memartabatkan profesion perguruan

1
Memartabatkan Profesion Perguruan Warga guru juga pasti berasa bertuah kerana agenda memartabatkan profesion perguruan menjadi salah satu dari teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) Kementerian Pelajaran Malaysia.Usaha ini membawa kepada naik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana institusi yang melahirkan guru berkualiti ini melahirkan guru berijazah melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Merujuk kepada PIPP, teras Memartabatkan Profesion Perguruan ini, menggariskan usaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan serta pemantapan perancangan dan pengurusan sumber manusia sebagai strategi memperkasakan kerjaya perguruan. Di bidang latihan perguruan, pemantapan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan amat-amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan profesionalisme seorang guru cemerlang. Manakala Menambah baik penjawatan guru serta peluasan kenaikan pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah merupakan strategi usaha mengembangkan kerjaya perguruan .Sekurang-kurangnya guru-guru mampu untuk melonjakkan kecemerlangan diri dengan peluang peluasan kerjaya yang disediakan. Manakala bagi memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia, beberapa strategi dirancang melalui PIPP iaitu: Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru Memantapkan mekanisme unjuran guru Menambahbaik sistem maklumat guru Kelancaran sistem pengurusan sumber manusia mampu melancarkan usaha memartabatkan profesion perguruan .Manakala pengurusan maklumat dan sistem pengkalan data yang mesra pelanggan dan efektif akan memudahkan segala urusan pengurusan profil dan rekod serta pembangunan kerjaya guru-guru. Namun, walau apapun usaha kementerian Pelajaran untuk memartabatkan profesion perguruan, individu insan gurulah terlebih dahulu yang harus melonjakkan dirinya menuju ke arah kecemerlangan .Perancangan pengembangan diri dan kerjaya yang dirancang mengikut kemampuan mampu melonjakkan insan guru ke arah kecemerlangan dan kerjaya seterusnya membangun masyarakat menuju ke arah negara yang terbilang. http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha- memartabatkan-profesion-perguruan/

Upload: 123ming

Post on 17-Nov-2015

711 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

perguruan

TRANSCRIPT

Memartabatkan Profesion PerguruanWarga guru juga pasti berasa bertuah kerana agenda memartabatkan profesion perguruan menjadi salah satu dari teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) Kementerian Pelajaran Malaysia.Usaha ini membawa kepada naik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana institusi yang melahirkan guru berkualiti ini melahirkan guru berijazah melaluiProgram Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa.Merujuk kepada PIPP, teras Memartabatkan Profesion Perguruan ini, menggariskan usaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan serta pemantapan perancangan dan pengurusan sumber manusiasebagai strategi memperkasakan kerjaya perguruan.Di bidang latihan perguruan, pemantapan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan amat-amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan profesionalisme seorang guru cemerlang.Manakala Menambah baik penjawatan guru serta peluasan kenaikan pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazahdi Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah merupakan strategi usaha mengembangkan kerjaya perguruan .Sekurang-kurangnya guru-guru mampu untuk melonjakkan kecemerlangan diri dengan peluang peluasan kerjaya yang disediakan.Manakala bagi memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia, beberapa strategi dirancang melalui PIPP iaitu: Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru Memantapkan mekanisme unjuran guru Menambahbaik sistem maklumat guruKelancaran sistem pengurusan sumber manusia mampu melancarkan usaha memartabatkan profesion perguruan .Manakala pengurusan maklumat dansistem pengkalan data yang mesra pelanggan dan efektif akan memudahkan segala urusan pengurusan profil dan rekod serta pembangunan kerjaya guru-guru.Namun, walau apapun usaha kementerian Pelajaran untuk memartabatkan profesion perguruan, individu insan gurulah terlebih dahulu yang harus melonjakkan dirinya menuju ke arah kecemerlangan .Perancangan pengembangan diri dan kerjaya yang dirancang mengikut kemampuanmampu melonjakkaninsan guru ke arah kecemerlangan dan kerjaya seterusnya membangun masyarakat menuju ke arahnegara yang terbilang.http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-memartabatkan-profesion-perguruan/