kaedah penyelesaian isu pembuangan bayi: kajian di …€¦ · 2.4.3 mempermudah prosedur...

25
KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI JOHOR BAHRU MOHD IZZUDDIN BIN MOHD ROMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI:

KAJIAN DI JOHOR BAHRU

MOHD IZZUDDIN BIN MOHD ROMLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI

JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

SAYA: MOHD IZZUDDIN BIN MOHD ROMLI

Mengaku membenarkan tesis (PSM) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi

Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4.

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti

termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi di mana penyelidikan

dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_________________ __________________

(Tandatangan Penulis) (Tandatangan Penyelia)

Alamat Tetap:

75-7, KM. 8.8 Jalan Bakri, Prof. Madya Dr Aminuddin Bin Ruskam

84200 Bakri, Muar,

Johor Darul Takzim

Tarikh: ...................

Page 3: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

i

KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI:

KAJIAN DI JOHOR BAHRU

MOHD IZZUDDIN BIN MOHD ROMLI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2011

Page 4: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan : ...............................................

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Aminuddin bin Ruskam

Tarikh : .......................

Page 5: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

iii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ...............................................

Nama Penulis : Mohd Izzuddin bin Mohd Romli

Tarikh : .......................

Page 6: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

iv

DEDIKASI

Ayah dan Ibu tercinta,

Mohd Romli bin Ali dan Tumisah bte Samion.

Pengorbanan dan dorongan motivasi kalian berdua tak terbalas olehku.

Akan ku kenang selamanya.

Berkat doa yang tidak pernah jemu kalian jua

selalu mengiringi suka dan duka perjalananku mengharungi hidup ini.

Semoga kalian sentiasa diberkati dan sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.

Abang, kakak, dan adik tersayang,

Mohd Fakhrul Anuar, Nurul Faizah Hanum, Siti Farahwahida,

Nurul Ezzaty, Muhammad Izzanuddin, Siti Norakilah, dan Zarith Sofia.

Doa dan harapan kalian sangat ku dambakan demi menuju kejayaan yang gemilang.

Para pendidik yang dihormati,

Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih yang tiada tara.

Sesungguhnya keikhlasan kalian mengajar dan mendidik amat bermakna bagiku.

Semoga segala keringat yang dicurahkan akan diterima di sisi Allah.

Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi,

Terima kasih atas ukhwah yang indah dalam menimba ilmu dan pengalaman ini.

Semoga kejayaan milik kita bersama.

Page 7: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ditujukan ke hadrat Ilahi kerana

dengan kasih sayangNya dapat Projek Sarjana Muda ini disempurnakan. Mudah-

mudahan hasil usaha yang kecil ini dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan

masyarakat. Di kesempatan ini juga rakaman jutaan terima kasih yang teristimewa

kepada Prof Madya Dr Aminuddin bin Ruskam selaku penyelia bagi Projek Sarjana

Muda yang banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang memotivasikan diri.

Sekalung pnghargaan juga kepada para pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia serta ahli keluarga yang banyak

memberikan dorongan dan sokongan. Juga yang teristimewa kepada sahabat

seperjuangan yang sentiasa bersama dalam mengharungi alam kehidupan yang dipenuhi

dengan pelbagai ujian dalam perjuangan dalam meraih secebis ilmu dan pengalaman

buat pedoman sepanjang kehidupan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran Ibu Pejabat Polis

Kontijen Johor, Institut Kemahiran MARA, Kolej Islam Johor, dan Kolej Pengajian

Islam Johor (MARSAH) di atas bantuan yang dihulurkan dalam proses

menyempurnakan projek ini. Seterusnya, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua

pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu

menyempurnakan projek ini dengan jayanya. Kerjasama kalian amat dihargai. Semoga

segala usaha ini menjadi titik perubahan ke arah satu perubahan yang positif serta

mendapat keberkatan dari Allah.

