membangunkan modul perisian alat bantu · pdf filepenganugerahan ijazah sarjana muda sains...

Download MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU · PDF filepenganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi) ... 1.2 Latar belakang Projek 3 ... 3.11 Plan Pembangunan Perisian

If you can't read please download the document

Upload: phungtuyen

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

    BERTAJUK PENGKOLONIAN DAN SESARAN MATA PELAJARAN BIOLOGI

    TINGKATAN EMPAT

    MOHD RIDZUAN BIN ABIDIN

    Laporan projek ini di kemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    MAC, 2004

  • iii

    DEDIKASI

    Buat Ibu Bapaku:

    Site Ruhani Bt Che Man

    Abidin Bin Abdol

    Adik-beradikku:

    Mohd Nizam,

    Mohd Firdaus

    Serta Nurdianah.

    Doa dan pengorbanan kalian menghasilkan kejayaan ini.

  • IV

    PENGHARGAAN

    Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah , Lagi Amat Penyayang.

    Penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada penyelia projek sarjana

    muda iaitu Tuan Haji Muslim Bin Jonid yang telah membimbing dan membantu

    sehingga terbinanya modul perisian alat bantu mengajar (ABM) ini.

    Turut dirakamkan terima kasih kepada Dr. Arbaat di atas pertolongan dan

    galakan yang telah di berikan dalam membangunkan ABM ini.

    Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan di atas

    komen, cadangan dan nasihat yang membina serta sentiasa bersedia untuk membantu

    dalam menjayakan perisian ini.

    Akhir sekali penulis ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada

    ahli keluarga saya En. Abidin Bin Abdol, Pn. Siti Ruhani Bte Che Man, Mohd Nizam

    Bin Abidin, Mohd Firdaus Bin Abidin dan Nurdianah Bte Abidin yang telah

    memberikan galakan dan sokongan serta menjadi inspirasi bagi menjadi insan yang

    berjaya.

    Turut merakamkan terima kasih kepada setiap individu yang terlibat secara

    langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga segala jasa baik

    yang sekalian berikan akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah S.W.T jua.

    Mohd Ridzuan Bin Abidin 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

  • v

    ABSTRAK

    Melihatkan kepada perkembangan yang pesat dalam bidang multimedia dan

    pelaksanaan penggunaan komputer di dalam kelas secara giat mulai tahun 2003 oleh

    Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan

    komputer bagi kegunaan guru-guru sains khususnya, sangat wajar segera diwujudkan.

    Oleh itu , projek pembangunan perisian ABM yang dijalankan ini adalah bagi memenuhi

    kekurangan perisian ABM yang masih wujud dalam versi Bahasa Malaysia. Selain itu,

    adalah diharapkan perisian ini akan menjadi sebahagian daripada sesi pembelajaran

    biologi khususnya bagi tajuk Pengkolonian, berjalan dalam suasana yang lebih menarik

    dan efektif berbanding menggunakan ABM tradisional. Ini adalah kerana perisian ini

    dibangunkan dengan mempunyai ciri-ciri multimedia yang menjadikannya lebih

    menarik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam perisian ini juga turut

    dimasukkan sesi penilaian, kerohanian dan laman web yang boleh dilinkkan dan

    menjadikannya lebih sempurna berbanding ABM tradisional.

  • vi

    ABSTRACT

    In consistent of fast development of multimedia and application of computers in

    classroom by Ministry Of Education which increasing sharply started early 2003, the

    usage of the teaching aid facilities (TAF) based on computers for science teachers

    should be started as soon as possible. Due to this reason, the TAF software development

    was made to fulfill the shortage of sciences TAF software in Malay version. Beside that

    it will make biologys teaching session especially for Colonization topic be interesting

    and in conducive environment as compared the traditional TAF. This is because the

    development of this software also have multimedia element that can make the learning

    and teaching session more interesting. This software also contained testing session,

    spiritual aspect and guidelines for internet browsing which make it is the most

    completed software as compared to the traditional one.

  • vii

    KANDUNGAN

    JUDUL i

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    I PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar belakang Projek 3

