mbm 5

61
SELAMAT ULANG TAHUN DBP (22 JUN 2011) : DBP MEREALISASIKAN GAGASAN 1 MALAYSIA by Bulan Bahasa Kebangsaan on Tuesday, June 21, 2011 at 1:26am · Pendahuluan K etika YAB Dato` Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan gagasan 1 Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebagai sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu melalui kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan sebenarnya telah lama bergerak mendukung hasrat tersebut. Ini terbukti melalui ucapan YAB Perdana Menteri yang menegaskan bahawa “konsep 1 Malaysia perlu dibina berasaskan kerangka Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak kuasa Persekutuan dan kuasa negeri, memelihara kedaulatan Raja-raja Melayu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung sebagai tonggak negara, keistimewaan hak orang Melayu terpelihara dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tidak boleh sama sekali dipertikaikan.” Bahasa Kebangsaan Sebagai Alat Penyatuan dan Kemajuan Negara Semangat daripada gagasan 1 Malaysia ini adalah untuk membangunkan Malaysia dengan rakyatnya yang berbilang kaum, agama, keturunan, latar belakang, dapat bersatu dalam sebuah negara bernama Malaysia. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia perlu memahami dengan mendalam falsafah tersebut serta bagaimana peranan bahasa Melayu atas kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan mampu mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Selain daripada itu inti pati terhadap gagasan 1 Malaysia ini tentunya berhubung kait dengan perpaduan, keharmonian

Upload: thana-subrahmaniam

Post on 18-Feb-2015

47 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mbm 5

SELAMAT ULANG TAHUN DBP (22 JUN 2011) : DBP MEREALISASIKAN GAGASAN 1 MALAYSIAby Bulan Bahasa Kebangsaan on Tuesday, June 21, 2011 at 1:26am ·

 

Pendahuluan

 

            Ketika YAB Dato` Sri  Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

memperkenalkan gagasan 1 Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebagai  sebuah organisasi yang

dipertanggungjawabkan oleh kerajaan memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu melalui kegiatan

kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan sebenarnya telah lama bergerak mendukung hasrat  tersebut. 

Ini terbukti melalui ucapan YAB Perdana Menteri yang menegaskan bahawa “konsep 1 Malaysia perlu dibina

berasaskan kerangka Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak kuasa Persekutuan dan kuasa negeri,

memelihara kedaulatan Raja-raja Melayu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung

sebagai tonggak negara, keistimewaan hak orang Melayu terpelihara dan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan yang tidak boleh sama sekali dipertikaikan.”

 

Bahasa Kebangsaan Sebagai Alat Penyatuan  dan Kemajuan Negara

Semangat daripada gagasan 1 Malaysia ini adalah untuk membangunkan Malaysia dengan rakyatnya yang

berbilang kaum, agama, keturunan, latar belakang, dapat bersatu dalam sebuah negara bernama Malaysia.

Oleh sebab itu, rakyat Malaysia perlu memahami  dengan mendalam falsafah tersebut serta bagaimana

peranan bahasa Melayu atas kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan mampu mewujudkan masyarakat

Malaysia yang bersatu padu. Selain daripada itu inti pati terhadap gagasan 1 Malaysia ini tentunya

berhubung kait dengan perpaduan, keharmonian dan perkongsian hidup seluruh rakyat Malaysia. Perpaduan

antara pelbagai kaum di Malaysia menjadi teras kepada keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara.

 

Page 2: Mbm 5

Sememangnya secara tradisinya selama ini, walaupun sebelum adanya gagasan 1 Malaysia, melalui proses

pemasyarakatan perpaduan kaum dapat dipelihara dengan baik kerana adanya persefahaman antara kita di

negara Malaysia.  Perpaduan antara kaum ini tentunya menggunakan medium komunikasi yang satu  dan

mestilah berdasarkan bahasa yang bersopan santun, kiasan, perbilangan, peribahasa, bahasa beradat dan

beradab sebagai cara kita menunjukkan perasaan hormat-menghormati dan mempelajari hal-hal yang sama.

Menurut Bill Ashcroft (2003), keluasan cakerawala yang mengikuti proses-proses neologisme, pembaharuan,

penggunaan  kiasan, dan pemakaian imaginasi pada umumnya akan memperluaskan bahasa itu sendiri.

 

Salah satu usaha asas dan dasar yang mesti diutamakan dalam melestarikan gagasan  1 Malaysia adalah

dengan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti mana yang termaktub di dalam

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Dewan bahasa dan Pustaka terus kekal relevan dan berperanan untuk

mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Hal ini sejajar

dengan Perlembagaan dan Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32). Pelbagai langkah telah

diatur bagi memastikan fungsi bahasa Melayu sebagai pembentuk jati diri bangsa dan negara terus

dilaksanakan. Oleh sebab itu sekiranya rakyat Malaysia menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara

yang mempunyai pelbagai kaum dari pelbagai tradisi, maka gagasan 1 Malaysia yang bertujuan untuk

menyatukan rakyat Malaysia sebagaimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri perlu mengambil kira

pengertian perpaduan yang sebenarnya. Selagi bangsa Malaysia wujud, bahasa sebagai identiti bangsa perlu

wujud.

 

Dalam keadaan yang demikian, bahasa sebagai “jantung kepada gagasan tersebut mempunyai peranan

yang amat besar sebagai wadah penyatu yang mampu merapatkan perbezaan yang wujud.  Hanya bahasa

Melayu yang dapat menjadi alat untuk menyatukan pelbagai suku kaum di negara kita. Bahasa Melayu,

dalam kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara telah membuktikan

keupayaannya sebagai bahasa perhubungan, bahasa penyatu, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu yang

tinggi.  Peranan bahasa kebangsaan dalam pembangunan memang telah terbukti, dan Ferguson (1962)

menegaskan bahawa negara yang tidak mengembangkan dan menggunakan bahasa kebangsaannya

didapati mengalami kemunduran dari segi ekonomi.

 

Pada bahasa nasional itulah terletaknya kunci pembinaan sumber tenaga manusia, dan sumber tenaga

manusia itulah kunci pembangunan negara (Simanjuntak, 1995). Adalah amat malang bagi negara Malaysia

sekiranya selepas hampir  54 tahun merdeka dan selepas hampir 54 tahun mengadakan pelbagai program

untuk membangunkan negara, rakyat Malaysia masih belum menerima bahasa Melayu sebagai bahasa alat

penyatuan pelbagai bangsa di negara kita.

 

Peranan DBP  Merealisasikan  Gagasan 1 Malaysia

Page 3: Mbm 5

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah  “cermin” yang memaparkan wajah dan  pemikiran bangsanya.

Selama lebih lima dekad, DBP telah menyumbang kepada pembinaan sebuah negara bangsa. Sebagai

sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan memaju dan mengembangkan bahasa Melayu

melalui kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitannya, DBP telah menjadi sebuah institusi yang

bergerak sederap dan selangkah dengan hasrat kerajaan melalui slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan

Pencapaian diutamakan.

 

Seiring dengan gagasan tersebut peranan DBP dalam melestarikan gagasan 1 Malaysia itu amat jelas dan

penting. Program-program kebahasaan,  kesusasteraan dan penerbitan yang dirancang dan dilaksanakan

memenuhi kehendak pelbagai peringkat masyarakat. Sebagai sebuah institusi ilmu, DBP selama 55 tahun 

telah terlibat dalam usaha membina tamadun dan mengangkat martabat bangsanya. DBP sejak awal

penubuhannya telah mengorak langkah untuk meningkatkan kecekapan dan potensi bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.  Dari segi pembinaan korpus, pelbagai langkah dan strategi telah

dilaksanakan oleh DBP bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berupaya

mengungkapkan pelbagai perkara dan ilmu terkini, sama ada dalam sistem pendidikan mahupun dalam

ranah yang lebih umum, seperti dalam sistem pentadbiran negara dan sebagainya (Noresah, 2009).

 

Kegiatan kebahasaan dan persuratan terus dilaksanakan untuk memupuk rasa cinta terhadap bahasa

kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.  Di dalam negara, program pengembangan bahasa dirancang

dengan matlamat untuk memenuhi peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan

bahasa ilmu. Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang semenjak tahun 1999 dikenali sebagai Bulan Bahasa dan

Sastera Negara  disambut pada bulan Oktober setiap tahun menjadi bukti betapa DBP begitu komited

terhadap hasrat mencapai gagasan 1 Malaysia.

Program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)  yang bertujuan membina jati diri dan memperteguh perpaduan

dan kebersamaan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera diberikan nafas baharu selaras konsep 1

Malaysia. Program-program yang dijalankan bermatlamat memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan

jati diri dan citra bangsa Malaysia sekali gus memperkuat kecintaan dan kemegahan pada bahasa

kebangsaan. Bagi mencapai tujuan tersebut dengan lebih berkesan, pengisian program BBK turut 

melibatkan lebih ramai masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang ekonomi dan sosial.

Penyertaan pelbagai kaum  dalam kegiatannya menjadikan bahasa sebagai produk pemasaran dan promosi

membantu usaha mempertingkatkan  penghayatan, penghargaan masyarakat terhadap bahasa Melayu.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan di pelbagai tempat sempena BBK telah menguntungkan masyarakat

terutama melalui kegiatan ceramah,  bengkel penghayatan, pengucapan puisi, pameran bahasa , kegiatan

kebahasaan dan kebudayaan dan sebagainya.

 

Page 4: Mbm 5

Program pembinaan bahasa dirancang untuk mencapai matlamat membina, mengukuhkan dan

meningkatkan pangkalan data korpus dan data leksikal bahasa Melayu dalam bidang peristilahan,

perkamusan, tatabahasa, laras bahasa dan ortografi. Sehingga kini DBP telah berjaya menggubal lebih

daripada sejuta istilah di dalam pelbagai bidang ilmu sebagai prasarana mengungkapkan ilmu tinggi secara

ekspresif dalam bahasa Melayu.  Usaha ini masih diteruskan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi

tempatan. Usaha penyebaran maklumat bahasa dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai medium,

sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Khidmat Nasihat DBP yang dibangunkan melalui

sistem bersepadu memberikan ruangan bagi  membantu pengguna mengemukakan pertanyaan mereka

dalam pelbagai aspek berkaitan tugas dan peranan DBP melalui saluran telefon, mel elektronik  di laman

DBP www.dbp.gov.my dan kunjungan. Khidmat terbaharu dibangunkan khusus untuk menangani masalah

kekeliruan bahasa ialah Khidmat PRPM iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

 

Bagi memupuk jati diri rakyat Malaysia  yang mempunyai citra diri yang tinggi, kemahiran berbahasa dalam

kalangan masyarakatnya perlu dipertingkatkan Asmah,1992). DBP melalui  kursus-kursus yang diadakan

telah dan sedang  berperanan mewujudkan kemahiran tersebut dengan mendedahkan rakyat Malaysia

kepada kesantunan bahasa bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sesama kita. Hal ini kerana,

sebagai alat komunikasi yang paling utama, sebarang kecelaruan pemahaman makna dalam bahasa yang

dituturkan akan mewujudkan ketegangan yang sia-sia. 

