math fm2.docx

18
HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR DALAM PENGAJARAN TAJUK PEMBINAAN TEKNOLOGI DAN PENJELMAAN SERTA CABARAN DAN ISU DALAM MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN NAME : WARDATUL FADILAH BT KAMARUZAMAN MATRIC NUMBER : 841118065034001 NRIC: 841118 – 06 - 5034 TELEPHONE NUMBER : 017 - 9255884 EMAIL ADDRESS : [email protected] TUTOR’S NAME : EN. ABDUL GHAFFAR BIN JAAFAR 1

Upload: wardah-wardiela

Post on 01-Feb-2016

256 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBMT3403_V2

TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR

DALAM PENGAJARAN TAJUK PEMBINAAN TEKNOLOGI DAN PENJELMAAN

SERTA CABARAN DAN ISU DALAM MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI DALAM

PENGAJARAN

NAME :

WARDATUL FADILAH BT KAMARUZAMAN

MATRIC NUMBER : 841118065034001

NRIC: 841118 – 06 - 5034

TELEPHONE NUMBER : 017 - 9255884

EMAIL ADDRESS : [email protected]

TUTOR’S NAME :

 EN. ABDUL GHAFFAR BIN JAAFAR

LEARNING CENTRE :

MENTAKAB LEARNING CENTRE

SEPTEMBER 2015

1

Page 2: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 3 – 5

2.0 KAJIAN LITERATUR 6 – 10

3.0CABARAN DAN ISU – ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK

MENGAJAR TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI BAGI PELAJAR

MENENGAH RENDAH

11

4.0CADANGAN BAGI MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI SECARA

BERKESAN BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR BAGI

TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI

12

5.0CABARAN DAN ISU – ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK

MENGAJAR TAJUK PENJELMAAN BAGI PELAJAR MENENGAH

RENDAH

13

6.0CADANGAN BAGI MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI SECARA

BERKESAN BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR BAGI

TAJUK PENJELMAAN

14

7.0 PENUTUP 15

8.0 RUJUKAN 16 – 17

1.0 PENGENALAN

2

Page 3: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke

arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan

teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan

memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan

menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui

Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus

bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia

(Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka

ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan

kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang

peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di

rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).

Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan

memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM (National Council

of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik

mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan

bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh

memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh

merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga

mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah.

Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.

Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak

mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan

bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik

sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang

lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini

telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar.

3

Page 4: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi,

1987; Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and

Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati pelajar yang

menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap

dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih

kompleks. Selain itu , perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan

dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan

berkesan sekaligus meningkatkan pemahaman pelajar . Disamping itu juga kumpulan

yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat

dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang

lain.

Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik

khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos

perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit, kemahiran dan

pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan

kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun keadaan

tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli

oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak

kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam

penggunaan komputer.

Perkembangan teknologi hari ini yang semakin berkembang dengan pesat banyak

membantu guru dalam menjayakan pDp di sekolah . Guru haruslah bijak menggunakan

teknologi yang tersedia bagi membantu mereka meningkatkan kefahaman pelajar selari

dengan hasrat negara melahirkan generasi yang celik IT .

Pembinaan geometri dan Penjelmaan merupakan topik - topik yang penting dan

terdapat banyak bahan literatur dalam pendidikan matematik menggalakkan

4

Page 5: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

penekanannya kepada semua peringkat. Ilmu geometri dan penjelmaan merupakan satu

topik yang memberi peluang kepada murid untuk membuat penaakulan dan melatih

pelajar berfikir secara logik. Ilmu geometri juga amat berguna dalam pernyataan dan

penyelesaian masalah dalam bahagian matematik yang lain dan juga dalam kehidupan

seharian.

Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini

dengan mendalam. Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana

pemikiran yang kritis dan terperinci. Malahan terdapat juga alasan yang menyatakan

bahawa kita belajar geometri kerana minat apabila kita memerlukan jawapan kepada

peristiwa dan kejadian alam sejagat. Ironinya minat terhadap kepelbagaian bentuk, objek

seperti garisan, bulatan,segi tiga dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan

manusia secara semulajadi selari dengan fenomena mamandu di jalan raya, melihat

kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan

pengetahuan geometri.

