setiap individu sememangnya unik dan mempunyai aspirasi ... · pdf fileunggul atau pencapaian...

2
>> Hidup Lebih Hebat >> Sentiasa Bersedia >> Sahabat Sejati PRUlife ready Setiap individu sememangnya unik dan mempunyai aspirasi kehidupan yang berbeza. Seiring perjalanan anda mengenali jatidiri, matlamat dan keperluan anda juga turut berubah mengikut peredaran masa. Dengan pelan insurans berkaitan-pelaburan PRUlife ready yang dinamik, anda boleh memilih sendiri perlindungan anda sejajar dengan perubahan keperluan perlindungan dan pelaburan anda, mengikut fasa kehidupan semasa anda. Pernah anda terfikir bagaimanakah personaliti anda boleh menentukan pelan insurans anda? Marilah kita lihat personaliti mana yang mewakili diri anda. Anda seorang yang penuh bertenaga, dinamik dan ceria. Anda sentiasa inginkan kebebasan dan menikmati kehidupan dengan sepenuhnya. Paling penting, tiada apa yang mampu menghalang anda daripada mencapai aspirasi anda. Dengan PRUlife ready, anda boleh: Mendapat ganjaran untuk mengembara sepuas hati. Menikmati pilihan ini: > Perlindungan lengkap daripada kemalangan > Melabur secara tetap dengan potensi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi Anda bermatlamat dan sentiasa bersedia. Anda sentiasa merancang lebih awal dan mengawal kehidupan anda. Dengan PRUlife ready, anda boleh: Mendapat ganjaran untuk membeli rumah atau melangkah ke fasa baru kehidupan Nikmati pelepasan cukai Hayat dan Perubatan untuk premium yang anda bayar Anda boleh dipercayai, berprihatin dan bertimbang rasa. Anda melihat kehidupan dengan pandangan yang optimistik dan penuh bersemangat. Anda sentiasa mengambil berat, terutamanya kepada yang tersayang. Dengan PRUlife ready, anda boleh menikmati manfaat opsyenal berikut: Melabur secara tetap dengan potensi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi Melampirkan manfaat kemalangan yang membayar elaun ehsan sehingga RM6,000 Menikmati perlindungan tanpa gangguan sehingga 6 bulan jika anda hilang pekerjaan bukan sukarela (tertakluk kepada terma dan syarat).

Upload: nguyenkhanh

Post on 05-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

>> Hidup Lebih Hebat >> Sentiasa Bersedia >> Sahabat Sejati

PRUlife ready

Setiap individu sememangnya unik dan mempunyai aspirasi kehidupan yang

berbeza. Seiring perjalanan anda mengenali jatidiri, matlamat dan keperluan

anda juga turut berubah mengikut peredaran masa. Dengan pelan insurans

berkaitan-pelaburan PRUlife ready yang dinamik, anda boleh memilih sendiri

perlindungan anda sejajar dengan perubahan keperluan perlindungan dan

pelaburan anda, mengikut fasa kehidupan semasa anda.

Pernah anda terfikir bagaimanakah personaliti anda boleh menentukan pelan insurans anda? Marilah kita lihat personaliti mana yang mewakili diri anda.

Anda seorang yang penuh bertenaga, dinamik dan ceria. Anda sentiasa inginkan kebebasan dan menikmati kehidupan dengan sepenuhnya. Paling penting, tiada apa yang mampu menghalang anda daripada mencapai aspirasi anda.

Dengan PRUlife ready, anda boleh:

Mendapat ganjaran untuk mengembara sepuas hati.

Menikmati pilihan ini:

> Perlindungan lengkap daripada kemalangan> Melabur secara tetap dengan potensi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi

Anda bermatlamat dan sentiasa bersedia. Anda sentiasa merancang lebih awal dan mengawal kehidupan anda.

Dengan PRUlife ready, anda boleh:

Mendapat ganjaran untuk membeli rumah atau melangkah ke fasa baru kehidupan

Nikmati pelepasan cukai Hayat dan Perubatan untuk premium yang anda bayar

Anda boleh dipercayai, berprihatin dan bertimbang rasa. Anda melihat kehidupan dengan pandangan yang optimistik dan penuh bersemangat. Anda sentiasa mengambil berat, terutamanya kepada yang tersayang.

Dengan PRUlife ready, anda boleh menikmati manfaat opsyenal berikut:

Melabur secara tetap dengan potensi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi

Melampirkan manfaat kemalangan yang membayar elaun ehsan sehingga RM6,000

Menikmati perlindungan tanpa gangguan sehingga 6 bulan jika anda hilang pekerjaan bukan

sukarela (tertakluk kepada terma dan syarat).

PRUlife ready

Bersedia hadapi ?

MASA DEPAN

Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U)

Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.Tel: 03-2116 0228 Fax: 03-2032 3939 Email: [email protected]

www.prudential.com.my

08/2011

Siapakah yang boleh menyertai PRUlife ready?

Sesiapa yang berumur 19 hingga 25 tahun pada hari jadi seterusnya boleh menyertai pelan ini.

Apakah yang akan saya perolehi?

Premium boleh dibayar secara tahunan, setiap setengah tahun, setiap suku atau setiap bulan melalui Autodebit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.

Di manakah dana saya dilaburkan?Anda boleh memilih untuk melabur di dalam mana-mana siri dana PRUlink dan/atau PRUlink global.