DBP juga akan terus mempergiatkan usaha untuk membina Munsyi Dewan, memantau dan menegur

penggunaan bahasa dalam media dan di tempat awam, menyebarkan maklumat bahasa melalui siaran

radio, dan memberikan anugerah dan pengiktirafan kepada individu dan institusi yang mengutamakan

penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul.

Program pembinaan dan pengembangan sastera DBP berfokus kepada pembinaan korpus sastera dan

pembinaan manuskrip sastera. DBP telah mempergiatkan pembinaan korpus kesusasteraan Melayu Moden

dan penyediaan manuskrip melalui penyelidikan dengan matlamat hasil penyelidikan ini diterbitkan. DBP

sebagai badan penggalak kegiatan dan pengembangan sastera tanah air telah mengadakan pelbagai

program bertujuan memperluaskan khalayak sastera, memperbanyak dan meningkatkan kualiti buku

sastera dan memperkasakan sasterawan dan penulis sastera.   

 

Program-program yang dirancang mengundang keterlibatan penulis serta khalayak pelbagai kaum yang

meliputi tiga kaum terbesar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Untuk menggerakkan dan

menjana program pembinaan dan pengembangan sastera Melayu di peringkat kanak-kanak dan remaja, DBP

pada tahun 2006 telah menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak

dan Remaja atau nama ringkasnya PURNAMA. Misi PURNAMA ialah membina, mempromosi dan

menyebarkan karya atau bahan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja yang berkualiti dalam pelbagai

bentuk atau media kepada segenap lapisan masyarakat. DBP juga akan mengusahakan penerbitan buku-

Page 5: Mbm 5

buku fiksyen dan bukan fiksyen yang akan melibatkan sebahagian besar warga penulis dari kalangan bukan

Melayu supaya mereka berkemampuan mempengaruhi kaum masing-masing agar turut cergas dalam

penulisan dan pembacaan buku-buku bermutu dalam bahasa kebangsaan.

 

Kementerian Pelajaran melalui Pelan Induk Pembangunan Penyelidikan (PIPP) memberikan tanggungjawab

kepada DBP menerajui teras pertama PIPP yakni Membina Negara Bangsa. Pemerkasaan bahasa kebangsaan

menjadi salah satu fokus teras PIPP. DBP membantu dan sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang merupakan urus setia jawatankuasa perancangan dan

penyelarasan program bahasa Melayu di peringkat sekolah

 

DBP melalui pelbagai bahan penerbitannya menemui khalayaknya saban waktu. DBP bukan sahaja menjadi

penerbit terbesar yang menaungi kegiatan penerbitan berbahasa Melayu, malahan DBP juga menjadi

institusi yang membantu melahirkan ilmuwan, pemikir, karyawan, sasterawan selain editor dan pengendali

penerbitan. Dari penerbitan buku-buku teks sekolah, buku-buku umum, kamus dan daftar istilah, pelbagai

majalah  dan bahan-bahan bercetak, lambang daun lontar dan daun resam pada logo DBP memang terkenal

sejak sekian lama. Sehingga kini DBP telah menerbitkan tidak kurang daripada 10000 judul buku dalam

pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat pembaca Bahan-bahan dalam bentuk elektronik, seperti kamus

dalam komputer dan laman web, buku digital termasuk tatabahasa digital telah pun dihasilkan.

Malahan tanggung jawab ini menjadi begitu penting apabila Pengajaran-pembelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada tahun 2003 telah dimansuhkan pada tahun 2011.  

Usaha terbaharu kerajaan menggerakkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa

Inggeris (MBMMBI) adalah strategi untuk menghasilkan warga yang nyata berpijak di bumi Malaysia, yang

jelas berpangsikan amalan dan adat setempat, tetapi pada masa yang sama dapat berurusan pada

peringkat antarabangsa. Kerajaan melaksanakan dasar MBMMBI dalam sistem pendidikan, dengan tujuan

supaya rakyat mahir dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

 

Semestinyalah hasrat dan semangat yang termaktub di dalam perlembagaan ini mendapat sokongan pada

dari semua lapisan masyarakat yang mencintai bahasa kebangsaan. Bahasa juga bukan hanya terdiri

daripada sistem linguistik seperti tatabahasa dan nahu semata-mata, tetapi bahasa juga adalah merupakan

sistem budaya dan pemikiran yang boleh dipelajari dan difahami, dan untuk mengetahui pemikiran, atau

budaya kaum-kaum yang lain.

 

Penutup

 

Sebagai negara yang berdaulat dan merdeka, Malaysia masih dalam perjalanan jauh dan amat berliku ke

arah pembentukan jati diri dan keperibadian sebagai sebuah negara bangsa Malaysia. Masyarakat negara ini

Page 6: Mbm 5

yang multietnik terbahagi mengikut ideologi, kepercayaan, agama, bahasa dan sebagainya. Nama DBP

adalah Nama Dari Suatu Sejarah; Bahang Api dari Suatu Zaman dan Kesaktiannya Lidah Rakyat. Sebagai

obor kebangsaan, Dewan Bahasa berdiri teguh hasil restu dari jiwa pahlawan-pahlawan bangsanya. Nyala

apinya itulah yang membakar semangat rakyat yang sentiasa abadi dan keramat. Sebagai tenaga jiwa

bangsanya, peranan  DBP dalam memperjuangkan visi dan misi penubuhannya memang tidak boleh

dipertikaikan lagi.

 

Oleh:

Abd Ghapar Haji Abdullah

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat

Pejabat Ketua Pengarah,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

KPM KOMITED TERHADAP MBMMBI

 MUHYIDDIN YASSIN

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) akan berusaha lebih gigih untuk memartabatkan

bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan matlamat kerajaan dalam Memartabatkan

Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program literasi kepada murid sekolah

rendah akan lebih tertumpu kepada kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dalam

semua aliran pendidikan.

``Ini bagi memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain dalam

satu bahasa yang akan mewujudkan semangat perpaduan dan muhibah di kalangan rakyat pelbagai

kaum,'' kata ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2010 baru-baru ini.

Page 7: Mbm 5

Menurutnya, KPM juga akan melaksanakan transformasi bahasa Malaysia dengan mempelbagaikan

kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang, dan

holistik.

``Untuk berjaya pada peringkat antarabangsa, kita perlu menguasai bukan sahaja satu bahasa malah

pelbagai bahasa antarabangsa.

``Bagi tujuan itu, KPM telah mengambil langkah untuk memperkukuhkan penguasaan dalam bahasa

Inggeris yang merupakan bahasa kedua negara, lantas dapat meningkatkan keupayaan murid

menguasai ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi, serta mempersiapkan mereka menghadapi

persaingan arus globalisasi, selain menggalakkan murid menguasai bahasa-bahasa antarabangsa lain di

dunia,'' jelas beliau yang juga Menteri Pelajaran.

Antara usaha yang dijalankan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan

menambah bilangan guru bahasa Inggeris berkualiti melalui latihan perguruan menggunakan jurulatih

utama dari luar negara atau penutur jati bahasa tersebut.

Selain itu katanya, penambahan masa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebanyak

90 minit untuk Sekolah Kebangsaan dan 60 minit untuk Sekolah Jenis Kebangsaan membuktikan

kesungguhan KPM untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

``Sebanyak empat IPG dan English Language Training Centre (ELTC) telah dikenalpasti sebagai ‘Pusat

Kecemerlangan Bahasa Inggeris’.

Semua IPG ini akan melaksanakan pelan tindakan untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris

dalam kalangan guru pelatih dan dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun

berikutnya,'' katanya

   sumber maklumat : Utusan Malaysia

 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/5565-kpm-komited-terhadap-mbmmbi.html

Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan

Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun

2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama

yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar

MBMMBI.

Page 8: Mbm 5

Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI

Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar

MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahulu definisi MBMMBI ini.

Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa

Inggeris

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat

yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang

termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan

bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa

Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di

peringkat nasional dan antarabangsa.

Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI

1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa

diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi

modul P&P.

2. Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara

berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis

diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni

bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan

secara bersepadu dalam konteks.

3. Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih

menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur,

membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti

penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.

4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa

yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan

dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu

Bahasa Malaysia itu sendiri.

5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti

perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat

Page 9: Mbm 5

interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan

penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan,

pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari

maklumat tentang Bahasa Malaysia.

6. Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia

(KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan.

Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat

ditingkatkan.

7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen

Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan

menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang

perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari

dalam dan luar negara.

8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan,

keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi

memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk

P&P.

9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari

Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui

pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya

membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal

dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti

negara bangsa.

10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi

yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan

kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.

11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di

universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat

Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.

12.

MBMMBI biar seimbang

Oleh Nurul Farina Nazlan

Page 10: Mbm 5

[email protected]/05/11

Penekanan sama adil untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

BEBERAPA pihak menyuarakan rasa kurang senang dengan perkembangan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan kerana bimbang berlaku pelaksanaan yang berat sebelah.

Ini disebabkan perancangan bagi memastikan Bahasa Inggeris dapat diperkukuhkan sudah dapat dilihat dengan jelas melalui cadangan pengambilan 365 tenaga pengajar pakar bahasa Inggeris dari luar negara, termasuk United Kingdom dan Australia.

Mereka yang diambil secara kontrak yang akan dibahagikan mengikut zon untuk membimbing guru Bahasa Inggeris tempatan teknik pengajaran yang dapat membantu murid menguasai bahasa itu dengan lebih baik.

MBMMBI yang menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan pada tahun lalu, turut melihat persetujuan Kabinet bagi penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditambah di sekolah rendah dan menengah.

Berdasarkan keputusan itu, waktu bagi Bahasa Melayu ditambah daripada 270 minit kepada 330 minit seminggu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT), manakala untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dikekalkan kepada 240 minit seminggu. 

Masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris pula ditambah daripada 240 minit kepada 330 minit di SK dan Sekolah Menengah, manakala di SJKC/SJKT ditambah daripada 60 minit ke 120 minit seminggu. 

Sungguhpun demikian, waktu persekolahan tidak dipanjangkan, tetapi diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar dan ia akan dibuat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan berkenaan.

Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani, berkata gerakan untuk melaksanakan MBMMBI berjalan terlalu perlahan berbanding ketika dasar PPSMI ingin dilaksanakan pada 2003 dan perkara terbabit menimbulkan kebimbangan di kalangan pejuang bahasa Melayu.

