matlamat pendidikan sains
DESCRIPTION
matlamat pendidikan sainsTRANSCRIPT
1.0 Matlamat Pendidikan Sains
Matlamat pendidikan sains adalah berasaskan pada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains. Kurikulum Sains sekolah rendah
bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi
asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru, murid mempunyai
landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk
mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan
budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin,
dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi
penciptaan alam.
1.1 Pengajaran Sains
Sains ialah mata pelajaran yang membantu murid memahami diri
sendiri dan alam persekitaran dengan lebih baik. Sains juga membantu
memperkembangkan kemahiran sains, kemahiran berfikir serta sikap dan
nilai murni murid. Dengan itu pengajaran sains hendaklah berfokuskan
pembelajaran yang bermakna. Pembelajaran bermakna ialah proses yang
membantu murid memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran yang
dapat memperkembangkan pemikiran mereka ke peringkat yang optimum.
Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti
inkuiri, penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran masteri.
Penggunaan pelbagai strategi pengajaran pembelajaran digalakkan
untuk mempertingkatkan minat murid dalam sains. Pemilihan strategi
pengajaran hendaklah berasaskan pada kandungan kurikulum, kebolehan
murid serta resos dan infrastruktur yang ada. Aktiviti pengajaran
pembelajaran yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang mempunyai
gaya pembelajaran dan kecerdasan yang berlainan. Strategi pengajaran
pembelajaran yang boleh digunakan ialah eksperimen, perbincangan,
simulasi, projek, lawatan dan penggunaan teknologi.
2.0 Sains Sekolah Rendah: Mengimbas kembali
Dalam sejarah perkembangan pendidikan sains sekolah rendah di Malaysia,
ia boleh disimpulkan bahawa perubahan kurikulum adalah satu inovasi
(Kementerian Pelajaran dan UNESCO, 1988; SEAMEO-RECSAM, 1983; SEAMEO-
RECSAM, 1973). Perubahan ini juga merupakan multidimensi dalam erti kata lain ia
melibatkan sekurang-kurangnya tiga dimensi dalam pelaksanaannya (Fullan, 1991).
Komponen-komponennya adalah seperti berikut:
(i) penggunaan bahan-bahan kurikulum yang disemak semula atau
baharu atau berteknologi;
(ii) penggunaan pendekatan baharu;
(iii) pengubahsuaian kepercayaan, contohnya, andaian pedagogi dan
teori berkenaan polisi baharu atau inovasi.
Di Malaysia, semua perubahan kurikulum yang berlaku akan dilaksanakan
oleh Kementerian Pendidikan dan akan disebarkan kepada semua sekolah-sekolah
di negara ini.
2.1 Kajian Alam Semulajadi
Pada akhir abad kesembilan belas hingga pertengahan abad kedua
puluh, sains diajar di sekolah rendah sebagai Kajian Alam Semulajadi,
melibatkan pengetahuan tentang fakta-fakta dan hukum-hukum alam
semulajadi sebagai asas penyiasatan saintifik. Pengajaran sains di peringkat
sekolah rendah telah dilaksanakan dalam semua bidang (botani, biologi,
sains bumi, kimia dan fizik) secara beransur-ansur dan dihubungkaitkan
dengan persekitaran dan pengalaman seharian murid.
2.2 Projek Khas
Kajian Alam Semulajadi telah digantikan dengan sukatan pelajaran
Sains Rendah pada tahun 1965. Inovasi ini telah diadaptasikan dari Nuffield
Junior Science Project, UK (1964), tetapi disesuaikan dengan keperluan
tempatan. Kurikulum berasaskan subjek, di mana tumpuan adalah pada
penguasaan pengetahuan saintifik dan bukannya ciri-ciri murid. Kebanyakan
guru-guru sains di sekolah rendah, terutamanya di kawasan luar bandar
mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah (terdiri dari gred enam
hingga sembilan iaitu hanya enam hingga sembilan tahun persekolahan asas)
tetapi juga telah menerima latihan profesional yang tidak mencukupi dalam
metodologi sains dan kandungan dalam mata pelajaran itu sendiri. Mereka
juga dilatih sebagai guru untuk mengajar semua mata pelajaran sekolah
rendah. Banyak amalan dalam bilik darjah berpusatkan buku teks dan
penghafalan nota.