Namun begitu dalam situasi sebenar di sekolah, seringkali terjadi kegagalan

dalam kurikulum matematik terutama dalam topik – topik ibagi pelajar sekolah rendah

dan menengah. Ini kerana berlaku salah faham konsep atau miskonsepsi dalam bidang

geometri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada kesukaran

ini maka timbulah beberapa masalah atau isu yang yang perlu ditangani oleh para guru.

Guru-guru perlu mencari kaedah dan strategi konsep pembelajaran yang sesuai dengan

aras kematangan murid supaya mereka boleh menguasai geometri dengan lebih minat dan

seronok untuk belajar disamping menolak tanggapan bahawa subjek matematik adalah

susah dan membosankan.

Justeru itu, penggunaan teknologi dan ICT diharapkan dapat membantu

meningkatkan pemahaman pelajar di samping dapat membantu pelajar memahami kedua

– dua topik ini . Guru haruslah bijak mengaplikasikan segala bahan teknologi yang

tersedia bagi membantu mereka dalam membantu pelajar memahami topik ini.

5

Page 6: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 KEBERKESANAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD UNTUK TAJUK

PEMBINAAN GEOMETRI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK

Oleh : Azlina Mohd Kosnin & Lok Yian Lin Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia

Kajian ini telah dijalankan untuk melihat keberkesanan perisian Geometer’s

Sketchpad (GSP) dalam meningkatkan tahap keupayaan visualisasi pelajar dan

tahap pencapaian pelajar dalam pembinaan geometri. Selain daripada itu,

keberkesanan GSP juga dikaji dalam membantu pelajar dari tahap pencapaian

matematik dan keupayaan visualisasi yang berbeza .

Bil Perkara Penerangan

1 Kaedah Kajian Kajian kuantitatif berbentuk eksperimen yang melibatkan satu

kumpulan pretest-posttest dan temuduga berstruktur

2 Alat Kajian Perisian Geometer’s Skechpad

3 Tajuk Kajian Pembinaan Geometri

4 Keistimewaan / Kekuatan i. Dapat meningkatkan minat pelajar

ii. Membantu meningkatkan pemahaman dan pencapaian

pelajar

iii. Pelajar dapat memahami konsep yang berkaitan dengan

panjang sisi, sudut dan nisbah bagi bentuk geometri

melalui perisian ini

iv. Dapat membantu pelajar dalam membina bentuk-

bentuk geometri.

v. Tidak menggunakan kertas dan set geometri

vi. Sesuai bagi semua pelajar pelbagai tahap pencapaian

(pelajar lemah dan pelajar cemerlang)

vii. Boleh membantu pelajar dalam memanipulasi dan

memutar gambarajah geometri dua dimensi secara

6

Page 7: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

mental.

5 Masalah / Kelemahan i. guru perlu masa yang lebih untuk menguasai

kemahiran bagi perisian GSP terutamanya bagi guru

yang masih lemah dalam asas kemahiran komputer.

ii. Kekurangan pendedahan mengenai perisian ini

menyebabkan ia tidak digunakan dengan meleluas.

iii. Tempoh masa pengajaran terhad.

iv. Bilangan komputer dalam makmal juga tidak dapat

menampungkan bilangan pelajar dalam satu kelas.

2.2 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BERBANTUKAN

KOMPUTER: KEBERKESANAN PERISIAN “THE GEOMETER’S

SKETCHPAD” UNTUK TAJUK PENJELMAAN

Oleh : Nor Hayati Bt. Hj. Mt. Ali Institut Perguruan Darulaman, Jitra

Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan perisisan “The Geometer’s

Sketchpad” (GSP) bagi Tajuk Penjelmaan Matematik Tingkatan 2 di Sekolah

Menengah Kebangsaan Jitra (SMKJ), Kedah Darul Aman

Bil Perkara Penerangan

1 Kaedah Kajian Menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen.

2 Alat Kajian Perisian “The Geometer’s Sketchpad”

3 Tajuk Kajian Penjelmaan

3 Keistimewaan / Kekuatan i. Boleh digunakan untuk meneroka pelbagai rajah baru

tanpa memadam atau melukis semula rajah berkenaan.