“Kita boleh lihat dengan jelas, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia dan wajib diguna pakai oleh semua masyarakat tidak kira agama dan bangsa. Ia perlu diberi penekanan mendalam dalam aspek pendidikan kerana sudah banyak istilah dalam bahasa Melayu diterima pada peringkat antarabangsa.

“Kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu berusaha untuk mengembalikan status bahasa Melayu seperti sebelum 2003 yang mana ia diguna pakai dalam semua bidang pendidikan termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik,” katanya ketika

Page 11: Mbm 5

ditemui Sastera, di Kajang, baru-baru ini.

Kamal Shukri juga menegaskan usaha membina tamadun ilmu dalam bahasa rasmi negara ini sudah berlangsung dalam masa yang panjang dan perlu dimanfaatkan, tetapi malangnya segala penat lelah dan masa yang diluangkan bagi memperkasakannya terbazir apabila bermula 2003 apabila PPSMI diperkenalkan.

Beliau pasti bahawa banyak jurnal, bahan ilmiah dan penyelidikan bagi bidang Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sudah dapat dihasilkan ilmuwan dan sarjana sekiranya PPSMI tidak diperkenalkan, malahan pimpinan atasan juga perlu meletakkan bahasa Melayu di tempat sewajarnya dengan menggunakannya ketika berkomunikasi dan urusan rasmi.

“Kita perlu sedar, bahasa Melayu mempunyai jiwa dan nilai budaya yang sangat indah serta sukar diungkapkan. Ia mampu menjadi bahasa ilmu yang diiktiraf dunia, tetapi dalam masa sama tidak salah untuk masyarakat menguasai bahasa Inggeris selagi tidak membiarkan fikiran mereka ditawan bahasa itu,” ujarnya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, pula menyifatkan dasar MBMMBI perlu diberi penekanan dengan menghalakan warga pendidik terlebih dulu kerana fungsi mereka penting bagi melahirkan bangsa Malaysia yang mencintai bahasa Melayu.

Justeru, masalah yang dihadapi kerajaan dalam pelaksanaan dasar berkenaan adalah bagi menyediakan 13,000 guru baru yang terlatih khususnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam tempoh setahun.

“Guru sebenarnya menjadi nadi utama dalam menjayakan dasar MBMMBI kerana kalau kita lihat, majoriti pendidik lebih mengejar untuk menghabiskan silibus pelajaran berbanding menerapkan kesedaran dalam diri pelajar bahawa bahasa Melayu adalah wadah kesepaduan dan kesepakatan di Malaysia.

“Bahasa Melayu sebenarnya bukan saja berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, tetapi juga berkualiti sebagai bahasa ilmu. Statistik menunjukkan bahawa pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menghadapi masalah untuk menguasai bahasa Melayu. Salah satu sebab hal ini berlaku pastinya kerana kurangnya penekanan daripada guru sendiri,” jelasnya.

Beliau berharap kerajaan memainkan fungsi penting dalam hal ini dengan melaksanakan pelbagai dasar yang tegas bagi mendaulatkan kembali bahasa Melayu di kalangan masyarakat, selain pemimpin atasan perlu menjadi contoh terbaik dalam aspek penggunaan dan komunikasi dalam bahasa Melayu.

“Di samping itu, bahasa Melayu juga perlu di martabatkan pada peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), tidak kira sama ada awam atau swasta. Penegasan dalam hal ini perlu bagi memastikan bahasa Melayu diletakkan di tempat teratas dalam urusan rasmi,” ujarnya.

13.14. Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.    Kembali ke atas

Page 12: Mbm 5

15. Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MBMMBIbiarseimbang/Article/print_html

Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2010 lepas, saya kongsikan sedikit info

berkenaan Sambutan Hari Guru temasuk objektif, Ikrar Hari Guru, Logo, Tema dan

Lagu Hari Guru. Pada tahun ini pula, saya kongsikan teks ucapan penuh Timbalan

Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena

sambutan Hari Guru 2011 yang berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching

Sarawak pada petang Isnin, 16 Mei 2011.

Semoga rakan-rakan guru dapat membaca dan menghayati kandungan ucapan ini

kerana di dalamnya terdapat beberapa keputusan penting tentang jawatan dan

profesion perguruan yang saya yakin dapat menyuntik semangat kepada kita

semua.

***

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

Sejahtera dan Salam 1Malaysia;

Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak;

Yang Berhormat Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;

Yang Berhormat Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;

Yang Berbahagia Datuk Dr Rosli Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

Malaysia;

Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghafar Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia;

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian

Pelajaran Malaysia;

Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri;

Page 13: Mbm 5

Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para guru yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan

limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menyambut Hari Guru

sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan

sumbangan para guru sekalian.

2. Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, saya ingin mengambil

kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari

Guru kepada semua guru, sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah

bersara. Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima

kasih dan penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru-

guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan memajukan negara

kita.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

3. Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan

Negara” pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai

penggerak utama proses transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada

kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai

cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja

yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara

kita selama ini.

4. Maka, pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada

sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi,

peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di pundak guru-guru letaknya harapan kita

semua untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan

dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan modal

insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih

tinggi. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seluruh harapan dan cita-cita

rakyat untuk menjayakan proses transformasi negara dipertaruhkan kepada

saudara dan saudari yang bergelar guru.

5. Kerajaan sememangnya telah membuat perencanaan yang amat rapi untuk

menjayakan proses transformasi pendidikan negara. Ini termasuklah pelaksanaan

Page 14: Mbm 5

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang merupakan mekanisme

utama untuk menjayakan agenda penting ini. Namun, kita juga akur bahawa

perencanaan yang rapi sahaja tidak menjamin keupayaan kita untuk mencapai

setiap sasaran yang ditetapkan. Lebih penting ialah pengorbanan dan daya juang

para guru dalam menjayakan setiap perencanaan yang dilakar oleh kerajaan. Untuk

itu, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk

merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para guru di atas jerih

perih anda semua dalam mencapai sasaran-sasaran penting yang ditetapkan di

bawah NKRA pendidikan, dan juga di bawah dasar-dasar serta program lain yang

sedang dilaksanakan di Kementerian Pelajaran.

6. Dari segi pencapaian sasaran NKRA Pendidikan, Alhamdulillah, berkat curahan

jasa dan bakti para guru sekalian, kita telah berjaya meningkatkan kadar

penyertaan prasekolah kepada 72.42 peratus, iaitu melebihi sasaran 72 peratus

yang ditetapkan untuk tahun 2010. Kadar literasi murid juga telah meningkat

daripada 64 peratus kepada 85 peratus, manakala kadar numerasi meningkat

daripada 73 peratus kepada 91 peratus. Kita juga telah mengumumkan senarai 20

buah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010 dan untuk tahun 2011 sebanyak

23 buah sekolah lagi telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

7. Lebih membanggakan kita, jasa guru untuk melonjakkan kecemerlangan

pendidikan tidak mengenal batasan geografi. Guru-guru di pedalaman pun

berupaya untuk melonjakkan prestasi sekolah. Ini dibuktikan misalnya dengan

kejayaan SK Ulu Lubai, sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak, mendapat

pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini. Di samping itu, inisiatif

Tawaran Baru juga telah menunjukkan hasil yang amat positif apabila guru-guru

daripada 1,400 buah sekolah telah berjaya melepasi sasaran prestasi yang

ditetapkan untuk sekolah masing-masing, dan dengan itu layak untuk menerima

bayaran insentif di atas perkhidmatan mereka yang cemerlang.

8. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-

guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan pelbagai inisiatif di bawah

empat sub-NKRA pendidikan. Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian

telah membuahkan hasil apabila Kementerian Pelajaran mendapat markah tertinggi

dalam pencapaian KPI bagi tahun 2010. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih

kepada guru-guru dan semua pegawai Kementerian yang telah membantu saya

menerajui Kementerian Pelajaran dengan baik sehingga kita berjaya mencapai

Page 15: Mbm 5

kejayaan yang cemerlang ini. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada

guru-guru sekalian! Kejayaan yang amat bermakna ini adalah milik anda semua!

Sumbangan dan Sokongan Padu Guru

9. Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang pendidikan,

masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita semua untuk memastikan supaya

proses pemantapan kualiti pendidikan negara dapat berlaku secara berterusan.

Atas kesedaran inilah, saya selaku Menteri Pelajaran telah menggagaskan beberapa

dasar penting untuk dilaksanakan di setiap peringkat persekolahan.

10. Pertama, menyedari betapa mustahaknya anak-anak kita mempunyai tahap

kesihatan dan kecergasan yang tinggi untuk membolehkan mereka menjadi

manusia yang cerdas, maka saya telah memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan.

Dasar ini memberi peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri dalam acara

sukan yang digemari dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan

kecerdasan mereka. Seperti kata pepatah Arab, “Al-‘aqlu al-salim, fi al-jismi al-

salim”, yang bermaksud akal yang sihat terletak pada badan yang sihat.

11. Kedua, saya juga telah memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia

dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita sedar bahawa penguasaan

bahasa Melayu adalah amat penting untuk memastikan setiap murid dapat

menguasai ilmu yang diajar dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Kebangsaan negara

kita dan bahasa pengantar di sekolah. Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu

dimulakan di sekolah lagi supaya anak-anak kita mempunyai rasa hormat yang

tinggi kepada bahasa Kebangsaan yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa

perpaduan di negara kita.

12. Pada masa yang sama, kita juga sedar bahawa penguasaan bahasa Inggeris di

kalangan murid adalah amat penting untuk membolehkan mereka berkomunikasi

Page 16: Mbm 5

dengan baik dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa utama

di dunia. Maka, di bawah dasar MBMMBI ini, Kementerian Pelajaran telah

melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambahbaik pengajaran dan

pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah. Ini termasuklah dengan menggunakan

khidmat kepakaran guru penutur jati bahasa Inggeris yang ditempatkan di Institut

Pendidikan Guru dan di zon-zon tertentu untuk melatih guru-guru meningkatkan

ilmu dan kemahiran mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris.

13. Ketiga, selaras dengan keperluan untuk melahirkan modal insan yang kreatif

dan inovatif untuk memacu kemajuan negara, Kementerian Pelajaran telah

memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memberi

penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Saya yakin transformasi kurikulum yang

dilaksanakan pada tahun ini akan membuka lembaran baru kepada guru-guru untuk

meneroka kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif

untuk mengasah bakat dan daya kreativiti murid secara lebih berkesan.

