiri pernah katakan..yang dilapor di akhbar)… sebabubat yang salah akan menyebabkan penyakit lain pula. Bahasa Melayuyang diajar dalam bahasa Melayu pun banyak pelajar Melayu yanglemah dan gagal..kerana sikap..apatah lagi bahasa Inggeris..!

Walau apapun kami tetap menyokong segala usaha untukmempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak kami dengansegala usaha yang sepatutnya seperti mewajibkan kelulusan/kepujianbahasa Inggeris (peringkat UPSR, PMR dan SPM..sebab tanpamewajibkan lulus atau kepujian, pelajar biasanya bersikap tidakmengambil kisah), menambah masa bahasa Inggeris, dan yang pentingmempelbagai/kaedah dan bahan, memperbanyak penggunaan multi-media dan komputer bagi pengajaran bahasa Inggeris, guru-gurumemperbaiki dan mempelbagai kaedah pengajaran bahasa Inggeris dansebagainya.

..TETAPI BUKANLAH dengan cara menghakis peranan bahasaMelayu sebagai bahasa ilmu khususnya daripada bidang sains dan

56

Bahasa Melayu akan Pupus

teknologi. Janganlah bahasa Melayu dikorbankan dan dijadikanmangsa, sedangkan banyak cara lagi yang lebih wajar dilaksanakanuntuk memajukan pelajar dalam bahasa Inggeris. Ini kerana kami amatmenyedari bahawa tidak ada negara di dunia ini yang maju denganbahasa orang lain. Semuanya telah maju dan tetap maju dengan bahasasendiri. Sekadar beberapa contoh dipaparkan di bawah ini:

Denmark maju dengan bahasa Denmarknya.Sweden maju dengan bahasa Swedishnya (siapa tak kenal keretaVolvo..Saab..dll.)Finland maju dengan bahasa Finnishnya (siapa tak kenal “mercedes”telefon – iaitu NokiaJerman maju dengan Jermannya (siapa tak kenal kereta mewahMercedes dan BMW..)Perancis maju dengan Perancisnya (siapa tak kenal Peugeot..Renault, ..tren lajunya..”bullet train”.. dll)Itali dengan bahasa Italinya (…siapa tak kenal kereta sport mewahPorsche.., Lamborghini… Masserati, ..di samping Alfa Romeo,.. Fiat..Lancia dll.)Belanda dengan BelandanyaKorea dengan bahasa Koreanya (siapa tak kenal Hyundai, Kia,Samsung dll..)Akhirnya..Jepun dengan Nihongonya (siapa yang tak kenal Toyota,Honda, Sony, Mitsubishi..dll..)

Semua negara tersebut maju dan terus maju walaupun menggunakanbahasa sendiri…dan ini juga membuktikan kenyataan (sempit) bahawakemajuan hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris sahajaADALAH DONGENG SEMATA-MATA (oleh mereka yang “sangattaksub” terhadap bahasa Inggeris, sehingga tidak terbuka minda lagiuntuk melihat kenyataan bahawa bahasa negara sendiri, bahasa Melayusememangnya terhakis daripada sains dan teknologi. Bukan 2 matapelajaran sahaja, malah sebenarnya menjangkau angka puluh, ratus danribu (tanpa disedari) yang sungguh menakutkan bagi perkembanganbahasa Melayu)…dan mungkin ada agenda pihak tertentu yangsememangnya mahu bahasa Melayu berkubur sebagai bahasa ilmusains dan teknologi..hanya bahasa Inggeris sahaja yang di-kehendaki..kerana secara langsung dan tidak langsung..pupus bahasapupuslah bangsa..hilang bahasa..tiadalah berjiwa bangsa itu.

Malah walaupun sebelum maju, sedang maju, akan maju, telahmaju, terus maju, dan rakyat di semua negara tersebut di atasmempelajari serta menguasai bahasa Inggeris, bangsa Sweden, Norway,

57

Mengapa Kami Bantah!

Denmark, Finland, Belanda, Jerman, Perancis, Itali, Korea, Jepun, Chinadan lain-lain SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENUKAR bahasa peng-hantar sains dan matematik mereka kepada bahasa Inggeris..seperti“kesilapan” yang telah kita (pemimpin terdahulu..) lakukan.

Negara lain yang telah menggunakan bahasa Inggeris, Perancis,Sepanyol dll….iaitu bukan bahasa asal penduduk negara tersebut tidakboleh pun dibanggakan (seperti Filipina, negara-negara di benuaAfrika, Amerika Selatan, India) malah banyak yang tertinggaljauh…jika betul bahasa Inggeris sahaja bahasa kemajuan..semajumanakah Filipina itu?

TETAPI..kemajuan negara kita selama ini tidak dapat dinafikanbahawa antara faktor yang turut berperanan penting ialah bahasakebangsaan (bahasa Melayu) yang digunakan dalam pendidikan negaraini (termasuk untuk pelajaran sains dan matematik) selama kira-kira 30tahun kepada lebih 5.5 juta pelajar, sejak 1970-an lagi sehingga tahun-tahun 2000.

Ini telah membolehkan maklumat yang diperolehi dan ilmu yangdipelajari dapat tersebar luas merentas ke seluruh tanah air…tanpamengira bangsa, darjat keturunan (status ekonomi dan sosial), tempattinggal (desa, bandar dan kota)…sebab bahasa kebangsaan/bahasaMelayu difahami dengan lebih meluas dan merata serta dengan lebihmudah oleh semua yang tersebut, jika dibandingkan dengan bahasaInggeris.

Daripada jumlah lebih 5.5 juta pelajar tersebutlah lahirnya ribuanpensyarah/profesor (yang kemudiannya turut melahirkan ribuanpensyarah/profesor, pakar, saintis, teknokrat, pengurus, pemimpinlain..seterusnya…. dll.

Walaupun Kita masih boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baikdan maju tanpa “membuang” bahasa Melayu…dan kita juga bolehmenguasai bahasa Inggeris dengan baik dan maju dengan“MEMBUANG” bahasa Melayu…TETAPI MENGAPA kita memilihuntuk maju dengan membuang bahasa Melayu…….bahasa kebangsaannegara kita???

..mengapa semangat Malaysia boleh tidak dibawa ke dalampersoalan bahasa..?..mengapa pula Malaysia tidak boleh maju denganbahasanya…dan perlu maju melalui bahasa “orang” lain???

Penulis teringat sekali akan cerita rakyat semasa masih bersekolahrendah dahulu iaitu kisah “Maharaja dengan Baju Barunya”. Kisahringkasnya lebih kurang begini. Seorang raja ingin menempah bajuyang paling cantik fesyennya untuk dipakai semasa hari perayaankeputeraannya. Lalu menteri istananya pun mencarilah tukang jahityang terbaik di negara tersebut. Setelah bertemu maka ditempahlah

58

Bahasa Melayu akan Pupus

baju tersebut. Setelah siap dan tiba harinya lalu datanglah tukang jahitke istana memakaikan maharaja akan baju baru itu. Setelah siap makaberaraklah maharaja sekeliling kota untuk memperlihatkan rekaan bajuyang tiada tolok bandingnya itu. Maka sambil berarak itu, memuji-mujilah segala pembesar dan para menteri akan kecantikan baju barumaharaja tersebut. Tiada seorang pun yang mencela atau beranimengkritik akan baju baru maharaja tersebut yang ”benang jahitannyadikatakan terlalu indah sehingga langsung tidak terlihat oleh matakasar mereka”. Akhirnya perarakan maharaja tiba di hadapan se-kumpulan kanak-kanak. Lalu menjeritlah kanak-kanak tersebutmengatakan maharaja tidak berbaju. Para pembesar yang turut bersamadalam perarakan membantah dan memarahi serta menengking kanak-kanak tersebut dan tetap mengatakan baju maharaja sangat cantik lagiindah. Tetapi hal itu tidak dipedulikan oleh kumpulan kanak-kanakyang banyak itu. Mereka terus menjerit mengatakan maharaja tidakberbaju. Riuh rendah dibuatnya. Jeritan kanak-kanak tersebut disahutoleh kumpulan rakyat yang berhampiran dan akhirnya seluruhperhimpunan pada hari itu. Akhirnya para pembesar pun tidaktertahan lagi dan mengakui bahawa maharaja sebenarnya tidak berbajulangsung dan larilah maharaja bersama para pembesar ke istana akibattersangat malunya.

Setiap sejarah dan cerita rakyat sekalipun berupa dongengan, tetapada nilai, moral dan pengajarannya. Semoga sejarah Hang Nadim tidakberulang akibat saranan ikhlas ini - demi agama, bangsa dan negaratercinta.

Penggunaan Bahasa Inggeris untuk Mata Pelajaran Sains dan Matematik Mengapa Patut ditolakEmpat puluh enam tahun lalu, iaitu pada tahun 1956, LaporanJawatankuasa Pelajaran Razak memulakan usaha rintis penggunaanbahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistempendidikan di negara ini. Laporan Penyemak Pelajaran Rahman Talib,empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 1960 memperteguh usul itu.Maka apabila Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan, ternobatlah bahasaMelayu sebagai bahasa ilmu sesudah lebih 100 tahun disisihkan olehpenjajah Inggeris dalam sistem pendidikan yang direncanakannya.Daripada bahasa yang dipertalikan dengan bahasa kalangan petani dannelayan (kerana memang dasar Inggeris menjadikan murid Melayupetani dan nelayan yang lebih pandai sedikit daripada ibu bapanya),bahasa Melayu mula mengorak langkah menjadi bahasa ilmu melaluiperanannya sebagai bahasa penghantar utama. Memang berabad-abadsilam, khususnya dalam zaman keagungan Kerajaan Melayu, bahasaMelayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa

59

Mengapa Kami Bantah!

perhubungan diplomatik, bahasa ketatanegaraan, bahasa perdagangandan bahasa kesusasteraan. Pengembalian peranan itu dalam kontekskemerdekaan pemikiran dan kebudayaan, termasuk bahasa amat besarertinya.

Tahun 1983 direncanakan sebagai kemuncak pelaksanaan peng-gunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila kursus tahunpertama di institusi pengajian tinggi diajarkan dalam bahasa tersebut,sesudah selesai proses penukaran bahasa penghantar di peringkatpersekolahan. Atas desakan dan usaha rakyat yang dipimpin oleh enamorang tokoh akademik, iaitu Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid,Tengku Shamsul Bahrin, Mohd. Zin Abdul Majid, Syed Husin Ali, danGhazali Abdul Rahman, dengan Panglima Bahasa Syed Nasir Ismailsebagai pengerusi jawatan-kuasa penajanya, Universiti KebangsaanMalaysia ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1970. TertubuhnyaUKM bererti bahawa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa peng-hantar institusi pengajian tinggi bermula 13 tahun lebih awal daripadatahun sasaran, iaitu tahun 1983.

Dari semasa ke semasa kontroversi yang berkaitan dengankedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak ada hujungnya. Krisis keyakinanterhadap bahasa tersebut tampak jelas apabila bahasa Melayu seringkalidipertentangkan dengan kehebatan bahasa Inggeris, seolah-olah bahasaMelayu masih lagi pada tahap bahasa petani dan nelayan. Ditekan-tekankan bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa dunia, bahasa ilmu,bahasa teknologi, bahasa ekonomi, bahasa globalisasi - pokoknyabahasa segala-galanya. Bukan tidak ada kebenarannya sama sekalilabel-label itu, tetapi apabila ciri-ciri itu digunakan untuk me-minggirkan bahasa Melayu yang didaulatkan sebagai bahasa ke-bangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu, kita mempunyai alasanuntuk meragui keikhlasan orang yang kononnya bersemangat ke-bangsaan dan memperjuangkan bangsa dan negara.

Tahun 1993 menggegarkan hati dan perasaan pendukung bahasaMelayu apabila Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. MahathirMohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untukmata pelajaran sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi.Walaupun secara rasmi saran atau keputusan itu tidak dilaksanakansecara nyata, namun semua ahli akademik institusi pengajian tinggiyang ditemui mengesahkan bahawa memang ada “arahan” supayadaripada 30% hingga 50% kursus disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Tahun 2002 mencatatkan sejarah hitam dalam pelaksanaan DasarBahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan apabila partiteras pemimpin negara, iaitu UMNO dalam mesyuarat Majlis Tertinggi

60

Bahasa Melayu akan Pupus

dan kemudian dalam Perhimpunan Agung Tahunan merestui gagasanMahathir menggerakkan pelaksanaan bahasa Inggeris sebagai bahasapenghantar subjek Matematik dan Sains dari peringkat darjah satuhingga tingkatan lima. Malah semua peperiksaan umum, iaitu UPSR,PMR, dan SPM untuk kedua-dua subjek itu akan dilaksanakan dalambahasa Inggeris bermula pada tahun 2003. Nyata bahawa pemimpinnegara telah memilih jalan penyelesaian yang dianggapnya wajar untukmengatasi masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalamkalangan pelajar, tetapi dianggap sebagai “lain yang luka lain dibebat”oleh badan-badan akademik dan orang perseorangan yang tidak setujudengan langkah itu.

Dengan penuh kesedaran akan pentingnya dasar-dasar kenegaraan,seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaansebagai tonggak pembinaan negara dan asas jati diri bangsa dan negaraMalaysia dipertahankan, dan dengan penuh pengertian jua akankeperluan bangsa dan negara kita meningkatkan upaya agar tidakketinggalan dalam pencapaian kemajuan, sembilan buah persatuanyang mewakili pelbagai lapisan masyarakat telah mengadakanmesyuarat pada 13 Mei 2002, khusus untuk membincangkan implikasikesan kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris sebagaibahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah,bermula dari darjah satu. Persatuan tersebut ialah Persatuan LinguistikMalaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, Akademi Sains IslamMalaysia (ASASI), Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena),Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Pelajar MelayuSemenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM), Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), danPersatuan Sejarah Malaysia. Beberapa orang perseorangan yangprihatin akan isu tersebut turut hadir.

Setelah bermuzakarah lebih kurang satu jam setengah, mesyuaratpersatuan-persatuan itu mengambil pendirian meminta kerajaan me-nimbangkan semula keputusan menggunakan bahasa Inggeris sebagaibahasa penghantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dan disekolah atas alasan-alasan yang berikut:

1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan kedua-dua matapelajaran itu tidak akan menyelesaikan masalah kelemahanpenguasaan bahasa Inggeris pelajar, kerana masalah yang se-benarnya berkaitan dengan bahasa Inggeris itu sendiri, antaranyamasalah kaedah pengajaran, kepadaan atau kesesuaian sukatanpelajaran, keterampilan guru, kesempurnaan prasarana, sepertimakmal bahasa dan motivasi kepada pelajar sendiri. Hakikatbahawa bukan semua pelajar gagal menguasai bahasa Inggeris,

61

Mengapa Kami Bantah!

malah banyak yang cemerlang dan fasih, membuktikan yangbahawa isu kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalamkalangan pelajar bukan masalah yang menyeluruh dan oleh itupenyelesaiannya pun mesti bersifat khusus, iaitu denganmeningkatkan mutu pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri.

2. Risiko pelaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali, keranaguru Matematik dan Sains tidak semestinya guru yang mahirberbahasa Inggeris, dan dikhuatiri timbul keadaan “yang dikejartak dapat, yang dikendong berciciran”, iaitu penguasaan bahasaInggeris pelajar tidak meningkat dan dan penguasaan ilmuSains dan Matematik dalam kalangan pelajar terjejas oleh sebabmasalah bahasa.

3. Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains danMatematik dikhuatiri mengakibatkan berlakunya keadaan “lulusjarum luluslah kelindan”, iaitu kemungkinan kemudian kelakakan diputuskan pula penggunaan bahasa Inggeris dalam mata-mata pelajaran lain yang berasaskan atau ada kaitannya dengansains dan matematik, seperti perakaunan, perdagangan, ekonomiasas, geografi, dan sebagainya. Jika hal ini berlaku, maka akhirnyasebahagian besar atau hampir semua mata pelajaran akandiajarkan dalam bahasa Inggeris dan ketika itu bahasa Melayuyang ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistempendidikan di negara ini akan kehilangan fungsinya.

4. Apabila bahasa Melayu secara beransur-ansur mengalamipengurangan fungsi sebagai bahasa moden, terutama sebagaibahasa ilmu, kedudukan dan darjat bahasa Melayu dikhuatiri akanmerosot menjadi bahasa basahan, bahasa pasar dan bahasakomunikasi tahap rendah, iaitu untuk sekadar menjadi alatperhubungan mudah. Hal ini amat besar kesannya terhadapidealisme dan cita-cita membina tamadun bangsa dan negara yangberasaskan jati diri dan acuan sendiri sebagaimana yangdigagaskan dalam Wawasan 2020. Ironis juga halnya apabila dilebih kurang 30 buah negara sedunia bahasa Melayu telahdiiktiraf sebagai bahasa ilmu dan bahasa tamadun tinggi, di negarakita sendiri keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmudiragui.

5. Pengembangan minda dan ilmu sesuatu masyarakat atau bangsasecara fitrahnya perlu berasaskan bahasa yang telah dikurniakanoleh Tuhan kepada masyarakat atau bangsa itu, sesuai dengansunatullah atau peraturan yang ditentukan Tuhan sebagaimanayang diisyaratkan dalam Surah al - Hujurat, ayat 13, SurahIbrahim, ayat 4, dan Surah al - Rum, ayat 22. Penjelasan tentangperanan bahasa sesuatu bangsa dalam pembinaan minda dan ilmu

62

Bahasa Melayu akan Pupus

bangsa itu telah dihuraikan juga oleh pemikir besar, seperti Malekbin Nabi dan Hassan al-Bana. Banyak negara maju, malah yangbukan Islam, yang mengambil iktibar daripada fitrah itu, sepertiJerman, Belanda, Switzerland, Jepun, Korea, Perancis, dansebagainya. Benar bahawa mereka tidak menolak bahasa lain,sebagaimana juga kami tidak menolak penguasaan bahasa lain,tetapi mereka tidak sampai “mengorbankan” dasar pemuliharaankebangsaan masing-masing. Dalam hal ini, perlu dihayati fahamnasionalisme yang digagaskan oleh Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah sebagai unsur asas yang menjamin keutuhan sesuatubangsa dan bahasa kebangsaan merupakan salah satu unsurutamanya.

6. Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pe-lajaranSains dan Matematik dengan sendirinya menyebabkan usahamemodenkan bahasa Melayu melalui pengayaan istilah dalamkedua-dua bidang itu yang sudah dilakukan puluhan tahun olehDewan Bahasa dan Pustaka dan ratusan ahli ilmu tidak relevanlagi. Segala usaha yang melibatkan kewangan yang besar, waktudan tenaga pakar ilmu yang menjadi aset negara secara tiba-tibamenjadi sia-sia belaka. Kekayaan khazanah ilmu yang sudah sediaada dalam bahasa Melayu yang dihasilkan dalam bentuk bukuteks dan rujukan dengan kos yang bukan kecil jumlahnya punakan menjadi harta lupus dengan sendirinya. Bahasa Melayu akanmenjadi kerdil tanpa khazanah ilmu.

Semua persatuan tersebut memohon pertimbangan kerajaan agarmenarik balik keputusan menggunakan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah, dengan catatan bahawa tidakada dalam kalangan pejuang bahasa kebangsaan yang menolak usahameningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar,tetapi tidak tampak akan rasional menggunakannya dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Mereka percaya bahawa penguasaanbahasa Inggeris dapat ditingkatkan melalui peningkatan upaya dalammata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Penggunaan bahasa Inggerisdalam kedua-dua mata pelajaran itu, pada pandangan mereka, tetapmerupakan perubahan dasar dalam hal Dasar Pendidikan Kebangsaan.

63

Mengapa Kami Bantah!

64

ANALISIS BEBERAPA ISU UTAMA SOSIOBUDAYA BANGSA DAN NEGARA

5

Prof. Dr. Awang SariyanPresiden Persatuan Linguistik Malaysia

([email protected])

[Kertas kerja Dialog Susulan Kongres Kepentingan Bangsa PeringkatWilayah Persekutuan, pada 15 April 2006 di Dewan Al-Malik Faisal,Petaling Jaya]

PendahuluanIstilah sosiobudaya yang saya jadikan asas dalam pembicaraan di sinidigunakan dengan pengertian yang longgar dan terbuka, dan tidakterpisah daripada aspek-aspek kehidupan lain seluruhnya. Kertas iniakan membincangkan kesinambungan kebudayaan Melayu sebagaikebudayaan besar di rantau ini sejak lebih satu alaf lalu dan selanjutnyaisu-isu yang berkaitan dengan situasi semasa.

Dalam sejarah pembentukan kebudayaan kebangsaan, tahun 1971menjadi titik tolak penting apabila Kongres Kebudayaan Kebangsaanpada tahun itu menetapkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan baginegara ini. Tiga asas yang diputuskan ialah:

1. Kebudayaan asal rantau ini2. Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai3. Islam sebagai teras

Penetapan asas yang pertama itu tidak lain merujuk kepadakebudayaan Melayu yang berkaitan dengan fakta bahawa bangsaMelayu telah menghuni rantau ini sejak awal abad Masihi. Dari zamanbeberapa abad sesudah Masihi, telah dikesan pertumbuhan danperkembangan kebudayaan Melayu di rantau ini dalam pelbagaibidang atau ranah kehidupan. Kebudayaan Melayu yang mula

Mengapa Kami Bantah!

memancarkan sistem kehidupan bernegara dan bertamadun telahberlangsung sebelum abad ke-7 kerana pada zaman gemilang kerajaanSriwijaya yang mewakili tamadun Melayu pada zaman itu, telah wujudkerajaan yang menguasai sebahagian besar rantau ini hingga ke utarasampai di Thailand dan ke Barat hingga Sri Lanka. Selain terjelmadalam sistem pemerintahan, kebudayaan Melayu pada zaman itu telahterpancar juga dalam bidang keilmuan apabila Sumatera, misalnya,menjadi pusat pengajian Buddha, sebagaimana yang dirakamkan olehpengembara Cina yang terkenal, iaitu I Tsing, dalam perjalanannya dariCina ke India. Demikian pula, dalam bidang ekonomi, Sriwijayamuncul sebagai kuasa perdagangan dan kuasa kelautan yang terkenalsehingga dapat dibayangkan wujudnya sistem perdagangan dankehidupan sosial yang bertamadun tinggi. Dalam mengatur kehidupanyang bertamadun itu, pastilah juga aspek undang-undang telah mulaterlaksana.

Keunggulan kebudayaan Melayu bertambah menyerlah, malahmelalui reformasi besar-besaran dan menyeluruh apabila Islam datangke alam Melayu ini dengan membawa sinar baharu, khususnya dalambidang sistem kepercayaan dan tatacara ke-hidupan bermasyarakatmelalui agama Islam yang berpaksikan fahaman tauhid. Prof. SyedMuhammad Naquib al-Attas merumuskan bahawa Islam telah merobahrupa dan jiwa Melayu dengan berteraskan dua ciri utama, iaituintelektualisme dan rasionalisme (al-Attas, 1969, 1972 dll.). KebudayaanMelayu telah mencapai kemuncak kegemilangan dalam semua bidangkehidupan dalam zaman kesultanan Melayu hingga menarik minatsekian banyak sarjana Barat seawal abad ke-17 untuk menjadikan halehwal Melayu sebagai bidang kajian yang dikenal sebagai pengajianMelayu atau pengajian Melayu/Indonesia.

Isu Kebudayaan dan Tentangan Masa KiniKemerosotan peranan kebudayaan Melayu sebagai asas KebudayaanKebangsaan cukup ketara, antara lain berdasarkan senario yang berikut:

1. Citra kebudayaan Melayu kian kabur dalam Institusi Kenegaraana. Unsur kebudayaan Melayu tidak menonjol bahkan ter-

pinggir dalam bidang penyiaran apabila stesen radio dantelevisyen, termasuk ada kalanya stesen radio dantelevisyen kerajaan sendiri, tidak begitu peka akan perananmeningkatkan Kebudayaan Kebangsaan melalui siarannya.Keseluruhan bidang penyiaran di negara ini kini lebihdicirikan oleh kebudayaan asing, terutama dalamrancangan-rancangan hiburannya (misalnya, dalam aspekfilem, ciri budaya Bollywood dan Hollywood cukupmenonjol, sementara dalam bidang seni muzik amat kuat

66

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

pengaruh muzik Barat, baik melodi mahupun senikatanya). Masyarakat kita daripada yang muda hinggayang tua sudah dirasuk oleh hedonisme atau tabiat ketagihhiburan yang melampau sebagai akibat penyiaranrancangan-rancangan yang tidak sesuai dengan asasKebudayaan Kebangsaan. Jelas bahawa program televisyenkeseluruhannya tidak lagi membayangkan Dasar Ke-budayaan Kebangsaan yang berteraskan tiga prinsip, iaitukebudayaan asal rantau ini (Melayu), unsur-unsur asingyang wajar dan sesuai, dan Islam. Hampir-hampir tiadabedanya siaran stesen televisyen di negara ini dengan yangada di negara asing kerana masing-masing stesen ber-lumba-lumba untuk menjadi global. Keadaan ini diizinkanatas pertimbangan komersial dan ekonomi sehinggakementerian yang bertanggungjawab mengawal bidangpenyiaran seakan-akan tidak dapat berbuat apa-apa lagiselain membuat seruan demi seruan. Kesediaan masya-rakat menjadi permisif digambarkan oleh tingkah lakuseorang tua berkopiah yang mempromosikan salah satustesen televisyen dengan ungkapan ”Macam-macam ada!”

b. Citra atau imej kota dan bandar serta tempat awam masihkurang menggambarkan ciri Kebudayaan Kebangsaan, danmasih terlalu dominan ciri kebudayaan asing dan etnik,khususnya dalam aspek bahasa peragaan yang digunakan,baik daripada segi penamaan mahupun pemilihan bahasaperagaan.

c. Kebudayaan Kebangsaan seringkali dileburkan konsep danrealisasinya melalui pencampurbauran antara unsur ke-budayaan pelbagai etnik sehingga tidak tampak denganjelas tiga asas yang ditetapkan pada tahun 1971 itu danseringkali pula disempitkan pengertiannya pada senitertentu, seperti seni tari dan seni nyanyi. Garis panduanpersembahan dalam majlis rasmi yang mengutamakanunsur kebudayaan Melayu telah tidak diamalkan lagiapabila tari naga, misalnya, telah naik tarafnya menjadiacara sambutan rasmi majlis tertentu yang dihadiri olehpembesar negara.

d. Nilai kesopanan dan budi bahasa sudah kian ketaralunturnya, bukan sahaja dalam kalangan generasi mudahbahkan dalam generasi dewasa juga, termasuk dalampercaturan politik. Tindakan mengaibkan lawan politikatau saingan kerjaya, fitnah, surat layang, e-mel dan SMSlayang serta gaya pengungkapan dalam media sudah

67

Mengapa Kami Bantah!

banyak yang bertentangan dengan nilai kesopanan danbudi bahasa yang terkandung dalam KebudayaanKebangsaan, terutama jika disandarkan pada asas yangketiga, iaitu Islam sebagai terasnya.

e. Budaya ilmu yang menjadi teras kebudayaan Melayu danIslam dalam beberapa banyak kes telah digeser olehpertimbangan kuasa dan kepentingan lain seperti ke-pentingan ekonomi dan pembangunan fizikal. Peng-hormatan dan penghargaan kepada ahli ilmu seringkalimenjadi kabur dalam pelbagai bentuk, daripada peng-hargaan yang berlebih-lebihan kepada kalangan bukanilmuwan hingga kepada pencabulan wibawa keilmuan ahliilmu dalam bentuk tindakan seperti tidak merujuk kepadaahli ilmu atau pakar dalam bidang tertentu dan‘penyingkiran’ ahli ilmu.

f. Semangat dan tindak-tanduk yang memperlihatkankesetiakawanan dan kekelompokan sempit kian ketara,terutama dalam bidang politik, baik antara parti denganparti mahupun antara anggota dalam satu parti, sehinggatidak jarang berlaku keadaan bahawa kebenaran tidakdiukur berdasarkan sistem nilai yang diiktiraf, misalnyaberdasarkan undang-undang dan peraturan, tetapiberdasarkan seseorang itu di dalam atau di luar kelompok.Keputusan dan tindakan sebahagiannya dilaksanakan tidakber-dasarkan lunas keadilan dan kebenaran tetapi ber-dasarkan sentimen kekelompokan. Sebagai contoh, apabilaada saran agar orang yang terlibat dengan rasuah dalamkegiatan kepartian (yang dilunakkan dengan istilah politikwang) dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah untukdibawa ke muka pengadilan, maka ada pendapat yangmengatakan bahawa rasuah dalam parti merupakanurusan parti dan harus diselesaikan dalam parti, seolah-olah parti mempunyai kedudukan yang lebih tinggidaripada undang-undang negara.

