melayu dalam perlembagaan

5
MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN MUKADIMAH SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada orang- orang Melayu. Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan orang Melayu daripada pelbagai segi padahal keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain. Ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan. Pertikaian tentang hak keistimewaan orang Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaan menyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaum tertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak. Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India menjadi tonggak di negara ini. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH menjelaskan, dalam Perlembagaan menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah serta Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain. “Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka,” tegas Mohd Noor ketika di wawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID Khamis lalu. MINGGUAN: Di sebabkan banyak pi hak tidak faham kedudukan Melay u dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini? MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Mala ya. Mala ya itu meng ikut Perl emba gaan Pers ekutu an T anah Mela yu dahu lu adal ah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu is ti la h se be nar me ng ikut Pe rl emba ga an . Tid ak ti mb ul masa la h ap ab il a di sebu t Semenanjung, Sabah dan Sara wak wala upun dilihat sebagai berbeza kerana seba gai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung sepe rti oran g Senoi, Jaku n dan Negrito. Oran g Asli adalah abor igin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sar awak. Mereka inilah yan g dat ang sel epa s Ora ng Asli. Native ini jug alah yan g 1

Upload: egahmulia

Post on 30-May-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

8/14/2019 MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-dalam-perlembagaan 1/5

MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

MUKADIMAH

SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yang

diberikan kepada orang-orang Melayu.

Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan orang Melayu daripada pelbagai segi padahal keistimewaan

yang diberikan kepada orang Melayu bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnya

pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan

pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan.

Pertikaian tentang hak keistimewaan orang Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaan

menyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaum

tertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak.

Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina

dan India menjadi tonggak di negara ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH menjelaskan, dalam Perlembagaan

menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah serta

Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain.

“Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan

tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka,” tegas

Mohd Noor ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL

ABDUL HAMID Khamis lalu.

MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam

Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?

MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu

di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak

dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama

sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan

Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah

Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia

sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu

istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut

Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai

sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di

Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi

Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di

Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli.

Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak

dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabahdan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang

1

Page 2: MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

8/14/2019 MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-dalam-perlembagaan 2/5

diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28

suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native.

Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.

Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam

Perlembagaan?

MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin

adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi

dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah

 jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka

bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di

situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir 

di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi

keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.

Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di

negara ini dalam konteks Perlembagaan?

MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina

dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian

India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu

saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada

bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa

Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.

Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu

itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak

kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada,

pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat

kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.

Apabila menurunkan taraf  orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga

diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika

kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah.

Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut

orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak

definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka danketurunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada

hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara

asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang

Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi

sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain

sampai ke negara ini.

Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana

penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?

MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari

Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke

2

Page 3: MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

8/14/2019 MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-dalam-perlembagaan 3/5

satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga

orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah

mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu

dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun

apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan duniaMelayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak

dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah.

Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak

berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.

Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu

seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu

dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari

India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara

nusa-nusa.

Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang

dipisah-pisahkan?

MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam

Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu

ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari

Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada

masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-undang imigresen

dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita,

dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaumtadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah

dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita

berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan

tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan

kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak

54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan.

Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan

ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar 

kaum-kaum lain saja.

Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?

MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua

pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak

bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa

Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh

Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu

yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif 

adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka

sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja.

Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese

3

Page 4: MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

8/14/2019 MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-dalam-perlembagaan 4/5

lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan

nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.

Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?

MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang

Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka

berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus

memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu

mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?

MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah

Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap

ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan

penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja

yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja

yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu

ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut nasihat.

Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan

tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama

melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen.

Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka

mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.

Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara

ini?

MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara

kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000

kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini

subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan

warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan

kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang

Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga

keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada

orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit danperniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam

banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina

ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan

dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka

orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.

Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?

MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan

untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu

kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas

nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua

4

Page 5: MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

8/14/2019 MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-dalam-perlembagaan 5/5

tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja

Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang

beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja

Melayu.

Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialahAskar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang

Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu.

Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.

Mingguan Malaysia, Ahad 23 Ogos 2009

5