ii. Memudahkan para pengguna melukis apa jua bentuk

geometri, seperti segitiga, bulatan, garisan-garisan

lurus, bongkah-bongkah serta pelbagai bentuk dalam

tiga dimensi.

iii. Dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam

bidang algebra, trigonometri dan kalkulus

iv. Dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan

7

Page 8: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

pembelajaran translasi, pantulan, putaran dan

pembesaran, di samping dapat membuat pengiraan dan

pengukuran dengan lebih cepat dan tepat.

v. Para pelajar akan dapat belajar secara kendiri

4 Masalah / Kelemahan i. Bahasa yang digunakan dalam perisian ini ialah Bahasa

Inggeris. Hal ini menyukarkan pelajar yang lemah

dalam penguasaan bahasa tersebut.

ii. Kos memperoleh komputer adalah tinggi. Masalah ini

secara tidak langsung membatasi penggunaan perisian

GSP terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.

iii. Tahap penguasaan kemahiran dalam bidang IT yang

agak rendah di kalangan sesetengah pelajar juga

menjadi penghalang kepada penggunaan perisian

tersebut.

2.3 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN PERMAINAN PENDIDIKAN

GOTRANS DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK PELAJAR

TINGKATAN DUA

Oleh : Emram Yunus , IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah perisian permainan pendidikan

matematik tajuk Transformations tingkatan dua yang dinamakan sebagai Gotrans.

Gotrans dibangunkan menggunakan perisian Game Maker 6.0 dan digunakan

sebagai alat pengukuhan pembelajaran. Model pembangunan perisian yang

digunakan adalah Model ADDIE dengan menerapkan tiga teori asas pembelajaran

iaitu teori tingkah laku, kognitif dan konstruktif serta memperkenalkan teori

pengajaran penyelesaian masalah Polya.

Bil Perkara Penerangan

1 Kaedah Kajian Berbentuk kuasi-eksperimen dengan ujian pra dan pasca bagi

kumpulan tidak seimbang.

2 Alat Kajian Perisian permainan pendidikan matematik Gotrans.

8

Page 9: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

3 Tajuk Kajian Penjelmaan

3 Keistimewaan / Kekuatan i. kadar peningkatan pencapaian pelajar selepas

menggunakan Gotrans adalah lebih tinggi berbanding

dengan menggunakan perisian yang dibekalkan oleh

KPM.

ii. Pembangunan Gotrans yang bersifat interaktif didapati

memberi kefahaman yang tinggi kepada pelajar.

iii. Proses pembelajaran menggunakan perisian ini sangat

selesa, menyeronokkan dan meningkatkan motivasi

mereka meningkat untuk belajar.

iv. Berjaya mengubah penilaian pelajar terhadap p&p

matematik yang sebelum ini dianggap susah dan rumit.

4 Masalah / Kelemahan i. Pihak guru perlu memahami perisian terlebih dahulu .

ii. Perisian ini belum diperkenalkan kepada para guru

2.4 PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR JANGKA SUDUT

KHAS BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK

Oleh : Hamdan Said & Surizan Mohamad A’zmi Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesesuaian bahan bantu mengajar “Jangka

Sudut Khas” bagi mata pelajaran Matematik dalam topik penjelmaan. Dalam

kajian ini, kesesuaian penggunaan “Jangka Sudut Khas” dalam pengajaran

dibandingkan dengan Kaedah Konvensional (menggunakan papan hitam dan

kapur).

Bil Perkara Penerangan

1 Kaedah Kajian menggunakan rekabentuk ujikaji dan dilakukan dengan membentuk

dua kumpulan responden

2 Alat Kajian Jangka Sudut Khas

3 Tajuk Kajian Penjelmaan

3 Keistimewaan / Kekuatan i. Dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah

9

Page 10: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

pengajaran.

ii. Dapat menarik minat pelajar

iii. Dapat meningkatkan pemahaman pelajar bagi topik

penjelmaan .

iv. Membantu dalam meningkatkan interaksi antara guru

dengan pelajar.