14. Keempat, untuk memastikan pendidikan negara mampu melahirkan tenaga

kerja berkemahiran tinggi, maka saya telah memberi tumpuan khusus kepada

program transformasi pendidikan teknik dan vokasional. Sebagai langkah untuk

memastikan murid mendapat pendidikan vokasional dan kemahiran yang berkualiti,

maka KPM akan mengambil guru vokasional dan kemahiran baru yang diiktiraf dari

pasaran terbuka seperti pusat latihan kemahiran tinggi dan universiti teknikal

awam. Proses pengambilan guru-guru tersebut akan dilaksanakan secara

berperingkat dan dijangka mencecah 10,000 orang menjelang penghujung 2015.

Dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk memperkasa pendidikan teknik

dan vokasional, insyaAllah, kita akan berjaya meningkatkan peratusan pelajar aliran

teknikal dan vokasional daripada 10 peratus kepada 20 peratus menjelang tahun

2015.

15. Kesemua dasar dan program yang saya sebutkan ini memerlukan sokongan

padu para guru. Tanpa sokongan guru-guru sekalian, agak sukar untuk kita

mencapai segala cita-cita murni yang dihasratkan melalui pelaksanaan dasar-dasar

ini. Dasar akan tinggal dasar, perancangan akan tinggal perancangan. Untuk itu,

saya berharap agar guru-guru sekalian dapat berada dalam satu saf bersama-sama

saya dan seluruh kepimpinan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan setiap

Page 17: Mbm 5

dasar ini dan seterusnya menjayakan agenda transformasi pendidikan demi masa

depan negara kita.

Memartabatkan Profesion Keguruan

16. Sungguhpun jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun sebagai imbalan

yang wajar kepada jasa-jasa guru, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada

usaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Dalam hubungan ini, pelbagai

program latihan dalam perkhidmatan telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk

meningkatkan profesionalisme keguruan. Ini termasuklah program pensiswazahan

guru yang mensasarkan bilangan guru siswazah sebanyak 60 peratus di sekolah

rendah dan 90 peratus di sekolah menengah menjelang tahun 2015.

17. Dari segi peluang kenaikan pangkat pula, kerajaan telah memperuntukkan

pelbagai faedah kepada perkhidmatan perguruan yang tidak dinikmati oleh

perkhidmatan-perkhidmatan lain. Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya

perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima (5) kaedah kenaikan pangkat iaitu:

(i) kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan,

(ii) kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP),

(iii) kenaikan pangkat secara time-based,

(iv) kenaikan pangkat untuk Pengetua atau Guru Besar cemerlang dan

(v) kenaikan pangkat Guru Cemerlang.

18. Di samping itu, perkhidmatan perguruan juga menikmati satu lagi bentuk

imbuhan berasaskan prestasi yang tidak dinikmati oleh mana-mana perkhidmatan

awam lain iaitu Bayaran Insentif Tawaran Baru kepada pengetua, guru besar dan

warga sekolah yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Alhamdulillah, insentif Tawaran Baru ini telah membuahkan hasil yang amat baik

apabila jumlah guru dan pemimpin sekolah yang berjaya mendapat ganjaran adalah

jauh melebihi sasaran awal yang ditetapkan. Ini bermakna, guru-guru kita

mempunyai motivasi yang amat tinggi untuk melonjakkan prestasi sekolah. Saya

berharap agar pencapaian cemerlang ini akan menjadi pencetus semangat kepada

Page 18: Mbm 5

guru-guru untuk meneruskan usaha murni meningkatkan pencapaian di peringkat

sekolah.

19. Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi

Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di

Sekolah Berprestasi Tinggi. Insentif ini adalah tanda pengiktirafan kerajaan

terhadap sumbangan guru-guru dalam melahirkan sekolah-sekolah yang

berpencapaian cemerlang di negara kita. Dengan usaha berterusan guru-guru di

seluruh negara untuk melonjakkan prestasi sekolah, saya berkeyakinan bahawa

sasaran mewujudkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2013

akan dapat dicapai.

20. Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar para guru kepada negara,

kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menambahbaik skim perkhidmatan

pendidikan. Terbaru ialah pengumuman YAB Perdana Menteri hari ini mengenai

beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan pegawai pendidikan yang

pastinya disambut baik oleh guru-guru sekalian.

21. Saya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran mengucapkan

setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada YAB

Perdana Menteri yang telah memberikan tumpuan istimewa kepada profesyen

keguruan dengan mengumumkan hadiah Hari Guru paling bermakna buat guru-

guru di seluruh negara pada hari ini. Saya tahu YAB Perdana Menteri sentiasa

mendengar keluhan guru-guru yang terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk

menikmati peluang kenaikan ke gred yang lebih tinggi.

22. Kerana itulah, walaupun dalam keadaan kerajaan perlu mengawal defisit

negara, YAB Perdana Menteri masih bersedia untuk menawarkan penambahbaikan

skim perkhidmatan pendidikan, dengan memberi nafas baru kepada kaedah

kenaikan gred, khususnya secara time-based. InsyaAllah, dengan pengumuman

yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri, ramai guru akan menikmati manfaat

kenaikan gred yang lebih cepat selepas ini.

23. Begitu juga dengan pertambahan jumlah jawatan Gred Khas C daripada 36

kepada 72 jawatan untuk guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pertambahan sebanyak 100 peratus ini akan memperluaskan

peluang guru-guru di bilik darjah untuk memegang gred tertinggi dalam

Page 19: Mbm 5

perkhidmatan awam tanpa perlu menjawat jawatan pentadbiran. Pewujudan

jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertinggi

dalam perkhidmatan awam juga merupakan satu isyarat jelas bahawa kerajaan

amat serius dalam memartabatkan profesyen keguruan.

24. Selain itu, kenaikan gred Pengetua daripada DG48 kepada DG52 dan Penolong

Kanan daripada DG44 kepadaDG48 adalah satu pengiktirafan kepada jawatan

Pengetua dan Penolong Kanan sekolah menengah. Kenaikan gred ini adalah

setimpal dengan pertambahan bebabanan yang terpaksa ditanggung oleh para

pengetua dan penolong kanan. InsyaAllah, kenaikan ini akan menambah minat

guru-guru untuk memegang kedua-dua jawatan ini yang amat penting dalam

kepimpinan sekolah.

Kerjasama Dengan Kesatuan Guru dan Ibubapa

25. Usaha memartabat profesyen keguruan adalah satu proses yang berterusan.

Untuk itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai bentuk insentif

kepada guru-guru dan menambahbaik keseluruhan perkhidmatan pendidikan dari

masa ke semasa, termasuk penambahbaikan dalam Perkhidmatan Pendidikan

Lepasan Diploma (PPLD). Dalam hubungan ini, saya akan bekerjasama dengan

kesatuan-kesatuan guru untuk melihat isu-isu yang berkaitan dengan profesyen

keguruan secara lebih terperinci dan menyeluruh, serta mencari kaedah terbaik

untuk terus memartabatkan profesyen keguruan agar setara dengan darjat

kemuliaannya. Pihak Kementerian juga akan terus mengadakan perbincangan

dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyelesaikan beberapa perkara

berkaitan dengan perjawatan guru yang telah dibawa kepada perhatian

Kementerian sebelum ini. Pihak Kementerian juga akan mempergiatkan program

pensiswazahan guru untuk memartabatkan profesyen keguruan di samping

memastikan semua guru dapat menikmati pelbagai faedah yang disediakan untuk

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.

26. Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan negara,

peranan ibubapa tidak kurang pentingnya. Malah, ibubapa adalah insan yang paling

penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Justeru, saya

juga ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat.

Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung kepada sekolah melalui

pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah.

Page 20: Mbm 5

Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang

proaktif dalam menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada

pembangunan sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk

meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.

Penutup

27. Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan

guru yang proaktif dan ibubapa yang prihatin, InsyaAllah, kita akan dapat

menjayakan proses transformasi pendidikan di negara kita dengan cemerlang. Atas

segalanya, guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama transformasi

negara. Dengan keringat gurulah kita melahirkan insan yang mulia; dengan kudrat

gurulah kita membina masa depan yang sejahtera.

28. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling

dimuliakan dalam masyarakat. Bak kata pujangga:

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

29. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah

kepada guru-guru yang telah terpilih sebagai tokoh guru sempena sambutan Hari

Guru pada tahun ini. Kepada semua guru, sekali lagi saya mengucapkan Selamat

Page 21: Mbm 5

Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t.

untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

“Selamat Hari Guru”. “Terima Kasih Cikgu”.

Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sumber: mstar.com.my

http://kulanzsalleh.com/selamat-menyambut-hari-guru-tahun-2011/

T U E S D A Y , 1 5 M A R C H 2 0 1 1

Komitmen kerajaan menjayakan Dasar MBMMBI

Sejak mula diumumkan pada 8 Julai 2009, kerajaan mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjayakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kesungguhan dan keseriusan kerajaan melaksanakan dasar MBMMBI bagi menggantikan dasar PPSMI diperlihatkan melalui pelbagai pelaksanaan program yang meliputi semua peringkat. Malahan kesungguhan itu diterjemahkan melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Bahasa Kebangsaan yang diluluskan oleh Jemaah Kabinet. Kementerian Pelajaran Malaysia telah dipertangggungjawabkan sebagai kementerian utama menggerakkan dasar MBMMBI ini di samping Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Penerangan, Kesenian dan Komunikasi. Komitmen tinggi kerajaan diterjemahkan melalui kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran bahawa kerajaan amat prihatin dan serius bagi menjayakan dasar MBMMBI dan ia tidak boleh gagal.

Page 22: Mbm 5

http://akademikbahasa.blogspot.com/2011/03/komitmen-kerajaan-menjayakan-dasar.html

Program MBMMBI Bersama DBP

Monday, 08 August 2011 10:53 

Written by Admin SMK Batu Kawa

Program MBMMBI Bersama DBP Mematangkan Guru di Sibu

Pengenalan

Program memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) mula digerakkan oleh

Kementerian opelaharanb Malaysia melalui pelbagai kegiatan yang diurusetiai oleh IPG.

Untukmerealisasikan aspirasi dan usaha kerajaan itu IPG mengadakan program seperti kursus sebulan di

IPG pelbagai kampus, kursus LDP seminggu dan mengadapan kerjasama dengan pihak Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan budaya inovasi dan kreativiti, Dewan Bahasa dan

Pustaka dan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan kursus

penulisan kreatif untuk guru-guru sebagai memenuhi perkara (iii) dalam usaha tersebut iaitu memantau

usaha pembudayaan inovasi yang merangkumi program pemikiran kreatif. Ini juga termasuk dalam

perkara (4) dalam Industri Kreatif iaitu memberikan galakan dalam bidang tulisan. Untuk tujuan itu DBP

mengadakan Kursus Penulisan Kreatif Zon Sarawak

Perisian Kursus

Kursus Penulisan Kreatif Zon Sarawak kali ini diadakan secara bersama-sama dengan Sektor

Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sarawak. Kursus Zon Sarawak diadakan pada 21 dan 22 Julai

2011 di sebuah hotel terkemuka di Sibu.