2. Kontrak sosial yang berteraskan Melayu kian rapuh a. Kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan konsep

kebangsaan dan kenegaraan kian tidak difahami malahdipersoalkan. Belum ada kajian yang dibuat tentangadakah masyarakat kini, khususnya generasi mudamemahami isu yang berkaitan dengan kontrak sosial atauyang lebih asas lagi fahamkah masyarakat akan kandungankontrak sosial itu. Apabila pada sekitar dua minggupertama bulan Ogos 2005 Presiden Parti Gerak, Lim Keng

68

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

Yaik membangkitkan isu kontrak sosial yang dianggapnyasudah tidak sesuai dengan zaman lagi, kurang kita dengaratau kita baca reaksi atau polemik tentang isu itu. Adareaksi beberapa orang tokoh dalam bentuk laporan dimedia tetapi gemanya tidak sampai menggugah pemikirandan sanubari masyarakat terbanyak, seolah-olah isu itumemang tidak relevan dan tidak ada kepentingannya lagi.Barangkali sebahagian besar masyarakat tidak mengertipun apakah “kontrak sosial” itu.

b. Kontrak sosial yang saya maksudkan itu merupakan unsurpenting dalam sejarah pembentukan bangsa dan negaraini. Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, Tanah Melayudiidentifikasikan dengan penduduk asalnya yang teras,iaitu bangsa Melayu. Hakikat ini menjadi fakta sejarahyang tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa punkerana bukan hanya merupakan dakwaan orang Melayusemata-mata, tetapi dirakamkan oleh para sarjana danpenulis dari luar, termasuk dari Barat juga. Apabilapenjajah membawa orang Cina dan India secara beramai-ramai untuk menjadi tenaga kerja bagi manipulasiekonomi penjajah itu sendiri, maka situasi demografinegara ini secara langsung berubah.

c. Atas desakan penjajah Inggeris, orang Melayu perlumenerima syarat kemerdekaan yang akan diberikan hanyajika kaum-kaum yang asalnya pendatang itu diterimasebagai warganegara. Sebagai imbangan kepada pemberiantaraf kewarganegaraan itu, maka para pemimpin kaum-kaum lain itu setuju menerima peruntukan yang berkaitandengan kepentingan orang Melayu. Perkara yang menjadiasas persetujuan itu ialah kedudukan raja-raja Melayu,kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan,bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasarasmi serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.Itulah yang dinamai kontrak sosial dalam konteks pem-bentukan negara ini sesudah lepas daripada belenggu pen-jajahan. Semua perkara itu dirakamkan dalam manifestopilihan raya pertama pada tahun 1955 dan kemudianapabila negara merdeka pada tahun 1957, perkara-perkaraitu dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

d. Tanpa kontrak sosial itu, tidak terbentuk bangsa dannegara yang acuannya kita warisi hingga kini. Oleh itu,apabila ada pihak yang mempertikaikan kontrak sosialyang cukup penting itu, dan mengatakannya sudah tidak

69

Mengapa Kami Bantah!

relevan dan hanya menimbulkan rasa sakit hati dalamkalangan kaum-kaum yang diterima menjadi warganegara,maka penyataan pendapat seumpama itu sebenarnyatertakluk kepada Akta Hasutan dan tindakan yangsetimpal perlu dikenakan ke atas orang berkenaan.Ternyata bahawa orang Melayu masih tetap terus menjadibangsa yang cukup bertolak ansur dan tinggi tahapkesabarannya; tiada gesaan dan tiada pula fikiran untukmengambil tindakan yang sewajarnya sedang dalam kes-kes lain ada kalanya cukup segera tindakan dikenakan.

e. Adakah kita, khususnya para pemimpin dan cerdik pandaidi negara ini sudah tidak peka lagi atau memang setujubahawa isu kontrak sosial itu sudah tidak relevan lagidalam konteks sekarang ini? Yang nyata, tidak ketara suarakritis daripada pimpinan Melayu, sama ada untuk mem-pertahankannya atau sekurang-kurangnya untuk me-nyampaikan maklumat tentang hakikat sebenar kontraksosial bagi rakyat negara ini, sedang Prof. Khoo Kay Kimsebagai ahli sejarah percaya bahawa sehingga tahun 2020sekalipun kontrak sosial tidak mungkin dapat dilupakanbegitu sahaja (Berita Minggu, 21 Ogos 2005, hlm. 19).

f. Kumpulan Prihatin yang dianggotai oleh sekumpulanveteran pejuang kebangsaan dan ketua beberapa persatuanbahasa dan persuratan, melalui beberapa kongres, seminardan pernyataan media, telah berkali-kali menimbulkangagasan pentingnya kontrak sosial itu dijelaskan denganmeluas melalui sistem pendidikan dan melalui pelbagaiwacana di peringkat kepemimpinan tertinggi negara danjuga di pelbagai peringkat kepemimpinan yang lain.Kerana memahami bahawa kontrak sosial itu jugalah yangmenjamin kedudukan bahasa kebangsaan, agama Islamdan hak istimewa Melayu dan Bumiputera, makaKumpulan Prihatin dalam pelbagai memorandum dantulisan terus-menerus menggesa agar kontrak sosial itusenantiasa dijadikan premis dalam apa-apa juga dasaryang digubal agar tidak sampai merugikan bangsa teras itusendiri.

g. Kini kita tahu bagaimana secara beransur-ansur “tongkat”telah tidak dibekalkan lagi kepada orang Melayu danBumiputera. Mereka perlu bermain di padang yang tidaksama rata. Mereka mungkin mendapat peluang belajar diinstitusi pengajian tinggi tetapi mereka harus menyelesai-kan masalah ketiadaan biaya kerana biasiswa hampir tiada

70

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

lagi dan pinjaman daripada tabung pengajian tinggi puntelah dihadkan kepada kursus-kursus yang diistilahkansebagai kursus kritikal sahaja. Jika kelulusan untuk me-layakkan masuk ke universiti mencapai tahap yangsewajarnya, mereka perlu bersedia tidak diterima keranasegala-galanya sudah didasarkan pada meritokrasi. Hakistimewa tinggal pada dokumen undang-undang dansuratan sejarah.

h. Pada zaman saya ikut serta menulis buku sejarah dantatarakyat untuk sekolah menengah pada tahun 1970-andahulu, fakta tentang kontrak sosial itu diberi penegasandalam sukatan pelajaran yang disediakan oleh Ke-menterian Pendidikan, barangkali kerana pada waktumasih kental semangat perjuangan bangsa dalam kalanganpemimpin dan birokrat yang menduduki jawatan-jawatanpenting di jabatan kerajaan. Kini saya tidak pasti adakahhal itu masih ada dalam sukatan pelajaran sejarah dantatarakyat yang sudah diperkenalkan semula di sekolah.

i. Kadang kala kita menjadi keliru pula dengan kebangkitansemangat yang meluap-luap dalam kalangan pemimpinuntuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, yangdalam waktu yang sama bercakap tentang bangsa Melayuperlu bersaing dengan bukan Bumiputera berdasar merit.Dalam Perhimpunan Agung UMNO Julai 2005, isu untukmenghidupkan semula Dasar Ekonomi Baru bergemadengan cukup hebat dan kita segera dapat memaafkankealpaan pimpinan dalam memberikan perhatian kepadahak orang Melayu yang dirasakan sering dikompromikan.Lihat sahaja isu Universiti Merdeka pada tahun 1980-an.Mahkamah menolak penubuhan universiti tersebut keranabertentangan dengan dasar negara dan Akta Pendidikanyang tidak membolehkan universiti menggunakan bahasaMandarin sebagai bahasa penghantar. Tetapi Kolej TunkuAbdul Rahman dibenarkan beroperasi, malah denganbantuan kewangan kerajaan dan kini telah wujudUniversiti Tunku Abdul Rahman yang tidak jauh berbedadaripada konsep Universiti Merdeka yang ditolakpenubuhannya dahulu.

j. Institusi pendidikan awam yang menampung sebahagianbesar orang Melayu dan Bumiputera seperti InstitutTeknologi Mara dinaikkan taraf menjadi UniversitiTeknologi Mara tetapi orang Melayu kehilangan ITM.Institut Perguruan Sultan Idris dinaikkan taraf menjadi

71

Mengapa Kami Bantah!

Universiti Pendidikan Sultan Idris dan IPSI tidak puladikekalkan. Jadi, orang Melayu tampaknya tetap dalamsituasi zaman Pak Kaduk, iaitu “Menang sorak, kampungtergadai”. Pendidikan yang berteraskan kecinaan kianmeluas; kini ada juga Kolej Selatan dan beberapa buahkolej lain. Sementara korporat dan parti bukan Melayumemperkukuh pendidikan bangsa mereka, korporatMelayu sebahagian besarnya kurang memperlihatkantanggungjawab sosial untuk memperbanyak institusipendidikan yang bagi kepentingan Melayu. Malah usulagar parti utama Melayu menubuhkan universiti ditolakpula oleh kepemimpinan kerana mungkin universiti-universiti awam dianggap universiti milik parti utamabangsa Melayu walhal semua universiti itu membukapintu yang amat luas kepada semua bangsa juga.

k. Tentang kegagalan DEB dalam memenuhi matlamat mem-basmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusunsemula masyarakat Malaysia, saya kira ulasan Prof. DirajaUngku Aziz (Mingguan Malaysia, 14 Ogos 2005) mewakilipandangan kritis yang membina dan harus diberiperhatian oleh sesiapa jua yang berhasrat menjuarai isutersebut. Ungku Aziz tidak melihat kegagalan DEB akandapat diatasi hanya dengan kesibukan pemimpin hendakmeningkatkan ekuiti Melayu dalam modal perniagaan danperusahaan. Peningkatan ekuiti Melayu dalam modal tidakakan menyelesaikan masalah Melayu kerana masalah terasMelayu terletak pada kemiskinan dan ketinggalan orangMelayu secara menyeluruh yang majoritinya berada di luarbandar. Oleh itu, dasar ekonomi apa pun perlu difokuskanlebih kepada peningkatan sosioekonomi majoriti Melayuyang kebetulan berada di luar bandar. Strategi me-wujudkan sejumlah kecil usahawan dan peniaga Melayuyang kaya dan berjaya dengan bantuan terpilih, sama adamelalui pemberian AP atau saham atau dengan kaedah apapun sudah sampai waktunya dirobah dan digantikandengan strategi yang tertumpu pada masyarakat ter-banyak. Langkah pimpinan baru di bawah Dato’ SeriAbdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan pertaniansebagai teras pembangunan negara mudah-mudahan men-jadi isyarat ke arah perubahan strategi yang mementingkanrakyat terbanyak itu.

l. Kini kita menunggu dan menyaksikan sejauh manakahgema semangat yang meluap-luap untuk meningkatkanekonomi orang Melayu agar berdiri sama tinggi dan

72

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di negaraini berterusan momentumnya. Adakah juara-juara yangsanggup mati bergalang tanah demi Melayu sebagaibangsa teras itu akan mengisi janji-janji yang telah dibuatatau adakah luapan semangat itu turut berlalu ditiup anginwaktu? Orang Melayu perlu menyatakan sikap kritisterhadap hal ini. Kita tidak mahu terjadi seperti yangdikatakan oleh Noor Azam bahawa isu ekonomi Melayuapabila disuarakan lebih sebagai isu politik (mungkinsebagagi suatu bentuk pelaburan politik menjelangpemilihan parti pada tahun 2007?) akhirnya mengundangtentangan pemimpin kaum-kaum lain (Berita Minggu, 21Ogos 2005, hlm.24). Isu ekonomi tidak ditangani benar-benar secara ekonomi oleh kepepimpinan Melayu dalamtempoh 20 tahun DEB berlangsung dan kini kegagalannyacuba diatasi secara politik.

3. Bahasa Melayu sebagai tonggak kebudayaan Melayu di-gerhanakan

a. Bahasa Melayu sebagai asas utama kebudayaan Melayudan kebudayaan negara, malah bahasa yang telah lebihsatu alaf menjadi wahana tamadun di rantau ini di-gerhanakan oleh pihak-pihak tertentu sehingga bahasaMelayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaituaspek taraf dan mutunya.

b. Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitanpenggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yangtelah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang,iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Akta BahasaKebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasadan Pustaka. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayudalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran danpendidikan mutakhir ini ternyata bukan semakin meluastetapi kian mengecil. Apabila subjek-subjek yang ber-teraskan sains dan matematik diputuskan diajarkan dalambahasa Inggeris (sehingga unjurannya menunjukkanbahawa penggunaan bahasa Inggeris sehingga akan men-capai 80% dalam sistem pendidikan negara), misalnya pastitidak dapat memenuhi aspirasi menjadikan bahasa Melayusebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan.

c. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitandengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakatterhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragambahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang

73

Mengapa Kami Bantah!

yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan.Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai olehfenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihankod, bahasa sms, bahasa sembang di internet, dansebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmimenjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citrasebagai bahasa budaya tinggi. Demikian juga, semakintidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati dirinegara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaantempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yangmenjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakannama berdasarkan bahasa asing (misalnya precinct, parceldan boulevard).

d. Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu me-nunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayudalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnyadalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitandengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itutergambar pada beberapa perkara yang berikut:

i. Penghayatan penjawat awam yang kurang me-muaskan dalam pelaksanaan peruntukan Perkara152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasarasmi sehingga masih banyak urusan rasmi sepertimesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainyayang masih tidak mengutamakan bahasa Melayuseperti yang ditafsirkan sebagai bahasa rasmi dalamPerlembagaan.

ii. Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguat-kuasaan penggunaan bahasa dalam sektor ter-tentuseperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan di tempat awam (melibatkan pihak ber-kuasa tempatan), penyiaran (melibatkan Ke-menterian Penerangan dan Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia).

iii. Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistempendidikan sebagai kesan pelaksanaan beberapakeputusan, seperti pengajaran subjek-subjek ber-asaskan sains dan matematik dalam bahasa Inggerisdi sekolah, peningkatan dan peluasan bahasaInggeris sebagai bahasa penghantar kursus di IPTAdan juga pengecualian pengajaran di IPTS dalam

74

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

bahasa asing serta pengecualian pengajaran bahasaMelayu sebagai subjek wajib.

iv. Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui per-antaraan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris,sehingga timbul keghairahan yang kadang kala ber-lebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat(pemimpin, profesional dan orang awam) untukmengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan me-ngurangkan perhatian kepada penggunaan bahasaMelayu.

v. Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspekkehidupan masyarakat Malaysia, ter-masuk dalamkalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantapkerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayutidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikanserta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi,sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayuukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikanpulangan ekonomi, misalnya dalam hal peluangpekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan pula,masih besar jumlah anggota masyarakat, termasukgolongan yang berpengaruh yang menggunakannyapada tahap mutu bahasa yang tidak begitu men-cerminkan budaya tinggi.

vi. Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannyabahasa Melayu turut mengurangkan perhatian dankeyakinan sebilangan anggota masyarakat kepadabahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBPmengusahakan pelibatan sektor swasta meng-gunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaandan iklan mereka, Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan (menurut laporan The Star pada 1 Januari2004) membuat kenyataan bahawa penggunaanbahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi padapapan perniagaan dan iklan. Seorang menteri kananpula, melalui media juga, mengajak masyarakatmengabaikan pejuang bahasa yang didakwanyaberfikiran sempit, lalu menyeru agar digiatkan usahameluaskan penggunaan bahasa Inggeris untukmencapai kemajuan, dan dengan tidak segan-siluatau berasa hormat kepada salah satu asas ke-negaraan, iaitu bahasa kebangsaan, mengisytiharkanbahawa urusan di kementeriannya kebanyakannyadilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris

75

Mengapa Kami Bantah!

e. Secara khusus, dalam sistem pendidikan, telah berlakupenurunan martabat dan peranan bahasa Melayu sebagaibahasa ilmu apabila dilakukan tindakan yang jelas untukmengurangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasapenghantar utama sistem pendidikan, iaitu dasar yangdiasaskan pada Penyata Razak 1956. Pada tahun 1993,Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamadmembuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains danteknologi di universiti hendaklah disampaikan dalambahasa Inggeris. Keputusannya itu bertentangan denganpendiriannya pada awal tahun 1970-an ketika menjadiPengerusi Majlis Universiti Kebangsaan yang dengan tegasmenyatakan bahawa bahasa Melayu mestilah di-jadikanbahasa penghantar utama untuk semua kursus di univer-siti. Pada waktu itu, kumpulan-kumpulan cendekiawanyang faham dan masih kental semangat kebangsaannyamengadakan pertemuan demi pertemuan dan gerakanmenasihati kerajaan agar tidak melaksanakan keputusanPerdana Menteri. Sebahagian besar memorandum, resolusidan pernyataan serta makalah yang membantah keputusantelah diterbitkan oleh Persatuan Linguistik Malaysia padatahun 1996 dalam buku yang berjudul Manifesto Budaya:Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, dengan AllahyarhamAsraf sebagai editornya. Kebetulan ketika itu masih adatenaga unggul dalam kepemimpinan negara yang menjadipenaung kepada gerakan kebangsaan sehingga akhirnyakeputusan itu senyap begitu sahaja.

Tidak sampai 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002,Perdana Menteri yang sama membuat pengumuman bahawamata pelajaran sains dan matematik di sekolah akan diajarkandalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003.Inilah rasanya kali pertama dalam sejarah negara ini satu dasarbaru yang merombak dasar selama puluhan tahun di-laksanakan dalam tempoh yang cukup singkat, iaitu satu tahun.Orang yang tidak lupa kepada sejarah dasar dan sistempendidikan di negara ini tentu masih ingat bahawa dasarpelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utamasistem pendidikan yang digagaskan oleh JawatankuasaPelajaran Razak 1956 dan kemudian diperkukuh olehJawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 hinggaditerapkan dalam Akta Pelajaran 1961, baru dilaksanakandengan pesat pada tahun 1970 apabila Abdul Rahman Ya`kub(Tun Datuk Patinggi) menjadi Menteri Pelajaran. Ertinya untukmelaksanakan dasar yang menjadi acuan pembentukan

76

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

generasi baru yang bersatu padu dan memperoleh ilmu sertasistem nilai melalui satu bahasa kebangsaan hanya dapatdimulakan berbelas-belas tahun kemudian.Kemudian apabila kerajaan mendapati perlunya sistempendidikan yang menekankan pembinaan manusiawi, makaJawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Dr. MahathirMohamad sebagai Menteri Pelajaran ketika itu membuat kajiandan menerbitkan kajian itu pada tahun 1979. Sebagai hasilrumusan dan syor jawatankuasa tersebut, dirancang pe-laksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) danKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ternyatabahawa pelaksanaan dasar dan sistem baru itu mengambilwaktu lapan tahun kerana hanya dilaksanakan pada tahun 1988sesudah melalui kajian demi kajian dan penyempurnaanprasarana.Setelah terlaksana Dasar Pendidikan Kebangsaan yangberteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utamaselama kira-kira 30 tahun, dengan kejayaan melahirkan tidakkurang 5.4 juta lepasan di peringkat SPM yang sebahagiannyakemudian melanjutkan pengajian di peringkat tinggi danmenjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalampelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup drastik.Tiada kajian yang dijalankan dan tiada perundingan yangdilakukan dengan pakar-pakar pendidikan. Bahkan tiada samasekali dilakukan cuba uji melalui projek rintis di sejumlahsekolah seperti yang lazimnya dilakukan dalam pelaksanaanmana-mana sistem yang baharu.Seminar, forum, dialog, memorandum dan pernyataan mediayang mengemukakan bantahan atau sekurang-kurangnyapermintaan agar ditangguhkan pelaksanaan dasar baharu ituhampir-hampir tidak diendahkan. Resolusi Kongres Pen-didikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac 2005 yang mendesakditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematikdalam bahasa Inggeris dipandang sepi, malah beberapa harisesudah tamat kongres itu, Timbalan Perdana Menteri yangmempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri mengumumkanbahawa dasar itu diteruskan, walaupun dalam ucapanpenutupan kongres beliau berjanji bahawa kerajaan akan mem-buat kajian yang mendalam untuk menimbangkan keputusanmeneruskan atau menangguhkan dasar baharu itu. Sejarahbaharu telah berlaku di negara ini sekali lagi apabila “kajianmendalam” selesai dalam tempoh tiga hari! Yang bangkitbersuara orang-orang yang sama, yang telah dianggap fanatik,ekstrem, jumud dan pernah didakwa pengkhianat, kerana

77

Mengapa Kami Bantah!

kononnya menghalang anak bangsa menjadi pandai danmenghalang anak bangsa menguasai bahasa asing. ApabilaPersatuan Linguistik Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustakamenerbitkan Siri Bicara Bahasa (siri1 - 20) sebagai wadahmembahaskan isu tersebut, ada arahan lisan yang“mengharamkan” terbitan itu daripada diedarkan. Beberapa kajian ilmiah peringkat sarjana dan kajian institusiserta individu tertentu menunjukkan bahawa pelaksanaandasar baharu itu membawa bencana dan padah yang bukankecil. Implikasi negatif yang cukup segera dirasakan daripadapelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains danmatematik, terutama oleh anak-anak di luar bandar yangmajoritinya orang Melayu ialah gangguan dalam penguasaanilmu sains dan matematik disebabkan oleh faktor penggunaanbahasa asing. Pelajar mengalami masalah kerana terpaksa me-mindahkan konsep-konsep sains dan matematik daripadabahasa asing ke dalam bahasa ibundanya dalam keadaanpelajar tidak atau belum menguasai bahasa asing itu. Bilanganpelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaransains dan matematik dalam bahasa Inggeris sehingga tahun2004 ialah 1.88 juta orang. Jika sekalipun 50% daripada merekayang tinggal di kawasan bandar dianggap menguasai bahasaInggeris, namun terdapat hampir 1 juta (0.94 juta), terutamapelajar di luar bandar yang menghadapi masalah pemelajaransains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hakikat yangpenting ialah bahawa golongan pelajar yang paling banyakmenjadi mangsa daripada pelaksanaan dasar tersebut terdiridaripada anak-anak bangsa Melayu.Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Universiti KebangsaanMalaysia, Nor Hashimah Jalaluddin (2004) menunjukkanketidaksediaan pelajar belajar sains dan matematik dalambahasa Inggeris. Kenyataan tersebut tergambar pada dapatankajian bahawa 75% pelajar tidak setuju sains dan matematikdiajarkan dalam bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasaMelayu mampu menyampaikan sains dan matematik denganberkesan, 71% meminati sains dan matematik kerana diajarkandalam bahasa Melayu, 70% yakin akan cemerlang dalam sainsdan matematik jika diajarkan dalam bahasa Melayu. KajianDBP-UKM pada tahun 2004 tentang persepsi pelajar me-nunjukkan bahawa amat rendah tahap kesediaan pelajar untukmenerima pengajaran sains dan matematik dalam bahasaInggeris. Kesediaan mereka belajar sains dan matematiksepenuhnya dalam bahasa Inggeris hanya 5.9% (untuk sains)dan 5% (untuk matematik).

78

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

Yang lebih malang lagi, kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM(2004) menunjukkan penurunan prestasi yang cukup men-cemaskan dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam matapelajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahkan bahasaMelayu. Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2pada tahun pengajian 2004 (pelajar yang mula belajar sains danmatematik di tingkatan 1 pada tahun 2003 dalam bahasaInggeris), peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang (gredA) bagi mata pelajaran sains hanya 11.9% dan bagi matapelajaran matematik hanya 16.9%. Hampir separuh daripadasampel yang dikaji (45.49%) mendapat gred gagal dalamkedua-dua mata pelajaran tersebut. Bagi mata pelajaran bahasaInggeris pula, hanya 10.4% yang mencapai gred A. Malangsekali apabila yang mencapai gred A dalam mata pelajaranbahasa Melayu hanya 18.7% dan 16.7% malahan gagal(mendapat gred E). Kejatuhan prestasi dalam mata pelajaranbahasa Melayu itu barangkali disebabkan kekeliruan yangterjadi pada guru dan juga pelajar dalam tempoh peralihanyang mengejut pelaksanaan bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik.Pihak yang sangat penting dalam pelaksanaan dasar tersebut,iaitu guru sendiri menghadapi masalah yang besar amat besar.Daripada sejumlah 181,340 orang guru di sekolah rendah padatahun 2004, dianggarkan kira-kira 80,000 orang terlibat dalampengajaran sains dan matematik dan semuanya terlatih dalambahasa Melayu yang dijadikan bahasa penghantar utama dalamsistem pendidikan negara sejak tahun 1970. Dengan pe-laksanaan dasar tersebut secara mendadak, dapat dipastikanberlakunya masalah pengajaran yang dihadapi oleh guru-guru.Kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM pada tahun 2004 di 242buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkanbahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkansains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hanya 54.7%guru sains dan 62.2% guru matematik yang mampu me-nerangkan konsep sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Kajian Norhashimah Jalaluddin yang dijalankan pada tahun2004 dengan jelas menunjukkan bahawa 81% guru mahu sainsdan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu, 72%mengatakan bahawa pencapaian pelajar dalam sains danmatematik akan lebih cemerlang jika diajarkan dalam bahasaMelayu, dan 79% berpendapat bahawa pelajar lebih dapat me-numpukan perhatian jika kedua-dua mata pelajaran itudiajarkan dalam bahasa Melayu.

79

Mengapa Kami Bantah!

Kini peribahasa “lulus jarum luluslah kelindan” sudah mulaberlaku di Institut Pengajian Tinggi Awam apabila semuauniversiti kerajaan telah mula melaksanakan dasar ke arahpengajaran subjek-subjek sains dan teknologi dalam bahasaInggeris, sebagai suatu kesinambungan yang logis daripadadasar yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Universitiseakan-akan tiada pilihan lain kerana pelanggan yang diterimamerupakan mereka yang telah dilatih dalam bahasa Inggeris.Akhirnya, sebagaimana yang dirumuskan oleh KumpulanPrihatian (2005), kita akan menyaksikan kesan-kesan yangberikut daripada penarikan semula dasar bahasa Melayusebagai bahasa penghantar utama:a. Akibat kepada Bahasa Melayu

Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasamoden akan terhenti. Sebaliknya bahasa Melayu akanterperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Istilah yang telahdicipta yang telah mencecah hampir satu juta untuk ratusanbidang ilmu, termasuk ilmu terkini seperti aeroangkasa,tidak akan digunakan dan istilah baru tidak akan diciptalagi. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi,perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan dalambahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi pembacanya.Kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang, terutamadalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuahMalaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasaInggeris dan Mandarin. Amatlah mencemaskan bahawa pada satu waktu kelakbahasa Melayu hanya menjadi bahasa penghantar bagi kira-kira 20% sahaja, iaitu bagi mata pelajaran yang bukantergolong dalam sains dan teknologi. Selalu dihujahkanbahawa perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaransahaja. Hakikatnya jauh berbeda. Yang berikut ini ialahunjuran yang dapat dirumuskan daripada perancanganyang dibuat oleh Kementerian Pelajaran:

• Sekolah Rendah:BM 60%; BI 40%

• Sekolah Menengah:Tingkatan 3: BM 62%; BI 38%Tingkatan 4 & 5 Sastera: BM 56%; BI 44%Tingkatan 4 & 5 Sains: BM 36%; BI 64%Tingkatan 4 & 5 Biologi: BM 33%; BI 67%Tingkatan 4 & 5 Reka Cipta: 32%; BI 68%

80

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

Tingkatan 4 Akaun: BM 47%; BI 53% SPM: BM 29%; BI 71%Tingkatan 6 Sastera: BM 60%; BI 40%Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi: BM 20%; BI80%

• Peringkat Universiti:BM: Kursus Sastera dan Pengajian Islam; BI:Semua kursus lain

(Catatan: Malah ada kursus sastera di universititertentu yang wajib dikuliahkan sebahagiannyadalam bahasa Inggeris)

b. Akibat kepada Pelajar MelayuKesannya kepada pelajar, terutama pelajar Melayu daripadasudut penguasaan ilmu sains dan matematik buruk sekali.Kajian menunjukkan pelajar yang masih belum mempunyaikemahiran kecekapan bahasa yang asas akan menghadapimasalah untuk membaca buku teks, berdailog, berdebat danmemberikan gerak balas bertulis dalam ujian danpeperiksaan. Inilah masalah sebenar yang dihadapi olehpelajar-pelajar Melayu kini. Masalah ini tidak dapatdiselesaikan dengan hanya menuding jari kepada pelajardan guru bahawa mereka mahu mencari jalan mudah.Belum terbukti di mana-mana pun alat teknologi mampumenggantikan guru di bilik darjah. Yang perlu diingat,wajarkah kita memperjudikan nasib masa depan anakbangsa kita dengan menggunakan kaedah yang tidak, atausekurang-kurangnya belum terbukti berhasil di mana-manadi muka bumi ini? Seorang bernama Steven Lee telahmembangkitkan hal ini dalam Berita Harian 19 April 2005bertajuk, “Pendekatan Pembelajaran Bukan Boleh ‘Dicuba-cuba’”.

c. Akibat kepada Media Massa Berbahasa Melayu Pada tahun 60-an dulu tulisan Jawi dikeluarkan daripadabilik darjah. Akibatnya, hari ini ramai orang Melayu yangbuta Jawi. Akhbar Utusan Melayu dulu menjadi lidah danalat perjuangan bangsa Melayu. Kini Utusan Melayu dalamkeadaan nazak, tidak lagi mampu menjadi wadah pemikirandan penyatuan umat Melayu. Inilah yang akan berlakukepada media berbahasa Melayu 20 tahun dari sekarang.Akhbar Melayu tidak akan lagi memuatkan ruanganteknologi, kesihatan, ekonomi, perniagaan, komputer dan

81

Mengapa Kami Bantah!

lain-lain kerana tidak akan ada pembacanya. Pembacaakhbar nanti tidak lagi menguasai istilah dalam bidang-bidang ini dalam bahasa Melayu. Dapatkah akhbar hiduptanpa ruangan ekonomi, perniagaan, kesihatan, sains,teknologi dan sebagainya? Lihat saja Utusan Melayu. Itulahgambaran masa depan akhbar arus perdana berbahasaMelayu. Pada hari ini pun, di negara Malaysia yang kitacintai ini, edaran akhbar terbesar berbahasa Melayu jatuh kenombor tiga di bawah akhbar berbahasa Mandarin danInggeris. Bayangkan 10 tahun dari sekarang akibat pe-nukaran bahasa penghantar 80% mata pelajaran di sekolahke dalam bahasa Inggeris. Kos budaya, pendidikan dan politik bagi penyelewengankepada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini terlalu meng-gerunkan untuk diabaikan. Apa yang dikatakan sebagaiperubahan bahasa penghantar dua mata pelajaran sahajasebenarnya akan membawa durjana kepada bangsa Melayu.