4 Masalah / Kelemahan i. Masa yang panjang diperlukan bagi menjalankan

aktiviti .

ii. Guru perlu menguasai penggunaan alatan ini dengan

baik bagi memastikan keberkesanannya .

10

Page 11: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

3.0 CABARAN DAN ISU – ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK MENGAJAR

TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI BAGI PELAJAR MENENGAH RENDAH

3.1 KEKANGAN BAHASA PENGANTAR YANG DIGUNAKAN

Bahasa yang digunakan dalam perisian – perisian seperti Geometer’s

Sketchpad (GSP) ini ialah Bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris dalam arahan

menu dalam perisian GSP menyukarkan sesetengah pelajar yang kurang mahir dalam

bahasa Inggeris. Hal ini menyukarkan pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa

tersebut. Ini sekaligus membantutkan minat pelajar terhadap penggunaan perisian ini .

Keadaan ini juga menyebabkan pelajar tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya

terhadap pengajaran guru kerana tidak memahami arahan pada perisian tersebut .

3.2 KOS YANG TINGGI DIPERLUKAN

Kos memperoleh komputer adalah tinggi. Masalah ini secara tidak langsung

membatasi penggunaan perisian GSP terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.

Kekurangan komputer menyebabkan beberapa orang pelajar terpaksa berkongsi

komputer. Ini menyebabkan sesetengah pelajar agak sukar untuk menyelesaikan masalah

secara individu. Akibatnya beberapa orang pelajar akan ketinggalan pengajaran guru .

3.3 TAHAP PENGUASAAN TEKNOLOGI YANG RENDAH

Tahap penguasaan kemahiran dalam bidang IT yang agak rendah di kalangan

sesetengah pelajar juga menjadi penghalang kepada penggunaan perisian dan teknologi

tersebut. Pelajar yang mempunyai akses terhadap komputer di rumah akan menghadapi

masalah bagi menguasai perisian yang digunakan .Selain itu , pegetahuan teknologi

dikalangan guru juga menimbulkan masalah kepada penggunaan teknologi dalam

pengajaran topik ini . Kementerian perlu menganjurkan pelbagai kursus bagi membantu

guru meningkatkan pemahaman mereka . Terdapat juga dalam kalangan guru terbabit

11

Page 12: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

tidak dapat menguasai teknologi ini terus mengabaikannya dan tidak mengaplikasikan

dalam pDp . Ini mengakibatkan pembaziran yang besar .

4.0 CADANGAN BAGI MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI SECARA BERKESAN

BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR BAGI TAJUK

PEMBINAAN GEOMETRI

Bagi menggabungkan teknologi secara berkesan bagi meningkatkan pemahaman pelaajr

bagi tajuk Pembinaan Geometri ini beberapa langkah boleh dilakukan . Diantaranya adalah

menggunakan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP) dan perisian lain dalam Bahasa Melayu . Ini

bagi membantu pelajar menguasai perisian – perisian ini dengan baik sekaligus meningkatkan

keberkesanan pengajaran guru . Penggunaan Bahasa Melayu dalam perisian ini dapat menarik

minat pelajar yang berpencapaian rendah dan lemah penguasaan Bahasa Inggerisnya .

Selain itu , pihak KPM perlu melengkapkan Bilik Matematik dengan peralatan –

peralatan ICT yang lengkap dan mencukupi bagi keperluan pelajar seperti yang disediakan bagi

makmal – makmal Sains . Dengan itu , guru-guru tidak perlu membawa peralatan yang banyak

ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media untuk menggunakan

perisian kursus ini. Di samping guru-guru Matematik tidak lagi terpaksa menggunakan bilik

tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti ”laptop, lcd, extension wire”

di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Meskipun memerlukan belanja yang besar dan

kos yang tinggi tetapi ia dapat membantu guru menggabungkan teknologi dengan pengajaran .