Pencapaian prestasi murid-murid didapati lemah di sekolah-sekolah
rendah luar bandar, terutamanya dalam bidang sains, maka Kementerian
Pelajaran telah memperkenalkan Projek Sains Rendah Khas (Projek Khas)
pada tahun 1968. Projek ini menggunakan pendekatan baharu untuk
pengajaran sains bagi sukatan pelajaran yang sedia ada. Rasional
memperkenalkan pendekatan pengajaran yang baharu dan bukannya
perubahan kurikulum adalah kerana Kementerian Pelajaran mendapati
bahawa guru-guru sudah biasa dengan sukatan pelajaran yang sedia ada.
Langkah ini telah mengurangkan trauma guru-guru terhadap perubahan
kurikulum.
2.3 Alam dan Manusia
Pandangan lain mengenai pembangunan dan pelaksanaan 'Projek
Khas' telah diminta. Seorang yang bukan ahli sains, Tan Sri Profesor Awang
Had Salleh (1983), yang merupakan Naib Canselor Universiti Kebangsaan
Malaysia pada masa itu, telah diminta memberi komen dan mengulas
mengenai kurikulum sains sekolah rendah. Alam dan Manusia dalam KBSR.
Kurikulum itu diperkenalkan pada tahun 1982 sebagai kajian rintis dan
dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah rendah pada tahun 1983.
Terdapat tiga komponen utama dalam mata pelajaran Alam dan
Manusia iaitu:manusia, alam sekitar, dan interaksi manusia dan alam sekitar.
Hubungan antara ketiga-tiga komponen itu ditunjukkan dalam Rajah 1.
Komunikasi
Nilai Murni
Sains sosial Sains Kesihatan
Manusia
Dunia Fizikal Pendidikansians
Hubungan
Kreativiti Kemahiran Hidup
alamsekitar Sains dan Teknologi
Alam sekeliling
Rajah 1 : Kerangka Alam dan Manusia
Terdapat lima tema utama dalam sukatan Alam dan Manusia. Ianya
bertujuan supaya murid-murid dapat memahami, menghargai dan menyemai
kasih sayang terhadap alam sekitar dan dengan itu, membangunkan sikap
cintakan negara.
Tidak seperti Projek Khas yang diperkenalkan mulai Tahun Satu
hingga Tahun Enam , Alam dan Manusia mula diperkenalkan di peringkat
tahap dua iaitu dari Tahun Empat hingga Tahun Enam . Bagi melaksanakan
kurikulum baru ini, diadakan kursus orientasi selama satu minggu kepada
guru-guru sains. Selepas kursus itu, pihak Kementerian Pendidikan
menganggap bahawa tugas mereka telah di pertanggungjawabkan kepada
guru-guru dan tiada sebab untuk mereka mengatakan bahawa mereka tidak
mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan cara untuk mengajar subjek
sains (Syed Zin, 1990).
2.4 Sains KBSR.
Sukatan pelajaran sains sekolah rendah dalam KBSR telah digubal
berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara. KBSR adalah pendekatan bersepadu kepada pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai, pembangunan keseluruhan individu, peluang sama
rata untuk pendidikan dan pendidikan sepanjang hayat. Tujuan utama KBSR
adalah untuk menyediakan pendidikan asas untuk semua murid-murid dan
memastikan perkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh.
Perkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh termasuk
pembangunan intelek, rohani, fizikal dan emosi serta pembangunan diri dan
memupuk nilai-nilai moral serta sikap. Sukatan pelajaran sains sekolah
rendah direka untuk menampung prinsip-prinsip dan matlamat KBSR.