4. Kekeliruan dalam fahaman agama dan kekacauan pandangansarwa

a. Kemajuan yang kita capai dalam bidang ekonomi danpembangunan fizikal tampaknya seakan-akan perlu di-bayar dengan segala macam kepincangan dan kebobrokansosial. Agama Islam yang pada abad ke-13 telah membawatransformasi kepada akidah, pemikiran dan amalanbudaya sehingga terbentuk tamadun besar selama berabad-abad seakan-akan tidak dijadikan asas oleh sejumlah yangsignifikan dalam masyarakat pada waktu ini untukmembentuk masyarakat madani atau hadhari. Sekularisasisudah begitu menebal hingga ”kehidupan kini dan di sini”seringkali melupakan sejumlah orang kepada ”kehidupanabadi” di alam yang satu lagi. Antara kekacauan fahamanagama dan kekacauan pandangan sarwa yang tampak kinitermasuklah:

i. Amalan rasuah dalam kegiatan ekonomi, sosial danbahkan politik (sehingga timbul eufemisme atauistilah yang dilunakkan sebagai politik wang yangsebenarnya tidak lain daripada rasuah). Ke-pemimpinan baru parti utama orang Melayutampaknya menghadapi kesukaran yang bukankepalang untuk mengubah fenomena yang sudahmembarah itu sehingga usaha memerangi rasuahseakan-akan menjolok sarang tebuan;

82

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

ii. Perselisihan faham tentang agama dalam kontekskepartian sehingga perpaduan umat Melayu Islamdilanda perpecahan yang tidak kunjung selesaisedangkan Islam telah meletakkan panduan bahawaapa-apa juga perselisihan tentang agama yangberbangkit hendaklah dirujukkan kepada al-Qur’andan sunnah;

iii. Kesepaduan antara yang dikatakan pendidikanakademik dengan pendidikan agama terus-menerusmenjadi isu kerana ditangani secara politik lebihdaripada secara profesional, seperti tindakanmenutup dan menarik balik bantuan kepada sekolahagama rakyat yang secara langsung menyentuhmasa depan umat Melayu. Pada waktu yang sama,falsafah pendidikan negara yang sejak tahun 1988menekankan kesepaduan antara agama denganilmu-ilmu lain kian tidak ketara lagi pelaksanaannyadi sekolah. Misalnya, gagasan nilai-nilai murnimerentas kurikulum, ilmu merentas kurikulum,kemahiran berfikir merentas kurikulum dan se-bagainya tidak kelihatan menjadi agenda pendidikanlagi sehingga satu-satunya amalan merentas yangtinggal hanyalah ”merentas desa” sahaja. Dalampada itu, institusi ilmu yang telah diiktiraf dandiakui oleh dunia Islam dan telah berjasa me-limpahkan cahaya ilmu agama untuk mengangkattamadun umat entah atas pertimbangan apa telahditutup dan diturunkan martabatkan hingga menjadisebuah fakulti sahaja di sebuah universiti Islam yangditubuhkan untuk menegakkan panji-panji Islam;

iv. Hedonisme atau hiburan yang melampau telah mulamengakar sebagai cara hidup masyarakat apabilaterbuka atau sengaja dibuka ruang yang cukup luasuntuk berlangsung pesta, karnival dan yang se-umpamanya yang sudah melampaui konsep hiburansekadar untuk memenuhi fitrah manusia. Sambutandan perayaan seakan-akan tidak sah tanpa acarahiburan yang berlebihan, termasuk ketika me-nyambut kemerdekaan negara. Pelbagai programrealiti diwujudkan di stesen-stesen televisyen danke-semuanya ke arah pembentukan unsur budayabaharu yang tidak membina pemikiran dan ke-tinggian akhlak masyarakat selain memupuk unsurbudaya melayan perasaan, kehibaan, ketaksuban dan

83

Mengapa Kami Bantah!

pembaziran wang (seperti puluhan juta ringgit yangdikeluarkan selama tiga tahun berlangsungnyaprogram Akademi Fantasia oleh berjuta-juta orangpenonton yang majoritinya Melayu untuk mengundipenyanyi pujaan, dan lebih malang lagi hal iniberlaku pada saat orang Melayu Islam sendiri lemahekonominya.

v. Fitnah, komplot, konspirasi dan perbuatan terkutukyang seumpama itu kian meluas dalam pelbagaiinstitusi sosial sehingga keharmonian dan ke-sejahteraan hidup kian berkurangan. Sebahagianbesarnya berlaku kerana anggota masyarakat(malangnya lapisan yang memikul amanah ke-pemimpinan juga tidak terlepas daripada perbuatanitu) kian jauh daripada pegangan dan amalanagama. Amat mengejutkan bahawa satu konspirasipolitik besar-besaran telah didedahkan oleh seoranghakim mahkamah tinggi (Berita Harian, 19 Ogos,hlm. 10) yang melibatkan jatuhnya seorang pe-mimpin negara. Fahaman politik yang dipegangberdasar pada politik Barat yang berteraskan ”usahamendapat kuasa dan mengekalkan kuasa itu” danoleh itu sanggup berbuat apa-apa sahaja untukmendapat dan mengekalkan kuasa. Saya segerateringat akan analogi seorang tokoh korporat Melayuyang prihatin yang menamai budaya jatuh-men-jatuhkan dalam kalangan mereka yang gila kuasadengan budaya sate - sebelum dapat dimakan,daging perlu dicencang-cencang, diperam, dicucukdan dibakar. Kuasa tidak dinilai sebagai amanahtetapi sebagai hak dan wibawa lalu mudahlah terjadisalah guna kuasa dan amalan nepotisme, kronisme,favoritisme dan yang seumpamanya. Hiruk-pikuktentang isu AP yang dikeluarkan oleh KementerianPerdagangan Antarabangsa hanya satu daripadasekian banyak manifestasi kecurangan kuasa yangberlaku.

vi. Penyelewengan agama dalam dua bentuk yangekstrem terus-menerus berlaku dan pada saattertentu memuncak. Pada satu sisi, agak meluasajaran sesat dan khurafat seperti yang tergambarpada fenomena Ayah Pin dengan ”kerajaan langit-nya” yang seakan-akan tidak tertangani oleh pihak

84

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

berkuasa dengan berbagai-bagai alasan pentadbiran.Mencemaskan juga halnya apabila muncul RasulMelayu di Hulu Kelang yang dapat mempengaruhipegawai tinggi kerajaan dan ahli akademik. Pada sisiyang lain muncul ekstrem dalam bentuk fahamanIslam liberal yang begitu bertoleransi terhadap apa-apa jua pandangan keagamaan yang jelas menyalahinas. Tajdid dengan pengertian pembaharuan dalampengurusan dan cara melaksanakan kehidupan ber-agama telah diselewengkan atas nama kebebasanbersuara dan hak asasi individu. Telah adaperkumpulan atas nama Islam yang mengajukanmemorandum kepada pihak berkuasa agar tarafagama seseorang tidak dicatat dalam kad pe-ngenalan sehingga umurnya mencapai 18 tahununtuk membolehkan ia membuat keputusan meng-anut agama pilihannya. Telah ada keberanian orangyang berpendidikan tinggi dalam agama me-ngeluarkan hukum bahawa darurat membolehkanseseorang menjadi pelacur.

5. Isu Hak dan Kebebasan Bersikap Kritisa. Amatlah malang bahawa dalam zaman kita mengecap

kemajuan yang hebat, dan dengan ilmu serta pemikiranyang tinggi, berlaku sekatan terhadap penyataan fikirandan pandangan yang kritis. Tidak dinafikan bahawa masihtetap ada ruang untuk menyatakan pandangan dan fikiran,tetapi bagi sesiapa yang terlibat dalam gerakan yangdianggap bertentangan dengan arus perdana, dapatdirasakan adanya halangan dan sekatan tertentu.

b. Antaranya termasuklah:i. Media yang dikawal atau mengawal dirinya sendiri

daripada menyiarkan pandangan yang dianggapbertentangan dengan arus perdana. Pemimpin-pemimpin persatuan bukan kerajaan yang kritismempunyai pengalaman yang banyak dalam hal iniapabila kenyataan media atau ulasan (kadang-kadang yang diminta oleh media tertentu sendiri)tidak disiarkan. Sekali sekala yang disiarkan ialahbahagian yang tidak mencerminkan pandangankeseluruhan orang yang diwawancara, iaitu samaada bahagian yang selari dengan pandangan arusperdana atau pandangan yang dianggap tidak

85

Mengapa Kami Bantah!

sensitif. Kata seorang teman saya, freedom of the pressmemang wujud di negara ini tetapi hubaya-hubayakerana di samping itu ada freedom to press juga.

ii. Sesetengah akta digunakan atau setidak-tidaknyadibayangkan boleh digunakan untuk menghalangorang yang kritis daripada bersuara. Orang yangkritis selalu dibayangi oleh Akta Keselamatan DalamNegeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Amatsukar untuk dipastikan apakah yang boleh dan tidakboleh disuarakan kerana kedua-dua akta itusenantiasa menanti waktu untuk digunakan. Orangyang menyatakan fakta yang benar, lengkap dengandokumen boleh ditahan dan dihukum atas dakwaanmendedahkan rahsia rasmi kerajaan walaupuntujuannya untuk kebaikan negara.

iii. Bagi penjawat awam, telah diperkenalkan suatubentuk waad yang diberi nama Aku Janji, seolah-olah Peraturan Am (General Order) yang selama inimenetapkan tatatertib dan apa-apa yang boleh sertaapa-apa yang tidak boleh dibuat oleh penjawatawam masih tidak cukup. Meskipun niat meng-adakan aku janji itu mungkin baik, iaitu untukmenjaga disiplin penjawat awam, namun kesan yangnegatif ialah tiadanya atau kurangnya penjawatawam yang bersikap kritis dan profesional dalammembanteras kesilapan yang berlaku di jabatan ke-rajaan. Tertanya-tanya juga saya apakah pentingnyakemahiran berfikir kreatif dan kritis di tekankan disekolah apabila kemahiran itu tidak boleh di-terapkan dalam alam pekerjaan.

iv. Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menyekatkegiatan yang dianggap bertentangan dengan ke-rajaan dengan sendirinya menjadikan kampus layudan tidak lebih daripada sekolah. Dahulu adakegiatan seperti Debat Agung Ekonomi, ada sudutpidato dan mahasiswa serta kakitangan akademiklebih bebas bersuara dan melaksanakan kegiatanmeskipun sebahagiannya kelihatan tidak selaridengan pandangan arus perdana. Kini bukan sahajakegiatan yang lebih kritis hampir tidak ada lagi,bahkan universiti pun sudah kian kehilanganautonomi apabila semakin banyak keputusan dibuatlangsung oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.

86

Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

v. Yang tidak kurang menyedihkan ialah sikap yangdikatakan orang Indonesia sebagai ”masa bodoh”dalam kalangan masyarakat umum, termasuk cerdikpandai, iaitu sikap tidak ambil peduli akan isu yangberlaku di keliling selama mereka cukup makanpakai dan dapat menikmati kehidupan yang selesa.Sikap inilah yang akhirnya akan membekukanfikiran masyarakat dan kemungkaran berlangsungterus tanpa dipedulikan oleh massa. Yang berani danrajin mengambil tahu pun akhirnya berkurangankerana itulah jalan selamat yang tidak men-datangkan risiko apa-apa. Sesetengah yang padasatu waktu dahulu menjadi pejuang pun ada yangberubah haluan kerana telah mendapat kesenanganhidup. Oleh itu, sebarang kegiatan untuk meng-himpunkan orang yang sanggup berkorban masasedikit untuk membincangkan isu masyarakat,bangsa dan negara, belum lagi menggunakan tenagake tengah padang, menjadi amat sukar sekarang.Cita-cita untuk memungut tandatangan satu jutaorang yang tidak setuju dengan pelaksanaan peng-ajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris,umpamanya, berakhir dengan kejayaan men-dapatkan hanya kira-kira 500 tandatangan sahajauntuk disampaikan kepada kepemimpinan negara.Daripada lebih 10 buah persatuan bukan kerajaanyang dapat dihimpunkan untuk mengeluarkanpernyataan bersama bagi meminta kerajaan me-nangguhkan pelaksanaan dasar baharu itu, akhirnyatinggal lima buah persatuan yang berbaki dansanggup menjadi penganjur Kongres Bahasa danPersuratan Melayu Keenam, dan kongres itu pulamendapat penghinaan besar apabila sebuah uni-versiti yang telah mengundang persatuan-persatuanpenganjur itu melangsungkan kongres di kampus-nya pada saat akhir menutup kampusnya danmemindahkan kongres ke sebuah dewan orangramai. Keadaan ini amat berbeda daripada keadaanpada awal-awal tercapainya kemerdekaan hinggasekitar tahun 1970-an. Pada tahun 1960-an adakesanggupan para pejuang bahasa kebangsaanmemikul Keranda 152 ke Parlimen dan merekapulang dengan selamat; tetapi kini usahkan memikulkeranda, mengukir batu nisan bahasa kebangsaan

87

Mengapa Kami Bantah!

sahaja pun tidak ada yang berani dan andaikata adayang berani memikul keranda bahasa pula, belumtentu mereka akan pulang dengan selamat keranamungkin akan berubah destinasi ke tempat lain.

PenutupSebenarnya hanya sebilangan isu sahaja yang dapat saya paparkandalam kertas kerja ringkas ini yang berkaitan secara langsung dengankelangsungan hidup dan masa hadapan masyarakat dan negara kita.Benar bahawa penyelesaiannya tidak semudah memaparkannya. Tiadajalan singkat dan tiada lampu ajaib untuk kita selesaikan semuamasalah itu. Namun, menyedari masalah-masalah itu sendiri harusdilihat sebagai langkah awal ke arah penyelesaiannya. Malang sekalihalnya andaikata masalah-masalah itu tidak memberikan bekas di hatianggota masyarakat disebabkan sikap permisif dalam kalanganmasyarakat kita ternyata kian ketara. Sifat dan sikap nafsu nafsimenyebabkan masyarakat kurang prihatin terhadap fenomena-fenomena negatif yang berlaku di hadapan mata. Selama isu danmasalah itu tidak menjejaskan kepentingan sandang pangan ataukehidupan mereka, tidak banyak anggota masyarakat yang mahumengambil tahu akan isu yang berkaitan dengan bangsa dan negara,apatah lagi terlibat memerangi masalah sosial yang wujud.

Dalam konteks itulah diperlukan gerakan mendedahkan segalakebejatan masyarakat melalui pelbagai saluran yang mungkin.Penulisan merupakan salah satu saluran yang berkesan kerana sifatnyayang lebih kekal dan dapat disebarkan dengan lebih luas. Dengankemajuan teknologi, hasil tulisan bukan hanya dapat diterbitkan dalambentuk bercetak tetapi dapat dimuatkan dalam internet dan dapat jugaditerbitkan dalam bentuk elektronik dengan berbantukan multimedia.Para cerdik pandai tiada pilihan lain lagi. Semua perlu turun padanguntuk menyumbangkan fikiran ke arah pembanterasan penyakit sosialyang kian parah. Setidak-tidaknya kita melaksanakan tahap iman yangkedua dalam keadaan kita tidak berkuasa menggunakan ”tangan”, iaitudengan menggunakan ”lidah” (dalam konteks tulisan kita meng-gunakan pena). Tidak cukup kiranya kita mengamalkan iman padatahap yang paling rendah, iaitu sekadar tidak redha di hatimenyaksikan kebejatan yang berlaku di hadapan mata kita. Saya yakinbahawa atas semangat itulah penganjur mengadakan seminar penulisankritis ini. Kita sebenarnya tidak menentang barang satu pun dasarnegara, malah yang diperjuangkan itu ialah untuk mengukuhkanpelaksanaan dasar-dasar negara yang telah digubal untuk kesejahteraanrakyat. Bukankah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar BahasaKebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan yang lain-lain itumerupakan dasar negara yang sah? Itulah yang kita perjuangkan.

88

NASIONALISME DAN PERJUANGAN BAHASA

6

Datuk Dr. Hassan Ahmad

Ada Bahasa adalah BangsaTajuk ini menyentuh dua perkara yang mempunyai kaitan yang rapatantara yang satu dengan yang lain. Perkaitan ini hendak saya jelaskanmelalui kata-kata ‘Ada bahasa adalah Bangsa’. Dulu-dulu orang bijakpandai bangsa kita menciptakan ungkapan ‘bahasa menunjukkanbangsa’. Dalam tahun-tahun 1960-an, istilah atau slogan ‘Bahasa JiwaBangsa’ diciptakan dan dipopularkan semasa ‘kempen’ atau ‘gerakanbahasa kebangsaan’ dilancarkan untuk menyampaikan mesej bahawabahasa kebangsaan Malaysia, iaitu bahasa Melayu, adalah jiwa ‘bangsaMalaysia’ yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik, walaupunistilah itu dari segi implikasi etnolinguistiknya lebih merujuk kepada‘bangsa Melayu’. Saya tidak akan mengulas hal ini lebih lanjut. Cumasaya hendak menyatakan bahawa kata-kata ‘bahasa menunjukkanbangsa’ dapat kita kaji maknanya dari dua segi: pertama, dari segisosiologi atau fungsi sosial bahasa itu dalam masyarakat, seperti yangterbayang pada simpulan bahasa ‘tahu bahasa’ dan ‘tak tahu bahasa’yang dikaitkan dengan adat orang Melayu berbahasa dalam per-hubungan sosial dalam masyarakat. Soal ‘adat berbahasa’ atau sosiologibahasa ini sudah merupakan bidang yang menarik ahli-ahlisosiolinguistik.

Makna keduanya dapat kita kaitkan dengan kesedaran sesuatubangsa tentang fungsi politik bahasanya, khususnya dalam kontekspembinaan negara-bangsa. Kisahnya bermula dalam zaman modenapabila bahasa dijadikan ‘alat nasionalisme’, yakni alat perjuangansesuatu bangsa untuk menubuhkan kesatuan sosio-budaya-politik, yang

Mengapa Kami Bantah!

disebut Negara-Bangsa atau Nation-State, suatu fenomena politik yangmenurut sejarahnya bermula di Eropah, sebagai reaksi terhadapancaman-ancaman luaran yang dianggapnya boleh memusnahkanidentiti sesuatu bangsa.

‘Nasionalisme’ atau ‘semangat kebangsaan’ atau ‘semangat bangsa’,secara umumnya, lahirnya dari kesedaran bahawa keanggotaanseseorang dalam kesatuan sosiobudaya yang disebut BANGSA ditandaioleh ciri-ciri yang dimiliki atau diwarisi bersama oleh seluruh anggotabangsa itu dan yang membezakannya daripada bangsa lain. Faktor atauciri-ciri yang membentuk kesedaran bangsa ini dan yang memainkanperanan penting dalam pertumbuhan dan pembentukan tamadunbangsa itu antara lainnya ialah bahasa, budaya, asal-usul sejarah yangsama, mungkin juga agama yang diwarisi bersama oleh anggota bangsaitu sejak turun-temurun, dan yang digunakan oleh bangsa itu, secarasedar atau tidak, untuk membezakan dirinya atau identitinya daripadabangsa lain.

Daripada faktor-faktor atau ciri yang tersebut itu, bahasalah yangmerupakan faktor yang sangat penting dan berpengaruh dalammelahirkan kesedaran bangsa atau nasionalisme itu. Mengapa bahasa?Sebabnya ialah, bahasa merupakan alat pembentukan tamadun bangsayang sangat integratif; melalui bahasalah sesuatu bangsa itu mem-perkenalkan dirinya melalui cara mereka menanggapi alamnya, baikalam sosial mahupun alam kosmos, dan membentuk pandangan hidupatau sistem nilai bangsanya melalui proses pemikiran, rasa hati,imaginasi dan renungan dirinya yang digambarkan dalam pelbagaikarya lisan dan tulisan yang dihasilkan oleh bangsa itu dan yangmembentuk ‘ingatan bersama’ atau ‘collective memory’ bangsanyasepanjang zaman. Itulah proses yang berlaku dalam pembentukantamadun sesuatu bangsa. Kita tahu dalam sejarah ketamadunanmanusia bahawa tidak ada bangsa di dunia yang membentuk budayadan tamadunnya, seninya, kesusasteraannya, falsafah hidupnya,mitosnya dan pandangan kosmologi dan ilmu dunianya melalui bahasaorang lain.

Demikianlah pentingnya fungsi bahasa sebagai pembentuk identitidan tamadun sesuatu bangsa. Apabila keadaan mendorong manusiasecara sedar untuk mengidentifikasikan bahasa dengan bangsa,terutama dalam konteks kesatuan politiko-geografi yang disebutNEGARA, maka lahirlah suatu jenis atau aliran nasionalisme yangdisebut nasionalisme bahasa atau ‘language nationalism’ yang menjadibahan yang makin menarik perhatian para ahli sains politik. Antaralain, ahli sains politik ingin tahu, bagaimanakah bahasa memainkanperanan dalam pembentukan sesebuah negara dan mengapakah bahasasering menimbulkan masalah politik, tidak sahaja masalah etnik,

90

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

terutama dalam masyarakat atau negara pelbagai bangsa atau etnik danbahasa.

Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa nasionalisme bahasaialah, kesedaran bahawa bahasa ialah alat budaya dan politik yangpenting untuk mengekalkan identiti sesuatu bangsa, untuk menjadiasas pembinaan negara, dan untuk memajukan bangsa itu melaluikreativiti minda bangsanya yang hanya dapat dicetuskan melaluibahasa sendiri.

Faktor yang mencetuskan nasionalisme/Nasionalisme bahasaNasionalisme tidak sama dengan rasisme. Rasisme lebih bersifatdestruktif daripada bersifat konskruktif. Nasionalisme Melayu, menurutkajian saya serba sedikit, tidak timbul dari perasaan rasisme, perasaanfanatik bangsa atau perasaan benci kepada kaum-kaum lain yang adadi negeri ini, atau kerana benci kepada bangsa atau bahasa Inggeristetapi timbul kerana berlakunya keadaan yang menyebabkan orangMelayu takut akan kehilangan haknya di negerinya sendiri. Dasarpenjajahan Inggeris di Tanah Melayu merupakan salah satu puncatimbulnya perasaan takut ini. Mengapa? Sebabnya ialah penjajahInggeris itu mewujudkan dasar di Tanah Air orang Melayu yang,dalam jangka panjangnya, dianggap oleh orang Melayu bolehmemusnahkan hak dan kepentingannya di negerinya sendiri. Misalnya,dasar pendidikan yang dibentuk di Tanah Melayu akhirnya disedarioleh orang Melayu sebagai dasar yang menyekat bahasa Melayu untukberkembang, melalui institusi-institusi awam atau institusi negeri/negara, sebagai alat kemajuan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang,terutama dalam bidang pendidikan. Dasar itu mewujudkan empatsistem persekolahan yang berlainan di negeri ini, yang menggunakantiga bahasa asing atau bahasa non-peribumi, di samping bahasaMelayu, sebagai alat pengantarnya; dalam sistem itu bahasa Melayuditurunkan tarafnya sebagai salah satu ‘bahasa vernakular’ di negeriini, disamakan tarafnya dengan bahasa-bahasa kaum pendatang,padahal dalam sejarahnya sejak abad ke-13 atau ke-14 bahasa Melayutelah menjadi bahasa kerajaan, bahasa ilmu dan kesusasteraan tinggi,bahasa perdagangan, bahasa agama, dan bahasa diplomasi di seluruhrantau ini, mengatasi semua bahasa lain. Dalam zaman pemerintahanBritish di Tanah Melayu, bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayuitu sebagai bahasa ‘kemajuan’ pendidikan dan ekonomi orang Melayudan seluruh penduduk dari kaum-kaum lain (kaum pendatang zamanitu). Dasar itu mengasingkan orang Melayu dari bidang kegiatanekonomi pasaran, perniagaan atau perkedaian; orang Melayu dibiarkanmenjadi kaum tani, pesawah, nelayan dan pekebun kecil. Sektorpekerjaan terpecah berdasarkan kaum. Dasar imigresen British cukupterbuka dan bebas.

91

Mengapa Kami Bantah!

Minda Melayu mulai terkejut atau dikejutkan oleh situasi yangberbahaya itu. Dalam tahun-tahun 1930-an, melalui surat khabarMelayu, timbul suara-suara, yang dicetuskan oleh wartawan, penulisdan guru Melayu, yang kebanyakannya lulusan Maktab PerguruanSultan Idris Tanjung Malim, atau SITC, membandingkan keadaanekonomi dan pendidikan orang Melayu dengan ‘kemajuan’ kaum-kaumlain dalam bidang yang sama. Dalam sebuah rencana yang tersiardalam Majalah Guru keluaran bulan Mei, 1931, halaman 83-85,penulisnya berkata: ‘…jika tiada sekolah Melayu…perasaan kebangsaanMelayu yang sangat wajib menjadi semangat atau nyawa kemajuan itutidak ada bertambah subur seperti yang ada sekarang bahkan makinbertambah kurang dan hilang…’ (dipetik dalam Ahmad Adam 1994:51-52). Perhatikan bahawa istilah ‘perasaan kebangsaan’ sudah digunakandalam tahun 1931. Dalam majalah yang sama, pada halaman 127-128,seorang penulis lain berkata, ‘…sesungguhnya tiada ia (orang Melayu)boleh kasih akan bangsanya jika tiada kasih akan bahasanya (lihatAhmad Adam 1994, hal. 52). Ini kata-kata yang menunjukkankesedaran nasionalisme bahasa orang Melayu. Kesedaran ini timbulsebagai reaksi terhadap cabaran sosial, ekonomi dan pendidikan yangdilahirkan oleh dasar-dasar British di Tanah Melayu.

Jadi, faktor paling dominan yang mencetuskan perasaan bangsa ataunasionalisme itu ialah faktor rasa ketercabaran: apabila sesuatu bangsamerasakan bahawa identiti bangsanya tercabar oleh keadaan yangboleh menyebabkan hak dan kepentingan mereka tergugat ataumusnah, maka mereka akan mulai, secara sedar, membentuk semangatbangsa itu sebagai dorongan untuk bersatu-padu bagi ‘memper-juangkan’ dan mempertahankan hak dan kepentingan bangsa merekayang dianggap sedang terancam itu. Dalam keadaan biasa, kesedaranini mungkin tidak timbul, namun kesedaran itu tetap ada secara‘primordial’ atau wujud dalam bentuk ‘terpendam’ (dalam jiwa sesuatubangsa), tidak disedari.

Nasionalisme Melayu mulai dicetuskan dalam bentuk aktivismepolitik selepas Perang Dunia II, khususnya dalam tahun 1946 (terimakasih kepada penjajah British!), apabila British meng-umumkanrancangannya untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai koloni British.Raja-raja Melayu akan menjadi ‘subject’ Raja Inggeris, tidak lagiberdaulat di Tanah Air mereka. Penduduk Tanah Melayu dari kaum-kaum pendatang asing (maksudnya, yang datang dari kawasan di luar“Dunia Melayu”) akan secara automatik menjadi rakyat atau warga-negara Tanah Melayu atau rakyat ‘British Malaya’. Pada waktu itulahorang Melayu di seluruh Tanah Melayu bersatu padu untuk menentanggagasan Malayan Union itu, dan tiga ‘alat’ yang digunakan dandihidupkan sebagai alat perpaduan Melayu ialah bahasa Melayu,budaya Melayu dan agama Islam. Dalam tahun itu, orang Melayu

92

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

menubuhkan UMNO, sebuah pertubuhan politik kebangsaan Melayu,untuk memperjuangkan hak dan kepentingan politik orang Melayu ditanah airnya sendiri. Akhirnya Malayan Union digantikan dengan‘union’ baru yang disebut Federation of Malaya atau ‘PersekutuanTanah Melayu’ (1948). Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu1948 (Perkara No. 33), bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ditetapkansebagai bahasa rasmi dalam mesyuarat Majlis PerundanganPersekutuan, Dalam tahun 1949 seorang ahli Melayu Majlis Per-undangan Persekutuan, Zainal Abidin Abbas namanya, mem-bentangkan usul mendesak kerajaan supaya menjadikan bahasaMelayu, di samping bahasa Inggeris, sebagai bahasa yang wajibdiajarkan di semua sekolah bantuan kerajaan, dan semua ahli Majlisyang menyokong usul itu menyuarakan persetujuan mereka bahawabahasa Melayu ‘dapat menyatukan semua kaum-kaum di TanahMelayu’1. Orang Melayu mulai melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’,kemudian mereka menuntut kemerdekaan dengan memekikkan kataperjuangan ‘Merdeka!’. Dasar perjuangan UMNO pada waktu ituberpaksi pada tiga alat pembentukan tamadun bangsa Melayu yangasas, iaitu Bahasa Melayu, Agama Islam, dan Kebudayaan Melayu.Boleh dikatakan bahawa perjuangan itu berdasarkan kesedaran Alif, Ba,Ta, iaitu Agama, Bahasa (atau Budaya) dan Tanah Air.

Jadi, nasionalisme Melayu, atau menurut istilah Khoo Kay Kim(1991/1995), ‘semangat Melayu’, yang pada mulanya timbul sebagaisuatu kesedaran sosial, yakni kesedaran tentang nasib Melayu dalambidang ekonomi dan sosial (termasuk pendidikan) dalam tahun-tahun1930-an, akhirnya berkembang menjadi alat nasionalisme politik mulaitahun 1946 hinggalah tercapai kemerdekaan dalam tahun 1957.

Dasar Bahasa dan Perjuangan Bahasa di MalaysiaNasionalisme bahasa sering dapat kita lihat manifestasinya dalam duabentuk, iaitu dalam bentuk dasar bahasa di sesebuah negara dan dalambentuk gerakan aktivis yang disebut ‘perjuangan bahasa’. Di Malaysiadasar bahasa yang digubal selepas Kemerdekaan lahirnya daripadatuntutan nasionalisme Melayu supaya bahasa Melayu dijadikan bahasakebangsaan dan bahasa rasmi negara. Ini bukan tuntutan ‘emotional’atau fanatik tetapi didasarkan atas ‘realiti’ atau ‘keabsahan’ (‘legitimacy’)sejarah sosiopolitik bahasa Melayu yang kukuh, dan berdasarkanperanan bahasa Melayu dalam pembentukan tamadun supraetnik dansuprawilayah di rantau ini, peranan yang tidak ada tandingannyadengan bahasa-bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris dan bahasaBelanda. Sejak sekarang-kurangnya abad ke-13 bahasa Melayu telahmenjadi bahasa kerajaan-kerajaan Melayu-Islam, bahasa persuratan,

1. Hal ini dilaporkan oleh Utusan Melayu, keluaran 30 November 1949.

93

Mengapa Kami Bantah!

bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa penyebaran danpengembangan agama, khususnya agama Islam, di seluruh rantau ini,tidak sahaja di Tanah Melayu. Bahasa inilah juga yang telahberkembang sejak ratusan tahun sebagai lingua franca perdagangandan sosial yang dapat merentas sempadan etnik dan geografi bukansahaja di Tanah Melayu bahkan meliputi seluruh kawasan HindiaTimur Belanda (‘Dutch East Indies), iaitu Indonesia. Kerana itulahrantau ini disebut oleh orang Barat sebagai rantau ‘Malay Archipelago’.Apabila penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris muncul di rantau ini –rantau berbahasa Melayu - mulai abad ke-16, mereka mendapati sudahwujud di rantau ini suatu kesatuan tamadun yang tidak mudahdimusnahkan, seperti yang mereka lakukan terhadap pendudukperibumi di Amerika, iaitu tamadun yang dibentuk melalui bahasaMelayu – dan agama Islam – sejak ratusan tahun sebelum kedatanganmereka. Mereka terpaksa menggunakan alat yang sama, iaitu bahasaMelayu, untuk mengembangkan agama mereka, juga politik mereka,dalam kalangan penduduk setempat dari semua kumpulan etnik.Portugis yang memerintah Melaka selama lebih seratus tahun tidakberjaya membahasa-portugiskan orang Melayu atau mengubah agamaorang Melayu.

Bahasa inilah yang dijadikan ‘bahasa kebangsaan’ dan bahasa rasmiMalaysia selepas tahun 1957. Sejarah sosiopolitik bahasa Melayu itulahyang menjadi penentu Dasar Bahasa selepas kemerdekaan. Pilihan lainyang lebih munasabah dan praktikal tidak ada.

Perjuangan BahasaAkan tetapi oleh kerana bahasa ini ialah bahasa bangsa Melayu maka‘perjuangan’ untuk memajukan bahasa ini sebagai bahasa negara, tidakhanya sebagai bahasa orang Melayu, lebih banyak dilakukan oleh orangMelayu, baik orang perseorangan atau oleh persatuan dan kumpulanNGO Melayu. Misalnya, persatuan guru-guru Melayu dan pertubuhanbahasa, sastera dan budaya Melayu, termasuk Asas 50 (dan kemudian-nya PENA atau GAPENA selepas Kemerdekaan), giat memperjuangkanbahasa Melayu sehinggalah tuntutan dan desakan mereka diterima olehpihak yang menentukan dasar bahasa itu dalam tahun 1957.