    1.3 Penyataan Masalah 5

    1.4 Objektif Projek 6

    1.5 Kepentingan Projek 6

    1.6 Skop Projek 7

    1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 7

    1.8 Definisi Istilah 9

    1.8.1 Modul 9

    1.8.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 9

    1.8.3 Modul ABM berasaskan Komputer 10

    1.8.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 11

    1.8.5 Multi media Dan Elemen-elemennya 11

  • viii

    II SOROTAN PENULISAN

    2.1 Pengenalan 13

    2.2 Jenis-jenis ABM 14

    2.3 Perbezaan Antara ABM Dan PBK Secara Umum 15

    2.4 Kelebihan ABM Berasaskan Komputer 16

    2.4.1 E-book 18

    2.5 Kelemahan ABM Berasaskan Komputer 19

    2.6 Teori Pembelajaran Dalam ABM Berasaskan Komputer 19

    2.6.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 20

    2.6.2 Teori Pembelajaran Kognitif 22

    2.6.3 Behaviorisme 23

    2.7 Taksonomi Bloom 23

    2.8 Strategi Pengajaran Dalam Modul ABM Berasaskan Komputer 24

    III METODOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK

    3.1 Pengenalan 26

    3.2 Penentuan Tajuk Dan Skop 26

    3.3 Rasional Pemilihan Media 27

    3.4 Klasifikasi Komputer 28

    3.5 Pengumpulan Bahan Dan Penjanaan Idea 28

    3.6 Analisis Pembangunan 29

    3.6.1 Objektif Pengajaran 29

    3.6.2 Kumpulan Sasaran 30

    3.6.3 Isi Kandungan Pelajaran 30

    3.6.4 Soalan/Penilaian Pencapaian 32

    3.6.5 Format Spesifikasi Isi Kandungan 33

    3.7 Persekitaran Pengguna 34

  • ix

    3.8 Pemilihan Perisian Pembangunan Utama 34

    3.8.1 Perisian multi media 36

    3.9 Perkakasan Pembangunan 38

    3.10 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 39

    3.11 Plan Pembangunan Perisian 40

    IV PEMBANGUNAN PERISIAN

    4.1 Pengenalan 47

    4.2 Struktur Asas Perisian 48

    4.2.1 Paparan Montaj Dan Tajuk 48

    4.2.2 Paparan Bantuan 49

    4.2.3 Paparan Menu Utama 49

    4.2.4 Paparan Isi Kandungan 50

    4.2.5 Paparan Skrin Penilaian 51

    4.2.6 Kemudahan Laman Web 53

    4.2.7 Paparan Glosari 53

    4.2.8 Paparan Galeri 54

    4.2.9 Paparan Aktiviti 55

    4.2.10 Paparan Uji Minda 56

    4.2.11 Paparan Video 57

    4.2.12 Paparan Peneguhan 58

    4.3 Pakej Perisian 60

    4.4 Cara Menggunakan Perisian 61

  • x

    V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

    5.0 Pengenalan 64

    5.1 Perbincangan 64

    5.1.1 Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Perisian 65

    5.2 Kekuatan Dan Kelemahan Perisian 66

    5.2.1 Kekuatan Perisian 66

    5.2.2 Kelemahan Perisian 67

    5.3 Cadangan 68

    5.4 Kesimpulan 69

    RUJUKAN

    LAMPIRAN

  • 1

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras

    dengan perkembangan sains dan teknologi reformasi yang berlaku dalam sistem

    pendidikan melibatkan pendekatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dalam

    sistem pendidikan yang lama, pemahaman pelajar terhadap pelajaran semata-mata

    bergantung kepada kemahiran guru untuk menyampaikan pelajaran seperti dalam chalk

    and talk. Pada masa kini, multimedia didapati berkesan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran kerana dapat memberi persembahan kepada pancaindera manusia.

    Pengalaman melalui satu jenis deria sahaja tidak mencukupi untuk mencapai

    pemahaman. Pengalaman perlu di rangsang oleh pancaindera dan diolah oleh proses-

    proses mental supaya pembelajaran bermakna dapat di capai.

    Dengan kemunculan Sekolah Bestari (smart school) menjelang tahun 1999, secara

    tidak langsung mengubah sikap pelajar yang bergantung kepada tenaga pengajar, kepada

  • 2

    sistem yang lebih efektif, iaitu konsep penekanan kepada penggunaan teknologi untuk

    membantu mencapai matlamat pembelajaran.

    Disebabkan salah satu daripada aplikasi dalam pembangunan Koridor Raya

    Multimedia adalah Sekolah Bestari, Kementerian Pendidikan telah mula mengatur

    strategi untuk menyediakan tenaga pengajar dalam mata pelajaran teknologi maklumat.

    Penggunaan perisian multimedia akan menjadi salah satu pendekatan pembelajaran

    yang sangat penting yang akan menghasilkan generasi yang celik maklumat. Ini adalah

    selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia yang menekankan kepada penghasilan

    rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai

    kebahagiaan pada tahap yang lebih tinggi serta boleh menyumbangkan kepada

    keharmonian dan kemajuan keluarga, masyarakat dan negara. Bekas Timbalan Perdana

    Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan Belanjawan 1998 telah

    menekankan bahawa setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dalam bidang multimedia

    dan berkebolehan menggunakan komputer .(NST, 18 Okt.1997). Pelancaran Kempen

    Kesedaran mengenai IT oleh Perdana Menteri merupakan satu langkah bijak dalam

    mewujudkan masyarak