Page 8: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

vi

ABSTRAK

Kajian dijalankan bagi mengetahui pengetahuan mahasiswa/i berkenaan isu

pembuangan bayi. Selain itu, kajian juga bertujuan mengenalpasti persepsi mahasiswa/i

terhadap peranan pelbagai golongan dalam usaha menangani isu pembuangan bayi serta

langkah-langkah penyelesaian melalui kaedah pencegahan dan kaedah pemulihan bagi

menanganinya. Populasi kajian ini adalah seramai 1,963 orang yang terdiri daripada

kalangan mahasiswa/i yang sedang menuntut di Institut Kemahiran MARA Johor

Bahru, Kolej Islam Johor, dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Manakala

sampel bagi kajian ini adalah seramai 203 orang yang dipilih secara rawak mudah.

Kajian dilakukan secara kuantitatif menerusi borang soal selidik yang mengandungi 44

item. Analisis statistik diskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus,

dan min dengan menggunakan perisian Satistical Package of Social Scienses (SPSS)

versi 15.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.839. Hasil kajian yang

telah dijalankan mencatatkan nilai purata min berkaitan objektif untuk mengetahui

pengetahuan mahasiswa/i ialah 3.26. Ini menunjukkan bahawa sebahagian responden

kurang mengetahui beberapa perkara berkenaan isu pembuangan bayi terutamanya

berkenaan hukuman terhadap pesalah jenayah pembuangan bayi menurut perundangan

sivil dan menurut perundangan Islam. Selain itu, majoriti responden bersetuju

berkenaan betapa pentingnya peranan pelbagai golongan dalam usaha menangani isu

pembuangan bayi kerana berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan purata min

sebanyak 3.72. Seterusnya, majoriti responden juga bersetuju terhadap langkah-langkah

penyelesaian melalui aspek pencegahan bagi mengatasi isu pembuangan bayi kerana

mencatatkan purata min sebanyak 3.64. Kemudian, sebahagian besar responden kurang

bersetuju terhadap sebahagian langkah-langkah penyelesaian melalui aspek pemulihan

bagi mengatasi isu pembuangan bayi kerana nilai purata min mencatatkan sekadar 3.43.

Page 9: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

vii

ABSTRACT

A research study was carried out to find out the student knowledge about baby

dumping issue. Apart from that, the research intend to identify student perception on

role various groups in effort to handle the baby dumping issue and solution steps

through prevention method and recovery method. The population are 1,963 people that

consisting of students group who are studying in Institut Kemahiran MARA Johor

Bahru, Kolej Islam Johor, and Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). The sample

for this study is 203 people that have been chosen randomly. The research quantitatively

through questionnaire form contains 44 items. Descriptive statistical analysis that was

used to seek frequency value, percent, and min is by using Statistical Package software

of Social Sciences (SPSS) version 15.0. The value for questionnaire reliability is

α=0.839. The result that was being conducted shows that the average value min

relating to the objectives of knowing the student knowledge is 3.26. This show that

some respondents are knowing less about the baby dumping issue especially in terms of

baby dumping crime offender according to civil law and according to Islamic law.

Apart from that, majority of the respondents agree about the importance of the role

various groups in effort to handle the baby dumping issue based on result that show the

average min is 3.72. After that, majority of the respondents also agree on the solution

steps is through prevention aspect to overcome the issue due to the average min is 3.64.

Finally, the most disagreeable respondent on part of solution steps through recovery

aspects in order to overcome the baby dumping issue as the average value min is just

3.43.