Maka timbul soal, setelah dasar bahasa yang mengambil kiratuntutan golongan nasionalis bahasa Melayu itu digubal dan dijadikanundang-undang (yakni, dimaterikan dalam Fasal 152 Perlembagaan dandalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68) apakah orang Melayu masihperlu memperjuangkan untung nasib bahasanya lagi. Soal ini ber-gantung pada beberapa faktor, terutama faktor pelaksanaan dasar ituoleh kerajaan. Dalam negara pelbagai bangsa dan bahasa sepertiMalaysia, sering kali timbul masalah pelaksanaan dasar bahasa yangsudah dipersetujui itu. Politik etnik sering menjadi faktor yang

94

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

menentukan setakat manakah dasar itu dilaksanakan secara tegas olehkerajaan.

Sebagai gerakan massa, perjuangan bahasa Melayu secara ketaraberlaku dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1957 hingga tahun 1967.Gerakan ini secara khususnya berkait dengan adanya peruntukandalam Fasal 152 Perlembagaan 1957 bahawa Parlimen akan me-nentukan kedudukan bahasa Inggeris sepuluh tahun selepas ke-merdekaan. Dalam tempoh itu bahasa Inggeris masih kekal sebagaibahasa urusan rasmi kerajaan, di samping bahasa Melayu. Sebenarnya,yang akan diuji dalam tempoh itu bukan bahasa Inggeris tetapi bahasaMelayu. Parlimen akan mengkaji semula sama ada bahasa Melayu akandapat menjadi ‘bahasa rasmi tunggal’ atau sebagai bahasa untukdigunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan, menggantikan bahasaInggeris.

Jadi, nampaknya kedudukan atau nasib bahasa Melayu sebagai‘bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara’ masih perlu diuji selepastergubalnya dasar bahasa itu. Dari segi perspektif ‘nasionalis bahasaMelayu’, perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu dalamkedudukan politik barunya itu belum selesai. Penduduk PersekutuanTanah Melayu dari semua kaum etnik, selain bangsa Melayu sendiri,perlu menyokong bahasa dasar itu supaya kerajaan tidak menghadapiapa-apa masalah politik untuk melaksanakan dasar atau matlamatmenggantikan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasa‘urusan rasmi’ tunggal kerajaan selepas tempoh sepuluh tahun yangditetapkan oleh parlimen atau oleh Fasal 152 PerlembagaanPersekutuan.

Untuk tujuan itu maka dalam tempoh sepuluh tahun itu kerajaanmelancarkan siri gerakan bahasa, iaitu Gerakan atau Kempen MingguBahasa dan Bulan Bahasa, yang diketuai oleh pengarah DBP waktu itu,(Tun) Syed Nasir Ismail, yang kemudiannya mendapat jolokan sebagai‘Panglima Bahasa’. Gerakan bahasa anjuran kerajaan ini mendapatdukungan beberapa pertubuhan NGO bahasa dan budaya, yangpaling aktif ialah pertubuhan yang disebut Badan Bertindak BahasaKebangsaan (tertubuh dalam tahun 1964) dan mempunyai cawangan siseluruh Tanah Melayu. Ketuanya ialah orang DBP, Yahya Ismail, yangpernah menjadi Penolong Setiausaha kempen bahasa DBP [saya pernahmenjadi Setiausaha Pusatnya dari tahun 1964 hingga tahun 1966/67).Saya teringat semasa gerakan bahasa ini dijalankan, berlaku beberapatindakan oleh aktivis bahasa Melayu (mungkin ahli BBBK) atau orangperseorangan, mengecat beberapa papan tanda awam yang tertulisdalam bahasa Inggeris.

95

Mengapa Kami Bantah!

Protes BahasaApabila Parlimen akhirnya bersidang dalam tahun 1967 bagimembincangkan Rang Undang-undang Bahasa, beberapa banyak badanNGO Melayu berasa terperanjat. Mereka membantah beberapaperuntukan dalam Rang Undang-Undang itu yang oleh BBBK dianggaptidak menepati janji UMNO atau kerajaan untuk menjadikan BMsebagai ‘bahasa rasmi tinggal’. Bahasa Inggeris masih dikekalkan dalambeberapa bidang urusan rasmi kerajaan, terutama dalam bidangkehakiman. Keputusan lain yang dibantah ialah keputusan untukmengeluarkan notis-notis atau pengumuman kerajaan yang dianggap‘mempunyai kepentingan awam’ dalam bahasa-bahasa lain, selainbahasa Melayu. Dikatakan oleh pihak kerajaan yang menjawabbantahan itu bahawa pengumuman dalam pelbagai bahasa ini hanyaterjemahan dari naskhah asalnya dalam bahasa kebangsaan (BM). Pihakyang membantah meng-anggap bahawa itu ialah ‘taktik’ untukmenggalakkan penggunaan pelbagai bahasa dan melanggar semangatdasar bahasa yang asal (yang diperuntukkan dalam Fasal 152Perlembagaan 1957). Sekumpulan 9 orang peguam Melayu juga telahmenghantar memorandum bertajuk Rang Undang-Undang BahasaKebangsaan 1967: Memorandum Hussein Onn [dan kawan-kawan]2.Antara lain memorandum ini menghujah bahawa Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan yang dibentangkan di Parlimen padawaktu itu tidak menggambarkan atau tidak melaksanakan matlamatyang terkandung dalam Fasal 152 Perlembagaan, iaitu tentang statusbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kerajaan tidak mempedulikan kebanyakan daripada bantahan itu.Maka BBBK, secara kilat, menganjurkan suatu perhimpunan besar diBalai Budaya (kini Balai Tun Syed Nasir) DBP yang dihadiri oleh kira-kira 1500 orang peserta mewakili pelbagai pertubuhan, termasuk orangperseorangan, untuk membantah Rang Undang-Undang itu. Kemudiansekumpulan aktivis bahasa Melayu mengadakan perarakan yangterkenal sebagai Perarakan Keranda 152 menuju ke Kediaman PM danke Parlimen untuk menghantar memorandum bantahan, tetapi per-arakan itu disekat dan dihalau oleh pasukan Polis Pencegah Rusuhan.Akhirnya luluslah Akta Bahasa Kebangsaan 1967/19683.

2. Hussein Onn pada waktu itu menjadi peguam; kemudian beliau menjadi PM Malaysia ke-3.

3. Perlu dicatat bahawa Seksyen 8 Akta ini, yang menimbulkan kontroversi, telah dipinda dan pindaan itu berkuatkuasa mulai 1 Jun 1990.

96

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Selepas Tahun 1970Suatu perkembangan baru berlaku selepas tercetusnya rusuhan kaumpada 13 Mei 1969. Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN yangditubuhkan untuk memulihkan keadaan membuat keputusan untukmelaksanakan dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasapengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Baru mulaitahun 1970-lah kerajaan mengambil tindakan untuk melaksanakanperuntukan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1961 untukmenukarkan sekolah jenis kebangsaan aliran bahasa Inggeris, yangsebelum itu masih tetap wujud, kepada aliran sekolah kebangsaan yangmenggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.Jadi, semua sekolah jenis kebangsaan Inggeris diserap ke dalam sistemsekolah kebangsaan. Proses pemindahan atau ‘conversion’ ini kira-kiratamat dalam tahun 1981 apabila bermula dari tahun itu atau tahun 1982semua kursus pertama yang diajarkan di Institusi Pengajian TinggiAwam (IPTA) dikehendaki diajarkan dalam bahasa Melayu4.

Bahasa Nasionalis dan Bahasa NasionisDi negara membangun bekas tanah jajahan kuasa Barat, dasarbahasanya sering kali menghadapi masalah pertentangan ataupersaingan antara fungsi bahasa anak negeri dengan fungsi bahasabekas kuasa penjajah dalam proses pembinaan negara. Joshua Fishman(1968), pemikir ‘politik bahasa’ atau perancangan bahasa Barat yangterkenal, dalam usahanya untuk mencari formula atau dasar bahasaapakah yang sesuai untuk negara bekas tanah jajahan Barat di Afrikadan di Asia, berpendapat bahawa di negeri itu perlu ada dua bahasayang memainkan dua peranan yang berlainan. Satu ialah peranan ataufungsi nasionalis yang sesuai diserahkan kepada bahasa peribumi,mengingat adanya kesedaran yang kuat dalam kalangan pendudukperibumi untuk mengekalkan bahasanya sebagai alat perpaduan, atausebagai lambang identiti bangsa; tetapi bahasa ini dianggap ‘tidaklayak’ atau ‘belum layak’ untuk memainkan peranan sebagai alat untukmemajukan negara. Fungsi ini, yang oleh Fishman disebut language fornationist function, hendaklah diserahkan kepada bahasa bekas kuasapenjajah (Inggeris atau Perancis, misalnya) yang juga disebutnyasebagai ‘Language of Wider Communication’ (LWP), bahasa untuk‘komunikasi luas’, maksudnya bahasa yang mampu digunakan juga di

4. Seyogia diingatkan bahawa dalam tahun 1965 sekumpulan pelajar sekolah menengah kebangsaan Aminuddin Baki telah diberi peluang melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya untuk mengikuti kursus-kursus ijazah pertama dalam bahasa kMelayu. Dalam tahun 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan. Universiti ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.

97

Mengapa Kami Bantah!

luar negeri berkenaan, yakni di peringkat antarabangsa. Jadi, menurutFishman, dalam negara bekas tanah jajahan Barat itu perlulah ada dasarbahasa yang bercorak diglossic, yakni berdasarkan dua bahasa yangmemainkan dua peranan yang berbeza: yang satu, iaitu bahasasetempat, bahasa anak negeri, perlu dikekalkan sebagai alat nasionalisatau sebagai ‘lambang bangsa’ atau sebagai alat perpaduan etnik ataubangsa, yang satu lagi, bahasa Barat, yang perlu dikekalkan dandimajukan di negara itu sebagai alat ‘nationist’, yakni sebagai alatkemajuan negara dalam bidang pembangunan ekonomi, teknologi,pentadbiran kerajaan dan pendidikan tinggi.

Penjajahan Bahasa atau Linguistic ImperialismSaya menganggap teori dasar bahasa dualistik nasionalis-nasionisseperti yang dikemukakan oleh Fishman itu sebagai teori penjajahanbahasa. Boleh jadi dasar bahasa seperti itu sesuai di negara bekas tanahjajahan Barat yang tidak mempunyai satu pun bahasa anak negeri yangdalam sejarahnya telah memainkan peranan sebagai pembentuktamadun tinggi seperti bahasa Melayu, atau telah wujud di negara itusuatu lingua franca peribumi sebagai bahasa komunikasi luas, yangdapat merentas sempadan etnik dan geografi, seperti bahasa Melayu.Namun walau apa pun keadaannya, dasar bahasa seperti itu tidakmenjamin bahawa bangsa, bahkan negara berkenaan, akan maju.Mengapa? Sebabnya ialah, bangsa itu tidak diberikan peluang olehpihak yang berkuasa untuk memajukan diri mereka melalui bahasamereka sendiri. Yang maju bukan bangsa itu seluruhnya, tetapimungkin segelintir manusia yang menguasai bahasa asing (Inggerisatau Perancis) sebagai alat untuk memajukan diri mereka dalambidang-bidang yang berpengaruh. Buktinya dua: (a) di kebanyakannegara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancissebagai bahasa rasmi, atau sebagai bahasa rasmi utama, atau sebagaibahasa nationist function, bangsa mereka, bahkan negara mereka, tidak‘maju’, malah ada yang makin mundur dan terus miskin. (b) di negarakita, semasa bahasa Melayu tidak diberikan peluang untuk menjadi alatkemajuan bangsa Melayu, misalnya dalam bidang pendidikanmenengah dan tinggi, orang Melayu rata-rata cukup mundur dalambidang itu. Kebanyakan mereka hanya terdidik dalam bahasa Melayudi peringkat sekolah rendah Melayu sahaja. Yang menentukan‘kemajuan’ negeri ialah golongan elitis berbahasa Inggeris. Tetapiselepas kemerdekaan, apabila bahasa Melayu dijadikan alat pengantarutama dalam sistem pendidikan kebangsaan hingga ke peringkatpengajian tinggi, kita dapat melihat berpuluh ribu orang Melayumenjadi ahli sains, doktor perubatan, akauntan, dan lain-lain, danribuan sarjana Melayu dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk sains danmatematik, yang terdidik dalam bahasa Melayu.

98

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Sama ada kita menyedarinya atau tidak, dari segi budaya danamalan dasar bahasa, kita sedang melakukan pelbagai perbuatan yangkesannya boleh membawa negara ini kembali ke zaman sebelumkemerdekaan itu: kita hendak mengembalikan bahasa Inggeris sebagaipenentu kemajuan bangsa Melayu, tidak lagi bahasa Melayu. Dan inisaya anggap sebagai dasar atau pemikiran linguistic imperialism. Apamakna ‘linguistic imperialism’? Tollefson (1991), seorang penulis Barat,membincangkan soal bagaimana dasar mengutamakan bahasa Inggerisdi negara bukan berbahasa Inggeris sebagai bahasa ‘elitis’ atau bahasapihak yang berkuasa dengan mewujudkan keadaan tidak adil, misalnyadalam bidang ekonomi dan pendidikan, kepada komuniti ataugolongan dalam masyarakat yang tidak menguasai bahasa itu. MenurutTollefson, model kemajuan atau pembangunan yang menjadi acuanmereka ialah model Barat, dan untuk mengembangkan model itu, alatyang digunakan mestilah bahasa Inggeris dan inilah keadaan yangmenyebabkan berlakunya kemajuan yang tidak seimbang atau tidakadil antara negara atau komuniti di merata dunia.

Menurut Phillipson dalam bukuya Linguistic Imperialism (1992),imperialisme bahasa Inggeris ialah ‘…the dominance of English is assertedand maintained by the establishment and continuous reconstruction ofstructural and cultural inequalities betweeen English and other languages(hal.47). Imperalisme bahasa Inggeris, menurut Phillipson adalahcontoh ‘linguicism’ yang ditakrifkan sebagai ‘ideologies, structures, andpractices which are used to legitimate, effectuate, and reproduce an unequaldivision of power and resources (both material and immaterial between groupswhich are defined on the basis of language’. Ketidakadilan struktural danbudaya ini memastikan bahawa sumber-sumber materialistik lebihbanyak diagihkan kepada bahasa Inggeris dan tidak kepada bahasa-bahasa lain, dan tujuannya ialah untuk menguntungkan orang yangmenguasai bahasa Inggeris (hal.47). Dalam suatu tulisan beliau yanglain (1999, juga dalam 1992), Phillipson berkata: ‘The expansion of Englishin the postcolonial post-Communist worlds has not been left to chance but hasbeen deliberately promoted by the American and British governments whichhave been concerned with promoting corporate interests and investments. Theteaching and learning of English is itself a multibillion-dollar business, thelargest generator of income for the British economy after oil. English forbusiness is business for English. The English teaching business has beenconsidered as second only to drug trafficking in its importance in somecountries, an anology that is perhaps flippant but is also illuminating. Edictionto the drug of English is a widespread phenomenon (Phillipson dalam JoshuaA.Fishman, 1999, hal.96)5.

99

Mengapa Kami Bantah!

Malaysia kembali ke zaman penjajahan?Saya kira penjajahan bahasa Inggeris atau ‘linguistic imperlialism’bahasa Inggeris (menurut penjelasan di atas) sedang berlaku dan yangakan berlaku di negara ini apabila ideologi bahasa Inggeris digembar-gemburkan oleh beberapa pemimpin kerajaan dan disambut oleh pihakmajikan, terutama dalam sektor ekonomi swasta, sebagai syarat wajibuntuk mendapat pekerjaan, untuk maju dalam bidang pendidikan,untuk menjadi mengajar di sekolah dan di IPTA, dan sebagainya.Beratus-ratus ribu, mungkin berjuta rakyat Malaysia yang selama initerdidik dalam BM dan yang berkelayakan tinggi dalam bahasa inidalam pelbagai bidang, tiba-tiba diberitahu ‘anda tidak layak keranaanda tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris’. Itulah nasibyang menimpa lebih 85% daripada orang Melayu yang menjadi rakyatTanah Airnya dalam zaman penjajahan British dahulu.

Orang semakin lantang menegaskan bahawa bahasa Inggeris, bukanbahasa Melayu, penting untuk kemajuan bangsa Melayu dan negara.Tetapi, menurut mereka, ini tidak akan menggugat kedudukan bahasaMelayu. Menurut mereka, nilai BM sebagai bahasa ‘perpaduan bangsa’(entah apalah yang mereka maksudkan dengan kata-kata ini, saya tidakpasti) atau sebagai ‘bahasa kebangsaan’ tetap penting dan tarafnyasebagai ‘bahasa rasmi’ negara sebagaimana yang telah ditetapkandalam Perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan tidak akanberubah. Memanglah di atas kertas dasar itu tidak berubah, tetapi diluar bermacam-macam perubahan berlaku dan dilakukan sehinggakesannya ialah, dasar yang asal, yang dikatakan tidak berubah itu,makin lama makin tidak bermakna lagi atau semakin tidak dihormatiorang.

5. Terjemahan bebas: Peluasan dan pengembangan bahasa Inggeris di dunia pasca zaman kolonial dan selepas zaman komunisme tidaklah berlaku begitu sahaja tetapi dipromosi secara sedar dan sengaja (terancang) oleh kerajaan Amerika dan kerajaan British yang memberikan perhatian yang serius terhadap usaha untuk memajukan kepentingan korporat dan pelaburan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri merupakan bidang perniagaan multibilion dolar, penjana pendapatan yang terbesar bagi ekonomi British selaing perniagaan minyak. Bahasa Inggeris untuk perniagaan bererti perniagaan bagi bahasa Inggeris. Perniagaan pengajaran bahasa Inggeris telah dianggap sebagai perniagaan yang kedua besarnya di samping pengedaran dadah dari segi pentingnya (nilai ekonomi/perniagaannya) di sesetengah negeri. Perbandingan ini barangkali agak melulu tetapi ia juga mendedahkan hakikat bahawa ketagihan terhadap dadah bahasa Inggeris merupakan fenomena yang cukup meluas (di sesetengah negara).

100

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Dua sektor bahasa yang bersaingKini kita melihat wujudnya dua sektor bahasa yang jelas di negara ini.Yang satu ialah sektor pembangunan yang dikuasai oleh bahasaInggeris, dan yang satu lagi ialah sektor urusan pentadbiran negarayang masih menggunakan bahasa Melayu sebagai ‘bahasa utamanya’,walaupun proses hakisan dasar ini juga sedang berlaku. Lebih-lebihlagi dalam sektor pendidikan negara, kita melihat wujudnya dua sektoryang berlainan, yang satu ialah sektor pendidikan swasta yangmenggunakan bahasa Inggeris sebagai alat pengantar tunggalnya, danyang satu lagi ialah sektor pendidikan awam yang nampaknya sedangmenjurus ke arah penggunaan bahasa Inggeris, khususnya dalampengajian matematik dan sains. Padahal Akta Institusi Pengajian Swasta(IPTS) 1996 dan Akta Pendidikan 1996 (yang menggantikan AktaPelajaran 1961) tetap menegaskan dasar yang asal, iaitu bahasakebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar utama diIPTS. Walaupun menteri pelajaran diberi kuasa untuk mengecualikanperaturan dasar ini dengan membenarkan sesuatu kursus atausebahagian besar dari kursus itu diajarkan dalam bahasa Inggeris, inibukan dasar pokok, tetapi hanya kuasa untuk melakukan pengecualian.Malangnya, sejak tahun 1996 yang dilaksanakan oleh kerajaan ataumenteri pelajaran ialah pengecualian itu bukan dasar penggunaanbahasa kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama diIPTS. Jadi, amalan bertentangan dengan dasar. Semua IPTS (termasukIPTS yang ditubuhkan oleh syarikat korporat/perbadanan milikkerajaan seperti PETRONAS, Telekom dan Tenaga Nasional)dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarutama dalam semua kursus.

Perubahan Bahasa Pengantar Kursus Sains dan MatematikPukulan paling hebat terhadap dasar bahasa yang asal (yang dikatakantidak berubah itu) dan terhadap dasar pendidikan ke-bangsaan ialahkeputusan mengubah bahasa pengantar matematik dan sains daribahasa Melayu ke bahasa Inggeris, dari sekolah rendah hingga keperingkat pengajian tinggi. Ini perubahan yang oleh sesetengah orangdianggap tidak bijaksana, malah ada yang berkata, tidak masuk akaldan tidak sah dari segi perlembagaan atau undang-undang bahasa danAkta Pendidikan yang ada. Menurut mereka, hanya Parlimen sahajayang boleh mengubah dasar bahasa itu.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu dari peringkat rendah,yang penguasaan bahasa Inggerisnya lemah, sangat serius. Padahalsebelum itu, mereka tidak menghadapi masalah yang berat mengikutimata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu, bahasa yangmereka kuasai. Sudah pun banyak pelajar Melayu dan bukan Melayu –ribuan banyaknya - yang berkelulusan peringkat ijazah pertama, ijazah

101

Mengapa Kami Bantah!

sarjana malah ijazah Ph.D dalam bidang sains dan matematik yangmereka pelajari dalam bahasa Melayu.

Tidak ada negara yang maju (kecuali negara mundur atau negaratakluk kuasa Anglo-Amerika) yang memaksa kanak-kanak merekabelajar sains dan matematik dalam bahasa asing bermula dari haripertama mereka bersekolah. Kita di Malaysia nampaknya lebih bijakmenimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah.

Nasionalis bahasa Melayu Anti-bahasa Inggeris? Kita juga sering mendengar orang Melayu, termasuk beberapapemimpin Melayu, berkata bahawa orang Melayu yang menyibukkandiri ‘memperjuangkan’ bahasanya ialah ‘fanatik bahasa’ dan ‘anti-bahasa Inggeris’. Tetapi ini cakap-cakap orang yang emosional, tidakmahu berfikir secara lebih mendalam dan lebih bijaksana. Kalauditanya, mana buktinya yang menunjukkan bahawa orang Melayu itu‘gila bahasa Melayu’ atau anti-bahasa Inggeris, mereka pasti tidak akandapat menjawabnya dengan bukti yang nyata. Tidakkah kita sedarbahawa selepas kemerdekaan, bahasa Inggeris dijadikan bahasa yangwajib dalam sistem pendidikan kebangsaan. UMNO dan orang Melayutidak membantah dasar itu, walaupun mereka memperjuangkan bahasaMelayu. Orang putih pun tidak berani mewajibkan bahasa Inggerisdiajarkan kepada kanak-kanak Melayu di sekolah Melayu dahulu.Mungkin itu pun merupakan dasar mereka untuk menghalang orangMelayu menguasai bahasa Inggeris kerana takut bahasa itu akandigunakan oleh bangsa Melayu untuk mencabar kuasa mereka melaluibahasa mereka, seperti yang berlaku di tempat lain, misalnya di India.Kalau dahulu guru-guru Melayu yang rata-rata tidak menguasai bahasaInggeris memperjuangkan kedudukan BM, hari ini yang lebih banyakmemperjuangkan bahasa Melayu ialah orang Melayu yang menguasaibahasa Inggeris, orang yang cukup fasih berkomunikasi dalam bahasaInggeris ragam tinggi. Apakah mereka membenci bahasa Inggeris?Tentu tidak. Yang mereka benci bukan bahasa Inggeris tetapi ialahpenjajahan bahasa Inggeris. Yang mereka tentang ialah, dasar untukmengembalikan imperialisme/penjajahan bahasa Inggeris di negara ini,dasar yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia berbahasa Melayu,rakyat Malaysia yang berpendidikan dalam bahasa Melayu – bahasaMelayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara –tidak mendapat peluang untuk maju dalam bahasa ini kerana adanyaseruan atau ‘dasar kedua’ (dasar yang tidak ada dalam Perlembagaanatau dalam Akta Bahasa Kebangsaan, dasar yang tidak pernah di-putuskan oleh Parlimen) bahawa bahasa Inggeris ialah syarat utamauntuk menjadi bangsa yang maju di negara ini. Inilah yang ditentang,iaitu ideologi bahasa itu atau agenda imperialismenya, bukan bahasa

102

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Inggeris itu, atau bahasa apa pun. Padahal bukan mereka tidak tahu,sudah ada puluhan ribu orang Melayu dan warga Malaysia dari kaumlain yang telah mencapai kejayaan dan kemajuan yang cemerlangdalam bidang sains, matematik, perubatan dan melalui pendidikandalam bahasa Melayu dai darjah satu sampai ke IPTA.

‘Melayu tidak akan hilang Identiti Melayunya kalau mereka mengetahui bahasa Inggeris’Kemudian, kita ada mendengar segelintir orang Melayu, terutamapemimpin besarnya sejak dahulu, yang berkata bahawa orang Melayutidak akan hilang identiti Melayunya jikalau mereka mengetahui bahasaInggeris. Macam-macam alasanlah digunakan untuk mempengaruhiorang ramai bahawa orang Melayu tidak usahlah takut mempelajaribahasa Inggeris. Lagi sekali kita bertanya, mana buktinya bahawa orangMelayu takut mempelajari/menguasai bahasa Inggeris? Isu ini tidaktimbul langsung. Kata-kata itu boleh mengelirukan rakyat, seolah-olahmaksudnya atau implikasinya ialah, orang Melayu bolehlah mengor-bankan bahasa mereka, menggantikannya dengan bahasa Inggeris,sebab pengorbanan itu tidak akan menukar bangsa Melayu menjadibangsa Inggeris! Ingatlah, penduduk asli Hawai dan pendudukperibumi lain di Amerika, di Australia dan di New Zealand, sudahtinggal sebagai bahan atau artifak budaya dan pelancongan sahaja.Itulah sahaja ‘identiti’ yang masih ada pada mereka, iaitu rupa badanmereka, adat asli mereka, bahasa etnik mereka. Mereka tidak maju lagikerana bahasa mereka sudah dimusnahkan. Dan jangan lupa jugabahawa di Asia atau di Asean, negara berbahasa Inggeris yang besarialah Filipina, tetapi bangsa atau negara Filipina tidak lebih maju daribangsa Jepun atau Korea, atau negara Thai, bahkan juga Indonesia yangmementingkan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai alatkemajuan bangsa di dalam negara sendiri.

Jadi apabila orang menimbulkan soalan: ‘mana lebih penting, majubangsa atau maju bahasa’, kita kena mencabar pendapat yang songsangini dengan soalan: bagaimanakah bahasa Melayu akan maju jikalaukemajuan bangsa Melayu tidak dilakukan dalam bahasa Melayu tetapidalam bahasa orang lain, bahasa Inggeris? Bagaimanakah bahasaMelayu akan maju dalam bidang ilmu misalnya jika ia tidak digunakansebagai bahasa ilmu? Banyak bangsa di dunia pupus atau hampirpupus kerana bahasanya tidak digunakan atau disekat untukberkembang sebagai alat kemajuan bangsa itu. Teori yang benar – danyang terbukti berdasarkan sejarah pembentukan tamadun setiap bangsadi dunia – ialah, bahasa maju apabila bahasa itu digunakan sebagai alatkemajuan bangsanya.

103

Mengapa Kami Bantah!

Tidak salah mengetahui bahasa asing Mengetahui bahasa Inggeris atau bahasa apa pun selain bahasa sendiri,memang tidak salah, malah baik. Tidak ada orang Melayu yang berkataini salah, berdosa! Tetapi apakah fungsi bahasa asing itu kepada bangsayang mengetahui bahasa asing itu: soal inilah yang perlu kita fikirkan.Tentu sahaja pentingnya bukanlah untuk menggantikan bahasa kitasebagai alat kemajuan bangsa sendiri. Apalah gunanya kita mengetahuibahasa lain kalau tujuannya ialah untuk berkomunikasi antara bangsasendiri dalam bahasa itu: di rumah, di kedai, di pasar, di restoran, ditempat kerja, di kilang, di pejabat dan sebagainya? Tidak cukupkahbahasa kita sendiri sebagai alat komunikasi dalam semua bidang itu?Baru-baru ini dalam Seminar membincangkan Peradaban Melayu,majlis perasmiannya dipenuhi dengan bahasa Inggeris, semua orangMelayu di majlis itu bercakap dalam bahasa Inggeris. Anehnya, orangEropah yang turut berucap dalam majlis itu berucap dalam bahasaMelayu! Dan ada kertas kerja yang membincangkan budaya dantamadun Melayu disampaikan oleh orang Melayu dalam bahasaInggeris, padahal hampir 98% peserta yang hadir mengetahui bahasaMelayu di peringat tinggi, bukan di peringkat ragam bahasa Melayupasar. Apa hendak jadi kepada bangsa kita ni!

Kita mengetahui bahasa asing bukan untuk menggantikan bahasasendiri tetapi untuk tujuan-tujuan tertentu. Misalnya, untuk mencariilmu yang terdapat dalam kepustakaan bahasa asing itu; atau, kalauperlu, untuk menuntut ilmu di luar negeri (di Jepun, di Perancis, dinegeri berbahasa Arab, misalnya), tidak hanya di negara berbahasaInggeris, atau untuk menjadi diplomat di negeri asing, atau untukmenyampaikan kertas kerja di luar negeri, dan sebagainya. Berapaorangkah daripada penduduk Malaysia yang berjumlah lebih kurang 25juta ini, yang hendak menjadi diplomat, hendak pergi ke Amerika,Britain dan Australia untuk menuntut ilmu – ilmu yang kebanyakannyadapat dituntut di negeri kita dalam bahasa kita – dan berapa orangkahrakyat Malaysia yang hendak membentangkan kertas kerja dalambahasa Inggeris atau menghadiri persidangan peringkat antarabangsadi luar negeri?