Bagi masalah tahap penguasaan teknologi yang rendah dalam kalangan pelajar dan

guru pula , pihak kementerian perlulah menyediakan pelbagai kursus dan kemudahan teknologi

kepada pelajar dan guru . Bagi pelajar , mereka perlu didedahkan dengan teknologi sejak dari

awal lagi terutamanya di kawasan – kawasan pedalaman dan jauh dari bandar dengan

membekalkan kemudahan internet dan capaian komputer di sekolah serta mudah disertai oleh

pelajar . Bagi kalangan guru pula , pihak kementerian perlu menyediakan pelbagai kursus

berkaitan teknologi dalam pendidikan bagi membantu guru menggunakan teknologi dalam

pengajaran mereka . Selain itu , guru perlu diberikan motivasi yang kuat bagi mengelakkan

mereka kecewa dengan percubaan mereka mengajar dengan menggunakan teknologi .

12

Page 13: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

5.0 CABARAN DAN ISU – ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK MENGAJAR

TAJUK PENJELMAAN BAGI PELAJAR MENENGAH RENDAH

5.1 MASA YANG PANJANG DIPERLUKAN

Tempoh masa setiap sesi pengajaran adalah terhad. Ini menyebabkan pelajar

kekurangan masa untuk menggunakan komputer bagi menjawab beberapa soalan secara

sendirian. Selain itu , guru juga memerlukan masa yang panjang bagi menerangkan

konsep dan cara penggunaan kepada pelajar . Bagi penggunaan alatan seperti sesiku set

dan jangka lukis , guru memerlukan masa yang panjang unttuk menerangkan tatacara

penggunaan kepada pelajar .

5.2 KESELAMATAN PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI .

Bahan teknologi seperti jangka lukis dan sesiku set mempunyai bucu dan

hujung yang tajam . Sehubungan dengan itu , guru perlu memastikan pelajar

menggunakan alatan tersebut dengan langkah keselamatan yang betul bagi mengelakkan

berlakunya kemalangan . Hal ini menyukarkan guru menyampaikan isi pengajaran

terutamanya kepada kelas yang berpencapaian rendah .

5.3 ALAT BANTU MENGAJAR YANG BERAT DAN SUKAR DIBAWA .

Alat bantu mengajar yang bersaiz besar dan berat amat menyukarkan guru

untuk membawanya ke kelas . Sebagai contohnya , sekiranya guru ingin menggunakan

jangka lukis , guru perlu membawa jangka lukis yang disediakan yang bersaiz besar bagi

memudahkan guru melukis dan menunjukkan kepada pelajar . Begitu juga sekiranya guru

ingin menunjukkan penggunaan perisian komputer , guru perlu menyediakan komputer ,

LCD dan sebagainya bagi memudahkan penyampaian kepada pelajar .

13

Page 14: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

6.0 CADANGAN BAGI MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI SECARA BERKESAN

BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR BAGI TAJUK

PENJELMAAN

Bagi menggabungkan teknologi secara berkesan bagi meningkatkan pemahaman pelajar

bagi tajuk penjelmaan pula , beberapa langkah boleh dipraktikkan . Bagi menangani kekakangan

masa dimana masa yang panjang diperlukan guru perlu bijak membahagikan masa bagi

menyampaikan pengajaran . Guru perlu mengatur aktiviti supaya benar – benar sesuai dengan

masa yang diperuntukkan . Disini kemahiran merancang pengajaran amat diperlukan oleh guru

supaya pengajaran yang berkesan dapat disediakan kepada pelajar .

Bagi menangani masalah keselamatan penggunaan alatan pula , pelajar sekolah

menengah merupakan pelajar dewasa . Sehubungan dengan itu , guru perlu menggunakan

kebijaksanaan mereka memotivasikan pelajar supaya tidak bermain – main dengan alatan yang

dibekalkan . Selain itu , guru perlu menyediakan aktiviti yang menyeronokkan supaya pelajar

leka dengan aktiviti tersebut sekaligus tidak bermain semasa pDp dijalankan . Guru juga perlu

menerangkan langkah keselamatan kepada pelajar semasa awal pengajaran dan mengingatkan

pelajar tentang bahayanya penyalahgunaan alatan tersebut .