3.0 Kemahiran proses dan kemahiran berfikir
Penguasaan kemahiran proses, kemahiran manipulatif dan kemahiran berfikir
adalah ditekankan dalam sukatan PSS (Primary School Science/ Sains Sekolah
Rendah). Ketiga-tiga kemahiran tersebut adalah saling berkaitan dengan pemikiran
secara kritikal, kreatif dan analitik . Kemahiran proses yang dikenalpasti adalah
kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat
inferens, membuat ramalan, berkomunikasi, mengenalpasti hubungan ruang dan
masa, mengintepretasi data, mendefinisi secara operasi, mengawal dan
memanipulasi pembolehubah, membina hipotesis dan mengeksperimen. Kemahiran
manipulatif adalah kemahiran psikomotor seperti mengendali, membersih dan
menyimpan alat radas sains, mengendali secara selamat spesimen hidup, dan
melukis secara betul spesimen dan alat radas.
3.1 Sikap dan nilai
Isi kandungan
PSS dilihat sebagai suatu bidang ilmu dan juga sebagai pendekatan inkuiri.
Sebagai suatu bidang ilmu, sains menyediakan suatu kerangka untuk murid-
murid memahami persekitaran mereka melalui aplikasi prinsip sains dalam
kehidupan harian. Pendekatan inkuiri membolehkan murid melakukan
penyiasatan pada dunia di sekeliling mereka. Ini akan menggalakkan murid
menjadi kreatif, berfikiran terbuka, toleransi, mencintai dan menghargai alam
sekitar.
Prinsip kesepaduan dikekalkan dalam sukatan PSS sejajar dengan KBSR.
Wujud kesepaduan yang merentasi matapelajaran lain seperti biologi, fizik
dan kimia melalui penggunaan konsep dan proses sains. Pendekatan secara
tema digunakan dalam mengolah isi kandungan. Pada tahap I sekolah rendah
dalam Tahun 1, isi kandungan dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian
A dan B . Pada Tahap II sekolah rendah, tema dibina mengenai manusia dan
penerokaan persekitaran. Lima bidang penyiasatan adalah:
Alam Hidupan
Alam Fizikal
Alam Bahan
Bumi Dan Alam Semesta
Dunia Teknologi
Setiap bidang penerokaan adalah untuk mencapai kesepaduan dalaman
secara melintang supaya apa yang dipelajari hari ini mampu dihubungkaitkan
dengan apa yang dipelajari kelmarin dan apa yang akan dipelajari esok dan
kesepaduan menegak supaya apa yang dipelajari dalam sesuatu bidang seharusnya
berkait dengan bidang penerokaan yang lain. Satu ciri yang penting tentang sains
adalah setiap murid seharusnya mencapai tahap minimum kefahaman dan
pengalaman dalam setiap disiplin sains.
Strategi pengajaran
Sukatan PSS merujuk kepada dua pandangan tentang pembelajaran sains;
pandangan proses dan pandangan konstruktivis. Pandangan proses
menyokong pendekatan inkuiri (Livermore, 1964). Pandangan konstruktivis
menyokong kenyataan bahawa murid mengambil bahagian secara aktif dan
kreatif dalam membina ilmu kendiri berasaskan pengetahuan sedia ada
mereka dari pengalaman yang lalu. (Duit dan Treagust, 1995; Harlen, 1992).
Oleh yang demikian strategi pengajaran yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran sains adalah pembelajaran secara penemuan di mana hasil
pembelajaran adalah akiviti-aktiviti murid-murid dan bukan berpusatkan guru.
Peranan guru hanya sebagai fasilitator, menyediakan pengalaman ‘hands-on’
menggalakkan murid bertanyakan soalan di mana jawapan akan di cari secara
inkuiri tidak hanya menyampaikan ilmu. Guru membimbing murid untuk
meneroka sendiri prinsip-prinsip dan konsep sains dengan mengguna idea
sendiri untuk melakukan eksperimen, perbincangan, simulasi dan projek.
4.0 Dunia Sains Dan Teknologi KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan
prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan
modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 2.3)
merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Sains dan Teknologi
5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Keterampilan Diri
4.1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Pada tahun 2010 negara mengalami perubahan kurikulum pendidikan yang
begitu hebat. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah membuat penandaaras dengan kurikulum negara maju bagi memastikan
kurikulum persekolahan setanding dengan pendidikan global. Melalui transformasi
kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan serta
ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan.