Bagi memajukan bangsa kita (yang kebanyakannya tidakmengetahui atau tidak perlu mengetahui bahasa asing itu di peringkattinggi) kita wajib menggunakan bahasa sendiri sebagai alatnya, keranabahasa bukan hanya sekadar sistem linguistik; lebih penting lagi,bahasa ialah sistem budaya dan sistem kognitif, yang memainkanperanan sebagai alat untuk mencetuskan kreativiti minda atau akalbudi bangsa sendiri, alat pembina tamadun bangsa. Ilmu yangdiperoleh dari khazanah bahasa asing perlu dikembangkan secarakreatif, di negeri sendiri dan dalam kalangan bangsa sendiri dalam

104

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

bahasa yang difahami oleh bangsa kita, iaitu bahasa Melayu. Prosespemindahan hasil tamadun luar secara kreatif ke dalam tamadunsendiri ini dilakukan oleh banyak bangsa lain. Bangsa Melayu telahmelakukan proses ini berzaman-zaman lamanya melalui pertembunganmereka dengan tamadun dari dunia India, dunia Islam, dan dunia lainlagi. Apakah dengan cara ini bangsa dan negara kita tidak akan maju?Bangsa Eropah baru maju dalam bidang ilmu dan sains mulai abad ke-16 atau ke-17 setelah bahasa Latin digantikan oleh bahasa kebangsaanbangsa Eropah masing-masing. Bahasa Inggeris berkembang sebagaibahasa ilmu bukan kerana bahasa ini luar biasa sifat linguistiknyatetapi kerana bahasa ini banyak sekali meminjam kata-kata dari bahasaLatin dan Greek dan kerana adanya sejumlah orang dari bangsa merekayang berfikir, menulis dan mengembangkan ilmu secara kreatif dalambahasa sendiri. Hari ini tidak ada satu pun ayat dalam bahasa Inggeris,terutama ayat bahasa ilmu, yang tidak mengandungi kata-katapinjaman. Begitu juga proses yang berlaku dalam sejarah bahasaMelayu. Para pemikir dan penulis bangsa Melayu sejak abad ke-16 atauke-17 menghasilkan pelbagai karya tentang ‘ilmu Islam’ (misalnya ilmufiqh, usuluddin, falsafah Islam, tasawuf Islam) dalam bahasa Melayu,tidak dalam bahasa Arab, walaupun mereka pada mulanyamemperoleh ilmu itu melalui bahasa Arab).

Orang Melayu mesti fasih dalam dua bahasa: Melayu-Inggeris Kita sering juga mendengar orang berkata bahawa orang Melayuhendaklah menjadi bangsa yang fasih dalam dua bahasa, iaitu bahasaMelayu dan bahasa Inggeris supaya mereka tidak akan ditinggalkanoleh segala bidang ilmu dan teknologi yang kini sedang pesat berlakudalam bahasa Inggeris, supaya mereka tidak akan terputus dengandunia global, atau dengan ‘dunia maklumat’ yang kebanyakannyadisebarkan, misalnya melalui internet, dalam bahasa Inggeris. Iniseruan yang cukup baik. Tetapi masalahnya ialah, sistem pendidikanselama ini nampaknya gagal menjadikan pelajar kita, terutama pelajarMelayu di luar bandar, mahir dalam bahasa Inggeris, bahkan banyakjuga pelajar Melayu yang gagal atau lemah dalam bahasa Melayu.Bayangkanlah, setelah pelajar itu mengikuti mata pelajaran bahasaInggeris (mata pelajaran yang wajib) selama sebelas tahun di sekolah(dari sekolah rendah hingga ke Tingkatan V), kebanyakan merekamasih cukup lemah dalam bahasa Inggerisnya. Apakah ini salah pelajaritu atau apakah sukatan pelajaran dan kaedah mengajar bahasa ituyang lemah? Lalu kita cuba menyelesaikan masalah ini denganmenimbulkan masalah lain lagi: memaksa pelajar Melayu itumempelajari matematik dan sains dalam bahasa Inggeris! Sedangkanbahasa Inggeris pelajar itu – dan bahasa Inggeris guru sendiri - cukuplemah. Akibatnya, pelajar Melayu bukan sahaja tidak menjadi lebih

105

Mengapa Kami Bantah!

fasih berbahasa Inggeris, malah mereka akan gagal dalam ilmumatematik dan sains kerana diajarkan dalam bahasa yang mereka tidakfaham.

Bahasa Inggeris sebagai ‘bahasa global’ – peduli apa!Ada pihak yang menekankan pentingnya bahasa Inggeris keranabahasa ini ialah bahasa ‘global’, bahasa teknologi, bahasa ICT, bahasainternet, bahasa perdagangan antarabangsa dan lain-lain lagi. Tiadasiapa yang menafikan hakikat ini, tetapi apabila kita menggunakanalasan ini untuk menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggerissebagai bahasa pembangunan dan kemajuan sosial, budaya, ekonomi,perniagaan dan teknologi dalam negeri sendiri, inilah yang perlu kitaberwaspada. Gerakan dan perasaan menentang proses globalisasi yangdianggap sebagai bentuk penjajahan baru (neo-kolonialisme), yaknipenjajahan teknologi, penjajahan budaya, termasuk penjajahan bahasaInggeris seperti yang disebut oleh Phillipson (di atas tadi), penjajahanekonomi ‘pasaran bebas’ dan penjajahan ideologi, yang dibawa melaluibahasa Inggeris terutamanya, makin merebak. Kesedaran nasionalisme,atau menurut istilah John Naisbitt dalam bukunya Global Paradox(1995), ‘tribalism’, berlaku di mana-mana sekarang ini, termasuk juga diEropah, tidak sahaja di negara “Dunia Ketiga”. Kalau dahulu bahasaInggeris secara langsung menjadi alat penjajahan di dalam negara kitaapakah sekarang tidak mungkin proses yang sama akan berlaku lagi,kali ini melalui globalisasi bahasa Inggeris ini yang boleh jadi di-lancarkan secara sedar oleh pakatan Amerika-Britain untuk menguasaiminda bangsa kita, menguasai ekonomi kita, memusnahkan budayadan agama kita? Jikalau proses ini berlaku maka kita ber-tanggungjawab kepada bangsa dan negara Malaysia untuk mencegahproses ini dengan membina pembangunan menurut acuan bangsa kitasendiri melalui dasar-dasar kebangsaan dalam bidang budaya,pendidikan, ekonomi dan pendidikan. Dan acuan pembangunankebangsaan ini hanya dapat kita lakukan sesuai dengan keadaan atauetos kita melalui bahasa yang difahami oleh majoriti rakyat Malaysia,iaitu bahasa kebangsaan negara kita. Di peringkat negara, bahasaMelayu tidak lagi berfungsi hanya sebagai ‘lambang kebangsaan’ orangMelayu, tetapi sudah berfungsi atau seharusnya berfungsi sebagaibahasa supraetnik, atau sebagai alat nasionis (meminjam istilahFishman), alat pembinaan negara.

Perjuangan Bahasa yang Belum Tamat Sebagai agenda negara, perjuangan untuk mempertahan fungsi bahasaMelayu sebagai alat kemajuan semua penduduk Malaysia nampaknyabelum selesai. Hari ini kita lebih sibuk menyelesaikan masalah yangditimbulkan oleh orang yang cuba memusnahkan dasar bahasa yang

106

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

ada selama ini. Apakah ini masalah atau agenda Melayu sahaja ataumasalah negara? Kalau ini masalah negara maka tugas ini seharusnyamenjadi tanggungjawab kerajaan dan rakyat Malaysia bersama. Tetapikalau timbul keadaan yang boleh menyebabkan terancamnya bahasaMelayu sebagai alat kemajuan bangsa Melayu di negara ini, makanampaknya orang Melayu sendirilah yang harus bertindak untukmenentang ancaman itu. Dasar bahasa dan dasar pendidikankebangsaan yang terbentuk selepas tahun 1957 mungkin tidak akanterlaksana jikalau tidak ada desakan daripada badan-badan NGOMelayu pada masa sebelum dan beberapa tahun selepas tahun itu.Sebagai contoh, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu (KPGMS),yang ditubuhkan pada 14 April 1946, mengadakan mesyuarat agungdalam bulan Disember 1957 untuk menggesa ahli-ahlinya keluar dariUMNO sekiranya kerajaan tidak segera melaksanakan penubuhansekolah menengah Melayu. Oleh kerana sambutan kerajaan, terutamaMenteri Pendidikan waktu itu agak dingin, maka KPGMS, dalammesyuarat agung tergemparnya pada 31 Januari 1958 memberi arahankepada ahli-ahlinya supaya dalam tempoh 15 hari keluar beramai-ramaidari UMNO. Selepas tempoh itu sebanyak 10,000 anggota KPGMS yangsejak penubuhannya menjadi tulang belakang UMNO, keluar dariUMNO. Akibatnya, dalam Pilihan Raya Umum tahun 1959, UMNOatau Parti Perikatan telah hilang kekuasaannya di Kelantan danTerengganu (Ahmat Adam 1994: 79). Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAShari ini) menggunakan isu bahasa itu untuk memancing undi Melayu.Maka takutlah UMNO dan kerajaan.

Hari ini orang Melayu tidak mempunyai badan NGO seperti itu lagi.Kerana inilah agaknya perjuangan bahasa Melayu tidak mendapatperhatian yang serius daripada penggubal dan pelaksana dasar kita.PAS pula nampaknya tidak lagi ghairah untuk memperjuangkanbahasa Melayu kerana barangkali parti itu tidak mahu menyakitkanhati pengundi bukan Melayu. Tetapi Jawatankuasa Menuntut (suqiu)dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia ditakuti oleh parti-partipolitik Cina. Mereka terus mendesak kerajaan untuk memperjuangkankepentingan kaum Cina, termasuk kepentingan bahasa, budaya danpendidikan kaum Cina. Mereka boleh berkata: jikalau kerajaan tidakmengindahkan tuntutan mereka, mereka akan menyokong partipembangkang. Dalam tahun 1999, misalnya, mereka menghantarmemorandum mengandungi 89 tuntutan kepada kerajaan. TetapiPerdana Menteri waktu itu (Tun Dr. Mahathir Mohamad) menolaktuntutan itu dengan alasan bahawa ia tidak selaras dengan ‘kontraksosial’ yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tetapi itu tidakbererti tuntutan-tuntutan itu akan dilupakan begitu sahaja. OrangMelayu, kata sesetengah orang, mudah lupa. Apabila sudah terlaluterdesak, baru mereka sedar dan mungkin hendak ’mengamuk’ dan

107

Mengapa Kami Bantah!

menjulang keris, tetapi pada ketika itu, keadaan sudah menjadi faitaccompli, tidak dapat dibuat apa-apa lagi.

Tidak dapat dibuat apa-apa lagi? Belum terlambat. Masih adapeluang untuk orang Melayu menyelamatkan bahasanya daripadadimusnahkan sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa sains dan bahasamatematik. Banyak orang sudah tahu bahawa pelaksanaan ‘dasar baru’yang berkaitan dengan perubahan bahasa pengantar dalam matapelajaran sains dan matematik itu, sedang mengalami banyak masalah.Kaum Cina pun takut dasar itu boleh memusnahkan bahasa Cinadalam sistem pendidikan di negara ini. Mereka secara mutlak tidakbersetuju dengan keputusan kerajaan itu. Barangkali NGO Melayu danNGO Cina boleh bekerjasama untuk memperjuangkan ‘kepentinganbersama’ dalam hal ini. Yang harus ditentang bukan bahasa Inggeristetapi ialah dasar yang boleh menjadikan bahasa Inggeris itu sebagaialat penjajahan di negara ini – menurut takrif imperialisme bahasasebagaimana yang dijelaskan tadi.

Ahli sains, pakar matematik dan para sarjana Melayu dalampelbagai bidang ilmu yang lain patut terus menghasilkan buku ilmu,baik peringkat umum mahupun peringkat bacaan tambahan danrujukan untuk pelajar, dalam bahasa Melayu. Kita sudah mempunyairatusan ribu istilah khusus dalam pelbagai bidang ilmu – hasil usaharatusan pakar dalam pelbagai bidang ilmu dan ahli bahasa danperancangan bahasa sejak tahun 1960-an – yang perlu dimanfaatkanterus dan tidak dibekukan dalam senarai istilah yang tersimpan di storDBP dan di IPTA. Masyarakat Melayu di luar sistem pendidikan rasmiyang kian kacau itu harus dibanjiri dengan buku ilmu dalam bahasaMelayu untuk mencabar dasar yang salah itu. Jikalau orang Melayutidak berani menentang keputusan itu melalui gerakan politik ataumelalui ‘kuasa rakyat’, barangkali ada cara lain yang mungkin lebihberkesan, iaitu dengan melancarkan ‘gerakan’ memperbanyak peng-hasilan dan penerbitan buku ilmu dalam bidang sains dalam bahasaMelayu, sekurang-kurangnya untuk bacaan umum, supaya bahasaMelayu tidak terus mati dipukul oleh dasar yang salah itu.

Nasionalisme bukan ‘Gila Bangsa’ Akhir kata, perlu dijelaskan bahawa nasionalisme dan nasio-nalismebahasa bukan fenomena yang terdapat hanya di kalangan bangsa yangsedang membangun atau di negara ‘Dunia Ketiga” sahaja, tetapi jugaberlaku di negara Barat yang dikatakan sudah maju. Nasionalisme ataunasionalisme bahasa jangan dikelirukan dengan emosi rasisme atauetnisiti, tetapi harus dilihat sebagai proses pembebasan politik dan

108

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

penjajahan sosioekonomi yang dilakukan melalui bahasa kuasaluar. Cuma yang perlu kita perhatikan ialah, nasionalisme politikEropah sering kali bercorak rasis – khususnya apabila bangsaEropah itu berhadapan dengan bangsa bukan Eropah yang beradadi kawasan mereka. Nasionalisme Melayu dan nasionalismebahasa Melayu tidak bersifat rasis. Jadi, kita harus membezakanetnisiti atau rasisme dengan kesatuan atau kesedaran sosiobudayayang disebut bangsa atau ‘nation’ dan hubungannya denganproses pem-bentukan negara. Kita jangan lagi menuduh “pejuangbahasa Melayu” atau nasionalis bahasa Melayu sebagai golonganfanatik bahasa, gila bahasa, anti-bahasa Inggeris, anti-kemajuandan sebagainya, kerana kata-kata ini merepek dan tidak beralasansama sekali. Mungkin orang yang berkata demikian sudah menjadimangsa “linguistic imperialism” bahasa Inggeris – tetapi merekaboleh jadi tidak menyedarinya.

* Asalnya Ceramah Umum Siri Wacana Tamadun anjuran DBP,yang disampaikan di DBP pada 1 Mac 2004

Rujukan

Ahmad Adam (1994). Isu Bahasa Dan Pembentukan Bangsa. KualaLumpur: DBP

Fishman, Joshua (1968). ‘Nationality-Nationalism and Nation-Nationism’. Dalam C.A.Ferguson and J. Das Gupta (Ed.),Language Problems in Developing Nations. New York: JohnWiley and Sons; hal. 39-52.

Khoo Kay Kim (1991). Malay Society: Transformation &Democratisation. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.

Phillipson, Robert (1992/2000). Iinguistic Imperialism. London:OUP.

Phillipson, Robert (1999). ‘Political Science’. Dalam Handbook ofLanguage and Ethnic Identity (Joshua A. Fishman, Ed.).London: Oxford University Press.

Tollefson, J.W (1991). Planning Language, Planning Inequality:Language policy in the community. United Kingdom: LongmanGroup.

109

Mengapa Kami Bantah!

110

PENERIMAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS:

KONFLIK ANTARA DUA DARJAT

7

Nor Hashimah JalaluddinProgram Linguistik

PPBL, FSSK

PengenalanManusia secara kognisinya akan menumpukan perhatian kepadamaklumat yang relevan dengan dirinya. Mengikut teori relevans1(1995), semakin tinggi kesan konteks dan semakin rendah usahamemproses maklumat maka semakin relevan ujaran kita. Penutur mestimemastikan prinsip ini dipatuhi. Pendengar di satu pihak yang lainakan menumpukan perhatian kepada ujaran yang relevan sahaja. Sekalilagi kaitan dengan komunikasi ialah kos memprosesnya. Jika bahasayang digunakan dapat difahami dengan mudah, diikuti dengan usahamemproses maklumat yang rendah, maka maklumat yang disampaikanoleh penutur akan mendapat perhatian. Di sini jika sesuatu maklumatyang hendak disampaikan dalam BM dapat difahami langsung olehpenutur Melayu berbanding dengan Inggeris maka adalah lebih relevanjika BM diteruskan. Tetapi sebaliknya jika BI digunakan, pendengarharus menginterpretasikannya dalam dua tahap. Satu tahap memahamiBI itu sendiri, kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa yangdifahami dan tahap kedua membuat interpretasi. Ini bermaknakomunikasi menjadi bertambah susah. Implikasi akan dapat dilihatpada mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Malah di negaraini, lebih daripada 50% pelajar akan mendapat kesan yang kurangpositif. Cara terbaik ialah dengan mengekalkan BM dan tidakmengabaikan BI.

1. Nor Hashimah Jalaluddin banyak menulis mengenai teori relevans. Tulisannya dapat dilihat dari tahun 1992 hingga kini.

Mengapa Kami Bantah!

Kertas ini adalah hasil penyelidikan terhadap sikap penerimaanpengajaran Sains dan Matematik (S&M) di kalangan pelajar dan guru.Kajian ini adalah rentetan dari penukaran dasar bahasa dalampendidikan negara yang menyaksikan penonjolan bahasa Inggerissemula dalam sistem pendidikan negara ini. Dasar yang dilakukandengan tempoh masa yang boleh dikira terhad telah menimbulkanpelbagai reaksi. Ada reaksi yang positif dan tidak kurang pula reaksiyang negatif. Pentadbir yang mempunyai kuasa pusat telah meng-arahkan pelaksana iaitu guru dan sekolah yang hanya mempunyaikuasa pinggiran menjalankan arahan tersebut.

Pejuang bahasa termasuk ahli bahasa merasakan langkah ini sebagaitergesa-gesa. Pada pejuang bahasa langkah ini boleh diibaratkanlangkah mengundur. Pada saat negara melihat pencapaian yangmembanggakan dengan anak watan mula menduduki jawatanprofesional dan korporat hasil dari dasar pendidikan kebangsaan,bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dikorbankan atasalasan ketidakupayaan anak watan berbahasa Inggeris. Tiada siapayang menyangkal kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa keduadan sekaligus bahasa antarabangsa. Tetapi kita harus bijak mengatur.Bijak bahasa belum bererti bijak menguasai ilmu. Sains dan matematikadalah ilmu. Bahasa adalah alat untuk menyampaikan ilmu tersebut.Para sarjana memang mengakui bahawa hanya bahasa pertama yangberkesan untuk menyampaikan ilmu. Contohnya Jepun, Korea, Perancisdan Jerman. Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.

Memandangkan pertukaran dasar ini bakal memberikan impak yangsangat besar pada bahasa dan bangsa Malaysia, maka difikirkan satukajian awal perlu dilakukan. Kertas ini akan membincangkan persoalanini berdasarkan beberapa perspektif iaitu politik, pendidikan danlinguistik. Kertas ini juga akan memaparkan hasil kajian sikap ini danmempertalikannya dengan pembentukan kesatubangsaan khasnya.

Permasalahan KajianLedakan maklumat melalui teknologi maklumat menyaksikan bahasaInggeris (BI) kembali beraksi di gelanggang antarabangsa. Ber-sandarkan alasan globalisasi, bahasa Inggeris kembali mendominasidunia. BI dikenali sebagai bahasa global. Persoalannya sekarang adakahBI sebagai bahasa global maka ia terus sesuai menjadi bahasapenghantar bagi setiap bahasa di dunia?

Penerapan dasar baru (meskipun menyalahi akta Dasar PelajaranKebangsaan) menyaksikan penggunaan BI dalam mata pelajaran S&M.Penerapan ini boleh dilihat dari 3 perspektif iaitu politik, pendidikandan linguistik. Dari ketiga-tiga perspektif ini akan terhasil satugambaran jelas ke mana arah harus dibawa sistem pendidikan danbahasa Melayu itu sendiri.

112

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Perspektif PolitikGelombang arus globalisasi tidak boleh dipisahkan dengan pengaruhbahasa Inggeris itu sendiri. Fenomena ini memperlihatkan berlakunyaimperialisme bahasa. Yang dimaksudkan dengan imperialisme bahasaialah dasar meluaskan kuasa dan pengaruh negara ke dunia melaluidiplomasi dan kekuatan tentera, terutama sekali dengan mendapatkantanah jajahan (Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay, 2000).Definisi imperialisme yang dimaksudkan ini harus diperluaskan lagi.Kini bahasa juga boleh dianggap sebagai satu bentuk imperialisme.Imperialisme dari perspektif ilmu sosiolinguistik ialah sejenis hubunganyang membolehkan satu masyarakat mendominasi masyarakat yanglain. Empat mekanisme yang mengemudi imperialisme iaitu,eksploitasi, penembusan, pemecahan dan peminggiran (Phillipson;1992). Teori imperialisme ini melihat pembahagian dunia berdasarkandua entiti. Yang pertama dikenali sebagai pusat dominan (dominantcenter) dan satu lagi sebagai pinggiran terdominasi (dominatedperipheries) – negara-negara sedang membangun.

Golongan elit di pusat dan pinggiran disatukan oleh minat yangsama dalam imperialisme iaitu bahasa. Golongan elit adalah merekadari masyarakat peribumi yang berpendidikan barat dan mempunyaihubungan yang rapat dengan pusat. Mereka juga yang selalumemegang tampuk pemerintahan negara. Pada peringkat ini organisasiantarabangsa memainkan peranan utama. Organisasi seperti ekonomi(swasta dan perkhidmatan separuh kerajaan), politik (oragnisasipemerintah supra nasional), ketenteraan (pelbagai sistem bersekutu,pakatan), komunikasi (perkapalan, syarikat penerbangan, agensi berita)dan budaya (syarikat filem, penerbit buku).

Kini dengan noe-neo kolonialisme, interaksi pusat-pinggir bermaknakomunikasi antarabangsa. Teknologi komputer akan mengikis ke-perluan kehadiran fizikal bagi pengeksploit. Teknologi komunikasi baruakan ditingkatkan untuk membolehkan kuasa pusat menguasai ke-sedaran masyarakat. Ini sebenarnya akan meningkatkan dan me-neguhkan lagi pengawalan hasil-hasil pengeluaran. Bagi membolehkanini berjaya ia memerlukan penembusan budaya dan linguistik pusatkepada pinggiran. Dalam dunia hari ini teknik pemujukan (ideas)bukannya paksaan (stick) atau tolak ansur (carrot) yang digunakan. Inidapat dilihat daripada peranan media hari ini2. Ini juga ada kaitandengan globalisasai.

2. Teknik pemujukan dapat dilihat daripada cara kuasa pusat menyalurkan idea melalui media massa. Contohnya penggunaan teknologi maklumat diperkenalkan melalui lagu-lagu bertema IT, dokumentasi-dokumentasi serta slogan-slogan yang akhirnya berjaya mengubah persepsi masyarakat negara mengenai kepentingan teknologi maklumat.

113

Mengapa Kami Bantah!

Globalisasi pula didefinisikan sebagai dunia tanpa sempadan. Kesandaripada ini maka nilai, terutama cara berfikir dan bertindak, dapatdipindahkan secara bebas dan cepat dari satu daerah dunia ke satudaerah dunia yang lain. Dewasa ini perpindahan yang paling ketaradalam proses globalisasi ialah perpindahan nilai dunia barat (terutamaAmerika Syarikat), ke dunia bukan barat. Akibat perpindahan nilai inimaka produksi dan penggunaan pasaran, barangan dan selera tertolakke arah homogenisasi untuk memenuhi pendekatan ‘one size fits all’.

Kesan daripada globalisasi terhadap bahasa dan budaya juga pernahdibincangkan oleh Mohd. Fazli. Mohd. Fazli (1999: 53-54) dalmartikelnya yang bertajuk, “’Amerikanisasi” dan Masa Depan BudayaTempatan’, ada menyentuh tentang kesan globalisasi pada budayatempatan. Jelasnya produk Amerika bersama-sama ideloginyamendominasi pasaran dunia. Proses globalisasi dikaitkan dengankelahiran “McWorld’. “McWorld’ adalah produk yang wujud akibatpengaruh Music Television (MTV), McIntosh dan McDonald. McWorldmemukau dunia dengan konsepsi intergrasi budaya dan keseragamanmusik Ricky Martin, membaca buku Stephen King. Imperialismebudaya bukanlah perkara baru, tetapi hari ini fenomena ini semakinmembimbangkan kerana ditunjangi oleh teknologi baru dan dorongankeuntungan dalam dinamik globalisasi. Nilai budaya tradisi sepertikekeluargaan, komuniti, menghormati kehidupan, kemesraan dansebagainya bertembung dan tewas apabila menghadapi nilai yang di-komunikasikan menerusi musik, wayang gambar, video, kabel,televisyen satelit, iklan, penghibur dan ahli sukan idola dan komputer.

Persoalannya sekarang penggunaan bahasa dalam teknologikomunikasi kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris, apa akanterjadi kepada nilai bahasa Melayu itu sendiri. Kesan daripadapenguasaan bahasa Inggeris dalam teknologi komunikasi bukan sahajaakan menggugat kedudukan bahasa Melayu malah budaya Melayu itusendiri. Jelasnya imperialisme bahasa yang didokong oleh launganglobalisasi menjadi satu faktor penyebab kepada kemerosotan nilai BM.

Syed Husin Ali (1996; 164-171) pernah mengulas kenapa berlakufenomena peminggiran bahasa Melayu ini. Antara faktor yangditekankan adalah faktor politik seperti berikut:

cita-cita bagi mencapai kemajuan melalui pemodenan. Inimenyebabkan mereka menekankan perkembangan ekonomiserta kemajuan industri dan menggalakkan sikap ‘go global’lebih daripada yang lain yang mempunyai implikasi jugaterhadap bahasa golongan korporat peringkat tinggi danpertengahan mempunyai pengaruh yang besar dalampolitik di peringkat pusat dan negeri. Sekarang ini bukanguru-guru Melayu, tetapi golongan korporat inilah yang

114

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

berpengaruh dalam politik. Sikap mereka terhadap bahasaInggeris memang serius.

Akibat pengaruh globalisasi yang dominan sekarang, para pemimpinpolitik lebih terpengaruh dengan dasar liberal. Mereka melihat bahawadasar ekonomi, budaya, serta bahasa yang liberal adalah popular dandapat memperluas pengaruh politik mereka.

Dengan beralasan arus global ini, pihak berkuasa mengubah dasarpendidikan dengan mengarahkan S&M diajar dalam BI. Alasannya agarrakyat Malaysia tidak terpinggir dengan kemajuan pesat teknologimoden dewasa ini.

Perspektif PendidikanSatu perspektif yang penting juga dilihat adalah perspektif pendidikan.Memandangkan arahan menggunakan S&M dalam BI melibatkanpelajar sekolah maka sudah pasti, pandangan dari pendidikan harusditimbang sama. Kepelbagaian perspektif ini dapat memberikan jalankeluar demi kebaikan semua.

Penggunaan BI dalam subjek S&M telah menjadikan tarafpembelajaran subjek ini sebagai menggunakan bahasa kedua. Hakikatyang ternyata dalam penulisan dan kajian-kajian luar negaramenunjukkan bahawa penguasaan bahasa kedua memakan masa yanglama. Pelajar bahasa kedua mengambil kira dua hingga lima tahununtuk membentuk asas kemahiran komunikasi interpersonal dalambahasa kedua. Sementara untuk menguasai keseluruhan kemahiranliterasi ataupun kefasihan kognitif dalam bahasa akademik pelajar-pelajar memerlukan masa selama lima hingga tujuh tahun (Hall 1996,Wood 2002). Tegasnya, kefasihan dalam bahasa kedua tidak dapatdicapai dalam jangka masa singkat terutamanya kefasihan bahasakedua sebagai penghantar ilmu.

Serentak dengan arahan menggunakan BI dalam subjek S&M,Kementerian melakukan berbagai-bagai usaha bagi memastikan dasarbaru ini berjaya dilaksanakan. Antaranya membekalkan kelengkapankomputer kepada guru yang terlibat. Maka terhasillah perisian-perisianyang dianggap dapat membantu guru menyampaikan ilmu ini denganberkesan. Ekoran dari itu maka terhasillah beberapa kajian awal dankajian berkaitan dengan dasar baru ini3. Antara kajian yang dilakukanialah:

3. Sebenarnya BI telah mula dilonggarkan penggunaannya pada tahun 1996 dengan akta baru akibat daripada pengkomersialan institusi pendidikan terutama IPTS.

115

Mengapa Kami Bantah!

1. Kesediaan guru-guru sekolah rendah melaksanakan perubahanbahasa penghantar mata pelajaran sains dan matematik – Mohd.Rasdi Saamah (2003)

2. Kajian celik komputer di kalangan guru-guru negeri Perak. -Ibrahim Mohamad et al. (1997)

3. Keupayaan penguasaan kemahiran BI di kalangana pelajar Melayudalam arus globalisasi - Noreiny Maarof et al. (2003).

Fakta-fakta yang meryelubungi pengajaran S&M perlu dilihat dandiberikan perhatian. Rumusan daripada kajian-kajian di atas oleh pakarpendidikan ialah 84% guru-guru S&M di sekolah rendah lemah dalamBI. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak bersedia untuk me-laksanakan inovasi ini kerana mereka gagal untuk memahami ilmukonsep-konsep dalam bahasa yang tidak difahami dan akanmenyukarkan pelaksanaannya. Kajian Antarabangsa ke-3 S&M (2000)menunjukkan pencapaian S&M pelajar negara ini jauh lebih rendahberbanding pelajar dari negara-negara serantau khususnya Singapura,Korea dan Jepun. Pelajar-pelajar yang sedia lemah dalam matapelajaran S&M akan bertambah lemah kerana mereka terpaksamemahami dan menguasai mata pelajaran tersebut dalam bahasaInggeris.

Hakikatnya pelajar yang sedia lemah dalam S&M akan me-nyukarkan mereka untuk mengguna dan memahami bahasa tersebutdalam S&M meskipun Kementerian Pendidikan memberi jaminan BIyang akan digunakan dalam buku teks bagi kedua-dua subjek inimudah difahami serta sesuai mengikut tahap umur pelajar (Salina2002). Berbalik kepada kemahiran komputer di kalangan guru, kajianmendapati masih ramai guru yang tidak mahir dengan penggunaankomputer dan ICT, meskipun penggunaan teknologi tersebut pesatdigunakan dalam sistem pendidikan kita. Keadaan ini akanmenyebabkan mereka kurang yakin atau tidak bersedia untukmelaksanakan dasar baru tersebut. Dan yang lebih menimbulkanmasalah ialah tidak semua sekolah terutama sekolah-sekolah dipedalaman mempunyai prasarana yang benar-benar lengkap sepertikomputer dan peralatan ICT. Ini akan menyebabkan pelaksanaaninovasi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kaedahutama pelaksanaannya melibatkan penggunaan komputer danprasarana ICT.