Dua genre penulisan kreatif yang dikursuskan di Sibu ialah genre cerpen dan puisi. Kursus genre cerpen

dibimbing oleh Jais Sahok dan kursus genre puisi dibimbing oleh Saiee Driss.

Dalam pengendalian genre cerpen selama enam jam itu, jais membahagikannya kepada tiga penggal

waktu dengan memberikan pendedahan:

Penggal waktu 1 (pukul 8.00 – 10.00 pagi)

i. Definisi cerpen: pelbagai definisi cerpen oleh pelbagai tokoh dan sarjana sasteras dibincangkan dan

peserta diberikan nota edaran sebagai asas perbincangan.

Page 23: Mbm 5

ii. Perisian borang analisis morfologi – boring yang mengandung empat matriks untuk diisi watak, latar,

matlamat, halangan - yang berupaya menjana 10 000 buah cerpen.

iii. Papan cerita dan pengisian papan cerita: plot, permuilaan, puncak dan peleraian – satu kaedah yang

menjadi panduan paling ampuh untuk penulis yang baharu pertama kali menulis cerpen dan selalu

dibelenggu oleh 'tak pandai memulakan penulisan'.

iv. Permulaan penulisan cerpen: semua peserta dikehendaki menulis perenggan pertama cerpen dan dua

peserta pertama menghasilkannya dan membacanya di dalam kelas diberi hadiah oleh Jais Sahok.

Penggal waktu 2 (pukul 10.30 pagi – 12.30 tengah hari)

v. perisian papan cerita dan estetika karya sastera – turut diterangkan dan dibengkelkan ialah cara

mengisi papan cerita dan menghasilkan cerita daripada papan cerita itu. Estetika karya sastera yang

merangkum estetika bahasa, estetika sastera dan estetika ilmu turut dirincikan.

vi. elemen cerpen – 19 elemen cerpen yang selalunya dikatakan diperlukan dalam karya seperti cerpen

dibincangkan dengan teliti. Elemen-elemen cerpen yang dibincangkan ialah:

a. watak – dan perwatakan: pengarang akan menggambarkan aspek fizikal, emosional, spiritual

(kerohanian), pendidikan, pemikiran dan segala unsur pemerwatakjannya. Penonjolan aspek ini akan

disesuaikan dengan tema cerita, sesuai juga dengan aspek sosio-budaya masyarakat yang diwakili oleh

watak yang dicipta itu.

b. latar – lazimnya terdapat latar masa, latar tempat, latar suasana, latar masyarakat, dan latar

persekitaran yang menaungi sesebuah karya sastera genre cerpen. Cerpen tidak dapat tidak mesti

bertapak di latar yang sudah dikenal pasti oleh pengarang. Pengarang akan melukiskan gambaran yang

akan menampakkan elemen ini secara yang indah.

c. matlamat – (bukan matlamat penulisan cerpen tetapi matlamat yang ingin dicapai oleh watak di dalam

cerpen) watak yang berada di dan pada sesuatu latar sudah pasti perlu mempunyai matlamat yang ingin

dicapai khususnya oleh watak utama. Watak utama disebut protagonis. Matlamat dapat diperlihatkan

dalam bentuk matlamat hidup, matlamat ekonomi, matlamat pendidikan, pencapaian tertentu yang ingin

dicapai dalam perjuangan yang dilakukan.

d. halangan – usaha yang dilakukan watak hendak mencapai matlamatnya perlu diberi halangan yang

signifikan kerana halangan pencapaian matlamat ini akan menyebabkan timbulnya konflik. Konflik mesti

ada.

e. Konflik – konflik perlu diwujudkan kerana konflik akan membantu mewujudkan aspek dramatik

sesebuah karya. Walaupun konflik yang tercipta itu konflik intrinsik, tetapi kesannya tetap ada. Antara

konflik yang lazim ialah:

Page 24: Mbm 5

• watak berkonflik dengan dirinya (konflik dalaman);

• watak berkonflik dengan watak yang lain,

• watak dengan unsur alam seperti binatang, bencana alam, atau apa-apa sahaja yang terdapat di

sekelilingnya.

f. permulaan – permulaan cerpen lazimnya tidak ditetapkan, namun cerpen semestinya mempunyai

permulaan. Ada pengarang yang memulakan cerpennya dengan gambaran, huraian, atau kaedah

dramatik dengan terus memasukkan pertelagahan antara dua orang watak yang berkonflik.

g. Pertengahan – bahagian pertengahan cerpen juga disebut badan cerpen. Bahagian ini menampakkan

perisian certita, menghimpounkan segala konflik yang akhirnya diberikan penyelesaian.

h. akhiran – akhiran cerpen lazimnya ialah manifestasi penyelesaian masalah dalam konflik yang

diwujudkan. Akhiran boleh juga dilakukan secara tiba-tiba, mendadak, secara peleraian, atau secara tidak

disangka-sangka. Perkara yang penting ialah segala masalah watak dalam konflik, selesai. Akhiran

cepen memberi kepuasan emosi dan kognitif kepada pembaca.

i. teknik – terdapat pelbagai teknik penulisan yang dapat digunakan untuk menghasilkan sesebuah

cerpen. Antaranya yang paling lazim ialah:

• teknik plot,

• teknik imbas muka,

• teknik imbas kembali,

• teknik eksposisi,

• teknik naration,

• teknik log (iaitu monolog, monolog dalaman, dialog)

j. plot – plot ialah jalan cerita iaitu cara pengarang menyusunan peristiwa demi peristiwa sama ada:

• secara sikuen,

• secara berurutan dalam disiplin sebab dan akibat,

• secara imbas kembali,

• secara imbas muka atau

• secara campur aduk.

k. Tema – seperti kata Hall, The theme of a story is the implicit generality the story supports. Often we

consider that a story's theme is its reason for being. When we speak of a story's theme, we suggest that a

tale implies a central insight into human experience. We express the theme of a story not by summarizing

its plot but by a sentence or two of generalization. Ada sesetengah sarjana menganggap tema sesebuah

cerpen ialah perkara terakhir yang akan ditemukan dan diperkatakan oleh penganalisis karya – tidak

ditetapkan oleh penulis. Namun, dalam proses penulisan cerpen, penulis perlulah tahu akan tema cerpen

yang sedang dikaryanya itu.

Page 25: Mbm 5

l. Persoalan – persoalan ialah pelbagai perkara yang dipertentangkan dalam cerita / cereka umpamanya

dalam tema pendidikan, kemiskinan sebagai hambatan kelangsungan pendidikan merupakan satu

persoalan.

m. maklumat dan ilmu pengetahuan – fiksyen bukanlah rekaan semata-mata

n. amanat / teguran / sindiran – melalui cerpennya, tugas penulis juga termasuklah mengetengahkan

unsur pesan, memberi teguran, melontarkan sindiran. Oleh sebab itulah karya sastera dianggap mendidik

khalayaknya. Elemen ini penting.

o. Suspens – sesuatu yang luar biasa atau tidak disangka-sangka sehingga menyebabkan pembaca

terpinga-pinga. Elemen ini penting untuk menambah kerancakan cerita.

p. emosi – oleh sebab sesebuah cerpen adalah tentang watak, dan seseorang watak ada emosi, maka

aspek emosi sangat penting disuburkan dalam karya. Justeru aspek ini mestilah disuburkan, mesti

dikayakan, mesti banyak, dan mesti pelbagai. Antara aspeknya termasuklah suka duka, sedih pilu,

gembira, teruja, terlonjak atau apa-apa sahaja aspek emosi mengikut kesesuaian konteks cerita.

q. kerohanian – dikatakan dalam Writers Digest, terbitan Amerika Syarikat, karya yang baik ialah karya

yang memberi pengalaman kerohanian kepada pembaca. Justeru, aspek ini, atas apa-apa landasan dan

jenis cerita sekali pun hendaklah disuburkan.

r. bahasa dan ilmu bahasa – keseluruhan cerpen ialah manipulasi bahasa untuk menyampaikan perkara

yang ingin disampaikan ol;eh pengarangnya. Gaya bahasa sastera genre prosa-cerpen ialah gaya

bahasxa yang tersendiri. Bahasa karya sastera, sesuai dengan larasnya hendaklah bahasa yang indah.

Di samping mementingkan keindahan bahasa sastera, tatabahasa bahasa BM sebagai medium

penulisan hendaklah dijaga agar digunakan secara yang betul dan asi/absah.

s. Judul – judul merupakan unsur yang sangat penting bagi sesebuah cerpen kerana peranan dan fungsi

yang dimainkannya sehingga menampakkan kepentingannya sebagai nama kepada seseorang manusia.

Justeru unsur atau elemen ini hendaklah difikirkan dengan indah agar kemunculannya penuh dengan

keindahan.

vii. meresapkan / memasukkan ilmu ke dalam karya – menurut konsep bahawa cerpen hendaklah

menyuguhkan ilmu kepada pembaca, ada beberapa cara meresapkan ilmu ke dalam karya sastera –

melalui dialog watak, pemikiran watak, gambaran atau narration. Cerpen yang bermutu ialah cerpen yang

memberikan pengalaman estetika keilmuan yang pelbagai, asi dan progarandis.

viii. memasukkan emosi ke dalam karya cerpen

ix. perisian / penerapan / peresapan rohani – cerpen yang baik akan turut memberikan pengalaman

kerohanian yang badang.

Page 26: Mbm 5

Penggal waktu 3 (pukul 2.00 petang – 4.30 petang)

x. alat pemikiran untuk berkarya (CoRT) – pembimbing cerpen memperkenalkan 12 alat pemikiran dalam

penulisan cerpen, iaitu 10 alat pemikiran Edward de Bono yang diperkenalkannya melalui Cognitive

Research Trust (CoRT), dan dua lagi tambahan penulis sendiri. Alat-alat pemikiran itu ialah:

a. PMI – Plus, Minus, Interesting – setiap data atau fenomena di sekeliling seseorang dapat dilihat secara

negatif, positif atau menarik.

b. CAF – consider all factors – ketika berfikir, seseorang hendaklah mempertimbangkan semua perkara,

ambil kira semua factor yang berkaitan

c. C&S – Consequence and Sequel – ketika memikirkan sesuatu, hendaklah dilihat dari sudut sebab dan

akibat dan perkara yang akan berlkaku selanjutnya.

d. AGO – Aims, Goals, Objectives – ketika memikirkan sesuatu fenomena, bendaklah diambil kira tentang

matlamat, tujuan dan objektif sesuatu itu terjadi, dilakukan atau diwujudkan. Malah kewujudan itu sendiri

ada matlamat, tujuan dan objektifnya yang sudah tetap. Tugas manusia ialah memikirkannya.

e. FIP – First Important Priorities – ketika memikirkan keputusan tentang sesuatu atau tindakan yang

hendak dilakukan terhadap sesuatu fenomena, berilah pertimbangan terhadap perkara yang utama.