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi;
Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika;
Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. Pada peringkat ini KSSR
menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Kurikulum Sains KSSR memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran
saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Pengoperasian
kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) merupakan satu
pendekatan pedagogi dalam menimbulkan minat dan keseronokan murid untuk
terlibat secara aktif dalam proses p&p.
Penekanan terhadap penguasaan kemahiran proses sains menuntut suatu
perubahan dalam amalan p&p iaitu dari pendekatan yang berorientasikan
“memberitahu” kepada pendekatan berorientasikan proses. Perubahan ini
membolehkan murid itu sendiri mendapatkan pengetahuan melalui proses yang
mereka lalui. Cabaran utama yang perlu ditangani oleh guru dalam merealisasikan
hasrat ini adalah kefahaman dan keupayaan guru itu sendiri untuk menyampai dan
mengintegrasikan kemahiran proses sains dalam p&p secara berkesan.
Berdasarkan kajian, didapati tahap pelaksanaan proses sains oleh guru
berada pada tahap rendah. Ramai guru sains kurang bersedia menerapkan
kemahiran proses sains ini semasa p&p. Pihak KPM berpendapat sekiranya
kemahiran ini tidak ditulis secara tersurat dalam standard pembelajaran, maka
masalah ini akan berterusan. Keadaan sedemikian boleh mewujudkan satu jurang di
antara hasrat kurikulum dengan pelaksanaan p&p di bilik darjah. Dokumen standard
kurikulum sains (DSK) mengandungi Tema Pengenalan kepada Sains yang
memberi penekanan kepada murid untuk menguasai setiap kemahiran proses sains
secara eksplisit. Oleh kerana setiap kemahiran proses sains ini dijadikan standard
pembelajaran maka ianya mesti dikuasai oleh setiap murid.
Modul Kemahiran Proses Sains merupakan satu usaha Bahagian
Pembangunan Kurikulum untuk membantu guru sains dalam merealisasikan hasrat
yang tersurat dalam DSK sains. Modul ini juga memberi penjelasan tentang
kemahiran proses sains untuk dijadikan panduan dalam merangka dan
melaksanakan p&p sains yang berorientasikan penguasaan kemahiran proses sains.
ISU 1
Isu PPSMI: Pilih sekolah2011/11/10 -
29
MUHYIDDIN bersama Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar (kanan) dan Ahmad selepas sesi rakaman rancangan Soal Jawab di Sri Pentas.
Isu mengenai dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) terus menjadi bahan polemik. Walaupun Menteri
Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussain, telah memberi jaminan keputusan
yang bakal dibuat sebelum akhir tahun ini turut mengambil kira pandangan ramai
selain pencapaian calon dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2008, namun ada pihak yang sudah membuat keputusan sendiri. Mereka
mahukan dasar itu tidak diteruskan sambil mengutarakan pelbagai alasan negatif
terhadap prestasi pelajar membabitkan kedua-dua subjek berkenaan. Mereka juga
mendesak Hishammuddin melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran sekiranya
dasar itu tidak kembali kepada penggunaan bahasa Melayu seperti sebelumnya.
Demikianlah keadaannya jika perasaan tidak puas hati sudah menguasai diri,
walaupun menyedari tindakan mereka itu tidak dapat menyelesaikan masalah,
sebaliknya menjadikannya bertambah rumit. Tahun ini pelaksanaan dasar PPSMI
yang diperkenal pada 2003 genap usia enam tahun. Murid yang terbabit dengan
dasar itu sejak Tahun Satu menduduki peperiksaan UPSR 2008 pada 9 hingga 11
September lalu. Itulah tempoh yang dijanjikan kementerian untuk menilai semula
sejauh mana dasar itu mencapai matlamatnya. Seperti yang pernah dinyatakan
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail, PPSMI dilaksanakan bertujuan
memberi pendedahan awal kepada murid pelbagai konsep serta istilah Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris. Pada masa yang sama kementerian juga mahu
menjadikan pelajar itu mahir dan menguasai bahasa berkenaan. Guru tiada pilihan
melainkan datang menghadiri kursus dalaman EteMS yang disertai guru selama tiga
minggu atau terpaksa mengajar subjek lain. Akhirnya guru yang mempunyai
kemahiran bertahun-tahun mengajar matapelajaran tersebut tidak dapat
melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan penguasaan bahasa
Inggeris.