Perspektif LinguistikBahasa adalah alat komunikasi yang maha penting. Bahasa bukanterhad kepada sistem dan strukturnya sahaja. Melalui bahasa kitamampu meneroka alam pemikiran masyarakatnya. Itu yang dipanggilsebagai ‘pandangan dunia’ atau world-view. Setiap bangsa mempunyai

116

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

cara pemikiran yang tersendiri yang diwarnai oleh bahasa dan budayasetempat. Ini selari dengan pendapat Sapir-Whorf yang mengatakandengan menggunakan bahasa yang berbeza-beza masing-masingpenuturnya mengalami realiti yang berbeza-beza. Hal ini demikiankerana tiap-tiap bahasa, melalui perbendaharaan kata dan hukum-hukum nahunya telah menentukan cara pengguna bahasa-bahasa ituseharusnya memahami dunianya. Oleh hal yang demikian, dua orangpenutur bahasa yang berlainan akan menyaksikan alam yang satu inisebagai dua manusia yang berlainan dan memahami alam secara yangberlainan pula.

Menurut Abdullah Hassan (2002), setiap bangsa memiliki minda aslimasing-masing tetapi minda asli tersebut dapat hilang apabila mindaitu dikuasai oleh bahasa asing. Bangsa Melayu mempunyai minda aslitetapi hilang apabila minda Melayu itu dikuasai oleh bahasa Inggeris.Ini yang dikatakan sebagai minda tawanan. Minda tawanan tidakberupaya mencipta, maka oleh itu, akan hanya menjadi konsumersahaja kepada produk-produk mental dan fizikal keluaran minda asal.

Satu lagi pendekatan yang biasa diguna untuk melihat bahasa danmasyarakat ialah ilmu sosiolinguistik. Sosiolinguistik selalunya melihatfenomena bahasa dan masyarakat. Antara apa yang menjadi bahankajian ialah bilingualisme, perancangan bahasa dan sebagainya.Kekeliruan kerap kali muncul di kalangan puak yang menilai pejuangbahasa. Tidak ada teori yang mengatakan menguasai lebih dari satubahasa itu tidak baik. Malah kita digalakkan menjadi poliglot iaituorang yang boleh berbahasa banyak bahasa. Kerana dengan ini kitaakan lebih terdedah dengan ilmu-ilmu yang ditulis dalam bahasatersebut. Tetapi pejuang bahasa selalu disalah mengertikan apabilamenolak bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di sekolah. Men-daulatkan bahasa kebangsaan dengan mengamalkan sikap dwibahasaadalah dua perkara yang berlainan sama sekali. Menentangpenggunaan BI sebagai bahasa penghantar bukan bermakna menentangpembelajaran bahasa kedua. Perlu diingat bahawa bahasa penghantardan bahasa ilmu adalah dua perkara yang berbeza sama sekali.Kekeliruan inilah yang harus ditangani. Ahli sosiolinguistik seharusnyadapat membantu menjelaskan fenomena ini.

Satu lagi teori yang boleh membantu melihat peranan bahasa ialahilmu semantik dan pragmatik. Teori relevans yang merupakan salahsatu teori dalam semantik dan pragmatik telah memperlihatkanhubungan di antara komunikasi dan kognitif. Teori ini cubamenjelaskan hubungan yang erat di antara peranan minda manusiadengan cara kita berkomunikasi. Segala apa yang dikomunikasikanakan diproses dan ditafsir sebelum makna sebenar ditemui. Teori iniberlandaskan kepada prinsip dengan dua andaian:

117

Mengapa Kami Bantah!

Prinsip Utama Relevans:Andaian Asas: Kognisi manusia berorientasikan relevan. Pendengarselalunya akan menumpukan perhatian kepada maklumat yang relevandengan dirinya.

Kesannya: Dengan meminta perhatian, penutur akan menciptasegala pengharapan yang relevan. Interpretasi yang terbaik adalahinterpretasi yang dapat mematuhi pengharapan ini.

Teori ini seterusnya dibantu oleh tiga konsep utama iaitu konteks,kesan konteks dan usaha memproses maklumat. Maklumat yangterbaik ialah maklumat yang mempunyai kesan konteks yang tinggidengan sedikit usaha memproses maklumatnya.

Manusia menggunakan akal untuk mentafsir apa yang didengarhatta apa yang hendak dikomunikasikan. Manusia bukan sahajamampu berkomunikasi secara harfiah tetapi juga menaakul danmembuat inferens kepada apa yang dilihat atau didengar. Buktinyalampu merah di jalan raya berjaya membuat manusia berhenti walaupun tidak pernah dinyatakan secara bertulis. Ini yang dikatakanmembuat inferens dari lambang-lambang. Apa yang ada di persekitarankita akan membantu kita membentuk dan membina konteks. Apa yangkita lalui akan menjadikan satu pengalaman yang berharga danmenjadi sebahagian daripada pembentukan konteks dan kesan konteksapabila kita mula berbicara. Kesemua ini akan membentuk persekitarankognitif kita dan sekaligus membantu menghasilkan ujaran yangbermanifestasi iatu ujaran yang jelas dan nyta. Hanya ujaran yangbermanifestasi dan dapat dilentur mengikut persekitaran kognitifmembantu menjadikan ujaran itu ujaran yang relevan.

Teori ini menganjurkan konsep kerelevanan bukan kebenaran.Buktinya keupayaan heuristik manusia dalam membuat anggaranacapkali diguna pakai. Contohnya, jika seseorang menanyakan berapajauhkah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu? Jawapan yangbakal diterima ialah 4 jam meskipun kita boleh sampai ke Johor Bharudalam masa 3 jam 55 minit atau 4 jam 13 minit. Ini yang dikatakananggaran yang mengikut teori relevans tidak salah dari segi pentafsiranmakna. Dengan memberikan jawapan anggaran seumpama itu jawapanitu dianggap relevan dan bukannya benar. Tetapi dengan anggarantersebut, ia akan membantu pendengar merancang perjalanannya danmemanfaatkan masanya dengan sebaik mungkin.

Selain daripada itu teori ini juga menekankan konsep usahamemproses maklumat (processing effort). Usaha memproses maklumatini ada kaitannya dengan jumlah masa yang diambil untuk mentafsirmakna. Lebih sedikit masa digunakan maka lebih relevanlah sesuatumaklumat itu. Ini bermakna mana-mana maklumat yang sukar danmemerlukan masa yang lama adalah merupakan maklumat yang

118

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

kurang baik untuk diketengahkan. Malah risiko kesalahfahaman akanberlaku dan secara tidak langsung ketergendalaan komunikasi akanberlaku. Ini jelas berlaku apabila berlaku salah padanan di antaramaklumat yang dibekal dengan konteks si pendengar.

Apa kaitannya teori ini dengan bahasa. Dua bahasa yang tidak samaakan mempunyai lenggok dan gaya bahasa yang tidak sama. Tambahanpula bahasa itu bukan bahasa serumpun dan sangat jarang digunakan.Ketidaksepadanan ini akan mengundang masalah pentafsiran makna.Dalam kes ini BI menjadi contoh yang paling baik. BI adalah bahasakedua. Penggunaannya adalah terhad di dalam kelas (dalam kontekspendidikan). Selain daripada mempunyai struktur yang jauh berbezadengan bahasa Melayu, konteks dan budaya pemikiran penuturnyaadalah jauh berbeza dengan bahasa pertama. Mungkin apa yangmampu dipelajari adalah makna asas yang tidak memerlukan strukturbahasanya yang lebih rumit. Tetapi jika dibandingkan dengan bahasapertama ternyata bahasa pertama akan mampu membantu penutur/pelajar mengungkap apa yang difahami dengan lebih berkesan.Masalah ini dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan S&M dalam BI.Masalah ketergendalaan komunikasi pasti berlaku. Ini sekaligusmemberi kesan yang amat buruk kepada pembelajaran S&M.

Rumusan PerspektifDari perbincangan di atas ternyata perspektif pendidikan dan linguistiklebih selari. Kedua-dua berkongsi pemahaman mengenai kognitifmanusia. Hall (1996) dan Wood (2002) berpendapat mempelajarisesuatu ilmu dengan menggunakan bahasa yang kedua akanmengambil masa yang lama iaitu 5-7 tahun dan ini sudah tentu akanmenjadi penghalang utama kepada pelajar untuk menimba ilmu. Inisejajar juga dengan teori relevans yang menekankan gagasan usahamemproses maklumat sebagai salah satu konsep penting untukmentafsir maklumat. Jika ini diabaikan, ia tidak akan memberikanpulangan yang berbaloi kepada pendengar sendiri.

Berlainan pula dengan perspektif politik. Pertimbangan ilmiah yangsepatutnya menjadi tonggak utama nampaknya tidak terserlah di sini.Kegopohan dalam mengimplimentasikan dasar baru iaitu dalamtempoh enam bulan telah banyak menimbulkan tanda tanya. Apakahmotif pihak Kementerian menukar dasar ini sedangkan hala tujunyatidak mantap dan jelas. Jika alasan kurang mahir berbahasa Inggerismenyebabkan kadar pengangguran tinggi, maka alasan ini dianggapbegitu longgar dan tidak munasabah. Apa yang lebih mencurigakanialah mereka yang menentang dasr baru ini walaupun bersandarkandengan alasan ilmiah akan dikenakan tahanan ISA!

Demi memberikan gambaran yang lebih adil kepada konflik ini, satukajian telah dijalankan terhadap pelajar dan guru dan penerimaan

119

Mengapa Kami Bantah!

mereka terhadap dasar baru ini. Kementerian yang dianggap sebagaiyang berkuasa dan pelajar dan guru yang dianggap sebagai pinggiranadalah golongan yang tertekan dalam konflik ini. Sekali lagi muncullahperbezaan di antara dua darjat.

Dapatan KajianSatu kajian sikap telah dilakukan di enam buah sekolah di kawasantengah dan selatan tanah air. Guru dan pelajar diambil sebagairesponden memandangkan merekalah orang yang terlibat secaralangsung dengan dasar baru ini. Seramai 971 orang pelajar bumiputeradan bukan bumiputera terlibat dalam kajian ini. Mereka juga darikedua-dua aliran iaitu kebangsaan dan jenis kebangsaan yangberlokasikan Bandar dan luar Bandar. Manakala seramai 43 orang gurutelah menjadi responden dari sekolah Bandar dan luar Bandar,berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun dan berumur melebihi 25tahun.

Daripada soal selidik yang dikemukakan pada guru, berikut adalahdapatan kajiannya:

Dari soal selidik yang dikemukakan ternyata pendapat guru adalahkonsisten meskipun data dikutip daripada pelbagai sekolah dengan

NO SOALAN JENIS SOALAN SETUJU

(S) %

TIDAK SETUJU (TS) %

S1 Pelajar makin minat S&M dalam BI 4 96

S2 Pelajar saya tidak ada masalah fahami S&M dlm BI

2 98

S3 Keputusan peperiksaan pelajar saya sangat membanggakan dlm S&M yang diajar dlm BI

6 94

S4 Ilmu S&M mampu disampaikan dlm BM

81 19

S5 Pencapaian S&M lbh baik jika diajar dlm BM

72 28

S6 Pelajar lbh menumpukan perhatian pada subjek jika diajar dlm BM 79 21

S7 Semua subjek disampaikan dlm BI 17 83

S8 BI menggantikan BM sbg bahasa Kebangsaan

2 98

120

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

pelbagai angkubah sosialnya seperti Bandar dan luar Bandar,pengalaman mengajar dan umur. Jawapan guru sebagai penilai utamakepada kemampuan pelajar harus diberikan perhatian. Soalan yangmudah ditanya mengenai prestasi pelajar jelas menunjukkan yang gurumempunyai pandangan yang harus dihormati. 96% guru tidakbersetuju apabila ditanya sama ada minat pelajar meningkat kepadaS&M sejak diajar dalam BI. 98%pula mengatakan pelajar merekamenghadapi masalah dalam memahami S&M dalam BI. 94% guru tidakbersetuju apabila dikatakan yang pelajar mereka mendapat keputusanyang membanggakan dalam peperiksaan S&M. Malah hanya seorangsahaja pelajar yang mendapat gred ‘A’ dalam matapelajaran Sains disebuah sekolah di selatan tanahair dalam peperiksaan semester 1daripada 18 kelas tingkatan 1.

Guru lebih yakin dengan kemampuan BM sebagai bahasapenghantar. Seramai 81% guru mahu S&M diajar dalam BM. 72% pulaguru mengatakan pencapaian murid adalah lebih baik jika diajar dalamS&M dalam BM. Dan apa yang penting ialah 79% guru berpendapatpelajar lebih dapat menumpukan perhatian ajika subjek itu diajar dalamBM.

Apakah penjelasan yang boleh dibuat dari perangkaan di atas.Perangkaan di atas memaparkan betapa aspek kognitif amat ber-peranan dalam memastikan pelajar dapat memahami ilmu jikadisampaikan dalam bahasa ibunda. Kekangan kepada pencapaian yangbaik ialah taraf pemahaman mereka terhadap ilmu itu sendiri. Bahasakedua yang tiba-tiba digunakan kepada pelajar telah memberikankejutan kepada pelajar dan sekaligus memberi impak yang besar padaprestasi mereka. Peratusan yang dipaparkan membuktikan pelajar gagalmemahami bahasa penghantar dan sekaligus gagal memahami ilmu itusendiri. Pelajar tingkatan satu yang menjadi responden, pernahmendapat gred ‘A’ dalam UPSR bagi subjek sains gagal menunjukkanprestasi yang cemerlang dalam peperiksaan semester 1. Hal inimungkin tidak akan terjadi jika BM kekal sebagai bahasa peng-hantarnya.

Berikut pula adalah dapatan kajian bagi diri pelajar pula.

NO SOALAN JENIS SOALAN SETUJU

(S) %

TIDAK SETUJU (TS)

%

S1 Belajar S&M dlm BI tidak mendatangkan masalah pemahaman.

25 75

121

Mengapa Kami Bantah!

Pelajar yang dianggap sebagai penerima beban utama hasil dari dasarini perlu juga diberi perhatian. 75% berpendapat S&M dalam BI telahmemberikan masalah pemahaman kepada mereka. 77% pelajarberpendapat mereka yakin S&M boleh disampaikan dalam BM denganberkesan. 71% pelajar pula mengatakan mereka akan bertambah minatjika S&M diajar dalam BM. Sementara 70% pelajar pula bersetuju yangmereka boleh mendapat kejayaan cemerlang jika S&M diajar dalam BM.

Pelajar sebagai pendengar kepada ilmu yang disampaikan olehpenutur iaitu guru sendiri berpendapat bahasa pertama adalah jauhlebih baik dibanding dengan bahasa kedua. Ini sekali lagi selari denganteori kognitif yang dijelaskan di bahagian awal kertas. Bahasa ibundaadalah merupakan alat yang terpenting bagi penuturnya melahirkanperasaan dan mengungkapkan emosi mereka. Semua perbendaharaankata yang tersimpan di memori mereka akan menjadi pemangkinkepada kreativiti mereka. Ini dapat dikaitkan dengan faktor mindatertawan. Minda yang bebas iaitu bebas berkreatif akan mampumenghasilkan ciptaan-ciptaan yang baik. Ini ditegaskan oleh Prof. YusofOthman, saintis dari UKM. Beliau mengatakan:

NO SOALAN JENIS SOALAN SETUJU

(S) %

TIDAK SETUJU (TS)

%

S2 BM mampu menyampaikan ilmu S&M dgn berkesan.

77 23

S3 Saya bertambah minat jika S&M diajar dlm BM

71 30

S4 Saya blh mendapat kejayaan cemerlang jika S&M diajar dlm BM

70 30

S5 Saya bangga jika dpt jadi ahli saintis berbahasa Melayu di peringkat antarabangsa

55 45

S6 Semua pelajaran mesti guna BI

16 84

S7 BI menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan

13 87

122

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

“untuk membangunkan sains dalam budaya di Malaysia denganbudaya Melayu sebagai terasnya, maka penyampaian ilmu sainsitu sendiri perlu menggunakan bahasa tersebut. Bahasa, budayadan pencapaian sains dan teknologi tidak boleh dipaisahkandaripada sistem nilai, dan dalam masa yang sama budaya tidaklahboleh dipersempitkan ruang lingkup had dalam beberapa bidangseni. Dengan demikian, sains dan teknologi tidak bolehdibangunkan terpisah dengan cita rasa dan aspirasi umat. Dengankata lain, kita perlu membangunkan sains dan teknologi dalamacuan kita, dengan menggunakan bahasa kita, dan dengan budayadan cita rasa kita”.

Demi menghasilkan saintis yang berwibawa dengan minda kreatif,sudah tentu bahasa pertama/ibunda akan menjadi wadah yang terbaik.Usaha memproses maklumat menjadi rendah. Bahasa ilmu yangdiperoleh mempunyai unsur manifestasi yang mempunyai ciri yangjelas dan nyata. Dengan cara ini pelajar akan menjadi lebih yakin danselesa dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya.

Realiti, Cabaran dan HarapanDari paparan data di atas jelas menunjukkan ada keselarian di antarapelajar, guru, perspektif pendidikan dan linguistik. Paparan data itujuga mensahihkan pendapat-pendapat ilmiah yang dibincangkan. Inibermakna berlaku konflik di antara pemerintah yang mewakiliperspektif politik dengan yang lain. Ini juga bermakna apa yangberlaku ialah arahan yang dikeluarkan bertentangan dengan fenomenasebenar. Kementerian di satu pihak tetap mengatakan dasar barumereka ini berjaya. Ini dibuktikan dengan kenyataan MenteriPendidikan yang menyatakan bahawa ‘prestasi pelajar sekolahmeningkat dalam mata pelajaran S&M sejak diajar dalam BI. Ekorandaripada itu Perdana Menteri mahu pengajaran ini diteruskan padatahun-tahun berikutnya’ (Mingguan Malaysia – 7 September 2003).Pergeseran dapatan kajian telah menimbulkan konflik. Ini yangdikatakan perbezaan di antara dua darjat.

Nyatanya walau apapun dapatan kajian yang memihak di pihakpinggiran iaitu guru dan murid, pihak pusat tetap mengenakan arahanmeskipun yang bakal menerima kesan yang buruk itu ialah pihakpinggiran. Kuasa yang amat besar di pihak yang berkuasa terusmemberi tekanan kepada pihak pinggiran. Satu perkara yang menarikyang tidak harus dilupakan ialah pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cinadan Dong Zong yang tetap tidak akan menukar bahasa pengantar S&Mdalam BI malah akan terus mengekalkan bahasa ibunda mereka.Mereka berpendapat pelajar-pelajar mereka tidak mempunyai sebarangmasalah untuk memahami S&M dalam bahasa Mandarin, maka

123

Mengapa Kami Bantah!

penularan kepada BI adalah satu arahan yang tidak perlu diikuti(Mingguan Malaysia – 7 September 2003).

Cabaran yang wujud sekarang ialah kita harus mengakui realitiduduk perkara yang sebenar. Jika diambil kira pendapat PersatuanDong Zong maka Kementerian sebagai tuan yang empunya kuasaharus meneliti semula dasar baru mereka. Dasar lama yangmenggunakan bahasa kebangsaan tidak pernah menunjukkan sebarangmasalah kepada semua pelajar tidak kira Melayu, Cina mahupun India.Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjalan selama 20 tahunmenyaksikan prestasi yang baik dan bukti unggul yang dapatditunjukkan ialah UKM sendiri. Malah mereka yang menduduki DPKtelahpun menjawat jawatan yang besar malah menjawat jawatanprofesional seperti doktor, jurutera, akauntan dan saintis.

Apa yang diharapkan satu penilaian semula dilakukan pada dasarbaru ini sebelum terlambat. Alasan pengangguran kerana kurangmahirnya graduan berbahasa Inggeris harus diteliti semula. Yangnyatanya pedagogi pendidikan Inggeris yang harus disemak semula.Pelajar Malaysia yang mempelajari BI selama 11 tahun seharusnyasudah fasih berbahasa Inggeris berbanding dengan negara Jermancontohnya yang hanya memulakan pengajaran BI di sekolah pada umur10 tahun. Apa yang tidak kena di sini ialah cara pengajaran BI. NoreinyMaarof et al. (2003) dalm kajiannya mendapati penguasaan BI pelajar diluar Bandar masih lemah. Antara hasil dapatannya ialah pedagogi BImenuntut keperluan membangunkan strategi pengajaran yang me-motivasikan pelajar di samping mewujudkan suasana yang kondusifuntuk penggunaan BI.

Bahasa dan KesatubangsaanBahasa adalah alat penting untuk menyatukan bangsa. Tambahan pulanegara majmuk seperti di Malaysia. Gerakan menyatupadukan rakyatmelalui satu bahasa kebangsaan mempunyai sejarah yang amatpanjang. Ia bermula dari tahun 1957 lagi dengan Penyata Razak. Pihakberkuasa merasakan satu dasar yang sama sahaja yang akan dapatmemastikan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa dapatdicapai. Penyata Razak antara menegaskan:

“it is hoped that this concerted use of the National Language … willinculcate in all citizens the habit of using it regularly. It is only in thisway that they will feel they belong to this country, and that the NationalLanguage is a real living force that binds them together”

Masalah kesatubangsaan yang cuba ditangani melalui bahasa sendiriturut dialami oleh Amerika Syarikat. Amerika sendiri mempunyairamai kaum minority yang menetap di negaranya. Kaum minority inipula berbagai jenis kaumnya. Maka pihak berkuasa Amerika merasakan

124

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

peri pentingnya peranan bahasa Inggeris dalam soal kesetiaan, ke-peribadian dan keselamatan negara semasa mereka membina negarabangsa dahulu. Buktinya digubal satu dasar bahasa di AmerikaSyarikat:

“Americanism, they argue, loses something in the translation, whileEnglish offers the only key to the nation’s democracy, history and culture.Language thus becomes a literal shibboleth of nationality, a badge of trueAmericanism, and anything less than fluency in English - aforeignaccent, let alone the maintainence of a minority tongue – is perceived tothreaten national security and subvert the national ideal”

(Dennis Baron; 1990).

Nyatanya bahasa boleh menjadi alat penyatu kaum. Jika Amerikamempunyai bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda, maka BI lah yangmenjadi bahasa kebangsaannya. Begitu juga dengan Malaysia. BahasaMelayu adalah bahasa ibunda, maka BM lah yang semestinya menjadibahasa kebangsaan dan seteusnya bahasa penghantar di sekolahsebagaimana amalan kita sejak 20 thaun yang lalu.

Alasan BI lebih dapat membantu manusia Malaysia menjadi saintislebih cepat harus difikirkan semula. Pengalaman Jepun, Korea, Jerman,Italy yang mengekalkan bahasa ibunda sebagai bahasa penyatupadudan bahasa penghantar di sekolah telah berjaya membuktikan tiadacacat celanya menggunakan bahasa ibunda sendiri. Di samping itu BIsebagai bahasa antarabangsa mesti terus dipelajari agar rakyat menjadidwibahasa dan mendapat manfaat daripada kelebihan itu.

Kita seharusnya dapat berfikir jauh kesan daripada dasar baru itujika pihak berkuasa masih kekal dengan pendirian mereka. AbdullahHassan (2002) menegaskan apabila bahasa asing berjaya masuk kedalam benak kita, dua perkara yang akan berlaku. Pertama kebocoranbendung budaya dan kedua kehilangan keyakinan terhadap keupayaandiri sendiri. Kebocoran bendung budaya akan menyebabkan kitamerasa kagum dengan budaya barat. Manakala kesan kedua lebih beratlagi padahnya. Kita sebagai golongan terpelajar bekas tanah jajahantidak yakin dengan keupayaan mencipta produk-produk intelektualsendiri. Kita hanya berpuas hati sebagai agen yang menterjemahkan,mengajarkan, mempopularkan dan menerapkan sahaja produk-produkintelek tokoh-tokoh tersebut di negaranya. Jikalau sekali sekala adayang berani mencipta produk-produk intelektual mereka sendiri, rakan-rakan mereka pula yang tidak menaruh keyakinan akan mutu produk-produk intelektual tempatan sebagai rujukan yang dianggap ber-autoriti.

Ketidakyakinan diri ini sebenarnya tidak akan memberi impakpositif kepada penyatubangsaan. Selagi kita akan terus menjadi

125

Mengapa Kami Bantah!

pengkagum barat maka selagi itulah BM akan gagal berfungsi sebagaibahasa penyatu. Alasan global yang sering diketengahkan sebenarnyabukanlah alasan jitu untuk kita kembali kepada bahasa penjajah.Hassan Ahmad (2002) menegaskan bahawa dunia lain juga melakukanpembaharuan dan proses kemajuan dalam bidang yang sama tetapipenggubal dan perancang dasar di situ tidak berkata:

“mari kita gantikan bahasa kita dengan bahasa orang lain,bahasa Inggeris, untuk kita mencapai kemajuan dalambidang itu di dalam negara sendiri”. Hanya negara ayatbangsa yang keliru budaya atau bangsa yang mindanyamasih tidak terlepas daripada acuan atau peraturanpenjajahan sahajalah yang selalu berfikiran demikian –tetapi mereka tidak menyedarinya”.

Hassan Ahmad seterusnya menambah:

“untuk memajukan bangsa sendiri dan negara sendiri didalam ruang budaya, sosial, dan politik di negara ini –bukan di negara orang lain, bukan di England, atau diAmerika Syarikat atau di ruang global yang tidakdiketahui di mana sempadannya – alat yang paling sesuaiialah bahasa kita sendiri”.

(Sumber: Kamal Shukri: 2002)

Peratus Mata Pelajaran SPM Berbahasa Melayu dan Berbahasa

Inggeris

29%

71%

Mata PelajaranBerbahasaMelayuMata PelajaranBerbahasaInggeris

Peratus Mata Pelajaran SPM Berbahasa Melayu dan berbahasa

Inggeris

Mata Pelajaran Berbahasa Melayu

Mata Pelajaran Berbahasa Inggeris

29%

71%

126

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Sebenarnya impak yang paling besar terkesan daripada penerapandasar baru dan seterusnya memberikan masalah kepada ke-satubangsaan ialah apabila sistem pendidikan berundur ke systemzaman penjajah. Rajah di sebelah dapat membuktikan kemerosotanpenggunaan BM sebagai bahasa kebangsaan dan penyatu bangsadipinggirkan.

Pelaksanaan S&M dalam BI akan memberi kesan pada masa jangkapanjang. Carta di atas menunjukkan mata pelajaran yang menggunakanBM hanya tinggal 29% sahaja. Ini adalah kerana aliran sains akandidominasi oleh mata pelajaran seperti fiziks, kimia, biologi, matematikmoden dan matematik tambahan. Ini menjadikan jumlah peratusnyameningkat jauh meninggalkan mata pelajaran BM. Kesan ini berterusanuntuk pengajian di peringkat tinggi iaitu di matrikulasi dan tingkatan 6.Ini adalah kerana pelajar-pelajar ini akan menyambung pengajianmereka di peringkat yang lebih tinggi.

Peratus untuk subjek BM terus merosot dari 29% ke 20% sahaja. Iniadalah kerana di peringkat ini mata pelajaran telah mula mengkhususkepada aliran yang dijurusi. BM yang dianggap sebagai bahasaperpaduan makin menyempit peranannya sebagai bahasa penyatu.Implikasi seterusnya, adakah pelajar yang lemah BInya dapatmengikuti ilmu ini dengan berkesan. Carta di bawah menunjukkanperatus bahasa yang bakal digunakan di peringkat tingkatan enamaliran sains dan matrikulasi.

Sumber: Kamal Shukri: 2002)

Carta 10 : Peratus Mata Pelajaran Berbahasa Melayu dan Berbahasa

Inggeris Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi

20%

80%

Mata PelajaranBahasa Melayu

Mata PelajaranBerbahasaInggeris

Carta 10: Peratus Mata Pelajaran SPM Berbahasa Melayu dan

berbahasa Inggeris Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi

20%

80%

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Mata Pelajaran Bahasa Inggeris

127

Mengapa Kami Bantah!

Penyempitan bahasa ilmu S&M tidak berhenti di sini malah akanberterusan di peringkat universiti bagi aliran sains. Ini termasuklahpengajian sains dan teknologi, teknologi maklumat, kejuruteraan danbanyak lagi pengajian yang berteraskan sains.

(Sumber: Kamal Shukri: 2002

Carta di atas dengan jelas menunjukkan penggunaan BM hanya tinggal9% sahaja. Ini jauh terpesong dari matlamat pengajian hari ini di manaBM menjadi bahasa penghantar di semua institusi pendidikan milikkerajaan termasuk sekolah, pusat matrikulasi dan universiti awam.Adakah ini satu langkah yang wajar dilakukan memandangkan alasanilmiah yang kukuh telah menampakkan kesan negatif dari pelaksanaandasar baru ini.

Kesan yang mungkin kita terlupa ialah pada pelajar tingkatan satuyang kini terlibat dengan dasar baru ini. Dari semakan yang dilakukanterhadap buku teks sekolah menengah iaitu buku ‘Eksplorasi SainsTing.1’ berlaku pengurangan isi kandungan kurikulumnya. Ini dapatdilihat dari buku sains BM dengan BI. Pengurangan ini mungkinberpunca dari kekhuatiran yang sememangnya ada di hati pihakberkuasa. Mereka tahu yang pelajar dan guru akan menghadapimasalah dengan BI lalu mereka mengurangkan isi kandungankurikulum yang patut diajar. Ini merupakan satu kerugian besarkepada pelajar-pelajar itu sendiri. Ini belum dikira lagi denganketiadaan guru-guru S&M yang terpaksa berkursus kemahiran BI. Inimenyebabkan kelas S&M terabai kerana ketiadaan guru.

Demi menampung kekurangan guru S&M dalam BI, maka graduanS&M sangat laris di pasaran pendidikan. Mereka diterima masuk dan

Peratus Kursus Berbahasa Melayu dan Berbahasa Inggeris yang ditawarkan di

Universiti

9%

91%

Mata PelajaranBerbahasaMelayuMata PelajaranBerbahasaInggeris

Peratus Kursus Berbahasa Melayu dan Berbahasa Inggeris yang

Ditawarkan di Universiti

9%

91%

Mata Pelajaran Berbahasa Melayu

Mata Pelajaran Berbahasa Inggeris

128

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

dilatih bagi mencukupkan guru dari aliran-aliran lain. Ini secara tidaklangsung menutup peluang graduan-graduan bukan sains untukditerima masuk ke profesion perguruan.

KesimpulanDari perbincangan di atas boleh dikatakan kesan jangka pendek danpanjang ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada pelajar, gurudan institusi pengajian tinggi malah jangka panjangnya memberi kesanyang amat mengerikan pada pembinaan jati diri dan kesatubangsaan.Pengalaman 13 Mei sepatutnya dikenang sehingga hari ini kian di-lupakan. Pengunduran balik kepada dasar pendidikan zaman penjajahsebenarnya mengundang masalah jurang kaum yang pernah berlakusatu ketika dulu.