Page 10: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

Judul i

Pengakuan Penyelia ii

Pengakuan Pelajar iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Senarai Kandungan viii

Senarai Jadual xiv

Senarai Sombol Dan Singkatan xvi

Senarai Lampiran xvii

BAB I Pengenalan 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Kesimpulan 9

Page 11: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

ix

BAB II Sorotan Kajian

2.1 Pengenalan 10

2.2 Pembuangan Bayi Menurut Perspektif Islam 11

2.2.1 Pembuangan Bayi Menyerupai Perbuatan

Masyarakat Jahiliyyah 11

2.2.2 Pembuangan Bayi Bertentangan dengan

Akhlak Islamiyyah 13

2.2.3 Pembuangan Bayi Merupakan Kesalahan Jenayah 15

2.3 Peranan Pelbagai Golongan Terhadap Jenayah

Pembuangan Bayi 19

2.3.1 Individu 19

2.3.2 Ibu Bapa 20

2.3.3 Rakan Sebaya 22

2.3.4 Masyarakat Sekeliling 23

2.3.5 Institusi Pendidikan 25

2.3.6 Media Massa 27

2.3.7 Badan Berkanun 28

2.3.8 Kerajaan 29

2.4 Kaedah Pencegahan Sebagai Langkah Penyelesaian

Utama Terhadap Jenayah Pembuangan Bayi 31

2.4.1 Mempertingkatkan Aspek Keimanan dan Akhlak 32

2.4.2 Menerapkan Perundangan Islam Berperingkat 35

2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36

2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37

2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan Pencegahan 38

2.4.6 Menerapkan Didikan Sempurna Bermula Dari

Peringkat Kanak-kanak 39

Page 12: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

x

2.4.7 Menerapkan Subjek Pendidikan Seks 40

2.4.8 Menyekat Bahan yang Berunsur Pornografi 42

2.4.9 Memperkasakan Kempen Kesedaran 44

2.4.10 Mempelbagaikan Metod Dakwah 44

2.4.11 Menjatuhkan Hukuman Mati Mandatori 46

2.5 Kaedah Pemulihan Sebagai Langkah Penyelesaian

Sampingan Bagi Jenayah Pembuangan Bayi 47

2.5.1 Memperkasakan Perlaksanaan Rumah

Perlindungan 47

2.5.2 Mewujudkan Sekolah Harapan 50

2.5.3 Menggalakkan Pasangan yang Terlanjur

Berkahwin 51

2.5.4 Memberikan Bimbingan dan Motivasi 52

2.5.5 Memperluas Kemudahan Baby Hatch 53

2.5.6 Mempergiat Program Keluarga Angkat 55

2.5.7 Menghubungkan Nasab 56

2.6 Kajian Lepas 57

2.7 Kesimpulan 58

BAB III Metodologi Kajian 59

3.1 Pendahuluan 59

3.2 Rekabentuk Kajian 60

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 61

3.4 Instrumen Kajian 63

3.5 Prosedur Kajian 65

Page 13: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

xi

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 66

3.7 Analisis Data 68

3.8 Jangka Masa Kajian 69

3.9 Kesimpulan 69

BAB IV Analisis Data 70

4.1 Pendahuluan 70

4.2 Analisis Data Bahagian A 71

4.2.1 Jantina Responden 71

4.2.2 Umur Responden 71

4.2.3 Bangsa Responden 72

4.2.4 Negeri Asal Responden 73

4.3 Analisis Data Bahagian B 74

4.3.1 Pengetahuan Mahasiswa/i Berkenaan Pengertian,

Punca, dan Kesan Pembuangan Bayi. 74

4.3.2 Pengetahuan Mahasiswa/i Berkenaan Hukuman

Bagi Jenayah Buang Bayi. 75

4.3.3 Pengetahuan Mahasiswa/i Terhadap Langkah

Penyelesaian Terkini Bagi Isu Pembuangan Bayi. 76

4.4 Analisis Data Bahagian C 78

4.4.1 Peranan Individu dan Golongan Terdekat. 78

4.4.2 Peranan Golongan Atasan. 79

4.5 Analisis Data Bahagian D 81

4.5.1 Kaedah Pencegahan Di Peringkat Bawahan. 81

4.5.2 Kaedah Pencegahan Di Peringkat Atasan. 82