Sebelum itu, tentukanlah pwerkara yang utama.

f. APC – Alternatives, Possibilities, Choices – fikirkanlah alternatif, kemungkinan-kemungkinan dan pilihan

apabila hendak membuat keputusan tentang apa-apa sahaja.

g. OPV – Other Peoples View – perttimbangkan pendapat orang lain, pandangan sesiapa sahaja

h. Rules – peraturan, mengatur cara berfikir, patuh kepada sikuen – apabila memikirkan sesuatu

fenomena, fikirkankan bahawa fenomena itu ada peraturannya, cara berfikir tentangnya hendaklah diatur

sedemiukian rupa biar ada kemunasabahannya pada konteks, dan sebarang fenomena atayu kejadian

sebenarnya patuh kepada sikuen.

i. Planning - Melibatkan tiga atau empat alat pemikiran secara saling melengkapi atau bersepadu, iaitu

AGO, C&S, CAF, PMI: Alat-alat ini akan meningkatkan kemahiran membuat perancangan

j. Decision – melibatkan semua alat pemikiran yang dinyatakan dalam CoRT; terpulanglah kepada

kaedah pemikir hendak membuat pemilihan, dan pemilihan yang dilakukan itu tentu sekali didasarkan

kepada kesesuaian.

k. Siabidibam – 6w1h – fikirkanlah tentang apa-apa sahaja tentu sekali menampakkan apa yang terjadi,

siapa yang melakukannya, siapa yang terlibat, siapa yang akan dilibatkan, bagaimana kejadian itu boleh

terjadi, di mana berlakunya, bila dan berapa lama kejadian itu berlangsung, yang mana satu berlaku

dahulu, mengapa perkara itu terjadi – hendaklah difikirkan selepas satu, satu soalan hendaklah

dilontarkan dankemudian dijawab.

l. Perspektif atau dimensi – apabila memikirkan sesuatu fenomena, jangan lupa mempertimbangkan

kepelbagaian dimensi atau perspektif seperti dari dimensi jantina, dimensi wilayah, dimensi bangsa,

dimensi ekonomi, dimensi sosial, dimensi agama, dimensi kerjaya, dimensi keilmuan dan pelbagai

dimensi yang lain lagi.

xi. ending cerpen – ada beberapa cara mengakhirkan sesebuah cerpen. Bagaimanapun syaratnya ialah

a. pembaca memperoleh kepuasan

Page 27: Mbm 5

b. masalah yang selesai

c. nilai murni tertonjol

d. pengalaman keagamaan ada

e. ilmu banyak yang diperoleh oleh pembaca

f. niat pengarang sampai

g. hasrat pembaca dapat dipuaskan / dipenuhi

h. perenggan yang indah – bunga bahasa

xii. analisis morfologi dan ilham – kaedah analisis morfologi melalui pengisian matriks digunakan apabila

seseorang hendak menulis cerpen tetapi dalam masa yang sama ketiadaan ilham. Empat elemen utama

dalam cerpen dijadikan perisian matriks iaitu watak, latar, matlamat (hidup watak) dan halangan.

Keempat-empat elemen ini menerbitkan konflik dalam cerpen. Konflik akan membentuk masalah dan

penyelesaian masalah menjadi puncak cerpen.

xiii. Pembimbing seterusnya mengemukakan 10 petua atau pantang-larang penulisan cerpen. Kesemua

sepuluh pantang larang dalam penulisan cerpen itu berguna sebagai petua penulisan tetapi petua yang

paling disyorkan ialah petua yang kesepuluh.

a. Jangan ketengahkan terlalu banyak cerita dalam sebuah cerpen

a. 1 watak utama

b. 1 plot utama

c. 1 permulaan

d. 1 ending

e. 1 ceritalah...

b. Jangan tulis cerita yang berakhir dengan ayat akhir begini...

a. Lalu saya terbangun

b. Bunyi alam pun berbunyi... semuanya selesai

c. Dia pun membunuh diri

d. Maaf sayang, saya pondan....

e. Aku sebenarnya tidak sayang kepada kamu

c. Jangan tulis tentang sesuatu yang awak tidak tahu / pasti / biasa

a. Remaja tulislah tentang kehidupan remaja

b. Tulislah cerpen berkenaan bangsa sendiri

c. Aspek agama... tak kenal agama orang, jangan cuba-cuba

d. Jangan tulis cerpen dari sudut pandangan yang tak pasti

a. Saya tak ada upaya nak menolak kerana saya sebenarnya tidak begitu pasti. Lagipun siapalah saya.

b. Atau... aku sebenarnya Cuma seekor Teddy Bear

c. Kenyataan begini membodohkan pembaca

e. Jangan biarkan cerpen anda mempunyai ledakan watak

a. Seorang watak utama cukup

b. 2 atau 3 orang watak sampingan sudah

Page 28: Mbm 5

c. Teralu banyak watak, akan mengelirukan

d. Anda akan keliru ketika mengarang

e. Pembaca akan keliru... benci...

f. Tidak dapat fokus

g. Cerita tanpa hala

f. Jangan tulis cerita yang semata-mata idea, jangan hantar berita dalam cerita, audiens tak suka. Kalau

dia mahu berita, dia akan baca akhbar

a. Alkohol tidak bagus, berbahaya (= idea)

b. Kisahkan malapetaka orang mabuk akibat buruk ahkohol (= cerpen)

c. Kisahkan seorang mabuk (alkohol), seorang siuman (= cerpen)

g. Jangan cipta nama watak yang mempunyai kedekatan fonem (sebutan, ejaan) = mengelirukan,

membingungkan

a. Ani dan Anita

b. Liza dan Lizawati

c. Fadhilah S dan Fadilah N

d. Kadri dan Kadariah

h. Jangan berikan maklumat yang terlalu banyak di permulaan cerita hingga menyebabkan pembaca

hilang sabar

a. Jangan buat huraian

b. Mulakan dengan suspens atau ketegangan

c. Mulakan dengan dialog atau monolog dalaman yang singkat tapi tegang

i. Jangan tulis cerita jenis:

a. Cerita hantu yang tidak membawa pembaca ke mana-mana

b. Cerita di dalam bilik mandi – terlalu personal dan tiada kena-mengena dengan watak lain di luar sana

c. Cerita tentang planet asing yang terlalu asing

d. Terlalu banyak soalan yang tidak terjawab

e. ... aku dah tahu endingnya ketika aku membaca ayat pertama tadi...

f. Jangan mengajar semata-mata (macamlah pembaca kita tu bodoh sangat)

g. Jangan tulis tentang watak yang terlalu ganjil hingga tidak diterima akal

h. Jangan paparkan watak pipih semata-mata

j. Jangan percaya kepada kesemua 9 larangan tadi...10

a. Tulislah apa-apa sahaja, tentang sesiapa sahaja, asalkan ada cerita dan lengkap sebagai sebuah

cerpen

b. Seni memang tercipta melalui keengkaran terhadap peraturan

c. Kisah yang sering dikarang orang mungkin menjadi kekuatan anda

d. Klise sebenarnya boleh menjadi kekuatan seni anda... siapa tahu!

e. Transformasi, rekaan, inovasi, kebalikan dan pengalihan = kehebatan rekaan... buat sahajalah

Pemudahcara juga memberikan beberapa petua tambahan. Antara yang sangat bermanfaat ialah:

k. Tulis cerpen yang tidak masuk akal. Cerita hendaklah berjejak di bumi nyata. Jangan kelirukan sistem

kognitif pembaca

Page 29: Mbm 5

l. Bahasa buruk hendaklah dielakkan sama sekali . Kesalahan kata: diksi .Kesalahan tatabahasa :

morfologi, ejaan, sintaksis

m. Jangan tulis cerpen yang tidak lengkap elemen cerpennya.

n. Jika anda berani..., atas nama kreativiti:

a. Engkari sahaja kesemua sembilan peraturan tadi dan siapa tahu..., anda akan menjadi penulis yang

sangat berjaya.

b. Kelemahan orang mungkin kekuatan anda

c. Klise orang mungkin dapat dibaharui

d. Kreativiti sangat penting dalam kehidupan seseorang penulis.

xiv. tujuan penulisan cerpen

para peserta turut diingatkan tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan tujuan poenulisan cerpen.

10 tujuan penulisan cerpen yang lazim ialah:

a. mencari kepuasan dan keseronokan – kepuasan psikologi, kepuasan estetika atau kepuasan retoris.

Untuk memenuhi tujuan ini seseorang penulis akan menempa, mencanai dan menekuni cerpennya agar

sampai di puncak upaya estesika sesebuah karya.

b. melakukan kritikan – penulis akan menggunakan karyanya untuk mengkritik perkara yang berlaku

dalam sistem sosialnya yang pada pendapatnya tidak betul, maksiat atau terpesong. Pelbagai perkara

yang dijadikan sasaran kritikan – untuk tujuan mengembalikan fenomenanya ke landasan yang betul.

Perkara ini dilakukan oleh seseorang yang mengimpikan perubahan dalam system masyarakatnya.

c. melakukan teguran – ada sesuatu yang serong yang perlu diberi teguran. Perkara yang perlu ditegur

mungkinmelibatkan seorang, sekelompok individu, atau sesebuahmasyarakat malah sesebuah bangsa.

d. melepaskan geram – ada juga penulis yang melepaskan geram melalui karya yang dihasilkan – dalam

cerita rekaan, penulis dapat melakukan manipulasi situasi untuk mencapai kepuasan psikologinya kerana

tidak puas hati terhadap sesuatu. Dalam kritikan psikoanalisis, para sarjana beranggapan pengarang

'memasuki' karyanya sendiri dan 'terlibat sama' dengan pergolakan para wataknya.

e. memenuhi fitrah kesenian – setiap insan ada fitrah kesenian; ada yang menonjolkannya dalam bentuk

seni tampak, ada dalam bentuk wacana puisi, dan ada pula dalam bentuk/genre prosa. Penulis akan

memilih genrenya yang pada perkiraan seninya, sesuai sebagai medium komunikasi gagasan atau

paradigmanya.

f. menulis cerpen untuk memberi pengalaman keagamaan, untuk berdakwah dan menerbitkan

propaganda – penulis berharap agar audiens karyanya akan mengikut kehendaknya tetapi kehendak itu

disampaikan secara yang tersirat pula. Ada penulis yang berdakwan melalui cerpen atau genre sastera

yang lain.