Dasar PPSMI juga telah memberi kesedaran dan membuka minda ramai ibu
bapa di luar bandar pentingnya mereka memberi penekanan kepada bahasa
Inggeris jika ingin anak mereka maju dan bersaing dengan kaum lain. Walaupun
terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran, namun semua itu dianggap sebagai
cabaran yang harus ditempuh dan perlu berani mencuba untuk berubah, demi masa
depan anak mereka. Dalam kesungguhan pihak tertentu yang mahukan kerajaan
menghentikan dasar PPSMI, kita harap mereka harus mengenal pasti kaedah
alternatif terbaik bagi menggantikan dasar PPSMI, supaya pihak sekolah terus
memberi penekanan serius dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan program
pemantapan bahasa Inggeris.
ISU 2
Di samping itu, isu berkenaan kaedah mengajar sains diberi perhatian yang
sama berat. Isu utama di sini ialah pembelajaran sains yang sebenar; suka dan
cekap belajar sains dan mengapresiasi sains; memperoleh 'sikap saintifik', minda-
terbuka, objektiviti dan mengelakkan kecenderungan 'melompat ke kesimpulan'.
Seorang guru sains perlu sedar bahawa dalam menjalankan sesuatu kajian sains,
objektif pembelajaran tidak akan dicapai sekiranya murid-murid tidak mempunyai
kefahaman teori asas dan mempunyai kerangka minda saintifik dalam
melaksanakan kajian saintifik melalui kaedah penemuan. Sesuatu kerja amali
dimulakan dengan langkah-langkah pengumpulan data yang sepatutnya bersifat
saintifik akan merosot menjadi usaha mekanikal 'mengikut resipi'. Yang lebih
membimbangkan ialah apabila murid-murid memperoleh keputusan yang 'salah',
guru memberi keputusan yang 'betul' dan dengan itu, membatalkan segala usaha
kerja amali yang dibuat oleh murid-murid. Keadaan itu boleh menyebabkan
kecenderungan murid-murid untuk mencari jawapan yang 'betul' (dalam keadaan
sebenar, satu jawapan yang betul mungkin diperoleh selepas berpuluh-puluh atau
beratus-ratus jawapan yang salah)
Pembaca mungkin berfikir bahawa isu ini senang dibangkit tetapi susah
diusahakan. Saya amat setuju. Tujuan isu ini dibangkitkan di sini adalah untuk
menegaskan bahawa ada isu pengajaran sains yang lebih besar di sebalik isu
PPSMI sekiranya kita ingin membentukkan satu masyarakat maju yang berasaskan
kepada sains dan teknologi yang kukuh dalam erti kata sebenar. Jika lebih ramai
orang, sama ada yang terlibat secara terus atau tidak dengan pengajaran dan
pembelajaran sains, memikir dan membincang secara aktif tentang isu ini dan
selanjutnya mengambil langkah-langkah pengubahsuaian yang positif, lebih mungkin
kualiti pengajaran dan pembelajaran sains dapat ditingkatkan.
ISU 3Selain itu, isu pengajaran dan pembelajaran juga mempengaruhi
perkembangan kurikulum sains. Bagi pencerapan P&P guru, antara kelemahan yang
dikesan ialah kesediaan guru untuk mengajar. Ianya merupakan sesuatu yang rutin
dimana rancangan mengajar yang ditulis dalam buku rekod mengajar kurang
membantu dalam memandu guru melaksanaan p&p. Kaedah yang kerap digunakan
ialah perbincangan, amali, penggunaan teaching courseware. Oleh itu, penglibatan
murid lebih banyak mendengar, kurang menyoal dan hanya mengikut
arahan/penerangan guru sebelum, semasa dan selesai aktiviti. Kemahiran saintifik
dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni kurang diberi penekanan.