Disamping itu , bagi mengatasi masalah dan isu beban kepada guru pula , pihak sekolah

boleh menyediakan bilik khas bagi pengajaran Matematik . Justeru itu , guru tidak perlu

mengangkut alat bantu mengajar yang berat dan besar ke kelas kerana semuanya telah disediakan

di bilik khas tersebut .

14

Page 15: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

7.0 PENUTUP

Kewujudan teknologi dalam pendidikan matematik bukan sahaja mengubah corak dan

cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh

murid. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja

berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar

tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui.

Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam

pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah mewujudkan generasi berteknologi

mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi selaras dengan wawasan 2020

negara. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting semestinya melakukan inovasi drastik ke

arah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi yang amat canggih perlu dimanafaatkan

sewajarnya dan sepenuhnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu

anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir dan penggunaan teknologi.

Bagi kedua – dua tajuk yang dibincangkan , didapati penggunaan teknologi sangat

berkesan dalam meningkatkan minat dan kefahaman pelajar . Justeru itu , guru perlulah bijak

menggunakan teknologi bagi menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar . Pihak

sekolah juga perlu menyediakan kemudahan yang lengkap bagi memotivasikan guru

mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran .

2,770 patah perkataan

15

Page 16: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

8.0 RUJUKAN

1. Azlina Mohd Kosnin & Suhaila Abdullah. (2008). Kesan kaedah pengajaran berbantukan

Geometer’s Sketchpad terhadap pencapaian pelajar dalam topik Transformasi. Universiti

Teknologi Malaysia: Jurnal

2. Nor Hayati Bt. Hj. Mt. Ali . Pengajaran matematik berbantikan komputer : Keberkesanan

perisian ‘The Geometer’s Sketchpad’ untuk tajuk Penjelmaan . Institut Perguruan

Darulaman, Jitra : Jurnal

3. Emram Yunus . Keberkesanan penggunaan perisian permainan pendidikan Gotrans dalam

pembelajaran Matematik Pelajar Tingkatan Dua . IPG Kampus Sultan Abdul Halim :

Jurnal

4. Azlina Mohd Kosnin & Lok Yian Lin . Keberkesanan perisisan Geometer’s Sketchpad

untuk tajuk Pembinaan Geometri dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik .

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

5. Hamdan Said & Surizan Mohamad A’zmi . Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar

Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia.

6. Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). " Pendekatan Alternatif Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Matematik" . Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan

Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

8. Jamaludin Ibrahim (1989). " Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran: Implikasi

Kepada Pengajaran dan Pembelajaran". Proceedings of the National Symposium on

Educational Computing. USM : MCCE

9. Koh Lee Ling, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan.

(2008). Kesan pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian matematik bagi

murid-murid sekolah rendah di sekitar Bandar Kuching, IPBL: Jurnal Penyelidikan Jilid

8: 50-64.

10. Ee Ah Meng (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan. Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

16

Page 17: MATH FM2.docx

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

11. Ismail Zain (2001). ” Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran”. Utusan Publications &

Distributar Sdn. Bhd.

12. Jaya Kumar C. Koran (2002). “Apikasi E-Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran

di Sekolah-Sekolah Malaysia. Cadangan Pelaksanaan Paa Senario Masa Kini”. Pasukan

Projek Rintis Sekolah Bestari Bahagia Teknologi Pendidikan, Kementrian Pendidikan

Malaysia.

13. Jackiw, Nicholas. (1991). The Geometer’s Sketchpad. Berkeley, California: Key

Curriculum Press.

14. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2003/norhayatiIPDAkk.pdf

15. http://eprints.utm.my/10764/3/

Penilaian_Kesesuaian_Bahan_Bantu_Mengajar_Jangka_Sudut_Khas_Bagi_Mata_Pelajar

an_Matematik.pdf

16. http://eprints.utm.my/10239/2/Lok_Yian_Lin.pdf

17. https://www.academia.edu/4075439/emram_yunus_artikel_gotrans

18. http://nurkasihwatie.blogspot.my/2011/06/geometers-sketchpad-gsp-dalam-

matematik.html

19. http://issuestechnology.blogspot.my/2012_03_01_archive.html

17