Page 30: Mbm 5

g. menulis cerpen untuk memberi ilmu – pelbagai ilmu dapat disampaikan dalam sesebuah cerpen – ini

tergantunglah kepada pengalaman dan pengiasaan ilmu penulis itu sendiri – ilmu kebudayaan, ilmu

sejarah, ilmu agama, ilmu pendidikan, ilmu bahasa, ilmu sastera, ilmu sains dan sebagainya.

h. menulis cerpen untuk tujuan propaganda – pengtarang mengolah karyanya sehingga orang yang

membaca karyanya itu akan berfikir seperti pengarang.

i. ingin dikenali kerana kebetulan memang sesetengah penulis menjadi insan yang terkenal kerana

pembaca mengenali namanya melalui karyanya, walaupun mungkin dalam jangka masa yang panjang

atau setelah beberrapa karyanya menjadi karya besar dan tersebar.

j. memberi pendapat, buah fikiran atau gagasan juga menjadi niat atau tujuan seseorang penulis cerpen

menghasilkan karyanya. Dia memang hendak memberitahu sesuartu kepada seseorang dan memilih

genre cerpen sebagai salurannya.

k. menggambarkan, atau menyerlahkan sesuatu sebagai manifestasi seni seseorang insane – ada insane

seni yang memilih seni tampak (lukisan / visual) ada yang memilih seni kata (puisi, lirik, cerpen).

l. memperkenalkan sesuatu peristiwa, sesebuah bangsa atau sesuatu aktiviti keagamaan juga menjadi

tujuan penulis menghasilkan karya sasteranya.

m. memanipulasi sesebuah peristiwa – memang ada pengarang yang cekap memanipulasi bahasa,

memanipulasi maklumat dan ilmu baharu untuk menghasilkan sesebuah cerita pendek – sama ada

secara kreatif atau inovatif.

n. mengangkat tamadun bangsa sendiri – penulis jenis ini percaya bahawa dalam dunia pengongsian

ilmu, kalau buikan dia yang melakukannya, tidak aka nada orang lain yang akan berbuat demikian

sebaik-baiknya, maka dia akan melakukannya sebagai satu peluang dan sumbangan.

Cerpen yang diuusahakan perlu disesuaikan dari semua dimensi kepada tujuan penulisan cerpen itu.

xv. tujuan membaca cerpen

para peserta kursus turut diingatkan tentang sebab atau tujuan pembaca membaca cerpen, dan cerpen

hendaklah disesuaikan kepada selera pembaca. Antara tujuan pembacaan cerpen yang lazim ialah:

Kesemua tujuan pembacaan cerpen yang tersenarai itu dapat dirincikan seperti berikut:

a. Berehat (merehatkan fikiran) – pembaca memang berminat membaca dan ada ketikanya keletihan

minda dan fizikal mengalih minat membaca kepada membaca bahan 'ringan' dan berbentuk hiburan.

b. Menikmati keindahan (estetika) karya sastera – karya sastera mengandung pelbagai keindahan dan

estetika (yang akan dihuraikan selepas ini). Desakan ini merupakan satu daripada naluri linguistic dan

aesthetic intelligence seseorang insan.

Page 31: Mbm 5

c. Memenuhi rasa ingin tahu – minda yang inkuisitif sifatnya dan pemiliknya merupakan pengamal

beberapa alat pemikiran seperto dalam CORT Edward de Bono secara semula jadi akan sentiasa

mempunyai rasa ingin tahu tentang apa-apa sahaja yang terpampang di hadapannya.

d. Minat – membaca kerana minat juga menjadi sebab seseorang memilih sesebuah karya sastera

secara sambalewa tanpa mementingkan karya itu ecerah atau kumpulan, bersumberkan akhbar, majalah

atau antologi.

e. Tugasan universiti / sekolah / penulisan – ada orang membaca kerana tugasan akademik – sama ada

dia pelajar, pensyarah atau ahli forum sastera yang tertentu.

f. Mencari ilmu (ilmu bahasa, ilmu terapan) – cerpen yang bermutu menghidangkan pelbagai jenis ilmu;

ilmu bahasa, ilmu sastera dan ilmu tema yang mendasari karya itu.

g. Sudah tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan – ada ketikanya orang membaca cerpen kerana

berada dalam keadaan begini.

h. Belajar sastera – karya sastera mengetengahkan begitu banyak ilmu sastera – dari cara mengarang,

keindahan dan kritikan sastera. Sebuah karya sastera yang baik, mengetengahkjan pengalaman

keagamaan yang mendidik.

i. Belajar bahasa (BM) – sesebuah karya sastera yang dihasilkan oleh inteligensia linguistik sudah tentu

menghidangkan ilmu linguistik (BM) yang kaya, ampuh, banyak dan kaya.

j. Berhibur – karya sastera, seperti karya seni yang lain (filem, drama pentas, novel, cerita rakyat, puisi,

dekon, lakon dan sebagainya) mempunyai daya hiburan yang tinggi.

k. Pembentukan kurikulum – sistem pendidikan di Malaysia, umpamanya pendidikan BM atau pendidikan

sastera memasukkan cerpen sebagai bahan kajiannya, justeru tugas membaca cerpen bertujuan

membentuk kurikulum mata pelajaran yang berkenaan (bagi mereka yang terpilih)

Sebagai buku rujukan utama penulisan cerpen, sama ada untuk tujuan pembelajaran atau pengajaran,

pembimbing mencadangkan penggunaan buku Penulisan Cereka Cerpen (1999; Edisi kedua, 2008).

Penulisan Cereka Cerpen, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana buku itu menjadi buku rujukan

mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM yang akan mula digunakan pada tahun 2012.

Pemilihan buku itu menjadikannya asas panduan penulisan pelajar-pelajar sekjolah sebagai peresediaan

untuk penulisan yang lkebih luas dan besar.

Kesimpulan

Melalui program ini, para ghuru berpeluang untuk memperluas bakat diri hingga mencapai potensi

individu dalam penulisan kreatif. Di samping itu, kaedah bimbingan yang diberikan juga membolehkan

Page 32: Mbm 5

guru menjadikannya kaedah membimbing pelajar yang mahu memperluas skop pembelajaran di luar bilik

darjah, iaitu bagi mereka yang mahu menulis dan menghantar karya kreatif ke media massa.

Pembimbing penulisan cerpen membuka ruang dan peluang untuk/kepada para peserta menghantar

karya ke DBP Cawangan Sarawak atau terus kepada editor pelbagai majalah di Dewan Bahasa dan

Pustaka. Menurut Jais Sahok, beberapa banyak penulis ternama di Malaysia adalah dari kalangan guru

sekolah. Tidak mustahil jika guru yang menghadiri kursus ini menampakkan keterampilan diri mereka

melalui medan penulisan di Tanahmas Sibu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Beberapa orang peserta mendapatkan tandatangan Jais Sahok dalam novel beliau

Page 33: Mbm 5

 

 

 

 

 

 

 

 

Cikgu Fatimah, SMK Agama Saratok menerima hadiah buku Jais Sahok

 

 

 

Page 34: Mbm 5

 

 

 

 

 

Cikgu Jais Sahok bergambar kenangan dengan para peserta

 

 

 

 

 

 

 

 

Cikgu Sufian menerima buku Jais Sahok keraja kejayaan perenggan pertama cerpennya

Page 35: Mbm 5

 

 

 

 

 

 

 

 

Para peserta tekun mendengar ceramah Jais Sahok

MBMMBI

DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

 

Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Page 36: Mbm 5

TUJUAN MBMMBI

Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.

Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

 

Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) 2011

Penyelaras- Hjh Maheran binti Yusoff

Pen. Penyelaras - Hj Roslan bin Idris

Perancangan Program MBI 2011(Proficiency dan Pedagogy Bahasa Inggeris)

Pelaksanaan Kursus Proficiency Guru Bahasa Inggeris Bukan Opsyen

PPD FASA TARIKH TEMPAT

Kota Bharu 1 3,4,5 April BTPN Kealntan(Kota Bharu)

2 17,18,19 April

Page 37: Mbm 5

3 2,3,4 Mei

4 15,16,18 Mei

Pasir Mas/ Tumpat 1 3,4,5 April

PKG Makasar(P Mas)

2 17,18,19 April

3 2,3,4 Mei

4 15,16,18 Mei

Bachok/ Pasir Puteh 1 6,7,10 April

PKG Badak(Bachok)

2 20,21,24 April

3 5,8,9 Mei

4 19,22,23 Mei

Machang/ Kuala Krai 1 6,7,10 April

PKG Jambu Lawar (Machang)2 20,21,24 April

3 5,8,9 Mei

4 19,22,23 Mei

Tanah Merah/ 1 11,12,13 April

PKG Ipoh (Tanah Merah)

2 25,26,27 April

3 10,11,12 Mei

4 24,25,26 Mei

Jadual Pelaksanaan Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah)

COHORT FASA 1 TARIKH TEMPAT

C1 Listening & Speaking 26-28 Jun 2011 BTPN Kelantan

C2 Listening & Speaking 26-28 Jun 2011 BTPN Kelantan

C3 Listening & Speaking 26-28 Jun 2011 BTPN Kelantan

FASA 2

Page 38: Mbm 5

C1 Reading 11-13 Julai 2011 BTPN Kelantan

C2 Reading 11-13 Julai 2011 BTPN Kelantan

C3 Reading 11-13 Julai 2011 BTPN Kelantan

FASA 3

C1 Writing 24-26 Julai 2011 BTPN Kelantan

C2 Writing 24-26 Julai 2011 BTPN Kelantan

C3 Writing 24-26 Julai 2011 BTPN Kelantan

Jadual Pelaksanaan Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Inggeris (PEELT - Menengah)

COHORT FASA 1 TARIKH TEMPAT

C1 Listening & Speaking 3-5 Julai 2011 BTPN Kelantan

C2 Listening & Speaking 3-5 Julai 2011 BTPN Kelantan

FASA 2

C1 Reading 19-21 Julai 2011 BTPN Kelantan

C2 Reading 19-21 Julai 2011 BTPN Kelantan

FASA 3

C1 Writing 27,28,31 Julai 2011 BTPN Kelantan

C2 Writing 27,28,31 Julai 2011 BTPN Kelantan

Program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) 2011

Page 39: Mbm 5

Penyelaras- En Shari bin Yusoff

 