Mungkin ada orang berkata BI itu maha penting dan harus meng-gantikan BM. Orang itu harus bertanya kembali kepada dirinya adakahdia hanya memikirkan kepompong dirinya sahaja atau pernahkahorang itu bertanyakan dalam konteks yang lebih luas. Apa yang kitamahu pelajar luar Bandar menikmati kualiti ilmu yang setara denganpelajar Bandar yang ternyatanya memang tidak berlaku. Adalah lebihbaik jika kita mengamalkan ‘BM bahasa dijunjung dan BI bahasadikendung bagi memastikan apa yang dikejar dapat dan yangdikendong terselamat’.

Rujukan

Abdullah Hassan, 2002. Kemajuan Negara Beracukan Bahasa danBudaya Melayu, Siri Bicara Bahasa Bil. 11, Kuala Lumpur, DBP.

Asraf Abdul Wahab, 1996. Manifesto Bahasa Pupus Bahasa PupuslahBangsa, Persatuan Linguistik Malaysia, Kuala Lumpur.

Awang Sariyan, 1996. ‘Idealisme dan Pragmatisme dalam MenanganiDasar Bahasa’ dalam Asraf Abdul Wahab, 186-192.

Awang Sariyan, 1996. ‘Idealisme dan Pragmatisme dalam MenanganiDasar Bahasa’ dalam Asraf Abdul Wahab, 186-192.

Baron, D. 1990. The English Only Question, Yale University Press, NewHaven.

Hall, D. 1996. Assesing the Needs of Bilingual Pupils, London, DavidFulton Publication.

Hassan Ahmad, 2002. Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara diMalaysia, Siri Bicara Bahasa Bil. 9, Kuala Lumpur, DBP.

129

Mengapa Kami Bantah!

Ibrahim Mohamed et al.1997. Kajian Celik Komputer di Kalangan Guru-Guru di Perak, Atas Talian http://members_tripod.com/~ilhamnet/kajian.htm. 4 September 2002.

Juriah Long, 2003. Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran danPembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris DalamKonteks Kepelbagaian Pelajar, Kertas Cadangan Penyelidikan TajaanDBP (tidak diterbitkan).

Kamal Shukri Abdullah Sani, 2002. Kesan Penggunaan Bahasa Inggerisdalam Penagajaran Sains dan Matematik di Institusi Pendidikan diMalaysia. Siri Bicara Bahasa Bil.15. Kuala Lumpur, DBP

Memorandum Kumpulan 28 Disember, 1996. dalam Asraf AbdulWahab, 345- 355

Memorandum Persatuan Linguistik Malaysia, 1996. dalam Asraf AbdulWahab, 356-364.

Mohd. Fazli Ibrahim, 1999. “Amerikanisasi’ dan Masa Depan BudayaTempatan”, Dewan Budaya (11), 54-55

Mohd. Fazli Ibrahim, 1999. “Amerikanisasi’ dan Masa Depan BudayaTempatan”, Dewan Budaya (11), 54-55

Mohd. Rasdi Saamah, 2003. Kesediaan Guru-Guru Sekolah RendahMelaksanakann Perubahan Bahasa Penghantar Mata Pelajaran Sainsdan Matematik, Kertas Projek Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan).

Mohd. Yusof Othman, 2002. Bahasa Melayu Bahasa Sains danTeknologi, Dewan Bahasa (11), hlm 28-40.

Nik Safiah Karim, 1996. ‘Kesangsian Setelah Tercapai Kejayaan’, dalamAsraf 181- 185.

Nooreiny Maarof et al., 2003. Keupayaan Penguasaan KemahiranBahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Melayu Dalam Arus Globalisasi,Projek Arus Perdana Ap 1/2000, Bangi, UKM.

Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: SatuPengenalan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: SatuPengenalan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin, 1999. Semantik dalam Penulisan Buku Teks:Satu Tuntutan Kurikulum, Jurnal Bahasa,,43(8), hal. 692-709.

Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. Kuasa Politik Melalawan KuasaEkonomi, Language and Empowerment, Kuala Lumpur, PersatuanBahasa Moden Malaysia.

130

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. Penerimaan Sains dan Matematikdalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar dan Guru, ProjekPenyelidikan II/10/2003Persatuan Linguistik Malaysia/ATMA,Bangi, UKM

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Tengku Mohd. TengkuSembok, 2002. Kamus Dewan Tiga Edisi: Tinjauan Leksikografi TigaDekad, Projek IRPA 07-02-02-0041, UKM.

Noriah Mohammad, 2000. Kesan Globalisasi Terhadap Bahasa, KertasKerja Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia KE-2,Minden, Universiti Sains Malaysia.

Robert Philipson, 1992. ‘Linguistic Imperialism’, Oxford, OxfordUniversity Press.

Salina Ibrahim, 2002. Bahasa Inggeris: Kelemahan Pelajar UniversitiBermula dari Sekolah, Utusan Malaysia 11 Julai: 3

Senario Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Kebangsaan, 1996.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sperber and Wilson, 1995. Relevance Theory: Communication andCognition,Oxford, Blackwell.

Syed Husin Ali, 1996. ‘Tamadun Berbahasa Menjelang 2020’, dalamAsraf, 164-171.

Teo Kok Seong, 1996. ‘Penukaran Kod dan Bahasa: Satu FenomenaKedwibahasaan’, Pelita Bahasa, 41-43.

Teo Kok Seong, 1999. Kedominanan Bahasa Melayu di Malaysia, JurnalBahasa 43 (1), hal. 25-33.

Wan Esuriyanti Wan Ahmad. 2003. Teruskan Sains dan Matematikdalam Bahasa Inggeris: Dr.M. Berita Minggu, 7 September; 1

Wood, J.W. 2002. Adapating Instruction to an Accommodate Studentsin Inclusive Settings, New Jersey, Merrill Prentice Hall.

Zaharani Ahmad, 1999. Isu Fonologi Bahasa Melayu: Konflik AntaraRumus dan Korpus, Jurnal Dewan Bahasa,43(2), 108-120.

Zaharani Ahmad, 2001. Kamus Dewan Tiga Edisi: Satu TinjauanLeksikografi, Seminar Pemantauan IRPA, Melaka.

Zainal Abidin Bin Abdul Wahid, 2001. Bahasa, Pendidikan danPembangunan, Siri Bicara Bahasa Bil. 5, Kuala Lumpur, DBP.

Zulkifli Jalil, 2003. Pencapaian Pelajar Melonjak, Utusan Malaysia, 6September ;1

131

BUKAN SEKADAR BAHASA

8

Profesor Emeritus Dr. Abdullah HassanFakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

1. PengenalanSelama ini, apabila isu kebudayaan kebangsaan dibincangkan, iadilakukan oleh para sasterawan dan persuratan, khususnya budayawanMelayu. Justeru, bagi melihat perbincangan terdahulu mengenai topikini, kita ikutilah perbincangan ahli sasterawan dan persuratan, iaitupara cendekiawan Melayu. Walaupun kita jelas dalam membina dasardan mengatur strategi bagi membangunkan ekonomi, pendidikan,pertanian, kesihatan, dll. tetapi kita tidak sebegitu konkrit apabilamembina dasar untuk kebudayaan kebangsaan. Sekalipun dasar dapatdiungkapkan tetapi pelaksanaannya masih jauh daripada memuaskan.Malah dasar dan strategi kebudayaan kebangsaan adalah usaha yangtidak kunjung selesai (Taib Osman, 1988). Ia adalah pelaburan jangkapanjang sesebuah bangsa. Kita lihat secara ringkas perkembanganDasar Kebudayaan Kebangsaan kita.

a. Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia menjamin hak asasi setiap kaum. Artikel 3melindungi kebebasan semua kaum beragama, walaupun agama Islamadalah agama rasmi negara. Artikel 152 menjamin hak setiap kaummenggunakan bahasanya sendiri walaupun bahasa Melayu adalahBahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara. Ini adalah dua unsurpenting dalam kebudayaan yang sering diungkit oleh kaum lain dalammenolak Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Mengapa Kami Bantah!

b. Malayan Writers’ Conference 16-18 Mac 1962Seawal 1962 lagi, isu kebudayaan kebangsaan dan sastera kebangsaandibincangkan oleh para sasterawan dan cendekiawan dalam MalayanWriters’ Conference (Persidangan Penulis Malaya dan Singapura) ditajaoleh Dewan Bahasa dan Kebudayaan Singapura, dan diadakan diSingapura pada 16-18 Mac 1962. Prosiding persidangan itu diterbitkandalam bahasa Inggeris oleh badan yang sama. Berikut diturunkanbeberapa catatan utama. Menteri Kebudayaan Singapura, Rajaratnamberkata “A truly Malayan literature will emerge when writers expressthemselves through a language that is spoken and understood by all thecommunities. A common medium of expression will automatically create aMalayan literature .... It is only when the non-Malays begin to write in thenational language, will Malay cease to be a medium for communal literatureand become the vehicle for a Malayan literature.” Ini disuarakan denganlantang oleh kelompok penulis dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun,kelompok bahasa Inggeris mengatakan sastera Malaya (1) ditulis olehorang-orang yang lahir dan dibesarkan di Malaya menulis mengenaitopik-topik Malaya dengan tidak mengira apa bahasa yang digunakan;(2) yang ditulis dalam bahasa kebangsaan, dan (3) yang ditulis olehsesiapa sahaja mengenai Malaya. Kelompok bahasa Cina dan Tamilmengelak daripada membincang dan membuat kesimpulan mengenaibentuk sastera Malaya.

Situasi begini berterusan di Malaysia sehinggalah 1971. Ketiadaandasar bagi menentukan objektif kebudayaan negara menyebabkanaspek ini diabaikan. Tiada langkah-langkah konkrit diambil bagimewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Iklim positif dan neutralyang dizahirkan oleh Persidangan Penulis Malaya di Singapura padatahun 1962 itu tidak dimanfaatkan. Perkembangan kebudayaankebangsaan itu tidak mendapat perhatian sehingga selepas Mei 69.

c. Pindaan Perlembagaan 23 Februari 1971Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein membuatucapan penting menyangkut isu bahasa kebangsaan dan kebudayaankebangsaan. Tindakan positif diperlukan bagi memperbaik keadaanselepas 13 Mei 1969. Beliau membuat beberapa penegasan yang sudahmula dilupakan pada masa itu, khususnya “kontrak sosial” di antarakaum bagi mencapai kemerdekaan. Beliau menyatakan “kontrak sosial”yang dibuat, “It is hardly necessary for me in this House to expound uponthe careful and balanced character of the Constitution which was sopainstakingly negotiated and agreed upon by the major races in Malaysiabefore we attained independence. .... The basic provision relating to theacquisition of citizenship represented a fair and balanced compromise. Thesame careful and balanced approach runs through the other provisions of theConstitution protecting the legitimate rights of all races in Malaysia. ... The

134

Bukan Sekadar Bahasa

provision of Bahasa Malaysia as the sole official and National Language isbalanced by the guarantee for the use of the languages of other races other thanfor official purposes.” ... “Pengertian perkataan “tujuan-tujuan rasmi” atau“official purposes” dalam Artikel itu ... bermakna .. sebarang tujuanKerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Negeri, termasuklahmana-mana tujuan untuk pihak berkuasa awam.”

d. Kongres Kebudayaan Kebangsaan 16-20 Ogos 1971Kongres ini dibuka oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein, PerdanaMenteri Malaysia, berlangsung di Universiti Malaya. Selama empathari, sebanyak 52 kertas kerja dibentang dan dibincang. Kongres telahmenetapkan tiga unsur penting menjadi Dasar KebudayaanKebangsaan, iaitu:

1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan ke-budayaan asli rakyat rantau ini.

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar bolehditerima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan.

3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukankebudayaan kebangsaan itu.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yangsedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum,bahasa, budaya dan agama. Dasar ini dapat menjadi garis panduanmembentuk satu bangsa yang bersatu serta mempunyai identiti negara.Kebudayaan yang dipupuk dapat mencirikan keperibadian kebangsaanMalaysia.

e. Joint Memorandum on National Culture Submitted to the Ministry of Culture, Youth and Sports by the Major Chinese Organisations in Malaysia, 1983.Lima belas buah organisasi China menghantar memorandum kepadaMenteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 27 Mac 1983. Badan-badanitu ialah: The Selangor Chinese Assembly Hall, Penang Chinese TownHall, The Perak Chinese Association, The Federation of ChineseAssociation (Johor), Terengganu Chinese Assembly Hall, KelantanChinese Assembly Hall, Negeri Sembelin Chinese Assembly Hall, TheFederation of Chinese Associations (Sarawak), United Chinese SchoolCommittees, Association of Malaysia, United Chinese School Teachers’Association of Malaysia, Pahang Chinese Chamber of Commerce,Malacca Chinese Chamber of Commerce, Kedah Chinese Chamber ofCommerce, Perlis Chinese Chamber of Commerce, dan Sabah UnitedChinese Chamber of Commerce. Dalam dokumen setebal 321 halamanini, ketiga-tiga asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan ditentang se-

135

Mengapa Kami Bantah!

penuhnya. Dokumen ini terlalu panjang bagi dibicarakan. Hanya butirpenting diturunkan. Mereka berkata, “we oppose the present policies onnational culture, language and education, and the the three principles used .. tomould the national culture.” Mereka menentang kerana:

1. Proses membentuk asas kebudayaan kebangsaan daripada satukaum sahaja melanggar hak kaum lain,

2. Apabila kepentingan Islam ditekankan maka peranan budaya danagama lain dinafikan,

3. Menunjukkan dasar yang tertutup berpusat kepada Melayu sahajadan tidak liberal,

4. Menafikan sistem nilai yang bertindih antara budaya,5. Bercanggah dengan hakikat Rukunegara yang menghormati

kebudayaan semua kaum,6. Memaksa melalui sistem pentadbiran dan ini tidak dapat diterima

oleh bukan Melayu,7. Membahagikan kebudayaan kepada kaum sebagai peribumi,

pendatang dll akan menjadi punca diskriminasi, 8. Sesetengah chauvisnist Melayu berfikir bahawa semua kaum

hanya boleh diintegrasi melalui satu bahasa dan satu budayasahaja. dll.

Bagi mereka kebudayaan kebangsaan dapat dibangunkan melalui:

1. Usur seni daripada kebudayaan semua kaum menjadi asaskebudayaan kebangsaan,

2. Panduan membina suatu peranggu nilai kebudayaan yang samaialah sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang danpatriotisme,

3. Nilai kebudayaan bersama itu diungkapkan menurut kerangkapelbagai kaum,

4. Proses membina kebudayaan kebangsaan mestilah mematuhiprinsip kesamaan bagi semua kumpulan etnik, dan melaluiperundingan yang demokratis. dll.

Justeru, mereka berkata, kami menuntut supaya:

1. Kerajaan menghormati hak setiap kaum, kebudayaan, agama, danbahasa yang dimaktubkan dalam Perlembagaan,

2. Kerajaan memansuhkan semua undang-undang yang tidakmenyokong pertumbuhan mana-mana budaya, bahasa danpendidikan kaum tertentu,

3. Kerajaan membantu sekolah China dan juga Jabatan PengajianChina di universiti,

136

Bukan Sekadar Bahasa

4. Kerajaan adil dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan tidakmemihak kepada mana-mana kelompok,

5. Kerajaan tidak melebihkan mempromosi kebudayaan Melayusebagai kebudayaan kebangsaan sehingga boleh memangsaikebudayaan lain,

6. Hari Ini dalam Sejarah mesti juga memuatkan tokoh bukanMelayu,

7. Ciri pelbagai kaum mesti ditunjukkan dalam membentuk citrakebangsaan,

8. Nama bangunan dan tempat juga juga mesti pelbagai kaum,9. Kerajaan juga hendaklah mempromosi interaksi kebudayaan

pelbagai kaum, dll.

f. Memorandum on National Culture Submitted by the 10 Major Indian Associations of Malaysia to the Ministry of Culture, Youth and Sports, April 1984.Sepuluh persatuan India juga membantah. Mereka ialah: PergabunganTamil Malaysia, Persatuan Dravidian Malaysia, Majlis Kelab Bell BeliaTamil, Majlis Belia Hindu Malaysia, Persatuan Penulis-Penulis TamilMalaysia, Kesatuan Kebangsaan Sekolah Tamil Malaysia, MalaysiaHindu Sanga, Persatuan Kesenian Tamil Malaysia, Persatuan Ke-susasteraan Tamil, dan Persatuan Artis-Artis Tamil Malaysia.Memorandum kaum India menolak asas kebudayaan kebangsaankerana:

1. Malay-Islamic culture approach to the ‘formation’ of National Culturecannot be accepted by us,

2. The attempt to define National Culture on the basis of proceedings of theNational Culture Congress of 1971 completely negates the historicalunderstanding on culture reached by the different communities,

3. National Culture must be defined in terms of a set of common values,norms and beliefs found in cultures of the various communities inMalaysia, combined with positive elements from other cultures. It cannotbe equated solely with Malay or Islamic culture,

4. Neither can Malay culture form the basis of national Culture,

g. Suqiu (Jawatankuasa Menuntut) 1999Gabungan Persatuan Cina yang menuntut masih terus menuntutdengan secara teratur. Apabila sahaja iklim politik kelihatan memihakkepada mereka, iaitu semasa Melayu nampaknya berpecah, makamereka akan membuat tuntutan demi tuntutan. Suqiu membuat 89

137

Mengapa Kami Bantah!

tuntutan, yang melibatkan bahasa, kebudayaan, agama, dan lain-lain.Kebanyakannya yang telah tersenarai dalam Joint Memorandum onNational Culture Submitted to the Ministry of Culture, Youth andSports by the Major Chinese Organisations in Malaysia, 1983. Cumatuntutan pada kali ini diiringi dengan ugutan menarik balik sokonganpolitik dan menyokong parti pembangkang. Y.A.B Dr. MahathirMohamad, menolak dengan menyatakan yang semuanya bercanggahdengan “kontrak sosial” yang menjadi landasan yang membolehkanPerlembagaan Malaysia dibentuk.

2. Apalah Ada pada Bahasa?Bahasa Melayu adalah satu daripada tiga unsur yang dijadikan asasDasar Kebudayaan Negara. Apalah ada pada bahasa? Banyak. Danbahasa itu adalah paling menentukan keperibadian bangsa.

a. Tuntutan Bukan MelayuDengan tentangan dan tuntutan yang tidak putus-putus daripadakaum-kaum lain sebagai rakyat Malaysia, isu Dasar KebudayaanKebangsaan ini bukan hanya sekadar dapatkah bahasa Melayu, dankebudayaan Melayu Islam menjadi asas Dasar KebudayaanKebangsaan. Isu ini lebih besar daripada sekadar agama, bahasa, danbangsa yang dicabar. Apa yang jelas ialah, masyarakat Melayu mestisepakat dan menerima hakikat yang kita perlu bergerak danmeneruskan kelangsungan Melayu dalam satu sistem yang adaptifsupaya dapat berinteraksi dengan persekitarannya bagi mem-pastikansurvival kita. Dalam penyesuaian ini bukan tiada sempadannya, olehitu kita perlu sentiasa mengingati “kontrak sosial” yang menjadi asasPerlembagaan kita.

b. Bahaya dari Pemikir Melayu LiberalYang lebih membahayakan kita ialah keliberalan berfikir yangmenerima demokrasi itu sebagai kebebasan tanpa sempadan, hattamengingkari ‘kontrak sosial’ yang menjadi asas pembentukan Per-lembagaan yang kita jadikan kerangka membina Malaysia. Musnahkan‘kontrak sosial’ ini, musnahlah Perlembagaan, dan musnahlah Malaysia.Oleh sebab fitrah manusia begitu, mudah percaya pada apa yang adadaya tarikan intelektual. Atas asas berfikir secara intelektual sejagat,sudah ada pula Melayu yang mula termakan dengan tuntutan-tuntutanini. Nampaknya memang tiada apa salahnya kita berkata “menerimasastera dalam bahasa lain sebagai sebahagian daripada SasteraMalaysia.” Apabila diwarwarkan pula melalui media awam, apa yangkita ungkapkan sebagai “main-main” pun akan menjadi sumber ke-benaran dan kekuatan bagi yang mencari alasan lagi bagi membuat

138

Bukan Sekadar Bahasa

tuntutan bagi memusnahkan ‘kontrak sosial’ bersama. Hubaya-hubayaagar kita tidak menjadi alat yang memusnahkan hasrat bangsa sendiri.

c. Himpunan Memori BangsaBahasa Melayu yang kita gunakan sama ada sebagai bahasa harianmahupun sebagai bahasa pendidikan, adalah wahana bagi membina‘himpunan memori’ kita sebagai orang Melayu Malaysia. Himpunanmemori itu ialah himpunan seluruh konsep-konsep, nilai-nilai, norma-norma, nama-nama, proses-proses, pengalaman-pengalaman, yangmembentuk jati diri kita sebagai satu bangsa. Apabila kita meng-gunakan sebuah bahasa lain sebagai bahasa kita, maka himpunanmemori kita juga akan berubah. Kita tidak lagi akan menjadi orangMelayu Malaysia.

Apabila kita menggunakan sebuah bahasa lain, konsep yang kitacetuskan menjadi berlainan, walaupun bagi benda yang sama. Sebagaicontoh, dalam bahasa Bhutan, komputer ialah “logrig” yang membawamakna “mesin yang dikendalikan oleh tenaga elektrik.” Dalam sebuahbahasa Afrika Timur komputer ialah “mobusha” iaitu “mesin yangtidak membuat salah.”

Malah behavior kita juga boleh diubah kerana bahasa yangdigunakan. Contoh yang sering berlaku di kalangan masyarakat kelasmenengah Melayu yang saya kaji mendapati fenomena ini berleluasa.Kelas menengah Melayu sering menggunakan bahasa Inggeris dirumah mendapati anak-anak mereka sering mencabar mereka, iaitumenjadi derhaka, dalam bahasa Inggeris. Ungkapan seperti “What kindof father are you?” “I will report you to the authority for child abuse,”“Mother! who ask you to enter my room, dont you know how to knock?” Yangpaling menyayat saya dapati dalam himpunan pemerhatian saya ialah“I hope you will burn in hell!” yang dikeluarkan oleh seorang anak lelakikepada bapanya. Ungkapan begini tidak zahir dalam bahasa Melayu.Ada anak melawan dalam golongan rendah masyarakat, tetapi tidakdengan ungkapan “Apa jenis bapa kamu ini?” atau “Engkau pergimampus dalam neraka jahanam!” Isteri yang dwibahasa juga apabilamahu melawan suami berucap dalam bahasa Inggeris, tidak Melayu.

Dalam sebuah contoh lain, seorang eksekutif Melayu mengadakandoa tahlil untuk arwah ibunya. Apabila ditanya oleh Tuan Imam, apanama ibu, beliau menjawab “Zubaidah.” Binti apa? “Othman” katanya!!Bukan, nama ibu kata Tuan Imam. Sahihlah, oleh sebab sentiasa sibukdan bercakap pun sentiasa dalam bahasa Inggeris sahaja, maka memoritahlil tidak tercipta dalam benaknya. Beliau pun belum pernahmengadakan doa tahlil, maka memori itu tidak masuk ke dalambenaknya. Bagi yang ada memori itu, kita tahu untuk tahlil sesiapa pundibintikan kepada ibunya.

139

Mengapa Kami Bantah!

Apabila golongan menengah Melayu membuang bahasa Melayusebagai bahasa ibunda bagi anak-anak mereka, dan menggantikannyadengan bahasa Ingeris, maka bahasa Inggerislah yang duduk di benakanak-anak Melayu itu. Apabila elit Melayu menggunakan bahasaInggeris sebagai bahasa benak mereka, maka berdasarkan hipotesisSapir-Whorf, mereka akan memahami alam ini dengan acuan Inggeris,dan bukan dengan acuan Melayu lagi. Berdasarkan hipotesis MalikBennabi pula, anak-anak itu akan mewarisi idea-idea induk yangterkandung di dalam bahasa Inggeris, bukan idea-idea induk yangterkandung di dalam bahasa Melayu lagi. Oleh kerana bahasa Melayutelah menyerap idea-idea induk Islam, dan oleh kerana bahasa Inggerisbelum menyerap idea-idea induk Islam, maka pengambilan bahasaInggeris menjadi bahasa ibunda membawa implikasi yang serius.Sebagai contoh, gejala anak-anak yang "menjawab" ibu bapa bukanlahsuatu hal yang tidak ada kaitannya dengan bahasa ekspresif. Konsep-konsep seperti "derhaka" dan "syurga itu di bawah tapak kaki ibu"hanya terkandung dalam bahasa-bahasa yang sudah menyerap idea-idea induk dalam Islam, seperti Bahasa Melayu. Penggunaan bahasaInggeris tidak memberi peluang kepada kemasukan konsep-konsep ituke dalam benak individu-individu yang telah membuang bahasaMelayu sebagai bahasa ibundanya. Nilai-nilai yang terkandung didalam sastera Melayu seperti dalam cerita-serita Si Tanggang, MalimKundang, Batu Belah Batu Bertangkup, Siti Zubaidah juga tidak adakesempatan untuk masuk ke benak mereka. Tempatnya akan digantioleh cerita-cerita seperti Little Red Riding Hood, Cinderella, Pinochio,Snow White, Rapunzel, Goldilock dan lain-lain. Hero mereka bukanHang Tuah dan rakan-rakannya tetapi Robin Hood dan King ArthurAnd The Knights Of The Round Table.

Maka itulah sebabnya kita mempertahan bahasa Melayu sebagaiasas Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Membenarkan bahasa lainditerima sebagai wahana Kebudayaan Kebangsaan akan memusnahkanhimpunan memori kita, memusnahkan jati diri kita yang dipertahankandalam Perlembagaan kita.

Atas alasan yang sama kita boleh dituduh pula apakah kita tidakmenzalimi bahasa dan kebudayaan lain. Tidakkah kita menghalangatau memusnahkan himpunan memori kaum lain yang dimintamenggunakan bahasa Melayu untuk tujuan rasmi. Tidak, sama sekalitidak. Hal Kebudayaan Kebangsaan adalah hal rasmi. Dalam “kontraksosial” kita, hak asasi setiap kaum dijamin dan dipelihara. Tiada siapayang dihalang daripada menggunakan, mengajar dan meneruskanbahasa sendiri, asalkan bukan untuk tujuan rasmi, sebagai yangdijelaskan oleh Tun Abdul Razak di Parlimen pada 23 Februari 1971.

140

Bukan Sekadar Bahasa

d. Pentingnya Membina Sistem Pemanglian dari Masa ke MasaApabila membuat tuntutan hak asasi bagi orang Melayu, di buminyasendiri, sebagai yang sudah dipersetujui dalam kontrak sosial antarakaum, kita dilabel sebagai Malay-centered, kita dicap sebagai Malaychauvinist, kita dipanggil kaum yang tidak peka pada kepentingankaum lain, kita dituduh mendiskriminasi puak lain. Sudah sampaimasanya kita tidak emosi dengan label-label ini, sudah sampai masanyakita tidak gentar dengan taktik menakut-nakutkan ini. Sudah tibamasanya kita membuat strategi bagi melaksanakan apa yang kitafikirkan betul. Sudah ada pihak yang mula termakan dengan hujah-hujah Cina dan India kenapa mesti dibuat secara demokratis segalanya.Ini boleh memakan diri sendiri.

Oleh sebab itu kita perlu mengingatkan semula orang Melayutentang siapa dirinya, dan apa haknya. Inilah yang dikatakanpemanglian semula. Bina selalu sistem penagkisan yang diperlukan.Agar cendekiawan Melayu tidak mudah termakan dengan alasanliberal yang digunakan oleh kaum lain yang mengatakan hak asasimereka tercabar. Di samping kita mengajar generasi baru akan hakasasi mereka, dan perjuangan menegakkan Dasar KebudayaanKebangsaan.

3. Apa yang Kita Perjuangkan?Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

a. Kontrak SosialKita akan terus mempertahan “kontrak sosial” kita. Walaupun perkarapenting ini sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, dansudahpun dijelaskan apa rasionalnya, tetapi masih mahu ditagih. Olehyang demikian, adalah menjadi tugas kita mengingatkan kembaliperihal “kontrak sosial” yang mengimbangi hak masing-masing kaum,dan kepentingan bahasa Melayu seperti yang dijelaskan oleh TunAbdul Razak Hussein itu tidak diketepikan. Kita tidak perlu mudahterbeli dengan alasan oleh kerana demokrasi maka semua orangmempunyai hak yang sama. Malaysia bukan sebuah negara yangkosong sebelum kedatangan mereka maka semua orang sama taraf.

b. Dasar Media Yang TerbukaApa yang lebih menggugat Melayu pada hari ini, bukanlah sekadarperkara-perkara yang tertulis. Tetapi, ialah juga apa yang tidak tertulis.Misalnya, oleh sebab tidak ada sebarang undang-undang dalam mediamassa, maka akhbar dan media hiburan China dan Inggeris, maka inidigunakan seluas-luasnya sehingga sekarang media akhbar dan hiburan

141

Mengapa Kami Bantah!

Cina dan Inggeris menduduki tempat yang amat dominan dalam duniamedia Malaysia. Akhbar yang mempunyai edaran terbesar bukanlahakhbar Melayu atau Inggeris tetapi akhbar Cina. Rancangan televisyenyang paling dominan di antara rancangan hiburan televisyen bukanlahrancangan Melayu dan Inggeris, tetapi Cina.

Oleh sebab dasar yang terbuka, media Cina menyelubungi hidupkita sehari-hari. Di samping menentang mereka tidak henti-hentimembawa unsur budaya mereka masuk tanpa halangan. Setiap mingguada kontena yang membawa filem dan video dari Hong Kong danTaiwan masuk ke Malaysia. Malah pengarah drama dan filem HongKong telah mula mempengaruhi pengeluaran filem dan video kita.

c. Kepustakaan dalam Bahasa MelayuTun Abdul Razak Hussein mengingatkan kita bahawa kebudayaansebuah bangsa itu juga bergantung kepada himpunan ilmu dalambahasanya, iaitu kepustakaan dalam bahasanya. Kita akan terusberjuang membina kepustakaan dalam bahasa Melayu. Tinggirendahnya tahap kebudayaan sesebuah bangsa bergantung kepadakepustakaan yang diwujudkan dalam bahasa bangsa itu. Apabila kitamelihat bangsa-bangsa yang agung, dalam bahasanya terhimpun suatukepustakaan yang besar.

d. Barisan Memperjuangkan Dasar Kebudayaan KebangsaanPerjuangan menentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan nampak-nyabertenaga kerana mereka dibawa dan disokong oleh badan-badan Cinadan India yang bersatu. Kita akan memperjuang Dasar KebudayaanKebangsaan ini secara bersatu. Persatuan penulis, persatuan ke-budayaan, cendekiawan perlu bersatu bagi memperjuang hak kita.