Page 14: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

xii

4.6 Analisis Data Bahagian E 84

4.6.1 Kaedah Pemulihan Khusus Untuk Memelihara

Kebajikan dan Keselamatan Anak. 84

4.6.2 Kaedah Pemulihan Khusus Untuk Menjaga

Kesejahteraan Ibu 85

4.6.3 Kaedah Pemulihan Untuk Menjaga Kebaikan

Ibu dan Anak 86

4.7 Analisis Dapatan Keseluruhan 88

4.7.1 Dapatan Keseluruhan Bag Item Bahagian B 88

4.7.2 Dapatan Keseluruhan Bag Item Bahagian C 90

4.7.3 Dapatan Keseluruhan Bag Item Bahagian D 92

4.7.4 Dapatan Keseluruhan Bag Item Bahagian E 94

4.5 Kesimpulan 97

BAB V Perbincangan, Rumusan, Dan Cadangan 98

5.1 Pendahuluan 98

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 99

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 99

5.2.2 Pengetahuan Mahasiswa/i Berkenaan Isu

Pembuangan Bayi 101

5.2.3 Persepsi Mahasiswa/i Terhadap Peranan

Pelbagai Golongan Dalam Usaha Menangani

Isu Pembuangan Bayi 102

Page 15: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

xiii

5.2.4 Persepsi Mahasiswa/i Terhadap Langkah-

langkah Penyelesaian Menerusi Aspek

Pencegahan Bagi Mengatasi Isu

Pembuangan Bayi 104

5.2.5 Persepsi Mahasiswa/i Terhadap Langkah-

langkah Penyelesaian Melalui Aspek

Pemulihan Bagi Mengatasi Isu

Pembuangan Bayi 105

5.3 Rumusan 107

5.4 Cadangan 109

5.4.1 Cadangan Kepada Pelbagai Pihak 109

5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 110

5.5 Kesimpulan 111

Bibliografi 112

Lampiran 119

Page 16: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK HALAMAN

1.1 Kesalahan Utama Jenayah Syariah Sepanjang 2006 Seluruh

Negeri Johor 3

1.2 Statistik Kes Sumbang Mahram, Tangkapan Aktiviti Pelacuran,

Rogol, dan Pembuangan Bayi di Johor 3

3.1 Jumlah Borang Soal Selidik Semasa Proses Persampelan 65

3.2 Jumlah Persampelan 65

3.3 Pengkelasan Skala Empat Mata 67

3.4 Klasifikasi Skala 4 Mata Kepada 2 Mata 67

3.5 Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian 68

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 71

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 74

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 75

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 75

4.4 Taburan Responden Mengikut Negeri Asal 76

4.5 Taburan Skor Bagi Item Berkaitan Pengetahuan Mahasiswa/i

Terhadap Pengertian, Punca, dan Kesan Isu Pembuangan Bayi. 77

4.6 Taburan Skor Bagi Pengetahuan Mahasiswa/i Terhadap Hukuman

Jenayah Pembuangan Bayi. 78

4.7 Taburan Skor Bagi Pengetahuan Mahasiswa/i Terhadap Langkah

Penyelesaian Terkini Bagi Isu Pembuangan Bayi. 79

4.8 Taburan Skor Bagi Peranan Individu dan Golongan Terdekat. 81

4.9 Taburan Skor Bagi Peranan Golongan Atasan 83

4.10 Taburan Skor Bagi Item Kaedah Pencegahan Di Peringkat Bawahan. 84

4.11 Taburan Skor Bagi Item Kaedah Pencegahan Di Peringkat Atasan 86

Page 17: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

xv

4.12 Taburan Skor Bagi Item Kaedah Pemulihan Khusus Untuk

Memelihara Kebajikan dan Keselamatan Anak 87

4.13 Taburan Skor Bagi Item Kaedah Pemulihan Khusus Untuk

Menjaga Kesejahteraan Ibu 88

4.14 Taburan Skor Bagi Item Kaedah Pemulihan Untuk Menjaga

Kebaikan Bersama Antara Ibu dan Anak 89

4.15 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Pengetahuan Mahasiswa/i

