matlamat hidup

3
Definisi matlamat Matlamat bermaksud sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai. Matlamat hidup Matlamat hidup ialah “ sesuatu yang hendak dicapai semasa dan selepas hayat kita supaya hidup kita menjadi sempurna. Perkara yang hendak dicapai itu mestilah memberi kesenangan hidup seperti dalam hal kewangan, harta benda, kebahagiaan , kesejahteraan, kesihatan dan ketenangan hidup dan kehidupan yang kekal selepas mati. MAJA YANG MEMPUNYAI HARGA DIRI ADALAH REMAJA YANG ADA MATLAMAT HIDUP

Upload: justine-salim

Post on 14-Apr-2016

291 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

p. moral ting 4

TRANSCRIPT

Page 1: MATLAMAT HIDUP

Definisi matlamat

Matlamat bermaksud sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai.

Matlamat hidup

Matlamat hidup ialah “ sesuatu yang hendak dicapai semasa dan selepas hayat kita supaya hidup kita menjadi sempurna. Perkara yang hendak dicapai itu mestilah memberi kesenangan hidup seperti dalam hal kewangan, harta benda, kebahagiaan , kesejahteraan, kesihatan dan ketenangan hidup dan kehidupan yang kekal selepas mati.

REMAJA YANG MEMPUNYAI HARGA DIRI ADALAH REMAJA YANG ADA MATLAMAT HIDUP

Page 2: MATLAMAT HIDUP

Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan atau berapa peratus markah yang mereka mahukan. Mereka juga jelas tentang pengkhususan atau bidang yang ingin diceburi di universiti, mahupun kerjaya yang bagaimana bakal ditempuh dan sebqgainya.

Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya. Mereka dapat gambarkan dengan jelas siapa mereka di penghujung kehidupan nanti. Stephen Covey dalam bukunya ‘ The 7 Habits‘ ada menegaskan kepentingan memulakan kehidupan dari belakang. Maksudnya, kita menggambarkan kesudahan atau penghujung kepada kehidupan ini dan menetapkan apa yang ingin dikecapi. Bermula dari titik penghujung itu, kita bergerak sedikit demi sedikit merangka langkah-langkah atau usaha-usaha yang akan membantu untuk mereliasasikan hajat dan cita-cita di penghujungnya itu.

Page 3: MATLAMAT HIDUP

Apakah yang dapat kita sumbangkan kepada ummat seluruhnya, kepada negara tercinta, kepada masayarakat setempat, kepada sanak saudara dan kenalan, dan sebgainya. Kalau anda tahu anda mahu mengakhiri kehidupan ini dengan kejayaan, maka kejayaan yang bagaimana inigin anda kecapai. Tidak cukup dengan hanya menyatakan ‘aku ingin berjaya’, tetapi anda perlu perincikan lagi dengan jelas matlamat yang ingin dicapai.

Setelah tahu matlamat anda, maka rangkalah sasaran anda dalam pelajaran.Sasaran yang ingin ditetapkan haruslah realistik dan optimistik. Dengan erti kata yang lain, sasaran yang ditetapkan adalah tinggi tapi masih dalam lingkungan yang dapat dikecapi. Namun, dalam penatapan sasaran, jangan terlalu fikirkan sangat sama ada ianya berjaya dicapai atau tidak, sebaliknya fikirkanlah adakah anda benar-benar mahukannya. Sebab sekiranya anda mahukannya, maka dan sepastinya sentiasa akan ada jalan untuk mengusahakannya. Kemahuan yang meluap dan membara sentiasa memberikan anda tenaga tambahan dalam berusaha. Teruskan berusaha dan bertawakal kepadaNya, nescaya akan dimudahkan segala urusan pembelajaran kita.