Untuk maklumat lanjut mengenai PRUlife ready, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk, Ilustrasi Jualan, Lembaran Fakta Dana atau layari laman web korporat PAMB di www.prudential.com.my.

PRUmedic essential untuk melindungi keperluan penting perubatan anda

PRUmedic essential adalah pelan perubatan yang melindungi keperluan penting perubatan anda dengan membayar bil perubatan jika pembedahan dilakukan. Anda juga akan menerima Manfaat Tunai berdasarkan pelan yang telah anda pilih untuk setiap hari anda dimasukkan ke hospital atau unit rawatan rapi. Pelan ini mempunyai koinsurans sebanyak 10% daripada kos manfaat yang layak, tertakluk kepada amaun koinsurans maksimum sebanyak RM1,000 setiap tahun. Koinsurans ini tidak akan dikenakan jika anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia dan jika anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) atau Penyakit Kritikal.

Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”) dilesenkan di bawah Akta Insurans (1996) dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Risalah ini hendaklah digunakan bersama Lampiran Keterangan Produk, Ilustrasi Jualan dan Lembaran Fakta Dana PRUlife ready. Produk PRUlink dan PRUlink global dan PRUlink golden bukan produk patuh Shariah dan prestasi pelaburan dana-dana PRUlink dan PRUlink global dan PRUlink golden tidak dijamin. Kadar premium dan caj insurans untuk perlindungan asas untuk kematian/TPD adalah dijamin. Kami mungkin mengubah kadar dan caj premium (kecuali caj insurans untuk manfaat Kematian dan TPD) pada ulangtahun polisi dengan memberikan notis bertulis 90-hari jika tuntutan sebenar adalah lebih buruk daripada jangkaan (atau notis terdahulu 30-hari untuk rider Perubatan dan Kesihatan). Perlindungan hingga umur tamat adalah tertakluk kepada wang yang mencukupi untuk membayar caj insurans, caj perkhidmatan, caj jaminan (jika berkenaan) dan caj pentadbiran (jika berkenaan). Jika anda membatalkan polisi lebih awal, anda mungkin tidak akan dapat memperolehi nilai penuh daripada amaun yang telah anda bayar. Apabila pelan ini diserahkan, pelbagai manfaat di bawah pelan ini tidak lagi sah. Terdapat tempoh tinjauan selama 15 hari selepas polisi anda dihantar yang membenarkan anda menyemak dan memastikan ia memenuhi keperluan anda. Jika polisi dibatalkan dalam tempoh tersebut, nilai unit-unit anda (pada tarikh harga seterusnya) serta premium belum diperuntukkan, caj insurans, caj perkhidmatan, caj jaminan (jika berkenaan) dan caj pentadbiran (jika berkenaan) ditolak perbelanjaan perubatan akan dikembalikan. Selain itu, jika tokokan dibuat, 5% premium belum diperuntukkan ditolak perbelanjaan perubatan akan dikembalikan. Premium tidak dibayar boleh menyebabkan polisi luput. Anda harus mempertimbangkan kemampuan dan kesesuaian produk agar sejajar dengan matlamat kewangan dan selera risiko anda. Untuk melakukannya, kami menyarankan agar anda berbincang dengan ejen atau perancang kewangan anda yang akan melakukan analisa keperluan dan membantu anda membuat keputusan yang termaklum. Risalah ini hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sila rujuk Lampiran Keterangan Produk, Ilustrasi Jualan dan Lembaran Fakta Dana sebelum menyertai pelan, dan rujuk terma dan syarat di dalam dokumen polisi untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri utama pelan. Jika terdapat sebarang ketidaksamaan antara versi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin, versi bahasa Inggeris akan diterimapakai.

Premium minimum setahun

PRUlife ready RM1,200 (tertakluk kepada pengunderaitan)

PRUsaver RM120

Apabila berlaku kematian Jumlah:a) Jumlah diinsuranskan, danb) Nilai unit di dalam akaun

Apabila berlaku Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD) Sebelum umur 70

Jumlah diinsuranskan.(Sila rujuk dokumen polisi untuk definisi TPD)

Pada Kematangan Polisi Nilai unit di dalam akaun akan dibayar apabila anda mencapaiumur 100 tahun hari lahir anda yang berikut.

Pada Serahan Polisi Nilai unit di dalam akaun pada masa serahan.

Apakah manfaat opsyenal yang disediakan?

Untuk lebih banyak manfaat opsyenal, sila rujuk laman web korporat PAMB di www.prudential.com.my.

Lampiran untuk manfaat opsyenal adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan premium tambahan.

Berapakah premium yang perlu saya bayar?

PRUlife ready memberikan anda:

Manfaat Pencapaian Matlamat sebagai ganjaran di atas pencapaianunggul atau pencapaian matlamat hidup anda.

PRUlife ready meraikan kegembiraan anda apabila anda berjaya mencapai matlamat dan keunggulan dalam hidup dengan memberi ganjaran Manfaat Pencapaian Matlamat. Manfaat unik ini memberi ganjaran kepada anda dengan nilai sekali-gus RM500 apabila anda memasuki fasa baru kehidupan anda seperti:

Berkahwin Kelahiran anak Gaji anda berganda Membeli rumah baru Bercuti ke 10 negara berlainan

INSURANS BERKAITAN PELABURAN

Sila ambil perhatian bahawa ia adalah produk insurans yang diikaitkan dengan prestasi aset-aset pendasar dan bukannya produk pelaburan tulen seperti unit amanah.