Berkenaan Isu Pembuangan Bayi 92

4.16 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Peranan PelbagaiGolongan

Dalam Usaha Menangani Isu Pembuangan Bayi. 94

4.17 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Langkah-langkah Penyelesaian

Melalui Aspek Pencegahan Bagi Mengatasi Isu Pembuangan Bayi. 96

4.18 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Langkah-langkah Penyelesaian

Melalui Aspek Pemulihan Bagi Mengatasi Isu Pembuangan Bayi. 98

Page 18: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

xvi

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

SIMBOL /

SINGKATAN PENERANGAN

PDRM - Polis Di Raja Malaysia

MARA - Majlis Amanah Rakyat Malaysia

N - Jumlah responden

SPSS - Statistical Package For The Social Science

SS - Sangat setuju

S - Setuju

STS - Sangat tidak setuju

TS - Tidak setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

Page 19: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 Borang Selidik.

2 Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat.

3 Maklumat Statistik Jenyah Pembuangan Bayi, Sumbang Mahram,

Rogol, dan Pelacuran.

4 Borang Maklumat Mahasiswa/i di Setiap Kolej.

5 Salinan Artikel Majalah.

6 Salinan Keratan Akhbar.

Page 20: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pembuangan bayi merupakan satu perbuatan yang zalim. Perbuatan ini adalah

bertentangan dengan fitrah manusia yang pada hakikatnya cenderung kepada perasaan

menyayangi dan disayangi. Islam sangat mencela perbuatan ini kerana ia merosakkan

keharmonian masyarakat setempat serta mengganggu proses perkembangan sistem

kehidupan masyarakat dalam usaha melahirkan generasi-generasi baharu yang

berkualiti daripada pelbagai aspek sebagai persediaan untuk memimpin agama dan

negara pada masa akan datang. Selama ini, banyak kaedah penyelesaian yang

dilaksanakan sehingga terpaksa mengorbankan banyak masa, tenaga, dan wang ringgit.

Namun, isu ini bukan sahaja sukar dibendung, malah menjadi semakin parah dalam

kehidupan bermasyarakat. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menyelami

permasalahan sebenar terhadap pembuangan bayi dengan lebih mendalam supaya dapat

diterjemahkan intipati permasalahan sebenar isu pembuangan bayi ini. Justeru, kajian

ini akan merungkai beberapa langkah penyelesaian dengan lebih teratur dan terperinci

supaya dapat dinilai dengan lebih bijaksana berkaitan kaedah penyelesaian yang perlu

diutamakan bagi menangani isu pembuangan bayi pada hari ini.

Page 21: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

2

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Isu pembuangan bayi sudah lama diperkatakan sebelum ini, namun dewasa ini,

isu pembuangan bayi telah kembali diperkatakan, bahkan merupakan antara isu yang

hangat diuwar-uwarkan dalam media massa tempatan iaitu media elektronik dan media

cetak. Isu ini amat serius sehingga mampu menggugat kestabilan keharmonian sesebuah

negara biarpun negara terbabit sudah mencapai taraf negara maju. Apabila terlalu

banyak kes kejadian jenayah pembuangan bayi, maka proses kelahiran dan

pembentukan generasi baharu juga akan tergugat.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

Shahrizat Abdul Jalil, mengikut statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), "Secara

keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi sejak lima tahun lalu.

Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan. Johor pula mencatatkan 83 kes

pembuangan bayi, Sabah 65 kes, Sarawak 34 kes, Negeri Sembilan 24 kes, Pulau

Pinang 22 kes, Perak 19 kes, Pahang dan Kedah 17 kes, Kelantan 10 kes, Terengganu 5

kes, Melaka 3 kes, Kuala Lumpur 2 kes, dan Perlis 1 kes (Bernama, 7 April 2010).