Kita akan menghadapi cabaran. Umpamanya, kita dipanggilchauvinist apabila berjuang. Tetapi mereka tidak pula menganggap dirimereka chauvinist. Ini tidak menjadi soal. Yang penting kita berjuangbagi menegakkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan atas prinsip dankepercayaan kita.

4. KesimpulanDasar Kebudayaan Kebangsaan yang diasaskan pada budaya setempat,bahasa Melayu dan agama Islam adalah wajar. Itu hak kita yangdijamin dalam “kontrak sosial.” Apabila ini dibantah, maka maruahkita sebagai peribumi juga dinafikan.

142

Bukan Sekadar Bahasa

Rujukan

Asas-asas Kebudayaan Kebangsaan, (1971), Kuala Lumpur: KementeriaKebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia

Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib, (1993) Wawasan 2020, KualaLumpur: Istitut Kajian Dasar.

Kua Kia Soong (1985?), Memoranda on National Culture, KualaLumpur: Malaysian Chinese Research and Resource Center.

Kua Kia Soong, 1985, National Culture and Democracy, Kuala Lumpur:Malaysian Chinese Research and Resource Center.

Lim Kit Siang, 1986, Malaysia: Crisis of Identity, Petaling Jaya:DemocraticAction Party.

Ling Liong Sik, et al., 1988, The Future of Malaysian Chinese, KualaLumpur: Malaysian Chinese Association.

Loh Fook Seng, Philip, 1975, Seeds of Separatism: Educational Policy inMalaya 1874 - 1940, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Mohd. Taib Osman (1988), Kebudayaan Melayu dalam BeberapaPersoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Report on Malaysian Writers Conference, Singapore, 1962

Sandu, K.S., 1969, Indians in Malaysia, Cambridge: CambridgeUniversity Press.

Siri Pengetahuan Am, (1994) Dasar-dasar Negara (edisi ketiga), KualaLumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.

Tan Liok Eee, 1985, Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961,Unpub. Ph.D. Dissertation, University of Malaya, Kuala Lumpur.

Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid, 2000, Kuala Kangsar: PertemuanBudayawan 2000.

Ucapan-Ucapan Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein 1960, 1975, KualaLumur: Arkib Negara Malaysia & Jabatan Perdana Menteri

Wan Abdul Kadir Yusoff & Zainal Abidin Borhan (1985) Ideologi danKebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu,Universiti Malaya.

Watson, J.K.P., 1983, "Cultural Pluralism, National-Building andEducational Policies," in Chris Kennedy, Language Planning andLanguage Education, London: George Allen & Unwin.

143

Mengapa Kami Bantah!

144

RESOLUSI SEMINAR AGENDA MELAYU

9

Anjuran: PERSATUAN MELAYU NEGERI PERLIS (PEMANIS) dengan kerjasama BIRO TATANEGARA CAWANGAN PERLIS

Lampiran:

SEMINAR berlangsung pada 21 MEI 2004, bertempat di AuditoriumTaman Budaya, Kangar, Perlis; dirasmikan oleh Yang BerhormatSpeaker Dewan Undangan Negeri Perlis Tuan Haji Sulaiman bin Shafie,mewakili Yang Amat Berhormat Dato' Seri Shahidan bin Kassim,Menteri Besar Perlis. Seminar dihadiri sejumlah 150 peserta (77 oranglelaki, 73 orang wanita), terdiri daripada wakil Pertubuhan MelayuBersatu Negeri Kedah (PEMIKAD), Persatuan Melayu Negeri PulauPinang (PEMENANG), ahli Persatuan Melayu Negeri Perlis(PEMANIS), Institusi-institusi Pengajian Tinggi negeri Perlis, Wanitadan Pemuda UMNO Cawangan, dalam negeri Perlis dan pesertaperseorangan.

Seminar berlangsung dengan penuh semangat dan kesedarantentang dua aspek utama agenda Melayu iaitu: "MemartabatkanPenggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan Dan Pencapaiannya"dan "Politik Orang Melayu dan Cabaran Masa Kini".

RESOLUSI KERTAS KERJA UTAMA

Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan Dan Pencapainnya oleh Y. Bhg. Dato Dr. Hassan bin Haji Ahmad

Mengapa Kami Bantah!

Pengerusi: Y. Bhg. Prof. Madya Abdad bin Mohd Zain

Menyedari sesungguhnya bahawa:

1. Dasar bahasa yang sudah wujud di negara ini sejak tahun 1957adalah dasar yang terbukti baik untuk negara ini. Dasar inidikatakan baik kerana ciri-ciri berikut:

a. Dasar ini didasarkan pada bahasa, iaitu bahasa Melayu yangsudah berkurun lamanya menjadi bahasa maju dan bahasasuperaetnik, atau lingua franca, tidak sahaja di Malaysiabahkan di seluruh rantau berbahasa Melayu;

b. Dasar ini tidak menghapuskan bahasa Inggeris (bahasabekas penjajah), malah menjadikannya sebagai bahasa asingyang wajib diajarkan dan dipelajari dalam sistempendidikan kebangsaan;

c. Bahasa-bahasa lain tidak terhapus oleh dasar bahasa rasmiini;

d. Dasar bahasa ini ternyata tidak menyebabkan pendudukdan negara Malaysia menjadi bangsa dan negara yangmundur, malah dapat membuktikan kecintaan rakyatterhadap negara; dan

2. Dasar ini tidak bertujuan untuk memisah-misahkanpenduduk Malaysia berdasarkan kaum etnik dalam prosespembangunan negara, sebagaimana berlaku sebelumkemerdekaan.

2. Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarutama dalam sistem pendidikan kebangsaan ternyata berjayamenghasilkan ratusan ribu, malah jutaaan anak-anak Malaysiadari semua golongan etnik untuk maju dalam bidang pendidikanhingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaanitu. Keadaan ini tidak berlaku sebelum kemerdekaan apabilabahasa Inggeris digunakan untuk memisahkan orang Melayudaripada kemajuan negeri ini dengan menyekat bahasa Melayuuntuk digunakan sebagai alat kemajuan bangsa Melayu dalamsistem pendidikan dan dalam kemajuan ekonomi negara ini.Berdasarkan dua hakikat inilah, maka perlu sekali dasar bahasa,baik dalam sistem pentadbiran negara, baik dalam sistempendidikan negara, mahupun sebagai bahasa komunikasi luasdalam masyarakat, diperkukuh dan dimantapkan lagi, dan tidakdigugat, dicabar, diubah-ubah tanpa alasan yang rasional danbijaksana. Apa-apa keputusan yang melanggar isi dan semangatdasar itu, dan yang ternyata telah menimbulkan banyak masalah

146

Resolusi Seminar Agenda Melayu

yang serius, seelok-eloknya dibetulkan semula, kembalilah kepangkal jalan.

3. Kerajaan dan pegawainya perlu mengambil sikap yang tegasuntuk terus melaksanakan dasar tersebut sehingga dasar itu benar-benar mencapai tahap kemajuan yang mantap. Kita juga perluberhenti mengeluarkan kenyataan 'mengagung-agungkan' bahasaInggeris di khalayak umum, mengatakan orang Melayu tidak akanmaju kalau mereka tidak menguasai bahasa Inggeris, keranakenyataan seperti itu bukan sahaja salah dari segi ilmu, tetapikesan psikologisnya terhadap sikap orang lain dan terhadap nilaibahasa Melayu sebagai bahasa kemajuan di negara ini amatlahburuk.

4. Dalam pada itu, budaya bahasa orang Melayu, sikap merekaterhadap bahasa mereka sendiri, perlu berubah. Jangan merekamenjadi punca berlakunya kerosakan imej atau martabat bahasaMelayu di negara ini. Sesuatu bangsa tidak akan maju denganmenggunakan bahasa yang tidak bermutu, bahasa rojak, bahasayang bercampur-aduk dengan bahasa Inggeris, bahasa 'kedaikopi', bahasa pasar. Jika mereka hendak menggunakan bahasaInggeris secara yang berfaedah kepada bangsa Melayu, makamereka hendaklah menguasai bahasa Inggeris di peringkat tinggi,tidak bahasa 'Inggeris kacukan', yang hanya layak digunakan olehbangsa yang tidak maju, bangsa yang hanya meniru-niru budayaorang lain.

5. Jika orang Melayu sendiri tidak maju dalam negara ini, bagaimanaorang lain akan tertarik untuk menggunakan bahasa Melayusebagai alat kemajuan di negara ini? Bangsa Melayu akan majuapabila bangsa Melayu maju melalui bahasanya. Orang Melayumesti menunjukkan keupayaannya untuk mencipta kemajuandalam semua bidang dalam bahasa Melayu. Kepustakaan ilmudalam bahasa Melayu hendaklah diperbanyak. Usaha untukmengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu perludijadikan projek besar-besaran di negara ini, sepertimana di negaraJepun berjaya menterjemah sesebuah karya ilmu yang diterbitkandi barat dan seluruh dunia dalam masa sebulan setelah karya asalitu diterbitkan. Dengan cara ini martabat bahasa Melayu sebagaibahasa kemajuan dapat diyakini oleh semua pihak. Pihak DewanBahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Negara perlumenggunakan 'wang rakyat' ini sebaik-baiknya (menterjemahkansekian banyak karya ilmu daripada berbagai bahasa) untukkepentingan rakyat.Lenyap bahasa lenyaplah bangsa. Bangsa Melayu kekal kerana kitamenggunakan bahasa kita sebagai alat pembinaan tamadunsepanjang sejarah di rantau ini. Hari ini, bahasa Melayu (termasuk

147

Mengapa Kami Bantah!

bahasa Indonesia) merupakan bahasa kelima terbesar di duniasejumlah kira-kira 280 juta penuturnya. Janganlah kita biarkanbahasa yang sudah maju dan penting ini dimusnahkan melaluidasar-dasar bahasa yang salah atau oleh kerakusan sesuatu pihakyang akhirnya melupuskan bahasa dan bangsa Melayu.

6. Kita amat sedih apabila mendapati anak bangsa kita menganggurdi negaranya sendiri disebabkan kelemahan bahasa Inggeris -bangsa yang pernah menjajah negara kita, yang menyingkirkanpeluang pekerjaan bangsa kita dahulu - kini berulang kembalidalam zaman pemerintahan kita sendiri.Negara-negara maju dalam dunia seperti Jepun, Korea, Perancis,Jerman, Russia, Itali hatta negara-negara jiran seperti Thailand danIndonesia, mewajibkan pelabur luar mempelajari dan meng-gunakan bahasa ibunda mereka, maka bererti tidaklah berlaku'penganggur bahasa' di negara-negara tersebut.Oleh itu kita amat berharap agar negara kita juga berbuat begitu -mengambil contoh negara-negara tersebut - demi memberipeluang kepada anak-anak negara kita mendapat pekerjaan disektor-sektor swasta termasuk pelabur luar yang kebanyakannyaterdiri daripada pelabur dari negara-negara yang tidak meng-gunakan bahasa Inggeris seperti Jepun, Korea, Jerman, Arab, Italidan sebagainya.Kita berharap kepada pemimpin kita terutama orang Melayu yangkini masih berkuasa dalam politik akan memberi peluang danpembelaan kepada anak-anak bangsa kita terutama anak-anakMelayu yang mempunyai kelulusan dalam bidang/ilmu masing-masing untuk mendapat pekerjaan dalam sektor swasta itu,ertinya tidaklah menjadi 'penganggur bahasa' atau 'pengemisbahasa' di negaranya sendiri.

7. Kalangan yang berusaha memartabatkan bahasa Melayu ataumempertahankan dasar bahasa Melayu dalam sistem pendidikankebangsaan sering kali dituduh atau dicap sebagai 'fanatik bahasaMelayu' atau 'nasionalis bahasa' yang kolot. Mereka dikatakan antibahasa Inggeris atau tidak mahu bangsa Melayu 'maju'. Bagimereka, kemajuan sesuatu bangsa hanya boleh dicapai melaluibahasa Inggeris. Malangnya, tuduhan ini dibuat oleh orangMelayu sendiri, termasuk beberapa orang pemimpin Melayu yangdipilih oleh orang-orang Melayu - bukan bangsa lain. Jawapanterhadap tuduhan ini seperti berikut:

a. Orang Melayu yang memperjuangkan kedudukan bahasaMelayu tidak pernah anti-bahasa Inggeris. Kebanyakanmereka menguasai bahasa Inggeris di peringkat tinggi, tidakbahasa Inggeris 'kedai kopi' (sayangnya mereka bukan ahli

148

Resolusi Seminar Agenda Melayu

politik). Mereka sebenarnya berusaha mempertahankandasar itu semenjak mutakhir lagi. Salahkah usaha merekaitu?

b. Bangsa Melayu tidak pernah menentang bahasa Inggeris,malah UMNO sendiri yang didukung oleh orang Melayu,menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak1956 supaya bahasa Inggeris diajarkan sebagai bahasa keduayang wajib di sekolah kebangsaan (Sekolah Melayu sebelumkemerdekaan).

c. Nasionalis bahasa ada pada semua bangsa di dunia ini,bererti mereka mempunyai kesedaran yang kuat terhadappentingnya bahasa mereka sebagai alat budaya mereka.Dalam bahasa Arab dikatakan ilmu mantiq iaitu logikbahasa. Setiap individu atau kanak-kanak bercakap ataubertutur mengikut pemikiran bahasa ibundanya, jika bahasalain tentulah mengelirukan terutama kanak-kanak sendiri.Sementara itu bangsa Cina pula mempunyai pepatah yangmengatakan 'Kalau sesuatu bangsa menghina bahasanyasendiri, tunggulah penghinaan itu dari seluruh dunia',kerana itulah bahasa mereka kekal di mana-mana sahaja.Hanya bangsa yang dijajah sahaja yang tidak mempunyaikesedaran ini, biasanya mereka tidak maju. Jadi nasionalisbahasa atau 'language nationalism' bukan istilah kotor dantidak sama dengan 'fanatik bahasa' atau 'pengganasbahasa'.

d. Nasionalisme bahasa hendaklah dibezakan dengan‘imperialisme bahasa’. Imperialisme bahasa berertipenjajahan yang menggunakan bahasa sebagai alatnya – alatuntuk menyekat sesuatu bangsa untuk maju dalambahasanya sendiri. Barangkali, orang yang tidak berhenti-henti memuja bahasa Inggeris sebagai ‘alat kemajuan’manusia tidak sedar bahawa mereka menjadi mangsapenjajahan bahasa Inggeris atau merekalah ‘fanatik bahasaInggeris’ atau ‘pengganas bahasa Melayu’.

8. Mengetahui atau menguasai bahasa asing, misalnya bahasaInggeris, berguna kepada bangsa Melayu bukan kerana bahasa itulebih penting daripada bahasa kita sebagai bahasa untuk kemajuankita, atau sebagai bahasa pemikiran atau bahasa pembangunankita, tetapi kerana bahasa asing itu dapat digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu. Apabila kita mempelajari bahasa Inggeristujuannya bukanlah untuk menggantikan bahasa sendiri sebagaialat budaya, alat pemikiran dan alat pembinaan tamadun bangsasendiri, tetapi hanya untuk mencapai tujuan tertentu - itu pun

149

Mengapa Kami Bantah!

jikalau tujuan itu perlu untuk kita - untuk tujuan berdagang atauberniaga dengan orang Inggeris di negara mereka, atau untuktujuan diplomasi atau untuk memperolehi ilmu (melalui bukudalam bahasa Inggeris).Tidak perlu semua rakyat Melayu perlu mengetahui bahasa asinguntuk mencapai tujuan-tujuan tersebut. Tetapi apabila kitamenyeru bangsa Melayu supaya menguasai bahasa Inggeris, kitaseolah-olah mahukan semua orang Melayu menguasai bahasa ini.Apa perlunya petani Melayu, pekedai Melayu, bahkan pegawaiMelayu menguasai bahasa ini? Jikalau orang Melayu hendakmenjadi diplomat di negeri Arab, Perancis, Jerman, Jepun atauChina, sepatutnya mereka yang dilantik itu menguasai bahasaArab, Perancis, Jerman, atau China, kerana mengetahui bahasaInggeris sahaja tidak cukup di negara-negara tersebut.

9. Apabila kita menggantikan bahasa kita sendiri dengan bahasaInggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah,bererti kita melakukan suatu kesalahan yang besar, iaitu menyekatkebebasan atau peluang orang Melayu menguasai bidang sainsdan matematik dalam bahasa sendiri, seolah-olah kita memaksapetani Melayu menanam gandum menggantikan padi. Dulupenjajah Inggeris yang memaksa dasar ini kepada kita. Sekarang,nampaknya bangsa kita sendiri sudah mengamalkan dasar yangsama. Kalau niat kita untuk memajukan bangsa kita, maka caranyabukan dengan menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa asingsebagai alat kemajuan itu. Kita tahu, semasa bahasa Melayu tidakdijadikan alat kemajuan bangsa Melayu pada zaman Britishdahulu, tidak ada seorang pun anak Melayu yang menjadi ahlisains atau pakar dalam bidang-bidang lain melalui pendidikandalam bahasa Melayu. Tetapi, apabila bahasa Melayu digunakansebagai alat untuk mengajar sains dan matematik, ternyata ribuanorang Melayu berjaya menjadi sarjana, pakar dan ahli profesionaldalam pelbagai bidang ilmu sains, perubatan, akauntan, ke-juruteraan dan lain-lain melalui pendidikan dalam bahasa Melayu.Dan, jika dasar pendidikan ini diteruskan berkemungkinan besaranak-anak bangsa kita sudah tidak boleh menggunakan istilahsains dan matematik dalam bahasa Melayu. Mereka sudah tidakdapat membilang, mengira dengan menggunakan bahasa Melayu,tidak seperti bangsa Cina yang tetap mempertahankan pelajarantersebut diajar dalam bahasa Cina. Setelah itu bagaimana akanberlaku budaya pemikiran anak-anak kita, Melayu atau Inggeris?Jika dikatakan belanja beratus juta telah dikeluarkan untuk projekSains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bagaimana dengansekian banyak belanja yang telah dikeluarkan dahulu untuk

150

Resolusi Seminar Agenda Melayu

matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu hinggake universiti? Apakah patut dikorbankan begitu sahaja?

10. Semua bangsa yang maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing sebagai alat utama kemajuan mereka. Mereka belajarbahasa lain, misalnya bahasa Inggeris untuk tujuan tambahan.Tetapi apabila mereka memajukan bangsa mereka di dalam negarasendiri, alat pembangunan yang mereka gunakan dan utamakanialah bahasa sendiri. Mereka tidak akan berbual-bual biasa sesamabangsa sendiri dalam bahasa asing, tidak seperti bangsa kitasekarang. Inilah salah satu sebab mengapa bangsa kita mengalamimasalah kemajuan: Kita tidak pandai lagi berfikir dalam bahasasendiri. Apabila kita menggunakan bahasa asing, kita tidak tahu apakahfaedahnya kepada pembangunan bangsa Melayu seluruhnya,bukan hanya pembangunan fizikal atau materialistik tetapi lebihpenting lagi pembangunan budaya, moral, sosial, akhlak danrohaniah. Jadi, cabaran bahasa Inggeris terhadap taraf bahasaMelayu dalam bidang pembangunan negara atau sebagai bahasailmu dalam negara ini bukan cabaran bahasa (linguistik) tetapicabaran budaya. Kerana itu bahasa kita tetap perlu digunakansebagai alat untuk membina pemikiran dan kreativiti bangsasendiri, di samping sebagai unsur utama 'jati diri', 'identiti' dan'maruah' bangsa. Kita tidak akan menjadi bangsa yang kreatifdengan hanya mengambil, meniru atau mengimport ilmu danteknologi orang lain dengan menggunakan bahasa mereka.

11. Kami amat berharap pada dekad ini, pemimpin negara hendaknyatidaklah merosakan bahasa Melayu jika dibanding denganpemimpin negara kita masa lalu, terutama Allahyarham Tun Abd.Razak, beliaulah yang menyemarakkan bahasa Melayu, pen-didikan Melayu dan ekonomi orang-orang Melayu. Adalahdiharapkan, pemimpin Melayu masa kini, berusahalah meng-gunakan kuasa yang ada, sepertimana pemimpin UMNO yanglalu, menggunakan kuasa memartabatkan bangsa Melayu. Jikapeluang ini tidak dilakukan sekarang - sementara kita mempunyaikuasa - berkemungkinan besar peluang itu akan diambil-alih olehkalangan bukan Melayu. 'Suqiu' yang mendukung MCA dengan144 usulnya, berjaya memperjuangkan sekian banyak kepentinganbangsa Cina, mengapa kita sebagai bangsa sejati negara ini tidakberusaha memperjuangkan kepentingan bangsa kita sendiri? Jikakita terlalu banyak bertolak-ansur, kesannya bangsa kitalah yangrugi.Tidak semua perubahan yang drastik itu mencapai kemajuankepada bangsa Melayu kerana sesungguhnya bangsa Melayumasih tidak mampu menerima perubahan yang drastik, sebaik-

151

Mengapa Kami Bantah!

baiknya lakukanlah secara sederhana agar segala perubahan itudapat diterima dan diikuti oleh bangsa kita, jika tidak kalanganyang lain mengaut faedahnya.

12. Jika sepuluh atau dua puluh tahun yang akan datang bahasaMelayu telah lenyap - jika dasar ini diteruskan - menepatiperibahasa "Lenyap bahasa lenyaplah bangsa", sebagai sumbersejarah seperti bangsa Yunani atau kejatuhan kerajaan MelayuMelaka dahulu. Generasi muda ketika itu tertanya-tanya tidakadakah pihak yang berusaha membela nasib bahasa Melayu,apabila kerajaan melaksanakan dasar penggunaan bahasa Inggerisseluas-luasnya di negara ini, maka sebagai bukti pada 21 Mei 2005,Seminar 'Agenda Melayu', diadakan di Taman Budaya NegeriPerlis, anjuran Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS)dihadiri juga wakil-wakil dari Pertubuhan Melayu Bersatu NegeriKedah (PEMIKAD) dan Persatuan Melayu Negeri Pulau Pinang(PEMENANG) - kamilah pembelanya - rumusan ini dikirimkankepada kerajaan Malaysia yang masih mengakui dan meng-amalkan dasar demokrasi.

RESOLUSI CERAMAH KEDUA

Politik Orang Melayu dan Cabaran Masa Kini oleh Y. Bhg. Dato Sabudin bin HassanPengerusi: Y. Bhg. Prof. Madya Zulkifli bin Abidin

Seminar berpendapat bahawa:1. Untuk kemajuan bangsa Melayu pihak kerajaan hendaklah

menggerakkan penerangan semua peringkat masyarakat, terutamamasyarakat luar bandar iaitu para pemimpin terutama pemimpinMelayu 'turun ke padang' untuk memberi motivasi terutamabangsa Melayu kita tentang peluang-peluang yang disediakan olehkerajaan seperti perniagaan, pendidikan, kesihatan, sosial,kebudayaan dan sebagainya - sepertimana yang dilakukan olehpara pemimpin Melayu sebelum kemerdekaan dahulu, merekaberjalan kaki, ber-basikal, berperahu ke kampung-kampungmemberi penerangan apa itu kemerdekaan dan peluang-peluangkehidupan yang lebih baik kepada masyarakat Melayu kita.Pemimpin negara iaitu pemimpin tertinggi UMNO amatmengharapkan orang-orang Melayu yang menjadi ahli UMNOtidaklah semata-mata kerana ingin mendapat ‘kontrek’ atau

152

Resolusi Seminar Agenda Melayu

memenuhi perjuangan untuk kepentingan diri sendiri – suatusaranan yang sewajarnya diberi perhatian yang serius oleh bangsakita terutama ahli-ahli UMNO sendiri. Di samping itu, kita mengharapkan pemimpin Melayu juga akanberusaha sedaya-upaya untuk mengubah ‘minda Melayu’ ke arahyang lebih dinamis. Kalangan politik dan badan-badan sukarela(NGO) Melayu patut sama-sama berbincang untuk mengubah‘minda Melayu’, tentang kepentingan bahasa Melayu, ekonomi,sosial, pendidikan dan kebudayaan, sepertimana perjuangan ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu dalam era kepimpinanallahyarham Tun Abd. Razak dahulu.

2. Pihak kerajaan hendaklah mengkaji semula dasar kemasukanpekerja asing - tidak semua jenis pekerjaan dibenarkan kepadapekerja asing. Peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dan layakdilakukan oleh orang Melayu, terutama anak-anak muda Melayuhendaklah digalakkan mereka menceburinya. Pihak kerajaan,terutama pemimpin Melayu berusahalah menyedarkan merekabahawa kehidupan sekarang memerlukan 'pengorbanan', ertinyatidak semua pekerjaan yang baik dan mendapat keuntungan ataupendapatan yang besar dalam sektor awam; dalam sektor swasta,atau mengendalikan pekerjaan sendiri lebih menguntungkanseperti yang dilakukan oleh golongan bukan Melayu di negarakita sekarang.

3. Pihak kerajaan hendaklah membuka peluang pekerjaan/aktivitiekonomi kepada graduan Melayu untuk mendapat tapakmemulakan kerjaya:

a. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri hendaklahberusaha menyediakan formula bagaimana graduan Melayumenceburkan diri dalam ekonomi negara. Kursus, pe-nerangan, seminar wajar sekali dilakukan dari masa kesemasa agar mereka terbuka minda apakah aktivitipekerjaan yang dapat mereka lakukan.

b. Pihak institusi pengajian tinggi sewajarnya sudah mendidikmereka bagaimana memulakan sesuatu pekerjaan setelahmereka keluar daripada setiap institusi tersebut, seperti-mana yang dilakukan oleh institusi negara Jepun, setiapgraduan sudah ditempah untuk memenuhi pekerjaan dalamsektor swasta mereka. Kita juga tentu dapat berbuat begitu.

c. Sektor swasta negara ini semestinya memberi peluang yangsama rata kepada graduan negara ini, sama ada sektorswasta dalam negeri dan yang melabur dalam negara ini.Keutamaan bahasa Inggeris dan bahasa lain yangdisyaratkan sekarang hendaklah dihapuskan. Jika negara-

153

Mengapa Kami Bantah!

negara maju berkehendakkan setiap sektor swasta yangmelabur di negara mereka, mesti menggunakan bahasanegara mereka seperti Jepun, Jerman, Perancis, Rusia danKorea; negara kita juga sepatutnya berbuat demikian. Sebabitulah bahasa Melayu mesti dimartabatkan. Tidaksepatutnya bangsa Melayu berdagang di negaranya sendiri.

d. Pihak kerajaan hendaklah memberi kesedaran kepadasemua sektor swasta sama ada di dalam dan dari luarnegara, memahami hakikat sebenarnya yang terdapat dalamnegara ini. Maksudnya, negara ini terdiri berbagai ke-turunan, kerana itu perkembangan ekonomi hendaklahdikongsi bersama. Jika terdapat mana-mana golongan yanglemah dalam lapangan ekonomi ini berkemungkinan pulaakan berlaku pertikaian atau permusuhan suatu ketika nanti- akan timbul perasaan tidak puas hati. Untuk membendungkeadaan tersebut berlaku, pihak-pihak tersebut hendaklahmenyedari hakikat ini dan kerajaan kita hendaklahberusaha lebih awal membendunginya.

4. Pihak kerajaan hendaklah mengkaji semula kurikulum sekolah diMalaysia, terutama pelajaran sejarah dan penggunaan bahasaMelayu agar menimbulkan keinsafan kepada generasi muda(menurut urutan sejarah, jatuh bangunnya bangsa Melayu):

a. Negara-negara maju seperti China begitu memberiperhatian tentang sejarah negara mereka, kerana itulahmereka membantah apabila Jepun menulis semula tentangsejarah negaranya. Negara kita juga perlu mengkaji danmenulis semula sejarah sebenar perjuangan bangsa kitaterutama ketika menuntut kemerdekaan, menurut sejarah,bangsa Melayulah yang mula-mula berjuang menuntutkemerdekaan; sejarah awal negara kita ketika dalam zamanpenjajahan Inggeris sehingga sekian ramai bangsa asingmembanjiri negara ini, sehingga menimbulkan desakankepada bangsa kita sendiri.

b. Penggunaan bahasa Melayu mesti ditegaskan dalamkurikulum sekolah di negara kita sekarang. Melalui bahasaMelayu inilah akan menimbulkan kesedaran tentangmartabat bangsa dan unsur perpaduan negara kita. Kitabimbang, setelah ditukar bahasa Melayu kepada bahasaInggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik, unsur-unsur perpaduan negara akan terjejas dan jati diri dantamadun bangsa Melayu terutama unsur-unsur budaya jugaturut terjejas - sekian banyak pengaruh barat akan meresapi

154

Resolusi Seminar Agenda Melayu

jiwa anak-anak bangsa kita sepertimana yang berlakusekarang.

5. Pihak kerajaan juga diminta supaya tidak membenarkan kalanganbukan-Melayu mempertikaikan isu-isu hak Melayu dalamperlembagaan - pemimpin Melayu seharusnya menepis segalamanipulasi dan ancaman golongan ekstremis bukan-Melayu:

a. 'Suqiu' begitu berdegar-degar menentang perlembagaannegara sebagai buktinya mereka menentang 'Hak istimewaorang-orang Melayu'. Bukankah negara ini negara kita? Kitaamat berhak mendapat keistimewaan itu seperti negaraChina atau Jepun atau Thailand, rakyat mereka berhakmendapat segala macam hak keistimewaannya. Kerana itukita juga berhak mempertahankan 'hak' tersebut.

b. Mempertikaikan isu-isu dalam perlembagaan bererti'menentang perlembagaan' sedangkan perlembagaan itudigubal dan dipersetujui oleh semua kaum di negara ini.Kita bimbang jika dibiarkan isu-isu sensitif ini terusdibangkitkan suatu ketika nanti orang-orang Melayu akanbangkit menentang habis-habisan, ketika itu akan berlakupermusuhan kaum di negara kita. Kami berharap, sebelumberlaku perkara tersebut, pemimpin kita wajar sekali'menahan' dan tidak membenarkan isu-isu sensitif inidipertikaikan.

c. Pihak kerajaan hendaklah dari masa ke semasa berusahamemberi kesedaran kepada golongan bukan-Melayutentang erti dan maksud perlembagaan negara kita se-benarnya, terutama isu-isu sensitif. Usaha dan keberanianperlu ada dalam kerajaan kita agar semua rakyat memahamisebenarnya hakikat yang tersirat dalam perlembagaannegara. Berusahalah 'sebelum nasi menjadi bubur'.

JAWATANKUASA RESOLUSI:1. Encik Mohd. Zain bin Hamzah (Pengerusi)2. Encik Desa bin Yaakob (Setiausaha)3. Encik Rejab bin Ismail4. Encik Busu bin Ibrahim5. Prof. Madya Zulkifli bin Abidin.

155