Pelaksanaan Program MBM 2011

TAJUK TARIKHJUMLAH PESERTA

TEMPAT

Bengkel Penulisan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu SR/ SM

29-31 Mac 2011

25 IPGKKB

Kursus Pemantapan Tatabahasa29-31 Mac 2011

25 IPGKKB

Strategi Pengajaran Bahasa Melayu Berkesan SR/ SM

5-7 April 2011

25 IPGKKB

Teknik Bercerita Dalam Pengajaran Bahasa Melayu SR

10-12 Mei 2011

25 SK Telekong, Kuala Krai

Penghayatan Bahan Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu SM

10-12 Mei 2011

24 SK kubang Batang, Tumpat

Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan eKamus SR/ SM

28-30 Jun 2011

25 IPGKKB

Strategi Pengajaran Puisi Tradisional SR/ SM12-14 Julai 2011

25SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 1, Tanah Merah

Pembelajaran berpusatkan Murid SR/ SM 3-5 Mei 2011 25 SK Seri Wangi, Gua Musang

Kursus komputer Dalam Pengajaran Bahasa Melayu SR/ SM

5-7 Julai 2011

26 IPGKKB

Seni Dalam Pengajaran Bahasa Melayu SR/ SM 24-26 Mei 25 PKG Mekasar

Page 40: Mbm 5

2011

Kursus Kreativiti dan Didik Hibur Dalam P&P Bahasa Melayu SR/ SM

5-7 Julai 2011

25 PKG Banggol

JUMLAH PESERTA 275

 

http://www.ipgkkb.edu.my/Laman%20WEB%202011/LDP/MBMMBI%20LDP.html

T H U R S D A Y , 1 7 F E B R U A R Y 2 0 1 1

Dasar MBMMBI 2011Mulai Mac hingga Oktober 2011, Unit Bahasa Melayu Jabatan Pelajaran Kelantan akan menganjurkan siri kursus bahasa Melayu di bawah program Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus-kursus ini akan diadakan dalam tiga kategori berdasarkan peruntukan yang disalurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM, iaitu:

1. Kursus Kelolaan Pendek Institut (KPKI) bersama IPG Kota Bharu dan IPG Sultan Mizan. Seramai 275 orang guru dijangka terlibat dalam siri kursus di IPG Kota Bharu, melalui 11 siri kursus dengan 25 orang peserta bagi setiap pengambilan. Manakala di IPG Sultan Mizan, seramai 135 orang guru akan dipilih untuk mengikut kursus berkenaan dengan 13 orang bagi setiap siri kursus.

2. Kursus Dalam Perkhidmatan 4 Minggu akan dilaksanakan bermula 4 April - 29 April 2011 untuk Ambilan 1 yang akan diadakan di IPG Sultan Mizan. Manakala ambilan 2 bermula 20 Jun -21 Julai 2011, ditempatkan yang sama. Setiap pengambilan melibatkan 30 orang peserta.

Tajuk Kursus KPKI:

1. Bengkel Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu (SR)

2. Kursus Pemantapan Tatabahasa Bahasa Melayu (SM)

3. Kursus Pengajaran Puisi Tradisional (SM)

4. Kursus Pengajaran dan Penghayatan Sastera (Komsas) SM

5. Kursus Strategi Pengajaran Berkesan (SM)

6. Kursus Pengajaran Seni Bahasa dalam Bahasa Melayu (SR)

Page 41: Mbm 5

7. Kursus Pengajaran Bahasa Melayu menggunakan e-kamus (SM)

8. Kursus Penggunaan TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu (SR)

9. Kursus Pengajaran Berfokuskan Murid (SR)

10. Kursus Teknik Didik Hibur dan Kreativiti dalam Pengajaran Bahasa Melayu (SR)

11. Kursus Teknik Bercerita dalam Pengajaran Bahasa Melayu (SR)

Guru-guru yang berminat boleh hubungi Unit Bahasa Melayu JPN Kelantan atau emelkan maklumat diri: (Nama, No.KP, sekolah, no.telefon, opsyen, pengalaman mengajar BM, kursus yang ingin dihadiri) kepada emel [email protected].

*Guru-guru yang pernah mengikuti kursus MBMMBI tahun 2010 tidak digalakkan memohon untuk memberi peluang kepada guru-guru yang masih belum pernah mengikuti kursus di bawah program MBMMBI.

http://akademikbahasa.blogspot.com/2011/02/dasar-mbmmbi-2011.html

Secara dasar MBMMBI adalah berikut

Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :

1. Pendekatan P&P

2. Guru bahasa Malaysia berkualiti

3. Perluasan ICT dalam P&P

4. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa

ibunda di SJKT dan SJKC.

Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :

1. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC

2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti

3. Pendekatan P&P

4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.

Maklumat lanjut boleh rujuk di laman mikro MBMMBI di

url http://www.moe.gov.my/mbmmbi

Fungsi BTP, BTPN dan PKG adalah daripada sokongan teknikal kepada sekolah dalam

melaksanakan MBMMBI pada tahun hadapan.

http://btpnsel.edu.my/main/2010/12/dasar-mbmmbi-kpm/

Page 42: Mbm 5

Dasar ganti PPSMI 2011danzaim

863 days ago 0

Berita Tempatan

Previous Next

12 

EmailShare

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar

baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata pelaksanaan

lebih awal MBMMBI bagi menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada beberapa faktor.

Antaranya, bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk

Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelaksanaan MBMMBI untuk murid Tahun

Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat pula bermula 2012 untuk membolehkan

kementerian membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran

dan pembelajaran. Beliau turut menegaskan walaupun terdapat rayuan dan desakan supaya

PPSMI diteruskan, kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan pihak berkenaan.

“Sebaliknya, pandangan yang disuarakan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan

dasar baru,” katanya menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada

sidang Dewan Rakyat, semalam.

Mohd Nor ingin mendapatkan penjelasan mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga

Page 43: Mbm 5

2012 untuk mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

diajar dalam bahasa ibunda.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata kementerian menetapkan 2012 sebagai

tahun pelaksanaan dasar baru itu bagi mengelak masalah seperti yang terjadi kepada

PPSMI.

“Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana

pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat

persiapan ialah enam bulan,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan PPSMI sejak 2003 membabitkan kos sebanyak RM5 bilion

meliputi penyediaan peralatan dan latihan guru.

“Bagi pelaksanaan dasar MBMMBI, kementerian akan memohon peruntukan yang

secukupnya untuk menjayakan dasar itu, di samping mengguna pakai kemudahan sedia

ada,” katanya.

Muhyiddin berkata, dalam pelaksanaan MBMMBI, kementerian memerlukan 13,000 guru

tambahan untuk ditempatkan di seluruh negara dan mulai tahun depan, pengambilan 1,000

guru bahasa Inggeris akan dibuat.

Menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Muhyiddin menegaskan kerajaan

tidak mungkin kembali melaksanakan PPSMI kerana MBMMBI selaras dengan dasar negara

yang mahu memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

Sambil menyifatkan keputusan kerajaan itu sebagai muktamad, Timbalan Perdana Menteri

berkata, MBMMBI berfungsi sebagai serampang dua mata kerana selain memartabatkan

Bahasa Kebangsaan, kerajaan tidak meminggirkan aspek penguasaan dan pengukuhan

Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa.

Muhyiddin berkata, satu daripada dorongan kuat ketika pimpinan kerajaan hendak

menyediakan dasar baru itu ialah untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan beliau yakin

pembangkang turut bersetuju.

“Kita mahu memperjuangkan Bahasa Melayu tetapi pada masa sama masyarakat hari ini

Page 44: Mbm 5

tahu untuk memasuki dunia sekarang yang kompetitif, Bahasa Inggeris juga menjadi bahasa

penting.

“Atas dasar itu saya tidak fikir kita akan berpindah balik kepada dasar lama… saya amat

menghormati Tun (Dr Mahathir Mohamad). Saya nyatakan kita hendak membuat pindaan,

mungkin dia tidak begitu setuju tetapi tidaklah keras sangat.

“Dia (Dr Mahathir) faham keputusan sudah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan

dia penyokong BN dan Umno, nampak dia tidak beri kenyataan keras seolah-olah kita kena

patah balik,” katanya.

credit:bharian.com.my

http://berita-harian-online.com/dasar-ganti-ppsmi-2011/

Apa itu MBMMBI | Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI

Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu

& Memperkukuhkan Bahasa Inggerisadalah fokus utama bagi

pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan

dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang

menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan

Dasar MBMMBI.

 

Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI

Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam

Melaksanakan Dasar MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahulu definisi

MBMMBI ini.

Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu

& Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia

Page 45: Mbm 5

pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai

bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152,

Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa

pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan

penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa

komunikasi dan bahasa ilmu di

peringkat nasional dan antarabangsa.

Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI

1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas

kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang

bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.

2. Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa

dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa

pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul

P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa.

P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan

dilakukan secara bersepadu dalam konteks.

3. Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan

suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai

kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis,

tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti

penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.

4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum –

Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan

menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau

bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu

Bahasa Malaysia itu sendiri.

5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan

teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman

Page 46: Mbm 5

web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta

nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan

bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para

pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk

berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.

6. Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam

Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan

Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan

akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.

7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran

ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi

ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan

profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan

terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar

dari dalam dan luar negara.

8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada

aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah

dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas,

serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.

9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah

karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan.

Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa

Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca

dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga

mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat

1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.

10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar

Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara

lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di

universiti luar negara.

11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti

pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam

Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat

masuk.

http://pkgpadangserai.btpnkedah.edu.my/index.php?

Page 47: Mbm 5

option=com_content&view=article&id=115:mbmmbi&catid=42:mbmmbi

SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Jawapan 1.    Apakah itu Dasar MBMMBI?Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.2.    Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.3.    Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.4.    Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.5.    Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah

Page 48: Mbm 5

rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.6.    Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:a.    Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPGb.    Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT)guru bukan opsyen bahasa Inggerisc.    Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELTd.    Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI:Latihan untuk bahasa Malaysia:                      i.        Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)                     ii.        KDP 4 Minggu                    iii.        Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan PustakaLatihan untuk bahasa Inggeris:                      i.        Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris                     ii.        Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris                    iii.        Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris7.    Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM)Institut Pendidikan Gurua.    IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.b.    “Teacher Study“ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.c.    Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.d.    Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.Praktikum – 3 kali praktikum :

Page 49: Mbm 5

a.    Semester 5 – 4 minggub.    Semester 6 – 8 mingguc.    Semester 7 – 12 minggud.    Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan.Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.8.   Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:                      i.        Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun                     ii.        Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara9.   Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris?Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:a.    IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawakb.    IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabahc.    IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganud.    IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dane.    English Language Teaching Centre, Kuala LumpurPeranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF

Page 50: Mbm 5

juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan.yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut:a.    Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;b.    Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zonc.    Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zond.    Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulume.    Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaranf.     Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuaig.    Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian programh.    Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah10. Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:a.    Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)·         Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.b.    Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)·         Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.·         CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.·         OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar.Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.11. Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.12. Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;

Page 51: Mbm 5

·         Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)·         Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.13. Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa?Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.14. Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti?Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

Sumber : http://www.moe.gov.my/index.php?id=17&act=faq&rid=150

Page 52: Mbm 5