mazhab klasik

4
MAZHAB KLASIK (1900-1927) Bidang pengurusan mempunyai sejarah perkembangan yang patut ditinjau supaya kita dapat memahami perbezaan dan perkaitan antara amalan pengurusan sekarang dan masa depan dengan pengurusan yang dialami pada abad yang lampau. Untuk meninjau perkembangan pemikiran pengurusan, eloklah jika kita melihat dari tiga sudut mazhab pengurusan, iaitu klasik, perlakuan dan sains pengurusan. Pendekatan kontigensi dan teori sistem yang berkembang pada tahun enam puluhan lahir daripada pengalaman pengurus, penyelidik dan pakar runding. Tiga cawangan mazhab klasik yang telah berkembang ialah pengurusan saintifik, proses pengurusan dan birokrasi. Mazhab ini telah dipelopori oleh beberapa tokoh iaitu Frederik Taylor (pengurusan saintifik), Henri Fayol ( proses pengurusan) dan Max Waber (birokrasi). Pada awak abad kedua puluh, pengurusan saintifik muncul hasil keperluan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan dan daya pengeluaran melalui penggunaan sumber manusia dan fizikal. Frederik Taylor (1856-1915), seorang jurutera mekanik dan pakar runding telah membuat perhatian ke atas fungsi dan pergerakan setiap pekerja yang menjalankan tugas dan kemudiannya telah membuat analisis dan mereka bentuk semula tugas itu dengan efisien. Beliau telah mengeluarkan prinsip pengurusan saintifik seperti berikut :

Upload: syairahsyairazi

Post on 31-Jul-2015

27 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAZHAB KLASIK

MAZHAB KLASIK (1900-1927)

Bidang pengurusan mempunyai sejarah perkembangan yang patut ditinjau supaya

kita dapat memahami perbezaan dan perkaitan antara amalan pengurusan sekarang

dan masa depan dengan pengurusan yang dialami pada abad yang lampau.

Untuk meninjau perkembangan pemikiran pengurusan, eloklah jika kita

melihat dari tiga sudut mazhab pengurusan, iaitu klasik, perlakuan dan sains

pengurusan. Pendekatan kontigensi dan teori sistem yang berkembang pada tahun

enam puluhan lahir daripada pengalaman pengurus, penyelidik dan pakar runding.

Tiga cawangan mazhab klasik yang telah berkembang ialah pengurusan

saintifik, proses pengurusan dan birokrasi. Mazhab ini telah dipelopori oleh beberapa

tokoh iaitu Frederik Taylor (pengurusan saintifik), Henri Fayol ( proses pengurusan)

dan Max Waber (birokrasi).

Pada awak abad kedua puluh, pengurusan saintifik muncul hasil keperluan

untuk mempertingkatkan lagi kecekapan dan daya pengeluaran melalui penggunaan

sumber manusia dan fizikal. Frederik Taylor (1856-1915), seorang jurutera mekanik

dan pakar runding telah membuat perhatian ke atas fungsi dan pergerakan setiap

pekerja yang menjalankan tugas dan kemudiannya telah membuat analisis dan

mereka bentuk semula tugas itu dengan efisien. Beliau telah mengeluarkan prinsip

pengurusan saintifik seperti berikut :

Penentuan pergerakan iaitu membina kaedah saintifik dengan

menentukan pergerakan dan perjalanan kerja yang dijalankan supaya lebih efisien.

Dengan penentuan ini, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan dengan

peratusan atau kadar yang lebih tinggi.

Pengkhususan kerja pula ialah Frederick telah memikirkan tentang

pentingnya seorang pakar di setiap bahagian. Misalnya seorang fomen(ketua)

dikehendaki bertanggungjawab di dalam bahagian pembaikan mesin, seorang di

bahagian perjalanan mesin, seorang di bahagian pemeriksaan dan lain-lain. Dengan

cara yang demikian, pekerja dapat memahirkan diri dalam bidang yang khusus.

Page 2: MAZHAB KLASIK

Prinsip seterusnya ialah perancangan dan penjadualan yang rapi iaitu

beliau percaya bahawa pemilihan dan pengambilan kakitangan perlu dibuat dengan

teliti untuk menjamin kakitangan yang diambil dapat menjalankan tugas yang

dikehendaki. Dalam proses pengambilan, ujian tertentu telah diadakan untuk menguji

kebolehan dan keupayaan seseorang itu. Proses pemilihan yang teliti beserta latihan

tertentu dapat menjamin prestasi yang tinggi dalam menjalankan tugas.

Prinsip seterusnya ialah insentif upah diadakan bertujuan membayar upah

mengikut jenis kerja yang dibuat. Ini bermakna program upah itu menyediakan kadar

upah mengikut jenis kerja. Bonus melalui skim perangsang juga diberikan kepada

pekerja yang dapat menyelesaikan kerja lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.

Henri Fayol (1841-1925) yang digelar sebagai Bapa Pemikiran

Pengurusan telah menekankan fungsi organisasi atau peringkat atasan organisasi.

Fayol yang merupakan seorang jurutera dan eksekutif Perancis telah membuat tiga

sumbangan penting dalam teori pentadbiran iaitu membezakan antara kemahiran

teknikal dengan kemahiran pengurusan, beliau juga telah mengenalpasti lima fungsi–

fungsi pengurusan yang khusus dan beliau telah mencadangkan 14 prinsip

pengurusan. Prinsip-prinsip pengurusan yang dicadangkan ialah pembahagian kerja,

autoriti & kewibawaan, disiplin, penyelarasan arahan, seorang ketua bagi satu

organisasi, mementingkan kehendak masyarakat daripada kehendak individu,

ganjaran berbentuk gaji, pemusatan kerja & kuasa, hierarki, kebolehan sesuai

dengan tugas, persamaan, kestabilan kerja, Inisiatif (daya usaha) dan spirit de coup.

Max Waber merupakan seorang ahli sosiologi German yang menekankan

pendekatan birokrasi iaitu perlunya sesebuah organisasi untuk mempraktikkan

system pengurusan formal yang bercirikan peraturan dan undang-undang, garis

hierarki organisasi yang jelas hubungan bukan peribadi dikalangan ahli organisasi.

Menurut Waber, organisasi yang birokratik merupakan sebuah Institusi yang

dominan dalam masyarakat kerana menganggapnya yang paling cekap. Beliau

menyarankan enam ciri birokrasi iaitu pertamanya pengkhususan kerja setiap

bahagian atau jabatan mempunyai kerja yang berfokus dan berpusat. Ciri kedua

ialah mempunyai hierarki Autoriti iaitu pengurusan berskala hierarki yang didokongi

pengurusan tertinggi, pertengahan dan pekerja bawahan. Ciri ketiga ialah Chain of

Command iaitu peraturan dan tatacara yang formal orang atasan beri arahan pada

Page 3: MAZHAB KLASIK

orang bawahan. Ciri keempat ialah pemilihan kakitangan berdasarkan kelulusan

teknik iaitu kenaikan pangkat berdasarkan pencapaian, kecekapan dan pengalaman.

Ciri kelima ialah impersonaliti-pegawai awam dan pentadbir perlu bekerjasama dan

perkongsian idea dan tidak mementingkan diri sendiri. Ciri terakhir ialah pentadbir

tertakluk pada peraturan dan disiplin.