Selain itu, lebih tumpuan diberi kepada murid mengetahui berbanding dengan
murid memahami tentang sesuatu idea/konsep dan jarang dikaitkan dengan
aplikasinya dalam kehidupan harian. Kesannya, pengalaman pembelajaran sains
yang menyeronokkan dan lebih bermakna kurang terserlah. Oleh itu, pelaksanaan
kurikulum sains di sekolah perlu dipertingkatkan dengan memastikan kurikulum
dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan dan seterusnya mengupayakan
pembangunan holistik insan yang dihasratkan.
Dalam proses melaksanakan kurikulum sains dengan berkesan, p&p di bilik
darjah perlu dipertingkatkan. Ini menuntut guru membuat persediaan dalam
melaksanakan perkara-perkara berikut, antaranya ialah menentukan konsep/idea
penting dalam kurikulum untuk diajar dalam tempoh masa yang diperuntukkan,
menentukan strategi/kaedah terbaik yang berkesan dalam menyampaikan pelajaran,
prosedur dan instrumen pentaksiran yang boleh memberi maklumat yang tepat
tentang sejauh mana murid sudah mencapai hasil pembelajaran dan memastikan
objektif pembelajaran, pengajaran dan pentaksiran adalah sejajar dan konsisten
antara satu sama lain.
ISU 4Selain itu, isu peruntukkan waktu / jadual waktu kurikulum sains menjadi
salah satu isu yang menjadi perbualan hangat. Sebagaiman yang kita lihat sendiri,
amali dan aktiviti hands–on kurang dilaksanakan walaupun ada keperluan untuk
berbuat demikian. Lebih teruk lagi apabila segelintir guru menjalankan amali hanya 2
kali sahaja dari Januari – September. Antara sebab dan punca berlakunya masalah
tersebut ialah bahan dan peralatan tidak dioptimumkan penggunaannya–
menggunakan kaedah demonstrasi kemahiran dan pengetahuan guru dalam
mengendalikan p&p berbentuk amali perlu dipertingkatkan. Kelemahan dikesan
dalam memberi arahan, dan membimbing murid dalam menjalankan amali dan
menggunakan teknik penyoalan (galakkan murid berfikir dan memantau sama ada
murid mengikuti pelajaran) dan soalan tidak ke arah pembinaan konsep.
Penyiasatan dan penerokaan kurang ditekankan dimana amali lebih
berbentuk resipi, pendekatan inkuiri tidak ditekankan. Guru digalakkan mencuba
dulu eksperimen sebelum p&p bagi memastikan eksperimen itu menjadi dan
kemungkinan ada keperluan membuat pengubahsuaian. Secara keseluruhannya,
aktiviti amali sains masih lagi belum diberi perhatian dan penegasan oleh guru
sepenuhnya. Kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif kurang diberi
perhatian dan penekanan.
ISU 5
Seterusnya, isu makmal sains juga mempengaruhi perkembangan dalam
pengajaran dan pembelajaran kurikulum sains. Isunya ialah makmal sains tidak di
selenggarakan dengan baik. Sesetengah sekolah masih menggunakan makmal
sains yang lama dengan susun atur yang kurang sesuai. Terdapat juga segelintir
sekolah terutama di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai makmal sains dan
kemudahan yang tidak mencukupi. Walaupun sekolah tersebut mempunyai makmal
sains, masalah lain yang timbul pula ialah bahan atau radas yang telah luput dan
rosak.