Jadual 1.1 : Kesalahan Utama Jenayah Syariah Sepanjang 2006

Seluruh Negeri Johor

SENARAI DAERAH

KES JB MR BP SEG PON KLU KT MER JUMLAH

JUDI 54 42 49 12 64 56 34 18 329

ARAK 6 0 1 0 0 2 4 0 13

ZINA 129 110 69 139 62 114 211 63 897

KHALWAT 614 124 535 168 202 279 128 79 2129

PONDAN 23 1 0 0 3 0 0 0 27

TAK SOPAN 13 57 159 13 35 4 12 67 360

JUMLAH 839 334 813 332 366 332 389 227 3755

Sumber: Jabatan Agama Johor dlm. Hashim bin Hj Bedu (2008)

Huraian Singkatan: JB=Johor Bahru, MR= Muar, BP= Batu Pahat, SEG= Segamat,

PON= Pontian, KLU= Kluang, KT= Kota Tinggi, MER= Mersing

Page 22: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

3

Jadual 1.2 : Statistik Kes Sumbang Mahram, Tangkapan Aktiviti Pelacuran,

Rogol, dan Pembuangan Bayi di Johor

KES TAHUN

JUMLAH 2006 2007 2008 2009 2010

SUMBANG MAHRAM 23 49 50 50 30 202

PELACURAN 490 274 490 421 404 2,079

ROGOL 350 464 536 512 533 2,395

PEMBUANGAN BAYI 23 22 18 12 12 87

JUMLAH KESELURUHAN 886 809 1,094 995 979 4,763

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor

Berdasarkan Jadual 1.1 di atas, terdapat tujuh jenis jenayah mengikut daerah

sepanjang tahun 2006. Jadual mencatatkan jumlah keseluruhan bagi ketujuh-tujuh

jenyah adalah sebanyak 3,755 kes. Kes tertinggi yang dicatatkan ialah kes khalwat iaitu

sebanyak 2,129 kes, kemudian diikuti dengan kes zina, tak sopan, dan judi iaitu masing-

masing mencatat kes sebanyak 897 kes, 360 kes, dan 329 kes. Seterusnya dua jenayah

terendah yang dicatatkan ialah kes pondan dan arak iaitu sekadar 27 kes dan 13 kes.

Kemudian diikuti dengan Jadual 1.2 berkenaan statistik berkaitan empat jenis

jenyah iaitu sumbang mahram, pelacuran, rogol, dan pembuangan bayi. Statistik

tersebut dinyatakan daripada tahun 2006 sehingga tahun 2010. Jadual disusun oleh

penyelidik berdasarkan tiga jenayah utama yang menjadi faktor kepada berlakunya

jenayah pembuangan bayi iaitu sumbang mahram, pelacuran, dan rogol.

Kemudian, baru dinyatakan statistik jenayah yang berkaitan pembuangan bayi,

jenayah yang menjadi fokus utama dalam kajian ini. Jenayah yang rogol merupakan

jenayah yang mencatat jumlah kes tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding tiga

jenayah lain iaitu sebanyak 2,395 kes. Kemudian, diikuti dengan jenayah pelacuran

yang melibatkan 2,079 tangkapan dan sumbang mahram sebanyak 202 kes dilaporkan.

Seterusnya, diakhiri dengan jenayah pembuangan bayi yang hanya mencatatkan 87 kes.

Page 23: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

4

Kedua-dua jadual di atas mencatatkan antara faktor-faktor yang menyumbang

kepada berlakunya kes pembuangan bayi. Terdapat beberapa jenayah yang mencatat kes

yang begitu tinggi iaitu kes khalwat, zina, pelacuran, dan rogol. Walaupun pada

dasarnya jenayah pembuangan bayi merupakan kes yang mencatatkan jumlah yang

terendah berbanding tiga jenayah lain, namun perkara ini tidak boleh dipandang remeh.

