membuat hipotesis

2
1.Semakin bertambah kuantiti yis, semakin bertambah saiz roti 2. Jika bertambah suhu ait, maka berkurang masa gula Membuat Hipotesis Saintis memulakan penyiasatan menggunakan tekaan bijak yang dipanggil hipotesis yang boleh diuji menggunakan data sebenar. Ia merupakan penerangan untuk satu set pemerhatian, dan data yang direkod atau beberapa inferens. Hipotesis adalah ramalan mengenai hubungan di antara dua pemboleh ubah. Eksperimen yang bermula dengan hipotesis akan membantu anda menentukan jenis data yang akan dipunggut. Apakah hipotesis? Hipotesis ialah pernyataan yang mencadangkan penerangan terhadap sesuatu fenomena atau peristiwa. Hipotesis ialah pernyataan yang boleh diuji dan mungkin merangkumi ramalan Hipotesis bukan teori. Teori ialah pernyataan umum berdasarkan kepada pelbagai data. Contoh, teori evolusi merujuk kepada semua benda hidup berdasarkan kepada banyak pemerhatian. Walau bagaimanapun banyak perkara mengenai evolusi yang belum difahami. Banyak hipotesis yang telah dicadangkan dan diuji. Bagaimana menulis hipotesis? 1

Upload: kaynine-kiko

Post on 27-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

langkah untuk membuat hipotesis

TRANSCRIPT

Page 1: Membuat Hipotesis

1.Semakin bertambah kuantiti yis, semakin bertambah saiz roti2. Jika bertambah suhu ait, maka berkurang masa gula melarut

"Jika saya main golf, maka saya akan menjadi kaya."

Membuat Hipotesis

Saintis memulakan penyiasatan menggunakan tekaan bijak yang dipanggil hipotesis

yang boleh diuji menggunakan data sebenar. Ia merupakan penerangan untuk satu

set pemerhatian, dan data yang direkod atau beberapa inferens. Hipotesis adalah

ramalan mengenai hubungan di antara dua pemboleh ubah. Eksperimen yang

bermula dengan hipotesis akan membantu anda menentukan jenis data yang akan

dipunggut.

Apakah hipotesis?

Hipotesis ialah pernyataan yang mencadangkan penerangan terhadap sesuatu

fenomena atau peristiwa.

Hipotesis ialah pernyataan yang boleh diuji dan mungkin merangkumi ramalan

Hipotesis bukan teori. Teori ialah pernyataan umum berdasarkan kepada pelbagai

data. Contoh, teori evolusi merujuk kepada semua benda hidup berdasarkan kepada

banyak pemerhatian. Walau bagaimanapun banyak perkara mengenai evolusi yang

belum difahami. Banyak hipotesis yang telah dicadangkan dan diuji.

Bagaimana menulis hipotesis?

Pernyataan di atas mengandungi perkataan jika dan maka. Ini adalah perlu dalam

penulisan hipotesis formal. Walau bagaimanapun tidak semua ayat yang

mengandungi perkataan jika dan maka adalah hipotesis.

Sebagai contoh,

Penyataan di atas adalah ramalan. Dalam penulisan hipotesis, satu hubungan tentatif

dinyatakan.

1