Bagi sekolah yang mempunyai keluasan yang terhad pula, makmal sains
yang sedia ada telah diubah suai menjadi bilik darjah. Ini disebabkan sekolah
tersebut tidak diberikan peruntukan yang lebih untuk membina satu kawasan khas
untuk makmal sains. Jadi pembelajaran kurikulum sains sama ada teori mahupun
amali dilaksanakan serentak pada tempat yang sama. Selain itu, terdapat juga
sekolah yang disediakan pembantu makmal bagi menyelenggarakan dan
memastikan penyediaan peralatan yang tepat dan lengkap untuk membantu proses
p&p guru. Tetapi terdapat pembantu makmal yang kurang pengalaman. Oleh itu,
latihan pembantu makmal yang tidak mencukupi perlu diperbaiki dan dimantapkan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUANKU BAINUN
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
KURSUS PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(TESL) PENDIDIKAN RENDAH
KURIKULUM DAN PEDAGOGI
SAINS PENDIDIKAN RENDAH
(SCE3104)
NAMA : MUHAMAD AIMAN BIN NORDIN
NO I/C : 921106-01-6403
KELAS : 3 PISMP TESL 3
PROGRAM : 3 PISMP (TESL) PENDIDIKAN RENDAH
PENSYARAH : ENCIK SHAHRIL BIN WANTEH
TARIKH HANTAR : 5 MAC 2012
PENGAKUAN HASIL KERJA
“Saya menyatakan bahawa kerja yang dilampirkan adalah sepenuhnya hasil
kami sendiri kecuali bahan dikutip atau dirujuk yang diiktiraf di dalam teks. Saya juga
menyatakan bahawa kerja ini belum disertakan dalam mana-mana unit atau
program”
Tandatangan : ____________________________
Nama : MUHAMAD AIMAN BIN NORDIN
Tarikh : 5 MAC 2012
ESEI
REFLEKSI
REFLEKSI
Muhamad Aiman Bin Nordin (Tesl 3)
Bagi subjek Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah (SCE 3104), kami
telah diberikan kerja kursus yang menghendaki kami untuk menyiapkan beberapa tugasan
yang diberi sama ada secara berkumpulan ataupun secara individu.
Untuk tugasan berkumpulan, kami dikehendaki untuk mengumpul maklumat
berkaitan isu mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains melalui pelbagai bahan serta
sumber dalam bentuk buku skrap. Jadi, saya dan ahli kumpulan saya telah bertungkus-
lumus dalam mencari isu-isu yang berkaitan pendidikan Sains melalui pelbagai sumber
seperti dari surat khabar, internet, majalah, dan buku. Kami juga telah menghias buku skrap
kumpulan kami secantik yang boleh dan kami juga memastikan bahawa maklumat-
maklumat yang kami kumpul tersebut bertepatan dengan kehendak soalan.
Di samping itu, kami juga dikehendaki untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan teori pembelajaran koperatif dan kami harus menghasilkan
rancangan pengajaran terlebih dahulu supaya aktiviti yang akan kami jalankan itu lebih
teratur dan bermakna. Bagi tugasan individu pula, kami harus menulis sebuah esei tentang
bagaimana isu-isu pendidikan mempengaruhi perkembangan kurikulum Sains di Malaysia.
Saya telah mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh sama ada dari surat khabar
mahupun dari internet dalam usaha untuk menyiapkan esei tersebut.
Melalui tugasan-tugasan yang diberikan ini, saya telah mendapat banyak
pengetahuan baru seperti isu-isu semasa tentang pendidikan Sains yang saya tidak pernah
ambil peduli sebelum ini dan saya dapati pengetahuan ini amat berguna untuk saya sebagai
seorang bakal guru kelak. Saya telah memilih beberapa isu untuk dibincangkan dalam esei
saya seperti isu PPSMI, isu KSSR, isu profesionalisme guru, dan isu murid kurang minat
dalam mata pelajaran Sains. Berdasarkan isu-isu ini, saya dapat mengetahui lebih banyak
bagaimana sesuatu kurikulum Sains itu berkembang dan mengapa kurikulum pendidikan di
negara kita sentiasa mengalami transformasi. Hal ini kerana, transformasi kurikulum adalah
untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang maju dalam bidang pendidikan setanding
dengan negara-negara maju yang lain.
Di samping itu, sebagai seorang bakal guru yang mengambil minor Sains,
pengetahuan tentang isu-isu semasa berkaitan pendidikan Sains ini amat membantu saya
untuk menyediakan diri dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran saintifik, dan
konsep-konsep Sains yang betul supaya saya akan dapat menjadi seorang guru Sains yang
mempunyai pengetahuan Sains yang cukup dan juga menjadi seorang yang peka terhadap
perubahan semasa berkaitan Sains dan Teknologi.
Akhir sekali, saya berharap bahawa pensyarah saya akan berpuas hati dengan hasil
kerja saya ini kerana saya telah berusaha dan bertungkus-lumus untuk buat yang terbaik
dalam menyiapkan tugasan ini dengan lengkap dan sempurna.