Ini kerana, menurut laporan statistik pembuangan bayi seluruh Malaysia sebagaimana

yang dinyatakan pada subtopik sebelum ini, Johor merupakan negeri kedua tertinggi

bagi jenayah pembuangan bayi. Apatah lagi jika diperhatikan dengan teliti, statistik

jenayah pada Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 menunjukkan jenayah kes khalwat, zina,

pelacuran, dan rogol yang merupakan faktor utama berlakunya pembuangan bayi

mencatat kes yang sangat tinggi.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Apabila diperhatikan secara khusus, Johor merupakan negeri kedua tertinggi

selepas Selangor bagi kes pembuangan bayi sepanjang tahun 2005 hingga April 2010

berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Jenayah ini pastinya sedikit sebanyak akan

mengganggu proses pembangunan di negeri Johor yang mula mengorak langkah ke arah

negeri maju menerusi projek Wilayah Pembangunan Iskandar yang telah dilancarkan

baru-baru ini. Oleh yang demikian, isu ini perlu diselesaikan dengan kadar segera

supaya pembangunan di negeri Johor dapat berjalan dengan lancar.

Berdasarkan isu-isu tersebut, maka permasalahan ini sangat memerlukan

perhatian dan tindakan yang bijaksana dan drastik bagi memastikan jenayah

pembuangan bayi akan dapat ditangani dengan mengurangkan jenayah-jenayah lain

yang menjadi faktor kepada berlakunya jenayah pembuangan bayi serta diikuti langkah-

langkah penyelesaian yang lain yang akan dibincangkan pada bab seterusnya pada

Page 24: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

5

kajian ini. Justeru itu, kajian ini dilakukan di kalangan mahasiswa/i yang sedang

menuntut di beberapa buah kolej di sekitar Johor Bahru bagi mengenal pasti persepsi

mereka terhadap senario isu pembuangan bayi pada masakini.

Jadi, kajian ini berfokuskan kepada beberapa langkah penyelesaian sewajarnya

dilaksanakan. Ini kerana, berdasarkan kajian penyelidik, telah banyak usaha yang

dilakukan oleh pelabagai pihak. Namun, tidak terlihat tanda-tanda yang menunjukkan

kes pembuangan bayi ini dapat ditangani dengan berkesan sehingga ke peringkat akar

umbi.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti:

i. Pengetahuan mahasiswa/i berkenaan isu pembuangan bayi.

ii. Persepsi mahasiswa/i terhadap peranan pelbagai golongan dalam usaha

menangani isu pembuangan bayi.

iii. Tanggapan mahasiswa/i terhadap langkah-langkah penyelesaian

menerusi aspek kaedah pencegahan bagi mengatasi isu pembuangan

bayi.

iv. Persepsi mahasiswa/i terhadap langkah-langkah penyelesaian melalui

aspek kaedah pemulihan bagi mengatasi isu pembuangan bayi.

Page 25: KAEDAH PENYELESAIAN ISU PEMBUANGAN BAYI: KAJIAN DI …€¦ · 2.4.3 Mempermudah Prosedur Pernikahan 36 2.4.4 Menekankan Amalan Konsep Mendidik 37 2.4.5 Mempergiat Pemantauan dan

6

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif di atas, persoalan kajian penyelidikan adalah:

i. Sejauh manakah pengetahuan mahasiswa/i berkenaan isu pembuangan

bayi?

ii. Apakah persepsi mahasiswa/i terhadap peranan pelbagai golongan

dalam usaha menangani isu pembuangan bayi?

iii. Apakah tanggapan mahasiswa/i terhadap langkah-langkah penyelesaian

menerusi aspek kaedah pencegahan bagi mengatasi isu pembuangan

bayi?

iv. Apakah persepsi mahasiswa/i terhadap langkah-langkah penyelesaian

melalui aspek kaedah pemulihan bagi mengatasi isu pembuangan bayi?